40
Garis Panduan Tugas Guru SMVJ 2012 1 PANDUAN AM UNTUK GURU 1.0 ARAHAN AM KEPADA GURU 1.1 Guru hendaklah membaca, memahami dan memghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Objektif Kementerian Pelajaran, Objektif Sekolah Tekknik, dan Nilai-Nilai Sekolah Menengah / Sekolah Menengah Teknik. 1.2 Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati dan Visi dan Misi Sekolah. 1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah. 1.4 Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu permulaan sekolah. Guru dikehendaki mengetik Kad Perakam Waktu sebaik sahaja tiba ke sekolah setiap hari persekolahan. Guru juga dikehendaki mengetik kad perakam waktu sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan. Kad Perakam Waktu ini akan disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan. Membantu mengetikkan kad orang lain adalah satu kesalahan, tindakan tatatertib akan diambil . 1.5 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah memberitahu pihak sekolah dengan apa cara sekalipun lebih awal atau sebelum bermulanya waktu pertama, untuk tujuan menempatkan Guru Ganti. Bukan mendiamkan diri dan menyerahkan `Cuti Sakit’ pada hari berikutnya. 1.6 Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil keatas perkara ini. 1.7 Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan. Bagi guru lelaki pakaian Hawai atau Kemeja T tidak dibenarkan. Bagi guru perempuan, pakaian yang cantik dan menarik digalakkan tetapi tidak keterlaluan dan menjolok mata. Tanda nama hendaklah dipakai setiap masa. Guru Lelaki dikehendaki memakai tali leher di setiap perhimpunan mingguan dan juga setiap majlis rasmi anjuran sekolah. Guru-guru bengkel digalakkan memakai pakaian bengkel seperti digalakkan memakai pakaian bengkel seperti `Over-Coat’, `Monkey Jacket’ atau `Overall’ semasa berada di bengkel. Guru lelaki tidak dibenarkan memakai serban atau pun kopiah, hanya songkok berwarna hitam adalah dibenarkan. Pemakaian pakaian kebangsaan hendaklah dipakai secara lengkap. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika Bertugas Di Sekolah. 1.8 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh sekolah. 1.9 Guru-guru mesti berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua. Catatkan butiran dalam Buku Keluar-Masuk dan dapatkan Kad Kebenaran Khas Pengetua sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Guru-guru ini mesti memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan dan catatkan didalam buku keluar masuk pengawal keselamatan. Keluar kawasan sekolah untuk urusan peribadi, membeli makanan dan mengeluarkan wang tidak dibenarkan. 1.10 Merokok adalah dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 5/1997 1.11 Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara lisan atau tulisan tanpa mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan dengan pihak luar mesti menerusi Pengetua. 1.12 Guru-guru dilarang melayan atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal / kontraktor. Meminta `sponsor’ dari pihak penjual /pembekal/kontraktor tidak dibenarkan tanpa kebenaran Pengetua.

Pandu an Tug as Guru 2012

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 1

PANDUAN AM UNTUK GURU 1.0 ARAHAN AM KEPADA GURU 1.1 Guru hendaklah membaca, memahami dan memghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Objektif Kementerian Pelajaran, Objektif Sekolah Tekknik, dan Nilai-Nilai Sekolah Menengah / Sekolah Menengah Teknik.

1.2 Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati dan Visi dan Misi Sekolah.

1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.

1.4 Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu permulaan sekolah. Guru dikehendaki mengetik Kad Perakam Waktu sebaik sahaja tiba ke sekolah setiap hari persekolahan. Guru juga dikehendaki mengetik kad perakam waktu sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan. Kad Perakam Waktu ini akan disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan. Membantu mengetikkan kad orang lain adalah satu kesalahan, tindakan tatatertib akan diambil .

1.5 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah memberitahu pihak sekolah dengan apa cara sekalipun lebih awal atau sebelum bermulanya waktu pertama, untuk tujuan menempatkan Guru Ganti. Bukan mendiamkan diri dan menyerahkan `Cuti Sakit’ pada hari berikutnya.

1.6 Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai telah mengabaikan tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh diambil keatas perkara ini.

1.7 Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan. Bagi guru lelaki pakaian Hawai atau Kemeja T tidak dibenarkan. Bagi guru perempuan, pakaian yang cantik dan menarik digalakkan tetapi tidak keterlaluan dan menjolok mata. Tanda nama hendaklah dipakai setiap masa. Guru Lelaki dikehendaki memakai tali leher di setiap perhimpunan mingguan dan juga setiap majlis rasmi anjuran sekolah. Guru-guru bengkel digalakkan memakai pakaian bengkel seperti digalakkan memakai pakaian bengkel seperti `Over-Coat’, `Monkey Jacket’ atau `Overall’ semasa berada di bengkel. Guru lelaki tidak dibenarkan memakai serban atau pun kopiah, hanya songkok berwarna hitam adalah dibenarkan. Pemakaian pakaian kebangsaan hendaklah dipakai secara lengkap. Sila rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika Bertugas Di Sekolah.

1.8 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh sekolah.

1.9 Guru-guru mesti berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua. Catatkan butiran dalam Buku Keluar-Masuk dan dapatkan Kad Kebenaran Khas Pengetua sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Guru-guru ini mesti memaklumkan kepada pihak pengawal keselamatan dan catatkan didalam buku keluar masuk pengawal keselamatan. Keluar kawasan sekolah untuk urusan peribadi, membeli makanan dan mengeluarkan wang tidak dibenarkan.

1.10 Merokok adalah dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 5/1997

1.11 Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara lisan atau tulisan tanpa mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan dengan pihak luar mesti menerusi Pengetua.

1.12 Guru-guru dilarang melayan atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal / kontraktor. Meminta `sponsor’ dari pihak penjual /pembekal/kontraktor tidak dibenarkan tanpa kebenaran Pengetua.

Page 2: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 2

1.13 Semua guru adalah Guru Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang didapati melanggar peraturan di luar dan di dalam sekolah.

1.14 Diakhir semester/cuti penggal, semua tugas dan tanggungjawab hendaklah disempurnakan. Semua kunci bilik khas/kunci sekolah hendaklah di pulangkan ke pejabat. Sebelum bercuti atau pindah ke sekolah lain semua urusan berkaitan hendaklah dibereskan terlebih dahulu.

1.15 Guru-guru yang bertanggungjawab tentang stok dan inventori hendaklah sentiasa mengemaskinikan stok di bawah jagaannya. Pemeverifikasi stok hendaklah dilakukan sepertimana yang dijadualkan dalam senarai tugas dan tanggungjawab.

1.16 Guru-guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bila melengkapkan Buku Persediaan Mengajar.

1.17 Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat kebenaran dari pihak sekolah terlebih dahulu.

1.18 Semua aktiviti sekolah yang mana melibatkan pelajar keluar dari kawasan sekolah, hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

1.19 Guru mestilah mempunyai sikap pro aktif, daya kreatif dan inovasi secara menyeluruh dalam semua aspek.

1.20 Semua guru kelas dikehendaki mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada setiap hari persekolahan sebelum waktu kedua. Buku jadual kedatangan hendaklah sentiasa berada di pejabat pentadbiran sekolah. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu/bapa pelajar yang tidak hadir secepat mungkin.

1.21 Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskinikan segala butiran yang terdapat dalam buku jadual kedatangan pelajar. Penyelaras Tingkatan akan membuat semakan dari masa ke semasa.

1.22 Perhimpunan pagi harian dan perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah. Semua guru adalah diwajibkan hadir di tempat yang di sediakan. Telefon bimbit hendaklah “dimatikan”

1.23 Guru bertugas mingguan hendaklah mencatatkan segala aktiviti atau peristiwa yang berlaku sepanjang minggu di dalam Buku Laporan Bertugas. Buku tersebut hendaklah dihantar dan diambil dan pada pagi hari Jumaat selepas perhimpunan semasa proses penyerahan tugas pada di bilik pengetua pada pagi hari isnin kepada kumpulan guru bertugas pada minggu tersebut.

1.24 Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan/peraturan untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan keselesaan. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan budaya kerja cemerlang bagi peningkatan prestasi diri, sekolah, masyarakat dan negara.

1.25 Guru perlu memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

1.26 Guru-guru tidak dibenarkan daripada berkumpul dan berbual-bual kosong terutamanya di tempat-tempat yang boleh dilihat oleh pelajar.

1.27 Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikat-syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua

2.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 2.1 Guru-guru yang mengajar dikehendaki hadir tepat pada waktunya dan kalau boleh lebih awal

apabila pertukaran waktu berlaku. Ini membolehkan kelas berkenaan terus terkawal. Guru-guru tidak dibenarkan mengarah pelajar-pelajar keluar untuk sesuatu tujuan pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

2.2 Guru perlu memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 3

2.3 Kelas mesti berada dalam keadaan suasana yang tenteram, baik dan terkawal sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat. Bertindak dengan segera ke atas pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian penuh, membuat bising, mengganggu pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah. Sikap membiarkan sahaja atau tidak ambil tahu adalah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab dan menjadi satu kesalahan tatatertib.

2.4 Guru-guru hendaklah bersikap adil kepada semua pelajar pada setiap masa dan ketika. Sikap pilih kasih, membenci atau mendiskriminasi pelajar-pelajar adalah tidak diterima di sekolah ini dan bertentangan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara.

2.5 Jangan sekali-kali meninggalkan kelas, makmal atau bengkel tanpa diawasi. Kalau tidak dapat dielakkan minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. Guru-guru bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawas pelajar-pelajar yang sedang bekerja. Tentukan semua pelajar memakai pakaian bengkel dan setiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di bengkel Kalau berlaku kemalangan/kecederaan kepada pelajar, kesan atau parut akan kekal sepanjang hayat, penjaga atau masyarakat tidak menyalahkan pelajar tetapi menyalahkan guru. Jangan disebabkan kelalaian atau sikap sambil lewa guru, pelajar menderita seumur hidup. Penggunaan alatan/kelengkapan yang merbahaya/berharga hendaklah dikendalikan oleh guru dahulu sebelum dikendali oleh murid.

2.6 Apabila loceng waktu akhir dibunyikan, guru-guru yang berada dalam kelas, makmal dan bengkel hendaklah mengarahkan pelajar-pelajar membersihkan kelas dan beratur di kelas sebelum membenarkan mereka bergerak balik. Guru-guru bengkel hendaklah memberi masa yang cukup untuk pelajar-pelajar membersihkan tempat kerja, membersihkan mesin-mesin, menyusun alat-alat, menyapu bengkel dan membersihkan diri sebelum beredar ke kelas lain atau balik. Kebersihan bengkel hendaklah diutamakan. Guru-guru tidak digalakkan menggunakan waktu belajar guru-guru lain sekian lama. Jangan tamatkan kelas lebih awal daripada sepatutnya atau membenarkan pelajar keluar sebelum loceng akhir dibunyikan.

2.7 Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru memenuhi segala kehendak Dasar Pendidikan Neara dan menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengalaman yang diperolehi semasa mengikuti latihan penguruan. Ini bermakna setiap pengajaran hendaklah dirancang supaya dapat memenuhi aspirasi pelajar-pelajar dan bukan dibuat sambil lewa tanpa persediaan.

2.8 Latihan-latihan dan gerak kerja bertulis yang diberi mesti diperiksa dan diulas. Buku Latihan, Buku Nota dan Buku Amali hendaklah di hantar ke pejabat secara bergilir-gilir mengikut jadual untuk semakan Pengetua.

3.0 PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN 3.1 DENDA DAN HUKUMAN. Bagi maksud mengawal tatatertib pelajar, Pengetua berkuatkuasa mengenakan denda-

denda ringan apabila perlu dengan syarat:- a) Dilarang mengenakan dendaan yang berat ke atas pelajar perempuan. b) Denda yang berat ke atas pelajar lelaki dan seseorang guru atau kakitangan sekolah yang lain dihadkan kepada merotan yang ringan di atas tapak tangan atau punggung yang berpakaian. Denda ini hanya boleh dikenakan dengan kuasa yang diberi oleh Pengetua dalam perkara-perkara khas. c) Satu rekod mengenai semua denda yang dikenakan di bawah perenggan di atas

hendaklah disimpan secara sulit dalam borang yang diluluskan oleh pendaftar.

3.2 PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH – SPI Bil. 6/1985 Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. Untuk meneruskan tradisi

pakaian yang bermutu tinggi, sekurang-kurangnya perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di sekolah.

3.2.1 Mini skirt, pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu, seluar pendek, seluar jeans yang ketat dan pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidak dibenarkan.

Page 4: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 4

3.2.2 Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai. 3.2.3 Baju-baju Hawaii yang beragam warna tidak sesuai. 3.2.4 Baju T dan trek untuk PJK sehingga balik. 3.2.5 Rambut panjang yang kemas atau memakai tudung kepala bagi guru wanita dan rambut pendek dan kemas bagi guru lelaki. 3.2.6 Guru perlu memakai “Tanda Nama” setiap hari. 3.2.7 Guru lelaki dikehendakii memakai tali leher sekolah / bush jacket pada waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk upacara rasmi sekolah. (Digalakkan untuk setiap hari) 3.2.8 Pakaian bengkel tak dibenarkan kecuali di semasa amali 3.2.9 Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada 1 dan 15 haribulan pada setiap bulan. 3.2.10 SELIPAR / CAPAL tidak sesuai dipakai waktu persekolahan.

3.3 ACARA /MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN

3.3.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara /majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman.

3.3.2 Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua. Satu salinan akan di simpan dalam fail peribadi guru berkenaan.

4.0 PERINTAH AM BAB Bab D, 1993 Seksyen 19

4.1 Seorang pegawai tidak boleh, samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain .

a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu;

b) memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya ; atau c) memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau

laporan berhubungan dengan jabatannya,dan dia juga boleh mengedar/menyebar apa-apa pernyataan, maklumat atau penjelasan, sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain, kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu, sama ada secara am atau khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian atau jabatan dimana dia sedang berkhidmat.

4.2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan, seorang pegawai tidak boleh, sama ada secara

lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain, membuat apa-apa pernyataan awam yang memudharatkan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan, atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar, program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/ menyebar apa-apa pernyataan sedemikian, sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain.

4.3 Peraturan 4.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang diedarkan/sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri.

4.4 Bagi maksud peraturan ini, “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.

Page 5: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 5

5.0 BUKU KEDATANGAN PELAJAR ( Attendance Registers )

5.1 Buku ini adalah satu dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang kesalahan. Sebarang kesilapan catatan dalam buku ini hendaklah dipotong dan ditandatangani oleh guru berkenaan. Guru dilarang menggunakan pemadam ( liquid paper ) bagi membetulkan sebarang kesilapan.

5.2 Guru kelas bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesahihan maklumat di Buku Kedatangan. Butir-butir pelajar dan keterangan yang lain hendaklah dilengkapkan seperti: a) nama pelajar yang lengkap b) no. pendaftaran pelajar c) nama penjaga. perkerjaan, alamat dan no. talipon penjaga yang lengkap d) no. resit yuran kelas e) no. resit yuran SPM f) analisis dan statik pada tiap-tiap bulan. g) dan lain-lain yang diperlukan.

5.3 Kedatangan pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. Pelajar tidak dibenarkan mengambilnya bagi pihak guru.

5.4 Buku ini hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 10.00 pagi. Guru dilarang membawa buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik khas tanpa kebenaran Pengetua.

5.5 Bagi mengawal kedatangan pelajar. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan berikut di tempat yang sesuai di papan hitam kelas. a) Tarikh b) Bilangan pelajar dalam kelas c) Bilangan pelajar yang hadir

5.6 Segala maklumat dalam Buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh guru tingkatan dan guru juga perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut, bukannya pelajar.

5.7 Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan dan bukannya ketua kelas atau pun pelajar. Ketua kelas atau pelajar dilarang menanda kehadiran pelajar dalam buku kehadiran pelajar.

6.0 WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH 6.1 WAKTU BERTUGAS 6.1.1 Semua hari berikut dikira sebagai hari bertugas kepada guru-guru :

i. Semua hari persekolahan termasuk persekolahan ganti kecuali dengan cuti yang sah. ii. Hari diadakan upacara atau majlis khas di sekolah seperti hari Mesyuarat Agung PIBG, Hari Ucapan, hari Kokurikulum dan sebagainya. iii. Bila diarahkan hadir oleh Pengetua termasuk dalam cuti penggal persekolahan dengan syarat jumlah hari yang diminta hadir itu tidak melebihi sepertiga daripada jumlah hari cuti persekolahan. 6.12 Semua guru dikehandaki hadir ke majlis-majlis tertentu seperti yang diarahkan oleh Ketua Jabatan / wakil 6.1.3 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.

6.1.4 Guru dikehendaki berada di sekolah 5 minit sebelum sisi persekolahan bermula.

6.1.5 Guru hendaklah ”tumb print”/punch kad semasa sampai dan sewaktu pulang.

6.16 Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberitahu Pengetua secepat mungkin dan sebaik-baiknya sebelum waktu pertama bermula supaya urusan

Page 6: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 6

untuk menggantikan tugas guru itu dapat disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu. Surat doktor hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera.

6.1.7 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali keadaan kecemasan.

6.1.8 Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan sewaktu persekolahan.

6.1.9 Guru-guru tidak dibenarkan daripada berkumpul dan berbual-bual kosong terutamanya di tempat-tempat yang boleh dilihat oleh pelajar.

6.1.10 Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu, kumpulan atau syarikat-syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua.

6.2 TIDAK HADIR BERTUGAS 6.2.1 Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor perlu berehat. Oleh

itu, guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah.

6.2.2 Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang pemohonan sekurang-kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. Cuti Rehat Khas bukanlah hak tetapi keistimewaan.

6.3 KELUAR WAKTU BERTUGAS 6.3.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan

kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakan atau arahan daripada Kementerian Pelajaran/JPN/PPD dan meminta kebenaran terlebih dahulu dari Pengetua

6.3.2 Guru dikehendaki mengisi e-keluar dan dapatkan tandatangan Guru Kanan masing- masing (untuk menyediakan guru ganti) dan pengesahan Pengetua / Guru Penolong Kanan. Satu salnan disimpan dalam fail di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada pengawal bertugas di pondok pengawal untuk direkodkan. 6.3.3 Guru hendaklah mencatatkan tujuan keluar dan merakamkan waktu semasa keluar dan masuk semula.

6.3.4 Kerja bertulis hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah.

7.0 UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN 7.1 Sila lihat jadual ujian/peperiksaan sebagai panduan. Ujian Kurikulum perlu diberi pada tarikh

yang ditetapkan dalam Takwin Sekolah.

7.2 Tujuan ujian ini diadakan untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam mata pelajarannya dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk mengatur pelajaran selanjutnya kepada kelas / pelajar masing-masing. Analisa dan menganalisakan apa yang telah diajar untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.

7.3 Guru hendaklah membantu dan mengatasi kelemahan pelajar dalam mata pelajarannya dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu. Kelas tambahan khas perlu diadakan.

7.4 Guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan JSU dan memeriksa kertas jawapan pelajar yang mereka mengajar. Panitia-panitia mata pelajaran akan menentukan penyediaan soalan. Ketua Panitia akan semak dan sahkan soalan yang disediakan sebelum soalan-soalan diperbanyakkan.

7.5 Guru mata pelajaran hendaklah berhati-hati apabila menyediakan soalan-soalan ujian supaya soalan itu benar-benar menguji kebolehan pelajar.

Page 7: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 7

7.6 Setiap kertas soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangan oleh Ketua Panitia. dan GKMP.

7.7 Keputusan ujian hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar.

7.8 Setiap keputusan ujian hendaklah di serahkan satu salinan ke Unit Peperiksaan. Markah perlu dimasukkan ke dalam sistem (ISIS dan SAPS) pada setiap kali ujian dan peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan.

7.9 Guru mata pelajaran hendaklah membuat post-mortem setiap ujian/peperiksaan untuk mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru.

7.10 Guru perlulah mahir dengan peraturan Peperiksaan SPM terutama perkara-perkara bersabit dengan syarat pemberian sijil supaya pengetahuan ini dapat disampaikan kepada pelajar. Jika ada keraguan, guru hendaklah berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan.

7.11 Pelajar yang tidak hadir untuk ujian/peperiksaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh pentadbir sekolah, ditanda TH dan diberi markah 0.

8.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN 8.1 Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai sukatan pelajaran yang sah dikeluarkan oleh

Pendaftar ( atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah Pelajaran Negeri ) bagi mata pelajaran yang mana yang beliau bertanggungjawab.

8.2 Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti dengan serapi-rapinya oleh semua guru.

8.3 Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan, sukatan pelajaran dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum. Guru-guru yang mempunyai sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing.

8.4 Sukatan pelajaran perlu disertakan dalam Buku Rekod Mengajar.

8.5 Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang tertentu dalam Buku Rekod Mengajar.

8.6 Ketua Panitia dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan akan menyusun rancangan ini bagi semua tingkatan/kursus.

9.0 BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR 9.1 Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai Buku Rancangan Kerja Harian yang selaras

dengan kehendak Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga dengan baik serta diserahkan kepada Pengetua tiap-tiap minggu untuk pemeriksaan dan ditandatangan oleh Pengetua atau wakilnya pada hari Jumaat

9.2 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.

9.3 Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir ahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini.

9.4 Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut.

9.5 Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan.

9.6 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke kuanter pejabat pada setiap Jumaat sebelum pukul 12.20 tengah hari. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikut hendaklah

Page 8: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 8

ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya.

9.7 Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan dalam minggu ini hendaklah dicatat dalam ruang harian.

9.8 Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu dijaga dengan baik dan bersih. Semua kertas kenyataan lain hendaklah dikepitkan dengan kemas dan disimpan berasingan.

9.9 Rancangan dan huraian kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang terlalu ringkas dan sukar difahami.

9.10 Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan, untuk urusan guru pengganti.

9.11 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah'

10.0 GERAK KERJA LUAR /KOKURIKULUM 10.1 Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Ianya wajib bagi

semua guru dan pelajar. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri GKK.

10.2 Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak Kerja Kokurikulum.

10.3 Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua pelajar-pelajar.

10.4 Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar dalam bidang pimpinan, tatatertib memegang tanggungjawab, taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah, bahas, lawatan, membuat projek tertentu dan sebagainya.Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School With Character’ )

10.4 Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan.

10.5 Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.

11. 0 TATATERTIB 11.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi di kalangan pelajar semasa di dalam atau

di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru.

11.2 Guru diminta memberi teguran, nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya keatas pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

11.3 Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM, pelajar-pelajar yang kerap kali tidak mengikut arahan, tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajarannya.

Page 9: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 9

12.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan dan Ketua Bengkel dengan kerjasama guru-guru lain mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah mempamerkan di bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar. Guru hendaklah mengawasi pelajar untuk:-

12..1 Mengambil peralatan sukan dan permainan 12.2 Melatih sukan dan permainan di padang 12.3 Menjalankan kerja-kerja amali/pratikal 12.4 Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan 12.5 Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan di pintu masuk bengkel, makmal dan seumpamanya.

12.6 Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di sekolah.

13 0 TUGAS GURU DALAM KELAS 13.1 Elakan diri daripada duduk ketika mengajar. Waktu pelajar menjalankan urusan kerja

bertulis guru harusnya berjalan di sekeliling kelas atau mengawas dan memberi bantuan secara individu kepada pelajar-pelajar yang lemah yang memerlukan bantuan rapi. Guru Sains atau Bengkel yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah meninggalkan makmal atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan.

13.2 Masa Ganti ( Relief Periods) guru hendaklah memulakan pengajaran sebaik-baik sahaja guru berada di dalam kelas. Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru yang lain yang tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain, guru itu hendaklah melaporkan diri di kelas yang dijadualkan dan menyampaikan pengajaran dan bukan waktu bebas.

13.3 Memeriksa Buku Latihan, Buku Nota, Kertas Jawapan Peperiksaan / Ujian jangan dilakukan di dalam kelas kecuali bertujuan untuk memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar. Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam bilik guru / ketika waktu tiada kelas. Kertas jawapan peperiksaan SPM tidak dibenarkan diperiksa dalam waktu masa sekolah.

13.4 Kerja Bertulis – Guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada pelajar-pelajar, sekurang-kurangnya sekali seminggu. Kerja bertulis yang secukupnya patut diberi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, MPAV, Sejarah, Agama Islam dan Sains. Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang lebih panjang patut diberi bagi mata pelajaran ini.

13.5 Pemeriksaan - Merupakan tanggungjawab guru untuk memeriksa semua kerja bertulis dari tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar. Guru juga hendaklah menandatangani semua ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-pelajar.

13.6 Mengulangkaji – Aktiviti ulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan hendaklah dirancang dengan rapi dan dicatat dalam Buku Rekod Mengajar. Guru tidak digalakkan untuk membenarkan pelajar mengadakan ‘self study’ dalam kelas. Mengulangkaji adalah satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Dengan itu ia perlu untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan. Dengan itu ia perlu dirancang dan disampaikan dengan bersistematik. Komik dan majalah hiburan yang lain serta sebarang permainan seperti catur dan sebagainya dilarang.

13.7 Membaca Buku Teks – Membaca buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. Guru jangan membiasakan pelajar membaca dari buku teks ketika mengajar kecuali mata pelajaran bacaan. Pemberian nota hendaklah dikekalkan pada peringkat minima sahaja. Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas yang lebih berkesan.

13.8 Langkah Keselamatan – Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi dengan rapi oleh semua guru. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat datang dengan Pengetua atau Penolong Kanan. Minta pelawat pergi ke pejabat dan berurusan di pejabat sekolah.

Page 10: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 10

13.9 Kelas Bersurai – Guru yang mengajar di sesuatu kelas pada waktu akhir bertanggungjawab untuk menyuraikan pelajar-pelajar dengan teratur dan tertib tepat pada waktunya. Jangan lepaskan pelajar sebelum loceng berbunyi.

13.10 Denda – Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda berat ( Corporal Punishment ) ke atas pelajar-pelajar. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan tatatertib hendaklah dibawa ke pengetahuan Pengetua / Guru Disiplin. Guru bolehlah mendenda pelajar dengan memberikan kerja-kerja sekolah untuk diselesaikan oleh mereka seperti membuat karangan dan sebagainya.

14.0 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN ( Sila rujuk jadual guru bertugas mingguan) 14.1 Guru pertama yang disenaraikan dalam kumpulan adalah menjadi ketua bagi kumpulan

tersebut. Ketua kumpulan hendaklah memastikan ahli-ahlinya menjalankan tugas.

14.2 Setiap hari sekolah ada sekumpulan guru yang bertugas. Senarai guru bertugas terdapat dalam buku panduan dan tugas guru. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat nama guru bertugas di papan putih di hadapan pejabat.

14.3 Ketua guru bertugas hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli kumpulannya.

14.4 Memastikan pelajar berada pada tapak perhimpunan tepat pada masanya.

14.5 Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik dikalangan pelajar. 15.5.1 Memastikan peraturan sekolah dipatuhi 15.5.2 Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin 15.5.3 Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya 15.5.4 Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan

14.6 Mengurus masalah pelajar yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan

Bertugas.

14.7 Melakukan “spot Check” sekurangnya dua kelas setiap minngu

14.8 Berada ditempat perhimpunan pelajar bagi mengawasi dan memanatau pelajar agar tidak membauat bisang semasa perhimpuan berjalan.

15.0 PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN 15.1 PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 15.1.1 Perhimpunan Mingguan akan diadakan pada setiap hari I snin bermula

jam 7.20 pagi. 15.1.2 Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru disiplin, penyelia perhimpunan dan guru bertugas mingguan untuk m e n g a w a l p e l a j a r . K e h a d i r a n g u r u a k a n d i a m b i l . 15.1.3 Semua guru lelaki hendaklah memakai tal i leher dan baju kemeja berlengan panjang ( memakai kot digalakkan ) atau bush-jacket sahaja. 15.1.4 Sila “offkan” telefon bimbit. 15.1.5 Sila beri tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan jangan berbual- bual.

Format PerhimpuananRasmi a) Guru mengambil tempat dan duduk di kerusi yang disediakan diatas pentas b) Nyanyain lagu Negaraku serta menaikan bendera Malaysia c) Nyanyian lagu Negeri serta menaikan bendera negeri d) Nyanyian lagu Sekolah serta menaikan bendera sekolah e) Bacar Ikrar Rukun Negara oleh guru dan pelajar f) Baca Doa

g) Ucapan dan laporan guru bertugas h) Ucapan dari mana-mana guru i) Penyampaian hadiah/cenderamata jika ada j) Ucapan Pengetua.

Page 11: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 11

15.2 PERHIMPUNAN HARIAN(RABU DAN JUMAAT)

Format Perhimpunan Harian a) Guru mengambil tempat dan duduk di kerusi yang disediakan b) Bacaan Doa c) Ucapan dari mana-mana guru yang ingin membuat pengumuman. d) Aktiviti Ko-Kurikulum(Rabu) dan Tazkirah/Bacaan Yassin(Jumaat).

16.0 MELAKUKAN KERJA LUAR 16.1 Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D

seperti berikut: 16.1.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 16.1.2 Dibenarkan dengan syarat: a) Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat b) Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam c) Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan

16.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 ( g) di mana boleh didenda tidak melebehi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu ) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

17.0 KEAHLIAN KELAB GURU 17.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli kelab guru .

17.2 Semua guru dikehendaki bersama-sama menyokong dan memberi kerjasama yang padu

kepada kelab.

18.0 KES PONTENG SEKOLAH 18.1 Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar ( kecuali

yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas ) berada dalam kelas pada waktu belajar. Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepad HEM / Guru Disiplin.

18.2 Guru-guru lain hendaklah juga memberi kerjasama mereka kepada guru tingkatan dalam perkara di atas.

18.3 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat daripada pejabat sekolah hendaklah diberitahu kepada penjaga.

18.4 Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari, guru tingkatan hendaklah mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu menimbulkan keraguan, laporkan perkara ini guru disiplin untuk direkodkan.

18.5 Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Amali, Sains, Lukisan, PJK dan Perpustakaan, guru berkenaan hendaklah ,memastikan pelajar-pelajar berjalan dengan tertib semasa menuju ke tempat itu.

18.6 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada seorang pelajar pun yang meninggalkan kelas. Pelajar yang meninggalkan kelas / masuk lewat hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin.

18.7 Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh menghantar pelajar yang sakit ke hospital / balik ke rumah jika perlu. Bagi pelajar perempuan, seorang teman harus ikut bersama. Pengetua / PK HEM harus diberitahu tentang pelajar yang dihantar balik.

Page 12: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 12

19.0 ARAHAN DAN PEKELILING 19.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan

teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

19.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendakalah menyimpannya di dalam fail khas.

20.0 KUNCI 20.1 Semua kunci mesti disimpan dipejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi

Buku Rekod Peminjaman di pejabat.

20.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilil-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

21.0 TELEFON 21.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru atau staf sekolah

tidak dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bililik darjah dan semasa Mesyuarat.

22.0 BUKU STOK / INVENTORI 22.1 Ketua Panitia, Ketua Bengkel dan ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku

stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini, ( setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta).

22.2 Guru Kanan mata Pelajaran, Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak buku stok Inventori ini dari masa ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua.

23.0 URUSAN DENGAN BPTV / JPN / PPD 23.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakan pergi ke Bahagian Teknik dan Vokasional,

Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.

24.0 TUGAS GURU 24.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran.

Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggunjawab.

24.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di BPTV, JPN atau PPD atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.

24.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.

24.5 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seupamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan ”In House Training ” kepada guru dan dimaklumkan kepada Pengetua /GPK tarikh dan masa pelaksanaannya.

24.6 Guru yang melaksanakan tugas rasmi diluar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan maklumkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing.

Page 13: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 13

25.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR 25.1 Guru hendakalah mematuhi jadual waktu yang disediakan.

25.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa

kebenaran.

25.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

26.0 KEBERSIHAN 26.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas

pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang yang mempunyai bilik khas /tempat khas ( bengkel, bilik kaunseling, makmal sains dan lain-lain ) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. Semua guru , staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.

26.0 BILIK GURU 26.1 Guru hendaklah berada di bilik guru / bilik guru bengkel semasa tidak mengajar di kelas.

Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’ free period ’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.

26.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.

26.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

26.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.

26.5 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu dan pendingin udara telah dipadamkan.

27.0 CUTI 27.1 Mengikut Surat Pekeliling Kementerian KP (PP) 0046.SJ/a(30) bertarikh 24 Disember 1993,

guru berkelayakan mendapatkan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebehi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.

27.2 CUTI REHAT KHAS (CRK) 27.2.1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender; dan 27.2.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 27.2.3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak 27.2.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan

Page 14: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 14

keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran. 27.2.5 Bi langan hari CRK yang layak diambi l adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan.

27.3 CUTI SAKIT 27.3.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebehi dua hari berturut- turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. 27.3.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebehi 14 hari dalam setahun. 27.3.3 Cuti sakit yang melebehi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus- putus akan dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pelajaran

27.4 CUTI KELUAR NEGARA 27.4.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti

27.8 CUTI KHAS ISTERI BERSALIN 27.5.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan

27.9 CUTI TANPA REKOD 27.9.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

27.10 CUTI URUSAN KEMATIAN KERLUARGA TERDEKAT 27.10.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai cuti tanpa rekod . Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri , anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengi raan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Page 15: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 15

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

A JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH

1. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum, kokurikulum dan pembentukan sahsiah bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.

2. Bertanggungjawab dalam pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah. 3. Membimbing kakitangan akademik dan sokongan dalam menjalankan tugas harian

mereka. 4. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 5. Lain-lain tugas seperti yang terdapat dalam pekeliling-pekeliling ikhtisas Kementerian

Pelajaran. 6. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengetua.

B JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

1. Mengumpul dan mengemaskini berbagai data dan maklumat berkaitan dengan staf guru dan bukan guru. Ini bertujuan untuk dioperasikan pada sistem EMIS (Educational Management Information System) yang turut digunakan untuk pendaftaran Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). 2. Guru data juga bertanggungjawab untuk mengemaskini dari masa ke semasa data guru pada HRMIS, e-operasi dan borang M yang berkaitan dengan pengiraan norma perjawatan guru dan semua maklumat berkaitan guru. 3. Mengumpul dan mengemaskini berbagai data dan maklumat berkaitan dengan semua murid. Ini bertujuan untuk dioperasikan pada Sistem Maklumat Murid (SMM) yang turut digunakan untuk pendaftaran dan rekod. 4. Merekod dan mengemaskini Sistem Salahlaku Murid (SSDM) dan menghantar laporan ke JPNS/BPTV.

C JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA ( SKPM - Penarafan Kendiri Sekolah Berasaskan Standard Tinggi Kualiti )

1. Mengumpul data, menganalisis dan melaporkan data yang berkaitan dengan dimensi, elemen dan sub elemen yang terdapat di dalam instrumen penarafan kendiri sekolah yang berkaitan dengan SKPM. 2. Merumuskan keputusan Penilaian Kendiri Sekoah (PKS). 3. Mendokumentasikan keputusan PKS. 4. Menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah(PKS) 5. Melaksanakan RPS sepertimana yang dikehendaki oleh Jemaah Nazir Sekolah.

D JAWATANKUASA UNIT LATIHAN DAN KEMAJUAN STAF

1. Mengadakan kajian keperluan tentang kursus yang diperlukan oleh staf. 2. Menganalisis kajian keperluan dan mengenal pasti kursus/ceramah/seminar/bengkel

yang akan diadakan benar-benar memberi peningkatan profesionalisme staf. 3. Tentukan keberkesanan kursus dari segi analisis kos dan faedah.

4, Tentukan penceramah yang mahir/pakar dalam bidangnya. 5. Merancang dan mengadakan kursus. ( Minimum 7 kali setahun ) 6. Membuat angggaran bajet tahunan. 7. Mengadakan kursus dalaman oleh mata pelajaran guru yang hadir kursus untuk didedahkan kepada guru- guru lain mengikut panitia atau sebagainya. 8. Membuat penilaian keberkesanan kursus / latihan yang dijalankan. 9. Menganjurkan lawatan Benchmarking untuk meningkatkan profesionalisme.

10. Menghantar laporan ke Bahagian Latihan dan Kemajuan staf JPT selepas melaksanakan setiap program atau aktiviti. 11. Merekod dan mengemaskini data/maklumat guru-guru yang menghadiri kursus. 12. Menjadi penghubung antara UlkS dengan Sektor Pembangunan Kejurulatihan BPTV.

Page 16: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 16

E JAWATANKUASA TAKWIM SEKOLAH

1. Bermesyuarat dan merancang serta merangkakan program dan aktiviti tahunan. 2. Menetapkan tarikh-tarikh peperiksaan dalaman dan luar mengikut surat arahan atau

pekeliling. 3. Menetapkan tarikh-tarikh program dan aktiviti yang dirancangkan. 4. Memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual. 5. Mengkaji dan membuat post mortem tentang masa dan perlaksanaan program.

F JAWATANKUASA PENGURUSAN SISTEM SIARAYA ( PA SYSTEM )

1. Bertanggungjawab memastikan bahawa sistem PA sekolah berfungsi dengan sempurna dan disimpan di tempat yang selamat.

2. Memastikan bahawa pelajar dan hadirin dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran lain yang dibuat melalui system PA sekolah.

3. Bertanggungjawab membuat inventori dan menyimpan stok alat-alat pembesar suara. 4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat PA oleh pihak awam dan

pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangannya mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.

5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem PA berfungsi dengan baik dan berkesan.

6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kesosakan. 7. Menyemak stok pada akhir setiap semester. 8. Memastikan alat-alat PA selamat digunakan, termasuk keselamatan pemasangan

sekiranya terlibat. G JAWATANKUASA PENGURUSAN KOMPUTER / ICT / MULTIMEDIA / DOKUMENTASI ELEKTRONIK

1. Memastikan bilik komputer dalam keadaan bersih dan ceria. 2. Merangka dan mempamerkan jadual penggunaan bilik komputer. 3. Merekod penggunaan komputer. 4. Memastikan komputer dan sistemnya dikemaskini. 5. Melakukan penyelenggaraan komputer. 6. Memastikan rekod dan inventori sentiasa dikemaskini. 7. Fail-fail yang berkaitan pengurusan bilik komputer hendaklah disimpan dengan kemas

dan bersistem dan mudah dicari. 8. Mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru untuk membudayakan ICT di kalangan

warga SMTJ. 9. Memberi bantuan kepada guru yang menghadapi masalah semasa menggunakan

komputer. 10. Memastikan sistem penderia di bilik komputer dalam keadaan baik dan berfungsi. 11. Pastikan tingkap dan pintu dikunci sebelum meninggalkan bilik komputer. 12. Merancang dan melaksanakn program inhouse training kepada guru bagi meningkatkan

kemahiran komputer. 13. Memastikan jadual penyelenggaraan komputer dilaksana dan diekodkan. 14. Merancang, mengelola, melaksana dan menyelia hal-hal yang berkaitan dengan ICT. 15. Mengemaskini laman web sekolah dan urusan yang berkaitan dengan Rangkaian School

net, rangkaian Kampus. H JAWATANKUASA MESYUARAT GURU

1. Mengadakan mesyuarat guru mengikut takwim. 2. Mencatat minit semasa mesyuarat. 3. Menyediakan dan mengedar surat panggilan mesyuarat kepada ahli JK. 4. Menyimpan minit mesyuarat di dalam fail minit mesyuarat.

Page 17: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 17

I PASUKAN JAMINAN KUALITI SEKOLAH MS ISO 9001:2008 1. Pasukan Jaminan Kualiti berperanan utuk mengurus, menyelaras dan memantau

pelaksanaan keputusan mesyuarat dan melaksanakan aktiviti yang dijalankan. 2. Menyelaras dan mengawal aktiviti yang berkaitan dengan sistem pengurusan kualiti

sekolah. 3. Memantau pelaksanaan aktiiti/tugas dan standard kualiti kerja. 4. Menyelaras, memantau dan menilai proses kerja di SMVJ. 5. Menyelaras penilaian terhadap analisis pencapaian akademik murid. 6. Mengurus, menyelaras dan mengawal dokumen kualiti. 7. Mengumpul, menganalisis,mentafsir dan melapor maklum balas dan aduan kepada

Pengurus Kualiti. 8. Menilai keberkesanan setiap aktiviti yang dilaksana mencapai sasaran dan standard. 9. Melakukan penambahbaikan dengan segera jika tidak mencapai standard dan

sasaran. 10. ”Fire-Fighting” yang mengatasi isu dan masalah.

KEWANGAN DAN AKAUN A JAWATANKUASA KEUTUHAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN SEKOLAH 1. Membaca dan memahami pekeliling/surat pekeliling yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakauan sekolah yang diedarkan dari masa ke masa. 2. Mengeluarkan surat kuasa memungut yuran kepada guru-guru dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan memungut wang. 3. Memastikan semua terimaan telah dimasukkan ke dalam bank.

4. Menyedia dan meyelengara Buku Tunai Kerajaan, Buku Tunai Asrama, SUWA dan Panjar Wang Runcit.

5. Menyemak dan menandatangani penyata kewangan dalam Buku Tunai Kerajaan, SUWA Asrama dan Panjar Wang Runcit.

6. Memastikan semua kutipan yuran mendapat kebenaran Bahagian Pendidikan Teknikal dan JPNS. 7. Memastikan segala penerimaan dan perbelanjaan mengikut arahan Perbendaharaan. 8. Merekod dan mengemaskini segala perbelanjaan yang dilakukan. 9. Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.

10. Menghantar laporan kewangan kepada Pusat Tanggungjawab seperti mana yang telah ditetapkan.

11. Mengadakan dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. Audit Dalam : 1. Memeriksa, menyemak, memasti dan mengesahkan segala butiran kewangan

adalah tepat dan benar sebagaimana yang dilaporkan sebulan sekali. 2. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

B JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

1. Membaca, memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar oleh Kementerian, BPTV, JPNS dan PPD.

2. Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kew PA yang berkaitan. 3. Barang tak luak, nilai RM500.00 dan ke atas seunit semasa perolehan tidak termasuk

perabot, langsir dan permaidani tanpa mengira kos hendaklah direkodkan dalam Kad Harta Modal. Satu kad untuk satu barang/benda. 4. Borang pergerakan bagi tujuan pergerakan atau pemindahan lokasi barang yang

dikategorikan dalam harta modal. 5. Barang yang tidak luak semasa perolehan dibawah RM500.00 hendaklah dimasukkan

ke dalam Kad Inventori. Ini termasuk perabut, langsir dan permaidani tanpa mengira kos.

6. Setiap satu barang satu nombor pendaftaran ( Perolehan Harta Modal / Inventori)

Page 18: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 18

7. Barang-barang yang luak dan alatan pejabat yang tak luak, nilainya rendah perlu direkodkan kedalam Daftar Stok Bekalan Pejabat . 8. Barang-barang yang diterima perlu direkodkan dengan pen dakwat merah dan yang

gunakan pen dakwat biru / hitam untuk dikeluarkan. 9. Menguruskan semua perabot sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peratus. 10. Menguruskan hapuskira peralatan dan mesin. 11. Bertanggungjawab menyusun buku stok / inventori dan memastikan maklumat

dalam buku stok / inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. 12. Barang tidak menarik diverifikasi tiap-tiap 2 tahun sekali, Barang yang menarik

diverifikasi setahun sekali dan Barang yang sangat menarik diverifikasi tidak kurang 2 kali setahun.

13. Buku tersebut akan disemak oleh Pengetua dari masa ke semasa. 14. Menguruskan semua harta modal termasuk membaiki dan menyelenggara/servis bila

perlu dan hendaklah direkodkan. 15. Membuat pelupusan sekiranya perlu. 16. Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat. 17 Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. C JAWATANKUASA SEBUT HARGA 1. Mempastikan pengurusan sebut harga berjalan dengan baik. 2. Mengenalpasti kontraktor yang akan layak menerima kontrak. 3. Menentukan spesifikasi kerja yang perlu dalam sesuatu sebut harga. 4. Memastikan kerja-kerja dijalankan mengikut spesifikasi dan berkualiti. 5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh pihak pentadbiran dari semasa ke semasa. PUSAT SUMBER SEKOLAH A JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Memperbanyak koleksi Pusat Sumber Sekolah ( PSS ). 2. Mempertingkat penggunaan PSS. 3. Memastikan keselesaan, keceriaan dan kebersihan PSS. 4. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar. 5. Menyebar maklumat kepada guru dan pelajar mengenai PSS dan penggunaannya. 6. Memastikan buku stok dalam keadaan kemaskini. 7. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan PSS. 8. Memastikan peraturan PSS dilaksanakan dan dipatuhi. 9. Merancang aktiviti dan melaksanakannya.

10. Menilai perjalanan PSS dan membuat tindakan susulan. 11. Menjadikan PSS sekolah sebagai PSS contoh bagi sekolah-sekolah lain. 12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah oleh Pengetua dari masa ke semasa.

1. PERPUSTAKAAN

1. Menentukan bahawa peruntukan perpustakaan digunakan untuk tujuan yang dirancang, sesuai, alat-alat yang wajib, perabot dan aktiviti Pengawas Perpustakaan.

2. Mengurus perlantikan pengawas perpustakaan dan mengagihkan tugas-

tugas berdasarkan peraturan yang disediakan. 2.1 Jadual Pengawas Bertugas. 2.2 Mempamerkan buku-buku baru dan poster. 2.3 Mempamerkan keratan akhbar di sudut-sudut khas. 3. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan dan memastikan

peraturan mudah difahami dan dipatuhi oleh semua pelajar. 4. Melatih pengawas perpustakaan yang baru dilantik supaya mahir dengan

peraturan dan keadaan di perpustakaan.

Page 19: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 19

5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan perpustakaan. 6. Menyediakan senarai buku yang patut dibeli mengikut keutamaan. 7. Menguruskan pembelian buku. 8. Merekodkan perolehan buku dan alatan ke dalam buku stok. 9. Mengkelaskan buku mengikut system yang digunakan di sekolah. 10. Menjalankan kerja-kerja memproses pinjaman buku :

10.1 Membuat poket 10.2 Kad Pinjaman 10.3 Kad katalog dsb

11. Memperbaiki buku-buku yang rosak dan mengurus pelupusan buku.. 12 Meletak dan menyusun buku-buku mengikut tempatnya serta menjaga

keselamatan buku-buku. 13. Mengadakan projek-projek yang boleh menggalakkan penggunaan perpustakaan. Antara lain :

a. Mengadakan minggu atau bulan perpustakaan / pertandingan membaca buku. b. Mengadakan pertandingan mengulas buku c. Mengadakan penerbitan perpustakaan d. Mengadakan peraduan melukis poster dan lain-lain.

14. Menyimpan rekod pinjaman oleh guru-guru. 15. Memungut kembali semua buku-buku yang dipinjam oleh guru-guru pada

akhir tahun. Buku-buku yang hilang mestilah di ganti oleh guru berkenaan.. 16. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit berkenaan. 17. Menyediakan laporan aktiviti tahunan. 18. Menjalankan tugas lain yang sesuai bila diarahkan oleh Pengetua dan

sentiasa berhubung dengan Pengetua bila ada masalah. 2. PUSAT AKSES SEKOLAH 1. Memastikan bilik komputer dalam keadaan bersih dan ceria. 2. Merangka dan mempamerkan jadual pengunaan bilik komputer. 3. Merekodkan penggunaan komputer 4. Memastikan komputer dan sistemnya berfungsi. 5. Melakukan penyelengaraan komputer 6. Memastikan rekod dan inventori sentiasa dikemaskini. 7. Fail-fail yang berkaitan pengurusan bilik kompuetr hendaklah disimpan dengan kemas dan bersistem dan mudah dicari. 8. Mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru SMVJ. 9. Memberi bantuan kepada guru yang menghadapi masalah semasa menggunakan komputer. 10. Memastikan sistem penderia di bilik komputer dalam keadaan baik dan berfungsi. 11. Pastikan tingkap dan pintu dikunci sebelum meninggalkan bilik komputer.

12. Merancang dan melaksanakan program in-house training kepada guru bagi meningkatkan kemahiran komputer. 13. Memastikan jadual penyelenggaraan komputer dilaksana dan direkodkan.

3, BILIK TAYANGAN / APD / ASTRO / MEDIA

1. Mengatur dan menyelia dengan sokongan guru-guru lain, alat-alat terbitan sendiri seperti filem slide, carta dan sebagainya.

2. Menyelenggarakan alat-alat berikut, TV, radio kaset, perakam video dan alat- alat lain. Alat-alat sokongan seperti carta dan gambar foto yang berkaitan bahan-bahan siaran/nota sama ada buku atau helaian.

3. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 4. Menyediakan laporan aktiviti tahunan 5. Memastikan alat-alat APD yang berkuasa elektrik dan bahan software

sentiasa dalam keadaan baik. 6. Memastikan keselamatan APD dan melaporkan kepada Penyelaras PSS jika

berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan. 7. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa

selamat dan tidak rosak selepas digunakan.

Page 20: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 20

8. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan Bilik Tayang. 9. Menyelaras rancangan TV pendidikan mengikut jadual waktu sekolah. 10. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebutharga APD. 11. Menggalakkan penggunaan APD dalam pengajaran dan direkodkan

dengan kemas. 12. Memastikan bilik tayang sentiasa kemas dan ceria. 13. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua.

4.PROGRAM NILAM

1. Memesan bilangan buku rekod membaca yang mencukupi dari koperasi sekolah/ PSPN. 2. Memberi taklimat kepada semua guru semasa mesyuarat awal tahun. 3. Memberi taklimat kepada murid dalam perhimpunan dan Minggu Orientasi Tingkatan 4. 4. Guru Tingkatan 4 dan 5 bertanggungjawab mengumpul semua buku rekod membaca kelas masing- masing dan menyerahkan kepada ketua Pustakawan untuk direkod. 5. Perpustakawan Kelas bertanggungjawab mengumpul buku rekod membaca dan mengambil dari perpustakaan sekolah untuk diserahkan semula kepada kelas masing-masing. 6. Guru-Guru Bahasa Melayu dan Inggeris bertanggungjawab memeriksa buku rekod membaca murid dari masa ke Semasa. 7. Guru tingkatan mengesahkan rekod membaca pelajar. 8. Penyelaras NILAM, guru-guru bahasa bertanggungjawab dalam program “Laluan Iqra” yang diadakan ditapak perhimpunan sekurang-kurangnya sekali seminggu ( B. Melayu/B. Inggeris) 9. Guru tingkatan akan mencatat pencapaian murid dan memberitahu kepada penyelaras NILAM agar murid tersebut diberi pengiktirafan seperti berikut : Jumlah Buku Yang Dibaca Pengiktirafan 72 - 143 Gangsa 144 - 215 Perak 216 - 287 Emas 288 ke atas Sijil NILAM

10. Murid yang berjaya boleh mendapatkan sijil masing-masing daripada penyelaras NILAM pada hujung tahun tingkatan 5.

5. DOKUMENTARI DAN MEDIA 1. Sentiasa bersedia merekod aktiviti dan peristiwa penting sekolah sepanjang tahun. 2. Mengambil gambar foto atau vidio peristiwa atau aktiviti sekolah. 3. Mengemaskini vidio tentang profil sekolah dari se masa ke semasa. 4. Menambah maklumat yang terdapat dalam profil sekolah. 5. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua.

6, BILIK DOKUMENTASI

1. Mengadakan mesyuarat dan minitkan. 2. Merangka garis panduan tugas bagi setiap AJK 3. Menyedia dan mengumpulkan dokumen 4. Menyusun dan melabelkan dokumen-dokumen secara bersistem 5. Memastikan Bilik Dokumentasi sentiasa berada dalam keadaan kemas dan ceria. 6. Membuat persiapan dan persediaan untuk pameran dan lawatan rasmi. 7. Merekod pergerakan atau pinjaman bahan dan peralatan di Bilik Dokumentasi. 8. Menyediakan buku catatan pelawat rasmi dan buku catatan cadangan. 9. Menjadikan bilik dokumentasi sebagai pusat informasi. 10. Mengurus dan menceriakan bilik dokumentasi.

Page 21: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 21

7. BILIK MESYUARAT DAN BILIK GERAKAN

1. Mengurus dan menjaga peralatan dalam bilik mesyuarat dan bilik gerakan. 2. Menyelia dam mempastikan kebersihan, keselamatan dan keindahan bilik

mesyuarat dan bilik gerakan. 3. Mengurus dan mempastikan penggunaan bilik mesyuarat dan bilik gerakan. 4. Melengkapkan maklumat dan dokumentasi yang perlu di dalam bilik

mesyuarat dan bilik gerakan. 5. Menceriakan bilik mesyuarat dan bilik gerakan. Bilik hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih. 8. MAKMAL ICT / BESTARI 1. Memastikan bilik komputer dalam keadaan bersih dan ceria. 2. Merangka dan mempamerkan jadual pengunaan bilik komputer. 3. Merekodkan penggunaan komputer 4. Memastikan komputer dan sistemnya berfungsi. 5. Melakukan penyelengaraan komputer. 6. Memastikan rekod dan inventori sentiasa dikemaskini. 7. Fail-fail yang berkaitan pengurusan bilik kompuetr hendaklah disimpan dengan kemas dan bersistem dan mudah dicari. 8. Mengadakan latihan dalaman kepada guru-guru. 9. Memberi bantuan kepada guru yang menghadapi masalah semasa menggunakan komputer. 10. Memastikan sistem penderia di bilik komputer dalam keadaan baik dan berfungsi 11. Pastikan tingkap dan pintu dikunci sebelum meninggalkan bilik komputer. 12. Merancang dan melaksanakan program ”n-house training”kepada guru bagi meningkatkan kemahiran komputer. 13. Memastikan jadual penyelenggaraan komputer dilaksana dan direkodkan.

Page 22: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 22

Page 23: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 23

Page 24: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 24

PIBG 1. Membantu pihak sekolah dalam hal-hal kewangan 2. Membantu pihak sekolah dalam peningkatan prestasi akademik dan kokurikulum. 3. Membantu pihak sekolah dalam mempertingkatan displin dan sahsiah pelajar sekolah. 4. Membantu pihak sekolah mempertingkatkan keceriaan dan kebersihan sekolah. 5. Membantu memperlengkapkan kemudahan-kemudahan fizikal dan kelengkapan bagi mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran. 6. Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa. 7. Menghadiri upacara rasmi sekolah. 8. Mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa dan mesyuarat agung tahunan. 9. Mengadakan aktiviti-aktiviti yang mempereratkan hubungan antara guru-guru dengan ibu bapa serta pelajar.

Page 25: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 25

PENGURUSAN KURIKULUM A JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM 1. Memastikan VISI dan MISI serta objektif dan matlamat akademik sekolah tercapai. 2. Mengadakan mesyuarat dan diminitkan. Merancang, mengelola, menggerak dan

menilai aktiviti-aktiviti untuk kemajuan kurikulum sekolah. 3. Menentukan panitia-panitia mata pelajaran berfungsi dengan berkesan. 4. Membantu guru menerusi Panitia MP dan lain-lain bahan sokongan bagi

meningkatkan kualiti pendidikan. 5. Membincang cara melaksanakan kurikulum, mewujudkan sistem pengawalan,

penyeliaan dan penilaian. 6. Menilai keberkesanan program akademik dan sahsiah yang telah dijalankan dan

usaha baik pulih dirancang bagi mengatasi kelemahan. 7. Membuat penilaian tentang prestasi pembelajaran murid. 8. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. B GURU KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) 1. Bertanggungjawab meningkatkan kualiti dan prestasi pencapaian akademik dalam

peperiksaan SPM 2. Mengurus dan menyelaras hal-hal berikut :

2.1 Rancangan Pelajaran Mingguan dan Tahunan 2.2 Buku Teks dan Rujukan 2.3 Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran 2.4 Peningkatan pengajaran dan pembelajaran 2.5 Peperiksaan dan Penilaian 2.6 Bahan dan Alat Bantu Mengajar 2.7 Pemulihan dan Pengayaan 2.8 Kerja latihan / Volume Kerja 2.9 Menimplementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek. 2.10 Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

3. Mencerap dan menyelia tentang perubahan dan perkembangan Sukatan Pelajaran di bawah jagaannya.

4. Menentukan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Panitia Pelajaran. 5. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran. 6. Menetapkan garis penduan penyediaan rancangan Kerja. 7. Menjalankan pencerapan klinikal. C KETUA PANITIA DAN KETUA BENGKEL 1. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya tiga kali setahun. 2. Melantik seorang setiausaha untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan

kepada semua ahli panitia. 3. Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli

panitia. 4. Menyediakan rancangan mengajar dalam tahun persekolahan. Rancangan

hendaklah diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan. 5. Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan

oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran tahap kebolehan mereka.

6. Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru- guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

7. Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan bagi tiap-tiap tingkatan. 8. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar-pelajar dalam tiap-tiap

peperiksaan dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan- kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

9. Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.

10. Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit dan laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan.

11. Lain-lain tugas yang diarah oleh Pengetua.

Page 26: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 26

D PANITIA MATA PELAJARAN 1. Bertanggungjawab meningkatkan kualiti dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM.

2. Membincang dan menyelaraskan hal-hal berikut : 2.1 Rancangan Pelajaran 2.2 Buku Teks 2.3 Sukatan Pelajaran dan Huraian Pelajaran 2.4 Peningkatan pengajaran dan pembelajaran 2.5 Peperiksaan dan Penilaian 2.6 Bahan dan Alat Bantu Mengajar 2.7 Pemulihan 2.8 Kerja latihan 2.9 Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek. 2.10 Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.

3. Menyelia tentang perubahan dan perkembangan Sukatan Pelajaran yang dibawah jagaannya. 4. Menentukan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Panitia Pelajaran.

F. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 1. Merancang dan merangka program-program kecemerlangan yang hendak dilaksanakan. 2. Menetapkan jadual pelaksanaan program. 3. Mengkaji kesesuaian dan keberkesanan program yang dilaksanakan

4. Mendedahkan atau membuat “in-house training” bagi program-program yang hendak dijalankan agar objektif program tercapai 5. Membuat lawatan “bench-marking” ke sekolah–sekolah yang cemerlang untuk melihat dan mengkaji program kecemerlangan sekolah tersebut.

6. Membuat ”post-mortem” setiap program yang telah dilaksanakan. G. JAWATANKUASA JADUAL WAKTU SEKOLAH 1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru. 2. Menyediakan peruntukan waktu mengajar mengikut mata pelajaran seta memenuhi kehendak kursus pengajian KBSM. 3. Pengagihan mata pelajaran dan bilangan waktu yang sesuai. 4. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu.

5. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal. 6. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan seperti jadual waktu anjal dan

jadual waktu blok. 7. Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar. 8. Membuat pindaan jadual jika perlu. 9. Menentukan penggunaan bengkel dan makmal 10. Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada pengetua dan dipaparkan untuk makluman umum. 11. Memastikan jadual waktu induk dan persendirian disediakan pada waktu ditentukan. 12. Menyediakan jadual guru ganti bagi guru yang tidak hadir pada hari tersebut.

H PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN 1. Menyelia urusan peperiksaan awam yang diambil oleh pelajar-pelajar sekolah. 2. Mendaftar calon-calon yang akan mengambil peperiksaan awam dengan bantuan

guru tingkatan. 3. Membantu pelajar-pelajar supaya mengisi borang-borang pemilihan mata pelajaran

dengan tepat. 4. Mengisi borang-borang pendaftaran terkumpul calon-calon yang mengambil

peperiksaan SPM. 5. Meneliti dan melaksanakan semua kehendak Panduan dan Peraturan serta Pekeliling

lain yang bersangkutan dengan peperiksaan awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan.

6. Mengurus pertukaran Pusat Peperiksaan bagi calon-calon yang bertukar surat pertukaran pusat mesti dikirim bersama dengan borang pertukaran sekolah.

7. Mengurus penyemakkan borang-borang komputer yang dikirim kepada calon oleh Lembaga Peperiksaan.

Page 27: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 27

8. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang diberikan oleh JPN atau Lembaga Peperiksaan / Majlis Peperiksaan.

9. Mengurus semua surat menyurat yang berkaitan dengan peperiksaan awam. 10. Memproses pemberian keputusan peperiksaan kepada pelajar-pelajar menganalisis

keputusan untuk menentukan pencapaian sekolah. 11. Bertanggungjawab penyediaan Headcount dan Post-Mortem. 12. Menyediakan jadual tugas guru semasa peperiksaan. 13. Bertanggungjawab menyenaraikan bagi pencalonan Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan. 14. Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan. 15. Menggunakan analisis keputusan peperiksaan/ujian untuk tindakan susulan memulihkan dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. 16. Membuat ‘binding’ soalan-soalan yang lalu mengikut mata pelajaran. 17. Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan. 18. Mengumpulkan dan menyemak borang-borang kemasukan dengan kerjasama guru tingkatan. 19. Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan SPM. 20. Memasukan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN, Lembaga Peperiksaan dan sekolah. 21. Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan SPM: 21.1 Analisis kertas soalan 21.2 Borang Kewangan 21.3 Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan 21.4 Borang-borang lain yang berkaitan. 22. Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan 23. Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi bilik peperiksaan dalam 4 salinan. 24. Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja. 25. Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan : 25.1 Alamari 25.2 Jam dinding 25.3 Cop sekolah/lakri 25.4 Kapur 25.5 Pemadam 25.6 Lain-lain keperluan. 26. Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan. 27. Berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan dikembalikan ke pejabat. 28. Menyelaraskan persediaan Sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah ( PKSM)

Page 28: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 28

Sila Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Berikut Untuk Memahami Isi Kandungannya Supaya Tuan/Puan Dapat Melaksanakan

Tugas Dengan Lebih Mantap Dan Efisyen. Warta Kerajaan Jil. 42; No. 11 - Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 Warta Kerajaan Jil. 11; No.27 - Peraturan-Peraturan ( Kursus-kursus Pengajian ) Sekolah 1956 Federation Of Malaya: The Education Ordinance 1957 - The School ( Tours ) Regulations, 1957 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1997 - Perkara-Perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 - Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981 - Ketetapan Masa Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 - Penggunaan Waktu Tidak Mengajar / Waktu Luang ( Free Period) Oleh Guru Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1981 - Kebersihan Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1984 - Perhimpunan Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 - Panitia Mata Pelajaran SuraT Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 - Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1989 - Aturcara Majlis Rasmi Sekolah(Penyampaian Ucapan 3 Orang) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1990 - Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-Mata Pelajaran Program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM ) Bagi Sekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 22/1990 - Penggunaan Buku Kerja Di sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1991 - Penceramah Jemputan Untuk Majlis Dan Aktiviti Agama Islam Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1991 - Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 - Program Dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatakan Dasar Dan / Atau Pungutan Wang Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997 - Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 - Program dan Aktiviti Sekolah Yang Melibatkan Dasar dan /atau Pungutan Wang. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1998 - Pakej Penerapan Nilai Murni Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1998 - Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 - Program Tabiat Membaca Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 20/1998 - Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 23/1998 - Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 25/1998 - Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 - Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999 - Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Serkolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2000 - Mencegah Kebakaran Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 - Panduan Keselamatan Diri semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 15/2000 - Peraturan Secara Pentadbiran Supaya Ibu/Bapa / Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Pakaian Guru Ketika Bertugas Di Sekolah Surat Pekelilling Ikhtisas Bil. 10/2001 - Semua Guru Adalah Guru Displin Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2002 - Pelaksanaan Mata Pelajaran English For Science And Technology Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2002 - Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardu Aiin (PAFA) Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Menengah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000 - Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan / Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/ Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan. Surat Pekelilng Ikhtisas Bil. 3/2003 - Ke Arah Membudayakan Nilai Berterima Kasih.

Page 29: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 29

PENGURUSAN HAL EHWAL MURID JAWATANKUASA KERJA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1. Menyelia perjalanan urusan pendaftaran murid Tingkatan Empat, pertukaran sekolah dan rekod-rekod murid. 2. Bekerjasama dengan guru tingkatan dan asrama semasa proses pendaftaran murid-murid baru dijalankan. 3. Memastikan Sistem Maklumat Murid (SMM), Enrolmen murid setiap bulan dan buku

kedatangan murid sentiasa dikemaskini dan terkawal. 4. Menyemak Penyata Bulanan Tingkatan dari Guru Tingkatan bagi mempastikan kesahihan maklumat, kemudian menyerahkannya kepada Guru Data. 5. Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya jumlah murid dalam setiap

kelas dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan. 6. Membantu Guru Biasiswa dan Penolong Kanan HEM memilih murid yang layak untuk diberi

bantuan / biasiswa. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar ( mengikut

tingkatan ) dengan kemas dan teratur. 9. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat.

Kerjasama Pembantu Am Rendah( Pejabat ) perlu diminta. 10. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas. 11. Mempastikan murid baru ditempatkan di kelas mengikut kursus. 12. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 13. Memastikan guru tingkatan memasukkan butir-butir murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah. 14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

1. KEMASUKAN DAN PENDAFTARAN 1. Menyelia perjalanan urusan pendaftaran murid Tingkatan Empat, pertukaran sekolah dan rekod-rekod murid. 2. Bekerjasama dengan guru tingkatan dan asrama semasa proses pendaftaran murid- murid baru dijalankan. 3. Memastikan Sistem Maklumat Murid (SMM), Enrolmen murid setiap bulan dan buku kedatangan murid sentiasa dikemaskini dan terkawal. 4. Menyemak Penyata Bulanan Tingkatan dari Guru Tingkatan bagi mempastikan kesahihan maklumat, kemudian menyerahkannya kepada Guru Data. 5. Menyimpan rekod dan maklumat penting bagi tingkatan misalnya jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa dan memaklumkan kepada Pengetua/Penolong Kanan. 6. Membantu Guru Biasiswa dan Penolong Kanan HEM memilih murid yang layak untuk diberi bantuan / biasiswa. 7. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar ( mengikut tingkatan ) dengan kemas dan teratur. 8. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat. Kerjasama Pembantu Am Rendah( Pejabat ) perlu diminta. 9. Menyimpan borang-borang kemasukan murid baru dalam fail daftar masuk mengikut kelas. 10. Mempastikan murid baru ditempatkan di kelas mengikut kursus. 11. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 12. Memastikan guru tingkatan memasukkan butir-butir murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah. 13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

2. LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH

1. Meningkatkan tahap disiplin sekolah dengan memberi idea dan pandangan melalui

perbincangan dalam menggubal Peraturan Sekolah. 2. Membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum keputusan muktamad diambil

terhadap murid yang terbabit.

Page 30: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 30

3. Membincangkan masalah kebajikan murid terbabit bertujuan mencari jalan memperbaiki kelakuan negatif murid berkenaan.

4. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan daripada guru, ibu bapa serta murid tentang hal-hal yang berkaitan dengan disiplin murid 5. Meningkatkan mutu disiplin dalam kalangan murid dengan menguatkuasakan

peraturan sekolah. 6. Merancang dan melaksanakan program/aktiviti yang bertujuan meningkatkan tahap

disiplin murid. 7. Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan

penghayatan disiplin murid. 8. Membantu menyesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh

Pengawas. 9. Bekerjasama dengan Pengawas sekolah untuk mengurus kawalan disiplin dalam

semua majlis sekolah. 10. Mewujudkan sistem rekod disiplin dan sistem pemantauan yang berkesan. 11. Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan

yang sewajarnya 12. Menentukan bahawa tindakan diambil terhadap murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Jika perlu kes-kes tertentu mestilah dibawa kepada tindakan Lembaga Disiplin, Kaunselor Pelajar atau terus kepada Pengetua. 13. Mengurus surat-menyurat yang bersangkutan dengan tugas-tugas di atas termasuk memaklumkan kepada penjaga tentang tindakan disiplin yang dikenakan terhadap anak mereka. 14. Menjalankan rondaan ( dengan bantuan Guru Bertugas Harian ) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 15. Mencatat semua kes disiplin yang telah diambil tindakan dalam borang disiplin / buku

laporan disiplin. 16. Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin (SSDM) kepada Kementerian atau Jabatan Pelajaran / PPD.

17. Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang difikirkan perlu seperti ; 17.1 hari terakhir peperiksaan awam 17.2 hari sukan 17.3 hari keluarga 17.4 majlis-majlis sekolah 18. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan. 19. Menyediakan laporan tahunan. 20. Membentuk Badan Pengawas Sekolah dan menjalankan pelantikan rasmi terhadap mereka. 21. Merancang program dan kerja-kerja pengawas sepanjang tahun 22. Merancang dan melaksanakan program HELWANI di sekolah. 23. Merancang program atau aktiviti untuk Kelab Pencegahan Jenayah. 24. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.

3. PENYELARAS TINGKATAN DAN GURU-GURU TINGKATAN 1. Urusan pendaftaran dan kemasukan murid baru. 2. Menguruskan Buku Kedatangan Murid 3. Mengisi maklumat murid dalam Buku Pendaftaran Sekolah 4. Mengisi maklumat dalam data SMM 5. Mengisi maklumat dan data SAPS 6. Memungut yuran PIBG 7. Urusan surat-menyurat dengan ibu bapa berkaitan:

a. Ponteng kelas-surat amaran b. Laporan akademik c. Program/aktiviti sekolah

8. Menguruskan Sijil Berhenti dan Akuan Sekolah 9. Kebersihan dan keceriaan kelas 10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pengetua

Page 31: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 31

4. PENGHAYATAN ISLAM 1. Merancang program pembangunan Insan Kamil. 2. Melaksanakan program-program Nadwah Islamiah. 3. Mengadakan sambutan Hari Kebesaran Islam. 4. Mengadakan Program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadan. 5. Merancang dan menyelenggara surau sekolah. 6. Menyelaras program-program Nadwah Islamiah yang dianjurkan oleh agensi-agensi

luar.

5. KEBERSIHAN, KECERIAAN & KEINDAHAN SEKOLAH (3K) 1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah

dari semasa ke semasa dan menyediakan jadual rondaan kawasan, laporan pemantauan dan tindakan pembaikan

2. Menyediakan pelan induk lanskap sekolah. 3. Merancang dan menaja pelbagai projek kebersihan dan keceriaan sekolah seperti :

3.1 Kempen kebersihan 3.2 Pertandingan Kebersihan Kelas

a) Memastikan pertandingan kebersihan kelas diadakan sebulan sekali. b) Memastikan semua kelas membentuk AJK kebersihan dan keceriaan masing-masing. c) Memastikan pemasangan langsir dengan kemas d) Kerusi/meja atau perabot lain disusun dengan cara yang baik dan teratur. e) Meja hendaklah dibalut dan dilapiskan pula dengan plastik yang agak tebal untuk mengelakkannya daripada cepat koyak. Kemaskan plastik dengan paku payung/stapler. f) Meja guru hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan beralas. Jika perlu adakan bunga

meja, jam, kalendar dan sebagainya. g) Kelas-kelas yang ada almari dikehendaki mengecat almari mereka dengan satu warna

yang berharmoni dengan warna-warna langsir dan alas meja pelajar. h) Apa-apa hiasan yang hendak dibuat, hendaklah dibuat dengan kemas dan sentiasa

kelihatan ceria. Elakkan dari ‘over-decorated’ i) Pastikan ‘naco’ sentiasa dilap dan tidak pecah.

4. Mengadakan projek bersama antara pihak sekolah dengan pihak luar ( PIBG ) dan sebagainya

bagi mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah. 5. Menguatkuasakan segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan

serta menyelia kerja-kerja kebersihan yang dijalankan oleh AJK ini. 6. Menyusun jadual kerja yang dijalankan oleh jawatankuasa ini dari semasa ke semasa dan

membuat laporan kemajuan kerja. 7. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan.

6. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1. Mengedar dan memungut balik borang-borang SPBT (1) dan SPBT (1A). 2. Memesan buku-buku teks melalui Borang SPBT 4R, SPBT 3/SR dan SPBT 2/4R. 3. Menerima buku-buku daripada pembekal, menyemak dan merekod ke dalam buku stok. 4. Memproses buku yang diterima. 5. Memberi pinjaman buku-buku kepada murid yang layak melalui guru kelas. 6. Memungut kembali buku-buku tersebut daripada murid melalui guru kelas.

7. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit yang berkenaan.

7. KESIHATAN/RAWATAN

1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan lengkap. 2. Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan. 3. Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan.

Page 32: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 32

4. Bertanggungjawab mengurus pemeriksaan kesihatan/gigi oleh Jabatan Kesihatan. 5. Menyediakan Jadual Tugas Bilik rawatan. 6. Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran dan lain-lain. 7. Mengurus murid-murid yang memerlukan rawatan di klinik/hospital jika Penyelia Asrama tiada. 8. Membendung wabak denggi di sekolah 9. Memastikan sekolah tiada tempat yang boleh membiakkan Aedes dan penularan wabak denggi 10. Semua kawasan persekitaran hendaklah diperiksa untukmemastikan tempat-tempat dan bekas yang menakungkan air dan sebagainya. 11. Mengambil langkah segera dengan menasihatkan pelajar-pelajar yang mengalami demam ke Hospital kerajaan bagi mendapat rawatan lanjut. 12. Melakukan gotong royong membersih kawasan sekolah dan meminta Jabatan Kesihatan membuat “fogging” 13. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkenaan. 14. Menyediakan laporan denggi setiap bulan dan dihantar ke Pejabat Kesihatan dan PPD.

8. KESELAMATAN

1. Merancang dan melaksanakan program keselamatan. 2. Memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik darjah dan di laluan. 3. Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 4. Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat. 5. Memastikan semua alat pencegahan kebakaran di kawasan sekolah dan asrama berfungsi dengan baik dan selamat. 6. Memastikan pelan larian kebakaran dipaparkan di tempat-tempat yang diperlukan. 7. Menjalankan kawad pengosongan bangunan ( evacuation) 8. Menyelaras dan menjalankan kawad kebakaran atau ‘fire-drill’ dengan bantuan Jabatan Bomba dan penyelamat 9. Memastikan ‘fire-drill’ dijalankan mengikut peraturan larian kebakaran. 10. Menjemput pihak Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan ceramah dan demonstrasi kaedah mencegah, menggunakan alat pemadam api dan memadam api.

11. Membuat pemantauan bangunan-bangunan sekolah supaya selamat dari kebakaran.

9. KEBAJIKAN DAN BANTUAN

1. Meneliti pekeliling dari Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan dan pihak

penaja untuk memastikan syarat dipatuhi. 2. Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan. 3. Mengedarkan borang biasiswa kepada murid mengikut tawaran. 4. Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat

penilaian dan perakuan. 5. Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera. 6. Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan. 7. Mengenalpasti murid yang menerima bantuan baitulmal dan lain-lain bantuan serta

menyalurkan bantuan berkenaan. 8. Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan di Bank

Simpanan Nasional 9. Memastikan pembayaran telah dibuat kepada syarikat Takaful mengikut bilangan

murid. 10. Melaporkan kepada syarikat Takaful berkaitan kes kemalangan yang melibatkan

murid. 11. Mengisi borang tuntutan insuran dan menyerahkan kepada syarikat insuran. 12. Memastikan tuntutan diperoleh oleh murid/keluarga yang membuat tuntutan.

Page 33: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 33

10. KANTIN SEKOLAH 1. Mempastikan kebersihan kantin sentiasa terjaga dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. 2. Laporan yang dibuat oleh Guru bertugas Mingguan mengenai kantin perlu dibaca kaji terutama :

- Kebersihan tempat makan murid dan guru - Kebersihan tempat menyediakan makanan - Kebersihan makanan dan minuman - Kebersihan kawasan sekeliling kantin termasuk longkang, sinki dsb 3 Mempastikan kantin ceria dan dihiasi dengan poster-poster yang berkait dengan

kesihatan, pemakanan dan adab makan minum. 4. Mengambil tindakan serta-merta untuk mengatasi kelemahan yang dapat dikesan. 5. Mengumpul dan menyemak buku Laporan Kendiri Kantin setiap bulan daripada pengusaha kantin dan dihantar ke PPD. 6. Memastikan pihak pengusaha kantin menampal senarai harga makanan dan minuman.

11. PERABOT DAN HARTA BENDA SEKOLAH

1. Mengadakan perancangan bagi penggunaan perabot dan harta benda sekolah. 2. Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad harta Modal. 3. Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut peraturan. 4. Menyelia dan memastikan kerusi meja cukup untuk kegunaan guru, kakitangan dan

pelajar. 5. Mengenalpasti dan mencadangkan peralatan dan perabot yang sesuai untuk warga sekolah. 6. Memastikan sistem inventori dilaksanakan. 7. Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan akhir tahun. 8. Menyelia dan memastikan segala perabot dan harta benda sekolah sentiasa berada

dalam keadaan baik dan disimpan dengan selamat.

12. ALUMNI 1. Merekod data keahlian. 2. Merancang dan mengadakan mesyuarat ALUMNI/ Mesyuarat Agong dan menyediakan minit mesyuarat. 3. Merangka dan merancang aktivti/program bersama jawatankuasa ALUMNI.

13. PENGURUSAN ASRAMA 1. Mengurus dan bertanggungjawab ke atas semua hal ehwal yang berlaku di asrama

pada hari bertugas. 2. Berada di pejabat warden pada hari bertugas. 3. Memastikan penghuni asrama mematuhi peraturan asrama. 4. Mengurus, termasuk menghantar penghuni ke hospital ketika perlu jika ada penghuni

yang sakit. 5. Memastikan makanan dibekalkan mengikut menu, mencukupi dan berselera untuk

dimakan. 6. Mengawas kebersihan diri penghuni asrama dan seluruh bangunan dan kawasan

asrama pada hari bertugas. 7. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tiada pelawat yang

tidak diingini datang ke asrama. 8. Mengadakan ’row call’ seminggu sekali atau mengikut keperluan dan kesesuaian

masa. 9. Mengendalikan aktiviti gotong-royong pada hujung minggu. 10. Mengawasi murid asrama pada waktu malam terutama semasa kelas persediaan. 11. Membuat pemeriksaan dorm pada waktu pagi sebelum murid-murid ke sekolah dan

mengambil tindakan jika kebersihan tidak memuaskan.

Page 34: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 34

12. Mengambil tindakan terhadap penghuni asrama yang lewat ke sekolah atau apa- apa aktiviti/program sekolah.

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas. 14. Mengeluarkan surat salahlaku murid kepada ibu bapa/penjaga. 15. Mengawasi murid asrama pada waktu petang selepas waktu persekolahan terutama

semasa kelas persediaan. 16. Menandatangani kad kebenaran balik penghuni asrama 17. Mengadakan pemeriksaan mengejut di dorm serta almari(locker) murid. 18. Merekodkan barang rampasan penghuni asrama dan memastikan barang rampasan

di tempat yang selamat.

14. BIMBINGAN DAN KAUNSELING 1. Menjadi fasilitator untuk kem/kursus/bengkel anjuran unit. 2. Menjadi fasilitator kepada murid yang telah mengikuti mana-mana program dan

aktiviti unit. 3. Menjadi pembimbing kepada guru-guru lain untuk menjelaskan pelaksanaan program

dan aktiviti yang telah dijalankan. 4. Menjadi pendamping kepada murid yang terpilih ( mentoring ). 5. Membantu Kaunselor dalam pengurusan program dan aktiviti unit. 6. Mengadakan kempen, ceramah dan penerangan bahaya dadah. 7. Merancang dan melaksanakan program SLAD serta mengadakan sudut SLAD dengan

pelbagai informasi tentang dadah.

Page 35: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 35

Sila Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Berikut Untuk Memahami

Isi Kandungannya Supaya Tuan/Puan Dapat Melaksanakan Tugas Dengan Lebih Mantap Dan Efisyen

Surat Pekelilng Ikhtisas Bil. 8/1978 - Kawad Kecemasan Kebakaran Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988 - Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 - Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtiusas Bil 3/1993 - Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 - Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah Suarat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 - Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1996 - Sikap Mengutamakan Keceriaan Dan Kebersihan Di Kalangan Pelajar. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 - Penampilnan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 - Pelaksanaan Kuasa Displin Dan Hukuman Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1997 - Amalan Kebersihan Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 - Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/1989 - Garis Panduan Dari Segi Penceghan Kebakaran Bagi Bangunan Domitori dan Asrama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1999 - Penganjuran Program Motivasi Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1999 - Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah Surat Pekekliling Ikhtisas Bil. 7/1999 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 - Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan Balik Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000 - Menangani Masalah Keselamatan Dadah Dan Gengster Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2000 - Mencegah Kebakaran Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 - Pemantapan Pengurusan Displin Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 - Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/200 - Semua Guru Adalah Guru Displin Surat Pekeling Ikhtisas Bil. 4/2002 - Pelaksanaan Program Sekolah Selamat. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 - Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

Page 36: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 36

PENGURUSAN KOKURIKULUM

A. JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM 1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah secara jangka pendek. 2. Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan menyediakan minit berkenaan. 3. Menggubal dasar dan peraturan kokurikulum sekolah. 4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. 5. Memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh. 6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum dan kegiatan lain. 7. Menentukan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum. 8. Menentukan tarikh Sukan Tahunan, Merentas Desa dan kegiatan-kegiatan tahunan yang lain. 9. Menilai aktiviti tahunan dan membuat laporan tahunan. 10. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar-pelajar yang

telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. 11. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang

akan digunakan. Setiausaha Kokurikulum 1. Menyelaraskan semua aktiviti kokurikulum sekolah. 2. Membantu Pengetua / GPK Kokurikulum mengagihkan tugas guru dalam aktivitii

kokurikulum. 3. Menetapkan pelajar dalam unit kokurikulum.. 4. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. 5. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar

sekolah. 6. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan kokurikulum sekolah. 7. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan kokurikulum. 8. Menmyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan kokurikulum. 9. Menyedia dan merekod laporan lengkap tentang semua aktiviti kokurikulum. sekolah

dan luar sekolah untuk rujukan. 10. Sentiasa berbincang dengan Pengetua / GPK kokurikulum untuk kepentingan

kokurikulum. Ketua Penasihat Kelab/ Persatuan/ Badan Beruniform 1. Menyediakan jadual aktiviti mengikut takwim sekolah dan tempat aktiviti dijalankan. 2. Menentu dan meyelaraskan guru bertugas yang mengendalikan aktiviti. 3. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkaitan. 4. Mengendalikan pemilihan AJK pelajar dan melantik mereka yang bertanggungjawab dan berkebolehan membantu guru-guru penasihat. 5. Mengada guru yang bertugas semasa aktiviti dijalankan. 6. Menyediakan TOV tahun 2009 / taget 2010. 7. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah

(Melalui Pengetua) 8. Memastikan inventori peralatan dan kelengkapan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.

9. Memastikan semua pelajar mendapat kebenaran daripada ibu bapa / penjaga yang sah untuk menyertai aktuviti di luar sekolah.

10. Memastikan setiap tajaan / kutipan derma untuk persatuan mendapat kelulusan daripada Pengetua 11. Mengemaskini Kad Rekod Gerko (hijau) dan menandatanganinya untuk rujukan Laporan Adab Belajar, Sijil Berhenti Sekolah atau Sijil Kokurikulum 12. Mengemaskini rekod keahlian, inventori fail untuk semakan / serahan tugas. 13. Membentuk pelapis pemimpin di kalangan pelajar. 14. Mencadangkan nama-nama pelajar yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum sekolah. 15. Memastikan buku log aktiviti pelajar dikemaskini dengan maklumat yang lengkap. 16. Memastikan Buku Laporan Aktiviti telah dikemaskini dan ditandatangani oleh guru

penasihat yang bertugas untuk diserahkan kepada GPK Kokurikulum pada setiap bulan untuk semakan /rekod.

Page 37: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 37

17. Melengkapkan maklumat kokurikulum dalam LAB. ( Laporan Adab Belajar ) 18. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua / melalui GPK Kokurikulum. Kandungan Buku Laporan Aktiviti Kelab /Persatuan / Unit Beruniform

ITEM

HURAIAN

1. Moto ( 3 atau 4 perkataan yang bermakna dan senang diingati ) 2. Visi ( Gunakan visi yang sama ) 3. Misi 4. Matlamat, Objektif dan Pelan Tindakan. 5. Carta Organisasi 6. Perlembagaan 7. Piagam 8. Perancangan Tahunan ( Carta Gantt ) dan Silibus 9. Senarai ahli

10. Jadual bertugas guru-guru penasihat( Bil. Perjumpaan, Tarikh, Nama Guru, Tempat- rujukkan Takwim PMS sekolah )

11. Maklumat ahli ( Bil, Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, Luar/ Asrama) 12. Kehadiran 13. Laporan Mingguan ( Perjumpaan / Aktiviti ) 14. Penyata Kewangan 15. Laporan Pertengahan dan Akhir Tahun 16. Rekod Pencapaian ( serah awal bulan September )

B. JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH

1. Memastikan objektif sukan sekolah tercapai. 2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang/jangka pendek. 3. Mengenal pasti TOV dan merancang aktiviti sukan. 4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan. 5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah. 6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan. 7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui dalaman/luaran. 8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan kelancaran dan kelicinan perlaksanaan.

C. JAWATANKUASA INDUK KELAB / PERSATUAN

1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti. 2. Menyelaraskan semua aktiviti. 3. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan pada setiap tahun dan penetapan tarikh. 4. Menyediakan borang / buku log yang perlu untuk aktiviti kokurukulum. 5. Perlu hadir secara bergilir-gilir untuk membantu memantau perjalanan aktiviti kokurikulum. Guru Kelab Dan Persatuan: 1. Mengadakan pertandingan-pertandingan untuk memilih wakil sekolah. 2. Mengadakan latihan dan bimbingan kepada pelajar yang terpilih untuk mewakili

sekolah. 3. Menguruskan perjalanan ke tempat-tempat pertandingan. 4. Menjadi guru pengiring kepada pelajar di dalam setiap pertandingan di dalam atau

di uar negeri. 5. Menjaga kebajikan pelajar terlibat semasa pertandingan. 6. Mewakili Pengetua di dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Pertandingan ( jika diperlukan )

Page 38: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 38

D. JAWATANKUASA INDUK BADAN BERUNIFORM

1. Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti. 2. Menyelaras semua aktiviti. 3. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan pada setiap tahun dan penetapan tarikh. 4. Menyediakan borang / buku log yang perlu untuk aktiviti . 5. Perlu hadir secara bergilir-gilir untuk membantu dan memantau perjalanan aktiviti.

Ketua Penasihat / Guru Kelab Dan Persatuan: 1. Membentuk jawatankuasa unit beruniform. 2. Memastikan aktiviti persatuan-persatuan selaras dengan objektif sekolah. 3. Memastikan adanya peraturan dan perlembangan. 4. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam

perlembagaan. 5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada

penyelaras untuk simpanan dan rekod. 6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 7. Merancang startegi untuk peningkatan persatuan/kelab/unit dengan cara yang

sesuai. 8. Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat dan laporan kegiatan

ahunan. 9. Melaporkan kepada Penolong Kanan Kokurikulum tentang perkembangan

persatuan/kelab/unit. 10. Mengurus surat menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah. 11. Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada

Jawatankuasa Kokurikulum.

E. JAWATANKUASA INDUK SUKAN DAN PERMAINAN

1. Merancang aktiviti sukan dan permainan sekolah 2. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam aktiviti 3. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan dan permainan 4. Meningkatkan kemahiran guru dan pelajar melalui klinik sukan. 5. Memastikan peraturan yang berkaitan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan dan kelancaran perlaksanaan. 6. Mengenal pasti TOV dan merancang aktiviti sukan dan permainan. 7. Menyediakan laporan pencapaian pelajar dalam setiap aktiviti. 8. Melaksanakan pertandingan sukan dan permainan antara kelab / kursus.

Ketua Penasihat dan Guru Sukan/Permainan

1 Membentuk jawatankuasa guru dan pelajar. 2. Mengadakan mesyuarat dan minit mesyuarat berkaiatan. 3. Menyediakan TOV tahun 2005 dan target 2006 dan perancangan bersepadu aktiviti

sukan dan permainan. 4. Menyediakan pelan tindakan tahunan 5. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan. 6. Menyediakan jadual latihan, nama guru bertugas, masa dan tempat aktiviti / latihan. 7. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam

permainan. 8. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. 9. Mengajurkan perlawanan antara rumah sukan, kelab / kursus. 10. Merekod kehadiran pelajar pada Kad Gerko ( Hijau ) pelajar dalam setiap aktiviti yang

dijalankan. 11. Guru bertugas yang telah ditetapkan mesti hadir dalam aktiviti pelajar supaya

keselamatan pelajar dapat diawasi. 12. Memastikan kesihatan pelajar dalam keadaan yang baik ketika aktiviti dijalankan. 13. Memastikan aktiviti-aktiviti lasak hanya boleh disertai oleh pelajar-pelajar yang betul-

betul sihat dan telah menjalani pemeriksaan doktor / pakar perubatan.

Page 39: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 39

14. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti luar / lasak mestilah mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa /penjaga.

15. Guru Ketua Rumah Sukan/ Permainan mesti ada fail yang dikemaskini. 16. Hadir dalam mesyuarat peringkat daerah, negeri dan sebagainya. 17. Hadir dalam kursus-kursus yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang permaianan / sukan. 18. Hadir bertugas di peringkat daerah, negeri dan sebagainya dengan izin/ melalui Pengetua. 19. Melaporkan setiap aktiviti yang dijalankan. 20. Melengkapkan maklumat kokurikulum sukan dan permainan dalam LAB. 21. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar sekolah 22. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang disertai 23. Memastikan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,

selamat dan mencukupi untuk digunakan 24. Lain-lain tugas yang berkaitan menurut arahan Pengetua/melalui GPK Kokurikulum.

HURAIAN CARTA CADANGAN TANGGUNGJAWAB BAGI PIHAK PENGURUSAN / GURU DALAM

PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL JUASSEH 2012

PIHAK BERTANGGUNGJAWAB BIDANG / TUGAS

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN

SEKOLAH

Merancang Program / Aktiviti Dalam Takwim

Sekolah (Nov-Dis Tahun 2011)

GPK KOKURIKULUM

SU SUKAN / SU KOKURIKULUM

GURU PENASIHAT RUMAH SUKAN / KELAB

SUKAN DAN PERMAINAN

Mesyuarat JK Pembangunan Sukan

Sekolah (Nov-Dis 2011)

Pengagihan dan pendaftaran Murid

Rumah Sukan / Kelab Sukan dan

Permainan. (Januari 2012)

Menjalankan Latihan Rumah Sukan /

Aktiviti Kelab Sukan Dan Permainan.

(Jan – Oktober)

Pelaksanaan pertandingan sukan dan

permainan peringkat dalaman.

(Feb – Nov).

Pelaksanaan Merentas Desa .

(dicadangkan pertengahan Febuari).

Pelaksanaan Kejohanan Padang Dan

Balapan Peringkat Sekolah. (Pada atau

selepas bulan Jun)

Laporan pelaksanaan aktiviti.

Page 40: Pandu an Tug as Guru 2012

Garis Panduan Tugas Guru

SMVJ 2012 40

F. KOPERASI SEKOLAH

1. Mengatur rancangan jangka panjang dan jangka pendek serta menentukan pelaksanaannya.

2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa sebulan sekali. 3. Mengawasi perjalanan Koperasi seperti yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil

dan Koperasi. 4. Memastikan pengurusan jual beli di jalankan dengan baik dan betul. 5. Memastikan buku stok sentiasa kemaskini. 6. Memastikan kewangan diurus dengan baik. 7. Memastikan laporan kewangan dan kegiatan koperasi sentiasa kemaskini dan

disediakan untuk dihantar ke pihak Pembangunan Koperasi sebelum Mesyuarat Agung.

Sila Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Berikut Untuk Memahami Isi Kandungannya Supaya Tuan/Puan Dapat Melaksanakan

Tugas Dengan Lebih Manatap dan Efisyen. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil . 3/1984 - Garis Panduan Mengenai Aktivit-Aktivit Kebudayaan di Sekolah-Sekolah. Serat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1986 - Larangan Ke Atas Pemberian Cenderamata Surat Perkeliling Ikhtisas Bil .2/1986 - Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 5/1986 - Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab Komputer Sekolah. Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 1/1989 - Penyertaan Pelajar Dalam Kegiatan Sukan Di Sekolah. Surat Pekekling Ikhtisas Bil 7/1991 - Penggunaan Kemudahan Sekolah Oleh Pertubuhan Dan Persatuan Belia Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1991 - Pemohonan Mengundang Orang-Orang Kenamaan Ke Upacara Sekolah. Surat Pekekliling Ikhtisas Bil. 1/1995 - Penyeliaan Perjalanan Pertubuhan / Persatuan Di Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995 - Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bantuan Kerajaan. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 04/1995 - Pelaksanaan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1995 - Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan atau Badan Induk Sukan. Surat Perkeliling Ikhtisas Bil. 2/1997 - Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1997 - Manjalankan Program /Aktiviti Di Sekolah ( Termasuk Aktiviti / Program PIBG) Berhubungkait Dengan Kutipan Wang. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1998 - Panduan Tajaan Oleh Syarikat / Badan Perniagaan Di Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 10/1998 - Aturan cara Majlis Rasmi Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998 - Penglibatan Guru Dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan Dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1979 - Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 09/2000 - Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendiidkan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar

Kawasan Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/2000 - Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2000 - Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah Surat Pekeliing Ikhtisas Bil. 14/2000 - Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 - Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000 - Penggalakkan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah