6
REFLEKSI PBS 4 Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaNYA, saya dan dua orang rakan seperjuangan mampu melaksanakan serta menghabiskan Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk semester keempat iaitu tahun kedua kami berada dalam kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi tahun 2013 ini bersamaan dengan 19 Ogos 2013 hingga 23 Ogos 2013. Saya dan ahli kumpulan kami telah memilih untuk melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar 01000 Kangar, Perlis. Menurut Guru Besar sekolah tersebut ini, Puan Rokiah Bt Khalid, sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 100 orang murid dan gred sekolah tersebut adalah bergred B dan dikategori sebagai sekolah luar bandar dan kurang murid . Sesuai dengan objektif tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini iaitu berkaitan dengan Tugasan Elektif 2 iaitu Kemahiran Hidup, saya telah diminta untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan membuat laporan berkenaan aspek-aspek seperti kaedah dan teknik pengajaran, bahan bantu mengajar dalam matapelajaran tersebut dan beberapa elemen- elemen yang perlu ada dalam huraian sukatan pelajaran. Tetapi, malangnya sekolah tersebut tidak terdapat guru yang benar-benar pakar dalam bidang Kemahiran Hidup. Namun begitu, kekurangan ini bukan satu penghalang untuk saya meneruskan kajian berkenaan bidang tersebut. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak input yang saya perolehi tetapi, pengalaman berharga semua guru yang berkecimpung dalam dunia pendidikan ini sedikit sebanyak JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 2012 1

PBS 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PISMP

Citation preview

Page 1: PBS 4

REFLEKSI PBS 4

Syukur Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaNYA, saya dan dua orang rakan

seperjuangan mampu melaksanakan serta menghabiskan Pengalaman Berasaskan

Sekolah untuk semester keempat iaitu tahun kedua kami berada dalam kursus Ijazah

Sarjana Muda Perguruan bagi tahun 2013 ini bersamaan dengan 19 Ogos 2013 hingga

23 Ogos 2013. Saya dan ahli kumpulan kami telah memilih untuk melaksanakan

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar

01000 Kangar, Perlis. Menurut Guru Besar sekolah tersebut ini, Puan Rokiah Bt Khalid,

sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 100 orang murid dan gred sekolah tersebut

adalah bergred B dan dikategori sebagai sekolah luar bandar dan kurang murid .

Sesuai dengan objektif tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 4 ini

iaitu berkaitan dengan Tugasan Elektif 2 iaitu Kemahiran Hidup, saya telah diminta

untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat, berbincang dengan guru dan

membuat laporan berkenaan aspek-aspek seperti kaedah dan teknik pengajaran,

bahan bantu mengajar dalam matapelajaran tersebut dan beberapa elemen-elemen

yang perlu ada dalam huraian sukatan pelajaran.

Tetapi, malangnya sekolah tersebut tidak terdapat guru yang benar-benar pakar

dalam bidang Kemahiran Hidup. Namun begitu, kekurangan ini bukan satu penghalang

untuk saya meneruskan kajian berkenaan bidang tersebut. Alhamdulillah, walaupun

tidak banyak input yang saya perolehi tetapi, pengalaman berharga semua guru yang

berkecimpung dalam dunia pendidikan ini sedikit sebanyak membantu saya. Sebagai

contoh teknik pengajaran yang diaplikasikan oleh guru di dalam kelas Bahasa Melayu

sedikit sebanyak boleh diaplikasikan sama dengan matapelajaran Kemahiran Hidup.

Walaupun hakikatnya tiada guru yang pakar dalam subjek Kemahiran Hidup ini, subjek

ini tetap dijalankan seperti biasa di dalam kelas. Saya dan rakan telah dimaklumkan

beberapa orang guru yang berperanan dalam mengajar subjek ini antaranya Cikgu

Mohd. Soffian Bin Muda, Mohd. Faizie Bin Shuib dan Cikgu Azmi Bin Abd. Rahim.

Walaupun mereka bukan pakar dalam matapelajaran ini, mereka cuba sedaya upaya

untuk memberi penerangan dan sedikit pengalaman mereka mengajar subjek ini.

Menurut laporan yang saya baca melalui sekolah tersebut, pelaksanaan

matapelajaran Kemahiran di sekolah rendah bermula tahun 1992/1993 bagi

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 20121

Page 2: PBS 4

REFLEKSI PBS 4

menggantikan kemahiran manipulatif dan perdagangan. Matapelajaran ini juga

dijalankan sebanyak dua waktu dalam seminggu dan satu sesi berjalan selama 30

minit. Di sekolah ini juga, saya berkesempatan melawat dan melihat sendiri bengkel

untuk kemahiran Hidup. Melalui pemerhatian yang saya buat keadaan bengkel tersebut

agak tersusun dan sesuai untuk murid menjalankan aktiviti-aktiviti kemahiran. Sebelum

ini, saya juga telah didedahkan tentang aspek-aspek serta elemen-elemen yang perlu

ada dalam pengurusan dan organisasi bengkel antaranya aspek keselamatan,

organisasi bengkel dan organisasi alatan-alatan bengkel. Alhamdulillah, di sekolah

tersebut keadaan bengkelnya agak memuaskan. Berikut merupakan antara gambar-

gambar yang saya perolehi semasa menjalani beberapa aktiviti bersama murid-murid

Tahun 3 semasa di beri peluang untuk memasuki kelas tersebut yang dijalankan di

dalam bengkel.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 20122

Page 3: PBS 4

REFLEKSI PBS 4

Dikesempatan tersebut juga, saya sempat menemubual beberapa orang murid

berkenaan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru Kemahiran Hidup semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel mahupun di kelas biasa. Selain itu,

saya sempat juga meneliti lembaran kerja dalam buku beberapa orang murid. Sedikit

sebanyak info yang saya perolehi ini membantu saya dalam menjalankan kajian untuk

Pengalaman Berasaskan Sekolah bagi Fasa 4. Pengalaman Berasaskan Sekolah ini

juga, bukan sekadar memfokuskan tugasan elektif sebagaimana yang diarahkan, tetapi

saya dan rakan-rakan telah mengikuti beberapa program yang dianjurkan untuk murid-

murid Tahun 6 iaitu ceramah motivasi. Apa yang menarik perhatian saya dalam

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 20123

Page 4: PBS 4

REFLEKSI PBS 4

program ceramah ini adalah penceramahnya merupakan salah seorang guru pelatih

Institut Pendidikan Guru Kota Baru Kelantan di mana beliau merupakan seorang guru

pelatih yang cemerlang di kampusnya sebagaimana yang dikhabarkan oleh rakannya.

Beliau seorang yang kurang upaya namun ketekalan dan ketabahannya telah menarik

minat guru kaunseling sekolah tersebut untuk memberi peluang kepada beliau untuk

menyampaikan ceramah. Secara tidak langsung, ceramah yang disampaikan oleh

beliau turut memotivasikan saya yang sama-sama bakal guru seperti beliau. Bukan

sahaja mendapat peluang mengenali perwatakan beliau bahkan kami berkongsi

pendapat dan juga cerita berkenaan kampus masing-masing. Berikut merupakan antara

agenda-agenda yang sempat dirakam semasa ceramah motivasi tersebut.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 20124

Page 5: PBS 4

REFLEKSI PBS 4

Banyak pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna saya perolehi

daripada Pengalaman Berasaskan Sekolah 4 untuk semester ini dan ianya merupakan

satu prosedur dan juga persediaan yang boleh saya lakukan untuk menghadapi alam

pendidikan yang sebenar suatu masa nanti. Segala pengetahuan yang saya perolehi ini

akan saya buat penambahbaikan dan cuba aplikasi dalam dunia pendidikan yang

sebenar. Sekian, wassalam.

JUNAIDA BINTI SHUKOR PISMP BM SEM 4 JAN 20125