Upload
phungquynh
View
245
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 2
PANDUAN PERMOHONAN
PENSIJILAN DISIPLIN MEKANIKAL
KEJURUTERAAN KUARI
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 3
KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. TAHAP PENSIJILAN
4. KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
5. LATIHAN
6. SYARAT PERMOHONAN
7. CARA MEMOHON
8. PENILAIAN
9. LAMPIRAN
SENARAI KURSUS
SENARAI SEMAK
LAMPIRAN I : BORANG PERMOHONAN
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 4
1.0 PENGENALAN
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal sentiasa berusaha secara berterusan untuk
meningkatkan kualiti penyampaian dan kecemerlangan perkhidmatan. Pensijilan ini
adalah sebagai salah satu usaha untuk merealisasikan hasrat ini. Ianya juga
termaktub di dalam Pelan Peningkatan Kompetensi Cawangan dan adalah selaras
dengan aspirasi pengurusan atasan.
Pengwujudan program sebegini adalah melengkapi usaha jabatan untuk
menjadikan organisasi ini sebagai Pusat Kecemerlangan dan rujukan di peringkat
Negara dan dipersada dunia.
Jurutera Mekanikal (Keuruteraan Kuari) yang bertauliah adalah mereka yang telah
berjaya melalui asas latihan merangkumi rekabentuk sistem mekanikal dan
kejuruteraan kuari, penyelesaian isu sebenar di tapak bina bagi menjadikan mereka
amat berpotensi, berkemahiran tinggi dan berkualiti. Mereka yang menerima
pentaulihan ini adalah jurutera-jurutera mekanikal yang telah mendapat
kemahiran/kepakaran khusus dalam bidang perancangan dan merekabentuk
sistem mekanikal dan kejuruteraan kuari di dalam projek-projek kerajaan.
Dengan pensijilan ini, Jurutera Mekanikal adalah diiktiraf telah mencapai tahap
kemahiran kompetensi pakar. Pegawai yang menerima pensijilan ini amat
berpotensi, berkemahiran tinggi, berkualiti dan menjadi sumber rujukan jabatan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 5
2.0 OBJEKTIF
Mengiktiraf kompetensi, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan jurutera
dalam bidang mekanikal – Kejuruteraan Kuari;
Melahirkan pakar dan penasihat dalam bidang strategik secara berperingkat
dan sistematik;
Meningkatkan kepakaran serta kualiti sistem penyampaian Kerajaan;
Meningkatkan motivasi jurutera mekanikal pakar dengan memastikan
kesinambungan kepakaran dalam bidang pengkhususan masing-masing;
Peluang pembangunan dan kemajuan kerjaya yang lebih baik;
Meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang
diberikan oleh jurutera mekanikal pakar.
3.0 TAHAP PENSIJILAN
Selaras dengan COMPETENCY MODEL & DICTIONARY JKR 20700-0285-17,
Program pensijilan ini terbahagi kepada TIGA (3) tahap pengkelasan. Tahap
pengkelasan adalah terdiri daripada Tahap - 2, Tahap - 3 dan Tahap - 4.
Sijil-sijil akan diberi sejajar dengan tahap pengkelasan tertentu dan akan diberi
gelaran seperti berikut :
Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 2
Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 3
Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 4
Calon yang bertaraf Jurutera Profesional (P.E) layak dipertimbangkan untuk Sijil
Jurutera Mekanikal Tahap 3 Kejuruteraan Kuari, dengan syarat calon perlu
mempraktikkan bidang kejuruteraan mekanikal (kejuruteraan kuari) sekurang-
kurangnya 5 tahun serta syarat yang berkaitan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 6
4.0 KEPERLUAN SKOP PENGETAHUAN
Pemohon pensijilan perlu mempunyai pengetahuan seperti yang dinyatakan
didalam syarat-syarat yang disertakan bagi memohon pensijilan ini. Skop
pengetahuan bagi tahap pensijilan yang berkaitan adalah seperti dinyatakan
dibawah.
4.1 Pensijilan Tahap 2 – KEJURUTERAAN KUARI
Calon perlu mempunyai pengetahuan asas seperti berikut:
a. Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan
Arahan Kewangan
Arahan Pentadbiran;
b. Pengenalan kepada akta/ peraturan/ keperluan perundangan/ piawaian/garis
panduan/competent person/ firma yang kompeten (FYK) berdaftar dengan
JMG/JKKP/JAS/PDRM yang berkaitan ( Contoh : Garis Panduan Kuari/ Akta
Kilang dan Jentera/ Akta Kualiti Alam Sekitar/ Akta Bahan Letupan;
c. Arahan Teknik Jalan yang dikeluarkan oleh JKR, Cawangan Jalan;
d. Pengenalan kepada proses-proses operasi kuari
i. Membersih muka kuari
ii. Meneres
iii. Mengerudi dan meletup
iv. Mengangkut
v. Proses Pemecahan
vi. Memproses Premix
vii. Membaharu muka jalan;
e. Pengawasan tapak
i. Muka kuari
ii. Membaharu muka jalan;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 7
f. Kawalan Kualiti Produk Kuari
i. Batu-batan
ii. Premix;
g. Penyelenggaraan
i. Loji-loji static
ii. Loji-loji bergerak.
4.2 Pensijilan Tahap 3 – KEJURUTERAAN KUARI
Calon kompeten dalam perkara-perkara berikut:
a. Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan
Pengurusan Kewangan
i. Bajet tahunan
ii. Kos Penyelenggaraan loji
iii. Pusat Kos Produk Kuari
iv. Anggaran Kos Projek (projek baru dan naik taraf mukajalan)
Pengurusan Pentadbiran
i. Keperluan kakitangan
ii. Keperluan loji dan jentera;
b. Pengenalan kepada akta/ peraturan/ keperluan perundangan/ piawaian/garis
panduan/competent person/ firma yang kompeten (FYK) berdaftar dengan
JMG/JKKP/JAS/PDRM yang berkaitan ( Contoh : Garis Panduan Kuari/ Akta
Kilang dan Jentera/ Akta Kualiti Alam Sekitar/ Akta Bahan Letupan;
c. Arahan Teknik Jalan yang dikeluarkan oleh JKR, Cawangan Jalan;
d. Berpengetahuan kepada proses-proses operasi kuari
Membersih muka kuari
i. Pembersihan tanah (Overburden)
Meneres permukaan bukit
i. Benching
Mengerudi dan meletup
i. Saiz lubang dan kedalaman pengerudian
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 8
ii. Jenis-jenis bahan letupan
Mengangkut
i. Jenis Pengangkut
Proses Pemecahan dan menetapkan saiz keluaran batu-batan (Crusher
Setting)
i. Primary Crusher
ii. Secondary Crusher
iii. Tertiary Crusher
iv. Quarternary Crusher
Memproses Premix
i. Gred Premix
Membaharu muka jalan
i. Pengangkutan Premix
ii. Jenis Tack Coat
iii. Menurap premix
iv. Memampat premix;
e. Pengawasan tapak
Muka kuari
Membaharu muka jalan
Pengawasan Suhu premix;
f. Kawalan Kualiti Produk Kuari
Batu-batan
i. Jenis-jenis pengujian batu batan
Premix
i. Jenis-jenis Pengujian premix;
g. Penyelenggaraan
Loji-loji statik
i. Pengujian dan pentauliahan loji
ii. Motor elektrik dan kawalan
iii. Berkemampuan menentukan punca kerosakan kecil
iv. Berkemampuan menentukan cara pembaikan kecil
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 9
Loji-loji bergerak
i. Pengujian dan pentauliahan peralatan
ii. Berkemampuan menentukan punca kerosakan kecil
iii. Berkemampuan menentukan cara pembaikan kecil.
Calon perlu dapat menganalisa isu, menjangkakan masalah dan menyediakan
cadangan penyelesaian yang berkaitan dengan Kejuruteraan Kuari. Calon perlu
mengetahui pengurusan di tahap 2 dan berupaya menggunakan secara terus
teknik dan peralatan yang berkaitan dengan pengurusan.
4.3 Pensijilan Tahap 4 – KEJURUTERAAN KUARI
Calon cekap dalam perkara-perkara berikut :
a. Polisi terkini; garispanduan, piawaian dan arahan-arahan lain yang berkaitan
Kejuruteraan kuari;
b. Teknologi yang diperlukan untuk memenuhi garis panduan, piawaian dan
arahan-arahan berkaitan kuari;
c. Kaedah pemeriksaan dan pengujian, penggunaan peralatan, pengambilan
serta pengumpulan data untuk kajian kes/forensik yang berkaitan pengurusan
dan operasi;
d. Pengalaman Menerapkan Kecekapan Element Kelestarian Dalam Rekabentuk
(Life Cycle Costing, Return On Investment dll);
e. Anggaran kos (Projek Baru dan naik taraf muka jalan, dll);
f. Berpengetahuan berkenaan penyenggaraan, mengenalpasti dan
menyelesaikan punca masalah melibatkan operasi kuari (Trouble Shooting);
g. Pengawasan tapak untuk projek jalan baru dan naik taraf mukajalan;
h. Pengujian dan pentauliahan pemasangan loji dan peralatan kuari.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 10
Calon cekap dalam perkara-perkara berikut :
a. Pengurusan Pentadbiran dan Kewangan
Pengurusan Kewangan
i. Bajet tahunan
- Unjuran tahunan
- Analisa bajet
ii. Kos Penyelenggaraan loji
- Menganalisa kos penyelenggaraan
- Mengenalpasti jenis penyenggaraan (berkala atau pembaikan)
iii. Pusat Kos Produk Kuari
- Menganalisa kos setiap produk
- Menganalisa ‘overhead cost’
iv. Anggaran Kos Projek (projek baru dan naik taraf mukajalan)
- Kos produk
- Tempoh penyiapan
- Kos Penghantaran
- Kaedah pelaksanaan;
b. Pengurusan Pentadbiran
i. Keperluan kakitangan
- Menganalisa keperluan kakitangan berdasarkan beban kerja.
- Pengurusan kakitangan
ii. Keperluan loji dan jentera
- Menganalisa keperluan berdasarkan pengeluaran;
c. Berpengetahuan dalam akta/ peraturan/ keperluan perundangan/
piawaian/garis panduan/competent person/ firma yang kompeten (FYK)
berdaftar dengan JMG/JKKP/JAS/PDRM yang berkaitan (Contoh: Garis
Panduan Kuari/Akta Kilang dan Jentera/Akta Kualiti Alam Sekitar/Akta Bahan
Letupan;
d. Berkemahiran dalam Arahan Teknik Jalan yang dikeluarkan oleh JKR,
Cawangan Jalan;
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 11
e. Berpengetahuan dan cekap kepada proses-proses operasi kuari
i. Membersih muka kuari
- Pembersihan tanah (Overburden)
- Pemindahan tanah
- Penggunaan jentera
ii. Meneres permukaan bukit (benching)
- Merekabentuk teres
- Mengenal pasti penggunaan jentera.
iii. Mengerudi dan meletup
- Saiz lubang dan kedalaman pengerudian
- Jenis-jenis bahan letupan
- Blast design
- Jenis letupan
- Penyimpanan bahan letupan.
iv. Mengangkut
- Jenis Pengangkut
- Kaedah pelaksanaan
- Proses Pemecahan dan Menetapkan saiz keluaran batu-batan
(Crusher Setting)
- Primary Crusher
- Secondary Crusher
- Tertiary Crusher
- Quarternary Crusher
- Kaedah penetapan CSS(Close Side Setting)
- Pengurusan sisa. (Quarry Waste)
- Kawalan habuk.
- Kaedah penyimpanan produk.
v. Memproses Premix
- Gred Premix
- Menganalisa keperluan bahan mentah.
- Kaedah peyimpanan (silo)
- Kaedah mengangkut.
vi. Membaharu muka jalan
- Pengangkutan Premix
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 12
- Tack Coat
- Jenis dan kaedah semburan
- Menurap premix
- Gred/Jenis dan kaedah
- Memampat premix
- Pematuhan kepada Arahan Teknik Jalan
- Pengawalan lalulintas;
f. Pengawasan tapak
i. Muka kuari
ii. Membaharu muka jalan
iii. Pengawasan Suhu premix;
g. Kawalan Kualiti Produk Kuari
i. Batu-batan
- Jenis-jenis pengujian batu batan
- Sieve Analysis
- Specific gravity (SG)
- Flakiness Index
- Hardness
ii. Premix
- Jenis-jenis Pengujian premix
- Marshall Test
- Sieve Analysis
- Penetration Test
- Bitumen Content
- Coring test
iii. Bitumen
- Jenis-jenis Pengujian Bitumen
- Penetration Test
- Flash & Softening point
iv. Rekabentuk Campuran (Mix Design)
- Trial Mix
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 13
- Plant Trial
- Trial Lay;
h. Penyelenggaraan
i. Loji-loji statik
- Pengujian dan pentauliahan loji
- Motor elektrik dan kawalan
- Berkemampuan menentukan punca kerosakan besar
- Berkemampuan menentukan cara pembaikan besar
ii. Loji-loji bergerak
- Pengujian dan pentauliahan peralatan
- Berkemampuan menentukan punca kerosakan besar
- Berkemampuan menentukan cara pembaikan besar.
