Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021
(PABM2021) telah berjaya diadakan dengan gilang-gemilang
buat tahun ketiga penganjurannya.
Diadakan secara rasminya pada 9 Julai 2021, pertandingan kali
ini sekali lagi merupakan anjuran bersama antara Pusat Pema-
juan Kompetensi Bahasa (CALC) dan Bahagian Hal Ehwal Pela-
jar, UPM (BHEP) dalam usaha memantapkan komunikasi lisan
pelajar dalam bahasa Melayu dan meningkatkan minat pelajar
antarabangsa dalam menguasai bahasa Melayu khususnya.
Seperti penganjurannya pada tahun 2020, PABM2021 masih
mempertandingkan dua kategori iaitu kategori Alam Melayu dan
kategori Antarabangsa. Berdasarkan jumlah peserta yang me-
nyertai pada tahun ini, pertandingan kali ini dikira telah
mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan pelajar
khususnya pelajar antarabangsa.
Seramai 8 orang peserta telah berentap bagi kategori Alam Mela-
yu manakala 9 orang peserta pula berentap bagi kategori An-
tarabangsa. Bagi meningkatkan motivasi para peserta, sebuah
kategori telah diwujudkan iaitu Anugerah Khas bagi kedua-dua
kategori. Bagi anugerah ini, peserta yang menyerlah dari segi
bahasanya telah dipilih sebagai pemenang.
Oleh Siti Muslihah Isnain
Meskipun penganjuran PABM2021 masih teruji dengan pan-
demik COVID-19, namun pertandingan ini masih diteruskan
dengan jayanya. Ia diadakan secara luar talian dan dihakimi oleh
3 orang juri berwibawa. Menurut ketua juri, pertandingan kali
ini agak sengit kerana peserta yang terlibat terdiri daripada latar
belakang pengajian yang pelbagai di samping mempunyai kehe-
batan dan karakter menarik tersendiri.
Bagi kategori Alam Melayu, Johan disandang oleh Shagaan Ganen
Thrakumar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan diikuti
oleh Nur Ain Aqilah Rosli sebagai Naib Johan dan Joshua Antony
Samy di Tempat Ketiga.
Bagi kategori Antarabangsa pula, Johan dirangkul oleh Rahmat-
ullah Sumaya dari Bangladesh diikuti oleh Haque Syed Faizanul
sebagai Naib Johan dan Tareq Furaz dari Yeman di Tempat Keti-
ga. Para pemenang masing-masing menerima trofi, sijil dan wang
tunai manakala peserta yang tidak berjaya pula menerima sijil
sebagai tanda penghargaan.
Diharap penganjuran PABM2021 telah berjaya mencorak per-
sepsi masyarakat tentang peri pentingnya bahasa Melayu dalam
kehidupan seharian. Semoga usaha penganjuran PABM2021 kali
ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Gemilanglah
By Othman Abdul Kareem
This project was initiated by Ariff and me
as we are the committee members of the
CALC Publicity Team, and it all started be-
fore the total EMCO which was announced
in April 2021.
At first, it was supposed to be a shooting
session with the same background and
camera setting for all the speakers; howev-
er, this plan was cancelled after EMCO was
declared. Hence, we had no choice but to
reinvent the project. After a lot of brain-
storming, we decided to divide our tasks
and compile as many speakers as we could
for the upcoming CALC UPM TV’s Aidilfitri
video.
All the speakers were very helpful as they
had recorded their wishes themselves in
various languages and had sent the videos
to us within the stipulated time. As for the
final Zoom video session, we were very
thankful that most of the CALC staff were
very supportive. They attended the Zoom
session with so much enthusiasm in their
beautiful Raya outfits.
As a result, Ariff and I were still smiling
from ear to ear when we uploaded the vid-
eo on CALC UPM TV few days before the
Aidilfitri Celebrations. The success of this
project has indeed encouraged us to up-
load more videos on Malaysian festivals in
the future.
GEMILANG PABM 2021!
