19
1 TOPIK 1 ASAS KAJIAN OUM TOPIK 1 ASAS KAJIAN Dr. David Lim Chong Lim PENGENALAN Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual. Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru- guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka. Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian. OBJEKTIF Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh: 1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian; 2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan 3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja kajian.

Panduan Kajian Kes

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Kajian Kes

1

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Dr. David Lim Chong Lim PENGENALAN Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual. Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka. Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

OBJEKTIF Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh:

1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;

2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan

3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja kajian.

Page 2: Panduan Kajian Kes

2

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

PETA MINDA TOPIK 1.1 MENGAPA MENYELIDIK? Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Tujuan kajian boleh dikelaskan seperti berikut:

Kajian Dalam Pendidikan

Inkuiri Saintifik • Alternatif • Kelebihan

Kriteria Kajian Berkualiti

Etika Kajian

Kajian

Page 3: Panduan Kajian Kes

3

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Rajah 1.1: Tujuan menjalankan kajian

Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan kepada tujuan dan konteks penyeliddikan. Pada satu hujung, kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Kajian asas memajukan pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini. Pada hujung lagi satu, terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah harian. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan (applied

Page 4: Panduan Kajian Kes

4

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

research). Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan. Latihan 1.1 Apakah perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan?

1.2 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

1. Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam konteks

pendidikan?

2. Mengapakah guru perlu menjalankan kajian?

3. Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula, menilai dan memperbaiki amalan pengajaran mereka?

Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah, maka segala ilmu kita akan menjadi tetap, iaitu tidak pernah berubah. Semua pengetahuan, maklumat dan penyelesaian kepada setiap masalah mudah diperoleh. Kita tidak perlu mempersoalkan kesahan, andaian atau makna sebenarnya. Dalam keadaan sebenar, jawapan kepada pemasalahan yang kita hadapi tentunya tidak boleh didapati semudah itu, disebabkan wujudnya jurang antara pengetahuan kita dengan pengetahuan umum dan juga pengetahuan umum itu sendiri. Di tempat kerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi masalah berkaitan kerja kita, yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita. Para guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang amat kompleks, iaitu daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi (institutional setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka. Justeru, amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian, iaitu inkuiri yang sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas mereka. Pada dasarnya, mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam bidang pendidikan, dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan falsafah (Freebody, 2003). 1.2.1 Kajian Kuantitatif dan Kualitatif Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah amalan yang mereka hadapi. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya tersendiri. Berikut dijelaskan perkara-perkara asas yang membezakan jenis-jenis kajian ini, manakala topik-topik lain dalam modul ini akan memberi penjelasan secara lebih mendalam.

Page 5: Panduan Kajian Kes

5

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002; Brown & Dowling, 1998). Kelebihan kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan framework). Selain itu, data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara logik (coherent theoretical diselidik, dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan. Bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama, iaitu pengkuantifan semata-mata tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan. Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan, keredaan dan hasrat tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al. (1998: 22), untuk mengkaji tingkah laku ganas pelajar di sekolah, misalnya, penyelidik perlu mengkaji lebih daripada hanya melapor jenis dan bilangan peristiwa (incidents). Dia perlu memerhati dan menemu bual pelajar-pelajar ganas dan cuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan juga bertanya mereka soalan seperti: “Bagaimana pelajar-pelajar ini mempersepsikan guru mereka dan pelajar-pelajar di sekolah?”, “Bagaimanakah pelajar-pelajar lain bertindak terhadap mereka?”, Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas”. Soalan-sialan begini memerlukan jawapan dalam bentuk kualitatif, iaitu berfokus kepada pemahaman fenomena sosial daripada perspektif peserta kajian. Kajian Kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian, dan juga persampelan seting dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang (intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan sebagainya.

Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

Kuantitatif Kualitatif

Tujuan Menyelidik hubungan, sebab dan kesan.

Memahami fenomena sosial.

Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan. Dibentuk semasa kajian dijalankan.

Pendekatan Deduktif; menguji teori. Induktif; menjana teori.

Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai. Menggunakan interaksi bersemuka.

Sampel

Menggunakan sampel besar. Menggunakan sampel-sampel kecil.

