21
Panduan Penulisan RPH Untuk Praktikum Kemahiran Berfikir Secara Kreatif & Kritis

Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Panduan Penulisan RPH Untuk Praktikum

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif &

Kritis

Page 2: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Keperluan Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis Maksud & Istilah KBKK Alat-alat Kemahiran Berfikir Contoh-contoh pengaplikasian KBKK

Tugasan kendiri Persediaan RPH

Template RPH RPH Matematik

Page 3: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Panduan Penulisan RPH Untuk Praktikum

Nilai-nilai Murni

Page 4: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Nilai-nilai murni

1. Baik hati

2. Berdikari

3. Hemah tinggi

4. Hormat menghormati

5. Kasih sayang

6. Keadilan

7. Kebebasan

8. Keberanian

9. Kebersihan fizikal dan mental

10. Kejujuran

11. Kerajinan

12. Kerjasama

13. Kesedaran

14. Kesyukuran

15. Rasional

16. Semangat bermasyarakat

Page 5: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Baik hati

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap ini dilihat dengan menilai tindak tanduk seperti : aspek belas kasihan, bertimbang rasa, murah hati, saling faham memahami dan sedia memaafkan.

Page 6: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain yang membawa pengertian : bertanggungjawab, berupaya bertindak sendiri dan jaya diri dan yakin pada diri sendiri

Page 7: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Hemah tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat seperti : kesopanan, mengakui kesalahan dan ramah mesra.

Page 8: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Hormat menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan yang merangkumi: hormat dan taat kepada ibu bapa, hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin, hormat kepada Raja dan Negara, patuh kepada undang-undang, hormat kepada hak asasi, hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan dan hormat kepada keperibadian individu.

Page 9: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kasih sayang

Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan, lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri : sayang kepada nyawa, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara dan cinta kepada keamanan dan keharmonian.

Page 10: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Page 11: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kebebasan

Kebebasan yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah : kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.

Page 12: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Keberanian

Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati yang perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana, Nilai ini merangkumi : berani dengan tidak membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian dan berani bertanggungjawab.

Page 13: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah : kebersihan diri, kebersihan persekitaran, pertuturan dan kelakuan yang bersopan dan pemikiran yang sihat dan membina.

Page 14: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Page 15: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kerajinan

Usaha berterusan yang penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

Page 16: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong royong, ketoleranan dan perpaduan.

Page 17: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kesedaran

Sikap yang tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Ini termasuklah : sederhana dalam menimbangkan kepentingan orang lain dan tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

Page 18: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi seperti berterima kasih, mengenang budi dan penghargaan.

Page 19: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat pertimbangan, berfikiran logik dan terbuka.

Page 20: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

Semangat bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada isu-isu sosial dalam masyarakat.

Page 21: Panduan Penulisan - KBKK.pptx

~ Sekian. Terima Kasih ~