74
Laporan PASCA PROGRAM DENGUE PATROL 2016

o a n A SC A PROGRAM DENGUE A TROL 2016 - moe.gov.my Patrol.pdf · 04 • Dengue Patrol Kes denggi kerap di dengar dimana pesakit bukan hanya dijangkiti demam denggi, bahkan ada yang

Embed Size (px)

Citation preview

  • Dengue Patrol 1

    Laporan PASCA

    PROGRAM DENGUE PATR

    OL 2016

  • 02 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 03

    Pengenalan

    Objektif

    2016

    Laporan Aktiviti

    Taklimat

    Pelaksanaan

    Penghantaran projek

    Penilaian

    Majlis Anugerah

    Dokumen / Surat Berkaitan

    Cadangan dan Kesimpulan

    Galeri Dengue Patrol

    ISI KANDUNGAN

    04

    05

    06

    09

    10

    13

    17

    21

    25

    29

    61

    65

  • 04 Dengue Patrol

    Kes denggi kerap di dengar dimana pesakit bukan hanya dijangkiti demam denggi, bahkan ada yang meninggal disebabkan oleh demam denggi berdarah dan sindrom rejatan denggi. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyatakan bahawa denggi merupakan suatu masalah yang serius. Pihak Kementerian Kesihatan berusaha sedaya upaya untuk menyedarkanmasyarakat tentang betapa pentingnya menghalang pembiakan nyamuk Aedes untukmengurangkan kes denggi.

    Oleh yang demikian, Sanofi Pasteur dengan usahasama dengan Kementerian PendidikanMalaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bersetuju untuk menganjurkan PROGRAM DENGUE PATROL untuk membawa kesedaran, mendidik dan mengubah minda serta gaya hidup parapelajar dan masyarakat mengenai bahaya denggi, kaedah untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes dan amalangaya hidup sihat.

    PENGENALAN

  • Dengue Patrol 05

    Pada tahun 2011 iaitu tahun pertama program dilaksanakan, 3 buah sekolah rendah yang berada di kawasan hotspot denggi di pilih untuk menjalankan program ini. Program Dengue Patrol terus berkembang pada tahun 2016 dengan lebih 160 sekolah rendah dan sekolah menengahmengambil bahagian.

  • 06 Dengue Patrol

    Program Dengue Patrol bertujuan untuk mendidik dan menyemai nilai tanggungjawab di dalam diri kanakkanak sejak muda supaya memahami risiko denggi dan bagaimana menanganinya.

    Di dalam tahun 2016, program ini juga bertujuan untuk memperkasa kanakkanak sekolah yang mudah terdedah kepada risiko denggi, dengan mengambil langkah proaktif di dalam pencegahan denggi dan juga sebagai duta berpengaruh di dalam komuniti mereka.

    OBJEKTIF

  • Dengue Patrol 07

    Untuk tahun 2016, program dengue patrol akan terus melibatkan sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara. Program ini telah melibatkan sebanyak 125 sekolah rendah dan 125 sekolah menengah mewakili 16 negeri. Taklimat kepada kesemua 16 jabatan pendidikan negeri di seluruh negara akan diadakan untuk memastikan kesemua pihak dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada sekolah-sekolah yang akan dipilih oleh pihak jabatan pendidikan negeri masing-masing.

    Sejurus taklimat kepada sekolah-sekolah diadakan, sekolah-sekolah ini akan bertanding untuk mengeluarkan dan melaksanakan idea kempen untuk membantu negara dalam memerangidenggi. Pihak sekolah digalakkan menghantar projek kempen masing-masing melalui lamansesawang khas dengue patrol yang dibina buat pertama kali. Penjurian terdiri daripada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Sanofi Pasteur akan dilaksanakan dengan menilai dengan teliti semua penghantaran projek kempen. Pemenang akan dimaklumkan pada majlis penyampaian Anugerah Program Dengue Patrol pada hujung tahun ini.

    2016

  • 08 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 09

    LAPORAN AKTIVITITAKLIMAT

  • 10 Dengue Patrol

    Taklimat Program Dengue Patrol 2016 kepada 16 jabatan pendidikan negeri di seluruh negara telah diadakan pada 4 Mei 2016 di pejabat BahagianPengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysiadi Putrajaya.

    TAKLIMAT

    Dokumen-dokumen penting seperti surat siaran, slaid taklimat program, objektif program, garis panduan pertandingan dan buku panduanmengenai denggi juga disediakankepada jabatan pendidikan negeridan juga sekolah-sekolah yang akan melaksanakan program ini.

  • Dengue Patrol 11

    Sejurus taklimat kepada Jabatan Pendidikan Negeri dilaksanakan, jabatan masing-masing telahpun menyampaikan maklumat mengenai Program Dengue Patrol kepada 250 sekolah yang terpilih.

