Upload
doanhanh
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
2 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 2 2
PELAN STRATEGIK JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM (JKAD) UNIVERSITI AWAM (UA) 2017-2021
KANDUNGAN
1.0 Perutusan Pengerusi JKAD UA 2015-2016……………. 2
2.0 Perutusan Pengerusi JKAD UA 2017-2018……………. 4
3.0 Latar Belakang & Sejarah JKAD UA…………………. 7
4.0 Struktur JKAD UA ………………………………. 23
5.0 Visi, Misi & Nilai Teras JKAD UA……………………. 29
6.0 Proses Pembangunan Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021.. 34
7.0 Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan ……..………. 45
8.0 Carta Gantt.…………………….. ……..………. 51
3 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 3 3
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI JKAD UA 2015-2016
Bismillahirrahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNya, Pelan Strategik JKAD UA Malaysia Bagi
Tempoh Tahun 2017-2021 berjaya dihasilkan.
Bagi setiap organisasi, perancangan yang teliti dan strategik merupakan kunci kepada
kejayaan terhadap apa juga program yang dirancang dan dilaksanakan.Tanpa
perancangan yang jitu, sesebuah organisasi seolah-olah bergerak tanpa objektif dan
matlamat yang jelas. Oleh itu, Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 dihasilkan sebagai
panduan kepada ahli JKAD UA dan tiga (3) Biro dibawahnya dalam membantu
meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan yang seragam antara semua universiti awam
yang meliputi kecekapan sistem pengauditan, penilaian kawalan dalaman, dan
pembangunan sistem pengauditan dengan mengambil kira keperluan untuk disesuaikan
dengan perkembangan dunia semasa. Penggubalan pelan ini adalah dengan matlamat
utamanya untuk:
(i) Menjelaskan visi, misi dan nilai teras JKAD UA;
(ii) Menetapkan Matlamat Strategik dan Strategi Objektif untuk membantu
menjelaskan apakah yang ingin dicapai oleh JKAD UA dalam jangkamasa
panjang;
Pn. Naaimah Ahmad Radzi
Pengerusi JKAD UA 2015-2016
Ketua Audit Dalam IIUM
4 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 4 4
(iii) Menyesuaikan Matlamat dan Objektif Strategik untuk memudahkan
pelaksanaan projek-projek yang telah dipersetujui dan juga untuk proses
penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) selaras dengan keutamaan
keperluan bagi tempoh 2017-2021;
(iv) Menyelaraskan strategi JKAD UA dengan kehendak pemegang taruh utama
seperti Kementerian Pengajian Tinggi, pihak Lembaga Pengurusan Universiti,
Jabatan Audit Negara dan pengamal industri; dan
(v) Menyediakan rangka kerja untuk menilai pencapaian strategi-strategi yang
telah dirancang dengan lebih sistematik dan efisien.
Terdapat tiga (3) Matlamat Strategik yang dikenal pasti dalam proses penghasilan Pelan
Strategik JKAD UA 2017-2021 iaitu: (i) Pematuhan kepada Standard Profesional (ii)
Pembangunan Kapasiti dan Perkongsian Pengetahuan serta (iii) Inovasi dan Kelestarian
Pengauditan.
Oleh itu, saya mengharapkan semua program yang dirancang menerusi ketiga-tiga teras
berkenaan dilaksanakan dengan jayanya berdasarkan KPI yang ditetapkan. Seterusnya
diharapkan juga agar pelan ini dapat menyokong peranan JKAD UA supaya sentiasa
relevan dan efektif, selaras dengan tahap jangkaan pemegang taruh dan masyarakat
yang semakin meningkat.
Akhirnya, saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang
menyumbangkan tenaga, idea dan input yang tidak ternilai kepada penghasilan pelan ini.
Terima kasih jua saya sampaikan kepada seluruh Warga JKAD UA sama ada yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan pelan ini.
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Naaimah Ahmad Radzi
Pengerusi JKAD 2015-2016
Pengarah Pejabat Audit Dalam IIUM
5 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 5 5
2.0 PERUTUSAN PENGERUSI JKAD UA 2017-2018
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya
maka Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 telah dapat disiapkan. Ianya merupakan
hasil usaha bersama semua ahli JKAD UA melalui beberapa perbincangan dan penilaian
yang kritis sejak tahun 2016 lagi.
Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 telah menemukan tiga (3) Matlamat Strategik dan
enam (6) Nilai Teras sebagai amalan dan panduan kepada ahli JKAD UA. Objektif
Strategik dan Strategi Utama yang telah digariskan bersama adalah sebagai panduan
JKAD UA bergerak bersama-sama secara terarah dan terpandu. Selain itu juga Petunjuk
Prestasi Utama bagi setiap Matlamat Strategik telah dikenalpasti bagi memastikan
pelaksanaan dan pemantauan yang berkesan terhadap Pelan Strategik JKAD UA 2017-
2021.
Di antara perkara penting Matlamat Strategik JKAD UA adalah untuk memantapkan
kualiti Audit Dalam dengan pematuhan kepada standard professional yang termaktub di
dalam International Professional Practices Framework (IPPF) yang diterbitkan oleh The
Institute of Internal Auditors (IIA) Global. Juga melaksanakan pembangunan kapasiti dan
perkongsian pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi selain melakukan inovasi
dalam auditan untuk kelestarian pengauditan. Saya penuh yakin pelan ini akan membawa
JKAD UA ke satu fasa yang lebih tinggi. Ini adalah kerana dengan adanya perancangan
Tn. Haji Roslan Md Taha
Pengerusi JKAD UA 2017-2018
Ketua Audit Dalam UTHM
6 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 6 6
yang teratur dan sistematik maka sudah tentu dapat menggerakkan JKAD UA dengan
lebih aktif dan berkesan dalam usaha mencapai visinya iaitu “Sebagai pemangkin
kepada kecemerlangan dan keberkesanan tadbir urus Universiti.”
Adalah tidak dinafikan tugas Audit Dalam semakin mencabar dan ianya berkait rapat
dengan perkembangan yang berlaku kini kesan globalisasi, perkembangan dalam bidang
IT dan persekitaran audit yang semakin kompleks serta harapan pihak auditi yang
meningkat terhadap aspek akauntabiliti dan urus tadbir yang berkesan. Perkembangan
ini memerlukan JKAD UA melakukan perubahan dan menerapkan pendekatan /
metodologi audit yang lebih berkesan untuk memastikan Audit Dalam kekal relevan, agar
dapat menangani harapan pemegang taruh sewajarnya.
Untuk itu, saya amat berharap Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 yang disediakan ini
berada di atas landasan yang terbaik berteraskan Misi JKAD UA iaitu “Beriltizam
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengauditan serta kredibiliti Audit
Dalam melalui perkongsian pengalaman dan pembangunan profesional
berterusan”. Justeru, semua ahli perlu bersama-sama berganding bahu, satu tekad, satu
matlamat serta terus menggembeleng tenaga dan komited untuk memperkasa
kecemerlangan JKAD UA melalui Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 yang telah
dipersetujui bersama.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli JKAD
UA yang telah menyumbang usaha serta terlibat dalam sumbang saran dan idea
menyediakan pelan ini. Semoga segala penat dan jerih semua pihak mendapat ganjaran
dan pahala daripada Allah S.W.T. Saya mendoakan agar setiap kita akan mencapai
prestasi yang terbaik daripadaNya dengan dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan
kerahmatan untuk melaksana dan merealisasikan pelan ini.
Sekian, Wassalamualaikum W.B.T dan terima kasih.
Tn. Haji Roslan Md Taha
Pengerusi JKAD UA 2017-2018
Ketua Audit Dalam UTHM
8 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 8 8
3.0 LATAR BELAKANG JKAD UA
Mesyuarat Pendaftar-pendaftar Bil. 3/2002 pada 22 September 2002 telah
memperakukan kertas kerja “Cadangan Mewujudkan Kerjasama di Antara Juruaudit
Dalam Di Semua Institut Pengajian Tinggi Awam” serta memutuskan keperluan untuk
mewujudkan satu bentuk kerjasama antara Juruaudit Dalam UA bagi tujuan utama yang
berikut:
1. Meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan yang seragam antara semua UA
meliputi kecekapan sistem pengauditan, penilaian kawalan dalaman, dan
pembangunan sistem; dan
2. Menjadi forum perbincangan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan
universiti.
Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Unit Audit Dalam (MBKUAD) ditubuhkan pada
November 2002 dengan keahlian melibatkan 17 UA dan pada tahun 2012 bertambah
bilangan kepada 20 UA. Senarai terkini Ketua Audit Dalam UA seperti gambarajah di
bawah.
9 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 9 9
GAMBARAJAH 1: SENARAI KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM
MALAYSIA (SEHINGGA 1 OGOS 2017)
10 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 10 10
MBKAD Bil. 1/2013 pada 20 Mac 2013 telah bersetuju dengan pemilihan akronim
“Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Audit Dalam (MBKAD)” untuk menggantikan
penggunaan akronim “Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Unit Audit Dalam (MBKUAD)”.
Pada 21 Disember 2016, melalui Mesyuarat MBKAD Bil 3/2016, semua ahli telah
bersetuju supaya nama “Mesyuarat Bersama Ketua-ketua Audit Dalam (MBKAD)” diganti
kepada nama “Jawatankuasa Ketua-ketua Audit Dalam (JKAD)” dan menubuhkan tiga
(3) Biro untuk menjalankan strategi-strategi yang telah termaktub di dalam Pelan
Strategik JKAD UA 2017-2021. Biro-biro tersebut adalah:
1. Biro Perancangan Strategik dan Inovasi (BSI)
2. Biro Pemantapan Kualiti (BPQ)
3. Biro Pembangunan Kompetensi (BPK)
Selari dengan tujuan utama penubuhan JKAD UA, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan
sejak 2003 lagi. Antaranya seperti berikut:
Mesyuarat JKAD UA (Tiga Kali Setahun)
12 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 12 12
Mesyuarat Khas JKAD UA Bersama Jabatan Audit Negara (Februari / Mac
Setiap Tahun)
Mesyuarat Khas Bersama Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi
Malaysia
13 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 13 13
ACL User Group Sharing Session di IIUM KL Campus pada 20 Februari 2017
14 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 14 14
Seminar Kebangsaan Audit Dalam Sektor Pendidikan 2015 di Hotel Mahkota,
Melaka pada 11 – 12 Mei 2015
15 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 15 15
Peer Review Fasa 1 di Hotel Seri Malaysia, Kangar pada 1 – 4 Disember 2014
16 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 16 16
Peer Review Fasa 2 di Hotel Cathayana, Kuantan pada 7 – 8 April 2015
17 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 17 17
Peer Review Fasa 3 di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya pada 17 – 18
Disember 2015
18 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 18 18
Networking Session with Delegates from Indonesia (15 Julai 2011 di UPM)
19 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 19 19
Networking Session with Delegates from Thailand (18 Mei 2011 di UM)
20 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 20 20
Networking Session with CEO from ACL Vancouver, Canada (3 November
2016 di IIUM)
21 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 21 21
Lawatan Ke Salihin Consulting Group Sdn Bhd (29 October 2015)
24 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 24 24
4.0 STRUKTUR JKAD UA 2017 – 2018
A. Jawatankuasa Ketua Audit Dalam Universiti Awam (JKAD UA)
Keahlian JKAD UA adalah terdiri daripada Ketua-ketua Audit Dalam semua Universiti
Awam di Malaysia. JKAD UA bermesyuarat sebanyak tiga (3) kali setahun. Tugas
utamanya adalah meluluskan polisi, dasar dan kertas kerja cadangan aktiviti Biro-biro
dalam mencapai objektif JKAD UA. Juga bertindak melantik dikalangan ahlinya iaitu
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Juruaudit, ahli Exco dan ahli Biro-biro di bawah JKAD
UA.
1. Pengerusi
Pengerusi dilantik oleh JKAD UA dari kalangan ahli mesyuarat JKAD UA. Asas
pemilihan adalah secara giliran dan tempoh perlantikannya adalah selama dua
(2) tahun.
2. Exco JKAD UA
Keahlian Exco JKAD UA adalah terdiri daripada Pengerusi, Timbalan
Pengerusi, Bendahari Kehormat, Setiausaha, Ketua-ketua Biro dan ahli JKAD
UA yang dijemput khas oleh Pengerusi sebagai Ahli Turut Hadir. Peranan
utamanya adalah membincangkan isu-isu pentadbiran dan kewangan JKAD
UA mengikut keperluan.
3. Setiausaha
Setiausaha adalah dari kalangan Juruaudit Dalam yang dilantik oleh Pengerusi
JKAD UA. Beliau bertanggungjawab menguruskan perjalanan mesyuarat dan
menyokong urusan pentadbiran JKAD UA.
4. Bendahari Kehormat
Ketua Audit Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia dilantik sebagai Bendahari
Kehormat. Beliau bertanggungjawab dalam penyediaan akaun dan rekod
kewangan Akaun Tabung JKAD UA.
UMP
25 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 25 25
5. Juruaudit
Juruaudit adalah terdiri daripada dua (2) orang ahli mesyuarat JKAD UA yang
dilantik untuk membuat pengauditan bagi memastikan semua pentadbiran
akaun dan penyimpanan rekod adalah mengikut terma yang ditetapkan.
B. BIRO-BIRO DI BAWAH JKAD UA
1. Biro Perancangan Strategik dan Inovasi (BSI)
Mengkoordinasi dan memastikan
pencapaian Objektif Strategik setiap biro
selaras dengan pelan strategik JKAD UA
serta menginovasikan pengauditan
dengan mengadaptasikan teknologi
terkini selaras dengan amalan terbaik
UMP
26 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 26 26
2. Biro Pemantapan Kualiti (BPQ)
KUALITI PENERAJU KEJAYAAN
Mengenalpasti dan melaksanakan konsep serta
kaedah pengawalan kualiti pengauditan yang
dijalankan oleh Audit Dalam Universiti Awam
supaya menepati keperluan International
Professional Practices Framework (IPPF) yang
dikeluarkan oleh The Institute of Internal Auditors
Global dan juga lain-lain pekeliling yang
diterimapakai dan bersesuaian dengan penubuhan
Audit Dalam Universiti Awam.
27 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 27 27
3. Biro Pembangunan Kompetensi (BPK)
Menyediakan peluang perkongsian pengetahuan,
amalan terbaik dan pengalaman serta
pembangunan kapasiti melalui keberkesanan
program latihan, kursus, seminar dan bengkel.
28 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 28 28
Rajah 1 - Struktur JKAD UA Bertarikh 27 Ogos 2017
UniMAP
30 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 30 30
5.1 VISI
Audit Dalam Sebagai Pemangkin Kepada Kecemerlangan dan Keberkesanan
Tadbir Urus Universiti Awam.
Audit Dalam adalah antara penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan
kewangan dan akauntabiliti Universiti Awam. Pelaksanaan pengauditan secara berfokus
melalui mandat meningkatkan kualiti audit serta pematuhan piawaian-piawaian yang
terpakai dapat menjamin amalan terbaik dalam organisasi. Audit Dalam sewajarnya
menjadi relevan dalam persekitaran organisasi serta kecemerlangan tadbir urus
Universiti Awam.
5.2 MISI
Beriltizam Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pengauditan dan
Kredibiliti Audit Dalam Universiti Awam Melalui Perkongsian Pengalaman dan
Pembangunan Profesional Berterusan.
Misi JKAD UA ialah untuk membantu Audit Dalam Universiti Awam melaksanakan
pengauditan secara profesional berlandaskan standard pengauditan yang ditetapkan.
Berusaha untuk meningkatkan kecekapan, kredibiliti dan keberkesanaan pengauditan
melalui perkongsian pengalaman dan pembangunan professional yang berterusan dan
seterusnya memastikan penggunaan sumber-sumber secara ekonomi, efisien dan efektif
melalui perkhidmatan audit yang bebas, profesional dan berkualiti. Ini juga dapat
membantu pencapaian objektif universiti melalui pendekatan pengauditan yang
bersistematik dan berdisiplin untuk menilai pengurusan risiko, kawalan dalaman dan
tadbir urus universiti.
5.3 NILAI TERAS
Nilai teras adalah prinsip asas yang digunakan dalam penentuan pelan rancangan
strategik. Matlamat strategik, program dan aktiviti disarankan dalam pelan perancangan
strategik adalah selari dengan nilai teras yang telah ditetapkan seperti berikut:
31 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 31 31
Profesional
Melaksanakan tugas dengan berintegriti, telus dan bebas bagi memastikan hasil
kerja yang berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan piawaian dan amalan terbaik.
Progresif
Bergerak maju dengan melakukan perkongsian pintar dan melaksanakan aktiviti
yang berkualiti tinggi dalam usaha meningkatkan pengetahuan, kreativiti dan
kemahiran.
Integriti
JKAD UA mengutamakan aspek integriti serta memastikan pematuhan kod etika
profesional dalam meningkatkan imej dan kredibiliti Audit Dalam.
Inovatif
Sentiasa konsisten dalam aktiviti pengauditan dengan teknik yang inovatif bagi
memenuhi keperluan serta kehendak pemegang taruh dan auditi. Berani
mengambil risiko dan mempunyai inisiatif dalam menghadapi cabaran serta
fleksibel dalam apa-apa perubahan.
Kerjasama
Menjalinkan kerjasama antara ahli JKAD UA serta berkolaborasi dengan badan-
badan profesional dan pengamal industri untuk faedah bersama.
Keterangkuman
JKAD UA mengiktiraf kepelbagaian keupayaan dan idea serta percaya kepada
prinsip saling menghormati dalam memberi peluang sama rata di antara ahli-
ahlinya.
32 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 32 32
Rajah 1 - RINGKASAN VISI, MISI & NILAI TERAS JKAD UA
Audit Dalam sebagai
pemangkin kepada
kecemerlangan dan
keberkesanan tadbir urus
Universiti Awam.
Beriltizam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengauditan dan kredibiliti Audit Dalam Universiti Awam
melalui perkongsian pengalaman dan pembangunan profesional
berterusan.
PROFESIONAL
PROGRESIF
INTEGRITI
INOVATIF
KERJASAMA
KETERANGKUMAN
VISI
MISI
NILAI TERAS
JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM
33 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 33 33
PROSES PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK JKAD UA
2017-2021
34 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 34 34
6.0 PROSES PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK JKAD UA
2017-2021
1. OBJEKTIF UTAMA
Proses Pembangunan Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 telah dimulakan sejak tahun
2016 oleh BSI. Tujuan utama penyediaan Pelan Strategik JKAD UA adalah seperti
berikut:
a) Menyediakan perancangan strategi yang jelas dan objektif demi untuk mencapai
sasaran utama yang telah termaktub sejak JKAD UA ditubuhkan pada 22
September 2002, iaitu untuk meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan yang
seragam antara semua Universiti Awam yang meliputi kecekapan sistem
pengauditan, penilaian kawalan dalaman dan pembangunan sistem pengauditan;
b) Menyelaraskan strategi JKAD UA dengan kehendak pemegang taruh utama
seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Pengurusan Universiti, Jabatan Audit
Negara dan pengamal industri; dan
c) Menyediakan rangka kerja untuk menilai pencapaian strategi-strategi yang telah
dirancang dengan lebih sistematik dan efisien.
Rajah 2 - BUKU PANDUAN PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JKAD UA
35 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 35 35
2. LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
1•VISI, MISI DAN NILAI TERAS
•Membangunkan Visi,
Misi dan Nilai Teras
JKAD UA
2•MATLAMAT STRATEGIK
•Tujuan menetapkan
Matlamat Strategik
untuk membantu
menjelaskan apakah
yang ingin dicapai
oleh JKAD UA dalam
jangkamasa panjang.
3•OBJEKTIF
STRATEGIK
•Objektif Strategik
disenaraikan dalam
bentuk Petunjuk
Prestasi Utama atau
pelaksanaan projek.
4•PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
•Menyusun KPI atau
projek mengikut
keutamaan.
•Menentukan sasaran
bagi setiap KPI atau
projek.
•Membangunkan
matriks pelaksanaan.
LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
36 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 36 36
3. PROSES PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
Ringkasan proses pembangunan Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 adalah seperti
berikut:
PELAN TINDAKAN TARIKH
MULA
TARIKH
AKHIR
FASA 1
Draf rangka kerja disediakan. 19 April 2016 22 April 2016
Draf rangka kerja disediakan oleh BSI dan dikemukakan kepada Pengerusi
JKAD dan Pengerusi Jawatankuasa melalui e-mel. 25 April 2016 25 April 2016
FASA 2
Mesyuarat BSI bersama Pengerusi JKAD dan Pengerusi Jawatankuasa di
UM bagi membincangkan Draf rangka kerja. 27 April 2016 27 April 2016
Draf ke-2 disediakan berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Strategik dan Inovasi (JPSI) pada 27 April 2016 3 Mei 2016 6 Mei 2016
Draf ke-3 disediakan berdasarkan kepada Mesyuarat BSI dan Task Force
Pelan Strategik JKAD UA di UMK . 4 Ogos 2016 11 Ogos 2016
Draf ke-3 diedarkan kepada semua KAD selepas pemurnian dan
penambahbaikan dengan Pengerusi JKAD UA. 17 Ogos 2016 7 Sept 2016
Buku Panduan Penyediaan Pelan Strategik diedarkan melalui e-mel untuk
rujukan KAD. Manakala salinan hardcopy disediakan oleh pihak BSI untuk
edaran semasa Bengkel Pelan Strategik Fasa 1 di UTeM .
9 September
2016
9 September
2016
FASA 3
Bengkel Pelan Strategik Fasa 1 di UTeM, Melaka bagi penyediaan
Langkah 1 - visi, misi dan nilai teras
Langkah 2 – Matlamat Strategik
20 September
2016
20 September
2016
37 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 37 37
PELAN TINDAKAN TARIKH
MULA
TARIKH
AKHIR
Mesyuarat BSI di USM, Pulau Pinang membincangkan tentang tindakan
susulan yang perlu diambil oleh BSI selepas bengkel di Melaka.
13 Disember
2016
13 Disember
2016
Mesyuarat BSI di UPM bagi penyediaan Draft Template Pelan Strategik
JKAD UA yang mengandungi perkara berikut:
a) Draf Matlamat Strategik 1 (BPQ), Matlamat Strategik 2 (BPK) dan
Matlamat Strategik 3 (BSI). Walau bagaimanapun, ia perlu dimurnikan
dan dibentangkan dalam bengkel pelan strategik JKAD UA (Fasa 2).
b) Matlamat Strategik, Objektif Strategik, Strategi Utama dan aktiviti
berserta KPI BSI disediakan sebagai panduan kepada Ketua BPQ dan
BPK.
c) Cadangan supaya KPI Pelan Strategik JKAD UA diukur bermula pada
tahun 2017 hingga 2022. Walau bagaimanapun perkara ini perlu
dibincangkan dalam mesyuarat JKAD UA.
21 Februari
2017
22 Februari
2017
Draf Template Pelan Strategik JKAD UA diedarkan melalui e-mel untuk
rujukan dan tindakan semua Ketua Biro. 2 Mac 2017 22 Mac 2017
FASA 4
Bengkel Pelan Strategik Fasa 2 di UniSZA, Terengganu bagi penyediaan:
Langkah 3 – Objektif Strategik, Strategi Utama bagi menyokong
pencapaian Matlamat Strategik.
Langkah 4 – KPI, Projek dan penentuan sasaran serta
membangunkan matriks pelaksanaan.
23 Mac 2017 23 Mac 2017
Mesyuarat BSI di UPM bagi membincangkan hasil bengkel Fasa 2 yang
telahpun diadakan di UniSZA, Terengganu. 26 April 2017 26 April 2017
Penyediaan Draf Write Up Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 oleh BSI
bersama EXCO JKAD di UKM, Selangor. 23 Mei 2017 24 Mei 2017
Mesyuarat BSI di UPM untuk membincangkan Draf Pelan Strategik JKAD
UA 2017-2021.
13 Julai 2017 14 Julai 2017
38 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 38 38
PELAN TINDAKAN TARIKH
MULA
TARIKH
AKHIR
FASA 5
Draf Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 dibentangkan di mesyuarat JKAD
UA di UNIMAS, Sarawak. 20 Julai 2017 21 Julai 2017
Beberapa siri Draf Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 disediakan oleh
KAD IIUM (version 1.1, 1.21, 1.30) untuk semakan BSI. 25 Ogos 2017
20 September
2017
Draf Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 version 1.3 disemak di Mesyuarat
BSI bil. 5/2017 di UPNM, Kuala Lumpur.
2 Oktober
2017
2 Oktober
2017
Pembentangan Draf Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 di Mesyuarat BSI
bersama EXCO JKAD UA di IIUM Kampus Gombak
19 Oktober
2017
20 Oktober
2017
Cetakan Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 30 Oktober
2017
10 November
2017
Pelancaran Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021 semasa Mesyuarat JKAD
UA 3/2017 di UKM.
15 November
2017
15 November
2017
FASA 6
Pemantauan Pelaksanaan Pelan Strategik. Januari 2018 31 Disember
2021
40 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 40 40
4. RINGKASAN PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
MISI
Beriltizam meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan pengauditan dan kredibiliti
Audit Dalam Universiti Awam melalui
perkongsian pengalaman dan pembangunan
profesional berterusan
VISI Audit Dalam sebagai pemangkin kepada
kecemerlangan dan keberkesanan tadbir
urus Universiti Awam
NILAI TERAS Profesional, Progresif, Integriti, Inovatif,
Kerjasama dan Keterangkuman
MATLAMAT STRATEGIK 1
Pematuhan Kepada Standard Profesional
BIRO PEMANTAPAN KUALITI
(BPQ)
OBJEKTIF STRATEGIK 1:
Mengukuhkan metodologi dan amalan
profesional Audit Dalam di UA
Malaysia selaras dengan International Professional Practice Framework
OBJEKTIF STRATEGIK 2:
Menyediakan perancangan, kajian dan
analisa tentang proses amalan terbaik
dengan badan-badan
profesional/pengamal industri
MATLAMAT STRATEGIK 2
Pembangunan Kapasiti & Perkongsian Pengetahuan
BIRO PEMBANGUNAN KOMPETENSI (BPK)
OBJEKTIF STRATEGIK 1:
Menyediakan peluang pembangunan
kompetensi serta perkongsian
pengetahuan dan pengalaman
OBJEKTIF STRATEGIK 2:
Menjalin hubungan dan menanda aras
Audit Dalam di Agensi lain
MATLAMAT STRATEGIK 3
Inovasi dan Kelestarian Pengauditan
BIRO STRATEGIK DAN INOVASI (BSI)
OBJEKTIF STRATEGIK 1:
Mengkoordinasi dan memastikan
pencapaian Objektif Strategik setiap
biro selaras dengan pelan strategik
JKAD UA
OBJEKTIF STRATEGIK 2:
Menginovasikan pengauditan dengan
mengadaptasikan teknologi terkini
selaras dengan amalan terbaik
41 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 41 41
5. PEMBANGUNAN MATLAMAT STRATEGIK & OBJEKTIF STRATEGIK UNTUK
PELAN STRATEGIK JKAD UA 2017-2021
Pembangunan Matlamat Strategik dan Objektif Strategik untuk Pelan Strategik JKAD
UA 2017-2021 telah dijalankan seawal April 2016 di Universiti Teknikal Melaka
(UTeM) sehingga Mac 2017 di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Semua Ketua-ketua Audit terlibat di dalam proses tersebut melalui biro-biro yang telah
ditubuhkan. Semua Matlamat Strategik dan Objektif Strategik untuk Pelan Strategik
JKAD UA 2017-2021 telah disesuaikan dengan setiap biro demi untuk memudahkan
pelaksanaan projek-projek yang telah dipersetujui dan juga untuk proses penilaian
KPI setiap biro yang akan dipantau oleh BSI pada setiap akhir tahun.
A. MATLAMAT STRATEGIK & OBJEKTIF STRATEGIK BPQ
1. MATLAMAT STRATEGIK 1
PEMATUHAN KEPADA STANDARD PROFESIONAL
Penjelasan
kepada
MATLAMAT
STRATEGIK 1
Sebagai juruaudit dalam Universiti Awam Malaysia adalah menjadi amalan
terbaik untuk mematuhi standard yang ditetapkan oleh Institute of Internal
Auditors Malaysia (IIAM) yang merupakan badan induk yang mengawal selia
profesion Juruaudit Dalam.
2. OBJEKTIF STRATEGIK
OBJEKTIF
STRATEGIK 1
Mengukuhkan metodologi dan amalan profesional Audit Dalam di
Universiti Awam Malaysia selaras dengan International Professional
Practice Framework (IPPF) oleh Institute of Internal Auditors, Global.
STRATEGI UTAMA 1:
Peer Review / External Assessment setiap 5 tahun.
STRATEGI UTAMA 2:
Quality Assurance Lead Assessor yang mendapat pengiktirafan IIA Malaysia.
STRATEGI UTAMA 3:
Garis panduan pematuhan IPPF.
STRATEGI UTAMA 4:
Kompilasi amalan pengauditan terbaik di Universiti Awam Malaysia
a. Pelaporan audit kepada pemegang taruh
b. Pendekatan proses pengauditan
c. Penyediaan perancangan audit
d. Peranan juruaudit dalam sebagai konsultan
42 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 42 42
OBJEKTIF
STRATEGIK 2
Menyediakan perancangan, kajian dan analisa tentang proses amalan
terbaik dengan badan-badan professional / pengamal industri.
STRATEGI UTAMA 1:
Penggunaan computer-assisted-audit tools and techniques (CAATTS)
STRATEGI UTAMA 2:
Perkongsian ilmu dengan badan-badan professional / pengamal industri
B. MATLAMAT STRATEGIK & OBJEKTIF STRATEGIK BPK
1. MATLAMAT STRATEGIK 2
PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN
Penjelasan kepada
MATLAMAT STRATEGIK
2
Ruang perkongsian pengetahuan amalan terbaik dan pengalaman
melalui keberkesanan latihan yang dirancang selaras dengan keperluan
profesionalisme Juruaudit Dalam.
2. OBJEKTIF STRATEGIK
OBJEKTIF STRATEGIK 1 Menyediakan peluang pembangunan kompetensi serta perkongsian
pengetahuan dan pengalaman.
STRATEGI UTAMA 1:
Menyediakan program atau kursus mengikut keperluan dan perkembangan
semasa serta melahirkan Subject Matter Expert dari kalangan kakitangan
Audit Dalam UA.
STRATEGI UTAMA 2:
Mengadakan seminar di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebagai
platform percambahan ilmu di dalam bidang pengauditan dalaman sektor
pendidikan.
STRATEGI UTAMA 3:
Melaksanakan sesi perkongsian pengetahuan dan kemahiran auditan
dalaman mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon
Timur dan Zon Borneo.
OBJEKTIF STRATEGIK 2 Menjalin Hubungan Dan Menanda Aras Audit Dalam Di Agensi Lain
STRATEGI UTAMA 1:
Menjalin dan memperluaskan hubungan dengan pelbagai bidang industri.
43 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 43 43
C. MATLAMAT STRATEGIK & OBJEKTIF STRATEGIK BSI
1. MATLAMAT STRATEGIK 3
INOVASI DAN KELESTARIAN PENGAUDITAN
Penjelasan
kepada
MATLAMAT
STRATEGIK 3
Kaedah untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada
melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea
yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti organisasi.
2. OBJEKTIF STRATEGIK
OBJEKTIF
STRATEGIK 1
Mengkoordinasi dan memastikan pencapaian Objektif Strategik setiap biro
selaras dengan Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021
STRATEGI UTAMA 1:
BSI bertanggungjawab untuk memantau secara berkala dan membentangkan
pencapaian Objektif Strategik setiap biro dalam mesyuarat JKAD UA.
OBJEKTIF
STRATEGIK 2
Menginovasikan pengauditan dengan mengadaptasikan teknologi terkini
selaras dengan amalan terbaik
STRATEGI UTAMA 1:
SISTEM INDEKS AKAUNTABILITI
Sistem Indeks Akauntabiliti dibangunkan berasaskan kriteria yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Audit Negara bagi pengauditan Pengurusan Kewangan
(Indeks Akauntabiliti). UPSI dan UMT telah membangunkan sistem bagi
mengukur Indeks Akauntabiliti berdasarkan keperluan dan keupayaan universiti
berkenaan.
A. UPSI – Sistem Audit Survey Indeks Akauntabiliti
Bahagian Audit Dalam, UPSI telah membangunkan sistem melalui MyUPSI Portal
yang dikenali sebagai Audit Survey. Sistem Audit Survey berfungsi bagi
memuatnaik soalan-soalan self-assessment bagi Pengauditan Pengurusan
Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti. Bagi melancarkan pelaksanaan di
peringkat PTj, pentadbir sistem di PTj dikehendaki untuk melantik
pegawai/kakitangan bagi tugasan seperti berikut:
i. Entry - pegawai /kakitangan yang memasukkan data.
ii. Verify - pegawai yang mengesahkan data.
iii. Approval - pegawai yang meluluskan data.
B. UMT – ezSNAP (Sistem Nilaian Audit Penampilan)
Sistem secara online ezSNAP UMT merupakan Sistem Penilaian Prestasi
Pengurusan Kewangan yang dibangunkan berasaskan sistem ezSNAP di
Jabatan Perdana Menteri dalam memudahkan PTj membuat semakan kendiri. Ia
44 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 44 44
juga sebagai satu kaedah membudayakan pematuhan kewangan di kalangan
kakitangan dan membantu mengukur prestasi pematuhan serta memantau
prestasi pengurusan kewangan di setiap PTj di UMT secara online.
STRATEGI UTAMA 2:
SISTEM DASHBOARD AUDIT
A. Sistem Dashboard Audit Dalam USM
Sistem Dashboard Audit Dalam USM dibangunkan berasaskan sistem
Dashboard Jabatan Audit Negara. Sistem dashboard ini bertujuan untuk
memantau status tindakan yang diambil oleh PTj sama ada selesai, dalam
tindakan atau tiada tindakan. Satu Standard Operating Procedures telah
diwujudkan bagi menjelaskan secara terperinci proses tindakan selesai bersama
Naib Canselor dan PTj sebelum dilaporkan dalam mesyuarat Jawantankuasa
Audit USM.
B. Sistem Dashboard Audit Dalam UTHM (Dashboard Indeks Akauntabiliti)
Pelaksanaan Dashboard Indeks Akauntabiliti adalah perkhidmatan online bagi
mempaparkan isu atau penemuan audit dalam serta tindakan /maklumbalas
auditi dalam sistem “lampu isyarat” iaitu sama ada HIJAU (Selesai), KUNING
(Dalam Tindakan) dan MERAH (Tiada Tindakan). Ianya bagi menggalakkan
ketelusan serta mempercepatkan tindakan pembetulan / penyelesaian.
STRATEGI UTAMA 3:
SISTEM PENGURUSAN PENGAUDITAN/ACL GRC
A. SISTEM ACL GRC – IIUM
ACL GRC adalah hasil produk ACL, peneraju global dalam perisian untuk audit,
pematuhan, pengurusan risiko dan analisa data. Ia merupakan perisian yang
dapat membantu dalam pengauditan dari aspek tadbir urus, risiko dan
pematuhan. Ia juga memudahkan juruaudit kerana boleh diakses di mana sahaja
dan dari mana-mana peranti mudah alih serta dapat menganalisa data 100%
dengan tepat dan cepat. Ianya akan memberi impak dalam menyediakan
pelaporan audit yg menyeluruh dan komprehensif.
B. SISTEM PENGURUSAN PENGAUDITAN – USM
Sistem Pengurusan Pengauditan dibangunkan bertujuan untuk mendigitalkan
keseluruhan proses pengauditan daripada peringkat perancangan pengauditan
sehingga pelaporan pengauditan.
46 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 46 46
7.0 PEMANTAUAN DAN PENILAIAN PELAKSANAAN
BSI telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menilai pelaksanaan semua
Strategi Utama dan KPI yang telah diluluskan untuk setiap Biro. Setiap Ketua Biro pula
perlu memastikan semua Strategi Utama yang telah dirancang dilaksanakan mengikut
Pelan Strategik JKAD UA 2017-2021. Laporan secara berkala akan disediakan oleh BSI
untuk dibentangkan di dalam mesyuarat JKAD UA.
Ringkasan Strategi Utama dan KPI untuk setiap biro di bawah JKAD UA adalah seperti
di bawah:
BIRO PEMANTAPAN KUALITI
MATLAMAT STRATEGIK 1: PEMATUHAN KEPADA STANDARD PROFESIONAL
OBJEKTIF
STRATEGI
K 1
Mengukuhkan metodologi dan amalan profesional audit dalam di Universiti Awam
Malaysia selaras dengan International Professional Practice Framework
KPI 1 STRATEGI UTAMA 1:
Mendapatkan pengesahan dari Institute of Internal Auditors (IIA) Malaysia ke atas peer
review yang telah dijalankan pada tahun 2014/2015.
Sasaran:
1. Proses Validasi: April/ Mei 2017
2. Pensijilan: Oktober 2017
3. Peer Review 2018: September 2018
4. Peer Review 2022: Mac 2022
KPI 2 STRATEGI UTAMA 2:
Mewujudkan 20 Ketua Audit Dalam atau Juruaudit Kanan sebagai Quality Assurance Lead
Assessor yang mendapat pengiktirafan Institute of Internal Auditors (IIA) Malaysia.
Sasaran:
1. Bengkel Lead Assessor: Ogos 2017
2. Pengiktirafan daripada IIA Malaysia: Oktober 2017
3. Bengkel pemantapan Lead Assessor: September 2021
KPI 3 STRATEGI UTAMA 3:
Menyediakan garis panduan pematuhan IPPF
Sasaran:
1. Mengemaskini garis panduan sedia ada: Februari 2018 & November 2021
2. Mengedarkan garis panduan kepada semua UA: Mac 2018 & Disember 2021
47 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 47 47
BIRO PEMANTAPAN KUALITI
MATLAMAT STRATEGIK 1: PEMATUHAN KEPADA STANDARD PROFESIONAL
KPI 4 STRATEGI UTAMA 4:
Kompilasi amalan pengauditan terbaik di Universiti Awam Malaysia
Sasaran:
1. Pelaporan audit kepada pemegang taruh: Disember 2018
2. Pendekatan proses pengauditan: Mei 2019
3. Penyediaan perancangan audit: Disember 2019
4. Peranan Juruaudit Dalam sebagai konsultan: Mei 2020
OBJEKTIF
STRATEGI
K 2
Menyediakan perancangan, kajian dan analisa tentang proses amalan terbaik dengan badan-
badan profesional / pengamal industri.
KPI 5 STRATEGI UTAMA 1:
Penggunaan sepenuhnya computer-assisted audit tools and techniques (CAATTS) dalam
analisis pengauditan.
Sasaran:
1. Pemerhatian status penggunaan 2017: Disember 2017
2. Pemerhatian status penggunaan 2018: Disember 2018
3. Pemerhatian status penggunaan 2019: Disember 2019
4. Penggunaan sepenuhnya : Januari 2020
KPI 6 STRATEGI UTAMA 2: Satu (1) Perkongsian ilmu dengan badan-badan profesional/ pengamal
industri setiap tahun
Sasaran:
1. 2017 o Institute of Internal Auditors Malaysia: Quality Assurance Review
2. 2018 o Johor Corporation: Sistem Pemantauan Kawalan Dalaman
o Malaysian Institute of Accountants: Accounting Standard
3. 2019 o MAMPU / ISACA: Pengauditan Teknologi Maklumat (IT Audit)
o Institute of Internal Auditors Malaysia: Persediaan External Assessment
4. 2020 o Malaysian Institute of Accountants: Accounting Standard
48 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 48 48
BIRO PEMBANGUNAN KOMPETENSI
MATLAMAT STRATEGIK 2: PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1
Menyediakan peluang pembangunan kompetensi serta perkongsian pengetahuan
dan pengalaman
KPI 1
STRATEGI UTAMA 1:
Menyediakan program atau kursus mengikut keperluan dan perkembangan semasa serta
melahirkan Subject Matter Expert dari kalangan kakitangan Audit Dalam UA.
Sasaran:
1. Melaksanakan program atau kursus berkaitan penilaian risiko, kawalan dalaman,
pengurusan projek serta teknologi maklumat dan data analisis.
Bidang Audit Tahun Sasaran
o Penilaian Risiko 2017 & 2021
o Kawalan Dalaman 2017 & 2019
o Pengurusan Projek 2018
o Teknologi Maklumat dan Data Analisis 2018 - 2020
2. Melahirkan Subject Matter Expert (SME) di kalangan staf Audit Dalam UA bagi
setiap bidang di bawah:
Bidang Audit Tahun Sasaran
o Penilaian Risiko 2017
o Pengurusan Projek 2018
o Kawalan Dalaman 2019
o Teknologi Maklumat dan Data Analisis 2020
KPI 2
STRATEGI UTAMA 2:
Mengadakan seminar di peringkat kebangsaan atau antarabangsa sebagai platform
percambahan ilmu di dalam bidang pengauditan dalaman sektor pendidikan.
Sasaran:
1. Seminar Audit Dalam Peringkat Kebangsaan Sektor Pendidikan pada tahun 2019.
2. Seminar Audit Dalam Peringkat ASEAN Sektor Pendidikan pada tahun 2021.
KPI 3
STRATEGI UTAMA 3:
Melaksanakan sesi perkongsian pengetahuan dan kemahiran auditan dalaman mengikut
zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur dan Zon Borneo.
1. Setiap zon menjalankan aktiviti sekurang-kurangnya sekali (1) setiap tahun.
2. Sekurang-kurangnya 80% berpuas hati dengan sesi perkongsian zon.
49 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 49 49
BIRO PEMBANGUNAN KOMPETENSI
MATLAMAT STRATEGIK 2: PEMBANGUNAN KAPASITI DAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 2 Menjalin Hubungan Dan Menanda Aras Audit Dalam Di Agensi Lain
KPI 4
STRATEGI UTAMA 1:
Menjalin dan memperluaskan hubungan dengan pelbagai bidang industri.
Sasaran:
1. Tiga (3) bidang industri domestik dikenal pasti iaitu penyelidikan, teknologi
maklumat dan komunikasi digital serta kewangan dan sumber manusia bagi tujuan
aktiviti jalinan dan kerjasama.
Bidang Audit Agensi Tahun Sasaran
o Penyelidikan MPOB 2018
o Teknologi maklumat dan komunikasi digital
TM 2020
o Kewangan dan sumber manusia CIMB 2021
50 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 50 50
BIRO PERANCANGAN STRATEGIK DAN INOVASI
MATLAMAT STRATEGIK 3 - INOVASI DAN KELESTARIAN PENGAUDITAN
OBJEKTIF
STRATEGIK 1
Mengkoordinasi dan memastikan pencapaian Objektif Strategik setiap biro selaras
dengan pelan strategik JKAD UA
KPI 1 STRATEGI UTAMA 1:
Memantau secara berkala dan membentangkan pencapaian Objektif Strategik setiap biro
dalam mesyuarat JKAD UA.
Sasaran:
1. Tiga (3) kali setahun
OBJEKTIF
STRATEGIK 2
Menginovasikan pengauditan dengan mengadaptasikan teknologi terkini selaras
dengan amalan terbaik
KPI 2 STRATEGI UTAMA 1:
Sistem Indeks Akauntabiliti -2018
Sasaran:
1. Lawatan ke universiti terbabit: Nov/ Dis 2017
UPSI – Sistem Audit Survey Indeks Akauntabiliti
UMT – ezSNAP (Sistem Nilaian Audit Penampilan)
2. Mengkaji dan menilai: Jan/Feb/Mac 2018
3. Penyediaan kertas kerja: Mac/April/Mei 2018
4. Pembentangan kepada JKAD UA: Julai 2018
KPI 3 STRATEGI UTAMA 2:
Sistem Dashboard Audit-2019
Sasaran:
1. Lawatan ke universiti terbabit - Jan/Feb 2019
USM – Sistem Dashboard Audit (Pembangunan sistem pada tahap 50% pada
tahun 2017)
UTHM – IA’S Dashboard Audit (Pembangunan sistem 100% siap pada tahun
2018)
2. Mengkaji dan menilai – Mac/April 2019
3. Penyediaan kertas kerja – Mei/Jun/Julai 2019
4. Pembentangan kepada JKAD UA - Julai 2019
51 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 51 51
BIRO PERANCANGAN STRATEGIK DAN INOVASI
MATLAMAT STRATEGIK 3 - INOVASI DAN KELESTARIAN PENGAUDITAN
KPI 4 STRATEGI UTAMA 3:
Sistem Pengurusan Pengauditan/ ACL GRC -2018/2020
Sistem ACL GRC
Sasaran:
1. Lawatan ke universiti terbabit – Mac 2018
IIUM – pembangunan sistem adalah pada 70% pada Ogos 2017
2. Mengkaji dan menilai – April /Mei 2018
3. Penyediaan kertas kerja – Jun/Julai 2018
4. Pembentangan kepada JKAD UA – Julai 2018
Sistem Pengurusan Pengauditan
Sasaran:
1. Lawatan ke universiti terbabit - Jun/Julai 2020
USM – Pembangunan sistem pada tahap 10% pada tahun 2017
2. Mengkaji dan menilai – Ogos/Sept 2020
3. Penyediaan kertas kerja – Okt/Nov 2020
4. Pembentangan kepada JKAD UA - Nov 2020
53 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM
53 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM
53
BIRO PEMANTAPAN KUALITI
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12
Petunjuk
SO1
SO2
KPI 1
KPI 2
KPI 3
KPI 4
KPI 5
KP1 6
2017 2018SO PERKARAKPI
MIA : Accounting Standards IIA Malaysia
2019 2020 2021
IIA Malaysia1. J-Corp : Sistem Pemantauan
kawalan dalaman 2. MIA -
1. MAMPU/ ISACA - IT AUDIT
2. IIA - Persediaan External
Validasi ke atas Peer
Review oleh IIA (M)
Peer Review UA - Internal
Assessment
Kemaskini Garis Panduan
Pematuhan IPPF
Pendekatan penyediaan
perancangan audit
Pengedaran Garis
Panduan Pematuhan IPPF
Kompilasi amalan terbaik
: Pelaporan kepada
pemegang taruh
2
6
Perkongsian ilmu dengan
badan profesional/
pengamal industrI
Bengkel Lead Assessor
1
Peranan Juruaudit Dalam
sebagai konsultan
5
Penggunaan CAATTS:
Pemerhatian status
pengguna
Pendekatan proses
pengauditan
3
4
1
2
54 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 54 54
BIRO PEMBANGUNAN KOMPETENSI
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12
Petunjuk
SO1
SO2
KPI 1
KPI 2
KPI 3
KPI 4
2. TM - Teknologi Maklumat dan
Komunikasi Digital
3. CIMB - Kewangan dan Sumber
Manusia
2019
Peratusan kepuasan peserta
perkongsian. (sekurang-
kurangnya 80% berpuashati)
4
Menjalin hubungan dengan
pelbagai bidang industri
3
2018
21. MPOB : Penyelidikan
melaksanakan perkongsian
pengetahuan
Melaksanakan program dan
kursus
Melahirkan SME
2Melaksanakan seminar
SO2020 2021
1
KPI PERKARA2017
1
55 JAWATANKUASA KETUA-KETUA AUDIT DALAM UNIVERSITI AWAM 55 55
BIRO PERANCANGAN STRATEGIK DAN INOVASI
01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12 01 02 03 04 05 06 07 08 09 10 11 12
Petunjuk
SO1
SO2
KPI 1
KPI 2
KPI 3
KP 4
Penyediaan kertas
kerja
Pembentangan kepada
JKAD
2017
Lawatan ke universiti
terbabit
SO KPI PERKARA20192018 2020 2021
2
4
1
Pembentangan
pencapaian SO setiap
biro Kepada JKAD
1
Pembentangan kepada
JKAD
2
Pembentangan kepada
JKAD
Lawatan ke universiti
terbabit
Mengkaji dan menilai
3Penyediaan kertas
kerja
Penyediaan kertas
kerja
Mengkaji dan menilai
Mengkaji dan menilai
Lawatan ke universiti
terbabit