6
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Baju Kurung Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. Baju Melayu Lelaki Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

Pakaian Tradisional Kaum Melayu

  • Upload
    drsha76

  • View
    52

  • Download
    14

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pakaian Kebangsaan

Citation preview

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

Baju KurungBaju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianyameliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.

Baju Melayu LelakiBaju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

CheongsamPakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

SamfuSamfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

SariSari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.

KurtaPakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang

PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH PAKAIAN ETNIK KADAZAN

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SARAWAK

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias

DANGDONGIa merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANGWanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.KALAMBI Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik

BEDONG Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.