  • 12 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 13

    LAPORAN AKTIVITIPELAKSANAAN

  • 14 Dengue Patrol

    Program Dengue Patrol telah dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara dengan jayanya.Sekolah-sekolah terlibat telah mengambil bahagian dengan kesungguhan dan kreativiti yang amat membanggakan. Kebanyakan sekolah yang bertanding berjaya menghasilkan alatbahan bantu mereka sendiri seperti kain rentang, bunting, risalah, t-shirt, topi, vest, propgambar dan banyak lagi dalam menjayakan program ini.

    PERLAKSANAAN

    Setiap sekolah diwajibkan melaksanakan 3 aktiviti iaitu:

    1) Khidmat komuniti Mengalakkan penyertaan komuniti setempat

    2) Media sosial Mewujudkan bahan kesedaran denggi di dunia maya

  • Dengue Patrol 15

    3) Seni persembahan Mewujudkan idea kreatif untuk menyampaikan maklumat tentang mesej denggi

    Untuk tahun ini, satu lagi aktiviti telah diperkenalkan iaitu aktiviti kuiz. Objektif aktiviti ini untuk menguji pengetahuanmurid-murid, guru-guru, ibu-bapa dan komuniti berdekatan dengan sekolahtentang denggi.

  • 16 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 17

    LAPORAN AKTIVITIPENGHANTARAN PROJEK

  • 18 Dengue Patrol

    168 sekolah daripada jumlah 250 sekolah telah berjaya menghantar projek kempen masing-masing pada masa yang ditetapkan. Dengan itu, Progam Dengue Patrol pada tahun 2016 telah mencipta sejarah sekali lagi dalam segi penyertaan terbanyak sejak program ini diadakan pada pertama iaitu tahun 2011. 100 peratus sekolah yang mengambil bahagian berjaya menghantar projek kempen masing-masing melalui laman sesawang khas dengue patrol untuk program ini membuktikan laman sesawang yang dibina pada tahun 2015 amat berkesan.

    PENGHANTARAN PROJEK

  • Dengue Patrol 19

  • 20 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 21

    LAPORAN AKTIVITIPENILAIAN

  • 22 Dengue Patrol

    Penyertaan 168 sekolah dalam Program Dengue Patrol pada tahun 2016 bukan sahaja yangpaling tinggi dalam sejarah program ini, sekolah-sekolah yang terlibat juga melaksanakankempen masing-masing dengan begitu baik sekali.

    Berikut adalah pencapaian yang diperolehi melalui program ini:

    Jumlah peserta program 263,500 peserta

    Jumlah peserta program (atas talian) 103,753 peserta

    - Saluran Youtube 23,900 peserta

    - Saluran Facebook 74,853 peserta

    - Instagram 5,000 peserta

    Jumlah aktiviti gotong royong 1,000 aktiviti

    Jumlah liputan media melalui televisyen dan suratkhabar 50 liputan

    PENILAIAN

  • Dengue Patrol 23

    Juri-juri berkaliber dari pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan SanofiPasteur membuat penilaian yang teliti untuk memastikan sekolah-sekolah yang berhakmemenangi pertandingan ini.

  • 24 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 25

    LAPORAN AKTIVITIMAJLIS ANUGERAH

  • 26 Dengue Patrol

    MAJLIS ANUGERAH

    Majlis Anugerah Dengue Patrol 2016 telah diadakan pada hari Jumaat 11 November 2016 di hotel Aloft Sentral Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1 iaitu YB Dato P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan, Encik Baptise De Clarens dan Dr. Rose Nani Mudin dari Sanofi Pasteur dan Kementerian Kesihatan turut hadir dalam menyerikan majlis ini. Hampir kesemua sekolah-sekolah yang melaksanakan program ini menghantar wakil untukmenghadiri majlis yang bersejarah ini. Berikut adalah senarai pemenang untuk Program Dengue Patrol 2016:

    Kategori Sekolah Rendah

    Johan Kesuluruhan SK Merbau Sempak, Selangor

    Naib Johan Keseluruhan SK Karamunting, Sabah

    Tempat Ketiga Kesuluruhan SK Seksyen 7 Shah Alam, Selangor

    Tempat Keempat Kesuluruhan SK Bukit Jelutong, Selangor

    Tempat Kelima Kesuluruhan SK Taman Putra Perdana 2, Selangor

    Khidmat Komuniti Terbaik SK Karamunting, Sabah

    Media Sosial Terbaik SK Merbau Sempak, Selangor

    Seni Persembahan Terbaik SK Merbau Sempak, Selangor

  • Dengue Patrol 27

    Kuiz Terbaik

    SK Bukit Jelutong

    Kategori Sekolah Menengah

    Johan Kesuluruhan SMK Puncak Alam, Selangor

    Naib Johan Keseluruhan SMK Methodist, Pulau Pinang

    Tempat Ketiga Kesuluruhan SMK Bandar Maharani, Johor

    Tempat Keempat Kesuluruhan SMK Zainab, Kelantan

    Tempat Kelima Kesuluruhan SMK Seri Sepang, Selangor

    Khidmat Komuniti Terbaik SMK Methodist, Pulau Pinang

    Media Sosial Terbaik SMK Bandar Maharani, Johor

    Seni Persembahan Terbaik SMK Puncak Alam, Selangor

    Kuiz Terbaik SMK Puncak Alam, Selangor

    Kategori Jabatan Pendidikan Negeri

    Jabatan Pendidikan Negeri Terbaik - Selangor

  • 28 Dengue Patrol

    01

    03

    05

    02

    04

    06

  • Dengue Patrol 29

    01) Juara: RM8,00002) Naib Juara: RM4,00003) Kedua Naib Juara: RM2,00004) Tempat Keempat: RM50005) Tempat Kelima: RM50006) Media Sosial: RM1,00007) Khidmat Masyarakat: RM1,00008) Seni Persembahan: RM1,00009) Kuiz: RM1,000

    SK Merbau Sempak, Selangor SK Karamunting, Sabah SK Seksyen 7, Shah Alam Selangor SK Bukit Jelutong, Selangor SK Taman Putra Perdana 2, Selangor SK Merbau Sempak, Selangor SK Karamunting, Sabah SK Merbau Sempak, Selangor SK Bukit Jelutong, Selangor

    KATEGORI : SEKOLAH RENDAH

    07 08

    09

  • 30 Dengue Patrol

    01

    03

    05

    02

    04

    06

  • Dengue Patrol 31

    01) Juara: RM8,00002) Naib Juara: RM4,00003) Kedua Naib Juara: RM2,00004) Tempat Keempat: RM50005) Tempat Kelima: RM50006) Media Sosial: RM1,00007) Khidmat Masyarakat: RM1,00008) Seni Persembahan: RM1,00009) Kuiz: RM1,000

    SMK Puncak Alam, Selangor SMK (L) Methodist, Pulau Pinang SMK Bandar Maharani, Johor SMK Zainab, Kelantan SMK Seri Sepang, Selangor SMK Merbau Sempak, Selangor SMK (L) Methodist, Pulau Pinang SMK Puncak Alam, Selangor SMK Puncak Alam, Selangor

    KATEGORI : SEKOLAH MENENGAH

    07 08

    09

  • 32 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 33

    DOKUMEN / SURAT BERKAITAN

  • 34 Dengue Patrol

    KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2016 Setelah 15 minggu merealisasikan pelbagai idea baru dan kreatif di sekolah dan komuniti masing-masing, Program Patrol Denggi 2016akhirnya sampai ke penghujung yang gemilang dalam satu acara penyampaian hadiah yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato P. Kamalanathan.

    Dalam ucapannya semasa program pelancaran Patrol Denggi 2016 pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menyeru lebih ramai pelajar untuk memainkan peranan yang aktif dalampencegahan denggi. Seruan tersebut telah disahut oleh para pelajar secara kreatif melalui penggunaan seni pentas dan teknologi. Antara aktiviti yang telah dijalankan di bawahkategori Seni Persembahan ialah tarian singa, beat-boxing, lagu tema dan tidak ketinggalan juga persembahan Dubsmash!

    Dianjurkan oleh Sanofi Pasteur dengan kerjasama Kementerian Pendidikan sertaKementerian Kesihatan, program pendidikan seluruh negara ini telah semakin berkembang sejak ia mula diadakan pada tahun 2011. Bermula sebagai projek perintis yang melibatkan hanya 3 buah sekolah, tahun ini telah menyaksikan penyertaan sejumlah 167 buah sekolah di seluruh negara dalam program ini.

    Kini memasuki tahun ketujuh dalam usaha menarik perhatian dan penglibatan pelajartentang isu denggi dan pencegahannya, kempen tahun 2016 telah memberi tumpuankepada usaha memperkasakan golongan pelajar sekolah untuk memainkan peranan yang

    SIARAN MEDIA

  • Dengue Patrol 35

    lebih proaktif dalam aktiviti pencegahan denggi, agar dapat menjadi pemangkin yang dapatmempengaruhi komuniti masing-masing. Ketika berucap di majlis penyampaian hadiah itu, Yang Berhormat Dato. P. Kamalanathan telah menekankan tentang kepentingan pendidikan dan program pencegahan seperti Patrol Denggi yang sesungguhnya amat diperlukan untuk menggalakkan komunikasi dengan masyakarattentang gejala ini. Pelajar-pelajar sekolah, apabila dididik dan diasuh dengan betul, mampumenjadi penggerak yang berpengaruh dalam mencetuskan sesuatu perubahan, meskipun pada usia yang muda. kata beliau. Untuk tujuan inilah kita mahu menggalakkan pelajar-pelajar untuk menyampaikan ilmu yangmereka perolehi kepada rakan-rakan sebaya dan keluarga, lantas membolehkan merekamemainkan peranan sebagai pendidik dan juga penyokong tegar usaha pencegahan denggi, demi untuk membawa perubahan kepada sikap komuniti terhadap gejala ini, dan seterusnya dapat menyumbang kepada usaha kerajaan dalam menangani epidemik denggi yang terkini, tambah beliau.

