21
Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran MPP 1.(a) Naib Canselor akan mengeluarkan Notis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar. Namun demikian, Pembubaran MPP ini tidak bermakna semua Ahli Majlis Eksekutif atau Pemegang Jawatan akan terbubar juga. Pemegang jawatan akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga MPP baru dibentuk. Notis 2. (a) Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hendaklah menyiarkan suatu notis mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) di papan- papan kenyataan atau risalah-risalah rasmi Universiti. (b) Notis ini hendaklah menyatakan tarikh-tarikh yang terlibat dalam urusan PRK. (c) Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK hendaklah dalam notisnya menyatakan masa, tempat penamaan calon dan hari pengiraan undi yang akan diadakan selepas tamat tempoh pengundian. (d) Pelajar yang ingin menjadi calon dalam PRK, perlu mengambil ingatan tentang tarikh, tempat dan masa penamaan. 3. Pelajar yang ingin menjadi calon perlu mendapatkan Borang-Borang Penamaan Calon serta Buku Peraturan dan Panduan PRK daripada laman sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) https://www.unisza.edu.my/hepa/borangprk, Portal Pelajar, Pejabat Pentadbiran Pejabat TNC (HEPA), Pejabat Fakulti, Pejabat Kolej Kediaman Pelajar.

PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 1

PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

BAHAGIAN I

NOTIS MENGENAI PEMILIHAN

Pembubaran MPP 1.(a) Naib Canselor akan mengeluarkan Notis Pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar. Namun demikian, Pembubaran MPP ini tidak bermakna semua Ahli Majlis Eksekutif atau Pemegang Jawatan akan terbubar juga. Pemegang jawatan akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga MPP baru dibentuk. Notis

2. (a) Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hendaklah menyiarkan suatu notis mengenai Pilihan Raya Kampus (PRK) di papan-papan kenyataan atau risalah-risalah rasmi Universiti.

(b) Notis ini hendaklah menyatakan tarikh-tarikh yang terlibat dalam urusan PRK.

(c) Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK hendaklah dalam notisnya menyatakan

masa, tempat penamaan calon dan hari pengiraan undi yang akan diadakan selepas tamat tempoh pengundian.

(d) Pelajar yang ingin menjadi calon dalam PRK, perlu mengambil ingatan tentang

tarikh, tempat dan masa penamaan.

3. Pelajar yang ingin menjadi calon perlu mendapatkan Borang-Borang Penamaan Calon serta Buku Peraturan dan Panduan PRK daripada laman sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) https://www.unisza.edu.my/hepa/borangprk, Portal Pelajar, Pejabat Pentadbiran Pejabat TNC (HEPA), Pejabat Fakulti, Pejabat Kolej Kediaman Pelajar.

Page 2: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 2

BAHAGIAN II

PENAMAAN CALON

Kelayakan Calon

1. Pelajar yang layak menjadi calon ialah pelajar berdaftar di Universiti.

2. Pelajar tidak layak menjadi calon sekiranya tergolong mana-mana satu atau lebih dari kategori di bawah ini:

(a) Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan yang pertama di Universiti bagi program pengajian yang diikutinya.

(b) Pelajar yang tidak menduduki peperiksaan yang baru lalu bagi program

pengajian yang diikutinya.

(c) Pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan yang baru lalu bagi program pengajian yang diikutinya.

(d) Pelajar yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai melainkan

jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

(e) Pelajar yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

(f) Pelajar yang berhutang melainkan mendapat kelulusan atau kebenaran

bertulis dari Pengerusi Jawatan Kuasa Induk.

(g) Pelajar yang memegang apa-apa jawatan dalam Majlis Kolej Kediaman, Persatuan, Sekretariat dan Kelab Pelajar.

3. Setiap calon tidak dibenarkan bertanding di kedua-dua kawasan dan dikehendaki

memilih satu kawasan sahaja, sama ada Kawasan Umum atau Kawasan Fakulti. 4. Apa-apa kekeliruan berkenaan senarai pelajar berstatus aktif boleh dirujuk kepada

bahagian yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Akademik Universiti untuk pengesahan status pelajar.

5. Mana-mana calon yang bertanding dalam PRK hendaklah bertanding atas kapasiti individu dan bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan orang samada di dalam atau di luar Kampus.

6. Seseorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kawasan pemilihan sahaja.

7. Bagi Kawasan Fakulti, calon hendaklah seorang pelajar berdaftar di Fakulti berkenaan.

8. Bagi Kawasan Umum, calon hendaklah seorang pelajar yang berdaftar di Universiti.

Page 3: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 3

9. Bagi menjamin keberkesanan fungsi MPP, pelajar sepenuh masa sahaja yang layak

menjadi calon.

10. Seseorang calon tidak boleh menjadi Pencadang Calon atau Penyokong Pencadangan Calon kepada mana-mana calon yang lain.

