20
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN MENGKUANG 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG TAJUK KURSUS: HUBUNGAN ETNIK KOD KURSUS : WAJ 3106 DISEDIAKAN OLEH: NAMA : NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDAN NO KP : 821127-02-5642 KUMPULAN / UNIT : PPG AMBILAN KHAS FEB 2013 (SEM 3)

Patriotism e

Embed Size (px)

DESCRIPTION

patriotisme

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUNMENGKUANG 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

TAJUK KURSUS: HUBUNGAN ETNIK

KOD KURSUS : WAJ 3106

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA:NUR AFNI HANIZA BINTI SHAIDANNO KP:821127-02-5642KUMPULAN / UNIT:PPG AMBILAN KHAS FEB 2013 (SEM 3) NAMA PENSYARAH:EN. ZAHARI BIN ZAINALTARIKH SERAH:19 OKTOBER 2013PENGHARGAANSyukur kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya Tugasan ini dapat diselesaikan seperti yang telah dirancang. Setinggi-tinggi penghargaan kepada tonggak utama dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu En. Zahari bin Zainal, Pensyarah matapelajaran Hubungan Etnik, WAJ 3106, IPG Kampus Tuanku Bainun diatas panduan dan nasihat yang tidak ternilai harganya.Sekalung penghargaan ditujukan kepada guru-guru di Sekolah Alor Pongsu dan rakan seperjuangan PPG Ambilan Khas di atas kerjasama yang telah diberikan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang tugasan ini dijalankan. Terima kasih kerana sentiasa memberikan bantuan dan pertolongan untuk menyempurnakan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas budi dan jasa kalian semua.Setinggi-tinggi penghargaan buat suami dan anak-anak tersayang yang telah menggalakkan dan mendorong supaya saya meneruskan pengajian ini, yang sentiasa bersama waktu susah dan senang dan sentiasa mendoakan kejayaan saya tanpa rasa penat dan jemu. Terima kasih atas kasih sayang yang telah dicurahkan dengan setulus hati. Sekian, terima kasih..

ISI KANDUNGAN

PERKARAMUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

ISI KANDUNGAN 2

TUGASAN 1: Sejauh manakah peranan guru dalam proses pemupukan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

3 - 10

TUGASAN 2: Penulisan Reflektif11-12

BIBLIOGRAFI

Tugasan i -

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi dalam proses pemupukan semangat patriotik dalam kalangan murid.

a.Berdasarkan pernyataan di atas, sejauh manakah peranan guru dalam proses pemupukan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Warga pendidik ataupun guru mempunyai peranan yang amat penting dalam memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar sekolah, sekaligus melahirkan warga Malaysia yang cintakan negara. Usaha memupuk semangat patriotik perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah. Salah satunya ialah melalui mata pelajaran Sejarah yang akan diperkenalkan di sekolah rendah bermula tahun hadapan iaitu 2014. Dalam penyemakan semula kurikulum sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan secara tersurat dan secara langsung dalam kandungan kurikulum mata pelajaran sejarah. Usaha ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih berkesan dan peranan guru adalah sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara. Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16. Pengetahuan mengenai sejarah Melaka ini boleh menjadi pendorong dan penggerak dan memberi keyakinan bahawa sejarah boleh berulang dan kita berupaya menangani cabaran wawasan 2020 kerana kita pernah melakukannya. Begitu juga dengan pengenalan kepada tokoh atau pemimpin terdahulu. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran sejarah, tokoh atau pemimpin ditonjolkan mengikut peristiwa yang berlaku dan sumbangan serta pengorbanan tokoh atau pemimpin yang dipelajari boleh menanamkan dan memupuk semangat patriotik. Kandungan teks juga perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa yang dapat menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah dan nasional misalnya pernyataan seperti berikut,``Sejarah membawa kita mengenali jati diri atau asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara. Penerapan nilai patriotisme boleh berlaku semasa pelajar membuat rasionalisasi mengenai peristiwa sejarah yang dipelajari. Misalnya pelajar dipupuk dengan kemahiran mengenal pasti isu dan masalah masa lalu dengan mengkaji sebab musabab, melihat perubahan dan kesinambungan dan melihat kesan dan akibat. Pelajar juga melihat persamaan dan perbezaan serta membuat pertimbangan nilai tentang isu dan masalah masa lalu.

Tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk individu adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga menjadi seorang warganegara yang baik. Bermulanya pendidikan dari sekolah rendah merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu, bagi menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Secara keseluruhannya, tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti.Dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Satu Malaysia yang berkonsepkan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan sudah tentu dapat membentuk sistem pendidikan bertaraf dunia. 1 Malaysia mengajak rakyat untuk bekerja secara bersama dalam membangunkan, membina dan memantapkan negara tanpa mengira kaum. Nilai-nilai murni seperti hormat - menghormati sesama masyarakat walaupun berlainan kaum perlu diterapkan. Nilai patriotisme antara nilai yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nilai patriotisme banyak digambarkan bagaimana masyarakat berusaha dalam menuntut kemerdekaan, menghargai dan memelihara pengertian sebenar tentang kecintaan kepada negara.Nilai - nilai patriotisme amat penting agar rakyat dapat hidup dalam keadaan aman serta kejayaan negara dapat dikecapi secara bersama. Pembangunan dan kemajuan negara hanya boleh direalisasikan jika wujudnya masyarakat yang mencakupi segala kriteria matlamat pendidikan negara dan formula Satu Malaysia itu sendiri. Melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara, melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara, melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum dan sebagainya. Menurut Abd. Rahim (1999), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat, perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan, kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan sumbangan warganegara terhadap negara bangsa dan agama. Patriotisme merupakan unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen dan tanggungjawab rakyat terhadap bangsa dan negara. Unsur-unsur patriotisme diterapkan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke arah mencapai matlamat dan aspirasi negara.

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan Sekolah Rendah Tahun 5 yang terangkum dalam bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu, hidup dalam masyarakat yang mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, mengamalkan demokrasi, penyayang, progresif, sejahtera dan bersemangat patriotik. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Mata Pelajaran Kajian Tempatan ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan beramal, harmonis serta berketerampilan. Mata Pelajaran Kajian Tempatan diajar di Tahap II mulai Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran ini dirancang untuk menjadi saluran utama bagi murid memperoleh pengetahuan, pemahaman asas serta pengalaman hidup yang seimbang dan harmonis sesama manusia dan antara manusia dengan alam persekitarannya. Interaksi ini mewujudkan pelbagai cara hidup masyarakat Malaysia dan memperlihatkan bagaimana mereka berusaha untuk mencapai kesejahteraan hidup. Mata pelajaran ini juga menjadi pendukung utama bagi memupuk semangat patriotik di kalangan murid. Hasil pembelajaran disenaraikan mengikut urutan kesukaran dan merangkumi bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Dalam lajur Unsur Patriotisme pula, disenaraikan nilai murni masyarakat dan semangat patriotik yang ingin dipupuk. Aspek ini amat penting disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana melaluinya murid akan dapat menghayati mesej yang disampaikan. Pemupukan unsur patriotisme ini boleh dilakukan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara terancang. Penyataan semangat patriotik ini disenaraikan selaras dengan isi kandungan dalam lajur Topik / Subtopik dan Hasil Pembelajaran. Sebagai contoh, melalui topik 5 : Mengenal Negara Kita dalam Huraian Sukatan Kajian Tempatan Tahun 5, murid berpeluang mengenali negeri-negeri yang terdapat di Malaysia dan seterusnya mengetahui identiti negara. Dengan mempelajari topik ini, perasaan hormat, sayang dan bangga terhadap negara sendiri dapat dipupuk di kalangan pelajar. Pelajar juga dapat memupuk nilai patriotisme seperti menyedari kepentingan negara sendiri dari segi kedudukan geografi melalui aktiviti menanda kedudukan Malaysia di peta dunia. Unsur patriotisme lain ialah berbangga dengan kepesatan pembangunan bandar -bandar di negara kita, melalui aktiviti membincangkan dan mengkelaskan bandar -bandar utama dari segi pentadbiran, perindustrian dan pelabuhan. Seterusnya, dapat menerap unsur patriotisme lain seperti berbangga dengan lagu, bendera, jata dan lambang negeri sendiri, dan menghormati lagu, bendera, jata dan lambang-lambang negeri lain.

Aktiviti di luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang bercorak pendidikan dan juga adalah sebahagian daripada cara bagaimana menerapkan nilai patriotisme. Kegiatan ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, seperti gerak kerja unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan. Ianya turut boleh dilaksanakan sebagai lanjutan kepada proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah serta sebagai pelengkap kepada usaha menanam dan mengukuhkan nilai-nilai patriotik dan nilai murni ke dalam jiwa pelajar. Secara tidak langsung, dapat meningkatkan semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik, tahap disiplin selain kemahiran di kalangan pelajar. Kokurikulum merupakan wadah paling berkesan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terutamanya dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang akhirnya dapat mewujudkan sumber manusia berkemahiran tinggi di Malaysia. Secara amnya, kokurikulum adalah aktiviti dan pengalaman pendidikan yang dilaksanakan di luar bilik darjah di mana ia lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang iaitu selepas sesi persekolahan. Sesetengah aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti kuiz, syarahan, ceramah dan sebagainya. Aktiviti di luar bilik darjah yang lain ialah melalui aktiviti khidmat masyarakat. Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, pelajar akan melakukan kerja amal yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Murid diharapkan dapat merealisasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai patriotik. Penyertaan murid dalam kerja projek ini juga dapat menyediakan warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Oleh itu, pentingnya memupuk semangat patriotik sejak dari bangku sekolahlagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Contohnya , pihak sekolah boleh mengadakan program seperti sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah, nanyian Lagu Negaraku semasa perhimpunan dan sebagainya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk memupuk semangat patriotik dalam sanubari anak-anak. Ibu bapa harus sentiasamenanamkan kesedaran tetang pentingnya memelihara kedulatan dan kemerdekaan negara sejak anak-anak masih kecl lagi. Ibu bapa juga mestimenjadi contoh teladan yang baikkepada anak-anak. Contohnya, ibu bapa mesti mengibarkan bendera bersama anak-anak ketika sambutan hari kemerdekaan negara. Ibu bapa dan anak-anak juga boleh melawat tempat-tempat bersejarah tanah air semasa cuti sekolah dan sebagainya. Oleh itu anak-anak telah mendapat pendedahan dan kesedaran tentang semangat cinta akan tanah air daripada ibu bapa sejak kecil. Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankankempen secara besar-besaranmelalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Sebagai guru pula, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat supaya murid dapat menyayangi keluarga, jiran dan persekitaran serta menghormati masyarakat, patuh kepada pemimpin dan taat kepada raja, dan seterusnya sentiasa mendaulatkan undang-undang. Pengalaman pembelajaran ini akan membentuk murid yang setia kepada negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia. Kesimpulannya, semangat patriotik sangat penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Justeru, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

