24
BULETIN PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM), Tingkat 9,11 & 15, Menara Boustead, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang. Telefon: 04-218 5700 Fax: 04-210 5733 Edisi April-Jun 2015 Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Untuk Masjid-masjid Di Kawasan Parlimen Nibong Tebal Sempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang Di Pusat Komersial Permatang Pauh, Kampung Belah Dua, Pulau Pinang Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang Oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia 5P M/s 6 M/s 11 M/s 23 Menarik Edisi April ~ Jun 2015 PPPPP Merealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUAN Demi Kesejahteraan Rakyat PPPPP Merealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUAN Demi Kesejahteraan Rakyat

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

BULETINPEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANGUNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM), Tingkat 9,11 & 15, Menara Boustead, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.Telefon: 04-218 5700 Fax: 04-210 5733

Edisi April-Jun 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-masjid Di Kawasan ParlimenNibong Tebal Sempena Menyambut

Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang

Di Pusat Komersial Permatang Pauh,Kampung Belah Dua, Pulau Pinang

Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf HospitalSeberang Jaya Pulau Pinang Oleh

YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

5P

M/s 6 M/s 11 M/s 23

Men

arik

Edi

si Ap

ril ~

Jun

2015

PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat

PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada YBhg. Tan Sri Hj. Shukry Bin Mohd Salleh, Mantan Ketua Pengarah ICU JPM

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Mengucapkan Selamat Datang Dan Selamat Berkhidmat Kepada YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM

Page 2: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Majlis Penyerahan Program Bantuan Rumah (PBR)Kawasan DUN Teluk Bahang

Lawatan Mobile Team Ke Rumah KIR eKasih diKampung Tok Panjang, Bukit Tengah

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan SewaRumah Kepada Penerima di Kawasan ParlimenNibong Tebal

Lawatan Mobile Team Pejabat PembangunanPersekutuan Pulau Pinang Sepanjang BulanApril Hingga Jun 2015

ProgramKesejahteraan Rakyat

234

Program Wacana Ilmu Isu Semasa Hal EhwalIslam dan Ramah Mesra Serta PenyampaianSumbangan Kepada Pengurusan Sekolah Agama,Masjid dan Surau

Pembangunan Projek/Program Persekutuan

5

Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-Masjid di Kawasan Parlimen Nibong TebalSempena Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang diPusat Komersial Permatang Pauh, KampungBelah Dua, Pulau Pinang

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada MangsaRibut Dalam Kawasan DUN Penaga, ParlimenKepala Batas

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf MasjidPermatang Janggus, Parlimen Kepala Batas

6

7

8

Overview Projek RP4 RMK10 Pulau Pinang

Projek-projek RP4 RMK10 Pulau Pinang- Dalam Pelaksanaan

PembangunanProjek Rancangan MalaysiaLima Tahun (RMLT)

910

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore MohdYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Ke Projek LandasanBerkembar Elektrik Di Antara Ipoh Ke Padang Besar(Jajaran Pulau Pinang)

Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf Hospital SeberangJaya Pulau Pinang Oleh YAB Timbalan PerdanaMenteri Malaysia

LawatanTurun Padang

12

Lawatan YB ADUN Sungai Acheh Ke Projek NaiktarafLaluan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling(SEK 720) Ke Jambatan di Atas Sungai Junjung (SEK 740),Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

14

13

Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat NegeriPulau Pinang

Program PembangunanMasyarakat dan Institusi

15

Program Persekitaran Lestari (Nature Walk) di Taman NegaraPulau Pinang

Sesi Perjumpaan Khas Pemimpin-pemimpin Persekutuan PulauPinang Bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD)

EngagementPemimpin Persekutuan Tempatandengan Agensi Persekutuan

1617

Sesi Perjumpaan Khas YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore MohdYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang

Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang

Perlawanan Futsal Persahabatan Antara Pegawai PejabatPembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Pegawai TNBPulau Pinang

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2 Tahun 2015

Sesi Percambahan Intelektual Sempena Menyambut KedatanganBulan Ramadhan 1436H

Majlis Penghargaan Petugas Bilik Gerakan Pejabat PembangunanPersekutuan Pulau Pinang

Sesi Taklimat Sistem iMonitor Oleh Pejabat PembangunanPersekutuan Negeri Perak

Pegawai dan Kakitangan Yang Bertukar Keluar / Masuk

Pengurusan Organisasi

18

19

20

21

22

1

Page 3: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Program Kesejahteraan Rakyat

Majlis PenyerahanProgram Bantuan Rumah (PBR)Kawasan DUN Teluk Bahang Pada 26 Mei 2015

26 Mei 2015, Teluk Bahang - Majlis Penyerahan Projek Bina Baru Rumah kepada peserta eKasih iaitu En. Nayan bin Saad telah disempurnakan oleh ADUN Teluk Bahang, YB Datuk Shah Headan bin Ayoob Hussain Shah bertempat di Blkg. 285, Mk. A, Sungai Pinang, Balik Pulau. Projek di bawah Program Bantuan Rumah (PBR), Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) itu telah dilaksanakan oleh GiatMARA Negeri Pulau Pinang selaku agensi pelaksana di peringkat negeri.

Pada majlis tersebut, YB ADUN Teluk Bahang juga telah menyerahkan kunci rumah serta sumbangan baucar tunai untuk pembelian barangan keperluan harian kepada En. Nayan bin Saad. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang, GiatMARA Negeri Pulau Pinang serta pegawai Pusat Khidmat ADUN Kawasan Teluk Bahang.

2

Page 4: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Program Kesejahteraan Rakyat

29 Jun 2015, Bukit Mertajam - Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan lawatan mobile team ke rumah KIR eKasih, Khairul Helmi bin Roslan bertempat di Kampung Tok Panjang, Bukit tengah, Bukit Mertajam. Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan KIR yang mengidap penyakit juvenile diabetes untuk dipertimbangkan bantuan atau sumbangan yang sewajarnya. Semasa lawatan tersebut, Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang telah menyerahkan sumbangan ehsan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh KIR. Pada masa yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turut menyampaikan sumbangan kepada KIR berkenaan. Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah wakil JKKKP Kampung Tok Panjang dan penduduk setempat.

LAWATAN MOBILE TEAMKE RUMAH KIR eKASIH

DI KAMPUNG TOK PANJANG, BUKIT TENGAHPADA 29 JUN 2015

3

Page 5: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Program Kesejahteraan Rakyat

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Sewa RumahKepada Penerima Di Kawasan Parlimen Nibong Tebal

Pada 16 Jun 2015

Lawatan Mobile Team Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Sepanjang Bulan April Hingga Jun 2015

4

Page 6: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

Program Wacana Ilmu Isu Semasa Hal Ehwal Islam dan Ramah Mesra Serta Penyampaian Sumbangan kepada Pengurusan Sekolah Agama, Masjid dan Surau Bersama YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah berlangsung pada 2 Mei 2015 (Ahad) bertempat di Masjid Timah, Kampung Belah Dua, Pulau Pinang. Melalui program ini, para pegawai pengurusan sekolah agama, masjid dan surau dapat berinteraksi secara bersemuka dengan penceramah jemputan mengenai isu-isu semasa berhubung hal ehwal Islam khususnya di negeri ini. Selesai menunaikan Solat Zohor bersama-sama YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri, agenda diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada pengurusan sekolah agama, masjid dan surau dengan pemberian mock cheque kepada wakil setiap kategori penerima. Program yang berakhir pada jam 3.30 petang ini telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh imam, bilal, siak, guru-guru takmir dan kariah masjid dari seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh.

PROGRAM WACANA ILMU ISU SEMASA HAL EHWAL ISLAMDAN RAMAH MESRA SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGANKEPADA PENGURUSAN SEKOLAH AGAMA, MASJID DAN SURAU

PADA 2 MEI 2015

5

Page 7: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MOREH UNTUK MASJID-MASJIDDI KAWASAN PARLIMEN NIBONG TEBAL

SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1436H PADA 16 JUN 2015

Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS)- Sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak 1436H, satu Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh Ramadhan kepada 21 buah masjid dan 59 buah surau di Kawasan Parlimen Nibong Tebal telah diadakan pada 16 Jun 2015 (Selasa) bertempat di Masjid Jamek Nibong Tebal. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg). Sumbangan moreh sebanyak RM1,000.00 ini merupakan sebahagian daripada sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada 209 buah masjid di Negeri Pulau Pinang bagi tujuan pengimarahan masjid sepanjang bulan Ramadhan. Dalam majlis tersebut juga, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman turut menyampaikan sumbangan kepada sepuluh orang penerima bantuan sewa rumah di kawasan Nibong Tebal. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut adalah YB Dato’ Mahmud bin Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh.

6

Page 8: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

Pada 26 April 2015 bertempat di Pusat Komersial Permatang Pauh, Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Pulau Pinang, Kementerian Kewangan Malaysia dengan Kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) telah menganjurkan Program Mobile Community Transformation Centre (CTC) peringkat negeri Pulau Pinang untuk kali kedua bagi tahun 2015. Pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pembangunan Wanita, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan, Jabatan Imigresen dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Permatang Pauh khususnya dan rakyat Pulau Pinang amnya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), Tuan Syed Nasir bin Syed Ahmad, Timbalan Pengarah, Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta pegawai dan kakitangan Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang.

PROGRAMMOBILE COMMUNITY TRANSFORMATION CENTRE (CTC)PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG DI PUSAT KOMERSIAL PERMATANG PAUHKAMPUNG BELAH DUA, PULAU PINANG PADA 26 APRIL 2015

7

Page 9: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pembangunan Projek / Program Persekutuan

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Masjid Permatang JanggusParlimen Kepala Batas Pada 23 April 2015

Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa RibutKawasan DUN Penaga, Parlimen Kepala Batas

Pada 23 April 2015

8

Page 10: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

105 PROJEK

SILING

RM1.009BPERUNTUKAN

RM1.029B

BELANJA

RM0.154B

(14.97%)

Overview Projek RP4 RMK10 Pulau Pinang Sehingga Jun 2015

Prestasi Fizikal RMK10 RP4 Pulau Pinang

Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

23%

24DALAM

PERANCANGAN

45%

47DALAM

PELAKSANAAN

32%

34SUDAH

SIAP

PERUNTUKAN RP4 : RM119.87 JUTA

PERUNTUKAN RP4 : RM833.27 JUTA

PERUNTUKAN RP4 : RM76.70 JUTA

9

Page 11: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

PROJEK-PROJEK RP4 RMK10 PULAU PINANG – DALAM PELAKSANAAN

PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN ASRAMA 200 PELAJAR DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN DI SMK PONDOK UPEH, BALIK PULAU, PULAU PINANG

MENAIKTARAF JALAN PERSEKUTUAN FT006 DARI TELUK KUMBAR KELAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA PULAU PINANG, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Agensi Pemilik :

Agensi Pelaksana :

Skop :

Kemajuan : 16. 40%

Kementerian Kerja Raya

JKR Pulau Pinang

Menaiktaraf Jalan Sedia Ada dari Teluk Kumbar ke SimpangSungai Tiram.

Membina Elevated Structure, 2 Jejantas Pejalan Kaki dan2 Unit Jambatan

Agensi Pemilik : Kementerian Pendidikan Malaysia

Agensi Pelaksana : JKR Pulau Pinang

Kemajuan : 37%

Skop : Membina Blok Tambahan Asrama 200 Pelajardan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan diSMK Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.

KOS

RM390 jutaTARIKH MULA

17 Februari 2014TARIKH SIAP

28 Februari 2017

KOS

RM4.42 jutaTARIKH MULA

21 April 2014TARIKH SIAP

17 April 2016

Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

10

Page 12: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pembangunan Projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

PROJEK-PROJEK RP4 RMK10 PULAU PINANG – DALAM PELAKSANAAN

MENAIKTARAF JALAN NEGERI (P10) DARIPADA BATU MAUNG KE PERSIMPANGAN JALAN SULTAN AZLAN SHAH, PULAU PINANG

PEMULIHARAAN PANTAI DAN PEMBAIKAN KUALITI AIR LAUT DI BATU FERRINGHI,PULAU PINANG

Agensi Pemilik :

Agensi Pelaksana :

Skop :

Kemajuan : 42.98%

Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar

JPS Pulau Pinang

Pembinaan “Outlet Structure”

Pembinaan “Pipe Structure”

Pembinaan Loji Rawatan Air

Agensi Pemilik : Kementerian Kerja Raya

Agensi Pelaksana : JKR Pulau Pinang

Kemajuan : 22%

Skop : Menaiktaraf Jalan Sedia Ada Tunggal 2 Lorong, 2 HalaPiawaian R3 Kepada Piawaian U5 Sepanjang 6.0 km

Menaiktaraf Tiga (3) Buah Persimpangan KepadaPersimpangan Berlampu Isyarat

KOS

RM14.0 jutaTARIKH MULA

12 Ogos 2014TARIKH SIAP

11 Februari 2016

KOS

RM160.0 jutaTARIKH MULA

22 Julai 2013TARIKH SIAP

12 September 2016

11

Page 13: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Lawatan Turun Padang

LAWATAN KERJA YBHG. DATO' AHMAD ZAKI ANSORE MOHD YUSOFKETUA PENGARAH ICU JPM

KE PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK DI ANTARA IPOH KE PADANG BESAR(JAJARAN PULAU PINANG) PADA 4 JUN 2015

Pada 4 Jun 2015, YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah mengadakan lawatan ke projek Landasan Berkembar Elektrik di antara Ipoh ke Padang Besar (Jajaran Pulau Pinang). Turut serta dalam lawatan ini adalah YBrs. Tuan Syed Shaari bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Haji Saringat bin Haji Hassan, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Mohd Noor bin Rejab, Pengarah Unit Penyelarasan Penyertaan Bumiputra, Pegawai-Pegawai ICU JPM, Pegawai-Pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta Pegawai-Pegawai dari KTMB. Dalam sesi lawatan ini, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah ICU JPM, telah menaiki keretapi dari Stesen Keretapi Nibong Tebal ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam dan telah diberi taklimat mengenai maklumat terkini pelaksanaan projek dan isu-isu pelaksanaan projek.

12

Page 14: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Lawatan Turun Padang

Pada 28 April 2015, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Turut serta dalam lawatan ini ialah YB Datuk Seri Dr S.Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr Hilmy Bin Hj Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, YBrs. Dr Azlina Binti Muhamad Radzi, Pengarah Hospital Seberang Jaya, Pemimpin-pemimpin Persekutuan Tempatan serta wakil Jabatan dan Agensi Persekutuan di Negeri Pulau Pinang. Dalam sesi lawatan ini, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah diberi taklimat mengenai skop projek dan impak pelaksanaan projek terhadap mutu perkhidmatan Hospital Seberang Jaya.

MAJLIS PELANCARAN PROJEK NAIKTARAFHOSPITAL SEBERANG JAYA PULAU PINANG

OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIAPADA 28 APRIL 2015

13

Page 15: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Lawatan Turun Padang

LAWATAN YB ADUN SUNGAI ACHEHKE PROJEK NAIKTARAF LALUAN FT001

DARI PERSIMPANGAN PERMATANG KELING (SEK 720) KE JAMBATAN DI ATAS SUNGAIJUNJUNG (SEK 740), SIMPANG AMPAT, SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG

PADA 16 APRIL 2015

Pada 16 April 2015, YB Dato’ Haji Mahmud bin Zakaria, ADUN Sungai Aceh, telah mengadakan lawatan ke Projek Naiktaraf Laluan FT001 Dari Persimpangan Permatang Keling (Sek 720) ke Jambatan Di Atas Sungai Junjung (Sek 740), Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Dalam lawatan ini, YBrs. Syed Zubir Bin Syed Husin, Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) telah menyampaikan taklimat ringkas tentang maklumat terkini kemajuan projek dan isu-isu pelaksanaan projek kepada YB ADUN Sungai Acheh. Turut serta dalam lawatan ini ialah YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd Hatta bin Nordin, Pengarah Bahagian Infrastruktur ICU JPM, Encik Ismail Bin Harun, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri II, Encik Muhamad Fahmi bin Ahmad, Penolong Pengarah, Seksyen Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Unit Perancang Ekonomi, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang, Pegawai-Pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang serta pihak kontraktor dan perunding projek tersebut.

14

Page 16: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Program Pembangunan Masyarakat & Institusi

Satu Majlis Perhimpunan Hari Pekerja Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 5 Mei 2015 bertempat di Dewan Sri Mutiara, Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis yang bertemakan “Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat” itu telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri Malaysia. Turut hadir ialah YB Dato' Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia, YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNg), YBhg. Datuk Azih Bin Muda, Presiden CUEPACS, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, ketua-ketua jabatan serta kakitangan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

MAJLIS PERHIMPUNAN HARI PEKERJAPERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PADA 5 MEI 2015

15

Page 17: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Engagement Pemimpin Persekutuan TempatanDengan Agensi PersekutuanPROGRAM

PERSEKITARAN LESTARI(NATURE WALK)DI TAMAN NEGARA PULAU PINANGPADA 5 APRIL 2015Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang (PPPPP) melalui Kelab Rekreasi Dan Sukan 5P telah mengadakan Program Persekitaran Lestari (Nature Walk) di Taman Negara Pulau Pinang pada 5 April 2015. Program ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti potensi produk pelancongan yang boleh dibangunkan di kawasan sekitar Taman Negara Pulau Pinang. Dalam program ini, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat ringkas tentang kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan kepada para peserta. Turut hadir bagi memeriahkan program ini ialah YB Dato' Seri Dr. Hilmi Bin Hj. Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau, wakil daripada Agensi dan Jabatan Persekutuan serta para Pemimpin Persekutuan Tempatan.

