648

Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

  • Upload
    vohanh

  • View
    343

  • Download
    30

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)
Page 2: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

1  

TERAS 1

PENGURUSAN AIR, GEOLOGI, TANAH DAN GEOSPATIAL

BIDANG UTAMA PENGURUSAN AIR GEOLOGI TANAH

GEOSPATIAL

 

 

Page 3: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

2  

I. LATAR BELAKANG

Pengurusan sumber asli secara terancang menjadi agenda penting dalam

alaf ini kerana ia mempunyai kaitan dengan pembangunan lestari.

Pengurusan sumber asli yang terancang bagi memulihara alam sekitar adalah

menjadi kemestian bagi menjamin sumber ini kekal menjadi warisan alam

untuk keperluan generasi masa kini dan juga untuk generasi akan datang.

Kedapatan sumber asli di masa akan datang adalah bergantung kepada

kebijaksanaan generasi masa kini mengurus sumber-sumber asli yang ada

pada masa sekarang.

Teras ini memberi penekanan kepada aspek penambahbaikan terhadap

perancangan dan pengurusan berhubung pelaksanaan dasar, perundangan,

institusi dan program berkaitan sumber asli. Penekanan ini perlu dilaksanakan

seiring dengan keperluan negara dan kehendak masyarakat dunia secara

keseluruhannya untuk memenuhi tuntutan masa kini dan masa akan datang.

Pengurusan sumber asli merangkumi pengurusan beberapa bidang utama

iaitu air, geologi, tanah dan geospatial. Usaha-usaha pengurusan sumber asli

ini diterajui oleh beberapa jabatan dan institusi yang bertanggungjawab

secara spesifik untuk merancang, melaksana dan mengawal semua program

berkaitan dengan bidang utama masing-masing. Institusi latihan dan institusi

penyelidikan juga ditubuhkan bagi memastikan kakitangan awam dilatih

supaya kompeten dalam bidang tugas yang di bawah bidang-bidang utama

ini. Institusi penyelidikan juga memainkan peranan bagi menghasilkan

produk-produk baru yang lebih berinovasi dan berdaya saing tinggi.

Page 4: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

3  

II. MATLAMAT UTAMA

Pengurusan air, geologi, tanah dan geospatial menumpukan usaha-usaha ke

arah mencapai matlamat-matlamat berikut:

MATLAMAT UTAMA

1

MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR

DILAKSANAKAN SECARA LESTARI

2

PELAKSANAAN R&D SUMBER AIR, MENINGKATKAN USAHA

INOVASI DAN PENCIPTAAN PRODUK SERTA

PENGKOMERSILAN

3 MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN PEMBANGUNAN SUMBER

MINERAL UNTUK MEMACU EKONOMI NEGARA

4

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN GEOSAINS BAGI

MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

5 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF

DAN EFISIEN

6 MEMANTAPKAN FUNGSI, AKTIVITI DAN KHIDMAT UKUR,

PEMETAAN DAN PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL

7 MENGUKUHKAN PENGURUSAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

GEOSPATIAL YANG BERKUALITI DAN BERINOVATIF

Page 5: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

4  

III. BIDANG UTAMA

Bidang-bidang utama di bawah Pengurusan Air, Geologi, Tanah dan

Geospatial dipertanggungjawabkan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi

seperti berikut:

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

1 PENGURUSAN AIR

BSASH

JPS

NAHRIM

2 GEOLOGI BMG

JMG

3 TANAH

BTUP

JKPTG

JUPEM

INSTUN

4 GEOSPATIAL JUPEM

MaCGDI

Page 6: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

5  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

1 PENGURUSAN AIR

BSASH

JPS

NAHRIM

A. LATAR BELAKANG

Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH) berperanan mengenal

pasti, menilai dan menyelaras dasar serta strategi pelaksanaan pengurusan

sumber air negara. Selain itu, Bahagian ini juga terlibat dalam mengurus setia

dan memantau keputusan dasar oleh Majlis Sumber Air Negara (MSAN).

Jawatankuasa Pemandu / Penyelaras juga dibentuk bagi memantau program

yang melibatkan JPS dan NAHRIM.

JPS bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan dan pembangunan

sumber air selaras dengan Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, Perintah

Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 2013. Ini melibatkan pengurusan

projek, maklumat dan kesedaran awam melalui pendekatan Pengurusan

Sumber Air Bersepadu (Integrated Water Resources Management - IWRM)

yang dapat memaksimumkan faedah sosioekonomi di kawasan yang terlibat.

NAHRIM berperanan menjalankan usaha-usaha penambahbaikan dan

pencegahan bagi menghadapi kesan perubahan iklim ke atas aspek kuantiti

dan kualiti sumber air. Penurunan kualiti ekosistem air ditangani dengan

memastikan pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (Research &

Development - R&D) sumber air dan hasil penyelidikan diguna pakai oleh

pihak berkepentingan dalam pengurusan sumber air.

Page 7: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

6  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR

DILAKSANAKAN SECARA LESTARI

2

PELAKSANAAN R&D SUMBER AIR, MENINGKATKAN USAHA

INOVASI DAN PENCIPTAAN PRODUK SERTA

PENGKOMERSILAN

C. STATUS MASA KINI

1) Sehingga kini, pelaksanaan program 1N1S telah menunjukkan

beberapa pencapaian iaitu peningkatan kualiti air sungai daripada

kelas III kepada Kelas IIB bagi Sg.Papar dan Sg.Kinta serta

peningkatan kualiti air sungai daripada kelas IV ke kelas III bagi 5

batang sungai iaitu Sg.Petani, Sg.Galing, Sg.Hiliran, Sg.Penchala dan

Sg.Pinang. Hampir keseluruhan 14 batang sungai dan persekitarannya

telah dinaiktaraf sebagai pusat rekreasi dan ada diantaranya telah

mendapat pengiktirafan di peringkat ASEAN (Sg.Galing) serta

menerima kunjungan daripada pihak antarabangsa (Sg.Melaka,

Sg.Penchala dan Sg.Galing). Kekerapan kejadian banjir juga

dilaporkan berkutangan bagi kawasan-kawasan ini.

2) Seramai 654,611 orang penduduk yang terjejas akibat banjir telah

berjaya dikurangkan apabila 52 projek tebatan banjir RMKe-10

disiapkan dari tahun 2011 hingga 2012. Walau bagaimanapun,

kejadian banjir masih lagi berlaku dan usaha-usaha masih diteruskan

untuk mengurangkan kawasan yang dilanda banjir dengan

Page 8: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

7  

pelaksanaan projek-projek tebatan banjir RMKe-10 dalam Rolling Plan

seterusnya.

3) Usaha-usaha yang berterusan akan diberi penekanan bagi menangani

masalah banjir menerusi kaedah struktur dengan melaksanakan kerja-

kerja tebatan banjir dan kaedah bukan struktur yang merangkumi kerja

penyediaan Peta Hazad Banjir serta menyediakan Sistem Amaran dan

Ramalan Banjir. Dalam tempoh dua tahun pertama RMKe-10 (2011-

2012) sebanyak RM2.1 bilion telah pun dibelanjakan bagi

melaksanakan 156 projek.

4) Dasar Sumber Air Negara (DSAN) telah diluluskan oleh Mesyuarat

Jemaah Menteri pada 22 Februari 2012. NRE telah mengambil

langkah proaktif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan penyertaan

masyarakat terhadap sumber air serta pihak berkepentingan dengan

menjalin kerjasama dengan stakeholder/ kerajaan negeri,

antarabangsa terutamanya negara jiran (Thailand dan Singapura) dan

Institut Pengajian Tinggi (IPT)/ Badan Bukan Kerajaan (NGO)/ badan

korporat.

5) Dari aspek R&D, NRE melalui NAHRIM sedang melaksanakan projek-

projek berkaitan air dan persekitarannya dengan peruntukan RM11.18

juta yang telah diluluskan untuk tempoh 2011 dan 2012, RMKe-10.

Hasil kajian R&D yang dibangunkan ini pula akan membantu

pelaksanaan projek-projek pembangunan berimpak tinggi yang

dilaksanakan oleh NRE. Seterusnya, projek-projek pembangunan

berimpak tinggi ini akan dibuat penilaian impak terhadap tahap

keberkesanan ke atas kumpulan sasar.

D. ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam melaksanakan dua

matlamat utama pengurusan sumber air adalah seperti berikut:

Page 9: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

8  

1) Jalinan kerjasama dan komitmen perlu dipertingkatkan dengan pihak

kerajaan negeri bagi memastikan pelaksanaan pengurusan sumber air

bersepadu dapat dilaksanakan di seluruh negara;

2) Selain daripada faktor pembangunan yang tidak terkawal, fenomena

perubahan iklim dikenal pasti sebagai penyumbang kepada

pertambahan jumlah hujan. Kejadian ini menjadikan sungai-sungai

yang sedia ada tidak mampu menampung kadar limpahan air larian

permukaan khususnya semasa hujan lebat dan menyumbang kepada

kejadian banjir;

3) Kerajaan telah mengenalpasti ketidakseragaman perundangan sumber

air. Akta sedia ada yang menyentuh mengenai pengurusan sumber air

iaitu Water Act 1920 (Pindaan 1989) didapati tidak menyeluruh dimana

ianya dijadikan asas dalam pengurusan sumber air. Akta berkenaan

hanya menumpukan kepada pengurusan sungai. Beberapa negeri

telah membuat pindaan perundangan negeri untuk diselaraskan

dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. Bagi tujuan ini, DSAN

telah menjadi rujukan dan panduan utama dalam pengurusan sumber

air selaras dengan pembangunan negara. Pihak Kementerian juga

sedang merangka Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU

SAN) (model law) bagi menyediakan perundangan seragam dan lebih

menyeluruh;

4) Membangunkan infrastruktur penyelidikan dan tenaga pakar bertaraf

antarabangsa agar seimbang dengan kepesatan pembangunan negara

dan permintaan pihak yang berkepentingan yang semakin meningkat.

Keperluan untuk anjakan paradigma terhadap kebergantungan ke atas

R&D menggunakan teknologi luar dengan mengguna pakai teknologi

yang dibangunkan oleh para penyelidik tempatan; dan

5) Memperkasakan organisasi melalui pengukuhan Jabatan/ Agensi/

Bahagian dan mempertingkatkan keupayaan modal insan bagi

menjamin sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan.

Page 10: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

9  

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi menyokong pelaksanaan matlamat tersebut sebanyak 6 Strategi

Pelaksanaan telah dikenal pasti iaitu;

1) Memperkukuh pengurusan sumber air;

2) Mempertingkatkan pengurusan banjir secara bersepadu;

3) Memastikan penyediaan dasar dan perundangan yang holistik dari segi

pelaksanaan dan penguatkuasaan;

4) Memperkukuhkan perhubungan dan kerjasama dalam forum nasional

dan antarabangsa berkaitan sumber air;

5) Penetapan keperluan maklumat pengurusan sumber air; dan

6) Melaksanakan R&D dan meningkatkan kolaborasi dan koordinasi

dengan pihak berkepentingan.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 1: MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN

SUMBER AIR DILAKSANAKAN SECARA LESTARI

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memperkukuhkan pengurusan sumber air.

Page 11: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

10  

a. Latar Belakang

Negara dianugerahkan dengan kuantiti air yang banyak yang meliputi air

permukaan dan bawah tanah yang digunakan oleh pelbagai sektor dimana

97% daripada sumber bekalan air diperolehi daripada sungai.

Bagi memastikan kelestarian sungai terpelihara, Program Pembersihan dan

Rawatan Air Sungai yang dikenali sebagai Program Satu Negeri Satu Sungai

(1N1S) dilaksanakan oleh JPS bersama dengan Kerajaan Negeri bermula

dari tahun 2004. Matlamat pelaksanaan program 1N1S ialah ke arah

pencapaian sungai yang bersih (clean), hidup (living) dan bertenaga (vibrant)

dengan mencapai kualiti air pada tahap Kelas IIB menjelang tahun 2015 dan

mengekalkannya.

b. Matlamat

1) Memastikan keperluan penggunaan sumber air untuk semua sektor

dipenuhi; dan

2) Memastikan sumber air bersih dan dapat memenuhi keperluan dan

perlindungan persekitaran air bagi pengekalan sumber air dan

kepelbagaian biologi.

c. Status Masa Kini

Bagi menjayakan Program Pembersihan dan Rawatan Air Sungai melalui

Program 1N1S, sejumlah RM 26 juta disediakan dalam Rancangan Malaysia

Kesepuluh (RMKe-10) untuk tahun 2011 dan 2012 bagi 13 batang sungai,

iaitu RM 1 juta setahun bagi setiap sungai. Pelbagai aktiviti telah

dilaksanakan di bawah program ini seperti kaedah pencegahan, pemulihan

dan pengukuhan institusi (preventive, curative and institutional strengthening).

Tahap kualiti air lembangan sungai di Malaysia sehingga tahun 2011 masih

belum memuaskan di mana daripada 140 lembangan sungai yang dipantau

Page 12: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

11  

oleh Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), sebanyak 11 lembangan sungai

(7.9%) adalah tercemar, 53 lembangan sungai (37.9%) adalah sederhana

tercemar dan 76 lembangan sungai (54.3%) adalah bersih (Laporan bagi

Bilangan dan Peratusan Lembangan Sungai Mengikut Kategori, Malaysia,

1992-2011: Perangkaan Alam Sekitar Siri Masa tahun 2012 oleh Jabatan

Perangkaan Malaysia).

Pemantauan kualiti air sungai turut dijalankan oleh JAS ke atas 140 daripada

keseluruhan 189 lembangan sungai utama yang meliputi 477 batang sungai

di seluruh Malaysia pada tahun 2012. Adalah didapati sebanyak 278 batang

sungai dikategorikan bersih, 161 sederhana tercemar dan 38 tercemar.

(Sumber : Jabatan Alam Sekitar).

Dari segi penggunaan air tanah di negara ini, kurang daripada 2% yang

digunakan untuk kegunaan domestik.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam melaksanakan program ini

adalah seperti berikut:

1) Keperluan komitmen kerajaan negeri bagi program yang dilaksanakan

oleh Kerajaan Persekutuan agar mencapai matlamat;

2) Penguatkuasaan yang lemah oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

terhadap punca-punca pencemaran sumber air terutamanya punca-

punca tidak tetap (non-point source);

3) Peruntukan kewangan yang terhad; dan

4) Tahap kesedaran awam yang rendah berkaitan pengurusan sumber air

terutama penjagaan kebersihan sungai.

Page 13: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

12  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan program ini yang melibatkan perkara-

perkara berikut:

1) Pengawasan dan pemantauan punca pencemaran bagi Program Living

River; dan

2) Kerjasama penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Meningkatkan indeks kualiti air:

1) Bagi sungai yang dikategorikan dalam Indeks Kualiti Air sebagai Kelas

IV akan ditingkatkan kepada Kelas III; dan

2) Bagi sungai yang dikategorikan dalam Indeks Kualiti Air sebagai Kelas

III akan ditingkatkan kepada Kelas II.

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai matlamat pelaksanaan projek ini tindakan-tindakan yang

dirancang adalah seperti berikut:

1) Mempertingkatkan kerjasama dengan kerajaan negeri dan semua

pihak berkepentingan; dan

2) Mempertingkatkan kerjasama penguatkuasaan untuk kawalan

pencemaran melalui 1 NRE Enforcement Team (1NET).

Page 14: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

13  

2. Strategi Pelaksanaan 2

Meningkatkan pengurusan banjir

a. Latar Belakang

Banjir merupakan satu fenomena alam yang memberi risiko kepada

penduduk yang tinggal di kawasan mudah banjir. Banjir yang berlaku

menyebabkan penduduk mengalami kerosakan harta benda dan kehilangan

nyawa.

Pendekatan struktur dan bukan struktur dilaksanakan untuk mengurangkan

risiko banjir menggunakan strategi dan program yang dirangka dan

dilaksanakan secara cekap dan berkesan. Kaedah struktur meliputi

pelaksanaan kerja-kerja fizikal seperti pembinaan infrastruktur banjir dan

saliran bandar manakala kaedah bukan struktur melalui langkah pengurusan

dan kesedaran awam seperti ramalan dan amaran banjir dan Peta Hazad

serta risiko banjir.

b. Matlamat

1) Mengurangkan bilangan penduduk dan kawasan yang terjejas akibat

banjir; dan

2) Mengurangkan kerugian kerosakan harta benda dan menyelamatkan

nyawa.

c. Status Masa Kini

Seramai 5.7 juta penduduk seluruh Malaysia tinggal dalam kawasan kerap

berlaku banjir (flood prone area) yang meliputi 29,800 km persegi atau 9%

daripada keluasan negara.

Page 15: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

14  

Di bawah RMKe-10, seramai 654,611 orang yang telah dapat dibebaskan

daripada bencana banjir bagi tahun 2011 dan 2012. Ini adalah selaras

dengan Key Perfomance Indicators (KPI) Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar.

Bagi Program Pelaksanaan Projek-Projek RTB Rolling Plan 1 (RP1), RP2 dan

RP3 RMKe-10, jumlah siling peruntukan yang diluluskan ialah berjumlah

RM2.1 bilion untuk 36 projek. Di bawah RP2, jumlah peruntukan yang

diluluskan ialah berjumlah RM1 bilion termasuk 1 projek baru iaitu Projek

Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, Perlis. Bagi RP3 pula, jumlah

peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM 380.6 juta.

Selain itu, sebanyak RM1.02 bilion di bawah Pakej Rangsangan Khas bagi

melaksanakan 3 projek RTB iaitu Perlis; Kerian, Perak dan Segamat, Johor.

Dengan pelaksanaan projek ini dijangka seramai 205,000 orang penduduk

akan dibebaskan daripada bencana banjir.

Di samping langkah-langkah struktur menangani banjir, pendekatan bukan

struktur juga diberi penekanan iaitu pembangunan Sistem Ramalan dan

Amaran Banjir serta Peta Hazad Banjir.

3 model Sistem Ramalan dan Amaran Banjir telah dibangunkan di beberapa

lembangan sungai utama iaitu Sistem Ramalan dan Amaran Banjir

Bersepadu Lembah Klang (Integrated Flood Forecasting and River Monitoring

- IFFRM), Atmospheric Model-Based Rainfall and Flood Forecasting (AMRFF)

dan Integrated Flood Forecasting and Warning System untuk membolehkan

persediaan awal (kesiapsiagaan) menghadapi banjir dilaksanakan melalui

amaran awal aras sungai dan kemungkinan banjir.

Sebanyak 25 Peta Hazad Banjir telah dihasilkan di seluruh negara pada 2010

hingga 2012. Peta ini dapat membantu kerajaan negeri dalam perancangan

menyediakan pelan struktur dan tempatan supaya bertepatan dengan tahap

risiko banjir sesuatu tempat.

Page 16: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

15  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam melaksanakan program ini

adalah seperti berikut:

1) Peruntukan kewangan yang terhad;

2) Pembangunan yang tidak mengikut dan mematuhi garis panduan dan

syarat-syarat pembangunan telah menyebabkan pertambahan air

larian permukaan;

3) Penyelenggaraan sistem tebatan banjir khususnya kolam takungan

yang tidak dilaksanakan dengan sewajarnya akan menyebabkan

berlakunya banjir. Kolam takungan banjir yang tidak diselenggarakan

akan menyebabkan peningkatan beban kepada internal drainage sedia

ada secara mendadak pada waktu hujan lebat;

4) Selain itu, faktor perubahan iklim menyumbang kepada perubahan

ketara keamatan hujan yang telah menyebabkan berlaku banjir yang

luar biasa. Keadaan ini telah melampaui tahap perlindungan projek

tebatan banjir yang telah dilaksanakan selama ini;

5) Fenomena pertembungan air pasang tinggi dan hujan lebat turut

memberi kesan di mana hujan lebat dan air pasang yang berlaku

serentak akan memburukkan banjir di kawasan berhampiran muara

sungai dan kawasan yang dipengaruhi oleh kesan pasang surut;

6) Peningkatan kawasan tidak telap air (impervious area) disebabkan

oleh pertambahan kawasan urbanisasi seperti kawasan perumahan,

perbandaran dan jalan raya telah menyebabkan air larian permukaan

yang masuk ke dalam sistem perparitan bertambah secara mendadak;

7) Penyelarasan yang kurang efektif di peringkat perancangan mahu pun

semasa pelaksanaan di antara pelbagai kementerian dan agensi yang

Page 17: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

16  

terlibat dalam melaksanakan projek-projek pembangunan telah

menyebabkan ianya tidak dibuat sebagaimana sepatutnya;

8) Pembangunan di kawasan dataran banjir. Apabila dataran banjir

dibangunkan, kawasan tersebut biasanya akan ditambak dan ini

menyebabkan keluasan dataran banjir berkurangan dan banjir akan

beralih ke kawasan penempatan sedia ada yang secara relatifnya lebih

rendah daripada kawasan tambakan;

9) Pelaksanaan projek pembangunan sama ada bagi tujuan penempatan

mahu pun ekonomi melibatkan kerja tanah. Bagi menangani masalah

ini, pihak pemaju telah diwajibkan untuk mematuhi syarat-syarat yang

terkandung dalam Garis Panduan Pelan Kawalan Hakisan dan

Mendapan (Erosion and Sediment Control Plan - ESCP) bagi sesuatu

projek pembangunan. Walau bagaimanapun, disebabkan

penguatkuasaan tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya masalah

ini masih berterusan; dan

10) Tanggungjawab dan kesedaran awam terhadap isu-isu alam sekitar

khususnya yang berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal yang tidak

terurus akan mengurangkan keupayaan saliran dan akan

menambahkan kekerapan banjir.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan program ini melibatkan kaedah struktur

dan bukan struktur meliputi perkara-perkara berikut:

1) Tumpuan projek tebatan banjir di kawasan penduduk padat, berisiko

tinggi, kawasan strategik dan berkepentingan ekonomi;

2) Memberi amaran awal kepada orang awam di kawasan yang berisiko

banjir melalui pemasangan Sistem Amaran Banjir; dan

Page 18: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

17  

3) Perancangan pembangunan yang lebih berkesan dengan merujuk

kepada Peta Hazad Banjir.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengurangan Bilangan Penduduk Yang Terjejas Akibat Banjir Mengikut

Tahun

Jadual 1: Sasaran Pengurangan Bilangan Penduduk

Yang Terjejas Oleh Banjir 2011-2015

TAHUN

BILANGAN PENDUDUK (ORANG)

2011 324,061/ 34 PROJEK

(Pencapaian Sebenar)

2012 330,550/ 18 PROJEK

(Pencapaian Sebenar)

2013 330,000

2014 200,000

2015 200,000

Jadual 2: Bilangan Pemasangan Peralatan Amaran Banjir

TAHUN

BILANGAN PERALATAN

2013 15

2014 18

2015 20

Page 19: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

18  

Jadual 3: Bilangan Peta Hazad Banjir Yang Dibangunkan

TAHUN

BILANGAN PETA

2013 1

2014 3

2015 10

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai matlamat pelaksanaan program ini tindakan-tindakan yang

dirancang adalah seperti berikut:

1) Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Secara Bersepadu (IWRM)

melalui pendekatan Integrated River Basin Management (IRBM);

2) Melaksanakan projek-projek tebatan banjir; dan

3) Melaksanakan kaedah bukan struktur yang merangkumi kerja

penyediaan peta hazad banjir serta menyediakan sistem amaran dan

ramalan banjir.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Memastikan penyediaan dasar dan perundangan yang holistik dari segi

pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Page 20: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

19  

a. Latar Belakang

Pengurusan sumber air di negara kita melibatkan pelbagai jabatan dan agensi

yang beroperasi secara sektoral bergantung kepada peranan, tanggungjawab

dan perundangan sedia ada. Secara umumnya, bidang kuasa air terletak

dalam bidang kuasa kerajaan negeri, sehingga tahun 2005 Senarai

Perundangan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda di mana Jadual

Kesembilan Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan perkara-perkara

berkaitan dengan bekalan dan perkhidmatan air daripada Senarai Negeri

kepada Senarai Bersama kecuali bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

Kajian Semula kepada Kajian Sumber Air Negara (2000-2050) dan Formulasi

Dasar Sumber Air Negara pada tahun 2011 telah menghasilkan DSAN dan

draf Rang Undang-undang Sumber Air Negara (model law). Dasar ini

memberikan hala tuju dan strategi yang jelas dalam menguruskan sumber air

negara. Model law yang dicadangkan bertujuan untuk menyeragamkan

perundangan yang berkaitan dengan pengurusan sumber air di semua

kerajaan negeri.

b. Matlamat

Penyeragaman dasar dan perundangan pengurusan sumber air yang diterima

oleh semua pihak yang berkepentingan.

c. Status Masa Kini

DSAN telah digubal untuk dijadikan rujukan dan panduan utama dalam

pengurusan sumber air negara. Manakala perundangan dan institusi khusus

berkaitan sumber air masih lagi tidak seragam di antara satu negeri dengan

yang lain. Sumber air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di

Jadual Kesembilan - Senarai Perundangan Perlembagaan Persekutuan:

Page 21: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

20  

“Senarai 2 – Senarai Negeri

6. Kerja-kerja Negeri dan kerja-kerja air, iaitu -

(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk sungai dan

terusan tetapi tidak termasuk bekalan dan perkhidmatan air);

pengawalan kelodak; hak riparia.”

Klausa ini merujuk kepada semua sungai adalah di bawah bidang kuasa

negeri kecuali sungai-sungai yang merentasi sempadan negeri. Manakala

bidang kuasa Kerajaan Persekutuan pula adalah seperti berikut:

“Senarai 1 - Senarai Persekutuan

11. Kerja-kerja Persekutuan dan kuasa, termasuk -

(b) Bekalan Air, Sungai dan Terusan, kecuali yang kesemuanya terletak

dalam satu Negeri atau peraturan-peraturan mengenainya ada di

buat dengan suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan;

pengeluaran, pembahagian dan bekalan kuasa air;”

Klausa ini adalah merujuk kepada sungai-sungai yang merentasi sempadan

antara negeri dengan pengecualian kepada sungai-sungai yang mengalir

sepenuhnya di dalam sesebuah negeri sahaja.

Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menyediakan dasar dan perundangan

yang boleh diguna pakai oleh semua kerajaan negeri untuk tujuan

penyeragaman selaras dengan Peruntukan Perlembagaan.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam melaksanakan program ini

seperti berikut:

1) Lebih daripada 50 dasar negara telah dikaji semula dan 17

daripadanya telah dikenal pasti mempunyai kaitan rapat dengan

pelbagai aspek sumber air. Pengubalan Rang Undang-undang Sumber

Page 22: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

21  

Air Negara (model law) akan menjadi pelengkap kepada akta-akta

sedia ada;

2) Pemakaian dasar dan penerimaan Rang Undang-undang Sumber Air

Negara (model law) oleh semua kerajaan negeri dalam pengurusan

sumber air selaras dengan pembangunan negara; dan

3) Kurangnya koordinasi, kolaborasi dan integrasi di antara kerajaan

negeri dan Kerajaan Persekutuan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) Mendapat persetujuan Kerajaan Negeri untuk menerima pakai

Undang-undang Sumber Air Negara yang seragam; dan

2) Mewujudkan satu perundangan yang saling melengkapi dengan

mengambil kira akta sedia ada bagi memenuhi keperluan semua pihak

berkepentingan/ stakeholders.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 4 : Pengubalan Dasar dan Undang-Undang Sumber Air

TAHUN DASAR SUMBER AIR UNDANG-UNDANG SUMBER AIR

2011 0 0

2012 1 1 (Draf Awal)

2013 -

1

(Draf Akhir di

Jabatan Peguam Negara)

2014 -

1

(Draf Akhir di

Jabatan Peguam Negara)

Page 23: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

22  

2015 - 1

(Parlimen)

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai matlamat pelaksanaan ini tindakan-tindakan yang dirancang

adalah seperti berikut:

1) Memantau pelaksanaan Dasar Sumber Air Negara dan menyediakan

draf Undang-undang Sumber Air;

2) Konsultasi dengan kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan;

3) Menyediakan Kertas Jemaah Menteri kepada Mesyuarat Jemaah

Menteri;

4) Menyediakan Kertas Pertimbangan kepada Majlis Sumber Air Negara

(MSAN); dan

5) Pelaksanaan dasar dan undang-undang.

4. Strategi Pelaksanaan 4

Memperkukuhkan perhubungan dan kerjasama dalam forum nasional dan

antarabangsa berkaitan sumber air.

a. Latar Belakang

Semua langkah rawatan dan pencegahan yang diambil tidak akan memberi

sebarang kesan sekiranya masyarakat mahupun stakeholders tidak mahu

terlibat secara proaktif berhubung isu alam sekitar. Beberapa langkah proaktif

telah diambil oleh NRE melalui JPS dan NAHRIM bagi mendidik masyarakat

dan pihak-pihak berkepentingan khususnya dalam meningkatkan kesedaran

Page 24: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

23  

dan penyertaan sewajarnya bagi menangani isu-isu alam sekitar khususnya

berkaitan pengurusan sumber air.

Secara amnya, beberapa isu alam sekitar dan pengurusan sumber air seperti

pertindihan dan jurang kuasa antara agensi pelaksana memerlukan

pendekatan perundangan sebagai jalan penyelesaian. Undang-undang yang

komprehensif dan jelas amat perlu dalam menentukan sempadan atau bidang

kuasa agensi-agensi pelaksana atau penguatkuasa.

Hal seumpama ini perlu diperjelaskan oleh NRE sebagai peneraju

pengurusan sumber asli dan alam sekitar khususnya berkaitan isu sumber air

dengan memastikan peningkatan kesedaran dan penyertaan antarabangsa/

masyarakat/ stakeholders/ NGO/ IPT terhadap pengurusan sumber air secara

bersepadu.

b. Matlamat

Peningkatan bilangan kerjasama yang melibatkan masyarakat dan pihak

berkepentingan sumber air berhubung pengurusan sumber air.

c. Status Masa Kini

Langkah-langkah diambil oleh NRE untuk meningkatkan tahap kesedaran dan

penyertaan masyarakat dan pihak berkepentingan sumber air adalah seperti

berikut :

1) Mewujudkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan

kerajaan negeri melalui Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara (MSAN)

dan kerjasama dengan pelbagai Kementerian dalam pengurusan

sumber air;

2) Mewujudkan jalinan kerjasama serantau dengan negara Thailand

melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bersama (Joint Steering

Committee - JSC) Sungai Golok manakala dengan negara Singapura

Page 25: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

24  

melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri Malaysia-

Singapura (Joint Ministerial Committee - JMC) untuk Iskandar Malaysia

serta kerjasama di peringkat antarabangsa;

3) Mewujudkan jalinan kerjasama antara masyarakat/ NGO/ IPT berkaitan

sumber air; dan

4) Menyelaras Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate

Social Responsibility) berkaitan sumber air.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam usaha untuk meningkatkan

kesedaran dan penyertaan masyarakat dan pihak berkepentingan dalam isu

sumber air adalah seperti berikut:

1) Pertindihan dan jurang kuasa antara agensi pelaksana sering menjadi

isu utama dalam memastikan pelaksanaan IWRM melalui pendekatan

IRBM dalam melaksanakan sesuatu projek pembangunan dalam

sesebuah lembangan sungai;

2) Memandangkan pelaksanaan IRBM adalah satu langkah jangka

panjang, kekangan peruntukan untuk melaksanakan sesuatu program/

aktiviti diletakkan sepenuhnya di bawah Kerajaan Persekutuan.

Sehingga kini, projek printis IRBM dilaksanakan di Lembangan Sungai

Muar yang merangkumi 4 negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Melaka

dan Pahang di mana sebahagian pemetaan punca-punca pencemaran

telah dikenal pasti. Namun komitmen dari kerajaan negeri bagi

melaksanakan pengawalan dan penguatkuasaan terhadap punca-

punca pencemaran amat diperlukan; dan

3) Koordinasi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam

merancang pembangunan atau aktiviti dalam sesebuah lembangan

sungai tidak diselaraskan secara bersepadu sekali gus menyukarkan

Page 26: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

25  

agensi pelaksana untuk memulihara dan mengembalikan semula

ekosistem semula jadi sumber air.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif tadbir urus

yang memberi tumpuan kepada meningkatkan hubungan dan persefahaman

dengan stakeholders yang terlibat:

1) Mewujudkan perundangan berkaitan pengurusan sumber air yang

boleh diguna pakai secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan

kerajaan negeri;

2) Mewujudkan ruang persefahaman bagi tujuan penyeragaman dasar

dan perundangan berkaitan sumber air di peringkat persekutuan dan

negeri;

3) Mewujudkan ruang persefahaman bagi tujuan pembangunan secara

mapan antara Malaysia dan negara jiran (Thailand dan Singapura) dan

kerjasama serantau/ antarabangsa berhubung pengurusan sumber air;

dan

4) Menjalin hubungan kerjasama dengan masyarakat/ IPT/ NGO/ badan

korporat mengenai kepentingan pengurusan sumber air secara mapan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Bagi tahun 2011 sehingga 2015, NRE menyasarkan jumlah kerjasama

dengan masyarakat dan pihak berkepentingan sumber air yang berkaitan

seperti berikut:

Page 27: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

26  

Jadual 5 : Bilangan Kerjasama NRE Dengan Pihak Berkepentingan

PIHAK BERKEPENTINGAN PENCAPAIAN SASARAN

2011 2012 2013 2014 2015

Kerajaan Negeri 18 18 6 16 16

Kementerian berkaitan Air/

Pihak Berkepentingan 3 8 1 1 1

Negara Jiran (Thailand &

Singapura)/ Serantau/

Antarabangsa

3 8 1 2 2

IPT/NGO/ Badan Korporat/

Masyarakat 7 10 4 3 2

g. Pelan Tindakan

Bagi menggiatkan dan meningkatkan kesedaran dan penyertaan masyarakat

dan pihak-pihak berkepentingan sumber air, maka tindakan-tindakan yang

dirancang adalah seperti berikut:

1) Menyediakan program/ aktiviti bertujuan meningkatkan kesedaran dan

tanggungjawab terhadap kepentingan pengurusan sumber air; dan

2) Memantapkan dasar dan perundangan sumber air secara holistik dari

segi pelaksanaan dan penguatkuasaan.

5. Strategi Pelaksanaan 5

Memastikan pengurusan maklumat menggunakan teknologi terkini untuk

koordinasi berkesan.

Page 28: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

27  

a. Latar Belakang

Pengurusan maklumat merupakan aset yang penting untuk tujuan

perancangan dan pembangunan sesuatu program/ projek organisasi.

Penggunaan teknologi terkini dalam mengumpul, menganalisis, mengurus,

menyimpan dan menggunakan semula maklumat yang ada akan dapat

menjimatkan kos, di samping program/ projek yang dihasilkan lebih berkesan.

Sekiranya kedua-dua elemen maklumat dan teknologi ini dapat digabungkan,

koordinasi dan perkongsian maklumat antara Jabatan/ Agensi yang berkaitan

dapat dipermudahkan dan dipercepatkan.

Pemantauan projek dengan menggunakan teknologi geospatial adalah

merupakan salah satu teknik yang digunakan masa kini di mana dengan

kaedah ini kawasan persekitaran lokasi boleh dipetakan dan dipantau tanpa

perlunya lawatan tapak yang terlalu kerap.

Proses penentuan jajaran sungai juga boleh dilaksanakan dalam bentuk

geospatial dengan menggunakan data-data di tapak dan juga data dari

satelite images (jika ada).

Selain dari pemetaan projek, terdapat juga keperluan maklumat-maklumat

yang berbentuk data spatial untuk dikongsi secara bersama terutama sekali

dengan pihak pengurusan atasan. Maklumat-maklumat yang telah dijana

contohnya di bawah Sistem Maklumat Asas NRE (SMA*NRE) ini boleh

digunakan oleh pihak pengurusan atasan sekiranya terdapat sebarang

maklumat diperlukan misalnya dari segi definasi, jumlah lembangan sungai di

seluruh negara dan pelbagai bentuk maklumat am.

b. Matlamat

Memastikan maklumat asas yang diperlukan mudah diperoleh dan sentiasa

tersedia untuk rujukan.

Page 29: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

28  

c. Status Masa Kini

Sehingga tahun 2012, sebanyak 35 maklumat asas di Malaysia telah

disediakan. Maklumat tersebut adalah berkaitan dengan lembangan sungai,

lembangan sungai utama, hakisan pantai, kategori hakisan pantai, senarai

projek hakisan pantai, kawasan banjir, kejadian banjir besar dan lokasi projek

tebatan banjir di Malaysia.

Langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan bilangan maklumat asas

sumber air akan ditentukan melalui sesi percambahan fikiran dan

perbincangan.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan bilangan

maklumat asas sumber air mengikut pendekatan IRBM adalah seperti berikut:

1) Tiada kerangka yang jelas dalam menguruskan maklumat asas;

2) Sistem Maklumat Asas NRE (SMA*NRE) dibangunkan perlu

dikemaskini dari masa ke semasa bagi menyediakan maklumat yang

terkini;

3) Tiada penyeragaman maklumat antara Jabatan dan Agensi; dan

4) Pada masa ini, maklumat asas sumber air adalah berselerak dan

dimiliki oleh pelbagai agensi serta disimpan dalam pelbagai format

yang berbeza malah tiada mekanisme perkongsian maklumat yang

jelas

Page 30: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

29  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif

peningkatan nilai perkhidmatan dengan memberi tumpuan kepada

perkongsian maklumat yang lebih efisien selari dengan isu-isu berikut:

1) Mewujudkan kerangka pengurusan maklumat yang boleh diguna dan

dikongsi secara bersama dengan Jabatan dan Agensi lain;

2) Mewujudkan ruang persefahaman bagi tujuan penyeragaman

maklumat yang diperlukan oleh Jabatan dan Agensi; dan

3) Mewujudkan mekanisme perkongsian maklumat yang jelas di antara

Jabatan dan Agensi.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, sasaran adalah untuk:

1) Bilangan maklumat asas sumber air secara atas talian (on line); dan

2) Peta Geospatial bagi sub lembangan sungai/ empangan terpilih: Sub

Lembangan Sg. Muar, Johor iaitu Sg. Serom & Sg. Pagoh (2013-2015)

dan Sg. Sepang Loi, Johor (2014-5014), Projek River of Life (2013-

2015) dan Empangan JPS (2013-2015).

g. Pelan Tindakan

Bagi tujuan meningkatkan penyediaan maklumat asas sumber air

berdasarkan lembangan sungai, maka tindakan-tindakan yang dirancang

adalah seperti berikut:

1) Menyediakan analisis maklumat asas yang diperlukan dan bersifat

guna sama di dalam Sistem Maklumat Asas NRE (SMA*NRE);

Page 31: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

30  

2) Menyediakan Peta Geospatial di dalam Sistem Geoinformation for

NRE (G4NRE); dan

3) Menentukan kategori maklumat asas berdasarkan keperluan dalam

membuat keputusan.

F2. MATLAMAT UTAMA 2: PELAKSANAAN R&D SUMBER AIR,

MENINGKATKAN USAHA INOVASI DAN PENCIPTAAN PRODUK

SERTA PENGKOMERSILAN

6. Strategi Pelaksanaan 6

Melaksanakan R&D dan meningkatkan kolaborasi dan koordinasi dengan

pihak berkepentingan.

a. Latar Belakang

Pembangunan pesat negara, proses urbanisasi dan pertambahan penduduk

yang membawa kepada peningkatan permintaan sumber air telah

menyebabkan pelbagai impak negatif kepada aspek kuantiti dan kualiti

sumber air negara serta penurunan kualiti ekosistem air. Perlunya satu usaha

yang lebih agresif dalam meningkatkan kolaborasi dan koordinasi

pelaksanaan aktiviti-aktiviti R&D dalam menangani impak negatif ini.

b. Matlamat

Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sumber air dan

persekitarannya ke arah pengurusan air secara bersepadu dan tadbir urus air

yang terbaik.

Page 32: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

31  

c. Status Masa Kini

Sebanyak 4 projek R&D berkaitan air dan persekitarannya dengan

peruntukan RM11.18 juta yang telah diluluskan untuk tempoh dua tahun,

RMKe-10 (NAHRIM).

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan kolaborasi

penyelidikan dan koordinasi dalam pelaksanaan R&D adalah seperti berikut:

1) R&D dalam bidang air dan persekitarannya yang semakin kompleks ke

arah pengurusan air secara bersepadu dan tadbir urus air yang terbaik;

dan

2) Menyediakan R&D yang menjuruskan kepada penjanaan peluang

pelaburan ekonomi susulan daripada kesan perubahan iklim dan

pembangunan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini memberi tumpuan kepada

mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada di dalam perkara-perkara berikut

ke arah meningkatkan tahap kecemerlangan perkhidmatan:

1) Menggalakkan penyelidikan secara kolaborasi dengan agensi luar

(IPTA/ IPTS/ lain-lain agensi); dan

2) Menghebahkan hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan sumber

air.

Page 33: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

32  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Bilangan penyelidikan/ penerbitan yang dijalankan dan hasil penyelidikan

yang diaplikasikan oleh agensi-agensi berkaitan.

g. Pelan Tindakan

Bagi menggiatkan dan meningkatkan penyelidikan termasuk menggunakan

hasil penyelidikan bagi tujuan pembangunan sumber air, maka tindakan-

tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

1) Tumpuan kepada penyelidikan inovatif dan berpotensi strategik;

2) Mengaplikasikan hasil R&D untuk usaha penambahbaikan,

pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air negara;

3) Meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan dan penyebaran hasil

R&D; dan

4) Meningkatkan bilangan paten dan usaha mengkomersialkan hasil

R&D.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 34: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

33  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

2 MINERAL

BMG

JMG

A. LATAR BELAKANG

Mineral adalah bahan yang penting dalam kehidupan manusia. Pelbagai

bahan yang kita gunakan dalam kehidupan seharian dibuat daripada bahan

berasaskan mineral. Permintaan terhadap mineral meningkat seiring dengan

pembangunan dan pertambahan populasi penduduk. Semakin pesat

pembangunan sesuatu negara, semakin meningkat permintaan terhadap

bahan mineral terutama untuk menyokong sektor pembinaan dan pembuatan

ekoran daripada perkembangan ekonomi yang pesat.

Perlombongan merupakan antara industri tertua di Malaysia dan pada suatu

ketika dahulu negara adalah pengeluar bijih timah terbesar di dunia. Ekoran

kejatuhan harga bijih timah sekitar tahun 1980-an dan perkembangan industri

lain, industri perlombongan telah diketepikan dan dianggap sebagai ’sunset

industry’. Maka untuk melonjakkan semula industri perlombongan dan

pengkuarian, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memainkan peranan yang

sangat penting dalam meletakkan industri ini sebagai salah satu penyumbang

yang signifikan kepada ekonomi negara

JMG ditubuhkan pada 1 Julai 1999 hasil gabungan Jabatan Penyiasatan Kaji

Bumi dan Jabatan Galian. Kedua-dua jabatan tersebut adalah antara jabatan

kerajaan yang tertua di negara ini. Antara fungsi utama JMG ialah

menjalankan eksplorasi, mengumpul, menganalisis dan menyebarkan semua

maklumat berkaitan mineral di negara ini. Hasil kajian JMG menunjukkan

bahawa negara mempunyai rizab mineral yang signifikan untuk diusahakan

dan potensi sumber mineral negara dianggarkan bernilai RM235 bilion.

Page 35: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

34  

Semua maklumat tersebut penting untuk pembangunan industri mineral

negara. Di samping itu, JMG juga menjalankan penyelidikan dan

pembangunan [Research and Development (R&D)] dalam bidang mineral

bagi mempertingkatkan penggunaan dan menambah nilai sumber mineral

tempatan. Penguatkuasaan dan kajian juga dibuat bagi memastikan aktiviti

perlombongan dan pengkuarian dilaksanakan secara lestari.

Di peringkat Kementerian, aktiviti JMG diselaraskan oleh Bahagian Mineral

dan Geosains (BMG) yang bertanggungjawab untuk merangka dasar dan

strategi pembangunan pengurusan sumber mineral dan geosains secara

mapan ke arah pembangunan yang lestari. BMG juga bertanggungjawab

untuk mengeluarkan Permit Eksport (Approved Permit - AP) Mineral dan

Bahan Batuan yang akan dieksport ke luar negara.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN PEMBANGUNAN SUMBER

MINERAL UNTUK MEMACU EKONOMI NEGARA

C. STATUS MASA KINI

Aktiviti eskplorasi mineral yang dilaksanakan masih belum menyeluruh dan

banyak kawasan yang belum diliputi. Keluasan liputan kajian dan eskplorasi

mineral sehingga kini baru mencapai 55.7% daripada keluasan negara. Hasil

daripada kajian yang telah dijalankan telah mengenal pasti rizab mineral

berlogam dianggarkan berjumlah 69.7 juta tan, mineral bukan berlogam

berjumlah 110.5 billion tan dan batu arang berjumlah 0.96 billion tan. Kajian

dan eksplorasi mineral perlu diperluaskan untuk meningkatkan inventori

mineral negara. Ia penting bagi memastikan bekalan berterusan kepada

industri mineral negara dan kelangsungan jangka panjang pelabur.

Page 36: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

35  

Nilai eksport mineral bagi tahun 2011 ialah RM1,369.3 juta, manakala nilai

eksport produk berasaskan mineral bagi tahun yang sama ialah RM35.10

bilion. Bagaimanapun negara kini masih mengimport banyak bahan mineral

walaupun mempunyai rizab yang yang besar dan berpotensi untuk

diusahasilkan. Nilai import mineral bagi tahun 2011 berjumlah RM11.43 bilion

berbanding RM8.34 bilion pada tahun 2010. Dalam tahun 2011, jumlah nilai

import produk berasaskan mineral adalah RM59.66 bilion. Sebahagian

besarnya adalah import produk berasaskan mineral berlogam iaitu RM55.42

bilion yang terdiri daripada produk berasaskan besi dan keluli, emas,

tembaga, aluminium, zink dan timah. Import produk berasaskan mineral

bukan logam hanya RM4.25 billion.

Bidang risikan mineral merangkumi penyelidikan tentang pasaran domestik/

antarabangsa, harga, penawaran/ permintaan, penggunaan, aliran dagangan,

kegunaan dan pasaran baru, pelaburan (direct/ reverse), pelaburan tempatan

dan asing, serta pemantauan aktiviti huluan/ hiliran sektor mineral negara

masih di peringkat rendah. Data dan maklumat berkenaan diperlukan dalam

memberi pertimbangan yang berkesan kepada isu-isu perdagangan dan

perundingan seperti Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement –

FTA), Pertubuhan Perdagangan Dunia (World Trade Organization – WTO),

Kerjasama Dagangan Bersama (Joint Trade Cooperation – JTC), Kerjasama

Ekonomi Asia Pasifik (Asia-Pacific Economic Cooperation – APEC) dan lain-

lain.

Perhubungan komunikasi, pertukaran pandangan dan perkongsian

pengalaman antara kerajaan dengan pihak awam, swasta, pengeluar dan

pengguna dalam sektor mineral telah sedia wujud. Bagaimanapun

penyampaian maklumat melalui penerbitan dan seminar adalah terhad dan

kebanyakannya di peringkat dalam negeri. Kekurangan program promosi

menyebabkan kegagalan untuk menarik pelaburan yang berkualiti dan tulen,

sama ada pelabur tempatan atau dari luar negara.

Malaysia mendukung konsep pembangunan dan penggunaan sumber mineral

secara lestari. Tindakan kawal seliaan dan penguatkuasaan dilakukan bagi

memastikan pembangunan mineral dilakukan dengan berhemah.

Page 37: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

36  

Pembangunan mineral akan membantu menjana ekonomi negara dan dalam

masa yang sama kesejahteraan hidup rakyat tidak diabaikan. Usaha-usaha

pemuliharaan kawasan bekas lombong dan kuari telah dan sedang dilakukan

antaranya pemulihan banyak kawasan bekas lombong bijih timah dan juga

penghijauan muka kuari.

Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) mineral yang dilaksanakan

telah mencapai kejayaan dengan beberapa penemuan penyelidikan yang

telah dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan. Dalam aspek teknologi

pengusahasilan mineral mampan, R&D ditumpukan kepada teknik

pemprosesan, kawalan impak operasi perlombongan dan pengkuarian

terhadap alam sekitar serta kajian pemulihan bekas lombong dan kuari.

Bagaimanapun masih banyak ruang untuk dipertingkatkan dari segi

kemampuan, perancangan dan pelaksanaan penyelidikan yang lebih

berkesan. Di samping itu, aspek perkongsian pintar perlu diperkukuhkan

terutama dalam mempertingkatkan kerjasama dengan pihak swasta dan

insitusi pengajian tinggi serta mendapatkan perkhidmatan pakar luar negara.

Di peringkat antarabangsa Malaysia menjalin kerjasama melalui penglibatan

aktif dalam beberapa forum antaranya ASEAN Senior Officials Meetings on

Minerals (ASOMM), APEC dan Coordinating Committee for Geoscience

Programmes in East and Southeast Asia (CCOP). Pelbagai aktiviti

dilaksanakan meliputi perkongsian maklumat, kajian bersama dan

pembangunan modal insan. Kerjasama juga dijalinkan secara hubungan dua

hala dengan beberapa negara antaranya kerjasama pemetaan geologi

sempadan Malaysia-Thailand dan kerjasama teknikal Malaysia-Indonesia.

