6
1 Perbomohan Dari Pandangan Islam Oleh Ustaz Syed Basir Bin Syed Noor

Oleh Ustaz Syed Basir Bin Syed Noorjaik.gov.my/wp-content/uploads/2018/khutbah/Khutbah Perbomohan Dari... · selain daripada Allah S.W.T yang boleh memberikan mudarat dan manfaat

  • Upload
    vukien

  • View
    230

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

1

Perbomohan Dari Pandangan Islam

Oleh Ustaz Syed Basir Bin Syed Noor

2

Perbomohan Dari Pandangan Islam

ل اا ض ر و ة ه العح ل يحي ا ع ت م

و أ يحو ادل ل ا ل ه ا كح ، ال هيح الحع ر ب هلل د هح

حل

ي ديح ال م اإلسح ش ل ه د اهللو حح إل إل ل نح أ د ه شح

و أ ااهللا ح شرح وح ن و ل كيح

يدى ا س لع ل ل،امهللص ر سوح بحدهو اع د م ه ن دأ ه شح

نبيحي ا،و أ ل ال ض ل ض دح ق ف

ثيح ا، اك ليحه ت سح لمح و س اا ح صح لو أ أ دو لع م ه

د، اب عح ن أ دح ق و ىاهلل،ف ات قح سح ن فح و وحصيحكمح

أ قوحااهلل ،ات ن وح اض

حاال يه

ي اأ ف ن حهتقوح ال .ف از

Sidang Jumaat yang berbahagia

Marilah sama-sama kita meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah

S.W.T. dengan kita melaksanakan segala suruhannya dan menjauhi segala larangannya.

Mudah-mudahan dengan menjalani kehidupan bertunjangkan ketaqwaan ini, kita

memperolehi kejayaan di dunia dan keredhaan di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian Fenomena percaya kepada bomoh dan meletakkan kepercayaan bahawa ada kuasa selain daripada Allah S.W.T yang boleh memberikan mudarat dan manfaat merupakan perbuatan syirik yang masih diamalkan oleh sesetengah anggota masyarakat kita pada hari ini. Islam sangat menitik beratkan soal akidah dan syariat. Justeru, segala syariat dan amalan serta kepercayaan yang tidak bersandarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, sunnah, ijmak dan qias adalah ditolak oleh Islam sama sekali.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

13 Julai 2018/29 Syawal 1439

Khutbah Jumaat 2018

3

Mimbar ingin menegaskan amalan khurafat ini adalah bertentangan dengan akidah Islam, sekaligus menjejaskan keimanan seseorang serta boleh menyebabkan syirik kepada Allah S.W.T, ia juga merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampun Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa’ ayat : 48.

ڃ ڃ ڃ چ چ

ھ ھ ےچ ﮳ ےڻ ڻ ۀ ۀ ہ ہ ہ ہ ھ ھ ۓ ۓ ﮲

٨٤:النساء چ﮴ ﮵ ﮶ ﮷

Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Khurafat adalah perkara rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam, serta pelbagai bentuk kepercayaan dan amalan yang diamalkan oleh masyarakat kita hari ini. Sekalipun di zaman yang serba moden dan penuh dengan ledakan teknologi maklumat ini, amat menyedihkan umat Islam masih lagi terpengaruh dan terperangkap dalam amalan khurafat, syirik, tahyul dan sebagainya. Antaranya ialah penggunaan jampi serapah yang mempunyai unsur-unsur syirik, dan tidak difahami maksudnya, sikap mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun atau bomoh sama ada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang. Sesungguhnya sebahagian daripada perkara ini adalah haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam. Begitu juga penggunaan tangkal di rumah atau dipakai di badan seseorang. Kebiasaannya penggunaan tangkal akan menyebabkan seseorang bertumpu dan bergantung harap kepada tangkal dan merasakan dirinya selamat selama mana tangkal itu berada di sisinya. Justeru, Rasulullah s.a.w. amat melarang penggunaan tangkal kerana boleh membawa kepada syirik. Bahkan, pengharapan dan keyakinan yang kuat itu menyeleweng dari akidah yang sebenar. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat : 23

13 Julai 2018/29 Syawal 1439

4

ڃ ڃ ڃ چ چ

ەئ وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ چ

چی ی ی جئ حئ مئ ىئ یېئ ىئ ىئ ىئ

٣٢: املائدة

Maksudnya : Berkatalah dua orang diantara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi nikmat atas keduanya: "Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, Maka bila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman". Sidang jumaat yang dirahmati sekalian, Persoalannya, bagaimana pula tangkal menggunakan ayat al-Quran? Sebahagian ulama menolak tangkal menggunakan ayat al-Quran berdasarkan kepada beberapa hujah iaitu larangan penggunaan tangkal adalah umum dan menyeluruh, sama ada menggunakan ayat al-Quran mahupun selain daripada itu. Justeru, penggunaan tangkal yang mengandungi ayat al-Quran akan mendedahkannya kepada kehinaan, kerana orang yang memakainya akan membawa ke tempat najis seperti ketika membuang air dan lain-lain. Ia akan membuka ruang untuk tidak menghormati al-Quran serta merendahkannya dan ini bertentangan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran. Malah, Allah S.W.T menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia ke jalan yang lurus, bukan untuk digunakan sebagai tangkal, azimat, penjaga atau pendinding.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Para dukun mahu pun bomoh kebiasaannya menggunakan pendamping yang berupa jin atau makhluk halus untuk berubat atau aktiviti perbomohan. Sudah tentu perbuatan dan amalan tersebut terlibat dalam amalan syirik, apatah lagi sekiranya kita mempercayai bahawa bomoh itu mampu mengetahui perkara-perkara ghaib. Umpama ia berkata atau menuduh penyakit seseorang itu disebabkan oleh seseorang yang menyihirkannya.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

13 Julai 2018/29 Syawal 1439

5

Hakikatnya bomoh dan dukun tidak mengetahui sesuatu perkara ghaib, melainkan apa yang diketahui itu adalah daripada khadamnya. Bahkan juga cerita atau berita yang disampaikan itu adalah tidak benar dan hanya tipu daya semata-mata. Justeru, kepercayaan kepada bomoh hanyalah sekadar memberikan harapan yang sia-sia kepada manusia. Sekaligus menghasilkan jiwa yang lemah dan sentiasa bertaqlid dan tunduk kepada manusia. Agama Islam juga melarang perbuatan MENURUN iaitu memanggil roh orang yang telah mati dalam kaedah pembomohan. Larangan ini juga melibatkan upacara penyembahan, pemujaan, memohon bantuan dan memperhambakan diri kepada kuasa ghaib. Sedangkan Allah telah menjelaskan dalam firmannya dalam surah ar-Ra’du ayat 14 :

ڃ ڃ ڃ چ چ

ٻچ ٻ ٺ ٻٱ ٺ ڀ ٺ ڀ ڀ ڀ پ پ پ پ ٻ

٤١: الرغد چٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ٹٺ ٿ ٿ ٿ ٿ ٹ

Maksudnya : Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian Kepercayaan kepada bomoh boleh membawa kepada kesan buruk kepada seseorang dan boleh menjadikan seseorang itu berlaku syirik kepada Allah S.W.T kerana mempercayai ada kuasa yang lain daripada Allah S.W.T yang mampu memberi pertolongan kepada mereka. Seseorang itu juga tidak merasa ketenangan dalam dirinya. Sekalipun dia dilimpahi dengan kekayaan dan kemewahan dalam hidup. Jiwanya menjadi kacau bilau dan tidak menentu, malah kehidupannya dalam keadaan yang tidak terurus. Keadaan ini terjadi kerana fikiran dan diri orang itu terkongkong kerana pantang larang yang diamalkan serta menyekat kebebasan berfikir yang mengakibatkan seseorang itu lemah dan mundur dalam segala hal. Perasaan dan fikiran mereka juga sentiasa dalam ketakutan. Bahkan terdapat sebahagian daripada orang ramai yang sanggup menghabiskan wang, tenaga dan masa dengan sia-sia.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

13 Julai 2018/29 Syawal 1439

6

Masyarakat juga terkesan dengan amalan perbomohan ini. Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku, akibat perbezaan kepercayaan mahupun akidah ahli keluarga. Prasangka buruk sesama ahli akan mengisi kehidupan berkeluarga. Tuduh menuduh mungkin berlaku sehingga menimbulkan perbalahan dan merosakkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Apa yang menakutkan lagi, apabila kepercayaan kepada bomoh ini akhirnya telah membawa kepada pembunuhan

sesama manusia.

Justeru, setiap muslim mestilah berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan kita yang serba moden ini. Agar kita semua tidak terjerumus ke dalam kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenalpasti setiap amalan khurafat menyeleweng itu. Mudah-mudahan dengan ilmu akidah sebagai perisai utama yang boleh menyelamatkan kita daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpin kita ke arah keredhaan Allah serta kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

وي بارك اهلل ل ومكه ىف امقرآن امػظيه ، ونفػن وإياكه بىا فيىيع و الس إ ووكه تلوت كر احلكيه ، وتقبل ون يات واذل

ال

ستغفر اهلل امػظيه ل ومكه ولسائر . امػنيه ذا وأ قول قول

أ

ني والىؤوات، فاستغفروه، فيا فوز الىسنىني والىسنىات والىؤو الىستغفريي ويا ناة اتلائبني

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018

13 Julai 2018/29 Syawal 1439