31
0 Modul Latihan 1.0 Memulakan Google+ Hangouts (Guru)

Panduan Guru - Google+ Hangouts (Bahasa Malaysia) · Satu lagi cara untuk memulakan Hangout adalah dengan memasang sambungan Hangout ... pertama anda menggunakan Google Hangout, anda

Embed Size (px)

Citation preview

0

Modul Latihan 1.0 Memulakan Google+ Hangouts

(Guru)

1

Google+ Hangout: Panduan Lengkap Untuk Guru

Jadual Kandungan

Keperluan untuk Hangout

1.0 Memulakan

1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet 1.2 Mengakses Hangout pada yesMail 1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda

1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+

1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension

2.0 Memulakan Hangout On Air 2.1 Antaramuka Google + Hangout On Air 2.2 Menerima Jemputan Hangout On Air 2.3 Menggunakan Aplikasi Soal-jawab dalam Hangout On Air 2.4 Panduan Penonton Hangout On Air

3.0 Butang Interaksi & Penyelesaian Masalah

3.1 Penyelesaian Isu Teknikal Hangout

4.0 FAQ

2

Keperluan untuk Hangout

Persediaan sebelum sesi :

❏ Objektif Hangout ❏ Emel akaun Google+ peserta ❏ Jemputan melalui G+ atau yesMail ❏ bahan-bahan prabacaan (pilihan)

Persediaan Teknikal :

❏ Peranti (komputer riba, Chromebook) ❏ Talian Internet ❏ Projektor (untuk kumpulan besar) ❏ Headphone (pilihan) ❏ Akaun Google+ pra-aktif

Semasa sesi Hangout :

❏ Moderator (pilihan)

Persediaan selepas sesi :

❏ Laporan pendek / refleksi kepada kandungan Hangout

3

1.0 Memulakan

"Google+ Hangout" adalah salah satu pilihan komunikasi interaktif yang terdapat dalam Google+. Ia membolehkan anda berkomunikasi dan berkolaborasi secara serentak dalam satu sesi panggilan video bersama 9 orang yang lain (10 orang termasuk anda) dengan menggunakan komputer, webcam dan mikrofon. Sesi Hangout ini boleh dilakukan serentak di antara 2 orang hingga 10 orang dan ia adalah percuma!

Sesi Hangout ini boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai jenis peranti mudah alih seperti telefon pintar iOS atau Android, tablet dan Chromebook. Ia boleh dijalankan secara tertutup atau secara umum di Internet dan anda juga boleh mengawal tetapan mengikut kehendak anda sendiri. Hanya peserta yang anda jemput sahaja yang boleh menyertai sesi Hangout yang anda jalankan! Hangout adalah kemudahan komunikasi interaktif yang begitu menyeronokkan, boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti berhubung dengan keluarga atau rakan-rakan, atau untuk keperluan sekolah seperti perbincangan di antara guru dan pelajar. Modul ini mengandungi gambaran keseluruhan tentang bagaimana anda sebagai seorang guru boleh mula menggunakan Google+ Hangout.

4

1.1 Aktifkan halaman Google+ anda melalui akaun 1Bestarinet

Langkah 1. Log masuk ke dalam Frog VLE.

· 2. Klik> Quick Launch.

3. Klik> Email.

4. Dalam yesMail anda, di bar navigasi atas di sebelah kiri, klik> Aplikasi.

5

5. Pilih dan klik> Google+

6. Isikan ruangan Name, Gender dan Birthday dan klik> Upgrade. Nota: Sertakan nama keluarga di dalam kotak kedua. Contoh: Charles Teacher - Xavier

7. Tambah kenalan atau ikut lingkungan ‘Circle’ yang dicadangkan (ini boleh dilakukan kemudian) Klik> Continue.

6

8. Isi maklumat peribadi anda dan Klik> Finish.

9. Klik> Hangout untuk memulakan Google+ Hangout dan selamat mencuba!

7

1.2 Mengakses Hangout pada yesMail

Terdapat 4 cara untuk mengakses halaman Google+ Hangout dari paparan yesMail anda.

