8
Pegertian Hari Kiamat Dari al-Qur'an 25 JAMADILAKHIR 1433 Ada 2 jenis kiamat iaitu :- kiamat kecil kiamat besar Kiamat Kecil Apabila manusia menghadapi sakaratulmaut, ia adalah saat kiamat bagi manusia itu. Dunia hidupnya telah berakhir dan dia akan memasuki alam yang baru. Kiamat Besar Kiamat besar adalah apabila keseluruh isi alam semesta ini menghadapi kehancuran total. Bumi dan langit akan musnah dan akan digantikan dengan alam yang baru. Kedua-dua kiamat menandakan tertutupnya pintu taubat dan buku catatan manusia. Pengertian kiamat mengikut al-Qur'an Mempercayai kedatangan Hari Kiamat adalah salah satu dari dari Rukun Iman. Seorang Islam yang tidak mempercayai tentang Hari Kiamat akan tertolak imannya dan terkeluar dari Islam. Hari Kiamat adalah perkara yang belum terjadi dan tidak dapat dibayangkan oleh manusia bagaimana keadaannya 1

Pegertian Hari Kiamat Dari Al

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hari kiamat

Citation preview

Page 1: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

Pegertian Hari Kiamat Dari al-Qur'an

25 JAMADILAKHIR 1433

Ada 2 jenis kiamat iaitu :-

kiamat kecil

kiamat besar

Kiamat Kecil   Apabila manusia menghadapi sakaratulmaut, ia adalah saat kiamat bagi manusia itu. Dunia hidupnya telah berakhir dan dia akan memasuki alam yang baru.

Kiamat Besar Kiamat besar adalah apabila keseluruh isi alam semesta ini menghadapi kehancuran total. Bumi dan langit akan musnah dan akan digantikan dengan alam yang baru.

Kedua-dua kiamat menandakan tertutupnya pintu taubat dan buku catatan manusia.

Pengertian kiamat mengikut al-Qur'an Mempercayai kedatangan Hari Kiamat adalah salah satu dari dari Rukun Iman. Seorang Islam yang tidak mempercayai tentang Hari Kiamat akan tertolak imannya dan terkeluar dari Islam.

Hari Kiamat adalah perkara yang belum terjadi dan tidak dapat dibayangkan oleh manusia bagaimana keadaannya apabila ianya terjadi kelak. Oleh itu ALLAH dengan sifat Yang Maha Penyayang, memberikan gambaran tentang kejadian hari itu melalui firman-firman-NYA di dalam al-Qur'an supaya manusia bersedia menghadapinya.

Al-Qur'an menerangkan bagaimana keadaan bumi, langit dan lautan ketika kiamat berlaku. Bumi akan bergoncang dengan goncangan yang hebat dan dasyat yang belum pernah dirasai manusia. Gunung-ganang digambarkan berterbangan kerana tercabut dari paksinya. Air lautan melimpah-ruah menenggelami daratan. Lahar panas dari perut bumi akan mendidihkan air lautan hingga menjadi kering. Awan hitam menutupi bumi sehingga tiada lagi sinar matahari. Bulan, bintang dan segala cakarawala akan berguguran kerana laluan orbit yang mereka lalui tidak lagi berfungsi sehingga

1

Page 2: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

berlakulah pertembungan yang dasyat di angkasa.

Al-Qur'an menerangkan keadaan manusia yang kebingungan dan ketakutan yang tidak terperi beserta jerit-pekik yang mengegarkan telinga. Kiamat akan berlaku dengan secepat kilat sehingga manusia tidak sempat lari dan mencari perlindungan. Mereka akan lari dari suami atau isteri mereka, dari anak-anak mereka, dari kaum keluarga tersayang mereka dan sahabat-handai kerana hendak menyelamatkan diri sendiri.

Al-Qur'an menerangkan bahawa ketika kiamat berlaku, segala binatang buas akan berkumpul ertinya mereka tidak lagi menjadi buas dan liar kerana ketakutan yang amat sangat. Binatang ternak yang berharga akan terbiar kerana tuan-tuan mereka tidak lagi menghiraukan ternakan itu.

Bayangan Hari Kiamat dari al-Qur'an menggambarkan suasana yang sangat dasyat dan hebat. Kerana kehebatan keadaan hari itu, al-Qur'an menamakan Hari Kiamat dengan beberapa nama yang melambangkan keadaan dan suasana hari tersebut. Contohnya :-

Yaumul Zalzalah ertinya Hari Kegoncangan

Yaumul Ghasiah ertinya Hari Pengsan

Yaumul Sokhoh ertinya Hari Yang Memekakkan Telinga

Yaumul Laayam liku ba'dhukum li ba'dhi ertinya Hari yang lari seorang dari yang lain.

Yaumul So'ikah ertinya Hari Yang Riuh

Yaumul Rajifah ertinya Hari Gempa Yang Besar

2

Page 3: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

Yaumul Tommah ertinya Hari Yang Sukar

Yaumul Talaq ertinay Hari Manusia bercerai dari keluarganya.

AYAT-AYAT AL-QUR'AN YANG MENCERITAKAN TENTANG SUASANA KIAMAT

الرحيم الرحمن اهللا بيمSurah 22 al-Hajj ayat 1-2

Maksudnya:"Wahai sekelian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu; sesungguhnyakegoncangan kiamat itu adalah sesuatu yang besar. Pada hari yang akankamu lihat kegoncangan itu, menjadikan tidak peduli perempuan yangsedang menyusukan anak yang sedang disusukan; dan akan menggugur-kan tiap-tiap yang mempunyai kandungan akan kandungannya; dan akanengkau lihat manusia-manusia itu dalam keadaan masuk, padahal bukan-lah mereka mabuk melainkan siksaan ALLAH yang sangat keras."

Surah 56 al-Waqi'ah (Peristiwa Yang Terjadi) ayat 1 - 6

Maksudnya;"Apabila telah terjadi peristiwa besar itu. Tidaklah dari terjadinya itu dapatdidustakan. Direndahkannya; ditinggikannya. Apabila bumi digoncangkandengan sebenar goncangan. Dan gunung-gunung dihancurkan sebenar-benar hancur. Maka jadilah ia debu yang bertaburan."

Surah 69 al-Haqqah ( Hari Kiamat) ayat 13 - 17

Maksudnya;"Maka apabila sangka-kala telah ditiup kelak sekali tiup. Lalu diangkatlahbumi dan gunung-gunung lalu dihempaskan sekali hempas. Maka padahari itu terjadilah Hari Kiamat itu. Dan terbelahlah langit; maka jadilah diadi hari itu lemah sekali. Dan Malaikat-Malaikat berada di penjuru-penjurudan di atas mereka; dan di hari itu 'Arasy Tuhan engkau akan dipikul olehdelapan Malaikat."

3

Page 4: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

Surah 75 al-Qiamah ayat 1-13

Maksudnya;"AKU bersumpah dengan Hari Kiamat. Dan AKU pun bersumpah denganjiwa yang menyesal. Apakah mengira manusia bahawa tidak akan KAMIkumpulkan tulang-belulangnya? Bahkan KAMI Maha Kuasa atas menyusunsempurna ujung-ujung jarinya. Bahkan inginlah manusia berbuat durkahadi hadapan-NYA. Dia (manusia) bertanya; bilakah Hari Kiamat itu? Makaapabila mata telah terbelalak. Dan telah pudar cahaya bulan. Dan telahdikumpulkan matahari dan bulan. Berkata manusia pada hari itu; ke manatempat lari? Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung. Hanyakepada Tuhan engkaulah di hari itu tempat kembali yang kukuh. Maka akandiberi khabar kepada manusia di hari itu apa yang telah dikerjakannyaterlebih dahulu dan apa pula yang dilalaikannya."

Surah 78 an-Naba' (Berita) ayat 17 - 20

Maksudnya;"Sesungguhnya hari pemutusan itu, adalah satu masa yang ditentukan.Hari ditiup sangka-kala, lalu kamu datang berbondong-bondong. Dantelah dibuka langit seperti pintu-pintu. Dan gunung-gunung telah di-gerakkan seperti fatamorgana."

Surah 80 'Abasa (Bermasan Muka) ayat 33 - 42

Maksudnya;"Maka apabila datang suara yang dasyat. Hari di mana seorang itulari dari saudaranya. Dan (dari) ibunya dan bapanya. Dan (dari) isteri-nya dan anak-anaknya. Bagi setiap seorang dari mereka pada hariitu, ada urusan yang cukup menyibukkan. Beberapa muka pada hariitu berseri-seri. Ketawa, gembira. Dan beberapa muka pada hariitu penuh berdebu. Ditutup oleh warna hitam. Mereka itu ialahorang-orang yang kafir, yang jahat."

Surah 81 at-Takwir (Menggulung) ayat 1 - 6

Maksudnya;"Apabila matahari digulung. Dan apabila bintang-bintang berjatuhan.Dan apabila gunung-gunung berterbangan. Dan apabila unta-unta

4

Page 5: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

yang bunting ditinggalkan (dibiarkan). Dan apabila binatang liar di-kumpulkan. Dan apabila lauatan menggelegak panas."

Surah 81 at-Takwir ayat 11

Maksudnya;"Dan apabila langit dikupas."

Surah 82 Infitar (Terbelah) ayat 1-5

Maksudnya; "Apabila langit terbelah. Dan apabila bintang-bintang jatuh berserak.Dan apabila lautan melimpah-ruah. Dan apabila kubur-kubur dibongkar.(Ketika tersebut) setiap jiwa tahu apa yang telah didahulukan dan apayang dikemudiankan."

Surah 84 al-Insyiqaq (Kehancuran) ayat 1 - 5

Maksudnya;"Apabila langit terbelah. Serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudahsemestinya dia patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan membuangapa yang ada di dalamnya dan dia (bumi) menjadi kosong. Sertamematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya dia patuh."Surah 99 al-Zalzalah (Kegoncangan) ayat 1-6

Maksudnya;"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dasyat. Dan bumi itumengeluarkan bebanannya (isinya). Dan berkatalah manusia; mengapabumi (sebegini)? Pada hari itu (bumi) menceritakan khabar beritanya.Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itumanusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk di-perlihatkan kepada mereka (balasan) ama-amal mereka."Surah 101 al-Qariah (Yang Menggemparkan) ayat 1 - 5

Maksudnya; "Hari yang menggemparkan. Apakah dia hari yang menggemparkan? Danadakah engkau mengetahui apakah itu hari yang menggemparkan? Hariyang manusia menjadi seperti kelakatu yang bertebaran. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang berterbangan."

5

Page 6: Pegertian Hari Kiamat Dari Al

6