PAFA (AFAF,AIMI).pptx

  • Upload
    awafi92

  • View
    164

  • Download
    7

Embed Size (px)

Citation preview

Slide 1

PERKARA ASAS FARDU AIN (PAFA)AFAF HILYANI BT MUNAJARAIMI NADIRAH BINTI AB MALEK

PENGENALANBab ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Konsep Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA).

Matlamat Melalui pengajaran dan pembelajaran, perkara yang hendak dicapai oleh setiap murid ialah mengucap dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui dan memahami ertinya

Mengingat dan memahami rukun islam dan rukun iman.

Mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan bersuci daripada beristinjak, membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayamum

Mendirikan solat fardu dan yang berkaitan dengan seperti azan, iqamat, menjawab azan dan iqamat dan doanya

Mengetahui dan menghayati ibadah puasa, memahami hikmatnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa

mengetahui dan menghayati akhlak mulia yang berasaskan ihsan dan bertolak daripada Birrul Walidain

Memahami dan menyakini sistem kekeluargaan islam dalam pembentukkan ummah yang kuat dan teguh

PIAWAI PAFAMinimum, tetapi lengkap dan sempurna sebagaimana yang dihendaki oleh syarak.

Minimum: paling sedikit, yang telah dikenalpasti dari kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam.

Lengkap dan sempurna dilihat dari segi pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Murid-murid ditarbiah menurut kefahaman dan cara yang paling lengkap dan sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak dan dapat diamalkan dengan betul.Aspek utama dalam P&P ialah:PAFA: PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)PAFA adalah sebahagaian kecil daripada isi kandungan mata pelajaran Pendidikan Islam.

Oleh itu, P&P PAFA adalah P&P Pendidikan Islam.PAFA penting dalam memastikan setiap murid mengetahui, memahami dan boleh mengamalkan dengan betul, sah dan sempurna sebagaimana yung dituntut oleh kehendak syarak tanpa berlaku sebarang keciciran.

P&P PAFA adalah sepanjang masa kerana PAFA adalah mata pelajaran Pendidikan Islam (bukan satu mata pelajaran baru di luar Pendidikan Islam).

P&P Pendidikan Islam mulai Tahun 1 - Tahun 6 di peringkat sekolah rendah dan Tingkatan 1 - Tingkatan 6 di peringkat sekolah menengah. Guru hendaklah mengenal pasti tajuk-tajuk dan isi kandungan yang berkaitan dengan PAFA supaya dapat diberikan penekanan dalam P&P.Untuk memberikan keberkesanan dalam P&P PAFA atau P&P Pendidikan Islam, maka kaedah dan teknik yang disaran dalam KBSR dan KBSM perlu direalisasikan dalam P&P.

Antara kaedah dan teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut:Guru perlu mempunyai ilmu yang luas dan mantap, terutama dalam tajuk yang berkaitan dengan pengajarannya, untuk membina kayakinan diri dan kredibiliti.

Menitikberatkan penilaian formatif, iaitu penilaian pembentukan semasa proses pengajaran disampaikan atau semasa di akhir pelajaran.

PAFA dan P&P ialah tarbiah untuk mencapai kefahaman yang luas dan amalan yang afdhal. Berbeza dengan PAFA dalam penilaian UPSR, PMR dan SPM atau SPMV yang hanya sekadar mencapai tahap sekurang-kurangnya sempurna seperti yang terdapat dalam skima Buku Panduan Penilaian PAFA atau tahap paling minimum dan sah seperti yang terdapat dalam kertas PAFA-KP 5206/8/70 Jld. 13 (20).Guru menyayangi muridGuru mengenali murid yang: Cerdas Lambat atau lembapBermasalah (latar belakang)

Guru menjalankan aktiviti:BimbinganPemulihan Kaunseling

PENEKANAN KHAS PAFA DALAM P&PPemerhatian dan usaha yang lebih serius secara berterusan dalam proses P&P diperlukan untuk pengajaran berpusatkan murid supaya murid dapat memberikan tumpuan yang lebih.

Penekanan khusus beri pada masa:Tajuk-tajuk tersebut diajar di tahun/tingkatan yang berkenaan; atau Ketika ulang kaji dan pemulihan (seperti pada tahun peperiksaan di mana murid telah lupa pelajaran yang diajar)

MAKSUD PAFAFardu ain: kewajipan yang dituntut oleh agama bagi orang perseorangan.

Dalam konteks Perkara Asas Fardu Ain (PAFA), beberapa perkara Fardu Ain yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.

PAFA hendak dipastikan supaya tiap-tiap murid / pelajar benar-benar mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak.TUJUAN

Mengenalpasti murid/pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.

Mempastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain. Dengan perkataan lain, menentukan kejayaan 100%.

Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

PERATURAN PENILAIAN PAFA

Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) dijalankan dalam ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

Penilaian dijalankan sendiri oleh guru mata pelajaran Pendidikan Islam di kelas masing-masing sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut sebagaimana yang telah ditetapkan.

Soalan dan jawapan penilaian adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam laman web ini. Soalan dan jawapan tersebut tidak rahsia. Murid-murid hendaklah diberitahu lebih awal.

Tempuh penilaian bermula dari hari pertama pada penggal pertama persekolahan dalam tahun peperiksaan berkenaan, dan berakhir sebulan sebelum tarikh peperiksaan bertulis dijalankan.

Sepanjang tempuh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang dan bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, memperbetulkan dan memperbaiki kesalahan dan kelemahan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan sesuatu kelemahan dengan jaya, betul dan sempurna.

Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam Borang Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid/pelajar.

Suatu penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa. Penyetaraan adalah untuk tujuan pengesahan dan pelaporan penilaian.

Pencapaian LULUS dalam sesuatu KOD/TAJUK ialah apabila murid faham dan dapat mengamalkan kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang PALING MINIMUM sekira-kira 'SAH' di segi Syara'.

Murid /Pelajar diakui LULUS dalam keseluruhan penilaian Perkara Asas fardu Ain apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua KOD/TAJUK soalan yang ditetapkan.

Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian kepada Lembaga Peperiksaan Kementerian Penidikan menurut prosedur biasa yang ditetapkan.

Kementerian Pendidikan akan melaporkan pernyataan 'LULUS' atau 'GAGAL' dalam keputusan atau sijil peperiksaan. Pernyataan tersebut tidak mengubah atau menjejaskan sistem penggredan dan aggregat keputusan peperiksaan yang sedang berjalan sekarang.

PERKARA YANG DIUJIDi antara kandungan PAFA adalah seperti berikut:-KOD TAJUK:KOD 01 - Mengucap Dua Kalimah SyahadatKOD 02 - Rukun IslamKOD 03 - Rukun ImanKOD 04 - BeristinjakKOD 05 - Membersihkan NajisKOD 06 - Cara Berwudhu'

KOD 07 - Cara BertayammumKOD 08 - Cara Mandi WajibKOD 09 - Azan, Iqomah dan JawapannyaKOD 10 - Solat Fardhu (termasuk Solat Juma'at dan solat jamaah)KOD 11 - Solat JenazahKOD 12 - PuasaKOD 13 - Adab Terhadap IbubapaKOD 14 - Perkahwinan Menurut IslamKOD 15 - Ihsan

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)Buku ini untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 5

Diterbitkan oleh:-Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral,Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,Kementerian Pelajaran Malaysia.

harga senaskah :-UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)rm 2.20PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)rm 3.00

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)Buku ini untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6

Buku Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Menepati Program j-Qaf Terkini Soalan & Jawapan Penilai PAFA Borang Pencapaian Individu untuk UPSR Menepati Program j-Qaf Terkini UPSR Berpandukan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Terkini. Membantu Murid Mendalami Perkara Perkara Asas Fardu Ain.Membimbing Murid Memahami & Mengamalkan Perkara Asas Fardu Ain Dalam Kehidupan Seharian. Membentuk Masyarakat Islam Yang Beriman, Beramal & Berakhlak Mulia. Keluaran Penerbitan Fargoes Sdn. Bhd

Renungan!!Apabila perompak baca buku PAFA?INSAF!!!