Dalam memantapkan industri mineral, beberapa dasar, perundangan dan

peraturan telah digubal, dikemaskini dan dimantapkan antaranya ialah

penggubalan 3 Pelan Induk di bawah Dasar Mineral Negara 2 (DMN2),

penyediaan beberapa peraturan di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994

dan semakan semula Akta Penyiasatan Kajibumi 1974. Selain daripada itu,

pemantapan dasar juga dilaksanakan melalui kajian-kajian untuk

menambahbaik dasar dan peraturan yang sedia ada.

Page 38: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

37  

D. ISU DAN CABARAN

Isu dan cabaran dalam melengkapkan data dan maklumat mineral serta

penerokaan kawasan longgokan mineral yang baru adalah seperti berikut:

1) Malaysia mempunyai sumber mineral yang signifikan namun maklumat

yang sedia ada masih kurang lengkap di mana kawasan yang belum

diteroka masih luas dan kualiti data masih perlu dipertingkatkan;

2) kerja-kerja eksplorasi mineral memerlukan peruntukan yang besar.

Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan kajian yang

dijalankan tidak terperinci dan menyeluruh;

3) pemajiran sumber mineral akibat konflik guna tanah merupakan

kehilangan sumber kekayaan kepada negara sedangkan kewujudan

mineral adalah spesifik di sesuatu tempat dan tidak boleh diganti;

4) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa

masing-masing dalam pembangunan dan pengurusan sumber mineral

negara. Penyelarasan dasar dan pemakaian peraturan yang seragam

akan lebih meyakinkan pelabur dalam dan luar negara:

5) kajian yang komprehensif bagi tujuan analisis pasaran, dagangan,

penggantian import, ramalan dan unjuran ekonomi berkaitan komoditi

masih perlu dipertingkatkan; dan

6) di sudut perancangan strategik, adalah mustahak bagi negara kita

terus mengenalpasti pelbagai sumber mineral tempatan supaya

pembangunan negara tidak terjejas dan negara kita (terutamanya

industri pembuatan) tidak terlalu bergantung kepada bahan mentah

dari negara luar.

Sektor mineral yang dianggap tidak kompetitif, terancam dan berhadapan

persepsi negatif masyarakat perlu dimartabatkan kedudukannya sebagai satu

Page 39: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

38  

aktiviti yang lestari dan penting dalam memacu ekonomi negara serta

meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti

adalah seperti berikut:

1) persepsi negatif masyarakat terhadap aktiviti berkaitan mineral,

terutama aktiviti perlombongan dan pengkuarian perlu diperbetulkan

melalui pendekatan amalan kaedah terkini yang mesra alam;

2) memastikan amalan terbaik diguna pakai dalam aktiviti perlombongan

dan pengkuarian bagi memenuhi kehendak pembangunan lestari

industri mineral termasuk mematuhi piawaian pencegahan

pencemaran alam sekitar;

3) meningkatkan kepakaran dan perkhidmatan yang kondusif bagi

mentadbir dan mengawal selia industri mineral selaras dengan

keperluan semasa supaya industri mineral membangun secara lestari;

4) kekurangan penggunaan bahan mineral tempatan oleh industri mineral

disebabkan kekurangan maklumat mineral yang lengkap;

5) menggalakkan pengusaha supaya meningkatkan penggunaan sumber

mineral tempatan dan mempelbagaikan produk melalui proses tambah

nilai.

6) kelemahan penguatkuasaan dalam memastikan pengusaha mematuhi

semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan semasa

menjalankan operasi perlombongan dan pengkuarian;

7) kekurangan peruntukan kewangan untuk promosi dan publisiti; dan

8) meyakinkan Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada aktiviti

pembangunan sumber mineral dan menerima pakai Pelan Induk

Pemulihan Lombong dan Kuari sebagaimana Pelan Induk

Page 40: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

39  

Pembangunan Mineral dan Pelan Induk Pembangunan Industri Kuari

yang telah diterima pakai sejak akhir tahun 2009.

Tahap pencapaian R&D bidang mineral masih rendah berbanding dengan

negara maju. Faktor utama yang perlu diberikan perhatian ialah:

1) mengatasi kekurangan kepakaran dalam bidang R&D mineral melalui:

a. peningkatan usaha sama R&D dengan agensi–agensi

penyelidikan serta institusi pengajian tinggi dalam dan luar

negara;

b. program pembangunan modal insan yang berterusan

khususnya dalam bidang-bidang kritikal; dan

c. penyediaan peruntukan bagi meningkatkan fasiliti penyelidikan.

2) Pemindahan teknologi kepada pengusaha produk mineral.

Antara isu dan cabaran dalam menjalin hubungan dan kerjasama

antarabangsa adalah kekangan peruntukan kewangan yang

menyebabkan jalinan kerjasama terhad. Polisi sedia ada tentang had

penyertaan ke luar negara juga perlu disemak semula untuk memberi

pendedahan kepada lebih ramai pegawai.

Daripada aspek perundangan, antara isu dan cabaran yang dihadapi

ialah tempoh masa yang panjang dalam menggubal dan meluluskan

sesuatu Rang Undang-Undang.

Secara keseluruhannya struktur organisasi jabatan perlu

diperkukuhkan bagi memastikan bilangan pegawai mencukupi untuk

melaksanakan semua strategi yang dirancang dan juga bagi

memastikan ia dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Page 41: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

40  

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi menyokong pelaksanaan matlamat tersebut sebanyak 5 Strategi

Pelaksanaan telah dikenal pasti iaitu:

1) Memperkembangkan sektor industri berasaskan mineral melalui

penyediaan maklumat mineral yang komprehensif dan promosi yang

efektif(OK1-3);

2) Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral secara

mampan (OK1-3);

3) Memperkukuhkan R&D&C bidang mineral untuk memajukan industri

mineral negara (OK1-3);

4) Meningkatkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa (OK1-3);

dan

5) Memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan

berkaitan mineral dan geosains (OK1-3).

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 3: MEMPERKUKUHKAN KEUPAYAAN

PEMBANGUNAN SUMBER MINERAL UNTUK MEMACU EKONOMI

NEGARA

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memperkembangkan sektor industri berasaskan mineral melalui penyediaan

maklumat mineral yang komprehensif dan promosi yang efektif (OK1-3).

Page 42: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

41  

a. Latar Belakang

Mineral adalah bahan yang penting dalam pembangunan negara. Permintaan

terhadap mineral meningkat seiring dengan pembangunan dan pertambahan

penduduk. Dalam tempoh tahun 2013 hingga 2015, permintaan mineral

negara dijangka meningkat terutamanya untuk menyokong sektor pembinaan

dan pembuatan ekoran daripada perkembangan ekonomi semasa yang

kembali pulih. Negara kini masih mengimport kebanyakan mineral walaupun

mempunyai banyak rizab yang berpotensi untuk diusahasilkan sendiri.

Pengusahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat

mengurangkan pengaliran keluar wang negara. Malah memperluaskan punca

hasil negara dan menggerakkan ekonomi serta memberi peluang pekerjaan

kepada rakyat setempat.

Data dan maklumat mengenai sumber mineral yang mencukupi adalah

penting untuk mempertingkatkan pembangunan sektor mineral. Untuk tujuan

ini, penyiasatan dan pemetaan sumber perlu diperhebatkan terutamanya bagi

mineral berlogam. Selain sumber mineral di darat, kajian perlu juga dijalankan

untuk menentukan kewujudan sumber mineral luar pesisir. Penyediaan

sumber kewangan, kelengkapan dan kepakaran yang mencukupi penting bagi

memastikan usaha tersebut boleh dilaksanakan dan seterusnya membantu

meningkatkan pendapatan dan pembangunan negara.

Kajian dan analisis ekonomi mineral yang komprehensif berkaitan pasaran,

dagangan, kepenggunaan dan statistik penting untuk memastikan

kelangsungan industri berasaskan mineral di negara ini.

Banyak data telah dikumpul namun maklumat tersebut masih tidak

menyeluruh untuk menjana pengetahuan berkaitan mineral. Kewujudan data

dan maklumat yang menyeluruh, bersepadu dan mudah diperoleh adalah

penting untuk perancangan dan pembangunan mineral yang lestari. Usaha-

usaha perlu dibuat untuk mempertingkatkan penyebaran maklumat mineral

kepada pihak berkuasa negeri, swasta dan orang awam. Maklumat mineral

yang tepat, lengkap dan kemas kini penting dalam perancangan guna tanah,

Page 43: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

42  

pembangunan fizikal dan juga untuk menarik minat pelabur sama ada dari

dalam dan luar negara.

b. Matlamat

Untuk melengkapkan maklumat mineral melalui penerokaan sumber mineral

yang baru dan strategik,analisis ekonomi yang menyeluruh, meningkatkan

promosi dan penyebaran maklumat mineral secara efektif dan berterusan.

c. Status Masa Kini

Jadual 6: Statistik Industri Mineral Negara (Tahun 2011)

BIDANG BILANGAN / NILAI

Nilai pengeluaran (RM billion) 6.257

Bilangan lombong 159

Bilangan kuari 309

Skim pengendalian melombong

dikeluarkan

159

Surat kebenaran pengkuarian

dikeluarkan

143

Liputan geokimia 185,000 km2

(55.7% daripada keluasan negara)

Liputan penyebaran maklumat mineral kepada kumpulan sasar tidak menyeluruh

sama ada di kalangan Pihak Berkuasa Negeri dan Persekutuan, pihak pelabur,

swasta, NGO dan orang awam.

Page 44: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

43  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam usaha-usaha

memperkembangkan sektor industri berasaskan mineral adalah seperti

berikut:

1) Malaysia mempunyai sumber mineral yang signifikan namun maklumat

sedia ada kurang lengkap di mana kawasan yang belum diteroka

masih luas dan kualiti data masih perlu dipertingkatkan;

2) kerja-kerja eksplorasi mineral memerlukan peruntukan yang besar.

Kekurangan peruntukan kewangan menyebabkan kajian tidak

terperinci dan tidak menyeluruh;

3) pengurusan ekonomi mineral memerlukan kemahiran dalam bidang

risikan, analisis, pasaran, dagangan dan ramalan tetapi kepakaran

dalam bidang tersebut masih kurang;

4) sektor mineral yang dianggap tidak kompetitif, terancam dan

mempunyai persepsi negatif perlu dimartabatkan kedudukannya

sebagai satu aktiviti yang lestari dan penting dalam memacu ekonomi

negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat;

5) kekurangan penggunaan bahan mineral tempatan oleh industri mineral

disebabkan kekurangan maklumat mineral yang lengkap;

6) pemajiran sumber mineral akibat pembangunan fizikal merupakan

kehilangan kekayaan kepada negara sedangkan kewujudan mineral

adalah spesifik di sesuatu tempat dan tidak boleh diganti;

7) liputan penyebaran maklumat mineral kepada kumpulan sasar tidak

menyeluruh sama ada di kalangan Pihak Berkuasa Negeri dan

Persekutuan, pelabur, swasta, NGO dan orang awam; dan

Page 45: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

44  

8) promosi dan penyebaran maklumat berkaitan mineral masih kurang

dan tidak efektif kerana kekurangan peruntukan kewangan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan

kepada keperluan stakeholder dan pelanggan. Tumpuan utama adalah untuk

mempertingkat maklumat mineral bagi memperkembangkan sektor industtri

berasaskan mineral dan menyebarkan maklumat mineral kepada pelbagai

pihak supaya ianya boleh dimanfaatkan untuk mendatangkan hasil kepada

negara dan juga memudahkan perancangan pembangunan di sesuatu

kawasan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran dan pencapaian bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 7 Petunjuk Prestasi

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Liputan eksplorasi

mineral berlogam (km2) 1,583 188 306 250 500 500

Liputan penilaian

mineral perindustrian

(km2)

527 83 217 200 300 300

Liputan eksplorasi

mineral tenaga (km2) 33 11 55 25 50 50

Bilangan laporan

komoditi mineral

diterbitkan

5 5 5 5 5 5

Bilangan seminar/

persidangan dianjurkan 3 3 3 3 3 3

Page 46: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

45  

g. Pelan Tindakan

Bagi memperkembangkan sektor industri berasaskan mineral di negara ini

dan juga bagi memastikan ia mampu bersaing dengan negara-negara

serantau, tindakan-tindakan berikut dicadang dilaksanakan:

1) meningkatkan program eksplorasi dan penilaian sumber mineral bagi

meneroka longgokan mineral yang baru dan strategik dan seterusnya

melengkapkan data dan maklumat berkaitan mineral negara;

2) meningkatkan kajian, risikan dan analisis secara komprehensif

terhadap pasaran, dagangan, kepenggunaan, penggantian import dan

ramalan berkaitan komoditi mineral; dan

3) meningkatkan promosi dan penyebaran maklumat secara efektif dan

berterusan melalui roadshow dan publisiti menerusi pelbagai kaedah

seperti internet, seminar, persidangan dan misi pelaburan ke luar

negara.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral secara mampan

(OK1-3).

a. Latar Belakang

Laporan Brundtland (1987) mentakrifkan Pembangunan Mampan sebagai

“pembangunan yang memenuhi tuntutan masa kini tanpa mengabaikan

kemandirian dan peluang generasi masa hadapan untuk memenuhi tuntutan

mereka”. Pembangunan mapan memerlukan integrasi pertimbangan

ekonomi, alam sekitar dan sosial dalam membuat keputusan. Matlamat utama

adalah pengurangan kemiskinan dengan menumpukan faedah pembangunan

di kawasan-kawasan yang kurang membangun serta memastikan wujudnya

ekuiti intragenerasi.

Page 47: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

46  

Malaysia telah menandatangani Perisytiharan Rio berkaitan dengan alam

sekitar dan pembangunan yang mendukung 27 prinsip dan Agenda 21.

Berhubung dengan sektor mineral, Malaysia mendukung pembangunan

mampan dan penggunaan optimum sumber mineralnya untuk

mempertingkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial. Sehubungan

itu, Malaysia telah mula melaporkan perlaksanaan pembangunan kepada

Commission Sustainable Development (CSD) pada awal tahun 2010. Pada

masa yang sama, pihak NRE perlu menyediakan petunjuk-petunjuk yang

sesuai bagi memantapkan pelaksanaan pembangunan mampan untuk

dilaporkan kepada CSD dari masa ke semasa.

Persepsi masyarakat terhadap industri mineral adalah industri yang

merosakkan alam sekitar. Ini disebabkan industri perlombongan tidak

dilaksanakan secara mampan secara keseluruhan. Tambahan lagi, tiada

tindakan pemulihan secara menyeluruh ke atas lombong-lombong dan kuari-

kuari dilaksanakan. Justeru itu, melalui Akta Pembangunan Mineral 1994 dan

Enakmen Mineral Negeri, pihak pengusaha lombong dikehendaki

mempraktikkan amalan perlombongan terbaik dengan penggunaan teknologi

terkini yang mesra alam. Sesuatu kawasan perlombongan yang hendak

diusahakan dikehendaki mempunyai perancangan komprehensif di mana

perlu dikenal pasti pada peringkat awal cara-cara membaik pulih (rehabilitate)

kawasan perlombongan tersebut. Perlombongan mampan (sustainable

mining) ini dilaksanakan dengan pihak pelombong mematuhi Pelan Induk

Perancangan Bersepadu yang disediakan oleh juruperunding di mana pelan

ini menekankan perkara-perkara seperti menjalankan pembaikpulihan

berterusan (progressive rehabilitation) semasa operasi lombong masih

berjalan supaya selepas berakhirnya aktiviti perlombongan, kawasan bekas

tanah lombong dapat digunakan semula bagi tujuan lain seperti untuk tujuan

tasik rekreasi atau kawasan takungan banjir selaras dengan prinsip yang

ditetapkan dalam Manual Saliran Mesra Alam (MSMA). Selain daripada itu

R&D bagi pemulihan bekas tanah lombong dan penghijauan tanah kuari juga

dijalankan.Dasar Mineral Negara 2 (DMN2) yang dilancarkan oleh NRE pada

22 Januari 2009 bagi menggantikan dasar sebelumnya mampu memberi

fokus terhadap pembangunan mineral yang mampan dan penggunaan

Page 48: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

47  

sumber mineral secara optimum dengan mengambil kira penjagaan alam

sekitar. Antara teras utama DMN2 berkenaan ialah dalam penerajuan alam

sekitar. Bagi melaksanakan program-program di bawah teras-teras utama

DMN2, pihak NRE telah menyediakan tiga pelan induk iaitu Pelan Induk

Pembangunan Mineral, Pelan Induk Pembangunan Industri Kuari dan Pelan

Induk Pemulihan Lombong. Dengan pelaksanaan pelan-pelan induk tersebut,

persepsi negatif masyarakat terhadap aktiviti perlombongan dan pengkuarian

dijangka dapat diminimumkan. Pelan-pelan yang menggariskan program

pembangunan industri ini secara mampan termasuk pelaksanaan program

pemulihan bukan sekadar membantu menjaga alam sekitar tetapi mampu

memberi nilai tambah kepada kawasan lombong dan kuari.

Bermula 21 September 2007, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan

Industri (MITI) telah memindahkan kuasa bagi meluluskan permohonan untuk

mengeksport mineral dan bahan batuan kepada Kementerian Sumber Asli

dan Alam Sekitar (NRE). Pemindahan ini bertujuan meletakkan kuasa

meluluskan AP kepada Kementerian / Jabatan yang lebih arif tentang

perjalanan aktiviti / industri yang terlibat. Selain dapat menambahbaik sistem

penyampaian kerajaan, pemindahan fungsi ini juga dapat memastikan

pengeksportan mineral dan bahan batuan ke luar negara tidak menjejaskan

bekalan dan keperluan tempatan.

b. Matlamat

Memastikan pembangunan sumber mineral yang efisien, bertanggungjawab,

mampan dan penggunaan yang optimum.

c. Status Masa Kini

Dalam proses menjadikan aktiviti pembangunan mineral sebagai satu industri

yang lestari, beberapa usaha telah dilaksanakan antaranya;

1) meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan dan kawalseliaan

terhadap aktiviti perlombongan dan pengkuarian;

Page 49: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

48  

2) mewujudkan piawaian amalan terbaik yang diguna pakai dalam aktiviti

perlombongan dan pengkuarian bagi memenuhi kehendak

pembangunan lestari;memulihkan semula kawasan tanah bekas

lombong contohnya pemulihan kawasan bekas lombong tembaga di

Mamut, Sabah;

3) menjalankan kajian tebus guna tanah bekas lombong seperti Kajian

Sistem Penanaman Atas Kolam (SPAK); dan

4) memulihkan kawasan bekas kuari seperti menjalankan kajian untuk

menghijaukan muka kuari.

d. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Strategi ini melibatkan perspektif pelaksanaan proses yang memberi tumpuan

kepada peningkatan kecemerlangan operasi. Tumpuan utama adalah bagi

memastikan sumber mineral dibangunkan dengan efisien, berkesan,

bertanggungjawab dan mesra alam.

e. Isu dan Cabaran

Sektor mineral yang tidak kompetitif, terancam dan mempunyai pesepsi

negatif perlu dimartabatkan kedudukannya sebagai satu aktiviti yang lestari

dan penting dalam memacu ekonomi negara serta meningkatkan taraf hidup

rakyat. Ini termasuk:

1) memastikan amalan terbaik diguna pakai dalam aktiviti perlombongan

dan pengkuarian bagi memenuhi kehendak pembangunan lestari

industri mineral termasuk mematuhi piawaian pencegahan

pencemaran alam sekitar;

2) meningkatkan kepakaran dan perkhidmatan yang kondusif bagi

mentadbir dan mengawal selia industri mineral selaras dengan

keperluan semasa supaya industri mineral membangun secara lestari;

Page 50: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

49  

3) mendidik pengusaha-pengusaha kuari dan lombong supaya turut

menjalankan tanggungjawab sosial korporat [Corporate Social

Responsibility (CSR)] sebagai salah satu sumbangan kepada

masyarakat setempat;

4) memulihkan kawasan bekas lombong dan kuari yang masih luas akibat

daripada aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang telah lama

beroperasi di Malaysia. Sebahagian kawasan bekas lombong dan kuari

telah ditebus guna atau dipulihkan semula;

5) meyakinkan Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada aktiviti

pembangunan sumber mineral di kawasan-kawasan yang berpotensi

supaya sumber tersebut tidak dimajirkan;

6) menggalakkan pengusaha supaya meningkatkan penggunaan sumber

mineral tempatan dan mempelbagaikan produk melalui proses tambah

nilai;

7) menjana pendapatan negara melalui pengeksportan mineral ke luar

negara tetapi pada masa yang sama memastikan bekalan untuk

keperluan tempatan tidak terjejas; dan

8) menyediakan suasana pelaburan yang kondusif untuk menarik minat

pelabur seperti pemberian insentif pelaburan memandangkan industri

ini berisiko tinggi dan memerlukan modal yang besar.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2010 hingga 2015 adalah seperti

berikut:

Page 51: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

50  

Jadual 8: Petunjuk Prestasi

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Pematuhan Pelan-pelan

Induk di bawah DMN2

(%)

- - - 25 40 50

Aduan yang dapat

diselesaikan dalam

tempoh ditetapkan (%)

- - - 100 100 100

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral dilakukan

secara lestari, maka tindakan-tindakan berikut dicadangkan dilaksanakan:

1) mempertingkat keberkesanan kawal selia lombong dan kuari melalui

amalan perlombongan dan pengkuarian terbaik di kalangan

pengusaha;

2) menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan teknik tebus

guna tanah kawasan bekas lombong dan kuari yang bersesuaian;

3) menyebarkan maklumat tentang kaedah usaha hasil mesra alam yang

dapat meminimumkan kesan terhadap alam sekitar bagi menangkis

pesepsi negatif terhadap aktiviti berkaitan mineral;

4) memantapkan proses kelulusan permit eksport mineral dan pelbagai

bahan batuan melalui aplikasi atas talian; dan

5) menjalankan kajian untuk menghasilkan iklim pelaburan mineral yang

kondusif melalui pelaksanaan perundangan mineral negeri yang

Page 52: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

51  

seragam, penyediaan insentif fiskal dan bukan fiskal yang menarik,

memansuhkan halangan ke atas penyertaan ekuiti asing dan

penggunaan model perjanjian mineral antara negeri dan pelabur.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Memperkukuhkan R&D&C bidang mineral untuk memajukan industri mineral

negara (OK1-3).

a. Latar Belakang

Malaysia mempunyai rizab mineral yang pelbagai dan signifikan. Sebahagian

besar daripada longgokan mineral tersebut masih belum diteroka dan

digunakan dengan sebaiknya. Sebahagian pengusaha tempatan masih

menggunakan bahan mineral yang diimport dan bahan mentah mineral pula

dieksport dengan nilai yang rendah. R&D&C dalam bidang mineral penting

bagi menjana industri mineral untuk menjadikan Malaysia pengeluar dan

pembekal utama produk berasaskan mineral. Hasil daripada R&D&C akan

meningkatkan penggunaan sumber mineral tempatan dan juga

mempelbagaikan produk melalui proses tambah nilai.

Kepakaran dan kemahiran pegawai penyelidik mineral perlu dipertingkatkan

ke peringkat yang cemerlang untuk memberikan hasil penyelidikan yang

terbaik bagi manfaat negara. Prasarana penyelidikan perlu dipertingkatkan

dan sumber kewangan ditambah bagi memastikan penyelidikan berada pada

tahap yang terbaik bagi memberikan hasil R&D&C yang cemerlang. JMG

akan terus memperhebatkan usaha bagi mempertingkatkan Pusat

Penyelidikan Mineral sebagai pusat kecemerlangan R&D&C mineral negara.

b. Matlamat

Untuk memperkukuhkan R&D&C dalam bidang mineral bagi meningkatkan

penggunaan bahan mentah mineral tempatan dan juga menambah nilai

produk mineral yang dihasilkan.

Page 53: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

52  

c. Status Masa Kini

Sejak penubuhan JMG pada tahun 1999, hala tuju R&D telah berubah dan

tumpuan utama diberi kepada peningkatan fasiliti R&D dan latihan berterusan

kepada pegawai-pegawai penyelidik bagi meningkatkan kepakaran mereka

dalam bidang R&D berkaitan. Ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan

beberapa buah universiti, syarikat tempatan dan institusi luar negara. Aktiviti-

aktiviti R&D dalam bidang mineral ini dilaksanakan sepenuhnya oleh Pusat

Penyelidikan Mineral (PPM), JMG.

Skop utama R&D&C bahan berasaskan mineral adalah bagi pembuatan

produk tambah nilai dari pasir silika, lempung, kaolin, bahan batuan dan

bahan termaju. Pada masa ini, JMG telah melaksanakan projek-projek

R&D&C meliputi kajian tambah nilai dan penghasilan produk hiliran yang

berasaskan sumber mineral tempatan.

PPM juga menjalankan R&D bagi penghasilan bahan komposit untuk

diaplikasikan bagi bahan termaju. Penyelidikan berkaitan penghasilan kalsium

silikat bersaiz nano untuk produk penebat bersuhu tinggi juga dilaksanakan.

Dalam aspek teknologi pengusahahasilan mineral secara lestari, R&D

ditumpukan kepada teknik pemprosesan, kawalan impak operasi

perlombongan dan pengkuarian ke atas alam sekitar serta kajian pemulihan

tanah bekas lombong dan kuari.

Bagi menyahut seruan kerajaan tentang kelestarian alam sekitar, PPM

menjalankan penyelidikan berkaitan teknologi hijau dalam pemprosesan

mineral. Disamping itu, R&D penghasilan produk yang mampu dikomersilkan

dengan menggunakan bahan yang dikitar semula sedang giat dijalankan.

Pembangunan teknik rawatan Acid Mine Drainage (AMD) di kawasan bekas

lombong yang bermasalah juga dilaksanakan oleh pasukan penyelidik PPM.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pengkelasan efluen di kawasan

lombong. Selain itu, penghasilan produk sampingan daripada sisa rawatan

AMD akan diperkenalkan.

Page 54: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

53  

Usaha pemindahan teknologi kepada industri mineral dan orang ramai juga

tidak disampingkan. Usahasama teknikal dengan industri mineral dan Institusi

Pengajian Tinggi diperhebatkan. Taklimat teknikal seringkali dianjurkan bagi

menghebahkan pencapaian PPM.

PPM juga menganjurkan Simposium Mineral (SIMPOMIN) dua tahun sekali

sebagai platform pertemuan dan perbincangan antara penyelidik PPM

dengan profesional yang terlibat dengan industri mineral di Malaysia.

d. Isu dan Cabaran

R&D&C dalam bidang mineral penting bagi menjana industri mineral untuk

menjadikan Malaysia pengeluar dan pembekal utama produk berasaskan

mineral. Hasil daripada R&D&C akan meningkatkan penggunaan sumber

mineral tempatan dan juga mempelbagaikan produk melalui proses tambah

nilai.

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti bagi mencapai matlamat tersebut

adalah seperti berikut:

1) kepakaran dan kemahiran pegawai penyelidik mineral perlu

dipertingkatkan ke peringkat yang cemerlang untuk memberikan hasil

penyelidikan yang terbaik bagi manfaat negara;

2) prasarana penyelidikan perlu dipertingkatkan dan sumber kewangan

perlu ditambah bagi memastikan penyelidikan berada pada tahap yang

terbaik bagi menghasilkan R&D&C yang cemerlang;

3) usaha sama R&D&C dengan agensi–agensi penyelidikan, pihak

swasta serta institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara perlu

dipergiatkan;

Page 55: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

54  

4) kepakaran dan pemindahan teknologi kepada pengusaha produk

mineral perlu dilaksanakan supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya

dalam memajukan sumber mineral negara; dan

5) JMG perlu memastikan makmal R&D&C berada pada tahap terbaik

dan mematuhi standard yang ditetapkan supaya Pensijilan MS ISO

yang diperoleh oleh makmal JMG dapat dikekalkan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Tumpuan utama strategi ini adalah untuk meningkatkan kepakaran dan

kemahiran pegawai penyelidik dalam bidang penyelidikan mineral dan

seterusnya dapat mengembangkan R&D&C bidang mineral. Oleh itu, hasil

penyelidikan perlu dipertingkatkan, dipaten, dikomersial dan disebarkan untuk

kegunaan pengusaha mineral tempatan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 9:

Petunjuk Prestasi Sasaran Aktiviti RD&C Mineral tahun 2011-2015

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan hasil R&D

yang didaftar atau

dipaten

_ * _ * 2 1 1 1

Bilangan kolaborasi

dengan institusi luar 8 11 9 8 8 8

Bilangan penyelidikan 14 14 19 21 21 14

* Nota : Hasil R&D digunapakai ialah 5 pada 2010 dan 3 pada 2011.

Page 56: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

55  

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai kecemerlangan R&D&C dalam bidang mineral, tindakan-

tindakan berikut perlu dilaksanakan:

1) menubuhkan panel penasihat penyelidikan bagi memastikan R&D&C

yang dijalankan adalah relevan dan mampu berdaya saing;

2) meningkatkan penyelidikan ke atas mineral tempatan bagi menambah

nilai, kepelbagaian penggunaan dan sebagai langkah penggantian

import;

3) meningkatkan penyelidikan ke atas penjagaan alam sekitar,

keselamatan pekerjaan dan membentuk garis panduan dalam industri

mineral;

4) meningkatkan penyelidikan dalam bidang kitar semula mineral;

5) meningkatkan aplikasi dan pengkomersialan hasil R&D;

6) menggalakkan sektor swasta mengambil bahagian dalam aktiviti R&D;

7) mempertingkatkan kerjasama dalam bidang penyelidikan mineral

dengan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi;

8) mendapatkan perkhidmatan pakar luar negara dalam R&D&C bidang

mineral untuk pembangunan modal insan tempatan; dan

9) memberikan perkhidmatan kepakaran dalam R&D&C bidang mineral.

4. Strategi Pelaksanaan 4

Meningkatkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa (OK1-3).

Page 57: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

56  

a. Latar Belakang

Hubungan dan kerjasama yang dijalin dengan komuniti antarabangsa akan

dapat mengukuhkan kerjasama peringkat dua hala, serantau dan pelbagai

hala. Hubungan dan kerjasama antarabangsa dalam bidang mineral dan

geosains adalah penting memandangkan Malaysia merupakan negara yang

mengamalkan dasar ekonomi terbuka yang mana secara tidak langsung

dapat membantu membangunkan sumber mineral dan geosains. Selain

daripada itu, rangka kerjasama ini dapat menggalakkan perpindahan

teknologi dan perkongsian kepakaran dalam membangunkan modal insan di

arena antarabangsa.

Bidang mineral dan geosains banyak tertumpu kepada aspek saintifik dan

teknikal, justeru memerlukan satu platform antarabangsa supaya faedah

dalam pertukaran maklumat saintifik dan meningkatkan hubungan kerjasama

dapat diperluaskan. Kemahiran dan kepakaran pegawai dalam bidang

geosains dan mineral juga dapat diperkembangkan dengan mempelajari

teknologi dan kepakaran dari negara luar dalam usaha memajukan sumber

mineral tempatan selaras dengan hasrat untuk memperkembangkan sektor

mineral negara. Selain itu juga, kerjasama dengan negara-negara jiran akan

dapat mengukuhkan persefahaman dan membina blok serantau yang maju

dalam bidang mineral dan geosains .

Persefahaman ini juga selaras dengan keperluan negara untuk mewujudkan

rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau

serta perkongsian pintar antara kerajaan yang dapat menyumbang kepada

kemajuan ekonomi dan industri mineral negara.

b. Matlamat

Strategi pelaksanaan ini akan merealisasikan pencapaian 2 matlamat berikut:

1) menjalin hubungan antarabangsa melalui program-program kerjasama

dalam bidang mineral dan geosains; dan

Page 58: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

57  

2) meningkatkan imej negara dan menunjukkan komitmen Malaysia

secara global.

c. Status Masa Kini

Program-program kerjasama dalam bidang mineral dan geosains melibatkan

Malaysia dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya ASEAN (ASEAN

Ministerial Meeting on Minerals - AMMin dan ASOMM). APEC dan CCOP di

samping kerjasama dua hala dengan beberapa negara seperti Malaysia-

Thailand dan Malaysia-Indonesia.

Program-program yang dilaksanakan melalui kerjasama-kerjasama tersebut

ialah:

1) kajian dan survei bersama dalam bidang pemetaan dan korelasi

geologi di kawasan sempadan bersama Malaysia dengan Thailand dan

Indonesia;

2) kajian dan penyiasatan bersama sumber geologi termasuk sumber

mineral, sumber tenaga, sumber air bawah tanah dan perubahan iklim;

3) penilaian impak geologi dan geobencana;

4) pembangunan sistem maklumat mineral dan geosains;

5) pembangunan kapasiti modal insan melalui kursus, latihan,

penyelidikan dan pertukaran pakar teknikal yang berkaitan dengan

kajian dan aktiviti geologi dan sumber mineral;

6) pertukaran ahli sains, maklumat sains dan teknikal; dan

7) latihan dan lawatan teknikal serta bekerjasama dalam bidang R&D dan

pembangunan sumber mineral dan geosains.

Page 59: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

58  

d. Isu dan Cabaran

Isu dan cabaran utama yang dikenal pasti dalam usaha menjalin hubungan

dan kerjasama antarabangsa dalam bidang mineral dan geosains;

1) hubungan antarabangsa memerlukan komitmen kerjasama yang

berterusan terutamanya dalam aspek kekerapan pertemuan tetapi

kerana faktor geografi menyebabkan ia sukar dilaksanakan;

2) kerjasama antarabangsa memerlukan peruntukan kewangan yang

tinggi untuk menampung kos perjalanan, pembayaran yuran dan

sumbangan tahunan kepada organisasi yang dianggotai. Disebabkan

kekangan peruntukan kewangan, cadangan program kerjasama

terpaksa dihadkan dan ini menghalang pencapaian objektif yang

diharapkan;

3) bilangan pegawai yang terhad menyebabkan pegawai-pegawai yang

terlibat dalam program kerjasama antarabangsa tidak dapat memberi

tumpuan sepenuhnya kerana mereka juga mempunyai komitmen

terhadap tugas lain yang lebih mendesak. Selain daripada itu, bilangan

penyertaan pegawai yang terhad tidak dapat membina pembangunan

modal insan yang menyeluruh kerana tiada pendedahan yang dapat

diberi; dan

4) teknologi dan bidang baru berkaitan industri mineral, perlombongan

dan isu-isu geosains berkembang sangat pantas dewasa ini.

Kekangan-kekangan yang wujud seperti kewangan, perjawatan dan

lain-lain tidak harus membataskan pengetahuan para pegawai baik

dari segi teknikal dan penggubal dasar. Mekanisme seperti

perkongsian kepakaran melalui pembentangan kertas kerja/ kertas

cadangan melalui forum-forum antarabangsa wajar digalakkan.

Page 60: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

59  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Strategi ini melibatkan perspektif pelaksanaan proses yang memberi tumpuan

kepada peningkatan kecemerlangan operasi. Tumpuan utama adalah dalam

meningkatkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa sama ada dalam

bentuk kerjasama dua hala, pelbagai hala, serantau dan menganggotai

beberapa organisasi antarabangsa yang relevan dalam bidang mineral dan

geosains.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 10: Bilangan Kolaborasi Antarabangsa

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan kolaborasi 5 5 5 5 5 5

Bilangan pembentangan

kertas kerja/ kertas cadangan 5 5 5 3 6 7

g. Pelan Tindakan

1) Mempertingkatkan kerjasama dua hala, pelbagai hala, serantau dan

mengambil bahagian yang aktif dalam forum dan organisasi

antarabangsa yang relevan dalam bidang mineral dan geosains;

2) Menganjurkan persidangan/ mesyuarat/ seminar untuk bertukar-tukar

pandangan di samping untuk menarik pelabur luar datang dan

membuat pelaburan di Malaysia dalam bidang mineral dan geosains;

dan

Page 61: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

60  

3) Menghasilkan kertas-kertas cadangan yang bernas yang boleh

dimanfaatkan oleh semua pihak untuk dibentangkan dalam forum-

forum serantau dan antarabangsa.

5. Strategi Pelaksanaan 5

Memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan berkaitan

mineral dan geosains.

a. Latar Belakang

Dasar merupakan medium yang menterjemahkan hala tuju sesebuah

Kementerian terhadap sesuatu isu sementara perundangan diwujudkan

sebagai satu sistem kawalan agar keamanan, hak dan tanggungjawab dapat

ditegakkan. Pentadbiran dan pengurusan sumber mineral dan geosains yang

berkesan akan tercapai apabila dasar, strategi dan program adalah

bersesuaian dengan keperluan semasa. Dalam konteks NRE, dasar-dasar

berkaitan sumber asli dan alam sekitar dibentuk untuk memberi manfaat

kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan persekitaran yang

kondusif untuk kesejahteraan rakyat. Ia juga disesuaikan dengan ciri-ciri dan

keperluan semasa negara dalam penerokaan sumber asli yang lestari tanpa

membelakangkan sensitiviti alam sekitar, pihak berkepentingan dan

masyarakat.

Dasar mineral amat penting kerana sektor ini mempunyai potensi besar untuk

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi menerusi sumbangan kepada

keluaran negara kasar (Gross Domestic Product - GDP), mewujudkan

peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan eksport dengan perkembangan

pembangunan industri berasaskan mineral sama ada hiliran atau huluan.

Dasar ini telah diwujudkan pada tahun 1992 dan telah dipinda pada tahun

2009. Dasar ini yang dikenali sebagai Dasar Mineral Negara 2, berfungsi

untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral kepada pembangunan

sosioekonomi negara melalui pembangunan sumber asli secara efisien,

bertanggungjawab dan lestari serta penggunaannya secara optimum. Dasar

Page 62: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

61  

Geosains Negara yang bakal dilaksanakan pula dijangka akan meningkatkan

kesedaran masyarakat dan pemimpin negara tentang peranan geosains

dalam pembangunan dan keselamatan negara.

Dari sudut perundangan, bagi memastikan industri mineral dan aktiviti

geosains dapat dilaksanakan secara lestari, adalah penting untuk

memantapkan perundangan, peraturan dan garis panduan yang berkaitan

demi memenuhi keperluan semasa. Perundangan, peraturan dan

garispanduan yang telah lama atau lapuk perlu disemak secara sistematik

dan diharmonikan dengan keperluan semasa.

b. Matlamat

Untuk menggubal dan memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan

garis panduan bagi memastikan pembangunan industri mineral dijalankan

dengan cekap, selamat dan teratur di samping mempertingkatkan

keberkesanan sumbangan geosains untuk kesejahteraan rakyat dan

memelihara alam sekitar.

c. Status Masa Kini

Dasar mineral yang diguna pakai pada masa ini adalah Dasar Mineral Negara

2 (DMN2) yang dilancarkan pada tahun 2009. Dasar tersebut merupakan

kesinambungan kepada Dasar Mineral Negara 1 (DMN1) yang telah digubal

pada tahun 1992. Mekanisme pelaksanaan DMN2 dilakukan menerusi 3

pelan induk yang digubal iaitu Pelan Induk Pembangunan Mineral, Pelan

Induk Pembangunan Industri Kuari dan Pelan Induk Pemulihan Lombong dan

Kuari.

Selain itu, pihak NRE dalam peringkat akhir penyediaan Dasar Geosains

Negara selaras dengan program transformasi kerajaan. Pengetahuan

geosains harus secara proaktif dikehadapan bagi membolehkan negara terus

bergerak maju. Memandangkan negara pada masa ini masih belum

mempunyai satu dasar tetap untuk bidang geosains, maka inisiatif perlu

Page 63: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

62  

diambil agar bidang ini mempunyai satu hala tuju yang jelas. Ianya akan

menjadi satu instrumen bagi membantu menangani isu alam sekitar,

perubahan iklim, risiko geobencana dan sumbangan kepada teknologi hijau.

Bagi tujuan tersebut, beberapa siri perbincangan telah diadakan dan dihadiri

oleh semua agensi yang terbabit untuk menyediakan satu dasar geosains

negara yang dinamik.

Akta, Enakmen dan Peraturan yang telah digubal dan berkuat kuasa serta

relevan dengan fungsi Kementerian dan Jabatan ialah:

1) Akta Penyiasatan Kajibumi 1974;

2) Akta Pembangunan Mineral 1994;

3) Akta Ahli Geologi 2008;

4) Enakmen Mineral Negeri; dan

5) Peraturan/ Kaedah Kuari.

Akta Pembangunan Mineral 1994 digubal untuk mewujudkan peruntukan bagi

pemeriksaan dan pengawalseliaan kerja penjelajahan (exploration),

pencarigalian (prospecting) dan perlombongan mineral dan bijih mineral dan

bagi perkara lain yang berkaitan dengannya. Pada amnya, Akta ini bertujuan

supaya aktiviti penjelajahan/ eksplorasi, pencarigalian dan perlombongan

mineral dan bijih yang dijalankan tidak menjejaskan keselamatan dan

kesihatan mana-mana orang, mengakibatkan kerosakan kepada harta atau

menyebabkan kacau ganggu, atau mencacatkan kemudahan mana-mana

kawasan atau tempat. Di samping itu, ia juga memastikan agar aktiviti

pemfosikan, pendulangan, penjelajahan, perlombongan dan pemprosesan

mineral dijalankan mengikut amalan yang terbaik dan selamat dan apa-apa

standard alam sekeliling sebagaimana yang ditetapkan. Akta Pembangunan

Mineral 1994 ini disokong oleh Peraturan-peraturan untuk membolehkan ia

Page 64: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

63  

dilaksanakan dan ditadbir dengan licin dan cekap. Peraturan-peraturan

berkenaan adalah seperti berikut:

1) Peraturan Skim Pengendalian Melombong, Pelan dan Buku Rekod;

2) Peraturan Keselamatan Eksplorasi dan Perlombongan;

3) Peraturan Perletupan;

4) Peraturan Efluen Lombong;

5) Peraturan Perlombongan Arang Batu Bawah Tanah;

6) Peraturan Pengkompaunan Kesalahan-kesalahan;

7) Peraturan Penyata Perangkaan; dan

8) Peraturan Peraturan Pemprosesan Mineral.

Setakat ini, hanya satu sahaja peraturan yang telah diluluskan oleh YB

Menteri NRE iaitu Peraturan-peraturan Pembangunan Mineral (Pengendalian

Skim Melombong, Pelan dan Buku Rekod) 2007. Status draf peraturan-

peraturan lain adalah seperti berikut:

1) peraturan Keselamatan Eksplorasi dan Perlombongan ([alam semakan

pihak Jabatan Peguam Negara (AGC);Peraturan Efluen Lombong

(dalam semakan AGC);

2) peraturan Peletupan (dalam semakan AGC);

3) peraturan Statistik (dalam semakan AGC);

4) peraturan Kompaun (untuk tandatangan Menteri); dan

Page 65: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

64  

5) peraturan Pemprosesan Mineral (dalam semakan PUU NRE).

JMG juga dikehendaki menyediakan garispanduan-garispanduan dan

standard-standard yang perlu dipraktikkan di dalam aktiviti perlombongan

oleh pihak pengusaha, seperti berkaitan dengan bahan letupan, efluen,

habuk, bunyi, gegaran, bahan-bahan berbahaya dan toksik serta

penganginan bawah tanah (underground ventilation).

Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Mac 1976

diperuntukkan bagi mengatur dan mengawal penyiasatan kajibumi,

menubuhkan arkib-arkib kajibumi dan bagi mengadakan peruntukan

berkenaan perkara-perkara yang bersampingan dengannya. Akta ini juga

memperuntukkan bagi perlantikan seseorang Penyimpan Arkib Penyiasatan

Kajibumi atau Kurator Kumpulan Penyiasatan Kajibumi oleh Ketua Pengarah

Penyiasatan Kajibumi. Pemakaian Akta sedia ada tidak lagi dapat memenuhi

keperluan semasa terutamanya yang melibatkan isu-isu alam sekitar iaitu:

1) perubahan mandat yang selari dengan misi, objektif dan fungsi

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar;

2) kekangan dalam perlaksanaan tugas yang dijalankan terhad kepada

tugas-tugas yang berkaitan dengan penyiasatan kajibumi sahaja;

3) penekanan dan tumpuan kepada aspek perlindungan dan

pemuliharaan alam sekitar; dan

4) kadar kekerapan dan impak insiden geobencana yang semakin tinggi.

Bagi memenuhi keperluan dan menangani segala isu-isu semasa yang

berkaitan, pindaan terhadap akta ini telah hampir selesai dan akan

dipanjangkan ke Jabatan Peguam Negara untuk semakan. Sehingga kini,

satu peraturan di bawah akta ini telah diluluskan oleh pihak Jabatan Peguam

Negara dan menunggu kelulusan YB Menteri NRE iaitu Peraturan Kajibumi

(Pemberitahuan Korekan Telaga dan Ekskavasi).

Page 66: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

65  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam menggubal dasar dan

memantapkan perundangan dan peraturan ialah:

1) proses penghasilan akta dan peraturan melibatkan banyak fasa

memerlukan masa yang panjang; dan

2) kekangan kewangan mengganggu kelancaran penganjuran bengkel

dan konsultasi.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Strategi ini melibatkan perspektif pelaksanaan proses yang memberi tumpuan

kepada peningkatan kecemerlangan operasi. Tumpuan utama ialah untuk

memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan supaya

relevan dengan keperluan semasa.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 11: Bilangan dasar, perundangan, peraturan digubal/ semak/ pinda

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan dasar, perundangan

dan peraturan digubal/ semak/

pinda

3 2 2 2 2 2

Bilangan kajian

penambahbaikan dasar - - - 1 1 1

Page 67: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

66  

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan penggubalan dasar dan perundangan berkaitan mineral

dan geosains mencapai sasaran yang ditetapkan, tindakan-tindakan berikut

perlu dilaksanakan:

1) memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan garis panduan yang

berkaitan bidang mineral dan geosains;

2) menggubal dasar baru yang relevan dengan keperluan semasa dan

akan datang;

3) menggubal akta, peraturan dan garis panduan sebagai elemen

kawalan terhadap aktiviti pembangunan mineral dan pembangunan

negara; dan

4) mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa negeri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 68: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

67  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

3 GEOSAINS

BMG

JMG

A. LATAR BELAKANG

Geosains adalah sains bumi yang meliputi pengurusan sumber asli merentasi

lapisan bumi, lautan, dan atmosfera dengan menerajui eksplorasi dan

pembangunan lestari sumber asli bumi termasuk petroleum, gas, batuan, air,

tanah dan mineral; pengurusan kesejahteraan alam sekitar melalui

pemuliharaan dan pemulihan ekosistem; pengurusan risiko geobencana

termasuk tanah runtuh, banjir, gempa bumi, tsunami dan lubang benam; dan

penyelidikan dan pembangunan geoteknologi sumber bumi termasuk sumber

tenaga boleh baharu seperti geoterma, solar, ombak dan angin. Geosains

memudahkan kita memahami dengan lebih baik mengenai proses dan

sekitaran bumi terutama dalam memelihara alam sekitar yang sering dikaitkan

dengan perbuatan manusia, ekosistem dan proses semulajadi bumi.

Dalam menghadapi pembangunan yang pesat dan selaras dengan cadangan

kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta kualiti alam sekitar,

input geologi, khidmat geosains, geoteknikal dan alam sekitar menjadi

semakin penting kepada agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta bagi

menjayakan perancangan projek-projek pembangunan.

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) merupakan satu-satunya agensi

kerajaan yang mempunyai autoriti, kepakaran dan kemampuan untuk

menyediakan input dan perkhidmatan geosains. JMG bertanggungjawab

mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi,

hidrogeologi, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar,

geologi marin, geofizik, geoterma, mineralogi, petrologi dan bidang-bidang

Page 69: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

68  

geosains lain, menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam

bidang geosains serta melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung

dengan industri geosains di samping mentadbir dan menguakuasa undang-

undang yang berkaitan.

Bahagian Mineral dan Geosains (BMG), Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE) bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti, dasar dan

perundangan berkaitan geosains sentiasa relevan dan terkini selaras dengan

keperluan semasa.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN GEOSAINS BAGI

MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

C. STATUS MASA KINI

JMG giat menjalan dan menyediakan maklumat geosains bagi memenuhi

kehendak stakeholders dan pelanggan dalam perancangan dan

pembangunan guna tanah. Pemetaan geologi merupakan bidang geosains

terpenting bagi mendapatkan maklumat sebelum sesuatu kawasan

dibangunkan. Setakat ini, liputan pemetaan geologi negara di Semenanjung

Malaysia, Sarawak dan Sabah masing ialah 86%, 31% dan 28%.

Memandangkan liputan pemetaan geologi di Sabah dan Sarawak yang amat

rendah, tumpuan pemetaan geologi akan diberikan di kedua-dua negeri

tersebut.

