Upload
lindsay-freeman
View
248
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
1/36
Panduan Mengenai Undang-Undang
Pekerjaan Untuk Majikan
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
2/36
Untuk maklumat Lanjut
www.fairemployment.sg www.mom.gov.sg
Hubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122
E-mel: [email protected]
Panduan ini diterbitkan oleh Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan yang Adil sebagai usaha untuk menggalakkan amalan pekerjaan yang adil
dan bertanggungjawab.
Anda juga boleh muat turun salinan Panduan ini dari lelaman web Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak untuk Amalan Pekerjaan
yang Adil, www.fairemployment.sg.
Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada April 2010. Maklumat yang ditulis di dalam panduan ini ditulis secara umum dan
bukan sebagai huraian lengkap bagi undang-undang yang berkaitan. Jika terdapat keraguan, sila rujuk kepada Akta Pekerjaan atau hubungi
Kementerian Tenaga Manusia.
Diterbitkan oleh:
Disokong oleh:
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
3/36
Kandungan
Akta Pekerjaan
1) Adakah pekerja saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?
2) Apakah seksyen di dalam Akta Pekerjaan yang berkaitan dengan pekerja saya?
Kontrak Perkhidmatan
3) Apakah yang sepatutnya ada di dalam Kontrak Perkhidmatan?
4) Bolehkah Kontrak Perkhidmatan menyediakan terma yang kurangmenguntungkan dari yang ada di dalam Akta Pekerjaan?
5) Apakah perbezaan di antara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk Khidmat?
Hal Ehwal Gaji
6) Berapa kerap perlu saya bayar gaji pekerja saya?
7) Bagaimana saya mengira pembayaran untuk kerja lembur?
8) Bagaimana gaji patut dibayar?
9) Bila gaji sepatutnya dibayar apabila kontrak perkhidmatan telah dibatalkan?
10) Adakah saya dibenarkan untuk membuat pemotongan gaji pekerja saya?
11) Apakah jumlah pemotongan maksimum yang dibenarkan?12) Bagaimana saya mengira gaji untuk pekerjaan yang kurang dari sebulan?
Masa Bekerja
13) Berapa jam pekerja saya perlu bekerja dalam sehari atau seminggu?
14) Adakah terdapat had dalam jumlah masa yang pekerja saya boleh bekerja dalam
satu hari?
15) Adakah terdapat had dalam jumlah masa untuk kerja lembur dalam sebulan?
Hari Rehat
16) Berapa banyak hari rehat yang pekerja saya berhak dapat dalam seminggu?
17) Bolehkah saya meminta pekerja saya bekerja pada hari rehat mereka?18) Apakah bayaran untuk pekerjaan yang pekerja saya lakukan pada hari rehat mereka?
Cuti Tahunan
19) Apakah peruntukan cuti tahunan bagi pekerja saya?
20) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti tahunan pro-rata?
Cuti Sakit
21) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti sakit berbayar?
22) Adakah saya dikehendaki membayar perbelanjaan perubatan pekerja saya?
23) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti sakit berbayar pada hari cuti umum?
24) Adakah sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor luar negara diiktiraf?Cuti Bersalin dan Penjagaan Anak
25) Apakah faedah bersalin yang diperuntukkan untuk pekerja wanita?
26) Adakah terdapat sebarang batas untuk tempoh cuti bersalin?
27) Adakah saya perlu terus membayar gaji pekerja yang sedang dalam cuti bersalin?
28) Adakah saya dibenarkan untuk memberhentikan pekerja yang sedang dalam cuti
bersalin?
29) Adakah saya dibenarkan memberhentikan pekerja wanita yang hamil?
30) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti penjagaan anak?
Muka Surat
3
3
3
4
4
4
5
6
6
6
7
7
7
88
10
10
10
10
11
11
1112
14
14
15
16
16
16
17
1718
18
18
19
19
19
19
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
4/36
Faedah Pembuangan Kerja
31) Adakah pekerja saya berhak mendapat faedah pembuangan kerja?
Pekerjaan Separuh Masa
32) Apakah takrif pekerja separuh masa?33) Adakah pekerja separuh masa berhak mendapat apa-apa faedah?34) Bagaimana saya mengira cuti tahunan untuk pekerja separuh masa?35) Bagaimana saya mengira bayaran bagi kerja lembur pekerja separuh masa?
Pembatalan Kontrak
36) Apakah saya perlu memberitahu pekerja saya terlebih dahulu?37) Bolehkah kontrak perkhidmatan dibatalkan tanpa memberi sebarang notis?38) Bilakah sesuatu kontrak pekerjaan dianggap sudah batal?39) Bolehkah pekerja saya menggunakan cuti tahunannya untuk menggantikan
tempoh notis?40) Bolehkah saya membatalkan kontrak pekerja saya semasa dia dalam
tempoh notisnya?41) Bolehkah saya membatalkan kontrak perkhidmatan pekerja saya semasa dia
dalam probesyen?42) Bolehkah saya membatalkan kontrak perkhidmatan pekerja saya semasa dia
sedang cuti hospital?
Salah Laku Pekerja
43) Apakah tindakan yang boleh saya ambil jika pekerja saya terlibat denganperbuatan salah laku?
44) Bagaimana saya menjalankan siasatan terhadap perbuatan salah laku itu?45) Adakah seseorang pekerja yang diberhentikan kerana salah laku mempunyai
cara untuk menebus kembali hukuman terhadapnya itu?
Denda46) Apakah denda bagi kegagalan mematuhi Akta Pekerjaan?
Contoh Kontrak Perjanjian Pekerjaan
20
20
21
21212122
23
23232424
24
24
24
25
25
2525
2626
27
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
5/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanAkta Pekerjaan
3
Akta PekerjaanAkta Pekerjaan adalah undang-undang buruh yang utama Singapura. Ia menetapkanterma dan syarat pekerjaan yang minimum, dan hak dan tanggungjawab majikan danpekerja di bawah kontrak perkhidmatan.
Panduan ini akan menyediakan anda dengan maklumat asas mengenai Akta Pekerjaan.Ia ditulis secara umum sebagai panduan untuk majikan dan bukan sebagai huraianlengkap undang-undang yang berkaitan. Jika anda perlukan bantuan lanjut, sila rujukke www.mom.gov.sg atau hubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122.