    Dalam program Patrol Denggi, 167 buah sekolah di seluruh negara telah bersaing untuk melaksanakan kempen kesedaran dan pencegahan denggi yang paling kreatif dan berkesandalam tiga kategori berbeza iaitu melalui penglibatan komuniti, media sosial dan seni pentas. Antara acara utama aktiviti ko-kurikulum termasuklah aktiviti pembersihan peringkat komuniti

  • 36 Dengue Patrol

    yang melibatkan 30 buah daerah di Sandakan, dan turut disertai oleh majlis perbandaranSandakan dan lebih daripada 2,000 orang peserta awam, yang dianjurkan oleh SK Karamunting (tercalon dalam kategori Khidmat Masyarakat), serta pelbagai bentuk persembahan sepertisebutan korus (choral speaking), persembahan jalanan (busking), tarian boneka bertali dan persembahan dram yang diperbuat daripada bahan kitar semula dari SK Bukit Jelutong(dicalonkan untuk Kategori Seni Persembahan). Tidak kurang hebatnya, SMK (L) Methodist di Pulau Pinang telah menerbitkan risalah setebal 32 halaman yang bertujuan untuk membekalkan maklumat kepada orang ramai tentang bahaya penyakit denggi dan pencegahan denggi,sementara SMK Puncak Alam pula telah memanfaatkan kuasa para selebriti denganmenggandingkan nama-nama besar separti Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Chef Zubir dan ramai lagi rakan artis untuk merekodkan klip-klip video pendek sebagai usaha untuk menyebarkan misi Patrol Denggi.

    Mengulangi sentimen yang telah dilahirkan oleh Yang Berhormat Dato. P. Kamalanathans tentang perlunya perubahan sikap, wakil daripada Kementerian Kesihatan, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Yang Berbahagia Dr. Rose Nani Mudin menjelaskan: Sementara langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan penyebaran denggi, termasuklah kaedah kawalan vektor seperti semburan berkala, penggunaan larvisid di samping pemeriksaan tapak berjadual melalui penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975 (Pindaan 2000) di Malaysia telah berjaya menurunkan

  • Dengue Patrol 37

    bilangan kes denggi sehingga kini kami tahu bahawa kami tidak boleh bergantung kepadausaha begini semata-mata. Masyarakat harus menyedari bahawa mereka perlu menjadisebahagian daripada usaha membanteras denggi sekiranya kita ingin mengurangkan lagi jumlah kes denggi di Malaysia, dengan mengambil masa hanya 10 minit dalam seminggu untuk mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di sekitar kawasan rumah dan komuniti mereka.

    Baptiste de Clarens, Pengarah Urusan Sanofi Pasteur di Malaysia, Singapura dan Brunei berkata, Meskipun kesedaran tentang denggi adalah tinggi, sikap yang negatif tentang gejala ini masih lagi wujud1. Masyarakat umum menghadapi kemungkinan manjadi lali terhadap kesan jangkitan denggi dalam kehidupan, keluarga dan komuniti mereka sekiranya ancaman penyakit ini masih terus dipandang ringan. Program seperti Patrol Denggi membolehkan generasi muda berbicara tentang gejala denggi dan pencegahannya bersama dengan rakan sebaya, keluarga dan komuniti mereka tentang suatu penyakit yang selalu dianggap oleh orang ramai sebagai tidak akan kena pada aku 1.Dalam majlis penyampaian hadiah bagi program Patrol Denggi 2016, para pelajar, guru-guru serta wakil daripada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan telah disajikan dengan persembahan montaj yang memaparkan aktiviti ko-kurikulum yang telah dijalankan di sekolah-sekolah yang mengambil bahagian. Ia menjadi peringatan bahawa perjuangan untukmembanteras gejala denggi perlu dilakukan secara kolektif, dengan gandingan usaha Ahli Patrol

  • 38 Dengue Patrol

    Denggi bersama rakan sebaya, keluarga dan komuniti mereka. Pada 23 Jun 2016, program Patrol Denggi telah menerima anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Malam Gala ke-26 Malaysian French Chamber of Commerce and Industry. Projek ini turut mendapat pengiktirafan di majlis Anugerah CSR dalaman Sanofi, sebagai penghargaan terhadap komitment berterusan yang diberikan oleh Sanofi Pasteur dalam usaha membanteras denggi melalui peningkatan kesedaran masyarakat tentang bahaya penyakit ini.

