16
CREATIVE MINDS STEM.ORG.MY | No A-5-07, One South Street Mall, Jalan Serdang Perdana, Seksyen 6, 43300 Seri Kembangan Selangor GARIS PANDUAN e-KURSUS TM FUTURE SKILLS 2020 Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020 disediakan sebagai rujukan kepada peserta e-Kursus TM Future Skills. e-Kursus ini dilaksanakan oleh Creative Minds terhadap guru-guru bawah Projek Transformasi Pendidikan Centric IR 4.0 di Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu. Diharapkan garis panduan ini dapat membantu dan memudahkan pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 dalam kalangan guru.

PANDUAN MENYERTAI e-KURSUS TM FUTURE SKILLS 2020 · teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan menekankan kemahiran masa depan (future skills). Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • CREATIVE MINDS

    STEM.ORG.MY | No A-5-07, One South Street Mall, Jalan Serdang Perdana, Seksyen 6, 43300 Seri Kembangan Selangor

    GARIS PANDUAN e-KURSUS

    TM FUTURE SKILLS 2020

    Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020 disediakan sebagai rujukan

    kepada peserta e-Kursus TM Future Skills. e-Kursus ini dilaksanakan oleh

    Creative Minds terhadap guru-guru bawah Projek Transformasi Pendidikan

    Centric IR 4.0 di Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu.

    Diharapkan garis panduan ini dapat membantu dan memudahkan

    pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 dalam kalangan guru.

  • ms | 2

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    e-kursus TM Future Skills

    Telekom Malaysia Berhad (TM) telah melaksanakan pelbagai program yang bercorak

    pembangunan insan dalam komuniti pendidikan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat

    (CSR). Dalam konteks ini, TM Future Skills memfokuskan pendidikan digital yang berteraskan

    teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan menekankan kemahiran masa depan (future skills).

    Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran

    kepada para guru dan murid agar berupaya mendepani cabaran kemajuan teknologi IR 4.0 serta

    berdaya saing di peringkat global.

    Teknologi yang akan diketengahkan:

    Data Logging – Pocketlab

    3D Modeling

    ✓ Menggunakan teknologi Pocketlab, iaitu sebuah data logger mini.

    ✓ Sesuai digunakan untuk menjalankan eksperimen Sains dan Fizik

    ✓ Aplikasi langsung ujikaji Sains dan Matematik

    Skil: ▪ Menggunakan Pocketlab data logger

    untuk merekodkan data saintifik secara digital.

    ▪ Menggunakan spreadsheet seperti Google Sheet atau MS Excel untuk menganalisa data yang telah direkodkan.

    ✓ Menggunakan teknologi 3D Printer. ✓ Sesuai digunakan untuk merekacipta

    inovasi mudah dan prototaip. ✓ Aplikasi langsung subjek Reka Bentuk

    dan Teknologi Skil: ▪ Menggunakan perisian atas talian

    (tinkercad.com) untuk mencipta rekabentuk model 3D.

    ▪ Menggunakan 3D Printer untuk mencetak objek yang telah direka bentuk menggunakan tinkercad.com

  • ms | 3

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Cara menyertai e-kursus

    e-kursus TM Future Skills 2020 merupakan kursus secara dalam talian yang disertai oleh guru-

    guru dari sekolah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar/Pudu sahaja.

    ▪ e-kursus yang ditawarkan adalah percuma dan tiada bayaran dikenakan.

    ▪ Terhad kepada 21 buah sekolah rendah dan menengah yang terpilih dalam Projek

    Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 peringkat PPD Bangsar/Pudu.

    ▪ e-kursus terbuka kepada pasukan pelaksana projek dan guru-guru yang berminat.

    Pengkhususan subjek pengajaran yang berkait dengan bidang STEM adalah digalakkan.

    ▪ Terdapat dua kaedah untuk menyertai e-kursus:

    i. Secara Live melalui platform Cisco Webex

    ii. Melalui Portal www.stem.org.my selepas sesi Live diadakan

    ▪ Kaedah secara Live membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan pelatih.

    ▪ Peserta yang tidak dapat menyertai sesi e-kursus secara Live boleh mengikutinya di

    portal dalam tempoh yang ditetapkan.

    ✓ Interaksi secara langsung dengan pelatih.

    ✓ Mengandungi tips-tips tambahan. ✓ Melalui platform Cisco Webex.

    ✓ Melalui portal setelah sesi Live tamat. ✓ Untuk guru yang tidak dapat

    menyertai sesi secara Live. ✓ Boleh diakses melalui portal

    stem.org.my

    http://www.stem.org.my/

  • ms | 4

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Secara Live (Cisco Webex)

    Tempoh pelaksanaan bagi setiap sesi e-kursus adalah seperti yang berikut:

    No Sesi e-Kursus Masa

    1 Pengenalan 10 min

    2 Sesi pembentangan (Tutorial) 45 min

    3 Rumusan 10 min

    4 Sesi Q&A 15 min

    5 Penutup 10 min

    Jumlah Masa: 90 min

    Jadual 1: Jadual Sesi e-Kursus

    Guru mendaftar di portal TM Future Skills

    (www.stem.org.my)

    Link akses kepada e-kursus diemelkan

    menjelang tarikh kursus diadakan.

    Sertai e-kursus melalui link yang telah diemelkan.

    Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi e-kursus.

    Guru menjawabUjian Kefahaman (3 kali percubaan)

  • ms | 5

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Panduan Tambahan

    Guru membuat pendaftaran e-kursus di portal TM Future Skills di www.stem.org.my

    Rajah 1: Layari stem.org.my dan klik pada tab “TM Future Skills – PPD Bangsar/Pudu”.

    Rajah 2: Klik pada "Register my interest"

    http://www.stem.org.my/

  • ms | 6

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Rajah 3: Lengkapkan borang pendaftaran yang dipaparkan.

    Rajah 4: Pendaftaran yang telah selesai akan dipaparkan.

  • ms | 7

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Rajah 5: Guru yang berjaya membuat pendaftaran akan menerima e-mel pengesahan.

    Link akses kepada e-kursus diemelkan menjelang tarikh diadakan.

    Rajah 6: Semak e-mel untuk mendapatkan link akses e-kursus.

  • ms | 8

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Sekiranya anda membuka link melalui PC/Laptop:

    Melalui PC/Laptop

    1. Klik pada Link di e-mel

    2. Tuliskan butiran diri dan klik Next

    e-Kursus

  • ms | 9

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    3. Klik pada “Start Meeting” setelah bersedia.

  • ms | 10

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Sekiranya anda membuka link melalui telefon pintar:

    Melalui Telefon Pintar

    1. Download Applikasi Cisco Webex Meet

    2. Klik Join Meeting pada E-mail

  • ms | 11

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    3. Klik “Allow” sekiranya pop-up keluar. Applikasi Cisco Webex Meet akan digunakan secara automatik.

    4. Sekiranya berjaya masuk, peserta akan melihat paparan seperti yang berikut:

  • ms | 12

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi e-kursus

    Peserta e-kursus perlu menjawab Ujian Kefahaman selepas tamat setiap sesi e-kursus.

    ▪ Ujian kefahaman adalah berkaitan topik-topik yang dibentangkan sepanjang e-kursus.

    ▪ Peserta diberikan percubaan sebanyak 3 kali semasa menjawab ujian.

    ▪ Markah terbaik daripada 3 kali percubaan tersebut akan direkodkan.

    ▪ Link akses Ujian Kefahaman dalam bentuk Google Form akan diberikan melalui e-mel

    setelah tamat sesi e-kursus.

  • ms | 13

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Carta Alir Pelaksanaan e-Kursus Melalui Portal

    Bahagian ini disediakan untuk peserta yang tidak dapat mengikuti sesi e-kursus secara

    live melalui platform Webex.

    Video pembentangan (tutorial) dirakam dan dimuat naik di portal stem.org.my.

    Guru mendaftar di portal TM Future Skills

    (www.stem.org.my)

    Klik pada laman (page)e-Learning

    Klik pada Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric

    IR4.0

    Link Ujian Kefahaman akan diemelkan setelah tamat sesi e-kursus

    Guru menjawab Ujian Kefahaman(3 kali percubaa)

  • ms | 14

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Panduan Tambahan

    1. Membuat pendaftaran di portal TM Future Skills www.stem.org.my

    Rajah 7: Membuat pendaftaran di laman web stem.org.my

    ❖ Pengesahan butiran akan dilakukan dalam tempoh 24 jam.

    http://www.stem.org.my/

  • ms | 15

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    2. Klik pada laman (page) e-Learning

    3. Klik pada Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0

    Rajah 8: Peserta dari sekolah projek PPD Bangsar/Pudu yang berdaftar sahaja dapat melihat papara Modul Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0

  • ms | 16

    Dikuasakan oleh

    TM FUTURE SKILLS

    Platform

    Online STEM Community | stem.org.my

    Penutup

    Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 bertujuan untuk memberikan pendedahan dan

    kemahiran berteraskan teknologi IR 4.0 kepada warga pendidik. Melalui e-kursus ini, diharapkan

    dapat meningkatkan kapasiti guru serta memantapkan pendidikan digital di sekolah. Murid yang

    telah didedahkan pengetahuan dan kemahiran teknologi digital akan lebih kompetitif di

    peringkat pengajian tinggi dan peringkat global, seterusnya berdaya saing dalam dunia kerjaya

    melalui keyakinan digital (digital confidence).

    Pelaksanaan e-Kursus TM Future Skills 2020 turut menyokong dan memberikan impak terhadap

    pelaksanaan Projek Transformasi Pendidikan Centric IR4.0 di sekolah Pejabat Pendidikan Daerah

    Bangsar/Pudu. Inisiatif ini akan menjadi pemangkin untuk merealisasikan hasrat Kementerian

    Pendidikan Malaysia dan pihak korporat dalam usaha memantapkan pendidikan melalui

    teknologi terkini seiring dengan perkembangan IR4.0.

    Penghargaan

    Telekom Malaysia Berhad

    Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar/Pudu

    Multimedia Universiti

    Panel Garis Panduan e-Kursus TM Future Skills 2020

    1. Muhammad Shafiq bin Shahrul Amar (Creative Minds)

    2. Syed Abdul Hadi bin Syed Abdul Rahman (Creative Minds)

    3. Izuan Alif bin Mohd Arifin (Creative Minds)

    4. Ahmad Aizat bin Arzmi (Creative Minds)

    5. Ong Li Choo (SISC+ PPD Bangsar/Pudu)