Pantang Larang Kaum Di Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

waj

Text of Pantang Larang Kaum Di Malaysia

PANTANG LARANG KAUM DI MALAYSIA - SARAWAK

PANTANG LARANG KAUM DI MALAYSIA- SARAWAKAZMAN BIN ABUMUHAMMAD MUAZ BIN SARIFFSHARIFAH NAZIRA BINTI SYED PUTRAPISMP 5.06PENSYARAH PEMBIMBING :-PUAN SITI NORKIAH BINTI DOLLAH

PENGENALAN Sarawakmempunyai bilangan penduduk yang banyak sekali antara negeri-negeri diMalaysia, iaitu seramai satu ratus dua puluh tujuh ribu orang. Sarawak mempunyai 112 etnik. Mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. PRIBUMI SARAWAK

MELANAUMasyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik di Sarawak. Mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam.Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. ADAT RESAM ATAU AMALANPERKAHWINANMAJLIS PERKAHWINANADAT RUMAH TANGGAKELAHIRANKELAHIRANIbu mengandung :1. tidak boleh memakan buah-buahan yang berbau kuat seperti durian kerana badan akan menjadi busuk.2. tidak boleh makan pucuk-pucuk paku kerana susu badan akan menjadi masam.3. haiwan buruan yang dibunuh di dalam hutan tidak boleh diberikan kepada wanita hamil kerana diyakini anak dalam kandungan akan melecur seluruh badan.4. tidak boleh menakutkan ibu mengandung kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak dalam kandungan cacat ataupun gugur.

Suami :tidak boleh memotong kayu yang bertindan atau memakan ikan pari kerana dikhuatiri bibir anak akan menjadi sumbing.tidak boleh mengecat kerana dikhuatiri anak di dalam kandungan akan diiringi minyak.sekiranya terdapat sebarang kematian, sisuami tidak boleh melihat kerana anak di dalam kandungan akan mendapat penyakit.tidak boleh memotongakar temaletkerana anak akan meninggal dunia tanpa sebab.PERKAHWINAN Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan.Mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk tanda bertunang dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti adat menuga, adat mebin dan pakan juga dikira berdasarkan status sosial ini.Asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan.

MAJLIS PERKAHWINANKenduri perkahwinan diadakan di rumah kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan pengantin perempuan yang dihadiri oleh sanak saudara, jiran dan sahabat handai.Kemuncak acara majlis ialah persandingan yang biasanya diadakan padatengah hari.Persandingan di rumah pengantin perempuan untuk menjalani 'adat petudui' iaitu penyerahan pelbagai barang, antaranya termasuklah sebentuk cincin emas dan seutas gelang perak oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.Kedua-dua pengantin dikenakan pelbagai pantang larang, misal-nya tidak boleh mandi di sungai.Tidak boleh tidur pada waktu siang.

ADAT RUMAH TANGGASuami tidak boleh menetak bumbung rumah dengan parang kerana cara ini boleh menyebabkan hubungan renggang antara suami dan isteri.Suami tidak boleh memerah kelapa yang sudah diparut kerana boleh menyebabkan perut isteri sakit atau memulas.

Isteri dilarang keras memarut rumbia atau menyeberangi sungai kerana akan jatuh sakit sehingga boleh menyebabkan anak di dalam kandungan keguguran.Pakaian yang dipakai semasa upacara perkahwinan tidak boleh dijahit walaupun koyak kerana boleh menyebabkan penyakit di kalangan suami isteri.IBAN Masyarakat Iban berasal daripada Sarawak dan merupakan suku kaum terbesar di Sarawak. Kaum Iban pula terbahagi kepada beberapa suku kaum, contohnya, Balau, sembayau, lemanak, dan lain-lain. Pada zaman dahulu kaum Iban sangat terkenal sebagai pejuang yang handal dan berani dalam pemburuan kepala dan perlanunan.PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG Bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang. Mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.ADAT SELEPAS BERSALIN Ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam. Ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu. Si ibu haruslah berdiang selama 40 hari. Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin.ADAT PEMILIHAN NAMA KEPADA BAYI Nama yang baikakan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang terdahulu yang hebat dan berjasa. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supayamemagut salah satu gumpalan nasi. Nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.PERAYAAN GAWAI Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat.Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripadamanik-manik yang diwarisi turun-temurun. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.

Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi.SEKIAN, TERIMA KASIHMelayu

Kedayan

Belait

Baketan

Kayan

Melanau

PunanTabun

Bukat/Ukit

Laan

Iban

Biasaya

Lelak

Sian

Lugut

Bidayuh

Lisun

Kelabit

Kenyah

Penan

Murut