Upload
arlong-willkins
View
231
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/3/2019 pastri modul
1/33
MINUMAN PELANGI SENJA
1
8/3/2019 pastri modul
2/33
1.0 PENGENALPASTIAN MASALAH
Air Ribena atau anggur,tembikai, dan buah laici banyak terdapat di pasaran.
Tetapi, bagaimana jika pengguna ingin merasa air yang mengandungi ketiga-tiga bahan
tersebut hanya di dalam satu cawan?
Air ribena atau air tembikai atau air laici yang selalunya dijual berasingan kurang
menarik kerana tiada apa-apa keistimewaan di dalamnya. Seperti yang kita selalu
nampak di bazar-bazar Ramadhan, banyak air baru telah diinovasikan. Sebagai contoh
air teh kurma madu.Tetapi tiada air yang dicampur ketiga-tiga elemen minuman ini.
Air Ribena memberikan rasa masam. Air Tembikai memberikan rasa manis
semulajadi dan menyejukkan badan. Manakala buah laici mampu memberikan
kesegaran dan kepuasan ketika memakannya. Maka, melalui keistimewaan-
keistimewaan yang terdapat di dalam ketiga-tiga bahan ini, saya telah terfikir untuk
mencampurkannya di dalam satu cawan dan diberikan nama Minuman Pelangi Senja.
2
8/3/2019 pastri modul
3/33
2.0 CADANGAN REKAAN
2.1 VARIASI ANEKA BAHAN YANG DIGUNAKAN
Untuk lebih menarik ramai golongan menikmati air inovasi saya ini, terutamanya
dari segi golongan kanak-kanak dan remaja, air yang bakal saya inovasikan
mestilah mempunyai pelbagai variasi. Variasi yang dimaksudkan ialah dari segi
aneka warna, bahan dan rasa.
Oleh yang demikian, saya telah mencampurkan air ribena, air tembikai dan buah
laici di dalam satu cawan untuk memberikan pelbagai rasa dan meningkatkan
kesegaran tubuh badan. Selain itu, kandungan vitamin yang terdapat di dalam air
ribena, tembikai dan buah laici mampu mengekalkan tahap keperluan vitamin
tubuh badan, terutama kepada golongan kanak-kanak.
Minuman Pelangi Senja yang saya inovasikan ini bertujuan untuk memberikan
kesegaran kepada peminum yang menikmatinya disamping menyejukkan tubuh
badan serta memberikan keperluan tambahan vitamin untuk tubuh badan.
Melalui kajian yang dijalankan di Jepun, masyarakat Negara matahari terbit itu
banyak menggunakan Buah Tembikai sebagai menu utama mereka ketika
musim panas. Kadangkala, permintaan Buah Tembikai melambung tinggi
sehingga harga Buah Tembikai di Jepun boleh mencecah sehingga ribuan Yen
untuk sebiji tembikai.
3
8/3/2019 pastri modul
4/33
3.0 INOVASI RESEPI
3.1 OBJEKTIF PENYEDIAAN MINUMAN PELANGI SENJA
Masa yang diambil untuk menyediakan minuman ini adalah sangat singkat,
mudah dan ringkas. Ianya adalah sama seperti pembuatan Air Milo ataupun
Nescafe.
Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya atau kedai-kedai runcit
serta kosnya yang berpatutan.
Menggunakan tiga jenis buah-buahan sebagai resepi utama bagi meningkatkan
tahap kesegaran peminum yang menikmatinya.
Meningkatkan tahap kandungan vitamin di dalam diri seseorang yang
meminumnya dan mengelakkan mengambil minuman yang banyak
menggunakan pewarna dan perasa tiruan.
3.2 MATLAMAT PENGHASILAN MINUMAN PELANGI SENJA
Meningkatkan tahap kesihatan dan memberikan kandungan anti-oksida yang
mampu memberikan kebaikan di dalam diri peminum.
Membantu individu untuk meningkatkan proses penghadaman.
Memperkenalkan minuman baru yang mampu menarik ramai golongan termasuk
golongan-golongan VIP.
4
8/3/2019 pastri modul
5/33
4.0 PEMILIHAN RESEPI
Menghasilkan resepi inovasi :
1. Merujuk resepi standard.
2. Pengecilan resepi.
3. Memilih, menentukan dan membuat penambahbaikan resepi.
5.0 MINUMAN PELANGI SENJA
Bahan-bahan
5
1. Kordial ribena 180gm / 6
camb
2. Gula kasar 100gm / 3 1/2 camb
3. Buah tembikai 100gm
(dibuang kulit)
4. Buah laici 1 tin
5. Ais 1 plastik
8/3/2019 pastri modul
6/33
6.0 BORANG SENARAI MEMBELI BELAH DAN PENGIRAAN KOS
6.1 BORANG BAHAN KERING (BORANG C)
Bil. Bahan Kering KuantitiHarga Seunit
(RM)
Harga Kos
(RM)
1. Gula kasar 100 gm 2.50 / kg 0.25
Jumlah Kos Bahan (RM) 0.25
6.2 BORANG BAHAN BASAH (BORANG D)
Bil. Bahan Basah KuantitiHarga Seunit
(RM)
Harga Kos
(RM)
1. Kordial Ribena 180 gm 8.00 / kg 1.45
2. Buah laici 1 tin 4.00 / tin 4.00
3. Buah tembikai 100 gm 6.00 / kg 0.60
Jumlah Kos Bahan (RM) 6.05
6
8/3/2019 pastri modul
7/33
6.3 BORANG SENARAI PENGGUNAAN PERALATAN
(BORANG F)
Bil. Item Jumlah
1. Jug 1
2. Sudu 1
3. Pisau 1
4. Papan pemotong buah 1
5. Cerek 1
6. Cawan Minuman sejuk 4
7. Mesin pengisar 1
7
8/3/2019 pastri modul
8/33
7.0 PENGIRAAN JUMLAH KOS
Jumlah Kos Bahan Kering + Jumlah Kos Bahan Basah
= RM 0.25 + RM 6.05
= RM 6.30
7.1 KOS SEPORSI
Kos Seporsi = Jumlah Kos
4
Kos Seporsi = RM 6.30
4
Kos Seporsi = RM 1.60
7.2 KOS SAMPINGAN
1. Gas RM 0.10
2. Air RM 0.10
3. Upah RM 1.50
Jumlah RM 1.70
8
8/3/2019 pastri modul
9/33
8.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN
MASA SUSUNAN KERJA CATATAN
5 minit
1. Sediakan bahan-bahan kering dan
bahan-bahan basah mengikut
sukatan seperti yang ditunjukkan
dalam borang C dan D.
10 minit
1. Masak air 300ml dengan gula
hingga gula larut dan air mendidih.
2. Potong 50 gm buah tembikai
menjadi bentuk kiub.
3. 50gm buah tembikai lagi dikisar
hingga hancur.
Tutup api dan
biarkan air gula
sejuk.
2 minit
1. Masukkan kordial ribena kedalam
jug dan masukkan air gula yang
telah sejuk, kacau arah lawan jam.
2. Masukkan buah tembikai yang telah
dipotong dan dikisar serta buah laici
ke dalam jug dan kacau.
3. Masukkan ais dan hidangkan.
9
8/3/2019 pastri modul
10/33
9.0 PENGUJIAN
Hasil pengujian saya melalui prototaip Minuman Pelangi Senja ini didapati
bahawa rasa buah tembikai terlalu banyak dan mengatasi rasa-rasa buah lain.
10.0 PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan buah tembikai perlu dikurangkan daripada 100gm ke 80gm. 50gm
perlu dipotong secara kiub manakala lagi 30gm perlu dikisar. Buah tembikai yang
dikisar memberikan rasa tembikai yang lebih dari buah tembikai yang dipotong. Maka,
buah tembikai yang dikisar perlu dikurangkan.
10
8/3/2019 pastri modul
11/33
CEKODOK BUJANG
11
8/3/2019 pastri modul
12/33
1.0 PENGENALPASTIAN MASALAH
Cucur atau kadangkala dikenali sebagai cekodok banyak didapati di seluruh
pelusuk tanah air kita. Ini kerana cucur atau cekodok ini merupakan makanan rutin
masyarakat tanah melayu pada suatu masa dahulu. Cekodok selalunya dinikmati ketika
waktu pagi atau pun petang bersama-sama dengan air minuman panas. Selain itu,
cekodok juga sedap dimakan ketika hari hujan atau dalam keadaan lembab. Cekodok
sangat mudah dihasilkan dan mempunyai kos yang rendah.
Selalunya lebihan nasi yang ada akan dibuang atau diberi makan kepada ayam.
Untuk mengurangkan pembaziran, cekodok yang dihasilkan daripada nasi dicipta dan
dijadikan resepi harian masyarakat. Namun, tidak semua masyarakat tahu mengenai
kewujudan cekodok nasi ini.
2.0 CADANGAN REKAAN
12
8/3/2019 pastri modul
13/33
2.1 VARIASI ANEKA BAHAN YANG DIGUNAKAN
Untuk lebih menarik perhatian orang ramai mengenai kewujudan cekodok nasi
ini, penambahbaikan perlu dibuat agar cekodok nasi ini kelihatan lebih bernilai
dari segi komersialnya di pasaran.
Oleh yang demikian, saya telah mencipta cekodok nasi yang mengandungi
kandungan daging lembu, sayur-sayuran, dan ikan bilis agar dapat memberikan
nutrien yang seimbang kepada pemakannya. Kandungan karbihidrat, protein,
vitamin dan zat besi ada terkandung di dalam cekodok ini.
Cekodok nasi yang diberi nama Cekodok Bujang ini dihasilkan untuk
mengelakkan pembaziran lebihan nasi dan dapat membekalkan tenaga dan
nutrient yang seimbang untuk dibuat bekal atau dimakan ketika masa lapang di
tempat kerja. Cekodok ini mampu memberikan tenaga yang cukup untuk
seseorang bekerja dan dapat mengelakkan penyakit berbahaya yang tidak
diingini kerana cekodok ini tidak mengandungi lemak, garam dan gula yang
berlebihan.
Selain itu, bahan yang berkhasiat seperti daging lembu, ikan bilis serta sayur-
sayuran dan pengurangan bahan yang kurang berkhasiat seperti lemak dapatmembantu menyihatkan tubuh badan.
13
8/3/2019 pastri modul
14/33
3.0 INOVASI RESEPI
3.1 OBJEKTIF PENYEDIAAN CEKODOK BUJANG
Masa yang diambil untuk menghasilakn cekodok ini sangat singkat. Tidak
sampai 30 minit bagi mereka yang telah selalu menyediakannya.
Tujuannya ialah membekalkan kandungan nutrient yang seimbang dan
berkhasiathanya di dalam satu makanan dan dapat memberikan kekenyangan
kepada pemakannya.
Menggunakan lebihan nasi dan bahan-bahan tempatan lain yang mudah didapati
di kedai-kedai.
3.2 MATLAMAT PENGHASILAN CEKODOK BUJANG
Meningkatkan tahap kesihatan dan mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
tanpa membeli produk-produk kesihatan yang lain serta mahal.
Membantu menjaga kesihatan disamping dapat menikmati makan yang digemari.
Mengelakkan pembaziran yang berlebihan.
Cekodok ini diberi nama Cekodok Bujang kerana ianya amat bersesuaian
dengan kehidupan orang yang masih bujang. Ianya senang dimasak dan
menjimatkan.
