Upload
hahanh
View
221
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
Khutbah Khas Hari Pahlawan 2018
Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAKIM
2
KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN
TAHUN 2018
“PAHLAWAN: JASAMU SENTIASA DI HATIKU”
27 JULAI 2018/14 ZULKAEDAH 1439
نظلذث وطان، ونش غلييا فيطو نو خرية األ ي نوذ غلييا ة احلهد هلل الذ
ق ن ال إهل إالذ اهلل وحده ال شيم هل، الهلم احلد أ ص
نان، أ
االستلرار واأل
دايث . الهتي دا عتده ورسهل، الهتػث ةال نذ سيدىا وىبيذيا مهذد أ ص
وأ
فضل داع إىل الب واإليهان، واإلحسان، وأ
د مذ صل وسلم وبارك لع سيدىا مهذ اهلل اللذ رحث للػالهي ولع نو بػث
يو م ادل م ةإحسان إىل ي ريو واتلذاةػي ل يبي الطا الطذ .ءاهل وصحاةت
ا بػد، فيا غتاد اهلل نذ . أ ى اهلل وطاغت وصيكم وإيذاي ةتل
ا اهلل، أ ل اتذ
ن :كال اهلل تػاىل يف مكم آيات. لػلذكم تفلح
ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦچ
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-
Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi
Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Istiqamahlah kita dalam mengamalkan
segala ajaran Allah dan suruhan Rasulullah . Mudah-mudahan kita beroleh
kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat nanti.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439
Khutbah Jumaat 2018
Khutbah Khas
3
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Ketika negara-negara di luar berada dalam kancah peperangan yang
menghancurkan negara berkenaan, kita merasa amat bertuah tinggal dalam sebuah
negara yang aman harmoni. Keamanan ini tidak datang sendiri melainkan melalui
perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan. Mereka mengorbankan tenaga,
jiwa dan raga berjuang serta berjihad mempertahankan kedaulatan negara daripada
terus diceroboh, diganggu serta dijajah. Ada di antara mereka yang terkorban atau
mengalami pelbagai kecederaan.
Namun, apa yang penting mereka telah melakukan satu tindakan yang amat selari
dengan tuntutan Islam iaitu mempertahankan hak dan kebenaran. Mereka tidak rela
negara yang kita sayangi ini dijajah dan kita diperhambakan. Mereka mahu menjadi
bangsa berwawasan, merdeka, berdikari dan bebas untuk melaksanakan tuntutan Ilahi
dengan aman. Justeru, mimbar Jumaat bersempena sambutan hari pahlawan
membicarakan khutbah bertajuk: PAHLAWAN: JASAMU SENTIASA DI HATIKU.
Kita sangat berterima kasih kepada para pahlawan dan pejuang negara. bagi
mereka yang beragama Islam dan telah kembali menemui Allah , kita doakan
semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada‟ dan orang-orang soleh
serta mendapat ganjaran yang baik daripada Allah . kepada mereka yang masih
hidup, kita sanjungi, hargai dan teladani keberanian dan kehebatan mereka. Benarlah
apa yang disabdakan oleh Rasulullah :
ال "ىبئكم أ
فضل ةليلث أ
ن ال للث نو أ
أ ف لػلذ رض خ
اللدر، حارس حرس يف أ
ل "يرجع إىل أ
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas
4
Mafhumnya : “Mahukah Aku ceritakan kepada kamu tentang satu malam yang lebih
utama daripada malam al-Qadar? Iaitu malam yang dilalui oleh seseorang yang
berkawal di suatu tempat yang menakutkan (kerana menjaga keamanan), yang
mungkin (jika berlaku sesuatu tidak baik) dia tidak dapat kembali lagi kepada
keluarganya.”
