24
PARLIMEN MALAYSIA Editor: Noor Hidayah Yusuf Bahagian Penerbitan Dasar Negara

PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

  • Upload
    others

  • View
    6

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

PARLIMEN MALAYSIA

Editor:Noor Hidayah Yusuf

Bahagian Penerbitan Dasar Negara

Page 2: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan
Page 3: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

3

PARLIMEN MALAYSIA

Pendahuluan

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan  Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).

Fungsi-fungsi Parlimen

• Meluluskan undang-undang• Membuat pindaan kepada undang-undang yang

sedia ada• Meluluskan cukai-cukai baru• Menyemak dasar-dasar kerajaan• Meluluskan bajet Kerajaan

Page 4: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

4

P A R L I M E N M A L A Y S I A

Struktur Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan lambang struktur demokrasi kerajaan dan mencerminkan aspirasi rakyat melalui perwakilan yang dipilih. Parlimen Malaysia yang merupakan badan penggubal undang – undang tertinggi negara terdiri daripada tiga komponen utama:

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Mengikut Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka BagindaYang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggilParlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyaikuasa istimewa untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen. Baginda bagaimanapun tidak mempengerusikan persidangan kedua-dua Dewan tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua

1. Yang di-Pertuan Agong

2. Dewan Negara

3. Dewan Rakyat

Page 5: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

5

Dewan semasa perasmian Parlimen yang diadakan setiap tahun. Sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihan Raya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihan Raya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.

Dewan Negara

Pengerusi Dewan Negara digelar Yang di-Pertua Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara mestilah juga seorang Ahli Dewan Negara. Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh seorang Timbalan yang hendaklah juga seorang Ahli Dewan Negara.

Page 6: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

6

P A R L I M E N M A L A Y S I A

Tugas-tugas Yang di-Pertua Dewan Negara adalah seperti berikut:

• bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar;

• memastikan perbahasan ada berkaitan dengan perkara yang dibahaskan; dan

• membuat keputusan mengenai Peraturan-peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku perbalahan.

Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua perlu melepaskan jawatan setelah tempoh keahlian di Dewan Negara tamat.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri sekiranya ingin menjawat jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Page 7: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

7

Yang di-Pertua Dewan Negara sekarang ialah YB Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang (26 April 2010 hingga kini).

Dewan Negara terdiri daripada 70 orang ahli. Dewan Negara terbahagi kepada dua kategori seperti berikut: • 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri

sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

• 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya. Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:

• warganegara Malaysia • tidak kurang dari 30 tahun • waras fikiran • bukan seorang muflis • tidak mempunyai rekod jenayah

Page 8: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

8

P A R L I M E N M A L A Y S I A

Tempoh jawatan seseorang Senator ialah untuk satupenggal (tiga tahun) dan dihadkan kepada dua penggalsahaja. Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dalam kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.

Dewan Rakyat

Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh dipilih dalam kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun bukan daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kelayakan untuk dipilih menjadi Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Page 9: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

9

Fungsi-fungsi Yang di-Pertua secara amnya adalah:

• bertanggungjawab mengawasi perjalanan mesyuarat supaya berjalan dengan lancar.

• memastikan perbahasan mematuhi Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

• membuat keputusan dan tafsiran mengenai Peraturan-Peraturan Mesyuarat sekiranya berlaku pertikaian.

Secara amnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat boleh melepaskan jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatan tersebut sekiranya:

• Dewan Rakyat mula bersidang selepas pilihan raya.

• berhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat (jika beliau ahli Dewan yang dipilih.

• jika pada bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian.

Page 10: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

10

P A R L I M E N M A L A Y S I A

Yang di-Pertua Dewan Rakyat sekarang ialah YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia (28 April 2008 hingga kini).  Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

**Lazimnya bagi maksud perenggan di atas Ketua Majlis merujuk kepada Perdana Menteri dan Timbalan Ketua Majlis merujuk kepada Timbalan Perdana Menteri

Dewan Rakyat dianggotai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui

Page 11: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

11

pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun. Parti yang memperoleh kerusi majoriti akan membentuk kerajaan Persekutuan bagi mentadbir negara.

