5
3.4 Pembentukan panca indera dan organ bayi. Proses kejadian manusia telah diceritakan di dalam al-Quran dengan begitu teliti malah fakta-fakta yang dinyatakan dalam al-Quran adalah tepat dan tidak mampu disanggah oleh mana-mana pihak. Al-Quran menceritakan proses penciptaan manusia termasuklah penciptaan organ-organ dan panca indera yang dimiliki tubuh badan dengan tepat walaupun ketika penurunannya kemajuan sains dan teknologi masih belum mampu untuk membuktikannya. Firman Allah : “Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21) Pembentukan organ-organ dan panca indera dalam penciptaan manusia berlaku semenjak dalam alam rahim lagi. Penciptaan organ dan panca indera berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama sepanjang proses penciptaan manusia. TRIMESTER PERTAMA (Minggu 0 – 12) Organ dan panca indera mula terbentuk dalam trimester yang pertama atau akhir fasa mudghah iaitu pada akhir minggu keenam sejak kehamilan. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa proses pembentukan organ tubuh bermula setelah empat puluh dua hari. 1 1 Zaghlul An-Najjar. Sains dalam Hadis. Penerbitan Amzah. Jakarta. 2011.hlmn 413

Organ Janin

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pembentukan bayi dalam kandungan memiliki beberapa fasa.

Citation preview

3.4 Pembentukan panca indera dan organ bayi.Proses kejadian manusia telah diceritakan di dalam al-Quran dengan begitu teliti malah fakta-fakta yang dinyatakan dalam al-Quran adalah tepat dan tidak mampu disanggah oleh mana-mana pihak. Al-Quran menceritakan proses penciptaan manusia termasuklah penciptaan organ-organ dan panca indera yang dimiliki tubuh badan dengan tepat walaupun ketika penurunannya kemajuan sains dan teknologi masih belum mampu untuk membuktikannya. Firman Allah :Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (Adz Dzariyat: 20-21) Pembentukan organ-organ dan panca indera dalam penciptaan manusia berlaku semenjak dalam alam rahim lagi. Penciptaan organ dan panca indera berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama sepanjang proses penciptaan manusia.TRIMESTER PERTAMA (Minggu 0 12)Organ dan panca indera mula terbentuk dalam trimester yang pertama atau akhir fasa mudghah iaitu pada akhir minggu keenam sejak kehamilan. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa proses pembentukan organ tubuh bermula setelah empat puluh dua hari.[footnoteRef:1] [1: Zaghlul An-Najjar. Sains dalam Hadis. Penerbitan Amzah. Jakarta. 2011.hlmn 413]

Wahai manusia! Jika kamu meragukan (hari) kebangkitan, maka sesungguhnya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim, menurut kehendak kami sampai waktu yang sudah ditentukan... (Al-Hajj: 5) Di dalam ayat ini telah dinyatakan dua fasa mudgah iaitu fasa yang sudah terbentuk dan yang belum terbentuk. Maksud fasa mudgah yang sudah terbentuk atau sempurna ialah embrio itu sendiri yang sudah memiliki beberapa organ dengan fungsinya yang tersendiri manakala mudgah yang belum terbentuk ialah plasenta yang terbentuk pada hari ke tiga puluh lima. Tahap mudgah berakhir pada minggu keenam iaitu selepas empat puluh hari.Embrio mulai berubah menjadi fetus atau janin. Selepas itu, roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan oleh Allah seperti yang dinyatakan di dalam Surah as-Sajdah ayat 9: "Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan roh (ciptaan)Nya ke dalam (tubuh)Nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagi kamu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur.Pada peringkat ini, deria-deria mula terbentuk. Sebahagian anggota tubuh terbentuk terlebih dahulu berbanding anggota tubuh yang lain. Kedua-dua belah mata dan lidah terbentuk pada minggu keempat sebelum bibir yang akan terbentuk pada minggu kelima.[footnoteRef:2] Penjelasan ini telah dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah al-Balad pada ayat kelapan dan kesembilan: [2: K.H Alie Yafie. Ensiklopedia Kemukjizatan Ilmiah dalam al-Quran dan Sunnah. PT Kharisma Ilmu. Indonesia. 2009. Hlmn 25]

(Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami)? (8) Dan lidah serta dua bibir (untuk dia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?(9)Penciptaan organ dan panca indera juga disebut oleh al-Quran dalam surah Mukminun ayat 78:Dan dialah yang menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati.Mata akan dilitupi dengan selaput mata. Pada awalnya, jarak kedua-dua mata janin saling berjauhan pada kedua-dua sisi mata. Apabila memasuki akhir minggu ketujuh, kedudukan mata akan berubah kepada kedudukan kedua-dua sisi kepala dan kedudukannya juga lebih rendah sedikit berbanding kedudukan asalnya. Teori yang dinyatakan di dalam al-Quran ini jelas terbukti kebenarannya apabila kenyataan tersebut selari dengan pendapat daripada seorang pakar dalam bidang anatomi dan embrio iaitu Prof.Keith L.Moore yang mengatakan bahawa sepanjang tempoh perkembangan fetus (janin),mata mulai terbentuk setelah organ telinga bahagian dalam terbentuk. kemudian otak sebagai pusat pemikiran dan perasaan terbentuk selepas pembentukan telinga dan mata. Telinga fetus mulai terbentuk ketika kehamilan menginjak hari ke 22 dan bentuk telinga mulai menjadi sempurna perkembangannya apabila kehamilan mencapai empat bulan dan fetus mulai dapat mendengar suara dari dalam rahim ibunya. Jantung dan sistem pencernaan mula terbentuk dalam embrio secara beransur-ansur manakala tiub neutral akan berubah menjadi otak dan spinal cord (saraf tunjang). Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat iaitu hampir 250.000 sel saraf baru setiap minit. Ia mulai nampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram. Peringkat permulaan bagi kaki dan lengan juga mulai kelihatan diikuti oleh pembentukan jari-jari di hujung kaki dan tangan. Pada minggu kedua belas, jari-jari tangan dan kaki yang mungil terpisah penuh. Bentuk wajah bayi sudah menjadi lengkap, memiliki dagu dan hidung kecil. Usus bayi telah berada di dalam rongga perut. Telinga, kuku dan folikel rambut juga mulai wujud dan tulang akan menggantikan kartilej (tulang rawan).Pada hujung minggu kedua belas (tiga bulan), janin sudah memiliki kesemua organ yang penting di dalam tubuh badan manusia termasuklah sistem pengaliran darah dan sistem urogenital iaitu organ air kencing dan pembiakan[footnoteRef:3] serta hati. [3: Abu Hassan b. Haji Ali. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran (jilid 1). Emedia Publication. Kuala Lumpur. 2005. hlmn 69]

TRIMESTER KEDUA (Minggu 12 24)Pada peringkat ini, janin sudah mulai menyerupai bentuk bayi yang sempurna. Janin yang berada dalam cairan amniotik sudah boleh menelan dan menghisap jari. Gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah boleh dirasakan ibu. Janin sudah mampu untuk membuka matanya dan degupan jantung sudah boleh didengari dengan jelas. Rambut juga sudah tumbuh pada kepala janin dan seluruh badan memiliki bulu-bulu roma halus. Pada masa yang sama, bulu mata dan kening juga akan mulai tumbuh. Kelihatan juga pada janin tunas gusi, gigi dan bibir di dalam mulutnya.TRIMESTER KETIGA (minggu 24 -40)Pada peringkat ini iaitu dalam tempoh tiga bulan terakhir, pertumbuhan janin akan menjadi lambat sedikit namun begitu semua sistem organ dalam badan akan terus dilengkapkan untuk berfungsi tidak lama lagi. Pada penghujung bulan yang ketujuh, semua organ-organ yang vital sudah lengkap dan tisu lemak sudah mulai wujud pada bawah lapisan kulitnya. Pada masa ini, janin sudah boleh tersedu, menangis, merasai rasa manis atau masam dan mampu memberi reaksi terhadap kesakitan, cahaya dan bunyi.Pada bulan kelapan, kulit bayi akan menjadi lebih halus dan cerah warnanya dan proses tumbesaran otaknya akan berlaku dengan lebih cepat. Pada masa ini, pelbagai antibodi daripada ibu mulai disalurkan kepada bayi bagi melindungi bayi daripada penyakit apabila dilahirkan nanti. Pada bulan terakhir kehamilan ibu, paru-paru bayi akan menjadi matang.[footnoteRef:4] [4: Abu Hassan b. Haji Ali. Ensiklopedia Pendidikan Sains dalam al-Quran (jilid 7). Emedia Publication. Kuala Lumpur. 2005. hlmn 5.]

Proses keseimbangan semua organ tubuh yang berbeza-beza berlaku dan organ-organ ini akan berada di kedudukan masing-masing. Ketika dilahirkan, panjang kepala janin akan menjadi satu perempat panjang badannya, kedudukan mata berada di hadapan wajah, kedudukan telinga yang lebih tinggi dan kedua-dua lubang hidungnya saling berdekatan serta ukuran tubuh yang seimbang. Proses penyeimbangan ini telah lama disebut di dalam al-Quran dalam surah al-Infithar ayat 6 dan 7.[footnoteRef:5] [5: Hisham Thalbah. Ensiklopedia al-Quran dan Hadis (jilid 2). PT.Sapta Sentosa. Jakarta. 2009. hlmn 23]

(6). (7). Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha PemurahYang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang,