31
Garis PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (AT401) UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

  • Upload
    duongtu

  • View
    336

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

Garis PANDUAN

PENULISAN

LAPORAN LATIHAN

INDUSTRI

(AT401)

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

Page 2: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

1

1.0 PANDUAN PENULISAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI Setiap pelajar di wajibkan menulis satu Laporan Latihan Industri (LLI) yang lengkap dan mengikut piawaian yang telah di tetapkan oleh PKT. Garis panduan ini perlu di patuhi sepenuhnya dan LLI akan di tolak jika di dapati tidak mematuhi garis panduan yang di tetapkan. Oleh itu setiap pelajar mestilah betul-betul memahami garis panduan ini sebelum memulakan penulisan. Hasil tulisan mestilah asli dan berdasarkan pengalaman pelajar sendiri. Laporan Latihan Industri merupakan satu dokumen yang penting kerana: mendokumentasikan aktiviti-aktiviti sepanjang latihan; menjadi bukti kepada latihan yang telah di ikuti; laporan yang baik dan bermutu boleh di gunakan sebagai dokumen sokongan dalam temuduga. 1.1 TARIKH PENYERAHAN LAPORAN Satu salinan laporan hendaklah di serahkan kepada Pegawai Penyelaras UPLI jabatan masing-masing. Tarikh penyerahan laporan akan di umumkan 4 minggu terakhir pelajar sebelum melaporkan diri untuk mengikuti pengajian semester berikutnya. Notis mengenainya akan di paparkan di laman sesawan. Urusan menjilid buku laporan adalah urusan pelajar sendiri. 1.2 KANDUNGAN KESELURUHAN Setiap laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian hadapan, Bahagian Laporan dan Bahagian Belakang. Setiap bahagian mestilah mengikuti ciri-ciri tertentu. Secara amnya kandungan keseluruhan laporan adalah seperti berikut:

Kulit Laporan

Judul

Perakuan

Dedikasi

Penghargaan

Jadual Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Rajah

Senarai Lampiran

BAHAGIAN HADAPAN

Menggunakan nombor Roman (i, ii, iii, iv …)

Page 3: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

2

BAB I: PENGENALAN

BAB II: LATAR BELAKANG SYARIKAT BAB III: RINGKASAN MINGGUAN BAB IV: LAPORAN TEKNIKAL BAB V: LAPORAN TEKNIKAL BAB VI: LAPORAN TEKNIKAL BAB VII: DAPATAN DAN CADANGAN

BAB VIII: KESIMPULAN

Rujukan

Lampiran

Halaman dedikasi dan penghargaan merupakan perkara-

perkara tambahan sahaja (optional) tetapi semua yang lain

adalah wajib. Kandungan laporan mestilah mengandungi semua

perkara di atas dan mengikut susunan tersebut.

Bahagian Laporan hendaklah bermula dengan PENGENALAN

(BAB I) dan di ikuti dengan bab-bab berikutnya hinggalah

KESIMPULAN. Rujukan dan Lampiran tidak di kira sebagai

bab.

1.3 KULIT LAPORAN

Kulit laporan hendaklah dari jenis “buckram” dan bertulisan emas.

Warna kulit hendaklah mengikut warna jabatan. Untuk mengetahui

warna tersebut, sila rujuk Papan Kenyataan UPLI.

BAHAGIAN BELAKANG

BAHAGIAN LAPORAN Menggunakan nombor Arab (1, 2, 3 …)

Sekurang-kurangnya 3 BAB Teknikal

BAHAGIAN LAPORAN

Menggunakan nombor Arab (1, 2, 3, …)

Page 4: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

3

1.4 FORMAT KULIT

Format catatan untuk kulit depan laporan di nyatakan dalam

LAMPIRAN B. Contoh Format tulang belakang kulit laporan ialah

seperti dalam LAMPIRAN C. Format ini tidak boleh di ubah atau di

pinda. Saiz kulit ialah yang bersesuaian untuk kertas saiz A4.