Dalam aspek pemetaan geologi di kawasan sempadan negara, Malaysia

melalui JMG telah berjaya menjalankan kerjasama dengan Thailand bagi

memetakan kawasan sempadan dimana sebanyak 4 transek (1,386km2)

Page 70: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

69  

merangkumi garis sempadan sepanjang 648km telah dipetakan. Malaysia

melalui JMG juga sedang menjalin kerjasama teknikal dengan Agensi Geologi

Indonesia bagi melaksanakan Projek Pemetaan Geologi Sempadan

Malaysia-Indonesia.

Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 merupakan suatu Akta berhubungan

dengan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan aspek-aspek tertentu mengenai

pelantar benua Malaysia. JMG merupakan salah satu daripada agensi

kerajaan yang telah dipertanggungjawab dalam membantu Projek Peluasan

Pelantar Benua. Pemetaan geologi marin dijalankan di pelantar benua Laut

China Selatan untuk menyediakan submission kepada Commission on the

Limits of the Continental Shelf (CLCS), Bangsa-Bangsa Bersatu bagi

menuntut hak milik Malaysia di bawah Artikel 76 United Nations Convention

on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS). Malaysia telah mengemukakan

tuntutan kawasan pelantar benua bersama dengan Vietnam.

Bagi memantapkan pengurusan geobencana dalam penilaian perancangan

pembangunan bersepadu, JMG melalui projek Geobencana Negara

menjalankan program pemetaan geologi terain di kawasan sensitif alam

sekitar (KSAS) termasuk kawasan lereng bukit, pulau-pulau, bukit batu kapur

dan kawasan tanah gambut. Input dan rekod asas cerun menghasilkan peta-

peta tematik yang membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan

Negeri dalam pengurusan geobencana dan perancangan guna tanah.

Sehingga kini hanya seluas 5,709km2 kawasan dipetakan dan sejumlah 87

peta tematik telah disediakan. Banyak kawasan yang masih lagi belum diliputi

di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Di bawah pengurusan sumber yang mampan, eksplorasi dan pembangunan

sumber air bawah tanah dilaksanakan bertujuan menangani masalah air

bersih terutama kepada penduduk di kawasan luar bandar dan kawasan yang

sukar mendapat bekalan air. Sepanjang tempoh RMKe-7 hingga RMKe-9,

sejumlah 334 buah telaga air bawah tanah telah dibangunkan bagi tujuan

bekalan air alternatif di kawasan bermasalah bekalan air. Selain daripada

projek bekalan air bawah tanah sebagai air alternatif, telaga tiub air bawah

Page 71: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

70  

tanah juga dibina bagi tujuan pencegahan kebakaran kawasan tanah gambut.

Mulai 2009 hingga 2011 sejumlah 20 telaga tiub air bawah tanah telah dibina.

Perkhidmatan juga diberikan terhadap permohonan beberapa agensi luar

seperti Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Kementerian

Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Residen

dan juga permohonan persendirian seperti Ahli Parlimen, Dewan Undangan

Negeri, Ketua Kaum atau Tuai Rumah untuk menjalankan kajian dan

memberikan bantuan khidmat nasihat dalam membangunkan sumber air

bawah tanah di kawasan-kawasan tertentu. BMG - JMG juga terlibat dalam

sistem pengurusan bersepadu dengan bekerjasama dengan agensi-agensi

kerajaan yang lain. Perancangan dan pengurusan termasuk penggunaan,

pemantauan jumlah pengunaan, kawalan pencemaran dan kualiti air bawah

tanah.

Dalam mempelbagaikan sumber tenaga negara selaras dengan Dasar

Bahanapi Kelima Malaysia (Fifth Malaysian Fuel Policy), kajian penilaian

sumber geoterma yang dijalankan telah mengenalpasti beberapa lokasi yang

berpotensi sebagai sumber tenaga alternatif bagi menjana elektrik. Hasil

kajian di kawasan Apas Kiri Tawau, Sabah menunjukkan terdapat potensi

menghasilkan tenaga hijau alternatif sekurang-kurangnya 67 MWe/jam

tenaga dan telah berjaya menarik pelabur antarabangsa seperti Continental

Energy Corporation.

Dalam aspek pembangunan dan pengurusan sumber semula jadi, tapak-

tapak geologi yang mempunyai keunikan dan keindahan semula jadi

tersendiri perlu dipeta dan dizonkan sebagai warisan negara dan juga

dibangunkan sebagai sebahagian industri pelancongan. JMG memainkan

peranan penting dalam usaha mendapatkan pengiktirafan Langkawi sebagai

ahli Global Geoparkke -52 dunia oleh UNESCO pada 1 Jun 2007.

Pencapaian tersebut telah memberikan identiti baru kepada Langkawi. Usaha

sedang dibuat bagi mengenalpasti dan memetakan tapak-tapak lain secara

terperinci sebagai kawasan-kawasan warisan geologi negara. Pemilihan

tapak-tapak ini akan menambah nilai tapak-tapak pelancongan sedia ada.

Page 72: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

71  

D. ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti ialah:

1) kawasan yang belum dilakukan pemetaan geologi masih luas terutama

di sabah dan sarawak, kawasan sempadan dan perairan negara;

2) tahap kesedaran kepentingan input geosains dalam pengurusan dan

pembangunan negara masih rendah;

3) kekurangan maklumat geobencana yang lengkap, kemas kini,

bersepadu dan kekurangan kepakaran dalam penilaian risiko bencana;

4) kekurangan maklumat sumber air bawah tanah yang lengkap, kemas

kini dan bersepadu;

5) kelemahan dalam dasar, perundangan dan peraturan berkaitan

pembangunan sumber air bawah tanah;

6) masih banyak kawasan dan lokasi yang berpotensi untuk diiktiraf

sebagai warisan geologi belum dikenal pasti, dikaji dan dicirikan; dan

7) kawasan dan lokasi yang mempunyai potensi bagi menjana

tenagaalternatif seperti tenaga daripada sumber geoterma masih

belum dikaji sepenuhnya.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi menyokong pelaksanaan matlamat tersebut sebanyak 5 Strategi

Pelaksanaan telah dikenal pasti iaitu:

1) Memperkasakan pengumpulan, pembekalan dan penggunaan

maklumat geosains bagi perancangan pembangunan (OK1-4);

Page 73: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

72  

2) Mempertingkatkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan geosains

dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar

(OK1-4);

3) Membangunkan sumber air bawah tanah sebagai sumber air konjuntif

dan strategi menangani bencana (OK1-4);

4) Mengenalpasti dan memulihara sumber warisan geologi untuk

meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat melalui aktiviti pelancongan

(OK1-4); dan

5) Mengenalpasti dan mempromosi sumber tenaga diperbaharui bagi

mempelbagaikan sumber tenaga negara (OK1-4).

B. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 4 : MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN GEOSAINS

BAGI MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR.

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memperkasakan pengumpulan, pembekalan dan penggunaan maklumat

geosains bagi perancangan pembangunan (OK1-4).

a. Latar Belakang

Peta geologi dan peta-peta tematik yang berkaitan dengannya mempunyai

nilai sosial dan ekonomi dalam pembangunan sumber asli dan perancangan

guna tanah. Ia membekalkan maklumat berkaitan bahan bumi, struktur bumi

dan fitur geologi lain di permukaan dan bawah permukaan. Pengetahuan dan

maklumat geosains dapat membantu pembuat dasar, pembuat keputusan,

pengurus dan teknokrat dalam mengurus sumber asli negara, merancang

Page 74: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

73  

pembangunan tanah secara lestari, menangani masalah pencemaran dan

pelupusan sisa, pemuliharaan warisan semula jadi dan mengurangkan risiko

bencana semula jadi.

Peta geologi dan maklumat geologi membantu:

1) usaha mencari gali dan membangunkan sumber mineral dan air;

2) proses menilai dan melindungi air bawah tanah;

3) mengenal pasti tapak yang selamat untuk pelupusan sisa pepejal dan

sisa berbahaya;

4) memelihara dan melindungi ekosistem sensitif;

5) mengenal pasti dan siapsiaga terhadap bencana semula jadi seperti

gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, tanah mendap dan lain-lain

bencana semula jadi;

6) mengenal pasti kedudukan infrastruktur negara seperti jalan, lebuh

raya, jalan kereta api, saluran paip gas, empangan, loji nuklear dan

bangunan; dan

7) menjamin kedaulatan dan hubungan dua hala Malaysia dengan

negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei

Darussalam, Filipina dan Vietnam terutamanya melalui penentuan

sempadan daratan dan lautan.

b. Matlamat

Untuk membekalkan negara dengan maklumat geosains yang komprehensif

dan memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan agar dapat

menyumbang kepada kemajuan ekonomi, kesihatan, keselamatan rakyat,

pembangunan mapan dan perlindungan alam sekitar.

Page 75: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

74  

c. Status Masa Kini

Status pemetaan geologi negara adalah sebagaimana jadual di bawah:

Jadual 12: Status Pemetaan Geologi Sehingga 2012

PROGRAM/AKTIVITI LIPUTAN

Pemetaan geologi Semenanjung

86.44%

Pemetaan geologi Sabah 27.90%

Pemetaan geologi Sarawak

29.79%

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan maklumat

geosains negara dan penggunaan yang berkesan adalah seperti berikut:

1) kawasan yang belum dipetakan masih luas terutama di sabah dan

sarawak serta perairan negara;

2) tahap kesedaran tentang penggunaan maklumat geosains dalam

pengurusan dan pembangunan negara masih rendah; dan

3) maklumat geosains yang disediakan tidak mesra pengguna.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Strategi ini melibatkan perspektif pelaksanaan program yang memberi

tumpuan kepada pengumpulan maklumat, analisis data dan pembekalan

maklumat geosains negara yang cekap dan berkesan.

Page 76: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

75  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Liputan pemetaan geologi negara yang disasarkan bagi tahun 2011 hingga

2015 adalah seperti berikut:

Jadual 13: Peratus Liputan Pemetaan Geologi Negara Tahun 2011-2015

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Luas liputan

di

Semenanjung

86.44% 86.44% 86.44% 86.44% 86.44% 86.44%

Luas liputan

di Sabah 27.90% 27.90% 27.90% 27.90% 28.50% 29.00%

Luas liputan

di Sarawak 29.80% 29.80% 29.80% 29.80% 30.50% 31.00%

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan hasrat untuk meningkatkan pengumpulan maklumat,

analisis data dan pembekalan maklumat geosains negara yang cekap dan

berkesan dalam pengurusan sumber asli negara, perancangan pembangunan

tanah yang lestari, menangani masalah pencemaran alam sekitar,

pemuliharaan warisan semula jadi dan mengurangkan risiko bencana semula

jadi serta menjamin kedaulatan negara, tindakan-tindakan yang perlu

dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) menjalankan program pemetaan geologi rantau terutama di Sabah,

Sarawak dan perairan negara bagi melengkapkan data dan maklumat

geosains negara;

2) menjalankan program pemetaan geologi di kawasan strategik

pembangunan bagi memahami keadaan geologi setempat seterusnya

Page 77: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

76  

meramal kekangan geologi dan risiko bencana yang akan membantu

dalam membangunkan sesuatu kawasan secara selamat;

3) menyedia dan membekalkan maklumat geosains yang memenuhi

kehendak stakeholder dan pelanggan;

4) menjalankan pemetaan geologi di kawasan sempadan negara meliputi

daratan dan lautan termasuk pelantar benua dan pulau-pulau;

5) menyediakan laporan dan peta taburan berkaitan sumber asli bumi di

kawasan sempadan negara; dan

6) penerbitan laporan dan jurnal hasil daripada penemuan kajian dan

penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Mempertingkatkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan geosains dalam

pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar (OK1-4).

a. Latar Belakang

Pembangunan yang begitu pesat sejak tahun 80an menyebabkan

pembangunan wilayah telah menular ke kawasan sensitif alam sekitar (KSAS)

seperti kawasan tanah tinggi, paya gambut, bekas tapak lombong, bekas

tapak buangan sampah yang dulunya tidak dibangunkan telah digunakan

untuk pelbagai projek pembangunan seperti perumahan, kawasan

perindustrian dan sebagainya. Ianya bukan sahaja mendatangkan pelbagai

masalah seperti pencemaran tanah dan air malah ianya juga turut mendorong

kepada peningkatan bencana geologi seperti tanah runtuh, batu runtuh, aliran

debris, lubang benam dan tanah mendap. Selain itu, Malaysia juga turut

terdedah kepada risiko bencana seperti gempa bumi dan tsunami. Kejadian

geobencana yang berlaku boleh menyebabkan kerugian harta benda dan

kehilangan nyawa serta trauma psikologi. Antara kejadian bencana geologi

yang direkodkan adalah seperti berikut:

Page 78: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

77  

Jadual 14: Kejadian Geobencana Yang Direkodkan Di Malaysia

PERISTIWA TEMPAT TAHUN

BIL.

KEMATIAN/

KEROSAKAN

Batu runtuh Ipoh 1919 12

Batu runtuh Ipoh 1973 40

Gelongsoran tanah Highland Tower 1993 48

Aliran debris Genting Highland 1995 21

Aliran debris Tapah 1996 44

Aliran debris Sandakan 1999 17

Aliran debris Gunung Pulai, Johor 2001 5

Aliran debris Simunjan, Sarawak 2003 21

Tsunami Barat laut, Semenanjung

Malaysia 2004 68

Tanah runtuh Hulu Kelang 2006 6

Tanah runtuh Kampung Pasir, Selangor 2006 4

Tanah runtuh Bukit Antarabangsa,

Selangor

2008 5

Tanah runtuh Ulu Yam Perdana,

Selangor

2008 2

Aliran debris Bukit Canada, Miri 2009 2

Tanah runtuh Rumah Anak Yatim

Al-Taqwa, Hulu Langat

2011 16

Gelinciran tanah Kg. Kundasang Lama,

Kundasang, Sabah

2011 89 chalet

musnah

Kejadian geobencana yang berlaku kebanyakannya disebabkan kurangnya

kefahaman mengenai pengurusan geobencana. Dalam hal ini pemetaan

geobencana dan penilaian risiko bencana merupakan langkah utama dalam

menangani bencana geologi seterusnya mengurangkan risiko melalui

perancangan guna tanah dan penggunaan maklumat geosains dalam

rekabentuk kejuruteraan dan kerja tanah. Ianya juga membantu merancang

Page 79: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

78  

dan memastikan tapak pembangunan yang sesuai serta mengurangkan kos

kejuruteraan dan penyelenggaraan yang tinggi dalam jangkamasa panjang.

Pengurusan geobencana mengambil kira maklumat dan perkhidmatan

geosains meliputi geologi terain, tektonik dan sejarah geobencana di sesuatu

kawasan. Ianya selaras dengan komitmen Malaysia terhadap Hyogo

Framework for Action 2005-2015: Building the Resilience of Nations and

Communities to Disasters, dan World Summit Outcome 2005 on Human

Security: Freedom from Fear and Freedom from Want.

b. Matlamat

Untuk mempertingkatkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan geosains

dalam usaha mengurangkan risiko bencana dan memelihara alam sekitar

bagi meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

c. Status Masa Kini

Pengurusan dan siasatan geobencana seperti tanah runtuh, lubang benam

dan aliran debris dijalankan secara ad-hoc apabila telah berlakunya kejadian

bencana. Kita lebih bersikap reaktif daripada proaktif iaitu akan bertindak

setelah bencana berlaku.

Perkara ini telah diberi perhatian oleh NRE agar satu kajian untuk

mewujudkan Unit Tindakan Pantas Geobencana di JMG.

d. Isu dan Cabaran

Pemetaan geobencana dan penilaian risiko bencana hanya dijalankan di

kawasan yang terhad sahaja. Berikutan dengan perubahan cuaca yang

ketara, isu tanah runtuh, batuan runtuh dan tanah mendap dijangkakan akan

meningkat. Selain daripada itu, Malaysia juga turut terdedah kepada risiko

gempa bumi dan tsunami kesan aktiviti tektonik di Sumatera dan Filipina.

Sehubungan itu, program pemetaan dan penilaian risiko bencana perlu

Page 80: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

79  

dipertingkatkan ke kawasan yang mempunyai ancaman geobencana di

seluruh negara bagi perancangan pengurusan geobencana negara yang

lebih efisien.

Kempen kesedaran awam juga perlu dipertingkatkan bagi memberi

kefahaman kepada pihak berkuasa dan masyarakat terhadap kepentingan

maklumat geosains bagi mengurangkan risiko bencana geologi.

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) Kekurangan maklumat geobencana yang lengkap, terkini dan

bersepadu;

2) Peranan geologi kurang diiktiraf dalam isu geobencana khususnya

bencana tanah runtuh;

3) Peningkatan permintaan ulasan perancangan pembangunan fizikal;

dan

4) Kekurangan tenaga pakar dalam penilaian risiko bencana.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi

keutamaan kepada pemetaan geobencana, penilaian risiko

geobencana, dan mengintegrasikan risiko bencana dalam

perancangan guna tanah dan pembangunan fizikal secara fast

mapping.

2) Menggiatkan promosi dan kempen langkah-langkah menangani dan

mengelakkan bencana akibat geologi.

Page 81: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

80  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran liputan pemetaan geobencana dan pencapaian peratusan ulasan

perancangan pembangunan fizikal yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga

2015 adalah seperti berikut:

Jadual 15:

Sasaran Liputan Pemetaan Geobencana Tahun 2011-2015

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Luas liputan

pemetaan geologi

terrain

312km2 224km2 492km2 300km2 300km2 300km2

Luas liputan

pemetaan geologi

kawasan gambut

247km2 40km2 30km2 0km2 250km2 250km2

Bilangan

pemetaan geologi

cerun berisiko

tinggi

20 12 5 2 5 10

Bilangan kawasan

yang dipantu oleh

Unit Tindakan

Pantas

Geobencana

- - - - 2 3

g. Pelan Tindakan

Bagi mempertingkatkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan geosains

dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar tindakan-

tindakan berikut perlu dilaksanakan:

1) Menjalankan program pemetaan geologi terain di kawasan bukit dan

tanah tinggi terutamanya di kawasan pertumbuhan pembangunan dan

penempatan;

Page 82: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

81  

2) Menjalankan program pemetaan geologi kejuruteraan di kawasan

cerun yang berisiko bencana, tanah gambut dan sesar aktif yang

mengancam keselamatan nyawa dan harta benda; dan

3) Mengintegrasikan risiko geobencana dalam perancangan guna tanah

dan pembangunan fizikal melalui kerjasama dengan pihak berkuasa

yang berkaitan.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Membangunkan sumber air bawah tanah sebagai sumber air konjuntif dan

strategi menangani bencana (OK1-4).

a. Latar Belakang

Air bawah tanah mempunyai potensi yang amat besar sebagai sumber

bekalan air conjunctive terutamanya di kawasan permintaan tinggi dan

sebagai alternatif bagi kawasan terpencil. Ini kerana sumber ini mudah

ditemui dan kos pembekalannya yang rendah.

Menurut laporan Malaysia Water Industry Guide 2009, penggunaan air bawah

tanah dalam sistem bekalan air domestik telah meningkat (sebanyak 5%) dari

197 million litre per day(MLD) dalam tahun 2008 kepada 207 MLD dalam

tahun 2009. Air bawah tanah telah digunakan secara meluas seperti di

kampung terpencil, penempatan orang asli, rumah anak yatim, tempat ibadat,

sekolah dan kawasan pertanian.Selain itu, air bawah tanah juga telah

dikenalpasti membantu dalam pengurusan bencana kebakaran di kawasan

tanah gambut.

Sumber air bawah tanah perlu diteroka dan dinilai keupayaannya dari segi

kuantiti dan kualiti untuk menambah sumber air negara yang terlalu

bergantung kepada sumber air permukaan. Maklumat dan hasil daripada

kajian ini sangat berguna untuk diintegrasikan dalam Pengurusan Sumber Air

Bersepadu (IWRM), Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan

Page 83: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

82  

Dasar Sumber Air Negara. Pembangunan yang pesat, pertambahan

penduduk dan perubahan iklim memerlukan negara bersedia dengan sumber

air alternatif termasuk air bawah tanah bagi memastikan bekalan air

mencukupi untuk menampung keperluan.

b. Matlamat

Memastikan eksplorasi dan pembangunan sumber air bawah tanah dijalankan

dengan cekap dan berkesan untuk mempertingkatkan maklumat dan

penggunaannya demi kesejahteraan hidup rakyat.

c. Status Masa Kini

Aktiviti yang dilaksanakan kini memberi penekanan kepada penilaian dan

pemantauan sumber air bawah tanah untuk mengenal pasti rizab yang ada

dan juga membangun dan membekalkan sumber air tersebut untuk kegunaan

penduduk di kawasan yang mengalami kekurangan air yang kritikal.

Sepanjang tempoh RMKe-7 hingga RMKe-9, sejumlah 334 buah telaga air

bawah tanah telah dibangunkan bagi tujuan bekalan air alternatif di kawasan

bermasalah bekalan air.

Kajian terperinci sumber air bawah tanah dalam lembangan-lembangan di

Malaysia masih belum dilaksanakan secara menyeluruh melainkan di

Lembangan Langat, Selangor. Kajian oleh Japan International Cooperation

Agency (JICA) dalam tahun 2002 merumuskan bahawa kadar luahan selamat

bagi Lembangan Langat adalah 45,000 meter padu sehari (bersamaan 45

MLD).

Selain daripada projek bekalan air bawah tanah sebagai air alternatif, telaga

tiub air bawah tanah juga dibina bagi tujuan pencegahan kebakaran kawasan

tanah gambut. Mulai 2009 hingga 2011 sejumlah 20 telaga tiub air bawah

tanah telah dibina.

Page 84: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

83  

d. Isu dan Cabaran

Negara perlu berusaha untuk menyediakan bekalan air bersih yang

mencukupi bagi memenuhi keperluan permintaan sejajar dengan

pertambahan penduduk dan pembangunan negara. Pada masa ini,

sebahagian besar bekalan air bersih diperoleh daripada sumber air

permukaan iaitu dari tasik dan sungai. Sumber air tersebut semakin

berkurangan akibat daripada kekurangan kawasan tadahan dan pencemaran.

Sehubungan dengan itu, keperluan penggunaan sumber air bawah tanah

dijangka akan meningkat. Maklumat berkaitan sumber air bawah tanah perlu

diperlengkapkan bagi membantu mengatasi kekurangan sumber air

permukaan.

Berbanding dengan banyak negara di dunia, penggunaan sumber air tanah di

Malaysia untuk bekalan air awam masih rendah iaitu kurang dari 10% kecuali

di Kota Bahru, Kelantan yang kebanyakkannya bergantung kepada sumber

ini. Pengepaman di Kota Bahru, Tumpat dan Bachok adalah sebanyak

132,000 meter padu (m3) sehari (132 million litre perday, MLD). Pengepaman

di tempat-tempat lain adalah dianggarkan lebih kurang 10,000 m3 sehari.

Meskipun demikian, kajian menunjukkan bahawa Semenanjung Malaysia

sahaja mampu mengeluarkan air dari sumber air tanah dalam lingkungan

16.7 juta m3 sehari.

Bagi Selangor; Kelantan; Pulau Pinang; dan Langkawi, Kedah, permintaan

sumber air sedang meningkat dengan kadar yang tinggi, terutamanya

Selangor apabila projek pemindahan air dari Pahang masih belum lagi

disiapkan. Terdapat banyak pihak industri bergantung kepada sumber air

tanah terutama di negeri Selangor seperti Shah Alam dan Bukit Raja,

membina telaga sendiri dalam premis kilang-kilang mereka. Di Banting

misalnya, sebuah kilang besi bergantung sepenuhnya kepada bekalan

sumber air tanah untuk memenuhi keperluan air mereka.

Penggunaan air tanah di negeri-negeri dan pulau yang disebutkan ini dijangka

meningkat dengan mendadak. Kawasan-kawasan di negeri-negeri lain dan

Page 85: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

84  

pulau-pulau juga memerlukan bekalan air alternatif atau tambahan dari

sumber air tanah bagi memenuhi perminataan sedia ada dan bekalan masa

hadapan

Selain daripada itu, negara perlu mengenal pasti sumber air bawah tanah

bagi menjamin bekalan air yang mencukupi bagi menghadapi bencana

kemarau kesan daripada fenomena perubahan iklim dunia.

Air bawah tanah turut terdedah kepada pencemaran ekoran daripada aktiviti

pembangunan dan pembuangan sisa yang tidak terkawal kerana ia sukar

untuk dirawat dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) Kekurangan maklumat sumber air bawah tanah yang lengkap, terkini

dan bersepadu;

2) Kelemahan atau kekurangan dalam dasar, perundangan dan peraturan

berkaitan pembangunan sumber air tanah;

3) Kekurangan tenaga pakar dalam pembangunan air bawah tanah; dan

4) Kesukaran melindungi air bawah tanah daripada pencemaran; dan

Kekurangan sumber kewangan untuk menjalankan kajian secara

sistematik dan pembangunan sumber air bawah tanah.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan

kepada memantapkan program penilaian sumber air bawah tanah secara

sistematik, pembangunan sumber air bawah tanah dan perlindungan air

bawah tanah bagi menjamin sumber air Negara yang sentiasa mencukupi.

Dasar, perundangan dan peraturan berkaitan pembangunan air tanah perlu

dimantapkan.

Page 86: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

85  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Beberapa tindakan yang disasarkan dalam program pembangunan sumber

air bawah tanah pada tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 16: Petunjuk Prestasi Sasaran Pembangunan Air Tanah Tahun 2011-2015

PROGRAM 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan telaga air

bawah tanah

dibangunkan di

kawasan water stress

20

3

8

8

10

10

Bilangan telaga dibina

di kawasan tanah

gambut

13

2

11

9

0

0

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai hasrat untuk memantapkan program penilaian dan

pembangunan sumber air bawah tanah secara sistematik dengan tujuan

memenuhi keperluan bekalan air bersih selaras dengan usaha meningkatkan

taraf hidup rakyat, tindakan-tindakan berikut perlu dilaksanakan;

1) menjalankan program pembangunan air bawah tanah bagi memenuhi

permintaan bekalan air bersih;

2) menjalankan eksplorasi sumber air bawah tanah secara komprehensif

dalam kawasan lembangan sungai utama seluruh negara terutamanya

di negeri-negeri Selangor, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah,

Kelantan, Sabah dan Sarawak;

Page 87: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

86  

3) membangunkan sumber air bawah tanah dalam membantu

pengurusan bencana kebakaran di kawasan tanah gambut; dan

pencegahan kebakaran gambut;

4) menjalankan pemantauan akuifer, kesan abstraksi dan kualiti air

bawah tanah secara berkala; dan

5) memantapkan dasar, undang-undang dan peraturan berkaitan sumber

air bawah tanah;

4. Strategi Pelaksanaan 4

Mengenalpasti dan memulihara sumber warisan geologi untuk meningkatkan

sosio-ekonomi masyarakat melalui aktiviti pelancongan (OK1-4).

a. Latar Belakang

Negara memiliki banyak tapak geologi menarik seperti gua batu kapur, air

panas, permatang kuarza, volkano lumpur, air terjun, landskap geologi dan

sebagainya yang amat sesuai dibangunkan sebagai warisan geologi dan

tempat pelancongan/rekreasi. Semua bahan tersebut merupakan sumber

semula jadi yang mempunyai nilai dari aspek pendidikan, ekonomi dan

budaya yang perlu dipelihara sebagai warisan negara. Sumber semula jadi

atau warisan geologi ini perlu dikenal pasti dan dipelihara untuk tujuan

penyelidikan dan menjadi bahan tarikan pelancong yang turut menyumbang

kepada kemajuan ekonomi negara. Sehingga kini, tapak-tapak tersebut belum

dipetakan secara terperinci. Majlis Mineral Negara pada mesyuaratnya yang

ketiga telah memutuskan agar tapak-tapak tersebut dipeta dan dizonkan

sebagai warisan negara serta dimajukan untuk pembangunan industri

pelancongan negara.

Satu contoh yang ketara ialah pengisytiharan Langkawi sebagai Global

Geopark oleh UNESCO pada 1 Jun 2007 telah memberikan identiti baru

kepada pulau tersebut sebagai destinasi ekopelancongan di rantau ini.

Page 88: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

87  

Gabungan geo-diversiti dan bio-diversiti yang unik serta budaya setempat

telah menggamit lebih ramai pelancong melawat Langkawi. Justeru itu

tindakan perlu diambil bagi mengenal pasti lokasi dan kawasan yang

mempunyai elemen-elemen khusus sebagai warisan geologi supaya ianya

dapat dipelihara sebagai khazanah negara untuk penyelidikan, tarikan

pelancong dan warisan kepada generasi akan datang.

b. Matlamat

Untuk memperkasa sumber warisan geologi negara bagi tujuan penyelidikan

dan tarikan pelancongan.

c. Status Masa Kini

Beberapa lokasi, tapak dan kawasan yang sesuai dikelaskan sebagai warisan

geologi telah dikenal pasti dan sebahagian kecil telah mendapat pengiktirafan

di peringkat negeri dan antarabangsa.

Memandangkan tiada badan khusus yang bertindak memperaku dossier

cadangan geopark kebangsaan, pada tahun 2012, Jawatankuasa Geopark

Kebangsaan telah ditubuhkan di NRE. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri

daripada Kementerian/Jabatan dan Agensi berkaitan.

d. Isu dan Cabaran

Pelbagai usaha dibuat untuk mengenal pasti lokasi, tapak dan kawasan yang

boleh diiktiraf sebagai warisan geologi di seluruh negara. Antara isu dan

cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) Masih banyak kawasan yang masih belum dikenal pasti, dikaji dan

dicirikan;

2) Sukar untuk mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa negeri

dan Persekutuan; dan

Page 89: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

88  

3) Kekurangan dana untuk membiayai kajian yang dilakukan di seluruh

negara.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi tumpuan

kepada usaha memantapkan program pemetaan tapak/objek warisan geologi.

Seterusnya mempertingkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan

Persekutuan untuk mendapat pengiktirafan dalam usaha memelihara warisan

geologi untuk penyelidikan dan tarikan pelancong.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 17: Sasaran Bilangan Pemetaan Warisan Geologi Tahun 2011-2015

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan geotapak

dicirikan 9 - - 2 5 10

Bilangan dossier

geopark

kebangsaan yang

diperakukan

Jawatankuasa

Geopark

Kebangsaan

- - - 1 2 1

Page 90: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

89  

g. Pelan Tindakan

Bagi mendapatkan pengiktirafan beberapa lokasi/kawasan sebagai warisan

geologi, maka tindakan-tindakan yang akan dilaksanakan adalah seperti

berikut:

1) mengenal pasti geotapak yang berpotensi untuk diiktiraf dan

diwartakan sebagai tapak warisan geologi kebangsaan; dan

2) mempertingkatkan promosi geowarisan dan geotapak sebagai produk

pelancongan negara.

5. Strategi Pelaksanaan 5:

Mengenalpasti dan mempromosi sumber tenaga diperbaharui bagi

mempelbagaikan sumber tenaga negara (OK1-4).

a. Latar Belakang

Permintaan bagi penggunaan tenaga elektrik semakin meningkat selari

dengan pertambahan penduduk dan pembangunan pesat negara. Pada masa

ini sebahagian besar daripada tenaga elektrik dijana dengan menggunakan

sumber tenaga konvensional iaitu minyak, gas, tenaga hidro dan arang batu.

Kebanyakan daripada sumber tenaga tersebut semakin berkurangan di

samping tidak mesra alam. Beberapa sumber tenaga alternatif seperti tenaga

solar, angin, geoterma dan sebagainya telah dibangunkan di beberapa

negara luar tetapi dalam kadar yang rendah berbanding sumber tenaga

konvensional.

Penerokaan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui (renewable

energy) atau tenaga hijau (green energy) yang mesra alam sangat digalakkan

oleh kerajaan. Dalam hal ini, sumber tenaga yang mempunyai potensi untuk

dibangunkan di negara ini ialah geoterma dan coal-bed methane. Sumber

tenaga baru ini, mempunyai potensi untuk dibangunkan dan diharap ia akan

membantu menjamin bekalan tenaga yang mencukupi untuk memenuhi

keperluan masa hadapan.

Page 91: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

90  

b. Matlamat

Untuk meneroka sumber tenaga alternatif ke arah kepelbagaian penjanaan

tenaga.

c. Status Masa Kini

Kajian awal telah dibuat untuk mengenal pasti sumber tenaga baru iaitu

geoterma dan coal-bed methane. Beberapa kawasan yang mempunyai

potensi untuk menjana tenaga daripada sumber geoterma telah dikenal pasti

antaranya di Tawau, Sabah, Ulu Slim di Perak dan Lojing, Kelantan. Kajian

awal telah dibuat di kawasan Tawau di bawah projek pembangunan RMK-9

dan dirancang untuk disambung di bawah projek RMK-10. Kajian bersama

dengan Tenaga Nasional Berhad juga telah dimulakan di kawasan Lojing,

Kelantan. Sementara kajian potensi tenaga geoterma di Ulu Slim Perak

bersama Suruhanjaya Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) dijangka

bermula pada akhir tahun 2013.

d. Isu dan Cabaran

Negara kita kaya dengan pelbagai sumber asli dan potensi untuk

mempelbagaikan sumber tenaga sangat tinggi kerana sumber tersebut belum

diteroka sepenuhnya. Bagaimanapun dalam usaha untuk mendapatkan

sumber tenaga baru khususnya daripada sumber geoterma terdapat

beberapa isu dan cabaran yang perlu diatasi atau dilaksanakan antaranya:

1) kawasan atau lokasi yang berpotensi masih kurang dan perlu dikaji

dengan lebih mendalam;

2) kekurangan dana untuk membiayai kajian;

3) kekurangan pengalaman dan kepakaran di kalangan pegawai kerana

kajian yang dijalankan adalah satu bidang baru; dan

Page 92: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

91  

4) ruang untuk bekerjasama dengan institusi yang pakar dalam bidang

berkaitan seperti Agensi Geologi Indonesia. Perkara ini dijangka

mudah untuk dilaksanakan di bawah payung kerjasama teknikal

Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada Mac 2010.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan

kepada memantapkan program penilaian sumber geoterma dan coal-bed

methane serta pembangunan modal insan dalam bidang berkenaan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2011 hingga 2015 adalah seperti berikut:

Jadual 18: Petunjuk Prestasi Bilangan Lokasi Geoterma Tahun 2011-2015

PERKARA 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan lokasi sumber

geoterma yang dikenal

pasti

2 0 0 0 1 1

g. Pelan Tindakan

Bagi membantu dalam meneroka sumber tenaga alternatif bagi

mempelbagaikan sumber tenaga negara, maka tindakan-tindakan yang akan

dilaksanakan adalah seperti berikut;

1) mengenal pasti tapak atau lokasi yang mempunyai potensi sumber

geoterma sebagai tenaga boleh diperbaharui (renewable energy);

2) menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sumber geoterma;

dan

Page 93: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

92  

3) meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain bagi

menjalankan kajian berkaitan sumber tenaga diperbaharui.

Page 94: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

93  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

4 PENGURUSAN TANAH

BTUP

JKPTG

A. LATAR BELAKANG

Menerusi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, kuasa perundangan

(legislative) tanah secara umumnya adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan

Persekutuan. Ini bertujuan untuk menyeragamkan dasar dan sistem

pentadbiran tanah manakala kuasa pentadbiran (executive) tanah masih

kekal di tangan Kerajaan Negeri.

Hal ini diperjelaskan secara terperinci oleh Perlembangaan Persekutuan

melalui Perkara 74, Senarai 2 (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan,

Perkara 76 (4) serta Seksyen 8 dan Seksyen 40 Kanun Tanah Negara.

Sehubungan dengan itu, di NRE, Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan

(BTUP) bertanggungjawab menggubal dan mengemaskini dasar-dasar yang

berkaitan dengan pengurusan tanah, pembangunan tanah, ukur dan

pemetaan. Di samping itu, BTUP juga bertanggungjawab menyelaras,

memantau, menilai dan melaporkan pelaksanaan dasar-dasar berkenaan.

Dalam hubungan ini, BTUP telah dipertanggungjawabkan untuk

mengawalselia tiga buah Jabatan di bawah NRE iaitu Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Jabatan Ukur dan

Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF DAN EFISIEN

Page 95: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

94  

C. STATUS MASA KINI

Tuntutan kepada perkhidmatan tanah yang baik adalah hasil daripada

peningkatan ekspektasi pelanggan di dalam persekitaran global yang

mencabar. Demi memastikan kesinambungan kemajuan negara, BTUP dan

JKPTG menyedari hakikat bahawa ia perlu memainkan peranan aktif sebagai

agen perubahan dan pemangkin penyeragaman amalan pentadbiran tanah,

pembangunan dasar perundangan tanah serta pelaksanaan pengauditan

tanah yang kompeten. Selaras dengan itu, BTUP & JKPTG telah mewujudkan

perkongsian pintar dan jalinan kerjasama bersama agensi Kerajaan/Swasta

bagi mencapai hasrat tersebut.

Salah satu mekanisme ke arah mencapai matlamat tersebut adalah melalui

Majlis Tanah Negara (MTN) iaitu satu forum yang dibentuk di bawah

Perlembagaan Persekutuan. BTUP merupakan urusetia kepada Mesyuarat

MTN. Mesyuarat yang perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun ini

adalah forum yang menghubungkan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-

Kerajaan Negeri. Ia berperanan sebagai badan yang menggubal dasar

mengenai penggunaan tanah serta undang-undang yang berkaitan

dengannya. Sebarang dasar yang memerlukan persetujuan dan kelulusan

MTN perlulah dirunding dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui sesi-sesi

konsultasi supaya dasar atau undang-undang serta peraturan yang seragam

dapat dilaksanakan di peringkat pentadbiran tanah negeri. Peranan MTN

menjadi semakin penting pada masa ini dan juga pada masa akan datang

kerana kepesatan pembangunan memerlukan dasar tanah yang dinamik dan

agresif bagi memastikan kedaulatan dan kepentingan Negara tidak terjejas.

Fungsi dan peranan BTUP adalah seperti berikut :

1) menyelaras penggubalan atau pindaan dasar, undang-undang atau

peraturan berkaitan tanah, ukur dan pemetaan;

Page 96: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

95  

2) mengawal selia dan memantau pelaksanaan dasar, undang-undang,

peraturan dan keputusan-keputusan kerajaan mengenai tanah, ukur

dan pemetaan;

3) membantu YB. Menteri dalam melaksanakan kuasa-kuasa dan fungsi

di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan tanah, ukur dan

pemetaan;

4) menyelaras tindakan-tindakan susulan ke atas isu-isu berbangkit dan

arahan Kabinet mengenai tanah, ukur dan pemetaan di kalangan

Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian;

5) mengurusetia dan menyelaras pengurusan mesyuarat-mesyuarat

persempadanan antarabangsa Malaysia dan antara negeri-negeri; dan

6) mengurusetiakan Mesyuarat MTN.

Fungsi dan peranan JKPTG selaku penggerak utama pengurusan

pentadbiran tanah negara adalah seperti berikut :

1) penyemakan perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah;

2) pengurusan rekod harta tanah Persekutuan;

3) pengambilan tanah bagi tujuan projek Persekutuan;

4) penyewaan dan penguatkuasaan harta tanah Persekutuan; dan

5) pengurusan pembahagian pusaka kecil.

D. ISU DAN CABARAN

Tanah merupakan satu konsep yang luas. Ia melibatkan aspek kedaulatan

Negara, proses pembangunan ekonomi dan infrastruktur, pelaburan dan

Page 97: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

96  

perniagaan, perlindungan etnik dan minoriti, keperluan kehidupan, adat resam

dan kebudayaan serta hak-hak individu dan masyarakat. Dalam erti kata

lainnya, urusan tanah melibatkan proses yang kompleks. Dalam

menguruskan perihal tanah, banyak perkara yang perlu diteliti dan diperhalusi

kerana impak dari kecuaian mengendalikannya boleh mengakibatkan

kerugian yang besar kepada negara.

Justeru, pentadbiran tanah dituntut agar menambahbaik penyampaian

perkhidmatannya. Ini adalah ekoran dari ekspektasi pelanggan yang tinggi

serta wujudnya keperluan untuk membina masyarakat berpengetahuan

mengenai tanah dan pentadbirannya (Land Literate Society). Seiring dengan

perubahan yang dinamik pentadbiran tanah sentiasa berusaha membentuk

kumpulan pentadbiran tanah yang berpengalaman, kompeten, profesional

dan berintegriti supaya kepakaran penggubalan polisi dapat dikekalkan bagi

memberi manfaat kepada rakyat dan Negara.

Perundangan tanah juga sentiasa dikaji dan ditambahbaik dari masa ke masa

bagi mengelak dari wujudnya ruang eksploitasi dan perbezaan interpretasi

yang boleh menyebabkan berlaku insiden penipuan dan pemalsuan transaksi

tanah. Untuk memastikan pindaan undang-undang dapat dilaksanakan sesuai

dengan keadaan semasa, inisiatif diambil untuk mengkaji secara saintifik

menerusi pandangan awam dan ulasan umum yang diterjemah dari sesi

konsultasi yang dilaksanakan.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Di dalam menyokong usaha NRE merealisasikan pencapaian matlamat ini,

terdapat empat (4) Strategi Pelaksanaan seperti berikut :

1) meningkatkan penyampaian perkhidmatan urusan tanah yang

dilaksanakan antara lainnya menerusi inisiatif engagement jalinan

Kerjasama Strategik Urusan Pentadbiran Tanah di antara Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kementerian/ Jabatan Pengguna

(KJP);

Page 98: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

97  

2) meningkatkan penyampaian perkhidmatan Pengurusan Pembahagian

Pusaka Kecil supaya wujud kesedaran orang awam terhadap

keperluan dan tanggungjawab membuat permohonan pembahagian

pusaka;

3) memperoleh dan menguruskan harta tanah Persekutuan kerana

peningkatan kutipan hasil tanah Persekutuan adalah penting bagi

membantu kelangsungan matlamat pembangunan Negara; dan

4) melaksanakan semakan perundangan dan perundangan tanah agar

dinamik dan kekal relevan dengan landskap pembangunan sosio-

ekonomi Negara.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH YANG

EFEKTIF DAN EFISIEN

1. Strategi Pelaksanaan 1

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan urusan tanah.

a. Latar Belakang

Dalam hal-ehwal pentadbiran tanah, JKPTG memegang dua (2) topi iaitu

selaku Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan Ketua Pengarah Tanah

dan Galian Persekutuan (KPTG). Selaras dengan peranan PTP selaku

pemegang (custodian) tanah-tanah Persekutuan, JKPTG

dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hartanah Kerajaan Persekutuan

sebagaimana peruntukan Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957.

Bagi melancarkan penyelarasan urusan tanah di peringkat persekutuan,

JKPTG bekerjasama rapat dengan Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk

Page 99: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

98  

melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya untuk menerajui usaha

penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan pentadbiran tanah

Negara menerusi khidmat nasihat, inisiatif penyeragaman dasar,

perundangan dan peraturan berkaitan berhubung pentadbiran dan

pengurusan tanah di semua negeri Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kepada Kerajaan

Persekutuan dan pentadbiran tanah Negeri. Peranan dan tanggungjawab ini

adalah berpandukan kepada Seksyen 8 Kanun Tanah Negara (KTN).

Memandangkan Sabah dan Sarawak mempunyai kanun tanah masing-

masing iaitu Land Ordinance (Sabah Cap.68) 1950 dan Sarawak Land Code

(Cap 81) 1958, KTN adalah tidak terpakai bagi kedua-dua negeri tersebut.

Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, BTUP telah dipertanggungjawabkan

sebagai Urusetia MTN. Perkara 91(5) Perlembagaan Persekutuan

memperuntukkan supaya diadakan MTN sebagai forum perundingan di

antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Ini bagi

mewujudkan dasar Negara yang seragam untuk memaju dan mengawal

penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi maksud perlombongan,

pertanian dan perhutanan atau apa-apa maksud lain dan untuk mentadbir

apa-apa undang-undang mengenainya. Ia dipengerusikan oleh Timbalan

Perdana Menteri dan dianggotai oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua

Menteri.

b. Matlamat

Strategi yang ditetapkan bagi matlamat utama dapat dicapai melalui inisiatif-

inisiatif berikut :

1) melaksanakan engagement jalinan Kerjasama Strategik Urusan

Pentadbiran Tanah di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri

dan KJP;

2) melaksanakan lawatan pengauditan pentadbiran tanah di seluruh

negeri Semenanjung Malaysia;

Page 100: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

99  

3) melaksanakan penempatan Pasukan Petugas Khas bagi masalah-

masalah dan isu yang memerlukan tindakan segera; dan

4) melaksanakan pemantauan terhadap sistem dan proses kerja.

c. Status Masa Kini

Ukuran terhadap pelaksanaan inisiatif bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

1) Engagement jalinan Kerjasama Strategik Urusan Pentadbiran Tanah di

antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan KJP.

a. Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) telah diadakan

sebanyak satu (1) kali pada tahun 2012 sebagaimana yang

telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan;

b. Lawatan eksekutif KPTG Persekutuan ke setiap zon diatur

bertujuan bagi meningkatkan hubungan baik dalam urusan

pentadbiran tanah di antara Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri. Pada tahun 2012, hanya satu (1) lawatan telah

diadakan akibat daripada faktor yang tidak dijangka;

c. Mesyuarat PTM telah diadakan sebanyak tiga (3) kali yang

melibatkan JKPTG sebagai urusetia dan dipengerusikan oleh

KPTG Persekutuan. Ahli mesyuarat adalah terdiri daripada

semua PTG Negeri;

d. Mesyuarat TKPTG Persekutuan dengan TPTG Negeri telah

diadakan sebanyak tiga (3) kali yang melibatkan JKPTG

sebagai urusetia mesyuarat dan dipengerusikan bersama oleh

TKPTG Persekutuan (Kemajuan Pengurusan) dan TKPTG

Persekutuan (Penyelarasan Pengoperasian). Ia dihadiri oleh

semua TPTG Negeri;

Page 101: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

100  

e. Persidangan Pentadbiran Tanah Malaysia dijadualkan diadakan

setahun sekali bertujuan sebagai wadah pertemuan warga

pentadbiran tanah untuk bertemu dan bertukar pandangan bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian

perkhidmatan Kerajaan dalam pentadbiran tanah;

f. Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pencegahan Fraud Ke Atas

Urusniaga dan Pendaftaran Hakmilik Tanah Bersama

Pentadbiran Tanah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah

diadakan sebanyak tiga (3) kali melibatkan semua PTG Negeri,

pihak PDRM, pihak SPRM serta Jabatan lain seperti Jabatan

Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak

mahkamah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan

sebagainya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KPTG

Persekutuan ini adalah salah satu langkah segera bagi

menangani isu penipuan dan pemalsuan hak milik tanah. Ia

akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem

pentadbiran dan pengurusan tanah selain bertindak sebagai

mekanisme untuk mengeratkan kerjasama di antara Jabatan

termasuk memperjelaskan tanggungjawab masing-masing bagi

memastikan tindakan susulan diambil sehingga sesuatu isu

diselesaikan. Ia turut bertindak sebagai One Stop Centre (OSC)

dalam menyelesaikan kes penyelewengan dan pemalsuan

dalam urusan tanah;

g. Mesyuarat Pemantauan Tanah Persekutuan Bersama KJP telah

diadakan sebanyak dua (2) kali setahun berhubung dengan

pengurusan tanah Persekutuan. Tujuannya adalah bagi

meningkatkan jaringan strategik NRE melalui KPTG dengan

KJP. Di dalam mesyuarat tersebut, turut diadakan sesi

pembelajaran menerusi ceramah dan taklimat penerangan

kepada KJP. Kerjasama antara KJP dan PBN melalui

pentadbiran tanah negeri adalah perlu bagi melicinkan

Page 102: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

101  

pengurusan pentadbiran tanah Persekutuan di seluruh Negara;

dan

h. Mesyuarat bersama DBKL dan PTG Wilayah Persekutuan bagi

menyelesaikan pengeluaran Hak Milik Strata bagi bangunan

lama telah diadakan. Hasil mesyuarat tersebut sebanyak 60%

pengeluaran Hak Milik Strata bagi bangunan lama telah dapat

diselesaikan.

2) Lawatan Pengauditan Pentadbiran Tanah di Seluruh Negeri

Semenanjung Malaysia

a. Lawatan pengauditan dan pemantauan ke atas pentadbiran

tanah bertujuan bagi memantau pematuhan pemakaian

perundangan dan peraturan terutamanya pematuhan di bawah

KTN 1965. Laporan dan ulasan hasil daripada pengauditan ke

atas pentadbiran tanah negeri membantu pihak pentadbiran

tanah negeri meningkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan

dalam pengurusan pentadbiran tanah negeri. Sebanyak dua (2)

lawatan telah diadakan pada tahun 2012; dan

b. Lawatan Penarafan Bintang atau System Star Rating (SSR)

Pentadbiran Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah Semenanjung

Malaysia merupakan satu program baru yang dirangka untuk

mewujudkan budaya kerja yang cemerlang, pentadbiran yang

cekap dan berkesan di samping melaksanakan pematuhan

kepada piagam pelanggan serta perkhidmatan yang mesra di

pentadbiran tanah negeri. Program ini diharapkan dapat

memperkasakan pentadbiran tanah di peringkat akar umbi bagi

memenangi hati rakyat dan seterusnya memberi impak yang

besar terhadap peningkatan daya saing negara selaras dengan

pelaksanaan GTP dan konsep “Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan”.