Selain memenuhi semua keperluan skop pengetahuan kategori Pensijilan Tahap 2
dan Tahap 3, Calon yang berkelayakan adalah perlu menjadi sumber rujukan
kepada pihak lain yang memerlukan khidmat nasihat dalam bidang berkaitan
Kejuruteraan kuari. Calon juga perlu berkebolehan membangunkan teknik,
prosedur atau proses berkaitan sistem Kejuruteraan kuari serta juga berkeupayaan
untuk menjadi mentor kepada pegawai-pegawai lain dan boleh menjana amalan
terbaik di peringkat organisasi dan peringkat yang lebih luas.
5.0 LATIHAN
Bagi memastikan calon-calon telah dilatih secara terancang dan sistematik,
mereka dikehendaki menyertai kursus teknikal seperti yang termaktub di dalam
dokumen Pelan Pengurusan Kompetensi Dan Program Latihan Jurutera dan
Penolong Jurutera Mekanikal JKR.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 14
6.0 SYARAT PERMOHONAN
Calon calon yang berminat boleh memohon tahap pensijilan yang telah dinyatakan
dengan memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan.
6.1 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 2
Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Kuari Tahap 2;
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera
Siswazah;
c) Menghadiri kursus Pengurusan dan Operasi Kuari; (sila lihat senarai kursus
teknikal wajib)
d) Pengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal minimum 3 tahun
dan pengurusan kuari minimum 1 tahun.
6.2 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 3 Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Kuari Tahap 3;
b) Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia sebagai Jurutera
Siswazah;
c) Menghadiri kursus Pengurusan dan Operasi Kuari; (sila lihat senarai kursus
teknikal wajib)
d) Pengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal minimum 7 tahun
dan pengurusan kuari minimum 3 tahun;
e) Melepasi Pensijilan Tahap 2 Kejuruteraan Kuari;
ATAU
f) Calon yang mempunyai kelayakan Jurutera Profesional (P.E) layak
dipertimbangkan dengan syarat calon perlu mempraktikkan bidang
kejuruteraan mekanikal yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun
serta syarat-syarat lain yang berkaitan.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 15
6.3 Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 4 Bagi tahap ini, calon - calon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut ;
a) Memenuhi keperluan skop pengetahuan Kejuruteraan Kuari Tahap 4
b) Berstatus Jurutera Profesional (P.E);
c) Menghadiri kursus Pengurusan dan Operasi Kuari; (sila lihat senarai kursus
teknikal wajib)
d) Pengalaman dalam bidang kejuruteraan mekanikal minimum 10 tahun
dan pengurusan kuari minimum 3 tahun;
e) Melepasi Pensijilan Tahap 3 Kejuruteraan Kuari.
7.0 CARA MEMOHON
Hebahan program ini akan disiarkan melalui :
Laman web rasmi JKR / CREaTE
Borang permohonan adalah di seperti Lampiran I.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dikemukakan kepada Urusetia
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya.
Borang permohonan, laporan pengalaman dan kertas kerja/jurnal/artikel yang
lengkap, boleh dikemukakan kepada Urusetia Pelaksanaan Program Pensijilan
Kepakaran Jurutera Mekanikal beralamat seperti berikut:
Urusetia
Program Pensijilan Kepakaran Jurutera Mekanikal
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteran
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE) JKR
Alor Gajah, Melaka
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 16
8.0 PENILAIAN
8.1 Kaedah
Proses Penilaian adalah berasaskan kepada temuduga dan laporan pengalaman
beserta sikap yang akan di kendalikan oleh pihak Urusetia Pelaksanaan Program
Pensijilan Jurutera Mekanikal.
Calon yang telah memiliki Ijazah Lanjutan atau pernah menyediakan kertas kerja/
jurnal samada melalui JKR/ Agensi lain akan diberi pertimbangan sewajarnya.
Kertas kerja dan laporan pengalaman hendaklah disahkan oleh Ketua Bahagian/
Ketua Jabatan.
Panel penilai bagi pensijilan adalah terdiri dari pegawai-pegawai yang ditetapkan
oleh Jawatankuasa Program Pensijilan Jurutera Mekanikal.
8.2 Pemarkahan
Pembahagian markah penilaian adalah seperti berikut :
Kriteria Markah
Temubual 50%
Personaliti dan perwatakan 20%
Pengetahuan Am 10%
Kepimpinan 10%
Kemahiran Komunikasi 10%
Kertas Kerja & Laporan Pengalaman 50 %
Laporan Pengalaman
Sumbangan / Track Record berkaitan dengan
sub bidang kepakaran yang dipilih
Projek/ Khidmat Nasihat berkaitan dengan sub
bidang kepakaran yang dipilih (laporan lengkap
– rekabentuk konsep, pengiraan dan lain-lain)
Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan
Jurnal/ Artikel
Calon calon perlu mendapatkan markah keseluruhan sekurang - kurangnya
80 % untuk lulus dalam sesi penilaian ini.
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 17
SENARAI KURSUS
Kursus - kursus teknikal yang wajib dihadiri oleh calon bagi pensijilan tahap yang
berkaitan mengikut bilangan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
1. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 2
Modul Tajuk Kursus Bil hari
program
Pengurusan Kuari 1. Pengurusan Operasi Kuari (Asas) 3 rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
2. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 3
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
3. Sijil Jurutera Mekanikal Kejuruteraan Kuari Tahap 4
rujukan : Modul Kompetensi & Latihan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Modul program Tajuk Kursus
Bil hari
Pengurusan Kuari 1. Pengurusan Operasi Kuari (Pertengahan) 3
Modul program Tajuk Kursus
Bil hari
Pengurusan Kuari 1. Pengurusan Operasi Kuari (Lanjutan) 3
Panduan Permohonan Pensijilan Disiplin Mekanikal – Kejuruteraan Kuari
Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya©Cawangan Kejuruteraan Mekanikal | 18
SENARAI SEMAKAN UNTUK PERMOHONAN
Dokumen dokumen yang perlu dihantar kepada urusetia adalah :
i. Borang Permohonan Pensijilan Jabatan Kerja Raya(Sistem Automasi Bangunan)
ii. Salinan Sijil-sijil berkaitan (Ijazah, PhD, P.E. etc)
iii. Salinan pengesahan Pembentangan Kertas Kerja dan Penerbitan Jurnal/
Artikel
iv. Laporan pengalaman dan latihan yang telah dilalui
v. Sijil kehadiran kursus teknikal wajib
vi. Maklumat dan Dokumen Tambahan
Disediakan oleh : Urusetia Program Pensijilan Jabatan Kerja Raya Disiplin Mekanikal
LAMPIRAN I
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA BORANG PERMOHONAN
PROGRAM PENSIJILAN KEPAKARAN JURUTERA MEKANIKAL
TAHUN 20....
1. NAMA :___________________________________________________________________
2. No. K.P :___________________________________________________________________
3. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS: ______________________________________________________
________________________________________________________________________________
4. NO. TEL PEJABAT & BIMBIT:________________________________________________________
5. FAKSIMILI :_______________________________________________________________________
6. EMEL :__________________________________________________________________________
7. JAWATAN & GRED:________________________________________________________________
8. KELAYAKAN AKADEMIK:____________________________________________________________
:____________________________________________________________
9. KELAYAKAN PROFESIONAL/KOMPETEN :_____________________________________________
:_______________________________________________________________________________
10. TEMPOH PERKHIDMATAN TETAP DI JKR :_____________________________________________
(Sehingga tarikh memohon)
Sila nyatakan sub-bidang kepakaran yang dipilih dan tandakan (/) pada tahap pensijilan yang dimohon pada petak yang
disediakan.
Sub-Bidang Kepakaran JM Tahap 2 JM Tahap 3 JM Tahap 4
SAYA MENGESAHKAN BAHAWA SEMUA KENYATAAN YANG DIBERIKAN ADALAH BENAR DAN SAYA TELAH
MENEPATI SEMUA SYARAT YANG DITETAPKAN BAGI PENSIJILAN YANG DIMOHON.
_____________________ ______________________________ TARIKH TANDATANGAN & COP PEMOHON
(A) MAKLUMAT PERIBADI & PERKHIDMATAN
(B) KATEGORI PENSIJILAN
(C) ULASAN KETUA BAHAGIAN
1. SAYA SOKONG/ TIDAK SOKONG PERMOHONAN JURUTERA MEKANIKAL INI UNTUK PENSIJILAN
DIATAS.
_______________________ _________________________________ TARIKH TANDATANGAN KETUA BAHAGIAN & COP RASMI JABATAN
LAMPIRAN I
TAHUN
BERKHIDMAT
(DARI-HINGGA)
TEMPAT
BERTUGAS JAWATAN, PERANAN & TANGGUNGJAWAB
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(D) PENGALAMAN KERJA (dari mula berkhidmat hingga kini)
LAMPIRAN I
BIL
TAJUK DAN KETERANGAN RINGKAS
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.
(E) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Kertas kerja/ Laporan/ Jurnal/ dan lain-lain)
LAMPIRAN I
BIL KEKOMPETENAN
TAHUN
(F) SENARAI DOKUMEN TAMBAHAN ( Lain-lain Sijil Kekompetenan)
Nota : Sila sertakan lampiran tambahan sekiranya perlu.