1.5 HALAMAN JUDUL

Halaman ini mengandungi perkara-perkara berikut:

Judul Laporan

Nama Penuh Penulis

Nombor Pendaftaran

Kenyataan Laporan

Contoh halaman judul di tunjukkan dalam LAMPIRAN D

1.6 HALAMAN PERAKUAN

Halaman ini memuatkan perakuan pelajar mengenai keaslian

laporan ini. Halaman ini mestilah juga di sah dan di tandatangani

oleh pegawai atau penyelia Latihan Industri pelajar berkenaan.

Contoh halaman perakuan ialah seperti di LAMPIRAN E.

1.7 HALAMAN DEDIKASI

Halaman ini boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Halaman ini

tidak boleh melebihi 5 baris dan tidak mengandungi rajah, jadual,

gambar dan sepertinya. (Rujuk LAMPIRAN F)

1.8 HALAMAN PENGHARGAAN

Halaman ini juga boleh di abaikan jika merasa tidak perlu. Ia tidak

boleh melebihi satu muka surat. (Rujuk LAMPIRAN G)

Page 5: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

4

1.9 HALAMAN KANDUNGAN

Halaman ini menyenaraikan seluruh isi kandungan laporan. Muka

surat bagi setiap bahagian laporan mestilah di nyatakan dengan

tepat supaya memudahkan rujukan bahagian laporan. (Rujuk

LAMPIRAN H)

1.10 SENARAI JADUAL

Semua jadual yang terdapat dalam laporan mestilah di senaraikan

mengikut urutan. Senarai ini mestilah mengandungi nombor

jadual, tajuk jadual dan muka surat. Senarai jadual yang di

kehendaki di tunjukkan dalam LAMPIRAN I.

1.11 SENARAI RAJAH

Rajah adalah merupakan lukisan, gambar foto, graf, peta, sketsa

dan carta. Semua rajah mestilah di senaraikan mengikut urutan

dan mengandungi nombor rajah, tajuk rajah dan muka surat.

(Rujuk LAMPIRAN J)

1.12 SENARAI LAMPIRAN

Pada halaman ini disenaraikan semua lampiran yang dimuatkan

dalam laporan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:

i) Laporan tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya

perlu, data kajian, jadual, contoh soal-selidik, peta, gambar,

program komputer dan seabagainya yang terlalu panjang

untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang tidak diperlukan

secara langsung bagi menjelaskan perkara yang

dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke dalam

lampiran; dan

ii) Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, lampiran B

dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya

bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga

boleh diberi tajuk-tajuk tertentu.

Page 6: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

5

Jika hendak menyertakan pelan, pastikan pelan di kecilkan terlebih

dahulu. Jika tidak, pelan mestilah di jilidkan dalam keadaan yang

kemas. (Rujuk Lampiran K)

1.13 TEKS

Teks dalam laporan hendaklah mengandungi bab-bab yang diberi

judul dan setiap judul hendaklah membayangkan kandungan.

Setiap bab hendaklah dimulakan pada halaman baru. Bab boleh

dipecahkan kepada bahagian yang diberi judul kecil. Judul dan

judul kecil bab mestilah dinomborkan.

Teks ditulis perenggan demi perenggan. Seberapa boleh elakkan

menulis perenggan yang panjang. Setiap perenggan sebaiknya

menerangkan satu isu atau perkara dan hendaklah ada

kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang

lain.

1.14 PENGENALAN (BAB I)

Kandungan yang di syorkan ialah:

Objektif Latihan Industri; Kepentingan Latihan Industri kepada

pelajar; Skop Latihan Industri; Objektif laporan; Cara laporan di

susun untuk mencapai objektif laporan

(Pengenalan mestilah menjelaskan apa yang hendak di sampaikan

dalam laporan).

Contoh Penulisan Bab 1 seperti berikut

BAB 1: Pengenalan

1.1 Pendahaluan

1.2 Objektif Latihan Industri

1.3 Objektif Laporan

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Page 7: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

6

1.15 LATAR BELAKANG SYARIKAT (BAB II)

Latar belakang menceritakan tentang sejarah penubuhan firma;

hakmilik; pemegang saham; sistem pentadbiran; carta organisasi;

pelanggan, pesaing utama, keluaran (produk); dan lain-lain yang

berkaitan.

(Pelajar di nasihatkan merujuk atau berbincang dengan pegawai

firma untuk memastikan ianya bukan maklumat rahsia firma).

Contoh Penulisan Bab 2 seperti berikut

BAB 2: Latar Belakang Syarikat

2.1 Pengenalan Organisasi

2.2 Latar Belakang Penubuhan Syarikat

2.3 Alhi Lembaga Pengarah

2.4 Aktiviti Organisasi

2.5 Halatuju Organisasi (Misi & Visi)

2.6 Carta Organisasi

1.16 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (BAB III)

Ringkasan aktiviti latihan industri hendaklah ditulis dalam bentuk

mingguan bermula dari tarikh lapor diri hingga tamat latihan

industri.

Minggu Aktiviti

1

hingga

20

1.17 KANDUNGAN TEKNIKAL (BAB IV dan seterusnya)

Kandungan teknikal mengandungi BAB-BAB yang memuatkan

maklumat-maklumat teknikal yang di perolehi di sepanjang latihan.

Bab-bab ini mengandungi penerangan, gambar foto, carta dan

Page 8: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

7

sebagainya. Sekurangnya 3 BAB teknikal di ceritakan dalam bab

ini.

Contoh Penulisan bab teknikal seperti berikut

BAB 4: Sistem Penjanaan Elektrik

4.1 Pengenalan

4.2 Spesifikasi/Jenis peralatan yang digunakan

4.3 Cara pengendalian Peralatan Semasa Latihan

4.4 Proses Kerja yang dilakukan

4.5 Komen dan Cadangan

4.6 Cadangan

(Penerangan hendaklah berkaitan dengan topic berkenaan

sahaja)

1.18 DAPATAN DAN CADANGAN

Hasil pembelajaran daripada kursus latihan Industri hendaklah di

nyatakan oleh pelajar dan pelajar juga adalah bebas untuk

membuat cadangan atau saranan bagi mengatasi masalah yang

di hadapi berkait dengan Latihan Industri. Ini merupakan peluang

terbaik pelajar memberi input kepada UPLI tentang kelemahan-

kelemahan yang ada.

1.19 KESIMPULAN

Kesimpulan ialah mengenai perkara-perkara yang di perhatikan

sahaja dan tidak boleh di kaitkan dengan teori atau idea yang

tidak berkenaan. Ia tidak perlu panjang, paling panjang dalam 2

atau 3 muka surat sahaja. Sebaik-baiknya kesimpulan di

sampaikan dalam bentuk ringkas (point-form).

1.20 RUJUKAN

Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan

Page 9: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

8

menyatakan sumber rujukan sama ada dalam format American Psychological Association (APA) atau Modern Language Association (MLA).

Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar boleh melayari web di bawah http://www.apastyle.org

http://www.mla.org

Semua sumber rujukan mestilah di senaraikan dalam penyediaan

laporan bagi memudahkan pembaca membuat rujukan. Rujukan

hendaklah di senaraikan mengikut susunan yang betul.

Sumber dari buku di catat mengikut nama pengarang, tahun

terbitan, tajuk buku, penerbit dan muka surat rujukan. Contoh:

Nama pengarang (Tahun). “Judul Buku.” Maklumat penerbitan.

Jilid. m.s.

Felder, R.M. (1987). “Elementary Fluid Flow”. John Wiley & Sons.

1987. 122 - 125

Jika mahu memasukkan nama seseorang individu yang telah

membantu, ia hendaklah di tulis mengikut susunan nama, firma

atau agensi, bentuk pertolongan ( temubual atau perbincangan),

tarikh. Contoh:

Smith, A.D., ABC Consultant, Temubual, 5 Jun 94.

Jika rujukan di buat dari brosur, tuliskan tajuk, firma, tarikh,

nombor buletin dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Page 10: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

9

2 PERKARA BERKAITAN DENGAN LAPORAN

2.1 JADUAL

Setiap jadual yang disertakan perlu mengikut 5 peraturan yang penting

seperti berikut:

i) Mempunyai nombor jadual;

ii) Mempunyai tajuk jadual;

iii) Jadual diletakkan di bawah daripada nombor dan tajuk;

iv) Setiap jadual disenaraikan di awal laporan (Bab 6.9);

v) Perlu ada penerangan/pernyataan mengenai jadual

sebelumnya.