16

Page 18: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Engagement Pemimpin Persekutuan TempatanDengan Agensi Persekutuan

Sesi Perjumpaan Khas Pemimpin-Pemimpin Persekutuan Pulau Pinang Bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) Pada 16 April 2015

Majlis Ramah Mesra Pengerusi MTPNg Pulau PinangBersama Penolong Pendaftar Pemilih Pada 13 Jun 2015

17

Page 19: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pengurusan Organisasi

SESI PERJUMPAAN KHASYBHG. DATO' AHMAD ZAKI ANSORE MOHD YUSOF

KETUA PENGARAH ICU JPMBERSAMA WARGA PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PADA 5 JUN 2015

“Saya mengingatkan saudara saudari sekalian bahawa kita perlulah mempunyai dan mengamalkan budaya keseronokan bekerja dalam persekitaran yang kondusif. Kerja yang dilakukan itu perlulah bersungguh-sungguh supaya ia boleh mencapai sesuatu matlamat yang jelas dan menyeronokkan disamping menjadikan tugas kita lebih mudah. Kita juga tidak boleh cepat berpuas hati dan merasakan hasil kerja kita sudah yang terbaik padahal mungkin hasil kerja orang lain lebih baik dari kita. Oleh yang demikian, kita perlulah memastikan bahawa prestasi kerja kita sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.”  Demikianlah antara intipati ucapan YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) semasa Sesi Perjumpaan Khas Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang yang diadakan pada 5 Jun 2015 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat Sri Perdana, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang. Dalam sesi perjumpaan khas ini, YBrs. Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang telah menyampaikan taklimat tentang status semasa pelaksanaan projek yang merangkumi projek RMLT, projek dibawah peruntukan ICU JPM dan juga projek-projek pelbagai Kementerian.

18

Page 20: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pengurusan Organisasi

Pertandingan Futsal SDO Cup Antara SeksyenPejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang

Pada 2 April 2015

Perlawanan Futsal Persahabatan AntaraPegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang dan Pegawai TNB Pulau Pinang

Pada 26 Mei 2015

19

Page 21: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pengurusan Organisasi

Majlis Perhimpunan BulananBil. 2 Tahun 2015 Pada 8 April 2015

Sesi Percambahan IntelektualSempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan 1436H

Pada 15 Jun 2015

20

Page 22: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

Pengurusan Organisasi

Majlis Penghargaan Petugas Bilik GerakanPejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang

Pada 12 Mei 2015

Sesi Taklimat Sistem iMonitorOleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak

Pada 22 Mei 2015

21

Page 23: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

HARTENYBT MOHAMAD

Penolong PegawaiTeknologi Maklumat

Gred F29

Jabatan PendidikanNegeri Selangor

31 Mei 2015

SHAHARULBIN ABU TALIB

JuruteknikKomputer Gred FT17

Jabatan PerkhidmatanAwam

15 Jun 2015

MA

SUK

JAWATAN KE/DARI TARIKH KUATKUASA

PEGAWAI YANG BERTUKAR KELUAR / MASUK DI PPPPP APRIL-JUN 2015

KEL

UA

R

Pengurusan Organisasi

22

Page 24: PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU · PDF fileYusof, Ketua Pengarah ICU JPM Bersama Warga Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau Pinang Pertandingan Futsal SDO Cup Antara Seksyen

BULETINPEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANGUNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN JABATAN PERDANA MENTERI (ICU JPM), Tingkat 9,11 & 15, Menara Boustead, 39, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.Telefon: 04-218 5700 Fax: 04-210 5733

Edisi April-Jun 2015

Majlis Penyerahan Sumbangan Moreh UntukMasjid-masjid Di Kawasan ParlimenNibong Tebal Sempena Menyambut

Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Program Mobile Community TransformationCentre (CTC) Peringkat Negeri Pulau Pinang

Di Pusat Komersial Permatang Pauh,Kampung Belah Dua, Pulau Pinang

Majlis Pelancaran Projek Naiktaraf HospitalSeberang Jaya Pulau Pinang Oleh

YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia

5P

M/s 6 M/s 11 M/s 23

Men

arik

Edi

si Ap

ril ~

Jun

2015

PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat

PPPPPMerealisasikan Dasar Dan Hasrat KERAJAAN PERSEKUTUANDemi Kesejahteraan Rakyat

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Merakamkan Setinggi-tinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada YBhg. Tan Sri Hj. Shukry Bin Mohd Salleh, Mantan Ketua Pengarah ICU JPM

PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN PULAU PINANG Mengucapkan Selamat Datang Dan Selamat Berkhidmat Kepada YBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Bin Mohd Yusof, Ketua Pengarah ICU JPM