14
8/3/2019 pastri modul
15/33
4.0 PEMILIHAN RESEPI
Menghasilkan resepi inovasi :
4. Merujuk resepi standard.
5. Pengecilan resepi.
6. Memilih, menentukan dan membuat penambahbaikan resepi.
5.0 CEKODOK BUJANG
Bahan-bahan
15
6. Nasi sejuk 500gm
7. Ikan bilis 70gm
8. Bawang putih 3 ulas
9. Bawang merah 4 biji
10.Tepung gandum 250gm
11.Cili merah 100gm
12. Daun bawang 80gm
13.Garam 5gm / 1camt
14. Minyak masak 500gm
15. Nugget lembu 500gm
16.Daging ayam 400gm
17.Sos Cili Thai 325gm
8/3/2019 pastri modul
16/33
6.0 BORANG SENARAI MEMBELI BELAH DAN PENGIRAAN KOS
6.1 BORANG BAHAN KERING
Bil. Bahan Kering KuantitiHarga Seunit
(RM)
Harga Kos
(RM)
1. Bawang Putih 10 gm 8.00 / kg 0.10
2.Bawang
Merah15 gm 5.00 / kg 0.10
3. Ikan Bilis 70 gm 1.00 / 100gm 0.70
4.Tepung
gandum250 gm 1.50 / kg 0.40
5. Cili Merah 100 gm 10 / kg 1.00
16
8/3/2019 pastri modul
17/33
6. Daun bawang 80 gm 1.00 / 100gm 0.80
7. Garam 5 gm 0.80 / 400gm 0.10
8. Minyak Masak 500 gm 2.50 / kg 1.70
9. Sos Cili Thai 325 gm 2.50 / 325 gm 2.50
Jumlah Kos Bahan (RM) 7.40
6.2 BORANG BAHAN BASAH
Bil. Bahan Basah KuantitiHarga Seunit
(RM)
Harga Kos
(RM)
1. Nasi sejuk 500 gm 0.20 / 500gm 0.20
2. Nugget lembu 500 gm 4.50 / 500gm 4.50
3. Daging ayam 400 gm 6.50 / kg 2.60
Jumlah Kos Bahan (RM) 7.30
17
8/3/2019 pastri modul
18/33
6.3 BORANG SENARAI PENGGUNAAN PERALATAN
Bil. Item Jumlah
1. Kuali 1
2. Sudip Menggoreng 1
3. Mesin Pengisar 1
4. Mangkuk Besar 1
5. Pisau 1
6. Pengalas pemotong 1
7. Senduk 1
8. Penapis Minyak 1
9. Pinggan hidang 1
18
8/3/2019 pastri modul
19/33
7.0 PENGIRAAN JUMLAH KOS
Jumlah Kos Bahan Kering + Jumlah Kos Bahan Basah
= RM 7.40 + RM 7.30
= RM 14.70
7.1 KOS SEPORSI
Kos Seporsi = Jumlah Kos
4
Kos Seporsi = RM 14.70
4
Kos Seporsi = RM 3.65
7.2 KOS SAMPINGAN
4. Gas RM 0.20
5. Air RM 0.10
6. Upah RM 1.50
Jumlah RM 1.80
19
8/3/2019 pastri modul
20/33
8.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN
MASA SUSUNAN KERJA CATATAN
5
minit
2. Sediakan bahan-bahan kering dan
bahan-bahan basah mengikut
sukatan seperti yang ditunjukkan
dalam borang C dan D.
3
minit
4. Panaskan kuali dan minyak masak.
5. Gorengkan nugget dan daging ayam
yang sudah dipotong halus.
6. Sudah masak, tuskan.
2
minit
4. Masukkan ikan bilis ke dalam mesin
pengisar dan kisar hingga hancur.
5. Tuangkan ikan bilis yang telah
dikisar ke dalam mangkuk besar.
