19
1.0 PENGENALAN Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama- sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau. Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan, tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan. 2.0 Bidang Nyanyian Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 1

Nyanyian prm

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan

Citation preview

Page 1: Nyanyian prm

1.0 PENGENALAN

Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-

kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar.

Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Suara

dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan

kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam

pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran

nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalahseperti permaian jari, lagu

beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau.

Pelbagai muzik vocal boleh dilakukan iaitu nyanyian secara solo ataupun secara

berkumpulan ataupun nyanyi dua lapisan suara. Nyanyian dapat memberi respon kepada

pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vocal seperti konsep muzik iaitu

berbentuk irama, melodi, bentuk dan ekspresi. Ia juga berfungsi sebagai muzik iaitu perayaan,

tarian serta upacara dan digunakan sebagai teknik persembahan.

2.0 Bidang Nyanyian

Bidang nyanyian memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur,

pendengaran, sebutan, pernafasan dan eknik pengeluaran suara. Kegiatan ensemble vocal

diadakan bagi seimbang. Amalan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan disiplin diri dan

kerjasama diutamakan dalam kegiatan ensemble.penerapan nilai-nilai murni juga dipupuk

melalui lirik lagu terutama melalui lagu yang berunsur budaya tanah air masyarakat Malaysia.

Konsep muzik yang ditegaskan dalam bidng ialah melodi dan irama.

Antara kegiatan yang diadakan adalah seperti Mari menyanyi tiga bentuk nyanyian iaitu

dengan menyanyikan lagu yang digemari iaitu lagu beraksi dan lagu berentak tradisional, lagu

pusingan dan lagu suara lapisan, menyanyi secara spontan dan hafalan, serta menyanyi secara

dengan menggunakan skor muzik.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah menyanyi secara muzikal. Menyanyi

secara muzikal adalah seperti menyanyi lagu dalam pelbagai meter dengan member

penegasan kepada tekanan dan latihan sebutan berirama dan menyanyi pebagai jenis lagu

dengan member tumpuan kepada pic, tempo, corak irama, melodi dan ekspresi mengikut mud

dan dinamik.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 1

Page 2: Nyanyian prm

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah penekanan teknik dan cara menyanyi

iaitu dengan membuat latihan vocal dengan member tumpuan kepada skel dan warna ton. Di

sini juga kanak-kanak dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal bentuk kontur,

urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, artikulasi,

sebutan dan postur.

Selain itu antara kegiatan yang diadakan ialah meneroka dan mengenal muzik nyanyian.

Dengan adanya kegiatan ini kanak-kanak dapat melatih mendegar dan menyanyi dalam

beberapa jenis jalinan suara seperti monofoni dan polifoni. Kanak-kanak juga dapat membuat

pelbagai improvisasi dengan mengolah konsep muzik seperti pic, irama dan lirik seperti cara

nyanyiannya. Kanak-kanak dapat mendengar dan menilai pelbagai jenis lagu dan nyanyian dari

aspek seperti lirik, melodi, cara menyanyi dan cara persembahan. Kanak-kanak juga dapat

mendengar secara bebas dan berpandukan dengan member perhatian kepada konsep muzik

dan jenis muzik vokal berbual mengenai sesuatu lagu dari segi cara hidup, alam sekitar,

lagenda dan tokoh. Selain itu juga, kanak-kanak dapat member respon mengikut lagu dari segi

perasaan dan pengalaman diri. mereka juga dapat mendengar dan mengenali pelbagai jenis

lagu yang berunsur tradisional dan lagu dari Negara lain.

2.1 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Bahasa

Melalui nyanyian juga dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian

melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka

menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di persekitaran mereka

mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi

peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi

secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi.

Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan

perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak

langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-

kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru

juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh

menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 2

Page 3: Nyanyian prm

Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak.

Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di

sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan

sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu

dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek

perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan.

Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak

memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat

memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan

difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui

sebutan semasa menyanyi.

