20

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

  • Upload
    lamliem

  • View
    245

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem
Page 2: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2

PANDUAN PERMOHONAN

PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL

SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Page 3: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3

KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. TAHAP PENSIJILAN

4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

5. LATIHAN

6. SYARAT PERMOHONAN

7. CARA MEMOHON

8. PENILAIAN

9. LAMPIRAN

SENARAI KURSUS

SENARAI SEMAK

LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN

Page 4: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4

1.0 PENGENALAN

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk

meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini

adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga

termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras

dengan aspirasi pengurusan atasan.

Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk

menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat

Negara dan dipersada dunia.

Jurutera Mekanikal (Sistem Automasi Bangunan) yang bertauliah adalah mereka

yang telah berjaya melalui asas latihan merangkumi pelaksanaan rekabentuk

sistem automasi bangunan, penyelesaian isu sebenar di tapak bina bagi

menjadikan mereka amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkualiti. Mereka

yang menerima pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera mekanikal yang telah

mendapat kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang perancangan dan

merekabentuk sistem automasi bangunan di dalam projek-projek kerajaan.

Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap

kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat

berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.

Page 5: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5

2.0 OBJEKTIF

Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera

dalam bidang mekanikal - Sistem Automasi Bangunan;

Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat

dan sistematik;

Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;

Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan

kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;

Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;

Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang

diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.

3.0 TAHAP PENSIJILAN

Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,

Program pensijilan ini terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap

pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap - 2, Tahap - 3 dan Tahap - 4.

Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi

gelaran seperti berikut :

Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 2

Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3

Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4

Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil

Jurutera Mekanikal Tahap 3 Sistem Automasi Bangunan, dengan syarat calon perlu

mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (sistem automasi bangunan)

sekurang-kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.

Page 6: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6

4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN

Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan

didalam syarat -syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop

pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan

dibawah.

4.1 Pensijilan Tahap 2 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Calon perlu mengetahui asas rekabentuk dan pengawasan seperti berikut :

a. Pengenalan garispanduan dan piawaian yang digunakan di dalam rekabentuk

Sistem Automasi Bangunan;

b. Pengenalan kepada definasi, tujuan dan fungsi utama Sistem Automasi

Bangunan bagi pengawalan dan pengawasan sistem mekanikal di dalam

bangunan;

c. Pengenalan kepada prinsip tahap asas kawalan dan komponen-komponen

Sistem Automasi Bangunan;

d. Pengenalan kepada komponen utama Sistem Automasi Bangunan seperti:

i. Field devices

ii. controller

iii. communication protocol

iv. interface

v. system architecture;

e. Pengenalan kepada jenis-jenis dan fungsi peranti luaran (valve, sensor,etc)

yang menghantar isyarat:

i. Binary Input/Output Point (BIP/BOP)

ii. Analog Input/Output Point (AIP/AOP);

f. Pengenalan kepada jenis-jenis dan fungsi kawalan terus (DDC, NCU etc);

Page 7: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7

g. Pengenalan kepada Low & High level Interface;

h. Pengenalan asas pengetahuan tahap pengawasan dan pengawalan berkaitan

sistem-sistem mekanikal yang terlibat dalam sistem BASC. (Sistem

Penyaman udara, Sistem Pencegah Kebakaran, Sistem Bekalan Air Dalaman

dan lain-lain sistem yang diperlukan untuk dimasukkan dalam skop Sistem

Automasi Bangunan);

i. Jenis Kawalan Tindakan (Control Action);

j. Terma dan Terminologi dalam Sistem Automasi Bangunan (High & Low Level

Interface,DI, DO, AI, AO, DDC dll);

k. Pengetahuan asas rekabentuk Sistem Automasi Bangunan;

l. Pengenalan asas bagi pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan

Sistem Automasi Bangunan.

