5
PANDUAN KURSUS PENGENALAN Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang. Kursus TRM 3053/SMU 3073 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Kalkulus Asas yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga, kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anda juga diberikan latihan formatif dan latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.

Panduan Kursus (1).pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • PANDUAN KURSUS

    PENGENALAN

    Panduan kursus disediakan bagi membantu anda memahami sepenuhnya keperluan dan

    kandungan kursus. Pelajar dinasihatkan membaca bahagian ini dengan teliti dan

    selepas itu berusaha untuk mengikuti segala perkara yang disarankan bagi membolehkan

    anda melengkapkan kursus ini dengan cemerlang.

    Kursus TRM 3053/SMU 3073 memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Kalkulus

    Asas yang merangkumi pembelajaran Matematik di sekolah. Tidak ketinggalan juga,

    kursus ini menyediakan modul yang akan membantu pelajar meningkatkan mutu dan

    kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Anda juga diberikan latihan formatif dan

    latihan sumatif untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan

    yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk

    menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah

    didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan

    secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai

    seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.

  • KUMPULAN SASARAN

    Kursus ini ditawarkan kepada pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda

    Pendidikan Sekolah Rendah di UPSI. Walau bagaimanapun, modul ini digubal khas untuk

    pelajar Program Jarak Jauh.

    PERUNTUKAN MASA PENGAJARAN PEMBELAJARAN MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)

    Waktu pembelajaran untuk kursus TRM 3053/SMU 3073 adalah disyorkan seperti Jadual 1.

    Jadual 1 Anggaran agihan masa pembelajaran TRM 3053/SMU 3073

    Mod Penyampaian Pemberatan

    1. Tutorial 10 jam

    2. Modul P&P (CD) 10 jam

    3. E-Learning (MyGuru) 12 jam

    4. Video P&P (MyGuru) 10 jam

    Jumlah 42 jam

    HURAIAN TRM 3053/SMU 3073 KALKULUS ASAS

    PRASYARAT

    :

    TRM1023 dan TRM1033

    HASIL PEMBELAJARAN KURSUS Di akhir kursus TRM 3053/SMU 3073 , anda diharap dapat:

    1. Menyedari kegunaan kalkulus dalam kehidupan seharian. (A3)

    2. Menghubungkaitkan konsep had dalam pembezaan dan kamiran. (C3)

  • 3. Mengenal pasti pembezaan bentuk sesuatu graf dengan menggunakan ujian

    menyusut/menokok, ujian terbitan pertama, ujian kecekungan dan ujian terbitan kedua. (C4)

    4. Mencari pembezaan bagi pelbagai fungsi. (C3)

    5. Melakarkan graf berdasarkan kaedah yang sistematik. (C3, P3)

    6. Memilih dan menggunakan teknik-teknik kamiran yang sesuai. (C5)

    Menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pembezaan dan kamiran secara sistematik.

    (C5, LL2, CS5)

    SINOPSIS KURSUS

    Kursus ini membincangkan tentang sejarah dan penggunaan kalkulus. Tajuk-tajuk yang

    dibincangkan ialah fungsi, had dan keselanjaran, pembezaan, penggunaan pembezaan,

    kamiran, teknik-teknik kamiran dan penggunaan pengamiran.

    (This course discusses the history and the application of calculus. The topics that will be

    discussed are function, limit and continuity, differentiation, the application of differentiation,

    integration, techniques of integration and the application of integration).

    ISI KANDUNGAN KURSUS

    Untuk membantu anda mencapai hasil pembelajaran kursus ini, isi kandungan kursus

    dibahagikan kepada 10 unit semuanya yang terkandung dalam seperti berikut:

  • UNIT TAJUK

    1 Pengenalan kepada Kalkulus Asas

    2 Fungsi I

    3 Fungsi II

    4 Had dan Keselanjaran

    5 Pembezaan

    6 Teknik Pembezaan

    7 Penggunaan Pembezaan

    8 8

    Kamiran

    9 Teknik Pengamiran

    10 Penggunaan Pengamiran

    Tugasan

    Kerja Kursus 60%

    Peperiksaan Akhir 40%

    Jumlah 100 %

  • RUJUKAN

    Stewart, J. (2009). Calculus. 6th Ed. Belmont: Brooks/Cole Thomson Learning Inc.

    Anton, H., Bivens, I. & Davis, S. (2005). Calculus. 8th Ed. New York:

    John Wiley & Sons.

    Abd. Wahid Md. Raji, Hamisan Rahmat, Ismail Kamis, Mohd Nor Mohamad & Ong Chee Tiong.

    (1998). Siri Nota Kuliah Kalkulus. UTM.

    Larson, R.E., Hostetler, R.P. & Edwards, B.H.(1998). Calculus with Analytic Geometry: Houghton

    Mifflin, New York.

    HURAIAN IKON YANG DIGUNAKAN

    Situasi yang memerlukan anda berfikir dan membuat refleksi mengenainya.

    Aktiviti yang harus dilakukan untuk memahami konsep yang dibincangkan. Aktiviti

    termasuklah menjawab soalan, membuat pengiraan, mengisi tempat kosong, melakar,

    dan/atau mencari maklumat daripada Internet, buku, dan sumber lain-lain.