5
Nyamuk Toxorhynchites dapat kurangkan Aedes Nyamuk jenis Toxorhynchites dilihat mampu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes yang membawa ancaman demam denggi. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaa Tempatan Datuk Halimi Abdul Manaf, jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jent jentik nyamuk Aedes, sekaligus dapat mengurangkan pembiakan nyamuk aedes yang memb ancaman denggi itu. "Ancaman demam denggi merupakan antara ancaman terbesar penduduk dunia yang membawa kematian lebih 22,000 orang setiap tahun. "Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia dalam usaha menangani masalah ancaman denggi dan pelepasan nyamuk jenis itu merupakan kaedah baru yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kesihatan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuantan, hari ini. Beliau berkata usaha itu perlu dicontohi pihak berkuasa tempatan lain. Menurutnya nyamuk berkenaan merupakan satu kaedah baru kerana jentik-jentik nyamuk

Nyamuk Toxorhynchites Dapat Kurangkan Aedes

Embed Size (px)

Citation preview

Nyamuk Toxorhynchites dapat kurangkan Aedes

Nyamuk jenis Toxorhynchites dilihat mampu mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes yang membawa ancaman demam denggi. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimi Abdul Manaf, jentik-jentik nyamuk berkenaan akan memakan jentikjentik nyamuk Aedes, sekaligus dapat mengurangkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa ancaman denggi itu. "Ancaman demam denggi merupakan antara ancaman terbesar penduduk dunia yang membawa kematian lebih 22,000 orang setiap tahun. "Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan kerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia dalam usaha menangani masalah ancaman denggi dan pelepasan nyamuk jenis itu merupakan kaedah baru yang berkesan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan kesihatan persekitaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kuantan, hari ini. Beliau berkata usaha itu perlu dicontohi pihak berkuasa tempatan lain. Menurutnya nyamuk berkenaan merupakan satu kaedah baru kerana jentik-jentik nyamuk

berkenaan akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. "Ini merupakan satu usaha yang proaktif yang harus dipuji dan kita menyokong pengunaannya melalui teknik terbaru ini," katanya. Sementara itu Pengarah Kesihatan MPSJ Dr Roslan Mohamed Hussin berkata bagi peringkat pertama pelepasan nyamuk Toxorhynchites telah mula dilakukan pada 2010 selepas mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan. Setakat ini, katanya pelepasan nyamuk berkenaan telah dilakukan sebanyak dua peringkat dengan 200 ekor pasang nyamuk dilepaskan pada satu peringkat. Dr Roslan berkata hasilnya pihak MPSJ dapat mengurangkan sebanyak 70 peratus masalah denggi tahun ini di sekitar daerah berkenaan. "Nyamuk itu tidak menghisap darah dan hanya memakan madu tumbuh-tumbuhan selain jentik-jentik nyamuk itu memakan jentik-jentik nyamuk Aedes," katanya. - Bernama

Doktor kena tindakan jika gagal lapor denggiPengamal perubatan yang tidak melaporkan kes denggi yang dirawat di fasiliti kesihatan masingmasing akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10, Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata di bawah akta itu, semua pengamal perubatan bertanggungjawab melaporkan kes demam denggi kepada Pejabat Kesihatan yang terdekat dalam tempoh 24 jam. "Kementerian Kesihatan memandang serius perkara ini kerana kegagalan melaporkan kes menyebabkan tindakan kawalan tidak dilakukan dan seterusnya menyumbang kepada penularan jangkitan yang berterusan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Liow berkata pada tahun lepas, enam pegawai perubatan hospital swasta di Petaling Jaya dikompaun RM1,000 seorang kerana gagal melaporkan kes demam denggi yang dirawat di fasiliti mereka. "Kementerian Kesihatan mendapati 213 kes demam denggi dari daerah Petaling yang dirawat di hospital berkenaan pada tahun 2011 dan daripada jumlah tersebut, enam kes demam denggi tidak dilaporkan di mana-mana pejabat Kesihatan. Tindakan yang serupa akan diambil terhadap mana-mana pengamal perubatan di klinik atau di hospital swasta atau kerajaan, sekiranya tidak melaporkan kes denggi yang dirawat mereka. Liow berkata kementerian akan membuat pemantauan berterusan terhadap hospital dan klinik swasta atau kerajaan, bagi memastikan semua kes demam denggi dilaporkan ke pejabat kesihatan terdekat. Beliau berkata dua kematian direkodkan dalam dua minggu pertama tahun ini dengan 921 kes. - Bernama

Jumlah kematian akibat denggi membimbangkanJumlah kematian akibat demam denggi bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan membimbangkan apabila mencatatkan 15 kematian berbanding lapan kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata daripada jumlah kematian itu, tiga daripadanya adalah kanak-kanak. "Situasi denggi di negara kita tidak begitu baik, kes-kes telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu lebih dua kali ganda (sepanjang Januari dan Februari tahun ini) berbanding tempoh sama tahun lepas" katanya kepada pemberita pada Majlis Pelantikan Penyelamat Nyawa 2012 di Sekolah Menengah Vakasional Kajang hari ini. Katanya jumlah kes demam denggi bagi tempoh Januari hingga awal Mac tahun ini juga menunjukkan peningkatan 14 peratus di mana sejumlah 4,453 kes dilaporkan berbanding 3,915 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Bagi mengelakkan kes denggi terus meningkat, Dr Hasan berkata masyarakat perlu memastikan kebersihan di rumah dan kawasan perumahan mereka serta menjalankan aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes. "Jika setiap ahli masyarakat melakukan aktiviti seperti ini, maka lebih banyak nyawa yang dapat diselamatkan," katanya. - Bernama

Denggi Selangor meningkat 50 peratus6:37PM Mei 19, 2012 Selangor terus merekodkan jumlah kes dan kematian denggi tertinggi dengan 4,161 kes dan 10 kematian sejak Januari hingga 12 Mei lepas, meningkat hampir 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman. Katanya sebanyak 2,770 kes dengan tiga kematian dicatatkan di negeri itu pada 2011. "Jumlah terkumpul kes denggi dalam tempoh itu dilaporkan adalah 9,202, meningkat sebanyak 21 peratus berbanding 7,579 kes tahun lepas, dengan 20 kematian direkodkan berbanding 12 kematian pada 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dr Hassan berkata negeri-negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes denggi ketara tahun ini ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 360 kes (59 peratus), Kelantan 221 kes (82 peratus), Kedah 134 kes (76 peratus) dan Perlis sebanyak 49 kes (181 peratus). Bagi minggu ke-19 tahun ini (6 hingga 12 Mei), Dr Hassan berkata 393 kes dan tiada kematian dilaporkan berbanding 405 kes dengan dua kematian minggu lepas. Katanya 89 lokaliti mengalami wabak di seluruh negara melibatkan 16 daerah dengan dua lokaliti kawasan panas wabak, iaitu Kuarters Kakitangan ATM (Jalan U-Thant) dan Taman Mulia, di Cheras. Taman Mulia merupakan lokaliti kawasan panas baru dengan Kadar Pembiakan Aedes mencatatkan nilai yang tinggi iaitu Aedes Indeks 2.0 peratus. - Bernama