6

Click here to load reader

Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

  • Upload
    dfame87

  • View
    144

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

1. Mulakan dengan menjelaskan isu atau masalah yang anda minat untuk mengkaji. Tulis satu paragraf yang menyatakan tentang isu atau masalah dalam istilah-istilah yang spesifik mungkin. Bagaimana isu-isu tersebut berkait dengan anda dan kerja anda? Bagaimana isu atau masalah tersebut memberi kesan kepada latar kajian (sekolah, bilik darjah dan lain-lain), pelajar yang terlibat, dan komuniti sekolah keseluruhannya? Mengapakah isu tesebut penting?

2. Apakah soalan (atau soalan-soalan) yang perlu dijawab untuk memahami masalah atau isu tersebut?

3. Buat sedikit sorotan literatur. Di manakah boleh diperolehi kajian-kajian lepas yang telah dijalankan tentang isu yang hendak dikaji? Apakah yang anda perlu baca sebelum memulakan kajian? (Namakan sekurang-kurangnya tiga sumber spesifik yang dikenalpasti)

4. Apakah instrumen yang boleh digunakan untuk mengumpul data yang boleh membantu dalam menjawab soalan atau isu? (ujian, soalselidik, pita video, pita audio dan lain-lain). Apakah data sebenar yang anda ingin kumpul? (kerja pelajar, gred, refleksi, pemerhatian, rubrik dan lain-lain). Terangkan apakah yang anda harap boleh diperolehi daripada setiap sumber data yang anda kenalpasti.

5. Bagaimanakah anda akan mengurus pengumpulan dan analisis data? Berapa kerapkah anda akan mengumpul data? Bagaimanakah anda akan menyusun atur data? Apakah yang anda patut lakukan dengan data mentah yang dikumpul untuk memahami maknanya?

6. Apakah yang anda akan lakukan dengan dapatan kajian?7. Akhirnya, reflek tentang kemungkinan yang anda akan menjalankan projek kajian

tindakan tersebut. Apakah yang anda lihat sebagai tindakan dalam kajian tindakan anda? Apakah yang anda lihat sebagai kekangan dan halangan dalam menjalankan projek? Bagaimanakah anda rasa dan fikir tentang proses kajian tindakan sebagai alat untuk membentuk perubahan yang bermakna?

Kandungan dan organisasi cadangan kajian

Secara umumnya dipersetujui, kandungan dan organisasi cadangan kajian mengandungi bab-bab seperti berikut:

Bab 1: Pengenalan

PengenalanKeperluan menjalankan kajianPernyataan masalah

Tujuan (atau tujuan-tujuan) kajianSoalan (atau Soalan-soalan) KajianHipotesis (sekiranya sesuai)

Hipotesis NullHipotesis Kajian

Definisi IstilahKesignifikanan KajianRumusan

Page 2: Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

Bab 2: Kajian Literatur

Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian, sekiranya tidak begitu panjang)Latar belakang SejarahLatar belakang teoretikalKajian berkaitan (disusun mengikut topik)Rumusan

Bab 3: Metodologi

Pengenalan (termasuk menyatakan semula tujuan kajian dan soalan kajian, sekiranya tidak begitu panjang)Rekabentuk kajianPartisipanInstrumenProsedur pengumpulan dataProsedur analisis data

Contoh Cadangan Kajian Tindakan

1. Tajuk kajian

Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Kemahiran Menghurai Fakta Sejarah Di Kalangan Pelajar Tingkatan Lima

2. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertaskerja ini di kemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Seri Tanjong, …..

Nama-nama guru dalam Jawatankuasa adalah:

1.

2.

3.

3. Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran Sejarah di dalam KBSM merupakan mata pelajara teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar sekolah menengah. Tujuan pendidikan sejarah adalah untuk memupuk semangat setianegara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, para pelajar akan dibimbing untuk menganalisa dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

Page 3: Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

Merujuk kepada format menjawab soalan Sejarah Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia huraian fakta dan tema penting dalam memantapkan jawapan calon. Unutk mencapai matalamt ini, kemahiran menghurai fakta merupakan satu aspek yang penting. Oleh kitu melalui Peta Konsep kaedah ini dapat dipraktikkan dengan berkesan.

4. Pernyataan Masalah

Pelajaran Sejarah Menengah Atas adalah merupakan kesinambungan daripada pembelajaran di peringkat Menengah Rendah. Hal ini bermakna segala maklumat atau fakta Sejarah pada peringkat menengah rendah merupakan asas yang menghubungkaitkannya dengan perkembangan Sejarah yang lain.

Hal ini menyukarkan kebanyakan pelajar kerana terpaksa mengingat banyak fakta. Pelajar juga menghadapi kesukaran untuk mengaitkan sesuatu fakta dengan perkembangan Sejarah yang lain. Oleh itu melalui Peta Konsep pelajar dapat mengembangkan idea-idea walaupun hanya berdasarkan satu idea asas. Keadaan ini dapat mengembangkan pemikiran pelajar untuk meluaskan lagi idea asas tersebut supaya ia terjalin menjadi satu cerita yang senang untuk diingati. Setiap satu aspek atau idea itu dikaitkan dengan idea lain yang berkaitan. Peta Konsep ini akan dapat memberikan gambaran yang menyeluruh antara satu fakta dengan fakta seterusnya.

Berdasarkan pemerhatian kami terdapat dua fenomena yang memberikan sumbangan kepada kesukaran pelajar mengingati fakta dan menghuraikan fakta atau idea asas. Pertama, tiadanya satu cara untuk pelajar mengingati fakta dan mengembangkan fakta itu dengan idea lain yang berkaitan. Kedua, disebabkan pengajaran guru yang kurang berkesan sehingga membosankan pelajar.

5. Objektif Kajian

a. Menggunakan Peta konsep dalam pengajaran sejarah supaya mudah maklumat diingati lebih lama dan berkesan

b. Meningkatkan pemahaman pelajar ke atas sesuatu topikc. Membantu pelajar dalam mengulangkaji pelajarand. Menggalakkan pelajar membaca merujuk dan membincange. Memperbaiki amalan pengajaran guru yang dapat disampaiakan dengan

berkesan dan menyeronokkan

6. Metodologi Kajian

6.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model berikut:Langkah 1 - Pengenalpastian Isu dan MasalahLangkah 2 - Perancangan TindakanLangkah 3 - Pelaksanaan TindakanLangkah 4 - Pemerhatian dan Menganalisis Data

Page 4: Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

Langkah 5 - Refleksi dan Penilaian

6.2 Sasaran KajianKumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian in adalah terdiri daripada kumpulan pengkaji, guru-guru yang mengajar Sejarah tingkatan 5 (2 orang), dan sebuah kelas murid tingkatan 5, seramai 40 orang.

6.3 Instrumen KajianDalam kajian aakan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu:

a. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian iaitu Pra Ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik “Struktur Pentabiran Kerajaan Persekutuan Malaysia”. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunaan Peta Konsep dalam pengajaran Sejarah.

b. Pemerhatian - Pemerhatian akan dilakukan oleh guru-guru Sejarah terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap belajar mereka, bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif dan latihan menulis esei.

6.4 Metod Analisis

a. Ujian pra dan ujian pos: Analisis markah pencapaian pelajarb. Pemerhatian: Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas pelajar

semasa pengajaran

7. Kesignifikanan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan Ahli Jawatankuasa KT SM Seri Tanjong, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf, dan juga guru-guru Sejarah

8. Anggaran Perbelanjaan

Pecahan Kepala Jumlah

Page 5: Panduan umum dalam menulis proposal kajian tindakan

21000 Perjalanan

RM XXXX

27000 Bahan dan alatan bantuan mengajar RM XXXX

Percetakan soal selidik/ujian RM XXXX

Percetakan modul/bahan pengajaran RM XXXX

Percetakan laporan kajian (5 jilid) RM XXXX

29000 Perbelanjaan mesyuarat RM XXXX

Bengkel penulisan laporan RM XXXX

Jumlah RM XXXX

9. Jadual Kerja

Perkara Tarikh

Mesyuarat Jawatankuasa XXXX

Penulisan kertas cadangan XXXX

Mesyuarat perancangan XXXX

Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos XXXX

Pelaksanaan ujian pra XXXX

Memproses data ujian pra XXXX

Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian XXXX

Analisis data ujian pra, dan pemerhatian XXXX

Pelaksanaan ujian pos XXXX

Refleksi dan Penilaian XXXX

Penulisan laporan kajian XXXX

Pemurnian laporan XXXX