4.2 Pensijilan Tahap 3 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:

a. Memahami tahap proses dan kefungsian utama Sistem Automasi Bangunan

(Control, Monitoring dan integration) peralatan mekanikal dan elektrikal

mengikut piawaian MS;

b. Mengetahui dan menentukan parameter sistem/peralatan mekanikal dan

elektrikal yang perlu pengawalan dan pengawasan. (Tahap penggunaan asas

Sistem Automasi Bangunan) ;

c. Berupaya menentukan point dan kegunaan bagi Low level interface & High

Level interface serta system architecture dalam Sistem Automasi Bangunan;

d. Berpengetahuan dalam protocol Sistem Automasi Bangunan (BACnet,

LONWorks, Modbus, dll);

Page 8: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8

e. Berupaya memahami fungsi field devices dan controller (motorised valve,

sensor, thermostat, bagi peralatan mekanikal yang perlu di kawal dan

diterjemahkan kepada I/O point;

f. Berupaya merekabentuk dan menentukan input/output/, Digital/Analog point

(Start/stop, On/Off Status, low/high water level dll) mengikut kefungsian

peralatan mekanikal bagi sistem:

Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll)

Sistem pengudaraan Mekanikal

Sistem pencegah kebakaran

Sistem bekalan air dalaman dan sanitari

Sistem lif

Sistem air panas, dll;

g. Berupaya merekabentuk dan menjadual I/O point dan lakaran skematik

Sistem Automasi Bangunan;

h. Berupaya untuk menjalankan pengujian dan pentauliahan Sistem Automasi

Bangunan;

i. Berupaya menentukan anggaran kos Sistem Automasi Bangunan;

j. Berupaya menjalankan pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan

Sistem Automasi Bangunan.

4.3 Pensijilan Tahap 4 – SISTEM AUTOMASI BANGUNAN

Calon cekap dalam perkara-perkara berikut:

a. Polisi terkini, garispanduan, spesifikasi dan piawaian yang digunakan di dalam

rekabentuk Sistem Automasi Bangunan;

b. Berpengetahuan dalam Sistem Automasi Bangunan programming

(penjadualan) untuk pengawasan dan pengawalan sistem mekanikal;

Page 9: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9

c. Berupaya menentukan point bagi Low level interface & High Level interface

serta system architecture dalam Sistem Automasi Bangunan secara terperinci;

d. Pengalaman di dalam pemilihan rekabentuk system architecture Sistem

Automasi Bangunan;

e. Pengalaman menerapkan elemen kecekapan tenaga dalam rekabentuk dan

program Sistem Automasi Bangunan;

f. Berpengetahuan untuk menyenggara, mengenalpasti dan menyelesaikan

masalah melibatkan Sistem Automasi Bangunan;

g. Berpengetahuan dan berpengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja

membaikpulih (forensic) sistem yang berkaitan dengan Sistem Automasi

Bangunan;

h. Berpengalaman dalam pengawasan tapak untuk pemasangan peralatan

Sistem Automasi Bangunan yang kompleks;

i. Menjalankan pengujian dan pentauliahan pemasangan Sistem Automasi

Bangunan serta mengajar pelanggan/ operator cara kendalian Sistem

Automasi Bangunan.

Calon perlu berpengalaman dalam merekabentuk, mengawasi pemasangan dan

melakukan pengujian dan pentauliahan terhadap Sistem Automasi Bangunan

yang mengawal semua komponen sistem mekanikal dan elektrikal dalam

bangunan, selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori

Pensijilan Tahap 2 dan Tahap 3. Calon yang berkelayakan berpengalaman dalam

pembentangan atau pengajaran dalam sistem berkenaan dan menjadi sumber

rujukan kepada pihak lain yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang

berkaitan Sistem Automasi Bangunan.

Page 10: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10

5.0 LATIHAN

Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik,

mereka dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam

dokumen Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan

Penolong Jurutera Mekanikal JKR.

6.0 SYARAT PERMOHONAN

Calon calon yang berminat boleh memohon mana - mana tahap pensijilan yang

telah dinyatakan dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.

6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan

Tahap 2

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan

Tahap 2;

b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera

Siswazah;

c) Menghadiri kursus Sistem Automasi Bangunan; (sila lihat senarai kursus teknikal

wajib)

d) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 1 tahun.

