9
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(1): 53-61 (2002) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIRIE, ABD. RAHIM BAKAR & MOHD. MAJID KONTING Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, SelangM, Malaysia Kata kunci: Keusahawanan, latihan dan pendidikan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan, aspirasi keusahawanan ABSTRAK Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telah diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah. Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikan keusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai 1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis. Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapat pencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya. Terdapat perbezaan yang signifikan an tara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiri dan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhana positif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar sekolah menengah. ABSTRACT Realizing the importance of entrepeneurship education in preparing students with opportunities and potentials to choose future careers as entrepreneurs, the Ministry of Education have shown their commitment towards its implementation. The entrepreneurship component was introduced in the living skills subject at the lower secondary school level. Based on this effort, a study is needed to evaluate the effect of this on students' choices of entrepreneurship as a career. About 1336 Form Four students were selected to participate in the study by using the multi-stage random sampling procedure. Findings indicated that students' aspirations are still low. Those who obtained high academic achievement in PMR examination have low entrepreneurial potential and vice versa. There is a significant difference between students' characteristics and potentials between those who choose to be self employed and those who choose working with others. As a whole, students' entrepreneurial attitudes and characteristics are moderately positive. Implications of the study are discussed in the paper to infuse the entrepreneurial spirit among secondary school students. PENGENAlAN Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Kerajaan bermatlamat menjadikan bidang keusahawanan terutamanya sektor industri kecil dan sederhana ;ebagai penyumbang utama peluang pekerjaan barn, dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi negara pada abad ke-2l. Pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat terse but. Antaranya ialah usaha-usaha khusus yang dilakukan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pertanian, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan.

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan ...psasir.upm.edu.my/id/eprint/3357/1/Pelaksanaan_Pendidikan... · JADUAL 2 Taburan pelajar tingkatan 4 mengikut aliran pengajian

Embed Size (px)

Citation preview

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 10(1): 53-61 (2002) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia:Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIRIE, ABD. RAHIM BAKAR &MOHD. MAJID KONTINGFakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang, SelangM, Malaysia

Kata kunci: Keusahawanan, latihan dan pendidikan keusahawanan, ciri-ciri keusahawanan,aspirasi keusahawanan

ABSTRAK

Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluangdan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telahmenunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen keusahawanan telahdiperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.Berdasarkan usaha tersebut satu kajian diperlukan untuk menilai semula kesan pendidikankeusahawanan terhadap aspirasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Seramai1336 pelajar tingkatan 4 telah dipilih dengan menggunakan tatacara persampelan rawak berlapis.Dapatan kajian menunjukkan aspirasi pelajar sekolah masih lagi rendah. Mereka yang mendapatpencapaian tinggi dalam PMR mempunyai potensi keusahawanan yang rendah dan sebaliknya.Terdapat perbezaan yang signifikan antara ciri-ciri dan potensi pelajar yang ingin bekerja sendiridan makan gaji. Secara keseluruhan sikap dan ciri keusahawanan pelajar adalah sederhanapositif. Implikasi kajian dibincangkan dalam kertas kerja ini untuk memupuk budaya keusahawanandi kalangan pelajar sekolah menengah.

ABSTRACT

Realizing the importance of entrepeneurship education in preparing students with opportunitiesand potentials to choose future careers as entrepreneurs, the Ministry of Education have showntheir commitment towards its implementation. The entrepreneurship component was introducedin the living skills subject at the lower secondary school level. Based on this effort, a study isneeded to evaluate the effect of this on students' choices of entrepreneurship as a career. About1336 Form Four students were selected to participate in the study by using the multi-stage randomsampling procedure. Findings indicated that students' aspirations are still low. Those whoobtained high academic achievement in PMR examination have low entrepreneurial potentialand vice versa. There is a significant difference between students' characteristics and potentialsbetween those who choose to be self employed and those who choose working with others. As awhole, students' entrepreneurial attitudes and characteristics are moderately positive. Implicationsof the study are discussed in the paper to infuse the entrepreneurial spirit among secondaryschool students.

PENGENAlAN

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yangsangat penting di negara ini. Kerajaanbermatlamat menjadikan bidang keusahawananterutamanya sektor industri kecil dan sederhana;ebagai penyumbang utama peluang pekerjaan

barn, dan seterusnya membantu perkembanganekonomi negara pada abad ke-2l. Pelbagai usahadijalankan bagi mencapai matlamat tersebut.Antaranya ialah usaha-usaha khusus yangdilakukan oleh Kementerian PembangunanUsahawan, Kementerian Pertanian, KementerianBelia dan Sukan dan Kementerian Pendidikan.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abd. Rahim Bakar & Mohd. Majid Konting

Usaha membudayakan keusahawanan dikalangan rakyat di negara ini juga dilakukanoleh Kementerian Pendidikan di peringkatsekolah. Budaya keusahawanan mula disemaiseawal sekolah rendah dengan memperkenalkanunsur-unsur keusahawanan dalarn mata pelajaranmatematik. Pembudayaan keusahawanan ternsditerapkan di sekolah menengah rendah melaluimata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadubermula tahun 1991. Usaha membudayakankeusahawanan diternskan di peringkat sekolahmenengah atas apabila pe1ajar diberi peluangmemilih untuk mengikuti pendidikanperdagangan dan keusahawanan me1alui matapelajaran elektif vokasional dan teknologi(Kumpulan II).

Matlarnat pendidikan keusahawanan sekolahialah untuk membentuk pelajar sebagai penciptakeIja yang berpotensi dan bukan sebagai pencarikerja. Telah banyak dilaporkan bahawakeputusan untuk menubuhkan sesuatuperniagaan adalah berasaskan pemahamanseseorang terhadap aktiviti keusahawanan.Bekerja sendiri dan memiliki perniagaan adalahsatu opsyen yang realistik untuk pelajar yangmempunyai kemahiran vokasional dan teknikal(Kent 1990). Malangnya, kebanyakan orang tidakmelihat keusahawanan sebagai satu alternatifkerjaya yang wajar diceburi. Jadi adalah pentinguntuk membentuk sikap yang positif terhadapkeusahawanan. Kajian yang dibuat di negarabarat telah membuktikan bahawa pendidikankeusahawanan adalah berkait dengan keputusanuntuk memulakan perniagaan atau tidak. Kajianjuga telah menunjukkan pengalarnan, potensi,ciri keusahawanan, sikap, hobi, persepsikeusahawanan kendiri dan ide pemiagaan adalahpengaruh yang kuat terhadap aspirasikeusahawanan. Scott et at. (1988) mengenalpasti faktor yang mempengaruhi aspirasikeusahawanan. Faktor yang dikaji termasuklahminat, pengetahuan dan sikap terhadapkeusahawanan dan kerjaya dalam bidangperniagaan kecil.

Penekanan kepada pendidikan keusa­hawanan telah bermula di sekolah menengahrendah apabila pelajar diwajibkan mengikutimata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu(KHB) yang mempunyai komponen perda­gangan dan keusahawanan. Komponen inidiperkenalkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan1 hingga Tingkatan 3 dengan matlamat untukmendedahkan para pe1ajar dengan 'bidang

keIjaya' dan maklumat pemiagaan supaya pelajardapat menyedari potensi mereka ke arah menjadiusahawan. Kemahiran Hidup Bersepadu sebagaisatu mata pelajaran dalarn Kurikulum BersepaduSekolah Menengah (KBSM) digubal pada tahun1989 dengan matlarnat untuk melahirkan insanyang berdikari, kenal faharn teknologi, kenalfaharn ekonomi dan mempunyai sifat serta sikapyakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif, produktifdan boleh berinteraksi dengan baik.

Tumpuan pendidikan keusahawanan je1askelihatan pada komponen teras Perdagangandan Keusahawanan yang diperuntukkan sebanyak25% daripada waktu pengajaran KHB.Komponen perdagangan dan keusahawanan inidiperkenalkan dengan objektif untukmembolehkan pelajar (a) menjalankan keIja­buat-sendiri, menyenggara dan membaik pulihmudah dan menyedari potensi ke arah menjadiusahawan, (b) me1uaskan pemahaman danmengamalkan prinsip asas perniagaan dankeusahawanan supaya boleh bertindak sebagaiseorang pengguna atau pengeluar sejajar dengannilai dan etika pemiagaan dan (c) memupuksifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur,bekerjasarna dan mengarnalkan cara keIja yangbersistem, tabiat kerja yang selarnat, sihat danbertanggungjawab.

Komponen perdagangan dan keusahawananKHB membekalkan pelajar dengan pengetahuandan kemahiran asas perniagaan dankeusahawanan yang menekankan amalanperniagaan termasuk aspek kewangan dansimpan kira, pengurusan pemiagaan, erika dalarnperniagaan dan penge1uaran. Pelajar jugadibekalkan dengan pengetahuan dan kemahirantentang konsumerisme. Tujuannya adalah untukmemupuk sikap berdikari, yakin diri, semangatingin tahu, ingin mencuba dan tidak berputusasa, meningkatkan inisiatif, daya mereka ciptaserta berkeupayaan mengenal pasti pe1uangpemiagaan, menggunakan peluang pemiagaandengan bijaksana dan bertindak se bagaipengguna dan pengeluar yang bertang­gungjawab.

Walau bagaimanapun, kejayaan dasarpendidikan keusahawanan yang diperkenalkandi sekolah menengah sangat bergantung kepadapelaksanaan sesuatu rancangan pendidikan.Umparnanya program pendidikan keusahawananini akan dianggap beIjaya sekiranya pe1ajar dapatmengubah sikap, iaitu daripada negatif kepadapositif terhadap keusahawanan, mempunyai

54 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

JADUAL 2Taburan pelajar tingkatan 4 mengikut

aliran pengajian

aliran pengajian. Jumlah pelajar aliran sasterayang terlibat ialah 1133 (85%) dan aliran sainsseramai 203 (15%).Jadual3 menunjukkanjumlah pelajar mengambil

keusahawanan ini ditentukan melalui potensi,sikap dan eiri keusahawanan. Ciri keusahawananialah sifat atau trait yang membezakan seseorangdaripada yang lain dan akan membuat seseorangitu bertingkah laku berbeza-beza.

JADUAL 1Jantina pelajar

Jan tina f %

Perempuan 902 67Lelaki 426 32Tidak Menjawab 9 1

Jumlah 1336 100

%

1585

100

f

1336

2031133

SainsSastera

Aliran

Jumlah

elektif tertentu seeara spesifik semasa diTingkatan 4. Jelas kelihatan kebanyakan pelajarmengambil elektif ekonomi asas (47%) danperdagangan (44%).Jadual 4 berikut menunjukkan eara pelajarditempatkan dalam elektif tertentu. Seramai 692(52%) menyatakan penempatan ke dalam elektifberdasarkan keputusan PMR dan 408 (31%)berdasarkan pilihan sendiri. Hanya 13 (1%)sahaja yang menggunakan ujian khas.

Dapatan juga menunjukkan terdapatkomponen tertentu yang paling diminati semasabelajar Kemahiran Hidup Bersepadu. Didapatihanya 367 (28%) pelajar menyatakan di antara

Dapatan KajianProfil PelajarJadual 1 berikut menunjukkan jumlah pelajaryang terlibat dalam kajian mengikut jantina.Jumlah pelajar perempuan ialah 901 (67%) danjumlah pelajar lelaki 426 (32%).Jadual 2 menunjukkan taburan pelajar mengikut

METODOLOGI KAJIAN

Responden kajian terdiri daripada 1336 pelajarTingkatan 4 di sekolah menengah akademik diMalaysia. Sampel diperoleh melalui penggunaantataeara persampelan rawak berlapis. Empatnegeri telah dipilih seeara rawak iaitu Perak,Kelantan, Johor dan Sarawak, dan dua daerahsekolah telah dipilih seeara rawak daripada setiapnegeri. Responden dipilih seeara rawak daripadasekolah-sekolah tersebut. Kajian ini adalah kajiandeskriptif tinjauan. Satu instrumen kajianberdasarkan skala 5 mata (1= sangat tidak setuju,2= tidak setuju, 3=kurang setuju, 4=setuju dan5= sangat setuju) telah dibentuk untukmengukur potensi keusahawanan, sikap terhadapkeusahawanan dan eiri-ciri keusahawanan pelajar.Maklumat tentang aspirasi keusahawanan pelajartelah diperoleh dengan menanyakan soalanberikut: (1) Apakah eita-cita anda? (2) Jika:liberi pilihan, adakah anda akan bekerja sendiriltau makan gaji? Jika anda ingin bekeIja sendirildakah anda akan berniaga atau tidak? Aspirasi

Persoalan Kajian

1. Apakah potensi, sikap, eiri dan aspirasikeusahawanan pelajar sekolah menengah?

2. Adakah terdapat perbezaan gagasan-gagasanpotensi keusahawanan di kalangan pelajarberlainan peneapaian akademik?

3. Adakah terdapat perbezaan potensikeusahawanan di kalangan pelajar sekolahmenengah berdasarkan bidang elektif?

4. Adakah terdapat perbezaan potensi, sikapdan eiri keusahawanan pelajar mengikutjantina?

5. Adakah terdapat perbezaan sikap pelajarterhadap keusahawanan mengikut keperluanlatihan keusahawanan dan bidang elektif?

6. Adakah terdapat perbezaan eiri keusa­hawanan pelajar mengikut kumpulan etnik?

7. Adakah terdapat perbezaan antara potensikeusahawanan pelajar aliran sains dansastera?

tahap eiri-ciri keusahawanan yang tinggi sertamempunyai aspirasi yang positif terhadapkeusahawanan. Oleh itu, satu kajian telahdijalankan untuk meninjau eiri, potensi, sikapdan aspirasi pelajar sekolah menengah yang telahmengikuti pendidikan keusahawanan dalamsistem pendidikan di Malaysia. Khususnya, kajianini cuba menjawab soalan-soalan kajian berikutini.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002 55

Zaidatol Akrnaliah Lope Pihie, Abd. Rahim Bakar & Mohd. Majid Konting

JADUAL 3Taburan pelajar berdasarkan elektif

JADUAL 6Gred Kemahiran Hidup Bersepadu dalam PMR

Elektif

Ekonomi AsasPerdaganganSasteraPrinsip AkaunSains PertanianSains Rumah TanggaMatematik TambahanKejuruteraan

f

624590358264178142136117

%

474427201311109

Gred F Peratus

A 254 20.1B 449 35.5C 351 27.7D 165 13.0E 47 3.7

Total 1266 100.0

Missing =70 (5.2%)

Nota: pelajar tidak mengikuti satu elektif sahaja

JADUAL 4Taburan cara pelajar ditempatkan dalam elektif

Cara penempatan f %

Pilihan Sendiri 408 31PMR 692 52Sekolah Tempatkan 141 11Ujian Khas 13 1Tidak Menjawab 83 6

1336 100

komponen dalam KHB, komponen Perdagangandan Keusahawananlah yang paling merekaminati. Namun begitu 882 (66%) pelajarmerasakan komponen Perdagangan danKeusahawanan ini paling membantu merekauntuk menjadi usahawan. Penerangannya sepertidi dalam Jadual 5.

JADUAL 5Komponen yang paling membantu pelajar

untuk menjadi usahawan

Komponen dalam KHB f %

Perdagangan dan Keusahawanan 882 66Kemahiran Manipulatif 117 9Sains Pertanian 58 5Kekeluargaan 49 4Sains Rumah Tangga 47 4Tidak Menjawab' 183 12

1336 100

Jadual 6 pula menunjukkan taburan gredpelajar dalam Kemahiran Hidup Bersepadu diperingkat PMR. Kebanyakan pelajar mendapatgred A (20.1%) dan B (35.5%). Namun kajianjuga mendapati ramai di antara pelajar yangmendapat gred yang kurang memuaskan iaitu C

(27.7%) dan D (13.0%). Sebilangan kecil pelajar(3.7%) gagal dalam mata pelajaran KHB.

Dapatan kajian juga menunjukkansebilangan besar pelajar (n=930, 74%) berhasratuntuk mengikuti latihan keusahawanan jikadiberi peluang.

Potensi, Sikap, Giri-Giri dan AspirasiKeusahawanan Pelajar Tingkatan 4Jadual 7 menunjukkan potensi keusahawananpelajar. Dalam kajian ini potensi keusahawananmerujuk kepada perkara seperti keinginan untukmemulakan perniagaan, pengetahuan keusa­hawanan dan kemahiran keusahawanan. Secaraam dapat dilihat potensi keusahawanan pelajaradalah masih rendah lagi. Seramai 1080 (81 %)pelajar merasakan mereka kurang berpotensiuntuk menjadi usahawan. Mereka merasakanbahawa terdapat banyak lagi perkara yang perlumereka pelajari sebelum mereka boleh memilihkerjaya sebagai usahawan. Data jugamenunjukkan hanya 502 (38%) sahaja merasakanmereka mempunyai cukup pengetahuan tentangkeusahawanan. Seramai 59% responden ingin

JADUAL 7Potensi keusahawanan pelajar

Setuju Tidak Setuju

Pemyataan f % f %

1. Ingin mula berniaga 857 64 479 362. Ingin pilih

keusahawanan sebagaikeJjaya 784 59 552 41

3. Yakin berupaya 705 53 631 474. Punyai cukup

pengetahuan 502 38 834 625. Punyai kemahiran 482 36 854 646. Banyak lagi perlu

belajar 1080 81 256 197. Mahir menilai diri 480 36 856 648. Akan mula berniaga 438 33 898 67

56 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002

Pelaksanaan PeneLieLikan Keusahawanan eli Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

JADUAL 9Aspirasi keusahawanan pelajar

JADUAL 10Cita-eita menjadi usahawan berdasarkan kelayakan

akademik peringkat PMR

Aspirasi f %

KeIja sendiri 428 32Makan gaji 590 44Tidak menjawab 318 24

1336 100

Jumlah A dalam PMR f %

5A ke atas 10 2.63A - 4A 30 7.81A - 2A 117 305Tiada A 227 59.1

384 100

3.523.863.643.464.083.563.663.523.603.803.823.843.57

min (x)

5 = sangat setuju

Kawalan diriKebergantunganInovatifMengambil risikoNilai eLiriNilai keIjaInisiatifBertenagaKeyakinan diriOrientasi kejayaanKecekalanMelihat dan merebut peluangBerorientasikan kecekapan

JADUAL 8Ciri-eiri keusahawanan pelajar

Tingkatan 4

Ciri-eiri

usahawan. Dapatan kajian menunjukkansebanyak 59% pelajar yang tiada A telah memilihkeusahawanan sebagai kerjaya masa hadapanmereka. Sebilangan keeil daripada mereka yangbereadang menjadi usahawan mempunyaikelulusan akademik yang tinggi. Hanya 2.6%daripada pelajar yang memilih keusahawanansebagai pilihan kerjaya memperoleh 5A ataulebih dan sebanyak 8% daripada mereka yangbereadang menjadi usahawan memperolehantara 3A dan 4A dalam Peperiksaan MenengahRendah.

Skala: 1 = sangat tidak setuju

memilih keusahawanan sebagai kerjaya dan 41 %responden tidak memilih keusahawanan sebagaikerjaya untuk masa depan mereka. Daripadamereka yang ingin memilih keusahawanansebagai kerjaya didapati seramai 438 (33%)merasakan mereka akan mula berniaga apabilatamat persekolahan nanti.

Walaupun pelajar mempunyai potensikeusahawanan yang agak rendah, namun dapatankajian mendapati pada umumnya pelajar sekolahmenengah mempunyai sikap yang agak positifterhadap keusahawanan (Min 3.68,S.P. = 0.49) dan mereka mempunyai eiri-cirikeusahawanan yang sederhana (min = 3.79).

Min tertinggi persepsi pelajar tentang eirikeusahawanan mereka berdasarkan skala 5 mataadalah pada pernyataan seperti berikut:" J i k agagal saya akan terus meneuba hingga berjaya(Min = 4.43)". "Saya akan meneari peluang untukmemperkenalkan barang barn di pasaran (min= 4.42)". "Saya sukakan keIjaya meneabar danboleh memberi peluang untuk beIjaya (Min =4.31) ". "Bila membuat sesuatu saya pastikan ianyadibuat dengan eemerlang (Min = 4.28)". Jugaterdapat skor min yang tinggi untuk duapenyataan seperti: "Saya tidak suka orang lainmembuat keputusan untuk sesuatu tindakan yangsaya perlu lakukan (Min = 4.45)" dan "Bilabersemuka dengan masalah rumit saya tidak larikepada perkara lain (Min = 4.44)". Dengan nilaimin 4.45 dan 4.44 bagi kedua-dua penyataanyang mengukur motivasi dalaman ini, dapatanmenunjukkan terdapat sejumlah pelajar sekolahmenengah yang mempunyai kawalan dalamanyang tinggi, dan fenomena ini adalah sesuatuyang baik. Seeara keseluruhan Jadual 8 berikutmenunjukkan eiri-eiri keusahawanan pelajarsekolah menengah, dengan kategori skor yangpaling tinggi ialah untuk aspek nilai diri(Min=4.08), kebergantungan (Min=3.86) danaspek keupayaan melihat dan merebut peluang(Min=3.84) .

Bagi aspek aspirasi pula, dapatan kajiandapat dijelaskan dalam Jadual 9. Apabila ditanyaseeara langsung tentang aspirasi keusahawananpelajar, seramai 428 (32%) memilih untukbekerja sendiri dan seramai 590 (44%) memilihuntuk makan gaji. Seramai 318 (24%) tidakmenjawab.

Aspirasi keusahawanan juga didapati melaluicespons kepada soalan berkaitan dengan eita­:ita pelajar. Dalam Jadual 10 didapati seramai384 (37.7%) pelajar bereadang menjadi

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002 57

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abd. Rahim Bakar & Mohd. Majid Konting

Perbezaan Gagasan-Gagasan PotensiKeusahawanan di Kalangan Pelajar BerlainanPencapaian Akademik

Jadual 11 pula menunjukkan potensikeusahawanan pelajar mengikut tahappeneapaian akademik dalam PMR. Didapatiterdapat perbezaan peratusan "setuju" pelajaryang mendapat sekurang-kurangnya lA denganpelajar yang tiada A mengikut gagasan-gagasanpotensi keusahawanan. Hasil kajian mendapatipelajar yang langsung tidak mempunyai gred Amempunyai potensi keusahawanan yang tinggiberbanding pelajar yang mempunyai gred A.Dapatan menunjukkan sebanyak 62% daripadapelajar yang langsung tidak mempunyai gred Amemilih keusahawanan sebagai kerjayaberbanding 59% bagi yang mempunyai A, 55%yakin berupaya, 39% mempunyai kemahiran,38% setuju bahawa mereka mahir dalam menilaidiri dan 35% setuju untuk mula berniaga apabilatamat sekolah. Kesemua gagasan tersebutdidapati lebih tinggi jumlah persetujuan bagimereka yang tiada A dalam PMR berbandingpelajar yang mendapat A dalam peneapaian PMR.

Potensi Keusahawanan Pelajar MengikutEl.ektif Tertentu

Jadual 12 menunjukkan potensi keusahawananpelajar mengikut bidang elektif mereka diTingkatan 4. Jelas kelihatan pelajar yangmengambil elektif kejuruteraan dan reka eiptamempunyai potensi keusahawanan yang lebihtinggi berbanding elektif lain. Pelajar yangmengambil elektif Matematik Tambahan

mempunyai potensi keusahawanan terendah(Min=3.18) .

Perbezaan Potensi Sikap dan Giri KeusahawananPelajar Mengikut Jantina

Dapatan kajian menunjukkan pelajar perempuantidak mempunyai potensi keusahawanan yangberbeza berbanding pelajar lelaki. Narnun begituterdapat perbezaan yang signiftkan di antarasikap pelajar perempuan dengan pelajar lelakiterhadap keusahawanan (t = 5.09, P < 0.05).Pada umumnya pelajar perempuan mempunyaisikap terhadap keusahawanan yang lebih tinggi(Min = 122.64 dan S.P.=15.68) berbanding pelajarlelaki (Min=1l8.50 dan S.P.= 16.87). Dari segiciri keusahawanan, hasil ujian t menunjukkanterdapat perbezaan yang signifikan (t= -3.07, P< .01) an tara eiri keusahawanan pelajarperempuan dengan pelajar lelaki. Pelajarperempuan memperoleh skor eiri keusahawananyang lebih tinggi (Min=3.71, S. P.= .33))berbanding pelajar lelaki (Min=3.61, S. P. =.28).

Perbezaan Sikap Pelajar Mengikut KeperluanLatihan Keusahawanan dan Bidang El.ektif

Hasil kajian menunjukkan sikap terhadapkeusahawanan tidak berbeza antara pelajar yangmemerlukan latihan keusahawanan denganpelajar yang tidak memerlukan latihankeusahawanan (t = 1.401 P > 0.05).

Walau bagaimanapun terdapat perbezaansikap yang signifikan di antara pelajar yangberlainan bidang elektif (F = 1.92, P < 0.05).Pelajar yang mengikuti elektif reka eipta

JADUAL 11Potensi keusahawanan mengikut pencapaian akademik pelajar

PMR*Tiada 'A'

S TSF % F %

Ingin mula berniaga 507 (64) 282 (36)lngin memilih keusahawanan sebagai keIjaya 489 (62) 298 (38)Yakin berupaya 431 (55) 354 (45)Punyai cukup pengetahuan 312 (40) 468 (60)Punyai kemahiran 309 (39) 471 (61)Banyak lagi perlu dipelajari 654 (83) 129 (17)Mahir menilai diri 297 (38) 483 (62)Akan mula berniaga apabila tarnat sekolah 277 (35) 427 (65)

* n = 789 S = Setuju**n = 528 TS = Tidak Setuju

PMR **Ada 'A'

S TSF % F %

350 (66) 170 (34)295 (59) 233 (41)274 (52) 254 (48)190 (40) 338 (60)173 (33) 355 (67)426 (81) 102 (19)183 (35) 345 (65)161 (30) 367 (70)

58 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

JADUAL 12Potensi keusahawanan pelajar mengikut mata

pelajaran elektif tertentu

Elektif Potensi Keusahawanan

Kejuruteraan 3.66Rekacipta 3.65Perdagangan 3.51Sains Pertanian 3.48Ekonomi Asas 3.45Sains Rumah Tangga 3.42Prinsip Akaun 3.39Matematik Tambahan 3.18

Nota: 1 = sangat tidak setuju5 = sangat setuju

mempunyai sikap yang tinggi (Min = 125.86, S.P= 10.24), pelajar yang mengikuti elektif SainsPertanian mempunyai sikap yang rendahterhadap keusahawanan (Min = 116.25 dan S.P.= 14.54).

Perbezaan yang Signifikan Antara Skor Giri-GiriKeusahawanan Pelajar Mengikut Kumpulan Etnik

Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaanyang signifikan antara skor ciri-ciri keusahawananpelajar berlainan keturunan (F = 8.756, P < .05).Pelajar bumiputera (Min = 160.31, S.P. = 15.02)dan pelajar India (Min= 161.46, S.P.= 13.8)didapati memperoleh skor ciri yang lebih tinggiberbanding pelajar Cina (Min = 153.78, S.P. =15.5) dan pelajar lain-lain keturunan (Min=150.2, S.P.= 12.3).

Perbezaan Antara Skor Potensi KeusahawananPelajar Aliran Sains dan Sastera

Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaanpotensi keusahawanan yang signifikan. Pelajaraliran Sains kurang berpotensi dalamkeusahawanan jika dibandingkan dengan potensipelajar Sastera (t = -3.12, P = < .01).

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian menunjukkan ramai pelajarsekolah menengah di Malaysia tidak berhajatmenjadi usahawan. Hanya terdapat 384 pelajarberbanding 1336 pelajar yang dikaji, inginmenjadi usahawan. Pelajar yang mempunyai~elulusan akademik yang rendah berdasarkan<.eputusan PMR menunjukkan potensi danlSpirasi keusahawanan yang tinggi berbanding'akan mereka yang mempunyai keupayaantkademik yang tinggi. Terdapat juga perbezaan

yang signifikan dalam ciri-ciri dan potensikeusahawanan antara pelajar yang memilih untukbekerja sendiri berbanding mereka yang inginmakan gaji. Kajian juga menunjukkan cirikeusahawanan pelajar bumiputera adalah lebihtinggi berbanding ciri keusahawanan pelajarbukan bumiputera.

Secara keseluruhan ciri-ciri keusahawananpelajar sekolah menengah adalah sederhana,dan aspek ciri-eiri keusahawanan yang palingtinggi nilai min ialah nilai diri. Secarakeseluruhan pelajar-pelajar mendapat skor yangsederhana untuk aspek motivasi kejayaan dankeadaan ini agak membimbangkan keranadaripada dapatan kajian oleh Zaineah (1981)dan Chan (1986) telah mendapati motivasikejayaan adalah penting untuk kejayaanusahawan. Dapatan juga menunjukkan pelajarsekolah memperoleh pencapaian rendah dariaspek mengambil risiko dan kawalan diri danskor untuk ciri 'kebergantungan' adalah lebihmenonjol. Kajian ini juga memperoleh dapatanyang serupa seperti yang diperoleh Scott et al.(1988). Scott et al. menjalartkan kajian untukmengenal pasti faktor yang mempengaruhiaspirasi keusahawanan pelajar. Dapatan kajianmereka mendapati pelajar memang mempunyaiminat dalam keusahawanan tetapi masih rendahilmu pengetahuan tentang cara perniagaanberoperasi. Mereka yang memilih untuk bekerjasendiri memilih untuk mendapatkan lebihlatihan dalam keusahawanan. Mohd. Salleh(1992) melaporkan kesan potensi keusahawanansemasa dalam proses pembelajaran akanmempengaruhi aspirasi keusahawanan danpemilihan untuk bekerja sendiri. Dengan sebabitu dapatan kajian ini mendapati pelajar sekolahmenengah yang mempunyai potensi dan ciri-eiriserta sikap yang tinggi perlu dipupuk untukmewujudkan kesedaran dan persediaan memilihkeusahawanan sebagai satu alternatif kepadakerjaya kerana Hatten et al. (1995) jugamendapati ciri-ciri dan sikap pelajar berubahsetelah terlibat dengan Program PerniagaanKecil.

Pandangan daripada ramai pengkaji tentangkeperluan komponen keusahawanan untuk parapelajar tidak dapat disangkallagi. Humam (1988)umpamanya menyarankan bahawa latihankeusahawanan perlu untuk memberi pen­dedahan kepada para pelajar semasa usia masihmuda. Sexton dan Kasarda (1992) berpendapatpara pelajar memerlukan kefahaman konsep

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002 59

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Abd. Rahim Bakar & Mohd. Majid Konting

yang berkaitan dengan keusahawanan sertapenerapan ilmu pengetahuan perniagaanmerentasi bidang lain agar dapat mengenal pastibakat yang ada serta merangsang kemahirandan perubahan sikap. Justeru itu, cara terbaikuntuk mengajar ilmu keusahawanan kepadapelajar-pelajar ialah melalui penerapannya dalarnbidang pendidikan vokasional (Drucker 1991).

Di Malaysia, beberapa usaha sedangdijalankan oleh Kementerian PembangunanUsahawan dan Kementerian Pendidikan untukmendedahkan pelajar ke dunia pemiagaan dankeusahawanan. Semua pelajar diberi peluanguntuk mengikuti pembelajaran dalarn komponenperdagangan dan keusahawanan dalarn matapelajaran Kemahiran Hidup semata-mata untukmemberi kesedaran dan meningkatkan minatuntuk memulakan perniagaan sendiri. Disarnping itu terdapat pandangan yang berbeza­beza tentang faktor atau perkara yang perludititikberatkan dalarn mendefmisikan usahawan(Kuratko and Hodgets 1992), dengan itu agaksukar untuk para pendidik di Malaysia untukmenentukan bidang manakah yang perlu diberiperhatian dalarn melatih usahawan sarna adadari segi personaliti atau ilmu pengetahuan.

Dapatan daripada kajian ini menjelaskanbahawa pelajar aliran Sains mempunyai potensidiri yang kurang positif terhadap keusahawanan.J adi bagaimanakah negara kita inginmenggalakkan pelajar yang meminati ilmu sainsmemilih keusahawanan sebagai bidang kerjayamereka? Pelajar yang berada dalam aliran Sainsselalunya adalah pelajar yang mencapaikeputusan PMR yang agak cemerlang berbandingmereka yang berada dalam aliran Sastera.Lagipun negara kita, Malaysia amatmengharapkan pelajar masa kini menjadiusahawan pelapis untuk meneruskan usahakerajaan menjadikan Malaysia sebuah negaraindustri. Meyer (1992) menyarankan adalahsesuatu yang bijak untuk melatih ataumenyediakan pelajar sekolah untuk proseskeusahawanan kerana apabila mereka tamatpersekolahan nanti, minat untuk memu1akanperniagaan akan wujud. Miller (1987) pulamencadangkan dalarn usaha untuk menghasilkanpelajar atau para graduan yang mempunyai ciri­ciri keusahawanan mereka hendaklah dipilihdaripada golongan pelajar yang memangmempunyai ciri-ciri tersebut. Salleh (1992)mendapati tingkah laku untuk berniaga adalah

berkaitan dengan aspirasi keusahawanan danbekerja sendiri.

Berdasarkan mata pelajaran elektifvokasional dan teknik yang ditawarkan disesebuah sekolah menengah, didapati pelajaryang mengarnbil elektif "reka cipta" mempunyaimin potensi keusahawanan yang paling tinggi,diikuti oleh min pelajar "Kejuruteraan» dan"Perdagangan". Walaupun secara keseluruhanmin skornya agak sederhana tinggi didapatipelajar dari elektif lain mendapat min skor yangagak sederhana rendah, kecuali pelajar Sainsyang mendapat min skor terendah (Min = 3.18).

Jika dikaji latar belakang pelajar, kesemuapelajar melalui pendedahan yang sarna kepadakeusahawanan. Kesemua mereka akan diajartentang keusahawanan melalui komponenPerdagangan dan Keusahawanan dalarn matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Jadipotensi yang tinggi ini mungkin disebabkan olehgabungan pendidikan vokasional atau teknikalyang begitu baik bagi pelajar elektif reka ciptadan kejuruteraan. Kedua-dua bidang inimerupakan kesinambungan kemahiranmanipu1atifyang diajar sebagai teras dan pilihandalarn Kemahiran Hidup Bersepadu. Didapatikedua-dua bidang teknikal ini mampumeningkatkan potensi keusahawanan pelajar,maka bidang kejuruteraan/reka cipta perludiperluaskan penawarannya bersama-samadengan elektif perdagangan untukmenyepadukan kemahiran perniagaan dankemahiran teknikal. Mengikut Drucker (1991)pendidikan keusahawanan perlu diterapkankepada pelajar vokasional (teknikal) supayapelajar mendapat kemah iran untukmengkomersilkan pengetahuan teknikal mereka.Dengan ini sistem pendidikan akan dapatberubah mengikut perubahan teknologi dankehendak negara.

Penggubal polisi pendidikan negara perlumenggabungkan setiap elektif dalarn kumpulanvokasional dan teknologi dengan mata pelajarankeusahawanan supaya terdapat gabung jalinantara kemahiran teknikal dan kemahirankeusahawanan (perniagaan). Elektif SainsPertanian dan Sains Rumah Tangga perludiperbaiki dari segi kurikulumnya supaya parapelajar dapat melihat kaitan komponen yangdiajar dengan bidang perniagaan, keranaterdapat hanya 58 (4%) pelajar (Sains Pertanian)dan 47 (3.5%) pelajar (Sains Rumah Tangga)

60 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002

Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di Malaysia: Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar

dapat melihat kaitan bidang elektif merekadengan dunia perniagaan.

RUMUSAN

Pelajar sekolah menengah masih lagi mempunyaiaspirasi dan potensi keusahawanan yang rendah.Namun begitu sikap dan ciri keusahawananpelajar ini berada di tahap sederhana tinggi danpositif. Pelajar yang mempunyai pencapaianakademik yang baik mempunyai skor potensidan sikap keusahawanan yang lebih rendahberbanding skor pelajar yang kurang baik prestasiakademiknya. Pelajar yang mengambil elektifkejuruteraan dan reka cipta mempunyai potensikeusahawanan yang tertinggi berbanding pelajarelektif lain. Terdapat perbezaan yang signifikanantara sikap pelajar lelaki dengan perempuan,tiada perbezaan yang signifikan antara potensidengan ciri keusahawanan pelajar mengikutjantina. Tidak terdapat perbezaan sikap pelajarmengikut keperluan latihan keusahawanan, walaubagairnanapun terdapat perbezaan sikap yangsignifikan antara pelajar berlainan bidang elektif.Sikap keusahawanan pelajar bidang elektif rekacipta lebih tinggi. Terdapat perbezaan yangsignifikan antara ciri keusahawanan pelajar yangingin bekerja sendiri dengan pelajar yang inginmakan gaji. Ciri keusahawanan pelajar yang inginbekerja sendiri lebih tinggi. Min ciri-cirikeusahawanan pelajar bumiputera lebih tinggidaripada min ciri keusahawanan pelajar Cina.Perbezaan min ini signifikan pada aras .05.Potensi keusahawanan pelajar Sastera adalahlebih tinggi daripada potensi keusahawananpelajar Sains.

RUJUKANCHAN N.S. 1986. Achievement motivation of Malay

and Chinese entrepreneurs: A study amongmembers of Melacca Members of Commerse.Manuskrip yang tidak diterbitkan. UKM, Bangi.

DRUCKER P.F. 1991. Our Entrepreneurial Economy.Dalam Entrepreneurship: Creativity at Worn. BostonHaward Business Review.

HABIBAH EUAS dan ZAIDATOL A1<MALIAH LOPE PIHIE.1993. Achievement motivation amongMalaysian entrepreneurs. Pakistan Journal ofPsychological Research 8(1-2): 1-11.

HArrEN, T.S dan RUSHLAND S.K. 1995. Studentattitude toward entrepreneurship as affectedby participation in SBI program. Journal ofEducation for Business 70(4): 224-227.

HUMAN HAJI MUHAMMAD. 1988. Entrepreneurialdevelopment in Malaysia with specific referenceto training and development initiatives.Disertasi Ph.D. University of Stirling.

KENT CA. 1990. Entrepreneurship education at thecollegiate level: A synopsis and evaluation.Dalam Entrepreneurship Education: CurrentDevelopment: Future Direction disunting olehCalvin A. Kent. ew York: Quorum Book.

KURATKO, D.F. dan R.M. HODGETTS 1992.Entrepreneurship - A Contemporary Approach. Edisikedua. The Duyden Press, A Harcount Pressjovariorich College Publisher.

MEYER, E.C. 1992. A philosophy of entrepreneurshipEducation. Business Education Forum February:8-9.

MILLER, A 1987. New ventures: A fresh emphasison entrepreneurial education. Survey ofBusiness23(1).

MOHD. SALLEH HJ. DIN. 1992. The development ofentrepreneurship and enterprise in highereducation in Malaysia. Disertasi Ph.D.University of Durham.

NAZAR, M.M. 1989. An exploration of the personalityprofile of small scale business bumiputra andnon bumiputra entrepreneurs. MalaysianManagement Review 25(2): 19-28.

Scarr M. G. dan D.F. TWOMEY 1988. The longterm supply of entrepreneurs: Students careeraspirations in relation to entrepreneurship.Journal of SmaU Business Management October:5-13.

SEXTON D.L. dan J.D. KAsARDA. 1992. The State of theArt of Entrepreneurship. Boston: Kent Pub. Co.

SHARIFAH KAMALIAH SYED SOFIAN. 1996. Theidentification of entrepreneurial characteristicsamong secondary school students in the districtof Hulu Langat Selangor Darul Ehsan. TesisMaster yang tidak diterbitkan. Universiti PutraMalaysia.

ZAINEAH, L. 1981. Comparison of achievementmotivation and the fear of future amongentrepreneurs and non-entrepreneurs: A casestudy. Manuskrip yang tidak diterbitkan. UKM,Bangi.

(Diterima: 3 Julai 2000)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 10 No.1 2002 61