21
PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

  • Upload
    lovey

  • View
    345

  • Download
    2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI. Pengenalan. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Page 2: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Pengenalan Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil

di Malaysiamerupakan masyarakat yang mempunyai

beberapa suku kaum yang berbeza-beza.dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar

iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan

kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Page 3: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Kelahiran Terdapat sedikit persamaan dengan adat resam

masyarakat MelayuSewaktu Mengandung :

wanita yang mengandung akan menempah seorang bidan yang akan membantu wanita berkenaan ketika bersalin

Ketika kandungan berusia tujuh bulan , bidan yang dipilih itu perlu melakukan upacara melenggang perut.

Upacara itu akan dijalankan oleh mak bidan yang akan menjampi wanita yang mengandung itu bertujuan untuk mengusir sebarang semangat jahat dan gangguan lain bagi menjamin keselamatan ibu serta bayi.

Adat ini juga penting untuk menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul agar memudahkan proses bersalin kelak.

Adat ini juga akan disertai dengan sedikit jamuan makan.

Page 4: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Wanita mengandung tidak boleh mentertawakan binatang seperti monyet kerana dikhuatiri muka dan perlakuan bayi akan menyamai haiwan berkenaan.

Mereka dilarang memakan ikan yang bewarna merah kerana dikhuatiri berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

Wanita mengandung juga dilarang bekerja pada waktu subuh dan maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya telah terganggu.

Mereka dilarang mengetuk paku pada kayu di sebelah petang kerana dikhuatiri bayi atau ibu akan sakit atau mati

 

Page 5: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Semasa Bersalin :Semasa bayi dilahirkan, tali pusatnya akan dipotong

dengan menggunakan serpih buluh yang tajam dan dimandikan dengan air suam.

Uri bayi ditanam berdekatan rumahnya. Uri dicuci, digaul dengan serbuk kunyit, garam, lada putih, lengkuas, kemenyan dan arang sebelum ditanam ke dalam lubang setinggi satu kaki.

Selama tujuh hari lampu akan dipasang di tempat uri tersebut ditanam.

Mereka menganggap uri tersebut sebagai abang atau kakak kepada bayi itu dan justeru ia hendaklah ditanam dengan sempurna.

Page 6: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Selepas Lahir :Memberi Nama

Bayi akan diberi nama dengan kebenaran dari ibu bapanya selepas selamat dilahirkan.

Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuh-tumbuhan, ikan atau tempat yang dekat dengan bayi ketika lahir atau juga menurut nama peristiwa yang berlaku ketika bayi dilahirkan.

Jika nama yang diberi tidak sesuai , bayi akan jatuh sakit.

Ibu bapa tadi akan 'menjualkan' bayinya kepada orang lain, iaitu ibu bapa barunya. Dipercayai penyakit bayi adalah disebabkan ketidaksesuaian antara bayi dan ibunya.

Page 7: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baru, ibu kandung akan pulang ke rumah.

Tetapi tidak lama selepas itu ibu bapa baru akan menyerahkan kembali bayi tersebut kepada ibu bapa kandungnya.

Adakalanya nama bayi perlu diubah kerana tidak sesuai. Jamuan kecil-kecilan akan dibuat sempena pertukaran

nama bayi tersebut. Kadang kala pulut kuning akan diberi kepada jiran-jiran. Bidan pula akan menjalankan upacara pembersihan

yang menyerupai adat menepung tawar di kalangan masyarakat Melayu supaya bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat.

Page 8: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Tanggal Tali PusatTali pusat akan tanggal dalam tempoh seminggu selepas

bayi dilahirkan. Masyarakat Orang asli akan menguruskan tali pusat

tersebut dengan sebaik-baiknya. Tali akan dibungkus dengan kain putih bersama-sama

sebiji atau tiga biji lada hitam. Kemudian tali pusat itu digantung di atas api bertujuan

untuk memelihara kesihatan bayi. Jika bayi itu sakit, tali pusat tadi akan direndam di dalam

air dan diberi minum kepada bayi supaya sembuh. Apabila bayi sudah pandai merangkak, tali pusat tadi

akan diberikan kepadanya untuk dijadikan permainan. Sekiranya tali pusat tadi hilang, ini bermakna bayi akan

bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa nanti kerana kononnya tali pusat tersebut merupakan sebahagian daripada 'adik beradiknya'

Page 9: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Kematian Bagi suku Negrito dan Senoi, kematian

yang dilakukan berlainan mengikut suku kaum sendiri.

Masyarakat orang asli akan membersihkan si mati terlebih dahulu. Kemudian si mati akan diletakkan di tengah-tengah rumah untuk dilihat oleh ahli saudara-mara.

Sekiranya semasa hidupnya si mati menghisap rokok, bibir si mati akan dikepilkan dengan rokok sebagai tanda menghormati si mati.

Page 10: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Kemudian ahli keluarga yang paling rapat akan menangis, tetapi tangisan tersebut haruslah perlahan supaya tidak mengganggu si mati.

Pada masa yang sama ahli keluarga membaca beberapa mantera untuk dijadikan bekalan si mati. Ahli-ahli keluarga dilarang mengungkit keburukan si mati semasa hidup.

Page 11: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Ada juga di kalangan mereka yang mengenakan si mati dengan pakaian yang cantik terutama pakaian ketika perkahwinan.

Bahkan ada pula yang mengenakan pakaian biasa kepada si mati. Pemakaian baju yang menarik adalah sebagai penghormatan terakhir kepada si mati.

Page 12: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

PengebumianKebanyakan mayat akan dikebumikan di

kawasan yang khas. Bagi kebanyakan suku kaum yang mengamalkan kehidupan secara berpindah-randah, mayat mereka akan dikebumikan di kawasan petempatan mereka.

Oleh itu mereka akan berpindah ke kawasan lain kerana dipercayai si mati akan menjadi hantu dan akan mengacau ahli keluarga yang lain.

Suatu ketika dahulu suku Negrito mengebumikan mayat di kawasan tertentu seperti di bawah pokok besar, gua, batu besar atau diletakkan sebelah busut. Namun amalan tersebut semakin berkurangan.

Page 13: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Perkahwinan Kebanyakan masyarakat Orang Asli berkahwin

ketika usia masih muda. Bagi kaum lelaki, usia 18 tahun merupakan usia yang paling sesuai untuk mendirikan rumahtangga.

Kaum perempuan pula ketika berusia 16 tahun dan hendaklah tidak lebih daripada usia kaum lelaki.

Perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa bakal pengantin, bermula daripada upacara merisik sehinggalah seseorang telah menjadi pasangan suami isteri secara sah. Oleh itu jodoh ditentukan oleh ibu bapa.

Page 14: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Ada juga di kalangan masyarakat Orang Asli yang telah bertunang sejak kecil lagi.

Kebiasaannya pengantin lelaki dan perempuan mempunyai hubungan saudara seperti sepupu atau dua pupu atau mempunyai suku kaum yang sama.

Adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya bakal pengantin lelaki berkahwin dengan perempuan daripada suku lain. Namun apa yang pasti bakal pengantin perempuan perlu mengikut suami, dengan kata lain bakal isteri perlu memasuki suku kaum suami.

Page 15: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Hantar TandaHari menghantar tanda atau menghantar

cincin diketuai oleh seorang wakil ketua kampung untuk menetapkan hari meminang.

Sebelum itu kedua-dua belah pihak telah bertemu untuk mendapat persetujuan tentang hari penghantaran cincin tanda.

Setelah itu barulah penghantaran cincin tanda dilakukan. Biasanya menghantar cincin tanda ini dilakukan oleh ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.

Page 16: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

MeminangPada masa yang ditetapkan upacara

meminang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak yang diwakili oleh Tok Batin/ Jenang/Penghuhu/Jungkerah dan Penggawa sekiranya berlainan suku kaum.

Mereka mengadakan perbincangan di sebuah rumah besar atau kini balai raya. Apabila selesai upacara meminang satu tarikh untuk hari melangsungkan perkahwinan ditetapkan iaitu kira-kira tujuh bulan, lapan bulan atau setahun dari upacara meminang.

Page 17: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Upacara PerkahwinanUpacara ini dimulakan dengan mengasah

gigi kedua-dua mempelai yang bertujuan membuang sial.

Ini adalah penting supaya segala masalah yang dihadapi oheh bakal pengantin ketika bujang tidak dibawa selepas berkahwin.

Ada juga yang menyatakan asah gigi ini adalah untuk membuktikan bakal pengantin telah benar-benar dewasa dan boleh memikul tanggungjawab masing-masing.

Page 18: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Sehari sebelum upacara persandingan dilakukan, pasangan pengantin dikehendaki melakukan upacara berinai.

Jari kedua-dua pengantin akan dimerahkan dengan daun inai yang ditumbuh lumat. Upacara berinai ini dijalankan hingga ke pagi. Pada masa yang sama tari menari hingga ke pagi akan diadakan.

Page 19: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Semasa upacara persandingan dilakukan, semua ahli keluarga akan menepung tawar pengantin dengan merenjis air mawar dan pulut sebagai merestui perkahwinan tersebut. Pakaian pengantin adalah sederhana.

Kebanyakan pakaian pengantin mengikut pakaian tradisional masing-masing. Pengantin akan dihias dengan pelbagai aksesori yang dibuat sendiri.

Aksesori yang dipakai oleh pengantin perempuan ialah gelang, kalung yang diperbuat daripada manik-manik yang beraneka warna. Kemudian lilitan kepala pula diperbuat daripada daun-daun untuk mencantikkan lagi pasangan tersebut.

Page 20: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Pada hari persandingan, pelbagai juadah yang lazat disediakan oleh kedua-dua belah wakil.

Makanan yang lazat itu kemudian diagih-agihkan kepada para tetamu untuk dimakan bersama-sama wakil kedua-dua belah pihak. Selepas itu upacara persandingan dijalankan dan diakhiri dengan upacara memandikan kedua-dua mempelai sebagai tanda mereka selamat dikahwinkan.

Setelah itu barulah pasangan itu layak digelar suami isteri.

Page 21: PANTANG LARANG MASYARAKAT ORANG ASLI

Selepas PerkahwinanBiasanya pengantin perempuan akan

mendiami rumah pengantin lelaki beberapa hari sebelum pulang ke rumah pengantin perempuan.

Kunjungan dari rumah pengantin lelaki dan perempuan adalah sebagai mendekatkan lagi tali kekeluargaan antara saudara terdekat dan sahabat-handai pasangan tersebut. Ini adalah penting supaya pasangan pengantin akan cepat mesra dengan keluarga kedua-dua belah pihak.