51
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR MAS, KELANTAN ROSLI BIN ILYAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

  • Upload
    lydieu

  • View
    249

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH

PASIR MAS, KELANTAN

ROSLI BIN ILYAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR MAS,KELANTAN

SESI PENGAJIAN: 2007/2008.

Saya ROSLI BIN ILYAS (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHADDisahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap: DR MOHD ANUAR B.ABD RAHMAN LOT 1511 KG ATAS PINGGIR, 17000 PASIR MAS ...................................................... kELANTAN Nama Penyelia.

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 3: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : DR MOHD ANUAR BIN ABD RAHMAN

Tarikh : ………………………..

Page 4: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

i

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS KEMAHIRAN HIDUP

BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH PASIR MAS,

KELANTAN.

ROSLI BIN ILYAS

Laporan ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : ROSLI BIN ILYAS

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayah dan ibuku,

Ilyas Bin ZakariaMeriam Binti Awang

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku,

AbdulahBin OthmanMa Kelthom Binti Omar

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat isteri tersayang serta puteri dan puteraku tersayang,

Suhaini Binti AbdullahBalqis Hanani Binti Rosli

Muhammad Hasif Bin Rosli

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah

yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Dr Mohd

Anuar B Abd Rahman yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk

ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang

mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri Kelantan dan Pengetua- Pengetua dan guru-guru kemahiran hidup

dari Sekolah Menengah sekitar daerah Pasir Mas,Kelantan yang terlibat dan

membantu secara langsung dalam penyelidikan ini.

Akhir sekali untuk isteri tersayang Suhaini Bt Abdullah, anak-anak tersayang

Balqis Hanani dan Muhammad Hasif yang banyak berkorban untuk merealisasikan

impian menjadi kenyataan. Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan

kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Page 8: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

v

ABSTRAK

Kajian diskriptif yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti

pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran

kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Seramai 60 orang guru

KHB di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pasir Mas, Kelantan telah dijadikan

responden kajian. Soal selidik sebagai alat kajian dan dibina berdasarkan dokumen

pentaksiran kerja kursus KHB daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil

analisis daripada kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik

adalah tinggi (Alpha cronbach 0.89). Data yang diperolehi dianalisa bagi

mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian t. Hasil kajian menunjukkan tahap

pengetahuan pentaksiran kerja kursus KHB dikalangan guru-guru KHB adalah tinggi

manakala tahap kemahiran, sikap dan bentuk masalah menunjukkan tahap sederhana.

Hipotesis kajian menunjukkan tiada perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap

antara guru KHB lelaki dengan guru KHB perempuan. Secara keseluruhannya, guru-

guru KHB dapat memahami dan melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB

dengan baik. Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan.

Page 9: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

vi

ABSTRACT

The aim of descriptive study was to indentify the teacher’s

knowledge,skills,attitude and problems toward the coursework evaluation living skill

subject . There were 60 respondences of KHB teachers from SMK in Pasir Mas

involved in this research used questioner. .The research question are based on KHB

coursework evaluation from Malaysia Examination Organization .Analysis result of

the pilot study showed of the questioner were very high (Alpha cronbach 0.89). The

data was analyse by frequency, percentage, min and t-test. The result indicated that

the level of KHB coursework evaluation among the KHB teachers are high but their

skills level, attitude and problem are at average level. Researsh hypothesis showed

there are no differences in knowledge, skill and attitude between men and women

teachers. Overall,KHB teachers could understood and implemented the KHB

coursework evaluation well. Lastly, a few sugesstions to overcome the problems

research were given.

Page 10: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Hipotesis 5

1.7 Rasional Kajian 6

1.8 Kepentingan Kajian 6

1.9 Skop Dan Batasan Kajian 6

1.10 Definisi Istilah 7

1.10.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 7

1.10.2 Penilaian Kerja Kursus 7

Page 11: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

viii

1.10.3 Kerja Kursus 8

1.10.4 Pengetahuan 8

1.10.5 Kemahiran 8

1.10.6 Sikap 8

1.10.7 Bentuk Masalah 9

2 TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran 10

Hidup

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 13

2.3.1 Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah 15

2.3.2 Sistem Pentaksiran Pentaksiran Kerja 16

Kursus KHB

2.3.3 Pentaksiran Kerja Kursus KHB 17

2.4 Kesediaan Guru KHB Dalam Pentaksiran 20

Kerja Kursus

2.4.1 Aspek Pengetahuan 20

2.4.2 Aspek Kemahiran 22

2.4.3 Aspek Sikap 23

2.4.4 Masalah Yang Dihadapi 24

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Sampel Kajian 29

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Penganalisisan Data 33

3.8 Penutup 34

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 35

Page 12: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

ix

4.2 Analisis Bahagian A 36

4.2.1 Jantina Responden 36

4.2.2 Kelulusan Akademik 37

4.2.3 Pengkhususan (Opsyen) 37

4.2.4 Bilangan Kelas KHB Yang Diajar 38

4.2.5 Pengalaman Mengajar Mata Pelajaran 38

KHB

4.2.6 Pengalaman Mengendalikan Penilaian 39

KerjaKursus KHB

4.2.7 Pendedahan Maklumat Tentang 40

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

4.2.8 Mengajar Mata Pelajaran Lain Selain 40

Dari KHB

4.3 Analisis Dapatan Berdasarkan Persoalan Kajian 41

4.3.1 Tahap Pengetahuan Guru-Guru 41

KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB

4.3.2 Tahap Kemahiran Guru-Guru KHB 43

Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB

4.3.3 Sikap Guru-Guru KHB Dalam 44

Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB

4.3.4 Bentuk Masalah Yang Dihadapi Oleh 46

Guru-Guru KHB Semasa Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

4.4 Pengujian Hipotesis Kajian 48

4.4.1 Ho 1: Tidak Terdapat Perbezaan Tahap 48

Pengetahuan Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

Antara Guru KHB Lelaki Dan

Perempuan

Page 13: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

x

4.4.2 Ho 2: Tidak Terdapat Perbezaan Tahap 49

Kemahiran Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

Antara Guru KHB Lelaki Dan

Perempuan

4.4.3 Ho 3: Tidak Terdapat Perbezaan Tahap 50

Sikap Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

Antara Guru KHB Lelaki Dan

Perempuan

4.5 Penutup 50

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan Kajian 51

5.3 Perbincangan Kajian 53

5.3.1: Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap 54

Guru-Guru KHB Dalam Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

5.3.2: Bentuk masalah Yang Dihadapi Oleh 57

Guru-Guru KHB Semasa Melaksanakan

Pentaksiran Kerja Kursus KHB

5.4 Cadangan Kajian 59

5.4.1 Cadangan Tindakan 59

5.4.2 Kajian Lanjutan 62

5.5 Penutup 62

RUJUKAN 64

LAMPIRAN

A Soal Selidik 68

B Surat Kebenaran EPRD 69

C Surat Kebenaran JPN Kelantan 70

D Surat Pengesahan Soal Selidik 71

Page 14: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

1.1 Empat gred digunakan dalam PBK bagi 3

melaporkan tahap pencapaian calon

2.1 Pelaporan Pentaksiran Berasaskan Kriteria 16

2.2 Pemarkahan Pentaksiran Berasaskan Kriteria 17

Kerja Kursus KHB

2.3 Perlaksanaan Kerja Kursus Mengikut Modul 19

3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 30

3.2 Skor Skala Likert 31

3.3 Nilai Statistik Alpha Cronbach 32

3.4 Interpretasi Data Bagi Tahap Penilaian 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Kelulusan 37

Akademik

4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 37

(Opsyen)

4.4 Taburan Responden Mengikut Bilangan 38

Kelas KHB Yang Diajar

4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 38

Mengajar Mata Pelajaran KHB

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 39

Mengendalikan Penilaian Kerja Kursus

KHB

4.7 Taburan Responden Mendapat Pendedahan 40

Maklumat Tentang Pentaksiran Kerja Kursus

Page 15: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

xiii

KHB

4.8 Taburan Responden Yang Mengajar Mata 40

Pelajaran Lain Selain Daripada KHB

4.9 Data Analisis Tahap Pengetahuan Guru-guru 42

KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB

4.10 Data Analisis Tahap Kemahiran Guru-guru 43

KHB Dalam Melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB

4.11 Data Analisis Sikap Guru-guru KHB 45

Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB

4.12 Data Analisis Bentuk Masalah Yang 46

Dihadapi Oleh Guru-guru KHB Semasa

Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus

KHB

4.13 Analisis Perbezaan Tahap Pengetahuan 49

Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB Berdasarkan Jantina

4.14 Analisis Perbezaan Tahap Kemahiran 49

Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB Berdasarkan Jantina

4.15 Analisis Perbezaan Sikap Dalam 50

Melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus

KHB Berdasarkan Jantina

Page 16: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

ULBS - Ujian Lisan Berasaskan Sekolah

PLBS - Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu

PMR - Penilaian Menengah Rendah

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

PBK - Penggredan Berdasarkan Kriteria

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

SPSS - Statistical Package for Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 17: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 67

B Surat Kebenaran EPRD 68

C Surat Kebenaran JPN Kelantan 69

D Surat Pengesahan Soal Selidik 70

Page 18: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, Sains

Rumahtangga, Seni Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana

pelajar dibenarkan hanya memilih satu bidang daripada empat pilhan yang

ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka jurusan pelajar hanya belajar

satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-pelajar mempelajari

pilhan lain. Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan, mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 1989 yang

bercorak terbuka yang mana pelajar berpeluang mempelajari semua bidang elektif.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini

membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak

dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan

industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap kerja yang

positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan

projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata

pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua pelajar di

Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Matapelajaran ini dirancang adalah untuk

mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui

Page 19: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

2

penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif (Huraian Sukatan

Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Mata pelajaran Kemahiran Bersepadu (KHB),

mempunyai dua komponen iaitu bahagian teras dan pilhan.Bahagian teras

mengandungi tiga bahagian iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan

Keusahawanan serta Kekeluargaan. Bahagian pilihan pula mengandungi 3 bahagian

iaitu pilihan Kemahiran Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk

melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,

berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk

kehidupan harian. Modul-modul kerja kursus KHB yang perlu dilaksanakan oleh

semua murid menjadi alat pengukuran dalam Pentaksiran Berasaskan sekolah. Oleh

itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi

cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang

disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran. Pentaksiran bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Manipulatif Teknikal

dilaksanakan berasaskan sekolah dan berpusat.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen

pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan

oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur

yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin

kualiti pelaksanaan PBS, mekamisma penyelarasan dan pemantauan akan

dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan keesahan skor pentaksiran

yang dilaksanakan disekolah. PBS diperingkat Penilaian Menengah Rendah (PMR)

terdiri daripada 5 bentuk iaitu projrek, kerja kursus, ujian lisan berasaskan sekolah

(ULBS), pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS) dan modul.

Page 20: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

3

Penilaian dalam kerja kursus menggunakan sistem Penggredan Berdasarkan

Kriteria (PBK). Penggredan berdasarkan kriteria ialah satu kaedah menyatakan

prestasi calon berdasarkan pencapaiannya dalam sesuatu aspek yang diukur.

Perbandingan prestasi diantara calon tidak dibuat dalam kaedah ini. (Lembaga

Peperiksaan Malaysia,1998). Dalam pelaporan PBK pada tahun 2007 dalam

penilaian kerja kursus KHB terdapat empat gred digunakan dalam melaporkan tahap

pencapaian calon.

Jadul 1.1: Empat gred digunakan dalam PBK bagi melaporkan tahap pencapian calon.

GRED PENCAPAIAN

A Cemerlang

B Kepujian

C Memuaskan

D Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum

E Tidak melaksanakan kerja kursus

F Dikecualikan

(Lembaga Peperiksaan 2007)

Mengikut panduan penilaian kerja kursus (2001), proses pengukuran dalam

kerja kursus dibuat berdasarkan projek kerja, bukti dalam bentuk projek dan folio.

Penilaian dibuat terhadap projek siap, manakala yang lain harus dilakukan semasa

melakukan proses tersebut. Pada tahun 2007, telah berlaku perubahan format

pentaksiran kerja kursus KHB untuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang

dilaksanakan pada tahun 2007. Dalam pentaksiran tersebut semua pelaksanaan kerja

kursus hendaklah ditaksir oleh pentaksir bagi setiap calon secara individu dan

pentaksiran boleh dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian dalam kerja kursus KHB dilaksanakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan.Pentaksiran dilaksanakan melalui evidens proses dan

evidens produk. (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007). Oleh itu pentaksiran kerja

kursus KHB telah berlaku perubahan dari segi pentaksiran maka ia menjadi perkara

baru bagi guru-guru Kemahiran Hidup untuk membuat penilaian. Persoalan ialah

apakah guru-guru kemahiran hidup pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif

sebagai penilaian benar-benar memahami kriteria-kriteria yang terdapat di dalam

Page 21: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

4

setiap modul semasa memberi markah kepada pelajar. Ini akan wujud kefahaman

berbeza diantara guru-guru yang menilai yang akan memberi impak yang besar

kepada pelajar dari segi keadilan dan apakah guru sebagai pentaksir mampu

meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di

sekolah walaupun terdapat skema penskoran. Sehubungan dengan itu penulis

berpendapat perlunya kajian dijalankan untuk mengetahui masalah tentang penilaian

kerja kursus kemahiran hidup yang dibuat oleh guru-guru kemahiran hidup.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang di atas kajian ini bertujuan melihat kefahaman

guru kemahiran hidup terhadap kriteria penilaian kerja kursus dan kekangan yang

dihadapi dalam menilai kerja kursus tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mendapat

maklumat tentang permasalahan yang dihadapi dalam menilai kerja kursus

kemahiran hidup di peringkat Penilaian Menengah Rendah, dikalangan guru-guru

kemahiran hidup di Daerah Pasir Mas, Kelantan

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap guru-guru KHB

dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

2. Mengenal pasti bentuk masalah yang dihadapi oleh guru-guru Kemahiran

Hidup semasa menjalankan pentaksiran kerja kursus KHB.

3. Melihat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru

lelaki dan perempuan dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

Page 22: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

5

1.5 Persolan Kajian

Antara persoalan kajian yang menjadi asas pemasalahan kajian ialah:

1. Apakah tahap pengetahuan guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran

kerja kursus KHB

2. Apakah tahap kemahiran guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran

kerja kursus KHB

3. Apakah sikap guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus

KHB.

4. Apakah bentuk masalah yang dihadapi oleh guru-guru KHB semasa

melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB

5. Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap di

antara guru KHB lelaki dan guru KHB perempuan.

1.6 Hipotesis

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan pengetahuan di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

Ho 2: Tidak terdapat perbezaan kemahiran di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

Ho 3: Tidak terdapat perbezaan sikap di antara guru-guru lelaki dan

guru-guru wanita dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB.

Page 23: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

6

1.7 Rasional Kajian

Kajian ini dijalankan adalah kerana terdapat berlakunya perubahan pada

format pentaksiran kerja kursus KHB yang akan dilaksanakan PMR 2007. Oleh itu

kajian perlu dilakukan kerana pentaksiran kerja kursus KHB adalah perkara baru

yang mana pendedahan dan kefahaman amat penting untuk guru-guru KHB supaya

pentaksiran yang dilakukan mengikut kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Walaupun terdapat kajian-kajian lepas yang dilakukan tetapi masih belum cukup

untuk menyelesaikan masalah ini.

1.8 Kepentingan Kajian

Hasil dari kajian ini nanti diharap dapat memberi panduan dan rujukan

kepada pihak sekolah amnya dan guru-guru KHB khususnya dalam melaksanakan

pentaksiran kerja kursus. Hasil dari kajian ini juga diharapkan dapat digunakan oleh

Jabatan Pelajaran Negeri menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru

KHB. Kesimpulannya hasil daripada kajian ini dapat digunakan oleh pihak

pelaksanaan dasar khususnya, Kementerian Pendidikan untuk dijadikan panduan

dalam merangka dasar ataupun program-program tertentu untuk kepentingan guru-

guru KHB.

1.9 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini berfokuskan kepada pelaksanaan sistem PBS oleh guru-guru KHB

dalam daerah Pasir Mas, Kelantan. Penyelidik membataskan kajian kepada aspek

pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dalam melaksanakan PBS. Kajian juga

tertumpu kepada masalah yang dihadapi oleh guru KHB dalam melaksanakan PBS.

Bagi menjalankan kajian ini, instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang

mana responden kajian adalah terdiri daripada guru-guru KHB yang telah dilantik

oleh pihak pengurusan sekolah sebagai pentaksir PBS. Ketelusan dan ketepatan hasil

Page 24: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

7

kajian ini amat bergantung kepada keikhlasan dan kejujuran responden dalam

menjawab soal selidik yang diedarkan.

1.10 Definisi Istilah

Terdapat beberapa konsep dan istilah yang dapat diterangkan dengan lebih

jelas tentang perkara-perkara yang dibincangkan oleh penyelidik. Di antaranya

adalah seperti berikut:

1.10.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2005), Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur

yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Dalam kajian ini, Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu bentuk penilaian kerja kursus yang dilakukan

oleh pihak sekolah khususnya guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.10.2 Penilaian Kerja Kursus

Penilaian pencapian pelajar dalam bidang pendidikan ialah untuk

mendapatkan maklumat yang tepat tentang sejauh manakah pelajar telah mencapai

objektif pembelajaran yang ditetapkan. Bagi membuat penilaian ke atas sesuatu

mata pelajaran alat pengukuran digunakan. Alat pengukuran ini dinamakan Panduan

Penilaian Kerja Kursus, dibina berdasarkan kandungan dan kehendak sukatan

pelajaran.Penilaian dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran. (Lembaga

Peperiksaan Malaysia, 1997)

Page 25: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

8

1.10.3 Kerja Kursus

Menurut Thondike, (1991), kerja kursus merupakan segala bentuk kerja atau

tugasan yang mesti dilaksanakan oleh pelajar sebagai memenuhi syarat dan

keperluan sesuatu kursus atau mata pelajaran. Dalam kajian ini, kerja kursus adalah

satu tugasan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk

dilaksanakan oleh semua pelajar dalam suatu tempoh masa yang ditetapkan dan

mengikut panduan dan peraturan yang ditentukan dalam Dokumen Pentaksiran Kerja

Kursus Kemahiran Hidup.

1.10.4 Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan (1993), pengetahuan ialah perihal mengetahui atau

apa yang perlu diketahui. Dalam kajian ini pengetahuan bermaksud mengetahui

perkara-perkara yang berkaitan pentaksiran kerja kursus KHB.

1.10.5 Kemahiran

Dalam Kamus Dewan Pelajar Bahasa Malaysia (1987), kemahiran ditakrifkan

sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran yang

dimaksudkan dalam kajian ini meliputi kemampuan dan kemahiran diri

melaksanakan penilaian kerja kursus.

1.10.6 Sikap

Menurut Kamus Dewan (1993), sikap ialah perbuatan atau pandangan yang

berdasarkan pada sesuatu pendapat dan fikiran. Manakala Syarifah (1983), pula

menyatakan sikap sebagai keadaan di mana seseorang individu itu mudah

Page 26: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

9

dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap orang lain, idea atau

sesuatu kejadian. Dalam kajian ini, sikap bermakna perbuatan atau pandangan guru

KH terhadap penilaian kerja kursus.

1.10.7 Bentuk Masalah

Menurut kamus dewan, (1991) bermaksud sesuatu atau segala-gala yang

menjadi masalah, (pelbagai) masalah atau persoalan. Bentuk masalah dalam kajian

ini adalah terdiri daripada aspek pelajar, guru, pentadbir, masa dan kemudahan yang

menjadi kekangan kepada guru-guru KHB dalam melaksanakan pentaksiran kerja

kursus KHB di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Page 27: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

10

BAB 2

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan beberapa penulisan dan penyelidikan tentang

(1) Latarbelakang Kemahiran Hidup ( 2 ) Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( 3 )

Penilaian Kerja Kursus Kemahiran Hidup ( 4 ) Persediaan guru KHB dalam

Pentaksiran Kerja Kursus.

2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Sebelum kedatangan British, pendidikan hanya berlaku secara tidak

formal. Dimana dalam kehidupan seharian,anak-anak terpaksa membantu ibubapa

dalam pelbagai tugasan sama ada dikebun atau dirumah. Dalam pada itu mereka

mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alatan pertanian, bertukang,

membuat kraftangan seperti bakul, ukiran kayu atau logam. Kebanyakkan

kemahiran ini diperolehi kerana kanak-kanak membantu dan memerhati bagaimana

sesuatu hasil itu dihasilkan.

Pada tahun 1917, Winstedt telah mencadangkan supaya diajar perkebunan

dan nyaman secara formal. Maka pada awal abad ke 20 mata pelajaran tersebut telah

diperkenalkan. Guru mata pelajaran pula biasanya pada masa itu dibiayai oleh

Page 28: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

11

ibubapa pelajar berkenaan. Atas desakan tokoh-tokoh ketika itu seperti Sultan Perak

Idris Shah,akhirnya pada tahun 1922 kerajaan kolonial British telah membina

Maktab Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim,Perak. Tujuan utama

penubuhan maktab tersebut adalah melatih guru-guru yang boleh menyesuaikan

hidup dikalangan masyarakat luar bandar dan mengajar murid-murid membuat kerja-

kerja pertanian.

Seterusnya pada tahun 1965, wujud pula sistem yang dikenali sebagai sistem

pendidikan aneka jurusan. Sistem ini diwujudkan bagi mengantikan pelajaran

lanjutan yang telah dimansuhkan pada akhir tahun 1964. Sistem pendidikan aneka

jurusan ditubuhkan bagi menampung yang murid yang tidak berjaya memasuki

sekolah menengah akademik. Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah

bagi mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga

manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses pemodenan pertanian

dan mempercepatkan perindustrian.

Mata pelajaran yang diajar dalam sistem pendidikan aneka jurusan ialah

Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga, Seni perusahaan dan Perdagangan. Walau

bagaimanapun, sistem ini tidak dapat mencapai kejayaan sepenuhnya, antaranya

adalah kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat memilih elektif mengikut minat,

kebolehan dan bakat,disamping kekurangan kemudahan fizikal atau kekurangan guru

yang berkelayakan.

Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang

digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia diperkenalkan bagi

menggantikan mata pelajaran pravokasional yang berbentuk elektif Sains Pertanian,

Seni Perusahaan, Perdagangan dan Sains Rumah tangga yang merupakan teras dalam

kurikulum dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah. Mata pelajaran KHB

yang diajar disekolah merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan kearah

mempertingkatkan kemahiran praktis dan penanaman semangat keusahawanan juga

daya merekacipta dikalangan pelajar. (Pusat Perkembangan Kurikulum,1992)

Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran pra vokasional yang

bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan

Page 29: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

12

mereka mengendalikan kehidupan seharian secara produktif di dalam dunia teknologi

dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa berubah, mementingkan keselamatan

dan kesihatan serta menunjukkan sifat bersopan santun, sesuai dalam pelbagai

keadaan. Matapelajaran ini dirancang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani(Kementerian Pendidikan Malaysia,1991)

Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia

ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran

ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan

produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan

produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Di dalam mata

pelajaran KHB terdapat satu komponen teras dan pilihan. Menurut PPK(1996),

Bahagian teras mengandungi empat komponen iaitu kemahiran manipulatif teknikal,

perdagangan dan keusahawanan, kekeluargaan dan satu lagi ditambah iaitu

Rekacipta Lukisan Kejuruteraan. Bahagian pilihan pula mengandungi tiga

komponen iaitu kemahiran manipulatif teknikal( pilihan 1), Ekonomi Rumah

Tangga(pilihan 2) dan Pertanian (pilihan 3). Bagi bahagian pilihan,pelajar

dikehendaki memilih satu sahaja dan dipelajari dari tingkatan 1 hingga tngkatan 3 .

Di antara objektif KHB ialah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja

mudah dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk merealisasikan objektif ini

pengajaran dijalankan dalam bentuk aktiviti dan kerja praktis yang pelbagai.

Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah disampaikan semasa sesuatu

aktiviti dan kerja amali dijalankan (Yahya,1993). Menurut kajian Widad & Hadzir

(1996), terdapat penjaga atau keluarga kepada pelajar melakukan sepenuhnya kerja

amali yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh pelajar tersebut. Akibatnya

pembelajaran yang terancang dan sempurna tidak berlaku dimana pelajar berkenaan

tidak mendapat ilmu sama ada secara teori atau amali.PPK, (1989) menyatakan

bahawa mata pelajaran kemahiran hidup ini membekalkan pelajar dengan

pengetahuan dan praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya ialah untuk

membolehkan pelajar berfungsi secara berkesan dalam masyarakat yang

berorientasikan teknologi. Seiring dengan itu, kemahiran ini akan dapat mereka

Page 30: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

13

gunakan dirumah mereka sendiri dan seterusnya membimbing mereka ke arah

pencapian karier mereka di masa hadapan.

2.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pentaksiran berasaskan sekolah adalah satu proses mendapatkan maklumat

dan seterusnya membuat penilaian atau penghakiman tentang produk sesuatu proses

dalam pendidikan.Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan

terhadap calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2007 dan pelajar

Tingkatan 1 tahun 2006. Ini berdasarkan kepada pekeliling

LP.PMR.169/1/2007Jld.1(63) yang berkaitan dengan PBS (Rujuk Lampiran 1). PBS

merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang,

ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang telah

ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007). Ia adalah salah satu

komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksirannya akan

dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2005) Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah .

Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur

yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan Malaysia . Pentaksiran Berasaskan Sekolah

adalah bertujuan mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran dan

memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Pentaksiran berasaskan sekolah di peringkat Penilaian Menengah Rendah

(PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu Projek, Kerja Kursus, Ujian Lisan Berasaskan

Sekolah (ULBS), Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Modul.Sekolah

diwajibkan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata

pelajaran yang mempunyai komponen kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian

Page 31: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

14

lisan. PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau

tiada markah kerja kursus. Pelaksanaan Modul Kerja Kursus KHB mestilah

dijalankan mengikut Jadual Kerja yang telah ditetapkan oleh LPM. Oleh kerana PBS

dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, maka

keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus ini

seterusnya tiada markah untuk kerja kursus bagi proses kerja yang mereka

ketinggalan disebabkan oleh ketidakhadiran ke sekolah. Setiap calon mestilah

mempunyai semua markah PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.

Sebagaimana yang telah ditetapkan, PBS mestilah dilaksanakan mengikut

garispanduan yang telah disediakan oleh LPM iaitu mengikut buku Panduan

Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus KHB. Bagi menyempurnakan pelaksanaan PBS,

Jawatankuasa Induk PBS peringkat negeri, bahagian, daerah, gabungan dan sekolah

ditubuhkan. Segala kos dan pelaksanaan PBS adalah di bawah tanggungan dan

tanggungjawab pihak sekolah. Secara umumnya terdapat empat kumpulan personel

dalam pelaksanaan PBS iaitu kumpulan pentaksir, pemantau, penyelaras dan

pengesanan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Menurut LPM (2007) , mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan

dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran

yang akan dilaksanakan di sekolah. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kualiti

pelaksanaan PBS oleh guru-guru seterusnya pihak-pihak yang terlibat secara

langsung. PBS di peringkat PMR bagi mata pelajaran KHB daripada Kerja Kursus

yang dilaksanakan berdasarkan 4 modul. Kerja Kursus ini merangkumi kerja kerja

amali dan tugasan bertulis iaitu dokumen pelaksanaan kerja amali terhadap projek

yang dilaksanakan. Calon-calon PMR dikehendaki menyiapkan kerja kursus ini

bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 seperti Jadual 4. Dalam PBS,

pelaksanaan Kerja Kursus dijalankan dalam suasana bukan peperiksaan dan dalam

tempoh waktu yang panjang.

Page 32: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

15

2.3.1 Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS mempunyai konsepnya yang tersendiri. Antaranya ialah dirancang yang

bermaksud dirancang di peringkat sekolah berdasarkan perancangan teliti iaitu:

i. Pelajar yang akan ditaksir

ii. Bila pentaksiran dilaksanakan

iii. Siapa yang terlibat dalam pentaksiran

iv. Pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran

v. Penskoran

vi. Pengredan

vii. Pelaporan

PBS akan ditadbir diperingkats ekolah merujuk kepada usaha mengumpul

maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru yang dilantik sebagai pentaksir

dan guru tersebut mestilah terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan

evidens. Selain daripada itu konsep PBS juga adalah diskor iaitu merujuk kepada

proses pemberian skor terhadap perkara yang ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan di peringkat sekolah juga merupakan salah satu konsep dalam

PBS di mana ia merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi

mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan

prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina

oleh LPM. Skor yang dilaporkan mestilah menunjukkan tahap pengusaaan murid

dan ia boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Konsep PBS juga adalah dimoderatkan yang mana ia merujuk kepada usaha

memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme

penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan

dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti. Kebolehpercayaan dalam PBS

adalah sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal manakala kesahan pula

adalah sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan tentang perkara yang

ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan.

Page 33: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

16

2.3.2 Sistem Pentaksiran Kerja Kursus KHB

Di dalam Penilaian Menengah Rendah kriteria penilaian bagi kerja kursus

Kemahiran Hidup PMR 2007 telah digubal oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan

telah menyediakan dokumen pentaksiran kerja kursus sebagai panduan kepada guru-

guru kemahiran hidup untuk membuat penilaian kriteria ke atas setiap pelajar.

Shok Mei (1991), pula menyatakan ujian kriteria dirangka berdasarkan taraf

pencapaian yang dikehendaki daripada sesorang murid dalam sesuatu bidang

kemahiran atau tajuk mengikut objektifnya. Guru menetapkan kriteria dan standard

pada peringkat yang minimum yang mesti dicapai oleh tiap-tiap pelajar. Selepas

sesuatu pembelajaran,penguasaan dan pencapaian pelajar diuji dalam pelajaran itu.

Keputusan ujian itu dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan.

Di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2007, penilaian

berdasarkan kriteria untuk kerja kursus menggunakan enam gred bagi melaporkan

tahap pencapaian calon manakala kaedah permarkahan dalam penilaian berdasarkan

kriteria (PBK) dibuat dengan menukarkan gred yang diperolehi ke dalam unit

numerik.

Jadual 2.1: Pelaporan pentaksiran berasaskan kriteriaGRED PENCAPAIAN

A Cemerlang

B Kepujian

C Memuaskan

D Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum

E Tidak melaksanakan kerja kursus

F Dikecualikan

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007)

Page 34: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

17

Jadual 2.2: Pemarkahan pentaksiran berasaskan kriteriaGRED UNIT NUMERIK

A 4

B 3

C 2

D 1

E 0

F -

(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007)

2.3.3 Pentaksiran Kerja Kursus KHB

Kerja kursus merupakan satu bentuk penilaian berterusan. Kerja kursus

adalah kerja atau tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar bagi memenuhi

kehendak dan keperluan sukatan pelajaran. Kerja amali dan tugasan yang diberikan

sama ada dalam bentuk hasil atau proses kerja kursus dalam satu tempoh tertentu dan

mengikut masa yang ditetapkan. Pentaksiran kerja kursus bagi peperiksaan PMR

2007 untuk matapelajaran KHB dilaksanakan berasaskan sekolah dan berpusat.

Pentaksiran ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Pentaksiran dijalankan melalui evidens proses dan evidens produk.

Menurut LPM (2007), pentaksiran adalah proses mengumpul maklumat atau

evidens untuk tujuan pertimbangan dalam membuat penghakiman tentang produk

sesuatu proses pendidikan. Oleh itu pentaksiran adalah suatu proses untuk

mendapatkan maklumat diikuti dengan pemberian nilai seterusnya diikuti dengan

proses membuat keputusan apa yang perlu dilakukan ke atas murid dalam

pembelajaran. LPM telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan satu kaedah

pentaksiran bagi menilai sejauhmana pencapaian pelajar dalam mata pelajaran KHB.

Sehubungan dengan itu beberapa siri mesyuarat mereka bentuk instrumen

pentaksiran yang selaras dengan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran

KHB telah disemak dan dijalankan. Pembinaan instrumen pentaksiran adalah

Page 35: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

18

mengikut jadual spesifikasi ujian mengikut piawaian bagi menjamin mutu,

keserataaan serta kesahan dan kebolehpercayaan skor ujian (LPM, 2005)

Walaupun PBS diperkenalkan pada tahun 2007, format yang digunakan

adalah berdasarkan Format Pentaksiran Mata Pelajaran KHB tahun 2005. Ini kerana

format pentaksiran tidak berubah kecuali berlaku sedikit perubahan dalam

pengurusan dan pengendalian pentaksiran Kerja Kursus. Format pentaksiran ini

telah mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Pengurusan LPM Bil. 18/2004 mulai

PMR tahun 2005 (LPM, 2005).

Dalam melaksanakan pentaksiran Kerja Kursus, terdapat beberapa asas

pertimbangan bagi menjamin kualiti pentaksiran. Antaranya ialah dari sudut:

i. Kesahan

Kesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan. Penggunaan

instrumen pentaksiran yang telah disediakan oleh LPM memastikan semua konstruk

yang ditaksir, disenaraikan dalam objektif mata pelajaran KHB. Kandungan

instrumen pentaksiran ini merangkumi semua aspek pengetahuan dan kemahiran

yang dipelajari di dalam kelas.

ii. Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan skor ujian melibatkan ketekalan dan ketepatan. Format

pentaksiran ini dirancang sedemikian rupa bagi memastikan ianya mengikur

spesifikasi supaya instrumen pentaksiran adalah setara setiap tahun.

iii. Kebolehlaksanaan

Adalah diharapkan format pentaksiran kerja kursus ini,dengan mengambil kira

aspek-aspek yang memastikan agar pentaksiran boleh dilaksanakan.

vi. Penjaminan Kualiti

Page 36: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

19

Format pentaksiran yang telah dirancang ini telah mengambil kira keperluan

pentaksiran yang berperanan sebagai mekanisme dalam memastikan semua aspek

tahap kualiti dapat direalisasikan.

v. Memenuhi Kehendak Kurikulum

Format pentaksiran ini juga telah mengambil kira aspek-aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang ingin diperkembangkan melalui pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran KHB.

Menurut LPM (2007) , mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan

dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran

yang akan dilaksanakan di sekolah. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kualiti

pelaksanaan PBS oleh guru-guru seterusnya pihak-pihak yang terlibat secara

langsung. PBS di peringkat PMR bagi mata pelajaran KHB daripada Kerja Kursus

yang dilaksanakan berdasarkan 4 modul. Kerja Kursus ini merangkumi kerja kerja

amali dan tugasan bertulis iaitu dokumen pelaksanaan kerja amali terhadap projek

yang dilaksanakan. Calon-calon PMR dikehendaki menyiapkan kerja kursus ini

bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Jadual 2.3 Pelaksanaan Kerja Kursus Mengikut Modul

Modul Tingkatan KT ERT Pertanian PDKMarkah

(%)

1 1 KT ERT Pertanian PDK 10

2 2 RBT RBT RBT RBT 10

3 2 KT ERT Pertanian PDK 10

4 3 RBT RBT RBT RBT 10

JUMLAH 40

Sumber : Ubahsuai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia 2007

Page 37: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

20

Nota :

KT = Kemahiran Teknikal

ERT = Ekonomi Rumah Tangga

PDK = Perdagangan dan Keusahawanan

RBT = Reka Bentuk dan Teknologi

Pentaksiran kerja kursus dikendalikan oleh sekolah dan kerja pelajar dinilai

semasa oleh guru berdasarkan skor pemarkahan yang disediakan. Guru memainkan

peranan penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti ini. Ini termasuk

penyediaan tempat, peralatan, bahan, menjalankan penilaian kerja pelajar dan

menguruskan penyimpanan rekod atau hasil kerja dan markah pelajar. Ini dilakukan

disamping menjalankan tugas mengajar. Kejayaan penilaian ini bergantung kepada

kemampuan dan kesungguhan guru merancang dan melaksanakannya.

(Jawatankuasa Projek Peningkatan Profesional Ahli Panel Subjektif, 2001)

2.4 Kesediaan Guru KHB Dalam Pentaksiran Kerja Kursus

Di dalam setiap peringkat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah,

guru dikehendaki sentiasa menjalankan penilaian untuk menentukan sama ada

objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan itu dapat dicapai atau

tidak. (Shok Mee,1991). Menurut Mohd Ibrahim(1991), untuk menentukan sama

ada pembelajaran benar-benar terjadi atau tidak,ia perlu dilakukan dengan proses

pengukuran dan penilaian dalam domain psikomotor adalah utama.

2.4.1 Aspek Pengetahuan

Guru berperanan menyampaikan ilmu, mendidik dan mendisiplin pelajar serta

menilai prestasi dan kemampauan pelajar serta meransang dan membimbing pelajar

dalam pembelajaran mereka. Menurut Sharifah (1983), menyatakan bahawa guru

Page 38: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

21

seharusnya dapat menguasai pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajar untuk

menjadikan pengajaran berkesan.

Menurut Omar (1989), dalam melaksanakan penilaian kerja kursus telah

menyatakan keberkesanan penilaian kerja kursus sebagai alat pengukuran terletak

kepada kemampuan guru-guru mentadbir dan memberikan markah secara objektif

dan adil. Untuk melaksanakan tugas-tugas ini dengan sempurna guru perlu memberi

perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Menggunakan pertimbangan nilai secara adil. Penilaian kerja pelajar perlulah

dilakukan dengan tepat dan setara.

2. Memahami dengan jelas arahan dan peraturan pemarkahan. Kegagalan guru

memahami dengan jelas apa yang harus dinilai adalah faktor utama yang

menyebabkan penilaian menjadi tidak objektif.

3. Mengutamakan keseragaman alat dan bahan. Mutu dan keadaan alat dan

bahan yang berbeza akan mempengaruhi mutu kerja disamping menyebabkan

kesukaran bagi pelajar untuk melaksanakan tugasan mereka.

3. Mewujudkan keadaan yang sesuai untuk kerja kursus. Keadaan dan suasana

tempat kerja yang selesa hendaklah disediakan seberapa yang boleh bagi

membolehkan pelajar menunjukkan prestasi yang optimum.

Abdullah (1999), juga menekankan konsep keadilan semasa guru membuat

penilaian. Untuk menterjemahkan keadilan dalam penilaian,guru perlu menilai

kriteria seperti pemeriksaan dijalankan dengan teliti dan cermat, menilai dengan hati

dan kalbu, membuat pertimbangan wajar serta bersikap lebih kepada membantu

bukan tegas.

Dalam membuat penilaian, guru perlu mempunyai sifat yang positif dalam

membuat penilaian kerja kursus serta jujur dan bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas. Pengetahuan dan kefahaman yang baik perlu dikuasai oleh

guru supaya penilaian yang dilakukan adil dan relevan

Page 39: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

22

2.4.2 Aspek Kemahiran

Guru perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan

kemahiran yang sewajarnya. Pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada pada guru

mungkin tidak mencukupi. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan perlu

dipertingkatkan dan dikemaskini supaya pendidikan yang disampaikan bersesuaian

dengan keperluan masa kini dan masa akan datang (Pusat Perkembangan

Kurikulum,1990)

Kajian Gryn(dalam Crow dan Crow,1980) mendapati guru yang efektif

adalah guru yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:

1. Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang diajar.

2. Mempunyai imiginasi yang tinggi membolehkan seseorang guru itu

memberikan pelbagai jenis contoh yang dapat membantu murid memahami sesuatu

konsep yang mudah.

3. Mahir menggunakan alatan tangan dan bahan pengajaran dengan baik dalam

pengajarannya.

Sehubungan dengan itu, Farrant (1985) menyatakan pembelajaran kemahiran

adalah berdasarkan prinsip iaitu jika kamu berlatih sesuatu yang cukup,kamu dapat

baiki perlakuan kamu sehingga ia menjadi mudah, cekap dan automatik.

Dalam melaksanakan penilaian kerja kursus, keberkesanan menilai kerja

kursus dengan adil dan relevan. Untuk melaksanakan penilaian kerja kursus,guru

perlu mempunyai kemahiran untuk mengajar dibidang pengajaran amali adalah

penting kerana pengajaran yang baik dan berkesan akan menghasilkan kerja kursus

pelajar yang berkualiti. Ketiadaan kemahiran dalam penggunaan alatan dan mesin

serta kurang cekap mengendalikan bahan akan mempengaruhi mutu kerja disamping

menyebabkan kesukaran bagi pelajar untuk melaksanakan tugasan mereka.

Page 40: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

23

2.4.4 Aspek Sikap

Meor Ibrahim Kamaruddin (1992), menyatakan sikap mempunyai pengaruh

yang kuat terhadap tingkah laku dan akan dilihat atau dikaji secara langsung tetapi

boleh didasarkan kepada tingkah laku iaitu sama ada melalui percakapan atau

pelakuan. Sikap ialah satu kecederungan atau perasaan secara percakapan atau gerak

balas bagi memenuhi kepuasan dan nilai seseorang iaitu sama ada suka ataupun tidak

terhadap sesuatu perkara atau objek.

Guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan penilaian kerja kursus

kerana mereka terlibat secara langsung dalam penilaian kerja kursus pelajar.

Tanggungjawab guru merancang dan menyediakan kemudahan bengkel yang

baik,alat dan bahan yang mencukupi supaya pelajar dapat membuat kerja kursus

amali dengan lancar serta menghasilkan mutu kerja yang baik. Sebagai penilai guru

hendaklah bersikap adil dan tidak pilih kasih bagi mengelakkan kebolehpercayaan

penilaian yang dibuat.

Dalam menilai kerja kursus dan penyampian pengajaran guru-guru

seharusnya mempunyai sikap dan minat positif. Ini jelas dinyatakan oleh Sulaiman

(1996), yang berpendapat bahawa sekiranya seorang mempunyai minat yang tinggi

terhadap kerja yang dilakukan, sudah pasti kerja tersebut akan dapat diselesaikan

dengan memuaskan, tetapi jika seseorang itu tidak berminat melakukan sesuatu

kerja, sebaliknya ia dilakukan atas dorongan yang lain sudah pasti kerja tersebut

tidak akan memuaskan walaupun ia dapat diselesaikan.

Minat di tafsirkan oleh Sharifah Alwiah (1984), beliau mengatakan bahawa

minat adalah penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian

kepada seseorang, kegiatan atau benda. Ini menunjukkan sekiranya guru mempunyai

minat yang mendalam kepada penilaian kerja kursus, guru itu akan terus memberi

tumpuannya yang sepenuhnya kepada perkara itu.Manalaka menurut Crow dan

Crow, (1983), minat boleh dianggap sebagai penggerak yang mendorong kita

memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda atau kegaiatan. Ia juga

merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah diransang oleh kegiatan

sendiri. Ini bermakna guru-guru kemahiran hidup hendaklah menanamkan sifat

Page 41: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

24

minat yang mendalam dalam melaksanakan proses penilaian kerja kursus supaya

penilaian yang dilakukan adil dan telus.

2.4.3 Masalah Yang Dihadapi

Menurut Abdul Rahim dan rakan-rakan(1992), pada asasnya tugas penting

seorang guru ialah melaksanakan pengajaran secara kursus dan kerja yang berkaitan

dengan bidang pendidikan secara keseluruhan.

Pada tahun 2007, Pentaksiran baru telah diubah oleh Lembaga Peperiksaan

Malaysia yang mana pentaksiran kerja kursus dalam Kemahiran Hidup yang perlu

dilaksanakan oleh setiap pelajar dan guru Kemahiran Hidup perlu menilai hasil kerja

kursus pelajar secara individu setiap masa di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran semasa pelajar melaksanakan kerja kursus amali yang akan dinilai

pada PMR 2007. Sehubungan dengan itu banyak isu yang positif,negatif serta

kontroversi yang akan diperkatakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup.

Menurut Mohd Salleh (1998), beban tugas guru pada masa sekarang boleh

dikatakan begitu banyak. Kerjanya bukan setakat mengajar sahaja malah terpaksa

merangkumi perkara-perkara yang lain seperti membantu guru besar,berhubung

dengan masyarakat,mengambil kedatangan pelajar, memriksa buku, memunggut

yuran dan juga melibatkan diri dalam kegiatan persatuan dan gerak kerja ko-

kurikulum. Pelbagaian dalam tanggungjawab tersebut menyebabkan tumpuan

seorang guru dalam profesionnya khasya dalam menyampaikan ilmu pengajaran

agak terbatas. Masa yang ditumpukan terhadap persediaan pengajaran tidak

mencukupi.

Dalam kajian Mohd Bakari (1994) terhadap 24 orang guru di enam buah

sekolah disekitar daerah Johor Bharu menyatakan bahawa guru-guru kemahiran

hidup mempunyai tugas lain selain daripada mengajar. Selain daripada mengajar,

mereka juga perlu menilai-kerja amali yang turut dilakukan sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran. Sebahagian guru-guru kemahiran sama ada lelaki

Page 42: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

25

mahupun wanita mempunyai beban tugas yang banyak akan menghadapi masalah

untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Antara masalah fizikal yang berlaku oleh guru-guru Kemahiran Hidup yang

akan mempengaruhi markah atau penilaian kerja kursus pelajar. Bilangan pelajar

yang ramai di dalam sesuatu kelas dan turutan sukatan merupakan faktor persekitaran

yang perlu diberi perhatian dalam pembelajaran kerja amali (Shahrin,1993). Suasana

bilik darjah merupakan rangka yang menentukan keadaan pembelajaran. Guru

dikehendaki mengawal suasana fizikal bilik darjah yang baik kerana ia dapat

menggalakkan atau menghalang proses pembelajaran (Sharifah Alwiah,1993)

Neal Green, Joseph a.Giacquinta dan Marilyn Berstein (1971) telah

menyenaraikan halangan yang dihadapi oleh guru semasa melaksanakan sesuatu

perubahan seperti berikut

1. Kurangnya penjelasan terhadap perubahan, yang diberikan kepada kakitangan

yang melaksanakan perubahan tersebut.Untuk itu maklumat terkini perlulah

disampaikan kepada guru dari masa ke semasa.

2. Kekurangan kebolehan kakitangan untuk menjalankan peranan baru tersebut.

Kursus,bengkel serta seminar sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah ini

3. Kemerosotan motivasi guru dalam melaksanakan perubahan boleh

menyebabkan mereka menghadapi masalah. Kegagalan menyelesaikan masalah

mengakibatkan prestasi kerja akan merosot.

Menjelang abad 21, guru-guru harus memainkan peranan utama dalam usaha

melahirkan generasi muda yang mampu mengharungi gelombang biotech serta

persaingan dalam dunia global. Hasil kajian Jemaah Nazir Sekolah (Utusan

Malaysia, 7 September, 1996) dalam Koh Kok Song (2002), mendapati guru-guru

kurang yakin serta kurang keupayaan untuk melaksanakan KBSM secara total.

Adakah senario ini masih berlaku kini dan adakah ini bermakna guru-guru KHB

menghadapi masalah dalam melaksanakan sistem PBS di sekolah?

Page 43: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

26

Bagi memahami masalah guru, kita perlu meneliti tugas dan tanggungjawab

mereka di luar dan di dalam kelas. Tugas guru semakin mencabar dan melangkaui

tugas utamanya mendidik pelajar. Banyak kajian telah dibuat berkaitan dengan

beban tugas guru terutamanya guru-guru KHB. Selain terpaksa menghabiskan

sukatan pelajaran mengikut perancangan yang ditetapkan mereka juga dibebani

dengan tugas seperti memeriksa stok, memesan bahan, menerima bahan,

bertanggungjawab ke atas bengkel, memegang jawatan lain, tugas-tugas lain

berkaitan dengan pelajar, mengajar mata pelajaran selain KHB dan kini ditambah

lagi dengan PBS guru bukan sahaja perlu mentaksir kerja kursus malah terpaksa

mengisi borang-borang berkaitan yang menambahkan lagi kerja-kerja pengkeranian

guru.

Memandang kini waktu mengajar bagi KHB hanyalah 3 waktu sahaja, guru

mungkin menghadapi masalah dalam melaksanakan kerja kursus mengikut jadual

pelaksanaan yang telah ditetapkan oleh LPM. Pada masa yang sama guru-guru KHB

terpaksa menghabiskan kelas teori mengikut Sukatan Pelajaran yang juga perlu

diselesaikan dalam jangka waktu yang telah dirancang. Ini belum mengambil kira

pelajar yang tidak hadir. Sekiranya pelajar tidak hadir, kerja kursus mereka

tergendala dan guru dalam masa yang terhad perlu meluangkan masa bagi

memastikan pelajar yang ketinggalan mesti menyiapkan kerja kursus mereka.

Dalam sistem pentaksiran kerja kursus ia melibatkan pentaksiran terhadap

konstuk dan aspek yang telah ditetapkan. Didapati terdapat 20 aspek dengan kriteria

tertentu yang perlu ditaksir dan dinilai oleh guru. Manakala pelajar pula perlu

membuat laporan bagi setiap kali selesainya sesuatu aspek dan guru perlu

mengesahkannya. Ini bermakna guru perlu menandatangani sebanyak 20 laporan

bagi seorang pelajar. Sekiranya guru itu mentaksir 3 kelas yang mempunya bilangan

murid seramai 20 orang, guru tersebut terpaksa menilai 1200 laporan pelajar. Ini

tentu memberi masalah kepada guru dari segi masa.

Ee Ah Meng (2005) menyatakan bahawa mata pelajaran KHB dirancang

untuk tujuan mengembangkan kemahiran manipulatif, kemahiran sosial dan

penanaman semangat keusahawanan, daya mereka cipta serta etika kerja di kalangan

pelajar. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa supaya pelajar dapat

menjalani kerja sendiri, mengendali dan mengurus hal peribadi dan domestik,

Page 44: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

27

mengendalikan urusan ekonomi secara cekap dan mempunyai kemahiran sosial ke

arah peningkatan kekeluargaan. Melihat kepada asas mata pelajaran ini, keadaan

akan menjadi sukar dan timbul masalah apabila guru-guru yang bukan opsyen yang

tiada kemahiran asas KHB mengajar mata pelajaran ini kerana KHB melibatkan

penggunaan pembelajaran kognitif dan psikomotor secara serentak. Apabila guru-

guru bukan opsyen ini menjadi pentaksir sudah pasti kesahan dan kebolehpercayaan

pentaksiran dan penilaian kerja kursus dan kredibiliti mereka akan dipertikaikan.

Menurut Kamarudin (2007) dalam temubualnya bersama Ketua Panitia di

sebuah sekolah di Selangor, guru-guru KHB menghadapi masalah dalam merekod

pemarkahan yang melibatkan banyak borang. Guru perlu mengisi borang individu

dan menyimpan rekod di dalam fail pelajar. Setiap pelajar menggunakan borang

yang sama bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di samping borang-borang

pemarkahan lain. Menurut beliau berbagai masalah mungkin timbul untuk

menyemak markah pelajar jika rekod pentaksiran individu hilang atau pelajar

bertukar kelas atau sekolah. Selain daripada itu, jika terdapat ralat semasa mengisi

maklumat, pembetulan perlu dibuat. Sekiranya berlaku kehilangan borang, guru

terpaksa menyediakan borang baru dan maklumat yang hilang perlu dicari semula.

Page 45: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

28

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi merupakan satu perkara penting di dalam menjalankan sesuatu

penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu

dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab. Tujuannya supaya maklumat yang

diperolehi boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi.

Bab ini membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan

metodologi kajian khususnya mengenai reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel

kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian

dan analisis data. Kejayaan sesuatu kajian bergantung kepada pemilihan metodologi

kajian yang sesuai dan tepat. Akhirnya kajian itu dapat menyumbangkan kepada

peningkatan ilmu dan pengetahuan.

Page 46: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

29

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif atau keperihalan iaitu

kajian tinjauan dengan mengambil data menggunakan soal selidik (Mohamad Najib,

1999). Alat kajian yang akan digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik yang

merupakan satu instrumen yang kerap digunakan dalam kajian deskriptif.

Penggunaan soal selidik memudahkan responden memberi kerjasama dan dapat

menyatakan pendapat bebas serta menilai mengikut persoalan yang dikemukakan.

Soal selidik ini dikemukakan kepada responden yang terdiri daripada guru-guru

KHB di sekolah menengah daerah Pasir Mas,Kelantan untuk mendapatkan maklumat

dan data mengenai kesediaan guru-guru KHB dari segi tahap pengetahuan, tahap

kemahiran dan sikap serta masalah yang dihadapi dalam melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB

3.3 Sampel Kajian

Populasi merupakan sampel kajian terdiri daripada 60 orang guru-guru KHB

yang mengajar KHB Tingkatan satu hingga Tingkatan tiga di 12 buah sekolah

menengah kebangsaan di daerah Pasir Mas, Kelantan.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan set soal

selidik untuk maklumat dari responden. Soalan-soalan ini dibahagi kepada dua

bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 8 soalan bagi

mendapatkan maklumat tentang diri responden. Bahagian ini menggunakan skala

nominal bagi memudahkan responden menjawab dengan menanda pada kotak

jawapan pilihan. Bahagian B terdiri daripada 40 item yang mewakili 4

pembolehubah kajian. 10 item mewakili pembolehubah kesediaan guru dari segi

pengetahuan dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. 10 item mewakili

Page 47: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

30

pembolehubah kesediaan guru dari segi kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB. 10 item mewakili pembolehubah kesediaan guru dari segi sikap

dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus KHB. 12 item mewakili

pembolehubah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran

Kerja Kursus KHB.

Jadual 3.1 : Taburan soalan mengikut persoalan kajian

Jawapan kepada soal selidik Bahagian B menggunakan Skala Likert yang

mengandungi lima aras iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang

setuju (KS), setuju (S) dan sangat setuju (SS). Skala Likert digunakan untuk

mengukur persepsi responden terhadap kenyataan yang diberikan dalam soal selidik.

Skala Likert digunakan dalam penyelidikan ini kerana ianya mudah diurus dan

digunakan, item-itemnya mudah dijawab oleh responden dan data yang dipungut

Persoalan Kajian Nombor Item Jumlah Item

Apakah tahap pengetahuan

guru-guru KHB dalam

melaksanakan pentaksiran

kerja kursus KHB

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10

Apakah tahap kemahiran guru-

guru KHB dalam

melaksanakan pentaksiran

kerja kursus KHB

11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 10

Apakah sikap guru-guru KHB

dalam melaksanakan

pentaksiran kerja kursus KHB.

21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 10

Apakah bentuk masalah yang

dihadapi oleh guru-guru KHB

semasa melaksanakan

pentaksiran kerja kursus KHB

31,32,33,34,35,36,37,38,39,40,41,42 12

Page 48: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

31

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Skor bagi Skala Likert ditunjukkan dalam

Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Skor Skala Lima MataSkor Aras

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Kurang Setuju (KS)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Ubahsuai dari Mohamad Najib (1999)

Responden dikehendaki menjawab dengan menandakan skor yang terdapat

pada penghujung item-item yang dikemukakan dengan membulatkan nombor skor.

Jika responden sangat setuju dengan kenyataan yang diberikan, mereka akan

menanda dengan membulatkan skor 5. Jika responden sangat tidak setuju dengan

kenyataan yang diberikan, mereka akan menanda dengan membulatkan skor 1.

Responden dikehendaki menanda hanya satu skor sahaja pada setiap kenyataan yang

diberikan bersesuaian dengan pilihannya.

3.5 Kajian Rintis

Sebelum set item soal selidik diedarkan kepada populasi terlebih dahulu satu

kajian rintis telah dijalankan bagi menguji keesahan dan kebolehpercayaan item

untuk mendapatkan kesesuaian penggunaan item. Kajian rintis telah dijalankan

kepada 10 orang guru KHB yang terlibat dalam melaksanakan Pentaksiran Kerja

Kursus KHB di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru.

Analisis data kajian rintis menggunakan statistik Alpha Cronbach iaitu

realibility coefficient atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji keesahan dan

kebolehpercayaan item. Jadual 3.3 menunjukkan nilai pekali Alpha Cronbach, jika

nilai alpha menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan amat tinggi, baik dan

Page 49: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

32

berkesan. Jika nilai antara 0.6 hingga 0.7 ia boleh diterima dan jika melebihi 0.8

adalah sangat baik.

Jadual 3.3 : Nilai Statistik Alpha CronbachNilai Tahap

0.0 – 0.2 Rendah (ubah ke semua item)

0.2 – 0.8 Sederhana (ubah sebilangan item)

0.8 – 1.0 Tinggi (item boleh diterima)

Ubahsuai dari Mohamad Najib, 1999

Hasil analisis data yang diperolehi daripada kajian rintis menggunakan alpha

cronbach adalah 0.89, ini menunjukkan item-item soal selidik ini mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu adalah diyakini item-item yang dibina

mempunyai kebolehpercayaan yang baik dan boleh digunakan untuk kajian sebenar.

3.6 Prosedur Kajian

Sebelum memulakan kajian pengkaji membuat proposal. Proposal tersebut

dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan

kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan

kajian di sekolah-sekolah Menengah di daerah Pasir Mas. Selepas mendapat

pengesahan dari EPRD pengkaji pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

(JPNK) untuk mendapatkan persetujuan dari bahagian negeri untuk melakukan

kajian ini. Setelah melakukan kajian rintis, pengkaji seterusnya membuat kajian

sebenar di sekolah. Borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru

Kemahiran Hidup oleh pengkaji, responden diberi masa selama dua hari untuk

menjawab soal selidik bagi mengelakkan responden merasa tidak tertekan. Selepas

itu, kesemua borang soal selidik ini dikumpulkan oleh pengkaji untuk dianalisis.

Segala borang soal selidik digunakan untuk dianalisis menggunakan SPSS

(Statistical Package For Social Science, Version 14.0)

Page 50: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

33

3.7 Penganalisisan Data

Menurut Mohd. Majid (1990), pemprosesan data merupakan teknik untuk

pengumpulan, pengolahan, penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data.

Matlamat pemprosesan data ialah untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan

bermakna daripada data. Data-data yang dikumpul daripada sesuatu penyelidikan

pendidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali setelah

diproses.

Semua data mentah yang diperolehi akan disemak agar maklumat yang

diberikan oleh responden mengikut kehendak soalan. Data-data yang diperolehi

akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science,

Version 14.0). Kaedah yang akan digunakan bagi memproses data-data yang

diperolehi adalah berdasarkan kepada peratusan dan min. Di samping itu, ujian –t

digunakan untuk menentukan perbezaan tahap pengetahuan, kemahiran, dan sikap

guru-guru KHB lelaki dan guru-guru KHB perempuan dalam melaksanakan

pentaksiran kerja kursus KHB.

Interpretasi data daripada penganalisisan dilakukan berdasarkan penilaian

terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada beberapa

tahap dan penanda aras. Jadual 3.4 menunjukkan tahap penilaian terhadap responden

mengikut min iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah.

Jadual 3.4 : Interpretasi data bagi tahap penilaian nilai minMin Tahap Penilaian Tahap Penilaian

sikap

Tahap penilaian

bentuk masalah

1.00 – 2.00 Rendah Sangat negatif Sangat bermasalah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah Negatif Bermasalah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi Positif Kurang masalah

4.01 – 5.00 Tinggi Sangat positif Tidak bermasalah

Ubahsuai Sumber : Nunnally, J.C (1994) dalam Mohd Anuar Abdul Rahman 2007

Analisis data turut menggunakan ujian-t untuk menguji hipotesis kajian. Data

dianalisis menggunakan ujian-t dengan menetapkan aras signifikan 0.05. Penyelidik

Page 51: pelaksanaan pentaksiran kerja kursus kemahiran hidup

34

menggunakan ujian-t untuk menguji sama ada wujud atau tidak perbezaan antara

kumpulan yang dikaji berdasarkan nilai min. Menurut Sulaiman Ngah (1996), Ujian t

digunakan untuk membandingkan antara min yang dimiliki oleh kumpulan kawalan

dengan min yang dimiliki oleh eksperimen dengan syarat kedua-dua kumpulan itu

mempunyai kumpulan yang sama. Daripada penganalisisan tersebut pengkaji dapat

membuat penilaian terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut

kepada beberapa tahap tertentu. Selepas keputusan kajian ini diperolehi, hasil

analisis data dipersembahkan dalam bentuk jadual untuk diperluaskan perkembangan

hasil dapatan kajian sebagai bahan rujukan dan menambah pengetahuan.

3.8 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik menerangkan metadologi serta rekabentuk kajian

yang dijalankan untuk memperolehi data yang diperlukan di dalam kajian ini.

Justeru itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memberikan gambaran dan maklumat

kepada kajian-kajian selanjutnya yang berkaitan dengan pentaksiran berasaskan

sekolah.