Contoh aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyanyi lagu Row Row Your Boat atau

dalam bahasa Melayu ialah Dayung Dayung Sampan sambil membuat aksi mendayung

sampan secara berpasangan. Kanak-kanak memegang tangan pasangannya dan kaki bertemu

kaki pasangannya. Kemudian, tangan dan kaki bergerak secara berselang-seli seperti

mendayung sampan sambil menyanyi lagu tersebut dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

dengan iringan muzik. Sepanjang aktiviti tersebut kanak-kanak kelihatan sangat gembira.

Aktiviti tersebut diulang beberapa kali sehingga kanak-kanak dapat menyebut lirik lagu itu.

Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mempelajari perkataan-perkataan baru dan secara

langsung kosa kata kanak-kanak akan semakin bertambah.

Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi

yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya

bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai

membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan , mempelbagaikan dan memanipulasikan

perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka

cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat

meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Contoh permainan lagu berantai ialah

seperti: “Malam yang sepi pi… pi

Pak Mat jual topi pi…pi

Topinya koyak yak…yak

Pak Mat jual tempoyak yak…yak

Tempoyaknya basi si…si

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 3

Page 4: Nyanyian prm

Pak Mat jual nasi si… si”

2.2 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Sosial

Aktiviti nyanyi juga dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak.

Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil.

Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik

perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji

atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-

kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah

berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan semasa aktiviti nyanyian dijalankan.

Menurut Philip (1991) kemahiran sosial membawa maksud tingkah laku-tingkah laku

yang prihatin untuk melakukan perhubungan interpersonal yang efektif. Sebaliknya Thacker

(1996) pula mendefinisikan kemahiran sosial sebagai keupayaan untuk berkomunikasi secara

efektif dengan individu lain dalam situasi sosial atau kerja.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-

kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka.

Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan

hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas

kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

2.3 Nyanyian dan lagu dalam Aspek Perkembangan Emosi

Terdapat pelbagai cara untuk memupuk perkembangan emosi kanak-kanak di peringkat

prasekolah. Dengan aktiviti menyanyi yang dijalankan semasa berada di sekolah. Kepentingan

emosi dalam kehidupan telah mula diakui oleh ahli-ahli falsafah sejak zaman Greek lagi. Tidak

hairanlah jika Plato, Aristotle, Spinoza, Descartes, Hobbes, dan Hume telah mengemukakan

teori-teori berkaitan emosi yang menjadi asas kepada penyelidikan tentang emosi dan

kaitannya dengan kehidupan manusia.

Emosi bermaksud jiwa yang kuat. Manusia adalah makhluk yang mempunyai perasaan

yang tinggi dan paling halus. Emosi juga boleh dimanifestasikan melalui bahasa badan ataupun

gerak geri seseorang. Bahasa badan ialah pergerakan badan seperti postur dan ekspresi

wajah. Mengikut Daniel Goleman ( 1997 ), emosi merujuk kepada sesuatu perasaan dan

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 4

Page 5: Nyanyian prm

pemikiran tersendiri di bawak keadaan psikologikal dan biological, serta ada kecenderungan

yang berbeza-beza untuk bertindak. Ini bermakna emosi biasanya digambarkan dengan bahasa

badan fizikal , iaitu bahasa bukan lisan.

Menurut Plato, terdapat tiga komponen asas dalam minda manusia iaitu daya taakulan,

kehendak (desire), dan komponen emotif. Antara komponen emotif yang dimaksudkan ialah

kegembiraan, kesedihan, ketakutan, dan kemarahan. Bagi Aristotle juga, emosi mempunyai

peranan yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan manusia secara keseluruhannya.

Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya

seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya

menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat

prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan seperti aktiviti menyanyi dijalankan.

Ini adalah kerana nyanyian juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan

emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan

berimaginasi tanpa gangguan.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan

perkembangan emosi kanak-kanak ialah melalui aktivitimenyanyi. Ini kerana aktiviti ini memberi

peluang untuk kanak-kakak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan

Selain itu, perkembangan sosioemosi juga boleh dipupuk semasa guru mengajar aktiviti

nyanyian, serta muzik dan gerakan. Hal ini demikian kerana muzik digemari secara semula jadi

oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui

aktiviti muzik. Aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-

kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan,

kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini,

mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa

aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya

perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 5

Page 6: Nyanyian prm

3.0 SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.1 INTERAKSI PERTAMA

Taklimat kerja kursus untuk PRM 3103E, pembahagian kumpulan berlangsung dan

kumpulan lagu untuk perbentangan diedarkan.

Sesi pembelajaran berlangsung kepada teori iaitu teknik nyanyian kanak-kanak dan

teknik vokal yang betul semasa menyanyi. Teknik adalah satu cara nyanyian yang

mudah dipelajari oleh kanak-kanak

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 6

Page 7: Nyanyian prm

3.2 INTERAKSI KEDUA

Pendedahan tentang tajuk-tajuk yang perlu dibentang. Pn Marini telah menunjukkan

perbentangan yang telah dilakukan oleh pelajar PISMP yang telah berlangsung. Ini akan

memberi kami sedikit pengetahuan tentang apa yang perlu ada untuk sesi perbentangan

kelak

FONASI

Merupakan aktiviti di mana bunyi dihasilkan melalui percakapan atau nyanyian.

Ianya melibatkan kod vokal dan mekanisme pernafasan. Teknik ini menggunakan bunyi

fonasi untuk mengajar nyanyian. Sebagai contoh bunyi vowel, seperti a,e,I,o dan u

digunakan untuk menyanyi not-not muzik.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 7

Page 8: Nyanyian prm

LAGU RAKYAT

a) Lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu

tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei.

b) Menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun

scenario semasa di kawasan tersebut

c) Dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat

membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian.  

d) Didendangkan secara berkumpulan oleh anak-anak dara sunti dan kanak-kanak

Melayu.

CONTOH LAGU RAKYAT

a) Ala Canggung

b) Anak Ayam

c) Bapaku Pulang Dari Kota

d) Burung Kakak Tua

e) Can Mali Can

LAGU TRADISIONAL

A) Lagu-lagu tradisional boleh kita klasifikasikan sebagai juga satu bentuk sastera lama

dalam genre puisi.

B) Serupa juga dengan sastera rakyat ianya berkembang dalam masyarakat Melayu

lama kemudian titis-menitis dari satu keturunan kepada satu keturunan secara lisan

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 8

Page 9: Nyanyian prm

C) Lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dalam Alam Melayu

tidak kira kawasan itu terletak di negara Indonesia, Malaysia, Singapura,Brunei.

D) Menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun

scenario semasa di kawasan tersebut

PENJENISAN LAGU TRADISIONAL

a) Untuk kanak-kanak

b) Untuk orang dewasa atau muda

c) Digunakan oleh bomoh dalam upacara perubatannya khususnya jampi serapah atau

puja-memuja minta pertolongan kepada ‘makhluk halus’ dan hal yang seperti ini

adalah jarang atau tidak kedapatan lagi.

LAGU KANAK-KANAK

Ciri-ciri:

a) Senikata lagu haruslah mudah difahami dan banyak pengulangan

b)  Setiap rangkai lagu haruslah mengandungi bilangan suku kata yang seimbang.

c) Hujung rangkai mengandungi rima.

d) Mestilah mempunyai pengulangan pada melodi lagu.

e) Pengulangan corak irama dalam lirik lagu.

f) Senikata haruslah sesuai untuk dilakukan gerakan.

g) Rentak dan irama muzik iringan tidaklah terlalu berat.

h) Tema lagu mestilah berkaitan pengalaman dan persekitaran harian kanak-kanak

3.3 INTERAKSI KETIGA

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 9

Page 10: Nyanyian prm

Manakala untuk interaksi 3, PdP berjalan seperti biasa. Namum Pn Marini masih membuka

peluang bagi ahli yang tidak faham atau ingin meminta idea dapat berhubung secara terus

dengan Pn Marini.

kami diberi masa untuk berbincang tentang pembahagian tugasan. Membuat power point untuk

perbentangan dalam kumpulan, serta pemilihan lagu bagi untuk amali yang akan datang. Dalam

kumpulan berempat kami merancang apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan dengan

bantuan Pn Marini. Pn Marini banyak membantu bagi menjelaskan lagu tradisional yang tidak

banyak bezanya dengan lagu rakyat dan lagu setempat.

