Pantang Larang Kaum

Embed Size (px)

Citation preview

Pantang Larang Kaum

Pantang larang Orang MelayuPantang Larang Wanita Hamil 1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat. 2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. 3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan. 4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. 5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya. 6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

Pantang Larang Ke Atas Lelaki 1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. 3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit. 4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati. 5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu. 6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.

Pantang Larang Bayi 1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi kurus. 2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan. 3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut. 4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap. 5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubunubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur. 6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut. 7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya. 8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.

Pantang Larang Ketika Berdiri 1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu. 2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.

Pantang Larang Ketika Makan 1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding. 2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu. 3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar. 4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu. 5. Makan sisa anak, anak akan degil. 6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit. 7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut. 8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang. 9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

Pantang Larang Sewaktu Tidur 1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu. 2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir. 3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap. 4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu. 5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.

Pantang Larang Ke Atas Perempuan 1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua. 2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang. 3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin. 4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh. 5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh. 6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua. 7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial. 8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. 9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

Pantang Larang Kanak-Kanak 1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul. 2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur. 3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. 4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong. 5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh. 6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati. 7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung

Pantang Larang Orang CinaPerkahwinan perkahwinan yang mempunyai sama nama keluarga jugak tak digalakkan, takut kot bersaudara. Contohnya perempuan bernama Wong Ling Ling dan lelaki Wong Ah Chai. Bakal pengantin tak digalakkan untuk berkahwin dalam bulan 'hantu'/qin min kerana mendatangkan malang

Penyapu Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Semasa perayaan Tahun Baru Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada 3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun.

Nombor Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam budaya kaum Cina. Sebagai contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah. Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka melambangkan kematian dan kesunyian masingmasing.

Misai dan Janggut Sesiapa yang gemar menyimpan misaim ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan.

Kuku jari kaki dan tangan Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi, kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan sumpahan terhadap pemilik kuku itu.

Airmata anjing Adalah dipercayai, anjing berkebolehan melihat mahluk ghaib dan akan menyalak apabila terserempak dengannya. Jikalau anjing itu menyalak tidak terhenti-henti, bererti satu kematian akan terlangsung tidak lama lagi. Mengikut kepercayan orang Cina, airmata dari seekor anjing jika disapukan di atas mata seseorang, akan memperolehi keupayaan untuk melihat ke dalam alam roh-roh, terutama roh nenek moyang. Seorang perantara biasanya akan menyapu airmata anjing keatas mata tersebut untuk melihat ke dalam dunia ghaib itu.

Lain-lain kepercayaan dan pantang larang. Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku. Yarrow, iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan dan cangkerang kura-kura dianggap sebagai benda pembawa tuah.

Pantang Larang Orang IndiaPantang larang ketika tetamu berkunjung ke rumah tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama kali datangmenziarahi melakukan kerja seperti membasuh pinggan. Ini kerana dipercayaiakan membawa sial. Ini kerana tetamu sepatutnya dilayan oleh tuan rumah

Pantang larang merisik bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketikarombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarangikut serta. Kerana dianggap tidak sopan.

Pantang jangan bersiul waktu malam ular masuk.Jangan makan di tempat gelap jika tidak makanan dikongsi bersama hantu.

Jangan asah pensel di kedua-dua belah dipercayai ibubapa akan sentiasabergaduh.Tidak digalakkan melawat bayi yang baru lahir takut-takut mengganggu bayi tersebut dan menyebabkan dia terkejut.

Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

Pantang Larang Hari Deepavali Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.

Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Pantang Larang Orang KadazanKELAHIRAN Pantang larang ibu mengandung: Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu. Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu. Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang. Tidak boleh makan buah mengandungi air. Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu nanti bibir anak sumbing. Tidak boleh siat telinga binatang nanti telinga anak tidak sempurna.

ADAT & PANTANG LARANG SEWAKTU BERSALIN SEWAKTU BERSALIN Suami tidak boleh berada jauh dari rumah. Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikanberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air. Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman. Ditakuti diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah. Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

UPACARA MINTUHUN DAN MINUHUN Sebelum memijak tanah tapak kaki bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan calitkan garis lurus diatas dahinya. Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian.

Pantang Larang Orang IbanPANTANG LARANG KETIKA MAKAN

Seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. Mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan. Rasionalnya Minum sebelum makan boleh membuat mereka kurang makan nasisementara minum semasa makan boleh mengakibatkan mereka lemah tenagabatin. Selepas makan, mereka dilarang tidur atau mandi. Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan prosespenghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dansakit kepala.

PANTANG LARANG KETIKA TIDUR . mereka dilarang menunjuk ke dahan reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau terlalu cantik keranamereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu

PANTANG LARANG UNTUK BERSUKAN

Mereka tidak dibenarkan mandi selepas bersukan Rasionalnya kerana mandi boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami kembang badan, tangan dan khususnya kaki. Mereka percaya bahawa air mandian boleh masuk ke dalam liang roma yang terbuka selepas bersukan.

PANTANG LARANG UNTUK BUDAYA MENGURUT masyarakat Iban dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran.

PANTANG LARANG SEWAKTU MENGANDUNG Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akanmenghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapupada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu keranadikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akanlumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat didalam rahim semasa dilahirkan.