Tugasan ii -Anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi. Penulisan ini adalah merangkumi aspek-aspek berikut:i.Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini (proses mendapatkan bahan dan maklumat dan lain-lain).ii.Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinyaiii.Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan kognitif individu.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT kerana izin dan rahmatNya dapat saya menjalani kuliah WAJ 3106 ini dengan jayanya walaupun pelbagai kekangan yang dihadapi ketika mengikuti kursus ini.Terdapat pelbagai kekangan yang saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini seperti kekurangan sumber rujukan,dan kekurangan informasi dan ilmu yang lebih mendalam dalam tajuk tugasan ini. Ini kerana, semasa tajuk tugasan diedarkan, saya tidak hadir ke kuliah kerana kurang sihat. Ini menyebabkan saya ketinggalan berkaitan maklumat penyediaan tugasan. Namun, Alhamdulillah pensyarah dan rakan sekelas banyak membantu ketika saya menghadiri interaksi yang seterusnya. Saya sedaya upaya untuk mencari pelbagai jenis sumber rujukan dengan perkongsian bersama rakan sekelas di samping berkongsi idea dan mencari buku-buku dan maklumat dari Internet yang berkaitan dengan tajuk ini. Seterusnya, dari segi pengurusan masa. Saya mempunyai kekangan masa dalam menyiapkan tugasan di sekolah dan tugasan yang diberikan pensyarah. Ini kerana pada masa yang sama, saya perlu mengisi pencapaian pelajar secara online dari semasa ke semasa, di samping pengurusan bilik darjah dan sekolah yang menyebabkan masa yang diberikan terasa sangat terhad. Walau bagaimanapun, Alhamdulillah ini merupakan cabaran pada saya untuk meneruskan dan mengajar saya menguruskan masa dengan sistematik.Banyak pengetahuan baru yang saya peroleh melalui tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan. Antaranya ialah pengetahuan mengenai tujuan matapelajaran ini dimana ia lebih mencerminkan sifat sesuatu struktur sosial masyarakat. Hubungan etnik mencerminkan keadaan sosial keseluruhan dalam masyarakat. Melalui tugasan ini, saya dapat menekankan nilai patriotisme dan mengetahui bagaimana cara dan pentingnya nilai patriotisme di kalangan pelajar. Memainkan peranan penting bagi memupuk semangat kecintaan kepada negara. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui bagaimana membuat perancangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah bagi memastikan pelajar mendapat dan menghayati nilai patriotik yang sebenar. Nilai murni ini sememangnya perlu diaplikasikan dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, saya dapati pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu khususnya pelajar. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza dan cara pemikiran mereka juga adalah berlainan. Pemupukan semangat patriotik di kalangan pelajar ini sememangnya dapat membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Akhir sekali, saya berterima kasih kepada pensyarah pembimbing bagi subjek Hubungan Etnik iaitu En. Zahari bin Zainal kerana telah menunjukkan dan memberi idea dan serba sedikit membantu kami dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan yang lain kerana secara langsung mahupun tidak langsung telah memberikan informasi dari semasa ke semasa mengenai tugasan ini. Diharap tugasan ini memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pensyarah dan menepati kehendak soalan yang diberikan. Ilmu yang saya perolehi sepanjang pembelajaran saya ini akan saya aplikasikan sebagai panduan dalam kehidupan. Terima kasih.

RUJUKAN

Mok Soon Sang. 2003. Siri Pendidikan Guru: Psikologi Pendidikan. Subang Jaya, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Ho Hui Ling, Ku Halim Ku Ariffin, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Nazri Muslim. 2010. Hubungan Etnik di Malaysia Edisi Kedua. Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Huraian Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR Tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum

Diperoleh pada pada Oktober 12, 2013 daripada http://eprints.utm.my/6519/4/ChuaKhengHoeMFPCHAP1.pdf