Kelayakan menjadi Ahli Dewan Rakyat adalah seperti berikut:

• Warganegara Malaysia.• Berumur tidak kurang dari 21 tahun.• Berfikiran waras.• Bukan seorang muflis.• Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan

kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Page 12: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

12

P A R L I M E N M A L A Y S I A

RANG UNDANG-UNDANG

DEWAN RAKYATBACAAN KALI PERTAMA

Bacaan Tajuk Panjang

BACAAN KALI KEDUAPrinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskan

Undian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti melalui undian belah bahagi

PERINGKAT JAWATANKUASAPerbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang

undang-undang akan diadakanPindaan-pindaan akan dibincangkan

BACAAN KALI KETIGAUndian untuk kali kedua

Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat

DEWAN NEGARABACAAN KALI PERTAMA

Prinsip-prinsip am rang undang-undang dibahaskanUndian melalui majoriti mudah (dengan suara) atau 2/3 majoriti

melalui undian belah bahagi

PERINGKAT JAWATANKUASAPerbahasan spesifik mengenai semua fasal, jadual dan pendahuluan rang

undang-undang akan diadakanPindaan-pindaan akan dibincangkan

BACAAN KALI KETIGAUndian untuk kali kedua

Tajuk panjang akan dibaca dan diluluskan oleh Dewan Negara

PERKENAN SERI PADUKA YANG DI-PERTUAN AGONG

DIWARTA DAN DICETAK

UNDANG-UNDANG

Lampiran 1 Proses penggubalan undang-undang

12

Page 13: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

1313

Lampiran 2 Soalan lazim berkaitan Parlimen

1. Bilakah bangunan Parlimen Malaysia dirasmikan?

Bangunan Parlimen telah dirasmikan pada 2 November 1963. 

2. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat?

Yang di-Pertua Dewan Negara dilantik berdasarkan kepada Fasal (1) Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan dan beliau dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara itu sendiri. Manakala Yang di-Pertua Dewan Rakyat  dilantik berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1)(a) Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan beliau boleh dipilih daripada kalangan Ahli Dewan ataupun seseorang yang layak dipilih menjadi Ahli. 

Page 14: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

14

P A R L I M E N M A L A Y S I A

3. Siapakah yang boleh dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat?

Berdasarkan kepada peruntukan Fasal (1) Perkara 56 Perlembagaan Persekutuan seorang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara hendaklah dilantik daripada kalangan Ahli Dewan Negara. Bagi Dewan Rakyat, dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hendaklah dilantik berdasarkan kepada  Fasal (1) (b) Perkara 57 yang mana mereka dipilih daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat. 

4. Apakah Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat?

Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di Dewan Negara adalah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan bagi Dewan Rakyat, peraturan yang terpakai adalah  Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

Page 15: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

15

5. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “penggal Parlimen”?

Penggal adalah tempoh antara pembukaan sidang Parlimen hingga penamatan penggal atau pembubarannya.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “mesyuarat”?

Mesyuarat adalah persidangan atau persidangan-persidangan Majlis bermula daripada Majlis bermesyuarat pertama kalinya selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa jua dan habisnya apabila Majlis ditangguhkan selama lebih daripada 14 hari atau tidak ditentukan hari bulan mesyuarat akan datang atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen. 

Page 16: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

16

P A R L I M E N M A L A Y S I A

7. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “persidangan”?

Sidang bermaksud mesyuarat Dewan. Sidang bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, kecuali diubah dengan pemberitahuan Tuan Yang di-Pertua dan ketetapan Dewan.

8. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “prorog”?

Prorog adalah tamatnya satu penggal/sesi Parlimen untuk digantikan dengan penggal yang berikutnya. 

9. Bilakah Parlimen boleh dibubarkan? Pembubaran Parlimen adalah berdasarkan

kepada Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dibubarkan selepas 5 tahun dari tarikh mesyuarat pertama atau pada bila-bila masa yang lebih awal.

Page 17: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

17

Lampiran 3Soalan lazim berkaitan pembubaran Parlimen - Isu Kerajaan Sementara

1. Jika pemerintahan kerajaan semasa sudah berakhir, siapa yang memerintah negara?

Elemen kerajaan sementara (caretaker government). Konsep kerajaan sementara ini secara umumnya dipraktikkan di semua negara Komanwel dan Amerika Syarikat.

2. Adakah caretaker government diamalkan di negara lain di dunia?

Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang berasaskan undang-undang Common Law dan amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia sebenarnya telah lama menghormati amalan itu sejak merdeka. Dalam aspek ini, jika Perdana Menteri berdepan dengan sesuatu darurat, beliau sebenarnya masih boleh menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan menasihati Yang di-Pertuan Agong sewajarnya

Page 18: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

18

P A R L I M E N M A L A Y S I A

serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada di bawah undang-undang. Di India, kerajaan sementara di New Delhi berjalan selama enam bulan.

3. Apakah isu kerajaan sementara caretaker government

Isu ‘sah atau tidak’ kerajaan sementara ini pernah dibangkitkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum PRU ke-12 yang kemudian memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Malaysia bagi menuntut perisytiharan agar kerajaan sementara mengambil alih kerajaan dalam tempoh antara tarikh pembubaran Parlimen sehingga penubuhan Kabinet baru selepas pilihan raya.

Kit Siang turut menuntut perisytiharan bahawa

dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara itu hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan tanpa apa-apa kuasa berhubung dasar kebangsaan, peruntukan kewangan awam atau

Page 19: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

19

penggunaan kemudahan-kemudahan awam semasa kempen pilihan raya umum nanti.

Konvensyen berkerajaan dunia ini menjadi terasnya untuk kerajaan sementara dikekalkan. Ini kerana perkara ini merupakan satu Konvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat negara-negara di dunia.

4. Mengapa perkara ini dibangkitkan? Menjelang PRU-13, isu kerajaan sementara ini

dibangkitkan lagi antara dalam 22 syor untuk dikaji oleh Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihan Raya. Jawapan SPR kepada isu ini ialah badan ini akan membuat kajian berhubung langkah untuk menyediakan garis panduan dan kod etika (code of conduct) yang perlu dikenakan terhadap kerajaan sementara semasa tempoh selepas pembubaran Parlimen sehingga kepada selesainya urusan pengundian. Perkara ini, tegas SPR, perlu bagi menjamin wujudnya keadaan pertandingan yang adil atas landasan yang sama

Page 20: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

20

P A R L I M E N M A L A Y S I A

rata dalam kalangan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

5. Adakah (caretaker government) isu baru? Pada 1970-an, sifat dan elemen kerajaan

sementara ini dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah. Ketika itu, tindakan Menteri berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah dipersoalkan kerana mengumumkan satu bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi pilihan raya umum.

Keputusan mahkamah akhirnya memutuskan bahawa kerajaan sementara masih berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya. Dengan ini juga bermakna semua Menteri dan Timbalan Menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh menggunakan peruntukan untuk rakyat.

Page 21: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

21

Antaranya, memberi bantuan kewangan untuk membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah daif dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Cuma asalkan jangan dikaitkan dengan ‘undilah saya’.

6. Bagaimana (caretaker government) berfungsi?

Fungsi kerajaan sementara berlaku selepas Parlimen dibubarkan yang urusan itu ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong serta diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Maka, apa yang wujud dalam struktur kerajaan

ialah kerajaan sementara yang semata-mata mentadbir negara mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Page 22: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

22

P A R L I M E N M A L A Y S I A

Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak boleh laksanakan ialah meluluskan peruntukan undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa Parlimen. Peruntukan undang-undang menerusi Parlimen baru tidak boleh dibuat. Namun begitu, kuasa-kuasa di bawah semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum bubar boleh dilaksanakan terus oleh kerajaan sementara.

Satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja-kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa Parlimen dibubarkan sehingga Parlimen baru dilantik semula, maka kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya. Ini bermakna secara minimum kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja-kerja pentadbiran yang dilaksanakan.

Page 23: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan

P A R L I M E N M A L A Y S I A

23

Namun, sekiranya muncul sebarang peristiwa yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang menghendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang, maka perkara itu masih boleh diteruskan oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna kuasa itu dihentikan.

Sumber: www.parlimen.gov.mywww.utusan.com.my

Page 24: PARLIMEN · Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan