53

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan
Page 2: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

2

RINGKASAN

EKSEKUTIF

Menyingkap tabir sejarah, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Sabah dan

Sarawak beroperasi secara berasingan sebelum bergabung secara pentadbiran

pada 1 Januari 2011 dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia (JLM). JLM telah

menerima pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan di peringkat global,

serantau dan kebangsaan. Antara kemuncak pencapaian di peringkat global adalah

menjadi ahli majlis kepada International Maritime Organisation (IMO) dan

International Association of Lighthouse Authorities (IALA). Selaras dengan

pencapaian dan perkembangan industri maritim yang dinamik, JLM kemudiannya

telah disusun semula pada 7hb Julai 2018. Antara perundangan utama yang

dikuatkuasakan oleh JLM adalah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Ordinan

Perkapalan Saudagar 1960 (Sabah) dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960

(Sarawak). Cabaran dan perubahan persekitaran yang berlaku di peringkat global

dan domestik memerlukan satu anjakan paradigma supaya JLM kekal sebagai

peneraju industri maritim. Ini adalah selaras dengan ekspektasi dan harapan

stakeholder yang semakin meningkat. Justeru, JLM menyasarkan pertumbuhan

sistem pengangkutan maritim yang berdaya saing dengan menjalankan fungsi

sebagai Pengawalselia, Pemberi Perkhidmatan dan Pembangun Ekonomi Maritim.

Nilai-nilai teras yang diterapkan oleh JLM bagi mencapai visi dan misinya ialah

Integriti, Profesionalisme, Sinergi, Inovatif dan Stakeholder centric. Pelan Strategik

ini merangkumi empat hala tuju iaitu Penerapan Konvensyen-Konvensyen

Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara; Melaksanakan Aplikasi Teknologi

Dalam Sektor Maritim Selaras Dengan Revolusi Industri 4.0; Pembangunan Modal

Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran Tinggi Dalam Industri dan

Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi

Positif Terhadap Jabatan Laut. Fasa pelaksanaan dan elemen kejayaaan

dibincangkan dalam pelan strategik ini.

Page 3: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

3

LATAR BELAKANG

JABATAN LAUT MALAYSIA

Jabatan Laut Malaysia adalah sebuah agensi Kerajaan yang terletak di bawah

Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir

urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim.

Sebelum Jabatan Laut Malaysia ditubuhkan, Jabatan Laut terdiri daripada

Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut

Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan berasingan.

Pada 1 Januari 2011, ketiga-tiga Jabatan ini telah bergabung secara pentadbiran

dengan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia dan mempunyai Ketua Pengarah

Laut sebagai Ketua Perkhidmatan.

Sejarah penubuhan ketiga-tiga Jabatan Laut Malaysia adalah seperti berikut:

● Jabatan Laut Semenanjung Malaysia

Sejarah penubuhan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bermula sejak

zaman Pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1450

Masihi. Pada ketika itu, Melaka dikenali sebagai pusat pertukaran barangan

antara Timur dan Barat. Hasil daripada kemajuan ini, Melaka menjadi terkenal

dan diiktiraf sebagai pelabuhan yang penting. Pada ketika itu, Sultan telah

melantik Syahbandar dan diberi tanggungjawab dalam hal ehwal pelabuhan

Melaka.

Seterusnya dengan penjajahan kuasa-kuasa barat dalam negeri-negeri

Tanah Melayu khususnya kuasa Inggeris, ia telah memberi impak yang

penting dalam aktiviti perdagangan dan perkapalan. Pada tahun 1800 Masihi

peranan Syahbandar yang ketika itu digelar sebagai Harbour Master semakin

berkembang.

Semasa tertubuhnya negeri-negeri Melayu Bersekutu, peranan Syahbandar

dikendalikan oleh Pejabat-pejabat Pelabuhan negeri masing masing. Setelah

menyedari peranan kelautan semakin bertambah pesat dan perlunya

mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih sistematik, Jabatan Laut

Semenanjung Malaysia telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada 1 Mac 1953

selaras dengan L.N.74/1953 yang mewartakan The Merchant Shipping

Ordinance 1952 (Ordinan Perkapalan Saudagar). Pada tahun 1965, Ibu

Pejabat Laut telah dipindahkan dari Bangunan Tuanku Syed Putra, Lebuh

Downing, Pulau Pinang ke Jalan Foreshore, Pelabuhan Klang dan pada tahun

2002 ianya telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Limbungan,

Pelabuhan Klang.

Page 4: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

4

Pada tahun 1995, melalui penstrukturan semula, Jabatan Laut

Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Jabatan Laut Wilayah iaitu Utara,

Tengah, Selatan dan Timur. Selepas itu Jabatan Laut Wilayah Persekutuan

Labuan dan Institut Latihan Pengangkutan Laut masing-masing telah

ditubuhkan pada Mac 2001 dan November 2007.

Senarai Pengarah Laut Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

i. Kapten Alistair Angus Martin

ii. Kapten L.A. Hatcher

iii. Kapten R.E. Gee

iv. Kapten J. Groves

v. Kapten Othman Bin Darus

vi. Tuan Haji Ghazali Bin Abu Hassan*

vi. YM Raja Datuk Malik Saripulazan Bin

Raja Kamaruzaman*

vii. Dato’ Kapten Ahmad Bin Othman*

viii. Dato’ Baharin bin Dato’ Abdul Hamid*

(* Ketua Pengarah Laut)

1953 – 1958

1958 – 1961

1961 – 1965

1965 – 1969

1969 – 1987

1987 – 1998

1998 – 2006

2006 – 2014

2014 – kini

● Jabatan Laut Sabah

Sejarah penubuhan Jabatan Laut Sabah telah bermula sejak zaman

pemerintahan Kolonial British di Kepulauan Borneo Utara. Fungsi

utamanya pada ketika itu ialah memberikan perkhidmatan bantuan

pelayaran seperti rumah api dan alat bantuan pelayaran lain di perairan

Borneo Utara. Rumah Api yang pertama adalah di Pulau Kuraman,

Labuan yang dibina pada tahun 1904. Pejabat pertama Jabatan Laut

Sabah berada di Liberty Wharf, Labuan yang merupakan sebuah

bangunan yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun dan

telah berpindah ke bangunan baharu pada April 1957. Jabatan Laut

Sabah pada ketika itu adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Sabah

dan mengguna pakai The Merchant Shipping Ordinance 1960 (Sabah).

Selepas Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada 16 September

1963, Jabatan ini telah diletakkan di bawah kuasa Kerajaan

Persekutuan. Pada Ogos 1995, di bawah penyusunan semula Jabatan

Laut Sabah telah mendapat kelulusan perjawatan bagi melaksanakan

tugas-tugas Persekutuan. Pada Januari 1996, Jabatan Laut Sabah

telah mengambil alih tugas-tugas Persekutuan sepenuhnya di semua

Pejabat-Pejabat Pelabuhan Cawangan.

Page 5: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

5

Pada Januari 2000, Ibu Pejabat Jabatan Laut Sabah berpindah dari

Wilayah Persekutan Labuan ke Kota Kinabalu dengan menyewa pejabat

di Bangunan Gaya Center dan kemudian berpindah ke Kompleks Ibu

Pejabat Jabatan Laut Sabah, Jalan Sepanggar pada Julai 2002.

Senarai Pengarah Laut Sabah adalah seperti berikut:

i. Lieut Cdr. W. Gibson R.N.R

ii. A.H. Masterton Smith

iii. Kapten H.M. Stanfield

iv. Kapten J. Walls

v. Kapten J.M. Anggang

vi. Kapten James Wang Hing Lee

vii. Kapten Ahmad Bin Othman

viii.Awang Ismail Bin Haji Mohd Tahir

ix. Rossid Bin Musa

x. Zulkurnain Bin Ayub

xi.Benjamin Bernard Bijion

xii.Abdul Aziz Bin Haji Mahmud

xiii. Rosnan bin Fathlal

xiv.Abdul Nasar Bin Abdul Hadi

v. Norjipin Bin Saidi

1950 – 1962

1962 – 1969

1969 – 1975

1975 – 1977

1977 – 1981

1981 – 1993

1993 – 1995

1995

1995 – 1997

1997 – 2001

2002 – 2008

2009 – 2012

2012 – 2015

2015 – 2016

2017 – kini

● Jabatan Laut Sarawak

Sejarah penubuhan Jabatan Laut Sarawak telah bermula sejak zaman

pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak iaitu sekitar tahun 1872. Pada

masa itu ia dikenali dengan nama The Shipping Office dan ditadbir oleh

seorang Shipping Master atau dikenali juga sebagai The Harbour Master.

Beliau bertanggungjawab dalam hal ehwal perkapalan Kerajaan dan

sedikit sebanyak dalam hal ehwal kapal perdagangan. Pada tahun 1874,

The Shipping Office ditempatkan bersama-sama dengan pejabat-pejabat

Kerajaan lain di bangunan The Public Office, berhadapan dengan

Pangkalan Batu sekarang. Pada masa tersebut bangunan ini telah menjadi

Bangunan Mahkamah Tinggi (Lama). Setelah penubuhan The Sarawak

Steamship Company pada 1 Julai 1875, bidang kuasa seorang Harbour

Master telah bertambah dan tugasnya meliputi hal ehwal keselamatan

kapal-kapal tempatan, bot-bot kecil, perahu penambang dan kebajikan

anak-anak kapal tempatan.

Page 6: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

6

Pada tahun 1920, satu peraturan dinamakan “Aturan 1920” telah diperkenalkan.

Menurut peraturan tersebut, satu sijil kebenaran perlu didapati daripada The

Shipping Office dan pihak Trade and Custom Department sebelum sesebuah

kapal itu dibenarkan keluar atau masuk ke pelabuhan negeri Sarawak. The

Shipping Office beroperasi di Godown No. 6 di Main Bazaar, Kuching. Pada

tahun 1961 The Marine Department of Sarawak ditubuhkan dan pada ketika itu

ia adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Sarawak dan mengguna pakai The

Merchant Shipping Ordinance 1960 (Sarawak). Selepas Sarawak menyertai

pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, Jabatan ini telah diletakkan

di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan. Pada 31 Januari 1995, Jabatan Laut

Sarawak berpindah ke Lot 683, Seksyen 66, Jalan Utama, Tanah Puteh,

Kuching, Sarawak.

Senarai Pengarah Laut Sarawak adalah seperti berikut:

i.Kapten Ian Nash

ii. Kapten Teo Choo Cheng

iii.Kapten Abdul Rahim Bin Akob

Iv. Muhammad Razif Bin Ahmad

v. Haji Zahidin Bin Haji Dor

vi.Haji Wan Endok Bin WanSalleh

vii.Haji Zahidin Bin Haji Dor

viii.Haji Dickson Bin Dollah

ix.Mohamad Marzuki Bin Brahim

1990 – 1996

1997 – 2002

2002 – 2004

2004 – 2011

2011 – 2014

2014 – 2017

2017 – kini

Page 7: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

7

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN MOTO

JABATAN LAUT MALAYSIA

Visi

Peneraju Sistem Pengangkutan Maritim.

Misi

Menetapkan Sistem Pengangkutan Maritim Berdasarkan Pembangunan dan

Pemantauan Standard Peringkat Nasional dan Antarabangsa.

Objektif

Memacu Pertumbuhan Maritim Kebangsaan Yang Berkualiti Melalui Pemerkasaan

Sistem Pengangkutan Maritim Yang Selamat, Sistematik dan Perlindungan

Persekitaran Marin.

Moto

Safer Ships, Secure Ports, Cleaner Seas.

Page 8: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

8

Page 9: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

9

Page 10: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

10

Page 11: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

11

FUNGSI

JABATAN LAUT MALAYSIA

● Mengawal Selia Perkapalan, Pelabuhan, Pelaut Dan Keselamatan Pelayaran

Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan

berperanan untuk menggubal undang-undang, mendaftar kapal, memeriksa

kapal, menverifikasi pelabuhan, institut latihan, syarikat perkapalan dan

menjalankan siasatan kemalangan maritim, tumpahan minyak, pelanggaran

sekuriti dan salah laku hal ehwal kebajikan pelaut.

● Pemberi PerkhidmatanSektor Perkapalan, Pelabuhan Dan

Keselamatan Pelayaran

Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan

berperanan untuk mengukur kedalaman alur pelayaran, mengendali

pergerakan kapal-kapal dan mengurus terminal penumpang, terminal kargo,

alat bantuan pelayaran, wisma pelaut dan tabung-tabung amanah.

● Pembangunan Ekonomi Maritim

Fungsi ini berdasarkan punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar 1952

dan Konvensyen Antarabangsa. Untuk menjalankan fungsi ini, Jabatan

berperanan untuk membangunkan modal insan, pengembangan &

pertumbuhan industri maritim serta pemantapan infrastruktur.

Page 12: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

12

PUNCA KUASA

JABATAN LAUT MALAYSIA

● Ordinan PerkapalanSaudagar 1952

Ordinan ini memberi kuasa kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengawal selia

aktiviti maritim di dalam dan luar perairan Malaysia.

● Ordinan Perkapalan Saudagar1960 (Sabah dan Sarawak)

Ordinan ini memberi kuasa kepada Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengawal selia

aktiviti maritim di perairan Sabah dan Sarawak.

● Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan

Perintah ini memberi kuasa kepada JLM untuk mengurus tadbir terminal feri,

menyelenggara alur pelayaran bagi memberi perkhidmatan kepada

penumpang, memastikan keselamatan pelayaran serta meningkatkan ekonomi

industri maritim di Malaysia.

● Pemakaian Konvensyen Antarabangsa

JLM mengawal selia konvensyen antarabangsa yang digunapakai oleh Malaysia.

Page 13: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

13

PELANGGAN DAN STAKEHOLDER

JABATAN LAUT MALAYSIA

Stakeholder

● Kementerian Pengangkutan

● Jemaah Menteri

● Ketua Setiausaha Negara ● Badan Bukan Kerajaan Pelanggan

● Orang Awam

● Sektor Swasta

● Negara Luar

● Pemilik Kapal dan Pelaut

● Agensi Kerajaan

● Pelabuhan

Page 14: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

14

LAKARAN KECEMERLANGAN

JABATAN LAUT MALAYSIA

Peringkat Global

• International Maritime Organisation (IMO) Council Member, Ahli Majlis Kategori C bagi sesi 2006-2020.

• International Association of Lighthouse Authorities (IALA) Council Member, Ahli Majlis bagi sesi 2002-2022.

• IMO Technical Cooperation Committee Bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh 2014-kini.

• Global Maritime Energy Effeciency Partnership (GloMEEP)

Bertindak sebagai Peneraju (Lead Pilot Country) bagi tempoh 2015-2018.

• Board of Governor of the World Maritime University

Dilantik sebagai ahli dalam Board of Governor bagi sesi 2015-2018.

• IMO Maritime Ambassador

Dilantik sebagai duta IMO pada 2017-kini.

• STRAITREP and VTS in Malacca Strait

Ditubuhkan pada 1998 untuk keselamatan maritim sejagat.

Bahagian Pembangunan Perkapalan Dan Pelaut

• STCW White List IMO

Diiktiraf oleh IMO semenjak 1998-kini.

Bahagian Keselamatan, Sekuriti & Alam Sekitar

• Quality Shipping In 21st Century Programme US Coast Guard

Diberi pengiktirafan oleh USCG pada 2014.

Institut Latihan Pengangkutan Laut

• Pusat Kecemerlangan Latihan Maritim

Dikreditkan sebagai Organisasi Latihan oleh IALA pada tahun 2016-kini.

Peringkat Serantau

• Penganugerahan kedaulatan ke atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan

berperanan dalam memberikan bukti kukuh (pentadbiran rumah api) dalam

pertikaian kedaulatan bersama Indonesia di Mahkamah Keadilan

Antarabangsa (ICJ) di Hague pada 2002.

Page 15: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

15

Bahagian Kawalan Industri Maritim

Tokyo Mou Committee Chairman

Berperanan sebagai Pengerusi bagi sesi 2013-2015.

• White List Tokyo MOU Port State Control

Penganugerahan sebagai white list flag semenjak 2013-kini.

Institut Latihan Pengangkutan Laut

• ASEAN VTS Regional Expert Group Committee

Berperanan sebagai Pengerusi Tetap semenjak tahun 2015-kini.

Bahagian Keselamatan Pelayaran & Komunikasi Maritim

• AIDS to Navigation Fund (ANF) Committee

Berperanan sebagai Pengerusi bagi sesi 2018-2020.

Peringkat Kebangsaan

• Pensijilan MS ISO 9001:2008

Diiktiraf oleh Loyd’s Register bagi tempoh 2000-2015 (rujukan 16).

• Pensijilan MS ISO 9001:2015

Diiktiraf oleh PSV bagi tempoh Jun-kini 2018 (rujukan 17).

• Pensijilan ISO 9001:2015 (Jabatan Laut Wilayah Sarawak)

Diiktiraf oleh Loyd’s Register bagi tempoh 2017-2020.

• Information Security Management System (ISMS) ISO/IEC 27001:2013 Diktiraf

oleh SIRIM bagi tempoh 2015-2018.

• Pencapaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan

berdasarkan Indeks Akauntabiliti 5 Bintang

Diiktiraf oleh Jabatan Audit Negara pada 2015.

• Pencapaian Cemerlang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS

Diiktiraf oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 2015.

• Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK)

Menjuarai pertandingan KIK Peringkat Kementerian Pengangkutan

Malaysia pada tahun 2017.

Page 16: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

16

CABARAN-CABARAN JABATAN

LAUT MALAYSIA

Perundangan maritim Negara lama dan berbeza Perundangan maritim negara lama dan berbeza antara Semenanjung Malaysia (MSO 1952), Sabah (MSO 1960 Sabah) dan Sarawak (MSO 1960 Sarawak) menyukarkan JLM untuk bergerak dalam satu entiti yang mengawal selia perkapalan, pelaut dan keselamatan pelayaran. Terdapat keperluan kelulusan aktiviti perkapalan dan keselamatan pelayaran yang berbeza antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Terdapat konvensyen maritim antarabangsa yang telah di ratifikasi oleh

Malaysia tetapi tidak digubal sebagai undang-undang Negara

Konvensyen maritim antarabangsa sentiasa dikemaskini, bagaimanapun masih

terdapat konvesyen yang belum digubal sebagai akta atau undang-undang Negara.

Mengawal selia keperluan konvesyen dilakukan secara pentadbiran, tidak terikat

dengan mana-mana undang-undang atau akta dalam Negara.

Penggunaan teknologi baharu dalam industri maritim

Ledakan teknologi dalam industri maritim yang pantas memerlukan JLM bertindak

balas selari dengan keperluan industri yang terkini dan seterusnya memastikan

industri maritim tempatan mampu berdaya saing dengan negara lebih maju.

Membangunkan pegawai dan kakitangan berkemahiran tinggi

JLM perlu memperkasakan pengetahuan pegawai dan kakitangan yang

berkemahiran tinggi, inovatif dan kreatif untuk memastikan fungsi JLM dapat

dilaksanakan dengan efisien selari dengan perkembangan dan kehendak industri.

Penglibatan agensi lain dan pemain industri / stakeholder dalam menggubal

dasar atau perundangan maritim

Perkhidmatan maritim melibatkan proses dan kelulusan di bawah pelbagai agensi

mengikut undang-undang dan peraturan tersendiri yang mungkin menyukarkan

JLM melaksanakan aktiviti dan perkhidmatan perkapalan kepada industri.

Persepsi awam

Persepsi negatif awam terhadap budaya kerja kakitangan yang kurang membantu

urusan pelanggan. Penjenamaan yang baik boleh meningkatkan tahap persepsi

yang positif terhadap JLM. Ini adalah penting bagi mengekalkan kemampanan dan

relevansi JLM sebagai peneraju sistem pengangkutan maritim di Malaysia.

Page 17: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

17

RANGKA STRATEGIK

JABATAN LAUT MALAYSIA

Page 18: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

18

TERAS STRATEGIK

JABATAN LAUT MALAYSIA

Page 19: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

19

TERAS STRATEGIK

JABATAN LAUT MALAYSIA

Empat (4) Teras Strategik Utama yang dikenal pasti bagi mendokong usaha

Jabatan Laut Malaysia untuk melaksanakan peranan yang dipertanggungjawabkan

serta menangani cabaran-cabaran yang mendatang ke arah merealisasikan visi,

misi dan objektif yang ditetapkan.

Teras 1: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang

Berkemahiran Tinggi Dalam Industri

Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran

Tinggi Dalam Industri

Memantapkan modal insan yang berkemahiran tinggi adalah penting bagi

JLM untuk mencapai fungsi-fungsi yang telah ditetapkan khususnya dalam

aspek pembangunan sektor pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran.

Teras hala tuju ini boleh dicapai dengan menjalankan penempatan silang

dengan industri maritim dan membangunkan program latihan.

Program Meningkatkan Modal Insan

Membangunkan program strategik dengan semua pihak yang

berkepentingan supaya kemahiran modal insan dapat dipertingkatkan.

Antara langkah yang dilaksanakan dalam strategi ini termasuklah

memeterai perjanjian persefahaman, pertukaran pegawai, pemindahan

teknologi dan perkongsian maklumat.

Program Pembangunan Modul Latihan

JLM perlu merangka dan menyediakan program pembangunan modal insan

dengan organisasi dan syarikat. Program pembangunan dan latihan yang

akan dijalankan dibuat secara berstruktur dan berkala selaras dengan

perkembangan industri maritim. Langkah strategi adalah tindak balas JLM

dengan perkembangan teknologi dan keperluan konvensyen maritim yang

dinamik.

Page 20: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

20

Teras 2: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara

Penerapan Konvensyen–Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara

Selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) selaku agensi peneraju yang akan melaksanakan kawal selia dan memberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran berdasarkan kepada punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan serta konvensyen-konvensyen Antarabangsa yang diratifikasi oleh Kerajaan. Usaha ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara untuk memperkukuhkan dan menyelaras rangka kerja perundangan bagi mengurangkan ketidakcekapan dan kos mengendalikan perniagaan.

Mengukuhkan JLM Sebagai Agensi Peneraju DiSamping Memperkasakan Industri Maritim Negara Agar Dapat Berdaya Saing Di Peringkat Global

Jabatan Laut Malaysia merupakan agensi tunggal dalam memacu bidang perundangan dan perkembangan industri maritim di Malaysia selaras dengan perundangan negara. Ini diterjemahkan melalui penglibatan Malaysia menjadi wakil di dalam Ahli Majlis di dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa daripada tahun 2006 hingga 2019 dan Ahli Majlis The International Association of Marine Aids to Navigation and Lighthouse Authorities (IALA) dari tahun 2002 hingga 2019. Sasaran Jabatan adalah untuk menduduki 8 kedudukan teratas di dalam Kumpulan C di dalam Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa. Selain itu, Jabatan juga menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan 15 teratas keahlian di dalam Ahli Majlis IALA.

Pemudah Cara Ke Atas Proses Penerapan Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara Agar Lebih Efisien Dan Bersistematik

Proses penggubalan undang-undang mengambil masa yang panjang dan tiada pegawai spesifik untuk melihat proses penggubalan ini berjaya ke peringkat yang lebih jauh. Ini boleh dilihat apabila beberapa konvensyen utama yang telah diratifikasi oleh Jabatan masih belum diserap di dalam perundangan negara dengan lebih jelas. Oleh yang demikian, JLM berharap untuk menjadikan sekurang-kurangnya 3 konvensyen utama. di dalam tempoh 5 tahun diserap ke dalam undang-undang negara bagi memastikan Jabatan terus relevan sebagai badan pengawal selia industri maritim, di samping menyumbang kepada kelestarian ekonomi berteraskan industri ini.

Page 21: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

21

Mengurangkan Rintangan Industri Maritim Supaya Tidak Memberi Impak

Mendadak Kepada Kos Keseluruhan Yang Ditanggung Oleh Stakeholder

Dan Pelanggan

Penglibatan (engagement) dengan industri perkapalan perlu dilakukan

untuk mengurangkan rintangan daripada industri maritim kerana setiap

konvensyen yang telah diratifikasi oleh Kerajaan akan memberi impak

kepada kos keseluruhan yang ditanggung oleh stakeholder dan pelanggan

serta tahap kesedaran industri negara yang masih rendah berbanding

dengan negara-negara maju. Bagi mengatasi rintangan ini, sesi konsultasi,

dialog, capacity building dan program kesedaran dengan stakeholder,

pelanggan dan badan bukan kerajaan perlu diadakan.

Page 22: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

22

Teras 3: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras

Dengan Revolusi Industri 4.0

Aplikasi Teknologi Dalam Memperkasa Fungsi Jabatan Laut Malaysia

Aplikasi teknologi untuk mencapai fungsi Jabatan dalam mengawal selia

dan memberi perkhidmatan kepada sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut

dan keselamatan pelayaran serta pembangunan ekonomi maritim. Ini

boleh dicapai melalui konsep revolusi industri 4.0.

Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras Dengan

Revolusi Industri 4.0

Jabatan bergerak selari dengan perkembangan RI4.0 dalam memberi

perkhidmatan mengawal selia, memberi perkhidmatan kepada sektor

perkapalan, pelabuhan, pelaut, keselamatan pelayaran dan

pembangunan ekonomi maritim Negara.

Dalam tempoh 5 tahun (2019 – 2023), JLM merealisasikan pelaksanaan

Malaysia Marine Department Information System (MMDIS), 2 projek

sistem di dalam konsep e-navigation dan pangkalan data pengembangan

bakat dalam mengawal selia perkapalan dan pelabuhan serta bagi

memacu pembangunan ekonomi maritim.

Page 23: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

23

Teras 4: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk

Membentuk Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia

Meningkatkan Persepsi Positif Masyarakat Terhadap JLM

Persepsi awam ke atas JLM tentang perkhidmatan yang diberikan kepada

pelanggan berkepentingan dapat diperkasakan melalui penglibatan secara

efisien antara kedua pihak dan juga melalui komunikasi korporat yang

berkesan.

Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi

Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia

Usaha JLM menangani isu persepsi membolehkan JLM untuk mencapai

objektif penubuhannya. Beberapa inisiatif yang boleh ditangani dengan

persepsi ini ialah dengan mengadakan sesi libat urus (engagement) dengan

orang ramai dan stakeholder, kerjasama dengan pihak media dan membuat

kajian kepuasan pelanggan. Penggunaan saluran komunikasi yang

berkesan dalam aspek penyampaian maklumat untuk meningkatkan

kesedaran dan kefahaman masing-masing warga JLM dan pihak-pihak

berkepentingan (stakeholder) dalam bidang maritim.

Page 24: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

24

STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN

JABATAN LAUT MALAYSIA

Teras 1: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang

Berkemahiran Tinggi Dalam Industri

Memantapkan modal insan yang berkemahiran tinggi adalah penting bagi

JLM untuk mencapai fungsi-fungsi yang telah ditetapkan khususnya dalam

aspek pembangunan sektor pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran.

Hala tuju ini boleh dicapai dengan menjalankan penempatan silang dengan

industri maritim dan membangunkan program latihan.

Strategi Pelan Tindakan

Program meningkatkan modal

insan Bekerjasama dengan syarikat-syarikat

industri/organisasi maritim bagi penempatan

silang pegawai Membangunkan kriteria calon

Program Pembangunan Latihan Membangunkan modul penempatan silang yang

berkaitan dengan perkapalan, pelaut, pelabuhan

untuk memberi latihan dan soft skills kepada

pegawai-pegawai JLM selaras dengan keperluan

industri

Page 25: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

25

Teras 2: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam

Perundangan Negara

Selaras dengan visi dan misi yang ditetapkan, Jabatan Laut Malaysia (JLM) selaku

agensi peneraju yang akan melaksanakan kawal selia dan memberi perkhidmatan

sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran berdasarkan

kepada punca kuasa Ordinan Perkapalan Saudagar, Kaedahkaedah dan

Peraturan-peraturan serta Konvensyen-konvensyen Antarabangsa yang diratifikasi

oleh Kerajaan. Usaha ini selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara untuk

memperkukuhkan dan menyelaras rangka kerja perundangan bagi mengurangkan

ketidakcekapan dan kos mengendalikan perniagaan.

Strategi Pelan Tindakan

Mengukuhkan JLM sebagai agensi

peneraju di samping

memperkasakan industri maritim

negara agar dapat berdaya saing

di peringkat global

Memainkan peranan yang lebih berkesan di Peringkat Antarabangsa

Pemudah cara ke atas proses

penyerapan konvensyen

antarabangsa ke dalam

perundangan negara agar lebih

efisien dan bersistematik

Mengenal pasti, menyemak dan menyenarai akhir

konvensyen berdasarkan keutamaan yang perlu

diserap ke dalam perundangan negara dan

menyediakan draf akhir undang-undang bagi

konvensyen utama

Mengurangkan impak konvensyen

kepada industri maritim dari segi

kos operasi yang ditanggung oleh

mereka

Mengadakan sesi konsultasi dan dialog dengan

stakeholder, pelanggan dan badan bukan

kerajaan dan pengukuran

Page 26: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

26

Teras 3: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor Maritim Selaras

Dengan Revolusi Industri 4.0

Aplikasi teknologi untuk mencapai fungsi Jabatan dalam mengawal selia dan

memberi perkhidmatan kepada sektor perkapalan, pelabuhan, pelaut dan

keselamatan pelayaran serta pembangunan ekonomi maritim. Ini boleh dicapai

melalui revolusi industri, R & D dan teknologi perkapalan.

Strategi Pelan Tindakan

Melaksanakan aplikasi teknologi

dalam sektor maritim selaras

dengan Revolusi Industri 4.0

Membangunkan sistem Menaiktaraf sistem

Page 27: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

27

Teras 4: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk

Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia

Persepsi positif masyarakat terhadap aktiviti teras JLM dapat diperkasakan melalui

keterlibatan masyarakat dan komunikasi korporat.

Strategi Pelan Tindakan

Keterlibatan masyarakat dan

penglibatan media untuk

membentuk persepsi positif

terhadap JLM

Melaksanakan penglibatan masyarakat

terhadap JLM melalui:

• Program turun padang. • Tanggungjawab sosial • Pelantikan duta keselamatan maritim

Penglibatan pihak media melalui:

• Kolaborasi • Memaklumkan pencapaian dan kejayaan

JLM wawasan pelanggan (customer insights) dengan pendekatan mesra pelanggan, diwujudkan kod etika berurusan dengan pelanggan. Memaklumkan pencapaian dan kejayaan JLM

SERTA pemberitahuan segera insiden maritim.

Page 28: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

28

TERAS 1:

PEMBANGUNAN MODAL INSAN BAGI MELAHIRKAN

PEGAWAI YANG BERKEMAHIRAN TINGGI DALAM

INDUSTRI

Page 29: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

29

Page 30: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

30

Page 31: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

31

TERAS 2

PENERAPAN KONVENSYEN-KONVENSYEN

ANTARABANGSA KE DALAM PERUNDANGAN

MALAYSIA

Page 32: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

32

Page 33: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

33

Page 34: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

34

Page 35: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

35

TERAS 3:

MELAKSANAKAN APLIKASI TEKNOLOGI DALAM

SEKTOR MARITIM SELARAS DENGAN REVOLUSI

INDUSTRI 4.0

Page 36: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

36

Page 37: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

37

Page 38: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

38

TERAS 4:

KETERLIBATAN MASYARAKAT DAN PENGLIBATAN

MEDIA UNTUK MEMBENTUK PERSEPSI POSITIF

TERHADAP JABATAN LAUT MALAYSIA

Page 39: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

39

Page 40: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

40

Page 41: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

41

Teras Hala Tuju Satu: Pembangunan Modal Insan Bagi Melahirkan Pegawai Yang Berkemahiran Tinggi Dalam Industri

Fasa 1: Mengadakan Libat Urus Bersama Dengan Pihak Berkepentingan Bagi Penempatan Silang Yang Berkaitan Dengan Perkapalan, Pelaut Dan Pelabuhan Usaha libat urus adalah untuk membangunkan kerangka modal insan bagi

menghasilkan pegawai yang berkemahiran tinggi. Kerangka modal insan yang

dibangunkan ini akan meliputi bidang latihan yang bertujuan untuk memberi

pengetahuan dan meningkatkan kemahiran serta menambah pengalaman dalam

sektor pelabuhan, perkapalan dan keselamatan pelayaran.Untuk melaksanakannya

tempoh latihan minimum ditetapkan di syarikat dari industri maritim yang terpilih bagi

memastikan pegawai memperoleh pendedahan dan pengalaman yang mencukupi.

Syarikat-syarikat tersebut dipilih kerana mereka adalah syarikat peneraju dalam

sektor pelabuhan, perkapalan pembinaan atau penyelenggaraan kapal, badan

klasifikasi kapal, industri gas dan minyak serta logistik maritim. Melalui kerangka ini,

jabatan akan dapat membangunkan pegawai-pegawai yang berkemahiran tinggi,

mempunyai sikap kerja yang baik, kurang membuat kesilapan dan mesra pelanggan.

Fasa 2: Membuat Pencalonan Pegawai Untuk Penempatan Silang Bagi Kesesuaian Padanan Penempatan Pegawai

Melalui pencalonan yang tersusun yang melepasi tahap kriteria yang ditetapkan boleh

memberikan impak yang boleh memastikan penempatan silang dapat dilaksanakan

dengan kesesuaian padanan penempatan pegawai. Pencalonan pegawai untuk

mengikuti penempatan silang ini hendaklah memenuhi kriteria-kriteria tertentu yang

ditetapkan oleh jabatan. Kriteria-kriteria tersebut termasuklah markah Laporan

Prestasi Tahunan (LNPT), bebas daripada tindakan tatatertib, bebas sebagai

peminjam tegar, lulus penilaian sikap dan melepasi penilaian integriti. Penentuan

kriteria ini dibuat bagi memastikan hanya pegawai yang cemerlang, berintegriti dan

berfikiran positif sahaja yang terpilih.

Fasa 3: Membuat Penilaian Impak Sebelum, Semasa Dan Selepas Penempatan Silang

Bagi melaksanakan penilaian kesan impak sosial terhadap penempatan silang,

pegawai-pegawai akan dinilai dari segi prestasi kerja, kemahiran dan sikap kerja.

Penilaian tersebut merangkumi penilaian sebelum, semasa dan selepas penempatan

silang bagi memastikan pegawai memperoleh kemahiran yang diperlukan. Penilaian

sebelum penempatan silang akan dibuat secara pengisian borang mengikut skala

iaitu kemahiran yang dimiliki oleh pegawai sebelum mengikuti penempatan silang dan

jangkaan yang bakal diperolehinya. Semasa penempatan silang pula, pegawai dan

syarikat yang menerima pegawai tersebut dikehendaki mengisi borang penilaian

mengikut skala yang ditetapkan. Setelah tamat tempoh penempatan silang pegawai

akan menilai sendiri penempatan silang yang telah diikutinya. Akhir sekali penyelia di

jabatan asalnya akan menilai penempatan silang yang telah diikutinya. Selain dari itu

setiap peserta perlu menghantar laporan yang mempunyai output fizikal dalam bentuk

Page 42: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

42

projek untuk tambah baik perkhidmatan jabatan silang yang telah diikutinya. Akhir

sekali penyelia di jabatan asalnya akan menilai penempatan silang yang telah

diikutinya. Selain dari itu setiap peserta perlu menghantar laporan yang mempunyai

output fizikal dalam bentuk projek untuk tambah baik perkhidmatan jabatan.

Teras Hala Tuju Dua: Penerapan Konvensyen-Konvensyen Antarabangsa Ke Dalam Perundangan Negara

Fasa 1 : Kehadiran Ke Persidangan Antarabangsa

Adalah sangat penting bagi JLM untuk hadir ke persidangan antarabangsa seperti

International Maritime Organization (IMO) dan International Association of Marine

Aids to Navigation dan Lighthouses (IALA), agar apa jua konvensyen yang diterima

pakai kelak dapat memberi manfaat kepada negara.

Untuk melaksana perkara ini, sebuah Pasukan Khas (Taskforce) yang dianggotai

oleh pegawai-pegawai jabatan perlu diwujudkan dan berhubung secara tetap

setiap suku tahun dengan Pegawai Attache Maritim Malaysia di London. Tugas

Pasukan Khas ini ialah untuk mengumpul, menyelaras dan menganalisis maklumat

awal berhubung konvensyen antarabangsa yang akan dibentang pada

persidangan akan datang.

Semua maklumat awal konvensyen akan diagih dan dikaji secara lebih dalam oleh

Kumpulan Pakar (Expert Group) sebelum ianya diterima pakai oleh negara dan

mengukur sejauh mana kesannya kepada industri maritim.

Sebagai sebuah negara kelautan yang ekonominya bergantung penuh kepada

perdagangan antarabangsa, kehadiran dan keanggotaan Malaysia di peringkat

antarabangsa sebegini bukan sahaja memberi kelebihan bersuara semata-mata,

bahkan menjadi forum untuk menjaga kepentingan ekonomi negara-negara di

rantau Asia Pasifik.

Kejayaan Malaysia untuk menjadi ahli majlis pertubuhan antarabangsa tidak akan

kekal jika negara-negara dirantau Asia Pasifik tidak memberi sokongan apabila

Malaysia tidak lagi menjuarai kepentingan bersama. Oleh sebab yang demikian,

negara perlu menyediakan pelan latihan modal insan berterusan, pembinaan

prasarana latihan teknikal dan memperuntukkan sumber kewangan.

Fasa 2: Konsultasi Dan Kajian Impak Konvensyen Terhadap Industri Maritim

Konsultasi dan kajian impak konvensyen antarabangsa maritim ini adalah amat

penting dilaksanakan bagi memastikan industri maritim negara adalah mematuhi

konvensyen maritim yang berkuat kuasa pada peringkat nasional dan antarabangsa.

Kapal-kapal Malaysia yang beroperasi di dalam dan luar negara akan menerima

kesan langsung seperti kehilangan peluang perdagangan, sekiranya negara terkeluar

dari senarai negara “IMO white list”. Sejumlah lebih kurang 4,600 buah kapal dagang

Page 43: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

43

yang beroperasi di bawah pendaftaran Malaysia akan menerima kesan

perlaksanaan konvensyen antarabangsa.

Selain itu, pelaut-pelaut Malaysia juga akan menerima kesan langsung seperti sukar

mendapat pekerjaan dalam sektor maritim kerana tidak mematuhi keperluan persijilan

pelaut yang mematuhi konvensyen maritim antarabangsa. Sejumlah lebih kurang

50,000 orang pelaut Malaysia akan menerima kesan kesukaran mencari pekerjaan

hasil daripada implementasi konvensyen maritim antarabangsa.

Dalam konteks ini, konsultasi dan kajian impak konvensyen antarabangsa maritim

hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu. Tanpa sesi konsultasi dan kajian ini, tahap

kesediaan kapal-kapal dagang Malaysia dan peluang pekerjaan pelaut-pelaut Negara

sukar diramal dan mungkin menerima kesan yang buruk dan keadaan ini secara

langsung memberi impak yang negatif kepada ekonomi Negara.

Untuk menjayakan penerapan konvensyen utama ini ke dalam undang-undang

negara, pasukan khas task force bersama dengan kumpulan pakar expert group akan

mengadakan beberapa siri konsultasi dan kajian impak bersama pihak

berkepentingan untuk mengukur maklum balas dari pemain industri, kesan atau

impak ke atas modal dan kos operasi.

Oleh sebab yang demikian Negara perlu melaksanakan konsultasi dan kajian impak

konvensyen antarabangsa ini, menerapkan konvensyen maritim dalam perundangan

negara serta menyediakan keperluan kewangan yang mencukupi untuk

melaksanakan program ini dalam tempoh 5 tahun.

Fasa 3: Kerangka Kertas Kerja Dan Draf Undang-Undang

Konvensyen yang telah diterima pakai oleh Negara mestilah diserapkan ke dalam

undang-undang agar industri maritim Negara tidak ketinggalan dan berupaya untuk

terus berdaya saing di peringkat global. Bagi meneruskan proses berikutnya

konvensyen-konvensyen ini akan dipilih dan di senarai akhir dalam kerangka kertas

kerja penyediaan draf akhir undang-undang.

Sekiranya tanpa kerangka, penyenaraian konvensyen-konvensyen tidak akan

mengikut keutamaan dan sukar untuk mencapai tempoh akhir (deadline). Melalui

kerangka yang siap, penyenaraian akhir konvensyen utama dapat dipermudahkan

menjadi draf akhir undang-undang. Draf akhir undang-undang ini pula bermatlamat

untuk menjadikan Negara bersedia lebih awal dari segi perundangan dan jika tiada

perubahan, ianya selaras dengan dasar pengangkutan Negara serta memberi nilai

Page 44: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

44

Teras Hala Tuju Tiga: Melaksanakan Aplikasi Teknologi Dalam Sektor

Maritim Selaras Dengan Revolusi Industri 4.0

Fasa 1: Pembangunan Sistem

Asas Revolusi Industri 4.0 (RI4.0) merupakan satu konsep yang digunakan oleh JLM

dalam membangunkan satu sistem berteknologi digital untuk digunakan oleh pekerja

industri maritim. Selaras dengan RI4.0 ini, JLM telah merancang untuk

membangunkan beberapa sistem digital untuk menyokong semua fungsi JLM dari

aspek keselamatan pelayaran, pemantauan kapal dan alat bantuan pelayaran,

persijilan kapal, perakuan pelaut dan pangkalan data pegawai JLM.

Pembangunan MMDIS adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang efisien

kepada pelanggan JLM di mana semua urusan berkaitan perkapalan dan pelaut

dilakukan secara atas talian. Hal ini menyumbang secara langsung kepada

pengamalan harian secara digital sebagaimana disarankan dalam RI4.0.

Penggunaan sistem ini secara mandatori akan memberi kesan yang besar kepada

pemilik-pemilik kapal di mana kegagalan pematuhan dalam persijilan kapal, standard

keselamatan dan pelaut yang kompeten boleh menyebabkan kapal-kapal tidak

dibenarkan belayar ke mana-mana pelabuhan. Natijahnya, penghantaran kargo tidak

dapat dibekalkan dan seterusnya boleh mengganggu keadaan ekonomi.

Manakala, pembangunan Pusat VTS dan pemantauan AIS adalah sangat penting

dalam memastikan keselamatan pelayaran adalah terjamin dan di samping itu

mengurangkan risiko pelanggaran kapal yang akan mengakibatkan impak yang besar

terhadap persekitaran marin terutamanya industri perikanan dan pelancongan.

Pencemaran minyak yang serius ke atas persekitaran marin termasuk persisiran

pantai akibat pelanggaran kapal boleh menyebabkan kemusnahan kepada sistem

ekologi marin secara keseluruhan. Punca pendapatan nelayan akan terganggu dan

keadaan ini juga boleh mencacatkan industri pelancongan.

Pertumbuhan industri maritim yang sangat pesat untuk memenuhi permintaan global

dari segi kenderaan laut telah menyumbang kepada peningkatan dari segi jumlah

bilangan kapal. Pengaliran trafik maritim yang tinggi memerlukan satu sistem

pemantauan dan pengawalan pergerakan kapal yang lebih efektif dan bersistematik.

Kemalangan kapal akan memberi kesan katastrofik sekali gus akan menjejaskan

penghantaran kargo dan berkemungkinan tidak boleh dihantar langsung. Ini boleh

memberi impak yang tinggi dari segi ekonomi dan pendapatan negara.

Selain itu, penggunaan sistem ini juga boleh membantu dalam menentukan lokasi

sesuatu kapal yang memerlukan bantuan segera semasa kecemasan dan

memaklumkan agensi berkaitan untuk tindakan serta merta bagi meminimumkan

impak terhadap keselamatan nyawa dan harta benda serta persekitaran marin.

Page 45: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

45

Pengurusan latihan pegawai JLM yang efisien, kos efektif dan sistematik dapat

dilaksanakan melalui pembangunan Sistem Pangkalan Data Berpusat yang

komprehensif. Pangkalan data ini juga dapat membantu dalam menganalisis dan

merangka keperluan kursus dan latihan kepada semua pegawai JLM. Pangkalan

data ini juga boleh dikemaskini sepanjang masa. Ketiadaan pangkalan data

berpusat ini boleh menjejaskan pengurusan latihan pegawai serta merugikan dari

segi kos JLM.

Fasa 2 : Menaik Taraf Sistem

VTS merupakan satu sistem pemantauan trafik marin yang dibangunkan dan

dikendalikan oleh JLM untuk memantau pergerakan kapal-kapal dan memberikan

khidmat pemakluman keselamatan pelayaran bagi sesuatu alur navigasi.

Selaras dengan konsep RI4.0 di mana perkembangan teknologi digital yang pesat,

sistem VTS sedia ada perlu dinaiktaraf bagi mengimbangi kemajuan teknologi digital

yang mempunyai pelbagai aplikasi yang dapat menyediakan maklumat bermanfaat.

Kegagalan mengikuti perkembangan teknologi digital ini boleh menyebabkan sistem

sedia ada akan ketinggalan dan tidak bermanfaat kepada pengguna. Pemantauan

akan menjadi kurang efektif dan tidak dapat menepati kehendak kapal-kapal yang

menggunakan alur navigasi di bawah kawalan Pusat VTS.

Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan risiko pelanggaran kapal yang

menggunakan alur navigasi di bawah rangkaian VTS tersebut. Kemalangan

katastrofik akan berlaku dan memberikan impak negatif yang besar kepada ekonomi

negara.

Fasa 3 : Menjalankan Kajian Keberkesanan Sistem

Semua sistem yang hendak dibangunkan akan terlebih dahulu dibuat kajian

kebolehlaksanaan (Feasibility Study) dan kajian capaian sistem (Accessibility

Study) bagi memastikan semua sistem akan memberi impak yang positif kepada

sosioekonomi dan value for money.

Kajian yang komprehensif memerlukan penelitian faktor-faktor yang boleh

menjejaskan keputusan kajian seperti ekonomi, teknologi, perundangan dan

penjadualan.

Pembangunan sistem ini tanpa kajian yang baik boleh menyebabkan sistem yang

dibangunkan tidak memberikan faedah dan matlamat yang disasarkan. Kerugian

yang besar kepada kos kerajaan dan tidak dapat digunakan oleh komuniti

perkapalan akan menyebabkan impak sosioekonomi yang tidak dapat digambarkan.

Kriteria-kriteria seperti bilangan dan kekerapan pengguna yang menggunakan

sistem perlu diambil kira bagi memastikan hasil kajian yang lebih tepat dan

memberikan impak yang positif kepada JLM dan stakeholder keseluruhannya.

Page 46: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

46

Teras Hala Tuju Empat: Keterlibatan Masyarakat Dan Penglibatan Media Untuk Membentuk Persepsi Positif Terhadap Jabatan Laut Malaysia

Fasa 1: Menubuhkan Pasukan Prime Mover Menangani Persepsi Masyarakat

Pasukan Prime Mover ditubuhkan di setiap wilayah dan ia bertanggungjawab mempromosi fungsi dan peranan JLM. Pasukan ini ditugaskan untuk menyediakan pelan operasi, jadual pelaksanaan dan memantau pencapaian program-program bagi strategi keterlibatan masyarakat dan penglibatan media untuk membentuk persepsi positif terhadap JLM seperti berikut:

1. Program Turun Padang

2. Program Tanggungjawab Sosial Korporat

3. Program Kolaborasi Dengan Pihak Media

4. Indeks Kepuasan Pelanggan

5. Indeks Kepuasan Pekerja

Peranan yang dimainkan oleh pasukan ini amat penting bagi memastikan kejayaan pelaksanaan semua program ini supaya dapat membentuk persepsi positif terhadap jabatan. Selain itu, pasukan Prime Mover sentiasa bertindak sebagai penggerak dan pengukur mutu pelaksaan program-program dalam jabatan supaya program tersebut sentiasa bermutu tinggi dan bukan sekadar menjalankan program semata-mata.

Fasa 2: Melaksana Program Turun Padang

Program Turun Padang berupaya menghasilkan impak positif kepada JLM kerana

isu atau permasalahan pelaksanaan yang wujud diperingkat akar umbi sama ada

di peringkat masyarakat atau jabatan dapat difahami.

Bagi mendekati pelanggan dan masyarakat, program yang dijalankan adalah seperti kempen keselamatan, hari bertemu pelanggan dan sesi town hall. Manakala program seperti hari keluarga dan perhimpunan bulanan pula dijalankan bagi mendekati warga jabatan.

Menerusi program ini, jabatan berpeluang untuk mendekati masyarakat dan warga jabatan dengan lebih dekat supaya perkhidmatan yang ditawarkan menepati keperluan mereka dan mengenalpasti kekangan yang dihadapi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada mereka. Pendekatan ini membolehkan sebarang ruang yang berpotensi untuk ditambah baik dikenal pasti lebih awal dan ditangani serta merta dengan melibatkan mereka dalam penyelesaian bersama berkaitan penyampaian perkhidmatan Jabatan. Isu-isu yang dibangkitkan semasa aktiviti-aktiviti ini akan diberikan maklum balas dengan segera dan diikuti dengan tindakan susulan.

Perkhidmatan talian helpdesk juga diwujudkan untuk membolehkan pelanggan dan

masyarakat membuat pertanyaan atau mendapatkan maklumat perkhidmatan

Jabatan dengan lebih cepat, tepat dan berkesan. Urusan pelanggan yang tidak

dapat diselesaikan oleh helpdesk dengan serta merta akan dirujuk kepada pegawai

yang bertanggungjawab atau mereka yang pakar dalam bidang berkenaan untuk

diselesaikan.

Page 47: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

47

Fasa 3: Melaksana Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Penjenamaan semula jabatan akan membentuk persepsi positif masyarakat terhadap

jabatan. Ini boleh dilakukan dengan melaksanakan program-program CSR yang

disasarkan kepada pelanggan dan masyarakat.

Program myDolphin memberikan peluang kepada masyarakat setempat mendapat

manfaat daripada fasiliti dan kemahiran yang dimiliki oleh warga jabatan dari segi

kemahiran asas berenang dan asas keselamatan diri supaya mereka boleh

menggunakan kemahiran tersebut.

Program Elite Eye akan melibatkan penyertaan daripada sepasukan pelajar universiti

tempatan yang dilatih untuk bersama-sama warga jabatan bagi menjalankan

pemantauan di jeti-jeti yang menjadi tumpuan pengunjung terutama ketika Cuti

Umum dan Persekolahan. Program ini membantu pihak pengunjung mengelak risiko

bahaya akibat kesesakan di terminal penumpang dan sekaligus meningkatkan mutu

perkhidmatan Jabatan.

Fasa 4: Melaksana Program Libat Urus (Engagement) Dengan Pihak Media

mengenai Pencapaian Dan Kejayaan JLM

Kerjasama yang baik dengan pihak media ini bertujuan bagi mengukuhkan imej dan

reputasi jabatan pada pandangan masyarakat. Penglibatan dengan pihak media

dalam mempromosikan pencapaian dan kejayaan Jabatan Laut dilaksanakan melalui

newsletter, press release dan sidang media. Selain itu, aktiviti libat urus bersama

dengan pihak media dalam operasi teknikal di atas kapal jabatan di setiap pejabat

wilayah dapat memberi pendedahan mengenai perkhidmatan yang diberikan. Hari

bersama media akan dijalankan supaya membawa media mengikut aktiviti harian

pegawai laut supaya mereka dapat memahami tanggungjawab dan cabaran pegawai

laut dengan lebih mendalam.

Dengan ini, ianya dapat memberi kefahaman kepada pihak media tentang tugas-

tugas warga jabatan dan peranan yang dilaksanakan oleh jabatan. Ini dapat

membantu semua pencapaian dan kejayaan jabatan disampaikan kepada

masyarakat dan pemain industri. Jabatan akan menggunakan perkhidmatan social

media analytic untuk memperolehi analisa maklumbalas bekenaan dengan promosi

pencapaian dan kejayaan yang dimaksudkan. Dengan pengukuran yang berterusan,

libat urus dengan media dalam memberikan persepsi positif kepada masyarakat.

Konsep butterfly effect yang dijalankan secara word of mouth dapat meyakinkan

kebolehlaksanaan dan kejayaan fasa ini.

Fasa 5: Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI)

Indeks kepuasan pelanggan (CSI) digunakan oleh JLM sebagai ukuran tahap

kepuasan pelanggan. Hasil pengukuran CSI akan digunakan untuk menetapkan

strategi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan JLM untuk tujuan meningkatkan

kepuasan pelanggan di masa depan. Ini secara tidak langsung boleh memberikan

Page 48: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

48

satu indikator positif berkaitan persepsi awam terhadap JLM. Indeks ini juga boleh

digunakan sebagai rujukan kepada pembangunan modal insan di masa hadapan.

Dalam mencapai CSI yang memuaskan, JLM komited dalam meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan melalui pengedaran Star Rating dan juga peratusan

pematuhan kepada piagam pelanggan. Kajian soal selidik dan analisa secara

menyeluruh mengenai tahap kepuasan pelanggan. Selain itu program mystery

shopping juga akan dilakukan oleh pihak JLM untuk mengukur tahap kepuasan

pekerja JLM. Dengan ini pekerja akan memberikan mutu perkhidmatan dengan lebih

cemerlang. Selain itu, pengalaman-pengalaman semasa menjalankan mystery

shopping akan diterapkan sebagai best practice pada masa hadapan.

Objektif CSI adalah untuk membantu mewujudkan dan mengekalkan hubungan

jangka panjang dengan pelanggan. CSI membolehkan JLM memahami lebih baik

keinginan, keperluan dan tingkah laku pelanggan JLM.

Fasa 6: Indeks Kepuasan Pekerja (EEI)

Penglibatan pekerja di JLM akan meningkatkan produktiviti JLM dengan lebih baik.

Ini secara langsung akan meningkatkan prestasi JLM secara keseluruhan dalam

memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dalaman dan luaran.

Fasa ini bermula dengan membangunkan kerangka keterlibatan pekerja khasnya

untuk JLM. Kajian soal selidik dan analisis secara menyeluruh mengenai tahap

penglibatan pekerja juga merupakan inisiatif JLM bagi tujuan meningkatkan tahap

penglibatan pekerja.

Bagi mencapai EEI yang memuaskan, pihak pengurusan JLM komited dalam

menyediakan persekitaran kerja yang kondusif. Ini secara tidak langsung akan

meningkatkan produktiviti pekerja dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang

cemerlang kepada pelanggan. Pengiktirafan kepada pekerja cemerlang juga akan

memberikan kesan baik kepada organisasi di mana pekerja lebih bermotivasi untuk

menyumbang kepada kejayaan organisasi.

Pengukuran tahap EEI ini amat penting dan akan dijadikan indikator kepada JLM bagi

meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan

JLM. Indeks EEI akan dijadikan sebagai pedoman untuk meningkatkan mutu

keterlibatan pekerja. EEI juga akan dijalankan setiap tahun di Jabatan.

Page 49: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

49

ELEMEN

PENENTU KEJAYAAN JABATAN LAUT MALAYSIA

Kapasiti Organisasi

Kapasiti organisasi merupakan elemen penting yang menentukan kejayaan dan imej

sesebuah organisasi. Oleh itu, strategi sumber manusia yang seimbang adalah perlu

untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan perancangan strategik ini.

Strategi perancangan sumber manusia yang jitu meliputi pengambilan dan pemilihan,

latihan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi dan pengiktirafan. Setiap warga

kerja juga hendaklah mempunyai ‘minda kelas pertama’ iaitu mempunyai tahap

penguasaan ilmu yang tinggi, bersikap proaktif, akauntabiliti, memiliki kekayaan

moraliti, dan mengamalkan budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan

pembangunan yang bersifat holistik. Sikap inilah yang menjadi penentu bagi

mewujudkan budaya kerja berprestasi tinggi yang akan menjadi aspirasi untuk

menyumbang ke arah kecemerlangan organisasi.

Pengetahuan Dan Kepakaran

Secara amnya, elemen pengetahuan dan kemahiran merupakan faktor penting dalam

memastikan fungsi dan peranan JLM dicapai dengan jayanya. Selari dengan itu,

pembentukan kapasiti organisasi yang berkemahiran tinggi, kompeten, profesional

dan cekap amatlah penting. Penyediaan rangka latihan yang komprehensif

mencakupi nilai-nilai teras JLM dijangkakan akan melahirkan pegawai-pegawai

Jabatan Laut yang mengutamakan ketelusan dan konsistensi sesuatu tugasan yang

telah diamanahkan di samping memastikan semua tindakan diambil adalah betul.

Pegawai-pegawai Jabatan Laut yang berkemahiran dan berpengetahuan ini

semestinya akan menyumbang bakti dan jasa khususnya kepada pemain industri di

peringkat nasional dan antarabangsa amnya. Kepakaran dalam sesuatu bidang yang

dimiliki oleh pegawai Jabatan Laut akan diguna pakai dalam memberikan khidmat

nasihat dan meningkatkan lagi kemajuan pembangunan industri maritim.

Pengiktirafan ini sesungguhnya akan menjadikan negara Malaysia dihormati di dalam

dan di luar negara.

Komitmen Pihak Berkepentingan

Komitmen pihak berkepentingan adalah penting untuk diberi perhatian khusus

supaya hala tuju jabatan mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu menuju negara

maju. Dengan yang demikian, Kerajaan dan pemain industri perlu mempunyai objektif

yang jelas straight forward dan kosistent. Tindak balas (respond) Kerajaan berkaitan

keperluan industri maritim yang sentiasa dinamik dan patuh kepada standard

antarabangsa adalah perlu bagi memastikan industri maritim negara sentiasa berada

di hadapan. Sebagai contoh, pematuhan konvensyen buruh antarabangsa boleh

membuka peluang industri maritim negara menjadi pemain di peringkat global. Bagi

menjalin kerjasama tersebut, kedua-dua pihak hendaklah berusaha untuk

Page 50: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

50

membentuk peraturan yang memudahkan proses, seragam dan diterima oleh

semua pihak. Komitmen pihak yang berkepentingan ini hendaklah memberi

keputusan yang memihak kepada kepentingan negara dan akhirnya memberi

kejayaan kepada industri maritim di Malaysia secara keseluruhan.

Sokongan Pengurusan Atasan

Pengurusan organisasi yang mantap memainkan peranan penting merangka

dasar, merancang, membuat keputusan, dan penggerak program JLM. Komitmen

dan sokongan yang berterusan daripada pihak pengurusan atasan akan memberi

impak terhadap pengurusan perubahan yang efektif.

Kerjasama pengurusan atasan dan kumpulan pelaksana adalah penting untuk

mencapai objektif, hala tuju jabatan dan mendapat pengiktirafan.

Di samping itu sokongan pengurusan memberi keyakinan, membentuk imej positif

dan meningkatkan motivasi kepada kakitangan seterusnya mewujudkan suasana

kerja yang kondusif.

Peruntukan Kewangan

Sumber kewangan yang mencukupi akan memastikan objektif yang telah

ditetapkan dapat dicapai dan membolehkan JLM berfungsi dengan cekap dan

berkesan. Anggaran kos pelaksanaan program perlu disediakan dengan teliti agar

perbelanjaan kerajaan dibuat dengan secara berhemah dan di optimumkan.

Kekangan sumber kewangan akan menjejaskan pelaksanaan program-program

yang telah disusun akan boleh menyebabkan pencapaian yang disasarkan tidak

boleh dicapai dengan jayanya.

Jadual Pelaksanaan

Jadual Pelaksanaan dibangunkan bagi memastikan Pelan Strategik JLM dapat

dilaksanakan dengan cekap dan sistematik. Bagi tujuan pemantauan terhadap

jadual pelaksanaan yang lebih lancar maka kolaborasi di semua peringkat iaitu

stakeholder, pelanggan termasuk juga kapasiti organisasi JLM dilibat urus secara

berterusan. Jadual pelaksanaan yang menyeluruh berupaya menghasilkan

perkhidmatan yang cekap dan berkesan dan seterusnya mengubah dan

menangani persepsi negatif awam. Akhir sekali JLM dapat merealisasikan

pencapaian untuk memberi sumbangan kepada sebuah negara yang berdaya maju

dan dihormati di peringkat global. Di samping itu pemain industri mendapat manfaat

dengan penambahbaikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JLM.

Page 51: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

51

Polisi dan Dasar Pengangkutan Negara

Kejayaan Pelan Strategik JLM ini bukan sahaja bergantung kepada visi dan misi

sahaja, tetapi didorong juga oleh berapa faktor lain seperti fokus, konsisten, hala

tuju dan panduan yang jelas agar ianya selari dengan Dasar Pengangkutan

Negara.

Perlaksanaan Pelan Strategik ini akan mencakupi industri maritim secara menyeluruh

bagi membolehkan negara menjadi maju serta berdaya saing di peringkat

antarabangsa. Di samping itu, ianya telah dirangka secara professional, transparent,

seragam dan menepati prosedur.

Berpandukan perkara-perkara di atas, boleh dirumuskan bahawa Pelan Strategik ini

berintegriti dan boleh dipercayai.

Page 52: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA

52

PENUTUP

PELAN STRATEGIK JABATAN LAUTMALAYSIA

Pelan strategik Jabatan Laut Malaysia 2019 – 2023 menggariskan tumpuan, teras

dan sasaran strategik melalui fungsi strategik jabatan iaitu mengawal selia

perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran, pemberi perkhidmatan

sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran dan pembangunan

ekonomi maritim. Strategi Jabatan Laut Malaysia juga menyediakan rangka kerja

kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju strategik organisasi serta

meningkatkan keupayaan dalaman bagi merealisasikan visi, misi dan fungsi jabatan.

Page 53: PELAN STRATEGIK JABATAN LAUT MALAYSIA - marine.gov.my · Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang masing-masing mempunyai Ketua Perkhidmatan