12
PAKEJAN MAKLUMAT Disusun oleh: PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

PAKEJAN MAKLUMAT - myrepositori.pnm.gov.my Emas_1.pdf · Royal Mint mula keluar syiling dinar emas peringatan menjelang Okt Dinar emas akan galakkan pasaran sawit di kalangan negara-negara

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

PAKEJAN MAKLUMAT

Disusun oleh:PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

lSI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN  

1. PENGENALAN

2. SUMBER : MONOGRAF

3. SUMBER : JURNAL / MAJALAH

4. SUMBER : INTERNET

5. SUMBER : ELEKTRONIK

6. RUJUKAN

SENARAIKANDUNGAN

Senarai Kandungan

1. Pengenalan

2. Sumber Monograf

2.1 Kembalinya Dinar Emas Dan Dirham Perak 2.2 Dinar Emas Dan Dirham Perak 2.3 The Islamic Gold Dinar

3. Sumber Jurnal & Majalah

3.1 Dewan Masyarakat - Dinar emas pengganti dolar? 3.2 Dewan Ekonomi - Dinar Emas kembali bersinar 3.3 Dewan Ekonomi - Instrumen Islam Berdaya Tahan

4. Sumber Internet

http://www.publicdinar.com (15 Ogos 2011)

5. Sumber Elektronik 4.1 Sumber Utusan Malaysia

Negara Islam disaran guna dinar emas Dinar emas baik, tapi perlu ambil masa Negara Islam disaran guna dinar emas, tidak lagi dolar AS Pengarah urusan syarikat dinar emas didakwa pecah amanah Dinar emas bukan wang dunia

4.2 Sumber Nst Emedia

Perak negeri pertama perkenal dinar emas asli Pelaburan emas ubah nasib Dinar,dirham tak praktikal Emas, Perak dicadang ukuran nilai semua transaksi kewangan Penggunaan dinar emas jadikan institusi kewangan berdaya tahan Bukan bebas riba semata-mata Pelaburan emas Pelaburan emas dapat sambutan Emas Pemangkin Pembangunan Ummah PUM sokong guna dinar, dirham Dinar emas lebih baik Pelaburan emas Dinar emas henti perang mata wang Peluang raih pulangan lumayan UIAM cipta tabung dinar emas elektronik Mata wang dinar beri kesan negatif

Dinar hanya untuk koleksi Nik Aziz tetap mahu guna dinar emas Peniaga Kelantan keliru mata wang alternative DAP anggap ganti wang boleh diterima PAS, BNM tiada bincang dinar emas Pengeluaran Dinar Emas bercanggah peraturan Pusat Dinar emas mampu imbangi dolar Amerika Niaga dinar Malaysia usul semula penggunaannya dinar emas

4.3 Sumber Bliss

Negara Islam disaran guna dinar emas sebagai mata wang tunggal Perak lancar dinar emas dan dirham perak Pemuda PAS Perak puji langkah kerajaan negeri perkenal dinar emas Dinar emas, dirham perak bukan untuk urusan jual beli Perak perkenal dinar emas, dirham dalam bentuk simpanan dan

pelaburan Perak perkenal dinar emas, dirham akhir bulan depan OIC digesa cari jalan perkenalkan dinar emas dalam perdagangan

global Sudah tibanya masanya perdagangan beralih kepada penggunaan

dinar emas, Dr. Mahathir Perak akan sediakan dinar emas dan dirham perak untuk simpanan

rakyat Guna dinar emas akan henti perang mata wang, kata Tun Dr Mahathir Bank Islam hanya tawar khidmat penyimpanan dinar emas, mata

wang dirham MCA cabar DAP nyatakan pendirian mengenai isu dinar emas Negara WEIF digesa sokong dinar emas sebagai instrument

perdagangan Penggunaan nilai dinar emas antara negara anggota OIC perlu dikaji

kembali K’tan mahu wujudkan sistem dinar emas melalui simpanan emas di

bank Dinar emas mampu jana pertambahan nilai rezab negara Malaysia mahu negara OIC timbang kemungkinan guna dinar emas

untuk perdagangan Sambutan memberangsangkan dorong Kelantan keluarkan dinar

emas lima dinar Kelantan lancar emas dinar Keputeraan Sultan Marslio anjur persidangan dinar emas antarabangsa Hampir RM1 juta dinar emas Kelantan sudah dijual Guna emas dinar sebagai mas kahwin dapat hadiah-Exco Anggota Parlimen BN tak yakin dinar emas bermanfaat di Kelantan Bakal suami digalakkan guna dinar emas sebagai mas kahwin di

Kelantan Dinar emas Kelantan dilancar 20 Sept ini Kerajaan Kelantan tidak boleh laksana dinar emas sebagai matawang Koperasi Universiti pasarkan dinar emas Malaysia berusaha yakinkan negara OIC guna dinar emas Kerajaan tidak bercadang guna dinar emas ganti ringgit Dinar emas semakin mendapat sambutan Ali cadangkan penggunaan dinar emas antara Melaka dan Indonesia Ramcell akan promosi dinar emas

