8
1 PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA 1. ISU DAN MASALAH Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima surat aduan bertulis mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat). Persoalan tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari sebuah IPTS. Dengan menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut menyimpulkan bahawa ibu Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam keadaan bukan dalam Islam dan kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab. Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di kalangan umat Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji semula. Berikut adalah sanggahan terhadap isu tersebut. 2. PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI DI DALAM NERAKA 2.1. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz: ْ نَََََِ نِْ ﻣﱠﺎدَْ نََ ﺎلًََُ رنَ أٍ سََ أْ نٍَتِ ﺎﺑَ: َ ﺎلَﻲ؟َِ أَ نَْ أَِ لْ وَُ رَ: َﺎلََ،ُ ﺎهََ د ﻔﱠﻰَﻣﱠﺎََ،ِ اﻟﻧﱠﺎرِ: ِ اﻟﻧﱠﺎرَِ ﺎكََ أَ وَِ أنِ إ. Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA: Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Di dalam neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W. memanggilnya lalu berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz hadith secara harfiah: Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.Tanpa

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

1

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA

1. ISU DAN MASALAH

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah

menerima surat aduan bertulis mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad

S.A.W yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat).

Persoalan tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari

sebuah IPTS. Dengan menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut

menyimpulkan bahawa ibu Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam

keadaan bukan dalam Islam dan kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab.

Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di kalangan umat

Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji semula. Berikut adalah

sanggahan terhadap isu tersebut. 2. PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI DI DALAM

NERAKA

2.1. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz: ن ة ع لم ن س اد ب م ن ح ع

ال قال ج س أن ر ن أن ابت ع ن أبي؟ قال :ث ل هللا أی و س ا ر قال : ی اه، ف ع ا قفى د ، فلم اك في النار : في النار أب إن أبي و .

Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA:

“Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. "Wahai

Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Di dalam

neraka." Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W. memanggilnya lalu

berkata, "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz hadith

secara harfiah: “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Tanpa

Page 2: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

2

meneliti dengan lebih mendalam pelbagai disiplin ilmu, maka dengan tergesa-

gesa beliau menyatakan bahawa ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS menyanggah pandangan

tersebut di atas. Jika diteliti dalam kesepakatan para ahli hadith, mereka

mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. itu ialah

seorang A’rabi (Badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang

menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada

Thabit. Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang

diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai lafaz: اك في النار أب إن أبي و

Maksudnya : “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam neraka.”

Berdasarkan maksud hadith berkenaan jelaslah bahawa lafaz di atas tidak

disepakati oleh para perawi hadith.

Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih diyakini dari

aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah seorang yang

lebih terpelihara hafazannya dan dia tidak menerima sebarang kritikan dari

ulama Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al-Bukhari dan Muslim bersepakat dalam

menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza dengan situasi

Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi al-Bukhari.

Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sahih Muslim di atas adalah dari

lafaz Nabi S.A.W. sendiri, maka ia tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam

menghukum kekufuran ayah Nabi S.A.W. kerana ‘illah dari aspek matan

menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W. menggunakan teknik dan kaedah

yang membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan

terkawal. Rasulullah S.A.W. menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi

kedua-dua bapa untuk tujuan-tujuan tertentu. Di antaranya:

Page 3: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

3

a) Tujuan menyemarakkan semangat mendalami ajaran Islam. Apabila

Rasulullah S.A.W. menyatakan persamaan kedudukan kedua-dua bapa

mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan tautan hati lelaki A’rabi

terhadap Rasulullah S.A.W. dan lebih bersemangat untuk mendalami ajaran

Islam.

b) Tujuan mengelak kontroversi ke agama asal. Sekiranya Rasulullah S.A.W.

menyatakan bahawa bapa A’rabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa

Baginda S.A.W. di dalam syurga, maka lelaki A’rabi itu akan merasakan

jurang perbezaan di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan

menyebabkan lelaki A’rabi tersebut menjauhi Islam serta kembali murtad.

c) Tujuan menang-menang. Sekiranya Rasulullah S.A.W. membezakan

kesudahan bagi kedua-duanya, dikhuatiri lelaki A’rabi yang terkenal dengan

sikap degil dan keras hati akan mengeluarkan kata-kata sumpahan dan caci-

maki terhadap Rasulullah S.A.W. yang bakal mengundang laknat dan

kemurkaan Allah S.W.T.

d) Tujuan dakwah secara bijaksana. Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah

S.A.W. bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan sebarang kejadian yang tidak

diingini terhadap kaum A’rabi dan kaum kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk

menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki A’rabi tersebut memeluk Islam.

Sekiranya dikaji dengan lebih luas lagi, terdapat banyak lafaz-lafaz dari hadith

Nabi S.A.W. yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi S.A.W.

adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia

sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya. Apabila berurusan dan

berbicara dengan orang Arab Badwi, maka mu’amalah Nabi S.A.W. lebih lembut,

mengalah, bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama

memahami serta mendalami Islam.

Selanjutnya jika dikaji secara teliti, terdapat pandangan daripada Hafiz al-Suyuti

mengatakan bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini

Page 4: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

4

diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan makna, bukan dengan lafaz.

Manakala lafaz itu berbunyi : اك في النار أب إن أبي و

Ianya merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan hadith

yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak kedapatan

lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.

Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan al-

Tabrani di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dengan sanad rijal yang sahih,

daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas: بي ا أتى الن ابی ر ن أبي؟ : فقال ) ص(أن أع ل هللا أی و س ا ر في : قال ی

؟ قال : قال . النار ك و ن أب أی ه بالنار : ف شر افر فب ر ك ب ت بق ر ر ث م ی ح .

Maksudnya, “Sesungguhnya seorang A’rabi datang bertemu Nabi S.A.W. lalu

bertanya, "Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?" Rasulullah S.A.W.

menjawab, "Di dalam neraka." Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, "Di mana

pula bapamu?" Rasulullah S.A.W. menjawab, "Tatkala kamu berjalan

berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam

neraka.”

Hadith yang diriwayatkan dari Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas menerangkan

bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah S.A.W. ini adalah

seorang badwi. Disebabkan oleh Badwi tersebut dikhuatiri akan murtad kerana

imannya belum mantap, kefahamannya mengenai Islam masih cetek. Kerana itu,

secara psikologi Rasulullah S.A.W. menjawab sedemikian.

Para ulama menyatakan bahawa lafaz “Abi” di dalam riwayat Muslim bukanlah

ditujukan kepada Abdullah kerana tradisi masyarakat Arab ialah mereka

memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan gelaran “Abi”. Ini yang harus

difahami dengan jelas oleh para penafsir hadith.

Page 5: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

5

3. RUMUSAN 3.1. Jika diteliti kesimpulan yang diberikan oleh pendakwah dari IPTS itu, beliau

menegaskan bahawa berdasarkan hadith-hadith sahih yang dipetik dari

Bukhari dan Muslim, jelaslah ibu bapa Nabi meninggal dunia berstatus

kafir. Walaupun hadith tersebut sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur

ulama berpendapat bahawa teks hadith ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku ketika penafsir

berinteraksi dengan hadith. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi

penentuan hukum daripada sesuatu hadith. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadith itu sendiri yang perlu dipatuhi.

3.2. Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami sesuatu teks hadith,

jelaslah bahawa penafsiran hadith di atas tidak mendokong kesimpulan

bahawa ibu dan bapa Nabi S.A.W. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadith ini tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Antaranya, ayat-ayat yang mensabitkan bahawa Nabi

S.A.W. adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara

seperti dalam Surah al-Syu’ara' 26 : 219 yang bermaksud, "dan (Allah

melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud". Ibnu 'Abbas

r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim

serta dalam tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini

bermaksud bahawa Nabi sa.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu

sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.

