85
Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PER.TANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3241] MEMILIH TIMBALAN YANG DI-PERTUA: Y.B. Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohiddeen [Ruangan 3318] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) [Ruangan 3319] Rang Undang-undang Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) [Ruangan 3345] Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan [Ruangan 3368] UCAPAN PENANGGUHAN: Pembekalan Makanan-Y.B. Tuan R. M. Jasni [Ruangan 3385] Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah-Y.B. Tuan Ng Peng Hay [Ruangan 3395] DICET AK OLEH JABAT AN PERCET AKAN NEGARA. KUALA LUMPUR HAll MOKHTAR SHAMSUDDIN. J.S.D .. S.M.T .. S.M.S .. S.M.P .. K.M N .. P.LS KETUA PENGARAH 1987

PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

Jilid 1 Bil. 24

MALAYSIA

Hari Khamis 16hb Julai, 1987

PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

PENGGAL PERTAMA First Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PER.TANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 3241]

MEMILIH TIMBALAN YANG DI-PERTUA:

Y .B. Datuk A bang Haji Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohiddeen [Ruangan 3318]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) [Ruangan 3319]

Rang Undang-undang Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) [Ruangan 3345]

Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan [Ruangan 3368]

UCAPAN PENANGGUHAN:

Pembekalan Makanan-Y.B. Tuan R. M. Jasni [Ruangan 3385]

Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah-Y.B. Tuan Ng Peng Hay [Ruangan 3395]

DICET AK OLEH JABAT AN PERCET AKAN NEGARA. KUALA LUMPUR

HAll MOKHTAR SHAMSUDDIN. J.S.D .. S.M.T .. S.M.S .. S.M.P .. K.M N .. P.LS

KETUA PENGARAH

1987

Page 2: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

MALAYSIA

PARLIMEN KETUJUH-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATUK BENEDICT STEPHENS, P.S.M., S.P.D.K., B.E.M. (OiJantik).

Timbalan Yang di-Pertua, DATUK ABANG HAJI AHM \D URAl BIN DATU HAKIM ABANG HAJI MOHIDDEEN, P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., A.B.s. (Sarawak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. TUAN HAJI HussEIN BIN AHMAD (Dilantik).

Timbalan Menteri Kewangan, TuAN MoHAMED FARID BIN ARIFFIN (Dilantik).

Lr. KoL. (B) ABDUL HAMID BIN IBRAHIM, s.M.s .. K.M.N., P.I.s. (Dilantik).

TuAN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI LATIF (Dilantik).

TuAN HAJI ABDUL MAJID BIN ABDULLAH (Johor).

TuAN ABDUL MANAP BIN HASHIM (Kedah).

TuAN HAJI ABu BAKAR BIN LAJIM, K.M.N. (Dilantik).

PuAN AINON BINTI ARIFFIN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

PuAN HAJJAH AziZAH BINTI HAJI MoHo. SAID, P . .I.K. (Dilantik).

TuAN AzMAN ATAR BIN OTHMAN (Dilantik).

TUAN BEE YANG SEK (Kedah).

TUAN CHAN CHOONG TAK (Oilantik).

TUAN DAHALAN BIN HAJI EMBUN (Perlis).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

PuAN HABIDAH BINTI JusoH alias YusoF (Terengganu).

TuAN HASSAN ALBAN BIN HAJI SANDUKONG (Sabah).

TuAN HASSAN BIN NAM, P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN HAJI IBRAHIM BIN HAJI UJANG (Negeri Sembilan).

TuAN HAJI JAAFAR BIN HARON (Dilantik).

TUAN R. M. JASNI, B.K. (Dilantik).

TUAN KENNETH KENYAN ANAK TEMENGGONG KoH, K.M.N .. J.B.S. (Sarawak).

Page 3: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3235 16 JULAI 1987 3236

Yang Berhormat TuAN KoH IM PIN (Negeri Sembilan).

,

,

" ,

TUAN C. KRISHNAN (Dilantik).

TUAN KUAN PENG SooN alias KUAN PENG CHING (Perak).

PuAN LAW JACK YooN (Dilantik).

TuAN LIM HENG TEE (Pulau Pinang).

DATO MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

PUAN MAZIDAH HAJI ZAKARIA (Dilantik).

TuAN HAJI MoHo. NooR BIN HAn ABDULLAH, A.M.N., A.K. (Kelantan).

TuAN MoHo. NooR BIN BEDAH, P.J.K., P.J.B. (Perlis).

TUAN MOHD. W AJDI BIN DATO' HAJI ISHAK (Dilantik).

TUAN MOHO. YUSOFF alias YUSOF HAJI Mo. NoR (Kelantan).

TUAN MUSTAFA BIN AWANG (Terengganu)

DATUK NASIR BIN HAn MANAP, o.M.S.M., o.s.M., A.M.N., P.J.K. (Melaka).

TUAN NG PENG HAY (Melaka).

DATO DR K. S. NuHAR, s.P.M.J., J.M.N. (Dilantik).

CIK NoRANI BINTI BELUAH alias HAn HITAM (Pahang Darulmakmur).

DR NORDIN SELAT (Dilantik).

TUAN PARAMJIT SINGH (Dilantik).

TuAN G. RAJoo (Dilantik).

PUAN HAJJAH ROGAYAH BINTI CHE MAT (Dilantik).

PUAN ROKIAH alias MAIMUN BINTI ZAINUDDIN, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

PUAN HAJJAH RoSNAH BINTI MOHO. SALLEH (Dilantik).

PUAN HAJJAH SALBIAH BINTI MOHD. AKIM (Di!antik).

TUAN M. SANGARALINGAM (Diiantik).

TUAN HAJI SHAHAROM BIN HAJI MAASOM, A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TuAN A. SHAIK DAWOOD ABu BAKAR alias A. S. DAwooo, K.M.N., A.M.N., P.J.M., P.J.K., J.P. (Diiantik).

TUAN HAJI SHUAIB BIN LAZIM, A.M.N., P.C.K. (Di!antik).

TuAN SIVALINGAM AIL ARUMUGAM KuRUPPIAH (Selangor).

TUAN STEPHEN TIMOTHY WAN ULLOK (Dilantik).

TuAN TAN CHAI Ho, A.M.N. (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

Page 4: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3237 16 JULAI 1987 3238

Yang Berhormat 0ATO TAN PENG KHOON, S.P.M.J., S.S.I.J., J.M.N. (Dilantik).

TUAN TIONG HIEW KING, P.B.S. (Dilantik).

PUAN VALLI MUTHUSAMY (Dilantik).

TUAN WONG KIE YIK (Dilantik).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN HAJJ YAHYA, D.P.M.S., K.M.N., S.M.S., P.J.K., P.P.N. (Selangor).

Page 5: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

----------------------

323() 16 JULAI 1()87 3240

DEWAN NEGARA

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Abdul Rahim bin Abu Bakar, J.s.o., s.A.P-, K.M.N., P.B.S., P.J.K.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha: Ghazali bin Haji Abdul Hamid, A.M.N.

Penolong Setiausaha: Abdullah bin Abdul Wahab_

SAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Ketua Penyunting: Yahya Manap.

Penyunting Kanan: P_ B. Menon.

Penyunting Kanan: Haji Osman bin Sidik_

Penolong Penyunting: N. Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Amran bin Ahmad.

Pelapor Perbahasan Parlimen_·

Haji Abdul Rahman bin Haji Abu Samah.

Suhor bin Husin_

Mohd. Saleh bin Mohd_ Yusof.

Hajjah Juliah binti Awam_

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Haji Ahmad bin Buntu, A.M.N., s.s.o., P.J.K.

Page 6: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

--- -----------------

3241 16 JULAI 1987

MALAYSIA

3242

DEWAN NEGARA

Khamis, 16hb Julai, 1987

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

JA WAPAN-JA WAPAN MULUT BAGI

PERT ANY AAN­PERTANYAAN

ORANG CACAT ANGGOTA­BANTUAN PELAJARAN TINGGI

l. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan berapa ramai orang­orang cacat anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti dengan mendapat bantuan dari Kementerian Kebajikan Masyarakat.

Menteri Kebajikan Masyarakat (Tuan Mustaffa bin Mohammad): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kebajikan Masyarakat tidak mempunyai sebarang skim bantuan pelajaran tinggi dan oleh yang demikian, tidak ada orang-orang cacat anggota yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat univers1t1 dengan bantuan Kementerian ini.

BAHAN UT AMA MALAYSIA­DAKW AAN MUTU RENDAH

2. Puan Habidah binti Jusoh alias Yusof minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan kenapa barang­barang komoditi kita seperti minyak kelapa sawit didiskriminasikan sebagai mutu yang rendah di luar negeri.

Tidakkah ini permainan peniaga­peniaga negara lain yang benci melihat basil negara ini meningkat naik. Apakah tindakan-tindakan Kerajaan mengatasi masalah ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Alias bin Md. Ali): Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa bahan-bahan utama keluaran negara kita yang dieksport bermutu rendah seperti yang didakwa oleh setengah-setengah kumpulan orang di luar negeri. Tuduhan yang sedemikian semata-mata merupakan tohmah­tohmah palsu untuk memperkecil­kecilkan bahan-bahan utama kita bagi kepentingan diri mereka yang terlibat.

Sebenarnya bahan-bahan utama kita yang kita eksport ke luar negeri khususnya minyak kelapa sawit dan getah adalah diterima sebagai bahan­bahan yang mutu tinggi bahkan lebih tinggi daripada barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain dan sering dijual dengan harga premium di atas harga barangan yang sama yang dikeluarkan oleh negara­negara pengeluar lain kerana mutu yang diiktiraf dan terjamin. Apa yang berlaku pada masa ini ialah suatu percubaan untuk memburukkan imej minyak kelapa sawit dengan memberi gambaran bahawa bahan ini boleh memberi kesan yang tidak baik ke atas kesihatan manusia. Mereka yang bertanggungjawab menjalankan kempen ini memalsukan hakikat sebenarnya mengenai kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa sawit dengan mencuba menyamakan dengan minyak kelapa dan minyak isirong kelapa sawit.

Page 7: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3243 16 JULAI 1987 3244

Ketika ini Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA) dengan sokongan Institute Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan sektor swasta sedang menjalankan usaha-usaha untuk mengatasi propaganda palsu yang disebarkan oleh pengeluar sejenis minyak di Amerika Syarikat yang menyaingi minyak kelapa sawit. Di dalam kempen ini langkah-langkah yang berikut sedang dilaksanakan untuk menonjolkan imej tepat dan positif minyak kelapa sawit keluaran negara kita:

(1) menambah Iagi projek-projek penyelidikan bersama dengan beberapa saintis yang terkemuka di Amerika Syarikat di samping negara-negara lain untuk mengesah dan menegaskan semula em-em positif minyak kelapa sawit dari segi kesihatan supaya maklumat yang diperolehi nanti akan dapat terus diterima khususnya di Amerika Syarikat sebagai bukti ciri-ciri positif minyak kelapa sawit;

(2) mengedarkan hasil-hasil penyelidikan mengenai ciri-ciri minyak kelapa sawit itu kepada umum melalui media massa dan risalah-risalah;

(3) mengadakan persidangan-persidangan dan seminar-seminar untuk menyebarkan maklumat-maklumat positif mengenai minyak kelapa sawit di peringkat teknikal kepada pihak-pihak berkuasa di dalam bidang kesihatan, persatuan­persatuan pengguna dan peniaga-peniaga minyak sayuran dan Iemak; dan

(4) mengadakan perjumpaan-perjumpaan dengan pemimpin­pemimpin politik termasuk anggota-anggota Pentadbiran dan Kongres seperti yang dilakukan semasa lawatan Yang

Berhormat Menteri Perusahaan Utama ke Amerika Syarikat pada 25hb Jun-1hb Julai 1987. Sebuah firma perundingan perhubungan awam yang terkenal yang beribu pejabat di Washington telah dilantik untuk menasihat dan menyelaraskan usaha-usaha membanteras kempen anti minyak kelapa sawit ini.

Tuan Hassan Alban bin Haji Sandukong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan iaitu juga berkaitan dengan komoditi. Apakah tidak ada rancangan Kerajaan supaya koko Malaysia dijual di antarabangsa dengan mutu premium?

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini agak lain sedikit daripada apa yang terdapat di dalam soalan asal. Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan kepada Yang Berhormat bahawa soal sama ada kita boleh menjual koko dengan mutu premium adalah bergantung kepada mutu koko yang kita keluarkan pada masa ini dan pihak-pihak pengusaha­pengusaha koko haruslah berusaha lebih giat Iagi untuk meningkatkan mutu pengeluaran koko masing­masing supaya bukan sahaja setanding dengan pengeluaran dunia yang lain, tetapi lebih baik daripada keluaran negara-negara yang lebih maju daripada kita seperti Brazil dan sebagainya.

Puan Ainon binti Ariffin: (Bangun).

Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Soalan tambahan ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Puan Ainon Ariffin.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan, selain daripada tindakan-tindakan positif yang begitu

Page 8: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3245 16 JULAI 1987 3246

teratur dan begitu baik tadi itu tidakkah Kerajaan kita denga~ kerjasama pihak yang telah kita wakili di United States of America untuk mengambil tindakan undang-undang kepad~ mereka yang berkenaan yang telah memburuk-burukkan, yang telah menimbulkan fitnah dan tohmahan kepada minyak kelapa sawit kita kerana dirasakan barangkali ini lebih mudah, lebih cepat dapat mengatasi berita-berita buruk atau dakyah­dakyah kotor mereka itu?

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan akan meng~mbil apa juga langkah yang sesua1 dan yang terdaya olehnya termasuk mengadakan tindakan undang-undang untuk mengatasi kempen buruk yang dilakukan terhadap minyak kelapa sawit.

Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif: Soalan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, setelah didapati pihak tertentu memburuk-burukkan kebaikan minyak kelapa sawit, apakah kesannya, sama ada pasaran kita merosot atau lebih meningkat lagi?

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa eksport minyak kelapa sawit kita pada masa ini tidak terjejas oleh adanya kempen-kempen buruk yang dibuat oleh pengeluar-pengeluar kacang soya di Amerika itu. Walau bagaimanapun, sebagai langkah jangka panjang Malaysia perlulah mengambillangkah­langkah yang sewajarnya untuk mencegah kemungkinan timbulnya akibat-akibat buruk termasuk terjejasnya eksport barangan komoditi ini ke negara-negara dunia termasuk Amerika Syarikat sendiri.

Sebagai makluman juga, eksport minyak kelapa sawit ke Amerika Syarikat adalah kecil dari segi nilainya kalau dibanding dengan nilai eksport ke negara-negara lain di dalam dunia ini. Walau bagaimanapun, oleh kerana

eksport minyak kelapa sawit merupakan salah satu eksport utama negara kita iaitu yang ketiga besarnya selepas petroleum dan kayu, maka Malaysia tidaklah boleh menganggap ringan sebarang kempen yang memburuk-burukkan barangannya seperti minyak kelapa sawit.

Tuan Mustafa bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, satu sahaja lagi. Selesai ini habis.

Tuan Mustafa bin Awang: Apakah benar minyak kelapa sawit kita lebih mahal dari minyak kelapa sawit keluaran negara lain di dunia ini?

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, harga minyak kelapa sawit Malaysia mungkin lebih tinggi sedikit kalau dibandingkan dengan harga minyak kelapa sawit yang dikeluarkan oleh negara-negara jiran tetangga kita terutamanya oleh kerana beberapa faktor seperti kos pengeluaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mutu minyak kelapa sawit yang kita keluarkan adalah lebih tinggi daripada mutu yang dikeluarkan di negara­negara lain dan keadaan 1m menyebabkan pembeli-pembeli, pengguna-pengguna masih lagi lebih suka membeli minyak kelapa sawit dari negara kita, walaupun harganya lebih tinggi sedikit, tetapi mutunya jauh lebih baik.

PINJAMAN BANK-MENGURANGKAN FAEDAH

3. Tuan A. Shaik Dawood Abu Bakar minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada peningkatan ekonomi negara masih di tahap yang lemah dan sekiranya benar, apakah langkah­langkah yang diambil untuk mengatasinya. Di samping itu adakah Kerajaan bercadang mengurangkan lagi kadar faedah pinjaman bank-bank dan institusi-institusi kewangan.

Page 9: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3247 16 JULAI 1987 3248

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Loke Yuen Yow): Tuan Yang di­Pertua, keadaan ekonomi negara pada masa kini masih lagi lemah sekiranya dibandingkan dengan keadaan pada awal tahun SOan. Walau bagaimanapun, kedudukan ekonomi pada tahun 1987 ada1ah lebih baik daripada kedudukan pada tahun 1986. Kadar pertumbuhan ekonomi negara dijangka mencapai sekurang­kurangnya 1.5% berbanding dengan anggaran 1% yang dibuat di dalam Ucapan Belanjawan 1987. Sudah ada tanda-tanda ekonomi negara bertambah baik. Ini bermakna usaha­usaha dan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi negara kita ini telah pun memberi kesan-kesan positif dan nyata. Langkah-langkah yang telah diambil telah dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini semasa Ucapan Belanjawan 1987, Laporan Ekonomi 1986/1987 dan juga jawapan­jawapan kepada soalan-soalan Ahli­ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan mudahtunai pada amnya adalah lega dalam masa enam bulan pertama tahun 1987 berbanding dengan keadaan dalam tahun 1986. Ini adalah hasil daripada tindakan-tindakan Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia untuk mengurangkan tekanan terhadap mudahtunai. Tindakan-tindakan yang telah diambil ialah:

(a) mengurangkan nisbah mudahtunai utama bank-bank perdagangan daripada 10% kepada 8% dari jumlah tanggungan yang layak;

(b) membenarkan institusi-institusi bank mengira secara purata bagi tempoh dua minggu keperluan mudahtunai mereka berdasarkan harta mudahtunai yang layak dalam tanggungan; dan

(c) menurunkan kadar pembiayaan semula kredit eksport daripada 5% kepada 4% setahun.

Ketiga-tiga langkah di atas berkuatkuasa mulai 1hb Februari, 1987.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kadar berian pinjaman dan kadar pembiayaan Tabung Pelaburan Baru (New Investment Fund) juga telah diturunkan sebanyak tiga kali pada 9% dan 6.25% setahun masing-masing berkuatkuasa dari 18hb Februari kepada 8.25% dan 5.5% setahun berkuatkuasa dari lhb April dan kepada 7.75% dan 5% setahun masing-masing berkuatkuasa daripa,da lhb Jun, 1987.

Langkah-langkah di atas akan mengurangkan kos operasi bagi bank­bank dan dengan 1m akan menurunkan kadar berian pinjaman. Saya berharap bank-bank dan institusi-institusi kewangan akan mengurangkan 1agi kadar berian pinjaman untuk menggalakkan aktiviti ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sentiasa mengawasi perkembangan di dalam sistem bank dan akan mengambil tindakan penyesuaian tertentu dari masa ke semasa.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan sama ada beliau berpuas hati dengan kadar faedah pinjaman yang dikenakan oleh bank­bank sekarang ini. Kalau tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kadar pinjaman itu sesuai dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita baru-baru ini?

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua, kos purata pinjaman pada masa ini ialah 10.6%, manakala

Page 10: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3249 16 JULAI 1987 3250

average cost of funds, dengan izin, pula telah turun kepada 4.8%. Oleh yang demikian, saya bagi pihak Kementerian Kewangan berpendapat bahawa kadar faedah pinjaman purata masih boleh diturunkan lagi. Ini adalah memandangkan bahawa kadar faedah pinjaman asas (base lending rate) telah pun turun juga dan say a berpendapat kadar faedah pinjaman seharusnya tidak boleh melebihi 3% di atas kadar faedah pinjaman asas.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan tidak boleh memaksa atau mengarahkan bank­bank atau institusi-institusi kewangan menurunkan kadar faedah pinjaman mereka, akan tetapi Kerajaan melalui Bank Negara sering menasihatkan bank-bank supaya menurunkan cost of funds mereka akibat daripada turunnya kadar faedah pinjaman asas kepada peminjam-peminjam.

Di samping itu, bank-bank juga dinasihatkan lebih bersimpati dengan peminjam-peminjam, khasnya dalam keadaan kemelesetan ekonomi negara kita ini dan bank-bank dinasihatkan, misalnya tidak mengenakan kadar faedah atau kaedah penalti melebihi lebih peratus kepada mereka yang benar-benar menghadapi masalah membayar balik pinjaman mereka dan bank-bank juga dinasihatkan supaya menubuh unit-unit pemulihan khas untuk menolong atau membantu perniagaan yang viable.

Puan Hajjah Azizah binti Mohd. Said: Tuan Yang di-Pertua. soalan tambahan. Disebahkan oleh kemelesetan ekonomi negara dan akibat faedah bank yang tinggi, ramai ahli peniaga bankrap ataupun muflis. Oleh itu, tidakkah Kerajaan bercadang mengambil langkah ataupun mengarahkan bank-bank supaya mengkaji semula faedah bank kepada syarikat-syarikat yang berkenaan untuk mengubahsuai pinjaman mereka'?

Tuan Loke Yuen Yow: Tuan Yang di-Pertua. bagi pihak Kementerian Kewangan. kami sentiasa menasihatkan pihak bank berbuat demikian. Kementerian Kewangan pun selalu mengadakan rundingan dengan institusi kewangan yang berkenaan supaya mereka benar­benar membantu peniaga-peniaga atau syarikat-syarikat yang benar­benar menghadapi kesulitan kewangan. Terima kasih.

AKTA PELAJARAN 1961

4. Puan Law Jack Yoon minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada Kementerian beliau ketika dalam proses mengkaji semula Akta Pelajaran 1961. akan menimbang semula Seksyen 21 (2) Akta tersebut supaya selaras dengan objektif­objektif yang dinyatakan dalam perenggan dua Bahagian Mukaddimah Akta itu.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Woon See Chin): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan belum selesai membuat kajian Akta Pelajaran 1961. Oleh kerana itu, saya belum dapat membuat apa-apa ulasan mengenai perkara yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat itu.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Dalam Akta Pelajaran 1961, Dasar Pendidikan Negara adalah bermatlamat perpaduan negara. Adakah wajar untuk Kementerian Pendidikan mengumumkan meneruskan araban supaya pengajaran kursus-kursus pilihan di bawah Jabatan Pengajian Tamil dan Tionghua di Universiti Malaysia supaya diteruskan. Apa yang kami khuatirkan ini akan memecahbelahkan perpaduan kaum di dalam generasi baru dan menanamkan benih polarisasi di antara generasi baru dan adakah Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula dan

Page 11: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-------~-------

3251 16 JULAI 1987 3252

menarik balik arahan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan pada hari ini sehingga sesuatu keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, matlamat yang sudah disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi adalah satu di antara tiga matlamat yang sudah ada tercatat di dalam Akta Pelajaran 1961 dan jika beliau menyemak pendahuluan dalam Akta itu kita akan mendapat tahu bahawa penerusan matapelajaran bahasa Cina dan Tamil itu ada dilindungi di dalam peruntukan Perlembagaan Negara kita dan Kerajaan tidaklah ada cadangan untuk menghapuskan Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

PELAJARAN AGAMA ISLAM DI SEKOLAH

5. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) kenapakah Kementerian beliau tidak bercadang mewujudkan Pelajaran "Agama Islam" tambahan di sebelah petang kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam supaya proses pembelajarannya akan lebih menyeluruh sesuai dengan nama Kementerian Pendidikan; dan

(b) adakah Kerajaan mengkaji semula Jadual Waktu Pelajaran Agama Islam di Sekolah Rendah dan Menengah. Kalau tidak, kenapa.

Tuan W oon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dengan terlaksananya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), pendidikan agama Islam pada masa ini adalah lebih menyeluruh dari yang dahulu dan memberi penekanan yang lebih

kepada asuhan dan latihan membaca Al-Quran, di samping memberi pendidikan asas agama Islam.

Masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran ini telah juga ditambah. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan tidak bercadang hendak mengadakan pelaJaran tambahan di sebelah petang, tambahan pula setengah-setengah bangunan sekolah digunakan untuk sesi petang sekolah biasa.

Mengenai jadual waktu, seperti yang telah saya sebutkan tadi, masa yang diperuntukkan bagi matapelajaran pendidikan agama Islam telah ditambah di sekolah­sekolah rendah dengan terlaksananya KBSR. Kementerian Pendidikan akan memberi pertimbangan kepada peruntukan masa yang lebih bagi matapelajaran pendidikan agama Islam untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan saya, saya ingin mengingatkan Dewan yang mulia ini, seelok-eloknya kalau soalan yang berkaitan dengan agama Islam, biarlah Menteri yang beragama Islam menjawab. Saya rasa itu lebih menyeluruh pada Ahli Dewan yang mulia ini.

Tuan Haji Jaafar bin Haron: Soalan tambahan ...... .

Tuan Yang di-Pertua: Nanti dahulu, soalan itu belum dijawab lagi.

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, itu satu cadangan yang diberikan oleh Ahli Yang Berhormat dan itu bukan satu soalan, tidak perlu saya jawab.

Tuan Yang di-Pertua: Okay!

Tuan Haji Jaafar bin Harun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru sebentar tadi Timbalan Menteri

Page 12: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3253 16 JULAI 1987 3254

sudah menyatakan bahawa masa untuk jadual waktu pelajaran agama Islam telah ditambah. Oleh itu, suka saya mendapat tabu yang asalnya berapa minit dalam seminggu dan tambahannya jadi berapa minit dalam seminggu untuk pelajaran agama Islam pad a mas a ini?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan itu, jumlah minit itu saya tidak dapat memberikan sekarang tetapi dalam masa satu minggu kita adakan lima waktu untuk matapelajaran agama Islam di sekolah rendah.

KADAR PELEPASAN CUKAI

6. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Kewangan menyatakan bahawa kadar pelepasan cukai pendapatan yang ada sekarang masih rendah dan tidakkah boleh dinaikkan kepada:

(a) Diri $6,000.00

(b) Isteri $4,000.00

(c) Anak $5,000.00

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, ingin saya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa pelepasan-pelepasan cukai yang diberikan kepada pembayar cukai di negara ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan negara-negara di rantau ini.

Seseorang pembayar cukai boleh menikmati jumlah maksima pelepasan cukai sebanyak $14,300 yang meliputi:

(1) $5,000 untuk diri sendiri;

(2) $2,000 untuk isteri;

(3) $3,800 untuk lima orang anak; dan

(4) $3,500 untuk EPF dan insurans.

Jika pembayar cukai menikmati kesemua pelepasan-pelepasan cukai

ini, ia tidak akan membayar apa-apa cukai sekiranya pendapatannya tidak melebihi $1,192 sebulan.

Oleh yang demikian, buat masa sekarang, Kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan kadar pelepasan cukai pendapatan individu.

Tuan Haji Shuaib bin Lazim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tabu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan, semenjak kita mencapai kemerdekaan sudah berapa kalikah kadar pelepasan cukai pendapatan itu dipinda. Kalau ada bila dan berapakah perbezaannya seperti (a), (b) dan (c) di atas iaitu untuk diri, isteri dan untuk anak-anak.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan itu secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: ltu mahu notis, terlampau detail.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Memandangkan dasar negara untuk menambahkan bilangan penduduk, tidakkah Kerajaan bercadang supaya pelepasan kepada anak-anak itu ditambah supaya dapat tnenggalakkan lagi masyarakat Malaysia menambah bilangan penduduk di negara ini.

Tuan Mohamed Farid bin Ariffin: :ruan Yang di-Pertua, soalan tambahan Ahli Yang Berhormat itu akan diambil perhatian.

PENYAKIT MASYARAKAT DI RANCANGAN FELDA

7. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah menyatakan benarkah berlaku di banyak rancangan FELDA hari ini wabak penyakit masyarakat seperti judi, najis dadah, berpoya-poya ke

Page 13: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

------------~~--------

3255 16 JULAI 1987 3256

bandar-bandar untuk berseronok­seronok dan penyakit membenci Kerajaan dan pemimpin serta wakil­wakil rakyat serta kakitangan FELDA sendiri atas sebab jalan rosak, bekalan air tiada atau selalu terputus serta bekalan api belum menjelang. Apakah rancangan Menteri mengatasi masalah ini semua menjelang 1990.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (Tuan Adam bin Abdul Kadir): Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menafikan adanya penyakit masyarakat, tetapi penyakit masyarakat tidak terbatas di dalam rancangan FELDA sahaja. Apabila kita katakan "wabak", penyakit wabak masyarakat di FELDA sebenarnya belum sampai ke peringkat wabak. Bagaimanapun, bag! mengatasi penyakit masyarakat sepertt disebutkan itu, iaitu judi, najis dadah, berpoya-poya dan membenci Kerajaan umpamanya, FELDA sentiasa mengadakan ran~ang.an memberi kursus kepada pemimpm­pemimpin peneroka supaya mereka mampu menjadi pentadbir dan pemimpin rancangan dan juga sebagai pemimpin pembangunan peneroka dalam rancangan-rancangan FELDA. Di samping itu, FELDA juga sentiasa mengadakan langkah-langkah supaya dapat kita mengimbangkan pembangunan kebendaan dan keduniaan dengan pembangunan kerohanian dan keagamaan di kalangan masyarakat rancangan. Untuk anak-anak dan generasi kedua golongan peneroka, kita sentiasa memberikan pengajaran vokasional supaya mereka mahir dan pada sa~~ masa nanti mereka akan dapat berdm di atas kaki sendiri.

Bagi masyarakat peneroka wanita ataupun kita sebutkan "penerokawati", FELDA menubuh­kan Gerakan Persatuan Wanita untuk mewujudkan masyarakat wanita yang maju dan progresif. Dengan itu

kita harap ia akan dapat meninggikan taraf hidup dan ekonomi keluarga golongan peneroka itu.

Tuan Yang di-Pertua, FELDA dari masa ke semasa terus mengadakan dan mengatur kempen kesedaran rundingcara dan sebagainya dan di samping itu, FELDA akan menyekat kemasukan anasir-anasir yang tidak diingini supaya sentimen anti Kerajaan itu dapat kita banteraskan.

Datuk Nasir bin Haji Manap: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Kebelakangan ini terdapat peneroka-peneroka rancangan FELDA meninggalkan tempat kediaman mereka. Kalau ini benar, apakah yang menyebabkan terdapat di antara peneroka-peneroka yang meninggal­kan rancangan FELDA dan apakah tindakan-tindakan atau usaha daripada pihak Kerajaan untuk menghalang perbuatan yang berlaku ini.

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, memang banyak sebabnya kenapa setengah-setengah peneroka meninggalkan rancangan­rancangan FELDA. Salah satu contohnya, sepertimana yang selalu kita dengar di kalangan peneroka­peneroka, mereka yang datang daripada persisiran pantai tidak begitu sesuai apabila tinggal di kawasan pendalaman. Mereka perlu mendengar ombak berdesir barulah mereka boleh tidur. Itu salah satu sebabnya. Sebab-sebab lain adalah seperti juga sebab-sebab di kalangan masyarakat lain, iaitu mereka kadang­kadang bergerak, berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan tabiat ini juga ada di kalangan peneroka­peneroka.

Tuan Yang di-Pertua, FELDA terus berusaha untuk mengekalkan peneroka-peneroka di rancangan­rancangan dengan sentiasa memberi pandangan supaya mereka ini lebih

Page 14: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

---------------

3257 16 JULAI 1987 3258

setia kepada segala perancangan yang dibuat untuk mereka demi meningkatkan pendapatan dan meningkatkan kebahagian hidup. Usaha-usaha Kerajaan ini telah menampakkan buktinya kerana daripada satu masa ke satu masa FELDA terus-menerus mendapat permohonan; dan jumlah permohonan ini adalah jauh mengatasi jumlah tempat yang kita bekalkan daripada setahun ke setahun.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Dalam skim rancangan FELDA yang akan datang berapakah peratus yang telah dikuotakan untuk peneroka-peneroka yang bukan bumiputera?

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, tentang kuota, saya minta izin kalau diberikan waktu untuk menjawabnya secara bertulis, kalau ingin mendapat jawapan secara bertulis.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, kerana FELDA banyak melibatkan anggota wanita, jadi biarlah saya mewakili wanita membuat soalan kepada Setiausaha Parlimen Kementerian berkenaan. Adakah pihak Kementerian sedar adanya pegawai­pegawai dari Bahagian Seranta yang berkempen hebat ke FELDA dan ke rancangan-rancangan tanah di bawah Kementerian Yang Berhormat, 1a1tu kempen-kempen yang merupakan anti Kerajaan, terutamanya kepada Kerajaan kita yang baru sahaja wujud selepas pilihanraya yang baru lalu. Kalau sedar, apakah tindakan yang akan diambil atau sudahkah diambil?

Tuan Adam bin Abdul Kadir: Tuan Yang di-Pertua, kita sedar. Memang kita tahu ada di kalangan pegawai­pegawai yang disebutkan itu mengadakan Iangkah-langkah ataupun yang kita panggil sebagai kempen anti. Saya rasa lebih sesuai disebut mereka

ini anti kepada satu-satu pihak dan pro kepada satu-satu pihak yang lain. Tetapi untuk mengatakan mereka anti Kerajaan itu, saya rasa kalau kita boleh menggunakan perkataan Inggeris, "far-fetched" sedikit. Bagaimanapun, Kerajaan terutama-nya FELDA yang disebutkan itu akan mengambil tindakan sewajarnya, bukan tindakan daripada segi menutup pintu rezeki, tetapi sebagai Iangkah-langkah disiplin sahaja, sepertimana juga dalam hal­hal lain di dalam perkhidmatan Kerajaan ataupun ataupun di perkhidmatan swasta.

PLAZA TOL SUNGAI BESI/ SEREMBAN

8. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Kerjaraya menyatakan adakah pihak Kementerian Kerjaraya akan memansuhkan Plaza Tol yang sedia ada dekat Sungai Besi dan Seremban setelah kutipan tol baru beroperasi seperti di Simpang Kajang, ke UKM Bangi, ke Seremban dan Senawang atau sebaliknya.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di­Pertua, apabila sistem Tol Tertutup beroperasi, hanya Plaza Tol di Seremban sahaja yang akan dimansuhkan, manakala Plaza Tot di Sungai Besi akan terus beroperasi kerana ia merupakan pintu masuk ke Ie buhraya daripada Kuala Lumpur.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Paramjit Singh.

Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan yang ke-9.

LAPANGAN TERBANG IPOH

9. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom (di bawah S.O. 23 (2)) minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan akan menimbang untuk meninggikan

-------------·-·--

Page 15: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3259 16 JULAI 1987 3260

taraf dan memperbaiki Lapangan Terbang Ipoh untuk membolehkan kapal terbang besar turun di lapangan terbang itu; dan

(b) apakah sebabnya Kerajaan menangguhkan untuk mem­perbaiki Lapangan Terbang, Ipoh.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Haijah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang mempunyai cadangan untuk mempertingkatkan kemudahan Lapangan Terbang Ipoh. Projek Lapangan Terbang Ipoh yang dicadangkan apabila siap kelak akan mempunyai kemudahan-kemudahan untuk menampung operasi Boeing 737 dan juga kemudahan pendaratan waktu malam.

Pelaksanaan projek pembangunan Lapangan Terbang Ipoh terpaksa ditangguhkan oleh kerana Kerajaan pada masa ini menghadapi kemelesetan ekonomi. Bagaimanapun jadual pelaksanan projek ini masih dalam pertimbangan Kerajaan.

Tuan G. Rajoo: Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tabu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri apakah berlaku mengenai cadangan untuk membina projek lapangan terbang baru di Bandar Baru Perak Tengah?

Datin Paduka Hajjah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pengangkutan telah membuat satu kajian bagi memperluaskan dan mengubahsuai keadaan Lapangan Terbang lpoh yang mempunyai sekatan fizikal. Kajian itu telah dibuat pada awal tahun 80an dan telah mencadangkan satu lapangan terbang baru perlu dibina, seperti kata Yang Berhormat itu. Walau bagaimanapun, dengan meng-ambilkira kemajuan teknologi mengenai alat-alat pendaratan dan

panduarah, satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Lapangan Terbang Ipoh boleh diubahsuai dengan mengadakan alat­alat tersebut untuk membolehkan pendaratan jet seperti Boeing 737.

PENUBUHAN SEKOLAH SRJK (C) DAN SRJK (T)-SYARAT

10. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Pendidikan menjelaskan berapakah permohonan yang diterima mengenai penubuhan SRJK (C) dan SRJK (T) se jak 1980 dan berapa permohonan tersebut telah diluluskan. Apakah syarat yang mesti dipenuhi sebelum permohonan tersebut diluluskan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Tuan Wong See Chin): Tuan Yang di­Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan permohonan untuk menubuhkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) semenjak tahun 1980 adalah seperti berikut:

Jenis Sekolah

SRJK(C)

SRJK (T)

Syarat-syarat sesebuah mengambilkira seperti berikut:

Bit. Bit. yang Permohonan Diluluskan

6 3

Tiada

untuk menubuhkan sekolah adalah

perkara-perkara

(i) sekolah-sekolah yang sedia ada di sekitar kawasan yang berkenaan tidak dapat menampung pertambahan murid-murid di kawasan te'tsebut;

(ii) tidak terdapat rancangan untuk menambah bangunan sekolah-sekolah atau cawa­ngan yang sedia ada di cawa­ngan yang berkenaan bagi menampung pertambahan murid-murid;

Page 16: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3261 16 JULAI 1987 3262

(iii) masalah pengangkutan dan keselamatan murid-murid untuk berulang alik ke sekolah-sekolah yang ada di sesuatu kawasan itu; dan

(iv) kedudukan kewangan yang ada.

Tuan Tan Chai Ho: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Tidakkah Kementerian Pendidikan memberi pertimbangan kepada taman-taman perumahan yang baru di mana penumpuan orang-orang Tionghua yang bilangannya bertambah untuk memohon Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) yang baru dan juga adakah Kementerian akan menimbangkan sekiranya dalam sesuatu taman perumahan yang mana tanah lapang telah disimpan untuk membina sekolah?

Tuan Woon See Chin: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan akan menimbangkan semua permohonan dan semua permohonan ini mestilah mematuhi semua syarat­syarat yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Lim Heng Tee.

Tuan Lim Heng Tee: Tuan Yang di­Pertua, sebelum saya bertanya soalan saya iaitu soalan ke-11, saya minta sedikit pembetulan dalam teks lnggeris soalan saya, iaitu, dengan izin:

"To ask the Minister of Youth and Sports to inform whether there is any plan to set up a "faculty"­bukan "factory" ( Ketawa)-or school of sports ......... ".

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, soalan ke-11.

INSTITUT SUKAN NEGARA

11. Tuan Lim Heng Tee minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sama ada sudah ada rancangan untuk menubuhkan satu pusat pengajian

tinggi untuk Sukan dan Pendidikan Jasmani bagi melatih dan membekalkan pegawai-pegawai yang berkelayakan di bidang sukan dan pendidikan jasmani untuk negeri kita.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan sebuah Institut Sukan Negara untuk melatih dan membekalkan pegawai-pegawai dan ahli-ahli sukan yang berkelayakan di bidang sukan negara kita.

Sekeping tanah seluas kira-kira 82 hektar di Bukit Jalil, Sungai Besi, Kuala Lumpur telah pun diperolehi untuk membina Institut ini. Institut ini adalah merupakan Fasa Pertama Kompleks Sukan Negara yang dirancang akan dibina secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kewangan. Perlaksanaan Fasa 1 akan bermula pacta tahun ini.

PROJEK PERUMAHAN PEKERJA LADANG TELUK MERBAU

12. Tuan C. Krishnan minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:

(i) adakah beliau sedar bahawa satu projek perumahan pekerja­pekerja Ladang Teluk Merbau dalam Majlis Daerah Sepang telah diberi Certificate of Fitness (CF) walaupun kemudahan air dan elektrik masih belum lagi disediakan. Adakah perkara ini benar dan jika ia apakah kekurangan­kekurangan yang telah wujud dalam projek ini; dan

(ii) Majlis Daerah Sepang masih belum mengiktiraf kawasan perumahan tersebut. Dengan demikian, sampah sarap tidak dikutip dengan sempurna.

Page 17: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3263 16 JULAI 1987 3264

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, memang benar perumahan pekerja-pekerja Ladang Teluk Merbau telah diberi Sijil Kelayakan Menduduki walaupun pada masa itu sambungan perbekalan api dan air masih belum diberi. Peraturan ini ialah dipakai di Majlis Daerah Sepang di atas persefahaman di antara Penguasa Majlis Daerah Sepang dengan Jabatan Perbekalan Air dan Api. Peraturan ini dipakai bagi dipatuhi oleh pemaju­pemaju dan pembuat-pembuat rumah bersendirian. Namun demikian, projek perumahan pekerja-pekerja Ladang Teluk Merbau ini sekarang telah pun diberi bekalan api dan air. Maka apa yang telah dipersoalkan dalam masalah perbekalan api dan air sudah tidak timbul lagi sekarang ini.

Menyentuh dalam masalah di pertanyaan yang kedua, suka saya menarik perhatian Ahli Yang Berhormat bahawa kawasan Ladang Teluk Merbau masih belum termasuk di dalam kawasan Majlis Daerah Sepang. Oleh itu pemungutan cukai masih belum dilaksanakan. Yang demikianlah tanggungjawab menjaga kebersihan atau memungut sampah masih belum terletak pada tanggungjawab penguasa tempatan iaitu Majlis Daerah Sepang.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Kepada Yang Berhormat Menteri Perumahan. Saya sedia maklum bahawa 5% wang cagaran itu telah pun ditetapkan dengan Majlis Daerah Sepang bagi mengawasi segala infrastruktur jalan­jalan ini. Sekarang jalan-jalan di kawasan perumahan Teluk Merbau itu sudah rosak. Siapa yang bertanggungjawab-pemajukah atau Majlis Daerah.? Siapa yang akan mengawasi segala kerosakan jalan­jalan di kawasan perumahan Teluk Merbau dan satu Iagi bilakah cadangan Kementerian Perumahan

supaya kawasan perumahan 1m diletakkan di bawah Majlis Daerah Sepang?

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil perhatian atas pandangan yang pertama, manakala soalan yang kedua, setakat ini kawasan ini masih belum diambilkira untuk diletakkan di bawah Majlis Daerah Sepang.

Tuan G. Rajoo: Soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Yang Berhormat sedar bahawa beberapa skim perumahan di tanahair kita ini telah dikeluarkan Sijil Layak Menduduki tanpa air dan api dipasang. Apakah tindakan akan diambil ke atas pemaju perumahan yang berkenaan ini?

Tuan Haji Hussein bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sayangnya soalan tambahan ini terlampau umum, jadi sukar bagi saya untuk menjawab satu persatu. Yang demikian, insya Allah saya akan memberi jawapan apakala Yang Berhormat ini mengemukakan soalan-soalan yang tertentu di dalam Dewan yang akan datang.

T A Y ANGAN FILEM DI TV

13. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Penerangan menyatakan adakah benar Kementerian Penerangan (khasnya TV Malaysia) menjadi jentera besar Kerajaan yang menyebarkan propaganda-propaganda dan nilai­nilai Barat menerusi tayangan­tayangan filem Inggeris yang terlalu banyak dan terlalu kerap sekarang ini. Jika ya, adakah Kementerian mempunyai langkah-langkah tertentu bagi mengatasinya.

Timbalan Menteri Penerangan (Tuan Railey bin Jaffrey): Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa

Page 18: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3265 16 JULAI 1987 3266

BELlA KE LUAR NEGERI­ROMBONGAN

Kementerian Penerangan khasnya RTM telah menjadi jentera besar Kerajaan yang menyebarkan propaganda-propaganda dan nilai­nilai Barat menerusi tayangan­tayangan filem Inggeris. Menurut peratusan secara menyeluruh, 61.8% dari rancangan-rancangan TV Rangkaian 1 adalah terbitan tempatan dan hanya 38.2% merupakan rancangan-rancangan dari luar negeri. Di Rangkaian 2 pula, 56.8% rancangan-rancangan yang disiarkan adalah rancangan tempatan manakala 43.2% adalah rancangan-rancangan dari luar negeri.

Rancangan-rancangan luar negeri yang disiarkan itu memanglah membawakan nilai-nilai masyarakat negara-negara di mana rancangan itu diterbitkan. Tetapi tidaklah semua nilai dan gambaran-gambdrat. hidup yang dibawakan itu buruk semata­mata. Tidak kurang juga nilai-nilai dan sikap hidup yang boleh menjadi teladan dan pengajaran baik kepada masyarakat kita. Filem-filem Inggeris yang ditunjukkan itu adalah juga ditunjukkan di seluruh dunia dan telah dipilih dengan teliti sebelum ianya dimainkan di Televisyen Malaysia. Namun demikian, masih ada juga aspek-aspek yang tidak memuaskan daripada orang ramai.

RTM memang sentiasa mengambil langkah untuk menambah peratus cawangan-cawangan tempatan di dalam kedua-dua rangkaiannya. Projek menswastakan penerbitan rancangan-rancangan tempatan, khususnya drama yang dilaksanakan oleh Kementerian Penerangan, adalah salah satu langkah yang menambah­kan bilangan rancangan-rancangan tempatan selain daripada apa yang mampu diterbitkan sendiri oleh pihak RTM. Kementerian juga sedang mengambil langkah untuk membanyakkan tayangan filem-filem terbitan tempatan.

14. Tuan M. Sangaralingam minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan adakah rombongan-rombongan belia yang ditaja ke luar negeri oleh Kementeriannya bagi tujuan Iawatan sambil belajar benar-benar mencerminkan masyarakat majmuk Malaysia dari segi komposisi perkauman rombongan-rombongan terse but.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Tuan Yang di-Pertua, sememangnya sudah menjadi dasar bahawa tiap-tiap program Iawatan yang ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan sama ada dalam atau luar negeri mengandungi komposisi belia berbagai kaum yang menganggotai pelbagai jenis pertubuhan belia negara ini. Pemilihan peserta adalah berdasar kepada syarat-syarat seperti:

(i) cergas dalam pergerakan belia;

(ii) mengikut had umur yang ditetapkan bagi tiap-tiap program;

(iii) berjaya dalam temuduga oleh sebuah panel;

(iv) mempunyai pengetahuan yang luas dalam dasar-dasar negara kerana mereka dianggap sebagai duta kecil negara ini.

Bilangan peserta dari pelbagai kaum yang telah mengikuti rancangan tersebut sejak tahun 1980-1986 adalah seperti berikut:

Melayu

Cina ..

India

Lain-lain

358 orang

107 orang

54 orang

6 orang

Page 19: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3267 16 JULAI 1987 3268

PETRONAS-KILANG PENAPIS MINYAK Dl MELAKA

15. Puan Haijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Perdana Menteri menyatakan bilakah Petronas akan mula membina kilang penapis minyaknya di Tanjong Keling, Melaka seperti yang telah dirancangkan itu, dan adakah Petronas akan membenarkan Syarikat-syarikat lain membina kilang tersebut, jika Petronas tidak berminat projek terse but.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan .Kasitah bin Gaddam): Tuan_ Yang dt-Pertua, sungguhpun Kerajaan telah bersetuju pada dasarnya supaya P~TRONAS mendirikan sebuah lagi ktlang penapis minyak di Melaka, pembinaan kilang tersebut ditangguh ke · satu tarikh yang belum ditetapkan lagi bagi membolehkan PETRONAS membuat kajian menyeluruh mengenainya dengan mengambilkira keadaan industri petroleum dan perkembangan-perkembangan yang berlaku seterusnya. Oleh hal yang demikian, persoalan untuk membenarkan syarikat-syarikat lain membina kilang tersebut tidak timbul buat masa ini.

GARIS PANDUAN KEPADA PELAKON DAN ARTIS

DITV

16. Dr Nordin Selat minta Menteri Penerangan memberitahu selain dari tidak membenarkan pelakun dan artis berambut panjang di TV Malaysia, adakah Kementerian Penerangan juga akan melarang orang yang bergigi rongak mengambil bahagian dalam rancangan TV Malaysia. Tidakkah ada dasar menyeluruh tentang imej bangsa Malaysia di TV Malaysia.

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Penerangan mempunyai garis panduan dasar yang

luas ~akupannya mengenai kelakuan, pakatan dan batas-batas kebebasan artis waktu berlakun atau mengambil bahagian dalam rancangan TV Malaysia. Rambut panjang yang merupakan peniruan kebudayaan tertentu, pakaian dan perhiasan­perhiasan yang terlalu menjolok mata, gerak gen dan tuturkata yang tidak sopan, semuanya dilarang.

Tetapi kecacatan anggota atau gigi rongak adalah sesuatu kejadian yang tidak siapa pun mahu. Ia adalah pemberian Allah s.w.t. yang kadangkalanya membawa tuah kepada orang-orang yang terlibat. Ramai artis-artis komidi yang berjaya justeru k~rana sifat-sifat dan rupa yang selalu dtketawakan orang. Oleh itu, pihak Kementerian Penerangan tidak sekali­kali berhajat untuk melarang artis­artis begitu untuk mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan TV. Sebarang cadangan untuk berbuat begitu adalah satu perbuatan yang menghina dan membayangkan rasa tidak insaf atas kekuasaan Allah s.w.t.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, sebelum menyoal saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian berkenaan kerana Setiausaha Parlimennya telah membuat satu statement di akhbar dua hari yang lalu mengenai garis panduan para-para artis. Syabas, itulah yang dikehendaki oleh rakyat. Soalannya ialah adakah Yang Berhormat berpendapat, gigi rongak itu pemberian Allah (Ketawa), sebabnya gigi rongak adalah satu kecacatan perkara yang baharu, boleh dibaiki boleh buat gigi palsu dan lainnya, yang pertama. Yang kedua, tidakkah Kementerian bercadang untuk mengurangkan pula sedikit siaran­siaran hiburan ala disco-Hippies yang selalu tersiar di rancangan hiburan kita sama ada di siaran Satu, Dua, lebih­lebih lagi di siaran TV3; ala disco berbentuk Hippies. Itulah soalannya.

Page 20: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3269 16 JULAI 1987 3270

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir tidak ada manusia yang dilahirkan di dalam dunia ini tidak mahu cantik, tidak mahu handsome, dengan izin, semua mahu, tetapi saya rasa soal gigi rongak itu juga pemberian Allah. Jadi, kalau seseorang itu ingin mengubah sikap atau sifat dia, terserahlah kepada dia. Dia hendak cabut giginya semua, pasang gigi palsu pun boleh. Hendak beri gondol rambut, pasang wig atau rambut palsu pun boleh, kalau dia rasa itulah patut. Kementerian tidak ada halangan dalam hal ini.

Berkenaan rancangan-rancangan ala disco-Hippies dan sebagainya, ini sebenarnya memang menjadi dasar Kementerian untuk tidak menggalakkan bentuk kebudayaan ala Barat seperti ini. Biasanya kita menerima feed-back daripada orang ramai berkenaan rancangan kita yang kita tahu sama ada popular atau tidak atau disukai ramai atau sebaliknya. Kita akan buat kajian dari masa ke semasa berpandukan kepada kehendak masyarakat.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin tahu daripada Timbalan Menteri berkenaan fasal gigi rongak. Timbalan Menteri pun ada sebut, tidak ada siapa yang dilahirkan tidak mahu cantik. Kalau sekiranya difikirkan pelakon-pelakon itu amat baik, adakah Kementerian Penerangan bercadang untuk memberikan subsidi gigi supaya dia bergigi. (Ketawa)

Tuan Railey bin Jaffrey: Tuan Yang di-Pertua, kalau gigi rongak itu menguntungkan, itu boleh dibuat. model, tidak perlu ganti gigi. Sebaga1 penerangan Ian jut memang kita faham bahawa ada di antara artis-artis yang bernasib baik mempunyai sifat demikian. Bolehlah saya sebutkan di stm, dengan izin, seniman Allahyarham A. R. Tompel oleh

kerana kerongakan dan kesumbingan giginyalah, dia menjadi popular.

JABATAN PERPADUAN NEGARA­MENYUSUN SEMULA

17. Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Latif minta Perdana Menteri menyatakan sama ada beliau berpuas hati dengan pencapaian kemajuan yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara un~u~ menyatupadukan rakyat Negara mt. Jika tidak, adakah Kerajaan bercadang menyusun semula Jabatan Perpaduan Negara supaya ianya dapat ?ergerak dengan lebih berkesan sesum dengan tujuan penubuhannya. Jika berpuas hati, sila nyatakan kemajuan yang telah dicapai selama ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama (Tuan Alias bin Md. Ali): Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, Kerajaan tidak bercadang untuk menyusun semula Jabatan Perpaduan Negara. Walau bagaimanapun, saya ingin menjelaskan di sini bah~wa J abatan Perpaduan Negara senttasa mengkaji rancangan-rancangannya dan dengan tujuan untuk dikemaskinikan dan disesuaikan dengan keadaan yang ada sekarang ini. Contohnya, Rukun Tetangga yang pada peringkat awalnya ditumpukan kepada gerakan meronda kawasan­kawasan perumahan telah pun diubahkan tumpuannya kepada program-program meng~alakka~ perhubungan dan mteraks1 perhubungan di antara anggota­anggota masyarakat. Program­program baru seperti kh~mah kerj~ kejiranan juga sedang dtsusun bag1 menggalakkan perhubungan antara kaum di dalam kawasan-kawasan perumahan yang tertentu.

Tuan Azman Atar bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, adakah Kementerian yang ambil tahu masalah, Jabatan Perpaduan Negara ini akan menyusun semula semua

Page 21: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3271 16 JULAI 1987 3272

jawatankuasa di peringkat kawasan­kawasan. Kerana apa yang saya dapati terutama di peringkat kawasan saya sendiri, nampaknya kurang aktif dan tidak memberi kesan kepada masyarakat di sekitar kawasan itu.

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya Yang Berhormat itu tidak begitu puas hati dengan prestasi Jawatankuasa Rukun tetangga yang ada di dalam kawasannya, Yang Berhormat bolehlah membuat cadangan-cadangan supaya jawatankuasa itu disusun semula atau dikemaskinikan. Pihak jabatan ini sentiasa dari masa ke semasa mengkaji prestasi setiap jawatankuasa yang ada sekarang supaya dapat diperkemaskinikan.

Tuan C. Krishnan: Tuan Yang di­Pertua, adakah Setiausaha Parlimen sedar Jawatankuasa Perpaduan di peringkat Daerah dan peringkat Negeri telah ditubuhkan. Apakah kesan selepas penubuhan J awatankuasa ini di peringkat Daerah dan Negeri. Beberapa kalikah mereka mesyuarat. Adakah Jabatan Perdana Menteri atau Jabatan Perpaduan Negara mengawasi segala aktiviti­aktiviti Jawatankuasa ini ataupun jawatankuasa ini nama sahaja. Kerana baru-baru ini satu kes berlaku di Kampung J awa di mana telah berlaku perkelahian antara dua kaum, apakah Jawatankuasa ini telah bertindak? Jangan adakan satu Jawatankuasa di peringkat daerah atau negeri atas nama sahaja tetapi apa yang kita perlu ialah apa tindakan mereka telah buat untuk menyatupadukan kaum di peringkat Daerah dan Negeri.

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, tugas Jawatankuasa Rukun Tetangga tm semata-mata untuk menggalakkan orang ramai meparnbah semangat muhibbah dan kejiranan dan tidaklah mereka mempunyai suatu kuasa seperti yang ada pada Polis untuk mengelakkan perkelahian misalnya. Kalau di antara

orang-orang, anggota-anggota atau kumpulan dalam masyarakat itu ingin berkelahi maka tidak ada suatu pun dapat dibuat untuk mengelakkan perkelahian seperti itu. Tetapi pihak Jawatankuasa ini sepatutnya berfungsi untuk menanamkan semangat kejiranan, muhibbah dan kerjasama di antara anggota-anggota masyarakat di dalam sesuatu tempat itu dan pihak Polis patutlah dihubungi sekiranya berlaku sesuatu yang lebih serius seperti perkelahian misalnya.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Adakah atau tidak Kerajaan mengakui bahawa Jabatan Perpaduan Negara "hidup segan mati tak mahu" dalam keadaan begitu, kalau tidak adakah Jabatan Perpaduan Negara merancang mengadakan kursus untuk mencegah polarisasi di antara kaum ataupun memupuk semangat bersatu padu di antara satu kaum dengan yang lain dan juga adakah Kementerian akan memberikan kursus kepada pemimpin-pemimpin dan juga tiap­tiap lapisan masyarakat khususnya pemimpin-pemimpin yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan kepada satu kaum yang lain?

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, pihak J abatan ini sentiasa mengkaji kesan-kesan daripada kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Rukun Tetangga di semua peringkat. Kajian ini akan dijadikan suatu panduan untuk menyusun strategi-strategi selanjutnya supaya kekesanan Jabatan Perpaduan Negara ini akan ditingkatkan dari saW masa ke satu masa.

Mengenai cadangan Ahli Yang Berhormat supaya diadakan kursus kepada pemimpin-pemimpin yang membuat kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan usaha-usaha perpaduan, saya dapat memberi jaminan bahawa kursus seperti itu

Page 22: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3273 16 JULAI 1987 3274

boleh kita adakan kalau pemimpin­pemimpin yang berkenaan itu mahu kita memberi kursus kepada mereka. Tetapi susahnya pemimpin-pemimpin seperti pemimpin parti-parti politik Pembangkang mereka tidak mahu kita beri kursus oleh kerana mereka fikir mereka hidup dengan cara mengadakan membuat kenyataan­kenyataan yang lebih banyak menimbulkan perpecahan daripada menimbulkan perpaduan. Oleh kerana mereka hidup dan "survive", dengan izin, atas dasar perpecahan terutama perpecahan di antara kaum, maka saya tidak yakin mereka mahu meminta kita memberikan kursus kepada mereka.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri yang berkenaan iaitu tidaklah dinafikan bahawa Jabatan Perpaduan Negara telah banyak menjalankan usaha dan telah banyak kekesanannya dalam matlamat perpaduan di negara ini. Sesiapa pun tidak boleh menafikan ini terutamanya di kawasan-kawasan rumah-rumah pangsa berbilang kaum. Tidakkah Kementerian Yang Berhormat bercadang untuk menambahkan peruntukan kepada Jabatan ini kerana inilah yang menjadi satu kesukaran atau kesulitan kepada Jabatan ini bagi menjalankan atau meneruskan segala usaha yang telah dirancangkan.

Oleh kerana saya sendiri adalah antara yang terlibat maka yang kami dapati, masalah kewanganlah yang selalunya yang tidak dapat menjayakan segala "rancangan baik­baik" dari Kerajaan demi untuk perpaduan ummah di negara kita ini.

Tuan Alias bin Md. Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin oleh kerana ulasannya yang memberangsangkan kepada pihak Jabatan ini mengenai pencapaian Jabatan ini di masa lepas.

Kementerian memang sedar bahawa masalah kewangan selalunya menjadi "constraint", dengan izin, kepada program-program dan kerja-kerja yang akan dijalankan bukan sahaja bagi Jabatan ini bahkan bagi lain-lain Jabatan juga.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pihak Kerajaan pada masa ini menghadapi masalah kewangan yang masih belum kita dapat selesaikan. Kalau keadaan kewangan Kerajaan bertambah baik pada masa akan datang, saya yakin dan percaya Kerajaan akan dapat menambah peruntukan untuk menambahkan kegiatan-kegiatan bagi Jabatan ini dan apabila tiba masanya kelak saya harap Yang Berhormat bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain di dalam Dewan yang mulia ini akan sedia menyokong peruntukan tambahan yang diminta oleh Jabatan ini.

Tuan Yang di-Pertua: Pertanyaan-pertanyaan bagi Mulut sudah cukup.

Mas a Jawab

(Masa untuk Pertahyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 18 hingga 59 adalah diberi di bawah ini).

PERPADUAN NASIONAL­MEMPERKUKUHKAN

18. Tuan Chan Choong Tak minta Perdana Menteri menerangkan bahawa untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dan mengurangkan kesalahfahaman keagamaan, adakah Menteri akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Perundingan Agama yang terdiri daripada Menteri sebagai Pengerusi dan wakil-wakil daripada semua kumpulan-kumpulan agama yang ditubuhkan dalam negara dengan menjalani dialog-dialog yang konstant d~ngan tujuan untuk mewujudkan

Page 23: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3275 16 JULAI 1987 3276

suatu kefahaman yang sempurna dan sifat bertolak-ansur di kalangan pengikut-pengikut pelbagai agama.

Raja Ariffin bin Raja Sulaiman: Terlebih dahulu ingin saya nyatakan bahawa tidak ada kesalahfahaman keagamaan di negara ini. Memanglah ada perbezaan antara agama kerana masing-masing agama telah mempunyai cara, konsep, falsafah dan amalannya masing-masing.

Buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan mana­mana badan antara agama seperti yang dibayangkan oleh Ahli Yang Berhormat itu. Lebih bermunafaat dari segi memupuk perpaduan nasional sekiranya kita semua memahami dan menghormati agama dan kebudayaan kaum di samping menghayati bahawa keamanan hanya boleh diujud dengan kerjasama semua pihak. Saya percaya bahawa pendedahan melalui penerangan tertentu, dapat membantu memupuk perpaduan nasional.

UNIVERSITI SW AST A

19. Puan Valli Muthusamy minta Menteri Pendidikan menyatakan kini lebih dari 60,000 orang pelajar-pelajar dari Malaysia telah melanjutkan pelajarannya ke luar negeri, adakah Kerajaan bercadang untuk mendirikan lebih banyak universiti-universiti tempatan atau meluluskan penerapan universiti-universiti swasta.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian memang sedar bahawa ramai pelajar kita telah pergi ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran. Atas kesedaran inilah maka Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menambahkan tempat di pusat­pusat pengajian tinggi tempatan. Di antara langkah-langkah yang dijalan­kan ialah membesarkan kampus induk, menambahkan kampus-kampus

cawangan, mengadakan kursus-kursus pengajian dan jabatan-jabatan yang baru. Oleh yang demikian buat masa ini Kerajaan tidak bercadang untuk mendirikan lebih banyak universiti tempatan atau meluluskan penubuhan universiti-universiti swasta.

PENGANGGURAN SISWAZAH

20. Puan Ha.Uah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang sedang diambil untuk mengurangkan pengangguran, bukan sahaja di kalangan siswazah-siswazah tetapi juga belia-belia tiada kelulusan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor): Soalan seperti ini'yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Shaikh Dawood telah pun dijawab pada 15 Julai 1987 di Dewan yang mulia ini. Oleh hal yang demikian saya tidak berhasrat untuk menjawabnya sekali lagi.

INSURANCE HOSPITAL

21. Tuan G. Rajoo minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada beliau bercadang mengenalkan program "INSURANCE HOSPITAL" bagi setiap rakyat di negara ini dengan melibatkan sektor swasta dalam perlaksanaannya. Jika ya, jelaskan programnya dan bila ianya akan dilaksanakan. Jika tidak, kenapa.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' K. Pathmanaban): Kerajaan baru sahaja selesai menjalankan satu kajian Awal Pembiayaan Perkhidmatan Kesihatan yang dijalankan dengan bantuan Bank Pembangunan Asia. Satu daripada perkara yang dikaji ialah liputan insuran untuk rawatan di hospital-hospital. Kerajaan pada masa ini sedang membuat persiapan untuk mengkaji laporan kajian ini secara

Page 24: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3277 16 JULAI 1987 3278

mendalam dan memperakukan sekim­sekim insuran yang sesuai. Kajian lanjutan ini juga diaturkan dengan kerjasama daripada Bank Pembangunan Asia dan diharapkan akan mengambil masa selama 11/2

tahun.

KOMPUTER AL-QURAN

22. Tuan R. M. Jasni minta Perdana Menteri menjelaskan bahawa. sebagaimana Kerajaan sedar, perkembangan terbaharu teknologi komputer, Thailand berjaya mencipta sistem komputer Al-Quran yang telah pun diedarkan di negara ini. Adakah Kerajaan bercadang akan menapis atau mengkaji isi kandungan program komputer tersebut yang melibatkan pengajian, kefahaman dan penyebaran ilmu Al-Quran menerusi sistem ini sebelum ia boleh diedarkan secara meluas di negara ini.

Dato' Dr Mohamed Yusof bin Haji Mohamed Nor: Program komputer atau disket-disket yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran itu adalah tertakluk kepada kawalan di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 dan oleh itu kenalah ditapis sebelum boleh diedarkan kepada orang ramai.

UBAT INSULIN BAGI PESAKIT KENCING MANIS

23. Tuan Mustapha bin Awang minta Menteri Kesihatan menyatakan yang benar mengenai perkara berikut:

(1) Insulin yang digunakan di hospital-hospital di negara mt untuk pesakit-pesakit kencing manis dari bahan:

(a) dari anggota dalam lembu yang tidak disembelih secara Islam;

(b) dari anggota babi.

(2) apakah insulin jenis ini halal dimasukkan ke dalam anggota manusia Islam.

Dato' K. Pathmanaban: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan hanya membeli melalui tender pusat ubat insulin yang diperbuat daripada pankreas Iembo sahaja bagi kegunaan pesakit-pesakit kencing manis.

Salah satu syarat yang dikenakan ke atas pembekal adalah berbunyi seperti berikut:

"Pembekal adalah diwajibkan mempasti bahawa semua bahan-bahan mentah yang digunakan untuk mengilang butiran ini tidak diperolehi atau melibatkan apa yang boleh disifatkan sebagai haram disisi Agama Islam".

KOPERASI PENGAMBILAN DEPOSIT-TUNTUTAN

24. Tuan Haji Jaafar bin Haron minta Menteri Kewangan menyatakan bagaimanakah pendirian Kerajaan mengenai isu Koperasi Pengambilan Deposit yang mungkin menyentuh masalah perpaduan negara.

Tuan Daim Zainuddin: Kerajaan sedar dan bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh pendeposit­pendeposit 24 Koperasi Pengambilan Deposit (KPD). Atas pendirian inilah Kerajaan telah berusaha untuk merangka rancangan penyelamat bagi membolehkan KPD membayar balik seberapa banyak yang boleh deposit atau simpanan yang telah dibuat oleh pendeposit-pendeposit daripada aset KPD yang berkenaan. Hasil daripada usaha ini, 11 daripada 24 KPD telah berjaya diselesaikan dan pendeposit­pendeposit dalam koperasi-koperasi ini akan dibayar balik seringgit untuk seringgit, dalam bentuk tunai secara ansuran, dalam jangkamasa lima tahun.

Bagi 13 KPD yang lain, Kerajaan telah bersetuju dengan dua skim penyelamat. Satu untuk Koperatif Serbaguna Bhd (KSM) dan keduanya ialah untuk 12 KPD yang lain. Formula

Page 25: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3279 16 JULAI 1987

pembayaran ialah pembayaran penuh dalam jangkamasa yang munasabah dalam bentuk wang tunai dan ekuiti d~lam institusi kewangan yang d1lesenkan dan di bawah penyeliaan Bank Negara atau syarikat awam yang disenaraikan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga ini Bank Negara telah m.engelu~r~an $281 juta daripada $~00 . JUta pmJaman ringan yang dJsed1akan oleh Kerajaan kepada bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan yang dilantik bagi menyelesaikan masalah KPD.

SA YUR-SAYURAN­MENGELAKKAN RACUN

PEROSAK

25. Tuan Haji Majid bin Haji Abdullah minta Menteri Pertanian menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah wajar diambil bagi mengelakkan sayur-sayuran tidak mengandungi racun makhluk perosak;

(b) adakah latihan khusus diberikan kepada penanam-penanam sayur untuk menggunakan racun makhluk perosak; dan

(c) berapa banyak sayur yang tidak dibenarkan untuk dijual kerana mengandungi racun, siapakah yang menanggung kerugian itu, penanam sayur atau Kerajaan.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid):

(a) Langkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan sayur­sayuran tidak mengandungi racun perosak adalah seperti berikut:

(1) Menjalankan perkhid-matan pengembangan mengenai amalan-amalan pertanian yang baik (good

3280

agricultural practice) kepada penanam-penanam sayur.

(2) Menasihatkan penanam­penanam sayur khususnya dalam cara-cara mengguna racun perosak serta menekankan kepada mereka kepentingan mengikut tempoh sebelum mengutip hasil selepas semburan terakhir (pre-harvest interval) supaya paras sisabaki racun perosak dalam hasil mereka tidak tinggi.

(3) Mengadakan ceramah dan sessi dialog dengan penanam-penanam, serta mengedarkan bingkisan dan risalah makluman kepada mereka. '

(4) Mengadakan petak-petak kajian kemujarapan bagi racun perosak supaya hanya racun yang berkesan didaftar, serta kajian degradasi untuk menentukan tempoh sebelum mengutip hasil.

(5) Menjalankan pengawasan contoh-contoh sayur­sayuran untuk menentu­kan paras sisabaki racun perosak di dalamnya. Di samping itu Kementerian Pertanian mempunyai rancangan rnenubuhkan sebuah makmal ujian racun makluk perosak di Cameron Highlands serta mempertingkatkan keupayaan analisa rnak­mal Jabatan Pertanian yang sedia ada di Kuala Lumpur untuk memenuhi keperluan penganalisaan di kawasan sayuran tanah pamah. Walau bagai­manapun, rancangan ini

Page 26: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3281 16 JULAI 1987 3282

perlu mendapat kelulusan agensi-agensi pusat se­belum dilaksanakan.

(6) Memberi bantuan kepada Kementerian Kesihatan dalam penguatkuasaan Akta Makanan 1983.

(b) Beberapa latihan khusus serta sessi dialog telah diadakan oleh Jabatan Pertanian untuk penanam-penanam sayur dalam bidang penggunaan racun perosak sejak dari tahun 1986. Penanam-penanam sayur telah diberitahu cara-cara penggunaan racun perosak yang betul, supaya menjaga keselamatan diri sendiri, dan juga memastikan paras sisabaki racun perosak dalam basil tanaman mereka tidak melebihi paras yang dibenarkan. Penanam-penanam sayur juga telah diberitahu tentang penguatkuasaan Akta Makanan 1983 oleh Kementerian Kesihatan.

(c) Sehingga 10hb Julai, 1987 sebanyak 3,924.37 kg. sayur­sayuran telah dimusnahkan kerana didapati mengandungi sisa racun makhluk perosak yang melebihi dari apa yang dibenarkan di bawah Peraturan­peraturan Makanan 1985. Kerugian adalah ditanggung oleh pemunya sayur-sayuran ini seperti penanam dan penjual. Pihak Kerajaan tidak menanggung kerugian itu.

PUSAT PENGAJIAN TINGGI­PENGHANTARAN PELAJAR

26. tuan M. Sangaralingam minta Menteri Pendidikan menyatakan

kenapa banyak penuntut telah dihantar oleh Kerajaan kita ke luar negeri bagi tujuan pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang sejak kemerdekaan. Adakah angka 1m membuktikan bahawa pusat-pusat pengajian tinggi di negeri kita masih tidak mencukupi.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan menghantar pelajar-pelajar keluar negeri adalah dengan tujuan menambah keperluan tenaga mahir dalam berbagai bidang yang diperlukan oleh negara. Penghantaran pelajar-pelajar ini terpaksa dilakukan oleh kerana pusat­pusat pengajian tinggi tempatan tidak dapat menampung semua keperluan tenaga mahir yang dikehendaki dan juga tidak menyediakan semua bidang­bidang kursus yang diperlukan oleh negara.

PERHUBUNGAN ANTARA KAUM

27. Tuan Dahalan bin Haji Em bun minta Perdana Menteri menyatakan apakah kedudukan politik negara sekarang dari segi:

(i) perhubungan antara kaum;

(ii) sesama kaum.

Sekiranya jawapan negatif adakah pihak Kerajaan akan menghidupkan kegiatan muhibah sepertimana yang ada seketika dahulu.

Raja Ariffin bin Raja Sulaiman: Kedudukan politik negara sekarang ini ditinjau dari segi perhubungan antara kaum adalah baik dan menggalakkan. Selepas berlakunya peristiwa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969, negara ini tidak pernah mengalami apa-apa pergaduhan kaum yang signifikan melibatkan ramai penduduk. Sungguhpun begitu terdapat beberapa pertelagahan lisan di antara kumpulan berbagai keturunan mengenai sesuatu isu yang mungkin digambarkan begitu hebat

3285 16 JULAI 1987 3286

Pada 17 Jun yang lalu Pasukan u <>c<>l<>m<>t<>n tPl::~h hertemour dengan

ditangguhkan. Walau bagaimanapun akan terus meneliti perkara itu supaya

Page 27: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

------~------------- ~----··-·

3283 16 JULAI 1987 3284

oleh media massa. Pertelagahan lisan ini tidak menyentuh nilai-nilai asasi yang telah dipersetujui sama ada di dalam Perlembagaan ataupun di dalam dasar-dasar yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan. Selagi nilai-nilai asasi ini tidak tercabar, say a percaya bahawa perdebatan lisan yang teratur dan terkawal ini merupakan satu proses yang sihat di dalam amalan demokrasi untuk menuju ke arab pembentukan bangsa Malaysia yang tegas dan teguh. Perselisihan yang signifikan sesama kaum juga tidak lagi berlaku dewasa ini.

KHIDMAT KAUNSELING KEPADA KELUARGA

BERMASALAH

28. Puan Haijah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kebajikan Masyarakat menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk membantu keluarga-keluarga yang menghadapi masalah orang-orang hilang, khususnya anak-anak mereka, dan muda-mudi disebabkan pengaruh dadah, lari dari rumah kerana salah faham, dicolek orang dan sebagainya.

Tuan Mustaffa bin Mohammad: Kementerian Kebajikan Masyarakat menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga-keluarga yang mengalami "masalah" sebagai usaha untuk memperkukuh dan menstabilkan kedudukan sesuatu keluarga itu. Selain dari itu Kementerian Kebajikan Masyarakat juga memberi khidmat seliaan secara sukarela kepada mana-mana keluarga yang mengalami kesulitan di segi masalah anak-anak yang sering lari dari rumah dan tidak terkawal. Bagi kanak­kanak yang memerlukan perhatian yang lebih dan perlu dipindahkan dari keluarga mereka oleh sesuatu sebab yang tertentu, mereka ini boleh ditempatkan di institusi secara sementara. Dalam waktu yang sama

Jabatan Kebajikan Masyarakat akan berusaha mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah dalam keluarga itu.

Kementerian Kebajikan Masyarakat sentiasa berusaha untuk memberi kesedaran di kalangan ibu bapa supaya mereka lebih bertanggungjawab dan memberi perhatian dan pengawasan terhadap anak-anak mereka. Dengan cara begini adalah diharapkan semoga ibu bapa dapat menyelamatkan serta menghindarkan anak-anak mereka dari melakukan sesuatu kesalahan ataupun dipengaruhi oleh anasir-anasir yang kurang sihat.

Sebagai langkah pencegahan Kementerian Kebajikan Masyarakat sedang memperkemas-kinikan dan mempertingkatkan peranan dan fungsi Jawatankuasa Kebajikan Budak­budak Daerah di seluruh negara. Dengan penglibatan masyarakat secara langsung di dalam kerja-kerja pencegahan dan pemulihan adalah diharapkan masalah seperti lari dari rumah dan kenakalan di kalangan kaum remaja dapat dibendung sebelum perkara ianya menjadi serius.

PENGGANAS KOMUNIS­KEKUATAN

29. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramai lagi komunis yang berada di hutan belantara kita dan bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu berjaya atau tidak pasukan keselamatan kita mengesan jejak tiga orang komunis yang dapat melepaskan diri dalam pertempuran di Kampung Baru, Sauk di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Dato' Megat Junid bin Megat Ayob): Untuk makluman Yang Berhormat, kekuatan pengganas komunis yang masih bergerak di negara ini dianggarkan seramai 200 orang.

Page 28: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

·--·---· . -·····--------------

3285 16 JULAI 1987 3286

Pacta 17 Jun yang lalu Pasukan Keselamatan telah bertempur dengan sekumpulan 7 orang pengganas komunis di kawasan Sauk, Kuala Kangsar, Perak. Dalam pertempuran itu, 4 orang pengganas komunis telah berjaya dibunuh sementera 3 orang lagi dapat melarikan diri. Usaha-usaha sedang diteruskan oleh Pasukan Keselamatan untuk memburu dan menghapuskan pengganas-pengganas berkenaan dan juga lain-lain pengganas komunis yang bergerak di kawasan itu.

LESEN MENGUTIP SIPUT

30. Puan Rokiah binti Zainuddin minta Menteri Pertanian menyatakan sama ada Kementeriannya bercadang mengenakan lesen kepada nelayan­nelayan yang mahu mengutip siput di pantai kita. Jika tidak mengapa.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Bagi tujuan mengutip siput, jika bagi sesuatu kawasan tersebut terdapat sumber-sumber siput yang terlalu sedikit dan tidak ekonomik untuk diusahakan, Kerajaan tidak bercadang untuk mengeluarkan apa-apa lesen bertujuan mengutip siput-siput tersebut, malahan Kerajaan tidak menggalakkan nelayan-nelayan untuk mengutip siput secara komersial.

Walau bagaimanapun, jika sesuatu kawasan tersebut terdapat sumber­sumber siput yang banyak dan mempunyai potensi dari segi ekonomi, Kerajaan akan mengambil langkah pengurusan dan pengawalan seperti mengeluarkan lesen kepada nelayan yang berminat.

Adalah dimaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa berkenaan siput retak seribu yang banyak terdapat di kawasan Kedah dan Perlis, J abatan Perikanan memang hendak mengeluarkan lesen untuk mengutip siput tersebut. Tetapi atas bantahan daripada PN Negeri Kedah dan PN Kuala Perlis, maka pengeluaran lesen

ditangguhkan. Walau bagaimanapun akan terus meneliti perkara itu supaya persetujuan boleh dicapai.

RANCANGAN FILEM TAMIL

31. Tuan C. Krishnan minta Menteri Penerangan menyatakan adakah Kementerian Penerangan bercadang untuk menukar slot masa yang diberikan kepada rancangan filem Tamil pada masa ini, iaitu dari pukul 15.00 petang ke masa selepas pukul 9.00 malam. Memandangkan masa yang diberikan untuk rancangan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang suka menontonnya di mana unsur­unsur cerita bercanggah dengan kepentingan akhlak kanak-kanak.

Tuan Railey bin Jaffrey: Kementerian Penerangan dan RTM sedang menyusun semula jadual-jadual siarannya di RTM 1 dan RTM 2. Penjadualan baru itu akan mengambil kira berbagai-bagai faktor dan teguran yang dibuat oleh orang ramai.

Dalam pada itu adalah mustahil bagi Kementerian dan RTM memenuhi kehendak dan permintaan semua pihak. Kita tidak dapat memenuhi selera dan kesukaan semua pihak baik dari segi kandungan siaran mahupun waktu tayangannya. Begitulah halnya dengan siaran filem Tamil yang kini dibuat antara pukul 5.00 dan 6.00 petang. Filem Tamil tidak ada yang diterbitkan di Malaysia sendiri untuk memenuhi kehendak masyarakat Tamil di Malaysia. Sokongan dari syarikat-syarikat Tamil untuk menjadi penaja atau membeli iklan juga sangat mengecewakan. Semua faktor-faktor ini perlu ditimbangkan dalam menyusun jadual siaran di RTM.

Namun begitu usaha dan pertimbangan-pertimbangan se-wajarnya akan dibuat untuk memperbaiki lagi mutu dan waktu siaran filem-filem Tamil itu. Adalah diharapkan supaya Yang Berhormat dapat mempengaruhi pihak Syarikat

Page 29: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

------------------~-----

3287 16 JULAI 1987 3288

Swasta Tamil untuk memberi sokongan yang kuat dari segi menaja filem-filem itu atau membeli spot iklan dari RTM.

JA WATANKUASA AM SEMPADAN

32. Tuan Haji Abu Bakar bin Lajim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perkembangan terakhir jawatankuasa sempadan Malaysia­Thailand dan Jawatankuasa sempadan Malaysia-Indonesia. Adakah kerjasama-kerjasama sempadan ini masih diteruskan dan apakah isu-isu terbesar yang telah dirundingkan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedua-dua Jawatankuasa Am Sempadan masih meneruskan usaha-usaha kerjasama untuk membanteras dan menghapuskan ancaman komunis di perbatasan Malaysiaffhailand dan Malaysia/ Indonesia serta mengujudkan suasana mesra dan sefahaman dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah keselamatan di antara kedua-dua negara. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dengan Thailand ialah maklumat mengenai pengganas komunis, pengendalian operasi-operasi _Pasukan Keselamatan dan perancangan dan perlaksanaan projek-projek sosio­ekonomi.

Projek-projek sosio-ekonomi yang telah dipersetujui antara Malaysia dan Thailand termasuk mengadakan perkhidmatan feri antara Pengkalan Kubur (Kelantan) dan Tak Bai (Thailand), membina Rumah Api di muara Sungai Golok dan membina komplek baru kastam, Imigresen dan Stesyen Keretapi di Padang Besar dalam usaha memperbaiki pengawalan dan pengawasan terhadap keluar masuk or<;tng-orang dan barang-barang dagangan di kawasan bhkenaan.

I "--

Manakala antara isu-isu yang dirundingkan dengan pihak Indonesia ialah mengenai penyelesaian masalah pengikutan dan perondaan perbatasan, peningkatan kerjasama operasi bagi keamanan di Selat Melaka dan perlaksanaan projek sosio-ekonomi di Entekong/Tebedu.

UAZAH UNIVERSITI INDIA/PAKISTAN/

BANGLADESH-PENGIKTIRAFAN

33. Puan Valli Muthusamy minta Perdana Menteri menyatakan oleh kerana belanja pelajaran yang meningkat tinggi di United Kingdom, United States, Kanada, Australia dan New Zealand, bolehkah Kerajaan kita menerima Ijazah-ijazah Pertanian, Kejuruteraan, Sains dan Undang­undang dari Universiti-universiti dari India, Pakistan dan Bangladesh. Atau sebaliknya adakah Kerajaan kita bercadang untuk menghantar para cendikiawan ke India, Pakistan dan Bangladesh untuk menilaikan kursus­kursus Pendidikan untuk ijazah-ijazah supaya diterima oleh Kerajaan kita.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Pengiktirafan sesuatu kelayakan Ijazah sama ada dari dalam mahupun dari luar negeri adalah dibuat untuk maksud lantikan ke dalam Perkhidmatan A warn dan bukan sekadar untuk mengiktirafnya sahaja. Oleh itu sekiranya sesuatu kelayakan Ijazah itu tidak dapat memenuhi keperluan dalam Perkhidmatan A warn maka soal untuk menerima atau mengiktirafnya tidak timbul sungguhpun kos pengajiannya adalah rendah.

Setakat ini Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk menghantar rombongan bagi menilai kelayakan-kelayakan Ijazah dari negara India, Pakistan dan Bangladesh dalam bidang-bidang Pertanian, Kejuruteraan, Sains dan Undang­undang kerana belum wujud keperluan berbuat demikian.

Page 30: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3289 16 JULAI 1987 3290

TINDAKAN TATATERTIB BAGI AHLI POLITIK

34. Tuan Tan Choi Ho minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan apakah tindakan tatatertib telah diambil terhadap setengah-setengah ahli politik yang telah menimbulkan ketegangan antara kaum dalam ucapan atau tindakan yang berunsurkan perkauman.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa-apa tindakan tertentu bagi ahli-ahli politik sewajarnya diambil oleh parti politik yang berkenaan. Walau bagaimanapun Kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya disisi undang-undang sekiranya terbukti seseorang itu menjalankan kegiatan yang menimbulkan ketegangan dan permusuhan antara kaum di negara ini sehingga mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.

WARGANEGARA DUA KERAKYATAN

35. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap seseorang warganegara yang mempunyai dua kerakyatan warganegara Malaysia dan satu lagi warganegara asal mereka.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Seseorang warganegara Malaysia yang juga menjadi warganegara sesebuah negara asing hendaklah menolakkan salah satu daripada kewarganegaraan itu. Sekiranya ianya tidak berbuat demikian, peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan membolehkan Kerajaan melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysianya.

LPN-PEMASARAN PADI PET ANI

36. Puan Haijah Rosnah binti Haji Mohd. Salleh minta Menteri .Pertanian

menerangkan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah petani-petani semasa menjual padi di LPN.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: LPN telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh petani-petani semasa penuaian dan pemasaran padi mereka. Matlamat langkah-langkah tersebut adalah untuk mempercepatkan pembelian padi di kompleks-kompleks LPN dan juga menggalakkan pengilang-pengilang swasta untuk mempertingkatkan jumlah pembelian padi harian mereka, terutamanya pacta masa-masa kemuncak penuaian dan pemasaran. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:

(i) Mempertingkatkan keupayaan pengendalian LPN dengan menambah dan memperbaiki jentera-jentera pengeringan dan kemudahan-kemudahan pengendalian di kompleks­kompleks.

(ii) Menjual sebahagian padi belian harian ke kilang-kilang swasta yang tidak dapat membeli padi kerana masalah modal dan sebagainya.

(iii) Menggunakan kemudahan yang ada di kilang-kilang swasta yang tidak digunakan a tau tidak digunakan sepenuhnya kerana masalah tertentu.

(iv) Memindahkan padi dari kompleks-kompleks yang sesak ke kompleks-kompleks lain untuk membolehkan kompleks berkenaan mempercepatkan proses belian padi.

(v) Memindahkan padi kering untuk diupah kisar ke kilang­kilang swasta yang tidak mempunyai kemudahan mengering dan tidak mampu membeli padi mengikut keupayaan kilang mereka.

Page 31: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3291 16 JULAI 1987 3292

PENDATANG HARAM MEMPER­OLEHI LESEN PENJAJA

37. Tuan Tan Chai Ho minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa terdapat ramai pendatang haram Indonesia telah memperolehi lesen penjaja di negara ini atau tidak. Memandangkan kedatangan mereka itu telah mengancam ketenteraman masyarakat kita dengan berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan mereka. Apakah langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pendatang-pendatang haram dari mana-mana negara sekalipun tidak boleh mendapat apa-apa kemudahan atau perkhidmatan dari Jabatan Kerajaan di negara ini, termasuklah lesen penjaja sepertimana yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Sebaliknya mereka sentiasa dikesan, ditangkap dan didakwa serta diusir keluar.

ROYAL MILITARY COLLEGE­PENGAMBILAN PELAJAR

38. Tuan C. Krishnan minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah beliau sedar bahawa mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil tidak diambilkira bagi pengambilan pelajar-pelajar di Royal Military College. Mengapa keadaan ini ujud, dan apakah cadangan Menteri Pertahanan untuk memperbaiki kekurangan ini.

Menteri Pertahanan (Tengku Dato' Ahmad Rithauddeen Al-haj): Kementerian Pertahanan memang sedar bahawa mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil tidak diambilkira bagi pengambilan pelajar-pelajar ke Maktab Tentera Di Raja. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum sepertimana juga dengan syarat kemasukan ke Sekolah Menengah yang lain bahasa Cina dan Tamil tidak diambilkira sebagai mata pelajaran utama di dalam peperiksaan

yang diwajibkan. Di samping itu tidak ada mata pelajaran yang berkaitan dengan Bahasa Cina dan Tamil diajar di Maktab Tentera Di Raja, Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar di Maktab tersebut.

Boat masa m1 Kementerian Pertahanan belum bercadang untuk mengubah syarat kemasukan yang sedia ada kepada syarat baru untuk memasuki Maktab Tentera Di Raja.

ANCAMAN KOMUNIS

39. Tuan Haji Abu Dakar bin Lajim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan terakhir kegiatan Barisan Bersatu komunis, subversif komunis dan komunis bersenjata di · negara ini. Adakah kegiatan-kegiatan tersebut telah dapat dibendong atau semakin berleluasa. Berapakah bilangan anggota-anggota Parti Komunis Malaya yang telah menyerah diri, dibunuh atau ditawan dari tahun 1986 hingga Jun 1987.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Pada keseluruhannya ancaman komunis di negara ini masih lagi ditahap yang serius tetapi terkawal. Barisan Bersatu Komunis mempunyai objektif utama untuk melumpuhkan Kerajaan. Mereka berusaha untuk mempengaruhi orang ramai terutamanya orang Melayu supaya menyokong perjuangan mereka. Manakala pergerakan Pertubuhan Komunis Bawah Tanah pada masa ini tidak lagi aktif. Ini adalah hasil daripada operasi yang dijalankan oleh Pasukan Keselamatan kita. Berhubung dengan kedudukan pengganas komunis pula, sukalah saya memaklumkan bahawa pada masa ini kekuatan mereka di negara ini termasuk di Sarawak dianggarkan seramai 200 orang. Pasukan Keselamatan masih terus bertindak untuk menghapuskan mereka. Selain dari 200 orang ini, seramai 1340 orang pengganas komunis dianggarkan masih bergerak di Selatan Negara Thai.

Page 32: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

----- ----~-------------

3293 16 JULAI 1987 3294

Sejak tahun 1986 hingga bulan Julai tahun ini seramai _12 orang pengganas komunis telah berjaya dibunuh, 2 orang ditawan dan 2 orang lagi telah menyerah diri.

PEND AT ANG INDONESIA MENGEMBANGKAN AGAMA

KRISTIAN

40. Tuan Azman Atar bin Othman minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada beliau sedar di waktu kebelakangan ini pendatang­pendatang Indonesia di negara jiran datang ke Malaysia dan kedatangan mereka membimbangkan kita semua terutama rakyat Melayu di negara Islam kerana kedatangan mereka mengembangkan agama Kristian. Maka saya ingin tabu sejauh mana pihak Imigresen dan juga Kementerian Luar Negeri mengatasi masalah terse but.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Setakat ini Kerajaan tidak menerima apa-apa aduan atau maklumat menunjukkan bahawa pendatang­pendatang Indonesia yang datang ke negara ini mengembang ajaran Kristian di kalangan orang-orang Melayu. Kerajaan sentiasa mengawasi keadaan ini.

AGAMA MATA PELAJARAN WAJIB

41. Tuan Chan Choong Tak minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan akan memberi pertimbangan ke atas cadangan memasukkan "Agama" sebagai mata pelajaran wajib dalam sekolah supaya semua pelajar-pelajar dapat memperolehi fahaman mengenai rangka agama yang diamalkan dalam negara dengan tujuan memperluaskan fikiran Belia kami dalam hal agama dan mewujudkan semangat bertolak ansur yang lebih tinggi di kalangan rakyat.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk memasukkan "Agama" sebagai mata pelajaran wajib. Ini disebabkan peruntukan dalam Akta Pelajaran 1961, Seksyen 36 (1) menyatakan bahawa pendidikan Agama Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam, sekiranya terdapat 15 orang ataupun lebih di sesebuah sekolah. Sementara pendidikan agama Islam diwajibkan kepada semua murid Islam, pendidikan agama lain tidak boleh dipaksakan kepada murid-murid lain yang bukan penganutnya kecuali ~engan persetujuan bertulis daripada tbu bapa mereka. Dalam pada itu, Akta Pelajaran 1961 juga menentukan bahawa pendidikan agama selain dari Agama Islam boleh diberikan kepada murid-murid sekolah sekiranya pendidikan itu diberikan di luar masa sekolah dan tidak melibatkan wang yang diperuntukkan di Parlimen.

Bagi menampung aspek kerohanian pelajar-pelajar yang bukan beragama Islam, Pendidikan Moral diberikan kepada mereka semasa pelajar-pelajar Islam mengikuti mata pelajaran Pendidikan Agama Islam. Antara nilai-nilai murni yang ditekankan di dalam Pendidikan Moral ini ialah sikap bersih dari segi fizikal dan mental, belas kasihan, sederhana, rajin, jujur, adil, kasih sayang, hormat me~ghormati, tidak angkuh, kef]asama dan baik hati. Dengan ini Pendidikan Moral adalah mampu untu~ menanamkan kesedaran tentang pentmgnya semangat bertolak ansur dan nilai-nilai lain bagi membentuk man usia yang berperibadi mulia seperti yang dikehendaki oleh masyarakat Malaysia.

POLARISASI AGAMA

42. Tuan Chan Choong Tak minta ~erdana Menteri menyatakan apakah tmdakan yang sedang diambil oleh

Page 33: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3295 16 JULAI 1987 3296

Kerajaan untuk menghentikan artikel­artikel yang tidak berkesudahan di akhbar-akhbar Melayu dengan penuduhan dan pengkritikan ke atas orang-orang Kristian, di mana kebanyakan daripada ianya tidak diperlukan dan merupakan suatu ancaman yang akan mengakibatkan lebih polarisasi perkauman dan kesalahtahaman keagamaan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Sehingga ini belum lagi dikesan akhbar-akhbar tempatan yang sengaja memburuk-buruk, melempar tuduhan melulu atau menghina mana-mana agama di negara ini. Apa yang disiarkan oleh beberapa akhbar ialah rencana-rencana atau berita-berita yang memberi ingatan kepada umat Islam supaya keimanan dan pegangan akidah mereka sentiasa kukoh. Kerajaan sentiasa mengawasi setiap akhbar di negara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas sesuatu akhbar jika ianya menyiarkan rencana-rencana yang menghinakan mana-mana agama atau penganut -penganut mana-mana agama kerana kegiatan itu boleh memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara.

ISU LIMBANG-TINDAKAN

43. Tuan G. Rajoo minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap Majalah "Far Eastern Economic Review" berkaitan dengan berita palsu kononnya Limbang akan dijual kepada Brunei; dan

(b) sam a ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bercadang mengambil tindakan Civil Saman malu terhadap "Far Eastern Economic Review"; dan

(c) tujuan berita palsu begini disiarkan serta orang-orang

yang bertanggungjawab tentang berita ini.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Saya tidak tabu apakah tujuan Majalah "Far Eastern Economic Review" menyiarkan rencana palsu pada 21 Mei 1987 yang bertajuk dengan izin "Lim bang Sale".

Kerajaan telah meminta pihak Majalah "Far Eastern Economic Review" meminta maat di atas kesalahan menyiarkan rencana palsu sedemikian, setakat ini, pihak majalah itu belum lagi berbuat demikian. Sekiranya pihak "Far Eastern Economic Review" tidak berbuat demikian sepenuhnya, Kerajaan akan mengambil tindakan selanjut ke atasnya.

TARAF PENDUDUK-TETAP

44. Tuan K. Sivalingam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah benar bahawa beberapa pendatang Indonesia telah diberikan:

(i) tarat penduduk tetap dan kewarganegaraan;

(ii) jika benar, mengapakah banyak antara orang-orang yang lahir di sini sejak beberapa tahun masih belum dikurniakan kewarga­negaraan.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Kerajaan tidak memberi tarat penduduk tetap atau kewarganegaraan kepada pendatang tanpa izin dari Indonesia.

IMPORT MAKANAN­MENGURANGKAN

45. Tuan Shaik Dawood minta Menteri Pertanian menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian beliau untuk mengurangkan import makanan

Page 34: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3297 16 JULAI 1987 3298

memandangkan iklim negara ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan terdapatnya ban yak tanah terbiar.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Kementerian ini sudah merancang melaksanakan beberapa langkah untuk meningkatkan lagi keluaran pertanian sebagai salah satu cara mengurangkan import makanan dari luar negeri. Di antara langkah-langkah yang telah diambil ialah dengan menggalakkan pelaburan sektor swasta di dalam bidang pengeluaran bahan-bahan makanan secara besar­besaran dan intensif dan melaksanakan program pertanian bersepadu yang mementingkan sistem pengurusan dan pengeluaran yang sistematik.

Kementerian juga sedang melaksanakan Pelan Pengeluaran barang-barang makanan yang meliputi pengeluaran perikanan !aut dan ternakair, daging lembu, daging biri­biri dan beberapa jenis tanaman seperti buah-buahan, kopi, kobis bulat, asparagus, jagung bijirin dan kacang tanah. Plan Pengeluaran ini akan dijayakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan penyertaan sektor swasta untuk bukan sahaja mengurangkan import bahan makanan malah menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport bagi setengah­setengah keluaran pertanian.

Di bawah rancangan untuk menambah hasil pengeluaran bahan makanan, Kementerian memberi keutamaan kepada usaha-usaha memulihkan sawah terbiar dengan tanaman-tanaman makanan ter­utamanya untuk mengganti import.

Beberapa insentif dan galakan telah disediakan untuk menggiatkan pembangunan sektor pertanian. Di antaranya ialah Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Cukai Pendapatan 1967, Elaun Cukai Pendapatan, Elaun Pelaburan dan kemudahan pinjaman kredit dari Bank

Pertanian. Usaha-usaha penyelidikan juga dipergiatkan dengan menghasilkan variti buah-buah bermutu dan membaiki teknologi pengendalian dan pembungkusan. Di samping itu bagi menjamin pengeluaran pertanian secara pesat dan teratur Kerajaan telah memberi perlindungan dalam hentuk kawalan import bagi komoditi tertentu. Di masa akan datang kawalan import akan diperluaskan bagi meliputi jenis­jenis komoditi yang boleh dikeluarkan di dalam negara secara besar-besaran.

MATLAMAT PENDIDIKAN NEGARA

46. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato' Haji Ishak minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah matlamat pelajaran kita. Adakah ianya semata­mata untuk perpaduan nasional dan untuk tenaga manusia;

(b) adakah sistem pelajaran kita telah mencetuskan latar­belakang yang bersesuaian yang diperlukan oleh pelajar-pelajar dalam memenuhi kepe.rluan pasaran buruh; dan

(c) sejauh manakah penekanan telah dibuat di dalam sistem Pelajaran kita bagi menentukan bahawa pelajaran agama Islam akan digunakan untuk membangunkan negara ini. Apakah langkah dan penyusunan telah dibuat bagi melaksanakan hal ini.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Matlamat pendidikan negara bukanlah semata-mata untuk perpaduan nasional sahaja tetapi adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan

Page 35: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3299 16 JULAI 1987 3300

insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan ber­keupayaan mencapai kesejah­teraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

(b) Sistem pendidikan kita memang mengambilkira keperluan dan kesesuaian pelajar-pelajar di dalam pasaran buruh/alam pekerjaan. Penekanan m1 diberikan khasnya dalam kurikulum mata-mata pelajaran sekolah menengah rendah seperti Seni Perusahaan, Sains Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Seterusnya di peringkat menengah atas sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional juga diwujudkan untuk tujuan yang sama. Di samping itu, penekanan dan pengukuhan pengajaran-pengajaran mata­mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di semua peringkat persekolahan dilakukan untuk melengkapkan para pelajar menghadapi cabaran kehidupan.

(c) Kementerian Pendidikan sedar Pendidikan Islam adalah amat penting untuk pembangunan negara. Langkah-langkah ber­ikut telah/sedang/akan dilaku­kan untuk memenuhi hasrat terse but:

(i) Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah.

(ii) Waktu pengajaran Pen­didikan Islam dinaikkan ke 180 minit seminggu.

(iii) Kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah menyambung usaha-usaha sekolah rendah dan mem­pertingkatkan kemahiran membaca, menghafal dan memahami ayat-ayat AI­Quran, Hadis dan Sejarah Islam. Di samping ibadah, pendidikan akhlak ditekankan dengan lebih serius.

(iv) Waktu belajar Pendidikan Islam akan ditambah.

(v) Tulisan jawi dipergunakan seluas-luasnya di dalam pengajaran pembelajaran Pendidikan Islam.

(vi) Penerapan nilai-nilai Islam ke dalam semua aspek mata pelajaran KBSR dan KBSM.

(vii) Di institusi pengajian tinggi telah diperkenalkan kursus-kursus Tamadun Islam dan Ketatanegaraan kepada pelajar-pelajar untuk menanam sikap ke­Islaman ke dalam jiwa pelajar supaya mereka dapat menggunakan apabila mereka keluar dari universiti kelak.

Langkah-langkah ini diharapkan dapat melahirkan insan Muslim yang beriman, bertakwa mulia untuk pembangunan negara masa kini dan masa akan datang.

ENROLMEN MURID DI SEKOLAH RENDAH

47. Tuan Mohd. Wajdi bin Dato Haji Ishak minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah pihak Kerajaan menyedari ujudnya Sekolah­sekolah Kebangsaan dan jenis Kebangsaan yang mana pelajar

Page 36: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3301 16 JULAI 1987 3302

dari murid-muridnya ber­kurangan dari lima puluh orang (50 orang). Berapakah banyak jumlahnya dan negeri manakah yang banyak terlibat dalam hal ini;

(b) adakah pihak Kerajaan telah membuat kajian mengenai sebeb-sebab mengapa dan kenapa terjadinya hal ini. Dan sejauhmanakah langkah­langkah yang telah diambil bagi mengatasinya; dan

(c) adakah pihak Kerajaan bercadang untuk menutup sahaja sekolah-sekolah yang murid-muridnya amat ber­kurangan.

Tuan Woon See Chin: Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Kementerian Pendidikan memang sedar tentang kewujudan sekolah-sekolah rendah yang mempunyai enrolmen murid kurang daripada 50 orang. Pada tahun 1986 jumlah sekolah-sekolah berkenaan di negara ini ialah 570 buah. Negeri Sarawak dan Sabah merupakan dua buah negeri yang mempunyai bilangan terbesar sekolah jenis ini, iaitu 237 buah di Sarawak dan 119 buah di Sabah.

(b) Kewujudan sekolah-sekolah kecil ini tidak dapat dielakkan memandangkan hasrat Kerajaan untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak yang layak menerimanya. Kesemua sekolah jenis ini terdapat di kawasan-kawasan terpencil di mana jumlah bilangan penduduknya tidak ramai dan kemudahan perhubungan seperti jalan raya tidak wujud. Jika sekiranya Kerajaan tidak membina sekolah di kawasan­kawasan sedemikian, maka

kanak-kanak di kawasan­kawasan tersebut tidak akan dapat kemudahan per­sekolahan. Kementerian Pendidikan memang berusaha untuk mencantumkan sekolah­sekolah kecil ini kepada unit­unit yang Jebih besar; di mana keadaan mengizinkan di beberapa tempat konsep sekolah rendah pusat dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

(c) Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk menutup sekolah-sekolah 101 kerana dengan tindakan tersebut bermakna kanak-kanak di kawasan-kawasan terpencil tidak berpeluang langsung untuk bersekolah.

PERLINDUNGAN KEPADA PENDATANG HARAM

48. Tuan R. M. Jasni minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tidak bertentangan dengan undang­undang dan dasar negara ini, apabila kita memberi perlindungan dan kemudahan kepada pendatang haram, sebagaimana kemudahan atau perlindungan yang diberikan kepada seseorang warganegara.

Dato' Megat Junid bin Megat Ayob: Di bawah peruntukan undang-undang sekarang adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang yang didapati memberi perlindungan kepada pendatang haram. Jika kesalahan mereka disabitkan oleh mahkamah, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi $2,000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

KEBOCORAN GAS BERACUN

49. Tuan Haji Jaafar bin Harun minta Menteri Buruh menyatakan sejak akhir-akhir ini sering berlaku

Page 37: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

----------------------------------

3303 16 JULAI 1987 3304

kebocoran gas beracun. Apakah sebabnya berlaku. Dan apakah langkah-langkah d_an tindakan Kerajaan untuk mengatasinya kerana ia mengancam keselamatan pekerja dan juga orang ramai.

Menteri Buruh (Dato' Lee Kim Sai): Adalah tidak benar kebocoran gas beracun sering berlaku sejak akhir­akhir ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam masa empat tahun kebelakangan ini terdapat hanya empat kejadian kebocoran gas beracun.

Di antara langkah-langkah dan tindakan-tindakan yang diambil oleh Kerajaan, adalah seperti berikut:

(i) Menjalankan pemeriksaan awal, ulangan dan mengejut ke atas kilang-kilang; dan

(ii) Mengujudkan kesedaran mengenai keselamatan di kalangan majikan-majikan dan pekerja-pekerja kilang melalui syarahan, ceramah, kursus, latihan dan seminar.

MAS-TAMBANG KAPAL TERBANG KEPADA

JEMAAH HAJI

50. Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Abdullah minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) adakah kajian dibuat bagi mengurangkan tambang kapal terbang untuk menunaikan fardhu Haji; dan

(b) adakah usaha-usaha dibuat bagi membolehkan para jemaah Haji menaiki kapal !aut yang lebih murah tambangnya.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor:

(a) Tambang kapal terbang untuk Jemaah Haji ditetap oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS)

dan mengikut kajian MAS, tambang yang dikenakan sekarang m1 tidak dapat dikurangkan lagi.

(b) Usaha-usaha untuk mem-bolehkan Jemaah Haji menaikl kapal laut memang telah diadakan oleh Tabung Haji dengan memberikan dua pilihan dalam Borang Pendaftaran, Jemaah Haji iaitu sama ada mereka hendak berlepas dengan kapal terbang atau kapal !aut. Walau bagaimanapun, bilangan yang hendak menunaikan fardhu Haji dengan kapal !aut sangatlah kecil, sedangkan mengikut kajian, bilangan minima yang ekonomik untuk diuruskan ialah 3000 orang.

SISWAZAH MENGANGGUR

51. Tuan Haji Shaharom bin Haji Maasom minta Perdana Menteri menerangkan berapa jumlah siswazah menganggur sekarang ini dan dari aliran pengajian apa. Apa program Kerajaan untuk menanamkan semangat dan kesedaran kepada para siswazah menganggur hari ini untuk menggunakan ilmu pengetahuannya untuk terus hidup dalam masyarakat yang makin mencabar sekarang ini.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Jumlah besar siswazah yang menganggur sukar untuk diperolehi. Walau bagaimanapun, mengikut Rekod Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga 30 April 1987 seramai 15,380 orang siswazah telah mendaftarkan diri dengan pihak berkenaan menjelang akhir tahun 1986. Berhubung dengan aliran pengajian mereka, mengikut satu sample dari jumlah siswazah yang medaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, profile siswazah yang menganggur menunjukkan

Page 38: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3305 16 JULAI 1987 3306

bahawa mereka terdiri dari latar­belakang yang berbeza-beza. Umpamanya kira-kira 24.3% daripada mereka yang berijazah mempunyai kelulusan sains sosial diikuti dengan 18.4% sains tulin dan 19.96% mempunyai ijazah profesyenal. Di peringkat diploma pula, kira-kira 37.3% ada berkelayakan teknikal dan bukan teknikal.

Baru-baru 1m Kerajaan telah melancarkan satu skim latihan bertujuan untuk menanamkan sikap dan nilai-nilai positif dan memupuk semangat daya usaha untuk bekerja sendiri dengan harapan menggalakkan mereka merebut peluang-peluang yang sedia ada. Selain daripada itu skim tersebut bertujuan juga menyediakan kemahiran asas perniagaan bagi membolehkan mereka memulakan dan mengurus perniagaan mereka nanti. Kerajaan telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan khas untuk mengkaji masalah pengangguran di kalangan siswazah. Antara tugas utama Jawatankuasa m1 ialah menyediakan cadangan-cadangan jangka masa panjang untuk mengatasi masalah tersebut. Setakat ini, beberapa program telah pun dikenalpasti dan dikaji kesesuaiannya untuk dilaksanakan.

SUKAN NEGARA­MENINGKATKAN

52. Tuan Mohd. Noor bin Bedah minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) rancangan-rancangan yang telah dan sedang disusun untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara;

(b) jumlah program Latihan Pusat bagi para athlit dan Pasukan Kebangsaan untuk kejohanan antarabangsa;

(c) jumlah bantuan kewangan yang telah dibelanjakan menerusi Skim Perancangan Ahli Sukan bagi menirrgkatkan persediaan untuk Sukan SEA dan Sukan Asia akan datang; dan

(d) langkah-langkah jangka panjang untuk melatih athlit­athlit dan Pasukan Pelapis.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak:

(a) Rancangan-rancangan yang telah dan sedang di susun oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk meningkatkan lagi mutu sukan negara ialah:

(i) Mewujudkan satu Dasar Sukan Negara;

(ii) Memperkemaskan jentera pentadbiran Persatuan;

(iii) Merancang dan me-laksanakan program-program sukan termasuk membantu Persatuan­persatuan Sukan mengenai latihan pendedahan dan penyertaan di peringkat antarabang~a;

(iv) Melaksanakan program untuk memajukan jurulatih dan memper-tingkatkan pendidikan kejurulatihan melalui Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan;

( v) Skim Perangsang telah diwujudkan untuk mem­bantu athlit mengadakan latihan sempurna dan hal kebajikan mereka;

(vi) Mewujudkan biasiswa

(vii)

sukan mulai pada tahun tm;

Skim Hadiah Kemenangan yang telah diwujudkan di mana athlit-athlit yang mendapatkan pingat di

Page 39: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3307 16 JULAI 1987 3308

kejohanan antarabangsa akan diberi hadiah wang tunai; dan

(viii) Mengadakan rancangan kemudahan sukan.

(b) Jumlah program latihan pusat bagi para athlit dan Pasukan Kebangsaan untuk kejohanan antarabangsa pada tahun ini ialah 90. Jumlah ini bergantung kepada jumlah pertandingan­pertandingan yang perlu disertai oleh Pasukan-pasukan berkenaan.

(c) Jumlah bantuan wang yang telah dibelanjakan menerusi Skim Perangsang (bukan Perancangan) Ahli Sukan bagi meningkatkan persediaan untuk Sukan SEA pada bulan September 1987 ialah $746,300.00 iaitu dari bulan Januari hingga Ogos 1987.

Penyertaan Sukan SEA 1987 yang akan datang ini serta Sukan SEA di Kuala Lumpur dan pertandingan-pertandingan lain juga adalah sebahagian dari rancangan menyediakan Pasukan ke Sukan Asia 1990. Walau bagaimanapun jumlah yang sebenar tidak dapat dinyatakan dan ia bergantung kepada keperluan serta kemampuan athlit.

(d) Kementerian ini melalui Majlis Sukan Negara Malaysia akan meneruskan program-program yang ada sekarang dan menambah program-program baru yang sesuai dalam usaha untuk melatih athlit termasuk Pasukan Pelapis;

Program-program ini ialah seperti bantuan latihan pusat, menyertai pertandingan, Skim Perangsang, Pusat Cemerlang, Skim Hadiah Kemenangan dan beberapa program lain yang

berkaitan. Walau bagaimana­pun Program Bakat yang telah dimulakan sejak akhir tahun 1986 dijangka akan dapat menyediakan athlit untuk Pasukan Elit dan Pasukan Pelapis.

SPORTS TOTO DI­SWASTAKAN

53. Tuan Dahalan bin Haji Embun minta Menteri Kewangan menyatakan sejak Sports Toto diswastakan berapa banyakkah sumbangan yang dibuat kepada Kementerian Sukan dan berapa banyakkah cukai yang dibayar kepada Kerajaan.

Tuan Loke Yuen Yow: Sports Toto telah diswastakan pada 1 Ogos 1985. Sejak Sports Toto diswastakan, Sports Toto tidak membuat sumbangan kepada Kementerian Belia dan Sukan tetapi kepada Majlis Sukan Negara dan pertubuhan-pertubuhan sukan yang lain yang memerlukan sumbangan ini. Untuk makluman Yang Berhormat sumbangan Sports Toto kepada Majlis dan pertubuhan­pertubuhan yang tersebut bagi tempoh 1 Ogos 1985 hingga 31 Disember 1986 adalah seperti berikut:

(a) Majlis Sukan Negara

(b) Pertubuhan-pertubuhan sukan yang lain

$1,096,578

$ 383,964

Cukai yang dibayar kepada Kerajaan bagi tempoh yang sama ialah $12,457,438.

PELABUHAN BEBAS Dl MELAKA

54. Puan Hajjah Azizah binti Haji Mohd. Said minta Menteri Kewangan menerangkan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan pada masa akan datang untuk mengwujudkan "Taraf Pelabuhan Bebas di Negeri Melaka" sama seperti

Page 40: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3309 16 JULAI 1987 3310

di Pulau Langkawi, sebagai langkah yang lebih positif untuk menarik pelancong-pelancong ke Negeri Melaka, selaras dengan tarafnya sebagai sebuah pelabuhan dagangan ypng sibuk dan terkenal di zaman Kesultanan serta rantau Kepulauan Melayu.

Tuan Loke Yuen Yow: Kerajaan tidak bercadang untuk mengwujudkan kawasan pelabuhan bebas di Melaka sepertimana yang telah diberikan kepada Pulau Langkawi sebagai langkah untuk menarik pelancong ke situ. Untuk makluman Yang Berhormat, sebab Pulau Langkawi dijadikan pelabuhan bebas bukanlah untuk menarik pelancong ke pulau tersebut sahaja, tetapi adalah juga bertujuan untuk menggalakkan pembangunan pulau tersebut secara lebih pesat. Ini adalah memandangkan bahawa Pulau Langkawi telah ketinggalan dari segi pembsmgunan selama ini. Berkaitan dengan Negeri Melaka, negeri tersebut telah pun dibangunkan, dan dengan itu tidak perlu lagi ianya diberi taraf pelabuhan be bas.

INDUSTRI PELANCONGAN DI MELAKA-CAWANGAN TDC

55. Tuan Ng Peng Hay minta Menteri Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan sama ada TDC akan mengadakan cawangannya di Melaka dan apakah rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk meningkatkan industri pelancongan di Melaka.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan (Dato' Haji Sabaruddin Chik): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan belumlah mempunyai rancangan untuk menubuh pejabat cawangan TDC di negeri Melaka. Buat masa ini, sebanyak lima buah pejabat cawangan TDC telah ditubuh

iaitu di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching. Pejabat­pejabat ini pada dasarnya dibuka untuk tujuan penguatkuasaan dan kerja-kerja penyelarasan dengan Kerajaan Negeri.

Kerajaan, melalui TDC, menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran secara menyeluruh. Kerajaan memperkenalkan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi bersejarah, seperti yang terdapat dalam program pelancongan "Percutian Istimewa" di Malaysia (Great Value Holidays) untuk pasaran dalam negeri, serta lain-lain aktiviti penggalakkan TDC di luar negeri.

PESARA PERKHIDMATAN A WAM SEBAGAI PERUNDING

NEGARA ASING

56. Dr Nordin Selat minta Perdana Menteri menerangkan tidak adakah larangan bagi pegawai-pegawai tinggi Kementerian Perusahaan Utama yang bersara menjadi perunding negara asing. Ada tidak yang menjadi perunding negara asing seperti dalam bidang perusahaan getah umpamanya.

Dato' Dr Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor: Tidak ada peraturan yang melarang pesara-pesara Perkhidmatan Awam untuk bertugas sebagai perunding dengan negara­negara asing.

Kerajaan tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah yang terlibat.

SISWAZAH MENYERTAI BIDANG PERTANIAN

57. Tuan Hassan bin Nam minta Menteri Pertanian menyatakan, iaitu pada masa ini sudah berapa ramaikah bilangan siswazah kita yang telah ntenyertai bidang pertanian secara komersial, dan nyatakan luas tanah

Page 41: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3311 16 JULAI 1987 3312

yang mereka usahakan serta jenis tanaman, bagaimana hasil pasarannya biasanya bagi petani-petani kecil di kampung-kampung pasaran ini yang menjadi masalah pada mereka, kerana kurang sambutan dari orang tengah, walaupun dibeli tetapi dengan harga yang kurang memuaskan.

Datuk Seri Sanusi bin Junid: Sehingga kini, bilangan siswazah yang telah menyertai bidang pertanian secara komersial ialah seramai 69 orang yang sedang/akan meng­usahakan tanah seluas 376.3 hektar. Daripada bilangan tersebut seramai 8 orang yang sedang/akan menjalankan projek perikanan. Jenis-jenis tanaman yang diusahakan adalah tanaman kontan iaitu seperti tanaman sayur­sayuran, betik, pisang, tebu dan tembakau.

Dari segi pemasaran, siswazah­siswazah boleh mendapatkan makluman dan khidmat nasihat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Di samping itu, FAMA juga akan berusaha untuk menemukan para pengeluaran dengan pemborong­pemborong. Petani-petani siswazah juga digalakkan untuk menyertai pasar tani-pasar tani yang ada, supaya mereka dapat menjual barangan/hasil mereka secara terus, umpamanya di pasar tani Lembah Kelang, 2 buah kumpulan siswazah telah mengambil bahagian menjual ayam (diproses), sementara itu beberapa petak lain telah dikhaskan untuk menjual hasil sa yur -sa yuran.

KILANG ASIA RARE EARTH-FAEDAH MALAYSIA

58. Tuan Lim Heng Tee minta Perdana Menteri menerangkan-

(i) apakah faedah yang Malaysia akan perolehi daripada pembinaan kilang Asia Rare Earth (ARE) di Perak;

(ii) berapakah hitung panJang bilangan pekerjaan setahun dan berapakah nilai pertukaran wang asing yang diperolehi daripada kilang tersebut;

(iii) benar atau tidak kilang tersebut beroperasi tanpa mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang dikenakan. Jika benar, tindakan apakah yang diambil untuk memperbaiki keadaan terse but;

(iv) benar atau tidak Kerajaan tidak bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Bebas untuk mengkaji sama ada selamat atau tidaknya bagi kilang tersebut meneruskan operasinya, Jika benar, mengapa; dan

( v) memandangkan adanya risiko keselamatan negeri yang begitu ketara dan adanya kemungkinan besar ia akan membahayakan kesihatan man usia, adakah Kerajaan akan menimbang menggantungkan buat sementara operasi kilang tersebut sehingga satu penyiasatan yang lebih pasti diselesaikan.

Tuan Kasitah bin Gaddam:

(i) Di antara faedah-faedah yang Malaysia perolehi daripada pembinaan kilang Asia Rare Earth (ARE) di Perak termasuklah pendapatan pertukaran wang asing kerana projek ini berorientasikan eksport, memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, memenuhi dasar Kerajaan bersabit dengan pemerosesan bahan-bahan mentah tempatan kepada keluaran­keluaran yang mempunyai nilai tambah yang tinggi (high value added products), membuka jalan ke arah memperkenalkan teknologi

Page 42: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3313 16 JULAI 1987 3314

pemerosesan "rare earth" di negara m1 yang akan mempertingkatkan taraf negara kita setanding dengan negara­negara pemerosesan bahan ini yang lain di dunia seperti Brazil, Amerika Syarikat dan lnd1a; menyediakan sokongan kepada industri-industri lain yang berkaitan seperti sektor asid haidroklorid, caustic soda dan asid sulfurik kerana kilang ARE ini menggunakan banyak keluaran sektor tersebut.

(ii) Kilang ARE ini telah memberikan pekerjaan kepada 170 orang rakyat Malaysia pada bulan Jun 1987. Secara hitung panjang, jumlah pekerja-pekerja di kilang ini berada dalam lingkungan 150-160 orang setahun. Dari segi pendapatan pertukaran wang asing pula, Syarikat ini mengeksport 100% keluaran-keluaran "rare earth chloride" dan "rare earth carbonete" ke negara Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Pada tahun 1983/84, nilai eksport yang diperolehi ialah sebanyak $11.7 juta, 1984/1985, $13.6 juta dan 1985/1986, $14.4 juta menjadikan purata nilai pertukaran wang asing yang diperolehi antara tahun­tahun 1984-1986 ialah lebih kurang $13.2 juta setahun.

(iii) Adalah menjadi amalan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk mengenakan "syarat-syarat keselamatan pra-kendalian" (preliminary safety requirement) sebelum memberi kebenaran ataupun lesen kepada mana-mana aktiviti yang melibatkan penggunaan tenaga atom serta bahan radioaktif. Amalan ini adalah selaras dengan Peraturan Perlindungan Sinaran (Perlesenan) 1986, iaitu suatu peraturan yang telah digubal oleh Lembaga Peraturan yang telah digubal oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sejajar dengan

kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Syarikat Asian Rare Earth (ARE) juga tidak terkecuali dari keperluan mematuhi syarat-syarat keselamatan pra-kendalian ini. Syarat-syarat keselamatan pra-kendalian ini sebenarnya menetapkan kaedah-kaedah kendalian yang telah dipadankan dengan standard-standard antarabangsa yang disarankan oleh badan-badan seperti International Atomic Energy Agency (IAEA), (International Commission on Radiologikal Protection (ICRP) dan World Health Organization (WHO). Syarat-syarat keselamatan pra­kendalian ini diwajibkan dengan tujuan supaya kendalian syarikat terse but tidak akan mendatangkan bahaya kepada pekerja-pekerja, orang awam ataupun alam sekitar. Sukacita ditegaskan bahawa Syarikat Asian Rare Earth telah diberi lesen kendalian ujiannya mulai 15 Januari 1987 yang lalu, setelah dipastikan syarat-syarat keselamatan pra-kendalian yang ditetapkan itu dipatuhi dengan memuaskan. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ini juga sentiasa mengawasi dengan rapi kendalian syarikat tersebut dengan mengadakan pemeriksaan­pemeriksaan (periodic inspection) atau pemeriksaan-pemeriksaan mengejut pada masa-masa tertentu. Hasil dari pemeriksaan yang dijalankan itu mendapati bahawa Syarikat Asian Rare Earth telah mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan dan juga didapati tiada sebarang tanda yang menunjukkan kendalian syarikat tersebut akan membahayakan mana-mana pihak; sama ada pekerja-pekerjanya, orang awam ataupun alam sekitar.

Dari penjelasan-penjelasan tadi, adalah sangat nyata bahawa

Page 43: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3315 16 JULAI 1987 3316

Syarikat Asian Rare Earth beroperasi dengan memathui peraturan-peraturan dan syarat­syarat keselamatan yang telah dikenakan ke atasnya oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ini.

(iv) Sebagaimana yang dimaklumi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom telah ditubuhkan mengikut kehendak Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984, iaitu suatu akta yang diluluskan oleh Par limen pada akhir tahun 1984. Sebagai badan penguatkuasa, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ini bertanggungjawab untuk mengawal semua penggunaan tenaga atom (termasuk bahan­bahan radioaktif ataupun alat-alat yang mengeluarkan sinaran mengion) supaya penggunaan tenaga atom tersebut tidak menjejaskan keselamatan mana­mana pekerja, orang awam ataupun alam sekitar. Lembaga ini dianggotai oleh pakar-pakar daripada Jabatan-jabatan Kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan profesional, yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan dengan keselamatan radiologikal serta nuklear. Sebuah "Urusetia Teknikal" juga telah ditubuhkan untuk membantu Lembaga ini melaksanakan tanggungjawab, dan urusetia ini juga dianggotai oleh jurutera-jurutera dan para saintis nuklear yang telah menerima latihan dari beberapa negara maju, yang mempunyai teknologi dalam bidang-bidang berkaitan. Sukacita juga dimaklumkan bahawa "standard­standard" dan "syarat-syarat keselamatan" yang dikenakan oleh Lembaga ini ke atas para pengguna tenaga atom adalah setanding dengan standard­standard yang telah disarankan oleh badan-badan antarabangsa

seperti; International Commission on Radiological Protection (ICRP), International Atomic Energy Agency (IAEA) dan World Health Organization (WHO). Di samping itu juga, Lembaga ini seringkali menerima lawatan-lawatan "pakar keselamatan radiologikal serta nuklear" daripada negara-negara asing dan juga pertubuhan­pertubuhan antarabangsa. Pakar­pakar asing ini didatangkan untuk tujuan membantu Lembaga ini dalam berbagai-bagai aspek "pengawalan" seperti; me-wujudkan standard-standard, melatih kakitangan-kakitangan akan teknik-teknik memeriksa serta keselamatan radiologikal, dan sebagainya.

Berdasarkan kepada keanggotaan Ahli-ahli Lembaga serta kakitangan Urusetia Lembaga ini, dan juga bimbingan­bimbingan kepada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom ini oleh pakar-pakar daripada agensi­agensi antarabangsa atau negara­negara asing, adalah jelas bahawa Lembaga ini mempunyai kemampuan dan kepakaran yang mencukupi untuk mengawal aktiviti Syarikat Asian ~are Earth, supaya ianya tidak mendatangkan bahaya kepada masyarakat umum. Oleh yang demikian Kerajaan tidak bersetuju untuk mewujudkan satu "Jawatankuasa Penyiasat Bebas" bagi mengkaji sama ada operasi Syarikat Asian Rare Earth ini selamat ataupun sebaliknya, sepertimana yang telah dicadangkan oleh pihak­pihak tertentu.

(v) Berhubung dengan pertanyaan sama ada Kerajaan akan menggantung buat sementara operasi kilang Asian Rare Earth, sukacita ditegaskan sekali lagi bahawa adalah tidak perlu bagi

Page 44: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-----------------------~------

3317 16 JULAI 1987 3318

Kerajaan untuk menanggung kendalian syarikat tersebut kerana sebab-sebab berikut:

(i) Lembaga ini telah pun memastikan bahawa syarat­syarat keselamatan pra­kendalian telah dipatuhi oleh syarikat tersebut dan kendalian semasa syarikat itu juga didapati selaras dengan syarat -syarat keselamatan yang telah ditetapkan; dan

(ii) pengawasan rapi oleh Lembaga ini mengesahkan bahawa tidak kedapatan sebarang tanda yang menunjukkan kendalian syarikat tersebut akan membahayakan masyarakat umum ataupun pekerja­pekerjanya sendiri.

PUCUK PIMPINAN BARU VIETNAM-REAKSI

ASEAN

59. Tuan G. Rajoo minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) sikap dan reaksi negara-negara ASEAN terutama sekali Malaysia berikutan dengan penukaran dan perlantikan baru pucuk pemimpin di Vietnam; dan

(b) sama ada penukaran pucuk pemimpin baru di Vietnam dapat membantu usaha negara-negara ASEAN untuk mencari kedamaian di Kampuchea, jika ya, bagaimana dan jika tidak kenapa.

Menteri Lu~r Negeri (Dato' Abu Hassan bin Haji Omar): Pucuk pimpinan Vietnam yang baru, dianggotai oleh beberapa tokoh pragmatis yang inginkan perubahan

dalam orientasi dan polisi ekonomi Vietnam. Mereka ini telah berazam untuk melaksanakan dasar-dasar yang bertujuan untuk mengatasi masalah ekonomi yang dihadapi oleh Vietnam.

Adalah terlalu awal untuk menentukan sama ada perubuhan dalam polisi ekonomi Vietnam akan mempengaruhi dasar luar negeri, terutamanya, mengenai isu Kampuchea. Malaysia dan negara­negara ASEAN yang lain di Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-20 telah menyeru agar pemimpin­pemimpin baru Vietnam akan berusaha untuk mencari satu penyelesaian politik di Kampuchea.

MEMILIH TIMBALAN YANG 01-PERTUA

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, say a mohon mencadangkan:

Bahawa Yang Berhormat Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohiddeen dipilih menjadi Timbalan Yang di­Pertua.

Tuan Bee Yang Sek: Tuan Yang di­Pertua, saya mohon menyokong Usul itu. (Tepuk)

Tuan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana hanya seorang Ahli sahaja yang dicadangkan dan disokong menjadi Timbalan Yang di­Pertua, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 2(3) dan 5(2), saya dengan ini memasyhurkan Yang Berhormat Datuk Abang Haji Ahmad Urai bin Datu Hakim Abang Haji Mohiddeen dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertua. (Tepuk)

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat itu. (Tepuk)

Page 45: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3319 16 JULAI 1987 3320

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG JALAN­JALAN PERSEKUTUAN

(PENGURUSAN PERSENDIRIAN) (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Aturan U rusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarango" (15hb Julai, 1987)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Ha ji J aafar bin Haron 0

3.40 ptgo

Tuan Haji Jaafar bin Haron: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun mohon izin bercakap sepatah dua, mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang bernama satu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Per­sendirian) 1984, yang mana Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pindaan) 1987, sepertimana yang telah dibentangkan oleh Timbalan Menteri pada petang semalamo

Tuan Yang di-Pertua, pindaan Akta Jalan-jalan Persekutuan ini sepertimana yang diterangkan oleh Timbalan Menteri semalam tujuannya, yang saya nampak tidak lain dan tidak bukan, ialah menuju kepada penswastaano Walaupun barangkali jalan-jalan kita sama ada jalan dalam negeri ataupun Jalan Persekutuan belum pun diswastakano

Menyentuh tentang masalah jalan ini, sememanglah jalan-jalan ini adalah satu daripada kemudahan-kemudahan asas yang penting dalam negara kita ini, bukan sahaja kepada kita orang-orang di dalam ban dar, bahkan lebih-lebih

lagi kepada rakyat-rakyat kita di luar bandar sama jugalah pentingnya dengan bekalan api dan air. Kepada penduduk-penduduk luar bandar jalan adalah satu perkara yang penting bagi mereka orang kampung dan penduduk­penduduk tempatan kerana jika tidak ada jalan, tentulah tidak ada arah mereka yang hendak menu juke bandar untuk mencari atau menguruskan cara penghidupannya sehari-hari 0

Semenjak negara kita mencapai kemerdekaan telah lebih 30 tahun yang lalu, Kerajaan kita telah dan sedang meneruskan lagi usaha-usahanya ke arah meninggikan taraf hidup rakyat, termasuk juga satu daripadanya menwujudkan jalan-jalan di luar bandaro

Saya rasa patut kita mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kita sebagai Kerajaan Barisan Nasional yang telah dan sentiasa merancangkan dan melaksanakan beberapa projek pembangunan seperti pembangunan jalan-jalan dalam negara kita inio Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri berkenaan, kerana telah mengemukakan Rang Undang-undang ini untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) bagi dibahaskan dan untuk mendapatkan pandangano

Berkenaan dengan Jalan-jalan Persekutuan ini, Tuan Yang di-Pertua, pacta keseluruhannya dan juga jalan­jalan yang ada dalam negara kita ini, sebagaimana yang kita maklumi bahawa di masa-masa yang lalu, Jalan­jalan Persekutuan bukan sahaja pentadbirannya, tetapi juga dalam bahagian pengurusan jalan-jalannya pun semuanya adalah di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di bawah Jabatan Kerjarayao Maknanya tiap-tiap pembinaan jalanraya yang hendak dibina itu adalah dikelolakan dan ditadbirkan oleh JKR, iaitu sejak daripada mula mengadakan pelan jalan

Page 46: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

------------------------~~ -~""~~~--

3321 16 JULAI 1987 3322

sehinggalah ke tender-menender dan juga pemberi kontrak dan sebagainya lagi, kesemuanya itu adalah diluruskan oleh JKR sendiri. Manakala peruntukan dan kewangannya sememangnyalah daripada Per-bendaharaan kita. Dengan cara yang ada ini ada baiknya dan ada juga kelemahan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana barangkali hendak mengatasi kelemahan 1m, maka Kerajaan bercadang hendak menswastakan Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian), mungkin akan dilaksanakan apabila sampai masanya kelak.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh dalam perkara pengambilan tanah kerana apakala jalan-jalan hendak dibina, tentulah melibatkan beberapa keping tanah bagi pengambilan tanah untuk projek jalan yang akan dibina. Sememanglah Kerajaan akan membayar gantirugi kepada pemunya-pemunya tanah di mana tanahnya telah diambil oleh Kerajaan bagi pembinaan projek jalan tersebut. Jika tanah Kerajaan tentulah tidak ada masalahnya, hanya yang mendatangkan masalah ialah tanah kepunyaan rakyat, lebih-lebih lagi tanah-tanah di Negeri Sembilan umpamanya, kebanyakan tanah-tanah ini adalah tanah adat a tau tanah pesaka dan juga ada tanah hak Simpanan Melayu kerana tanah-tanah ini jika diambil oleh Kerajaan pastilah diganti dengan tanah juga, tidak boleh dijual­beli. Jadi ini tentulah melibatkan Kerajaan Negeri dan beberapa perundingan dan juga pandangan daripada Kerajaan Negeri mestilah diadakan terlebih dahulu. Jadi ini manakala pelaksanaan penswastaan kelak, Jalan-jalan Persekutuan ini kelak jika terlibat sebagaimana yang saya sebutkan tadi, maka hendaklah mendapatkan pandangan dan perundingan daripada Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, dalam pelaksanaan penswastaan jalanraya ini, maka dari segi tapak jajaran jalan yang akan dibina itu kelak hendaklah Kerajaan memainkan peranannya dan janganlah diserahkan kepada swasta, setelah selesai urusan tapak jajaran jalan yang akan dibina itu, saya fikir barulah diserahkan kepada swasta untuk pelaksanaan pembinaan jalan itu supaya pembinaan jalan itu dapat dijalankan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pelaksanaan dan penswastaan jalan ini, saya juga suka mengingatkan berhubung dengan tender-tender, pemberian kontrak bagi tender-tender. Pelaksanaan sesuatu projek binaan jalan itu hendaklah Kerajaan kita berhati-hati, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan pengalaman dan juga nasihat-nasihat berhubung dengan kehendak-kehendak teknikal juga hendaklah diikut semuanya supaya jalan yang dibina itu kelak dalam keadaan teguh dan baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka memberi pandangan kepada Menteri berkenaan berhubung dengan pelaksanaan kerja apakala diswastakan kelak. Pada pandangan saya setelah urusan-urusan tanah­tanah tapak jajaran jalan telah disiapkan oleh Kerajaan, maka barulah jalan itu diserahkan kepada mereka untuk dilaksanakan pembinaannya. Jadi dalam masa pelaksanaan kerja itu tentulah ada peraturan-peraturan tertentu dan had masa lama bagi disiapkan kerja-kerja pembinaan. Apa yang saya pentingkan, Tuan Yang di-Pertua, ialah setelah siapnya jalan-jalan yang dibina itu, maka Kerajaan kita hendaklah mengambil kira had masa tambah lagi dua tahun ke hadapan adalah dalam tanggungjawab syarikat yang membuat pembinaan itu, kerana dalam masa dua tahun setelah siapnya jalan itu jika berlaku kerosakan, maka

Page 47: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3323 16 JULAI 1987 3324

syarikat yang membina itu sendiri membaiki jalan-jalan yang rosak itu. Jadi ini Kerajaan kita telah dapat menyelamatkan wang daripada membaiki kerosakan-kerosakan jalan itu, sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun ke hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak jenis-jenis jalan ini, suka juga saya mendapat penjelasan daripada Menteri berkenaan, bagaimanakah yang dikatakan Jalan-jalan Persekutuan dan bagaimana pula yang dikatakan jalan-jalan negeri dan juga jalan-jalan luar bandar? Kalau boleh suka saya mendapatkan angka­angkanya tiap-tiap jenis jalan itu yang telah dibina untuk tahun yang sudah iaitu tahun 1986 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh tentang keadaan jalan­jalan yang ada ini yang telah dibina oleh Kerajaan sama ada Jalan Persekutuan ataupun Jalan Negeri ataupun jalan-jalan luar bandar, kecuali jalan Lebuhraya, jalan yang lain daripada Lebuhraya itu saya nampak ada beberapa banyak tempat­tempat jalan yang merbahaya. Seumpama jalanraya daripada Kuala Pilah ke Seremban yang melalui Bukit Putus misalnya, ataupun daripada Seremban ke Kuala Kelawang melalui Bukit Tangga, kerana jalan-jalan ini masih banyak terdapat tempat yang bengkang-bengkok dan selekohnya yang begitu tajam. Ini adalah merbahaya kepada kenderaan­kenderaan yang melalui jalan itu, lebih-lebih lagi jika kenderaan yang datang daripada sebelah luar. Jadi oleh itu, saya berharap kepada Kerajaan supaya cuba rnengurangkan ataupun rnernbaiki jalan-jalan yang bengkoknya, lurusnya atau selekohnya begitu tajam dikurangkan sedikit selekohnya supaya tidak rnendatangkan merbahaya kepada kenderaan-kenderaan yang masuk rnelalui jalan-jalan itu.

Yang akhirnya, Tuan Yang di­Pertua, suka juga saya menyentuh berkenaan dengan jalan-jalan Persekutuan m1 saya khuatiri barangkali apakala setelah diswastakan kelak bukan sahaja lebuhraya yang ada ditol tetapi kalau­kalau mungkin melarat kepada semua jalan-jalan Persekutuan yang ada dalam negara kita ini. Jadi, kalau begitulah keadaannya tentulah jalan kita ini akan dipenuhi dengan tot sepanjang masa. Oleh itu Kerajaan kita hendaklah mengambil perhatian dan memikirkan supaya tot ini kepada jalan-jalan yang tertentu sahaja diadakan. Janganlah sarnpai kepada Jalan Persekutuan ataupun jalan-jalan yang lain akan diadakan juga tol-tol itu.

Tuan Yang di-Pertua, barangkali kalau mungkin terpaksa untuk hendak mendapat sedikit sebanyak tambahan wang bagi perbelanjaan itu saya suka juga memberi pandangan iaitu bolehlah barangkali Kementerian kita menimbang dengan secara tidak langsung iaitu dimasukkan ke dalam bayaran minyak petrolkah urnpamanya, atau pun kepada cukai jalan umpamanya dan ini saya rasa adalah cara yang tidak terasa kepada kita semua pembayaran-pembayaran kereta yang menggunakan wangnya secara terus apakala melalui tollebuh­lebuhraya itu.

Jadi saya harap perkara ini Kernenterian berkenaan akan dapat mengkaji dan-menirnbangkan sernoga barangkali untuk mengubah cara-cara untuk mernbayar tot pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahajalah yang dapat saya beri pandangan dan dengan ini Rang Undang-undang ini saya sokong.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Puan Ainon binti Ariffin.

Page 48: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3325 16 JULAI 1987 3326

3.52 ptg.

Puan Ainon binti Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi saya peluang untuk sama-sama menyokong kepada Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 ini.

Saya menyokong kepada pindaan ini kerana mengetahui, menyedari bahawa perkara ini penting, perlu dan sangat memberi manfaat mungkinnya apabila ia dilaksanakan demi untuk kemajuan dan pembangunan di negara kita ini. Cuma saya ingin menyentuh beberapa perkara iaitu yang pertamanya ialah mengenai Seksyen 7(1) iaitu mengenai penyerahakan hak meminta, memungut dan menyimpan tal.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan lebih lanjut untuk pengetahuan dan juga untuk sebaran mungkinnya mengenai cara manakah nanti pelaksanaan untuk menswastakan jalan-jalan atau pun jambatan-jambatan atau pun apa sahaja, feri dan lain-lainnya yang disebut dalam seksyen yang berkenaan mt, adakah ia dibuat melalui sebutharga, dengan izin, tender atau melalui perundingan atau disebut negotiative kerana kita telah mendengar sebelum ini berbagai-bagai tuduhan dan berbagai-bagai tohmahan telah dilemparkan kepada Kementerian Kerjaraya kita, kepada Kerajaan kita kerana kononnya ada beberapa penyelewengan berlaku di dalam pemberian tender, di dalam perundingan tender yang telah lalu itu. Kita tahu perkara ini memang tidak benar, Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tabu Kerajaan kita memang adil, kita mempunyai Lembaga Penapisan, Penelitian dan lain-lain tetapi di dalam Akta ini agak umum sedikit bunyinya perkataannya iaitu umpamanya seksyen 21.

Akta itu memberi kuasa kepada Menteri atau memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju membina, membina semula, meningkat dan seterusnya ertinya kuasa itu diberikan kepada Menteri dan orang ertinya mungkin berseorang atau syarikat-syarikat perseorangan tidak disebut cara mana pemberian itu diusaha atau dilaksanakan.

Selain daripada itu ingin juga saya menyentuh mengenai perkara yang telah berlaku, mengenai pelaksanaan dan usaha-usaha yang telah dibuat bagi membetulkan, membina sama ada baru atau yang lama, jalan-jalanraya, feri, jambatan di negara kita ini.

Kita tidak tabu di mana silapnya, sama ada pihak syarikat a tau pihak yang telah diberi hak mengusahakan itu mengabaikan tanggungjawabnya atau penelitian, pengawasan dari Kementerian Kerjaraya sendiri mungkin ada kelemahan, didapati ada jalanraya yang diberikan tendernya kepada syarikat-syarikat besar yang berpengalaman tetapi jalanraya itu telah tidak laban lama.

Kita pernah dengar rungutan­rungutan ini berlaku, umpamanya lebuhraya kita dan lain-lain jalan­jalanraya yang sedikit sahaja apabila ada hakisan atau sedikit sahaja masalah-masalah bencana alam, jalan­jalan ini repoi, roboh, lekok, rosak dan lain-lainnya.

Selain daripada itu pembinaan­pembinaan jalan yang diberi kepada syarikat-syarikat tempatan. Ada juga didapati mungkin kerana tender yang terlalu rendah yang diambil agaknya tidak cukup untungnya, jadi dia buat "cincai" sahaja, kata bahasa pasar kita menyebabkan jalan-jalan ini rosak sebelum masanya.

Apakah pengawasan dari Kementerian berkenaan untuk menentukan mutu ataupun kualitinya

Page 49: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-------------------------- ~- ~--------

3327 16 JULAI 1987 3328

kepada pelaksanaan pembuatan jalan­jalan itu supaya ianya menepati sebagaimana yang dimaktubkan dalam syarat-syarat tender atau syarat-syarat penyerahan tender yang berkenaan. Adakah sudah mengambil tindakan kepada penyelewengan yang berlaku daripada syarikat-syarikat yang telah menerima tender atau yang menerima tawaran daripada Kementerian yang berkenaan setelah diteliti melalui proses-proses yang diamalkan atau yang telah pun ditentukan di Kementerian yang berkenaan.

Selain daripada 1m mengenai pampasan saya menyokong apa disebutkan oleh sahabat saya sebentar tadi iaitu pampasan ini juga hendaknya biarlah adil, terdapat beberapa peristiwa yang berlaku apabila tanah diambil untuk jalan, jambatan dan juga kawasan tanah untuk feri berada di dalam kawasan rizab Melayu maka pampasan bayarannya berkurangan nilainya ataupun jumlahnya daripada tanah-tanah bukan kawasan Melayu ataupun Malay Reservation.

Jadi kita merasa hairan kenapa begini berlakunya dan diharap di dalam melaksanakan Undang-undang ini nanti kalau terdapat perkara­perkara demikian, pampasan ini perlu dititikberatkan supaya ianya adil dan supaya ianya selaras dengan tanah­tanah lain yang bukan dalam kawasan Melayu yang diambil oleh pihak swasta melalui Kerajaan untuk tujuan-tujuan yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu adalah juga diharap bahawa walaupun 1anya akan diswastakan akan diberi kepada orang atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan sesuai yang telah diteliti, Kerajaan tetap juga, Kementerian berkenaan khasnya tetap juga, akan mengawasi segala pelaksanaannya supaya tidaklah nanti terjadi bahawa perkara yang kita hajat itu sampai

tetapi ianya merosakkan pula perkara­perkara lain yang sedia ada. Dengan itu, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah.

3.59 ptg.

Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun ingin sama-sama membahaskan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian yang berkenaan di atas pindaan tersebut demi kemajuan dan pembangunan negara dan dengan lulusnya Undang-undang ini maka kuasa-kuasa yang lebih luas kepada Menteri yang berkenaan dapat dilakukan untuk membina, mengurus, menjaga jalan-jalan, jambatan atau feri di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, jalan adalah merupakan satu alat hubungan yang amat penting daripada satu tempat ke satu tempat yang lain di zaman kemajuan ini dan jalanraya telah pun dibina di mana-mana di serata negara mi, khasnya di kawasan-kawasan bandar. Walau bagaimanapun, setelah kita merdeka lebih 30 tahun masih terdapat juga kawasan-kawasan pendalaman dan kampung tradisi yang tidak ada langsung jalan raya untuk menghubungkan kampung mereka dengan bandar. Hal ini seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak Kerajaan. Sebagai contoh, terdapat negeri Johor sendiri di mana saya datang, di daerah Kota Tinggi umpamanya Kampung Rantau Panjang, Kampung Linteng, Tanjung Surat dan daerah Johor Bahru terdapat Kampung Undi Jaya dan beberapa

Page 50: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3329 16 JULAI 1987 3330

daerah lagi dalam negeri Johor, sedangkan kampung-kampung 101

telah pun dibuka lebih 80 tahun yang lampau tetapi mereka masih ketinggalan daripada pembangunan jalan yang lebih sesuai.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari itu, Rancangan-rancangan FELDA juga telah dibangunkan di seluruh negara kita dan terdapat setengah Rancangan FELDA ini telah menempatkan peneroka lebih 20 tahun tetapi keadaan jalan mereka begitu daif sekali. Apabila hujan keadaannya berlopak, lecak dan apabila panas berdebu dan debu-debu ini masuk ke ruang-ruang rumah dan masuk sampai ke periok belanga dan pada makanan-makanan yang disajikan. Bukan sahaja masalah jalan sekarang dihadapi tetapi masalah kesihatan juga disebabkan jalan-jalan ini tidak dibina dengan baik. Suri-suri rumah tidak dapat menjemur kain baju kerana debu-debu 101 sentiasa berterbangan setiap masa. Apalah salahnya kalau jalan-jalan ini dinaikkan taraf memandangkan sudah lebih 20 tahun peneroka-peneroka ini tinggal di Rancangan FELDA terse but.

Tua•J Yang di-Pertua, Kerajaan juga telah membuat satu dasar di mana jalan-jalan di FELDA ini hanya layak ditambak dengan batu-batu merah sahaja, sedangkan kita tabu negara kita ini negara tropika sentiasa menghadapi berbagai musim, terutama musim tengkujuh. Apabila musim ini datang maka jalan ini akan hancur dengan hakisan air dan rosak. Tidakkah ini satu dasar yang membazirkan yang perlu dikaji semula supaya kenaikan taraf jalan-jalan ini diteruskan oleh pihak Kerajaan dan walaupun pada satu masa atau satu tahun hanya satu rancangan sahaja dapat dinaikkan taraf jalannya. Kalau kita masih terus menambak batu-batu merah, Kerajaan sentiasa mengeluarkan belanja tetapi tidak dapat mengatasi masalah ini walau saya kira bila-bila masa sekalipun.

Tuan Yang di-Pertua, satu hal lagi yang dihadapi oleh para peneroka apabila mengadukan hal-hal jalan di kawasan-kawasan yang saya katakan tadi, mereka akan dapat beberapa jawapan atau helah, Jabatan Kerjaraya mengatakan ini bukan tanggungjawab mereka, ini tanggungjawab pihak FELDA. Di pihak FELDA pula mengatakan ini tanggungjawab pihak Jabatan Kerjaraya. Dalam keadaan inilah para peneroka yang terlibat sentiasa menanggung penderitaan berhubung dengan masalah jalan ini. Jadi, saya harap dapatlah pihak Kerajaan mengambil perhatian yang serius dan kita baru tadi mendengar soalan Yang Berhormat Senator Haji Shaharom bin Maasom mengatakan terdapat setengah-setengah peneroka FELDA memusuhi pentadbiran FELDA kerana jalan, air dan api, sedangkan pihak pengurusan rancangan itu sendiri tidak boleh buat apa-apa untuk mengadakan jalan sempurna bagi sesebuah rancangan melainkan adalah tanggungjawab pihak Kerajaan khususnya Jabatan Kerjaraya.

Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada soal yang banyak dibangkitkan dalam persidangan ini ialah masalah to!. Masalah to! ini saya rasa bagi pihak pengguna-pengguna jalanraya menghadapi masalah yang boleh dikatakan mencemaskan juga kerana bimbang dengan banyaknya rumah­rumah to! didirikan di segenap jalan atau lebuhraya yang dibina. Sebagai contoh, Lebuhraya Senai hanya 22 km lebih kurang panjangnya tetapi bayaran tol dikenakan $1.00 bagi kereta, $2.00 bagi Iori dan 30 sen bagi motosikal. Apa yang menjadi rungutan di sini ialah kepada pemandu-pemandu teksi yang hanya mencari makan, nafkah mereka daripada Kulai ke Johor Bahru sentiasa berhadapan dengan masalah to! ini. Mereka telah membuat rayuan berk_ali-kali ke jabatan yang

Page 51: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3331 16 JULAI 1987 3332

berkenaan ataupun Lembaga ~ebuhraya Malaysia tetapi hingga ini tJdak mendapat apa-apa jawapan. Saya menyeru dan merayulah kepada Dewan yang mulia ini, pihak berkenaan supaya dapat mengambil perhatian sedikit masalah pemandu teksi ini kerana lebuhraya yang saya katakan tadi tidaklah begitu jauh sangat hanya lebih kurang 22 km sahaja dan bayaran yang dikenakan itu seharusnya dapat dikaji khususnya kepada pemandu-pemandu teksi.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga dengan bayaran tol yang lain-lain termasuklah jambatan yang disebut­sebutkan oleh rakan-rakan Yang Berhormat tadi. Saya bersetuju setelah 5 tahun selepas tol dikenakan hendaklah dikaji semula, bukanlah b~rmakna dihapuskan tetapi d1ku~angkan kerana tol ini sangat pentmg kepada jalanraya ini kerana jalan akan rosak, jambatan juga akan rosak dan perlu dibaiki. Jadi, kalau menghapuskan tol semua sekali saya j~ga tidak bersetuju. Apa yang berlaku d1 Jambatan Batu Pahat dan juga Muar yang telah pun dihapuskan, ertinya Kerajaan tidak dapat sedikit pun sumbangan daripada pembangunan yang diadakan itu, seelok-eloknya selepas 5 tahun dikaji semula, kalau boleh biarlah dikurangkan tetapi jangan dihapuskan. Ertinya sumbangan pendapatan sentiasa ada untuk membaiki jalan dan jambatan terse but.

Menyentuh kepada kontraktor­kontraktor ataupun pemborong kepada jalan-jalan yang telah dibina oleh Lembaga Lebuhraya ataupun pihak JKR sendiri, saya juga bersetuju dengan rakan saya biarlah pemborong-pemborong tempatan diutamakan, janganlah apabila peruntukan berjuta-juta nnggit pemborong-pemborong yang dapat bukan daripada tempatan, bila memperbaikinya barulah diserahkan kepada anak tempatan dan beberapa

masalah dihadapi oleh setengah pemborong tempatan itu.

Kawalan kepada jalan-jalan ini juga harus diperketatkan lagi kerana pembayar-pembayar tol ini terdiri daripada motosikal dan kereta-kereta ringan. Walaupun Iori-lori muatan lebih ini dikenakan lebih, tetapi merekalah yang banyak merosakkan jalan-jalan yang dibina oleh JKR ataupun Lembaga Lebuhraya. Apakah tidak ada satu undang-undang yang benar-benar menyerekkan kepada pemandu-pemandu Iori ini supaya tidak membawa muatan­muatan yang lebih. Walaupun kita tabu pihak penguatkuasa telah banyak kali mengadakan sekatan, mengadakan denda tetapi nampaknya usaha-usaha ini tidak dapat mencapai ke matlamat yang dicita-citakan. Jadi, saya berharap supaya beberapa peraturan akan dapat dibuat untuk menyekat supaya tidak pihak yang menggunakan kenderaan berat ini sewenang-wenangnya merosakkan jalan ini yang akhirnya meningkatkan kemalangan jalan raya dan melibatkan juga kenderaan-kenderaan lain seperi kereta dan motosikal.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah perbahasan saya dan saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak.

4.12 ptg.

Tuan Chan Choong Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong cadangan untuk meminda Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Tindakan ini adalah satu tindakan berpatutan mengikut dasar untuk menswastakan jalan raya-jalan raya. Tidak ada orang hendak melaburkan wang jika sekiranya wang yang dilaburkan itu tidak dapat diambil balik barangkali dalam satu masa dengan keuntungan.

Page 52: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3333 16 JULAI 1987 3334

Tujuan diswastakan jalanraya-jalanraya ini ialah untuk menjimatkan wang atau mengurangkan kebebanan Kerajaan dan bukan untuk menambahkan kebebanan kepada rakyat. Oleh sebab itu, sesuatu tindakan Kerajaan yang diambil untuk mencapai tujuan ini mestilah dapat disaksikan oleh orang ramai bahawa tindakan ini adalah betul, adalah bersih dan adalah saksama.

Di sini saya hendak mengambil peluang tm untuk mengucapkan tahniah kepada Menteri Kerjaraya yang baru mengumumkan bahawa persetujuan di antara Kementerian­nya dan UEM tidak akan ditandatangani sehingga ragu-ragu yang telah ditimbulkan itu dihapuskan. lni adalah baik kerana baru-baru sahaja negara kita telah diliputi oleh banyak skandal di dalam sektor private dan rakyat Malaysia tidak mahu menyaksikan sesuatu skandal terhadap sektor awam. Untuk mengelakkan ragu-ragu ini barangkali baiknya jika sekiranya tindakan tegas diambil supaya cadangan yang telah diberikan oleh Majlis Peguam itu iaitu menubuhkan Jawatankuasa Bebas untuk memproseskan tender-tender.

Berkenaan dengan jalanraya, sama ada jalanraya itu diswastakan atau tidak~, tol yang dikenakan mestilah berpatutan, yang khas sekali dalam masa sekarang di mana ekonomi masih tidak baik. Lebuhraya-lebuhraya yang dibuat itu mesti juga dibuat bersama­sama faedah-faedah untuk orang-orang yang menggunakan lebuhraya seperti telefon-telefon dan lain-lainnya. Maka di sini saya berharap pada masa yang akan datang telefon yang sesuai akan dipasang di seluruh lebuhraya dari utara ke selatan.

Juga had laju itu mesti dibuat supaya kemalangan itu tidak berlaku. Tetapi had-had laju itu juga mestilah berpatutan. Oleh sebab itu, saya

berasa sangat hairan mendapat jawapan semalam daripada Menteri Kerjaraya bahawa had laju untuk lebuhraya daripada jambatan yang berdekatan dengan Airport, dengan izin, ke Rumah To!, had lajunya 50 kilometer. Oleh kerana lebuhraya ini ada dalam kawasan Federal Territory, dengan izin, itu adalah satu lebuhraya atau, dengan izin, expressway dan saya fikir tak patut menghadkan had laju bagi pemandu-pemandu kenderaan di lebuhraya ini dengan had laju 50 kilometer sahaja. Oleh sebab itu, tiap-tiap hari ramai orang ditahan, ditahan kerana mereka telah tidak mematuhi had laju itu dan pada fikiran saya kebanyakan pemandu-pemandu tidak sedar dan saya sendiri pun tidak sedar bahawa had laju di lebuhraya ini, sepanjang lebih kurang 12 batu a tau 20 kilometer, jalan yang lurus, Iebar dan orang yang menggunakan kereta, khasnya kereta besar, kalau dihadkan untuk menjalankan keretanya dalam had 50 kilometer, barangkali itu juga akan menimbulkan bahaya kepada orang lain.

Maka di sini saya merayu kepada Kementerian yang berkenaan untuk berunding sekali lagi sama ada had laju ini dapat atau tidak diubah. Kalau ada had laju, tempat yang berkenaan itu mestilah diberikan tanda-tanda yang nyata. Dan juga, sama ada penswastaan atau tidak, kalau sesuatu jalan itu tidak sesuai lagi, maka Kerajaan mestilah mengambil tindakan untuk membaikinya. Contohnya sebatang jalan berkenaan ialah jalan di antara pekan Seremban ke pekan Port Dickson dan Telok Kemang.

Tuan Yang di-Pertua, pantai Port Dickson yang teletak di Negeri Sembilan telah lama menjadi pantai pelancongan yang mashyur di pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia adalah merupakan satu pusat pe­lancongan yang popular buk~n sahaj~ bagi penduduk-penduduk dt Negen

Page 53: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3335 16 JULAI 1987 3336

Sembilan, bahkan bagi penduduk­penduduk yang datang daripada Melaka, Klang Valley dan lain-lain daerah di negara ini.

Keindahan semula jadi kawasan ini bersama-sama dengan pokok-pokok kepala sawit yang sentiasa melambai serta air !aut yang jernih Iagi biru berdekatan pula dengan Lapangan terbang Subang dan lbukota Persekutuan telah menjadikan tempat ini sesuai sekali dimajukan untuk menjadi pusat pelancongan yang menarik di Negeri Sembilan dan juga di Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sembilan memang sedar tentang betapa berpotensinya kawasan ini dan seterusnya Kerajaan Negeri Sembilan telah berusaha dengan giatnya untuk memajukan kawasan ini dan banyak wang juga telah dibelanjakan atasnya. Hotel-hotel yang bermutu, tempat-tempat penginapan yang mewah, bangunan­bangunan kelab yang indah serta projek perumahan telah dimajukan dan sedang dibinakan untuk memenuhi kehendak-kehendak pelancong dan penduduk-penduduk yang makin berkembang.

Pada masa baru-baru ini, sebahagian daripada !aut telah dipulihguna untuk tujuan pembinaan "Mini Disneyland" dan Pusat membeli-belah. Adalah dijangka "Marina Bay" akan didirikan sepanjang pinggir !aut yang indah ini.

Walau bagaimanapun, Kerajaan dan penduduk-penduduk di Negeri Sembilan khasnya dan pelancong­pelancong amnya, berharap benar­benar bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberikan kerjasama atas projek pembangunan nasional ini. Walau macam manapun menariknya pantai Port Dickson dan betapa banyak kemajuan yang dijalankan atas pantai itu, tetapi kalau jalan raya di

antara Seremban-Port Dickson dan Telok Kemang yang sempit lagi berliku­Iiku itu tidak dimajukan menjadi jalan kembar dua hala, ia tidak akan menarik orang ramai datang melawati pantai itu.

Jalan raya ini yang sempit telah sampai kepada kapasiti maksimanya dan ia adalah tidak sesuai digunakan pada masa sekarang, lebih-lebih Iagi pada masa akan datang, memandangkan bertambah sesaknya lalulintas yang melaluinya dari semasa ke semasa.

Selain daripada itu, pembangunan yang giat dijalankan di sini, kini projek Kelab Tuanku Jaafar yang bersekil besar juga sedang dijalankan di sini. Semua projek ini akan meliputi kawasan seluas 1,920 ekar. Ia adalah terletak di antara batu 5 dan batu 7 sepanjang jalan daripada Seremban ke Port Dickson. Projek ini tentu sekali bukan sahaja akan menarik ramai penduduk daripada Negeri Sembilan, ia juga akan menarik penduduk­penduduk dari Melaka dan Selangor.

Selain daripada Kelab Tunku Jaafar, projek terse but juga termasuk satu skim perumahan yang akan menyediakan tempat tinggal lebih kurang 20,000 orang penduduk. Tambahan pula, banyak tanah sepanjang Seremban-Port Dickson yang terletak di dalam kawasan Perbandaran Seremban telah diperuntukkan untuk pembangunan perumahan dan perindustrian. Jadi, jelaslah jika tindakan tidak diambil untuk memperbaiki jalan raya yang sedia ada, perkembangan lalulintas yang wujud sekarang sudah cukup untuk mengakibatkan kesesakan Ialulintas yang serius. Keadaan jalan raya sudap tentu akan menjadi lebih buruk lagi dengan bertambah pesatnya Ialulintas yang akan diakibatkan oleh rancangan-rancangan pembangunan tersebut di atas.

Page 54: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3337 16 JULAI 1987 3338

Tuan Yang di-Pertua, ramai penduduk-penduduk dari Negeri Sembilan terutama sekali penduduk daripada Telok Kemang, Port Dickson dan Seremban adalah amat dukacita sekali apabila Yang Berhormat Menteri Kerjaraya mengumumkan bahawa projek pembinaan lebuhraya atau pembaikan Lebuhraya Seremban­Port Dickson-Telok Kemang akan ditangguhkan untuk sementara waktu.

Kini kita yang telah mendengar berita baik daripada beberapa Menteri, khasnya daripada Menteri Kewangan bahawa ekonomi negara kita adalah dalam keadaan pemulihan. Jadi, izinkan saya di sini menyeru kepada Kerajaan supaya mempertimbangkan semula atas keputusan untuk menangguhkan projek tersebut di atas demi kepentingan Negeri Sembilan khasnya dan juga perindustrian pelancongan nasional kita pada amnya.

Sekiranya perojek ini tidak dapat diteruskan oleh Kerajaan oleh kerana masalah kewangan, maka saya di sini mencadangkan supaya projek ini dijadikan dengan peringkat demi peringkat atau diswastakan.

Biarlah saya di sini menyeru kepada wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Persekutuan dan khasnya akhir sekali kepada Menteri Kerjaraya untuk berbincang bersama untuk mengambil langkah yang serius untuk melaksanakan projek yang dicadangkan ini tanpa sebarang penangguhan lagi.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mohon menyokong cadangan pemindaan Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.

Tuan Yang di-Pertua: Jika tiada lagi Ahli Yang Berhormat yang hendak membahas, kalau tidak ada, saya jemput Yang Berhormat Menteri berkenaan memberi jawapan.

4.29 ptg.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di­Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan serta cadangan-cadangan dan teguran semasa membahaskan Rang Undang­undang Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) dan dengan ini saya dengan sukacitanya ingin menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari semalam sehingga pada petang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Datuk Nasir bin Haji Manap telah mencadangkan semalam supaya Kerajaan memansuhkan tol bagi jambatan, jalan raya atau feri sebaik sahaja apabila pulangan balik modal telah diperolehi oleh Kerajaan. Beliau juga telah mencadangkan supaya kadar tol hendaklah diturunkan menurut kadar jauh perjalanan, iaitu sebagai contoh setiap 50 kilometer perjalanan selanjutnya hendaklah dikurangkan 51/2 sen atau sebagainya dan begitu juga hendaknya bagi setiap 50 kilometer yang berikutnya. Beliau juga telah mencadangkan supaya lebih banyak lagi tempat-tempat keluar atau "outlet" dibina bagi kemudahan orang ramai keluar dari tempat­tempat tertentu dalam perjalanan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan untuk memansuhkan tol apabila semua pulangan balik modal telah diperolehi oleh Kerajaan, suka saya menyatakan di sini bahawa sememangnyalah menjadi hasrat dan tanggungjawab Kerajaan untuk berbuat demikian apabila tiba masanya kelak. Pada masa ini juga tol yang terdapat di J alan Kuching cuma dihadkan untuk beberapa tahun salraja.

Page 55: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3339 16 JULAI 1987 3340

Selain daripada itu, mengenai cadangan untuk mengurangkan to! mengikut jauhnya perjalanan, ini adalah merupakan satu cadangan yang perlu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu oleh kerana implikasinya terhadap perbelanjaan dan pendapatan Kerajaan yang juga ada hubungkaitnya dengan masa untuk kita mengenakan to! di jalan-jalan ray a.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai jalan keluar daripada lebuhraya tertutup, ingin juga dimaklumkan di sini bahawa jalan-jalan keluar yang akan dibina adalah pada jarak tertentu sahaja yang difikirkan dan yang didapati sesuai dibina memandangkan setiap jalan keluar itu yang perlu dibina akan menelan belanja yang begitu besar. Walau bagaimanapun, perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu tadi memang diambilkira oleh Kementerian Kerjaraya.

Semalam Yang Berhormat Rajoo juga telah membangkitkan mengenai mengadakan lebih ramai lagi Pegawai Penguatkuasa Lebuhraya yang baru dibina untuk menentukan supaya lebuhraya tersebut tidak dirosakkan oleh kenderaan yang membawa muatan yang berlebihan. Cadangan ini memang sedang dilaksanakan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Yang Berhormat Ng Peng Hay telah menyentuh tentang tender penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan yang mana sekiranya disyaki ada penyelewangan berlaku dalam pemberian tender tersebut, Kerajaan hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat perkara tersebut. Sukacita saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa tender tersebut telah dinilaikan oleh satu Jawatankuasa Penilaian yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Kerjaraya, Lembaga Lebuhraya

Malaysia, Jabatan Kerjaraya dan juga wakil daripada Kementerian Kewangan. Tender tersebut telah dipertimbangkan menurut amalan­amalan dan peraturan-peraturan tender yang biasa yang dipraktikkan oleh mana-mana Jabatan Kerajaan. Oleh itu, saya ingin menyakinkan Dewan yang mulia 1m bahawa Jawatankuasa Siasatan itu tidak perlulah ditubuhkan.

Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon telah membangkitkan mengenai fakta-fakta lain yang perlu dikaji oleh Kementerian dalam melaksanakan sistem to! selain daripada fakta-fakta kedayaupayaan projek, iaitu seperti fakta pendapatan rakyat sama ada ianya setanding dengan pendapatan penduduk-penduduk yang maju. Beliau juga telah mencadangkan supaya tol bagi motosikal dikecualikan memandangkan ianya melibatkan golongan yang berpendapatan rendah. Selanjutnya Yang Berhormat juga telah mencadangkan supaya di samping membina lebuhraya yang indah, Kerajaan juga perlu mengadakan kemudahan-kemudahan awam yang lain, seperti petrol kiosk, mini market, restoran, tempat letak kereta dan sebagainya.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Mengenai faktor-faktor yang perlu diambilkira dalam membina sesuatu projek, adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan sememangnya mengadakan satu kajian yang teliti dan mendalam dengan mengambilkira semua faktor­faktor tersebut sebelum melaksanakan sesuatu projek itu.

Mengenai to! bagi motosikal pada masa sekarang ini, hanya motosikal yang mempunyai kuasa 70 c.c. ke atas sahaja yang dikenakan to! sebanyak 30 sen sahaja, Kadar tol ini didapati kecil dan tidak membebankan penunggang­penunggang motosikal, oleh itu

Page 56: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3341 16 JULAI 1987 3342

Kerajaan tidak ada cadangan untuk menghapuskan ke atas penunggang motosikal itu.

Mengenai kemudahan-kemudahan yang patut disediakan di lebuhraya­lebuhraya, perkara ini memang ada dimasukkan di dalam Pelan Perlaksanaan Lebuhraya Utara­Selatan.

Tuan Yang di-Pertua, pada petang tadi Yang Berhormat Puan Ainon Ariffin telah mengemukakan pertanyaan bagaimanakah caranya penswastaan itu dilaksanakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini bahawa semua projek-projek penswastaan biasanya dipanggil tender secara terbuka mengikut amalan­amalan Kerajaan yang ada pada masa ini.

Mengenai persoalan tentang mana­mana orang yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu tadi ten tang pindaan Seksyen 2 dalam Rang Undang-undang ini, sukalah saya membetulkan di sini bahawa pindaan terhadap Seksyen 2 dalam Rang Undang-undang ini cuma me-libatkan atau menambahkan perkataan-perkataan "atau yang ada dalam mana-mana Wilayah Persekutuan", tidak perkataan-perkataan "mana-mana orang itu sudah sedia ada " di dalam Akta yang ada sekarang ini.

Untuk soalan bagi usaha-usaha untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan, inginlah saya menyatakan di sini bahawa bagi kerja­kerja yang biasa, penyelenggaraan selalunya dibuat oleh Jabatan Kerjaraya sendiri. Tetapi walau bagaimanapun jika kita dapati bahawa kerja-kerja penyelenggaraan ini amat besar, maka kita di pihak Kementerian akan membuat panggilan tender atau sebutharga untuk jalan raya-jalan raya itu diselenggarakan.

Selanjutnya Yang Berhormat Puan Ainon telah juga bertanya apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap syarikat-syarikat yang menyeleweng. Inginlah saya menyatakan di sini bahawa tindakan yang akan diambil kepada syarikat­syarikat yang menyeleweng adalah seperti yang termaktub di dalam syarat-syarat yang terdapat di dalam Surat Perjanjian dalam kontrak dengan syarikat tersebut yang mana antaranya mengenakan denda atau jika perlu, kontrak-kontrak tersebut ditamatkan sahaja.

Soalan yang keempat yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Puan Ainon ialah mengenai kadar pampasan yang berpatutan hendaklah dibayar kepada pemilik-pemilik tanah yang terlibat dalam pembinaan jalan raya. Sukalah saya menyatakan di sini bahawa kadar pampasan ini ditetapkan oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian di kawasan yang berkenaan dan kepada mereka yang kurang senang tentang nilai pampasan yang dibuat oleh Ketua Pengarah itu tadi dibolehkan merayu kepada pihak­pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan nilai-nilai yang lebih yang difikirkan munasabah.

Selanjutnya Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar Haron telah menimbulkan beberapa persoalan, antaranya masalah pengambilan balik tanah hendaklah digantikan kalau boleh dengan tanah juga. Pada masa ini adalah menjadi kebiasaan bahawa Kerajaan membayar pampasan secara wang tunai setelah membuat perbincangan terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri yang terlibat itu.

Kedua, mengenai tempoh atau, dengan izin, guarantee period selama dua tahun bagi jalan raya-jalan raya yang dibina itu, perkara ini memanglah termaktub di dalam surat­surat kontrak yang ditandatangani di antara Kerajaan dan kontraktor tersebut menurut nilai sesuatu kontrak

Page 57: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3343 16 JULAI 1987 3344

itu. Mengenai maklumat jalan raya­jalan raya luar bandar dan juga jalan raya-jalan raya Persekutuan, saya sukalah memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, oleh kerana soalan ini memerlukan jawapan yang agak terperinci, jadi saya akan membuat jawapan secara bertulis.

Keempat, Yang Berhormat itu juga telah menimbulkan satu cadangan alternatif bagi tol ialah melalui cukai jalan dan cukai petrol. Untuk makluman, buat masa ini Kerajaan telah memutuskan untuk mengenakan bayaran to! kepada motosikal­motosikal dan juga kereta-kereta yang menggunakan lebuhraya. Walau bagaimanapun, cadangan Ahli Yang Berhormat itu tadi untuk cukai jalan dan petrol, perkara m1 akan dipertimbangkan oleh pihak Kerajaan pada masa yang akan datang.

Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Majid bin Abdullah juga telah menyuarakan supaya jalanraya Batu Merah patut dinaikkan taraf dan siapakah yang bertanggungjawab untuk menaikkan taraf jalan raya itu?

Sukalah saya menyatakan di sini bahawa pada masa ini semua jalan­jalan masuk ke kawasan FELDA serta jalan-jalan yang menuju ke kilang­kilang adalah diwartakan sebagai jalan Persekutuan dan oleh hal yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerjaraya dan Jabatan Kerjaraya untuk menyelenggarakan jalan-jalan 101. Walau bagaimanapun, jalan-jalan lain di FELDA adalah di bawah tanggungjawab FELDA itu sendiri. Memang benar tidak semua jalan-jalan Persekutuan yang menuju ke rancangan-rancangan FELDA itu dapat ditarkan oleh kerana ianya memerlukan peruntukan yang begitu besar dan sukalah juga saya menyatakan di sm1 bahawa perlaksanaan untuk menurap jalan

raya yang menuju rancangan FELDA ini akan diturap secara berperingkat­peringkat mengikut kemampuan Kerajaan.

Yang Berhormat Tuan Chan Choong Tak telah menimbulkan supaya Kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Bebas untuk menilai tender-tender yang telah dikemukakan untuk penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa jentera Kerajaan yang ada pada masa ini dalam memproses dan menilai tender-tender adalah memuaskan dan tidak perlu ditubuhkan satu Jawatankuasa yang lain untuk berbuat demikian.

Mengenai had laju 50 kilometer sejam yang terdapat di kawasan­kawasan Wilayah Persekutuan, saya ingat Yang Berhormat Menteri Kerjaraya telah pun memberikan jawapannya tentang perkara ini di Dewan yang mulia ini pada petang semalam.

Mengenai isu Jalan raya Seremban­Port Dickson, sukalah saya menyatakan di sini bahawa Kerajaan sedar tentang keadaan jalan raya tersebut. Memandangkan keadaan yang ada sekarang di mana kewangan kita tidak mengizinkan, maka cadangan untuk penswastaan jalan raya tersebut walaupun telah dipanggil pada akhir tahun 1985, oleh kerana tawaran yang diterima itu adalah didapati tidak sesuai untuk dilaksanakan, maka rancangan ini terpaksalah dibatalkan buat sementara waktu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingat sekian sahajalah yang dapat saya beri jawapan kepada soalan-soalan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan mana-mana soalan atau perkara yang telah tidak sempat saya jawab, saya ingin menyakinkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan

Page 58: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3345 16 JULAI 1987 3346

Dewan yang mulia 1m bahawa Kementerian Kerjaraya akan meng­ambil tindakan susulan terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang U ndang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang U ndang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA LEBUHRA YA

MALAYSIA (PERBADANAN) (PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.56 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang­undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 dibaca untuk kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kementerian Kerjaraya

adalah bertanggungjawab sepenuhnya di dalam melaksanakan segala program-program pembinaan dan penyelenggaraan kerja-kerja, bangunan-bangunan, jalan-jalan, jambatan-jambatan dan lapangan­terbang-lapanganterbang Perse­kutuan seperti yang termaktub di bawah Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 1983 tentang fungsi-fungsi dan tanggungjawab Kementerian Kerja­raya.

Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerjaraya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia pada masa sekarang sedang merundingkan pelaksanaan projek penswastaan Lebuhraya Utara-Selatan dengan sebuah syarikat tempatan. Kerajaan telah mendapati sekarang bahawa Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia yang sedia ada adalah tidak mencukupi dan terdapat kelemahan bagi membolehkan projek terutama dilaksanakan dengan berkesan.

Sebab penting pindaan ke atas Akta ini diperlukan ialah kerana semasa Akta ini digubal dahulu, dasar penswastaan Kerajaan belum lagi wujud. Oleh itu cadangan meminda Akta m1 adalah untuk mengemaskinikan Akta ini untuk mengambil kira dasar penswastaan tersebut dan juga sebab-sebab lain yang membolehkan Akta itu berjalan dengan lebih licin.

Dalam hal ini, beberapa seksyen di dalam Akta yang ada sekarang perlu dipinda dan di antara pindaan penting adalah termasuk Seksyen 11 yang menyatakan fungsi-fungsi Lembaga perlu juga diterangkan dengan lebih jelas dengan menambahkan beberapa perkataan supaya menunjukkan yang fungsi-fungsi Lembaga adalah ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan, khasnya melalui Menteri Kerjaraya.

Page 59: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3347 16 JULAI 1987 3348

Tuan Yang di-Pertua, pindaan juga dibuat ke atas seksyen 21 di mana pada masa yang lepas Kerajaan Persekutuan dengan secara pentadbiran menulis kepada Kerajaan Negeri untuk memindahkan mana­mana lebuhraya atau jalan raya Persekutuan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Kerajaan Persekutuan berpendapat bahawa pemindahan lebuhraya dan jalan Persekutuan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak perlu lagi dirujukkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri memandangkan jalan-jalan tersebut adalah jalan Persekutuan dan seharusnya Kerajaan Persekutuan berhak memindahkan jalan-jalan tersebut kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia ataupun pihak lain di bawah sistem penswastaan lebuhraya yang akan dilaksanakan. Perkara ini bukan sahaja mempercepatkan proses perlaksanaan projek ini, tetapi juga akan mengurangkan masalah "red­tape", dengan 1zm, di dalam pentadbiran Kerajaan.

Di dalam Seksyen 21 juga Kerajaan bercadang untuk meletakkan tanggungjawab kawalan dan pengurusan semua lebuhraya yang dibina daripada sumber kewangan atau kumpulan wang Lembaga diletakkan sepenuhnya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga. Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan peruntukan seksyen 21A (1) yang membolehkan Kerajaan Persekutuan memberi atau membuat penarikan balik mana-mana lebuhraya di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga dan menyerahkannya semula kepada Kerajaan Persekutuan. Penarikan balik tersebut bolehlah dibuat melalui Warta yang akan diisytiharkan oleh Menteri berkenaan.

Selanjutnya di dalam seksyen 21A (2) sehinggalah 21A (6) adalah mengenai mana-mana jalan-jalan raya yang telah ditarik balik kawalan dan

pengurusannya daripada Lembaga akan terus menjadi jalan-jalan raya Persekutuan dan semua tanggung­jawab dan apa-apa juga masalah berhubung dengan _ jalan raya yang ditarik balik tersebut itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Selain daripada itu semua jalan­jalan dan tanah-tanah rizab jalan tersebut masih kekal menjadi rizab jalan Persekutuan yang asal. Bagaimanapun dalam hal ini Kerajaan boleh mengarahkan Lembaga untuk terus melaksanakan apa-apa kerja di jalan raya atau lebuhraya yang ditarik balik itu dengan pembiayaannya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.

Mengenai kutipan tol pula, walaupun lebuhraya atau jalan raya tersebut ditarik balik pengurusan dan kawalannya daripada Lembaga, kutipan tol akan diteruskan sehinggalah ianya dibatalkan dengan persetujuan oleh Menteri Kewangan dan di Wartakan pembatalannya.

Pindaan bagi seksyen 28 pula adalah bertujuan untuk mengemaskinikan seksyen tersebut di mana semua araban-araban yang akan dikeluarkan kepada Lembaga mengenai semua fungsi, akan dibuat secara bertulis oleh Menteri yang berkenaan.

Di dalam membuat pindaan Akta Lebuhraya Malaysia ini, saya juga mencadangkan supaya dua seksyen baru diwujudkan iaitu seksyen 31 dan seksyen 32.

Bagi seksyen 31 Kerajaan mencadangkan supaya semua tanggungjawab dan obligasi lebuhraya yang diambil balik daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menanggung rugi akibat daripada penarikan balik yang dibuat di bawah seksyen 21A yang saya sebutkan tadi.

Page 60: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3349 16 JULAI 1987 3350

Seksyen 32 pula adalah berhubung dengan pengambilan alih tanah-tanah yang dimiliki oleh Lembaga selain daripada tanah yang digunakan untuk pembinaan lebuhraya berkenaan. Tanah-tanah tersebut bolehlah dipindahkan kepada Kerajaan Persekutuan setelah perundingan dibuat dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, serta Ahli­ahli Yang Berhormat, pindaan­pindaan yang telah saya sebutkan ini amatlah perlu dilaksanakan bagi mengemaskinikan Akta tersebut serta membolehkan Kerajaan melaksana­kan projek-projek penswastaan lebuhraya to! dengan lebih kemas lagi.

Sekian secara ringkas kandungan kepada pindaan-pindaan di dalam Rang Undang-undang ini dan saya berharap dan berkeyakinan dengan adanya Rang Undang-undang ini nanti akan dapat melicin dan memudahkan lagi pelaksanaan projek-projek penswastaan lebuhraya yang sedang dirancangkan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang.

Dengan itu, saya mencadangkan Rang Undang-undang Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1987 ini diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gadam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Abang Haji Ahmad Urai): Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Sivalingam.

5.07 ptg.

Tuan K. Sivalingam: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun untuk membahaskan atas pindaan Rang Undang-undang untuk meminda Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980.

Saya mengalu-alukan usaha-usaha untuk memperbaiki dan memperluaskan lagi kesemua lebuhraya di negeri ini. Ini akan memperkemaskan lagi sistem pengangkutan jalan raya di negara ini. Ini juga akan m'emajukan pembangunan negara dan pelancongan dengan lebih pesat di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, cukai jalan (road tax) yang diperkenalkan di negara ini atas dasar bahawa kegunaan lebuhraya dan jalan-jalan raya oleh pengguna-pengguna di negara ini adalah percuma atau tanpa apa-apa bayaran. Mengikut amalan ini semua jalan-jalan kecuali jalan dari Tanjong Malim ke Slim River tidak dikenakan bayaran. Tetapi baru-baru ini dengan penswastaan jalan-jalan raya, pengguna-pengguna terpaksa mem­bayar to! di banyak tempat.

Memandangkan lebuhraya-lebuhraya sudah mengenakan bayaran to! adalah perlu supaya cukai-cukai kenderaan dikurangkan. Oleh yang demikian, saya merayu kepada pihak Kementerian Pengangkutan untuk memberi pertimbangan atas perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Shah Alam yang berhampiran dengan Ladang Midlands, cara lebuhraya digunakan adalah sangat membahayakan. Ketiadaan jambatan untuk orang ramai dan murid-murid sekolah telah mewujudkan satu

Page 61: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3351 16 JULAI 1987 3352

keadaan yang cemas di mana sehingga ini 200 orang telah mengalami nahas jalan raya.

Saya difahamkan bahawa Yang Berhormilt Menteri Kerja Raya, Data' S. Samy Vellu, mengarahkan Kementerian Kerjaraya supaya menyiapkan satu jambatan berhampiran dengan Ladang Midlands dengan segera, demi kepentingan orang ramai dan murid-murid sekolah di kawasan ini. Saya difahamkan bahawa peruntukan untuk mendirikan jejantas atau overhead bridge sudah pun diluluskan.

Saya mengucapkan syabas kepada Yang Berhormat Menteri Kerjaraya dan berharap jambatan ini akan disiapkan dalam tempoh masa yang cepat. Dengan adanya kemudahan­kemudahan seperti ini, perjalanan jauh begitu selesa, diharap pihak Lembaga Lebuhraya akan memberi keutamaan kepada lay-by atau rest areas, sepanjang lebuhraya di negara kita. Ini akan memudahkan perjalanan jauh dan mengurangkan nahas-nahas jalan raya.

Saya menyokong Rang Undang­undang pindaan ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi? Sila Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar Haran.

5.12 ptg.

Tuan Haji Jaafar bin Baron: Tuan Yang di-Pertua, saya juga bangun mahan izin bercakap sepatah dua mengambil bahagian dalam Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980, yang mana Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1987 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kemudahan-kemudahan asas yang dinikmati oleh rakyat terutama sekali rakyat di luar bandar sebagaimana yang kita maklum, ialah rakyat mendapatkan bekalan-bekalan elektrik dan bekalan air paip dan juga kemudahan-kemudahan jalan raya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kerana Kerajaan kita telah dan sedang serta akan meneruskan lagi kemudahan­kemudahan asas kepada rakyat kita di luar ban dar, yang mana mereka itu masih ramai lagi yang belum mendapat kemudahan seperti yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kemudahan-kemudahan asas ini saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan kita, kerana Kerajaan telah juga dapat membina beberapa panjang lebuhraya dari Utara ke Selatan, demikian juga dari Timur ke Barat dan beberapa lebuhraya lagi sedang dalam perancangan. Jadi pembinaan lebuhraya ini semuanya menunjukkan Kerajaan kita telah mengambil berat pada rakyat kita menggunakan jalan­jalan raya untuk keselamatan dan kemudahan-kemudahan yang selesa dari satu tempat ke satu tempat.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu Akta Lebuhraya Malaysia Perbadanan 1980 dahulu, pada pendapat saya sesuailah dibuat pindaannya pada hari ini sebagai Akta Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) 1987, yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, kerana dengan adanya pindaan Rang Undang-undang ini, Kerajaan kita bukan sahaja dapat mengemaskinikan pentadbiran Lebuhraya, tetapi juga mempunyai kuasa yang kuat bagi menyelia dan mentadbirkan berhubung dengan lebuhraya supaya lebuhraya kita ini sentiasa dalam keadaan baik dan semoga akan mengurangkan dalam

Page 62: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3353 16 JULAI 1987 3354

perkara-perkara kemalangan-kemalangan di jalan raya.

Tuan Yang di-Pertua, saya suka menyentuh seksyen kecil ( 1) Seksyen 21. Saya nampak seksyen ini mengalihkan kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Menteri yang berkenaan dan meluputkan atau mengenepikan kuasa Kerajaan Negeri dan memindahkan pentadbiran satu­satu jalan Persekutuan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia. Dalam pind~an ini, saya berharap kepada KeraJaan perlu dikemaskan pelaksanaannya, kerana dari segi pelaksanaannya Menteri hendaklah mendapatkan pandangan kedua dari pihak Kerajaan Negeri, kerana Kerajaan Negeri lebih memahami masalah-masalah setempat sama ada ~asalah-masalah penduduk, begitu ~uga berhubung dengan pertanian dan juga keadaan kawasan dan lain-lain. Pandangan ini perlu, Tuan Yang di­Pertua, supaya tidak menjejaskan kehidupan penduduk-penduduk setempat di tempat itu, Sebagai contoh, Tuan Yang di-Pertua, apabila Le~baga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertmdak untuk meluluskan jalan misalnya, ini tentulah ada kaitan dengan pengambilan tanah. Jadi LLM juga tentulah mengambil tanah-tanah itu untuk kegunaan melebarkan j alan terse but.

Lembaga Lebuhraya tentulah kurang memahami tanah-tanah ini atau tidak memahami tanah-tanah yang dimiliki rakyat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, kerana di Negeri Sembilan umpamanya, ada beberapa jenis tanah yang dimiliki oleh rakyat. Misalnya geran putih yang kita maklum itu, ialah tanah yang dimiliki oleh rakyat, tetapi ada lagi tanah yang lain, tanah pusaka, tanah a_dat yang dimiliki oleh rakyat yang tldak boleh dijual-beli, begitu juga keluasan Tanah Simpanan Melayu yang telah berkurangan dan masih banyak lagi yang belum diganti. Jadi

inilah yang memerlukan perundingan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Fasal3 ber~ujuan memasukkan satu seksyen kec1l 1A baru, selepas seksyen-kecil (1), Seksyen 21 yang memperuntukkan bahawa mana-mana lebuhraya yang mana kos pembinaannya adalah dibayar daripada Kumpulanwang Lembaga hendaklah terletak di bawah kawalan dan pengurusan Lembaga. Dalam p~laksanaan seksyen ini, Tuan Yang d1-Pertua, walaupun Kerajaan mementingkan penyelenggaraan ~ebuhraya, tetapi saya berharap Janganlah membebankan rakyat untuk kesejahteraan rakyat da~ penduduk luar bandar sekeliling jalan lebuhraya, kerana sekatan-sekatan lebuhraya tersebut. Sebagai contoh Lebuhraya Seremban ke Kuala Lumpur di satu tempat sebelah kiri jalan dari Seremban, saya dapati tidak ada laluan dari muka jalan lebuhraya itu ke rumah atau ke kampung mereka. Jadi kalau mereka hendak pergi ke Kuala Lumpur, mereka terpaksa mengikut jalan bawah menghala ke Seremban dahulu selepas itu barulah mengikuti lebuhraya pergi ke Kuala Lumpur. Ini tentulah membebankan rakyat yang sepatutnya Kerajaan membuatkan jalan laluan dari lebuhraya itu ke tempat mereka.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh Fasal 4 dalam perkara menyelia atau melaksanakan penyelenggaraan lebuhraya ini, saya berharap pand~ngan dan persetujuan daripada ~eraJ~a~ Negeri juga patutlah dmmbilkua, kerana Kerajaan Negeri a?alah bertanggungjawab sepenuhnya d~ atas tanah dan rakyat terutamanya d1 luar bandar tidak menjadi satu masalah yang berbangkit kemudian kelak.

Pada akhirnya, Tuan Yang di­Pertua, saya suka menyarankan beberapa perkara berhubung dengan

Page 63: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3355 16 JULAI 1987 3356

Jebuhraya ini, supaya Kerajaan mengambil perhatian untuk dilaksanakan bagi kemudahan dan kepentingan rakyat.

Pertamanya, penduduk-penduduk di sepanjang lebuhraya patut diberikan kemudahan perjalanan menggunakan Jebuhraya. Sekarang ini penduduk-penduduk ini seolah-olah macam diabaikan oleh LLM, kerana tidak ada jalan laluan dari Jebuhraya ke tempat mereka itu.

Satu perkara yang penting, Tuan Yang di-Pertua, bagi pengguna­pengguna lebuhraya ini, ialah si~tem mengingatkan pemandu supaya hdak melebihi had laju kenderaan yang diperuntukkan bagi satu-satu kawasan itu. Misalnya sebagai contoh Jebuhraya daripada Seremban ke Kuala Lumpur ini ada mempamerkan had Jaju di sepanjang jalan itu dengan angka 110 kilometer satu jam. Pada pandangan dan pendapat saya angka pameran ini kurang memberi kesan kerana pandangan kurang jelas. Jadi, suka saya mengesyorkan sistem ini patut diganti dengan cara Jain. Umpamanya angka 110 kilometer satu jam itu, hendaklah kita bubuh lampu pejam celik, kerana ini boleh menarik perhatian pemandu-pemandu supaya Jebih berwaspada Jagi, tidak kita menggunakan papan ataupun pameran yang ada seperti sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, di sepanjang Jebuhraya ini juga saya suka mengesyorkan patut diadakan pondok kawalan polis kerana dengan adanya polis bertugas di situ dapat memberi peringatan lagi kepada pemandu­pemandu dan dengan adanya pondok kawalan polis itu maka jika berlaku apa-apa kemalangan di jalan raya, bantuan segera dapat diberi, tidak seperti sekarang kadang-kadang lambat menerima bantuan. Dan dengan adanya polis bertugas itu kejadian rompakan di jalan raya juga dapat dicegah.

Satu perkara yang penting lagi, ialah LLM ini hendaklah buat jalan lorong kecemasan, perlu ada di sepanjang lebuhraya. Ini adalah untuk menampung kereta yang terpaksa berhenti kerana rosak atau tayar pancit dan sebagainya.

Pada masa sekarang tidak ada lorong kecemasan untuk pemandu yang mengalami masalah kerosakan di sepanjang lebuhraya. Pernah terjadi seorang pemandu yang menggantikan tayar kebocoran dilanggar oleh kenderaan yang Jalu.

Yang akhirnya Tuan Yang di­Pertua, pada pandangan saya pasukan Bulan Sabit Merah juga diadakan di sepanjang Jebuhraya untuk memberi bantuan segera kepada kemalangan yang berlaku. Dengan cara ini saya fikir banyak nyawa dapat diselamatkan, istimewa di musim­musim perayaan atau pun pada musim cuti-cuti umum, Hari Raya afaupun cuti hujung-hujung minggu kerana inilah masanya kenderaan bertambah­tambah di lebuhraya.

ltulah sahaja, Tuan Yang di-Pertua, dan dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang ini diluluskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay.

5.21 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun mohon izin mengambil. bahagian dalam perbahasan dan menyokong Rang Undang-undang Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) (Pindaan) bagi petang ini.

Sebenarnya, saya suka menimbulkan beberapa perkara yang ada berkaitan dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia. Seperti kita semua sedia maklum bahawa lebuhraya adalah sangat penting kepada tiap-tiap seorang rakyat di

Page 64: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3357 16 JULAI 1987 3358

dalam negara 1m, lagi pun pihak Kerajaan sedang berusaha hendak membina lebuhraya menyambung terus daripada Selatan ke Utara.

Pada masa sekarang apabila seseorang pemandu hendak pergi daripada Kuala Lumpur ke Melaka boleh menggunakan lebuhraya daripada Kuala Lumpur ke Seremban. Dan lebuhraya ini memang telah dibina lebih dari 5 tahun. Saya berpendapat bahawa Lebuhraya Kuala Lumpur ke Seremban ini kekurangan kemudahan seperti telefon. Sebenarnya alat telefon adalah amat penting di lebuhraya kerana sekiranya ada berlaku kemalangan ataupun kebakaran kereta dengan adanya alat telefon, maka seseorang pemandu itu dapat berhubung dengan pihak-pihak yang tertentu untuk membantu mereka.

Oleh itu saya tidak nampak di Lebuhraya Kuala Lumpur/Seremban ada kelengkapan atau kemudahan­kemudahan yang saya sebutkan itu. Dan saya minta Lembaga Lebuhraya bukan sahaja hendak kutip tol tetapi juga sepatutnya daripada masa ke semasa meningkatkan lagi kelengkapan yang sangat diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat dan berpengalaman bahawa pemandu-pemandu kita yang menggunakan lebuhraya sentiasa tidak bekelakuan sopan santun. Pemandu-pemandu Iori memang tidak membenarkan pemandu-pemandu kereta kecil memotong mereka. Dan ada setengah-setengahnya lagi pemandu kita kerana belum cukup faham lagi kegunaan Iorang laju dan Iorang perlahan yang patut laju di lorong laju tidak laju yang perlahan di lorong perlahan laju pula. ltulah kemungkinan satu sebab yang selalu mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Jadi, saya juga suka merayu kepada pihak Lembaga Lebuhraya dan pihak­pihak tertentu mengadakan kempen

ataupun kursus ataupun melalui siaran mass media supaya menyarankan pemandu-pemandu kita berkelakuan bersopan santun.

Tuan Yang di-Pertua, juga saya suka menyentuh bahawa apabila saya melalui Lebuhraya Kuala Lumpur ke Seremban menghadiri Persidangan Dewan Negara, saya dapati ada anggota-anggota polis yang menjalankan tugas penguatkuasaan di Lebuhraya Kuala Lumpur/Seremban semata-mata hendak mengeluarkan kompaun, saman kepada pemandu­pemandu yang melanggar undang­undang.

Saya berpendapat bahawa sebagai seorang pegawai penguatkuasaan, tugasnya bukan sahaja mengeluarkan kompaun menyaman sesiapa yang buat salah, mereka ada juga bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan membantu sesiapa pemandu yang perlu diberi bantuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga suka mengingatkan pihak Lembaga Lebuhraya di mana saya selalu nampak pegawai penguatkuasaan di Lebuhraya Kuala Lumpur/Seremban membuat road-block, dengan izin, ataupun speed-trap, dengan izin, di pertengahan-pertengahan jalan lebuhraya. Ini sangat merbahaya bukan sahaja kepada pemandu-pemandu kereta, juga kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan. Oleh itu, saya berharap pihak Lembaga Lebuhraya akan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya suka membawakan berkenaan dengan kelengkapan Lembaga Lebuhraya di antara Kuala Lumpur dengan Karak. Saya berpendapat bahawa Lebuhraya antara Kuala Lumpur dan Karak walaupun saya bukan Ahli Dewan Negara daripada Pahang, tetapi bila saya lalu saya nampak lebuhraya di antara Kuala Lumpur dengan Karak ini adalah sangat merbahaya. Kerja-kerja

Page 65: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3359 16 JULAI 1987 3360

membesarkan jalan tersebut memakan masa bertahun-tahun sehingga sekarang belum siap lagi. Dan bila kita memandu kalau sebagai seorang pemandu bawa pada waktu malam, ia memang sangat merbahaya.

Jadi saya berharap Lembaga Lebuhraya, bukan sahaja pandai mengutip to!, adalah tanggungjawab pihak Lembaga Lebuhraya menjaga keselamatan pemandu-pemandu kereta. Saya pun dapati bahawa terowong ataupun, dengan Izm, tunnel, di antara jalan Lebuhraya Kuala Lumpur/Karak ini kebanyakan Jampu-Jampunya tidak menyala, boleh dikatakan 50% Jampu-lampu di bawah tunnel, dengan izin, tidak menyala Jagi. Ia juga sangat merbahaya kepada pemandu-pemandu yang meng­gunakan terowong tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya berharap lebuhraya di antara Senawang dengan Air Keroh dapat dibuka dengan segera. Saya pernah membawa soalan tambahan dalam Dewan yang mulia ini dan pada masa itu Yang Berhormat Menteri Kerja­raya telah menjawab soalan saya bahawa Jebuhraya di antara Senawang dengan Air Keroh akan dibuka pada 1hb Julai, 1987 tetapi sehingga hari ini Jebuhraya tersebut masih belum dibuka.

Saya juga berharap jika jalan tersebut telah siap sepatutnya dibuka dan suka saya mengingatkan pihak Kementerian yang berkenaan janganlah charge dengan to! begitu mahal di antara Air Keroh dengan Senawang walaupun belum dibuka dan saya berharap Kementerian berkenaan membuat kajian dengan kadar tol yang tidak akan membebankan pemandu-pemandu yang ingin datang melawat ke Melaka. Sekian, terima kasih.

Timbalan yang di-Pertua: Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon.

5.19 ptg.

Puan Law Jack Yoon: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang bernama suatu Akta untuk meminda suatu Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang dijelaskan dalam manifesto Barisan Nasional, memang telah menjadi tradisi Kerajaan Barisan Nasional untuk melindungi hak-hak rakyat serta memajukan negara.

Begitu juga dalam projek pembinaan Lebuhraya Utara/Selatan ia juga mempunyai tujuan dan matlamat yang sama. Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, hasrat Kerajaan yang bertungkus Jumus demi kesejahteraan dan kebahagiaan bersama tidak harus disalah tafsirkan. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana projek tersebut berupa satu projek raksaksa yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar ia harus dilaksanakan secara berhati-hati dan terancang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kehancuran bagi sebarang projek raksaksa adalah wajar bagi Kerajaan:

(1) memberikan masa yang cukup bagi orang ramai melihatkan pendapat-pendapat mereka dan projek-projek seumpama ini dirancang dengan mengambil kira maklumbalas-maklum­balas tersebut.

(2) Detail-detail tentang projek tersebut harus disiarkan kepada orang ramai melalui media massa seperti surat khabar, Radio dan TV dan bukannya setakat diberikan kepada orang­orang tertentu sahaja. Ini adalah kerana projek ini melibatkan implikasi kebangsaan, politik serta implikasi artikal yang serius. Apatah lagi kalau ia

Page 66: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3361 16 JULAI 1987 3362

disalahtafsirkan, disalahguna atau diperalatkan oleh pihak­pihak tertentu.

(3) Kriteria yang terlibat dalam pemberian kontrak harus dijelaskan juga memandangkan hakikat bahawa kriteria tersebut adalah berbeza berbanding dengan apa yang biasa diamalkan dalam masyarakat commercial. Pendek kata sebarang projek tidak harus dilaksanakan secara tergesa­gesa atau dilaksanakan kerana hendak dilaksanakan.

Segala faktor-faktor yang mempengaruhinya sama ada faktor dalaman atau faktor luar harus dipertimbangkan dengan terperinci memandangkan kedudukan kewangan serta keadaan ekonomi negara yang masih tidak berapa menggalakkan. Lebih-lebih lagi dengan cara yang lebih teliti ini dapat kita elakkannya daripada dijadikan sebagai satu isu yang mungkin membawa kesan-kesan yang tidak diingini.

Tuan Yang di-Pertua, lebuhraya yang rosak perlu diperbaiki tetapi pernah saya terperangkap di dalam satu kesesakan jalan di sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur/Seremban selama 2 jam akibat satu pembinaan yang kecil sahaja. Mengapa sebarang kerosakan lebuhraya tidak boleh diperbaiki dalam waktu malam? Saya berpendapat terdapat beberapa kelebihan jika kerja-kerja tersebut dilakukan pada waktu malam. Kesesakan jalan tidak begitu serius pada waktu malam kerana bilangan kenderaan pada waktu malam adalah berkurangan jika . dibandingkan dengan bilangan kenderaan pada waktu-waktu yang lain. Yang kedua, cuaca pada waktu malam adalah lebih nyaman sudah pasti pekerja-pekerja kita akan lebih bersemangat. Mereka tidak perlu lagi berpenat Ielah serta bekerja secara bermati-matian di

bawah sinaran matahari yang cerah dan panas.

Tuan Yang di-Pertua, bertimbang rasa, bergotong-royong, bekerjasama, bersopan santun dan sikap berjiranan sebagaimana yang diketahui adalah merupakan amalan hidup kita bersama. Tetapi tahukah Yang Berhormat-Yang Berhormat wujud­nya satu amalan hidup baru di antara berbagai perbadanan, agensi Kerajaan tersebut. Sebarang jalan baharu sahaja dibina, beberapa hari kemudian datang Iori LLN dengan jenteranya untuk menggali dan menanam kabel, selepas itu jalan tersebut ditimbus semula, kira-kira seminggu lagi JPT pula datang kerana hendak memasang taliair. Sudah pasti Yang Berhormat-Yang Berhormat mengetahui apakah terjadinya kepada jalan baru tersebut. Mengapa perkara ini sering berlaku? Jawapannya ialah kerana tidak terdapat koordinasi yang baik di antara berbagai agensi tersebut. Saya berharap pihak-pihak berkenaan perlu mengambil berat tentang perkara ini. Kordinasi yang erat perlu diwujudkan di antara berbagai badan tersebut, misalnya melalui penubuhan satu jawatankuasa bersama, jika tidak ia bukan sahaja menjatuhkan kualiti lebuhraya kita tetapi juga membazirkan beribu-ribu ringgit secara sia-sia sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap pihak Kerajaan akan meneliti serta memberi perhatian yang serius ke atas perkara-perkara yang telah saya sebutkan tadi. Dengan ini saya ingin menyokong Rang Undang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia 1980. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ada lagi Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak berucap? Jika tidak ada, saya menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.

Page 67: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3363 16 .TULAI 1987 3364

5.36 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah turut membahaskan pindaan Rang Undang­undang ini. Untuk makluman Yang Berhormat, sukalah saya memberi penjelasan dan jawapan terhadap pandangan-pandangan serta teguran­teguran yang telah ditimbulkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Sivalingam telah menimbulkan soal Cukai Jalan (Road Tax) kenderaan perlu dikurangkan kerana pengguna-pengguna jalan raya pada masa ini dikenakan bayaran tol. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa Cukai J alan adalah ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan, dan untuk itu saya mintalah kepada Yang Berhormat kalau boleh mengemukakan permohonan untuk mengurangkan Cukai J alan ini kepada pihak Kementerian Pengangkutan. Walau bagaimanapun, pihak Kementerian Kerjaraya juga mengambil perhatian tentang cadangan yang dikemukakan oleh saudara Yang Berhormat.

Yang Berhormat Tuan Haji Jaatar bin Haron juga telah membangkitkan tentang pindaan terhadap seksyen 21 (1) yang mana adalah menjadi kebiasaan atau menjadi satu yang biasa di mana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selalu merujuk tentang pengambilan tanah yang terlibat di dalam pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan ini. Apabila rujukan dan consultation, dengan izin, telah dibuat di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, barulah pengambilan tanah itu boleh dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

Saudara Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin Haron juga telah

mengemukakan soal perlunya mengadakan lorong-lorong kecemasan untuk kenderaan-kenderaan yang rosak dalam perjalanan. login saya menyatakan di sini bahawa walaupun pada masa ini Lembaga Lebuhraya Malaysia tidak mengadakan lorong khas untuk tujuan ini, tetapi saya difahamkan bahawa "side-table", dengan izin, yang ada di sepanjang lebuhraya yang agak Iebar itu bolehlah saya ingat digunakan untuk tujuan kecemasan ini.

Yang Berhormat Tuan Haji Jaafar bin · Haron juga telah mencadangkan apa kiranya kalau Bulan Sabit Merah boleh beroperasi di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan ini. Saya kurang faham bagaimana caranya kita boleh melibatkan Bulan Sabit Merah untuk melibatkan diri di dalam penjagaan lebuhraya mt, tetapi kalaulah sekiranya Yang Berhormat Tuan Haji Haron ada mempunyai cadangan yang terperinci, kami daripada pihak Kementerian sentiasa mengalu-alukan cadangan itu dan akan sentiasa menimbangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bagi membolehkan Bulan Sabit Merah beroperasi di Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Sementara Yang Berhormat Tuan Ng Peng Hay juga telah menimbulkan supaya kemudahan-kemudahan telefon dan lain-lain kemudahan lagi dibekalkan di seluruh lebuhraya di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kemudahan ini memang akan dipertingkatkan dan sememangnyalah ada peruntukan di dalam pelaksanaan Lebuhraya Utara-Selatan dan ianya akan dipertingkatkan lagi apabila seluruh Lebuhraya Utara-Selatan ini siap nanti.

Mengenai soalan kedua, peraturan lalulintas yang telah tidak dipatuhi oleh kebanyakan pemandu-pemandu, untuk makluman Yang Berhormat bahawa pada masa ini kita ada menyediakan peronda-peronda lebuhraya yang seringkali membuat

Page 68: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3365 16 JULAI 1987 3366

rondaan di lebuhraya-lebuhraya yang digunakan oleh orang-orang awam. Jadi, peronda-peronda mi juga telah membuat tindakan-tindakan dan jika perlu untuk membawa pihak-pihak yang salah itu ke pihak mahkamah.

Mengenai cadangan-cadangan yang lain tentang masalah mengenai speed trap, dengan izin, yang mengikut Yang Berhormat diadakan di tengah jalan, saya ingat ini tidak betul. Apa yang mungkin dinyatakan oleh Yang Berhormat itu bahawa speed trap ini dibuat di seiring jalan, tetapi apabila seseorang pemandu didapati salah maka road block itu akan dibuat di tengah jalan untuk membolehkan si pemandu itu tadi berhenti untuk diambil tindakan.

Mengenai cadangan-cadangan tentang Lebuhraya Ku~la Lumpur­Karak, Kementerian Kerjaraya sedar tentang masalah-masalah yang terdapat di kawasan tersebut dan akan mempertingkatkan lagi tanda-tanda keselamatan dan juga lampu-lampu di kawasan atau di dalam terowong yang telah tidak marak yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Mengenai pembukaan Jalan raya Senawang-Air Keroh, sukalah saya menyatakan di sini bahawa jalan raya ini akan dibuka kepada public pacta 1hb Ogos, 1987 dan saya harap Yang Berhormat akan bersabar kerana masa tidak berapa lama lagi untuk Yang Berhormat boleh menggunakan lebuhraya itu ..... .

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya membuat penjelasan?

Tuan Osu bin Haji Sukam: Boleh.

Timbalan Dipersilakan.

Yang di-Pertua:

Tuan Ng Peng Hay: Saya ada dua perkara hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan membuat penjelasan, iaitu

saya berpengalaman sekali di Lebuhraya Kuala Lumpur dengan Seremban di mana pegawai polis berdiri di tengah-tengah lebuhraya menahan kereta, membuat speed trap, dengan izin. Saya berharap Yang Berhormat membuat siasatan dan berharap pegawai-pegawai polis tidak melanggar peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya.

Yang kedua penjelasan saya, saya minta Yang Berhormat menjawab kepada Dewan yang mulia ini, apakah kadar ataupun bayaran yang akan dikenakan kepada pemandu-pemandu kereta apabila lebuhraya di antara Air Keroh dengan Senawang dibuka.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk penjelasan tentang speed trap tadi, sukalah saya menjelaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab membuat speed trap itu bukanlah di tengah jalan. Kalau dia buat speed trap di tengah jalan untuk orang slow down, dengan izin, sudah tentu dia tidak akan boleh melaksanakan speed trap itu. Yang menjadi kebiasaan, speed trap itu dibuat dengan tidak pengetahuan pemandu-pemandu kereta dan apabila terdapat seseorang pemandu itu melebihi had laju, barulah tindakan road block untuk si pemandu itu tadi disuruh berhenti supaya tindakan dapat diambil atau amaran dapat dibuat kepada pemandu itu tadi.

Mengenai soal bayaran to!, sukalah saya nyatakan di sini bahawa to! itu ditetapkan oleh Kabinet dan Ahli Yang Berhormat akan dimaklumkan apabila Kabinet membuat keputusan terhadap berapa banyakkah to! itu.

Ahli Yang Berhormat Puan Law Jack Yoon telah menimbulkan tentang masalah penswastaan yang kurang diberi pengetahuan umum kerana perkara ini telah ditimbulkan oleh pihak-pihak Pembangkang tidak berapa lama dahulu.

Page 69: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3367 16 JULAI 1987 3368

Izinkan saya menyatakan di sini dan untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini bahawa Dewan ini juga telah dijelaskan beberapa kali di dalam persidangan-persidangan Dewan ini yang lalu oleh Yang Berhormat Menteri Kerjaraya bahawa tender untuk penswastaan Lebuhraya Utara­Selatan itu telah pun ditawarkan secara terbuka kepada semua syarikat­syarikat awam yang berdaftar melalui iklan akhbar tempatan yang disiarkan pada 24hb Februari, 1986 dalam dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Hasil dari penyiaran iklan ini sebanyak 138 syarikat tempatan yang berminat telah pun datang untuk mendapatkan maklumat ian jut.

Selain daripada itu JUga, Kementerian Kerjaraya telah mengadakan satu taklimat terbuka pada 7hb Mac, 1986 kepada semua yang berminat bagi memberikan penerangan yang lebih jelas, yang lebih terperinci mengenai tujuan terse but.

Jadi, walaupun Kementerian Kerja­raya telah mengambil tindakan yang perlu untuk memaklumkan perkara itu kepada rakyat jelata, ada sahaja pihak-pihak yang tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk menimbulkan satu-satu masalah hasil daripada rancangan kita untuk menswastakan Lebuhraya Utara­Selatan ini.

Mengenai dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh Senator Puan Law Jack Yoon juga tentang korek­mengorek jalan raya yang baru sahaja siap, saya inginlah menyatakan di sini bahawa di Dewan yang mulia ini sebentar lagi kita akan membahaskan pindaan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan raya, 1987 yang mana apabila diluluskan akan memberikan peruntukan kepada Kementerian Kerjaraya dan Jabatan Kerjaraya untuk menyelaraskan

kerja-kerja korek-mengorek itu dan kita harap apabila kita diberikan kuasa untuk menyelaraskan kerja-kerja itu, apa juga masalah yang timbul terdahulu daripada ini akan dapat kita kurangkan dan akan dapat kita perbaiki.

Jadi, mengenai teguran-teguran dan cadangan-cadangan yang lain yang telah ditimbulkan atau yang telah tidak sempat saya jawab, sukalah saya menyatakan di sm1 bahawa Kementerian Kerjaraya meng-ucapkan ribuan terima kasih di atas teguran-teguran itu dan insya Allah kami di pihak Kementerian akan sentiasa peka kepada teguran­teguran yang telah ditimbulkan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Timbalan Yang dj-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTANJALAN

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.57 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajjah Zaleha binti

Page 70: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3369 16 JULAI 1987 3370

Ismail): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang bernama "suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pengawalseliaan kenderaan­kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan lain yang berkenaan dengan jalan­jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya; bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko-risiko yang berbangkit daripada penggunaan kenderaan­kenderaan motor; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi pengangkutan; bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi pem­binaan dan penyesuaian kenderaan­kenderaan motor; dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud­maksud yang berkaitan", dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pengangkutan Jalan 1987 merupakan satu Rang Undang-undang baru yang menggantikan Undang-undang asal iaitu Ordinan Lalu-lintas Jalan 1958 dalam mengawal pembangunan Industri Pengangkutan Jalan di seluruh negara.

Asas pertimbangan dalam penggubalan Undang-undang baru ini ialah untuk membuat peruntukan mengenai kawalseliaan kenderaan­kenderaan motor dan lalu-lintas di jalan-jalan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan jalan-jalan dan kenderaan-kenderaan di atasnya bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko-risiko yang berbangkit dari penggunaan kenderaan-kenderaan motor bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemud-ahan-kemudahan pengang-kutan bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan

pengawalan cara-cara dan kemudahan pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud-maksud yang berkaitan.

Skop Akta 1987 adalah lebih luas jika dibandingkan dengan Ordinan 1958 yang tidak meliputi cara-cara dan kemudahan-kemudahan pembinaan dan r penyesuaian kenderaan­kenderaan motor. Akta 1987 ini juga menghapuskan kelemahan­kelemahan, dengan izin, loopholes yang wujud dalam perundangan yang sedia ada dan membolehkan tindakan­tindakan penguatkuasaan yang berkesan diambil.

Deraf Akta Pengangkutan J alan yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini telah terlebih dahulu diberi kepada 20 buah persatuan dan organisasi swasta yang ada kaitan dengan pengangkutan jalan raya. Ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan, ulasan-ulasan dan cadangan pihak luar ke atas cadangan mengadakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menggantikan Ordinan Lalulintas Jalan 1958 yang telah berusia hampir 30 tahun.

Sehubungan dengan itu, Kementerian telah menerima maklum balas yang amat memuaskan daripada persatuan-persatuan dan organisasi swasta terhadap cadangan Akta ini. Satu majlis perbincangan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan telah diadakan untuk membincangkan ulasan dan usul-usul yang dikemukakan. Hasil dari perbincangan yang telah diadakan ini beberapa cadangan yang sesuai telah dimasukkan ke dalam cadangan Akta. Terdapat juga peruntukan yang sedia ada di dalam cadangan Akta dipinda selaras dengan ulasan yang telah diberikan oleh pihak persatuan dan organisasi swasta.

Secara ringkasnya kandungan Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebenarnya

Page 71: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3371 16 JULAI 1987 3372

masih lagi berdasarkan struktur Ordinan Lalu-lintas Jalan 1958 kecuali Bahagian V Ordinan yang berkaitan dengan pengawal-seliaan pengangkutan perdagangan tidak dimasukkan lagi ke dalam Akta 1987. Pindaan pemansuhan dan penambahan adalah dibuat untuk membolehkan dasar-dasar dan program baru Kerajaan dilaksanakan untuk mempertingkatkan taraf keselamatan di bidang pengangkutan serta memperbaiki perkhidmatan­perkhidmatan yang diberi kepada pengguna-pengguna jalan.

Seksyen 10 (4) membolehkan pihak Kerajaan melaksanakan dasar mengenai had umur dan kegunaan bagi kenderaan-kenderaan motor melalui urusan pendaftaran sesebuah kenderaan. Jika sesebuah kenderaan melebihi umur yang akan ditetapkan oleh pihak Kerajaan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mempunyai kuasa untuk menolak permohonan bagi pendaftaran kenderaan tersebut.

Seksyen 15 (2) hingga (5) membolehkan Jabatan Pengangkutan Jalan mengutip tunggakan pembayaran lesen kenderaan motor, yakni cukai jalan. Ketika ini Jabatan Pengangkutan Jalan hanya mengutip bayaran lesen kenderaan motor bagi tempoh mulai daripada hari apabila pemunya-pemunya kenderaan datang ke jabatan tersebut untuk membarui lesen mereka. Di bawah Akta 1987 mana-mana pemunya yang tidak menggunakan kenderaan-kenderaan mereka di jalan raya, dengan izin, laid up, hendaklah membuat pengisytiharan dalam borang yang akan ditetapkan, iaitu kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa kenderaan-kenderaan itu telah tidak digunakan lagi. Jika pemunya-pemunya tidak berbuat demikian dan mereka datang ke Jabatan Pengangkutan Jalan kemudiannya untuk membaharui lesen kenderaan motor, maka jabatan

tersebut akan mengenakan pembayaran mulai daripada tarikh Iesen itu tamat dan bukan pada hari pembaruan lesen dibuat. Di samping itu seseorang yang menggunakan suatu kenderaan motor setelah membuat pengisytiharan adalah melakukan kesalahan, apabila sabit, boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000. Dasar mengutip tunggakan pembayaran lesen kenderaan motor ini ialah untuk mengelakkan kehilangan basil Kerajaan.

Seksyen 17 (1) (e) membolehkan pihak Kerajaan mempastikan bahawa kenderaan-kenderaan motor sentiasa berada dalam keadaan mekanikal yang baik dan keadaan selamat di jalan. Kenderaan-kenderaan yang tidak berada dalam keadaan begitu tidak akan dilesenkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Seksyen 29 (1) bertujuan menjamin bahawa pemandu-pemandu sentiasa cekap memandu. Apabila satu lesen memandu tamat tempoh sah lakunya, pemandu diberi 5 tahun dalam Ordinan 1958 untuk membaharui lesennya. Selepas 5 tahun lesen tidak boleh diperbaharui dan pemandu berkenaan hendaklah menjalani ujian memandu di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan. Dalam Akta 1987 tempoh 5 tahun itu telah dipendekkan kepada 3 tahun.

Seksyen 36 membolehkan pihak Kerajaan mengambil salah satu tindakan yang lebih berkesan untuk mencegah penyalahgunaan dadah. Seseorang yang diiktirafkan penagih dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak dibenarkan memegang lesen memandu.

Seksyen 66, perenggan (ii) hingga (pp) membolehkan pihak Kerajaan melaksanakan beberapa dasar baru untuk menjamin keselamatan jalan raya dan mengawalselia perkembangan-perkembangan baru di bidang pengangkutan jalan. Antaranya ialah kuasa-kuasa bagi

Page 72: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3373 16 JULAI 1987 3374

menetapkan bilangan orang yang boleh dibawa atas mana-mana kenderaan motor, mengawalselia penggunaan apa-apa jenis bahan api yang digunakan bagi maksud menggerakkan kenderaan motor, memperkenalkan penggunaan alat penganalisis nafas serta ujian darah dan kencing pemandu-pemandu kenderaan motor, mengawalselia penarikan pendaftaran kenderaan motor yang tidak sesuai dibaiki oleh kerana kemalangan dahsyat, umur tua atau sebab-sebab lain, mengawalselia pengubahan dan penyesuaian kepada kenderaan motor berdaftar, mengawal model kenderaan motor yang diperkenalkan dan mengawalselia kualiti pembuatan dan pemasangan kenderaan motor dan mekanisma pemanggilan kembali. Butir-butir mengenai prosedur-prosedur dan cara­cara bagi melaksanakan dasar-dasar ini akan termaktub di kaedah-kaedah baru di bawah Akta 1987 dan perundingan akan diadakan dengan pihak swasta, jika perlu, sebelum kaedah-kaedah tersebut diwartakan.

Seksyen 69 membolehkan Menteri Pengangkutan menetapkan had laju nasional yang hendak dipatuhi oleh pemandu-pemandu di seluruh negara ini. Had laju nasional ini yang akan disiarkan dalam Warta dan ditetapkan dengan mengambil kira beberapa faktor, termasuk keselamatan jalan raya, ekonomi pengangkutan, penjimatan bahan api, perkembangan teknologi pembuatan kenderaan motor dan taraf pembinaan jalan raya di negara ini.

Seksyen 74 memberi keutamaan kepada orang-orang cacat di negara ini, yang akan diperuntukkan dengan tempat khas bagi meletakkan kenderaan mereka.

Seksyen 104 mengkehendaki semua pengambil polisi insurans motor memberitahu kepada Syarikat Insurans, secepat mungkin mengenai apa-apa kejadian yang boleh

membangkitkan suatu tuntutan di bawah satu polisi. Ini akan mempermudahkan orang-orang awam khasnya mangsa-mangsa kemalangan jalan raya yang tidak bersalah, membuat tuntutan insurans pihak ketiga bagi kerosakan kenderaan mereka.

Seksyen 125 membolehkan Menteri Pengangkutan melalui kaedah-kaedah memberi kuasa kepada mana-mana orang di atas syarat-syarat tertentu untuk menjalankan apa-apa fungsi Pengarah, misalnya pembaharuan lesen kenderaan motor bagi motosikal oleh Jabatan Pos. Dengan langkah ini perkhidmatan pembaharuan lesen akan dapat diperluaskan ke tempat­tempat atau ke kawasan yang lebih jauh, misalnya di luar bandar di mana tidak terdapat Jabatan Pengangkutan Jalan.

Seksyen 126 pula membolehkan Menteri Pengangkutan memberi kuasa atau memberi suatu lesen di atas syarat-syarat yang difikirkannya patut kepada mana-mana syarikat, orang atau orang-orang untuk menjalankan apa-apa aktiviti Jabatan Pengangkutan Jalan. Misalnya cadangan untuk pemeriksaan kenderaan motor perdagangan diswastakan kepada sebuah dua syarikat pemasangan kereta.

Dari segi mengetatkan tindakan­tindakan penguatkuasaan serta menghapuskan kelemahan-kelemahan perundangan, dengan izin, loopholes yang wujud sekarang di Ordinan 1958, sebahagian besar hukuman di Akta baru dinaikkan, lebih kurang 2 kali ganda daripada jumlah hukuman Ordinan yang sedia ada. Di samping itu agensi-agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Polis, Jabatan Kerjaraya, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah diberi kuasa-kuasa tambahan untuk

Page 73: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3375 16 JULAI 1987 3376

membolehkan mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Di Seksyen 2, tafsiran "jalan" diperluaskan untuk membolehkan agensi-agensi penguatkuasaan mengambil tindakan ke atas orang­orang yang menggunakan mana-mana bahagian jalan terutamanya bahu­bahu jalan. Di Ordinan 1958 apabila agensi-agensi penguatkuasaan mengadakan sekatan jalan, pemandu­pemandu Iori yang mengetahui operasi tersebut sentiasa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan dan Pegawai-pegawai Penguatkuasaan tidak dapat memberi saman kepada mereka, oleh kerana mereka tidak berada di jalan. Dengan memasukkan bahu jalan ditafsirkan "jalan" di Akta 1987, maka saman boleh dikeluarkan kepada mereka.

Seksyen 17 (1) (d) memerlukan seseorang menyelesaikan apa-apa kes kesalahan lalulintas dengan Jabatan Pengangkutan J alan a tau Polis sebelum Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan mengeluarkan atau membaharui lesen kenderaan kepada orang tersebut.

Seksyen 55 membolehkan pegawai­pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang berpakaian seragam untuk memberhentikan kenderaan motor di jalan raya apabila diperlukan. Dalam. Ordinan 1958, kuasa ini hanya diberi kepada Polis dan warden lalulintas Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur. Kementerian Pengangkutan berpendapat kuasa ini patut diberi juga kepada pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang berpakaian seragam oleh kerana apabila mereka membuat rondaan di jalan-jalan, mereka diperlukan memberhentikan kenderaan motor yang disyaki melakukan kesalahan lalulintas untuk mendapatkan maklumat daripada pemandu-pemandu mengenai butir­butir lesen memandu atau kenderaan yang terfibat dan menyemak

dokumen-dokumen tersebut sama ada palsu atau sebaliknya.

Seksyen 63 (1) memperuntukkan bahawa jika mana-mana orang yang mengawal mana-mana kenderaan motor memindahkan muatannya atau mana-mana bahagiannya bila-bila masa sebelum kenderaan motor itu ditimbang, dia adalah melakukan suatu kesalahan. Di bawah Ordinan 1958, pemindahan muatan sedemikian tidak menjadi kesalahan, dan ini menyulitkan usaha-usaha Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemandu­pemandu yang membawa muatan melebihi had berat dalam muatan yang dibenarkan.

Seksyen 64 (3) membolehkan pihak Polis, Pegawai-pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan dan pegawai­pegawai Dewan Bandaraya yang diberi kuasa, untuk merampas sesuatu kenderaan motor yang didapati melanggari Akta ini pacta bila-bila masa didapati bahawa kenderaan itu atau pemandunya tidak dapat dikenalpasti dengan secukupnya atau mengelakkan berlakunya lagi kesalahan itu dan kenderaan itu boleh ditahan sehingga apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta ini bagi pengalihan dan penahanannya dibayar.

Seksyen 78 memberi kuasa kepada pegawai-pegawai penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak Polis meletakkan tanda sekatan jalan di jalan raya bagi maksud kerja penguatkuasaan. Di Ordinan 1958, kuasa ini hanya diberi kepada pihak polis. Jabatan Pengangkutan Jalan memerlukan kuasa ini untuk membolehkan mereka menjalankan penguatkuasaan yang aktif, sama ada berdasarkan rancangan yang telah diatur, dirancangkan a tau laporan dari orang ramai. Ini kadangkala mengkehendaki tindakan segera dan cara yang tersendiri Jabatan tersebut bagi mencapai kekesanan.

Page 74: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

---- - - --------------------------------------------

3377 16 JULAI 1987 3378

Seksyen-seksyen 81 dan 82 membolehkan tindakan diambil terhadap seseorang yang menganjurkan atau mengambil bahagian, dalam pertandingan memandu secara haram serta perlucutan hak kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam pertandingan tersebut. Kuasa-kuasa ini sangat diperlukan oleh kerana pertandingan secara haram tersebut berselerak di bandar-bandar besar di negara ini dan membahayakan pengguna-pengguna jalan raya yang lain, serta melibatkan perjudian oleh penganjur, peserta­peserta dan orang-orang yang menyaksikan pertandingan tersebut.

Seksyen 85 (1) (c) membolehkan Menteri Kerjaraya berkaitan dengan jalan Persekutuan dan Pihak Berkuasa yang sesuai berkaitan dengan jalan selain daripada jalan Persekutuan mengawalselia apa-apa jenis kerja di dalam, pada, di atas ataupun di bawah apa-apa jalan. Dengan kuasa ini adalah diharapkan kerja-kerja korek­mengorek jalan dapat diselaraskan.

Seksyen 88 (2) membolehkan Menteri Kerjaraya membuat kaedah kaedah bagi menjaga kebersihan jalan-jalan Persekutuan.

Seksyen 114 membolehkan pegawai-pegawai Jabatan Pengang­kutan Jalan mendapatkan maklumat berkaitan dengan kes yang disiasat supaya tindakan-tindakan dapat diambil terhadap teksi-teksi haram, pemajakan lesen perdagangan, bas ekspres haram, bas kilang yang mengambil penumpang orang awam dan kegiatan meminda lesen kenderaan motor, lesen memandu, sijil pendaftaran dan lain-lain dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Seksyen 120 membolehkan Pegawai-pegawai Jabatan Pengang­kutan Jalan mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan oleh Menteri Pengangkutan di dalam Akta atau mana-mana Kaedah yang dibuat

di bawahnya. Di Ordinan 1958, Pegawai-pegawai Jabatan tersebut hanya boleh mengkompaun kesalahan-kesalahan berkaitan _kenderaan-kenderaan perdagangan. Amaun kompaun yang maksima akan dinaikkan dari $100 di Ordinan 1958 kepada $300 dalam Akta ini.

Seksyen-seksyen 2, 66 (11) dan 17 membolehkan agensi-agensi penguat­kuasaan mengambil tindakan­tindakan yang lebih giat terhadap Iori­lori yang membawa muatan berlebihan. Semua kenderaan yang terlibat akan ditimbang dengan mesin penimbang, termasuk Iori kayu balak. Pas memindah basil keluaran hutan yang diiktirafkan bagi menentukan berat kayu balak Ordinan 1958 tidak akan dipakai lagi.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan seksyen-seksyen yang dihuraikan tadi merupakan seksyen-seksyen utama yang berbeza daripada peruntukan di Ordinan 1958 yang digubal dengan mengambilkira kepentingan orang ramai. Oleh kerana peruntukan-peruntukan mengenai pengawal-seliaan kenderaan-kenderaan perdagangan tidak dimasukkan di Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebaliknya adalah termaktub di Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987, maka kedua-dua Akta tersebut akan menggantikan semua peruntukan yang sedia ada di Ordinan Lalulintas Jalan 1958.

Saya ingin memaklumkan di Dewan ini bahawa Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan tambahan di mana amaunnya tidak dapat ditentukan sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon men yo kong.

Page 75: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3379 16 JULAI 1987 3380

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu Akta bagi membuat peruntukan niengenai pengawal­seliaan kenderaan-kenderaan motor dan lalulintas di jalan-jalan dan perkara-perkara lain yang berkenaan dengan jalan-jalan dan kenderaan­kenderaan di atasnya bagi membuat peruntukan mengenai perlindungan pihak ketiga terhadap risiko-risiko yang berbangkit daripada penggunaan kenderaan-kenderaan motor bagi membuat peruntukkan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara­cara dan kemudahan-kemudahan bagi pengangkutan bagi membuat peruntukan mengenai penyelarasan dan pengawalan cara-cara dan kemudahan-kemudahan bagi pembinaan dan penyesuaian kenderaan-kenderaan motor dan bagi membuat peruntukan mengenai maksud-maksud yang berkaitan dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Sila Yang Berhormat Puan Ainon.

6.18 ptg.

Puan Ainon binti Aritlin: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong penuh kepada Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan 1987 yang baharu dibentangkan oleh Timbalan Menteri daripada Kementerian Pengangkutan yang sesungguhnya merupakan satu Akta yang ditunggu, dinanti dan sangat diminati serta akan memberi kekesanan yang baik kepada masyarakat ramai khasnya mengenai lalulintas di negara kita ini.

Kita telah mendengar huraian yang panjang Iebar. Atas kesedaran daripada Kerajaan melalui Kementerian yang berkenaan mengenai beberapa kelemahan-kelemahan dari segi undang-undang di negara kita ini mengenai perkara pengangkutan jalan ini hingga

terdapat berbagai-bagai rungutan, sungutan, rasa tidak puashati, malahan pernah ada mogok, tunjuk perasaan dan lain-lainnya kerana beberapa kelemahan undang-undang lama kita yang kita dengar tadi sudah 30 tahun tidak pernah diubahsuaikan atau dikaji ataupun dibuat apa-apa pembaharuan. Lebih-lebih lagi undang-undang ini telah dikaji dengan begitu teliti, disusun begitu rapi merangkumi segala aspek kemudahan, ketenteraman, keselesaan dan juga kelancaran kepada hal ehwal pengangkutan jalan. Telah pun diberikan peluang kepada orang ramai untuk sama-sama mempertikai­kannya, memperbincangkannya.

Tadi kita dengar 20 persatuan telah diajak berbincang, bermesyuarat, telah diminta fikirannya, dan telah diambilkira segala pandangannya lalu disusun rapi menjadi satu Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan yang akan kita bahaskan dan yakin akan diluluskan. Setelah undang­undang ini nanti diluluskan, tidaklah ada Iagi di antara kita atau puak-puak mana yang suka mencari salah, yang suka menegur, yang suka mencacat, yang suka kerjanya menjadi tukang bangkang kepada semua perkara yang telah dibuat oleh Kerajaan walaupun perkara itu sangat baik, sangat bagus dan banyak memberikan faedah­faedah. Undang-undang yang setebal 178 muka ini, Tuan Yang di-Pertua, mengandungi berbagai-bagai pindaan kemasukan pertambahan baru dan juga merangkumi segala ehwal-ehwal yang terpencil.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara daripada Rang Undang­undang ini iaitu satu daripadanya, Tuan Yang di-Pertua, ialah di muka surat 15 iaitu seksyen 3 (2) dan (3) di mana suatu kuasa yang disebut di sini, Ketua Pengarah diberikan kuasa untuk menyelaraskan, untuk membatalkan mengenai perkara­perkara yang dilakukan oleh peringkat

Page 76: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3381 16 JULAI 1987 3382

negeri mengenai kawasan pendafta~an dan juga kuasa untuk behau menetapkan pakaian seragam bagi pegawai-pegawai pengangkutan jalan. Tidak dinafikan selama ini, ini juga menjadi satu bahan sungutan kerana tidak selaras antara negeri dengan negeri di dalam negara yang bernama Malaysia ini. Dengan adanya undang­undang ini nanti, pindaan ini akan selaraslah segala-segalanya. Tidak ada lagi yang bertindih-bertindan ataupun tidak ada lagi nanti yang akan bertelagah atau berseliseh kerana sepatutnyalah diselaraskan segalanya kerana negara kita sudah maju dan telah mendapat pujian daripada negara luar mengenai sistem jalan raya, pengangkutan yang agak terbaik di Asia Tenggara ini.

Perkara lain yang ingin saya sentuh dalam masa yang sedikit ini ialah mengikut muka surat 33 seksyen dalam Akta 17 (1) (d) iaitu memberi kuasa kepada Pengarah JPJ menolak atau menggantung atau membatalkan lesen kenderaan motor pada pemohon-pemohon yang mempunyai kes-kes kesalahan lalulintas yang mereka belum selesai dengan JPJ atau Polis. Ini sangat wajar kerana sebelumnya, setelah tidak jatuh hukum setengahnya tidak digantung lesennya, bebas dia, boleh lagi dia melakukan kesalahan kerana biasanya yang melakukan kesalahan ini ialah mereka yang tidak mahu patuh kepada undang-undang dan peraturan­peraturan. Mereka yang suka men~ad! hero jalan raya, mereka yang menJa~h jalan raya sebagai hob1 tempat d1a melepaskan kepuasan hati, membawa kenderaan dengan laju, memotong di sebelah kiri, ataupun kalau ada sesiapa sahaja, antaranya katal~h seorang gadis lawa memotong d1~, maka naiklah rangsangannya, lalu d1a pun pecut laju-laju, potong pula kereta itu tanpa memperduhkan keselamatan pihak-pihak yang lain. Banyak antara punca-punca kemalangan jalan raya ialah sifat atau

sikap pemandu-pemandu yang rakus yang hanya memikirkan dirinya sahaja. Ini salah satu sebab musabab mengapa terlalu banyak kemalangan lalulintas di jalan raya.

Tidak juga dinafikan pernah disebut di Dewan ini, ada Iori-Iori yang ego kerana dia merasakan dia itu besar, dia kebal bertayar 6, bertayar 8 dan dia gagah menjadi raksasa di at~s jalan raya. Kalau ada kereta yang laJU yang ingin memotongnya ker.ana satu-s~tu sebab dia akan mengeJar kereta 1tu dan ;kan menyinggung kereta itu seolah-olah seperti racing di jalan raya dan menyebabkan kemalangan­kemalangan dahsyat. Pe.r~ah berlaku di depan mata saya sendm.

Satu ketika iaitu dari Kuala Lumpur mengarah ke Kuantan, sebuah lor! telah mengejar sebuah kereta yang d1 dalamnya dua kelamin dan empat orang anak. Lori ini telah mengejar kereta berkenaan, kemudian menyinggung lalu kereta itu terhumban ke sebelah jalan lalu bergolek jatuh ke parit dan menyebabkan empat anak dalam kereta itu meninggal dunia. Sedangkan Iori yang berkenaan telah lari dengan lajunya. Mujurlah kami ada kereta-kereta di belakang sempat mengambil nombornya dan telah membantu menyelamatkan keadaan itu melaporkan kepada pihak Polis di Temerloh sewaktu sebelum sampai di Kuantan. Ini merupakan kejadian di depan mata. Didapati pemandu yang berkenaan orang muda yang masih lagi gila dengan kemudaannya dan tidak mahu mematuhi hal ehwal jalan raya. Jadi, dengan adanya perkara­perkara barangkali saya ras~ d~patlah dicegah perlumbaan yang s1a-sm yang membawa kepada maut.

Satu perkara lagi, Tuan Yang di­Pertua, dalam Akta ini ialah mengenai muka sur at 33, Seksyen 17 ( 1) (e) memberi kuasa lagi kepada Pengarah JPJ-nampaknya banyak kua~a diberikan kepada Pengarah, mungkm

Page 77: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3383 16 JULAI 1987 3384

Pengarah akan syok, tetapi kuasa jangan diselewengkan kerana m1 mandat orang ramai iaitu menolak permohonan mendapatkan lesen kenderaan motor kepada kenderaan­kenderaan yang tidak selamat menggunakan jalan raya. Pada sidang Dewan yang mulia yang lalu, saya pernah juga membangkitkan masalah kereta buruk, kereta-kereta yang sudah teruk yang gearbox tidak boleh dipakai lagi yang apabila berjalan bunyi innaallah kuatnya meletup­meletup sampai tidak boleh kedengaran kiri kanan, mengeluarkan asap berkepul-kepul seolah-olah seperti satu kebakaran tetapi masih Jibenarkan juga berjalan. Ini berlaku pada bas ekspres, Iori-Iori dan juga mini bas. Syukurlah dengan adanya undang-undang ini nanti, kita harap Iagi tiga empat bulan perkara ini tidak ada Iagi di jalan-jalan raya kerana, Tuan Yang di-Pertua, negara kita ini sudah terdedah sangat dengan air pollution, dengan izin, ataupun kecemaran udara. Asap-asap ini mengandungi bahan-bahan chemical yang membahaya manusia. Apabila kita sedut, ianya boleh memulakan penyakit kanser. Demikian kata pakar-pakar yang bijak dalam hal ehwal yang demikian. Jadi, baik sangatlah semoga dengan ini kecemaran udara tidak akan bertambah-tambah teruk atau bertambah buruk di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga menyentuh di muka surat 45 seksyen 28 iaitu mengiktiraf Iesen memandu dikeluarkan oleh negara­negara anggota ASEAN. Saya rasa sudah sampai masanya sesuai dengan negara kita ini yang ingin mencari sumber pendapatan dari pelancongan. Kita sudah ada Kementerian Pelancongan sendiri. Biarlah pelancong-pelancong dari negara ASEAN ini rasa seronok datang ke Malaysia sew a kereta, dia boleh enjoy, drive keretanya sendiri kalau ada kawan-kawan, tidak kiralah Ielaki atau

perempuan, dan dia boleh lihat keindahan negara kita, melalui dia sendiri membawa kereta kerana ada orang seronok membawa keretanya sendiri, mungkin dia kaya, negerinya banyak driver, selalu sahaja dikongkong oleh driver, tetapi sampai di sini dia boleh melancong bersendiri dan lesen yang diiktiraf. Tetapi hendaklah diawasi almaklum negara kita terkenal sebagai sebuah negara yang menjadi transit kepada aldadah. Takut pula nanti kesempatan yang diberi ini kerana mereka itu dari negara jiran, pelancong, maka kita beri pula beberapa kekenduran dari segi pengawasan, tidak juga mustahil kalau ada nanti antara mereka itu yang melancong sambil, saya tidak menuduh, kemungkinan kerana ada berlaku, sambil mereka membuat perniagaan dagangan maut ini. Jadi, elok juga diberikan pengawasan yang rapi di samping kita memberi kelulusan kepada lesen untuk negara­negara A SEAN.

Tuan Yang di-Pertua, di muka surat 45 iaitu seksyen 29 (1) (b) dan (c) meletakkan lesen memandu sah sehingga tiga tahun. Ini, Tuan Yang di-Pertua, kita rasa tiga tahun sekarang ini lima tahun, rasa-rasanya wajar juga lima tahun itu. Sebabnya setiap orang yang memegang Iesen ini sudah diuji, sudah diteliti mereka itu memang wajar. Jadi daripada bersesak membaharui Iesen daripada tiga tahun, baiklah lima tahun. Walau macam manapun, mungkin ini telah ditimbang, telah diteliti dari berbagai keadaan yang lain, maka dibuat ianya tiga tahun. Tetapi pendapat saya kalau lima tahun pun tidak timbul apa-apa kesukaran malahan mungkin boleh meredakan kesesakan pembaharuan lesen di JPJ di negeri dan di daerah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Yang Berhormat boleh menyambung besok hari.

Page 78: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3385 16 JULAI 1987 3386

Puan Ainon binti Ariffin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

USUL

PENANGGUHAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Haji Hussein bin Ahmad): Tuan Yang di­Pertua, saya mohon mencadangkan, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 15 (3), mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Kasitah bin Gaddam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Usul itu.

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

PEMBEKALAN MAKANAN

6.30 ptg.

Tuan R. M. Jasni: Tuan Yang di­Pertua, saya lebih dahulu mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menyampaikan ucapan tangguhan yang mengenai pernbekalan makanan di sekolah­sekolah berasrama dan juga di kern­kern tentera.

Kelembapan ekonorni dunia rnenyebabkan ekonomi negara turut terjejas dan pekerjaan untuk rakyat serta peluang-peluang perniagaan sernakin berkurangan. Untuk hidup rakyat terpaksa rnencari aka! dengan apa cara sekalipun asalkan dapat merebut peluang-peluang tersebut.

Para kontraktor pembekal makanan, baik di sekolah-sekolah menengah yang berasrama atau kern­kern tentera dan di rumah-rumah sakit, bersaing hebat untuk merebut peluang-peluang tawaran dengan meletakkan harga tawaran di bawah paras minima harga barangan yang

terdapat di pasaran di Sabah, terutamanya di daerah-daerah pendalaman. Disebabkan oleh persaingan hebat ini, tawaran harga pembekal sernakin turun atau semakin murah dari setahun ke setahun.

Sebagai satu contoh, saya ambil sebuah sekolah menengah berasrama dan sebuah sekolah vokasional di kawasan pendalaman seperti berikut:

SEKOLAH MENENGAH

Tahun

1985 ..

1986 ..

Harga pembiayaan

seorang pelajar

$3.85 sen

$3.39 sen

Saya percaya tawaran 1987 telah pun dikeluarkan sewaktu saya berangkat. Harga terakhir tidak saya perolehi tetapi saya berharap harga itu tidak terus menurun.

SEKOLAH VOKASIONAL

Tahun

1985 ..

1986 ..

1987 ..

Harga pembiayaan

seorang pelajar

$4.30 sen

$4.30 sen

$3.20 sen

Daripada perbandingan ini, harga tawaran pembekalan makanan bukan sahaja terus menurun tetapi pernbekalan di sekolah vokasional nampaknya di akhir-akhir ini lebih murah daripada di sekolah menengah. Pada faham saya pelajar-pelajar di sekolah vokasional lebih banyak menggunakan tenaga berat yang berhubungan dengan pembelajaran rnereka dan lebih cepat membakar kalori yang diperolehi.

Page 79: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3387 16 JULAI 1987 3388

Saya memang menyokong apa juga cara bagi menentukan pengambilan atau penerimaan tawaran yang bertujuan untuk menjimatkan perbelanjaan negara, terutamanya di dalam menghadapi keadaan sekarang. Setiap Kementerian diharuskan berjimat cermat mengatur belanjawan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai saya difahamkan dan disokong pula oleh penelitian saya di sekolah-sekolah yang berkenaan yang saya lawati; sungguhpun harga tawaran ke atas pembekalan makanan di sekolah­sekolah berasrama turun dan dianggap murah dan ini dengan sendirinya perbelanjaan negara turut menurun. Tetapi terdengar sungutan para pelajar, mutu makanan yang dibekalkan turut juga menurun. Sebagai logiknya setiap barang baik, mutunya tinggi dan harganya baik. Barang murah, mutunya pun rendah. Kerajaan tentu sedar bahawa harga tawaran yang rendah tidak bererti harga barangan di pasaran telah menurun lebih murah dari setahun ke setahun. Sebagai kita semua maklum kalaupun harga barangan tidak meningkat naik, harganya tetap pacta paras yang tinggi, kos pengangkutan, pengendalian juga tidak pernah berubah menjadi lebih murah.

Sebagai saya telah sebut bahawa di samping negara mendapat faedah daripada persaingan yang hebat di kalangan para pembekal makanan di sekolah-sekolah atau di kern-kern pasukan bersenjata kita, kita juga berharap penerimaan tawaran yang lebih murah itu tidak menguntungkan di satu pihak dan merugikan di pihak yang lain, atau dalam erti kata yang lain, para pelajar atau anggota pasukan bersenjata kita yang memerlukan perkhidmatan ini tidak menjadi mangsa keadaan.

Sebagaimana yang telah saya saksi­kan di sekolah yang saya lawati, penu­runan tawaran yang lebi murah itu

para pelajar turut menjadi korban disebabkan mutu pemakanan juga turut menurun. Misalnya, hari ini sepatutnya tumis bayam digantikan dengan terung. Telur yang dibekalkan empat kali seminggu terpaksa dikurangkan kepada dua kali seminggu. Hari ini dijadualkan ikan segar atau ikan hidup, kata kami di Sabah, digantikan pula dengan sardin goreng. Dan begitulah seterusnya cara para pembekal mengimbangkan bekalan tawaran yang terlalu murah.

Saya difahamkan juga harga tawaran kepada pembekal makanan di sekolah vokasional di Wilayah Persekutuan Labuan lebih murah dari sekolah vokasional di pendalaman, dan mutu pemakanannya serta quantitynya, dengan IZm, juga berkurangan dan lebih teruk daripada apa yang dialami oleh sekolah vokasional di pendalaman. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana Wilayah Persekutuan Labuan letaknya di bandar dan tidak ada yang kurang. Tetapi oleh kerana tawaran yang murah menjadikan keadaan demikian.

Saya difahamkan oleh kawan-kawan Ahli Yang Berhormat setelah berbincang mengenai perkara ini, makanan di penjara itu lebih baik keadaannya. Tetapi saya tidak bercadang untuk kita merasakannya. Saya tidak bertujuan menyalahkan mana-mana pihak ...... .

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat masa 7/V2 minit sudah cukup. Sila gulung.

Tuan R. M. Jasni: ......... baik pembekal ataupun Kerajaan dalam perkara ini. Pembekal dan Kerajaan berhadapan dengan satu keadaan yang tidak diminta. Tetapi bagi menghadapi keadaan itu saya mencadangkan Kerajaan haruslah mengkaji satu garis panduan untuk menentukan harga yang berpatutan dan paling minima yang boleh diterima bagi sesuatu kawasan atau daerah oleh para Lembaga Tawaran.

Page 80: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3389 16 JULAI 1987 3390

Sungguhpun Kerajaan telah meletakkan syarat dalam tiap-tiap tawaran bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah, ia tidak bererti syarat itu sebagai panduan bagi menentukan harga yang bersesuaian di satu-satu kawasan.

Pendeknya garis panduan bagi menentukan harga tawaran yang maksima dan minima adalah perlu supaya para kontraktor pembekal makanan tidak boleh menggunakan harga murah itu sebagai alasan membekalkan makanan yang rendah mutunya. Harga yang terlalu rendah juga boleh menimbulkan simpati pihak berkuasa sekolah atau kern dan ini akan memaksa penyelesaian akan dibuat melalui budibicara. Dan mangsanya ialah pelajar atau anggota­anggota keselamatan kita.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. ......... .

Tuan R. M. Jasni: Sedikit lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Satu minit!

Tuan R. M. Jasni: Garis panduan bagi menerima sesuatu tawaran itu dapat menolong Lembaga Tawaran menentukan penerimaan sesuatu tawaran berasaskan sara hidup di satu­satu daerah itu. Harga yang berpatutan boleh menolong pelajar­pelajar dan pasukan bersenjata kita untuk mendapat zat pemakanan yang cukup. Harga yang murah selalunya membawa implikasi negatif. Garis panduan menentukan harga yang bersesuaian ini adalah penting supaya ayam tidak mati, musang tidak kelaparan.

Saya juga ingin mencadangkan supaya Jabatan Pendidikan dan juga Kementerian Pertahanan menetapkan penerimaan pembekalan ke sekolah­sekolah atau ke kern pasukan bersenjata kita dibuat melalui

tempahan oleh pihak berkuasa kern atau sekolah. Ini membolehkan atau m1 boleh mengelakkan para kontraktor menukar bekalan makanan yang ditetapkan dengan sewenang­wenangnya.

Saya juga bercadang pelajar-pelajar sekolah-sekolah vokasional yang banyak menggunakan tenaga berat diberikan peruntukan yang berpatutan memandangkan mereka memerlukan kalori yang lebih kerana pernbelajaran rnereka banyak rnenggunakan tenaga be rat.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai saya difaharnkan pernbekalan kern pasukan bersenjata di pendalarnan selalu rnengalarni keputusan bekalan, dan ini saya cadangkan supaya para kontraktor pernbekal rnakanan haruslah diarnbil dari daerah itu supaya apa-apa rnasalah yang dihadapi, para pernbekal dapat berhadapan dengan pihak berkuasa sekolah atau kern dan rnasalah yang rnendesak dapat diselesaikan dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, sekianlah.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya jernput Yang Berhorrnat Tirnbalan Menteri rnenjawab.

6.42 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan Mohamed Farid bin Aritlin): Tuan Yang di-Pertua, saya suka rnenjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhorrnat Tuan Haji R. M. Jasni rnengenai bekalan makanan kepada institusi-institusi Kerajaan. Perkara pertama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhorrnat iaitu bahawa harga tender rnakanan ke sekolah-sekolah, kern-kern tentera dan hospital-hospital telah turun oleh kerana penender­penender rnenurunkan harga tawaran mereka dan Kerajaan menerima tawaran yang terendah dan seterusnya mutu rnakanan menurun.

Page 81: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3391 16 JULAI 1987 3392

Adalah tidak dinafikan bahawa penender-penender telah menurunkan harga tawaran mereka dan terdapat kes-kes di mana harga yang diterima oleh Kerajaan telah menurun. Misalnya, di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 74.5% harga kontrak makanan sekolah-sekolah berasrama pada tahun 1987 adalah di bawah $3.30 seorang berbanding dengan $3.70 pada tahun 1985 dan sebelumnya.

Secara keseluruhannya harga yang ditawarkan oleh penender-penender bagi pembekalan makanan kepada Kementerian Pertahanan semakin rendah jika dibandingkan dengan masa-masa yang lampau. Ini adalah kerana persaingan yang hebat di antara penender-penender yang bertambah banyak di bawah sistem tender terbuka yang dijalankan sekarang. Walau bagaimanapun, ini tidak semestinya bererti bahawa mutu makanan yang dibekalkan akan menurun pula. Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat maklum Kerajaan tidak terikat untuk menerima harga tawaran yang terendah sekali. Apa yang diamalkan oleh Kerajaan ialah menerima tawaran yang terendah yang boleh diterima, dengan izin, the lowest acceptable tender not the lowest tender. Ini bererti bahawa tawaran penender itu tidak akan diterima sekiranya diragui keupayaannya dan mutu makanan yang akan dibekalkannya kelak. Untuk menentukan harga tawaran yang dibuat adalah munasabah perbandingan dengan harga pasaran dibuat.

Faktor-faktor lain yang diambilkira ialah prestasi dan pengalaman kontraktor, keadaan kewangan mereka, kemudahan-kemudahan yang mereka miliki seperti bilik sejuk dan lain-lain. Oleh itu, masalah harga yang terlalu murah hingga menjejaskan mutu makanan yang dibekalkan tidak timbul. Tambahan pula, Kerajaan mempunyai kawalan terhadap mutu

makanan yang dibekalkan. Kawalan mutu yang dimaksudkan di sini ialah kawalan dari segi sama ada makanan yang dibekalkan itu memenuhi penentuan yang ditetapkan atau tidak. Penentuan makanan ini adalah termaktub di dalam syarat-syarat kontrak dan ianya adalah dibuat supaya menentukan makanan yang dibekalkan mencukupi dari segi mutu dan banyaknya serta mengandungi cukup zat atau kalori yang diperlukan. Dalam soal ini jika kontraktor berkenaan tidak dapat membekalkan makanan tersebut mengikut penentuan yang ditetapkan pihak Kerajaan berhak menolak makanan berkenaan dan pihak kontraktor dikehendaki menggantikan makanan tersebut yang memenuhi penentuan yang saya sebutkan tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat, jika kontraktor yang berkenaan gaga! membekalkan makanan sepertimana yang ditetapkan di dalam jadual pesanan, umpama jika Kerajaan menetapkan makanan yang perlu dibekalkan pada satu masa dan itu ialah ikan bawal misalnya tetapi pihak kontraktor telah tidak dapat membekalkan ikan tersebut sebaliknya telah membekalkan ikan kembung maka mengikut peruntukan kontrak, kontraktor berkenaan boleh dikenakan denda sejumlah perbezaan di antara harga ikan bawal dengan harga ikan kembung yang tersebut.

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan ini. Di Kementerian Kesihatan sistem baru bekalan makanan ke hospital-hospital telah dilaksanakan. Mulai tahun 1987 pihak Kementerian Kesihatan telah menawarkan kontrak bekalan makanan mentah ke hospital mengikut kelas iaitu Hospital Besar iaitu jumlah katil yang lebih dari 400, hospital kecil jumlah katil yang kurang daripada 400. Bagi Hospital Besar tender diberi kepada kontraktor­kontraktor yang berpengalaman dari segi membekalkan makanan ke

Page 82: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3393 16 JULAI 1987 3394

hosp~tal-hosp~tal. Manakala bagi hosp1tal-hosp1tal kecil tawaran adalah terbuka kepada mana-mana kontraktor yang berpengalaman dalam membekalkan makanan. Adalah diharapkan cara ini dapat membaiki bekalan makanan ke hospital-hospital.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saran an Yang Berhormat supaya diwujudkan satu garis panduan u~t~k menentukan harga yang paling m1mma yang boleh diterima untuk satu-satu kawasan atau daerah, pada pandangan Kementerian Kewangan 1anya adalah sukar untuk dipraktikkan. Ini adalah kerana sepertimana Yang Berhormat sedia maklum tender yang diuruskan oleh Kerajaan ialah tender secara terbuka. Oleh itu, pihak kontraktor dikehendaki menentukan sendiri harganya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Di dalam menentukan harga 101 soal kemampuan dari segi kewangan, pengalaman, kecekapan pengurusan, sumber bekalan dan keberanian mengambil risiko yang tinggi adalah merupakan faktor utama yang mempengaruhi penentuan harga. J adi, memandangkan faktor-faktor di atas tidak sama dimiliki oleh penender­penender yang mungkin berminat maka penentuan harga m1mma sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah sukar untuk d~praktikkan. Sekiranya ianya dmmalkan maka kemungkinan semua penender akan hanya menawarkan kos minima sahaja. Dalam keadaan tersebut adalah sukar untuk menilai tender yang membuat tawaran tersebut. Maksud saya tadi boleh jadi semua penender-penender akan hanya men~warkan harga yang paling murah sekah-yang paling minima. Sebagai amalan, Kementerian ini adalah asas harga yang munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan Yang Berhormat untuk mewujudkan satu garis panduan bagi

menerima tawaran daripada penender-penender tempatan untuk bekalan makanan di kawasan berkenaan, sebenarnya perkara ini adalah merupakan dasar Kerajaan sekarang yang mana jika sesuatu tawaran itu didapati semua keada~nny~ adalah sama seperti harga dan lam-lam, dengan izin, everything else being equal maka tawaran ber­kenaan akan diberi kepada penender­pen~nder tempatan. Contohnya, bag1 bekalan makanan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan Sabah yang baru selesai diuruskan baru-baru ini, ianya telah ditawarkan kepada penender tempatan negeri tersebut. Saya ingin menegaskan di sini ianya tidak semestinya tetapi jika, dengan izin, e~erything else being equal barulah k1ta memberi priority, dengan izin, kepada penender-penender tempatan dan bukan sebaliknya. Sistem pentadbiran kontrak yang diamalkan dalam i~stitusi Kerajaan seperti Kementenan Pertahanan memestikan bahawa supply atau makanan adalah berterusan untuk menghadapi ~eadaan tertentu yang di luar Jangkaan. Kementerian Pertahanan menyimpan makanan dalam bentuk packed ration, dengan izin. Oleh yang demikian, soal bekalan makanan terputus adalah tidak timbul.

T1:1an Yang di-Pertua, Kerajaan sentlasa mengkaji sistem perolehan yang diamalkan dari semasa ke semasa untuk memestikan bahawa sistem yang dianuti adalah sesuai dengan kehendak masa. Adalah menjadi h~srat. Kerajaan supaya sistem yang dmnutl mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, jika Yang Berhormat pada pengetahuan beliau a?a. penyelewengan yang berlaku d1mmta Yang Berhormat memberi laporan bertulis secara diam-diam ataupun secara lisan tidak perlu diam~ diam.

Page 83: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-------~------------ -----

3395 16 JULAI 1987 3396

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sudab babis. Silakan.

MELAKASEBAGAIBANDARAYA BERSEJARAH

6.50 ptg.

Tuan Ng Peng Hay: Tuan Yang di­Pertua, saya bangun mengucapkan terima kasib kepada Dewan yang mulia ini memberi kesempatan kepada saya menyampaikan satu Ucapan Penangguban yang berkaitan dengan Perisytibaran Melaka sebagai bandaraya bersejarab.

Saya ingin menguatkan lagi gesaan Kerajaan Negeri Melaka berbubung dengan mengisytibarkan Melaka sebagai bandaraya bersejarab. Untuk kepentingan negara dari beberapa aspek yang nyata, pada pendapat saya, Dewan yang mulia ini sudab sampai masanya menerima dan menyetujui serta memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan Negeri Melaka supaya perisytibaran itu dilakukan tanpa bertanggub lagi. Jika keadaan sesuai, saya dan rakyat negeri Melaka serta rakyat Malaysia kbususnya, bercadang agar perisytiharan itu dilakukan menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan yang ke 30 pada Ogos, 1987 ini.

Pengiktirafan Melaka sebagai bandaraya bersejarab telab begitu nyata, saya penub yakin, kalangan antarabangsa juga telab menerima dengan semangat yang terbuka. lni, berdasarkan kepada resolusi Konvensyen Antarabangsa Pengisytibaran Melaka sebagai bandaraya bersejarab yang.mana telab berlangsung di Melaka pada 13bb bingga 15bb April, 1987 yang lalu.

Dewan resolusi konvensyen tersebut telab dijelaskan: Kedudukan dan ketentuan silam keagungan Melaka yang sekali gus pernab tegak sebagai sebuab penempatan, sebuab Kerajaan, sebuah bandar, sebuab

pusat perdagangan dan penyebaran Islam, perkembangan kebudayaan dan sebuah empayar, serta sebuah pelabuban.

Saya juga berbarap agar Kerajaan Pusat memberi rangsangan yang sungguh-sunggub di samping menggalakkan Kerajaan Negeri dan memberi sokongan dan kemudaban ke arab penyediaan perisytibaran Melaka sebagai bandaraya bersejarab. Dalam langkab ke arab perisytibaran tersebut, beberapa pindaan Akta dalam masalab pemulibaraan dan pemugaran yang sedia ada perlu dibuat seperti mana yang disarankan dalam resolusi konvensyen yang telab diadakan itu. Langkab-langkab yang sewajar juga telah dicadangkan supaya Kerajaan Pusat (Ilenganggotai, dengan izin, World Heritage Convention 1972 dan mengesyorkan supaya Melaka dimasukkan dalam Senarai W arisan Dunia, dengan izin, World Heritage List.

Konvensyen tersebut juga membuat ketetapan supaya langkab-langkab susulan bendaklab diambil setelab perisytibaran Melaka sebagai bandaraya bersejarab. Pengiktirafan bendaklab dibuat di peringkat kebangsaan dan di antarabangsa dan diberikan taraf warisan budaya dunia, dengan izin, World Cultural Heritage mengikut prinsip-prinsip UNESCO. Adalab juga disarankan babawa Melaka wajarlab dijadikan sebagai "makmal" pengajian sejarab, budaya politik ~konomi dan kemasyarakatan.

Satu usaba yang bersunggub­sunggub untuk langkab pemulibaraan, pengekalan dan penyegaran semula bendaklab diwujudkan dalam bentuk yang lebib praktikal dan berkesan.

Satu surubanjaya atau badan bertindak perlu ditubuhkan bagi pelaksanaan perisytibaran Melaka sebagai bandaraya bersejarab di mana anggota-anggotanya hendaklah terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan Pusat di samping Kerajaan Negeri sendiri.

Page 84: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

3397 16 JULAI 1987 3398

Tuan Yang di-Pertua, perisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah seperti bandar, dengan izin, Venice dan Rome di Italy, Kyoto dan Lara di Jepun akan menggalakkan lebih banyak lagi usaha kajian dan penyelidikan mengenai Melaka yang mana akan memperkayakan lagi sumber rujukan negara. Di samping itu, ianya juga merupakan suatu tindakan serentak yang amat berkesan bagi industri pelancongan yang boleh membawa pulangan ekonomi kepada negara amnya dan Melaka khasnya.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu, saya mengambil kesimpulan bahawa tidak ada sebab kenapa kita mesti melambat-melambatkan usaha yang baik ini berdasarkan prospektif kebudayaan, sejarah dan ciri fizikal yang sedia ada, maka saya berharap pengisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah akan menjadi kenyataan menjelang 31hb Ogos, 1987. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Persila Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

6.54 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan (Tuan Haji A wang bin Jabar): Tuan Yang di-Pertua, Melaka seperti yang diketahui umum, mempunyai sejarah yang gemilang, terutama di zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka di abad ke-15. Melaka ketika itu pernah dianggap sebagai "Kota Impian" kerana kedudukan dan tarafnya sebagai pusat perdagangan yang paling strategik di rantau Alam Melayu ini.

Selain daripada menjadi pusat perdagangan yang agung di waktu itu, Melaka juga merupakan pusat pertembungan tamadun timur dan barat serta juga menjadi pusat pertemuan kebudayaan dan pemancaran tamadun Melayu. Bahasa Melayu menjadi linguafranca yang

penting ketika itu. Melaka juga memainkan peranan yang utama sebagai pusat penyebaran dan pengembangan agama Islam di rantau ini. Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas memang amat wajar Melaka diisytiharkan sebagai bandaraya bersejarah bagi memupuk kesedaran masyarakat mengenai sejarah bangsa dan negara. Melalui kesedaran positif seperti ini akan dapat meniup dan meningkatkan azam kita dalam mengharungi arus pembangunan yang penuh mencabar itu ke arab mewujudkan satu bangsa dan negara yang lebih kuat dan maju serta disegani di seluruh dunia. Dengan perisytiharan itu juga merupakan satu tindakan seranta yang amat berkesan bagi memajukan industri pelancongan di negara ini, khususnya bagi negeri Melaka, yang mana boleh membawa pulangan ekonomi yang besar melalui pertukaran wang asing.

Tuan Yang di-Pertua, Melaka juga sekali lagi mengukir peristiwa bersejarah apabila Yang Teramat Mulia Perdana Menteri Malaysia yang pertama melaungkan berita kemerdekaan di padang pahlawan Melaka dalam tahun 1950. Dengan itu amatlah sesuai perisytiharan bandaraya bersejarah itu dapat dibuat pada hari kebangsaan juga.

Sebagai langkah ke arab perisytiharan tersebut, Kementerian ini melalui agensi berkenaan di bawahnya sedang mengkaji dan meneliti akta-akta yang berkaitan bagi maksud untuk memperkemaskannya selaras dengan keperluan perisytiharan tersebut. Di samping itu juga, Kementerian sedang menyediakan satu memorandum untuk dibawa kepada Kabinet bagi membolehkan Malaysia menandatangani "Convention for the Protection of the World Cultural and Natural Heritage 1972". Dengan menjadi ahli kepada konvensyen tersebut Melaka boleh didaftarkan dalam senarai warisan dunia (World

Page 85: PARLIAMENTARY DEBATES · Jilid 1 Bil. 24 MALAYSIA Hari Khamis 16hb Julai, 1987 PENY ATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate P ARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament

-------------------·-- --

3399 16 JULAI 1987 3400

Heritage List). Selanjutnya usaha­usaha boleh dijalankan bagi mengiktiraf Melaka sebagai bandaraya bersejarah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta diberi taraf warisan budaya dunia (World Cultural Heritage) mengikut prinsip-prinsip UNESCO sebagaimana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat itu.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada Melaka dari segi Jatar belakang sejarah dan peninggalan warisan budaya bangsa, amatlah wajar Melaka dijadikan pusat serta "makmal" pengajian sejarah, budaya, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bagi melaksanakan cita-cita perisytiharan Melaka sebagai bandaraya bersejarah memerlukan kesungguhan, perancangan serta penglibatan yang berkesan dari semua

L-16687.

pihak yang berkenaan. Semoga usaha­usaha akan dibuat bagi mempastikan matlamat tersebut dapat dicapai demi kepentingan sejarah dan warisan budaya negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan, bahawa di bawah peruntukan Peraturan Mesyuarat 15 (3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya tangguhkan Dewan yang mulia ini hingga jam 3.00 petang hari esok, hari Jumaat, 17hb Julai, 1987.

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.00 malam.