30
MALAYSIA DAERAH GEMAS

PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SLIDE PDKG

Citation preview

Page 1: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

DAERAH GEMAS

Page 2: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

1.Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Gemas terbahagi kepada Gemas Lama dan Gemas Baru. Gemas Lama terletak di sebelah negeri Johor. Gemas Baru terletak di dalam Negeri sembilan

2. Penduduk asal adalah keturunan orang melayu asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan angkatan ke Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang. Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan " Rumah Rehat Gemas". Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam iaitu "Gold" dan " Omeh " menjadi Gomeh dan dibakukan menjadi Gemas

3.Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysia, Sembilan Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.

4.Gemas merupakan persimpangan bagi landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.

5.Selain dari pusat bandar Gemas asal, di sebelah Johor, bahagian baru yang dikenali sebagai Gemas Baharu telah didirikan yang terletak sekitar 1 km dari pusat bandar Gemas.

6.Di sebelah barat daya tersergam Gunung Ledang dengan ketinggian 1,276 m.

Page 3: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

1. Sungai Gemas, Sungai Muar dan Sungai Gemencheh mengairi kawasan pertanian, getah , kelapa sawit ,sayur-sayuran dan buah-buahan di Gemas. Di barat daya terletaknya Gunung Ledang ( 1276 m) . Bukit Berot adalah bukit yang tertinggi di Gemas.2. Antara tempat yang berhampiran dengan Gemas ialah Sungai Kelamah (Felda), Kampung Pasir Besar, Felda Pasir Besar, Perhentian Londah, Kampung Pudu, Batu Enam, Buluh Kasap, Kampung Tebing Tinggi, Ayer Kuning Selatan, Kampung Ayer Gelugor dan Kampung Sungai Dua, Felda Gugusan Jelai, Gugusan Palong serta Rompin.

3. Lain-lain ialah Kampung Tengah (7.8 nm), Air Kuning Selatan (7.8 nm),Kampung Sungai Dua (6.0 nm), Kampung Bangka Hulu (1.0 nm),Kampung Ladang (1.0 nm), Kampung Ulu Ladang,Kampung Bentan 1.4 nm), Delta Village (6.1 nm), Kampung Sungai Siput (9.9 nm), Kampung Relau (11.0 nm), Kampung Permatang Panjang (10.3 nm) dan Kampung Kubu Dedap.

Page 4: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

1. Diwujudkan pada 1 Januari 1988 sebagai “Sub District” bagi Daerah Tampin. 

2.Di awal penubuhannya, beroperasi di Daerah Kecil Gemas mulai 1 Februari 1989 iaitu di bangunan Aked MARA.

3.Diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah dengan 12 orang kakitangan.

4. Pada 1 November 1989 Pejabat Daerah Kecil Gemas telah berpindah ke Bangunan Komplek Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas yang baru iaitu di lokasi sekarang.

5.Pentadbiran ini bertanggungjawab kepada pihak Berkuasa Negeri dan Pejabat Daerah Tampin dalam semua perkara yang berkaitan dengan Pentadbiran Daerah dan Tanah Daerah Kecil Gemas (PDKG) juga bertanggungjawab untuk melaksanakan keputusan dan arahan daripada Pihak Berkuasa Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan Pentadbiran Tanah Daerah Kecil Gemas. Objektif utama PDKG adalah untuk mewujudkan pengurusan Pentadbiran Daerah dan tanah yang cekap, berkesan dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan untuk mencapai matlamat pembangunan sosio-ekonomi negeri selaras dengan Wawasan 2020, melaksanakan usaha-usaha pembaharuan dalam pengurusan Pentadbiran Daerah dan tanah serta mempertingkatkan pungutan hasil daerah dan seterusnya negeri.

Page 5: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

6.Pentadbiran Daerah Kecil Gemas meliputi kawasan seluas 175 batu persegi (42,359.6 Hektar). Kira-kira 51.68% dari kawasan Tampin.

7. Daerah Kecil Gemas sebagai “Sub District” Daerah Tampin terletak di Timur Laut Negeri Sembilan Darul Khusus bersempadanan di selatannya dengan Daerah segamat, johor manakala di Timurnya Daerah Jasin, Melaka, di utaranya Daerah jempol, Negeri sembilan. Jarak jauh dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Seremban adalah 110 km dan dengan Pentadbiran daerah tampin 55 km.

Page 6: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

8.Daerah kecil ini mempunyai dua mukim iaitu Mukim Gemas dan Mukim Air Kuning.

9. Senarai nama Ketua Penolong Pegawai Daerah mulai 16.3.1988 seperti di bawah :

ANIRWAN BIN MOHD AINI

15.5.2010 SEKARANG

Page 7: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Menjadikan organisasi yang unggul dalam pentadbiran Daerah dan Tanah berteraskan perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan berintergriti.

VISI

MISIMemberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan mesra, berkualiti dan berintegriti pada setiap masa.

OBJEKTIFMerancang, melaksanakan dan memantau pembangunan daerah dengan cekap dan teratur selaras dengan visi dan misi Kerajaan Negeri Sembilan.

Merancang dan bertindak secara proaktif untuk menguruskan pembangunan tanah dan pungutan hasil dengan cekap dan teratur berlandaskan peruntukan undang - undang dan peraturan yang berkuatkuasaMerancang dan menguruskan pentadbiran organisasi serta pembangunan  sumber manusia yang berkualiti dan dinamik

Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan kewangan yang cekap dengan memenuhi piagam pelanggan yang ditetapkan.

Merancangkan, menyelaraskan dan melaksanakan program sosioekonomi yang memenuhi kehendak Kerajaan  Negeri Sembilan secara berterusan..

Page 8: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Kami komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan berkualiti dan berintergriti.

Kami juga komited untuk memastikn setiap pelanggan mendapat layanan yang terbaik, maklumat yang tepat serta keputusan pentadbiran yang telus berlandaskan undang- undang dan peraturan yang berkuatkuasa

Page 9: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Page 10: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Segala maklumat tentang segala aktiviti Pejabat Daerah Kecil & Tanah Gemas sila layari di :

http://www.ns.gov.my/daerah /gemas

Page 11: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Page 12: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

PENGENALAN- Kawasan bersejarah keranan dipercayai sebagai salah satu tempat persinggahan Hang Tuah ketika melarikan Tun Teja.

Sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak.

-Antara kemudahan yang sedia ada ialah bekalan elektrik dan air bersih, 2 unit chalet, tapak perkhemahan, balai serbaguna, padang kawat, bilik mandi dan tandas, menara pandang serta kawasan memancing.

- Salah satu produk Homestay Gemas

Page 13: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

KEMUDAHAN

-Padang kawat- Dewan Serbaguna- 2 unit chalet- Bilik air / tandas- Pelantar memancing- Menara pandang- Tapak perkhemahan

AKTIVITI

-Terletak di tebing Sg. Muar.- Suasana desa dan sawah padi.

Page 14: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

PENGENALAN- Terletak di tebing Sg. Muar Kg. Pasir Besar.

Sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak.

-Sering dijadikan tapak perkhemahan oleh pelajar-pelajar sekolah dan IPT.

KEMUDAHAN

- Antara kemudahan yang sedia ada ialah bekalan elektrik dan air bersih, 1 unit chalet, tapak perkhemahan, astaka, gazebo, bilik mandi dan tandas, pondok memasak dan taman permainan kanak-kanak.

Page 15: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

PENGENALAN- Terletak kira-kira 10 km dari Pekan Gemas.

Kawasan bersejarah di mana berlakunya pertempuran di anatara Tentera Australia dan Jepun semasa Perang Dunia ke 2.

-Terdapat kesan-kesan runtuhan jambatan yang diletupkan oleh Tentera Australia.

- Masih dikunjungi oleh kaum keluarga tentera yang terkorban serta veteran perang untuk mengadakan majlis peringatan.

Page 16: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

PENGENALAN

- Terletak di sempadan Negeri Sembilan -  Johor.

Lanskap yang menarik.

-Kemudahan-kemudahan yang disediakan:= gazebo= pelantar

Page 17: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

PENGENALAN- Terletak 1 km dari Pekan Gemas.

Suasana berlatarbelakang gunung ledang.

KEMUDAHAN- Dilengkapi kemudahan padang golf 18 lubang, kolam renang,bilik persidangan,20 bilik hotel dan kafetaria

-Kemudahan yang disediakan antaranya ialah bilik penginapan, kolam renang dan bilik seminar.

