Upload
lamthuan
View
266
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
ORIENTASI MORAL DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN
EMPAT
SAKHILAH BINTI HJ SHAHKAT ALI
UNIVERSITI MALAYA
2009
ORIENTASI MORAL DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT
SAKHILAH BINTI HJ SHAHKAT ALI
TESIS YANG DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA
UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
2009
PENGAKUAN
Saya akui bahawa hasil kerja yang terkandung di dalam tesis ini adalah hasil
kerja asli saya, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya.
1 Jun 2009 SAKHILAH BINTI HJ SHAHKAT ALI
i
SINOPSIS
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti orientasi moral dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada kumpulan pelajar salah laku dan pelajar tidak salah laku dengan menggunakan Instrumen Vignet Dilema Sebenar. Persoalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan aspek pemahaman peserta tentang maksud masalah moral serta menentukan jenis orientasi moral yang digunakan. Persamaan dan perbezaan orientasi moral antara peserta juga dikenal pasti. Bagi menjawab persoalan kajian, pendekatan kualitatif dengan teknik temu bual telah digunakan. Sejajar dengan pendekatan ini, seramai 12 orang peserta kajian lelaki dan perempuan tingkatan empat yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India telah dipilih berdasarkan purposive sampling. Bagi mengenal pasti orientasi moral peserta, Teori Penaakulan Moral Kohlberg telah diguna pakai sebagai kerangka teori kajian kerana penekanan teori terhadap penaakulan moral yang menjadi salah satu objektif Pendidikan Moral di negara ini. Pengumpulan data telah dilakukan melalui dua peringkat temu bual dengan fokus utama untuk mendapatkan maklumat latar belakang peserta serta masalah atau dilema yang dihadapi mereka. Maklumat yang diperoleh daripada temu bual peringkat pertama membawa kepada pembinaan empat vignet dilema sebenar dengan isu yang berlainan iaitu vignet dilema sebenar kendiri, vignet dilema sebenar keluarga, vignet dilema sebenar rakan sebaya dan vignet dilema sebenar orang sekeliling. Teknik counter check dan member check digunakan untuk mengesahkan data yang dikutip. Data kemudiannya dianalisis dengan mengintepritasinya melalui proses membaca dan menyemak secara berulang kali dengan menggunakan pendekatan induktif yang mampu memperincikan maklumat yang diperoleh. Dapatan kajian dalam tiga persoalan pokok menunjukkan tiada perbezaan besar dalam pandangan peserta terhadap maksud masalah moral, jenis orientasi yang digunakan serta perbezaan orientasi antara peserta.
Secara keseluruhannya, maksud masalah moral yang diberi ialah pelanggaran peraturan sekolah dan keruntuhan akhlak. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan empat jenis orientasi moral iaitu orientasi keadilan, orientasi pertimbangan kendiri, orientasi keprihatinan dan orientasi gabungan dengan majoriti peserta menggunakan orientasi keadilan sebagai pilihan utama. Dapatan ini mengukuhkan Teori Penaakulan Moral Kohlberg yang menegaskan prinsip keadilan adalah asas kepada penaakulan moral individu tanpa mengira jantina. Satu dapatan penting dalam kajian ini ialah peserta menyalahkan ibu bapa selain diri sendiri sekiranya pelajar terjebak dengan masalah moral. Keunikan dapatan juga dilihat kepada pemilihan kategori yang hampir sama antara peserta bagi orientasi keadilan yang mana lebih menjurus kepada kategori A4 iaitu ‘menurut perintah atau mendapatkan persetujuan’ dan A5
‘menyalahkan atau tidak menyalahkan’. Ini membawa makna bahawa berlainan gender, latar belakang, kaum, serta kumpulan tidak semestinya memberi alasan yang berlainan. Ini memberi implikasi kepada sistem pendidikan kerana melahirkan pelajar dengan corak pemikiran yang hampir sama dalam menangani dilema sebenar.
ii
MORAL ORIENTATION AMONG FORM FOUR STUDENTS
SYNOPSIS
The aim of this research is to identify moral orientations among delinquent and non-delinquent students using the Vignette Real-Life Dilemma Instrument. The research questions are related to the participants’ understanding of the meaning of moral problems, the type of moral orientation used by participants, and the similarities and differences in moral orientation among participants. The qualitative approach using the interview technique was applied to obtain responses from the students. A total of twelve Form Four secondary students, from the Malay, Chinese and Indian ethnic groups were chosen based on purposive sampling. Since moral reasoning is emphasized as one of the objectives of Moral Education in the Malaysian schools curriculum, the Kohlberg Moral Reasoning Theory was used in the theoretical framework to identify participants’ moral orientation.