Kerajaan digesa laksana penggunaan dinar emas dlam aktiviti perdagangan

Cuba guna dinar emas, kata Dr M Nik Aziz minta OIC terima penggunaan dinar emas Dinar emas semakin mendapat sokongan ahli perdagangan Asia

Barat Dinar emas satukan negara Islam Azam politik diperlukan untuk membolehkan dagangan dalam dinar

emas Parlimen : Dinar emas bukan untuk ganti rugi Royal Mint akan jual dinar emas melalui organisasi DPIM gesa lebih banyak institusi kewangan jayakan penggunaan

dinar emas Royal Mints kempen penggunaan dinar emas M’sia akan promosi dinar emas pada multaqa dan sidang OIC Dinar emas tidak mungkin diguna dengan segera, kata Dr Mahathir Dinar emas akan popular bila kredibiliti terbukti PAS sokong penggunaan dinar emas dalam urusan perdagangan

antarabangsa Banyak negara berminat berdagang dengan M’sia guna dinar emas Konvensyen dinar emas di PWTC disiar secara lansung di RTM 1 Dinar Emas : Pertukaran alternative bagi perdagangan antarabangsa Tabung Haji boleh bantu promosi dinar emas, kata Royal Mint Dewan perdagangan Islam anjur konvensyen mengenai dinar emas Royal Mint mula keluar syiling dinar emas peringatan menjelang Okt Dinar emas akan galakkan pasaran sawit di kalangan negara-negara

Islam Malaysia mungkin tubuh secretariat perjelas dinar emas Dinar emas sudah boleh digunakan, kata Dr Mahathir Penggunaan dinar emas harus diperkenalkan beransur-ansur Penggunaan dinar emas tidak jejas ringgit Malaysia Cadangan penggunaan dinar emas bukan ganti mata wang tempatan Dinar emas dan isu Palestin akan dibincangkan di Mesyuarat IDB Malaysia akan guna dinar emas untuk dagangan luar mulai

pertengahan 2003 Iran berminat penggunaan dinar emas dalam perdagangan Penggunaan dinar emas boleh diperluaskan, kata PM Dinar emas boleh digunakan dalam bentuk kad debit Dr Mahathir berdialog mengenai dinar emas di IKIM Sokongan meningkat bagi penggunaan dinar emas dalam

perdagangan antarabangsa DPMMT sambut baik saranan penggunaan dinar emas Pengasas LARIBA saran tubuh mekanisme untuk tetapkan nilai dinar

emas Dinar emas tidak akan ganti ringgit, kata Nor Mohamed Yakcop Dinar emas Islam boleh jadi benteng ketidakstabilan dolar AS Bank Islam percaya penggunaan dinar emas boleh dilaksana Seminar untuk bincang dinar emas Islam sebagai mata wang dunia

6. Rujukan

 

PENGENALAN

Dinar emas Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.

Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika Utara, Andalusia hinggalah ke Bukhara, Delhi dan Asia Tenggara kemudiannya.

Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.

Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.

Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

Isi kandungan

• 1 Dalam Al Quran dan Hadis • 2 Kebaikan • 3 Perbandingan • 4 Penggunaan • 5 Kekangan • 6 Cadangan • 7 Rujukan

Dalam Al Quran dan Hadis

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :

"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)

"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)

Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Kebaikan

• Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.

• Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.

• Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.

• Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.

• Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.

• Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.

• Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.

• Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.

• Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.

• Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.

• Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.

• Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.

• Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Perbandingan

Dolar Amerika diterima di kebanyakan negara terutama di negara-negara sedang membangunan tetapi harga pasarannya tidak menentu dan berubah-ubah dengan cepat. Ada dakwaan mengatakan mata wang ini dicetak dengan jumlah yang banyak di luar negara Amerika tetapi tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Amerika sendiri.

Euro Dolar telah dilaksanakan di 21 buah negara ahli Kesatuan Eropah dan setakat ini menampakkan kejayaan untuk menstabilkan harganya.

Penggunaan

• Pada 2003 Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan wang emas yang dikilang oleh The Royal Mint.

• 20 September 2006 Kerajaan Negeri Kelantan telah menjual kepingan-kepingan dinar yang dibuat daripada emas tulen 22 karat (4.25 gram).

• Di Tanah Melayu, kerajaan Kelantan pernah membayar ufti kepada Siam di Ligor. Ufti ini dalam bentuk bunga-bunga yang diukir daripada emas.

• Kerajaan Melayu Melaka juga dikatakan pernah membayar ufti kepada Siam dan China. Ufti ini dalam bentuk pokok bunga daripada emas.

Kekangan

• Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.

• Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.

• Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional. • Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia

mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi. • Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak

bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan. • Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak

menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.

• Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.

Cadangan

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :

1. simpanan harta dalam bentuk dinar emas 2. mas kahwin 3. membayar zakat 4. pemberian hadiah 5. sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim 6. harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu 7. upah kepada perkhidmatan 8. sumbangan tertentu

Rujukan

• Nik Aziz Nik Mat • Islamic Mint • [1]

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas" Kategori: Emas | Mata wang

Sumber : http://www.ms.wikipedia.org/wiki/Dinar_emas Tarikh Akses : 11 Ogos 2011