- Tumpuan pelancong asing terutama dari Singapura

Page 18: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Daerah Gemas merupakan pintu masuk dari arah selatan melalui jalan keretapi.Stesen Keretapi Gemas adalah antara stesen keretapi yang telah lama beroperasi dari zaman pemerintahan Inggeris hingga sekarang. Homestay Gemas melibatkan empat buah kampung yang berdekatan antara satu sama lain iaitu Kampung Londah, Kampung Ulu Ladang, Kampung Ladang dan Kampung Bangkahulu.

Tinggalan sejarah seperti Tugu Peringatan Sg.Kelamah dan laluan Hang Tuah-Tun Teja adalah antara tarikan bagi homestay ini selain daripada sawah padi yang menguning dan produk kraftangan yang berasaskan kelapa. Homestay ini juga menawarkan masakan tradisionalseperti kuih tat seberang dan madu lebah asli untuk dicubadan dirasai oleh pelancong yang datang.

Homestay Gemas juga mempunyai kemudahan tapak perkhemahan di tepi Sungai Muar yang dikenali sebagai Danau Kubang. Di sini juga tersedia kawasan rekreasi yang menyediakan gelanggang futsal, dewan terbuka dan bilik persalinan.

Page 19: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Page 20: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Page 21: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan. Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan. Melalui konsep ini, sumber makanan import (feeder import) akan dapat dikurangkan dan digantikan dengan sumber dari dalam negara secara berperingkat

Dalam RMK-9, seluas 2,000 ha kawasan telah ditawarkan untuk pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. NFC mensasarkan pengeluaran sebanyak 2.8 ribu m.t kapasiti ternakan menjelang tahun 2010. Bagi ladang kontrak/satelit seramai 200 pengusaha disasarkan untuk kawasan TKPM dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16.8 m.t menjelang tahun 2010. Bagi kontrak individu pula seramai 110 pengusaha dengan kapasiti pengeluaran 10 ribu m.t menjelang tahun 2010

Page 22: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan. Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan. Melalui konsep ini, sumber makanan import (feeder import) akan dapat dikurangkan dan digantikan dengan sumber dari dalam negara secara berperingkat

Dalam RMK-9, seluas 2,000 ha kawasan telah ditawarkan untuk pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. NFC mensasarkan pengeluaran sebanyak 2.8 ribu m.t kapasiti ternakan menjelang tahun 2010. Bagi ladang kontrak/satelit seramai 200 pengusaha disasarkan untuk kawasan TKPM dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16.8 m.t menjelang tahun 2010. Bagi kontrak individu pula seramai 110 pengusaha dengan kapasiti pengeluaran 10 ribu m.t menjelang tahun 2010

Page 23: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Anda boleh menaiki KTM (Keretapi Tanah Melayu) dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur terus ke Stesen Keretapi Gemas dan seterusnya anda akan dibawa ke Homestay Gemas. Stesen Keretapi Gemas mempunyai keunikannya yang tersendiri di mana ianya mempunyai sejarah Keretapi Tanah Melayu iaitu pertemuan diantara pantai timur,selatan dan utara

Page 24: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Nikmatilah persembahan kebudayaan yang dipersembahkan oleh artis-artis cilik yang terdiri daripada kanak-kanak dari Homestay Gemas.

Page 25: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Page 26: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

TUJUANTUJUAN PROJEK INI ADALAH MEMBANGUNKAN SEBUAH PUSAT

PENEMPATAN BERKELOMPOK BAGI POGRAM BANTUAN RUMAH (PBR) KHAS UNTUK PESERTA PROGRAM PEMBASMIAN

KEMISKINAN RAKYAT (PPRT) DI BAWAH PERUNTUKAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

(KKLW)

Page 27: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

Objektif projek ini adalah untuk membantu golongan sasaran iaitu peserta Program Pembasmian Kemiskinan Rakyat(PPRT) yang hidup dalam keadaan susah dan tidak mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa dalam menjalankan kehidupan seharian. Melalui program ini, diharap ianya dapat membantu kepada golongan sasaran ini dengan memberikan kemudahan yang selesa dan seterusnya meningkatkan motivasi mereka untuk keluar daripada golongan kemiskinan ini.

TARIKH MULA DAN SIAP PROJEKTARIKH MULA

Jadual : 01 Ogos 2009Sebenar : 10 Ogos 2009

TARIKH SIAP

Jadual : 16 Disember 2009Sebenar : 22 Februari 2010

Page 28: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

SEBELUM

Page 29: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

SELEPAS

Page 30: PEJABAT DAERAH KECIL & TANAH GEMAS

MALAYSIA

SEKIAN TERIMA KASIH