Contoh:

Penerangan mengenai jadual yang akan disertakan

Keputusan yang diperolehi (Jadual 3.4) menunjukkan

bahawa……..…..

JADUAL 3.4: Data Ujian Beban Ke Atas Besi

Sumber: (jika di ambil dari buku, majalah dan sebagainya)

Sumber bagi setiap jadual yang diambil dari buku, majalah dan jurnal

mestilah dinyatakan.

Sertakan Jadual Di Sini

Nombor Bab Bi langan jadua l yang te rdapat da lam bab

Tajuk

Page 11: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

10

2.2 RAJAH

Prinsip yang digunakan untuk memasukkan rajah adalah sama seperti

untuk jadual tetapi rajah diletakkan di bahagian atas daripada nombor dan

tajuknya.

Contoh:

Peralatan yang digunakan dalam ujikaji ialah Turbidimeter (Rajah

6.1), bikar dan pengacau. Sebagai……………

Rajah 6.1: Turbidimeter

Sertakan rajah yang perlu dan dapat membantu dalam penerangan

sahaja. Jangan disertakan rajah yang tidak berkaitan atau dalam keadaan

berulang-ulang.

2.3 BAHASA

Bahasa yang digunakan dalam laporan teknikal adalah ringkas, jelas dan

tepat (straight to the point). Sebagai contoh, perhatikan 2 ayat dibawah ini.

i) Daripada graf yang diplotkan di bawah, dapat diperhatikan

bahawa beban adalah berkadar terus dengan pemanjangan.

(Tidak Tepat)

ii) Rajah 3.1 menunjukkan bahawa beban berkadar terus dengan

pemanjangan.

(Tepat)

Secara amnya, prinsip penggunaan bahasa adalah mengikut urutan:

Rajah disertakan di sini

Nombor Bab Bi langan Ra jah da lam Bab Tajuk

Sumber (nyatakan j i k a d iambi l dar i buku, ma ja lah dan sebaga inya)

Page 12: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

11

Subjek (siapa yang melakukan), perbuatan, dan objek (apa

yang telah dicapai).

Dalam contoh 2 :

Subjek = Rajah 3.1

Perbuatan = menunjukkan

Objek = beban berkadar terus dengan pemanjangan.

Contoh-contoh lain,

3. Mesyuarat telah bersetuju melantik Abdullah sebagai ketua projek yang

baru. Bukannya; Perlantikan Abdullah sebagai ketua projek yang baru

telah dipersetujui oleh mesyuarat yang telah diadakan.

4. Pesaing utama firma ABC Consultant ialah XYZ Bina. Bukannya, Firma

XYZ Bina adalah di antara beberapa syarikat yang menjadi pesaing

utama kepada firma ABC Consultant.

5. Syarikat ACF ditubuhkan dalam tahun 1986. Bukannya, Tahun

penubuhan Syarikat ialah dalam tahun 1986.

Tips: Bina ayat mengikut urutan subjek, perbuatan dan objek.

Page 13: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

12

FORMAT UMUM

3.1 KERTAS

Laporan hendaklah ditulis menggunakan kertas putih saiz A4 (210

mm x 297 mm) sahaja. Gunakan kertas berat 80 gram atau lebih

yang bermutu tinggi. Laporan hendaklah ditulis pada sebelah

mukasurat sahaja. Nombor Bab dan tajuk hanya boleh ditulis bagi

memisahkan bab dengan bab yang lain,

3.2 JIDAR

Jidar ialah ruang untuk menulis dalam sesuatu muka surat. Jidar

yang dikehendaki ialah 4 cm di sebelah kiri, 2.5 cm di sebelah

kanan, atas dan bawah.

3.3 SISTEM PENOMBORAN MUKA SURAT

Nombor muka surat hendaklah ditulis di sudut atas sebelah kanan,

1.25 cm dari tepi atas dan 2.5 cm dari tepi sebelah kanan digit

terakhir nombor berkenaan.