Penglibatan secara dalam kumpulan yang sangat aktif dapat membantu menjayakan tugasan

ini, banyak idea yang diturunkan oleh semua ahli kumpulan bagi mempelbagaikan contoh lagu

tradisional yang kami tidak tahu kedudukan lagu tersebut.

Gambar 1 Gambar 2

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 10

Page 11: Nyanyian prm

Gambar 3

Gambar 1, gambar 2 gambar 3 : sesi perbincangan berlangsung

4.0 ANTARA GAMBARAN PERBENTANGAN

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 11

Page 12: Nyanyian prm

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 12

Page 13: Nyanyian prm

5.0 REFLEKSI KENDIRI

Pengalaman yang saya dapat sewaktu melaksanakan tugasan ini amat bernilai sekali. Inilah

kali kedua saya perlu melaksanakan tugasan dalam pendidikan Muzik. Langkah pertama saya

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 13

Page 14: Nyanyian prm

setelah mendapat soalan tugasan ini adalah saya mencari, membaca serta mengumpul semua

maklumat berkaitan dengan tugasan. Sesuatu yang berharga bila mana saya dapat

mempelajari tentang lagu-lagu dan skor lagu yang digunakan di dalam pengajaran dan

pembelajaran muzik di sekolah.

Kanak-kanak pada umumnya sangat kreatif. Sepanjang mereka berada di sekolah mereka

bukan sahaja hanya berkebolehan melahirkan fikiran dan perasaan melalui bahasa yang

berkesan tetapi berkemampuan melahirkan perasaan-perasaan yang mereka alami seperti

bahagia, marah, sedih, takut, kecewa dan lain-lain lagi melalui media seni halus dan kraf serta

muzik. Jika diberi satu bimbingan yang betul oleh guru, kanak-kanak akan terangsang untuk

menunjukkan daya imaginatif dan kreativiti dengan pelbagai cara mengunakan pelbagai alatan

dan bahan.

Menyedari hakikat ini maka menjadi tanggungjawab guru prasekolah untuk menyediakan ruang

dan peluang untuk kanak-kanak prasekolah agar mereka dapat meluahkan emosi mereka

dengan cara yang lebih terkawal iaitu melalui pengalaman mendengar, bermain, menyanyi dan

bergerak mengikut rentak dan alunan muzik. Pendidikan muzik bagi kanak-kanak melibatkan

perkembangan kreatif dan daya estetika. Program yang terdapat dalam pendidikan muzik

mengandungi program nyanyian, pergerakan, pe ndengaran, penciptaan, permainan alat dan

respon kepada visual dan verbal bunyi-bunyian.

Disamping itu muzik turut dapat menyumbangkan kepada perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh yang meliputi perkembangan intelek, emosi, social dan fizikal. Muzik juga boleh

dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang. Muzik juga

telah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak secara

semulajadinya cukup cepat terangsang kepada bunyi muzik yang mereka dengari.

Melalui hakikat ini, guru juga perlu mendedahkan lagu-lagu rakyat serta lagu tradisional dan

juga lagu lagu patriotik supaya kanank-kanak dapat menzahirkan semangat cintakan Negara

serta seni muzik dan budaya yang terdapat di Malaysia. Apa yang terfikir di fikiran saya ialah

mengapa perlu belajar muzik atau menyanyi? Tugasan yang diberikan kepada kami saya cuba

di adaptasi di prasekolah kami, cuba melakukan bersama-sama murid di kelas prasekolah

menjadikan pengalaman lebih berharga apabila apresiasi nyanyian dalam muzik dengan

pergerakan menjadi lebih bermakna dan menarik dengan hasil daripada murid prasekolah.

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 14

Page 15: Nyanyian prm

Semoga tugasan ini dapat membantu saya dan rakan lain untuk mencipta suasana pengajaran

dan pembelajaran yang lebih aktif, ceria dan menarik minat murid untuk meneruskan setiap sesi

pembelajaran oleh guru kelak .

Nor Fadhila Binti Ariffin

810905115166

Nor Fadhila binti Ariffin PRM 3103 15

LAMPIRAN