In the data collection process, the interview was conducted at two levels, focusing on obtaining participants’ background and the problems and dilemma that students encounter in their lives. The four vignettes of real-life dilemma were constructed from information gathered from the interview and they were related to self dilemma, family dilemma, peer dilemma and dilemma with surrounding people. The ‘counter-check’ and ‘member-check’ techniques were used to verify the data collected. The data collected were then analyzed by interpreting them through the process of reading and repeated checking, utilizing the inductive approach which could provide details of the information obtained. The research findings showed no significance difference in participants’ views of the meaning of moral problems, types of orientation used and the differences in orientation among participants. In conclusion, the meaning of moral problems given by most of the participants were problems related to breaking school rules and moral decadence. Results showed that four types of moral orientations were adopted by students, which are justice orientation, self-consideration orientation, care orientation and combined orientation. A majority of the students indicated justice orientation as their main choice. This finding reinforced The Kohlberg Moral Reasoning Theory which emphasizes the principle of justice as the foundation of individual moral reasoning irregardless of gender. An important finding from this research shows that apart from themselves, participants blame their parents when they are involved with moral problems. One unique finding is that most participants use justice orientation in similar categories, which are the A4 category, ‘follow orders
or getting approval’, and the A5 category, ‘blaming or not blaming’. This shows that even though participants come from different background, gender and ethnicity and from different research groups, they do not provide different reasons. This has implications on the education system which produces students with uniformed thinking patterns in facing real-life dilemmas.
iii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmat kurnianya memberi ketabahan, kekuatan
dan kesabaran kepada hambanya menyempurnakan penulisan ini.
Segala usaha ke arah penyiapan tesis ini tidak akan berakhir tanpa
sokongan padu dan dorongan tanpa henti daripada pelbagai pihak. Ucapan dan
penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr. Wan
Hasmah binti Wan Mamat, selaku penyelia di atas segala motivasi, teguran,
tunjuk ajar, nasihat dan pandangan yang diberi sepanjang proses kajian ini
dijalankan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Prof.
Abd. Rahman bin Md. Aroff, Prof. Dr Chang Lee Hoon dan Prof. Madya Dr Tajul
Ariffin bin Noordin kerana memberi pandangan, teguran, nasihat sehingga
terhasilnya penulisan ini.
Kesempatan ini juga diambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada seluruh warga pendidik dan pelajar ditiga buah sekolah yang menjadi
tempat kajian, khasnya 12 peserta kajian yang telah memberikan kerjasama
sepanjang pengutipan data dilakukan.
Istimewa buat kedua ibu bapa tercinta yang telah memberi sokongan
padu dan semangat untuk saya meneruskan perjuangan ini. Bapa, Haji Shahkat
Ali bin Nerab Khan dan ibu, Hajah Fatimah binti Kullah, doa serta pengorbanan
kalian tidak mungkin dapat saya lupakan. Buat suami tersayang, Zulkifli bin Mat
Som dan anak-anak, Muhd Danieal, Muhd Sharukh, Zetty Allysha dan Muhd
Danish Mirza, terima kasih kerana memahami dan menjadi inspirasi ketika
menyiapkan tesis ini.
Akhir sekali tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pensyarah-pensyarah Universiti Malaya dan rakan seperjuangan yang turut
sama memberikan pendapat dan pandangan dalam usaha menyiapkan tesis ini.
Semoga Allah memberkati hidup mereka yang telah menyumbangkan
idea dan ilmu demi memartabatkan dunia pendidikan di negara tercinta.
iv KANDUNGAN
Halaman Sinopsis i
Synopsis ii
Penghargaan iii
Kandungan iv
Senarai Jadual v
Senarai Rajah ix
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Pendidikan Moral di Malaysia 3
1.2 Penyataan Masalah 14
1.3 Tujuan Kajian 18
1.4 Persoalan Kajian 19
1.5 Kerangka Teori Kajian 20
1.6 Kepentingan Kajian 25
1.7 Batasan Kajian 27
1.8 Pentakrifan Istilah 29
BAB 2 SOROTAN KAJIAN LEPAS
2.0
2.1
Pengenalan
Isu-isu Berkaitan dengan Perkembangan Moral
2.1.1 Penaakulan Moral
2.1.2 Emosi Moral
33
33
37
39
2.2
2.1.3 Tingkah laku moral
Teori Perkembangan Moral
40
41
2.2.1 Teori Psiko Seksual Freud 44
2.2.2 Teori Pembelajaran Sosial 49
2.2.3 Teori Perkembangan Kognitif 52
2.2.3.1 Pandangan Piaget Terhadap
Perkembangan Moral
53
2.2.3.2 Pandangan Kohlberg Terhadap
Perkembangan Moral
55
2.2.3.3 Kritikan Gilligan Terhadap
Teori Perkembangan Moral
62
2.3 Penggunaan Dilema Moral dalam Kajian Penaakulan
Moral
67
2.3.1 Dilema Sebenar 68
2.3.2 Dilema Hipotetikal 71
2.4 Perbezaan Jantina dan Dilema Sebenar 74
2.5 Orientasi Moral dalam Penaakulan Moral 76
2.6 Perbezaan Jantina dalam Orientasi Moral 86
2.7 Orientasi Moral Pelajar Salah laku dan Tidak Salah laku 91
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 96
3.1 Reka bentuk Kajian 96
3.2 Proses Pemilihan Peserta kajian 99
3.3 Instrumen Kajian 114
3.3.1 Reza 115
3.3.2 Chan 121
3.3.3 Raj 127
3.3.4 Shah 129
3.3.5 Yap 134
3.3.6 Siva 140
3.3.7 Nor 145
3.3.8 Fang 148
3.3.9 Gina 156
3.3.10 Dila 161
3.3.11 Kristina 166
3.3.12 Devi 171
3.4 Vignet Dilema Sebenar 177
3.5 Pengumpulan Data 185
3.5.1 Temu bual 185
3.6 Analisis Data 189
3.6.1 Analisis Data Mengenai Peserta Kajian 190
3.6.2 Analisis Data bagi Menentukan Kategori
Orientasi Moral
190
3.6.3 Analisis Data untuk Menentukan
Orientasi Moral Peserta Kajian bagi Setiap
Vignet Dilema Sebenar
194
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan 195
BAB 4 PANDANGAN TERHADAP MASALAH MORAL DAN ORIENTASI MORAL PESERTA KAJIAN
4.0 Pengenalan 197
4.1 Pemahaman Mengenai Maksud Masalah Moral 197
4.2 Punca Penglibatan dalam Masalah Moral 199
4.3 Kategori Orientasi Moral 211
4.3.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri 213
4.3.2 Orientasi Keprihatinan 116
4.3.3 Orientasi Keadilan 119
4.3.4 Orientasi Gabungan 222
4.4 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar 224
4.4.1 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Kendiri Moi Moi
196
4.4.1.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri
Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Kendiri Moi Moi
4.4.1.2 Orientasi Keprihatinan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi
4.4.1.3 Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet
Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi
4.4.1.4 Orientasi Gabungan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi
Moi
227
229
231
234
4.4.2 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Keluarga Lim
235
4.4.2.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri
Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Keluarga Lim
237
4.4.2.2 Orientasi Keprihatinan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim
239
4.4.2.3 Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet
Dilema Sebenar Keluarga Lim
241
4.4.2.4 Orientasi Gabungan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim
245
4.4.3 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Rakan Sebaya Raju
246
4.4.3.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri
Berdasarkan Vignet Dilema Sebenar
Rakan Sebaya Raju
249
4.4.3.2 Orientasi Keprihatinan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya
Raju
252
4.4.3.3 Orientasi Keadilan Berdasarkan Vignet
Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju
253
4.4.3.4 Orientasi Gabungan Berdasarkan
Vignet Dilema Sebenar
257
4.4.4 Orientasi Moral Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
258
4.4.4.1 Orientasi Pertimbangan Kendiri
Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
261
4.4.4.2 Orientasi Keprihatinan
Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
263
4.4.4.3 Orientasi Keadilan
Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