1. Butang Profile.

2. Ikon Hangout dan pautan Start a new one.

3. Nama pengguna + pautan anda

4. Kawasan Aplikasi dan pilih Google+.

8

1.3 Mengaktif dan memulakan Hangout pada yesMail

1. Klik> foto profil anda di bahagian atas senarai Chat anda.

2. Klik> Try the new Hangouts. (Rujuk langkah pengaktifan 1.1)

3. yesMail akan dimuat semula dan anda boleh mula menggunakan Hangouts.

4. Klik > Butang Search

5. Taipkan 1BestariNet ID ke dalam kotak carian.

6. Klik kotak semak di sebelah nama untuk menambah mereka ke dalam senarai jemputan.

7. Ulang langkah 5 dan 6 untuk menambah orang.

8. Klik butang mesej atau butang panggilan

video untuk memulakan sesi Hangout anda.

9

1.4 Mematikan Hangout dan mula menggunakan kaedah chat lama

1. Dalam yesMail, klik > nama anda.

2. Pilih dan klik > Revert to old Chat.

3. yesMail akan memuat semula halaman dan anda boleh mula menggunakan Google Chat versi lama.

10

1.5 Mulakan Hangout dari halaman Google+ anda

Butang penting bagi mengakses Hangout dari halaman Google+ 1. Home - untuk anda mengakses pilihan yang disediakan.

Mengemaskini maklumat profil.

Menambah kenalan melalui Circle. Memuat naik gambar dari peranti atau komputer.

Menyertai laman komuniti Google+. Mewujud dan merancang acara Hangout.

Mengakses Hangouts On Air secara langsung.

Membina laman bagi tujuan perniagaan.

Mengakses maklumat lokal semasa

Mengakses tetapan

11

2. Panel notifikasi Google+. 3. Butang Panel menambah rakan kenalan. 4. Butang memulakan sesi Hangout.

Anda juga boleh klik pada pautan + Nama anda di bar hitam laman utama Google.com bagi memulakan sesi Hangout.

Dari sini, anda boleh mengakses Google+ Hangout dan sila ikuti panduan berikut untuk memulakan sesi Hangout anda.

12

1.6 Memulakan Sesi Hangout Dari Halaman Google+

1. Dari halaman Google+ klik > butang Hangout yang terletak di sebelah kanan skrin.

2. Hangouts sidebar akan terbuka di sebelah kanan skrin.

3. Klik > New Hangout atau Start a new one.

4. Taipkan nama kenalan Google+ atau 1BestariNet ID anda ke dalam bar carian. 5.Klik kotak semak di sebelah nama mereka untuk menambah mereka ke dalam senarai jemputan.

6. Untuk menambah peserta lain, ulangi langkah 4 dan 5.

7. Klik butang mesej atau butang panggilan

video .

Nota: Anda juga boleh menambah peserta dengan menaipkan nama peserta tersebut dan kemudian menekan Tab untuk memilihnya.

13

1.7 Memulakan Hangout dengan Hangout Extension

Satu lagi cara untuk memulakan Hangout adalah dengan memasang sambungan Hangout

Extension untuk Google Chrome. Klik di sini untuk pergi ke laman Chrome Web Store dan

memasang sambungan.

Setelah dipasang, anda akan melihat Extension muncul di sudut kanan atas Google Chrome.

Extension Hangout kelihatan seperti gelembung ucapan hijau.

Apabila anda klik pada Extension, tetingkap kecil akan terbuka

di sudut kanan bawah skrin anda.

Anda akan dapat melihat sejarah sesi yang pernah anda sertai

dan senarai kenalan Google+ semasa anda.

Tetingkap untuk menjawab panggilan sesi

Hangout adalah terbuka secara automatik

disertai dengan bunyi pemberitahuan. Untuk

menjawab panggilan, klik> Answer.

14

Apabila "Answer" diklik, tetingkap baru Google Hangout akan terbuka. Jika ini adalah kali

pertama anda menggunakan Google Hangout, anda akan diminta untuk memasang Hangout

Plugin.

Selepas plugin selesai dipasang, anda akan diminta untuk melaraskan tetapan webcam dan

mikrofon anda, jika perlu. Setelah anda bersedia untuk memasuki Hangout, klik> Hangout.