6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3

Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan

Tahap 3;

b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera

Siswazah;

c) Menghadiri kursus Sistem Automasi Bangunan; (sila lihat senarai kursus teknikal

wajib)

d) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 3 tahun;

Page 11: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11

ATAU

e) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak

dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang

kejuruteraan mekanikal (sistem automasi bangunan) sekurang-

kurangnya 5 tahun serta syarat-syarat lain yang berkaitan.

6.3 Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4 Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;

a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Sistem Automasi Bangunan

Tahap 4;

b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);

c) Pengalaman rekabentuk Sistem Automasi Bangunan : minimum 5 tahun;

d) Pembentangan Kertas Kerja / Penceramah/ Penglibatan dalam

Penghasilan Garis Panduan / Spesifikasi Teknikal Sistem Automasi

Bangunan.

7.0 CARA MEMOHON

Hebahan program ini akan disiarkan melalui :

Laman web rasmi JKR / CREaTE

Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.

Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang

lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan

Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut :

Urusetia

Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal

Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR

Alor Gajah, Melaka\

Page 12: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12

8.0 PENILAIAN

8.1 Kaedah

Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman

beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program

Pensijilan Jurutera Mekanikal.

Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/

jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.

Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/

Ketua Jabatan.

Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan

oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.

8.2 Pemarkahan

Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :

Kriteria Markah

Temubual 50%

Personaliti dan perwatakan 20%

Pengetahuan Am 10%

Kepimpinan 10%

Kemahiran Komunikasi 10%

Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %

Laporan Pengalaman

Sumbangan / Track Record berkaitan dengan

sub bidang kepakaran yang dipilih

Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan sub

bidang kepakaran yang dipilih (laporan lengkap

– rekabentuk konsep, pengiraan dan lain-lain)

Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan

Jurnal/ Artikel

Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya

80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.

Page 13: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13

SENARAI KURSUS

Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang

berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :

1. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 2

Modul Tajuk Kursus Bil hari

program

Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Asas) 1

Penyeliaan dan Pengujian

1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina

(Asas) 3

2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3 rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

2. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 3

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

3. Sijil Jurutera Mekanikal Sistem Automasi Bangunan Tahap 4

rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

Modul program Tajuk Kursus

Bil hari

Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Pertengahan) 2

Penyeliaan dan Pengujian

1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina (Pertengahan)

3

2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

Modul program Tajuk Kursus

Bil hari

Rekabentuk 1. Rekabentuk Building Management System (Lanjutan) 2

Penyeliaan dan Pengujian

1. Penyeliaan Pemasangan Sistem Mekanikal di Tapak Bina (Lanjutan)

3

2. Pengujian dan Pentauliahan Sistem Mekanikal 3

Page 14: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Sistem Automasi Bangunan

Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 14

SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN

Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :

i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)

ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)

iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/ Artikel

iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui

v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib

vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan

Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal

Page 15: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

LAMPIRAN I

JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN

PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL

TAHUN 20....

1. NAMA :___________________________________________________________________

2. No. K.P :___________________________________________________________________

3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________

________________________________________________________________________________

4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________

5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________

6. EMEL :__________________________________________________________________________

7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________

8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________

:____________________________________________________________

9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________

:_______________________________________________________________________________

10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________

(Sehingga tarikh memohon)

Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang

disediakan.

Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4

SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH

MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.

_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON

(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN

(B) KATEGORI PENSIJILAN

(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN

1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN

DIATAS.

_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN

Page 16: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

LAMPIRAN I

TAHUN

BERKHIDMAT

(DARI-HINGGA)

TEMPAT

BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)

Page 17: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

LAMPIRAN I

BIL

TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)

Page 18: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem

LAMPIRAN I

BIL KEKOMPETENAN

TAHUN

(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)

Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.

Page 19: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem
Page 20: Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal · 7. CARA MEMOHON 8. PENILAIAN 9. LAMPIRAN SENARAI KURSUS SENARAI SEMAK ... Sistem penyaman udara (chiller, AHU, FCU, pam dll) Sistem