1) Adakah pekerja saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tidak kira kewarganegaraan) yang di bawahkontrak perkhidmatan dengan majikan, kecuali:a) Pengurus dan eksekutif (pengurus dan eksekutif dengan pendapatan bulanan
asas $4,500 dan ke bawah dilindungi separa di bawah Akta Pekerjaan, bagipembayaran gaji.)
b) Pelaut;c) Pekerja domestik; dand) Pekerja Badan Berkanun dan pemerintah.
Akta Pekerjaan melindungi pekerja tempatan dan pekerja asing. Ia tidak membezakandi antara pekerja sementara, pekerja kontrak, pekerja bergaji harian atau pekerja dibawah pekerjaan bertempoh.
2) Apakah seksyen di dalam Akta Pekerjaan yang sesuai untuk pekerja saya?Secara umum, semua seksyen di dalam Akta Pekerjaan adalah sesuai untuk pekerjaanda jika mereka dilindungi oleh Akta ini. Namun, Bahagian IV dalam Akta Pekerjaan,yang berkenaan masa bekerja, hari rehat, cuti tahunan, kerja bergiliran dan lain-lainsyarat perkhidmatan, hanya untuk buruh dengan gaji bulanan asas tidak melebihi$4,500 dan pekerja dengan gaji bulanan asas tidak melebihi $2,000.
Nota:Seorang buruh ialah pekerja yang secara umumnya melakukan pekerjaan yangmelibatkan kerja tangan dan yang mungkin berkemahiran atau tidak berkemahiran.Contoh buruh seperti, pembersih, pekerja binaan, buruh kasar dan pemandu.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
6/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Kontrak Perkhidmatan4
3) Apakah yang sepatutnya disebutkan dalam Kontrak Perkhidmatan? Untuk mengelakkan sebarang salah faham, anda dinasihatkan mempunyai Kontrak
Perkhidmatan (dalam bentuk kontrak pekerjaan atau surat perlantikan) yang
menyatakan terma dan syarat pekerjaan. Kontrak Perkhidmatan itu sepatutnya
mengandungi perkara berikut:
Nama jawatan
Skop pekerjaan iaitu tugas yang perlu dilakukan
Tarikh mula perlantikan / mula bekerja
Gaji dan elaun, jika ada
Tempoh pembayaran gaji
Sumbangan CPF
Masa bekerja sehari/seminggu/kerja bergiliran
Kadar pembayaran kerja lembur
Hari rehat
Faedah pekerja, contohnya, cuti tahunan, cuti sakit dan cuti hospital
Pembatalan kontrak pekerjaan dan tempoh notis
Kontrak Perkhidmatan
4) Bolehkah Kontrak Perkhidmatan menyediakan terma yang kurangmenguntungkan dari yang ada di dalam Akta Pekerjaan?
Tidak, sebarang terma pekerjaan yang kurang menguntungkan daripada apa
yang diperuntukkan di dalam Akta pekerjaan adalah tidak sah dan dianggap batal.Peruntukan di dalam Akta pekerjaan akan diutamakan daripada mana-mana terma
kontrak yang kurang menguntungkan.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
7/36
5) Apakah perbezaan di antara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk Khidmat? Kontrak Perkhidmatan ialah satu perjanjian di mana seseorang bersetuju untuk
mengambil seseorang sebagai pekerja dan orang itu bersetuju untuk menjadi pekerja
kepada majikan itu. Majikan itu perlu membuat sumbangan CPF dan menyediakan
faedah-faedah yang wajib seperti cuti tahunan dan cuti sakit.
Kontrak untuk Khidmat pula ialah satu perjanjian di mana seseorang itu dilantik sebagai
kontraktor bebas, seperti orang bekerja sendiri atau penyedia khidmat yang dilantik
dengan pembayaran untuk menjalankan sesuatu tugas atau projek untuk syarikat itu.
Di bawah kontrak kerja seperti itu, tidak ada hubungan majikan-pekerja, dan orang itu
tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan.
Faktor-faktor berikut ini sepatutnya dipertimbangkan dalam membezakan di antara
kontrak perkhidmatan dengan kontrak untuk khidmat:
a) Mempunyai kuasa terhadap perlantikan dan pemberhentian, pembayaran gaji,
menetapkan proses penghasilan dan penyediaan pekerjaan.
b) Pemilikan perkakas, peralatan, bahan dan tempat kerja.
c) Pemilikan perniagaan, pengagihan keuntungan dan kerugian dan perkongsian
pendapatan dan keuntungan.
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Kontrak Perkhidmatan5
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
8/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHal Ehwal Gaji
6
6) Berapa kerap perlu saya bayar gaji pekerja saya?Gaji hendaklah dibayar kepada pekerja anda sekurang-kurangnya sekali dalam
sebulan dan dalam masa 7 hari selepas tamat tempoh gaji. Sebagai tambahan, semua
pembayaran kerja lembur mesti dibayar dalam 14 hari selepas tamat tempoh gaji.
7) Bagaimana saya mengira bayaran untuk kerja lembur?Kerja lembur hendaklah dibayar pada kadar yang tidak kurang dari 1.5 kali gaji asas
setiap jam pekerja itu. Berdasarkan gaji asas setiap jam, gaji kerja lembur akan dikira
seperti berikut:
Hal Ehwal Gaji
Kadar Gaji sejam x 1.5 x Jumlah Jam Kerja Lembur
Contoh pengiraan gaji untuk kerja lebih masa
JenisPekerja
Bulanan
Harian
Gaji
$600setiapbulan
$40setiaphari
Formula untukmengira gajiasas ikut jam
Penjiraan gajiasas ikut jam
Jumlah jamkerja lembur
Gaji kerjalembur
12 x Kadar gajiasas bulanan
52 x 44
Gaji harian padakadar asas
Masa kerja harian
12 x $60052 x 44
= $3.15
$408
= $5
2 jam
4 jam $5 x 1.5x 4 jam
= $30
$3.15 x 1.5x 2 jam
= $9.45
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
9/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHal Ehwal Gaji
7
Di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan, adalah wajib untuk membayar kerja lemburkepada pekerja yang bergaji asas $2000 ke bawah sebulan, atau kepada buruh yangbergaji asas $4500 atau ke bawah sebulan.
Anda boleh merujuk kepada perkhidmatan e-Kalkulator untuk membantu anda mengirapembayaran kerja lembur di lelaman: www.mom.gov.sg > Workplace Relations andStandards > e-Calculator
8) Bagaimana gaji patut dibayar?Gaji hendaklah dibayar pada hari bekerja dan sewaktu masa bekerja di tempat kerjaatau di mana-mana tempat lain yang telah dipersetujui di antara anda dan pekerjaanda. Ia juga boleh dibayar melalui akaun bank peribadi / bersama pekerja anda.
9) Bila gaji sepatutnya dibayar apabila kontrak perkhidmatan telah dibatalkan?a) Diberhentikan kerja kerana salah laku atau pembatalan kontrak perkhidmatan
oleh majikan: Jumlah gaji pekerja hendaklah dibayar kepadanya pada hari terakhir dia bekerja.
Jika ini tidak boleh dilakukan, gaji mesti dibayar dalam masa tiga hari bekerja daritarikh pemberhentian / pembatalan.
b) Pembatalan kontrak perkhidmatan oleh pekerja: Jika pekerja itu sudah tamat menjalani tempoh notisnya, majikan hendaklah
membayar semua gaji pada hari terakhir dia bekerja.; Jika pekerja itu meninggalkan pekerjaan tanpa memberikan notis atau tidak
bekerja dalam tempoh notisnya, gajinya hendaklah dibayar dalam masa tujuhhari dari hari terakhir dia bekerja.
10) Adakah saya dibenarkan untuk membuat pemotongan gaji pekerja saya?Anda tidak dibenarkan untuk membuat sebarang pemotongan selain dari apa yangdibenarkan di bawah Akta Pekerjaan. Pemotongan gaji yang dibenarkan di bawahAkta ialah:a) Kerana tidak datang kerja.b) Kerana kerosakan atau kehilangan barang atau wang yang diamanahkan kepada
pekerja, di mana kerosakan atau kehilangan itu secara langsung disebabkan olehkecuaiannya. Jumlah yang boleh dipotong tidak boleh melebihi 25% dari satubulan gaji dan potongan hanya boleh dibuat selepas memastikan kehilangan atau
kerosakan itu disebabkan kecuaian dan kegagalan pekerja itu.c) Untuk perbelanjaan makanan yang dibekalkan oleh majikan atas permintaan pekerja.d) Untuk tempat tinggal atau kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh
majikan, yang telah diterima oleh pekerja.e) Untuk mendapatkan semula wang pendahuluan, pinjaman atau penyesuaian
kerana terbayar gaji lebih. Jumlah yang boleh dipotong tidak boleh melebihi 25%dari satu bulan gaji dalam kes wang pendahuluan and pinjaman.
f) Untuk pembayaran cukai pendapatan apabila diarahkan oleh Jabatan Hasil MahsulSingapura.
g) Untuk sumbangan CPF.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
10/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHal Ehwal Gaji
8
h) Untuk sumbangan kepada skim persaraan atau dana wang simpanan ataulain-lain skim mengikut permintaan bertulis dari pekerja. Skim-skim ini mestilahsah dari segi undang-undang yang diasaskan untuk faedah pekerja itu dandiluluskan oleh Pesuruhjaya Buruh.
i) Untuk pembayaran kepada mana-mana persatuan koperasi yang berdaftar
dengan izin bertulis pekerja.j) Untuk lain-lain tujuan yang mungkin diluluskan dari masa ke masa oleh Kementerian
Tenaga Manusia.
11) Berapakah jumlah potongan maksimum yang dibenarkan?Jumlah potongan maksimum bagi mana-mana tempoh gaji ialah 50% daripada gajipekerja tidak termasuk potongan yang dibuat untuk:a) Tidak datang kerja;b) Bayaran cukai pendapatan;c) Melunaskan wang pendahuluan/ pinjaman; dan
d) Pembayaran dengan izin pekerja untuk langganan, yuran kemasukan, ansuranpinjaman, faedah dan lain-lain yuran persatuan koperasi yang berdaftar.
12) Bagaimana saya mengira gaji untuk pekerjaan yang kurang dari sebulan?Gaji yang patut dibayar untuk pekerja bergaji bulanan bagi pekerjaan kurang dari satubulan dikira menggunakan formula seperti berikut:
Gaji yang patut dibayar untuk pekerjaan kurang dari sebulan =
1 Bermaksud jumlah wang termasuk elaun yang patut dibayar kepada seseorangpekerja yang bekerja untuk sebulan, kecuali:a) Bayaran tambahan melalui:
Bayaran kerja lembur; Bayaran bonus; atau
Tambahan Gaji Tahunan;
b) Sebarang jumlah yang dibayar kepada pekerja untuk perbelanjaan yang dibayardahulu oleh pekerja itu semasa menjalankan tugasnya;
c) Bayaran insentif daya penghasilan; dand) Elaun perjalanan, makanan atau perumahan.
2 Tidak termasuk hari rehat, hari tidak bekerja tetapi termasuk cuti umum.
3 Termasuk cuti umum, cuti hospital berbayar atau cuti tahunan, jika layak.
Jika jumlah masa bekerja bagi mana-mana hari bekerja ialah lima jam atau kurang, ia
dianggap sebagai separuh hari. Jika ia lebih dari lima jam, ia dianggap sebagai satuhari bekerja.
Kadar gaji kasar bulanan1
Jumlah hari bekerja dalam bulan itu2Jumlah hari bekerja sebenardalam bulan itu3X
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
11/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHal Ehwal Gaji
9
Contoh Pengiraan Gaji bagi Kerja yang Tidak Cukup SebulanSelvaraj bekerja 5 hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Gaji asas bulanannya ialah
$700 dan gaji kasar bulannya ialah $800. Selvaraj telah menghantar notis berhenti kerja
sebelum ini dan hari terakhir dia bekerja ialah 26 Ogos. Dalam bulan Ogos, Selvaraj
mengambil cuti tahunan empat hari dari 11 hingga 14 Ogos. Hari rehat Selvaraj ialah
pada hari Ahad.
31
3
10
17
24
4
11
18
25
5
12
19
26
6
13
20
27
7
14
21
28
1
8
15
22
29
2
9
16
23
30
HariKebangssan
Cutipenggantiuntuk Hari
kebangsaan cuti tahunan cuti tahunan cuti tahunan cuti tahunan
Hari terakhir
Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jumlah hari bekerja dalam bulan Ogos
= 31 - 5 Sabtu - 5 Ahad= 21 hari bekerja
Jumlah hari bekerja sebenar dalam bulan Ogos
= 13 hari (warna hijau) + 4 hari cuti tahunan berbayar + 1 cuti umum= 18 hariGaji untuk Ogos
= $800 (gaji kasar bulanan) 18 hari
21 (jumlah hari bekerja dalam Ogos) (bekerja sebenar dalam Ogos)= $685.71
X
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
12/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Masa Bekerja10
Masa Bekerja13) Berapa jamkah pekerja saya perlu bekerja dalam sehari atau seminggu?
Masa bekerja di dalam kontrak bagi seseorang pekerja tidak boleh melebihi lapan jam
sehari atau 44 jam dalam seminggu (satu minggu ditakrifkan sebagai tempoh tujuh
hari yang berterusan bermula hari Isnin dan berakhir hari Ahad). Masa bekerja tidak
termasuk masa rehat untuk makan atau berehat. Semua kerja yang melebihi masa
bekerja yang ditetapkan akan dianggap sebagai kerja lembur.
14) Adakah terdapat had dalam jumlah masa yang pekerja saya boleh bekerja
dalam satu hari?Ya, secara umumnya, pekerja anda tidak dibenarkan bekerja lebih dari 12 jam
dalam sehari.
15) Adakah terdapat had dalam jumlah masa untuk pekerja bekerja lemburdalam sebulan?Ya, pekerja anda dibenarkan bekerja lembur sehingga 72 jam dalam sebulan. Masa
yang melebihi had itu dibolehkan jika anda mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya
Buruh melalui Kementerian Tenaga Manusia. Anda boleh memohon untuk mendapat
kebenaran itu dengan mengisi borang permohonan yang terdapat di lelaman webKementerian Tenaga Manusia www.mom.gov.sg.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
13/36
Hari Rehat16) Berapa banyak hari rehat yang pekerja saya berhak untuk dapat dalam seminggu?
Pekerja anda berhak mendapat satu hari rehat dalam setiap minggu tanpa gaji. Hari
rehat boleh jadi pada hari Ahad atau mana-mana hari dalam minggu itu. Untuk pekerja
dalam kerja bergiliran, hari rehat boleh dikira sebagai masa 30 jam berterusan jika
anda tidak dapat memberikan mereka cuti satu hari penuh sebagai hari rehat.
17) Bolehkah saya meminta pekerja saya bekerja pada hari rehat mereka?Ya, anda boleh meminta tetapi tidak boleh memaksa pekerja untuk bekerja pada
hari rehat mereka kecuali dalam keadaan yang tertentu, seperti jika kerja itu perludilakukan secara berterusan dari satu giliran ke satu giliran. Anda hendaklah
mendapat persetujuan dari pekerja. Jika pekerja anda bekerja pada hari rehat di atas
permintaan anda, anda perlu membayar mereka dua hari gaji jika mereka bekerja
lebih dari separuh dari masa kerja harian yang ditetapkan (sila rujuk soalan 18 untuk
keterangan lanjut). Jumlah masa bekerja juga mesti di dalam tempoh yang diluluskan
(sila rujuk soalan 14 dan 15).
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Hari Rehat11
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
14/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHari Rehat
12
Tempoh Bekerja
Tidak lebih dari
separuh masa
bekerja harian
yang ditetapkan
Lebih dari separuh
tetapi tidak
melebihi masa
bekerja harian
yang ditetapkan
Lebih dari masa bekerja
harian yang deitetapkan
Pekerja
bekerjapada hari
rehat di atas
permintaannya
Pekerja
bekerja
pada hari
rehat di atas
permintaanmajikannya
Separuh hari gaji Satu hari gaji
Satu hari gaji Dua hari gaji
a) Satu hari gaji, dan
b) Gaji kerja lebih masa sekurangkurangnya 1.5 kali kadar gajiasas ikut jam x jumlah masayang melebihi masa bekerjayang ditetapkan
a) Dua hari gaji, danb) Gaji kerja lebih masa
sekurang kurangnya 1.5kali kadar gaji asas ikutjam x jumlah masa yangmelebihi masa bekerjayang ditetapkan
18) Berapakah bayaran yang perlu saya bayar bagi kerja yang dilakukan padahari rehat mereka?Jumlah bayaran berdasarkan tempoh masa kerja dan sama ada permintaan untuk
bekerja datang dari anda atau pekerja anda.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
15/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanHari Rehat
13
Contoh Kiraan Gaji bagi Pekerjaan pada Hari Rehat:
John dibayar gaji asas bulanan $1,000. Dia dikehendaki bekerja 5.5 hari semingguselama lapan jam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat dan empat jam padahari Sabtu. Dia diminta oleh majikannya untuk bekerja selama 10 jam pada hariAhad yang merupakan hari rehatnya. Gaji John untuk bekerja pada hari Ahad dikiraseperti berikut:
a) Untuk lapan jam pertama masa bekerja biasa, John sepatutnya dibayar dua harigaji pada kadar asas:
12 x gaji asas bulanan
52 x jumlah purata hari pekerjadikehendaki bekerja dalam seminggu
12 x $1000
52 x 5.5x 2 = x 2
= $83.92
b) Untuk dua jam tambahan bagi kerja lebih masa, John sepatutnya dibayar 1.5 kaligaji pada kadar asas:
12 x gaji asas bulanan
52 x 44
12 x $1000
52 x 44x 1.5 x 2 = x 1.5 x 2
= $15.73
Oleh itu, John sepatutnya dibayar sejumlah $99.65 ($83.92 + $15.73) kerana bekerjaselama 10 jam pada hari rehatnya.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
16/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Cuti Tahunan14
Cuti Tahunan19) Apakah peruntukan cuti tahunan bagi pekerja saya?
Pekerja anda berhak mendapat cuti tahunan berbayar jika dia sudah bekerja dengan
anda sekurang-kurangnya tiga bulan. Jumlah hari cuti bergantung kepada apa yang
ditentukan di dalam kontrak pekerjaan anda tetapi tidak sepatutnya kurang dari
yang berikut:
Jumlah Tahun Bekerja
1
2
3
4
5
6
7
8 dan seterusnya
Jumlah Hari Cuti
7
8
9
10
11
12
13
14
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
17/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Cuti Tahunan15
20) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti pro-rata?Ya. Pekerja anda berhak mendapat cuti tahunan mengikut jumlah bulan yang
dia sudah bekerja dalam tahun itu dengan syarat dia sudah bekerja sekurang-
kurangnya 3 bulan. Formula berikut ini hendaklah digunakan untuk membuat
kiraan pro-rata bagi cuti tahunan:
Jumlah bulan sudah bekerja dalam tahun semasa
12
Jumlah cuti tahunan yang
diberikan dalam tahun
semasa
x
Contoh Cuti Tahunan Pro-rata Hafz telahbekerjadengan syarikatnyaselama 8 bulandan13 hari.Apakah cuti
tahunan pro-rata yang berhak dia terima?
Cuti tahunan pro-ratanya dikira seperti berikut:
8
124.67, digenapkan menjadi 5 harix 7 =
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
18/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Cuti Sakit16
Cuti Sakit21) Bilakah seseorang pekerja itu berhak mendapat cuti sakit berbayar?
Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit termasuk cuti rawatan gigi berbayar, jika:
a) dia telah bekerja dengan majikan selama sekurang-kurangnya 3 bulan.
b) telah memberitahu atau berusaha memberitahu majikan tentang cuti itu dalamasa
48 jam. Jika tidak dia dianggap telah ponteng kerja tanpa mendapat kebenaran
majikan atau tanpa sebab yang munasabah.
c) cuti sakit itu disahkan oleh doktor syarikat atau doktor pemerintah (termasuk doktor
dari institusi perubatan awam yang diiktiraf*).Namun, pekerja haruslah mendapatkan rawatan dari doktor syarikat jika ada
kecuali jika klinik terletak jauh atau dalam keadaan darurat.
Majikan juga bebas untuk menerima sijil cuti sakit dari doktor privet atau dari
pengamal perubatan tradisional China (TCM).
Jumlah hari bagi cuti sakit berbayar yang pekerja anda berhak terima bergantung
kepada tempoh perkhidmatan mereka:
Jumlah bulan sudahberkhimat
3 bulan
4 bulan
5 bulan
6 bulan seterusnya
Cuti Sakit Pesakit LuarBerbayar (hari bekerja)
5
8
11
14
Cuti Hospital Berbayar(hari bekerja)**
15
30
45
60
* Layari www.mom.gov.sg untuk senarai hospital awam dan institusi perubatan yang diiktiraf.
** Termasuk sebarang cuti pesakit luar yang telah diambil.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
19/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Cuti Sakit17
22) Adakah saya dikehendaki membayar perbelanjaan perubatan pekerja saya?Jika pekerja itu sudah bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan, majikan itu dikehendaki
secara undang-undang untuk menangggung yuran pemeriksaan perubatan misalnya,
yuran konsultasi. Untuk lain-lain kos perubatan seperti kos ubat, rawatan atau wad,
majikan dikehendaki menanggungnya bergantung kepada faedah perubatan yang
ditetapkan di dalam kontrak pekerjaan pekerja itu atau persetujuan bersama yang
ditandatangani di antara syarikat dengan kesatuan sekerjanya.
23) Adakah pekerja saya berhak mendapat cuti sakit berbayar pada hari cutitahunan / cuti tanpa gaji / hari rehat / cuti umum / hari tidak bekerja?Pekerja anda tidak berhak mendapat cuti sakit berbayar pada hari tersebut kerana dia
tidak diperlukan untuk bekerja pada hari-hari itu.
24) Adakah sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor dari negara lain
boleh diiktiraf?Tidak di bawah Akta Pekerjaan, hanya sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor
syarikat atau doktor pemerintah di Singapura diiktiraf bagi tujuan mendapatkan
cuti sakit berbayar. Namun majikan, mengikut budi bicaranya, boleh menerima si jil
perubatan yang dikeluarkan oleh doktor swasta dari negara lain sebagai izin untuk
tidak datang kerja. Mengenai faedah perubatan, majikan juga boleh mengikut
budi bicara mereka memutuskan sama ada mahu membayar cuti sakit seperti itu
atau tidak.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
20/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanCuti Bersalin dan Penjagaan Anak
18
Cuti Bersalin dan Penjagaan Anak25) Apakah faedah bersalin yang diperuntukkan untuk pekerja wanita?
Di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak , seorang pekerja berhakmendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar jika:a) Anak itu seorang warga Singapura;b) Ibu bapa anak itu berkahwin secara sah; danc) Pekerja itu telah bekerja dengan majikan itu sekurang-kurangnya selama 90 hari
sebelum kelahiran anak itu.
Pekerja-pekerja yang tidak memenuhi syarat di atas tetapi dilindungi di bawah Akta
Pekerjaan berhak mendapat 12 minggu cuti bersalin. Lapan minggu pertama cutibersalin itu akan dibayar jika pekerja itu memenuhi syarat yang berikut.
a) Sudah bekerja sekurang-kurangnya 90 hari sebelum tarikh bersalin;b) Mempunyai kurang dari dua orang anak pada masa bersalin (kecuali anak-anak itu
dilahirkan pada masa yang sama, contohnya anak kembar dua atau tiga); danc) Memberikan majikan sekurang-kurangnya satu minggu notis sebelum mengambil
cuti bersalin dan memberitahu majikan mengenai hari dia melahirkan seawal yangboleh. Jika tidak, pekerja itu hanya berhak mendapat separuh gaji semasa cutibersalin.