  • Dengue Patrol 39

    Senarai Pemenang Dengue Patrol 2016

    Juara:RM8,000

    SK Merbau Sempak,Selangor

    ANUGERAH SEKOLAH RENDAH

    KESELURUHAN

    Naib Juara:RM4,000

    SK Karamunting,Sabah

    Kedua Naib Juara:RM2,000

    SK Seksyen 7, Shah Alam Selangor

    Khidmat Masyarakat:RM1,000

    SK Karamunting,Sabah

    SMK (L) Methodist,Pulau Pinang

    SMK (L) Methodist,Pulau Pinang

    Media Sosial:RM1,000

    SK Merbau Sempak, Selangor

    SMK Bandar Maharani,Johor

    SMK Bandar Maharani,Johor

    Seni Persembahan: RM1,000

    SK Merbau Sempak,Selangor

    SMK Puncak Alam,Selangor

    SMK Puncak Alam,Selangor

    Kuiz:RM1,000

    SK Bukit Jelutong,Selangor

    SMK Puncak Alam,Selangor

    Negeri Terbaik: RM1,500 Negeri: Selangor

    KATEGORI

    ANUGERAH KHAS

    SEKOLAH MENENGAH

  • 40 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 41

    TEKS UCAPAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1

    YANG BERHORMAT DATO P. KAMALANATHAN A/L P. PANCHANATHAN

    MAJLIS ANUGERAH PROGRAM DENGUE PATROL 2016KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    TARIKH/MASA: 11 NOVEMBER 2016 (JUMAAT), 10.00 PAGITEMPAT: ALOFT SENTRAL KL HOTEL

  • 42 Dengue Patrol

    Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

    Terima kasih Tuan Pengerusi MajlisMohd Afdalluddin Mohd Huzaimi

    Yang Berbahagia, Dr Rose Nani MudinKetua Sektor Penyakit Bawaan Vektor

    Yang Berusaha, En. Baptiste De ClarensPengarah Urusan Sanofi Pasteur (Malaysia, Singapura, Brunei)

    Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pendidikan

    Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri

    Para Pengetua dan Guru-Besar

    Guru-guru & murid-murid

    Wakil-wakil Media yang hadir dan yang sentiasa memberikan sokongan

    Tuan-tuan dan Puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian,

  • Dengue Patrol 43

    Bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat kerana sekali lagi Program Dengue Patrol telah dapat dianjurkan dengan jayanya. Tahniah juga diucapkan kepada semua sekolah yang berjaya mara ke PeringkatKebangsaan Program Dengue Patrol 2016. Program pendidikan dan pencegahan denggi ini telah dilaksanakan selama tujuh tahun di seluruh negara. Pada tahun pertama ia dianjurkan iaitu di peringkat percubaan, hanya tiga buahsekolah telah mengambil bahagian. Pada tahun 2015, sebanyak 159 buah sekolah telahmengambil bahagian dengan penglibatan seramai 7,900 peserta. Program ini telah berjayamenjangkau lebih daripada 170,000 anggota komuniti dalam tempoh 10 minggu sahaja. Saya difahamkan pada tahun ini jumlah sekolah yang mengambil bahagian telah meningkat ke 167 buah sekolah. Peningkatan di dalam penyertaan ini bukan sahaja amat membanggakan malah ianya amat penting untuk penyebaran maklumat tentang bahaya jangkitan denggi.

    Impak sektor pendidikan dan industri penjagaan kesihatan amat besar terhadap pertumbuhan ekonomi, produktiviti dan pembangunan modal insan sebagaimana disenaraikan di bawahProgram Transformasi Ekonomi Negara. Program Dengue Patrol adalah satu contoh terbaik gabungan kedua-dua elemen di dalamsektor tersebut. Bagaikan pepatah Melayu sambil menyelam minum air, program ini bukan

  • 44 Dengue Patrol

    sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap isu yang amat membimbangkan, malah mencari jalan penyelesaian mengurangkan jumlah kes jangkitan denggi di negara kita.

    Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

    Di dalam dunia yang berubah pantas dan semakin berteknologi tinggi, aspek kreativiti dankeupayaan berfikir outside the box perlu seiring dengan aspek akademik, sahsiah dankemampuan fizikal dalam menilai kemampuan para pelajar. Aktiviti-aktiviti di luar kelas adalah penting untuk meluaskan pengetahuan pelajar dan menggalakkan interaksi, kolaborasi danpertembungan idea. Tanpa elemen-elemen ini, hasrat negara untuk melahirkan generasi yang berpandangan global, khususnya untuk bersaing di peringkat antarabangsa, pasti terbatas.

    Dari tahun ke setahun, Program Dengue Patrol telah dibangunkan untuk menyahut cabarantersebut. Tahun ini, bersesuaian dengan penjenamaannya yang baru, objektif program telah diperluaskan iaitu untuk memperkasa pelajar-pelajar sekolah agar memainkan peranan yang lebih proaktif di dalam aktiviti pencegahan denggi serta menjadi agen perubahan dan advokat yang berkesan kepada masyarakat. Rombakan penjenamaan program ini amat perlu agar ianya lebih relevan seiring dengan usianya yang semakin matang dan untuk menarik penyertaan yang lebih meluas.Perubahan dari segi luaran yang kini bertambah sofistikated walaubagaimanapun tidakmengubah intipati program ini. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian tetap dicabar untuk

  • Dengue Patrol 45

    melaksanakan kempen kesedaran dan pencegahan denggi yang paling kreatif dan berkesan dalam persaingan merebut tempat di dalam empat kategori utama iaitu penglibatan masyarakat, media sosial, seni persembahan dan kategori baru iaitu kuiz.

    Penglibatan syarikat Sanofi Pasteur dalam Program Dengue Patrol sejak tahun 2011 jelasmembuktikan komitmen dan rasa tanggungjawab mereka terhadap perkembangan potensimurid-murid dan pelajar-pelajar di Malaysia dari segi pendidikan dan kesihatan. Jalinanpermuafakatan yang padu antara agensi bukan kerajaan bersama Kementerian Pendidikan dan KementerianKesihatan Malaysia ini merupakan satu usaha yang amat murni dan perludicanangkan agar menjadi contoh kepada pihak-pihak lain.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Sanofi Pasteur danProgram Dengue Patrol kerana telah dianugerahkan CSR Award di Majlis Malam Gala ke-26 The Malaysian French Chamber of Commerce and Industry. Dengue Patrol juga telah diberikananugerah yang sama di dalam Sanofi CSR Award.

    Hadirin yang saya hormati sekalian,

    Walaupun kes denggi yang direkodkan pada tahun ini telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 2015, beban denggi di kalangan rakyat Malaysia masih tidak boleh dipandang ringan.Tahun ini, jumlah kumulatif kes denggi di seluruh Malaysia dari Januari hingga 10 September,

  • 46 Dengue Patrol

    2016 telah berkurangan sebanyak 8.7 peratus iaitu 78,077 kes berbanding 85,488 kes bagitempoh yang sama tahun lepas. Setakat ini, sebanyak 190 kematian akibat insiden jangkitan denggi telah dilaporkan. Namun begitu, rakyat Malaysia masih dibelenggu dengan sifat tidak kisah dan menganggap bahawa mereka tidak akan dijangkiti penyakit yang merbahaya iniwalaupun sudah sedia maklum bahawa wabak denggi telah menyerang negara.Perlu dijelaskan di sini bahawa menurut statistik, denggi sering menjangkiti golongan awaldewasa dan kanak-kanak. Ini mungkin disebabkan oleh gaya hidup mereka yang aktif yang mendedahkan mereka kepada nyamuk Aedes yang menjadi agen pembawa virus denggi.Sehingga kini, belum ada ubat yang dapat mengubati penyakit ini. Justeru itu, peningkatankesedaran dan taktik penyebaran mesej yang efektif adalah amat penting. Program DenguePatrol adalah di antara pelbagai usaha yang telahpun dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran umum.

    Sejak pelancaran Program Dengue Patrol pada tahun 2011, inisiatif ini semakin berkembang dan terus mendapat sambutan yang memberangsangkan serta mengagumkan daripada sekolah-sekolah seluruh negara. Bukan sahaja kuantiti penyertaan sahaja yang meningkat, malah kualiti idea yang diketengahkan juga semakin unik. Inisiatif tinggi para peserta dapat dilihat dari pelbagai segi termasuklah usaha mereka untuk mendapatkan sokongan dan bantuan daripada selebriti ternama tanahair, ahli-ahli politik, media cetak dan penyiaran. Saya ingin berikan satu contoh di sini iaitu SK Karamunting di Sandakan, Sabah. Para pelajar

  • Dengue Patrol 47

    sekolah tersebut dengan jayanya telah menganjurkan aktiviti gotong-royong membabitkankomuniti daripada 30 buah daerah di Sandakan dan projek ini juga disokong oleh MajlisPerbandaran Sandakan. Lebih daripada 2,000 peserta dari kalangan awam telah mengambilbahagian dalam usaha untuk membersihkan kawasan-kawasan yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Saya ingin mengucapkan tahniah buat para peserta dariSK Karamunting atas usaha yang amat mengagumkan ini.

    Tuan-tuan dan Puan-puan, para pelajar yang saya kasihi sekalian,Di Kementerian Pendidikan, kami amat kagum melihat kejayaan anak-anak kita yang terdiridaripada murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang bukan sahajaberjaya membuktikan betapa canggih, bijak, tekun dan kreatifnya mereka, tetapi menunjukkansemangat dan minat yang tinggi serta tidak berbelah bahagi dalam merealisasikan idea-idea besar yang kadang kala boleh dianggap mustahil.Aktiviti kokurikulum ini diharap dapat memberi pengalaman yang berkekalan kepada parapeserta program Dengue Patrol, di mana mereka bukan sahaja lebih memahami isu wabak denggi dengan lebih mendalam malahan akan menjadikan misi membanteras denggi sebagai matlamat individu. Berbekalkan pengetahuan yang diperolehi, mereka boleh menyebarkan pengetahuan dan mengetuai usaha pencegahan denggi di kalangan rakan-rakan serta keluarga mereka. Dengan ini, usaha pencegahan denggi akan lebih holistik dan mencapai tahap yang lebih tinggi.

  • 48 Dengue Patrol

    Kita perlu sedar bahawa risiko jangkitan denggi adalah tinggi di kalangan para pelajar yang bakal menjadi pemimpin masa depan negara. Melihat kehadiran guru-guru dan para pelajar di sini dan juga setelah diberitahu tentang kualiti penyertaan yang diterima pada tahun ini, saya percaya bahawa mereka boleh menjadi pengaruh kepada perubahan yang berkesan, walaupun pada usia yang muda. Hadirin yang saya hormati,Dengan kejayaan Program Dengue Patrol dalam menggerakkan usaha murni murid-murid demi memastikan kesihatan dan keharmonian hidup rakyat Malaysia, kami berharap lebih banyak organisasi akan mengikut jejak langkah cemerlang syarikat-syarikat seperti Sanofi Pasteur dalam menaja usaha-sama positif untuk menubuhkan kempen-kempen lain yang dapat meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

    Untuk itu, bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya sekali lagi ingin menghulurkan penghargaan dan ucapan terima kasih saya kepada pihak Sanofi Pasteur atas tajaan dan sokongan mereka. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa Program Dengue Patrol yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kejayaan inisiatif ini. Saya berharap anda akan terus menyokong program ini untuk tahun-tahun yang akan datang.

    Sebelum mengakhiri ucapan ini, TAHNIAH sekali lagi saya ucapkan kepada semua murid-murid dan pelajar-pelajar yang telah mengambil bahagian. Syabas atas usaha anda! Ruyung telahpun

  • Dengue Patrol 49

    dipecahkan, maka pada hari ini, marilah kita nikmati sagunya. Harapan saya juga, agarpengetahuan dan ilmu yang telah ditimba akan dikongsi bersama dengan rakan-rakan, ahlikeluarga, komuniti dan rakyat Malaysia secara amnya untuk bersama-sama kita memerangiwabak denggi. Kepada guru-guru penasihat dan para pengetua bagi setiap sekolah, peranan anda amat penting dan saya berharap anda akan terus memberikan inspirasi kepada para murid-murid di sekolah-sekolah dan institusi pengajian anda untuk terus melibatkan diri dan mengambil bahagian di dalam Program Dengue Patrol di masa hadapan.

    Terima kasih.

  • 50 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 51

    TEKS UCAPAN PENGARAH URUSAN SANOFI PASTEUR

    PENGARAH URUSAN SANOFI PASTEURENCIK BAPTISTE DE CLARENS

    MAJLIS ANUGERAH PROGRAM DENGUE PATROL 2016SANOFI PASTEUR MALAYSIA

    TARIKH/MASA: 11 NOVEMBER 2016 (JUMAAT), 10.00 PAGITEMPAT: ALOFT SENTRAL KL HOTEL

  • 52 Dengue Patrol

    Good Morning,

    Yang Berhormat Dato P. Kamalanathan Deputy Minister, Ministry of Education Malaysia

    Yang Berbahagia Dr. Rose Nani MudinHead of Vector Borne Disease Sector, Ministry of Health Malaysia

    Representatives from the Ministry of Education,

    Representatives from the Ministry of Health,

    Representatives from the State Education Department

    Principals, Headmasters and Headmistresses,

    Dengue Patrol Finalists,

    Members of the media,

    Ladies and Gentleman;

    Good morning. On behalf of the Sanofi Pasteur team, it is with great pleasure that we are able to meet all the Dengue Patrol finalists assembled here today. This year, all the finalists for Dengue Patrol have rolled out novel and very creative ideas to engage their respective communities to not only drive awareness of the dangers of dengue but also to take preventative action. Well done

  • Dengue Patrol 53

    Dengue Patrollers!

    Ladies and Gentlemen,

    As we all know, dengue continues to pose a threat to this Nations well-being. Last year, dengue claimed the lives of 336 people. Worryingly, 2015 and 2014 national statistics reflected that deaths from dengue were on an upwards trend by 56.3%, year on year. As of last month, the Health Ministry reported there has been a total of 87,858 dengue cases and 193 deaths from dengue.