6. Masukkan nasi ke dalam mesin
pengisar bersama-sama dengan
bawang putih dan bawang merah
dan kisar sehingga hancur.
5
minit
1. Tuangkan nasi yang telah dikisar
tadi ke dalam mangkuk besar dan
masukkan cili, garam, daun bawang
yang telah dipotong dan gaulkan.
2. Masukkan tepung gandum sedikit
demi sedikit sehingga adunan
menjadi likat.
20
8/3/2019 pastri modul
21/33
3. Masukkan nugget dan daging ayam
yang digoreng tadi ke dalam
mangkuk dan gaulkan.
4. Panaskan kuali.
10
minit
1. Panaskan kuali.
2. Masukkan adunan yang telah digaul
secara sejemput-sejemput agar
menjadi bulat / bujur.
3. Goreng sehingga menjadi warna
kekuning-kuningan dan angkat,
tuskan.
5
minit
1. Hidangkan di dalam pinggan dan
sediakan bersama-sama dengan
Sos Cili Thai. Untuk menambah
rasa, hidangkan bersama-sama
dengan mayonis.
21
8/3/2019 pastri modul
22/33
9.0 PENGUJIAN
Hasil pengujian saya melalui prototaip Cekodok Bujang yang telah saya hasilkan,
saya mendapati keperluan kandungan tepung gandum adalah berbeza mengikut kualiti
beras untuk memasak nasi yang digunakan. Ini adalah kerana setiap beras mempunyai
kandungan air yang berbeza dan memerlukan kandungan tepung gandum yang
berbeza. Sekiranya adunan terlalu cair, maka Cekodok Bujang akan hancur apabila
dimasak di dalam kuali.
10.0 PENAMBAHBAIKAN
Kuantiti tepung gandum perlu berubah mengikut kesesuaian. Ini bermakna,
kuantiti tepung gandum tidak boleh ditetapkan. Maka, seseorang yang ingin memasak
Cekodok Bujang perlu memasukkan kuantiti tepung gandum mengikut kesesuaian
adunannya.
22
8/3/2019 pastri modul
23/33
SEGI TIGA TUNA
MAYO
23
8/3/2019 pastri modul
24/33
1.0 PENGENALPASTIAN MASALAH
Pastri banyak terdapat di pasaran. Di kedai-kedai kek dan pastri seperti Secret
Recipe, Deli France, Seasons dan banyak lagi. Keenakaan pastri di kedai-kedai kek
dan pastri ini tidak dapat dinafikan lagi. Semakin ramai pengunjung yang mahukan
makanan yang sedap dan mudah dimakan. Tetapi, yang menjadi masalah utama ialah
harganya di pasaran.
Pastri di pasaran sangat mahal, sebagai contoh, Croissant berharag dalam
lingkungan RM 5 hingga RM 7 untuk satu. Sekiranya satu set, lagi mahal harganya.
Harga ini tidak termasuk dengan pastri yang mempunyai inti di dalamnya.
Setelah melihat permasalahan ini, saya telah terfikir untuk membuat pastri yang
sedap dan menjimatkan para pembeli. Selain itu, ianya juga dapat memberikan kadar
nutrien yang seimbang dan juga mengeyangkan. Di samping itu, pastri ini juga
menjimatkan dan cara untuk membuatnya juga adalah mudah dan cepat.
24
8/3/2019 pastri modul
25/33
2.0 CADANGAN REKAAN
2.1 VARIASI ANEKA BAHAN YANG DIGUNAKAN
Untuk lebih menarik ramai golongan menikmati pastri inovasi saya ini,
terutamanya dari segi golongan kanak-kanak, remaja dan warga emas, pastri
yang bakal saya inovasikan mestilah mempunyai pelbagai variasi. Variasi yang
dimaksudkan ialah dari segi aneka bahan dan rasa.
