Upload
dangkhuong
View
238
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN
GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DI DAERAH JOHOR BAHRU
RUHAIDA BINTI AB. RAHIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PELAKSANAAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN
GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DI DAERAH JOHOR BAHRU
RUHAIDA BINTI AB. RAHIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
Untuk bonda dan ayahanda tersayang,
Puan Hajjah Rubiah binti Yaacob dan Tuan Haji Ab. Rahim bin Abdullah
Terima kasih atas segala doa, sokongan, jasa dan pengorbanan...
Kejayaan ini adalah milik kalian di atas segala
kecintaan dan kasih sayang yang sentiasa
mengalir buatku...
Buat abang-abangku yang kukasihi,
Rashdi, Rashdan dan Mohd Radzy,
Terima kasih di atas segala dorongan yang kalian hulurkan...
Temanku,
Terima kasih kerana memahamiku...
Aku sangat menghargainya dan tidak akan kulupakannya...
Teman-teman seperjuangan
Perkukuhkanlah silaturrahim antara kita demi Allah S.W.T
Semoga kita sentiasa diredhai dan berada dalam rahmat-Nya
Insya Allah
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya
menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda saya ini dengan sebaiknya.
Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada
penyelia saya iaitu Pn. Khadijah binti Daud di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Berkat
dedikasi serta kesungguhan beliau, segala kerumitan dapat di atasi.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan, EPRD,
Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan warga sekolah-sekolah teknik yang telah memberi
kerjasama semasa kajian dijalankan.
Terima kasih kepada teman dan rakan-rakan seperjuangan kerana saling
memahami dan banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menyiapkan
penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada individu-individu yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan penulisan ilmiah ini.
Akhir kata, semoga Allah SWT melimpah rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbang kerjasama untuk menjayakan projek penyelidikan ini.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi menarik lebih minat
para pelajar untuk mengikuti aliran sains tulen terutamanya daripada golongan yang
berprestasi sederhana. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan
aktiviti hands-on dan minds-on. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji
pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah teknik
daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik
yang terdiri daripada 25 item. Seramai 57 orang responden terlibat dalam kajian ini.
Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) version 10.0 for Windows bagi mendapatkan jumlah peratus,
kekerapan serta min. Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan
instrumen kajian dan nilai yang diperolehi ialah α = 0.8359. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kefahaman guru-guru Sains dan Matematik terhadap konsep
pendekatan pembelajaran secara kontekstual adalah tinggi. Pelaksanaan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual di kalangan guru-guru Sains dan Matematik pula pada
tahap sederhana dan tiada banyak halangan yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan
Matematik dalam melaksanakan pendekatan ini.
vi
ABSTRACT
Contextual learning is an alternative to attract more students to study in pure
sciences stream especially students of the average ability. Contextual learning is a
learning that combined the content with daily experience, society and working life. This
method involve the concrete learning with hands-on and minds-on activities. The
purpose of this descriptive study was to identify the status of implementation of
contextual learning in the teaching and learning process among Sciences and
Mathematics teachers in technical secondary school in Johor Bahru district. The
instrument used in this research is questionnaire that contains 25 questions. 57
respondent have been chosen for this research. The data collected were analyzed using
Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 10.0 for Windows to get the
frequency, mean and percentage. A pilot study was done earlier to test the reliability of
the instrument used in this study and the reliability value was 0.8359. The findings of
this study showed that the level of understanding for Sciences and Mathematics teachers
are in high level. The implementation of contextual learning in the teaching and
learning process among Sciences and Mathematics teachers is at moderate level and
there are less problems faced by teachers in this implementation.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
PERAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pelaksanaan 10
1.8.2 Pembelajaran 10
1.8.3 Pendekatan 11
1.8.4 Pembelajaran secara kontekstual 11
1.8.5 Guru-guru Sains dan Matematik 12
1.9 Penutup 12
2 SOROTAN PENULISAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Kontekstual 14
2.3 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual 16