3.3. Maksud zahir hadith ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Hal ini menurut satu kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab

sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan

agama yang benar. Lihat al-Qur’an Surah al-Isrā' 17 : 15, Surah al-An’ām

6 : 131, Surah al-Syu’arā' 26 : 208 dan Surah al-Nisā' 4 : 165. Terdapat

pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada

kaum Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kebangkitan Baginda. Lihat juga

Page 6: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

6

Surah Sabā' 34 : 44 dan Surah al-Qasas 28 : 46. Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi S.A.W. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

3.4. Adalah menjadi suatu kewajipan bagi semua umat Islam termasuk para

pendakwah hendaklah meneliti sesuatu hukum itu dengan mendalam dan

mengambil kira kesan positif terhadap umat Islam sejagat. Pandangan

yang bersifat membina kekuatan umat Islam lebih afdal berbanding

mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat merendahkan maruah

umat Islam di kalangan bukan Islam. Adalah lebih baik dan berakhlak

dengan mencontohi akhlak seperti yang ditunjukan dalam al-Qur`an. Jika

diteliti dalam al-Qur`an, terdapat satu ayat berbunyi: لھ و س ر ن هللا و و ذ ؤ ن ی ی إن الذ

ا ن ی ھ ا م اب ذ د لھم ع أع ة و اآلخر ا و ی ن ھم هللا في الد ن لع

Maksudnya “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”

Dalam satu kenyataan yang lain disebut : Dan tiadalah perkara yang lebih

menyakitkan Rasulullah S.A.W. selain menyatakan bapa Baginda diazab

di dalam neraka.

Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa umat

Islam diperintahkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghormati

Nabi S.A.W. dan ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya. Umat Islam

tidak dibenarkan untuk menyakiti hati Rasulullah S.A.W. dengan

mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara tulisan mahupun

secara lisan. Adalah amat tidak beradab bagi orang yang sanggup

mengeluarkan kata-kata yang secara langsung menyakiti ibu bapa

Page 7: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

7

Rasulullah S.A.W. dengan berpandukan hadith-hadith seperti yang

dinyatakan di atas.

3.5. Justeru, JAIS berpandangan, ibu bapa Rasulullah S.A.W. mati dalam keadaan tidak diazab dan tidak dimasukkan dalam neraka kerana

berpandukan ayat al-Qur`an Surah Al-Isra 17 : 16 yang maksudnya : “Dan

Kami tidak akan mengazab seseorang pun kecuali telah sampai padanya

utusan (dakwah) dan dia enggan menerima”.

3.6. Dalam istilah yang lebih mudah difahami, dapat dikatakan bahawa kedua

ibu bapa Nabi Muhammad iaitu Aminah dan Abdullah termasuk dalam

golongan ahli fatrah iaitu golongan manusia yang tidak sampai dakwah

dan golongan tersebut tidak diazab oleh Allah S.W.T. Sementara itu,

kebanyakan ulama Shafie berpendapat bahawa ibu bapa Nabi dan ahli

keluarganya sebelum kedatangan Islam, adalah berpandukan kepada

agama al-Hanifiyyah dan tiada bukti mereka menyembah berhala. Sila

lihat Fatwa Mantan Mufti Mesir Asy-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’iy

dalam Al-Fatawa Al-Islamiyyah, 1982.

4. PENUTUP 4.1. Adalah dicadangkan supaya umat Islam tidak membincangkan hadith-

hadith yang menjurus kepada timbulnya isu percanggahan pendapat di

kalangan para ulama secara terbuka. Dikhuatiri ianya boleh memberi

impak negatif terhadap masyarakat awam yang kurang memahami

tentang percanggahan pendapat tersebut.

4.2. Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di

kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat

digalakkan, tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media

massa seperti surat khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan

hendaklah dihentikan serta merta.

4.3. Semua pihak hendaklah berhati-hati dengan mana-mana media yang

didapati mempunyai tendensi yang kuat bagi membuka ruang dan peluang

memperagakan lslam dengan permasalahan remeh temeh dan sensitif.

Page 8: PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD

8

Disediakan oleh, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor Pada: 3 Jun 2010 / 20 Jamadilakhir 1431H