15

2.0 Memulakan Hangout On Air

Hangout On Air adalah merupakan satu lagi aplikasi dari Google. Ia membolehkan pengguna menayangkan sesi Hangout secara langsung pada lama Google+ dan juga Youtube. Pengguna juga boleh mengubah acara mengikut tetapan serta menggunakan pautan dari tayangan sebagai rujukan. Penganjur dari sesi Hangout On Air juga boleh berinteraksi dengan penonton dengan menggunakan aplikasi soal jawab secara langsung.

Perbezaan antara Hangout dan Hangout On Air:

Pengguna Rujukan Masa Depan Interaksi

Hangout 10 hingga 15 pengguna sahaja dalam satu sesi.

Tiada rakaman. Hanya penganjur dan peserta sahaja boleh berinteraksi

Hangout On Air 10 hingga 15 pengguna dan penonton lain samada dari umum atau khusus bagi kenalan.

Rakaman dalam Youtube.

Penganjur, peserta dan penonton dapat berinteraksi dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Untuk bersiaran di Google+ Hangouts On Air, anda perlu memiliki akaun Google+ dan Youtube. Untuk berada lebih 15 minit, anda memerlukan sambungan akaun YouTube yang tempohnya telah dilanjutkan melebihi had tersebut.

16

Untuk memulakan Hangout Google On Air, log masuk ke halaman Google+ anda:

1. Klik > butang Menu dan menu ke bawah akan terpapar, pilih Hangouts On Air.

2. Klik> butang Start Hangout On Air di bahagian atas kanan.

(Jika ini adalah kali pertama anda, wizard akan membantu anda melalui proses memuat turun dan memasang Plugin Hangout. Anda juga perlu bersetuju dengan terma dan syarat.)

3. Masukkan nama sesi hangout anda ke dalam kotak 1 dan jemput peserta dalam kotak ke-2.

(Anda boleh menjemput penonton di kalangan anda atau menaip alamat e-mel. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menjemput sesiapa untuk memulakan Hangout dan anda boleh menjemput orang untuk menyertai Hangout selepas ia bermula)

17

4. Klik> butang Click here untuk mengesahkan akaun Youtube anda.

5. Klik pada kotak 1 dan dari menu ke bawah, pilih Malaysia. Pilih kaedah penghantaran kod pengesahan anda dalam kotak 2.

6. Masukkan nombor telefon anda dan tunggu mesej kod pengesahan dihantar ke telefon bimbit anda.

18

7. Masukkan kod pengesahan 6 digit anda ke dalam kotak.

8. Laman Youtube akan terpapar dalam tetingkap baru. Klik> Enable untuk menjalankan sesi online anda secara live.

9. Sekarang sesi Hangout sedia untuk dijalankan secara live.

Seterusnya kembali ke Google + Tab untuk meneruskan.

10. Klik > butang Q&A bagi mengadakan aplikasi soal jawab dengan penonton. 11. Klik > butang Start untuk memulakan sesi.

19

12. Klik > butang Start broadcast untuk memulakan sesi Hangout On Air. Untuk menamatkan sesi live, klik pada butang Stop broadcast pada lokasi butang yang sama.

20

2.1 Antaramuka Google + Hangout On Air Berikut adalah panduan antaramuka pada Hangout On Air:

1. Butang Start di sebelah kanan atas antara pemuka Hangout. 2. Butang Trailer untuk mengadakan prebiu penonton di halaman Google+. 3. Q&A untuk mengadakan aplikasi soal-jawab dengan penonton.

4. Butang Edit event untuk mengubah maklumat sesi. 5. Butang Links untuk menyalin atau berkongsi URL.

Jika ini adalah kali pertama anda menggunakan Google+ Hangout On Air, anda perlu bersetuju dengan terma dan syarat dari Google. Selepas anda mengklik butang Start Broadcast, satu mesej akan muncul mengingatkan anda bahawa siaran akan dilakukan secara terbuka. Klik > Continue dan Hangout On Air ditayangkan selepas beberapa saat.

Nota penting

Paparan video dalam YouTube atau di halaman Google+ anda adalah lewat kira-kira 45 saat dari waktu anda menekan butang Start Broadcast. Ini berlaku kerana Google perlu memasukkan aliran daripada semua peserta, menghasilkan beberapa interaksi semasa siaran (dan kemudian melalui video-atas-permintaan) dan menghantar aliran kepada penonton On Air. Untuk lebih jelas, anda tidak perlu menunggu 45 saat untuk mula bercakap. Tetapi anda perlu bercakap seperti biasa dan video akan dipaparkan 45 saat kemudian kepada penonton On Air.

21

2.2 Menerima Jemputan Hangout On Air

Untuk menerima jemputan sebagai tetamu atau menonton siaran langsung sebagai penonton, 1. Klik > Home dan menu ke bawah akan dipaparkan. 2. Pilih dan Klik > Hangouts, tetingkap baru akan muncul dan skrol ia ke bawah untuk menemui Hangout On Air.

3. Klik View all untuk memilih sesi Hangout On Air.

4. Klik tab Video Hangouts untuk menerima jemputan. 5. Atau klik dua kali pada video untuk menonton sesi tersebut. 6. Atau pilih dan klik > Yes pada jemputan video. Anda boleh menjemput lebih ramai penonton untuk melihat sesi tersebut melalui pilihan ini.

22

2.3 Menggunakan Aplikasi Soal-jawab dalam Hangout On Air Untuk menggunakan aplikasi soal jawab, anda perlu mengadakan aplikasi terlebih dahulu. (Rujuk panduan 1.1). Berikut adalah panduan menggunakan aplikasi soal jawab.

1. Klik > butang Q&A pada tetingkap Hangout. Soalan dari penonton akan terpapar di bahagian kanan skrin Hangout.

Penonton lain boleh mengundi soalan kegemaran dengan menekan butang +1.

2. Penganjur boleh memilih soalan yang ingin dijawab dengan menekan butang Select. Nota: Pastikan penganjur menekan butang Select terlebih dahulu sebelum menjawab soalan. Ini akan dirakamkan dalam bentuk ‘Timeline’ di mana penonton lain memilih jawapan yang mereka inginkan melalui pilihan masa.

3. Klik > butang Done jika soalan telah dijawab.

23

2.4 Panduan Penonton Hangout On Air

Di dalam segmen seterusnya, kita bakal melihat bagaimana penonton boleh berinteraksi dengan penganjur utama dalam sesi Hangout On Air dari laman Google+. Penonton juga boleh turut serta dalam sesi soal jawab dan melangkau video terus kepada jawapan dengan memilih soalan dari sesi.

1. Klik >tab All untuk melihat acara dari laman Google+

2. Klik - 2 kali > paparan Video bagi melihat sesi.

24

3. Jika pihak penganjur telah mengadakan aplikasi Q&A, penonton boleh melihat ruangan bagi bertanyakan soalan pada bahagian kanan skrin Hangout.

4. Klik > butang Ask a new question untuk bertanya soalan kepada penganjur.

5. Penganjur boleh memilih soalan yang ingin dijawab dengan memilih soalan yang mendapat undian tertinggi dari penonton. Nota: Penonton boleh mengundi soalan apabila butang +1 di klik.

25

3.0 Butang Interaksi & Penyelesaian Masalah

Sebaik sahaja Hangout bermula, sila beri perhatian ke atas beberapa alat dan butang asas yang disediakan untuk pengguna, di sudut kanan atas dashboard Hangout :

1 2 3 4 5 6

1. Tahap suara mikrofon

2. Senyap / nyah senyap mikrofon anda

3. Mematikan webcam anda

4. Laraskan penggunaan bandwidth

5. Tetapan

6. Keluar dari sesi Hangout

26

Di sebelah kiri tetingkap Hangout, terdapat beberapa butang aplikasi interaktif yang boleh membuatkan sesi anda menjadi lebih menarik. 1. Buka tetingkap bual (chat).

2. Kongsikan skrin anda dengan orang lain. 3. Tangkap imej dari paparan tingkap.

4. Tambah lukisan pada skrin. 5. Bantuan desktop kawalan.

6. Buka Google Drive pada skrin.

7. Paparkan video Youtube

3.1 Penyelesaian Isu Teknikal Hangout

Jika anda masih mengalami gangguan audio atau video semasa dalam panggilan video, cuba langkah-langkah penyelesaian berikut:

1. Pastikan webcam dan mikrofon anda dipasang. 2. Pastikan bahawa mikrofon dan kamera web anda tidak digunakan oleh aplikasi lain.

27

3. Semak tetapan anda untuk memastikan plug-in menggunakan webcam dan mikrofon yang betul.

4. Untuk memeriksa tetapan anda, klik ikon gear di bahagian atas tetingkap panggilan video.

○ Jika mikrofon atau kamera web anda muncul sebagai "video USB / peranti audio" anda mungkin perlu memasang perisian daripada pengilang peranti.

○ Jika kamera anda berfungsi dengan baik, anda akan melihat video anda terpapar di sebelah kanan bahagian bawah tetingkap panggilan video.

○ Untuk menguji mikrofon, bercakap dengan kuat. Jika mikrofon anda berfungsi, meter di sebelah ikon mikrofon akan kelihatan bergerak.

○ Untuk memeriksa tetapan pembesar suara anda, klik butang Sound test. ○ Keluar dan sertai semula panggilan video.

5. Mula semula komputer anda.

Jika isu ini masih berterusan, sila layari forum Hangouts untuk mendapatkan bantuan.

28

4.0 FAQ

1. Apakah itu Frog Connected Classrooms?

Frog Connected Classrooms ialah satu program baru yang memudahkan guru-guru untuk menyambung para pelajar mereka dengan peluang-peluang pembelajaran melalui ciri Google+ yesMail.

2. Bagaimanakah saya boleh menyertai Frog Connected Classrooms?

Dengan mengambil bahagian dalam Frog Connected Classroom G+ Community, anda akan disambungkan dengan guru-guru dan organisasi-organisasi pendidikan lain untuk menyertai dan membuat lawatan lapangan maya anda sendiri.

3. Apakah itu Hangout On Air?

Hangouts On Air ialah persidangan video dengan penyertaan sehingga 10 skrin peserta, yang disiarkan di Google+, direkodkan di YouTube dan boleh dibenam ke dalam laman-laman web luar.

4. Apakah itu Virtual Field Trip?

Virtual Field Trip menggunakan Hangouts On Air untuk menyambung kelas dengan kaedah pembelajaran unik yang disediakan oleh pelbagai rakan kongsi di Google+ For Connected Classrooms. Lawatan lapangan maya boleh membawa maksud semua jenis pengalaman pembelajaran yang disediakan melalui Hangout On Air. Mereka boleh memanfaatkan kemudahan lawatan maya, berkomunikasi dengan pakar, mengetahui artifak muzim atau berkolaborasi dengan bilik-bilik darjah yang lain, di seluruh dunia.

29

5. Bagaimana untuk saya menonton Hangout On Air?

● Untuk lawatan lapangan yang terdahulu, anda boleh menonton Hangout On Air dari halaman G+ Event.

● Untuk lawatan lapangan yang akan datang, anda boleh RSVP untuk menerima notifikasi apabila lawatan lapangan disiarkan secara langsung. Sebaik acara bermula, anda boleh menyertai Hangouts secara langsung di halaman acara Google+, lawatan lapangan, yang sentiasa dipautkan dari laman web Connected Classrooms.

6. Apakah yang pelajar saya boleh lakukan apabila menonton Hangout On Air?

Interaktiviti adalah berbeza mengikut lawatan lapangan maya, tetapi ramai yang akan memasukkan aktiviti untuk para pelajar dan sesi soal jawab yang membolehkan pelajar menyoal para penonton yang bersiaran langsung.

7. Bagaimanakah mendaftarkan kelas saya sebagai peserta siaran langsung dalam Hangout On Air Frog Connected Classroom?

Untuk memulakannya, sertai Frog Connected Classroom Community, yang mana rakan kongsi akan mengumumkan lawatan lapangan maya yang akan datang. Sebanyak 1-4 bilik darjah akan dipilih untuk menyertai acara Hangout On Air sebagai peserta siaran langsung.

8. Apakah yang perlu ada di dalam kelas saya untuk menyertainya?

❏ Akaun Google+

❏ Sambungan Internet berkelajuan tinggi

❏ Sistem tayangan untuk menayangkan Hangout On Air kepada pelajar

❏ Webcam & Mikrofon

❏ Kebenaran ibu bapa untuk murid-murid di bawah 13 tahun

30