Borang Penamaan Calon

11. (a) Calon adalah diingatkan bahawa Borang Penamaan Calon adalah satu dokumen yang sangat penting. Perhatian hendaklah diberikan apabila mengisi borang tersebut kerana Borang Penamaan Calon yang mengandungi butir-butir tidak tepat atau kurang sempurna atau menyalahi undang-undang dan peraturan dalam Panduan dan Peraturan Pilihan Raya Kampus boleh menyebabkan sesuatu percalonan itu dibatalkan oleh Ketua Pusat Penamaan Calon.

(b) Pemalsuan maklumat dalam Borang Penamaan Calon boleh menyebabkan Penamaan Calon terbatal dan boleh diambil tindakan tatatertib.

(c) Borang Penamaan Calon mestilah sebagaimana borang yang ditetapkan iaitu

Borang 2A: Kertas Penamaan Calon (Kawasan Fakulti) dan Borang 2B: Kertas Penamaan Calon (Kawasan Umum) untuk Pilihan Raya Kampus seperti dikeluarkan di bawah Peraturan dan Panduan Pilihan Raya Kampus. Borang dan buku panduan ini boleh didapati daripada Jawatankuasa Pelaksana PRK sepertimana dalam notis yang telah dikeluarkan. Sila ambil perhatian bahawa setiap calon hendaklah menyerahkan borang penamaannya dalam dua (2) salinan pada masa, tarikh dan tempat yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan MPP.

(d) Sebarang kesalahan mengisi borang mestilah dibetulkan dan diturunkan

tandatangan ringkas, dan perkataan yang dibetulkan tidak boleh menggunakan pemadam cecair (liquid paper).

(e) Pengisian borang mestilah menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam. (f) Jumlah borang yang disediakan adalah tidak melebihi dua (2) kali daripada

bilangan kerusi yang dipertandingkan. (g) Jika terdapat permohonan tambahan borang, Pengerusi Jawatankuasa Induk

PRK berhak untuk menambah bilangan borang berkenaan.

Page 4: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 4

Pusat-Pusat Penamaan

12. Pusat Penamaan Calon adalah ditentukan dalam notis yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK bagi Pemilihan MPP. Calon dikehendaki mengambil peringatan tempat penamaan itu kerana ia mungkin akan berlaku pindaan tempat di mana siaran tentangnya akan dikeluarkan sendiri oleh Urusetia Pilihan Raya Kampus.

Kertas Penamaan Calon

13. (a) Semua pencalonan penamaan sebagai calon untuk PRK bagi Pemilihan MPP Kawasan Umum hendaklah menggunakan Borang 2B dan Kawasan Fakulti menggunakan Borang 2A.

(b) Borang Pencalonan boleh dimuat turun di laman sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) https://www.unisza.edu.my/hepa/borangprk, Portal Pelajar,

Pejabat Pentadbiran (Pejabat TNC HEPA), Pejabat Fakulti dan Pejabat Kolej Kediaman.

(c) Pada Hari Penamaan Calon, setiap calon dikehendaki membayar RM50.00 untuk

deposit pencalonan dan RM20.00 untuk bayaran proses ( tidak dikembalikan ). Wang deposit RM50.00 akan dikembalikan kepada calon setelah Jawatankuasa Pelaksana PRK berpuashati calon atau wakil calon telah membersihkan poster yang diedarkan di kawasan kampus dan tidak akan dikembalikan sekiranya Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus tidak berpuashati terhadap kebersihan poster dan dokumen lain.

Masa Untuk Menyerahkan Kertas Penamaan

14. (a) Borang Penamaan Calon (yang telah diisi) hendaklah diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pemilihan pada jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang pada Hari Penamaan Calon. Tempoh masa ini mesti dipatuhi dengan tegas dan Ketua Pusat Penamaan Calon tidak mempunyai kuasa untuk menerima kertas penamaan sebelum atau selepas masa yang ditetapkan tadi.

(b) Calon hendaklah menandatangani Buku Daftar Pencalonan sebagai bukti

penyerahan borang pencalonan.

Cara Penyerahan/Penyampaian

15. (a) Kertas-kertas penamaan mestilah diserahkan sendiri atau melalui wakil calon yang dinamakan kepada Pegawai Pengurus Pemilihan. Kertas penamaan hendaklah diserahkan dalam dua salinan dan hendaklah juga diserahkan dengan Kertas Pengakuan Calon Borang 1A (Kawasan Fakulti) dan Borang 1B (Kawasan Umum). Jika tidak, Ketua Pusat Penamaan Calon berhak menolak kertas penamaan itu. Tidak seorang pun melainkan orang-orang yang disebutkan tadi dibenarkan masuk ke Pusat Penamaan Calon pada masa yang ditetapkan.

Page 5: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 5

(b) Semua calon atau pencadang atau penyokongnya atau seorang lain yang dilantik oleh calon secara bertulis dikehendaki terus menunggu di ruang atau kawasan yang ditentukan oleh Ketua Pusat Penamaan Calon berkenaan sehingga segala proses perjalanan penamaan calon tamat.

Perkara-Perkara Penting Yang Harus Diberi Perhatian Berkaitan Pilihan Raya Kampus

16. (a) Calon mestilah mempunyai segala kelayakan untuk menjadi calon dan tidaklah mempunyai apa-apa tanggungan yang boleh melucutkan kelayakan calon itu.

(b) Nama calon dalam kertas penamaan mestilah diisi dengan betul dan penuh

mengikut seperti dalam kad pengenalan.

(c) Tandatangan calon, tandatangan-tandatangan pencadang calon dan penyokong pencadangan calon hendaklah diisi dalam ruangan-ruangan yang betul dalam borang penamaan calon.

Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon

17. (a) Mana-mana pelajar berdaftar Universiti dan berstatus aktif boleh menjadi Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon.

(b) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon bagi Kawasan Fakulti

hendaklah terdiri daripada pelajar berdaftar di Fakulti berkenaan dan berstatus aktif sahaja.

(c) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon bagi Kawasan Umum terbuka kepada semua pelajar berdaftar di Universiti yang berstatus aktif.

(d) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon bagi mana-mana calon tidak dibenarkan menjadi Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon lain.

(e) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon hendaklah menandatangani Borang atau Buku Daftar sebagai bukti pengesahan menjadi Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon.

(f) Nama, nombor pendaftaran pelajar/nombor matrik dan tahun pengajian setiap Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon hendaklah ditulis dalam borang dengan tepat. Sebarang kesilapan di dalam mengisi butir-butir akan menyebabkan kertas penamaan ditolak.

Page 6: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 6

Surat Akuan

18. (a) Surat Akuan bersabit dengan kelayakan calon iaitu Borang 1A (Kawasan Fakulti) atau Borang 1B (Kawasan Umum), mesti diserahkan bersama dengan kertas penamaan.

(b) Pencalonan dianggap batal dan kertas-kertas pencalonan tidak akan diterima

oleh Ketua Pusat Penamaan atau wakilnya Calon sekiranya Surat Akuan ini tidak diserahkan sebagaimana dinyatakan.

(c) Akuan ini hendaklah disahkan oleh Dekan Fakulti atau wakilnya dan Naib

Canselor atau wakilnya bagi Calon Kawasan Fakulti dan Naib Canselor atau wakilnya bagi Calon Kawasan Umum.

Kad Pendaftaran Pelajar/Matrik

19. Kad Pendaftaran Pelajar/Matrik akan disemak oleh Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya untuk menentukan pengenalan seseorang calon. Sekiranya seseorang calon, kerana sesuatu sebab tidak mempunyai Kad Pendaftaran Pelajar/Matrik yang sah, beliau bolehlah menggunakan sebarang dokumen yang membuktikan bahawa ianya adalah mahasiswa Universiti. Keadaan yang sama juga dikenakan kepada semua Pencadang dan Penyokong.

Penarikan Diri Oleh Calon

20. Calon boleh menarik balik pencalonan bila-bila masa. Calon boleh berbuat demikian dengan cara mengisi dan menandatangani Borang 3 dan mengemukakannya kepada Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya. Bagi penarikan diri seperti ini kertas-kertas penamaan calon tidak akan dipulangkan kepada calon tetapi akan disimpan oleh Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya dan ditanda tarik diri.

Bantahan Terhadap Kertas-Kertas Penamaan

21. (a) Bantahan boleh dibuat oleh calon-calon lain dan pegawai universiti yang diberi kuasa oleh Naib Canselor.

(b) Bantahan atau pemeriksaan terhadap kertas-kertas penamaan berjalan pada hari

penamaan itu juga mengikut peraturan undang-undang yang berkuatkuasa. Bantahan terhadap kertas penamaan boleh dilakukan di atas asas-asas berikut:

i) bahawa kertas penamaan itu tidak mematuhi kehendak atau telah tidak

diserahkan mengikut Peraturan-Peraturan Universiti Sultan Zainal Abidin (Pilihan Raya Kampus Majlis Perwakilan Pelajar) 2011;

ii) bahawa ternyata daripada kandungan kertas penamaan yang calon itu adalah tidak layak untuk dipilih menjadi ahli MPP, dan;

iii) bahawa calon itu telah hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli di bawah

peruntukan-peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan 2012)

Page 7: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 7

(c) Bantahan hendaklah dibuat menggunakan Borang 6 – Notis Bantahan

Terhadap Calon.

Masa Bantahan dan Cara Membantah

22. (a) Masa bantahan adalah dari jam 1.45 petang hingga 2.15 petang, pada hari penamaan dan dibuat di pusat penamaan yang berkenaan.

(b) Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kampus, selewat-lewatnya jam 1.45 petang

akan mempamerkan satu salinan Kertas Penamaan Calon di luar pusat penamaan di satu tempat yang senang dilihat.

(c) Bantahan hendahlah dibuat secara bertulis menggunakan Borang 6 – Notis Bantahan Terhadap Calon dan ditandatangani oleh pembantah, serta memberi asas-asas bantahannya. (d) Bantahan mengenai pencalonan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa

Rayuan dengan membayar wang tunai RM100.00 dan tidak dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

Keputusan Terhadap Bantahan-Bantahan

23. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kampus akan memutuskan sama ada sah atau tidaknya setiap bantahan yang diterima sejurus selepas jam 2.15 petang. Beliau akan memberitahu calon yang berkenaan atau pencadang atau penyokongnya yang dinamakan di dalam kertas penamaan atau seorang lain yang dilantik oleh calon secara bertulis terhadap keputusan dan alasan-alasan.

a) Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kampus akan memanggil calon yang dibantah untuk mengemukakan alasan kenapa bantahan perlu ditolak. Alasan hendaklah difailkan sebelum jam 3.00 petang pada hari penamaan calon.

b) Segala keputusan tentang bantahan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kampus adalah muktamad.

Pengumuman Calon

24. Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya akan mengumumkan calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon.

Page 8: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 8

BAHAGIAN III

PEMILIHAN TANPA BERTANDING DAN PEMIILIHAN YANG DIPERTANDINGKAN

Pemilihan Tanpa Bertanding

1. Jika pada hari penamaan dalam mana-mana kawasan pilihan raya kampus bagi pemilihan MPP selepas didapati jumlah calon sah tidak melebihi bilangan kerusi bagi kawasan pemilihan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kampus atau wakilnya hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan calon sebagai menang tanpa bertanding.

Pemilihan Yang Dipertandingkan

2. Jika pada hari penamaan dan mana-mana kawasan pilihan raya kampus bagi pemilihan MPP selepas didapati bilangan calon lebih daripada bilangan kerusi bagi kawasan pemilihan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kampus atau wakilnya hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan ini.

Page 9: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 9

BAHAGIAN IV

WAKIL CALON

Wakil Calon

1. Wakil calon ialah mana-mana pelajar Universiti yang berdaftar yang dilantik oleh calon bagi mana-mana kawasan Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan MPP dan diberi tugas untuk menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pemilihan bagi pihak seseorang calon itu.

Pelantikan Wakil Calon

2. (a) Seseorang calon, boleh melantik sesiapa yang layak mengundi untuk menjadi wakil calon untuk dirinya. Walau bagaimanapun, calon tidaklah diwajibkan untuk melantik seseorang wakil untuk kempen, menghadiri tempat mengundi dan tempat mengira undi.

(b) Jika calon bercadang hendak melantik wakil, calon hendaklah melantik wakil

calon menggunakan Borang 8 dan mengisi semua maklumat dengan terang dan jelas dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus Bagi Pemilihan MPP.

(c) Jawatankuasa Pelaksana akan mengeluarkan pas khas bagi setiap wakil calon sebagai tanda pengenalan diri mereka.

Page 10: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 10

BAHAGIAN V

PERATURAN BERKEMPEN

Hubungan Dengan Pihak Luar

1. Setiap calon atau wakil calon haruslah memastikan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pihak luar universiti bersabit dengan Pilihan Raya Kampus Bagi Pemilihan MPP ini.

Pidato Umum dan Kempen

2. (a) Calon atau wakil calon dibenarkan menyampaikan pidato umum hanya pada sesi memperkenalkan calon-calon yang bertanding di mana tarikh, tempat dan masanya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus.

(b) Calon atau wakil calon tidak dibenarkan menyampaikan pidato umum dengan

mengaitkan Pilihan Raya Kampus Bagi Pemilihan MPP dengan mana-mana pihak melainkan untuk menjelaskan visi kepimpinan peribadi ke arah kebajikan mahasiswa.

(c) Tempoh berkempen Akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus.

(d) Calon atau wakil calon boleh menerbit, membahagi atau mengedarkan apa-apa

dokumen yang berkaitan dengan kempen dalam tempoh kempen yang dibenarkan sahaja.

Bahan Kempen

3. (a) Poster pertandingan bagi setiap calon akan disediakan oleh Urusetia PPRK Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus sebanyak 100 helai untuk setiap calon.

(b) Penyediaan gambar calon untuk diletakkan pada poster juga akan diselaraskan

oleh Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan MPP.

(c) Pengantungan poster calon-calon serta tempat letaknya juga akan diselaraskan

oleh Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus

(d) Calon- calon hendaklah memastikan yang segala poster atau bahan cetak yang

dipasang bagi pihaknya ditanggalkan seberapa segera dalam tempoh tujuh (7)

hari selepas daripada pemilihan.

Page 11: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 11

PERINGATAN: Jika dalam masa dan hari selepas pemilihan, poster-poster tersebut belum

ditanggalkan lagi, bayaran deposit calon-calon tersebut tidak akan dikembalikan.

(e) Tindakan Tatatertib akan diambil ke atas sesiapa yang cuba menurunkan poster

sepanjang tempoh berkempen. Poster-poster boleh diturunkan dengan

kebenaran daripada pihak keselamatan Universiti atau Jawatankuasa Pelaksana

Pilihan Raya Kampus atau wakilnya.

(f) Tiada Calon, Pencadang Calon atau Penyokong Pencadangan Calon boleh

mencetak, mempamer atau mengedar apa-apa poster, kain rentang, atau

menggunakan apa-apa bentuk sebaran eletronik atau sebaran lain bagi tujuan

kempen tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada PPRK Jawatankuasa

Pelaksana Pilihan Raya Kampus Peraturan-Peraturan Universtiti Sultan Zainal

Abidin (Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar) 2011.

Kesalahan-Kesalahan Lain

4. Calon-calon yang bertanding atau wakil calon adalah dikehendaki juga mematuhi etika dan peraturan Universiti yang berkuatkuasa.

Peraturan-Peraturan Lain

5. Lain-lain kesalahan ‘jenayah’ atau ‘sivil’ adalah menjadi tanggungjawab calon sendiri kerana sikap dan kelakuannya.

Page 12: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 12

BAHAGIAN VI

HARI MENGUNDI

Hak Seseorang Calon

1. Seseorang calon adalah berhak di bawah perkara yang dinyatakan seperti berikut:- (a) Dibenarkan menghadirkan diri di Pusat Pengiraan Undi (PPU). Semasa di Pusat

Pengiraan Undi, calon juga adalah dibenarkan untuk membuat aduan yang munasabah di atas perjalanan pengiraan atau apa-apa perkara yang berhubung dengannya;

(b) Semua aduan tentang perkara (a) hendaklah dibuat secara bertulis kepada

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus. Calon hendaklah patuh kepada keputusan yang diberi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus.

Waktu Mengundi

2. Waktu-waktu mengundi adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK hendaklah dipatuhi secara ketat. Bagi pilihan raya kampus bagi Majlis Perwakilan Pelajar, pengundian akan bermula pada jam 08.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang.

Larangan Memancing Undi Di Dalam dan Di Sekitar Tempat Mengundi.

3. (a) Adalah mustahak bagi calon menjauhkan diri dan melarang keras wakil dan penyokong calon daripada melakukan sebarang kesalahan yang berikut pada hari mengundi dalam jarak yang ditetapkan oleh Ketua Pusat Pengundian;

i) Percubaan untuk melarang orang yang berhak daripada memasuki

sesuatu tempat mengundi.

ii) Menyemak dalam sesuatu senarai nama seseorang yang memasuki tempat mengundi dalam kawasan tempat mengundi.

iii) Menempatkan sebarang bangku atau meja bagi apa-apa maksud berhubung dengan pemilihan.

iv) Merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk seseorang supaya jangan mengundi di dalam PRK itu atau supaya mengundi atau supaya tidak mengundi seseorang calon tertentu di dalam PRK itu.

v) Menunggu atau merayau-rayau kecuali bagi maksud menunggu giliran masuk ke tempat mengundi untuk mengundi.

vi) Melengkapkan, membekal atau memaparkan sebarang panji-panji, kain rentang, poster, risalah atau label untuk tujuan propaganda.

Page 13: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 13

(b) Ketua Pusat Pengundian untuk satu-satu tempat mengundi akan menandakan had

tempat mengundi di tempat mengundi di bawah jagaannya.

(c) Pemberitahuan atau poster yang melarang sebarang usaha memancing undi di dalam kawasan yang ditentukan akan dibuat. Adalah tugas seorang calon untuk mematuhi sepenuhnya peraturan ini bagi menentukan pengundian berjalan dengan teratur.

(d) Semasa calon membuat lawatan dan mendapati dengan penuh yakin yang seseorang telah melanggar undang-undang, calon adalah dinasihatkan supaya melaporkannya kepada Ketua Pusat Pengundian atau Pegawai Keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan di tempat tersebut. Calon adalah dinasihatkan supaya tidak bertindak secara bersendiri atau melibatkan diri dalam perbalahan dengan mereka yang menyalahi peraturan-peraturan.

Tempat Mengundi

4. Tempat mengundi yang dipilih merupakan sebuah bilik atau ruangan yang ditentukan oleh Dekan Fakulti atau wakilnya dan ianya disahkan oleh Jawatankuasa Audit Pilihan Raya Kampus Bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.

Kebenaran Masuk Tempat Mengundi

5. Orang-orang yang berikut adalah dibenarkan masuk ke tempat mengundi:

(a) Pelajar berdaftar yang namanya tercatat di dalam daftar pemilih bagi tempat mengundi yang berkenaan;

(b) Ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus, Pegawai-Pegawai Pemilihan, Ketua Pusat Pengundian, urus setia-urus setia dan pembantu-pembantu yang dilantik untuk mengendalikan tugas-tugas mengundi dan pengawal keselamatan yang bertugas di tempat mengundi yang mempunyai pas khas.

(c) Wakil calon yang dinamakan oleh calon kawasan berkenaan yang

mempunyai pas khas.

(d) Seorang yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus Bagi Pemilihan MPP

Cara Mengundi

6. UniSZA mengamalkan sistem mengundi secara kertas undi. Ia melibatkan perkara berikut:- (a) Peti undi akan diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh Ketua Pusat

Pengundian dan wakil calon. (b) Pengundi yang memasuki tempat mengundi akan disemak namanya dalam

daftar pemilih. Pengundi akan diminta supaya menunjukkan kad matrik atau dokumen-dokumen lain untuk pengenalan dirinya setelah disahkan.

Page 14: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 14

(c) Pengundi bagi Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan MPP akan diberikan 2

kertas undi iaitu Kawasan Fakulti dan Kawasan Umum. (d) Pengundi akan menandakan undi secara rahsia dengan menandakan ‘X’ di

dalam kertas undi yang diberikan.

Wakil Calon di Tempat Mengundi

7. (a) Satu daripada hak yang diperolehi oleh seseorang calon, bagi tujuan menjaga kepentingan bagi pihak dirinya di tiap-tiap tempat mengundi, ialah berhak melantik dua orang wakil di tempat mengundi tetapi hanya seorang wakil dibenarkan berada di sesebuah tempat mengundi pada satu-satu masa. Mereka boleh bertukar antara satu sama lain dari semasa ke semasa.

(b) Calon hendaklah memberitahu pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus

secara bertulis pelantikan wakilnya di tempat mengundi. Calon hendaklah memberikan penerangan yang cukup kepada wakilnya di tempat mengundi berhubung dengan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka. Wakil hendaklah diberitahu bila tempat mengundi akan dibuka dan bila pula ianya akan ditutup. Sungguhpun mereka boleh datang ke tempat mengundi pada bila-bila masa, tetapi amat mustahak mereka datang sebelum pengundian bermula untuk membolehkan mereka memeriksa peti-peti undi dan kertas-kertas undi sebelum digunakan.

Tugas-Tugas Wakil Calon di Tempat Mengundi

8. Tanggungjawab wakil calon di tempat mengundi ialah untuk memelihara kepentingan calon

semasa pengundian. Tugas-tugas utama mereka adalah seperti berikut:-

(a) Untuk memastikan peti undi adalah kosong sebelum pengundian bermula dan untuk memeriksa ianya dimaterikan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan sebelum dan sesudah pengundian; dan

(b) Untuk memastikan sepanjang masa yang kertas undi yang betul dan sah dikeluarkan

kepada pengundi-pengundi.

Apa Yang Wakil Calon Tidak Boleh Lakukan

9. Seseorang wakil calon di tempat mengundi tidak dibenarkan berkelakuan tidak sopan sehingga mengganggu perjalanan pengundian. Oleh itu, wakil calon perlu mengambil perhatian;

(a) Tidak mengganggu tugas pegawai dan kakitangan di Pusat Pengundian.

(b) Sebarang aduan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pusat Pengundian yang bertanggungjawab untuk memberi perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap satu-satu aduan itu. Keputusan Ketua Pusat Pengundian adalah muktamad.

Page 15: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 15

(c) Tidak dibenarkan pada sebarang keadaan atau masa untuk bercakap dengan pengundi.

(d) Dilarang membawa masuk ke tempat mengundi apa juga dokumen bertulis.

Penutupan Tempat Mengundi

10. Tempat Mengundi akan ditutup tepat pada masa yang ditetapkan iaitu pada jam 4.00 petang.

Mematerikan Dokumen-Dokumen Pemilihan

11. Sebaik saja Tempat Mengundi ditutup, Ketua Pusat Mengundi akan mengemaskan semua

dokumen pemilihan, salinan daftar-daftar pemilih yang telah ditandakan dan borang akuan peti undi ke dalam sampul-sampul surat dan dimaterikan.

Penutupan Peti Undi Selepas Pengundian

12. Ketua Pusat Pengundian dengan kehadiran wakil calon akan menutup peti undi yang digunakan atau yang tidak digunakan dan mematerikannya.

Penghantaran Peti Undi

13. (a) Semua Peti undi akan diserahkan oleh Ketua Pusat Pengundian atau petugasnya

kepada pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus di tempat mengira undi.

(b) Calon atau wakilnya di tempat mengundi adalah dibenarkan mengiringi peti undi

tersebut apabila ianya diserahkan kepada Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus bagi Pemilihan MPP.

Penempatan Peti Undi

14. Semua peti undi akan ditempatkan buat sementara sehingga pengiraan bermula di suatu

tempat berhampiran tempat mengira undi sebagaimana ditetapkan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus

Page 16: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 16

BAHAGIAN VII

PENGIRAAN UNDI

Pusat-Pusat Pengiraan Undi

1. (a) Pengiraan undi bagi tiap-tiap kawasan pilihan raya kampus dijalankan di tempat mengira undi seperti ditentukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus

(b) Pusat Pengiraan Undi adalah dipilih oleh Jawatankuasa Pelaksana PRK bagi Pemilihan MPP dengan memilih sebuah bilik atau bangunan yang luas dan yang sesuai bagi mengadakan proses berkenaan.

Sistem Pengiraan Undi

2. (a) Sistem Pengiraan Undi akan dijalankan mengikut keputusan pihak (b) Kertas-kertas undi dari tiap-tiap peti undi bagi suatu kawasan pemilihan mengikut

kampus akan dikira secara berasingan.

Mereka Yang Dibenarkan Masuk Ke Kawasan Mengira Undi

3. Kawasan Mengira Undi tidak akan dibuka kepada orang ramai kecuali kepada mereka yang telah diberikan pas khas oleh pihak Urusetia atau yang telah menerima jemputan khas dari Urusetia untuk menyaksikan proses pengiraan. Selain itu, orang-orang yang berikut sahaja dibenarkan masuk ke dalam dewan itu :

(a) Jawatankuasa Pelaksana PRK bagi Pemilihan MPP

(b) Pegawai Pemilihan;

(c) Kakitangan yang telah dilantik oleh Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus.

(d) Pembantu-pembantu Pengiraan Undi yang telah dilantik oleh Ketua Pusat Pengiraan Undi.

(e) Calon dan wakil mereka, apabila diminta oleh Ketua Pusat Pengundian untuk berada di kawasan mengira undi.

Susunan Meja Mengira Undi

4. Ketua Pusat Pengiraan Undi akan memastikan supaa susunan meja dan lain-lain yang

dibuat di pusat pengiraan akan dibuat sebaik mungkin supaya proses pengiraan undi dapat dijalankan dengan licin dan cekap dan pengiraan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Page 17: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 17

Wakil Calon Di Tempat Mengira Undi

5. Tiap-tiap seorang calon dibenarkan melantik wakil bagi mengawasi proses pengiraan undi.

Tanggungjawab Wakil Calon Di Tempat Mengira Undi

6. (a) Ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh wakil-wakil calon

semasa berada di Pusat Pengiraan Undi. Perkara-perkara berikut bersabit dengan yang “boleh” dan yang “tidak boleh” (do’s and the don’t’s) hendaklah diambil perhatian;

“Boleh”

i) Buat bantahan secara tertib dan bersopan mengikut peraturan yang ditetapkan.

ii) Buat bantahan jika ia mempunyai alasan dan mempercayai bahawa Petugas Mengira Undi telah salah mengira.

“Tidak Boleh”

i) Memegang atau mengusik mana-mana peti undi.

ii) Menggunakan kekerasan atau pertuturan bahasa yang kasar ke atas petugas-petugas, pembantu-pembantu atau pegawai yang bertugas mengenai sebarang isu.

iii) Berdegil dan tidak mahu mendengar alasan yang diberikan oleh

pembantu-pembantu atau pegawai yang dilantik mengenai sebarang isu. (b) Pegawai Pengurus Pemilihan akan membuat keputusan muktamad mengenai

sebarang perkara tidak puas hati yang dibangkitkan dan keputusannya hendaklah dihormati. Sekiranya ada di antara wakil calon didapati membuat kacau dan menghalang kelicinan proses pengiraan, Pegawai Pengurus Pemilihan mempunyai kuasa mengarahkan supaya ianya dikeluarkan dari tempat pengiraan tersebut.

Kaedah Pengiraan

(a) Kaedah Pengiraan Undi adalah seperti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pelaksana Pilihan Raya Kampus dengan peruntukan peraturan- peraturan yang berkenaan;

i) Mengesahkan jumlah undi yang terdapat di dalam tiap-tiap satu peti undi

dengan penyata undi yang dibuat oleh ketua tempat mengundi bersabit dengan kertas-kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundinya.

ii) Menghitung bilangan undi yang diperolehi oleh seseorang calon.

(b) Semua Peti Undi akan diletakkan di atas meja-meja pengiraan undi. Agen-agen

bolehlah memeriksa semua materi dan kunci keselamatan di tiap-tiap peti undi. Setelah agen berpuashati bahawa tiap-tiap peti undi adalah dalam keadaan baik, Pegawai Pengurus atau pembantunya akan terus membuka peti undi

Page 18: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 18

(c) Petugas-petugas dikehendaki membuka peti undi dan menyusun kertas undi bagi

memudahkan proses pengiraan. Di peringkat ini, wakil calon hendaklah memerhatikan dengan teliti supaya tidak ada kesilapan mengira atau perbuatan tidak mengambil kira dilakukan oleh petugas- petugas pengiraan undi.

Penyisihan

7. (a) Kertas-kertas undi akan dikeluarkan dari peti undi dan dibahagikan kepada petugas-

petugas mengira undi untuk disisihkan. Ketua Pusat Pengundian atau wakilnya akan memberi keputusan di hadapan calon atau wakil calon, sesuatu kertas undi ragu itu boleh diterima atau ditolak dan akan menerangkan mengapa sesuatu kertas itu diterima atau ditolak. Keputusannya adalah muktamad.

(b) Garis panduan yang luas tentang kertas-kertas undi yang akan ditolak dan tidak boleh diterima:-

i) Jika pemilihan diberikan kurang atau lebih daripada yang ditetapkan.

ii) Jika didapati ada sesuatu ditulis atau ditanda yang membolehkan diri

seseorang pengundi itu dikenali.

iii) Jika ianya telah tidak ditandakan atau lebih ditandakan lain daripada tempat atau cara yang ditetapkan.

iv) Jika ianya tidak menunjukkan dengan jelas tujuan seorang pengundi itu.

v) Jika ianya dimasukkan ke dalam peti undi yang berlainan. Contohnya, kertas

undi Kawasan Fakulti dimasukkan ke dalam peti undi Kawasan Umum.

Ulangkira 8. (a) Ulangkira biasanya diadakan dalam kes-kes di mana keputusan-keputusan adalah

sangat rapat. Atas permintaan calon atau wakil calon, Ketua Pusat Pengundian atau wakilnya akan mengadakan ulangkira jika perbezaan di antara bilangan undi yang diperolehi oleh calon yang mendapat undi yang terbanyak dengan bilangan undi yang diperolehi oleh calon yang mendapat undi kedua terbanyak ialah 10 undi ke bawah daripada jumlah undi yang dibuang.

(b) Ulangkira mungkin diadakan lebih daripada sekali dan Ketua Pusat Pengundian atau

wakilnya hendaklah menggunakan budi bicaranya sama ada untuk membenarkan atau tidak ulangkira yang kedua kalinya atau ulangkira berikutnya. Sekiranya ia berpuas hati dengan keputusan-keputusan itu, ulangkira tidak akan diulangi dan dengan demikian akan terus mengumumkan keputusannya serta mengisytiharkan calon yang menang.

Page 19: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 19

Persamaan Undi-Undi

9. Kemungkinan berlakunya keadaan di mana dua orang calon memperolehi bilangan undi

yang sama banyak. Mengikut Seksyen 25(14) Peraturan Pilihanraya (Perjalanan Pilihanraya) 1981;

10. “jika bilangan undi di antara atau dari antara calon bagi sesuatu bahagian pilihanraya didapati sama banyaknya, dan

penambahan satu undi akan menghakkan mana-mana calon diisytiharkan sebagai dipilih, maka penentuan calon yang kepadanya satu undi tambahan itu akan disifatkan sebagai telah diberi hendaklah dengan cara cabutan undi di hadapan Pegawai Pengurus, calon-calon dan agen-agen mereka mengikut cara yang ditentukan oleh Pegawai Pengurus”.

BAHAGIAN IX

RAYUAN DAN PERTIKAIAN

Rayuan dan Pertikaian

1. (a) Apa saja pertikaian dan rayuan terhadap proses pemilihan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan yang dilantik oleh Naib Canselor.

(b) (c) Bantahan terhadap proses mengundi dan pengiraan undi hendaklah

dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan sebaik sahaja proses pengiraan

undi diisytiharkan selesai. Jawatankuasa Rayuan hendaklah membuat keputusan

dalam tempoh yang munasabah.

(d) Sebarang bantahan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan

hendaklah;

i) Dikemukakan oleh pelajar yang berdaftar sahaja.

ii) Dikemukakan dalam bentuk bertulis.

iii) Disertakan bayaran RM 100.00. Bayaran ini akan dikembalikan sekiranya bantahan diterima. Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.

(e) Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.

Page 20: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 20

BAHAGIAN X

PENGISYTIHARAN AHLI MPP DAN PEMILIHAN PEMEGANG JAWATAN

Pengisytiharan

1. (a) Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK atau mana-mana pegawai Universiti yang diberi kuasa oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk PRK hendaklah mengisytiharkan calon yang berjaya di dalam Pilihan Raya Kampus.

(b) Pengisytiharan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dipamerkan di papan

notis rasmi Universiti dan di tempat lain di Universiti yang mudah dilihat dengan

seberapa segera yang boleh selepas proses bantahan atau rayuan.

Pemegang-Pemegang Jawatan MPP

2. Calon yang berjaya di dalam PRK adalah membentuk MPP dan hendaklah memilih sesama mereka - (a) seorang Yang Dipertua;

(b) seorang Naib Yang Dipertua;

(c) seorang Setiausaha;

(d) seorang Bendahari; dan

(e) pemegang bagi jawatan lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.

Page 21: PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN … · Page | 1 PANDUAN PILIHAN RAYA KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BAHAGIAN I NOTIS MENGENAI PEMILIHAN Pembubaran

Page | 21

BAHAGIAN XI

AM

Am

1. Maklumat-maklumat lain mengenai pemilihan ini akan dipaparkan dari semasa ke semasa di papan kenyataan di Fakulti, Kolej Kediaman dan lama sesawang Pejabat Timbalan Naib Canselor HEPA. Maklumat tersebut dikira sebahagian daripada peraturan pilihan raya kampus ini.

Kesahan Perbuatan Di Dalam Ketidakhadiran Calon, dsb

2. Tiada sesuatu perbuatan yang dilakukan atau keputusan yang diambil di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau diambil semasa ketidakhadiran Calon, Pencadang Calon atau Penyokong Pencadangan Calon jika perbuatan atau keputusan itu telah dilakukan atau diambil dengan suci hati.

Pindaan Peraturan

3. Naib Canselor boleh meminda mana-mana Peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

Pengawasan Keselamatan

4. Pemantauan dan pengawasan keselamatan perjalanan keseluruhan PRK hendaklah menjadi tanggungjawab pegawai yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal keselamatan Universiti.

Tindakan Tatatertib

5. Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Darul Iman Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2008. (Sekarang dikenali dengan nama Universiti Sultan Zainal Abidin).

Panduan Ini Diluluskan Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kampus Bil. 1/2018

dan Berkuatkuasa pada 27 September 2018