11

Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

  • Upload
    mad-not

  • View
    511

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa
Page 2: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Buat bangsal di Pulau Daik,Menahan taut sambil mengilau;

Kalau asal benih yang baik,Jatuh ke laut menjadi pulau.

Hendak layari perahu payar,Angin berpuput di Laut India;Takkan lari gunung dikejar,

Hilang kabut nampaklah dia.

Hendak belayar ke Teluk Betung,Sambil mencuba labuhkan pukat;

Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.

Page 3: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

RANGKAP 1: Orang yang berketurunan mulia akan tetap mulia walau terlantar di mana-

mana sekalipun.

Rangkap 2: Tidak perlu tergesa-gesa mencari sesuatu yang sudah pasti ada kerana yang kita cari itu tidak akan kemana-mana atau

tetap akan kita peroleh.

RANGKAP 3: Perpaduan dalam masyarakat akan wujud melalui amalan bekerjasama

Page 4: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Kehidupan ini memerlukan sesuatu bandingan sebagai panduan untuk menempuh kehidupan.

-menggabungkan pelbagai sikap positif manusia dan kesan

daripada perkara-perkara baik yang dilakukan oleh manusia.

Page 5: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Faktor keturunan amat penting dalam menentukan darjat seseorang.

Jangan terburu-buru dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Perlunya ada perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Page 6: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Pantun ini terdiri daripada tiga rangkap.

Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu empat baris serangkap.

Panjang pendek barisnya hampir sama, iaitu antara 8 hingga 11 suku kata.Contohnya :

Hendak layari perahu payar, (4 patah kata/10 suku kata)Angin berpuput di Laut India; (5 patah kata/11 suku kata)

Takkan lari gunung dikejar, (4 patah kata/9 suku kata)Hilang kabut nampaklah dia. (4 patah kata/9 suku kata)

Pantun ini berbentuk terikat atau tidak bebas.

Page 7: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Asonansi. Contohnya: Hendak belayar ke Teluk Betung (pengulangan vokal e)

Aliterasi. Contohnya: Hendak layari perahu payar (pengulangan konsonan r)

Rima akhir pantun ialah abab

Adanya jeda. Contohnya: Buat bangsal / di Pulau Daik,Menahan taut / sambil mengilau;

Kalau asal / benih yang baik,Jatuh ke laut / menjadi pulau.

Page 8: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Pemilihan ungkapan yang indah (puitis). Contohnya : Hendak layari perahu payar.

Anafora. Contohnya : Bulat air kerana pembetung,

Bulat manusia kerana muafakat.

Hybrid (penggabungan kata). Contohnya, Takkan (daripada frasa tidak akan)

Peribahasa. Contohnya: Takkan lari gunung dikejar,Hilang kabut nampaklah dia.

Page 9: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Sabar. Contohnya, tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan.

Bekerjasama. Contohnya, sikap bekerjasama dan bermuafakat akan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Berhati mulia. Contohnya, senantiasa berhati mulia di mana saja ia berada.

Page 10: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa

Kita hendaklah mengekalkan sifat-sifat mulia di mana-mana saja kita berada.

Kita janganlah tergopoh-gapah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama demi mewujudkan perpaduan dalam masyarakat.

Page 11: Pa Nt Un P Er Ib Ah Asa