Penomboran muka surat hendaklah memenuhi syarat berikut:

i) Bahagian permulaan laporan, bermula dari halaman judul,

hendaklah dinombor dengan angka kecil Roman (i, ii, iii dsb);

bahagian teks dan selepasnya hendaklah menggunakan

angka Arab(1, 2, 3 dsb).

ii) Halaman pertama laporan ialah halaman judul, dianggap

sebagai muka surat “i” tetapi tidak ditaip.

iii) Halaman pertama bahagian teks dianggap sebagai halaman

“1” tetapi nombornya tidak ditaip. Begitu juga bagi halaman

pertama setiap permulaan Bahagian atau Bab, tidak ditulis

nombor muka suratnya tetapi diambilkira bagi menomborkan

muka surat berikutnya.

Page 14: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

13

iv) Jika laporan terdiri daripada beberapa bahagian, halaman

pemisah bahagian boleh dimasukkan tetapi tidak

dinomborkan dan tidak dikira dalam penomboran muka surat.

3.4 PENOMBORAN BAB DAN SUB-JUDUL DALAM BAB

Bab dan sub-judul dalam bab perlu dinomborkan. Bab

dinomborkan menggunakan angka besar Roman iaitu BAB I, BAB

II, BAB III dsb dan sub-judul dalam bab menggunakan angka

Arab. Struktur penomboran sub-judul dalam bab tidak diensot

tetapi disusun mengikut urutan tahap sub-judul dan tidak melebihi

empat tahap seperti berikut:

BAB II Tahap pertama (Judul Bab)

2.1 Tahap kedua (sub-judul)

2.1.1 Tahap ketiga (sub-sub-judul)

2.1.1.1 Tahap keempat (sub-sub-sub-judul)

Jika Judul Bab atau sub-judul pada mana-mana tahap tersebut di

atas melebihi satu baris, maka langkaunya adalah sama dengan

langkau dalam teks.

3.5 PENAIPAN

Penaipan laporan hendaklah menggunakan komputer dan ditaip

dengan huruf biasa (tidak dibenarkan huruf yang berbunga-

bunga). Penulis dinasihatkan supaya menggunakan satu jenis

huruf yang tetap dan “standard” sahaja pada keseluruhan laporan

(kecuali yang melibatkan penggunaan bahasa asing ditaip

menggunakan huruf condong).

Saiz (tinggi) huruf yang digunakan dalam teks tidak kurang

daripada 0.2 cm bagi huruf besar dan 0.15 cm bagi huruf kecul.

Jika anda menggunakan perisian Words, sila gunakan jenis huruf

(font) “Times New Roman”, bersaiz 12. Jarak di antara baris

dalam teks ialah satu setengah langkau (1.5 spacing). Teks

dalam laporan hendaklah ditaip pada sebelah muka surat sahaja.

Page 15: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

14

Judul bab hendaklah ditaip dengan huruf besar dan diletak di

tengah-tengah antara jidar kiri dengan kanan. Setiap bab

hendaklah dimukakan di atas muka surat yang baru. Bab dan

bahagian dalam bab hendaklah diberi judul. Judul boleh ditaip

dengan huruf tebal dan tidak perlu digariskan. Huruf pertama

setiap dalam sub-judul hendaklah huruf besar.

Contoh halaman permulaan Bab ditunjukkan dalam LAMPIRAN L.

Contoh halaman sub-bab (bahagian dalam bab) ditunjukkan

dalam LAMPIRAN M.

3.6 JARAK DAN FORMAT

Penulis dinasihatkan supaya mematuhi panduan berikut dalam

menentukan jarak dalam teks :

i) Jarak di antara jidar atas dengan nombor bab ialah 5 cm;

ii) Jarak di antara nombor bab dengan judul bab, dan di

antara judul bab dengan baris pertama teks ialah tiga (3)

baris;

iii) Jarak di antara sub-judul dengan baris terakhir teks

sebelumnya ialah dua (2) baris;

iv) Jarak di antara sub-judul dengan baris pertama teks

selepasnya ialah satu (1) baris;

v) Jarak di antara perenggan ialah satu (1) baris;

vi) Mulakan sub-judul berserta nombornya dari jidar kiri;

vii) Mulakan baris pertama perenggan dengan ensotan

(indent) sebesar 1.27 cm (0.5 inci) dari jidar kiri;

viii) Jangan mulakan baris pertama perenggan baru di sebelah

bawah muka surat;

ix) Jarak di antara perkataan dalam barisan hendaklah sama,

oleh itu format “justified” tidak dibenarkan.

x) Jarak di antara ayat terakhir dengan Jadual, Rajah atau

Ilustrasi ialah dua (2) baris.