P.1
2021 AIDILFITRI WISHES P.2
TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
TAHUN 2020, CALC UPM P.3
ANECDOTE P.4
TIPS FOR WRITERS ON HOW TO EDIT JOURNALS & THESES
P.5
QUOTE P.6
KITAP INCELEMESI P.6
SUDOKU P.6
PENGGUNAAN PERIBAHASA MELAYU DALAM MEMBERIKAN NASIHAT P.7
DIARI CALC P.8
SUDOKU (ANSWER) P.9
13 WAYS TO MOTIVATE YOURSELF AT WORK
P.9
FOKUS BAHASA: TURKI P.10
NEWSLETTER INFO P.10
2
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021 KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR
TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH
CEMERLANG TAHUN 2020 CALC UPM Oleh Syaakiratul Hasanah binti Rossidi
3
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) merupakan anugerah dan pengiktirafan yang diberi-
kan kepada pegawai sama ada lantikan tetap atau kontrak bagi menghargai sumbangan dan
pencapaian prestasi kerja yang cemerlang
sepanjang tahun tersebut.
Antara kriteria pemilihan pegawai adalah berpandukan kepada markah Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan (LPPT) keseluruhan yang tertinggi diperolehi iaitu 90% ke atas dan tidak menerima APC
untuk tiga tahun kebelakang (2019, 2018 dan 2017). Selain itu, setiap PTJ dihadkan kepada 8%
daripada jumlah keseluruhan staf yang sedang berkhidmat pada tahun penilaian.
Tahniah kepada kesemua tujuh (7) orang penerima APC tahun 2020:
Dr. Tan Wee Chun, En. Noor Farrid bin Noordin, En. Jackson Wong Kok Ming, Pn. Nur
Mazliyana binti Zainuddin, Pn. Siti Sarah binti Muhammad Shafie, Pn. Nur Aimie Na-
bila binti Fauzi dan Pn. Nur Najmi binti Muhammad Khatib
Penerima APC menerima insentif sebanyak RM1,000.00 seperti mana yang diperuntukkan
dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2012. Setinggi-tinggi penghargaan dan uca-
pan tahniah kepada mereka dan semoga menjadi inspirasi kepada semua staf untuk mene-
ruskan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih mapan.
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
4
AKU DAN DUNIA BARU
OLEH NOOR HIDAYAH
BINTI ISMAIL
Berbekalkan pengalaman mengajar di sebuah sekolah lama sebagai seorang guru Bahasa Melayu selama 10 tahun, belum cukup kebal untuk jantung aku ber tahan dari berdegup kencang. Semua ini salah aku juga apabila tahap keyakinanku digambarkan setinggi Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia. Sememangnya tabiat aku akan berkata ‘ya' dalam apa saja topik perbincangan dan tu-gas yang diberi, tidak kiralah tugas itu pernah dilaksanakan sebelum ini atau tidak. Andai aku terpinga-
pinga aku mulalah teraba-raba mencari sumber, sampai pernah aku tidak tidur malam untuk pastikan semua tugas dihantar dengan tepat pa da masanya dan semua arahan dilaksana dengan jaya. Tambahan pula aku ini seorang yang mudah mesra dengan sesiapa, senyuman tak pernah lekang dari bibir, sebab itu, sesiapa sahaja yang mengenaliku akan me rasakan bahawa aku adalah manusia serba tahu. Hakikatnya, tuhanku sahaja yang tahu siapa aku dan perasaanku. Bercakap tentang keyakinan, keya-kinan diriku dibentuk sejak aku ber-gelumang di pentas teater. Betul-betul diasah dan diukir ibarat pokok kayu menjadi sebuah patung cendana. Menjadi kegilaan.Ya macam itu lah kiasannya. Pada aku setakat hendak mengajar, sebelah mata sahaja tetapi, saat tibanya hari pertama aku sebagai seorang guru bahasa di CALC, aku hilang ka-ta, aku lupa pelajar aku bukan lagi kanak-kanak ceria di awal usia, yang biasa aku ajar sambil bern-yanyi, yang saling berkejaran ber-main lari-lari. Kini, pelajar dihadapan aku adalah calon master dan PhD. Terlopong aku hilang perkataan, hatta hendak ucap selamat pun aku terlupa, yang keluar hanya 'assalamualaikum' se-bagai pembuka kata. Mana pergi ucapan tahniah kepada pelajar kerana menyertai subjek LPM2100, mana pergi kata-kata he-bat bagai Aristotle yang aku selalu berfalsafah setiap pagi diperhim-
punan pagi sekolah tapi, mujur aku pernah berada di pentas teater satu ketika dulu, dek kerana hilang kata, aku ajak pelajar aku bernyanyi lagu rakyat bertajuk bapaku pulang dari kota sebagai pembuka kata, konon-konon nak pecahkan kebuntuan yang ada.
