Upload
others
View
22
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN
DOA & ZIKIR edisi 2020
1
ISI KANDUNGAN
Prakata ......................................................................................... 2
Doa-Doa Berbuka Puasa ......................................................... 3
DOA-DOA KETIKA SOLAT .......................................................... 6
Doa-Doa Iftitah ……………………………………………….6
Bacaan-Bacaan Dalam Ruku’…………………………….8
Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal………………………….10
Zikir-Zikir Dalam Sujud ………………………………………11
Doa-Doa Membaca Al-Quran ............................................. 14
Doa Qunut Terawih / Nazilah................................................ 16
Do’a mohon perlindungan dengan Allah SWT daripada
isteri/suami, anak-anak, teman karib yang jahat (tidak
baik) ............................................................................................ 22
Doa Khusus Menghadapi Ujian Waba’ Covid-19 ............ 23
Munajat Al-Kafi ...................................................... 26 المناجات الكافي
VER.290420201821
2
PRAKATA
عليكم ورحمة الله وبركاتهالسلام
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Para jemaah yang dirahmati Allah sekelian,
Dirasakan adalah perlu bagi setiap kita untuk melakukan usaha bagi
menaik taraf kualiti ibadah solat yang telah kita rutinkan sejak dari kecil
hingga ke hari ini.
Di antara langkah penaik tarafan yang kami yakin mampu untuk dilakukan
oleh semua, adalah melalui penghayatan bacaan doa-doa, zikir-zikir
tambahan di dalam solat (atau yang mengiringinya) sebagai peningkatan
daripada zikir-zikir biasa yang dibaca sedia ada.
Di dalam buku kerdil ini kami muatkan beberapa lafaz doa & zikir
tambahan yang dirasakan sesuai dan mudah untuk diamalkan.
Kebanyakannya bukan sahaja mudah untuk dihafal namun mengandungi
maksud yang sangat mendalam, yang pastinya akan lebih mampu untuk
meningkatkan ruh khusyu' dalam ibadah solat seseorang.
Mudah-mudahan sekelumit usaha kami yang faqir di sini akan berjaya
membuka seluasnya pintu-pintu kerahmatan & kemanfaatan untuk anda
yang berhati bersih lagi berjiwa 'abid yang tulus mengharap redha Ilahi.
Allahumma amin.
Kepada Allah jua kembali segala pengharapan dan pujian.
Kalam pena,
Team Sahabat Dakwah
MASJID DARUL GHUFRAN
3
Doa-Doa Berbuka Puasa
مأ وابتلت العروق وثبت الجر .1 ذهب الظ
)رواه أبو دواد( إن شاء الله
“(Alhamdulillah) telah hilang rasa dahaga, dan telah basah urat leher
(tekak), serta telah tetap ketentuan ganjaran (pahala), dengan izin
kehendak dari Allah s.w.t” [Riwayat Abu Daud]
مني زقك أفطرت ، فتقبل اللهم لك صمت ، وعل ر .2
ميع العليم إنك أنت الس
)رواه أبو دواد(
"Ya Allah hanya untukMu aku berpuasa dan atas kurniaMu aku
berbuka maka terimalah (puasa) dariku sesungguhnya kamu Maha
Mendengar dan Maha Mengetahui.” [Riwayat Abu Daud]
4
Doa-Doa Ketika Solat Malam (Waktu Sahur)
، لا . 1 موات والرض ومن فيهن لهم لك الحمد،أنت نور الس
موات والرض ـالح ولك ، مد أنت قيوم الس ولك ومن فيهن
، موات والرض ومن فيهن ]ولك الحمد أنت رب الس
، وقولك الحق الحمد[، ، ووعدك الحق ، ولقاؤك ح أنت الحق ق
، والنار ح ـوال ، والنب نة حق د ح ي ق ، ومم اعة ون حق ، والس ق
لت، وإليك ، اللهم لك أسلمت، وبك آمنت، وعليك توك حق
مت وم ا أنبت، وبك خاصمت، وإليك حاكمت، فاغفرل ما قد
ي، ل رت وما أعلنت، أنت إل رت، وما أس "إله إل أنت أخ
)متفق عليه(
"Ya Allah, segala puji milik-Mu. Engkaulah (sumber) cahaya
(hidayah yang menerangi) seluruh langit dan bumi serta segenap
makhluk yang ada padanya. Segala puji milik-Mu. Engkaulah
Pemelihara seluruh langit dan bumi serta segenap makhluk yang ada
padanya. [Segala puji milik-Mu. Engkaulah Penguasa segenap langit
dan bumi serta segenap makhluk yang ada padanya]. Segala puji
milik-Mu, Engkaulah Yang Maha Benar, janji-Mu Maha Benar,
5
firman-Mu Maha Benar, pertemuan dengan-Mu Maha Benar, adanya
syurga sangat benar, adanya neraka sangat benar, adanya kiamat
sangat benar, adanya para nabi sangat benar, dan adanya Muhammad
sallallahu ‘alaihi wasallam (sebagai rasul-Mu) sanagt benar. Ya
Allah, hanya kepada-Mu aku berserah dan bertawakal. Hanya
kepada-Mu aku beriman. Hanya kepada-Mu aku bertaubat. Hanya
kepada-Mu aku mengadu, dan hanya kepada-Mu aku memohon
keputusan. [Engkaulah Tuhan kami dan Engkaulah tempat kembali.