2.4 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kontekstual 20
2.5 Implikasi Pelaksanaan Pendektan Pengajaran Dan 24
Pembelajaran Secara Kontekstual
2.6 Penggunaan Modul Dalam Proses P&P Sains Dan 26
Matematik Secara Kontekstual
2.7 Sumber-sumber P&P Dalam Pendekatan Pembelajaran 28
Secara Kontekstual
2.8 Komponen-komponen Utama Pendekatan Kontekstual 29
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
2.9 Kajian-kajian Lepas 31
2.10 Penutup 32
3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka bentuk Kajian 34
ix
3.3 Pembolehubah 35
3.4 Populasi Kajian 36
3.5 Instrumen Kajian 37
3.5.1 Bahagian A 38
3.5.2 Bahagian B 39
3.6 Prosedur Kajian 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Analisis Data 44
3.9 Penutup 44
4 ANALISIS DATA 45
4.1 Pengenalan 45
4.2 Analisis bahagian A 46
4.2.1 Jantina Responden 46
4.2.2 Sekolah Tempat Bertugas 47
4.2.3 Pengkhususan 48
4.2.4 Pengalaman Mengajar 48
4.2.5 Kursus Atau Latihan Yang Berkaitan Dengan 49
Pendekatan Pembelajaran Secara Kontekstual
4.3 Analisis Bahagian B 49
4.3.1 Persoalan Kajian 1 50
4.3.2 Persoalan Kajian 2 53
4.3.3 Persoalan Kajian 3 56
4.3.4 Persoalan Kajian 4 59
4.4 Penutup 62
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan 64
x
5.2.1 Perbincangan Tentang Kefahaman Guru-Guru 64
Sains Dan Matematik Terhadap Konsep
Pendekatan Pembelajaran Secara Kontekstual
Dalam Mata Pelajaran Sains Dan Matematik
5.2.2 Perbincangan Tentang Pelaksanaan Pendekatan 66
Pembelajaran Secara Kontekstual Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan
Guru-Guru Sains Dan Matematik
5.2.3 Perbincangan Tentang Pelaksanaan Pendekatan 69
Pembelajaran Secara Kontekstual Mengikut
Penggunaan Modul Dan Aktiviti
5.2.4 Perbincangan Tentang Halangan Yang Dihadapi 70
Oleh Guru-Guru Sains Dan Matematik Dalam
Melaksanakan Pendekatan Pembelajaran Secara
Kontekstual
5.3 Rumusan 73
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN : A - D 84 - 88
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Bandingan Bilik Darjah Konvensional 19
dan Kontekstual
3.1 Bilangan Guru Sains Dan Matematik 37
Mengikut Sekolah
3.2 Bilangan Item Berhubung Dengan Persoalan 39
Kajian
3.3 Skala Likert 40
3.4 Skala Likert 40
3.5 Pengelasan Analisis Skala Likert 41
3.6 Pengelasan Analisis Skala Likert 41
3.7 Analisis Skor Min 44
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Sekolah 47
Tempat Bertugas
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 48
4.4 Taburan responden Mengikut Pengalaman 48
Mengajar
4.5 Taburan Responden Mengikuti Kursus Dan 49
Latihan
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min 50
Bagi Kefahaman Guru Terhadap Konsep
Pembelajaran Secara Kontekstual
xii
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min 53
Bagi Pelaksanaan Pendekatan Pembelajaran
Secara Kontekstual Dalam Proses P&P
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min 56
Bagi Penggunaan Modul dan Aktiviti Dalam
Proses P&P
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratusan dan Min 59
Halangan dalam melaksanakan pendekatan
Pembelajaran Secara Kontekstual
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
CORD - Center Occupational Research and Development
IBMM - Institut Bahasa Melayu Malaysia
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
JPT - Jabatan Pendidikan Teknikal
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SPSS - Statistical Package for Social Science
Tech Prep - Technical Preparation
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soal Selidik 84
B Surat Pengesahan Dari Fakulti 91
C Surat Kebenaran Dari Kementerian Pelajaran 92
Malaysia
D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran 93
Negeri Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan Profesion perguruan agak berbeza dan lebih kompleks jika hendak
dibandingkan dengan profesion dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perniagaan
dan lain-lain. Dalam bidang pendidikan, tugas guru ialah mendidik dan membentuk
manusia yang mempunyai perbezaan daripada segi kebolehan kognitif, afektif dan
psikomotor. Ini bermakna pelajar yang diajar oleh guru adalah berbeza-beza
kebolehan intelek, kebolehan fizikal dan kesediaan emosi (Esah Sulaiman, 2003).
Golongan ilmuan adalah aset sangat berharga kepada negara. Peranan
mereka menjadi tanggungjawab penting bagi memenuhi hasrat kerajaan dan rakyat
negara untuk melahirkan generasi berilmu dan berdaya saing.
Mendidik manusia berilmu bukan perkara mudah kerana memerlukan usaha
yang berterusan. Guru hendaklah mendidik murid dengan penuh semangat dan
kesungguhan. Mereka juga perlu mengemaskinikan teknik pengajaran dan cara
penyampaian ilmu yang berkesan semoga apa yang diajarkan akan meresap ke dalam
jiwa dan sanubari murid. Dengan itu, mereka mudah memahami dan menerima
segala pelajaran yang dipelajari (Berita Harian, 23 Mei 2005).
2
Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat
dititikberatkan dalam pendidikan. Pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual di sekolah menengah teknik adalah bertujuan untuk menangani masalah
kemerosoton minat pelajar dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Teknologi.
Kementerian Pelajaran berharap agar pelaksanaan pendekatan pembelajaran ini akan
menarik minat lebih ramai pelajar terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan
Teknologi. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, hanya 20 peratus sahaja pelajar-pelajar
yang mengambil aliran sains dan teknikal walaupun dasar pendidikan menetapkan
kadar penyertaan pelajar pada 60 peratus Sains dan 40 peratus Sastera (Najib Tun
Abd. Razak, 1997).
Pendekatan pembelajaran secara kontekstual juga bertujuan untuk membina
asas yang kukuh dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Teknologi selain dari
menarik minat pelajar dalam mata pelajaran ini (Hull dalam Nor Azizah, 2002).
Konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam pembelajaran
sains yang bermakna ianya haruslah berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian
harian. Oleh itu, konsep sains perlu dikaitkan dengan kehidupan harian pelajar
secara eksplisit. Kegiatan penyiasatan dan penemuan sains secara kontekstual dapat
menggalakkan pelajar mengaplikasikan teori sains secara bermakna. Oleh itu,
pendekatan pembelajaran kontekstual membolehkan pelajar menghayati kerelevanan
pembelajaran Sains dan Matemtik dengan kehidupannya sendiri.
Sejarah perkembangan sistem pendidikan secara kontekstual di Malaysia
adalah bermula pada tahun 1995. Pada tahun 1995 dan 1996 Jabatan Pendidikan
Teknikal telah menghantar sekumpulan pegawai ke Center Occupational Research
and Development (CORD) Waco, Texas di Amerika Syarikat untuk menjalani kursus
bagi mendalami sistem pembelajaran secara kontekstual. Kaedah pembelajaran
secara kontekstual telah dilaksanakan secara perantis di semua sekolah menengah
teknik pada tahun 1998. Di mana dalam pelan jangka pendek Jabatan Teknikal telah
merancang untuk melaksanakan pendekatan secara kontekstual bagi mata pelajaran
seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi (Wan Absah
Wan Kadir, 1997).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Guru perlu menjadikan pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani
cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang
sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian
akademik pelajar yang berbeza.
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) dan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan
mendapati guru cemerlang memiliki sikap prihatin terhadap gaya pembelajaran
sehingga berjaya mencerakinkan tahap kebolehan dan pencapaian pelajar (Hapidah
Mohamad, 2002).
Pada masa kini, begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi
pembelajaran `directive', `observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan,
latih tubi, pemerhatian dan perbincangan. Ini adalah kerana guru-guru terlalu
tertekan dengan kehendak peperiksaan. Jika proses pembelajaran ini berterusan
implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif
mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat
berpengetahuan tidak akan tercapai. Menurut Ng Kim Choy (1999), sistem
pendidikan yang berpusatkan guru serta mengutamakan pencapaian peperiksaan
boleh menimbulkan beberapa gejala yang kurang sihat seperti kebosanan, masalah
disiplin dan sebagainya.
Guru-guru perlu memperbaiki dan meningkatkan teknik pengajaran,
penggunaan alat bantuan mengajar dan pendekatan pengajaran mereka. Dalam
konteks pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru
Sekolah Menengah (KBSM) guru perlu bersedia dalam memahami lebih jelas
mengenai konsep bersepadu dan objektif mata pelajaran.
4
Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar yang kurang berminat untuk
mengikuti kursus yang berasaskan aliran Matematik dan Sains. Di sekolah
menengah teknik ramai pelajar yang gagal dalam mata pelajaran berbentuk Sains dan
Kejuruteraan. Jika kita amati pelajar yang gagal dalam peperiksaan bukanlah terdiri
daripada pelajar yang lemah tetapi pelajar yang tahap kepintarannya yang berada di
tahap sederhana.
Mengikut Laporan Kementerian Pendidikan (1993), salah satu faktor yang
menyebabkan kemerosotan peratusan pelajar sains tulen ialah Sains sukar dipelajari
dan membosankan. Jadi kaedah pembelajaran secara kontekstual anjuran Jabatan
Pendidikan Teknikal telah diperkenalkan, yang mana kaedah ini menekankan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku secara dua hala iaitu di antara guru dan
pelajar dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Menurut Dr. Zolazlan Hamidin (2001), kontekstual jika diambil daripada ayat
asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum=woven)
bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks.
Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.
Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
1. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut
konteks.
2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).
Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.
5
Menurut Hull (1997), tujuan pembelajaran secara kontekstual ialah untuk
membina asas yang kukuh dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, selain
menggalakkan pelajar meminati mata pelajaran tersebut dan sekaligus
mempertingkatkan prestasi keputusan peperiksaan mata pelajaran berkenaan di
sekolah-sekolah menengah teknik. Kumpulan sasaran utama bagi konsep
pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini ialah pelajar-pelajar yang
mempunyai pencapaian sederhana.
