4
Pelan Makmal Matematik

Pelan-Makmal-Matematik(N)new.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pelan-Makmal-Matematik

Citation preview

Page 1: Pelan-Makmal-Matematik(N)new.docx

Pelan Makmal Matematik

Page 2: Pelan-Makmal-Matematik(N)new.docx

Senarai inventori – inventori atau kelengkapan makmal Matematik

Bil. Inventori Catatan/Kegunaan1

Meja Guru berserta komputer

Lokasi meja guru yang terletak di hadapan tersebut adalah untuk memudahkan guru untuk mengawal/memerhati pelajar di samping apabila guru hendak membuat sesuatu aktiviti yang memerlukan bahan/ABM, guru boleh menyediakan bahan tersebut sebelum P&P bermula dengan meletakkannya di atas meja guru.

2.

Meja murid, komputer dan kerusi.

Meja pelajar ini dapat menampung seramai tiga orang pelajar.Komputer tersebut merupakan komputer meja di mana dikongsi seramai tiga orang untuk sebuah komputer.Tujuan susunan atau penggunaan meja seperti ini ialah bertujuan untuk memudahkan kerja kumpulan, perbincangan dan sebagainya.

3.

Bilik Setor

Bilik ini bertujuan/digunakan untuk meletakkan/menyimpan alatan seperti LCD projecter, CD,DVD (matematik), pembesar suara. Selain itu, untuk meletakkan OHP dan juga printer.Bilik ini terletak di belakang makmal untuk memudahkan guru untuk mengambil, menggunakan dan mengembalikan alatan ke tempat asal.

4.

Tong sampah

Tong sampah diletakkan berdekatan dengan pintu keluar masuk kelas untuk memudahkan pelajar membuang sampah dan tidak menggangu trafik di dalam kelas di samping pelajar mudah untuk membuang sampah ke tempat pembuangan sampah.

5. Almari bercermin kaca(rendah)

Almari ini bertujuan untuk meletakkan bahan-bahan manipulatif/alat bantu mengajar/ pameran seperti kiub, kubus, bahan maujud, hasil kerja pelajar.

6.IWB (Interactive white Board)

IWB ini digunakan oleh guru untuk mengajar. Di mana ianya digunakan dalam kebanyakan masa untuk tujuan P&P.

7.

Papan Putih

Papan putih digunakan oleh guru untuk mengajar.Papan ini juga digunakan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran contohnya : membuat soalan matematik.

8.

Almari kabinet

Untuk menyimpan alatan generik seperti tube,dan sebagainya.Untuk menyimpan alat hitung seperti abakus, kalkulator, lidi, guli, batuUntuk menyimpan alat ukur seperti pembaris, set jangka lukis, timbangan, pembaris besi dan banyak lagi.

9.Papan kenyataan/sudut peraturan, rutin, jadual, buletin harian,

Papan kenyataan ini dilekatkan peraturan makmal,jadual bertugas membersihkan makmal dan juga rutin pelajar.Papan kenyataan ini terdiri daripada sudut pembelajaran murid-murid seperti sejarah matematik, penerangan mudah berkaitandengan matematik. Di samping itu, buletin harian juga tampal di

Page 3: Pelan-Makmal-Matematik(N)new.docx

sejarah matematik, info matematik.

permukaan papan kenyataan.Menampalkan banyak info-info matematik (yang berkaitan dengan subjek yang dipelajari.

Bil. Inventori Catatan/Kegunaan10.

Troli ABMTroli ABM ini digunakan untuk memudahkan guru untuk mendapat/ menggunakan ABM untuk mengajar. Hal ini disokong dengan adanya tayar troli tersebut yang bermaksud troli tersebut boleh dibawa ke mana-mana sahaja di dalam kelas.Guru mudah menyediakan ABM sebelum bermulanya P&PKedudukan torli ABM ini tidak menggangu trafik di dalam kelas.

11. Almari buku, jurnal buku rujukan dan majalah matematik

Almari ini digunakan untuk menyimpan buku-buku matematik, jurnal, buku rujukan dan juga majalah mengikut kategori yang telah dilevelkan pada almari.Almari (almari kayu) membolehkan guru mendapatkan buku rujukan dengan mudah dan juga bahan bacaan yang lain seperti buku-buku matematik. Buku panduan untuk guru mengajar di dalam kelas.

12.

Meja Bulat

Meja bulat ini sebenarnya bertujuan untuk guru berbincang dengan setiap pelajar mengikut kumpulan. Sebagai contoh, guru ingin memangil satu atau dua kumpulan untuk menerangkan bagaimana menggunakan alatan mengira ( abakus ) dan lain-lain lagi sementara pelajar yang lain membuat kerja/aktiviti yang diarahkan oleh guru.Meja ini juga memudahkan guru untuk meletakkan bahan bantu mengajar di mana ianya terletak berhadapan dengan almari kaca berisi BBM dan sebagainya.

13.

Tingkap

Penyudaraan dan cahaya matahari yang baik.

14.

Permaidani

Permaidani disediakan untuk murid duduk diatas lantai semasa menjalani aktiviti kumpulan.