Upload
vuongliem
View
1.610
Download
151
Embed Size (px)
Citation preview
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
0
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
1
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) DI SEKOLAH
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
2
ISI KANDUNGAN
KATA ALU-ALUAN
➢ YB. MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
➢ KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
➢ PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
PRAKATA
BAB 1 PENDAHULUAN
PENGENALAN
OBJEKTIF
SUSU UHT
BAB 2 KAJIAN TENTANG PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
2013 – DAPATAN
2014 – DAPATAN
BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 4 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) JABATAN PENDIDIKAN NEGERI DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH
PENUTUP
LAMPIRAN
RUJUKAN
PASUKAN PENGGUBAL
PENGHARGAAN
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
3
KATA ALU-ALUAN
YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Salam hormat dan Salam 1Malaysia.
Program Susu Sekolah (PSS) telah dilaksanakan sejak tahun 1983. Program ini telah
diperkenalkan semula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin
Tun Abdul Razak sebagai Program Susu 1Malaysia (PS1M). Pelancaran program ini telah
disempurnakan di Sabah pada 16 September 2010 bertujuan untuk melahirkan generasi
baru yang sihat dan mempunyai minda yang cergas selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Disamping memberikan makanan tambahan kepada murid sekolah yang layak, PS1M juga
membantu pertumbuhan dan perkembangan industri tenusu tempatan.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam usaha menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Susu 1Malaysia untuk
digunakan bagi meningkatkan pengurusan Program Susu 1Malaysia di semua peringkat.
Selamat Maju Jaya
Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
4
Kata Alu-Aluan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberi perhatian utama terhadap tahap
kesihatan warga sekolah. Amalan penjagaan kesihatan menerusi aktiviti yang terancang
dan teratur serta mencapai piawaian yang ditentukan dapat menjamin tahap kesihatan
murid di tahap optimum.
Program Susu 1Malaysia yang telah dilaksanakan hampir lima tahun merupakan satu
daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membantu murid-
murid sekolah rendah mendapat pelbagai zat yang diperlukan bagi makanan seimbang.
Hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Program Susu 1Malaysia
membantu tumbesaran diri murid.
Oleh itu Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah perlu terus
melaksanakan Program Susu 1Malaysia.
Penerbitan Buku Panduan Pengurusan Program Susu 1Malaysia amat dialu-alukan dan
diharap dapat digunakan bagi meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan penyeliaan
dan penilaian Program Susu 1Malaysia.
Selamat Maju Jaya
DATUK SERI DR.KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
5
Kata Alu-Aluan
Pengarah Bahagian Sekolah
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pihak yang terlibat dalam usaha menyediakan Buku Panduan Pengurusan Program Susu
1Malaysia (PS1M). Penyediaan dan penerbitan ini terhasil dengan kerjasama bersepadu
semua pihak.
Buku Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat yang tepat kepada Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pengurusan di peringkat sekolah
terutama Guru Besar.
Aspek utama yang disentuh termasuklah kaedah pengurusan Program Susu 1Malaysia
di peringkat Kementerian, Negeri, Daerah dan Sekolah, pemprosesan dan pembekalan
susu, pengenalan kepada objektif, misi dan visi serta khasiat susu UHT dalam tumbesaran
diri murid.
Semoga dengan usaha murni semua pihak akan menghasilkan kejayaan.
ABDULLAH BIN MAD YUNUS
Pengarah Bahagian Sekolah Harian
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
6
PRAKATA
Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha mempertingkatkan tahap
pencapaian pendidikan dan kesihatan dalam kalangan murid dan pelajar sekolah-sekolah
di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk Program Susu 1Malaysia (PS1M).
Buku Panduan Pengurusan PS1M diterbitkan supaya terlaksana pengurusan yang standard
di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah. Pendekatan
kaedah mesra pengguna dengan langkah yang tersusun memudahkan semua pihak
mematuhi prosedur penerimaan dan agihan.
Diharap Jawatankuasa di semua peringkat pengurusan menggunakan Buku Panduan ini
supaya dapat membantu menguruskan PS1M dengan berkesan.
Sekian.
Pasukan Penggubal.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
7
BAB 1 PENDAHULUAN
PENGENALAN
• Program yang membekalkan susu kepada murid sekolah telah lama dilaksanakan di
pelbagai negara dunia terutamanya bagi negara-negara yang mempunyai industri
tenusu. Pemberian susu untuk diminum oleh murid sebagai makanan tambahan
dilaksanakan secara umumnya bertujuan untuk membekalkan nutrisi yang
mencukupi dan permakanan yang seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang
baik supaya murid kekal sihat dan sentiasa segar.
• Program Susu 1Malaysia (PS1M) merupakan satu usaha kerajaan untuk memupuk
amalan meminum susu yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
bersama syarikat – syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Persyarikatan
Malaysia.
• Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan Program Susu Sekolah
(PSS) yang telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun
1983. Ia merupakan satu program bagi meningkatkan tahap pemakanan dan
kesihatan dikalangan murid-murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan
fizikal, mental dan kesihatan murid-murid sekolah rendah bertambah baik.
• Program Susu 1Malaysia (PS1M) telah bermula pada September 2010 berdasarkan
keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Julai 2010 untuk pembekalan susu Ultra
High Temperature (UHT) ke sekolah rendah seluruh negara.
• Program ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 16hb. September
2010 bagi mengganti dan menjenamakan semula Program Susu Sekolah sebagai
Program Susu 1Malaysia (PS1M).
• PS1M disasarkan kepada semua murid berdasarkan kriteria berikut :
a) Semua murid di sekolah rendah luar bandar dan Sekolah Bimbingan Jalinan
Kasih ( SBJK ).
b) Semua murid di sekolah rendah kawasan bandar yang menerima bantuan
Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
OBJEKTIF
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
8
AM
Meningkatkan tahap pemakanan dan kesihatan murid-murid sekolah rendah melalui
pemupukan tabiat suka minum susu.
KHUSUS
• Meningkatkan tabiat suka minum susu dikalangan murid-murid sekolah rendah.
• Meningkatkan peratus kehadiran murid-murid sekolah rendah ke sekolah.
• Mengembangkan pengetahuan sikap dan amalan yang diingini khususnya
berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek-aspek
pendidikan yang lain amnya.
• Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi
memastikan pertumbuhan fizikal, mental dan kesihatan murid sekolah bertambah
baik.
• Meningkatkan usaha-usaha pembangunan masyarakat dan industri tenusu tempatan
yang berdasarkan pengeluaran, pemprosesan dan pembekalan susu.
SUSU UHT
• Susu UHT adalah susu yang diproses melalui kaedah UHT (Ultra High Temprerature)
dimana susu dipanaskan pada suhu 135 -140 darjah celcius selama 2-10 saat.
Tujuannya adalah untuk membunuh kuman-kuman yang boleh merosakkan susu
atau menyebabkan sakit perut.
• Susu dibungkus dengan cara pembungkusan aseptic iaitu pembungkusan
menggunakan teknologi tinggi yang keadaan sekelilingnya steril dan bebas dari
kuman.
• Susu UHT boleh disimpan pada suhu bilik.
• Susu UHT mempunyai tempoh hayat sehingga 10 bulan dari tarikh pengeluaran.
BAB 2 KAJIAN TENTANG PS1M
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
9
KAJIAN 1
Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) telah dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia 2013 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M. Dari
kajian ini didapati :
1.1 Persepsi murid, guru dan ibu bapa/penjaga terhadap tiga aspek iaitu
meningkatkan tahap kesihatan, menggalakkan kehadiran murid ke sekolah dan
menunjukkan peningkatan pencapaian akademik.
1.2 Perbezaan persepsi juga ditunjukkan oleh murid dan guru berdasarkan beberapa
faktor seperti jantina, peringkat umur murid, lokasi dan jenis sekolah yang dilawati
oleh penyelidik.
1.3 Program susu merupakan satu program yang biasa di sekolah-sekolah pelbagai
negara termasuk Malaysia serta dengan kepercayaan bahawa program ini akan
diteruskan dalam tempoh jangka panjang.
1.4 Hasil dapatan tersebut menunjukkan murid, guru dan ibu bapa/penjaga
mempunyai persepsi yang positif terhadap PS1M.
Kajian 2
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
10
Kajian keberkesanan program Susu 1Malaysia (PS1M) yang telah dilaksanakan oleh
Universiti Putra Malaysia 2014 dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia serta semua syarikat pembekal PS1M.
Hasil dapatan daripada kajian ini mengenai pertumbuhan fizikal murid peringkat
sekolah rendah didapati :
• Tinggi : Susu dan kuantiti ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid.
• Berat : Susu memberi kesan terhadap peningkatan berat badan tetapi tidak
dipengaruhi oleh kuantiti susu yang diminum.
• BMI (Body Mass Index) : Susu tidak menunjukkan kesan terhadap peningkatan
atau penurunan peratus BMI.
• Lemak : Susu tidak menunjukkan kesan yang konsisten terhadap peningkatan
atau penurunan kandungan lemak dalam badan murid.
• Kepadatan Tulang : Susu meningkatkan kepadatan tulang murid.
• Index kualiti tulang : Susu dapat meningkatkan index kualiti tulang.
• Kecergasan fizikal : Susu tidak menunjukkan kesan yang signifikan dalam
meningkatkan kecergasan fizikal murid.
Di peringkat sekolah rendah, susu dan kuantiti yang diminum oleh murid yang terlibat dalam
kajian telah didapati ada kaitan dengan peningkatan ketinggian murid, berat badan, BMI
dan peratus lemak dalam badan murid.
Hasil daripada kajian ini, pihak pengkaji dari UPM mencadangkan seperti berikut:
• Meneruskan program PS1M
• Memastikan pemberian susu kepada murid adalah tidak terputus dan bermula
pada hari pertama persekolahan dan tamat pada hari terakhir persekolahan.
• Menambah kuantiti susu daripada dua kotak seperti sedia ada.
• Memperluaskan supaya semua murid rendah dapat menikmati susu PS1M.
• Memperluaskan PS1M ke sekolah menengah rendah supaya murid yang
sedang membesar ini dapat menikmati khasiat susu dalam pertumbuhan
mereka.
• Meningkatkan program dan aktiviti menggalakkan minum susu dan makan
makanan berasaskan susu di kalangan murid sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
11
BAB 3 PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Peranan dan Tanggungjawab Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia 1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
1.1. Menyelaraskan data penerima PS1M dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
1.2. Memastikan spesifikasi susu dan syarat-syarat keselamatan susu dipatuhi
sebelum diminum.
1.3. Mengeluarkan arahan pemberhentian edaran susu sekiranya berlaku isu
kesihatan murid berdasarkan syor oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
1.4. Mengeluarkan surat siaran pelaksanaan Program Susu 1Malaysia tahun
semasa.
1.5. Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.
1.6. Menerima laporan pelaksanaan PS1M dari JPN.
2. Bahagian Kewangan
2.1. Mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Program Susu
1Malaysia (PS1M)
2.2. Memaklumkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan
kepada Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) untuk penyediaan
dokumen kontrak dan BPSH untuk perancangan pelaksanaan
2.3. Memastikan peruntukan kewangan PS1M bagi tahun semasa mencukupi.
2.4. Menyalurkan dan memastikan peruntukan PS1M yang mencukupi ke JPN.
2.5. Memantau prestasi perbelanjaan PS1M di peringkat JPN.
2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan PS1M.
2.7. Memastikan pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan pesanan tempatan
(Local Oder) yang dikeluarkan dan pengesahan penerimaan bekalan oleh pihak
sekolah.
2.8. Mengeluarkan arahan pemberhentian pesanan susu kepada JPN sekiranya
peruntukan yang mencukupi tidak dapat disediakan
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
12
3. Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) 3.1 Mengurus perolehan PS1M
3.2 Menyediakan dokumen kontrak pembekalan PS1M berdasarkan kelulusan
daripada Kementerian Kewangan antara syarikat pembekal dengan kerajaan
3.3 Mengedarkan dokumen kontrak perjanjian pembekalan kepada syarikat
pembekal, Bahagian Kewangan, BPSH dan JPN.
3.4 Menyediakan dan mengedarkan softcopy dokumen kontrak yang lengkap dan
cabutan dokumen kontrak kepada JPN untuk diedarkan ke PPD dan sekolah.
3.5 Meneliti dan menguruskan penamatan kontrak selepas merujuk kepada
Penasihat Undang-Undang (PUU).
3.6 Menjadi urus setia Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian sekiranya berlaku
pertikaian atau tuntutan oleh pihak yang terlibat dengan perjanjian ini.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
13
BAB 4 PENGURUSAN PS1M JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)
1. JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
1.1 Unit Hal Ehwal Murid (Sub Unit Kesihatan)
1.1.1 Menyediakan data penerima PS1M.
1.1.2 Mengedarkan surat siaran pelaksanaan PS1M kepada PPD dan sekolah.
1.1.3 Menyelaraskan program pendidikan dan kesihatan berkaitan PS1M.
1.1.4 Menyediakan nota minta untuk pesanan PS1M pada atau sebelum
tujuh (7) hari bulan setiap bulan.
1.1.5 Memastikan susu yang diedarkan ke sekolah dalam keadaan yang baik
dan selamat diminum.
1.1.6 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah.
1.1.7 Menerima dan mengumpul laporan bulanan Pegawai Perhubungan
Program Susu 1Malaysia (PPPS1M) dari pembekal.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
14
1.2 Unit Perolehan Dan Pengurusan Aset
1.2.1 Menyimpan softcopy dan dokumen kontrak yang lengkap serta mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada BPPA kepada PPD dan sekolah.
1.2.2 Memastikan syarat-syarat kontrak dipatuhi. 1.2.3 Mengemukakan syor untuk dendaan jika berlaku ketidakpatuhan
syarat kontrak kepada Unit Kewangan JPN. 1.2.4 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.
1.3 Unit Kewangan dan Unit Akaun
1.3.1 Menyediakan pesanan tempatan (LO) PS1M berdasarkan nota minta yang disediakan oleh Sub Unit Kesihatan.
1.3.2 Memastikan LO PS1M disediakan sebelum atau pada 15hb setiap
bulan. 1.3.3 Memastikan syarikat pembekal mengemukakan Sijil Akuan Penerimaan
(SAP) dari pihak sekolah bagi setiap pesanan selepas penghantaran susu.
1.3.4 Pembayaran hendaklah dibuat berdasarkan LO yang dikeluarkan dan
pengesahan penerimaan SAP oleh pihak sekolah. 1.3.5 Menyediakan perkiraan dan membuat pemotongan bayaran atau
dendaan berdasarkan perakuan daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset.
1.3.6 Mengemukakan syor untuk penamatan kontrak kepada BPPA, KPM
berdasarkan laporan daripada sekolah.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
15
PENGURUSAN PESANAN DAN BAYARAN PS1M
MULA
Unit Kesihatan kemukakan ke Unit Kewangan dokumen berikut :
a. Senarai sekolah b. Bil. murid c. Bil kotak susu d. Dokumen sokongan.
Unit Kewangan sediakan Pesanan Tempatan (LO) e-perolehan
Serahkan (LO) kepada Syarikat Pembekal Susu
Unit Kesihatan terima daripada Syarikat Pembekal Susu: a. LO asal b. Invois c. SAP d. DO e. Salinan Kontrak/SST
Unit Kesihatan semak dan pastikan maklumat lengkap
Ya Tidak
Serahkan kepada Unit Kewangan
Unit Kewangan sediakan Baucer Bayaran
Bayaran dibuat kepada Syarikat Pembekal Susu
TAMAT
Lengkap
maklumat
PESANAN
BAYARAN
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
16
2. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
2.1 Mengumpul, menyelaras dan mengesahkan data penerima PS1M
2.1.1 Data sekolah
2.1.2 Data Murid
2.2 Menguruskan taklimat pengurusan PS1M kepada sekolah
2.3 Memantau pelaksanaan PS1M di sekolah
2.4 Membantu sekolah menyediakan laporan jika berlaku kes symptom klinikal
2.5 Menyimpan dan mengedarkan cabutan dokumen kontrak yang diterima daripada Unit Perolehan dan Pengurusan Aset kepada sekolah
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
17
BAB 5 PENGURUSAN PS1M DI SEKOLAH
Sekolah merupakan destinasi terakhir susu bagi Program Susu 1Malaysia (PS1M) dihantar sebelum diminum oleh murid-murid. Bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan, semua pihak perlu bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PS1M dengan sebaik mungkin.
1.1 Penubuhan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Setiausaha : Guru Penyelaras PS1M
Ahli Jawatankuasa : 1. Guru Penyelaras Rancangan Makanan Tambahan
(RMT)
2. Guru Penyelaras Kelas
3. Guru Penyelaras Pendidikan Khas
4. Wakil PIBG (bukan guru)
5. Wakil murid
** Bilangan Ahli Jawatankuasa bergantung kepada kesesuaian sekolah masing-masing
1.2 Peranan Jawatankuasa Program Susu 1Malaysia Di Sekolah
1.2.1 Mesyuarat di peringkat sekolah (sekurang-kurangnya dua kali setahun)
1.2.2 Pemilihan murid layak terima (mengikut tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga
1.2.3 Memastikan tempat penyimpanan selamat dan sesuai
1.2.4 Memastikan pengurusan mengikut garis panduan yang ditetapkan
1.3 Carta Alir Pengurusan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah
MULA
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
18
1.3.1 Penerimaan Bekalan
BERLAKU SIMPTOM KLINIKAL
LENGKAPKAN BUKU
LAPORAN PS1M
TAMAT
SUSU BAIK
TINDAKAN RUJUKAN (ms 23)
TERUS MINUM
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
19
❖ Waktu Penerimaan : Waktu pejabat dan hari bekerja
❖ Pengesahan Penerimaan :
o Nota Penghantaran (DO) : Pentadbir Sekolah, Staf Sokongan
o Sijil Akuan Penerimaan (SAP) : Guru Besar / Guru Penolong Kanan Pentadbiran / Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penolong Kanan Kokurikulum / Guru Penyelia Petang / Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
o Pastikan SAP lengkap dengan tandatangan, tarikh dan cap jawatan penerima semasa hari penerimaan bekalan
o Pastikan jumlah bekalan mengikut jumlah yang tercatat pada SAP
o Pastikan salinan SAP disimpan untuk tujuan rekod
PERINGATAN :
❖ Pastikan catatan penerimaan dilengkapkan dalam Buku Laporan Program Susu 1Malaysia
❖ Penerima bekalan susu perlu menolak bekalan sekiranya terdapat kotak susu yang rosak atau tidak mempunyai nombor batch / tarikh luput.
❖ Kotak susu yang mempunyai kerosakan fizikal tidak boleh diterima dan hendaklah dikembalikan kepada pembekal untuk diganti.
❖ Pastikan pemandu dan pembantu yang menghantar bekalan susu memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian.
❖ Memastikan langkah-langkah keselamatan diutamakan.
1.3.2 Aktiviti Pendidikan Program Susu 1Malaysia Di Sekolah
❖ Taklimat kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid / Guru Penyelaras PS1M oleh pihak pembekal (sekurang-kurangnya sekali setahun)
❖ Bekerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan program pendidikan PS1M.
❖ Tayangan video kepada murid yang layak terima
❖ Demonstrasi Lihat, Hidu dan Rasa sebelum sesi minum susu
❖ Poster dan lain-lain bahan pendidikan dipamerkan di lokasi bersesuaian
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
20
Contoh bahan-bahan pendidikan PS1M
1.3.3 Penyimpanan Susu PS1M Di Sekolah
❖ Tempat penyimpanan bekalan susu perlu mempunyai ciri-ciri berikut :
o Dilindungi daripada makhluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko
pencemaran
o Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan
o Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan,
kondensasi, kotoran dan wap
o Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 cm dari lantai atau jika
menggunakan pallet hendaklan mempunyai ketinggian sekurang-
kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunannya hendaklah tidak
melebihi keluasan pallet
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
21
o Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding
o Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan
nombor batch bagi memudahkan amalan FIFO (First In First Out)
dilaksanakan
o Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak
susu bergoyang dan terjatuh. Contoh : Interlocking Stacking System
(Sistem Perkuncian Barang Tindihan)
o Tidak menyusun kotak melebihi ketinggian dibenarkan (8 hingga 10
karton). Beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di
lapisan bawah
o Sistem Perkuncian Barang Tindihan (Interlocking Stacking System)
1.3.4 Pengagihan Susu PS1M Di Sekolah
Ganti gambar
inter loking
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
22
❖ Menetapkan hari dan waktu yang sesuai untuk minum susu
❖ Pastikan amalan sistem penggiliran stok FIFO (First In First Out)
dilaksanakan
❖ Sebelum susu diagih kepada murid-murid, pastikan perkara-perkara
berikut dipatuhi :
o Nombor batch dan tarikh luput
o Tarikh dan masa pengagihan dicatat
o Catat jumlah kotak susu yang diagih
❖ Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :
o Tanda kelembapan pada pembungkus luar akibat kebocoran
o Bocor atau pecah
o Menggelembung
o Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan
pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat
o Tanda atau kesan gigitan makhluk perosak
❖ Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu :
o Amalan membasuh tangan
o Pastikan kotak tidak kembung, kemek, bocor
o Pastikan tarikh belum luput
o Goncang kotak susu
o Rasa sedikit ; jika susu rasa masam, jangan minum dan laporkan
segera kepada guru
o Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang
sudah diminum
o Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan
1.3.5 Pemantauan PS1M
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
23
❖ Guru Penyelaras PS1M perlu mengemaskini Buku Laporan PS1M
setiap bulan.
❖ Guru Besar / Pentadbir Sekolah perlu membuat pengesahan pada
Buku Laporan PS1M setiap bulan.
❖ Memberi kerjasama kepada pihak JPN, PPD, dan PPPS1M yang hadir
untuk pemantauan.
1.3.6 Isu dan Tindakan Dalam Pelaksanaan PS1M di Sekolah
❖ Fizikal Kotak Susu : Kemek, kembung dan bocor
o Asingkan kotak susu yang rosak
o Laporkan kepada pembekal untuk gantian
❖ Simpton Klinikal : Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit
o Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta
o Asingkan murid yang terlibat
o Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan
segera
o Maklum kepada PPD / JPN dan pembekal
o Maklum kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat
o Menyediakan laporan mengikut Format 1:3:7 kepada PPD dan
JPN (muka surat 35)
1.3.7 Pelupusan Kotak Susu PS1M
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
24
❖ Pastikan plastik sampah disediakan oleh pembekal mencukupi
❖ Sekolah membuat pelupusan atau kitar semula kotak susu tersebut
1.3.8 Keperluan Dokumentasi
❖ Pastikan Fail Pengurusan PS1M disediakan dan mengandungi :
o Surat Masuk / Keluar
o Minit Mesyuarat
o Borang Kebenaran Ibu bapa / Penjaga
o Senarai Nama Penerima
o Buku Laporan PS1M
o Bahan-bahan Pendidikan PS1M
o Salinan Sijil Akuan Penerimaan
o Laporan Kes Simptom Klinikal ( jika ada )
o Lain-lain bahan berkaitan PS1M ( jika ada
Lampiran 1/PS1M
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
25
1. Nama Sekolah :………………………………………………………………………………….………………
2. Alamat Sekolah : ……………………………………………………………………………………………
3. Lokasi Sekolah : Bandar Luar Bandar
4. No. Telefon :………………………..
5. No. Faks :……………………….
6. Guru Besar : ………………………………………………………………………………..……………..
7. No. Telefon : ………………………..
8. GPK HEM : ………………………………………………………………………………………….…….
9. No. Telefon : ………………………
10. Guru Bertugas : ……………………………………………………………………………..…….……..
11. No. Telefon : ………………………………
12. Enrolmen Murid : …………………………
13. Jumlah Penerima Susu : …………………
14. Tempat Penyimpanan Susu :
➢ Stor PS1M
➢ Bilik GPK HEM
➢ Kabinet Bilik Guru
➢ Bilik Kesihatan
➢ Lain-lain ……………………….
Tandatangan : …………………………………………………………
Nama : .…………………………………………………………
Jawatan : …………………………………………………………
Cap Sekolah :
( Sila tanda √ ) berkenaan
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SENARAI SEMAK KENDIRI PENGHANTAR PS1M
ARAHAN :
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
26
DIISI OLEH PENGHANTAR PS1M DAN DISERAHKAN KEPADA PIHAK SEKOLAH SETIAP KALI PENGHANTARAN.
No. PERKARA Semak
Catatan YA TIDAK
A PEMUNGGAHAN DARI LORI UNTUK EDARAN/SIMPANAN SEKOLAH
1.
Maklumat Am pengangkutan - Nama Agensi :
- No Kenderaan :
- Lori / Kapasiti :
2.
Pemunggahan susu (yang berbungkus) ke dalam kenderaan hendaklah dijalankan dengan cermat.
- Tidak mencampak
- Tidak menghempas - Tidak memijak / duduk
3.
Menyediakan perlindungan yang berkesan kepada susu daripada sinaran matahari dan pencemaran termasuk habuk dan asap mahu pun makhluk perosak
4.
Kenderaan pengangkutan berkeadaan baik.
- peralatan pemunggahan perlu sentiasa bersih
- boleh dibersihkan, dinyahjangkitan
- bebas daripada sebarang kotoran.
5.
Kenderaan pengangkutan mempunyai ruangan yang mencukupi bagi produk dan sentiasa berada dalam keadaan bersih sebelum mengangkut produk.
6.
Menggunakan kaedah susunan yang sesuai
- susu berbungkus dapat mengelakkan tray bergoyang
- susu tidak terjatuh contohnya interlocking stacking system.
- Jangan menyusun kotak melebihi beban, beban yang melampau akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.(contoh: bagi tetrapak per 200ml tidak boleh melebihi ketinggian yang dibenarkan iaitu 8-10 tray).
7. Jangan campur adukkan batch yang berlainan. Pengangkutan dan pengedaran hendaklah mengikut nombor batch.
8. Susu yang telah rosak atau tercemar dikeluarkan dengan segera daripada kenderaan pengangkutan.
Pengilang dan pengedar perlu menyediakan sistem rekod penghantaran yang mengandungi maklumat-maklumat yang diperlukan seperti :
- Tarikh dan masa pemunggahan
- No batch / kuantiti
- Tarikh luput bagi setiap batch
No. PERKARA Semak Catatan
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
27
YA TIDAK
B. KEADAAN PENYIMPANAN
1. Susu sentiasa dilindungi dari sebarang kerosakan dengan tidak menyusun kotak melebihi ketinggian yang dibenarkan (8 – 10 tray).
2. Beban yang terlalu berat akan merosakkan kotak susu di lapisan bawah.
3. Melindungi dari kerosakan oleh makhluk perosak.
4. Tidak mengendalikan susu dengan kasar.
5. Mengelakkan kerosakan dengan menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system
6. Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20 sm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 sm dari lantai.
7. Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding
8. Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelakkan tray bergoyang dan terjatuh contohnya interlocking stacking system
9. Penyimpanan hendaklah berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan amalan first in, first out (FIFO) atau masuk dulu, keluar dulu
10. Mengeluarkan kotak susu yang telah rosak atau tercemar daripada stor penyimpanan.
11. Penyimpanan susu ke dalam stor hendaklah dijalankan dengan cermat. Mencampak, menghempas, berdiri atau duduk di atas kotak susu adalah dilarang sama sekali.
Nama Penghantar :
No. HP:
Tarikh / Masa :
Tandatangan :
PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M)
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
28
Guru Besar
……………………………………………………
……………………………………………………
Tuan,
PERSETUJUAN MENERIMA PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA (PS1M) Tahun ……….…..…..
Merujuk kepada perkara di atas saya ………………….…………………………………….
…..……………………………….,,,, No. Kad Pengenalan : ……………………………….
ibubapa/penjaga kepada ………………………………………………………….…………
Tahun ………………………………
2. Dengan ini saya;
bersetuju membenarkan anak / jagaan saya menerima
Program Susu 1Malaysia
tidak bersetuju anak / jagaan saya menerima Program Susu 1Malaysia
kerana ……………………………………………………………………………
…………………………………………………………….……………………………………….
• Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan
3. Saya akan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang diberikan oleh pihak sekolah. Sekian, terima kasih.
Yang benar, ……………………………………………... ( ) Tarikh : …………………..
Catatan : Borang ini dikumpul dan disimpan di sekolah
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
29
SIJIL AKAUN PENERIMAAN ( Untuk diisi setelah alat-alat/bahan-bahan disemak )
Kod Sekolah : ………………………… Nombor SAP : …………………..……
Sekolah………………………….………….…. ……………………………………….
Alamat : ……………………………………….. ………………………………………………….. No. Telefon : …………….……………….…... No. Faks : ………………………………… Bekalan bulan : ……………………………… Tahun : ………………………………………..
Syarikat……………………………………….. …………………………………………………. Alamat : ……………………………………….. ………………………………………………….. No. Telefon : …………….………………….... No. Faks : ……………………………….… No. Pesanan Tempatan ( LO )……………… Bilangan Murid PS1M : ………………………
Butiran (kod item)
Item Kuantiti kotak
Harga
Ulasan sekolah Seunit ( RM)
Jumlah (RM)
Susu
Susu UHT Berperisa
Coklat (200ml)
Susu dalam keadaan baik semasa penerimaan
Plastik sampah dibekalkan
Penghantaran mengikut jadual.
Lain-lain. Nyatakan
Saya mengaku bahawa susu UHT berperisa coklat di atas telah diterima dan disemak dengan betul.
Disemak oleh: Disahkan oleh:
………………………………….. .. …………………………………………..
( Tandatangan ) ( Tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan)
Nama:………………………………………………….. ……………………………………………………..
( Nama Guru Besar atau Peolong Kanan )
Tarikh: ………………………… Tarikh: …………………………
Peringatan:
1] Sijil Akaun Penerimaan ( SAP) hendaklah diisi dalam (4) Salinan untuk edaran berikut:
(a) 3 salinan kepada kontraktor termasuk yang asal.ftr (b) 1 salinan untuk fail sekolah
2) Sila pastikan No. Pesanan Tempatan (LO) yang sah telah diisi sebelum akaun penerimaan dibuat.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
30
PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bulan :……………………… Nama Guru Penyelaras :………………………….………
Tempat Simpanan :……………………………………… Bil. Murid PS1M : ………………….........
A. PENERIMAAN
BIL TARIKH TERIMA
BEKALAN
KUANTITI DITERIMA
NO. SAP NO. LO NAMA PENERIMA BEKALAN TANDA
TANGAN JUMLAH KOTAK
TARIKH LUPUT
1
2
3
4
5
JUMLAH SEBULAN
ULASAN / CATATAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
31
B. AGIHAN
BIL
TARIKH DAN KUANTITI AGIHAN
JUMLAH AGIHAN
SEBULAN
( KOTAK ) MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5
Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti Tarikh Kuantiti
1
2
3
4
5
JUMLAH
ULASAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
C. LAPORAN SUSU ROSAK
Bil Tarikh
kes Tarikh luput
Kuantiti Guru Pelapor Tanda tangan
Kuantiti gantian
Tarikh Terima Gantian
Tarikh Luput
Guru Penerima
Tanda tangan
ULASAN :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
32
PANDUAN MENGISI BUKU LAPORAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA ( PS1M )
A. PENERIMAAN:
1. Bilangan : Kekerapan penghantaran PS1M ke sekolah.
2. Tarikh terima bekalan : Tarikh di mana pihak sekolah terima bekalan daripada pembekal.
3. Jumlah kotak : Sama seperti jumlah paket yang tertulis di dalam SAP.
4. Kuantiti diterima : Jumlah susu yang diterima mengikut Sijil Akuan penerimaan ( SAP)
5. Tarikh luput : Tarikh luput yang tercatat di atas kotak susu.
6. No SAP/LO : Nombor sebagaimana yang tercatat dalam SAP penghantaran tersebut.
7. Nama guru yang menerima bekalan : Guru yang menerima bekalan semasa penghantaran ke sekolah.
8. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang menerima bekalan tersebut.
B. AGIHAN:
1. Bilangan : Kekerapan PS 1M diagihkan kepada murid.
2. Tarikh : Tarikh PS 1M diagihkan kepada murid.
3. Kuantiti : Jumlah penerima PS 1M di sekolah.
4. Jumlah agihan sebulan : Jumlah keseluruhan (dalam kotak) yang diagihkan kepada murid dalam tempoh sebulan.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
33
C. LAPORAN SUSU ROSAK / SIMPTOM KLINIKAL ( JIKA ADA KES )
1. Bilangan ; Bilangan kekerapan kes.
2. Tarikh : Tarikh kejadian berlaku.
3. Tarikh luput : Tarikh luput susu.
4. Kuantiti : Bilangan kotak terlibat.
5. Guru pelapor : Nama guru yang melaporkan kes kejadian.
6. Tanda tangan : Tanda tangan guru yang melaporkan kejadian.
7. Kuantiti gantian : Bilangan kotak yang diganti oleh pembekal.
8. Tarikh terima gentian : Tarikh di mana susu gantian di terima.
9. Tarikh luput : Tarikh luput pada kotak susu gantian.
10. Guru penerima : Guru yang menerima susu gantian.
11. Tanda tangan : Tanda tangan penerima susu gantian.
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
34
CATATAN BERKALA PEMANTAUAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (KPM/JPN/PPD)
SEKOLAH
TARIKH
JENIS BILIK
BIL PERKARA YA TIDAK CATATAN
1 BILIK PENYIMPANAN SUSU
1.1. Mempunyai keluasan yang sesuai
1.2. Pengudaraan dan pencahayaan yang baik 1.3. Mempunyai tingkap, kipas/penghawa dingin dan lampu
1.4. Hanya menyimpan susu sahaja
1.5. Tiada kesan mahluk perosak
1.6. Ruang lantai yang bersih
1.7. Siling tiada sawang
1.8. Bilik selamat dan berkunci
2 KAEDAH PENYIMPANAN SUSU
2.1. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya 15 sm jarak daripada dinding.
2.2. Susu hendaklah disusun sekurang-kurangnya pada ketinggian 20 sm. daripada lantai.
2.3. Susu disusun di dalam rak bertutup/terbuka meja atau pallet. 2.4. Kuantiti susu di sekolah hanya untuk agihan satu bulan sahaja
2.5. Tidak menyimpan susu dengan tarikh luput yang lama di sekolah.
3 DOKUMENTASI DAN REKOD
3.1. Mengisi Buku Pelaporan PS1M
3.2. Buku Garis Panduan Pengendalian Bekalan Susu terdapat di bilik penyimpanan susu.
3.3. Sijil Akuan Penerima (SAP) disusun ikut bulan dan difaikan.
3.4. CD Panduan Meminum Susu digunakan dan disimpan dibilik PS1M.
3.5. Poster PS1M di tmpal dan dipamerkan.
3.6. Jawatankuasa PS1M Sekolah dipamirkan. 3.7. Borang Persetujuan Penerimaan PS1M difailkan.
3.8. Senarai Penerima PS1M difailkan
3.9. Jumlah penerima PS1M bersama dengan bekalan diterima sekolah.
4 LAIN-LAIN
4.1. Plastik sampah disediakan
4.2. Pelupusan kotak susu dibuat secara bersistematik.
4.3. Ada kemudahan chiller/peti sejuk ( Jika ada )
4.4. Bilik dihias menarik.
Dipantau oleh : Tanda Tangan : Jawatan / Cap :
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
35
PK 04-3 SULIT
SEKOLAH ……………………………………………………………………..
LAPORAN PENYIASATAN ADUAN PELANGGAN
1. Tajuk Berita/Jenis Aduan (Bertulis/Lisan) :
2. No. Aduan :
3. Kategori Aduan :
4. Akhbar/Nama & Alamat Pengadu :
5. Tarikh Terbitan/Siaran/Aduan :
6. Lampiran (Petikan Akhbar/Salinan Aduan) :
7. Laporan Siasatan :
7.1 Perkara/Isu yang berlaku
7.2 Pihak yang terlibat (Murid/Guru/Kakitangan/Lain-lain)
7.3 Tarikh/Masa/Tempat
7.4 Latar belakang dan Punca Kejadian
7.5 Dapatan Siasatan :
7.6 Tindakan yang telah dan akan dijalankan/dilaksanakan
(Bahagian/Jabatan/PPD/Sekolah)
7.7 Nama Pegawai Penyiasat
7.8 Tarikh Siasatan
8. Status Kes :
9. Syor/Cadangan :
10. Lampiran (Jika ada):
Disediakan : Disahkan :
.............................................. ……………………………...................................... Pegawai Penyiasat Aduan (Pengarah/ Tim. Pengarah/ KS/KPP/ PPD)
Tarikh Penyediaan Laporan :
Hak Cipta Terpelihara © Bahagian Pengurusan Sekolah Harian 1 Februari 2015- Keluaran 04| Pindaan 00
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
36
PENGERUSI ABDULLAH BIN MAD YUNUS
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
NAIB PENGERUSI
Timbalan Pengarah (Murid) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
SETIAUSAHA CYRIL CHRISTOPHER SINGHAM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
PENOLONG SETIAUSAHA HJ. ZAFRULLAH BIN SHAMSUDIN Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
AHLI JAWATANKUASA
JAHLEHA BT YUSOF Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
MOHD.ARIFFIN BIN ABDULLAH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
HJ YHAYA BIN HUSSIN JPN Pulau Pinang
HJ ISHAK BIN ISMAIL JPN Kelantan
AHMAD SABRI BIN HJ AHMAD JPN Kedah
HASNAH BT KADIR JPN Sabah
RAZALI BIN YUNUS JPN Negeri Sembilan
HJ JAMIL BIN DAYAN JPN Perak
HJ ISMAIL BIN EMBONG JPN Terengganu
AZLINNA BINTI ABDUL AZIZ JPWP Kuala Lumpur
ASNAH BT HJ SELAMAT JPN Melaka
SUPARNEH BT HJ WIRO JPN Perlis
A.RAHMAN BIN T. AHMAD JPN Johor
HJ MOHD. IMRI BIN SUPARDAN JPN Selangor
UMI KALSHOM BT ABD.GHAFAR JPWP Putrajaya
HJ ABDUL JAHAR BIN MULOK JPWP Labuan
ZAILAN KAMARUDIN BIN OTHMAN JPN Pahang
ANA BINTI KELUNDEK JPN Sarawak
. AMAT SAZALI BIN ABU HASSAN JPN PULAU PINANG
RUZANITA BT MOHD YUSOFF KONSUMA SDN BHD
HJ JAP BIN OMAR SABAH INTERNATIONAL DAIRIES SDN. BHD
NORY HEIZEL BT MOHD FAKHARUDDIN DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
MOHD. HAFIZAN BIN ABD. HAMID HYBRID ALLIED SDN BHD
MOHD. HAZREN B AHMAD DZYAUDDIN DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
MOHD HAIRIL ANUAR B ABD RAZAK DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD
HJ ABDUL JALIL BIN GHANI AMIR ENTERPRISE
MOHAMAD B MAT AJID RM JAYA TRADING
PASUKAN
PENGGUBAL
PANDUAN PENGURUSAN PROGRAM SUSU 1MALAYSIA
37
Penghargaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan sukacitanya
merakamkan
setinggi penghargaan
dan
ucapan terima kasih
kepada semua pihak
yang telah memberi sumbangan
dalam penyediaan buku ini.