265
4.4.4.4 Orientasi Gabungan
Berdasarkan Vignet Dilema
Sebenar Orang Sekeliling Kabir
268
4.5 Orientasi Moral Peserta Kajian 272
4.6 Persamaan dan Perbezaan Orientasi Moral antara
Peserta Berdasarkan Empat Jenis Vignet Dilema
Sebenar
273
4.6.1 Perbandingan antara Peserta Lelaki Tidak Salah
Laku Dengan Perempuan Tidak Salah Laku
274
4.6.2 Perbandingan Orientasi Moral antara Peserta
Kajian Lelaki Salah Laku Dengan Peserta
Kajian Perempuan Salah Laku
280
4.6.3 Orientasi Moral Antara Peserta Kajian Lelaki
Tidak Salah Laku Dengan Peserta Kajian Lelaki
Salah Laku
282
4.6.4 Orientasi Moral Antara Peserta Kajian
Perempuan Tidak Salah Laku dan Peserta
Kajian Perempuan Salah Laku
284
BAB 5 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
5.0 Pengenalan 288
5.1 Rumusan dan Perbincangan Dapatan Kajian 290
5.1.1 Masalah Moral daripada Perspektif Pelajar 290
5.1.2 Pola Orientasi Moral Pelajar 300
5.1.3 Jantina dan Orientasi Moral Pelajar 309
5.3 Implikasi Kajian Terhadap Amalan dan Teori
Pendidikan Moral Dalam Usaha Meningkatkan
Penaakulan Moral Pelajar
314
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 325
5.5 Penutup 327
RUJUKAN
329
LAMPIRAN
A
B
C
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian JPWPKL
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian JPS
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian EPRD
347
348
349
D Surat Akuan 350
E Surat Kebenaran Peserta Kajian 351
F Soal selidik salah laku 352
G Surat kepada Pemeriksa 355
H Panduan soalan temu bual peringkat pertama 357
I Panduan soalan temu bual peringkat ke dua 358
J Contoh transkrip temu bual peringkat pertama 359
K Contoh transkrip temu bual peringkat ke dua 364
L Vignet Dilema Sebenar Kendiri Moi Moi 367
M Vignet Dilema Sebenar Keluarga Lim 368
N Vignet Dilema Sebenar Rakan Sebaya Raju 369
O Vignet Dilema Sebenar Orang Sekeliling Kabir 370
P Matriks 371
Q Contoh Jadual pengkodan alasan peserta lelaki 380
R Contoh Jadual pengkodan alasan peserta perempuan 381
S Contoh Jadual kekerapan alasan bagi vignet dilema 382
v
SENARAI JADUAL
HALAMAN Jadual 2.0 Enam peringkat Teori Perkembangan Moral Kohlberg 60
Jadual 3.0 Bilangan pelajar tidak salah laku serta pelajar salah
laku di sekolah
104
Jadual 3.1 Bilangan kesalahan yang dicatatkan dalam borang soal
selidik salah laku
107
Jadual 3.2 Bilangan peserta dan sekolah peserta kajian 111
Jadual 3.3 Latar belakang peserta kajian lelaki tidak salah laku dan
lelaki salah laku
112
Jadual 3.4 Latar belakang peserta kajian perempuan tidak salah
laku dan perempuan salah laku
113
Jadual 3.5 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Reza 115
Jadual 3.6 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh
Chan
122
Jadual 3.7 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Raj 127
Jadual 3.8 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Shah 130
Jadual 3.9 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Yap 134
Jadual 3.10 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Siva 141
Jadual 3.11 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Nor 146
Jadual 3.12 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Fang 149
Jadual 3.13 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Gina 156
Jadual 3.14 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Dila 161
Jadual 3.15 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh
Kristina
167
Jadual 3.16 Bilangan dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh Devi 172
Jadual 3.17 Jenis-jenis dilema dan ciri-ciri personaliti 180
Jadual 3.18 Jenis dilema, vignet yang dibina dan peserta kajian yang
mengalami dilema tersebut
181
Jadual 3.19 Jenis Orientasi dan kategori 192
Jadual 3.20 Jenis-jenis orientasi 194
Jadual 4.0 Punca penglibatan pelajar dalam masalah moral dan
pihak yang dipersalahkan
201
Jadual 4.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi masalah moral dan
pihak yang dipersalahkan
206
Jadual 4.2 Jenis orientasi dan alasan 212
Jadual 4.3 Orientasi moral peserta kajian lelaki berdasarkan vignet
dilema kendiri Moi Moi
225
Jadual 4.4 Orientasi moral peserta kajian perempuan berdasarkan
vignet dilema kendiri Moi Moi
226
Jadual 4.5 Kekerapan alasan bagi kategori orientasi pertimbangan
kendiri berdasarkan vignet dilema sebenar kendiri Moi
Moi
228
Jadual 4.6 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi 228
keprihatinan berdasarkan vignet dilema sebenar kendiri
Moi Moi
Jadual 4.7 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keadilan berdasarkan vignet dilema sebenar kendiri Moi
Moi
232
Jadual 4.8 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
gabungan berdasarkan vignet dilema sebenar kendiri
Moi Moi
234
Jadual 4.9 Orientasi moral peserta kajian lelaki berdasarkan vignet
dilema sebenar keluarga Lim
235
Jadual 4.10 Orientasi moral peserta kajian perempuan berdasarkan
vignet dilema sebenar keluarga Lim
234
Jadual 4.11 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
pertimbangan kendiri berdasarkan vignet dilema sebenar
keluarga Lim
237
Jadual 4.12 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keprihatinan berdasarkan vignet dilema sebenar
keluarga Lim
240
Jadual 4.13 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keadilan berdasarkan vignet dilema sebenar keluarga
Lim
242
Jadual 4.14 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
gabungan berdasarkan vignet dilema sebenar keluarga
245
Lim
Jadual 4.15 Orientasi moral peserta kajian lelaki berdasarkan vignet
dilema sebenar rakan sebaya Siva
248
Jadual 4.16 Orientasi moral peserta kajian perempuan berdasarkan
vignet dilema sebenar rakan sebaya Siva
248
Jadual 4.17 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
pertimbangan kendiri berdasarkan vignet dilema sebenar
rakan sebaya Siva
247
Jadual 4.18 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keprihatinan berdasarkan vignet dilema sebenar rakan
sebaya Siva
248
Jadual 4.19 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keadilan berdasarkan vignet dilema sebenar rakan
sebaya Siva
250
Jadual 4.20 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
gabungan berdasarkan vignet dilema sebenar rakan
sebaya Siva
257
Jadual 4.21 Orientasi moral peserta kajian lelaki berdasarkan vignet
dilema sebenar orang sekeliling Kabir
254
Jadual 4.22 Orientasi moral peserta kajian perempuan berdasarkan
vignet dilema sebenar orang sekeliling Kabir
260
Jadual 4.23 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
pertimbangan kendiri berdasarkan vignet dilema sebenar
262
orang sekeliling Kabir
Jadual 4.24 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keprihatinan berdasarkan vignet dilema sebenar orang
sekeliling Kabir
264
Jadual 4.25 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keadilan berdasarkan vignet dilema sebenar orang
sekeliling Kabir
266
Jadual 4.26 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
gabungan berdasarkan vignet dilema sebenar orang
sekeliling Kabir
268
Jadual 4.27 Kekerapan alasan bagi setiap kategori bagi empat vignet
dilema sebenar
270
Jadual 4.28 Kekerapan alasan peserta berdasarkan empat vignet
dilema sebenar
271
Jadual 4.29 Kekerapan alasan peserta kajian lelaki tidak salah laku
dan perempuan tidak salah laku berdasarkan empat
vignet dilema sebenar
274
Jadual 4.30 Kekerapan alasan bagi kategori orientasi pertimbangan
kendiri berdasarkan empat vignet dilema sebenar
276
Jadual 4.31 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keprihatinan berdasarkan empat vignet dilema sebenar
277
Jadual 4.32 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
keadilan berdasarkan empat vignet dilema sebenar
278
Jadual 4.33 Kekerapan alasan bagi kategori-kategori orientasi
gabungan berdasarkan empat vignet dilema sebenar
279
Jadual 4.34 Kekerapan alasan peserta kajian lelaki dan perempuan
salah laku berdasarkan empat vignet dilema sebenar
280
Jadual 4.35 Kekerapan alasan bagi kategori orientasi pertimbangan
kendiri
281
Jadual 4.36 Kekerapan alasan peserta kajian lelaki berdasarkan
empat vignet dilema sebenar
283
Jadual 4.37 Kekerapan alasan peserta kajian perempuan
berdasarkan empat vignet dilema sebenar
285
ix SENARAI RAJAH
Rajah 1 Kerangka Teori Kajian 22
Rajah 2 Kerangka Konsep Kajian 24
Rajah 3 Proses Pengumpulan Data 97
Rajah 4 Proses Pemilihan Peserta Kajian 100