Semua orang gembira dengan ke-lainan yang dibawa. Kalau tidak semua 'muka ketat' seribu bahasa. Maklumlah masing-masing tak ke-nal sesiapa. Selepas acara itu, satu persatu uca-pan dan respon baik aku terima dari ruangan sembang zoom meeting. "Cikgu, I love your class. It’s very good" "Madam, you are so sporting" "Teacher, I want to suggest to all of my friends to join your class next time" Aku hanya ketawa dalam hati. Kalaulah mereka tahu bahawa acara itu adalah kerana aku buntu. Dek kebuntuan itulah menemukan aku kepada identiti baru. Rupanya, dalam kekurangan andai kita cuba buat sesuatu, pasti akan menemui sesuatu yang baru. Sejak hari tu, aku mula beredia dan men-jadikan kelas aku adalah kelas yang paling ditunggu. Terima kasih CALC atas peluang ini. Sukar digambar dengan bahasa kerana pengalaman itu hanya dapat dirasa.
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
MEMORI LUCU
Oleh Dr. Azlina Binti Mohd Sera’ai
Pengajaran dalam kelas bahasa memerlukan sesuatu aura yang dapat menarik
pelajar mengikuti pelajaran dengan gembira, seronok dan tidak tertekan.
Sepanjang perkhidmatan saya lebih 20 tahun di tanah UPM yang hijau permai ini,
pelbagai kisah jenaka, hiba, seram, kejutan tersimpan kukuh dalam kotak memori
saya. Namun, saya ingin berkongsi dua peristiwa lucu yang menggelikan hati saya
sehingga terkekeh-kekeh dibuatnya.
Pertamanya ialah memori ketika menjalani kelas secara fizikal sebelum bermulanya
pandemik covid-19 lebih 10 tahun yang lepas. Saya meminta setiap pelajar membuat ayat pendek dalam bahasa Sepanyol dengan menggunakan kata kerja yang berbeza. Kemudian, mereka diminta untuk menulis ayat tersebut di papan
putih di dalam kelas. Satu persatu ayat dibaca. Terdapat satu ayat yang
amat menggelikan hati iaitu “El gato llama a su madre” (kucing itu menelefon ibun-
ya). Secara spontan saya membalas balik ayat tersebut dengan jawapan “meow, meow” sambil membuat gaya menjawab panggilan telefon. Hal ini membuatkan seluruh kelas ketawa terbahak-bahak malah, pelajar lain turut menokok tambah
sehingga kelas bertukar gamat.
Peristiwa yang kedua ialah ketika menjalani kelas secara dalam talian. Dua orang
pelajar diminta untuk menjawab soalan yang diajukan dalam bahasa Sepanyol.
Secara tiba-tiba, tanpa sempat pelajar membuka mulut, jawapan tersebut disambut
dengan sahutan kokokan ayam di tepi tingkap dan kicauan burung di dalam sangkar.
Sambil berseloroh saya membalas “kelas hari ini seperti dalam zoo pulak ya, ayam,
burung pun nak belajar sama”. Seorang pelajar tersebut menjawab “ya profesora,
rumah saya memang banyak burung, dah macam zoo, saya tak suka”. Pelajar-
pelajar lain turut ketawa sehingga perjalanan kelas terhenti sejenak. Itulah kisah
yang tidak akan dilupakan dalam hidup saya.
5
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
Any academic journal or thesis is bound to have certain
shortcomings such as typographical errors, grammar
mistakes, translation and style inconsistencies which
can make it difficult to be comprehended by reviewers
or readers. Therefore, proper editing is vital to ensure a
clear communication of ideas. There are several points
to remember when editing a paper, which includes;
CONSISTENCY
Using appropriate structures throughout the paper is important to help convey
ideas clearly. This includes among others, font size, text alignment, order of
pages, translated sentence style, references, citations and bibliographies.
PARALLELISM
Making sure the ideas are parallel with the main topic is vital. Also the main
points must support the thesis statement and the conclusion should summa-
rise the main points. Furthermore, ensuring that any quotations or citations
used support the ideas they represent is also important (Exceller Open, 2019).
COMMON MISTAKES
Scrutinising the paper for common mistakes such as improper use of pronouns
or possessives, contractions, slang, abbreviations or spelling errors (either Brit-
ish or American style), grammar errors etc. should be done in order to avoid
misunderstanding of information.
CITATIONS
Pre-determining the preference of formats (APA, MLA etc.) will reduce confu-
sion and ensure standardisation throughout the paper.
READING-OUT-LOUD
Reading-out-loud helps writers to identify and spot errors easier as opposed to
skimming through the pages. The process also enables writers to focus on each
word attentively (Panter, n.d.).
PROOFREAD Having a friend or professional editors to look at the paper to get unbiased feedback is crucial as often writers tend to overlook their own mistakes (Panter, n.d.).
In conclusion, editing is an essential process that writers need to develop and exe-cute while writing their paper because clear and accurate writing increases reada-bility. This will ultimately help convey the research in a concise way for readers to understand and appreciate. (Ms Barathi is the committee member of the Editing & Translation Unit in CALC. For further queries on editing and translation services, please email @ [email protected]) Exceller Open. (2019). Useful tips for editing your thesis. https://excelleropen.com/useful-tips-for- edit- ing-your-thesis/ Panter, M. (n.d.). How to edit productively. https://www.aje.com/arc/editing-tip-how-edit-productively/
By Bharathi Visvanathan
5
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
Quote “Work hard in silence, let your
success be your noise” - Frank Ocean
By Nurhidayah Binti Mohd Taufik
Kitap Incelemesi is an acitivity organised by READ@CALC to promote reading in the university, following the launch of the Malaysian Reading Campaign by the Education Ministry of Malaysia. This one hour sharing session gives participants a platform to analyse, evaluate, compare, criticise, and review a book and its contents.
Kitap Incelemesi made its debut on 2 April 2021 which showcased its first guest speaker, Mr. Mohammad Ammar Rosli who is an English Language teacher at CALC. During the session, participants delved into the personal writings of Marcus Aurelius through the infamous book “Meditations”. Sharing notable excerpts from the book, Mr. Ammar disclosed its contents and shared his personal thoughts in regards to the renowned Roman Emperor.
Taken from “AnySodokusolver” (2020). https://anysudokusolver.com 6
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR
7
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
Disediakan oleh Sofia Hani Izyan Binti Mohd Sopian
Peribahasa Melayu dihasilkan berdasarkan cara hidup, pengalaman, sikap dan nilai murni bangsa
Melayu. Berikut merupakan beberapa jenis peribahasa Melayu beserta olahan ringkas dan maksud periba-
hasa tersebut. Jenis peribahasa yang pertama ialah simpulan bahasa. Simpulan bahasa merupakan kata-
kata ringkas yang boleh membawa kepada maksud tersirat.
Jenis peribahasa kedua ialah pepatah. Pepatah merupakan ringkasan kepada perkataan yang
berkerat-kerat dan mempunyai tujuan untuk menyampaikan pengajaran. Pepatah banyak dikaitkan
dengan adat istiadat, peraturan dan undang-undang.
Jenis peribahasa ketiga ialah perumpamaan. Perumpamaan merupakan susunan kata-kata yang
kemas dan indah serta mempunyai maksud yang tersirat. Perumpamaan sering menggunakan kata bagai,
ibarat, seperti, umpama pada permulaan ayat.
Jenis peribahasa keempat ialah bidalan. Bidalan juga turut memaparkan unsur nasihat, pengaja-
ran dan pedoman kepada masyarakat.
Jenis peribahasa kelima pula merupakan kata-kata hikmat. Definisi kata-kata hikmat ini merujuk
kepada kata-kata orang bijaksana seperti cendikiawan, sasterawan, dan tokoh.
Peribahasa keenam ialah bandingan atau dikenali sebagai perbandingan semacam dan ianya juga
sering kali menggunakan perkataan macam, bagai, seperti dan laksana.
Rujukan:
Hamzah, Z. A., & Hassan, A. F. (2011). Bahasa dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language
Studies, 11(3). http://journalarticle.ukm.my/2760/ "Mari belajar peribahasa Melayu". (n.d.). https://maribelajarperibahasamelayu.weebly.com/ jenis-jenis.html
Simpulan Bahasa Maksud
Panjang tangan Suka mencuri
Pepatah Maksud
Buang yang keruh, ambil yang jernih Berdamai antara dua pihak yang bersengketa
Perumpamaan Maksud
Bagai aur dengan tebing Sikap bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain
Bidalan Maksud
Sudah terhanduk baru tengadah Baru hendak beringat-ingat apabila sudah ditimpa masalah.
Bandingan Maksud
Manis seperti madu Rasa manis yang disamakan dengan rasa madu
Kata-kata Hikmat Maksud
Bahasa menunjukkan
bangsa Cara pertuturan seseorang menunjukkan kelakuan atau sifat sesuatu bangsanya
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
8
DIARI CALC-SENARAI AKTIVITI BULAN APRIL
BIL TARIKH AKTIVITI
1 6 April 2021 Courtesy Visit Yunus Emre Enstitusu ke CALC
2 8 April 2021 Majlis Persaraan YBhg. Prof. Dr. Arshad Abd Samad
3 9 April 2021 Sesi Penerangan Hala Tuju dan Pelan Tindakan JINM oleh YBhg. TNCJINM ke Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC)
4 12 April 2021 Perbincangan CALC bersama Dekan Fakulti Rekabentuk dan Senibina
5 15 April 2021 Online Zoom Meeting: MoU collaboration between UPM and UMP Indonesia
6 16 April 2021 Perbincangan CALC bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan
7 28 April 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-123
BIL TARIKH AKTIVITI 1 3 Mei – 6 Jun
2021 Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2021 (PABM 2021)
2 6 Mei 2021 Sesi Temuduga Jawatan Staf Pentadbiran PIE
3 10 Mei 2021 Majlis Ucapan Hari Raya CALC anjuran WeCALC
4 27 Mei 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-124
5 28 Mei 2021 Majlis Doa Selamat Dan Bacaan Yasin CALC
6 31 Mei sehingga 13 Ogos 2021
pertandingan “Intervarsity Undergraduate Public Speaking Competition 2021 (IUPSC 2021)” oleh Bahagian Kemahiran Bahasa Inggeris (BKBI)
BIL TARIKH AKTIVITI 1 8 Jun 2021 Perbincangan Permohonan Ruang Penyimpanan (Cloud)
Untuk Bahan Aktiviti LAX bersama pihak iDEC 2 23 Jun 2021 Mesyuarat Pengurusan CALC Kali Ke-125
3 25 Jun 2021 Program Kitap Incelemesi “Bedah Buku” oleh Pengarah CALC, YBhg. Prof. Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad
4 30 Jun 2021 Mesyuarat JK Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan CALC
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
SUDOKU (ANSWER)
13 WAYS TO MOTIVATE YOURSELF AT
WORK By Sangeetha Palpanaban
Lacking motivation at work? I hear you. Here
are 13 ways to get your spark back at work.
1.Create a 5-year-plan
2. Start with small specific steps to achieve your
5-year-plan
3. Do your least favorite work
4. Learn new skills
5. Schedule monthly check-ins with a manager to
voice out concerns and to get feedback
6. Find a mentor to propel your career forward
7. Practice gratitude and recognize the good
things
8. Make a passion diagram- list down what
you love to do at the workplace and find ways to
marry what you love doing with your day-to-day
work.
9. Reward yourself for accomplished goals
10. Surround yourself with motivated people and
bounce ideas off each other and work together on
new and exciting projects
11. Get feedback from your manager, coworker or
a mentor and improve yourself
12. Take a break either by turn ng off your
phone on weekends or taking a short vacation
13. Stay positive and be in control of your career-
only you can stimulate you.
Contessa, C. (2021). 13 Ways to Motivate Yourself at Work.
Career Contessa. https://www.careercontessa.com/
advice/
9
PUBLISHED BY:
Centre for the Advancement of Language Compe-
tence (CALC),
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan.
Phone: 03-97691404
https://calc.upm.edu.my/
https://www.facebook.com/calcupm/
KOMPETENSI BAHASA | ISSUE NO 11 : APR-JUN 2021
PUBLISHED BY:
Centre for the Advancement of Language Competence (CALC),
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan.
