10
PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING PENULISAN ILMIAH Pengenalan 1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA, 2001). 2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah yang baik. 3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah. Kerta Kerja Konsep/ Kajian (a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan. Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian, persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas. Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 1

Panduan Penulisan Ilmiah

  • Upload
    aida

  • View
    11.402

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

PENULISAN ILMIAH

Pengenalan

1. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan

sesuatu ide, konsep, kajian melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang

ada autoriti seperti buku-buku ilmiah, jurnal dan majalah dalam penulisannya (APA,

2001).

2. Merupakan satu wadah bagi memberi pendedahan awal kepada warga organisasi

pendidikan untuk menyediakan dan seterusnya membentangkan hasil penulisan ilmiah

yang baik.

3. Penulisan ilmiah merupakan satu bentuk penulisan yang sering digunakan untuk

mempersembahkan laporan, kertas kerja, projek kajian, tesis atau disertasi sama ada

untuk dibentangkan di seminar, kolokium, simposium, persidangan, viva atau sekadar

penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku atau majalah ilmiah.

Kerta Kerja Konsep/ Kajian

(a) kertas konsep dan (b) kertas kajian atau penyelidikan.

Penulisan kertas konsep biasanya hanya melibatkan ide penulis berdasarkan pengalaman dan

kajian perpustakaan yang telah dijalankan. Sementara itu, penulisan kertas kajian atau

penyelidikan biasanya melaporkan dapatan daripada analisis data yang telah dikumpul melalui

proses dan kaedah tertentu dengan menggunakan instrumen tertentu. Oleh itu, dalam

penulisan ilmiah berbentuk kertas kajian, beberapa aspek penting seperti objektif kajian,

persoalan kajian, kaedah kajian dan dapatan kajian perlu dinyatakan dengan jelas.

Format Kertas Kerja dan Kertas Kajian

Biasanya sesebuah kertas kerja ditulis mengikut format yang tertentu. Berikut adalah

format yang biasa diguna dan diterima pakai oleh banyak pihak:

1. Kertas dan Saiz - Simili 70 atau 80 gram berwarna putih dan bersaiz A4.

2. Jidar/ Margins- 2.5 cm di sebelah atas, kanan dan bawah tetapi lebih besar pada

sebelah kiri untuk memudahkan penjilidan.

3. Huruf/ Fonts - Times New Roman bersaiz 12pt, Courier bersaiz 12pt atau huruf Arial

12pt (pilih mana-mana satu-selaraskan)

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 1

Page 2: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

4. Jarak Antara Baris - satu setengah langkau (1.5 spacing).

5. Muka surat -Bagi halaman sebelum teks kandungan, nombor roman i, ii, iii dan

seterusnya digunakan untuk menandakan halaman isi kandungan, synopsis atau

exsecutive summary, senarai jadual, penghargaan dan sebagainya. Nombor

menggunakan angka 1, 2, 3 dan sebagainya pula digunakan untuk muka surat

seterusnya bermula dari sub tajuk pengenalan/ pendahuluan sehingga bahagian rujukan

dan lampiran.

Berikut pula adalah contoh susunan dan urutan sebuah kertas kajian untuk pembentangan

dalam seminar atau untuk dimuatkan sebagai artikel jurnal.

Halaman

Halaman Judul i

Isi kandungan ii

Abstrak (Ada kalanya versi Bahasa Inggeris turut

disertakan pada mukasurat berikutnya) iii

Teks (body)

1.0 Pengenalan/ Latarbelakang Kajian 1

2.0 Definisi Konsep/ Operasional 2

3.0 Kajian / Tinjauan Literature 5

4.0 Matlamat Kajian 6

5.0 Objektif Kajian 7

6.0 Persoalan Kajian (jika ada) 8

7.0 Hipotesis Kajian (jika ada/ jika statistik

Inferensi digunakan) 10

8.0 Kepentingan Kajian 12

9.0 Skop dan Kekangan Kajian (jika ada) 13

10.0 Kaedah/ Methodologi Kajian 14

11.0 Analisis Data Kajian 16

12.0 Dapatan Kajian dan Rumusan 20

13.0 Cadangan 25

14.0 Penutup 27

Rujukan 16

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 2

Page 3: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Lampiran 17

Penggunaan Bahasa

Penulisan karya ilmiah perlu menggunakan bahasa yang formal dan tepat serta sesuai

untuk membicarakan sesuatu fakta secara objektif dan komunikatif. Sebuah penulisan disebut

komunikatif apabila dipersembahkan secara logik dan sistematik bagi memperlihatkan sesuatu

sebab dan akibat, kesejajaran atau kemungkinan.

Paragraf

Paragraf biasanya digunakan bagi menandai pembukaan topik baru, atau

pengembangan lebih lajut tentang topik sebelumnya berdasarkan tujuan dan kedudukannya

dalam penulisan :

6.1 Paragraf Pengenalan/ Pendahuluan/ Pembuka

• Pengantar

• Penarik minat dan perhatian pembaca

• Penyiapan pikiran pembaca kepada masalah yang akan diuraikan

• Tidak terlalu panjang supaya tidak membosankan

6.2 Paragraf Penghubung

• Berisi inti persoalan yang akan dikemukakan.

• Analisa masalah

• Antara paragraf dengan paragraf harus berhubungan secara logis

6.3 Paragraf Penutup

• Mengakhiri sebuah karangan/wacana

• Berisi kesimpulan, penegasan dari paragraf penghubung

• Ringkas, padat dan pendek

Topik dan Tajuk

Sebelum memulakan penulisan suatu karya ilmiah, topik (pokok pembicaraan) perlu

ditentukan terlebih dahulu. Dalam memilih topik, perlu dipertimbangkan beberapa hal berikut :

1. Topik tersebut ada manfaatnya dan layak dibahas

2. Topik tersebut cukup menarik terutama bagi penulis

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 3

Page 4: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

3. Topik tersebut diketahui dengan baik oleh penulis

4. Bahan sokongan penulisan dapat diperolehi dan mencukupi

Topik yang telah dipilih harus dibataskan/ dihadkan agar skop pembicaraannya tidak

terlalu luas dan juga tidak terlalu sempit. Proses pembatasan topik dapat dipermudahkan

dengan cara membuat diagram jam, diagram pohon atau piramid berbentuk terbalik.

Setelah diperoleh topik yang sesuai maka dalam pelaksanannya topik yang telah dipilih

itu harus dinyatakan dalam suatu judul/ tajuk. Topik ialah pokok pembicaraan dalam

keseluruhan karangan yang akan digarap sementara judul ialah nama, tajuk atau semacam label

untuk suatu karangan.

Berikut adalah beberapa peringatan tentang penggunaan judul:

a. Judul merupakan satu-satunya bagian tulisan seseorang yang dibaca oleh orang

lain

b. Judul perlu menggambarkan maksud keseluruhan topik perbicaraan

c. Judul biasanya tidak melebihi 12 patah perkataan

d. Gunakan perkataan dan istilah yang tepat dan padat

e. Tidak mengandungi singkatan atau akronim.

Kerangka Penulisan

Kerangka merupakan himpunan ide utama penulis yang disusun dalam komposisi yang

terpadu secara sistematik. Kerangka karangan berguna bagi penulis sebagai pedoman penulisan

laporan tersebut. Topik-topik di dalam kerangka yang disusun secara sistematik, langkah demi

langkah adalah berguna sebagai pedoman kepada pembaca untuk melaksanakan penelitian

kerana biasanya penulisan ilmiah ini melibatkan perbincangan tentang masalah yang diteliti,

kaedah penelitian, pembahasan hasil penelitian, serta saran-saran untuk langkah yang akan

diambil sebagai tindak lanjut. Ringkasnya pembaca dapat memahami dan mengikuti ide-ide yang

diungkapkan dalam penulisan dengan mudah dan cepat

Format Rujukan

Rujukan yang dinukil dalam teks hendaklah direkodkan dan selari dengan senarai

rujukan mengikut sistem penulisan rujukan seperti:

(a) Sistem Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard)

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 4

Page 5: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

(b) Sistem Pengarang, Tahun dan Halaman (Sistem APA)

(c) Sistem Nombor (Nota Kaki)

Berikut adalah kaedah menukilkan rujukan dalam teks dengan menggunakan Sistem

Pengarang dan Tahun (Sistem Harvard):

(i) Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang dirujuk,

contohnya:

“Menurut Paredis (1993), kaedah penjadualan dalam pelbagai bidang merupakan

kekangan utama untuk mengoptimumkan produktiviti”

(ii) Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, nama pengarang dan tahun perlu

dituliskan dalam kurungan pada akhir ayat, contohnya:

“Oleh itu, kaedah penjadualan perlu digantikan dengan satu keadah yang lebih berkesan

untuk mengoptimumkan produktiviti (Paredis, 1993).”

(iii) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, nama kedua-dua

pengarang tersebut perlu ditulis, contohnya:

“Senggaraan secara berjadual dalam penghasilan kuasa telah lama dikaji oleh Kralj dan

Petrovic (1995).”

(iv) Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh tiga pengarang atau lebih, hanya

nama pengarang pertama dan perkataan et. al ditulis seperti:

“Shafie Deris, et. al. (1999) telah menggunakan pendekatan terkini tersebut dalam

menyediakan jadual waktu untuk universiti.”

(v) Sekiranya beberapa bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh pengarang yang sama

dan diterbitkan pada tahun yang sama, huruf a, b, c dan seterusnya perlu digunakan untuk

membezakan sumber-sumber tersebut, contohnya:

”Lenong (Probonegoro, 2000a), ropeng (Probonegoro, 2000b; Muhadjir dan Halim,

1999), dan hikayat (Probonegoro, 2000c), merupakan hasil seni rakyat tradisional Jawa.”

Bibliografi/ Rujukan

Salah satu ciri yang mendukung karya tulis ilmiah adalah kejujuran ilmiah dalam bentuk

pernyataan tentang hasil penelitian orang lain yang disajikan dalam bentuk bahan pustaka.

Bahan pustaka itu kemudian dirangkum dalam bentuk daftar pustaka/ bibliografi. Bibliografi/

Rujukan pada dasarnya berfungsi sebagai dokumentasi bahan kepustakaan yang berkaitan

dengan masalah yang sedang dibahas dalam sesuatu penulisan.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 5

Page 6: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

Melalui Bibliografi/ senarai rujukan ini pembaca dapat mengetahui sumber yang

digunakan tanpa perlu membaca seluruh tulisan tersebut terlebih dahulu. Berdasarkan

bibliografi tersebut pembaca yang berpengalaman akan dapat mengira mutu pembahasan suatu

tulisan, karena tujuan utama dari bibliografi adalah untuk mengidentifikasikan karya ilmiah

tersebut.

Berikut adalah contoh kaedah menulis bahan rujukan berdasarkan sumbernya:

(a) Buku

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993). ”Wawasan Pendidikan : Agenda Pengisian.”Kuala

Lumpur: Nurin Enterprise.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). “Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah: Bahan Sumber Tambahan.” Kuala Lumpur: DBP.

(b) Artikel dalam buku

Southworth, G. (2002). “Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical

Evidence.” dlm. Mikac, N. “School Leadership and Management.” Boston: Allyn & Bacon.

73-91.

(c) Artikel dalam jurnal

Hallinger. P dan Murphy, J.F. (1985). “Assessing The Intructional Management Behavior Of

Principal.” The Elementary School Journal, 86(2). 217-247.

(d) Tesis

Chew Chee Wan (1993). ”Instructional Supervision For Curriculum Implementation: A Case

Study Of A School.” Universiti Malaya: Disertasi Sarjana Pendidikan.

(e) Bahan sumber yang tidak diterbitkan

Salim Sulaiman (2000). ”Peranan Pengetua Dan Pasukan Kerja Untuk Meningkatkan

Kecemerlangan Pendidikan.” PPD Kulai, Johor: Kertas kerja tidak diterbitkan.

Cadangan

Selepas kursus ini, Guru-guru Kanan Tingkatan Enam akan menggunakan panduan

penulisan ilmiah yang telah didedahkan seperti di atas bagi membantu guru dan pelajar untuk

menyediakan dan seterusnya membentangkan satu hasil penulisan ilmiah yang baik dan

berkualiti.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 6

Page 7: Panduan Penulisan Ilmiah

PENULISAN ILMIAH-PANDUAN UNTUK PEMBIMBING

12.0 Rumusan/ Kesimpulan

Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasaanya dihasilkan berdasarkan sesuatu kaedah

dan format tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di sana sini antara

satu hasil penulisan ilmiah dengan yang lain. Oleh itu, perbincangan tentang penulisan ilmiah di

atas hanyalah panduan asas yang boleh dijadikan pedoman kerana kaedah dan format yang

digunakan telah diterima pakai oleh banyak pihak.

Rujukan

American Psychological Association (2001). “Publication Manual of the American Psychological

Association.” 5th ed.Washington, D.C.: Author.

Gallaudet University (2003). “APA Style Ganeral Guidelines.” Washington DC: Gallaudet

University.

Pusat Dokumentasi dan Informasi Ilmiah (1995). “Pedoman Penulisan Skripsi.” Jakarta: LIPI.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Skudai, Johor: Penerbitan

UTM.

Disediakan oleh:Kelab Penyelidikan SMKRMM Page 7