Pembelajaran secara kontekstual merupakan alternatif bagi menarik lebih
minat para pelajar untuk mengikuti aliran sains tulen terutamanya daripada golongan
yang berprestasi sederhana. Pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang
menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan
alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang
melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.
Tugas guru bukan sekadar membantu pelajar mengetahui objektif spesifik
sesuatu unit matapelajaran. Mereka haruslah memahami proses pengajaran dan
pembelajaran supaya mereka dapat menghubungkaitkan pembelajaran dengan
kehidupan seharian pelajar. Dahulu peranan seorang guru hanyalah sebagai
penyampai ilmu pengetahuan kepada pelajar melalui pengajarannya. Tetapi
sekarang peranan guru lebih kepada pemudah cara atau fasilitator dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah untuk membantu perkembangan
potensi pelajar yang maksimum (Mohd Hanafi Kamal, 2001).
Oleh itu, pendekatan pembelajaran kontekstual adalah penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik,
Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan kerana ianya menggunakan
situasi dan kaedah yang paling berkesan dan bermakna kepada pelajar. Konsep yang
disampaikan dalam situasi berkonteks yang spesifik di mana pelajar dapat
mengalami dan membuatnya sendiri dan ini menjadikan pelajaran Sains dan
Matematik lebih menarik dan mudah difahami oleh mereka.
6
Komponen utama yang boleh dilihat dalam pembelajaran kontekstual ialah
aktiviti hands on dalam konteks yang relevan pada pelajar. Sains dan Matematik
yang menggunakan kaedah konteks adalah suatu set bahan-bahan pengajaran yang
berkaitan terus kepada dunia pekerjaan dan kehidupan seharian. Modul-modul
pengajaran ini membantu para pelajar mendapat pendidikan secara mantap dan
kontekstual dan ini seterusnya membantu serta memotivasikan pelajar mencapai
kejayaan.
Jadi di sini penyelidik ingin mengetahui adakah guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Sains dan Matematik memahami konsep pendekatan pembelajaran
secara kontekstual dan melaksanakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.3 Pernyataan Masalah
Pendekatan pembelajaran kontekstual yang diperkenalkan pada tahun 1997 di
sekolah menengah teknik (SMT), berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik. Pembelajaran kontekstual adalah kaedah
menggabungkan pengetahuan secara teoritikal dan praktikal. Menurut bekas Perdana
Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Utusan Malaysia, 27 April 1999), penilaian
berasaskan sekolah mendapati prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains meningkat
20 peratus dan bagi mata pelajaran Matematik pula, peningkatan yang dicatatkan
ialah 22 peratus. Oleh itu pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini adalah
sesuai untuk memenuhi kehendak perlaksanaan kurikulum (KBSR) dan (KBSM).
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah teknik di daerah
Johor Bahru.
7
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan
pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kalangan guru-guru Sains dan Matematik di sekolah menengah
teknik di daerah Johor Bahru dalam aspek-aspek tertentu. Aspek-aspek tersebut ialah
untuk :-
1.4.1 Mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru Sains dan Matematik
terhadap konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam
mata pelajaran Sains dan Matematik yang diamalkan di sekolah.
1.4.2 Mengenalpasti tahap pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru-guru Sains dan Matematik.
1.4.3 Mengenalpasti tahap penggunaan modul dan aktiviti yang disediakan
oleh Jabatan Pendidikan Teknikal di kalangan guru-guru Sains dan
Matematik dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual.
1.4.4 Mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan
Matematik dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual.
8
1.5 Persoalan kajian
Terdapat empat persoalan kajian untuk melihat pelaksanaan pendekatan
pembelajaran secara kontekstual di kalangan guru-guru Sains dan Matematik.
Persoalan kajian adalah seperti berikut :-
1.5.1 Apakah tahap kefahaman guru-guru Sains dan Matematik terhadap
konsep pendekatan pembelajaran secara kontekstual dalam mata
pelajaran Sains dan Matematik?
1.5.2 Apakah tahap pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan
guru-guru Sains dan Matematik?
1.5.3 Apakah tahap penggunaan modul dan aktiviti yang disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Teknikal di kalangan guru-guru Sains dan
Matematik dalam pelaksanaan pendekatan pembelajaran secara
kontekstual?
1.5.4 Apakah halangan yang dihadapi oleh guru-guru Sains dan Matematik
dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik berharap daripada kajian yang dilakukan akan dapat membantu
dan memberi panduan kepada pihak-pihak yang memerlukannya.
1.6.1 Pihak pengetua untuk memberi pendedahan kepada guru-guru Fizik,
Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan terhadap