Oleh yang demikian, saya telah menggunakan inti tuna spread mayonis yang
mengandungi ikan tuna yang telah dicincang, mayonis dan juga sayur-sayuran
yang telah sedia dicampur agar dapat memberikan kepuasan makan kepada
yang menikmatinya.
Pastri yang saya inovasikan ini bertujuan untuk memberikan kepuasan dan
kekenyangan kepada individu yang menikmatinya disamping dapat memberikan
keperluan tambahan nutrien untuk tubuh badan.
Di Jepun, masyarakat negara matahari terbit itu banyak menggunakan Ikan Tuna
di dalam makanan tradisional mereka iaitu Sushi. Ini kerana, Ikan Tuna mampumemberikan kandungan protein yang tinggi berbanding ikan-ikan lain, selain itu,
protein berguna untuk membina sel-sel tubuh badan yang semakin membesar
atau yang telah rosak. Permintaan Ikan Tuna sangat tinggi sehinggakan nelayan-
nelayan di Jepun sanggup meredah ke laut dalam selama berminggu-minggu
untuk mendapatkan hasil tangkapan Ikan Tuna.
Pastri yang saya hasilakn ini diberi nama Segi Tiga Tuna mayo kerana ianya
berbentuk segi tiga dan di dalamnya mempunyai inti Tuna yang dicampurdengan mayonis.
25
8/3/2019 pastri modul
26/33
3.0 INOVASI RESEPI
3.1 OBJEKTIF PENYEDIAAN SEGI TIGA TUNA MAYO
Masa yang diambil untuk menyediakan pastri minuman ini adalah singkat,
mudah dan ringkas. Ianya adalah lebih mudah dari membuat karipap.
Menggunakan bahan yang mudah didapati di pasaraya atau kedai-kedai runcit
serta kosnya yang berpatutan.
Menggunakan Ikan Tuna yang dicampur dengan mayonis dan sayur-sayuran
sebagai resepi utama.
Meningkatkan tahap kandungan nutrien seperti protein dan vitamin di dalam diri
seseorang yang menikmatinya.
3.2 MATLAMAT PENGHASILAN SEGI TIGA TUNA MAYO
Meningkatkan tahap kesihatan individu.
Membantu individu untuk meningkatkan proses penghadaman melalui pemakan
yang ringkas dan mudah dihadam.
Memperkenalkan pastri baru yang mampu menyaingi pastri-pastri terkenal dari
negara-negara barat seperti Croissant.
26
8/3/2019 pastri modul
27/33
4.0 PEMILIHAN RESEPI
Menghasilkan resepi inovasi :
7. Merujuk resepi standard.
8. Pengecilan resepi.
9. Memilih, menentukan dan membuat penambahbaikan resepi.
5.0 SEGI TIGA TUNA MAYO
Bahan-bahan
27
18.Tepung gandum 200gm
19.Mentega beku 50gm
20.Gula halus 30m
21.Telur 1bij
22.Tuna spread mayonis 185gm
23.Minyak masak 500gm
8/3/2019 pastri modul
28/33
6.0 BORANG SENARAI MEMBELI BELAH DAN PENGIRAAN KOS
6.1 BORANG BAHAN KERING (BORANG C)
Bil. Bahan Kering KuantitiHarga Seunit
(RM)
Harga Kos
(RM)
1. Gula halus 30gm 2.50 / kg 0.10
2.Tepung
gandum200gm 1.50 / kg 0.30
3. Telur 1 biji 0.30 / biji 0.30
4. Minyak masak 500gm 2.50 / kg 1.70
Jumlah Kos Bahan (RM) 2.40
6.2 BORANG BAHAN BASAH (BORANG D)
Bil. Bahan Basah Kuantiti Harga Seunit(RM)
Harga Kos(RM)
1. Mentega beku 50gm 4.00 / 250gm 0.80
2.Tuna Spread
Mayonis185gm 4.20 / 185gm 4.20
28
8/3/2019 pastri modul
29/33
Jumlah Kos Bahan (RM) 5.00
6.3 BORANG SENARAI PENGGUNAAN PERALATAN
(BORANG F)
Bil. Item Jumlah
1. Papan canai 1
2. Sudu 1
3. Pisau pelepa 1
4. Kuali 1
5. Senduk 1
6. Pengetus minyak 1
7. Pinggan hidang 1
8. Mangkuk adunan 1
9. Pengayak tepung 1
29
8/3/2019 pastri modul
30/33
7.0 PENGIRAAN JUMLAH KOS
Jumlah Kos Bahan Kering + Jumlah Kos Bahan Basah
= RM 2.40 + RM 5.00
= RM 7.40
7.1 KOS SEPORSI
Kos Seporsi = Jumlah Kos
4
Kos Seporsi = RM 7.40
4
Kos Seporsi = RM 1.85
7.2 KOS SAMPINGAN
7. Gas RM 0.10
8. Air RM 0.10
9. Upah RM 1.50
Jumlah RM 1.70
30
8/3/2019 pastri modul
31/33
8.0 LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN
MASA SUSUNAN KERJA CATATAN
5 minit
3. Sediakan bahan-bahan kering dan
bahan-bahan basah mengikut
sukatan seperti yang ditunjukkan
dalam borang C dan D.
20 minit
7. Ayak tepung bersama secibut garam
ke dalam mangkuk adunan.
8. Masukkan mentega beku ke dalam
tepung dan potong mentega beku
kepada ketulan-ketulan kecil dalam
tepung menggunakan pisau pelepa.
9. Gaul dan ramas tepung dan
mentega menggunakan hujung jari
sehingga menjadi seperti serbuk roti.
10.Buat lubang ditengah dan masukkan
1 camb air sejuk dan telur kemudian
gaul sehingga menjadi doh.
11.Potong doh menjadi segi empat.
12.Masukkan tuna spread mayonis ke
dalam doh dan lipatkan menjadi
bentuk segi tiga dan kemaskan
bahagian tepi.
13.Goreng di dalam minyak yang
panas.
1 minit 7. Hidangkan.
9.0 PENGUJIAN
31
8/3/2019 pastri modul
32/33
Hasil pengujian saya melalui prototaip Segi Tiga Tuna Mayo ini didapati bahawa
pastri yang diahsilkan terlalu rapuh.
10.0 PENAMBAHBAIKAN
Penggunaan mentega beku perlu daripada kandungan tepung gandum yang
digunakan. Sekiranya doh lembik, tambahkan tepung sehingga adunan betul-betul
sempurna.
KESIMPULAN
32
8/3/2019 pastri modul
33/33
Ketiga-tiga hasil inovasi saya ini ialah idea saya sendiri yang mana saya rasakan
sangat bersesuaian dengan citarasa penduduk Asia khususnya penduduk
Malaysia. Ianya sesuai di makan dan di minum di mana sahaja tidaka kira waktu
atau cuaca.
Dari aspek kandungan yang terdapat di dalamnya, saya lebih mementingkan
kandungan nutrien yang dapat meningkatkan taraf kesihatan individu yang
menikmatinya. Kajian yang dibuat telah mengenalpasti purata jangka hayat
penduduk di dunia yang paling lama ialah 70 tahun dan kebanyakannya daripada
Negara Jepun, maka saya telah mengambil Jepun sebagai contoh makanan
yang saya inovasikan ini.
Resepi yang saya inovasikan ini sangat mudah dihasilkan dan purata untuk
menghasilkannya tidak lebih dari satu jam. Dan penggunaan peralatan pula
adalah peralatan yang asas dan diyakini semua rumah mempunyainya.
Untuk golongan suri rumah yang ingin mencari pendapatan tambahan, mereka
boleh menggunakan resepi inovasi saya yang unik dan sedap ini.