Pantang Larang Dan Adat

Embed Size (px)

Citation preview

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Tajuk Adat , Moral Dan Pantang Larang Dalam Etnik Melayu

Kewujudan Adat Dan Pantang Larang Dalam kehidupan kita seharian , memang terdapat banyak perkara yang tidak boleh dilakukan atau terdapat banyak sekatan untuk melakukan sesuatu. Hal inilah yang dikatakan wujudnya pantang larang dan adat .Walaupun bukan suatu hukum bertulis , namun pantang larang dan adat ini tetap dipatuhi sejak turun temurun , bagaikan wujud suatu persefahaman sosial dalam masyarakat .

Umum terdapat banyak pantang larang dan adat dalam masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini . Pantang larang dan adat ini diamalkan hampir semua bangsa dengan pelbagai bentuk kepercayaan yang berbeza beza .

Rakyat di Negara ini terdiri daripada tiga kelompok kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India . Terdapat beberapa lagi kelompok kaum lebih kecil yang dikenali sebagai suku , khususnya mereka yang menetap di Sabah dan Sarawak seperti suku Bidayuh , Iban , Malanau dan suku kaum Asli seperti Senoi , Batak dan Sakai .

Kewujudan masyarakat majmuk sudah semestinya mewujudkan pelbagai budaya tersendiri yang lazimnya diperturunkan oleh generasi lama . Dalam konteks ini , pantang

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

larang dan adat merupakan salah satu perkara yang diperturunkan dan menjadi latar belakang kepercayaan sesuatu kaum.

Apa yang uniknya , ada ketika wujud pelbagai persamaan antara pantang larang dan adat suatu bangsa dengan bangsa yang lain dalam situasi tertentu.

Justeru , jelaslah bahawa pantang larang dan adat ini tidak hanya tertumpu kepada satu satu bangsa sahaja. Pantang larang dan adat ini dikatakan terdapat dan dimiliki oleh semua bangsa yang ada di dunia ini ,

Segala pantang dan adat itu akan hidup sekiranya pantang dan adat itu dititikberatkan oleh suatu kumpulan atau dianggap sebagai tidak ada , sekiranya sesuatu sesuatu kumpulan itu menganggapnya tidak penting atau tidak perlu diamalkan lagi . Biasanya hal ini berlaku akibat peredaran masa dan proses kemajuan .

Pantang larang dan adat orang Melayu misalnya dilihat secara menyeluruh untuk semua golongan atau peringkat dalam masyarakat . Ada pantang larang dan adat ini yang

khususnya ditujukan kepada kanak kanak , anak gadis , para pemuda , ibu ibu hamil

dan sebagainya . Malangnya , hari ini ramai yang terlupa untuk mengamalkan pantang dan adat tersebut.

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Takrifan Pantang Larang Dan Adat Secara umumnya , pantang larang dan adat merupakan sesuatu yang bersifat penolakan terhadap sesuatu untuk menghindar musibah oleh seseorang individu atau kumpulan mahupun sesebuah masyarakat berhubung sesuatu perkara .

Pada waktu yang sama , mereka mahupun pihak lain iaitu masyarakat turut bersikap sedemikian dengan cuba tidak melanggar sesuatu yang dianggap sebagai pantang atau adat.

Asasnya , kewujudan pantang larang dan adat dalam apa kaum sekalipun tidak dapat lari daripada beberapa faktor utama .

Pertama , pantang larang dan adat yang bersifat aturan yang terbentuk daripada norma norma tertentu yang diamalkan sejak sekian lama . Keduanya , pantang larang dan adat yang diperturunkan dari generasi nenek moyang terdahulu yang mungkin usianya sudah menjangkau ratusan tahun lamanya .

Ketiga , pantang larang dan adat banyak dipengaruhi oleh unsur unsur yang bersifat ghaib atau metafizika seperti terdapatnya banyak pengaruh anismisme , Hindu dan Islam dalam pantang larang dan adat orang - orang melayu di mana unsur unsur ini saling

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

bercampur aduk . Keempat , setiap pantang larang dan adat yang dilanggar dipercayai akan membawa musibah atau malapetaka terhadap si pelaku .

Lazimnya akibat perlanggaran itu , si pelaku bakal terdedah kepada pelbagai unsur balasan yang menakutkan atau mengancam sehingga menjadikan kehidupan mereka tidak tenteram . Realitinya , kebanyakkan pantang larang telah mengalami pelbagai proses perubahan tertentu . Contohnya sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu , pantang larang dan adat banyak dipengaruhi unsur Hinduisme dan animisme .

Bagi pantang larang dan adat kaum lain seperti yang diamalkan kaum Cina , ia dibawa dari Tanah Besar Cina dan orang India membawanya dari negara India . Kedatangan orang Cina sebagai pedagang ke Tanah Melayu telah membawa bersamanya budaya hidup walaupun tidak sepenuhnya .

Contohnya dalam konteks ini , pantang larang dan adat yang diwarisi turut dibawa kesini. Masyarakat Cina lebih mudah menerima perubahan berbanding kaum Melayu dan India yang kuat berpegang teguh pada kata orang tua- tua , Jadi bagi pantang larang dan adat yang dianggap kuno dan menyekat kerja-kerja mereka , ia kan ditinggalkan begitu sahaja atau tidak diamalkan lagi . Justeru , lahirlah istilah pantang larang dan adat dalam

kehidupan masyarakat dahulu yang telah diperturunkan sejak zaman berzaman .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Pantang larang dan adat merupakan satu displin lisan yang terkandung dan diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat baik Melayu , Cina , India dan bangsa bangsa lain . Segala perlakuan dan tindak - tanduk tertakluk kepada undang undang adat yang bertujuan untuk menjaga kesejahteraan masyarakat.

Menurut kepercayaan orang tua tua , segala pantang larang dan adat haruslah diikuti tanpa sebarang soal jawab .Mereka percaya sekiranya pantang larang dan adat ini diingkari , padah akan menanti . Biarpun masa dan tahun silih berganti , namun pantang larang dan adat ini yang diwarisi sejak azali lagi masih diamalkan oleh masyarakat kini . Pendekatan pantang larang dan adat ini adalah suatu tradisi pendidikan secara langsung dan tidak langsung untuk kesejahteraan masyarakat .

Walaupun sesetengah pantang larang dan adat ini yang diamalkan bertentangan dengan ajaran agama , namun di sebalik itu ia dijadikan jambatan kearah memperluaskan ilmu pengetahuan di samping memperkayakan budaya bangsa . Kewujudan pantang larang dan adat ini dalam masyarakat Melayu misalnya berkait rapat dengan dua situasi iaitu terhasil daripada kejadian spontan dan kepercayaan karut masyarakat dahulu tentang sesuatu perkara atau kejadian .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Konsep Di Sebalik Pantang Larang Dan Adat Biarpun dunia diasak dengan pelbagai kemajuan dan teknologi yang serba canggih lahir daripada akal fikiran yang dianugerahkan oleh - Nya kepada manusia . Namun kepercayaan terhadap pengamalan adat dan pantang larang masih di pegang kuat dalam kehidupan seharian .

Walaupun tidak kesemua pantang larang itu dituruti namun terdapat beberapa adat dan pantang larang yang terus diamalkan .Contohnya adat berlenggang , adat merisik , membuat hantaran dan merenjis air mawar . Kita juga tidak boleh tidur selepas asar dikhuatiri menjadi gila dan sebagainya .

Jika dahulu pantang larang mendominasi kehidupan masyarakat , kini pantang larang sedikit demi sedikit kian dilupakan . Kadang kadang timbul persoalannya adakah segala pantang larang itu benar atau sebaliknya ? Dalam hal ini , jawapan yang diterima pastilah berbeza beza antara individu dengan individu yang lain .

Kadang kala sesuatu pantang larang yang diamalkan oleh A menyebabkan terselamat daripada bencana tertentu . Sebaliknya individu B yang mengamalkan pantang larang yang sama tetap menerima bencana yang dinyatakan andainya pantang larang itu tidak dipatuhi .

Dari kaca mata Islam , setiap sesuatu perkara sama ada yang baik atau buruk berlaku kerana ia telah ditentukan Allah s.w.t. sejak azali lagi ( semasa dalam kandungan ibu ) .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Jadi , Orang Islam disuruh percaya dan yakin akan kekuasaan Allah s.w.t ada takdir yang boleh diubah dan ada takdir yang tidak boleh diubah .

Contoh takdir yang boleh diubah ialah kemiskinan .Walaupun seseorang itu ditakdirkan lahir ke dunia dalam keadaan miskin , namun dengan azam dan tekad , dia belajar bersungguh sungguh lalu berjaya serta mendapat pekerjaan yang baik dan seterusnya dapat menaikkan taraf hidup.

Keadaan ini dikenali sebagai ikhtiar . Ikhtiar wajib bagi setiap orang Islam untuk mengubah nasib buruk kepada labih baik .Manakala takdir yang tidak boleh diubah adalah seperti soal kematian yang telah ditentukan .

Bagi orang tua , generasi muda hendaklah mengikut segala pantang larang yang ada tanpa banyak soal . Jika diteliti , sesuatu pantang larang berteraskan sebab dan akibat mengundang kebijaksanaan kita untuk mentafsirkan mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat .

Biasanya , faktor akibat bersifat ancaman atau menakutkan jika ada yang melanggarnya . Namun apabila diteliti secara logiknya , ternyata pantang larang itu mengandungi mesej tertentu yang baik .

Rumusannya , pantang larang yang bersifat mengancam memberi suatu akibat yang buruk bakal berlaku jika dilanggar .Pantang larang yang wujud ini masih dipercayai , diamalkan

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

dan dituruti dengan patuhnya oleh orang orang kita dengan berpegang kepada kepercayan nasib buruk akan menimpa bagi mereka yang mengingkarinya .

Namun , terdapat sesetengah pihak yang menyalahkan pantang larang sekiranya mereka mundur dalam sesuatu bidang , terutamanya dari segi ekonomi dan pelajaran . Sedangkan segala pantang larang itu dibuat oleh manusia sendiri. Ia boleh diubah jika mahu . Namun apa yang berlaku sebaliknya di mana pantang larang itu bukan mahu diubahsuai bahkan semakin ditambah dengan kepercayaan kepercayaan yang lain .

Realitinya , terdapat pantang larang yang tidak dikira munasabah dan tidak diterima akal . Misalnya anak anak atau sesiapa sahaja tidak boleh duduk di atas bantal kerana nanti akan tumbuh bisul .

Apakah benar perkara ini ? Cuba kita fikirkan dalam konteks zaman sekarang dan dunia yang serba canggih dengan teknologi moden .

Kalau dikaji , tentu ada sebab mengapa kita dilarang duduk di atas bantal . Sebenarnya orang tua tua takut bantal itu akan pecah kerana kekabu di dalamnya tidak kuat untuk menampung beban mereka yang duduk dan akhirnya boleh menyebabkan bantal tersebut pecah.

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Bagi orang orang Melayu dan juga kaum yang lain , kepala menduduki taraf yang penting dan dihormati . Jadi , ini adalah satu cara untuk mendidik anak - anak supaya berkelakuan yang baik terhadap iaitu dengan menekankan pantang larang tersebut .

Kalau ditinjau dari segi kesihatan , bisul bukanlah disebabkan oleh bantal tetapi ada kaitannya dengan peredaran darah dalam badan kita . Selain itu , ia berkait rapat dengan adab kesopanan iaitu bantal yang menjadi peletak kepala tidak harus diduduki .

Justeru , yang baik terbit daripada pantang larang ialah bentuk pengajaran yang ingin disampaikan kepada sesuatu pihak .Seperti yang dinyatakan , setiap bangsa mempunyai pantang larangnya yang tersendiri dan ada kalanya , ia mempunyai persamaan serta tidak dinafikan juga wujudnya perbezaan dengan bangsa lain .

Hal ini terpulanglah kepada situasi bangsa itu dan bagaimana permulaaan timbulnya pantang larang tersebut hingga seterusnya menjadi amalan .

Kesimpulannya , kewujudan pantang larang dalam sesebuah kelompok atau bangsa sangat berkait rapat dengan faktor di mana sesuatu bangsa itu wujud dan kemasukkan pengaruh pengaruh luar seperti penyebaran agama dan sebagainya .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Adat Orang Melayu Orang Melayu terkenal kerana banyaknya adat dan pantang larang di kalangan masyarakat mereka . Pelbagai adat yang telah diamalkan sejak dari zaman dahulu hinggalah sekarang . Walaupun ada antara adat itu telah mula ditinggalkan namun sesekali mereka tidak pernah melupakan adat dan pantang larang itu apatah lagi jika ianya berkaitan dengan kehidupan hari muka .

Rumah merupakan tempat bermulanya segala aktiviti kekeluargaan dan masyarakat . Oleh itu orang Melayu terlalu prihatin dan memberikan tumpuan utama ketika hendak mendirikan rumah.Mereka mahu rumah yang bakal didirikan akan membawa kebahagian kepada seisi keluarga .Untuk itu terdapat adat mendirikan rumah yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka . Rumah yang didirikan dengan sempurna bukan sahaja indah daripada segi buatan malah kehidupan yang dilalui oleh keluarga tersebut.

Adat Mendirikan Rumah Baru Untuk mendirikan rumah , orang Melayu pada zaman dahulu sering mengambil kira beberapa aspek dan mengikuti pantang larang tertentu seperti memilih tapak , meletakkan tiang seri , mendirikan tiang seri dan upacara meletakkan tangga dan pintu masuk . Masyarakat Melayu percaya bahawa sesebuah rumah tidak boleh dibina di tempat sembarangan kerana takut akan membawa akibat tidak baik kepada penghuninya .Rumah tidak boleh dibina di kawasan yang rendah atau mudah ditenggelami air kerana pada

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

hujung lidah tanah atau di mana terdapat air bertakung dipercayai menjadi tempat hantu dan syaitan berkumpul serta akan mendatangkan mudarat kepada seisi rumah . Sekiranya terdapat kolam atau telaga di tempat tersebut perlulah ditimbus dengan segera .Tunggul atau pokok pula mesti dibuang dengan segera kerana dipercayai akan menjadi tempat pemujaan serta memuja hantu syaitan .

Adat Meletakkan Tiang Seri Tiang seri rumah tidak boleh didirikan sembarangan dan mesti didirikan pada hari yang ditetapkan , kalau tidak akan mendatangkan akibat yang tidak baik . Bulan mendirikan tiang seri juga diambil kira , walaupun semua bulan adalah baik tetapi orang Melayu menganggap bulan Safar sebagai bulan yang boleh mendatangkan bala. Menurut masyarakat Melayu dahulu kala hari yang baik antaranya pada 1 haribulan atau disebut rejang kuda , pada 2 haribulan disebut sebagai rejang kijang kerana hari ini Allah menjadikan Hawa .

Adat Menziarah Masyarakat Melayu kaya dengan adapt resam yang berhubung kait dengan lawatan atau kunjungan . Adat ketika menziarah atau bertandang masih lagi diamalkan hingga sekarang . Berkunjung ke rumah orang Melayu hendaklah bersesuaian dengan masa dan mengucapkan assalamualaikum bagi yang beragama Islam . Memasuki rumah orang Melayu hendaklah menanggalkan kasut . Kenalkan diri kepada tuan rumah atau tetamu lain yang ada di dalam rumah itu . Ketika lalu di hadapan tuan rumahatau tetamu lain ,

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

dibongkokkan badan atau merendahkan badan sambil menghulurkan sebelah tangan tanda hormat kepada orang yang lebih tua daripada kita. Ucapan yang biasanya digunakan ialah minta jalan, tumpang lalu atau maafkan saya adalah kata kata yang sering

digunakan oleh orang Melayu sebagai adat menghormati orang lain .

Di kalangan masyarakat Melayu , adat kunjung mengunjung dan menziarahi sudah menjadi satu kebiasaan .Adat ini bukan sahaja boleh menjalinkan hubungan yang erat dan mesra tetapi juga berpanjangan . Apabila berkunjung ke rumah orang orang Melayu biasanya tidak lupa membawa buah tangan .

Orang Melayu memang terkenal dengan budi bahasa . Kunjungan tetamu ke rumah mereka tidak pernah dipandang rendah . Mereka sentiasa menghormati tetamu dan melayan dengan baik serta tutur kata yang halus . Tetamu biasanya dijamu dengan hidangan yang termampu . Keadaan akan bertambah meriah apabila tibanya hari raya atau semasa kenduri kendara . Tetamu tidak dibiarkan berlapar atau pulang dengan perut kosong . Walaupun kedatangan mereka tidak diundang , mereka tetap dilayan dengan baik dan disajikan denga hidangan .

Adat Perkhawinan Dalam masyarakat Melayu , majlis perkhawinan merupakan upacara penting dalam sejarah hidup . Majlis perkhawinan selalunya diadakan secara besar- besaran mengikut kemampuan sesebuah keluarga . Majlis perkhawinan bermula dengan acara merisik ,

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

meminang , hantar belanja , menikah , berinai , bersanding dan kenduri . Selain itu diadakan juga acara menyambut menantu . Oleh kerana suku kaum Melayu itu sendiri terlalu banyak , maka adat sesuatu negeri adalah berlainan . Walau bagaimanapun caranya tetap sama yang berbeza ialah cara dan susun atur adat tersebut . Contohnya adat perkhawinan di Melaka berbeza dengan adat perkhawinan di Perak .

Adat Merisik Upacara merisik akan bermula dengan pihak lelaki bertandang ke rumah gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau masih kosong . Merisik biasanya dilakukan oleh orang tengah .Kedatangan orang tengah ini biasanya tidak rasmi . Kedatangannya lebih bersifat menziarahi sahabat handai atau jiran tetangga .Cara yang biasanya digunakan ialah dengan berkias . Ini merupakan budaya orang Melayu . Tujuan sebenar ialah untuk meninjau tindak balas daripada pihak gadis .

Pada zaman dahulu , adat merisik ini disertakan dengan pantun untuk menyampaikan maksud kedatangan mereka .Sekembalinya pihak lelaki , kedua dua belah pihak akan menyiasat latar belakang masing masing . Sekiranya ada cacat cela atau terdapat sesuatu yang tidak berkenan di hati , mana mana pihak boleh menolak atau berundur .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Adat Meminang Setelah kedua dua pihak bersetuju kedua dua pihak akan membuat persedian meminang secara rasmi . Saudara mara pihak lelaki dan gadis akan dibawa berbincang dan wakil pihak lelaki akan berkunjung untuk kali kedua ke rumah si gadis .

Pihak perempuan akan bersiap sedia setelah perkara-perkara seperti berikut mendapat persetujuan saudara mara . 1. Hari dan waktu meminang 2. Mas khawinnya 3. Hantaran serba satu , serba dua dan lain lain . 4. Jumlah belanja hangus. 5. Hari dan waktu perkhawinan 6. Syarat syarat lain sekiranya mana mana pihak menarik diri .

Setelah segala galanya di persetujui orang tengah akan melaporkan persetujuan tersebut kepada ibu bapa dan saudar mara pihak lelaki . Menurut perkhawinan adat orang Melayu , pihak lelaki akan menghantar beberapa barangan sebagai hadiah kepada pihak gadis . 1. Sebentuk cincin sebagai tanda jadi sama ada cincin emas ,intan atau berlian . 2. Tepak sirih lengkap dengan isinya sebagai tanda meminang . 3. Sep-asang pakaian. 4. Sehelai tudung .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

5. Buah buahan atau manisan . 6. Kek atau kuih muih . 7. Bunga rampai .

Kebiasaanya pihak lelaki akan menghantar sebanyak tujuh dulang dan pihak gadis akan membalas sebanyak sembilan dulang . Hantaran biasanya mengikut kemampuan kedua belah pihak .Sekiranya pihak pengantin terdiri daripada keluarga kaya atau ternama maka hantarannya dipelbagaikan .

Upacara akad nikah dijalankan oleh seorang jurunikah atau imam. Imam ini akan mengingatkan teruna kepda hal-hal keagamaan dan tanggungjawab yang bakal dihadapi oleh seorang suami mengikut syariat Islam . Sejurus selepas upacara akad nikah , pengantin lelaki akan menyalin pakaian untuk turut sama dalam istiadat berinai besar .

Selepas akad nikah dilakukan , pengantin lelaki dibawa masuk ke bilik di mana pengantin perempuan sedia menanti . Pada masa ini adapt membatalkan air sembahyang dilakukan dengan pengantin lelaki menyarungkan cincin perkhawinan ke jari manis pengantin perempuan yang sudah sah menjadi isterinya.Selepas itu rombongan pengantin lelaki akan kembali ke rumah untuk melakukan persediaan bertandang buat kali kedua dan melakukan adat bersanding dan makan beradat atau dikenali di negeri Johor sebagai makan berdamai . Sebelah siangnya rumah pengantin perempuan akan dikunjungi oleh para jemputan sebagai memeriahkan majlis perkhawinan tersebut .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Adat Berandam Pada zaman dahulu terdapat adat berandam yang dipegang kuat oleh orang Melayu . Kini walaupun adapt itu masih diamalkan tetapi terdapat banyak perubahan . Adat berandam yang ada pada hari ini telah banyak berubah mengikut perubahan zaman . Kebanyakkan adat lama tidak lagi dipraktikkan kerana dianggap terlalu kuno ataupun kolot . Orang muda sekarang lebih suka mengikut adat moden yang lebih mudah dan ringkas .

Pada zaman dahulu gadis yang akan menjadi pengantin tidak dibenarkan keluar rumah selama sebulan ataupun seminggu sebelum menjadi pengantin .Adat berandam dilakukan dengan membuang sial yang dikatakan terdapat dalam diri kita .Mak andam akan memainkan peranannya ..

Antara adat berandam yang dilakukan ialah dengan melakukan acara memotong

anak

rambut gadis itu . Mak andam akan membuang sial yang dikatakan ada pada gadis tersebut dengan memotong anak rambut di dahi gadis tersebut .Sekiranya anak rambut itu bengkok selepas dipotong gadis itu dikatakan tidak lagi mempunyai dara .Sebaliknya

jika anak rambut itu tinggal lurus maka gadis itu diistiharkan sebagai masih lagi dara . Adat ini membawa banyak musibah kepada keluarga gadis , oleh itu masyarakat Melayu mula meninggalkan adat itu kerana berpendapat ianya boleh memalukan dan betentangan dengan agama .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Gadis yang bakal menjadi pengantin akan dimandikan oleh Mak andam . Bahan bahan seperti limau purut , bunga tujuh warna dan sintuk digunakan dalam upacara mandi tersebut . Upacara itu bertujuan menaiki seri pengantin supaya pada majlis persandingan pengantin nanti akan nampak lebih kelihatan cantik dan berseri seri .

Adat Bersanding Adat bersanding telah lama diamalkan dalam majlis perkhawinan masyarakat Melayu . Walaupun pada hari ini adapt itu mula ditinggalkan oleh sesetengah orang tetapi masih lagi menjadi kesukaan sebagai cara memeriahkan suasana sesebuah majlis perkhawinan . Kebanyakkan adapt bersanding pada hari ini dilakukan dengan cara pasangan didudukkan di atas bangku yang diletakkan atas pentas yang dihias indah . Pada zaman dahulu adat bersanding dilakukan dengan cara pengantin duduk bersila atas pentas yang juga dihias indah . Pentas ini dikenali dengan panggilan pelamin .

Paluan kompang akan mengiringi pengantin lelaki sebelum majlis persandingan dijalankan dan akan diarak ke rumah pengantin perempuan . Pengantin perempuan akan turun dengan Mak Andam untuk menyambut kedatangan pengantin lelaki . Mak Andam memainkan peranan penting dalam perkhawinan masyarakat Melayu . Beberapa aktiviti seperti pencak silat akan dipersembahkan untuk pengantin dan para tetamu . Tepung tawar merupakan adapt dalam perkhawinan masyarakat Melayu yang tidak dilupakan .Bahan tepung tawar terdiri daripada beras kunyit , bedak sejuk , inai , bunga rampai dan air mawar .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Keluarga yang melakukan tepung tawar kepada pengantin akan menggunakan sejenis daun yang dinamakan setawar yang disediakan di dalam mangkuk di hadapan pengantin. Daun itu dicelupkan ke dalam bedak , kemudian diikuti dengan menabur beras kunyit , bunga rampai dan meletakkan inai di dalam tangan kedua-dua pengantin .Akhir sekali merenjiskan air mawar kepada kedua-dua pengantin .Sebagai menghargai kesudian tetamu menghadiri majlis perkhawinan itu tetamu diberikan cenderahati yang berupa bunga telur .

Adat Berinai Terdapat tiga adat berinai yang diamalkan oleh orang Melayu dalam majlis perkhawinan seperti :

1.Malam berinai curi Diadakan tiga malam sebelum hari langsungnya perkhawinan . majlis berinai curi biasanya diadakan untuk saudara mara terdekat sahaja .

2. Malam berinai kecil . Majlis ini akan diadeakan dua malam sebelum hari langsung dan hanya dihadiri oleh sahabat handai , jiran tetangga dan saudara - mara .

3.Malam berinai besar .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Majlis ini pula selalunya akan diadakan sebelum hari langsung untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan dan dilakukan selepas upacara akad nikah .

Adat Menyambut Menantu Adat menyambut menantu selalunya akan dibuat di rumah pengantin lelaki seminggu selepas majlis di rumah pengantin perempuan . Adat ini diadakan dengan upacara bersanding semula bagi memberi peluang kepada keluarga pihak lelaki yang tidak turut serta ke rumah pengantin perempuan . Tetapi tidaklah menjadi kemestian untuk mengadakan semula adapt bersanding seperti di rumah pengantin perempuan. Walau bagaimanapun diadakan juga majlis kenduri bagi meraikan pengantin baru .Dalam majlis ini , pengantin perempuan diperkenalkan kepada keluarga pengantin lelaki . Pengantin perempuan diiringi oleh ibu saudara atau saudara terdekat semasa berada di rumah pengantin lelaki . Majlis ini lebih merupakan majlis suai kenal .

Adat Berkhatan Masyarakat Melayu mengamalkan adat berkhatan sejak Islam menjadi anutan mereka . Agama Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana mempunyai beberapa kelebihan yang tidak diperolehi oleh mereka yang tidak berkhaitan . Upacara berkhatan bagi kanak kanak lelaki dilakukan lebih meriah berbanding majlis berkhatan bagi kanak-kanak perempuan .Kemeriahan sesuatu majlis bergantung kepada

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

kemampuan sesebuah keluarga atau masyarakat setempat .Telah menjadi suatu kebiasaan bagi masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara berramai-ramai iaitu di antara 2 hingga 10 orang . Pada hari ini kita melihat majlis berkhatan diadakan secara besar-besaran sehingga mencapai 20 hingga 30 orang . Sebelum kanak-kanak itu dikhatankan , mereka dimandikan di sungai dan diarak ke rumah. Majlis diserikan dengan pukulan kompang dan kenduri kendara yang diraikan oleh saudara-mara . majlis yang meriah ini sebenarnya untuk mengubati hati kanak-kanak itu yang berasa gementar mengingatkan acara berkhatan yang akan dilalui.

Pantang Larang Orang Melayu Pantang larang yang wujud dalam masyarakat Melayu umumnya bermula pada peringkat akar umbi, iaitu ketika masih di dalam kandungan lagi. Misalnya banyak pantang larang yang diwujudkan kepada ibu-ibu yang hamil. Bukan setakat ibu sahaja, kaum keluarga seperti suami juga harus mengikuti pantang larang tersebut dengan tekun. Mereka tidak boleh melanggar pantang larang yang dipercayai boleh menimbulkan kemudaratan kepada bayi mahupun si ibunya. Tujuan pantang larang yang sedemikian bertujuan menjaga kesejahteraan dan keselamatan ibu terbabit serta anak yang dikandung agar dapat dilahirkan dengan sempurna dan selamat. Masyarakat Melayu dahulu kala banyak mengamalkan pantang larang dalam setiap aspek kehidupan termasuklah dalam soal berkaitan kelahiran. Hal ini dianggap penting sebagai menyambut orang baru dalam

keluarga . Mereka menggangap pantang larang wanita hamil merupakan satu adat penting dan harus dipatuhi . Namun begitu , taraf pendidikan yang tinggi diterima oleh kaum

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

wanita moden menjadikan amalan yang diwarisi itu semakin berkurangan dan sesetengahnya ditinggalkan begitu sahaja .

Pantang Larang Wanita Hamil. 1. Dilarang makan sotong. Dikatakan dengan memakan sotong , hantu akan dapat mencekik dan menjerut bayi dalam kandungan kerana sotong mempunyai banyak tangan malah bayi yang dikandung akan terjerut tali pusatnya .

2. Dilarang memaku , memahat , mengail atau menyembelih . Jika melakukan kerja-kerja di atas anak yang bakal dilahirkan nanti mungkin akan mendapat kecacatan pada anggotanya seperti bibir terbelah , sumbing dan sebagainya .

3. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua . Wanita yang berbuat demikian dikatakan akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak .

4. Tidak dibenarkan mencederakan mana-mana binatang. Dikuatiri anak yang bakal dilahirkan mengalami kecacatan.

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

5. Tidak dibenarkan mencerca apabila melihat benda ganjil. Dipercayai anak yang bakal dilahirkan nanti akan terkena kenan.

6. Ibu bapa dilarang mengeluarkan kata-kata kesat. Dikatakan anak yang bakal dilahirkan akan menjadi sumbing dan lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain .

7. Suami tidak dibenarkan meniup sebarang bunyi-bunyian. Dikatakan kalau berbuat demikian , anak yang bakal dilahirkan akan tersampuk makhluk halus dan menyebabkannya menangis tanpa henti .

8. Dipantang air kelapa dan air tebu semasa mengandung sejak awal lagi. Ini akan mengakibatkan anak yang akan dilahirkan nanti dijangkiti deman kura sehingga menyebabkan kecacatan dan kematian .

9. Tidak boleh menziarahi kematian di tanah perkuburan . Pada masa ini dipercayai hantu dan syaitan berkeliaran . Jika ternampak orang yang hamil , hantu dan syaitan dikatakan mahu anak di dalam kandungan itu .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

10. Dilarang duduk di muka pintu atau tangga . Dipercayai akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu ketika hendak melahirkan anak .

11. Tidak boleh melangkah anjing ataupun kucing yang sedang tidur . Kononnya akan menyebabkan mata anaknya akan tertutup seperti mata anjing atau kucing yang sedang tidur itu.

12. Tidak boleh tidur dimuka pintu . Makhluk halus mudah tertarik dan merasuk ibu yang mengandung .

13. Tidak boleh tidur pada waktu tengah hari. Dipercayai kepala anak akan menjadi besar.

14. Sewaktu menyiangkan ikan keli , jangan siangkan hidup-hidup , pukul sehingga ikan itu mati. Dikhuatiri anak yang dilahirkan nanti mengalami kecacatan akibat badi ikan tersebut .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

15. Kain yang disimpan di dalam almari mestilah disusun dengan teratur seperti baju di atas dan kainnya di bawah. Jika tidak , sewaktu bersalin bayi akan menjadi songsang .

16. Tidak boleh mendera atau memukul binatang . Perbuatan tersebut akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada bayi yang bakal dilahirkan .

Pantang Larang Bayi. Pantang larang berkaitan bayi dibuat berdasarkan dua keadaan iaitu yang berkaitan dengan adat atau kepercayaan dan untuk mendidik masyarakat agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan .

Dalam adat dan pantang larang orang Melayu , bayi dan kanak-kanak turut mempunyai pantang larangnya tersendiri yang harus dipatuhi khususnya oleh golongan dewasa . Antara pantang larang berkaitan bayi adalah seperti berikut :-

1. Bayi tidak boleh dicium semasa tidur terutamanya di atas ubun-ubun kepala dan pusatnya. - Dipercayai bayi itu akan pendek umur .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

2. Bayi tidak boleh dicium pada telapak tangan . - Dipercayai apabila besar nanti , bayi tersebut suka meminta- minta daripada orang lain

3. Bayi tidak boleh ditelentangkan di luar rumah dan melihat langit . - Dibimbangi akan menjadi gila .

4. Tidak boleh menghembus mulutnya . - Dipercayai bayi akan menjadi bisu .

5. Tidak boleh memikulnya di atas bahu . - Dikatakan apabila besar kelak , kanak-kanak tadi akan melawan cakap ibubapanya.

6. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu . - Dipercayai apabila besar kelak , si anak akan melawan ibubapanya .

7. Tidak boleh menyikat rambut . - Nanti gigi bayi akan tumbuh jarang .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Pantang Larang Kanak-Kanak Berbanding bayi , kanak-kanak lebih bijak dan dapat memahami pelbagai perkara yang berlaku di sekelilingnya . Justeru , mereka juga dididik dengan cara yang sama oleh ibu bapa melalui kaedah pencegahan dalam pantang larang .

Apatah lagi pendidikan pada peringkat kanak-kanak lebih berkesan kerana mereka akan mengingatinya apabila dewasa kelak . Lebih-lebih lagi bagi pantang larang yang berunsurkan nasihat dan membawa kebaikan .

Berikut adalah antara pantang larang bagi kanak kanak : 1. Tidak boleh makan dalam gelap . - Dikatakan makan dengan iblis .

2. Tidak boleh duduk di atas bantal . - punggung akan tumbuh bisul.

3. Tidak boleh gigit kain . - Dikatakan gigi akan berulat .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

4. Sewaktu meniarap , kaki tidak boleh diangkat atau dikilaskan ke belakang . - Dikatakan nanti emak akan meninggal dunia .

5. Selepas makan nasi pinggan jangan dibiarkan kering , mestilah dicurah sedikit air . - Dikhuatiri jika mati nanti , tidak ada orang yang akan memandikannya .

6. Tidak boleh bertukar tempat duduk ketika makan . - Boleh menyebabkan rezekinya menjadi sempit dan semakin berkurangan .

7. Tidak boleh makan kepala ikan . - Bimbang akan menjadi bebal dan malas belajar .

8. Tidak boleh menjelir lidah. - Nanti akan terpotong lidah .

9. Tidak boleh memotong kuku pada waktu malam . - Dikatakan nanti pendek umur .

10. Makanan yang dibawa mestilah ditutup . - Dikatakan makanan yang dibawa itu akan diludah hantu jika terbuka .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

11. Sewaktu makan nasi , tidak boleh berselang seli minum air . - Dipercayai badan akan menjadi lemah .

12. Tidak boleh bersiul di dalam rumah . - Dikatakan ular akan masuk ke dalam rumah .

13. Mempedal ayam tidak boleh dimakan . - Dipercayai susah untuk bersunat bagi kanak- kanak lelaki apabila tiba masanya nanti .

14. Sewaktu bermain di dalam rumah , tidak dibenarkan melambung kain . - Dikhuatiri harimau akan masuk ke dalam rumah .

15. Tidak boleh bercakap sewaktu di dalam tandas . - Dikatakan nanti mata akan mendapat ketumbit .

Pantang Larang Lelaki Seperti bayi dan kanak-kanak , lelaki dewasa juga mempunyai pantang larang yang mesti dipatuhi . Biarpun mereka dianggap sudah cukup dewasa dan berakal , ia bukan alasan untuk tidak mematuhi sesuatu pantang larang . Setiap perlakuan dan gerak langkah mereka sentiasa dalam ruang lingkungan adat dan pantang larang yang dipercayai boleh

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

menyebabkan bahaya jika sengaja melanggarnya . Justeru , golongan lelaki perlu mematuhi beberapa pantang larang seperti yang berikut :

1. Membuang air kecil di atas busut . - Dikatakan buruk kemaluan .

2. Tidur di tengah padang . Dipercayai akan dilintas burung layang layang yang boleh menyebabkan

kematian ibu .

3. Ketawa pada waktu Maghrib . - Dikatakan hantu akan datang menghampiri mereka .

4. Mengintai orang yang sedang mandi. - Mata akan menjadi bertumbil iaitu keadaan bengkak berlaku di kelopak mata .

5. Tidak tahan berpanas . - Dikatakan tunang akan dilarikan orang .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Pantang Larang Perempuan Golongan dewasa perempuan juga tidak terkecuali daripada kehidupan mereka yang dipagari pantang larang . Ini bermakna bukan wanita hamil sahaja yang terpaksa mematuhinya . Malah memang banyak pantang larang ditujukan terhadap kaum wanita lantaran untuk melindungi sifat lemah semula jadi yang dimiliki . Berikut adalah antara pantang larang untuk golongan wanita .

1. Menjahit di badan . - Dikatakan tidak lepas hutang .

2. Memanjat pokok . - Dikatakan kalau mati susah untu dikapan .

3. Minum air sambil berdiri . - Dikatakan jatuh ke kaki .

4. Anak gadis dilarang menyanyi di dapur ketika masak . - Dikatakan kelak akan mendapat suami tua .

5. Berbual bual di tangga . - Dipercayai akan dipinang orang di serambi rumah sahaja .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

6. Makan bertindih pinggan . - Dikatakan akan menjadi madu orang .

7. Mencari kutu di tangga . - Dengan berbuat demikian , dikatakan kononnya si gadis akan dipinang oleh orang tua .

8. Bercelak pada waktu malam . - Dipercayai rupa boleh menjadi hantu .

9. Penyapu terkena kaki . - Dikatakan akan terkena sial .

10. Meletakkan Pinggan di tapak tangan ketika makan . - Dipercayai kononnya akan merampas suami orang .

11. Memakai baju yang basah. - Dikatakan seorang itu akan mengidap penyakit kurap .

12. Makan berubah tempat . - Dengan berbuat demikian anak gadis dikatakan akan berkhawin banyak kali .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

13. Bangun lewat . - Dikatakan sukar mendapat jodoh .

14. Bercermin di depan cermin retak . - Dipercayai mukanya akan menjadi pucat

Moral Dalam Adat Dan Pantang Larang Walaupun wujudnya adat dan pantang larang dalam masyarakat Melayu ini tidak bermakna tiada nilai moral yang dapat kita jadikan teladan.Dalam setiap pantang larang atau adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu ini ada tersirat nilai- nilai moralnya yang tersendiri . Antaranya ialah :

1. Wanita Hamil Menjaga wanita yang hamil daripada menghadapi masalah-masalah dan kemudaratan kepada wanita dan juga anak yang dikandungkan .Oleh yang demikian wanita yang hamil dapat dijaga dengan baik semasa mengandung dan juga sewaktu melahirkan anak .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

2. Bayi Yang Baru Dilahirkan Penjagaan bayi yang baru lahir dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan tidak memudaratkan bayi tersebut .Pantang larang ini akan mendidik masyarakat tentang keperluan semasa penjagaan bayi tersebut .

3. Kanak-Kanak Kanak-kanak juga perlu dijaga dan dididik melalui pantang larang agar kanakkanak ini membesar dengan lebih berdisplin dan teratur .

4. Lelaki Dan Perempuan Untuk mendidik golongan dewasa bagi mematuhi adat kesopanan dan kesusilaan agar tidak melampaui norma manusia .Golongan lelaki dan perempuan dewasa dapat dilatih dengan pantang larang agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar adat ketimuran dan juga agama.

Kesimpulannya Adat dan pantang larang amat perlu dalam mendidik manusia agar lebih bersopan santun dan bermoral dalam kehidupan seharian . Umumnya pantang larang dalam masyarakat di negara ini diamalkan mengikut kaum yang berbeza . Adat dan pantang larang juga dapat mempengaruhi kehidupan yang saling hormat , menghormati , persaudaraan yang erat , hidup yang berperaturan dan sebagainya .

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Rujukan

Wan Ramli Wan Muhammad dan Hanapi Dollah . ( ed ) 1999 . Pantang Larang Orang Melayu Tradisional : Penerbit Utusan Publication & Distributors .

A. Aziz Deraman . ( ed ) DBP K.L. 2001 , 2005 . Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia :

Zabri Zakaria . ( ed ) 2005 . Pantang Larang dalam Mayarakat : Penerbit Sejati Books .

Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Warisan Bangsa Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat ) : Penerbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

Zawiah Ahmad dan Suziana Che . Pantang Larang Orang Melayu ( Siri Budaya dan Rakyat ) : Penertbit Caberawet Publishing Sdn. Bhd.

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

Isi kandungan

1. Tajuk 2. Kewujudan Adat Dan Pantang Larang 3. Takrifan Pantang Larang Dan Adat 4. Konsep Disebalik Pantang Larang Dan Adat 5. Adat Orang Melayu 6. Adat Mendirikan Rumah Tangga 7. Adat Meletakkan Siang Seri 8. Adat Menziarah 9. Adat Perkahwinan 10. Adat Merisik 11. Adat Meminang 12. Adat Berandam 13. Adat Bersanding 14. Adat Berinai 15. Adat Menyambut Menantu 16. Adat Berkhatan 17. Pantang Larang Orang Melayu 18. Pantang Larang Wanita Hamil 19. Pantang Larang Bayi 20. Pantang Larang Kanak-Kanak

m/s 1 m/s 1-2 m/s 3-5 m/s 6-9 m/s 10 m/s 10-11 m/s 11 m/s 11-12 m/s 12-13 m/s 13 m/s 14-15 m/s 16-17 m/s 17-18 m/s 18-19 m/s 19 m/s 19-20 m/s 20-21 m/s 21-24 m/s 24-25 m/s 26-28

Maszelin Bt Baba G 76160 , Norhana Bt Mohammad G 76203 , Siti Hasmah Bt Zainal Abidin G 75555 , Nor Sabarina Bt Mat Salleh G 76197 , Nor Roziatul Naim Bt Mat Saad G 76196 , Nor Shalina Bt Ismail G 76198 Hubungan Etnik ZT 1o43 . En Zulkifli Bin Mohammad dan Dr Abdul Salam Bin Yusoff.

21. Pantang Larang Lelaki 22. Pantang Larang Perempuan 23. Moral Dalam Adat Dan Pantang Larang 24. Kesimpulan 25. Rujukan

m/s 28-29 m/s 30-32 m/s 32-33 m/s 33 m/s 34