Oleh kerana itu, ampunilah dosa-dosaku yang lalu dan yang akan
datang, yang aku lakukan secara sembunyi atau terang-terangan].
[Hanya Engkaulah yang lebih tahu daripada aku], Engkaulah yang
terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. [Engkaulah Tuhanku], tiada
tuhan kecuali Engkau [dan tiada daya atau kekuatan kecuali hanya
dengan pertolongan-Mu]." [Riwayat Bukhari & Muslim]
افيل، هم ل لا .2 ائيل وميكائيل وإس موات رب جب فاطر الس
كم بي عبادك فيم ، عال الغيب والرض هادة، أنت ت والش
تلفون، الحق بإذنك، اهدن لما اختلف فيه من كانوا فيه ي
اط مستقيم ك تدي من تشاء إل ان "ص
)رواه مسلم(
"Ya Allah, Tuhan Malaikat jibril, Mikail, dan Israfil, Tuhan Pencipta
segenap langit dan bumi, Tuhan Yang Maha Mengetahui semua yang
ghaib dan yang nyata. Engkaulah yang akan menghakimi para
6
hamba-Mu mengenai apa saja yang mereka perselisihkan. Dengan
izin-Mu berilah aku petunjuk memilih kebenaran dari apa yang
mereka perselisihkan. Engkaulah yang memberi petunjuk siapa yang
Engkau kehendaki ke jalan yang lurus."
[Riwayat Muslim]
*Dibaca sama ada sebelum menunaikan solat, atau di dalam solat
(seperti dalam sujud yang terakhir), ataupun ketika sesudah selesai
solat
DOA-DOA KETIKA SOLAT
Doa-Doa Iftitah
ق ـ اللهم باعد بيني وبي خطاياي كم باعدت بي الم . 1 ش
ى الثوب البيض م ـوال ني من خطاياي كم ينق غرب، اللهم نق
نس. اللهم اغسلني من خطاياي بالم والثلج والب ـمن الد د اء
)متفق عليه(
“Ya Allah! Jauhkanlah diriku dari kesalahan-kesalahanku
sebagaimana Engkau telah menjauhkan timur dan barat. Ya Allah!
Bersihkanlah aku dari kesalahan-kesalahanku seperti kain putih yang
dibersihkan dari kotoran. Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kesalahan-
kesalahanku dengan air, dengan air dingin (air batu) dan embun.”
[Riwayat Bukhari & Muslim]
7
ك ولآ. 2 سبحانك اللهم وبحمدك وتبارك اسمك وتعال جد
ك )رواه الحاكم(إله غي
“Maha suci Engkau wahai Tuhanku, serta aku memuji-Mu. Sungguh
Maha Tinggi Keberkatan nama Engkau, Maha Tinggi Kebesaran
Engkau dan benar-benar aku akui bahawa tidak ada Tuhan selain
Engkau.” [Riwayat Al-Hakim]
ا طيبا مبار لل الحمد . 3 فيه اك حدا كثي
)رواه مسلم(
“Dan segala pujian bagi Allah kepujian yang banyak yang baik lagi
diberkati.” [Riwayat Muslim]
*Catatan nota tambahan daripada riwayat asal: Iftitaah ini dibacakan
oleh seorang sahabat yang lain pula di mana sesudah mendengarnya
Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nampak kepadaku 12 malaikat
yang berlumba-lumba untuk mengangkatnya (menulis dan
menyembahnya kepada Allah).
8
Bacaan-Bacaan Dalam Ruku’
وح . 1 وس رب الملئكة والر سبوح قد
)رواه مسلم(
“Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Memelihara dan
Menguasai sekelian malaikat dan ruh.”
[Riwayat Muslim]
سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرل . 2
)رواه البخاري(
“Maha Suci Engkau, Wahai Tuhan! Segala puji bagimu wahai Tuhan
dan ampunilah aku!”.
[H.R. Bukhari]
*Faedah: Nabi SAW membanyakkan bacaan ini dalam rukuk dan
sujudnya sebagaimana arahan Allah s.w.t di dalam Al-Quran:
ابا كان إنه فسبح بحمد ربك واستغفره تو
Bermaksud ((Maka bertasbihlah dengan memuji TuhanMu dan
pohon ampunan kepadaNya sesungguhnya Dia adalah Penerima
Taubat)) [An-Nasr ayat: 3]
9
، اللهم لك ركعت، وبك آمنت، . 3 ولك أسلمت، أنت رب
ي، ومي وعظمي خشع لك سمعي وبص
،)وفي رواية: وعظامي( وعصبي
{"عالمي رب ال للبه قدمي ت ل تق وما اس }
أبو عوانة والدرامي( )رواه مسلم
“Ya Allah! Hanya kepada-Mu aku rukuk, hanya kepada-Mu aku
beriman, dan hanya kepada-Mu aku berserah diri Engkau Tuhanku.
Pendengaranku, penglihatanku, akalku, tulang-belulangku & urat-
uratku tunduk kepada-Mu, Semua langkah semata-mata untuk Allah,
Tuhan seru sekalian alam.”
[Riwayat Muslim, Abu ‘Uwanah & Ad-Darimi]
وت وال ـ ـسبحان ذي ال . 4 والعظمة ملكوت، وال ـبياء كب
)رواه أبو داود(
“Maha Suci Tuhan yang Maha Memiliki segala keperkasaan,
kekuasaan, kebesaran dan Keagungan.” [Riwayat Abu Daud]
10
Bacaan-Bacaan Semasa I’tidal
نا ولك الحمد، حدا. 1 ا طي رب با مباركا فيه، ]مباركا عليه ـكثي
نا ويرض[ )رواه مالك وأبو داود(كم يب رب
“Wahai Tuhan kami dan segala puji hanya milik-Mu, puji-pujian
yang banyak, baik, dan membawa keberuntungan [sebagaimana
diridhai dan dicintai Tuhan kami].”
[Riwayat Malik & Abu Daud]
موات والرض م . 2 وملء ما شئت من ش لء الس د بع ء
)رواه مسلم(
“Pujian mencakup seluruh langit dan seluruh bumi dan segenap yang
Engkau kehendaki selain dari itu.”
[Riwayat Muslim]
واأ . 3ل مانع لما أعطيت، ول معطي لما جد م ـل هل الثناء
)رواه مسلم(د ـج ـل د منك اج ـمنعت ول ينفع ذا ال
“Yang berhak atas segala pujian dan keagungan, tidakk ada yang
dapat menghalangi apa yang Engkau berikan dan tidak ada yang
dapat memberikan apa yang Engkau halangi dan tiada berguna
kekuasaan bagi orang yang memilikinya atas siksa-Mu.”
[Riwayat Muslim]
11
Zikir-Zikir Dalam Sujud
وح . 1 وس رب الملئكة والر سبوح قد
)رواه مسلم(
“Maha Suci lagi Maha Kudus Tuhan semua malaikat dan roh.”
