36
PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015 RINGKASAN EKSEKUTIF 1 TERHAD

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 1 TERHAD

Page 2: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 2 TERHAD

PRAKATA PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU 3

PRAKATA TIMBALAN PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PENDAFTARAN) 4

PENGHARGAAN 5

RINGKASAN EKSEKUTIF 6

1.0 PENGENALAN 9

2.0 CARTA ORGANISASI PTG TERENGGANU 2012 - 2015 11

3.0 METODOLOGI PEMBANGUNAN PSICT PTG TERENGGANU 2012 – 2015

13

4.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PTG TERENGGANU 15

5.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 17

6.0 STRATEGI DAN PROGRAM ICT PTG TERENGGANU 19

7.0 HUBUNGKAIT TERAS STRATEGIK ICT DENGAN TERAS STRATEGIK BISNES PTG TERENGGANU

23

8.0 PELAN TINDAKAN TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 24

9.0 PELAN PELAKSANAAN 30

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN 31

11.0 FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL 34

12.0 PENUTUP 36

ISI KANDUNGAN

Page 3: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 3 TERHAD

KATA ALUAN

PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU

Assalamualaikum w.b.t. Salam 1 Malaysia Salam 1 Terengganu.

Pertama-tamanya saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan

Innayah-Nya, penat lelah kakitangan PTG Tengganu akhirnya telah berjaya menyiapkan Pelan Strategik

ICT PTG Terengganu bagi tempoh 2012-2015.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa Pembangunan

Pelan Strategik ICT PTG yang telah menjadikan impian sebagai satu realiti. Pelan ini diharap akan

membawa Pejabat ini sebagai salah satu pemacu utama di dalam peneraju ICT di dalam pentadbiran

tanah negeri Terengganu.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada MAMPU yang telah memimpin PTG untuk

menyiapkan Pelan ini di dalam tempoh empat bulan iaitu dari bulan April hingga Julai 2012 secara

dalaman.

Akhir kata, saya berharap Pelan ini menjadi pelengkap kepada Pelan Strategik PTG yang sedia ada bagi

menyokong visi, misi dan objektif strategik jabatan. Sekian, Terima Kasih.

Y. Bhg. Dato’ Tuan Mamat Bin Tuan Ngah

D.P.M.T., A.S.M., P.J.C., P.J.K., B.L.B.

Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu

PRAKATA

Page 4: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 4 TERHAD

KATA-KATA ALUAN

TIMBALAN PENGARAH (PENDAFTARAN)

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI TERENGGANU

Bersyukur saya ucapkan kehadrat Ilahi kerana Pelan Strategik ICT PTG bagi tahun 2012–2015 telah

berjaya disiapkan.Saya selaku Pegawai Maklumat ingin mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan

kepada semua kakitangan yang secara langsung atau tidak langsung terlibat dalam menyiapkan Pelan

ini.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada MAMPU yang telah membimbing pasukan dalam

proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik jabatan.

Terdapat empat Teras strategik yang dikenal pasti iaitu Pemantapan Tadbir Urus, Pengukuhan Aplikasi,

Pengukuhan Infra Struktur dan Keselamatan dan Pengukuhan Pembudayaan dan Pengurusan Dalam ICT.

Sesungguhnya bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan di dalam pelan ini, saya menyeru setiap

daripada kita perlu bijak merancang dan menyumbang kekuatan sedia ada.Sumber yang meliputi

tenaga, pengalaman, kemahiran dan sumber kewangan yang perlu dioptimumkan penggunaannya.

Pelan ini memerlukan komitmen semua Warga PTG bagi merealisasikan Teras yang telah dikenal pasti.

Sekian, terima kasih.

Wan Mohd Anuar Bin Wan Endut

PJK.

Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Pendaftaran)

PRAKATA

Page 5: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 5 TERHAD

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pasukan Perunding MAMPU, Pasukan PSICT Terengganu di atas

sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang pembangunan PSICT ini.

Pasukan Perunding MAMPU :

Y.Bhg. Dato’ Dr. Zahari Othman, Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU

Pn. Norhayati binti Yaacob, Ketua Projek

Pn. Sukhaila binti Angsor, Penolong Ketua Projek

Jawatankuasa Pemandu Jabatan :

Y.Bhg. Dato’ Tuan Mamat bin Tuan Ngah, Pengerusi

Encik Mohd Elias bin Nik, Timbalan

Pengurus Projek:

En. Wan Mohd Anuar bin Wan Endut

Pasukan Pembangunan PSTM :

Pejabat Pengurusan Projek (PMO)

Pasukan Pengurusan Perubahan dan Pembudayaan ICT

Pasukan Aplikasi, Integrasi Sistem dan Pangkalan Data

Pasukan Infrastruktur Dan Keselamatan ICT

PENGHARGAAN

Page 6: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 6 TERHAD

Pelan Strategik ICT (PSICT) PTG Terengganu telah didokumenkan dan ianya adalah selaras

dengan Pelan Strategik PTG Terengganu 2009-2015. Fungsi PSICT adalah untuk memastikan

pelaksanaan prasanrana ICT dalam menyokong objektif dan fungsi utama PTG Terengganu agar

ianya dapat dilaksankan dengan teratur, cekap, berkesan dan kos efektif.

Pembangunan PSICT melibatkan proses pengumpulan maklumat, menganalisa dan

mengenalpasti status persekitaran ICT sedia ada yang meliputi kelemahan, isu dan cabaran serta

mencadangkan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dan seterusnya membentuk rangka

kerja strategik dan pelan tindakan ICT. Rangka kerja dan pelan tindakan ICT merupakan asas

kepada transformasi yang akan dilaksanakan untuk tempoh empat tahun dan ianya berdasarkan

kepada penggunaan aplikasi, infrastruktur ICT dan tadbir urus ICT yang meliputi modal insan dan

proses kerja.

Penilaian ke atas ketiga-tiga perkara tersebut telah menunjukkan terdapat pelbagai peluang

yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuhkan aplikasi sebagai salah satu elemen terpenting

dalam pelaksaaan proses kerja di PTG Terengganu. Manakala pengukuhan infrastruktur ICT yang

merangkumi rangkaian, internet, emel, keselamatan maklumat serta inventori perkakasan dan

perisian serta meningkatkan perkhidmatan dan Tadbir Urus ICT disamping membudayakan ICT

di kalangan warga PTG Terengganu merupakan pemasu transformasi ke arah menjadikan

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu sebagai jabatan kerajaan yang terbaik di

Malaysia menjelang 2015.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Page 7: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 7 TERHAD

Empat teras strategik ICT yang telah dikenalpasti iaitu :

Bagi menjayakan teras strategic tersebut, PSICT PTG Terengganu 2012-2015 telah menggariskan

beberapa strategi pelaksanaan bagi setiap aktiviti mengikut teras yang meliputi sasaran/objektif,

factor kejayaan kritikal, tempoh masa, pemilik proses, anggaran kos, KPI, dan keutamaan bagi

setiap projek yang dirancang. PElbagai projek ICT telah dikenalpasti dan disusun mengikut

keutamaan dalam satu pelan yang komprehensif yang dikenali sebagai PElan Tindakan ICT. Pelan

ini mengandungi 8 strategi dan 19 program yang akan dilaksanakn sepanjang tempoh PSICT ini.

Ianya mengandungi keterangan terperinci berkaintan pelaksanaan setiap projek beserta

anggaran kos dan factor yang menetukan kejayaan projek tersebut.

PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN

APLIKASI

PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR

DAN KESELAMATAN ICT SECARA

DINAMIK DAN SISTEMATIK

PEMANTAPAN BUDAYA ICT PTG

PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT

Page 8: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 8 TERHAD

Dokumen PSICT merupakan blueprint ICT yang terpenting bagi PTG Terengganu dalam

merancang, menyelaras, melaksana dan memantau pelaksanaan projek pengkomputeran ICT

secara keseluruhan di PTG Terengganu. PSICT juga perlu dikaji semula dari semasa ke semasa

berdasrkan perubahan dan keperluan bisnes PTG Terengganu agar ianya selari dengan strategi

ICT Sektor Awam dan sentiasa relevan dalam memenuhi kehendak pelanggan.

Pembangunan PSICT melibatkan pasukan pembangunan yang terdiri daripada warga kerja PTG

Terengganu di semua peringkat dan dibantu oleh Subject Matter Expert yang diwakili oleh

semua bahagian dan perkhidmatan PTG Terengganu dengan dibantu oleh Pasukan Perunding

Strategik ICT MAMPU.

Page 9: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 9 TERHAD

Pembangunan Pelan Strategik ICT (PSICT) Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu ini

digubal oleh Pasukan Pembangunan PSICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu (PTG

Terengganu) yang telah dilantik dan terdiri daripada warga kerja PTG Terengganu di semua

peringkat dengan kerjasama Pasukan Perunding ICT Sektor Awam, MAMPU.

Pembangunan PSICT PTG Terengganu mengambil masa selama empat bulan untuk dibangunkan

dan digubal sepenuhnya iaitu bermula April - Julai 2012. Beberapa siri perbincangan dan

bengkel telah diadakan sepanjang tempoh tersebut bagi mengumpul maklumat yang diperlukan

sehinggalah ia siap sepenuhnya.

PSICT (2012 – 2015) telah disediakan sebagai panduan dan halatuju PTG Terengganu dalam

melaksanakan program dan aktiviti yang merangkumi sembilan bahagian utama seperti berikut:

a) Khidmat Pengurusan

b) Pembangunan

c) Penguatkuasaan Teknikal

d) Pendaftaran Hakmilik

e) Hakmilik Strata

f) Hasil

g) Perundangan

1.0 PENGENALAN

Page 10: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 10 TERHAD

h) Audit Pengurusan

i) Teknologi Maklumat

Manakala Skop PSICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu merangkumi perkara

seperti berikut:

i) Keperluan ICT PTG Terengganu melibatkan pengguna, rangkaian, peralatan ICT, sistem

aplikasi dan pembangunan kandungan serta tadbir urus ICT;

ii) PSICT ini mengambilkira keperluan penggunaan implementasi ICT PTG Terengganu dan

Pejabat Tanah Daerah;

iii) Meneruskan pelaksanaan projek di bawah RMK-9 dan untuk RMK-10 dengan pendekatan

yang bersesuaian dan bajet tahunan yang disediakan; dan

iv) Pembangunan PSICT dilaksanakan secara dalaman dengan kerjasama khidmat perunding

daripada pihak MAMPU.

Pembangunan PSICT PTG Terengganu melibatkan empat peringkat iaitu Penilaian

Persekitaran Semasa Bisnes dan ICT, Pembagunan Strategi ICT, Pembangunan Pelan

Pelaksanaan dan penyediaan dokumentasi.

PSICT berperanan dalam mengenalpasti strategi-strategi ICT yang disokong oleh pembangunan

dan pengukuhan aplikasi, pengukuhan infrastruktur dan keselamatan ICT, budaya ICT dan tadbir

urus ICT bagi mencapai visi, misis dan objektif jabatan. Program-program ICT yang digariskan di

dalam PSICT ini adlah selaras dengan keutamaan dan keperluan Pelan Strategik PTG Terengganu

(2009 - 2015).

Page 11: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 11 TERHAD

Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk memastikan pembangunan PSICT ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Pembangunan PSICT ini dipengerusikan oleh Ketua Pegawai

Maklumat/Chief Information Officer (CIO) PTG Terengganu. Ahli Pasukan Projek dan

Jawatankuasa yang terlibat adalah terdiri daripada Perunding, Jawatankuasa Pemandu

Pelan Strategik ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Pengurus

Projek, Pasukan Projek dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO). Carta Organisasi

Pasukan Projek PSICT PTG Terengganu adalah seperti di Rajah 1-1

2.0 CARTA ORGANISASI PSICT PTG TERENGGANU 2012-2015

Page 12: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 12 TERHAD

Rajah 1-1: Carta Organisasi Pasukan Projek PSICT PTG Terengganu 2012-2015

Page 13: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 13 TERHAD

Metodologi ASF digunapakai untuk mengetahui keperluan bisnes agensi dan diterjemahkan bagi

menentukan keperluan ICT PTG Terengganu bagi tempoh empat tahun (2012- 2015).

Rajah 1-2: Metodologi ASF

Berpandukan metodologi ini, perkara pertama yang dilakukan ialah penubuhan Pasukan

Pembangunan PSICT yang dilantik di kalangan pegawai PTG Terengganu daripada pelbagai

peringkat. Seterusnya penyediaan kertas kerja disediakan untuk mendapatkan kelulusan

daripada Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi/Kanan PTG

Terengganu yang dipengerusikan oleh Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.

3.0 METODOLOGI PEMBANGUNAN PSICT PTG TERENGGANU 2012-2015

Page 14: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 14 TERHAD

Inisiatif pembangunan PSICT dimulakan dengan membuat analisis berhubung persekitaran

bisnes dan ICT di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu. Hasil analisis digunakan untuk

menghasilkan Teras Strategik ICT PTG Terengganu dan seterusnya menyusun pelan tindakan

berpandukan teras strategik yang telah dikenal pasti. Kaedah yang digunakan untuk

membangunkan PSICT ini adalah melalui sesi perbincangan di antara Pasukan Perunding

MAMPU dan Pasukan Pembangunan PSICT PTG Terengganu, dan dua siri bengkel perbincangan.

Pembangunan PSICT ini melibatkan tiga peringkat seperti berikut:

i) Penilaian Persekitaran Semasa Bisnes dan ICT

ii) Pembangunan Strategi ICT

iii) Pembangunan Pelan Pelaksanaan

Page 15: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 15 TERHAD

VISI

Untuk Menjadikan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu sebagai jabatan

kerajaan yang terbaik di Malaysia menjelang 2015.

MISI

Menguruskan sistem pentadbiran tanah yang dinamik, cekap dan berkesan.

OBJEKTIF

i) Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah bagi kemakmuran

negeri;

ii) Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan

kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan;

iii) Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai

murni ke arah kecemerlangan organisasi; dan

iv) Mempertingkatkan keselamatan untuk menjamin keutuhan dalam

pentadbiran tanah.

4.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF PTG TERENGGANU

Page 16: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 16 TERHAD

NILAI TERAS WARGA PTG TERENGGANU

Nilai-nilai teras juga sentiasa dipupuk dan diamalkan di kalangan warga PTG kerana kejayaan

sesebuah organisasi adalah bergantung kepada etika terpuji yang diamalkan adalah warganya.

Nilai-nilai teras tersebut ialah amanah, bersyukur, adil, bijaksana, benar dan telus.

FUNGSI UTAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN TERENGGANU

PTG Terengganu memainkan peranan penting dalam pentadbiran tanah di Negeri Terengganu.

Fungsi utama PTG Terengganu adalah seperti berikut:

i) Sebagai penyelaras permohonan-permohonan mengenai tanah daripada semua

Pejabat Tanah bagi mendapatkan keputusan Pihak Berkuasa Negeri;

ii) Bertanggungjawab dalam menggubal arahan-arahan PTG Terengganu;

iii) Jabatan ini juga menjalankan salah satu fungsi Pejabat Tanah iaitu Pendaftaran

hakmilik, urusniaga, bukan urusniaga dan urusan tanah.

iv) PTG Terengganu bertindak sebagai penasihat mengenai hal-hal pentadbiran

tanah di seluruh Negeri Terengganu;

v) PTG Terengganu memberi khidmat asas menerima dan memproses permohonan

tanah serta mewujud dan menyelenggara rekod pegangan tanah.

vi) PTG Terengganu juga menerima dan memproses permohonan berkaitan

pembangunan dan urusan tanah serta mengutip cukai dan hasil tanah serta

mengambil tindakan penguatkuasaan.

Page 17: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 17 TERHAD

Beberapa proses telah dijalankan dalam membentuk Strategi dan Pelan Tindakan ICT PTG

Terengganu. Bagi membentuk Visi dan Misi ICT PTG Terengganu, proses sintesis visi dan misi

ICT telah dilaksanakan. Penetapan Visi dan Misi ICT untuk PTG Terengganu adalah seperti

Rajah 1-3.

Rajah 1-3: Visi dan Misi ICT PTG Terengganu

5.0 VISI, MISI DAN OBJEKTIF TERAS STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU

Memperkasa

dan membudaya

ICT kearah

penyampaian

perkhidmatan

yang holistik,

dinamik dan

inovatif

Transformasi ICT

dalam menerajui

kecemerlanganp

entadbiran dan

pengurusan

tanah secara

mapan

Page 18: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 18 TERHAD

PTG Terengganu juga telah menetapkan empat teras strategik ICT untuk memacu hala tuju ICT

sebagaimana yang ditetapkan menerusi Visi dan Misi ICT PTG Terengganu. Teras Strategik ICT

berserta objektifnya adalah seperti Rajah 1-4.

Rajah 1-4: Teras Strategik ICT PTG Terengganu dan Objektif

Teras 1 : Pembangunan Dan

Pengukuhan Aplikasi

Memantapkan aplikasi ICT ke arah

perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efektif

Memantapkan pangkalan data

pentadbiran tanah bagi meningkatkan

integriti dan integrasi maklumat

Teras 2 : Pengukuhan

Infrastruktur Dan Keselamatan ICT

Secara Dinamik Dan Sistematik

Mengukuhkan infrastruktur dan keselamatan ICT

secara optimum bagi meningkatkan

kebolehcapaian maklumat

Teras 3 :

Pemantapan Budaya ICT PTG

Memupuk kesedaran dan meningkatkan kemahiran ICT bagi

memberikan perkhidmatan yang

berkualiti

Teras 4 : Pemantapan Tadbir

Urus ICT

Memperkukuhkan polisi ICT selaras dengan undang-

undang dan dasar tanah sedia ada

Meningkatkan kecekapan

perkhidmatan menerusi

pemantapan Pengurusan ICT

Page 19: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 19 TERHAD

TERAS 1 : STRATEGI PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI

Terdapat dua tumpuan yang perlu diberikan terhadap pelaksanaan sIstem aplikasi ini, iaitu

memantapkan aplikasi ICT kearah perkhidmatan pentadbiran tanah yang lebih efektif serta

memantapkan pangkalan data pentadbiran tanah bagi meningkatkan intergriti dan integrasi

maklumat. Beberapa aplikasi telah dikenalpasti bagi menyokong objektif strategik PTG

Terengganu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pembangunan sistem baru diperlukan untuk menambahbaik perkhidmatan sistem yang

sediaada. Pengwujudan sistem baru boleh meningkatkan produktiviti dan prestasi PTG

seperti Aplikasi Carian Persendirian (e-CP), Aplikasi e-Alih, Sistem Pecah Sempadan dan

e-Pengambilan.

Selain itu penambahbaikan sistem sedia ada dan pengukuhan aplikasi berdasarkan

perubahan teknologi dan keperluan pengguna akan dilaksanakan bagi memenuhi

keperluan Pihak Berkuasa Negeri, kakitangan PTG dan juga pelanggan. Sistem–sistem

sedia ada akan dinaiktarafkan supaya memantapkan lagi sistem yang ada sekarang.

Sebanyak empat sistem yang perlu dinaiktaraf iaitu iSOLAR, pengintegrasian aplikasi

SELAMAT dengan SPTB, menaiktaraf Laman Web PTG dan penambahbaikan sistem

e-Masa.

6.0 STRATEGI DAN PROGRAM ICT PTG TERENGGANU

Page 20: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 20 TERHAD

TERAS 2 : STRATEGI PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT

Beberapa strategi yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan

kesediaan infrastruktur ICT di PTG Terengganu. Strategi ini menumpukan kepada dua komponen

utama iaitu:

i) Pengukuhan Keupayaan Infrastruktur ICT; dan

ii) Pemantapan Keselamatan ICT.

Pengukuhan keupayaan infrastruktur ICT merupakan komponen pertama di dalam

strategi ini dimana, aspek-aspek seperti perkakasan ICT, pengurusan rangkaian dan

pangkalan data berpusat ditekankan. Bagi tujuan ini sebanyak empat program telah

dirancang iaitu:

i) Kajiankeperluanperkakasan ICT;

ii) Naiktarafkeupayaanperkakasan ICT;

iii) Penyediaanrangkaianalternatif; dan

iv) Pelaksanaanpangkalan data berpusat.

Pemantapan keselamatan ICT merupakan komponen kedua di dalam strategi ini dimana,

aspek-aspek seperti penilaian risiko, antivirus dan keselamatan ICT di tekankan. Bagi

tujuan ini sebanyak tiga program telah dirancang iaitu:

i) Penilaian risiko terhadap keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT secara berkala;

ii) Pelaksanaan antivirus secara berpusat di PTG Terengganu; dan

iii) Sistem Pengurusan Keselamatan ICT (iSMS).

Page 21: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 21 TERHAD

TERAS 3 : STRATEGI PEMANTAPAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN ICT

Strategi bagi memantapkan organisasi dan pengurusan ICT memastikan pelaksanaan ICT di PTG

Terengganu dapat dilaksanakan dengan lancar, aspek tadbirurus serta pembudayaan ICT

perlulah juga diberi penekanan. Bagi memenuhi objektif ini, perkara-perkara teras perlulah

dimantap dan diperkukuhkan seperti pengukuhan pengurusan ICT dan penyelarasan polisi dan

dan prosedur ICT.

Sebanyak dua program telah dirancang dalam pengukuhan pengurusan ICT iaitu Pemantauan

Pelaksanaan PSICT dan Penstrukturan semula bahagian Teknologi Maklumat.

Penyelarasan polisi dan prosedur ICT adalah bertujuan untuk memantapkan pengurusan dan

pentadbiran ICT PTG Terengganu. Peraturan yang dikeluarkan hendaklah dipatuhi dan perlu

sentiasa dikaji untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Bagi memantapkan

pelaksanaan ICT di PTG Terengganu, polisi dan prosedur ICT baru perlu diwujudkan. Polisi dan

prosedur ICT yang akan dibangunkan adalah Pelan Pemulihan Bencana, Prosedur Kawalan Akses

Sistem dan Dasar Keselamatan ICT.

Page 22: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 22 TERHAD

TERAS 4 : PEMANTAPAN BUDAYA ICT

Dua strategi utama telah dirancang untuk memantapkan budaya ICT di kalangan warga PTG

Terengganu iaitu peningkatan pengetahuan dan kemahiran ICT warga kerja dan pemantapan

pembudayaan ICT secara bersepadu.

Peningkatan kemahiran dan pengetahuan ICT warga PTG Terengganu perlu melibatkan

kakitangan ICT dan bukan ICT. Oleh itu, dua program latihan telah dirancang dan akan

dilaksanakan mengikut keutamaan seperti berikut :

i) Penambahbaikan Pelan Operasi Latihan (POL)

ii) Pelaksanaan Program Latihan ICT Kepada Warga Kerja

Sebanyak tiga program pemantapan pembudayaan ICT secara bersepadu telah

dikenalpasti seperti berikut:

i) Program Hari ICT Jabatan;

ii) Taklimat kesedaran ICT wargajabatan; dan

iii) Promosi ICT untuk pelanggan.

Page 23: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 23 TERHAD

Teras Strategik ICT PTG Terengganu perlulah sejajar dengan Objektif Strategik PTG Terengganu

yang dinyatakan dalam Pelan Strategik PTG Terengganu 2009-2015. Hubungan antara Objektif

Strategik dan Teras Strategik ICT PTG Terengganu ditunjukkan seperti Rajah 1-5.

Rajah 1-5: Penjajaran Objektif Strategik PTG Terengganu dengan Teras Strategik ICT PTG Terengganu

7.0 HUBUNGKAIT TERAS STRATEGIK ICT DENGAN TERAS STRATEGI BISNES

Page 24: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 24 TERHAD

Berpandukan empat teras strategik ICT yang dibentuk, sebanyak lapan strategi ICT dan 19

program ICT telah dikenalpasti. Strategi ini adalah selari dengan perancangan pelaksanaan ICT

untuk mengatasi isu ICT semasa dan pemacu kearah kecemerlangan sistem penyampaian PTG

Terengganu berteraskan ICT. Strategi dan program ICT serta Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

mengikut teras adalah seperti di Jadual 1-1 hingga Jadual 1-4

Jadual 1-1: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 1

TERAS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI

Strategi Program KPI

1) Pembangunan sistem baru. a) Sistem pentadbiran tanah PTG

i. In-house - e-cp (Carian Persendirian)

Jul 2012 Pelaksanaan

i. Outsource

- e-Alih (memantau pemilikan tanah)

Jun 2013 Perlantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan

- Sistem pecah sempadan Feb 2014 Kajian diluluskan Mac 2014 Perlantikan pembekal

8.0 PELAN TINDAKAN

Page 25: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 25 TERHAD

Dis 2014 Pelaksanaan

TERAS 1 : PEMBANGUNAN DAN PENGUKUHAN APLIKASI

Strategi Program KPI

- e-Pengambilan Feb 2015 Kajian diluluskan Mac 2015 Perlantikan pembekal Dis 2015 Pelaksanaan

2) Pengintergrasian dan penambahbaikan sistem sedia ada.

a) Sistem Pentadbiran Tanah PTG

i.Outsource

- iSOLAR

Feb 2013 Kajian diluluskan Apr 2013 Pelantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan

- Pengintegrasian Aplikasi SELAMAT bagi SPTB

Feb 2013 Kajiandiluluskan Apr 2013 Pelantikan pembekal Dis 2013 Pelaksanaan

Page 26: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 26 TERHAD

b) Sistem pentadbiran pejabat i. Outsource

- Menaiktaraf laman web PTG

Jan 2011 Kajian diluluskan Feb 2011 Pelantikan pembekal Apr 2011 Pelaksanaan

- e-Masa Feb 2014 Kajian diluluskan Apr 2014 Pelantikan pembekal Dis 2014 Pelaksanaan

Jadual 1-2: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 2

TERAS 2: INFRASTRUKTUR DAN KESELAMATAN ICT

Strategi Program KPI

1) Pengukuhan keupayaan infrastruktur ICT.

a) Kajian keperluan perkakasan ICT Mac 2013 Laporan kajian diluluskan

b) Naiktaraf keupayaan perkakasan ICT i. Server ii. Perisian iii. Perkakasan ICT

Dis 2013 Server e-Convert

dinaiktaraf Perolehan 30% Dis 2014 Perolehan 70% Dis 2015 Perolehan 100%.

Page 27: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 27 TERHAD

c) Penyediaan rangkaian alternative bagi menyokong dan meningkat capaian rangkaian sediaada

Apr 2013 Mendapat kelulusan pengurusan Okt 2013 Perlantikan pembekal Okt 2014 Pelaksanaan rangkaian alternatif

d) Pelaksanaan pangkalan data berpusat bagi Sistem Pungutan Hasil (iSolar) di PTG

Ogos 2013 Kertas kajian diluluskan Jan 2014 Perlantikan pembekal Dis 2014 Pangkalan Data Berpusat siap dilaksanakan

2) Pemantapan Keselamatan ICT. a) Penilaian risiko terhadap keselamatan maklumat dan infrastruktur ICT secara berkala.

Mac 2014 Menyediakan laporan kajian penilaian risiko

b) Pelaksanaan antivirus secara berpusat

Mei setiaptahun Pembaharuan perisian lesen antivirus

c) Sistem Pengurusan Keselamatan ICT (iSMS)

Dis 2015 Pelaksanaan iSMS

Jadual 1-3: Strategi, Program danPetunjukPrestasiUtamaMengikutTeras 3

Page 28: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 28 TERHAD

TERAS 3 : PEMANTAPAN BUDAYA ICT PTG

Strategi Program KPI

1) Peningkatan pengetahuan dgn kemahiran ICT wargakerja.

a) Penambahbaikan Pelan Operasi Latihan (POL) Jabatan dengan menambah kursus-kursus ICT kepada kakitangan.

Dis 2012 Satu laporan penambahbaikan Pelan Operas Latihan (POL) yang diluluskan

b) Pelaksanaan Program Latihan ICT - Menganjurkan kursus

dalaman

- Menghantar kakitangan berkursus di luar

SetiapTahun Kursus Dalaman Sekurang-kurangnya empat kursus ICT secara dalaman Setiaptahun Sekurang-kurangnya 10 orang kakitangan berkursus ICT di luar

2) Pemantapan pembudayaan ICT secara bersepadu.

a) Program Hari ICTJabatan. - Kuiz ICT

- Ceramah ICT

- Pameran ICT

-

Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua Program Hari ICT Jabatan

b) Program kesedaran ICT wargajabatan. - Prosedur ICT

- Dasar keselamatan ICT

Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua program kesedaran ICT

c) Promosi ICT untuk pelanggan Setiaptahun Sekurang-kurangnya dua promosi ICT

Page 29: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 29 TERHAD

Jadual 1-4: Strategi, Program dan Petunjuk Prestasi Utama Mengikut Teras 4

TERAS 4 : PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT

Strategi Program KPI

1) Pengukuhan pengurusan ICT. a) Pemantauan Pelaksanaan PSICT SetiapTahun Dua laporan aktiviti jawatankuasa

b) Penstrukturan semula bahagian Teknologi Maklumat

Mac 2013 Kertas Cadangan diluluskan di peringkat pengurusan jabatan Mei 2013 Kelulusan SUK Nov 2013 Kelulusan JPA Jun 2014 Pengisian jawatan

2) Penyelarasan polisi dan prosedur ICT.

a) Pewujudan polisi dan prosedur ICT.

i. Pelan Pemulihan Bencana (Data Recovery Plan - DRP)

ii. Prosedur kawalan akses kepada sistem-sistem

Mac 2013 Proses kawalan akses sistem diluluskan. Jun 2014 Laporan Pelan Pemulihan Bencana diluluskan. Okt 2014 Pengujian DRP Dis 2014 Pelaksanaan DRP

Page 30: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 30 TERHAD

Pelaksanaan projek ICT ini dirancang bagi tempoh empat tahun bermula tahun 2012 hingga

2015 dan iainya melibatkan empat teras strategic ICT dan strategi ICT serta program-program

ICT berdasarkan tahun pelaksanaan. Secara ringkas, pelan pelaksanaan program ICT

berdasarkan strategi ICT diterangkan dalam Rajah 1-6.

Rajah 1-6: Pelan Pelaksanaan Mengikut Tahun

9.0 PELAN PELAKSANAAN

Page 31: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 31 TERHAD

Program-program ICT yang dirancang untuk dilaksanakan dalam PSICT PTG Terengganu bagi

tempoh 4 tahun mulai 2012 adalah berdasarkan keperluan dan hala tuju strategik PTG

Terengganu. Keutamaan pelaksanaan program-program ICT ditentukan berdasarkan kepada

factor-faktor seperti kepentingan mengatasi isu semasa, impak yang tinggi kepada sistem

penyampaian perkhidmatan serta keupayaan dari segi sumber manusia sedia ada dan sumber

kewangan.

Strategi pelaksanaan program ICT Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu bagi program

yang telah dirancang dalam tempoh empat tahun bermula tahun 2012 hingga 2015 dikenal pasti

dan perlulah berpandukan kepada beberapa aspek. Antaranya adalah :

i. Pemilik dan Keutamaan Program ICT

Pemilik sebagai subject matter expert akan dapat menentukan hala tuju pelaksanaan

bagi setiap program ICT yang dirancang manakala keutamaan untuk setiap program ICT

adalah berdasarkan kepada kriteria Urgency untuk mengatasi isu semasa, kepentingan

dan faedah kepada bisnes PTG Terengganu, keupayaan sumber manusia sedia ada dan

sumber kewangan yang mencukupi.

10.0 STRATEGI PELAKSANAAN

Page 32: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 32 TERHAD

ii. Pelaksanaan Secara Quick Wins, Outsource dan Inhouse

Program Quick Wins PSICT disenaraikan mengikut program yang boleh dilaksanakan

seawal enam bulan hingga setahun setengah bermula Jun 2012 sehingga Jun 2013.

Pelaksanaan secara outsource dan inhouse pula dikenalpasti dengan mengambil kira

beberapa faktor seperti keupayaan dan kesediaan sumber manusia sedia ada, sumber

peruntukan yang mencukupi dan kepentingan yang tinggi bagi business teras PTG

Terengganu.

Manakala Pelan Tindakan dan anggaran kos bagi setiap program ICT yang dirancang telah

dikompilasikan menjadi satu jadual Pelan Pelaksanaan. Pelan Pelaksanaan ini akan

memudahkan pihak Pengurusan Tertinggi PTG Terengganu dan pemilik program ICT memantau

program dan aktiviti yang akan atau belum dilaksanakan pada tahun semasa.

Implikasi kewangan merupakan kos jangkaan untuk projek yang akan dilaksanakan oleh PTG

Terengganu bagi tempoh 2012 - 2015. PTG Terengganu perlu memastikan sumber kewangan

adalah mencukupi untuk membangun, melaksana dan menyelenggara projek tersebut bagi

memudahkan pelaksanaan projek yang dicadangkan. Asas pertimbangan untuk anggaran kos

merangkumi perisian, perkakasan, pengubahsuaian, integrasi, kos penyelengaraan, pengurusan

projek dan perunding, latihan dan juga bengkel. Manakala anggaran kos keseluruhan projek ICT

telah ditentukan bagi program-program dan aktiviti yang dirangka. Komponen kos melibatkan

kos one-off dan kos berulang. Pemetaan perancangan pelaksanaan strategi ICT PTG

Terengganu dengan Rangka Kerja ISP Sektor Awam adalah seperti di Rajah 1-7.

Page 33: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 33 TERHAD

Rajah 1-7: Pemetaan Strategi ICT PTG Terengganu Dengan Rangka Kerja ISP Sektor Awam

HAB PENGURUSAN ILMU

SALURAN

TRANSFORMASI ICT

DALAM MENERAJUI KECEMERLANGAN PENTADBIRAN

DAN PENGURUSAN TANAH SECARA MAPAN

PERNIAGAAN KERAJAAN RAKYAT LAIN-LAIN

INISIATIF TANPA KERTAS

APLIKASI BACK OFFICE

EMAIL

MEDIA BARU TEKNOLOGI

MUDAH ALIH KAUNTER

National

Single Window

Portal

myGovernment

INFRASTRUKTUR DAN

PIAWAIAN

1. PengukuhanKeupayaanInfrastruktur ICT

PENYELIDIKAN,

PEMBANGUNAN DAN INOVASI

1. Pembangunan SistemBaru

2. PengintegrasiandanPenamb

ahbaikanSistemSedia Ada

SUMBER MANUSIA DAN

PEMBUDAYAAN

1. PeningkatanPengetahua

n Dan Kemahiran ICT

WargaKerja

2. PemantauanPembudaya

an ICT SecaraBersepadu

POLISI / PERUNDANGAN

1. PenyelarasanPolisi

Dan Prosedur ICT

2. PemantapanKeselama

tan ICT HARTA INTELEKTUAL

KEPIMPINAN DAN

KOORDINASI

1. PengukuhanPengurusan ICT

TAD

BIR

UR

US

ICT

PEN

GU

RU

SAN

PER

UB

AH

AN

SistemPecahSempadan

e-Pengambilan

e-Alih

SELAMAT e-Masa

LALUAN

PERKHIDMATAN

ATAS TALIAN

e-CP

SMS WEB

Portal PTG

Terengganu

PERSEKITARAN

PEMBOLEH-DAYA

Page 34: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 34 TERHAD

Faktor Kejayaan Kritikal merupakan salah satu kriteria yang penting dalam pelaksanaan PSICT

PTG Terengganu. Bagi memastikan setiap pelaksanaan tercapai, kriteria seperti di bawah perlu

diambil kira oleh setiap bahagian dan personel yang terlibat. Faktor yang telah dikenal pasti

adalah seperti berikut :

i. Kerjasama daripada pihak yang terlibat

Setiap bahagian dan unit yang terlibat dalam pelaksanaan PSICT ini perlu memberikan

kerjasama dan bersedia memberi maklumbalas berkaitan dengan pelaksanaan strategi

ICT. Ini kerana maklumat yang diperolehi akan menentukan kejayaan atau kegagalan

sesuatu pelaksanaan strategi tersebut.

ii. Kewangan

Perancangan teliti bagi mendapatkan peruntukan kewangan perlu dilakukan supaya

hasil yang diperoleh dapat membiayai perancangan PSICT yang telah ditetapkan. Ini

memerlukan kerjasama daripada pihak atasan dan bahagian yang berkaitan. Peruntukan

kewangan ini adalah bagi memenuhi aktiviti dan program yang telah diatur mengikut

keutamaan jabatan serta visi dan misi jabatan. Ia meliputi dari peringkat kajian sehingga

pelaksanaan program.

11.0 FAKTOR KEJAYAAN KRITIKAL

Page 35: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 35 TERHAD

iii. Kelulusan Jawatankuasa

Kelulusan daripada jawatankuasa di peringkat jabatan diperlukan dalam pelaksanaan

infrastruktur dan pembangunan aplikasi. Oleh itu perancangan serta penyediaan kertas

cadangan yang lengkap perlu disediakan bagi tujuan berkenaan. Ini bagi memastikan

pelaksanaan projek dilakukan dalam masa yang telah dirancang.

iv. Kemahiran dan Keupayaan Personel ICT

Bagi program dan aktiviti yang dirancang dalam fasa pembangunan, ia

dilaksanakan secara dalaman (in-house) atau pembekal. Oleh itu, kemahiran

personel ICT merupakan perkara yang amat penting. Faktorsepertibilangan

personel sedia ada, bebanan kerja serta kemahiran yang diperlukan juga perlu

diambil kira. Kemahiran personel dan pembekal yang tinggi amat diperlukan

untuk pelaksanaan infrastruktur dan pembangunan aplikasi.

v. Pengurusan Projek Yang Cekap

Bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar, ia perlu diketuai oleh

pengurus projek yang cekap. Penglibatan jawatankuasa yang terdiri daripada pihak

atasan, bahagian ICT dan bahagian yang terlibat amat penting bagi memastikan projek

dilaksanakan tanpa sebarang masalah serta mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Status terkini pelaksanaan perlu direkod secara bertulis dan perbincangan dilakukan

secara berkala.

vi. Kesediaan Pengurusan Perubahan

Bagi melaksanakan PSICT, warga kerja PTG perlu bersedia terhadap sebarang perubahan

yang akan dilakukan. Pelaksanaan program bagi tujuan berkenaan dilakukan secara

berperingkat yang merangkumi golongan Pengurusan dan Profesional, Sokongan 1 dan

Sokongan 2. Langkah ini diambil bagi memastikan warga kerja dapat menerima

perubahan dengan lebih cepat dan berkesan.

Page 36: PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015ptgweb.terengganu.gov.my/attachments/article/50/pelan...proses penyediaan Pelan ini sekaligus menyokong misi, visi dan objektif strategik

PELAN STRATEGIK ICT PTG TERENGGANU 2012 - 2015

RINGKASAN EKSEKUTIF 36 TERHAD

Pelan Strategik Teknologi Maklumat PTG Terengganu (2012-2015) merupakan satu dokumen

blue print bagi untuk membangun dan mengoptimakan (optimise) penggunaan ICT dalam

mencapai hala tuju dan objektif strategiknya. Dokumen yang telah dirangka ini akan menjadi

rujukan penting sebagai garis panduan dalam melaksanakan setiap strategi berasaskan ICT di

PTG Terengganu.

Penetapan empat teras strategik akan menjadi pemagkin kepada kecemerlangan ICT di PTG

Terengganu. Dengan adanya penyediaan polisi dalam pengurusan ICT yang cekap, adalah

diharapkan segala perancangan pelan dapat dilaksanakan seperti yang telah digariskan. Dalam

penyediaan pelan ini semua aspek berkaitan ICT telah diambilkira merangkumi aplikasi,

peralatan, rangkaian, keselamatan dan latihan kepada kakitangan. PSICT ini dharap dapat

menigktakan kecekapan integrasi sistem maklumat dan rangkaian komunikasi dengan lebih

efisien.

Pelan strategik ini hendaklah dipantau dari masa ke semasa dan dikaji semula jika perlu, supaya

ICT akan terus menjadi pemangkin kecemerlangan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan

dalam pentadbiran tanah yang terbaik serta berdaya saing selaras dalam menjayakan misi dan

visi PTG Terengganu sebagai Jabatan Kerajaan yang terbaik menjelang 2015.

12.0 PENUTUP