(Riwayat Hakim dan Baihaqi)
Untuk itu, pada 31 Julai setiap tahun, masyarakat Malaysia akan sama-sama
mengingati dan mengenang segala jasa pahlawan negara melalui satu majlis rasmi
iaitu sambutan Hari Pahlawan. Di samping sambutan yang diadakan saban tahun, kita
sebagai rakyat Malaysia perlulah menghayati dan mengambil pengajaran daripada
semangat kepahlawanan para pejuang negara. Sesungguhnya, negara amat
memerlukan rakyat berjiwa pejuang yang sanggup melakukan pelbagai pengorbanan
demi membangunkan ummah dan negara tercinta ini.
Hakikat ini bersesuaian dengan prinsip Maqasid Syariah dalam Islam iaitu
memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Keamanan dan ketenteraman
dalam sesebuah negara sahaja yang menjadi pra syarat kesemua prinsip tadi dapat
dijaga, dipelihara dan ditegakkan seterusnya membawa manfaat dan rahmat kepada
agama, negara dan rakyat keseluruhannya.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Hari ini, dalam suasana keamanan dan kemakmuran yang telah dikecapi hasil
perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara khasnya, serta hasil tersebar luas
ajaran agama Islam amnya, masyarakat Malaysia telah mengharungi kehidupan yang
harmoni dan tenteram. Namun, di sebalik suasana sebegini, satu gejala atau fenomena
sebenarnya sedang merebak dan menyerang secara senyap dalam kehidupan
masyarakat dunia amnya menyebabkan umat Islam di Malaysia turut terkesan dengan
gejala ini. Perkara yang dimaksudkan ialah serangan penggunaan alatan gajet yang
boleh membawa kesan negatif dalam masyarakat antaranya boleh melahirkan suasana
dalam masyarakat yang sering mengadu-domba, fitnah-memfitnah, menyampaikan
maklumat yang tidak tepat, hina-menghina, kutuk-mengutuk dan seumpamanya.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas
5
Dalam konteks ini telah digambarkan oleh Rasulullah melalui sabda baginda
yang berbunyi:
ت " نذمم داء سيصيب أ
ا األ ل اهلل ونا: ، فلال مم؟ كال داء يا رس
ش : األ
األ
"وابلطر واتلاكثر واتلذياجش يف ادلىيا، واتلذتاغض واتلحاسد حىت يكن ابلغ
Maksudnya: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat
-umat terdahulu. Sahabat bertanya: "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu wahai
Rasulullah? Rasulullah menjawab: "Penyakit umat-umat terdahulu ialah terlalu
banyak berfoya-foya, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu-menipu
dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan hasut-menghasut sehingga
menjadi zalim."
(Riwayat al-Hakim)
Jika berterusan berlaku dalam masyarakat suasana yang celaru akhlaknya,
serong tatasusilanya dan rendah nilai budinya serta menyimpang dari landasan syarak,
bagaimana mungkin akan muncul para pahlawan dan pejuang kebenaran yang akan
tampil dengan semangat kepahlawanan tulen dan unggul. Justeru, langkah perlu
dilaksanakan untuk melahirkan generasi berciri pahlawan yang mempunyai daya juang,
integriti, amanah, sabar, kental dan terus mampu mencurah bakti bagi membanteras
segala bentuk kemungkaran dan kerosakan yang berlaku.
Maka sudah tentu sebagai jawapannya, setiap individu dari kita perlu
menghayati dan mengamalkan segala nilai berteraskan Islam yang telah terbukti mampu
mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian sejagat. Sebagai seorang yang beragama
Islam, kita hendaklah menjadikan aqidah sebagai tonggak ke arah melahirkan individu
muslim yang mampu menjadi pahlawan dan pejuang kebenaran. Pengakuan syahadah
yang kita ucapkan itu sepatutnya benar-benar memerdekakan kita daripada segala bentuk
maksiat dan perlakuan yang bertentangan dengan syariat Islam. Hal ini penting
ditonjolkan kerana sinar cahaya keberanian dan kepahlawanan para pejuang negara
terdahulu sememangnya telah dinyalakan oleh obor Islam. Melaluinya, semangat jihad
telah berjaya disuntik.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas
6
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Kita perlu meletakkan agama Islam sebagai sumber yang boleh mendorong
umat Islam menghayati erti perjuangan dan seterusnya menjadi seorang pahlawan.
Bermula dengan diri sendiri, berjuang melawan hawa nafsu yang sentiasa mendorong
ke arah melakukan kemurkaan terhadap Allah . Kemudian berjuang memandu
ahli keluarga menghidupkan amal-amal Islami dalam kehidupan seharian. Lebih dari
itu, berjuang dalam mengajak masyarakat agar sentiasa bergerak di atas landasan
syariat yang benar dan berpaksikan ketauhidan kepada Allah selaras dengan
firman-Nya dalam surah Al „Imran ayat 104:
ں چ ں ڱ ڱ ڱ ڱ ڳ ڳ ڳ ڳ
چڻ ڻ ۀ ۀ ڻڻ
Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Dalam perjuangan mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, kita perlu mengambil falsafah daripada para pejuang Islam yang
pastinya mempunyai sifat ketegasan dalam berjuang dan menjadi pahlawan Islam ke
arah mengangkat syiar dan syariat Allah .
Umpamanya, contohilah ketegasan Saidina Ja‟afar bin Abi Talib dan
rombongannya ketika berjumpa dengan Najjasyi apabila beliau mengungkapkan,
“kami tidak akan menyembah selain Allah”. Contoh lain ialah Rabi‟ ibn „Amir, yang
berkata dengan tegas kepada panglima Rustum daripada Parsi, “kami adalah
pembawa misi Ilahi untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama
manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah semata-mata, daripada kezaliman
agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia
dan akhirat,”. Begitu juga Bilal ibn Rabah yang walaupun ditindih dengan batu besar
di atas tubuhnya, tetapi dengan keberanian, ketabahan dan kepahlawanan sehingga
mampu menyatakan kalimah tauhid, “ahad! ahad! ahad!” iaitu Allah yang Esa.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439 Khutbah Khas
7
Sesungguhnya, ketiga-tiga pahlawan Islam tersebut telah memerdekakan roh dan jasad
mereka daripada segala belenggu kejahilan, kesesatan, penindasan dan belenggu
kehidupan jahiliah. Ketiga-tiga mereka sebenarnya mempunyai keimanan yang sangat
kuat. Ketegasan sikap yang diamalkan oleh pahlawan-pahlawan Islam ini
sememangnya menggambarkan sifat-sifat kepahlawanan generasi awal Islam. Mereka
wajar dijadikan sumber inspirasi untuk umat Islam kini dalam melakukan kerja Islami
ke arah mengajak masyarakat meyakini dan melaksana kebenaran serta kesyumulan
Islam.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,
Kesimpulannya, akan lahir mereka yang berjiwa pahlawan, memiliki kualiti
unggul, bermaruah, berakhlak mulia dan berintegriti. Mereka juga bebas daripada
kejahilan dan kebekuan fikiran, sentiasa hebat, mempunyai idea yang bernas dan
sentiasa mengutamakan kebenaran, ehsan dan ikhlas. Di sinilah Islam telah berperanan
memberikan sinar pencerahan yang mampu menerangi segala kegelapan minda
manusia. Islam telah mendidik jiwa perjuangan, kepahlawanan yang memberanikan
mereka berhadapan dengan segala risiko keduniaan selagi ianya mendapat redha Ilahi.
Firman Allah dalam surah Al „Imran ayat 169:
ڃ ڃ ڃ چ چ
ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڱگ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱچ
Bermaksud: “Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang
gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah
hidup di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
Khutbah Khas
8
وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امعظيه ، ونفعن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل
ال
ستغفر اهلل امعظيه ل ومكه ولسائر . امعنيه ذا وأ قول قول
أ
ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو
الىستغفريي ويا ناة اتلائبني
27 Julai 2018/14 Zulkaedah 1439
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas