10
HARTINI BT. IDRIS 790427-08-5242 PPG AMBILAN FEB 2012/ MATEMATIK 3.08 PENSYARAH: EN SAIPO B. AYUB SOALAN 1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut : a) Segrasi b) Akomodasi c) Akultarasi d) Asimilasi e) Amalgamasi PENDAHULUAN Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latarbelakang keturunan, bahasa, agama dan cara

OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

oll

Citation preview

Page 1: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

HARTINI BT. IDRIS

790427-08-5242

PPG AMBILAN FEB 2012/ MATEMATIK 3.08

PENSYARAH: EN SAIPO B. AYUB

SOALAN

1. Buat banding beza konsep perpaduan dan integrasi berikut :

a) Segrasi

b) Akomodasi

c) Akultarasi

d) Asimilasi

e) Amalgamasi

PENDAHULUAN

Malaysia sebagai sebuah negara kecil di peta dunia , namun Malaysia

mempunyai banyak keunikan tersendiri. Kedudukan geografinya yang strategik yang

dari dahulu hingga kini menjadi jambatan penghubung antara dunia Barat dan Timur

dalam aspek pembangunan dan perkembangan ekonomi, politik dan sosial dunia.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai latarbelakang

keturunan, bahasa, agama dan cara hidup yang berbeza antara satu sama lain

menambahkan keunikan yang ada. Usaha-usaha untuk memupuk perpaduan dan

harmonis antara pelbagai kumpulan etnik di Malaysia sentiasa dilaksanakan pada

setiap lapisan masyarakat, terutamanya dalam kalangan pelajar melalui sistem

pendidikan yang sedia ada. Pengertian beberapa konsep dalam konteks hubungan

etnik perlu dijelaskan untuk meningkatkan pemahaman terhadap pertalian hubungan

Page 2: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

sosial dalam kehidupan harian masyarakat pelbagai kaum seperti di Malaysia.

Pemahaman ini penting supaya tidak timbul kekeliruan tentang perbezaan dan

kaitan antara satu konsep dengan konsep yang lain.

KONSEP

Konsep Perpaduan dan Integrasi Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses

yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota

masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan

banggakan tanah air.Integrasi pula merupakan satu proses bagi mewujudkan satu

identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial

dan lokasi dalam sesebuah unit politik menurut (Ahmad Haji Kambar, 1987). Unsur-

unsur integrasi boleh dikategorikan kepada :

i) Integrasi Wilayah – yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan

pembangunan ekonomi dan sosial wilayah yang maju dengan yang mundur.

Di Malaysia, tumpuan integrasi wilayah ialah antara Malaysia Barat dengan

Malysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung dengan Pantai Barat

Semenanjung Malaysia.

ii) Integrasi ekonomi – yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk

mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

iii) Integrasi kebudayaan – melibatkan usaha untuk membentuk satu

kebudayaan kebangsaan.

iv) Integrasi sosial – merangkumi usaha-usaha menyatu padukan rakyat melalui

program sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.

v) Integrasi pendidikan – bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan

yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan

rohani, dan

vi) Integrasi politik – yang merangkumi usaha-usaha menyatukan rakyat melalui

kerjasama dan pembahagian kuasa politik.Proses mencapai sebuah

Page 3: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yang mudah.Menurut Ting Chew Peh

(1987), integrasi ialah suatu proses yang amat kompleks.

TAHAP HUBUNGAN ETNIK

Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan

bermuladengan hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan

berbentuk sebati iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah

dapat mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini

seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman

serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.Proses hubungan

ras dan etnik yang berbentuk continuum (berterusan) yang dimulai dengan

segregasi hingga kepada penyatuan biologi (amalgamasi).

Konsep Segregasi

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan

etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan

berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,

sistem persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud

sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid

di AfrikaSelatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994.

Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik

menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap

mempertahan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A +

B + C = A+ B +C,di sini A, B dan C merujuk kepada budaya ( Ting Chew Peh,

1987).

Page 4: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau

lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu

matlamat yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.Pelbagai

kumpulan etnik hidup secara harmonis, dan menghormati antara satusama lain.

Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil

dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.Konsep ini

begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas

mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.Meskipun bahasa

Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa

yang lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip

perlembagaan. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang

mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman,

Perancisdan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam

kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan

tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza

sehingga kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan

sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi , proses akulturasi tidak menyebabkan

kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Penerimaan adalah dalam bentuk

unsur budaya yang positif sebagai contoh : pemakaian tali leher telah diterima

oleh hampir semua masyarakat dunia. Begitu juga dengan angpau, makanan,

hiburan dan sebagainya yang boleh dijadikan contoh dalam masyarakat

Malaysia.Tidak mudah untuk membentuk sebuah masyarakat yang mencapai

tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya

bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Unsur-

Page 5: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran

adalah lebih sukar diterima.

Konsep Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan

etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan

kebudayaandan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden (seorang ahli

sosiologi), asimilasi ialah proses dalam mana kelompok –kelompok yang

berfikir , berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam

kesatuan sosial serta budaya yang sama (disebut dalam Chew Hock Thye,

1975).Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan

penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan

formulaA + B + C = A, di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan

sementara B danC mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya , orang Melayu

di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa

dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan

dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku ke

atas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh

berlakunya proses asimilasi.Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba dan

Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan

kepercayaan atau agama.Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi

yang erat antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang

lama. Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik

minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik

majoriti: terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan

kesanggupan etnik majority menerima kumpulan etnik minoriti.

Page 6: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

Konsep Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apbila budaya atau ras

bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama dalam

menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur

antara kumpulan etnik.Teori amalgamasi yang dinyatakan dalam bentuk formula

A + B + C = D, di siniA,B,C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili

amalgamasi, satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B, dan C.

Sebagai contoh, kumpulan -kumpulan etnik yang sedia wujud mengamalkan

perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baharu atau budaya baharu

tanpa menuruti budaya asal mereka. Contohnya, di Brazil dan Hawaii.

SOALAN

2. Jelaskan TIGA faktor pembentukan pluraliti di Malaysia.

Pluraliti atau kemajmukan masyarakat di rantau Alam Melayu wujud dan

berlaku secara berterusan kerana wilayah Asia Tenggara menjadi tempat

pertemuan pelbagai tamadun dan budaya utama dunia.Pluraliti pada Zaman

Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak

keagungan kerajaan Melayu.Melaka di perintah oleh para sultan dan pembesar

yang berpandangan jauh. Berdasarkan kepada fakta sejarah, Melaka adalah

sebuah pelabuhan yang penting dan empayar yang besar di Nusantara pada

abad ke-15 dibawah kekuasaan Parameswara. Hubungan diplomatik yang dijalin

dengan negaraChina dan perlindungan yang diberikan China kepada Melaka

pada waktu itu menguntungkan Melaka kerana ancaman daripada Siam dan

Majapahit dapat dielakkan. Apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun

1414 dan menukar namanya kepada Iskandar Syah, menyebabkan lebih ramai

lagi pedagang Islamdari Arab dan India datang berniaga ke Melaka.Perkahwinan

Page 7: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

Sultan Iskandar Syah dengan Puteri Pasai pula telah meningkatkan hubungan

Melaka dengan Pasai dan pada masa yang sama Pasai terkenal dengan

pelabuhan yang maju, menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan

penyebaran agama Islam. Dengan terjalinnya hubungan melalui perkahwinan

ini,kecemerlangan Pasai juga memberikan impak positif kepada

perkembanganMelaka.Perdagangan di Melaka berjalan dengan begitu lancar.

Semua ini ialah hasil daripada sistem pemerintahan terbuka (menerima sesiapa

sahaja yang ingin berdagang) di samping pelabuhan ditadbir dengan cekap.

Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh

laksamana Melaka yang proaktif. Situasi ini menjadikan suasana selamat dan

aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini

disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran

Islam.Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti

kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi tanpa ada pemaksaan

daripada mana-mana pihak. Zaman ini bukanlah zaman negara bangsa

sebagaimana yang diperkenalkan oleh British dan seterusnya mewujudkan

masyarakat pluralistik yang nyata.Para pedagang tidak memerlukan passport

atau visa sebagai pengenalan diri untuk memasuki sesuatu kawasan. Keadaan

ini membolehkan para pedagang dari Arab,India, China dan negara-negara lain

datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi dengan

penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik.Akomodasi antara pedagang

dari China dan India dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan kategori

masyarakat yang tidak pernah wujud sebelumnya seperti masyarakat Baba.

Mereka terus menetap di Melaka.Pluraliti Zaman Penjajahan British di Tanah

Melayu sehingga Kewujudan Masyarakat Majmuk.Persaingan kuasa-kuasa Barat

untuk memperolehi dan menguasai tanah-tanah jajahan Afrika dan Asia

dikatakan bermula sejak tahun 1870-an. Tujuan perlumbaan kuasa Barat iaitu

antara negara-negara seperti Britain, Perancis, Sepanyol, Belgiumdan Amerika

Syarikat adalah bagi memenuhi keperluan ekonomi dan menguasai kawasan

strategik sama ada untuk kepentingan laluan perdagangan mahu pun

pertahanan. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah dan Asia yang

Page 8: OLL Hubungan Etnik Interaksi 1

akhirnya berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial negara-negara yang

dijajah.Terdapat tiga faktor penguasaan penjajah Barat ke atas negara-negara di

Afrika danAsia ialah faktor ekonomi (Gold Oriented), faktor politik (Glory

Oriented) dan Faktorbudaya ( Gospel Oriented).