[Riwayat Muslim]
هم اغفرل لل سبحانك اللهم وبحمدك ا . 2
عليه( )متفق
“Mahasuci Engkau wahai Tuhanku, Tuhan Kami, dan dengan
memuji-Mu wahai Tuhan, berilah aku keampunan!”
[Riwayat Bukhari & Muslim]
ه وعلنيته ذنبي للهم اغفر ل ا . 3 له وآخره س ه أو ه وجل ه دق كل
)رواه مسلم(
“Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku, kecilnya, besarnya,
awalnya, akhirnya yang nyata dan yang tersembunyi.”
[Riwayat Muslim]
و ج ـسبحان ذي ال . 4 وال ت وال ت والملكو بياء عظمة كب
(رواه النسائي)
“Maha Suci Tuhan Yang Maha Perkasa dan Memiliki segala
kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan Keagungan.” [Riwayat An-Nasa’i]
12
ن أعوذ برضاك من سخطك، وأعوذ بمعافاتك من إ اللهم . 5
عقوبتك وأعوذ بك منك ل أحص ثناء عليك أنت كم أثنيت
)رواه مسلم(عل نفسك
“Wahai Tuhan! Dengan keredaan-Mu aku berlindung dari
kemurkaan-Mu dengan pengampunan-Mu aku berlindung dari siksa-
Mu, dengan perlindungan-Mu aku berlindung dari ancaman-Mu. Aku
tidak sanggup menghitung pujian terhadap-Mu sebagaimana Engkau
memuji diri-Mu sendiri (puji-pujian yang layak terhadap-Mu terlalu
besar).” [Riwayat Muslim]
Bacaan-Bacaan Sebelum Salam:
(sesudah selesai baca tahiyyat akhir & sebelum memberi salam)
د الآ خر فليستعذ بالله من أربع يقول:إذا فرغ أحد كم من التشه
أعوذبك من عذاب جهنم ومن عذاب القب اللهم إن ". 6
ال. م ـل ممت ومن ش )فتنة( اـحيا وال ـومن فتنة الم ج سيح الد
أبو عوانة والنسائي( )رواه مسلم ".له ثم يدعو لنفسه بم بدا
“Apabila seseorang kamu selesai membaca Tasyahhud (Akhir) maka
hendaklah dia memohon perlindungan Allah daripada empat
(perkara) hendaklah dia mengucapkan: [Allahumma..Wahai Tuhan,
sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada seksaan
Neraka Jahannam, daripada seksaan kubur, daripada fitnah
13
(perdayaan) hidup dan mati; dan daripada kejahatan (fitnah) Al-
Masih Ad-Dajjaal.]
-Dan kemudian bolehlah meneruskan doa apa-apa yang terlintas
padanya” [Hadith Riwayat Muslim, Abu ‘Uwanah dan Nasa’i]
رت وما اللهم اغفرل ما . 7 رت، وما أس مت، وما أخ قد
فت، وما أنت أعلم به مني، أنت ال م، ـأعلنت، وما أس مقد
ر، ل ـوأنت ال )رواه مسلم( . له إل أنت إ مؤخ
“Ya Allah, ampunilah segala dosaku pada masa lalu dan akan datang,
yang aku lakukan dengan sembunyi atau yang aku lakukan dengan
terang-terangan dan apa saja perbuatanku yang berlebihan. Engkau
lebih tahu tentang hal itu daripadaku. Engkaulah yang terdahulu dan
Engkaulah yang terkemudian, tiada ada Tuhan kecuali Engkau.”
[Riwayat Muslim]
اللهم إن أعوذ بك من ش ما عملت، ومن ش ما ل أعمل . 8
)رواه النسائي(]بعد[
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari akibat-akibat buruk
perbuatan yang telah aku lakukan [Kerugian dari kesalahan yang
telah aku lakukan atau kerugian dari kebaikan yang belum aku
lakukan.] dan yang belum aku lakukan.”
[Hadith Riwayat An-Nasa'i]
14
)رواه أحد والبيهقي( . اللهم حاسبني حسابا يسيا. 9
“Ya Allah, hitunglah (amal) ku (pada hari akhirat) dengan
perhitungan yang mudah.“
[Riwayat Ahmad & Al-Baihaqi]
بادتك حسن ع اللهم أعني عل ذكرك و شكرك و . 10
)رواه أحد أبو داود و النسائي(
“Wahai Tuhan, bantulah aku dalam mengingatiMu, bersyukur
kepadaMu dan memperbaiki ibadatku kepada-Mu.”
[Riwayat Ahmad, Abu Daud & An-Nasa’i]
Doa-Doa Membaca Al-Quran
للهم إن عبدك ابن عبدك ابن أمتك ناصيتي بيدك، ماض ا . 1
سم هو لك، في حكمك، عدل في قضاؤك، أسئلك بكل ا
يت به نفسك مته أحدا من خلقك، أوأنزلته في سم ، أو عل
15
عل القرآن كتابك، أو استأثرت به في علم الغيب عندك، أن ت
ي ي ربيع قلبي، ونور صدري، وجلء حزن، وذهاب ه .وغم
)رواه أحد(
Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak
hamba laki-laki-Mu, dan anak hamba perempuan-Mu. Ubun-ubunku
berada di tangan-Mu. Hukum-Mu berlaku pada diriku. Ketetapan-Mu
adil atas diriku. Aku memohon kepada-Mu dengan segala nama yang
menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau
Engkau turunkan dalam Kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada
seorang dari makhluk-Mu, atau yang Engkau rahsiakan dalam ilmu
ghaib yang ada di sisi-Mu, agar Engkau jadikan Al-Qur'an sebagai
penyejuk hatiku, cahaya bagi dadaku dan pelipur kesedihanku serta
pelenyap bagi kegelisahanku."
[Riwayat Ahmad]
اللهم ارحنا بالقرآن، واجعله لنا اماما ونورا وهدى ورحة، . 2
رنا منه ما ن منا منه ما جهلنا، اينس اللهم ذك وارزقنا تلوته وعل
ليل ة يا رب العالمي آناء ال .وأطراف النهار، واجعله لنا حج
Ertinya: “Ya Allah sayangi kami dengan Al-Qur’an, jadikan Ia
pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami, Ya Allah
ingatkan kami atas segala yang dilupakan dan ajari kami dari apa
yang kami tidak tahu, dan kurniakan atas kami kesempatan untuk
16
membaca Al-Qur’an siang dan malam, dan jadikan Al-Qur’an
sebagai hujjah bagi kami Wahai Tuhan semesta alam”
i) Pada doa khatam ataupun sesudah selesai membaca Al-Quran
tidak disebut; “Nasiina” (Aku lupa (hafalan) ayat sekian dan sekian)
bahkan yang dianjurkan adalah mengatakan; “Nussina” “Aku
dilupakan dari ayat sekian”.
ii) Huraian: Berpandukan kepada Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a
katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila
seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini,
tetapi sebenarnya (katakanlah) dia dilupakan. Sentiasalah membaca
Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari
dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari
sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa
unta duduk supaya unta tersebut tidak lari). [Riwayat Muslim]
iii) Faedah: Lafaz do’a yang seperti ini adalah amalan panduan
orang-orang soleh yang terdahulu.
Doa Qunut Terawih / Nazilah
نا . 1 اللهم اهدنا فيمن هديت، وعافنا فيمن عافيت، وتول
يت، وبارك لنا فيم أعطيت، وقنا ش ما قضيت، فإنك فيمن تول
ه ل يذل من واليت، ول يعز من تقض ول يقض عليك، وإن
17
نا وتعاليت، فلك الحمد عل ما قضيت، عا ديت، تباركت رب
نوب والطايا ونتوب إليك نستغفرك اللهم من ج .يع الذ
“Ya Allah tunjukkan kami sebagaimana mereka yang telah Engkau
berikan petunjuk. Berikan kesihatan kepada kami sebagaimana
mereka yang telah Engkau berikan kesihatan, dan peliharalah kami
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah
keberkatan bagi kami pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan, dan
selamatkan kami dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka
sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Menghukum dan bukannya
yang kena hukum, dan sesungguhnya tiada kehinaan atas sesiapa
yang Engkau pimpin, dan tiada pula kemuliaan atas mereka yang
Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan (dengan
segala) sifat keTinggianMu. Maka bagi Engkaulah segala pujian di
atas apa yang Engkau hukumkan. Kami mohon ampun dari-Mu atas
segala dosa dan kesalahan (yang telah kami kerjakan) dan kami
kembali (bertaubat) kepada-Mu.”