26) Adakah terdapat sebarang batasan untuk tempoh cuti bersalin?Pekerja yang berhak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar di bawah AktaSimpanan Bersama Pembangunan Anak boleh tidak datang kerja selama empatminggu sejurus sebelum dan dua belas minggu sejurus selepas bersalin. Jika terdapatpersetujuan dengan majikan, lapan minggu terakhir (minggu ke-9 hingga 16) daripadacuti bersalin itu boleh di ambil dengan feksibel dalam tempoh 12 bulan selepas
kelahiran anak itu.
Pekerja yang berhak mendapat 12 minggu cuti bersalin berbayar di bawah Akta
Pekerjaan, dibenarkan tidak datang kerja selama empat minggu sebelum dan lapanminggu selepas bersalin. Jika terdapat persetujuan dengan majikan, empat mingguterakhirbolehdiambildengan feksibel dalam tempoh 12bulanselepas kelahiran
anak itu.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
21/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanCuti Bersalin dan Penjagaan Anak
19
27) Adakah saya perlu terus membayar gaji pekerja yang sedang mengambil cuti bersalin?Bagi pekerja yang layak mengambil cuti bersalin di bawah Akta Simpanan BersamaPembangunan Anak, majikan dikehendaki terus membayar gajinya di sepanjang 16minggu cuti bersalin. Majikan boleh membuat tuntutan pembayaran balik daripadaPemerintah bagi 8 minggu terakhir untuk masa selepas bersalin yang pertama dan
kedua dan semua 16 minggu bagi masa selepas bersalin yang ketiga atau selanjutnya.
Bagi pekerja yang hanya layak untuk cuti bersalin di bawah Akta Pekerjaan, majikandikehendaki terus membayar gajinya bagi lapan minggu pertama cuti bersalin bagimasa selepas bersalin yang pertama dan kedua. Pembayaran gaji selepas lapanminggu yang pertama cuti bersalin adalah secara sukarela dan tertakluk kepadaperjanjian kontrak.
28) Adakah saya dibenarkan untuk memberhentikan pekerja yang sedang dalam cuti bersalin?Tidak, ia satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.
29) Adakah saya dibenarkan memberhentikan pekerja wanita yang hamil?Jika seseorang pekerja wanita yang hamil diberhentikan tanpa sebarang sebab yangmunasabah dalam masa enam bulan kehamilannya, majikan perlu membayar faedahbersalin yang sepatutnya dia akan terima. Jika dia dibuang kerja dalam masa tigabulan terakhir kehamilannya, majikan mesti membayar faedah bersalin serta apa-apafaedah pembuangan kerja yang dia layak terima.
30) Adakah pekerja saya berhak mendapat apa-apa cuti penjagaan anak?Seorang pekerja yang dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan
Anak berhak menerima enam hari cuti penjagaan anak setiap tahun jika: Anakitu(termasukanakangkatsecarasahatauanaktiri)dibawahumurtujuhtahun
Pekerjaitusudahbekerjadenganmajikansekurang-kurangnyatigabulan.
Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak melindungi semua ibu bapa wargaSingapura, termasuk yang berjawatan pengurus, eksekutif atau staf sulit jika ibubapa itu memenuhi syarat berikut:
a) Anak itu seorang warga Singapurab) Ibu bapa anak itu berkahwin secara sah (termasuk ibu bapa yang sudah bercerai
atau janda); dan.
c) Pekerja itu telah bekerja dengan majikan itu sekurang-kurangnya tiga bulan.
Tiga hari pertama cuti penjagaan anak akan dibayar oleh majikan dan tiga hari terakhirakan dibayar oleh Pemerintah (dihadkan pada $500 setiap hari, termasuk CPF). Tidak kirajumlah anak, cuti penjagaan anak bagi setiap ibu bapa dihadkan pada 6 hari setahun.
Ibu bapa yang bukan warganegara atau ibu bapa tunggal (tidak berkahwin) yang dilindungidi bawah Akta Pekerjaan berhak mendapat dua hari cuti penjagaan anak jika:
a) Anak itu (termasuk anak angkat secara sah atau anak tiri) di bawah umur tujuhtahun; dan
b) Pekerja itu sudah bekerja sekurang-kurangnya tiga bulan.Cuti penjagaan anak bagi setiap ibu bapa dihadkan pada dua hari setiap tahun tidakkira jumlah anak yang layak.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
22/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Faedah Pembuangan Kerja20
Faedah Pembuangan Kerja31) Jika berlaku pembuangan pekerja, adakah pekerja saya berhak mendapat
faedah pembuangan kerja?Di bawah Akta Pekerjaan, seseorang pekerja yang sudah bekerja di sebuah syarikat
sekurang-kurangnya tiga tahun boleh memohon faedah pembuangan kerja jika dia
dibuang kerja. Oleh kerana akta itu tidak menetapkan jumlah yang perlu dibayar,
maka jumlah pembayaran adalah di atas persetujuan di antara pekerja dan majikan.
Jumlah tersebut juga bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat itu.
Menurut pertimbangannya, syarikat itu boleh juga membuat pembayaran ihsankepada pekerja yang bekerja kurang dari tiga tahun. Kedua-dua faedah pembuangan
kerja dan pembayaran ihsan tidak dikenakan potongan CPF.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
23/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Faedah Pembuangan Kerja21
Pekerjaan Separuh Masa32) Apakah takrif pekerja separuh masa?
Seorang pekerja separuh masa ialah pekerja yang mengikut kontrak perkhidmatannya
perlu bekerja kurang daripada 35 jam seminggu.
33) Adakah pekerja separuh masa berhak mendapat apa-apa faedah?Ya, di bawah Akta Pekerjaan (Pekerja separuh masa), majikan dibenarkan memberi
faedah secara po-rata kepada pekerja separuh masa mengikut jumlah masa bekerja
berbanding dengan pekerja sepenuh masa. Faedah-faedah yang boleh di buat pro
rata ialah cuti tahunan berbayar, cuti sakit berbayar, cuti umum berbayar dan cutipenjagaan anak berbayar. Tambahan lagi, seorang pekerja separuh masa berhak
mendapat faedah dan perlindungan bersalin yang sama dengan pekerja sepenuh
masa selagi dia memenuhi syarat kelayakan di bawah Akta Pekerjaan atau Akta
Simpanan Bersama Pembangunan Anak.
34) Bagaimana saya mengira cuti tahunan untuk pekerja separuh masa?Seorang pekerja separuh masa yang sudah bekerja selama tiga bulan, berhak
menerima cuti tahunan berbayar secara pro-rata mengikut jumlah cuti tahunan untuk
pekerja sepenuh masa, berdasarkan masa bekerjanya.
Jumlah cuti yang akan diterima dikira seperti berikut:
Jumlah jam bekerja
dalam setahun bagi
pekerja separuh masa
Jumlah jam bekerja
dalam setahun bagi
pekerja sepenuh
masa
Jumlah hari cuti
tahunan bagi
pekerja sepenuh
masa yang sama
tempoh bekerja
Jumlah jam pekerja
sepenuh masa yang
sama bekerja dalam
sehari
X X
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
24/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Faedah Pembuangan Kerja22
35) Bagaimana saya mengira bayaran bagi kerja lembur pekerja separuh masa?Bagi kerja tambahan melebihi masa bekerja harian pekerja separuh masa, tetapi tidak
melebihi masa bekerja seorang pekerja sepenuh masa, bayarannya adalh pada kadar
gaji asas se jam pekerja separuh masa itu.
Bagi kerja tambahan yang melebihi masa bekerja pekerja sepenuh masa pula,
a) bayaran adalah pada kadar gaji asas per jam pekerja separuh masa bagi setiap jam
kerja sehingga ke jumlah masa kerja biasa bagi pekerja sepenuh masa;
b) bayaran pada kadar 1.5 kali gaji asas per jam pekerja separuh masa, bagi setiap
jam masa kerja yang melebihi masa kerja biasa pekerja sepenuh masa.
Lain-lain maklumat mengenai faedah bagi pekerja separuh masa mengikut undang-
undang boleh didapati di lelaman www.mom.gov.sg
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
25/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Pembatalan Kontrak23
Pembatalan Kontrak36) Saya telah membuat keputusan untuk membatalkan kontrak pekerjaan salah
seorang pekerja saya. Adakah perlu saya memberitahu dia lebih awal?Ya, jika anda telah memutuskan untuk memberhentikan seseorang pekerja, anda
dikehendaki memberikannya notis bertulis lebih awal. Jangkamasa tempoh notis itu
bergantung kepada terma kontrak pekerjaannya.
Jika kontrak pekerjaan anda tidak menyatakan tempoh notis, tempoh berikut ini akan
digunakan:
Tempoh Bekerja
Kurang dari 26 minggu
26 minggu hingga kurang dari 2 tahun
2 tahun hingga kurang dari 5 tahun
5 tahun ke atas
Tempoh Notis
1 hari
1 minggu
2 minggu
4 minggu
37) Jika pemberhentian itu merupakan satu pemecatan tanpa notis, apakahtanggungjawab saya sebagai seorang majikan?Walaupun majikan berhak memecat pekerja, ia tidak harus dilakukan dengan
sewenangnya. Majikan harus melakukan siasatan untuk memastikan bahwa pekerja
itu memang telah melakukan kesalahan atau salah-laku yang serius (sila rujuk ke soalan
44). Jika siasatan itu mendapati pekerja itu benar bersalah dan kesalahannya adalah
serius, maka majikan bolehlah memecatnya tanpa notis. Namun pekerja yang berasa
bahwa dia telah dipecat dengan tidak adil, boleh membuat rayuan kepada Menteri
Tenaga Manusia, yang mungkin akan memerintahkan majikan untuk mengambil
pekerja itu balik bekerja atau membayarnya pampasan; sekiranya terbukti dia telah
dipecat tanpa alasan yang adil.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
26/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Pembatalan Kontrak24
38) Bilakah sesuatu kontrak pekerjaan dianggap sudah batal?Seorang majikan dianggap sudah membatalkan kontrak pekerjaan jika dia gagal
membayar gaji pekerja dalam masa tujuh hari selepas ia perlu dibayar. Seorang
pekerja dianggap sudah membatalkan kontrak pekerjaannya jika dia tidak datang
kerja secara berterusan selama lebih dari dua hari kerja tanpa kebenaran atau alasan
yang munasabah atau tidak memberitahu atau tidak cuba memberitahu majikannyamengapa dia tidak datang kerja.
Pihak yang membatalkan kontrak perlu membayar gaji kepada pihak yang satu lagi sebagai
ganti pemberian notis.
39) Bolehkah pekerja saya menggunakan cuti tahunannya sebagai ganti tempoh
notis pembatalan kontrak?Ya, jika cuti tahunan pekerja digunakan sebagai ganti tempoh notis dan untuk
mempercepatkan hari akhir dia bekerja, maka dia hanya akan dibayar sehingga hari
akhir dia bekerja. Cuti tahunan yang digunakan sebagai ganti tempoh notis tidakakan dibayar. Namun, jika pekerja itu memohon untuk mengambil cuti tahunannya
di sepanjang atau sebahagian dari tempoh notisnya dan majikan sudah meluluskan
permohonan itu, gaji pekerja itu perlu dibayar secara penuh mengikut tempoh notis
itu. Majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunannya semasa tempoh
notis jika pekerja itu tidak mahu.
40) Bolehkah saya membatalkan kontrak perkhidmatan pekerja saya semasa dia
sedang dalam tempoh notis?
Ya, anda boleh membatalkan perkhidmatan pekerja anda tanpa perlu menuggusehingga tempoh notisnya tamat dengan membayar jumlah yang sama dengan gaji
yang sepatutnya dia terima semasa dalam tempoh notis itu.
41) Bolehkah saya membatalkan kontrak perkhidmatan pekerja saya semasa dia di
dalam tempoh probesyen?Ya, anda boleh membatalkan perkhidmatan pekerja anda semasa dia di dalam tempoh
probesyen. Akta Pekerjaan tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai
probesyen atau pengesahan. Anda sepatutnya merujuk kepada terma yang ditetapkan
di dalam kontrak pekerjaan bagi butir tertentu mengenai tempoh probesyen danpengesahan pekerja anda.
42) Bolehkah saya membatalkan kontrak perkhidmatan pekerja saya semasa
dia di dalam cuti hospital?Walaupun Akta Pekerjaan tidak melarang pembatalan perkhidmatan semasa cuti
hospital, sebagai majikan yang bertanggungjawab, anda perlu mempunyai alasan
yang munasabah untuk memberhentikannya semasa dia dalam cuti hospital. Jika
tidak, pembatalan perkhidmatan sepatutnya dilakukan hanya selepas pekerja itu
kembali bekerja.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
27/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Salah Laku Pekerja25
Salah Laku Pekerja43) Apakah tindakan yang boleh saya ambil jika pekerja saya melakukan salah laku?
Anda sebaiknya melakukan siasatan terlebih dahulu untuk menentukan sama adapekerja itu bersalah atau tidak. Selepas siasatan dijalankan, jika pekerja itu didapatibersalah melakukan salah laku itu, anda boleh:
a) Memecat pekerja itu tanpa notis; ataub) Menurunkan pangkat pekerja itu dengan serta-merta; atauc) Menggantung serta-merta pekerjaan pekerja itu tanpa gaji bagi tempoh tidak
melebihi satu minggu.
44) Bagaimana cara menjalankan siasatan bagi perbuatan salah laku itu?Walaupun tidak ada prosedur yang ditetapkan untuk melakukan siatan bagi perbuatansalah laku, sebagai panduan umum,
a) pekerja itu sepatutnya diberitahu mengenai perbuatan salah lakunyab) orang yang menjalankan siasatan itu tidak sepatutnya berada di dalam keadaan yang
memungkinkan dia berlaku berat sebelah; danc) pekerja yang disiasat bagi salah laku itu sepatutnya diberi peluang untuk
memberikan penjelasan.
Di bawah Akta Pekerjaan, majikan boleh menggantung seseorang pekerja dari bekerjasemasa tempoh siasatan tidak melebihi satu minggu. Pekerja itu hendaklah dibayartidak kurang dari separuh jumlah gajinya semasa tempoh penggantungan itu. Jikahasil siasatan itu tidak dapat membuktikan kesalahan pekerja itu, majikan hendaklahmemulangkan jumlah gaji yang digantung semasa siasatan.
45) Adakah pekerja yang dipecat kerana salah laku boleh membuat rayuan jika diamerasakan telah dipecat tanpa alasan yang adil?Jika seseorang pekerja itu merasakan dia telah dipecat secara tidak adil, dia bolehmembuat rayuan kepada Menteri Tenaga Manusia dalam tempoh satu bulan selepaspemecatannya. Rayuan mestilah bertulis dan hendaklah menyatakan sebab mengapadia berasa yang dia telah dipecat tanpa alasan yang adil atau menasabah. Jika terbuktibahawa pekerja itu telah dipecat secara tidak adil, Menteri boleh mengarahkan majikanmengambil pekerja itu kembali ke pekerjaan asalnya atau membayar sejumlah wangsebagai pampasan, mengikut kesesuaian yang dirasakan oleh Menteri itu.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
28/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanDenda
26
Denda46) Apakah denda kerana gagal mematuhi Akta Pekerjaan?
Secara umum, sesiapa yang gagal mematuhi Akta Pekerjaan boleh didenda
sehingga $5,000 atau dipenjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Bagi
kesalahan yang berikutnya di bawah seksyen yang sama, pesalah boleh didenda
sehingga $10,000 atau dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen tertentu dalam Akta Pekerjaan boleh menetapkan denda yang berbeza
bagi kesalahan di bawah seksyen itu.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
29/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk MajikanContoh Kontrak Pekerjaan
27
Perjanjian Pekerjaan ini yang bertarikh (tarikh) dalam (bulan) 20xx dimeterai di antara:
(selepas ini dirujuk sebagai majikan)
Alamat majikan:
dan
(selepas ini dirujuk sebagai pekerja)
Alamat pekerja:
1. Permulaan Pekerjaan
Kontrak pekerjaan ini akan bermula pada _____________ dan akan berterusansehingga dibatalkan seperti di dalam klausa 14 (di bawah).
2. Tempat bekerja
3. Perihal pekerjaan
3.1. Nama jawatan(misalnya Guru, Pegawai Keselamatan, Pemandu, Jurubersih, Penjaga kanak-kanak, Pekebun dan sebagainya)
3.2. Tugas-tugas
Contoh Kontrak Pekerjaan
Contoh kontrak berikut ini disediakan untuk membantu anda dalam melakarkan perjanjianpekerjaan. Ia mengandungi semua ciri-ciri yang penting dalam kontrak yang lazim. Anda
boleh mengubah-suaikannya mengikut keperluan dan keadaan pekerjaan anda. Perludiingat bahawa dokumen ini adalah satu permulaan dalam melakarkan sebuah kontrak, danbukannya satu dokumen yang muktamad. Anda perlu memastikan bahawa perjanjian yangsebenar mencerminkan perhubungan di antara anda dengan pekerja anda. Contoh kontrakini boleh juga dimuat-turun dari lelaman TAFEP di www.fairemployment.sg.
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
30/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan28
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
31/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan29
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
32/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan30
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
33/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan31
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
34/36
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan32
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
35/36
18. Umum
18.1 Sebarang perubahan pada perjanjian ini hanya sah jika ia dalam bentuk bertulis
dan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
PERJANJIAN INI DITANDATANGANI DI ______ PADA HARIBULAN ______ BULAN
_____ 20__
(Tandatangan) (Tandatangan)
___________________ ____________________
Nama Majikan: Nama Pekerja:
Disaksikan oleh:
Tandatangan: __________________ Nama: ______________
Jawatan: ________________
Dilampirkan: (Arahan / panduan polisi syarikat yang berkaitan)
misalnya Prosedur Operasi Tetap Piawai dan Arahan Operasi Piawai
1: Kerja lembur akan dikira pada kadar tidak kurang dari satu setengah kali gaji
asas pekerja bagi setiap jam.
2: Pekerja tidak dibenarkan bekerja lembur lebih dari 72 jam sebulan.
Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan
Contoh Kontrak Pekerjaan33
7/29/2019 Panduan Mengenai Undang-Undang Pekerjaan Untuk Majikan Publication - Guide on Employment Laws for Emplo
36/36
www.fairemployment.sg