Analisis Analisis statistik ke atas data numerik. Deskripsi dan interpretasi naratif. Sumber: Ary, Jacobs & Razavieh (2002). Introduction to Research in

Education. 6th ed. Belmont CA: Wadsworth

Page 6: Panduan Kajian Kes

6

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

1.2.2 Kajian Tindakan

Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa ini ialah penyeldikan tindakan (action research), iaitu satu jenis inkuiri berebentuk reflektif-kendiri yang mempersoal, mengkritik dan menteorikan andaian-andaian yang mendasari idea, pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh McNiff (2002: 15):

Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti kajian sosial dan pengurusan untuk meningkatkan profesionalime. Bagaimanapun, tiada satu pun pendekatan kepada kajian tindakan, sebab penyelidik secara individu akan memberi penekanan kepada pelbagai aspek kajian, seperti aspek teknikal atau nilai yang diperoleh daripada kajian. Secara amnya penyelidik-penyelidik akan melalui langkah-langkah asas berikut (McNiff 2002):

Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Ia adalah cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. Sekiranya anda berpuas hati dengan amalan anda, anda boleh menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasa demikian dan memberikan bukti untuk menyokong tuntutan anda. Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi perhatian, anda boleh bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti setakat mana amalan itu telah dibaiki.

Page 7: Panduan Kajian Kes

7

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Rajah 1.2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan

Kajian tindakan adalah tidak linear, tetapi melibatkan proses putaran yang akan mewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagi kajian yang mengambil masa panjang, penyelidik boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian, yang mana laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajian yang berbeza.

Page 8: Panduan Kajian Kes

8

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya dalam sehelai kertas. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentang topik-topik ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda dan murid-murid anda nanti. Berikut adalah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuah universiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untuk memilih topik kajian: • Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh Yock Suak)

• Keberkesanan paradigme pengajaran terus terhadap pengajaran inferensi (Ellen Drabble)

• Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan (Puteri Rohani Megat Abdul Rahim)

• Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajian kes (Ranjit Singh Gill)

• Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti dan formulasi UIS (Qiang Qian)

Sampel Kertas Kajian yang Diterbitkan 1. “Reflecting and learning together: Action research as a vital element of

developing understanding and practice.” Tina Cook. Educational Action Research 12.1 (2004)

Kertas ini, “Refleksi dan pembelajaran bersama: Kajian tindakan sebagai unsur penting untuk membina kefahaman dan amalan”, menjelaskan bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu peserta dalam memperbaiki amalan mereka dan bekerja sama. Proses membuat refleksi dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk berfikir, mempelajari sesuatu, mereka bentuk, menunjuk dan menukar unsur-unsur amalan mereka berpandukan bukti-bukti yang dikumpul. Unsur utama dalam kertas ini ialah bagaimana refleksi ‘in action’ dan ‘on action’ (Schön) membantu peserta daripada latar belakang berbeza untuk memahami dan memperbaiki amalan mereka melalui peningkatan pengetahuan dan keyakinan diri serta pengetahuan mereka daripada perspektif orang lain. 2. “The assessment of second language teaching.” Craig Thaine. ELT

Journal 58.4 (2004).

Kertas ini, “Penaksiran pengajaran bahasa kedua”, melaporkan projek kajian tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. Kajian dilaksana berasaskan Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults (CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria penaksiran untuk sijil ini ditafsir dan dioperasikan oleh pendidik guru di New Zealand. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana beberapa kriteria diterlebih generalisasi atau

Page 9: Panduan Kajian Kes

9

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

bertindih dengan kriteria lain, yang menimbulkan pula masalah kepada kebolehpercayaan (reliability). Kertas ini mencadangkan beberapa cara bagaimana kriteria ini boleh diubah suai. Isu-isu yang dibangkitkan adalah penting kepada para pendidik guru bahasa Inggeris, atau lebih meluas, kepada para pendidik guru bahasa kedua. 3. “Perceived needs of educational administrators for student services

offices in a Chinese context: School counselling programs addressing the needs of children and teachers”. Sonya Corbin Dwyer & Kathryn McNaughton. School Psychology International 25.3 (2004).

Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secara holistik terhadap pendidikan. Dalam seminar di Changchun, para pentadbir kanan telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajar diwujudkan di sekolah-sekolah rendah. Kajian ini meneliti 19 rancangan tindakan para pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamat pejabat ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat literatur tentang model program bimbingan untuk membantu pembangunan akademik, kerjaya dan keperluan peribadi/sosial pelajar. Selain itu, para pendidik berpendapat bahawa matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuan kepada guru untuk mengatasin isu-isu peribadi dan kerja mereka. Implikasi dari segi kajian antarabangsa dan cadangan untuk mengkaji program kaunseling turut dikemukakan. 4. “Learning mathematics in a classroom community of inquiry.” Merrilyn

Goos. Journal for Research in Mathematics Education 35.4 (2004). Kertas ini, “Pembelajaran matematik dalam bilik darjah berkomuniti inkuiri”, cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentu yang perlu diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalam kelas matematik sekolah menengah. Teori-teori pembelajaran sosio-budaya dijadikan kerangka untuk meneliti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah kelas dalam masa dua tahun. Konsep “zon pembangunan proksimal” (zone of proximal development - ZPD) digunakan sebagai kerangka asas untuk menjelaskan pembelajaran sebagai “peningkatan penyertaan dalam komuniti yang mengamalkan inkuiri dalam matematik”.

Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual dengan para pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukan norm dan amalan yang berfokus kepada pemahaman matematik dan justifikasi tentang idea dan penghujahan serta untuk mencerap amalan pembelajaran yang para pelajar gunakan sebagai respons mereka kepada kaedah inkuiri ini.

1.3 KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Penyelidik pula cuba mencapai matlamat ini melalui teori-teori dan hipotesis-hipotesis. Ramalan (predicting) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kita menggunakan teori.

Page 10: Panduan Kajian Kes

10

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Untuk membuat ramalan, kita perlu tahu dan faham mengapa pemboleh-pemboleh ubah (variables) berkait, yang sememangnya memerlukan teori. Teori adalah pernyataan yang menjelaskan pertalian antara beberapa pemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama sebab dan kesannya. Kaedah saintifik adalah satu siri langkah-langkah yang diguna untuk membangunkan dan menghalusi sesuatu teori. Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung kepada konsep-konsep yang membolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Konsep pada peringkat tinggi diguna untuk menjelaskan perkara-perkara yang lebih spesifik, yang tidak dapat dicerap (observe) secara terus. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori, sementara pemboleh ubah digunakan pada peringkat empirikal. Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Setiap orang akan menganalisis masalah yang sama dengan cara yang berbeza bergantung kepada persepsi masing-masing yang telah dilazimkan oleh persekitaran yang berbeza. Justeru, jenis persoalan yang timbul akan berbeza mengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena. Perlu diingatkan bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisis masalah, tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan permasalahan kita. Apakah itu sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu pengetahuan. Kepada kebanyakan orang, gambaran/imej sains dapat dilihat melalui dua klasifikasinya, iaitu sains fizikal (matematik, fizik, kimia, biologi) dan sains sosial (psikologi, sosiologi, ekonomi). Subjek sains akan menentukan teknik dan alat yang digunakan dalam kajian. Matlamat utama sains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari hubungan antara beberapa pemboleh ubah. Melalui pemahaman hubungan ini, penyelidik akan dapat memahami fenomena yang dikaji, membuat ramalan dan menentukan hubungan penyebab (causal relationships). Sains mempunyai ciri-ciri berikut:

Jadual 1.2: Ciri-ciri Sains

Ciri-ciri Sains

Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.

Boleh diulang (replicable)

Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang digunakan sebelumnya.

Analitikal

Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan fakta empirikal.

Berasaskan teori

Ia bergantung kepada pengetahun lepas.

Logikal

Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.

Teliti

Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.

Page 11: Panduan Kajian Kes

11

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

1.4 ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU

“Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis, sekali lagi saya bermain, kebarangkalian saya menang akan meningkat.” Adakah terdapat kesilapan dalam logik ini? Jelaskan.

Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber, selain sains. Kebanyakan apa yang kita tahu adalah daripada apa yang diajar oleh ibu bapa kita, apa yang kita alami sendiri, apa yang kita baca dalam buku-buku atau apa yang kita tonton dalam TV atau filem. Pengetahuan daripada sumber-sumber ini biasa mencukupi untuk interaksi harian kita, tetapi mungkin mempunyai kesilapan, seperti juga kajian saintifik yang menghasilkan ilmu yang tepat dan berguna hanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu. (a) Autoriti Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada

buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sandaran kepada autoriti untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah dan cepat mendapatkan pengetahuan. Bagaimanapun, ia mempunyai batasan tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang bias.

(b) Tradisi Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia

telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai. Apa yang jarang disebut ialah pengetahuan yang diturunkan daripada generasi ke generasi itu mungkin berasaskan kepada beberapa prasangka yang tidak rasional, yang menjadikan pengetahuan itu sebagai “natural” atau ianya mungkin telah berubah setiap kali ia dipindahkan kepada generasi baru.

(c) Pengetahuan Umum Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh

semua orang yang mempecayainya. Pengetahuan umum (commonsense) ini adalah penting dalam kehidupan harian, tetapi ia mungkin membenarkan kepalsuan logik mempengaruhi pemikiran kita. Ia juga boleh menyebarkan idea yang salah, yang kita tidak sedar tentangnya, dan menyebabkan kita menerima maklumat yang salah.

(d) Mistri Media Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita

sebagai sumber maklumat. Bagaimanapun, apa yang mereka sajikan mungkin tidak memberi gambaran sebenar, yang mungkin disebabkan oleh pelaporan yang kurang tepat, kesilapan yang disebabkan kekurangan pengetahuan atau amat bergantung kepada autoriti, tradisi atau pengetahuan umum sebagai sumber maklumat.

(e) Pengalaman Peribadi Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita

terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi merupakan sumber pengetahuan

Page 12: Panduan Kajian Kes

12

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

yang penting kepada kita, tetapi ia juga dapat memesongkan (distort) kita. Apa yang kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong. Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:

• Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu, apabila kita memperoleh bukti

yang membawa kepada kepercayaan kita, kita mengandaikan perkara ini benar dalam situasi-situasi lain.

• Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan

kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. Fokus ini menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi dengan idea prapencerapan (preconceived) kita.

• Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat

apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.

• Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi

terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau orang tersebut.

1.5 KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifik daripada kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifik lebih daripada proses pengutipan dan penganalisisan data. Pendekatan saintifik adalah berasaskan dua perkara penting, iaitu logik and pencerapan. Kedua-dua aspek ini adalah penting yang berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains, iaitu teori saintifik, pengutipan data dan penganalisisan data.

Rajah 1.3: Pendekatan saintifik

Page 13: Panduan Kajian Kes

13

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

1.5.1 Model Sains Tradisi Dalam model sains tradisi, terdapat tiga unsur utama, iaitu: (a) Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis. (b) Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan

bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh ubah.

(c) Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.

Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya. 1.5.2 Model Deduktif dan Induktif Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perlu dinyatakan secara eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya. (a) Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general),

daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip-prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik.

(b) Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk

tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum.

Rajah 1.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif

Hipotesis

Generalisasi Empirikal

Pencerapan INDUKSI DEDUKSI Teori-teori

Page 14: Panduan Kajian Kes

14

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

1.6 KRITERIA KAJIAN YANG BAIK Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripada kajian yang dirancang, dilaksana dan diuji dengan baik. Kajian yang baik biasanya mempunyai ciri-ciri saintifik berikut: (a) Tujuan Kajian yang Jelas Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk

mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau mengawal peristiwa (event) dalam situasi tertentu. Justeru, penyelidik perlu menyatakan tujuan kajian secara bertulis dengan jelas, termasuk skop dan batasan kajian serta definisi yang tepat kepada istilah-istilah utama yang digunakan.

(b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan

disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit, kecuali sumber yang perlu dirahsiakan. Sekiranya sumber dan/atau kaedah tidak dinyatakan dengan jelas, persoalan tentang kebolehpercayaan dan kesahan akan timbul.

(c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan

ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekod data.

(d) Piawai Etika yang Tinggi Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta

kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. Aspek etika akan dibincangkan dengan lebih panjang kemudian.

(e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis

ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas. Sekiranya ujian statistik digunakan, penyelidik perlu menyatakan keberangkalian kesignifikanannya dan margin ralat yang digunakan. Penyampaian dapatan kajian perlu dibuat secara terbatas, jelas, tepat, menyeluruh, mudah difahami dan disusun supaya mudah dibaca. Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang impresi yang tidak baik.

(f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu

menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun, sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh dipersoalkan.

Page 15: Panduan Kajian Kes

15

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

Yang mana antara ciri-ciri kajian di atas yang anda rasa paling penting? Mengapa?

Latihan 1.2 Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah. Pernyataan Betul/Salah

1. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.

2. Teori membantu kita memahami apa yang kita cerap.

3. Model tradisi sains menggunakan logik induktif.

4. Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji.

5. Peranan teori ialah penyampaian (representation), sementara model ialah penjelasan.

6. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan membina generalisasi dan kemudian menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.

Lawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian. http://www.support4learning.com/education/research.htm

1.7 ETIKA KAJIAN Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan/atau berhubung dengan orang lain. Dalam kajian, etika merujuk kepada kesesuaian tingkah laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Penyelidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap masalah berkaitan etika yang mungkin berlaku. Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan oleh McNamee (2002), subjek kajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian, dan sama ada mereka ingin menyertai kajian atau tidak. Masalah etika boleh timbul daripada pelbagai sumber, yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. (2000) sebagai meliputi:

Page 16: Panduan Kajian Kes

16

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

• jenis projek kajian; • konteks kajian; • prosedur yang akan digunakan; • kaedah pengutipan data; • jenis peserta; • jenis data yang dikutip; dan • penggunaan praktikal data yang dikutip. Antara isu-isu etika termasuk: • kerahsiaan peserta kajian;

• penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya;

• keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;

• menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;

• reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian; dan

• tingkah laku dan keobjektifan penyelidik. Di peringkat awal kajian, penyelidik perlu memohon kebenaran untuk mendapatkan bahan-bahan daripada agensi, organisasi atau individu berkenaan. Masalah etika mungkin akan timbul sekiranya badan-badan yang memberi kelulusan tidak diberi penjelasan secukupnya atau peserta tidak jelas tentang objektif kajian. Isu-isu berkaitan privasi mungkin timbul apabila, misalnya, penyelidik secara tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi bakal peserta atau penyampai maklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada masa yang tidak sesuai. Pemerolehan data sekondar (secondary data) juga boleh menimbulkan masalah salah laku etika, misalnya, apabila penyelidik mengambil data peribadi individu yang enggan menyertai sesuatu projek kajian. Contoh polisi kajian diberi di bawah:

Page 17: Panduan Kajian Kes

17

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

1.1. Australian National University (selepas ini "Universiti") bertanggungjawab mematuhi piawai integriti kajian tertinggi dan memestikan para penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi. Penyelidik mempunyai tanggungjawab menentukan kerja-kerja mereka membantu menyemarakkan profesion mereka dan juga Universiti di mana mereka berkhidmat. 1.2. Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan kajian di Universiti ini, termasuk staf, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini. Ia juga memberikan kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah faham dan juga memberikan langkah-langkah untuk diikuti sekiranya terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku kajian. Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah ditujukan kepada Timbalan Naib Canselor (Kajian). 1.3. Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Yang penting antaranya ialah menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan dalam pengutipan dan pelaporan data. Penyelidik bertanggungjawab untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi apabila melaksanakan kajian. 1.4. Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri hendaklah diberi pengiktirafan sewajarnya. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam didefinisi atau diubah berdasarkan dapatan kajian. 1.5. Proses kajian akan mengawal kebenaran. Komunikasi antara ahli-ahli penyelidik; menyelenggara dan rujukan terhadap rekod kajian; pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar-pakar; penerbitan hasil, termasuk semakan rakan; dan ulangan kajian atau sambungan kajian oleh penyelidik lain; semuanya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian. 1.6. Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif, membantu meningkatkan kualiti dan menyegerakan hasil kajian. Bagaimanapun, tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan kajian yang baik, sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan laporan dibuat secara tergopoh-gapah, pembahagian laporan kajian kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan, atau terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa, tanpa mencuba yang lebih kreatif dan inovatif. 1.7. Apabila membuat interpretasi polisi ini, sifat sesuatu disiplin tertentu perlu diambil kira. 1.8. Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukan-peruntukannya dipatuhi. Kegagalan mematuhi peruntukan-peruntukan ini boleh dijadikan sebab untuk tindakan disiplin.

Rajah 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik”

Sumber:http://info.anu.edu.au/policies/Policies/Research/Other/ Responsible_Research_Practice.asp

Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan institusi.

Page 18: Panduan Kajian Kes

18

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

RUMUSAN Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentang kajian ialah dengan melakukannya sendiri. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar, tetapi seperti mana Bell (1999) dan lain-lain berpendapat, banyak masa akan terbuang sekiranya prosedur-prosedur asas kajian tidak dipatuhi. Dalam topik ini, kita telah melihat beberapa jenis kajian yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menguji apa yang kita tahu dan menghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita melihat dunia ini. Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu ianya sistematik, menyatakan skop dengan jelas, mematuhi piawai etika yang tinggi dan menyatakan segala batasannya. GLOSARI Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman

teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.

Kajian gunaan – Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah

harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.

Kajian kuantitatif – Kajian yang menekankan pemerolehan fakta

menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi.

Kajian kualitatif – Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna

yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanihan seseorang, dan sebagainya.

Kajian tindakan – Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan

harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.

UJIAN 1 1. Nyatakan dengan ringkas perbezaan antara kajian asas dan kajian gunaan. 2. Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepada para guru. 3. Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah: “Menyatakan batasan kajian

dengan jelas”. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini.

Page 19: Panduan Kajian Kes

19

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

OUM

UJIAN 2 Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model Deduktif. 1. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana

anda menggunakan model ini dalam kajian. 2. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana

anda menggunakan model ini dalam kajian. 3. Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model

Deduktif.