ول به بيننا وبي معصيتك، اللهم اقسم لنا من خشيتك ما ت
غنا به جنم و ن به علينا ك، ومن ت ـن طاعتك ما تبل اليقي ما تو
ن امص اتنا أبدا ما ع يا، ومتعنا اللهم بأسم ئب الد نا و أبصارنا وقو
18
أبقيتنا، واجعله الوارث منا، واجعل ثأرنا عل من ظلمنا،
ع نا عل من عادانا، ول ت ل مصيبتنا في ديننا،وانص
Ya Allah, berikanlah kami perasaan takut kepadaMu yang boleh
menghalang kami daripada membuat maksiat kepadaMu, berikanlah
semangat untuk membuat ketaatan kepadaMu yang dapat
menyampaikan kami kepada SyurgaMu, berikanlah keyakinan yang
dapat meringankan semua bala musibah dunia yang menimpa kami,
kekalkanlah nikmat pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami
selama Engkau menghidupkan kami, jadikanlah kesemua itu sebagai
warisan daripada kami, berikanlah kami kekuatan untuk membalas
sesiapa yang menganiaya kami, berikanlah kami pertolongan
terhadap sesiapa yang memusuhi kami, janganlah Engkau turunkan
musibah ke atas agama kami, jangan Engkau jadikan dunia ini
kemuncak yang ditentukan oleh kami dan segala yang dicari dalam
pengetahuan kami, dan janganlah Engkau biarkan orang jahat yang
tidak ada sifat balas kesihan menguasai diri kami.
نا، و نا ول مبلغ علمنا، ول إل النار مصي نيا أكب ه عل الد ل ت
نا من ل يافك واجعل النة هي دارنا، ول تسلط علينا بذنوب
احي .فينا ول يرحنا، برحتك يآ أرحم الر
Dan janganlah Engkau jadikan (kepentingan) dunia, menjadi sebesar-
besar tumpuan hidup kami, dan tidak juga (kebesaran dunia) yang
19
menjadi tujuan Ilmu (yang telah kami pelajari), dan janganlah pula
Neraka bakal menjadi tempat kembali terakhir buat kami, sebaliknya
jadikanlah Ya Allah! Syurga tempat duduk kekal buat kami, dan
janganlah Engkau jadikan kami terbelengu di bawah kuasa mereka
yang tidak ada rasa takut terhadapMu, serta tiada sifat Rahmat
(angkuh-zalim) ke atas kami, (mungkin sahaja) disebabkan akan
dosa-dosa yang telah pernah kami kerjakan.
، وه سيئي منا م ـب ال اللهم اغفرلنا في ليلتنا هذه أجعي
( . وت ( 3xللمحسني ، ، ويا سابق الفوت اللهم يا سامع الص
صل وسلم عل سيدنا و موت، ـم بعد ال ـويا كاس العظام لح
د وعل د آمم ل سيدنا مم
Ya Allah! Ampunkanlah semua kami yang hadir pada malam ini
(3x), dan ubahkanlah (sekiranya) sesiapa yang tidak baik (dari
kalangan kami) agar menjadi golongan muhsisin (mereka yang
sentiasa melakukan kebajikan).
ا إل اللهم ل تدع لنا في مقامنا هذا ذنبا إل غف رته، ول ه
ته، ول مريضا إل ا إل يس جته، ول دينا إل قضيته ول عسي فر
20
تا إل رحته، ول مبتل إل عافيته ول عيبا إل ـشفيته، ول مي
ته، ول ذر ة إل أصلحته، ول دعآء إل استجبته، ول سآئل ست ي
مته، ول ض مته و فه ل إل هديته، اإل أعطيته، ول جاهل إل عل
ا إل أغنيته، ول مته، ول فقي غنيا إل ول مسافرا إل سل
نيا والخرة هي لك رضا شكرته، ول حاجة من حوائج الد
تا لنا برحتك يآ ولنا فيها صلح إل أعنتنا عل قضآئها ويس
احي .أرحم الر
Ya Allah! Janganlah ada dari kalangan kami yang berdiri (solat di
sini pada waktu ini) kecuali Kau ampunkanlah (Ya Allah) segala
dosanya, Engkau lepaskanlah segala kesempitannya, Engkau
tunaikanlah segala beban hutang-piutangnya, dan permudahkanlah
segala kepayahan (hidup)nya, janganlah ada dari kalangan kami pada
saat ini yang dalam keadaan sakit kecuali Engkau sembuhkan, ada
yang telah kematian saudara-maranya maka Engka cucurilah rahmat
ke atas arwah mereka, (ada di kalangan kami) yang sedang di timpa
bala ujian, Engkau pelihara dan lepaskanlah, tiadalah segala aib
kelemahan kami kecuali Engkau tutup (lindung)kanlah, buat semua
21
zuriat keturunan kami Engkau perelokkanlah (Iman dan Akhlak
mereka), tiadalah segala hajat dan doa kami kecuali Engkau
perkenankanlah, tiada suatu pun permintaan kami kecuali Engkau
kurniakanlah, tiadalah dari kalangan kami yang masih jahil kecuali
Engkau ajar dan fahamkanlah , dan janganlah ada yang dalam
kesesatan kecuali Engkau berilah petunjuk buat mereka, mungkin ada
dari kalangan kami yang sedang dan akan bermusafir, Engkau
selamat dan sampaikanlah (ke destinasi yang di tuju), mungkin ada
yang dalam kefakiran, engkau cukupkanlah (dengan anugerah
nikmat-rezeki buat mereka), dari kalangan orang-orang kaya kami
pula Engkau jadikan mereka sentiasa bersyukur (tidak kufur), dan
tiadalah segala hajat dunia dan akhirat kami, yang Engkau Redha
ianya buat kami serta bermanfaat untuk kami, kecuali Engkau bantu
dan permudahkanlah (Ya Allah) untuk kami mengecapinya.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Luas Rahmat dan Kasih
Sayang (buat sekelian hambaMu).
ا نعوذ برضاك من سخطك، وبمعافاتك من عقوبتك، اللهم إن
وبك منك ل نحص ثنآء عليك، أنت كم أثنيت عل نفسك،
Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung diri dengan sifat RedhaMu
daripada kemurkaan (yang mungkin Engkau akan timpakan ke atas
kami), dan dengan sifat Maha PengampunMu daripada terkena
kutukan dan balasanMu, kami sentiasa yakin akan bersama
denganMu dan kembali (suatu hari nanti) kepadaMu, Tiadalah
22
termampu untuk kami hitung segala pujian ke atasMu, sebagaimana
Engkau Yang Maha layak untuk menyebut setinggi-tinggi pujian
buat ZhatMu (Yang Maha Agung).
د وعل ه وصحبه وسلم، والحمد آلوصل الله عل سيدنا مم
.ر لل ب العالمي
Kami panjatkan sembah dan salam serta doa kesejahteraan buat
junjungan mulia Nabi kami Muhammad (SAW), dan sesungguhnya
apa pun dariMu kami akan tetap tunduk mensyukurinya (Ya Rabb al-
‘Alamin).
Do’a mohon perlindungan dengan Allah SWT daripada
isteri/suami, anak-anak, teman karib yang jahat (tidak baik)
، ومن زوج تشيبني قبل . 1وء أعوذبك من جارالس اللهم إن
ا، ومن مال يكون عل ع م ـال ذابا، شيب، ومن ولد يكون عل رب
، إذا رأى مني حسنة ومن خليل ماكر عينه تران وقلبه يرعان
.دفنها، وإذا رأى مني سيئة أذاعها
23
Ya Allah! Aku berlindung diri denganMu daripada jiran (orang yang
hampir denganku) yang jahat, dan daripada suami/isteri yang
menyebabkan rambutku beruban sebelum waktunya (bersikap
sentiasa menyusah lagi menyakitkan), dan daripada anak-anak yang
menjadi Tuan ke atasku, dan daripada harta yang menjadi bala
(musibah) ke atasku, dan juga daripada kawan/teman rapat yang ia
(rupanya) bermuslihat jahat terhadapku, matanya melihatku sedang
hatinya memerhatikan (kelemahan dan merencana jahat untuk
memudharatkan)ku, apabila ada kebaikan dariku yang dilihatnya
akan dikebumikan sahaja, sebaliknya apabila ada sesuatu
kelemahanku yang dilihat (didapati)nya maka akan dipukul canang
merata-rata.
Doa Khusus Menghadapi Ujian Waba’ Covid-19
ص، والذام، والنون،. 1 أعوذ بك من الب ومن اللهم إن
(والنسائي داود أبو )رواه سقام.ال سيئ
Ya Allah! Aku mohon perlindungan denganMu daripada penyakit
kusta, dan (penyakit) sopak, dan hilang akal, serta segala kuman
(virus) penyakit yang merbahaya (boleh membawa maut)
24
موات . 2 بع وما أظللن ، ورب الرضي اللهم رب الس الس
ياح ياطي وما أضللن ، ورب الر بع وما أقللن ، ورب الش الس
ا نسأ ا م ي خ لك خي هذه القرية، وخي أهلها، و وما ذرين ، فإن
اه ة، وش أهلها، وش ما في قري ال ه بك من ش هذ ا ، ونعوذ ه ي ف
)رواه مسلم(
Ya Allah, Tuhan tujuh petala langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan
penguasa tujuh lapisan bumi dan segala yang di atasnya, Tuhan yang
menguasai sekelian syaitan dan apa yang mereka sesatkan, Tuhan
yang menguasai angin dan apa yang diterbangkannya. Aku mohon
kepadaMu kebaikan ‘kampung’ ini, kebaikan penduduknya dan apa
yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan
‘kampung’ ini, kejahatan penduduknya dan apa yang ada di
dalamnya .
ك، وش ما ذ بالله ، أعو يا أرض، رب وربك الله. 3 من ش
ذ بك من ش أسد خلق فيك، وش ما يدب عليك ، أعو
25
بلد، ومن والد ية والعقرب ، ومن ساكن ال ح ـوأسود، و من ال
)رواه أبو داود و أحد(. ا ولد وم
Wahai bumi, Rabbku dan Rabbmu adalah Allah, sesungguhnya aku
berlindung kepada Allah dari kejahatanmu dan kejahatan apa yang
ada di dalammu. Begitu pula dari kejahatan makhluk yang diciptakan
di dalammu dan dari kejahatan sesuatu yang merayap di atasmu. Aku
berlindung denganMu (Ya Allah) dari kejahatan setiap singa,
‘makhluk hitam’, ular serta kalajengking, juga dari kejahatan
penduduk negeri/daerah ini, dan dari kejahatan ‘orang tua dan
anaknya ”.
ات من ش ما. 4 )رواه مسلم( .خلق أعوذ بكلمت الله التام
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang Maha lengkap
sempurna (keseluruhannya) dari kejahatan segala apa yang telah
diciptakan .
أعوذ بك من زوال نعمتك، وت . 5 ل عافيتك، ح ـاللهم إن و
)رواه مسلم(. وفجاءة نقمتك، وجيع سخطك
Ya Allah! Lindungilah aku dari kegelinciran (kehilangan) nikmatMu
(yang telah sedia Engkau kurniaka), dan dari berubah-tukar
pemeliharaanMu (kesihatan yang sedia ada), dan dari tertimpa azab-
musibah secara tiba-tiba, serta (lindungilah kami) dari segala murka
azabMu
26
Munajat Al-Kafi المناجات الكاف
Allah Yang Maha Pencukupالله الكافي
نا الكافي Tuhan Kami Yang Maha Mencukupkan رب
Allah Yang Maha Pencukupقصدنا الكافي
Apapun Bahagian Kami Pasti Berpadaوجدنا الكافي
Setiap Apapun Untuk Kami Cukup (Berpada)كافي لكل
’Cukup Bagi Kami ‘Yang Maha Mencukupiفي كفانا الكا
Dia Sebaik Yang Mencukupkanالحمد لله ونعم الكافي
27
PANDUAN DOA & ZIKIR Edisi 2020
VER.290420201821
MASJID DARUL GHUFRAN