Phone: 03-97691404 https://calc.upm.edu.my/
https://www.facebook.com/calcupm/
Deputy Director/Advisor Pn. Iza Dura Abdul Manan
Editor Sangeetha Palpanaban
Editorial Unit Nur Afiqah Shabudin writer Siti Muslihah Isnain writer
Mohammad Ariff Ahmad Zainnuddin writer Nur Najmi Muhammad Khatib admin
Lailatul Badariah Buharan Nordin design Muhammad Syafiq bin Mazlan design
Noor Farrid Noordin finance Muhammad Azizi Abd. Rahman logistics
Contributors
Syaakiratul Hasanah binti Rossidi Dr. Azlina Binti Mohd Sera’ai
Othman Abdul Kareem Bharathi Visvanathan
Noor Hidayah Binti Ismail Nurhidayah Binti Mohd Taufik
Sofia Hani Izyan Binti Mohd Sopian
Services
Language Extension Courses [email protected]
Editing and Translation [email protected]
Language Testing and Assessment [email protected]
Rooms and Facilities
Postgraduate Intensive English (PIE) [email protected]
Kompetensi Bahasa
6 Fakta Menarik Tentang Turki Disediakan oleh Mohammad Ariff Ahmad Zainuddin
Kata Napoleon Bonaparte "If the Earth were a single state, Istan-bul would be its capital." Turki adalah satu negara yang sangat menarik dan ia pernah menjadi pusat pemerintahan banyak em-payar di dalam dunia. Mari bersama saya membaca beberapa fakta yang menarik mengenai Turki.
1. Kedudukan Geografi Yang Sangat Strategik
Turki merupakan negara yang mempunyai dua benua iaitu benua Eropah dan Asia yang lebih dikenali dengan istilah Eurasia. Di sempadan barat, Turki berjiran dengan negara Bulgaria dan Greece. Di Timur pula bersempadan dengan negara Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria. Ia juga dikelilingi Laut Hitam, Aege-an dan Mediterranean.
2. Penggunaan Bahasa Turki Yang Sangat Meluas
Pernah anda menonton filem yang dialih bahasa ke Bahasa Me-layu? Bunyinya pelik bukan. Tetapi tidak pelik di negara Turki di mana semua filem akan dialihkan bahasanya kepada Bahasa Turki hatta Upin dan Ipin pun terikut sama.
3. Ucapan Selamat
Budaya masyarakat Turki yang terpuji adalah suka mengucap-kan selamat bila bertemu dan berpisah. Selain ucapan Assal-amualaikum bila menyapa sesiapa yang ditemui, orang Turki menambah ucapan berbentuk doa seperti Kolay Gelsin yang bermaksud moga dipermudahkan, Allah Razi Olsun yang ber-maksud moga Allah meredhai kamu. Jika menjamu selera, pekerja restoran akan mengucapkan Afiyet Olsun yang bermak-sud selamat menjamu selera.
4. Kesihatan
Jika anda menetap di Istanbul, anda boleh merentasi benua Eropah dan Asia hanya dengan berjalan kaki. Menarik bukan? Masyarakat Turki lebih gemar berjalan kaki berbanding menaiki kenderaan. Makanan di Turki pula kurang berminyak dan lebih suka makanan yang dipanggang.
5. Pusat Seni Dunia
Anda pernah dengar perkataan Tezhib? Tezhib adalah salah satu cabang dari seni-seni tradisional dan ianya sangat terkenal di Turki dalam kalangan penggiat seni. Ramai yang pergi ke Turki untuk mengikuti kursus-kursus seni yang disediakan di sini. Anta-ra seni yang terkenal dari Turki ialah Ebru.
6. Menghargai Sejarah
Terdapat banyak tinggalan sejarah yang wujud dan masih kekal berdiri dengan teguh di Turki. Di Istanbul misalnya terdapat bekas dinding Konstantinopel dan Hagia Sophia bekas tinggalan Em-payar Rom.
“18 Favourites Quotes About Istanbul” (n.d.). Istanbul.com. https://istanbul.com/blog/istanbul-travel-quotes/ “Budaya Seni Tangan” (n.d.). Türkiye Kültür Portalı. https:// www.kulturportali.gov.tr/portal/el-sanatlari-gelenegi-1