    In 2016, dengue remains a public health priority in Malaysia. It is an ever present threat to the quality of lives of individuals, families and communities. Everyone in this room is vulnerable to this disease, yet public apathy to dengue continues.

    As recently as September, we are still hearing comments from Malaysians such as I have heard stories about dengue but we never really did anything about it at home because we did not think it would affect us. This level of wilful ignorance needs to be turned around.

    Which brings me back to the important role the Dengue Patrol Programme plays in reminding and engaging Malaysians on this white noise topic. This tri-party collaboration from keystakeholders comprising the Ministries of Education, Health and Sanofi is not just anotherextra-curricular school activity.

  • 54 Dengue Patrol

    The Dengue Patrol program is today more relevant than ever when it comes to engaging youths to drive conversation on dengue within their communities. And mobilise them to be a catalyst for preventative action against the disease.

    At its heart, the Dengue Patrol Programme is an empowerment tool. We want the youngergeneration to be influencers of change against dengue and reshape attitudes towards dengue from indifference to active vigilance at home and in local neighbourhoods across the nation.

    This year, for example saw many dengue patrollers becoming advocates for change;communicating disease prevention messages through a creative use of performing arts and technology through their communities. Amongst the standout submission of activities were lion dances, beat-boxing, a theme song and even Dubsmash performances! This unified, mobilised effort by each dengue patroller team reminds us that the fight against dengue needs to be a collective one involving not only Dengue Patrollers but their peers, families and communities as well.

    Ladies and Gentlemen,

    Sanofi Pasteurs commitment to the fight against dengue has involved over 20 years of research and resources to better understand and combat the disease.

  • Dengue Patrol 55

    We have worked very closely and will continue to work with different ministries on various dengue prevention efforts. Among which are community engagement programs like Dengue Patrol,disease education campaign like Mr Dengue and not to mention, making additional tools tocombat dengue.

    To conclude, I would also like to share that beyond our group of partners, this programme has gained industry and global recognition. On June 23rd 2016, the Dengue Patrol program was rewarded the Corporate Social Responsibility (CSR) award at the Malaysian French Chamber of Commerce and Industry 26th Gala Diner. The project was also rewarded at the internal Sanofi CSR Awards, in recognition of Sanofi Pasteurs continuous commitment to fighting dengue through raising community awareness on the dangers of this disease.

    On behalf of the Sanofi Pasteur team, I would like to share that we are proud to be a sponsor of the Dengue Patrol Program and we look forward to continued support and collaboration with both the Ministry of Education and the Ministry of Health for many years to come. It is our hope that Dengue Patrol gains greater traction among students, families and communities in Malaysia in the years ahead.

    Thank you.

  • 56 Dengue Patrol

    KERATAN AKHBAR

  • Dengue Patrol 57

  • 58 Dengue Patrol

    SOSIAL MEDIA

  • Dengue Patrol 59

  • 60 Dengue Patrol

    LIPUTAN TV

  • Dengue Patrol 61

  • 62 Dengue Patrol

    PENGLIBATAN: PEMIMPIN NEGARA, ATLET & SELEBRITI

    YB Dato Seri Najib Razak

    YB Dato Seri Zahid Hamidi

    Khairul Fahmi Che MatYB Dato P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan

  • Dengue Patrol 63

    YB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob

    Dato Siti Nurhaliza

    Nealofa

    Nabil Ahmad

    Nur Dhabitah Sabri

    Izzue Islam

  • 64 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 65

    CADANGAN DAN KESIMPULAN

  • 66 Dengue Patrol

    Program Dengue Patrol merupakan satu program yang unik dimana melibatkan kerjasamaberbagai-bagai pihak iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Sanofi Pasteur dan sekolah-sekolah rendah dan menengah yang terpilih di seluruh negara. Kolaborasi yang baik diantara semua pihak yang terlibat dalam program memerangi denggi menjadikan program ini sebagai contoh terhadap pihak-pihak lain supaya mereka juga dapat menciptakan program yang sebaik ini.

    CADANGAN & KESIMPULAN

  • Dengue Patrol 67

    Namun begitu, masih ada ruang yang perlu diberi perhatian dan penambahbaikan terhadappenganjuran dan pelaksanaan program ini pada masa akan datang. Walaupun tahun 2016menerima penyertaan paling banyak sepanjang program ini diadakan sejak tahun 2011, masih banyak sekolah-sekolah di seluruh negara yang masih belum dipilih untuk menyertai program ini. Semoga program ini terus berkembang di masa-masa akan datang dan dapat melibatkan lebih banyak sekolah-sekolah di seluruh negara dalam usaha kerjasama semua pihak memerangidenggi.

  • 68 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 69

    GALERIPROGRAM DENGUE PATROL

  • 70 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 71

  • 72 Dengue Patrol

  • Dengue Patrol 73

  • www.denguepatrol.com.my

    MY.

    327.

    16.0

    2.15