3.7 DAKWAT

Dalam semua keadaan, gunakan dakwat hitam sahaja.

Page 16: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

15

3.8 HAD MAKSIMA MUKA SURAT LAPORAN

Had maksima panjang laporan ialah lebih kurang 80 muka surat

tidak termasuk lampiran serta bahan hadapan laporan. Had ini

hanyalah untuk teks ( Pengenalan hingga Rujukan ) sahaja.

SENARAI RUJUKAN

1. Feinberg, S. (1998). “Components of Technical Writing”. Holt

Reinhart, Winston.

2. Long, R.L. et al. (1989). “Guide to Writing and Problem Solving for

Chemical Engineers”. Kinko’s Publishing Group.

3. Nota Taklimat Latihan Industri, PKT.

4. Sandman, P.M. (1985). “Scientific and Technical Writing”, Holt

Reinhart Winston.

5. Universiti Kebangsaan Malaysia (1992). “Panduan Menulis Tesis

Gaya UKM”. Edisi 2. 1992.

6. Universiti Teknologi Malaysia (1992) “Panduan Menulis Tesis

Untuk Pelajar Universiti Teknologi Malaysia”.

Page 17: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

16

LAMPIRAN A

Contoh Surat Pengesahan Tamat Latihan

Kepala Surat Syarikat

Ruj. Kami:

Tarikh:

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Dengan ini di sahkan bahawa En./Cik ……………………………………….

No. K/P ……………………………. telah menjalani Latihan Industri dengan

jayanya di syarikat kami.

Sepanjang beliau bersama syarikat ini, kami mendapati bahawa En./Cik

……………………………………….. adalah seorang yang tekun, inivatif

dan mampu melakukan semua kerja-kerja yang di amanahkan.

Kami yakin sekiranya di beri peluang melaksanakan tugas yang berkaitan

dengan latihan ini, beliau akan dapat melaksanakannya dengan baik dan

kemas.

Sekian terima kasih

t.t. & jawatan

………………………………

** Nota: Ayat-ayat di atas adalah sebagai contoh sahaja;

Page 18: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

17

LAMPIRAN B

Format Kulit Depan Laporan

Birai kulit laporan

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD

ABDUL RAZAK BIN OTHMAN 0041 DEP 2012

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU 2012

Birai kulit laporan

Page 19: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

18

LAMPIRAN C

FORMAT TULANG BELAKANG LAPORAN

ABDUL RAZAK OTHMAN DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DIS2012

20mm dari tepi 20mm dari tepi

Page 20: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

19

LAMPIRAN D

FORMAT HALAMAN JUDUL

(Halaman Wajib)

Jidar muka surat

XYZ CONSULTANT SENDIRIAN BERHAD

(JUN 2012 – DIS 2012)

ABDUL RAZAK BIN OTHMAN

0041 DEP 2012

Laporan Di kemukakan Kepada

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

Politeknik Kuala Terengganu

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan

2012

Jidar muka surat

4 cm 2.5 cm

5 cm

5 cm

X

X

Page 21: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

20

LAMPIRAN E

CONTOH PERAKUAN

(Halaman wajib)

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali

pada bahagian –bahagian yagn dilampirkan dari

sumber-sumber yang dinyatakan.

……………………………………. (ABDUL RAZAK BIN OTHMAN) TARIKH :

Disahkan Oleh :

……………………………… (Nama Penyelia/ Jurutera) TARIKH : COP FIRMA

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

Page 22: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

21

LAMPIRAN F

CONTOH DEDIKASI

(Halaman Pilihan)

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

Untuk Ayah dan Bonda tersayang

2.5 cm

Page 23: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

22

LAMPIRAN G

CONTOH HALAMAN PENGHARGAAN

( Halaman Pilihan)

4 cm

2.5 cm

Setinggi-tinggi penghargaan di berikan kepada

Jurutera Kanan En. Abdul Aziz Hamzah dari XYZ

Consultant yang telah memberikan bimbingan dan

tunjuk ajar secara peribadi di sepanjang tempoh Latihan

Industri.

Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih

kepada pensyarah-pensyarah Jabatan Kejuruteraan

Elektrik PKT yang telah membantu dalam penulisan

laporan ini.

Tidak lupa juga teman-teman khasnya Nazri, yang

banyak membantu dengan komen-komen amat bernilai.

Terima kasih.

1.27 cm (0.5 inci)

PENGHARGAAN

5 cm

3 baris

2.5 cm

Page 24: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

23

LAMPIRAN H

CONTOH HALAMAN KANDUNGAN

2.5 cm

BAB PERKARA MUKASURAT Judul i Perakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Senarai Jadual v BAB I PENGENALAN 1 1.1 Latar belakang firma 1 1.2 Sistem pentadbiran 2 1.3 Carta Organisasi 3 1.3.1 Pengurus 3 1.3.2 Bahagian Kewangan 4

KANDUNGAN

5 cm

3 baris

4 cm 2.5 cm

Page 25: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

24

LAMPIRAN I

CONTOH SENARAI JADUAL

(Halaman Wajib)

2.5 cm

4 cm 2.5 cm

5 cm

SENARAI JADUAL

3 baris

NO. JADUAL TAJUK MUKASURAT 1.1 Analisa bagi kedudukan o dan w 16 4.1 Perhubungan antara halaju dan jejari 19 5.1 Perhubungan antara anjakan dan voltan 25 6.1 Perubahan ketinggian aliran yang 30

Mengalir melalui sistem paip secara graviti

Page 26: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

25

LAMPIRAN J

CONTOH SENARAI RAJAH

(Halaman Wajib)

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

5 cm

SENARAI RAJAH

3 baris

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT 1.1 Pengawalan ke atas sistem pengaliran 4 1.2 Pengawalan imbangan 7 4.1 Rajah bongkah kawalan aliran 9

(litar tutup) 5.1 Analisa Daya 10 5.2 Analisa Kestabilan 15 5.3 Sistem paip 20

Page 27: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

26

LAMPIRAN K

CONTOH SENARAI LAMPIRAN

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

5 cm

SENARAI LAMPIRAN

3 baris

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT A Contoh surat pengesahan syarikat 5 B Contoh halaman judul 10 C Contoh halaman pengakuan 12 D Contoh halaman penghargaan 30

Page 28: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

27

LAMPIRAN L

CONTOH HALAMAN PERMULAAN BAB

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

5 cm

BAB I

3 baris

JUDUL BAB

3 baris

Teks bab bermula di sini dan bersambung ke jidar

kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau

1.5 (1.5 spacing)

2.1 Sub-Judul

Teks bermula di sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing).

1.27 cm (0.5 inci)

2 baris

1 baris

X X

Page 29: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

28

LAMPIRAN M

CONTOH HALAMAN SAMBUNGAN MUKA SURAT

4 cm

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

Teks dari muka surat sebelum ini disambung di sini.

2.5 Sub-Judul

Teks di bawah bermula di sini ….

dan bersambung di sini. 2.5.1 Sub-sub Judul

Teks di bawah bermula di sini …. Dan bersambung di sini. 2.5.1.1 Sub-sub-sub Judul Teks bermula di sini …… Dan disambung di sini.

2 baris

1 baris

2 baris

1 baris

1 baris

2 baris

Page 30: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

29

DISEDIAKAN OLEH

1. MOHD HAFIZUDDIN BIN IBRAHIM

PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

2. AIEZZATUL AKMALIYAH BINTI ABDULLAH

PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI

POLITEKNIK KUALA TERENGGANU

Page 31: panduan penulisan laporan akhir latihan industri(at401)

30

UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Politeknik Kuala Terengganu

Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu Terengganu Darul Iman

09 – 620 4100 Fax 09 – 620 4102 www.pkkt.edu.my [email protected]