Page 103: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

102  

Program yang telah dirancang bagi tahun 2013 adalah satu (1)

Bengkel Training of Trainers Penarafan Bintang Pejabat Tanah,

taklimat penerangan kpd pejabat-pejabat tanah, Roadshow

dan Penilaian bagi Penarafan Bintang Pentadbiran Tanah.

3) Penempatan Pasukan Petugas Khas bagi masalah-masalah dan isu

yang memerlukan tindakan segera

Mesyuarat MTN ke-58 bertarikh 18 Disember 2004 yang

dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri bersetuju menubuhkan

Pasukan Petugas Khas (PPK) (Flying Squad)1 sebagai langkah

mempertingkatkan prestasi pentadbiran tanah. Pada 10 Januari 2004,

Kertas Kerja Cadangan Penyelesaian Tunggakan Urusan Tanah

melalui penubuhan PPK2 telah dikemukakan kepada Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbendaharaan Malaysia. PPK yang

ditubuhkan pada 1 Februari 2004 bertanggungjawab untuk

menyelesaikan empat (4) bidang tunggakan urusan tanah seperti

berikut :

a. pendaftaran urus niaga dan bukan urus niaga;

b. pemberimilikan tanah;

c. pendaftaran dan pengeluaran Hak Milik Strata; dan

                                                            1 Langkah‐langkah untuk mempertingkatkan prestasi pentadbiran tanah: 

(a) penubuhan Pasukan Petugas Khas (PPK) (Flying Squad); 

(b) penstrukturan semula organisasi pejabat tanah; 

(c) penubuhan Jawatankuasa Tanah Daerah; 

(d) memerangi rasuah; 

(e) projek e‐Tanah; dan 

(f) mempertingkatkan kompetensi pentadbiran tanah. 

 2 Dalam Kertas tersebut menyebut bahawa Pasukan Petugas Khas yang dicadangkan ini akan wujud untuk tempoh tidak lebih 

dari 5 tahun dan hanya menumpukan kepada kerja‐kerja yang tertunggak sehingga Disember 2003. 

 

Page 104: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

103  

d. penukaran Hak Milik Sementara (QT) kepada Hak Milik Tetap

(FT).

Bagi tahun 2012, sebanyak 91.39% tunggakan pemberi milikan tanah

telah dapat diselesaikan. Manakala tunggakan penukaran Hak Milik

Sementara (QT) kepada Hak Milik Tetap (FT) telah dapat diselesaikan

sebanyak 88.94%. Pemantauan prestasi pendaftaran Hak Milik Tanah

dalam masa satu (1) hari pula telah berjaya menyelesaikan sebanyak

98.41% urusan pada tahun 2012.

Hasil daripada inisiatif yang diambil telah meningkatkan kedudukan

daya saing Negara di peringkat global. Menurut Laporan Bank Dunia

bagi tahun 2012, Malaysia berada di kedudukan ke-12 dari segi Ease

Of Doing Business dan di kedudukan ke-33 dari segi Registering

Property di kalangan 185 buah Negara di dunia. Ini merupakan satu

peningkatan yang drastik kerana kedudukan Negara pada tahun 2010

adalah di kedudukan ke-23 bagi Ease Of Doing Business dan di

kedudukan ke-86 bagi Registering Property.

4) Melaksanakan pemantauan terhadap sistem dan proses kerja

Pasukan Projek e-Tanah telah ditubuhkan pada 01 Mac 2004. Projek

perintis e-Tanah telah diperkenalkan di Pulau Pinang dan diperluaskan

ke Negeri Sembilan dan Melaka mulai tahun 2009. Projek ini akan

diperluaskan ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia secara

berperingkat. Sistem e-Tanah memberi kemudahan kepada orang

ramai dalam membuat bayaran, mencetak resit dan menyemak status

pembayaran secara atas talian. Projek e-Tanah adalah merupakan

salah satu daripada program kerajaan ke arah merealisasikan

Kerajaan Elektronik. Di peringkat tertinggi, projek e-Tanah ini dipantau

oleh Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JITIK) yang

dipengerusikan oleh KSN. Pewujudan Sistem e-Tanah yang

komprehensif akan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian,

pewujudan bank data tanah yang berintegriti dan mengurangkan

Page 105: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

104  

karenah birokrasi di dalam pengurusan pentadbiran tanah di Negara

ini. Pengaturan dan pengujian aplikasi sistem e-Tanah bagi peluasan

e-Tanah ke Negeri Sembilan dan Melaka akan dilaksanakan dari masa

ke semasa.

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, antara isu dan cabaran yang telah dikenal

pasti adalah seperti berikut :

1) ekspektasi masyarakat yang tinggi dan pembangunan negara yang

dinamik memerlukan penambahbaikan kajian perundangan-

perundangan tanah agar dapat mengelakkan eksploitasi oleh pihak

yang tidak bertanggungjawab;

2) keperluan peningkatan pemahaman dan kepakaran terhadap undang-

undang tanah supaya penyeragaman interpretasi undang-undang

tanah dibuat untuk kelangsungan pentadbiran tanah menerusi

pengetahuan dan pendedahan secara intensif dalam bidang

pentadbiran tanah;

3) keperluan peningkatan pemahaman mengenai pengurusan tanah

Persekutuan terhadap KJP dan pentadbiran tanah negeri terutamanya

dari aspek urusan pengambilan bertujuan melaksanakan projek mega

di bawah transformasi ekonomi dan penguatkuasaaan terhadap

pencerobohan tanah-tanah Persekutuan;

4) keperluan peningkatan kepakaran dan keyakinan untuk melaksanakan

pendakwaan sehingga boleh mengelakkan kewujudan kes hasil

tertunggak;

5) keperluan untuk mewujudkan masyarakat berpengetahuan mengenai

tanah dan pentadbirannya (Land Literate Society); dan

Page 106: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

105  

6) pindaan undang-undang yang seiring dengan pertumbuhan dan

pembangunan Negara yang pesat serta dinamik.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bagi memenuhi kehendak dan aspirasi stakeholder dalam meningkatkan

hubungan baik dalam urusan pentadbiran tanah di antara Kerajaan

Persekutuan dengan Kerajaan Negeri supaya penyampaian perkhidmatan

pentadbiran tanah kepada pelanggan dan pihak yang berkepentingan dapat

ditingkatkan, beberapa bidang tumpuan kritikal yang perlu diberi perhatian

adalah seperti berikut :

1) jaringan kerjasama strategik dan perkongsian pintar menerusi NRE

melalui hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dengan

Kerajaan Negeri agar dapat mempertingkatkan perkongsian sumber,

tanggungjawab dan kepakaran;

2) pembangunan modal insan yang kompeten tentang polisi dan prosedur

pentadbiran tanah, pengurusan dan memiliki kemahiran ICT agar

dapat melahirkan warga kerja tanah yang responsif, berdaya saing dan

berintegriti;

3) prosedur kerja yang jelas dan dasar yang standard agar dapat

mengelakkan interpretasi yang berbeza dalam mengendali dan

membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

4) mempertingkatkan keberkesanan penguatkuasaan melalui

pendedahan, latihan dan mewujudkan kod etika dan amalan terbaik

penguatkuasaan sebagai panduan rujukan;

5) perundangan tanah yang dinamik dan sentiasa relevan dengan

perkembangan kemajuan negara agar kekal berdaya saing memacu

pembangunan; dan

Page 107: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

106  

6) pelaksanaan program outreach kepada KJP serta masyarakat

marhaen agar pemahaman berhubung perundangan tanah dapat

ditingkatkan selaras dengan hasrat mewujudkan masyarakat yang

berpengetahuan tentang tanah.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

NRE menerusi BTUP dan JKPTG mensasarkan pencapaian seperti berikut :

Jadual 19:

Strategi 1- Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Urusan Tanah

UKURAN 2010 2011 SEMASA

(2012) 2013 2014 2015

Bilangan Mesyuarat Majlis Tanah Negara

1 1 1 1 1 1

Bilangan Lawatan Eksekutif KPTG Persekutuan

4 4 1 4 4 4

Bilangan Mesyuarat PTM 3 3 3 3 3 3

Bilangan Mesyuarat TKPTG Persekutuan dengan TPTG Negeri

3 3 3 3 3 3

Bilangan PersidanganPentadbiran Tanah Malaysia.

- 1 1 1 1 1

Bilangan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pencegahan Fraud Ke Atas Urusniaga dan Pendaftaran Hakmilik Tanah Bersama Pentadbiran Tanah, PDRM dan SPRM

3 6 6 6 6 6

Bilangan Mesyuarat Pemantauan Tanah Persekutuan bersama KJP

2 2 2 2 2 2

Bilangan Lawatan Pengauditan

1 2 2 2 2 2

Page 108: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

107  

UKURAN 2010 2011 SEMASA

(2012) 2013 2014 2015

Bilangan Lawatan Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah di PTD Semenanjung Malaysia

- - - 24

Peratusan Penyelesaian Tunggakan Pemberimilikan Tanah

92.21% 96% 91.39% 100% - -

Peratusan Siap Peluasan Projek e-Tanah di Negeri Sembilan dan Melaka

5% - 9% 100% 100% 100%

Peratusan Penyelesaian Tunggakan Penukaran hak Milik Sementara (QT) kepada Hak Milik Tetap (FT)

88.04% 96% 88.94% 100% - -

Peratusan Penyelesaian Tunggakan Permohonan dan Pendaftaran Hak Milik Strata

89.20% 99% 90.15% 100% - -

Bilangan Penyelesaian Pengeluaran Hak Milik Strata Bangunan Lama

52.40% 90% 60% 100% - -

Peratusan Penyelesaian Pendaftaran Hak Milik Tanah 1 Hari

96.59%

98.41% 100% 100% 100%

2. Strategi Pelaksanaan 2

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Pengurusan Pembahagian Pusaka

Kecil.

a. Latar Belakang

Seksyen Pembahagian Pusaka (SPP), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan

Galian (Persekutuan) di bawah NRE dengan fungsi utama memastikan

pengurusan pembahagian harta pusaka kecil dilaksanakan dengan adil, cepat

dan cekap berasaskan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan

Peraturan-Peraturannya.

Page 109: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

108  

Pewujudan seksyen ini pada 01 Mac 1974 adalah berdasarkan pandangan

Jabatan Peguam Negara yang menyatakan keperluan pewujudan skim

khusus bagi pengurusan pembahagian pusaka kecil yang merupakan

tanggungjawab Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan, Senarai Satu,

Perkara 4(e)(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu harta pusaka sama ada

berwasiat atau tidak berwasiat adalah merupakan tanggungjawab Kerajaan

Persekutuan. Seterusnya diletakkan di bawah tanggungjawab Ketua

Pengarah Tanah dan Galian berdasarkan Seksyen 4 Akta Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955 yang memberi kuasa secara langsung kepada KPTG

untuk meluluskan pemindahan bidang kuasa eksklusif pembahagian harta

pusaka dari sebuah negeri ke negeri lain.

Bidang kuasa penyelesaian harta pusaka kecil mengikut Akta Harta Pusaka

Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) telah ditingkatkan dari RM600,000.00

kepada RM2,000,000.00 yang berkuatkuasa pada 01hb. September 2009

selari dengan peredaran dan kehendak semasa. Pindaan undang-undang

yang dibuat keseluruhannya bagi memberi kemudahan kepada masyarakat

agar permohonan pembahagian pusaka yang melebihi RM600,000.00 dapat

dibuat di bawah peruntukan pusaka kecil tanpa perlu menggunakan khidmat

guaman yang mahal untuk diselesaikan di Mahkamah Tinggi. Selain itu,

permohonan juga kini boleh dibuat di mana-mana Unit Pembahagian Pusaka

atau Pejabat Tanah tanpa mengira batasan nilaian di mana hartanah simati

berada yang merupakan satu kekekangan kepada pemohon sebelum

pindaan.

Pelanggan secara langsung merupakan waris/benefisiari atau pihak-pihak

yang berkepentingan terhadap harta si mati yang ada meninggalkan harta

tak alih sama ada sebahagian atau keseluruhannya dengan jumlah nilaian

keseluruhan tidak melebihi RM 2,000,000.00, manakala stakeholder atau

pelanggan tidak langsung adalah pihak kementerian, agensi lain yang

berkaitan, pihak berkuasa negeri dan sumbangan kepada peningkatan

kutipan hasil persekutuan.

Page 110: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

109  

Selain daripada itu, SPP juga menyusun strategi bagaimana untuk

meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menyegerakan

permohonan pembahagian harta pusaka sebaik sahaja berlaku kematian tuan

tanah. Berdasarkan kepada kes-kes yang sedia ada, didapati salah satu

faktor utama kes-kes pembahagian pusaka kecil menjadi rumit dan

mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan adalah kerana

kelewatan membuat permohonan pembahagian pusaka.

 

b. Matlamat

Pelbagai inisiatif diambil oleh SPP dalam meningkatkan mutu perkhidmatan

dan penyampaian kepada pelanggan. Antara inisiatif tersebut :

1) memastikan proses kerja pembahagian harta pusaka kecil mengikut

standard yang telah ditentukan mengikut MS ISO 9001:2008;

2) menggunakan sepenuhnya sistem Myetapp di dalam proses kerja

pembahagian harta pusaka kecil;

3) pelancaran penggunaan sms untuk kemudahan pelanggan menyemak

status permohonan mereka;

4) menggunakan ”sms blast” melalui sistem Myetapp untuk memberi

maklumat awal kepada pemohon tentang status permohonan mereka,

tarikh perbicaraan dan perintah sebelum surat atau notis rasmi

diserahkan kepada mereka;

5) pelancaran permohonan atas talian (online) oleh YB Menteri untuk

kemudahan ahli waris membuat permohonan dan menyemak status

permohonan melalui akaun pengguna mereka;

6) menyediakan kemudahan kaunter yang mesra pelanggan di Unit-Unit

Pembahagian Pusaka peringkat daerah dan negeri;

Page 111: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

110  

7) permohonan penilaian harta secara atas talian;

8) permohonan borang C daripada Mahkamah Tinggi Pusat Jalan Duta

secara atas talian;

9) memastikan KPI YB Menteri dicapai setiap tahun;

10) memastikan 90% kes tunggakan diselesaikan setiap tahun; dan

11) berusaha memendekkan tempoh masa penyelesaian kes melalui

cadangan pindaan kepada Peraturan-Peraturan Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955.

Pihak SPP juga mengambil beberapa inisiatif untuk meningkatkan kesedaran

orang ramai tentang kepentingan menyegerakan permohonan pusaka kecil

dan juga tentang peranan utama SPP serta JKPTG secara amnya. Antara

inisiatif tersebut adalah :

1) Program Sehari Bersama Waris.

2) Seminar dan Dialog.

3) Program Kampung Angkat.

4) Program di radio atau media massa.

5) Program-program bersama jabatan yang lain.

6) Pengedaran poster-poster, pamplet dan buku panduan.

7) Ceramah di dewan orangramai, surau/masjid dan ceramah atas

jemputan agensi kerajaan yang lain.

Page 112: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

111  

Pihak SPP juga dengan kerjasama dengan SMT dan SPNK telah mengambil

inisiatif di dalam memastikan hasil yang dikutip melalui proses pembahagian

pusaka dimasukkan ke dalam akaun kerajaan persekutuan. Hasil daripada

sistem eTerimaan serta kerjasama yang telah diberikan oleh kerajaan negeri,

hasil kutipan fee pusaka kecil telah dimasukkan ke dalam akaun kerajaan

persekutuan.

c. Status Masa Kini

1. Statistik Program Kesedaran

Bagi memberi kesedaran dan juga promosi berkaitan dengan tuntutan

harta pusaka, Unit Pembahagian Pusaka telah melaksanakan program

outreach yang mana secara tidak langsung telah meningkatkan jumlah

permohonan tuntutan harta pusaka dari tahun ke setahun.

Jumlah program outreach tersebut adalah seperti jadual di bawah :

Jadual 20: Program outreach di antara 2011-2012

UKURAN 2011 2012

Bilangan Program Peningkatan Kesedaran Terhadap Tuntutan Harta Pusaka 104 64

2. Statistik Kes Terima Dan Selesai 2010, 2011 Dan 2012

Bagi proses penyelesaian permohonan bagi seksyen 8 dan seksyen 17

adalah seperti jadual berikut :

Page 113: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

112  

Jadual 21: Statistik Kes Terima dan Selesai tahun 2010-2012

TAHUN BAKI AWAL

TAHUN TERIMA BICARA SELESAI

BAKI AKHIR TAHUN

2010 19,556 51,943 56,634 46,471 25,028

2011 22,431 53,928 59,072 51,694 24,665

2012 27,938 54,808 61,034 53,104 29,642

3. Statistik penyelesaian tunggakan 2010, 2011 dan 2012

Sasaran penyelesaian tunggakan kumulatif permohonan yang diterima

sehingga 31 Disember setiap tahun (seksyen 8) telah ditetapkan

sebanyak 90% dan pencapaiannya ialah seperti di jadual di bawah :

Jadual 22: Statistik Penyelesaian Tunggakan di antara 2010-2012

UKURAN 2010 2011 2012

Peratusan penyelesaian tunggakan

Pembahagian Pusaka Kecil di

Semenanjung Malaysia melibatkan

permohonan yang diterima (termasuk

permohonan yang melibatkan rujukan dan

rayuan ke mahkamah)

90.2% 92% 91.4%

4. Key Performance Indicator (KPI) YB Menteri 2010, 2011 dan 2012

Sasaran sebanyak 60% telah ditetapkan bagi mempercepatkan proses

permohonan baru (seksyen 8) dalam tempoh kurang 5 ½ bulan dan

pencapaiannya seperti di jadual di bawah:

Page 114: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

113  

Jadual 23: KPI 2010-2012

UKURAN 2010 2011 2012

Peratusan penyelesaian permohonan baru

Pembahagian Pusaka Kecil dalam tempoh

kurang 5 bulan setengah.

47%

63.3%

73.8%

d. Isu dan Cabaran

1) Sebaik berlaku kematian pemilik harta, harta yang ditinggalkan simati

perlu diwarisi atau ditadbir urus bagi mengelakkan harta tersebut terbiar

dan terus-terusan tidak dituntut sehingga merugikan pihak-pihak yang

terlibat dari menikmati hasil yang sewajarnya. Ianya juga merugikan

pihak kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya.

2) Kesan peningkatan nilai hartanah dalam arus pembangunan negara

menggesa pindaan undang-undang harta pusaka kecil dilaksanakan

pada tahun 2009 yang antara lainnya meningkatkan bidangkuasa

pengurusan pusaka kecil dari jumlah nilaian keseluruhan harta

RM600,000.00 kepada RM2,000,000.00 yang telah dikuatkuasakan

pada 01hb. September 2009. Pindaan ini bertujuan membantu

masyarakat yang berpendapatan sederhana dan rendah (mewakili

kebanyakan rakyat negara ini) untuk membuat permohonan

pembahagian harta pusaka peninggalan simati yang merupakan ahli

keluarga mereka tanpa perlu ke Mahkamah Tinggi yang pastinya

memerlukan kos yang lebih tinggi.

3) Kesan pindaan telah menunjukkan peningkatan bilangan permohonan

pembahagian pusaka yang dikemukakan di seluruh negara setiap tahun

sejak 2009 yang seterusnya turut dijadikan salah satu KPI YB. Menteri

Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi memenuhi kehendak rakyat untuk

diutamakan.

Page 115: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

114  

4) Kelewatan dalam membuat permohonan pembahagian pusaka dikesan

sebagai faktor yang menyumbang kepada pemilikan hartanah berlapis

ekoran generasi yang ditinggalkan simati bertambah apabila lewat

dibahagikan dan seterusnya menjadi tidak ekonomik untuk dibangunkan

sehingga terbiar. Kelewatan membuat permohonan pembahagian juga

mencetuskan perbalahan antara ahli keluarga yang boleh meruntuhkan

institusi kekeluargaan.

5) Menjadi aspirasi rakyat agar penyampaian perkhidmatan yang diberikan

dalam menyelesaikan permohonan pembahagian pusaka dapat

dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah.

6) Peredaran masa serta peningkatan kesedaran orang awam

menyebabkan meningkatnya tekanan kerja kepada kakitangan dan

pegawai SPP di mana segala-galanya hendak cepat walaupun kes-kes

masih dalam tempoh masa KPI. Peningkatan permohonan terutama

bagi negeri-negeri seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terenganu, Johor

dan Selangor berbanding dengan jumlah kakitangan sokongan yang

sedikit menyebabkan tekanan kerja kepada kakitangan sokongan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Untuk memenuhi kehendak dan aspirasi stakeholder beberapa perkara yang

perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

1) menambah kapasiti tenaga kerja berstatus tetap memandangkan

keseluruhan pengisian perjawatan Seksyen Pembahagian Pusaka

JKPTG adalah seramai 255 orang sahaja bagi menguruskan

pembahagian pusaka kecil seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan

cara ini pergantungan terhadap tenaga kerja kontrak yang mempunyai

turnover rate yang tinggi dapat dikurangkan;

2) pembangunan modal insan yang kompeten, berdaya saing, komited

dan berintegriti untuk memacu Negara ke arah pencapaian sasaran

Page 116: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

115  

dan KPI. Latihan yang bersesuaian juga dirangka agar modal insan

pembahagian pusaka mahir dari segi perundangan yang terpakai

dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan;  

3) peningkatan kesedaran kepada masyarakat awam supaya segera

membuat permohonan kerana ia dapat mengurangkan tunggakan dan

memudahkan urusan yang penting bagi pembangunan sosio eknomi

negara;

4) melaksanakan aktiviti promosi untuk kesedaran dan makluman umum;

dan

5) memantapkan penggunaan teknologi dalam meningkatkan proses

kerja bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan Kerajaan

yang efisien dan efektif.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

NRE mensasarkan pencapaian seperti berikut :

Jadual 24: Strategi 2 Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan

Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil.

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan permohonan harta

pusaka secara atas talian - - 600 600 600 600

Bilangan program bersama

waris/Kg.

Angkat/Seminar/Dialog

64

Page 117: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

116  

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Peratusan penyelesaian

tunggakan Pembahagian

Pusaka Kecil di

Semenanjung Malaysia

melibatkan permohonan

yang diterima (termasuk

permohonan yang

melibatkan rujukan dan

rayuan ke mahkamah)

90.2%* 92% 91.4% 92% 92% 92%

Peratusan penyelesaian

permohonan baru

Pembahagian Pusaka Kecil

dalam tempoh kurang 5

bulan setengah (2010-

2012) dan 4 setengah bulan

mulai tahun 2013.

47% 63.3% 73.8% 80% 80% 80%

Data tahun 2012 merupakan penyelesaian permohonan pusaka termasuk tunggakan sehingga 31 Disember 2011 

3. Strategi Pelaksanaan 3

Meningkatkan kutipan hasil tanah Persekutuan.

a. Latar Belakang

Kerajaan Persekutuan melalui PTP boleh memberi sewaan tanah-tanah

Persekutuan melalui kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 4, Akta

PTP dan Seksyen 223 KTN, tidak melebihi tiga (3) tahun dan melalui

peruntukan tertentu dalam Ordinan Tanah Sabah dan Kanun Tanah Sarawak

secara menandatangani perjanjian sewaan dengan pihak penyewa.

Perjanjian sewa tidak perlu didaftarkan dalam hak milik tanah kecuali bagi

perjanjian sewaan di Negeri Sabah dan Sarawak perlu didaftarkan dalam hak

milik tanah.

Page 118: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

117  

Untuk membolehkan urusan penyewaan ini dijalankan dengan lebih telus, dua

(2) Jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu :

1) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan Yang Terletak di

Luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh TKPTG Persekutuan, Pengarah

Seksyen Harta Tanah Persekutuan, JKPTG dan dipengerusikan oleh

PTP; dan

2) Jawatankuasa Penyewaan Tanah Persekutuan di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Kementerian Kewangan,

Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian dan Jabatan

Pengguna, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) JPM, Pejabat

Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan

Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Penilaian dan

Perkhidmatan Harta (JPPH).

Sebelum tahun 1980, proses pengambilan tanah untuk projek pembangunan

Kerajaan Persekutuan dibuat oleh PBN. Walau bagaimanapun, disebabkan ia

mengambil masa yang lama dan menjejaskan kelancaran perancangan dan

pembangunan projek yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan, maka

selepas tarikh tersebut, pengambilan tanah diuruskan oleh JKPTG Negeri.

Tempoh masa penyelesaian urusan pengambilan tanah telah dapat

dipercepatkan. Sebagaimana yang diperuntukkan, pegawai-pegawai di

JKPTG Negeri diwartakan sebagai Pentadbir Tanah untuk memulakan dan

menjalankan prosiding sesuatu pengambilan tanah bagi mana-mana maksud

di bawah Seksyen 3(1)(a) APT 1960.

b. Matlamat

Strategi yang ditetapkan bagi matlamat utama dapat dicapai melalui inisiatif-

inisiatif berikut :

Page 119: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

118  

1) melaksanakan tindakan untuk pengurangan tunggakan ABT

penyewaan harta tanah Persekutuan; dan

2) melaksanakan tindakan pengemaskinian data tanah Persekutuan

mengikut sukuan.

c. Status Masa Kini

Sehingga 31 Disember 2012, jumlah tunggakan ABT daripada aktiviti

penyewaan tanah Persekutuan adalah berjumlah RM7,578,383.00. Manakala

sebanyak 100% data tanah Persekutuan telah siap dikemaskini.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran dalam meningkatkan kutipan hasil tanah Persekutuan

adalah seperti berikut :

1) kegagalan mengambil tindakan yang tegas ke atas penyewa dan

pemajak telah menyebabkan tunggakan dalam kutipan hasil tanah

Persekutuan;

2) pemantauan yang tidak seragam menyebabkan tunggakan hasil tanah

Persekutuan. Salah satu penyebab kepada masalah ini adalah

kekurangan pegawai dan kakitangan dalam menjalankan pemantauan

ke atas penyewa dan pemajak tanah Persekutuan. Masalah kekerapan

pertukaran warga kerja yang bertanggungjawab juga turut

menyumbang kepada masalah ini;

3) keengganan dan kedegilan penyewa dan pemajak tanah Persekutuan

dalam mematuhi notis peringatan dan panggilan komunikasi melalui

telefon menyukarkan kutipan hasil dibuat;

4) APT 1960 perlu diikuti oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi

menguruskan sesuatu pengambilan tanah supaya tindakan tersebut

Page 120: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

119  

tidak dicabar oleh pemunya tanah di mahkamah yang akan

menyebabkan pengambilan tanah terhalang atau lambat diselesaikan;

dan

5) beberapa perkara lain yang perlu diambil perhatian dalam urusan

pengambilan tanah terutama mengenai bantahan oleh tuan tanah ke

Mahkamah, endorsan Borang K dalam hak milik tanah bagi

pengeluaran hak milik sambungan, permintaan ukur kepada JUPEM

negeri yang berkenaan dan nota bicara.

e. Bidang-bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah untuk memberi tumpuan

pengurangan tunggakan ABT penyewaan harta tanah Persekutuan dan juga

untuk mengemaskini data senarai lengkap tanah milik PTP/Tanah Rizab PTP.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

NRE mensasarkan 20% pengurangan tunggakan ABT tahun 2012

penyewaan harta tanah Persekutuan.

Akaun Belum Terima (ABT) adalah ditakrifkan sebagai jumlah wang yang

sepatutnya telah diterima oleh Kerajaan pada sesuatu ketika tetapi belum

diterima berasaskan kepada bil atau melalui dasar dan keputusan Kerajaan

yang berkuat kuasa. Bil merangkumi invois, nota, penaksiran atau notis lain

yang dikeluarkan kepada penghutang.

Page 121: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

120  

Jadual 25: Peratus Pengurangan Tunggakan ABT

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus pengurangan tunggakan ABT

15% 15% 20% 25% 30% 35%

Pengemaskinian Data tanah Persekutuan Mengikut Sukuan

100% 100% 100% 100% 100% 100%

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka

tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut :

1) mengadakan Program Ketuk Pintu terhadap penyewa-penyewa;

2) mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan berunding dengan

pihak yang terlibat bagi menyelesaikan isu tunggakan;

3) memantau kutipan hasil secara berkala;

4) mengeluarkan notis penamatan bagi setiap penyewa dan pemajak

yang gagal menjelaskan bayaran tunggakan.

5) melaksanakan pencerakinan mengikut tanah kosong/ceroboh,

pajak/sewa berserta imej;

6) melaksanakan pencerakinan data melalui penyemakan dengan KJP;

7) mendapatkan laporan semasa pengemaskinian data JKPTG Negeri

yang merangkumi bearing, jarak, peta lokasi tanah Persekutuan bagi

tanah milik, tanah rizab, tanah pengambilan (borang K); dan

8) melaksanakan perbincangan bersama MacGDI.

Page 122: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

121  

4. Strategi Pelaksanaan 4

Menyemak semula Perundangan dan Peraturan Tanah secara berkala.

a. Latar Belakang

Akta Tugas Menteri 1969 telah memperuntukkan kuasa dan fungsi berkaitan

tanah dilaksanakan di bawah undang-undang utama tanah seperti KTN 1965,

Akta Hak Milik Strata 1985, APT 1960, Akta Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955, Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta PTP 1957, Akta

Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 dan Akta

Pelantar Benua 1966. Semakan semula perundangan dan peraturan tanah

adalah penting bagi memastikan supaya sesuatu akta atau peraturan yang

telah digubal memenuhi aspirasi stakeholder dalam aspek pembangunan

Negara dan sesuai pelaksanaannya mengikut peredaran masa.

Selain itu, semakan terhadap prosedur dan proses kerja juga dilaksanakan

bagi memudah cara dan memendekkan tempoh masa urusan tanah untuk

memudahkan rakyat mendapatkan perkhidmatan urusan tanah. Sebarang

pindaan kepada undang-undang perlu dibuat secara sedikit demi sedikit dan

bukannya secara komprehensif kerana ia berubah mengikut keperluan

semasa. Sekiranya sesuatu undang-undang itu tidak dipinda dalam satu

tempoh yang lama maka undang-undang tersebut adalah statik.

Sehubungan itu, JKPTG berperanan untuk mempertingkatkan sistem

pengurusan dan perundangan tanah supaya lebih cekap dan bermutu selaras

dengan Dasar Pembangunan Negara. Selain itu, perlunya kajian terhadap

undang-undang, dasar dan garis panduan yang berkaitan supaya wujud

keseragaman dan penyelarasan dalam pelaksanaan dan pentadbiran

undang-undang, dasar dan garis panduan berkenaan di seluruh

Semenanjung Malaysia. Penyeragaman dan penyelarasan ini adalah penting

memandangkan hal ehwal tanah adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan

Negeri.

Page 123: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

122  

b. Matlamat

Melaksanakan mesyuarat-mesyuarat penyelarasan pindaan undang-undang

tanah agar perundangan dan peraturan tanah yang dinamik dengan keadaan

semasa.

c. Status Masa Kini

Pada masa ini, pembangunan dasar dan perundangan dilaksanakan secara

piece meal atau ad-hoc dan tidak terancang. Pelaksanaan kajian dan

penyelidikan yang mengaplikasikan kreativiti dan inovasi dapat

merealisasikan perundangan dan peraturan tanah yang sentiasa relevan,

terkini dan tidak boleh diinterpretasikan sewenang-wenangnya. Ini dapat

menggalakkan amalan terbaik (best practices) dalam pentadbiran tanah bagi

meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

d. Isu dan Cabaran

Undang-undang yang lapuk dan tidak dinamik akan menimbulkan persepsi

negatif masyarakat terhadap pentadbiran tanah sekiranya tidak dibuat

semakan dan pindaan. Peraturan tanah yang rigid akan menyukarkan

sesuatu urusan tanah dapat dijalankan.

Undang-undang tersebut juga dilihat sebagai penghalang kemajuan

pembangunan Negara sekiranya ia tidak dibuat kajian semula. Kebiasaannya

penggubalan ke atas sesuatu akta adalah sesuai pemakaiannya pada masa

ia digubal dan berkemungkinan peruntukan-peruntukan dalam akta tersebut

tidak lagi sesuai pada masa akan datang.

e. Bidang-bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah semakan undang-undang

dan peraturan tanah adalah selaras dengan kehendak semasa dan aspirasi

stakeholder.

Page 124: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

123  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

NRE mensasarkan semakan undang-undang dan peraturan yang

dilaksanakan sehingga ke peringkat pewartaan untuk dikuatkuasakan. Bagi

tahun 2011, satu draf rang undang-undang akan digubal sebelum dibawa dan

dibentangkan dalam Mesyuarat TKPTG Persekutuan dan TPTG Negeri, PTM,

Jemaah Menteri, MTN dan dalam persidangan Parlimen Malaysia untuk

dibahas dan dipertimbangkan.

Jadual 26:

Bilangan Draf Rang Undang-Undang Yang Disasarkan 2011-2015

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan Draf Rang Undang-Undang

1 1 1 1 1 1

g. Pelan Tindakan

Bagi merealisasikan strategi tersebut, penyelidikan bermutu dalam bidang

berkaitan pentadbiran tanah akan dilaksanakan. Di samping itu, mesyuarat

penyelarasan dengan Jabatan Peguam Negara akan turut dibuat.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 125: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

124  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

5 TANAH DAN GEOSPATIAL BTUP

JUPEM

A. LATAR BELAKANG

Malaysia mempunyai sempadan antarabangsa dengan Negara-Negara

ASEAN (kecuali Kemboja, Laos dan Myanmar). Konflik dan pertikaian

sempadan kadangkala tidak dapat dielakkan di atas sebab-sebab yang

tertentu seperti pencerobohan, tuntutan bertindih dan sebagainya. Justeru,

penentuan pengukuran sempadan darat dan maritim yang merangkumi

sempadan negeri dan antarabangsa, serta penentuan pelantar benua dan

Zon Ekonomi Eksklusif Negara adalah penting dalam ketepatan penentuan

sempadan demi kedaulatan negara dan menepati kehendak peruntukan

United Nation Convention Law of the Sea 1982 (UNCLOS).

Di dalam bidang ukur kadaster pula, suatu perancangan yang strategik

dirangka bagi menangani isu-isu pengukuran yang tertunggak, khususnya

penukaran hakmilik sementara kepada hakmilik tetap. Jabatan Ukur dan

Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara Jabatan kerajaan yang

tertua di Malaysia. Aktiviti pengukuran bermula pada tahun 1885 dengan

penubuhan Jabatan Ukur Negeri Johor. Bertitik tolak dari tahun 1885 hingga

1957, Jabatan-Jabatan Ukur Negeri dan Topografi telah ditubuhkan sehingga

membawa kepada penyatuan secara berperingkat kepada satu organisasi

seperti hari ini. Pada tahun 1965, Jemaah Menteri telah meluluskan

pewujudan Direktorat Pemetaan Negara bagi membolehkan JUPEM

menyedia dan mengeluarkan peta-peta untuk kegunaan awam dan tentera.

JUPEM bertanggungjawab dalam memacu pembangunan negara dan

berfungsi sebagai penasihat kerajaan dalam bidang geospatial khususnya

pengukuran dan pemetaan di samping menjalankan kerja-kerja pengukuran,

pemetaan dan penandaan persempadanan negara dan negeri sebagai asas

pembangunan sosio ekonomi dan kedaulatan negara. Sejak penubuhannya,

Page 126: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

125  

JUPEM telah merencanakan pelbagai pembaharuan serta pemodenan bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatannya. Bermula daripada penggunaan

peralatan konvensional sehinggalah kepada aplikasi satelit seperti GNSS dan

remote sensing, JUPEM sentiasa mengorak langkah mengikut perkembangan

teknologi terkini dalam bidang pengukuran tanah, pengumpulan dan

penganalisis maklumat geospatial. Ini menjadikan JUPEM sebagai sebuah

agensi tonggak yang menerajui bidang ukur dan pemetaan bagi

menghasilkan data-data asas geospatial yang berkualiti untuk digunakan /

dikongsikan bersama dengan semua agensi kerajaan dan swasta dalam

negara. Perolehan dan perkongsian data geospatial ini boleh dibuat secara

terus oleh agensi-agensi kerajaan / swasta dan juga melalui jaringan SDI iaitu

Infrastruktur Data Geospatial Negara (Malaysia Geospatial Data

Infrastructure) atau MyGDI. Data-data geospatial yang disediakan oleh

JUPEM ini digunakan oleh agensi-gensi kerajaan dan swasta untuk tujuan

keselamatan, perancangan, pembangunan harta tanah, pengurusan

perhutanan, pertanian, alam sekitar, pengangkutan, bencana alam, kawalan

wabak penyakit, pemantauan kejadian jenayah dan lain-lain lagi yang

menjurus kepada pembangunan negara yang mapan.

NRE melalui BTUP bertindak antara lainnya sebagai urus setia bagi

mengurus dan menyelaras urusan-urusan mengenai mesyuarat-mesyuarat

sempadan darat antarabangsa (Malaysia-Thailand dan Malaysia-Indonesia)

yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) NRE. BTUP turut

berperanan dalam menyelaras dan melaksanakan polisi-polisi

persempadanan darat dan pemetaan serta keupayaan di dalam

menangani dan menguruskan krisis terutamanya krisis persempadanan. Ini

adalah sangat penting kerana ia akan membantu ke arah pembangunan,

keselamatan dan kedaulatan Negara.

Pada masa yang sama, BTUP juga merupakan Urus setia kepada

Jawatankuasa Kebangsaan Penandaan dan Pengukuran Sempadan

Bersama Negeri (JKPPSBN) yang dipengerusikan oleh KSU NRE, di mana

antara ahlinya termasuk Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri di

Page 127: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

126  

Semenanjung Malaysia, Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam

Negara.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 MEMANTAPKAN FUNGSI, AKTIVITI DAN KHIDMAT UKUR, PEMETAAN DAN PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL

C. STATUS MASA KINI

Pada masa kini, JUPEM merupakan agensi kerajaan yang mempelopori dan

memacu pembangunan negara dalam menyediakan infrastruktur asas

pengurusan tanah di samping menyediakan maklumat geospatial bagi tujuan

pemetaan, pertahanan, penyelidikan saintifik, pembelajaran dan sebagainya.

Bagi memastikan kecekapan dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut,

JUPEM telah mengadaptasi teknologi Information Communication Technology

(ICT) selaras dan sesuai dengan keperluan dan perkembangan teknologi

semasa. Penggunaan teknologi ICT ini telah banyak mempercepatkan kerja-

kerja ukur dan pemetaan yang dijalankan oleh JUPEM.

Ini dapat dibuktikan melalui kejayaan dan anugerah-anugerah yang telah

diperoleh oleh JUPEM seperti berikut :

1) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi ‘Information Technology

Management’ pada tahun 1992;

2) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi Pengurusan Fail pada

tahun 1995;

3) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi ‘Development of

Electronic Field Book’ pada tahun 1996;

Page 128: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

127  

4) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi ‘Group Survey Works

System’ pada tahun 1998;

5) ‘Best Achievement Award in Geographic Information System (GIS)’

daripada ESRI, USA pada tahun 2000;

6) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi Pemetaan Elektronik atau

e-Map pada tahun 2001;

7) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi Projek Peta Ortofoto pada

tahun 2002;

8) ‘Geospatial Achievement Award’ daripada Integraph, USA pada tahun

2003;

9) Anugerah Perdana Teknologi Maklumat dalam ‘Field-to-Finish’ pada

tahun 2004,

10) Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam bagi Penghasilan Pelan

Dokumen Hakmilik Tanah Secara Hybrid pada tahun 2008;

11) ‘Spatial Achievement in GIS (Utility Mapping Section)’ pada tahun 2008

daripada ESRI, USA;

12) Geospatial Excellence Award daripada GIS Development pada tahun

2009;

13) Anugerah Kumpulan Inovasi dan Kreativiti (KIK) Terbaik peringkat

Kementerian untuk kategori Teknikal dan Bukan Teknikal tahun 2012;

14) Anugerah KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan

Ke-9 Tahun 2012 bagi Kategori Teknikal; dan

Page 129: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

128  

15) JUPEM terpilih sebagai finalist di dalam Anugerah Inovasi Negara

pada tahun 2012 bagi projek Malaysia Real Time Kinematic Network

(MyRTKNet).

16) Anugerah Geospatial Kebangsaan 2014 untuk projek eKadaster

sempena Simposium Maklumat Geospatial Kebangsaan Ke -6 (NGIS

6) pada 17 Mac 2014 di PICC, Putrajaya.

17) Geospatial World Excellence Award 2014 (Cadastral Survey) daripada

Geospatial Media & Communication Pvt. Ltd, pada 8 Mei 2014 di

Geneva.

JUPEM juga diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai

sebuah agensi yang berkredibiliti unggul dan terkenal di peringkat

antarabangsa di dalam menyediakan perkhidmatan secara elektronik

(e-services) meliputi aspek pengukuran kadaster, pemetaan dan geodetik.

D. ISU DAN CABARAN

JUPEM perlu peka terhadap perkembangan dan perubahan semasa serta

cabaran-cabaran yang semakin mendesak terutamanya terhadap

perkembangan teknologi ICT yang pesat supaya kerja yang dihasilkan akan

menjadi lebih cepat, cekap dan berkesan selaras dengan dasar dan aspirasi

kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyampaian kerajaan

yang sesuai dengan keperluan semasa dan akan datang.

Beban kerja yang berat terutamanya bagi ukuran hakmilik daripada Pejabat

Tanah dan Galian Negeri dan Pejabat Tanah Daerah merupakan cabaran

besar yang menuntut satu perancangan strategik dilaksanakan. Cabaran dari

segi aktiviti kerja luar perlu diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan

produktiviti ukuran hakmilik tanah dapat dipertingkatkan. Ini adalah selaras

dengan hasrat JUPEM untuk mengurangkan tunggakan kerja dan

memastikan penggunaan tenaga kerja dapat dilaksanakan secara optimum.

Page 130: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

129  

JUPEM juga perlu memastikan Pangkalan Data Ukur Kadaster (NDCDB) bagi

seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah berintegriti,

sahih dan sentiasa terkini, bagi memenuhi kehendak pelanggan yang

semakin canggih terdiri daripada orang perseorangan, agensi kerajaan, pihak

swasta dan lain-lain lagi.

Selaras dengan pembangunan negara yang pesat, JUPEM perlu

menyediakan maklumat geospatial yang berkualiti dan terkini bagi memenuhi

kehendak serta aspirasi pengguna dan ‘stakeholders’; seterusnya maklumat

ini dapat menyokong pewujudan persekitaran spatially enabled government

and society.

JUPEM juga bertanggungjawab menyempurnakan secara berkesan tugas-

tugas penentuan, penandaan, pengukuran dan penyenggaraan sempadan

darat antarabangsa dan negeri berdasarkan persetujuan dan persefahaman

antara negara serta negeri.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam menyokong usaha untuk merealisasikan pelaksanaan matlamat utama

ini, terdapat 3 strategi pelaksanaan seperti berikut:

1) Memberi khidmat ukuran hakmilik yang lebih efisien;

2) Memberikan khidmat pemetaan yang bersesuaian bagi memenuhi

keperluan dan kehendak pelanggan; dan

3) Menentu, menanda, mengukur dan menyenggara persempadanan

darat serta maritim.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memberi khidmat ukuran hakmilik yang lebih efisien.

Page 131: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

130  

a. Latar Belakang

Pengukuran bagi tujuan hakmilik tanah Kadaster dijalankan berdasarkan

Permohonan Ukur (PU) yang diterima dari Pejabat Tanah di semua negeri

kecuali di Sabah dan Sarawak.

Kerja-kerja ukuran hakmilik melibatkan ukuran di lapangan, storan, rekod,

pemprosesan sehinggalah penghasilan akhir iaitu pengeluaran Pelan Akui

(PA) bagi tujuan pengeluaran hakmilik tanah oleh Pentadbir Tanah. Sebelum

pelaksanaan e-Kadaster, keseluruhan proses kerja bagi ukuran hakmilik

mengambil masa sehingga 2 tahun untuk disiapkan.

b. Matlamat

Pada tahun 2015 disasarkan kerja-kerja ukuran hakmilik dapat disiapkan

sepenuhnya (100%) dalam tempoh 2 bulan.

c. Status Terkini

Pada tahun 2013, kerja-kerja ukuran hakmilik yang diselesaikan dalam

tempoh 2 bulan adalah sebanyak 50% daripada jumlah lot yang perlu diukur

dalam tempoh setahun.

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, antara isu dan cabaran yang dikenal pasti

adalah seperti berikut:

1) faktor peruntukan / kewangan dengan mengambil kira aspek menaik

taraf dan menyelenggara sistem secara berterusan; dan

2) kepakaran serta keupayaan dalam bidang ICT di kalangan pengguna

bagi memastikan sistem yang telah dibangunkan dapat beroperasi

dengan lancar dan mencapai matlamat yang dikehendaki.

Page 132: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

131  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan yang kritikal adalah untuk memperkasakan Pangkalan Data

Ukur Kadaster (NDCDB) secara berterusan dengan maklumat geospatial

yang berkualiti, berintegriti, sahih dan sentiasa terkini.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

1) Bagi memastikan matlamat dicapai dan seterusnya dapat memberikan

khidmat ukur hakmilik yang lebih berkesan, tempoh masa yang akan

diambil bagi menjalankan dan menyiapkan ukuran hakmilik disasarkan

seperti berikut:

Jadual 27:

Ukuran Prestasi Kerja Ukuran Hakmilik 2010-2015

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Menyiapkan kerja-kerja ukuran

hakmilik dalam tempoh kurang 2

bulan

15% 30% 40% 50% 70% 100%

2) Memastikan supaya kerja-kerja ukuran hakmilik strata yang dijalankan

oleh Juruukur Tanah Berlesen siap disemak oleh JUPEM bagi tujuan

mempercepatkan pengeluaran Hakmilik Strata. Sasaran bagi semakan

hakmilik strata adalah seperti berikut:

Jadual 28:

Pencapaian dan Unjuran Prestasi Semakan Ukuran Hakmilik Stara

2010-2015

UKURAN 2010* 2011* 2012* 2013* 2014** 2015**

Semakan Ukuran

Hakmilik Strata 87,381 80,001 74,069 72,205 68,000 70,000

Page 133: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

132  

* - Pencapaian sebenar

** - Tertakluk kepada permintaan semasa

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan yang dapat membantu pencapaian pelaksanaan strategi ini

adalah :

1) menjalankan ukuran hakmilik tanah:

a. supaya memenuhi sasaran tahunan yang ditetapkan;

b. supaya permohonan ukur disiapkan dalam tempoh kurang 2

bulan; dan

c. bagi tujuan penyediaan dan pengemaskinian Pangkalan Data

Ukur Kadaster (NDCDB).

2) menyemak kerja ukuran hakmilik yang dijalankan oleh Juruukur Tanah

Berlesen; dan

3) menyemak kerja ukuran Hakmilik Strata yang dijalankan oleh

Juruukur Tanah Berlesen.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Memberikan khidmat pemetaan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan

dan kehendak pelanggan.

a. Latar Belakang

Aktiviti pemetaan dijalankan bertujuan untuk memetakan negara dengan

menghasilkan pelbagai jenis peta terutamanya Peta Topografi Siri Baru dan

Page 134: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

133  

Peta Utiliti untuk kegunaan pelbagai pihak bagi tujuan perancangan,

penyelidikan, pembangunan dan keselamatan. Walau bagaimanapun, peta-

peta yang dihasilkan masih belum dapat memenuhi keperluan kawasan

litupan bagi skala tertentu. Sehubungan itu, strategi ini bertujuan untuk

memperluaskan kawasan yang dipetakan dengan tambahan maklumat-

maklumat geospatial yang terkini bagi memenuhi kehendak dan keperluan

pelanggan.

b. Matlamat

Matlamat yang menyokong pelaksanaan strategi ini ialah:

1) penerbitan peta topografi siri baru dan pelbagai skala sebanyak 2301

lembar menjelang tahun 2015. Penerbitan peta ini adalah yang terkini

mengikut format / spesifikasi yang telah ditentukan meliputi seluruh

negara; dan

2) penerbitan peta utiliti berskala 1:500 bagi kawasan Lembah Klang

(termasuk Putrajaya) sebanyak 258 lembar menjelang tahun 2015.

c. Status Terkini

Penyediaan pemetaan topografi pelbagai skala adalah disasarkan sebanyak

400 lembar setahun. Mulai tahun 2013, penyediaan peta topografi ini memberi

penumpuan utama kepada penerbitan peta siri baru 1 Versi (MY502/512A)

berskala 1:50,000 tidak terhad dan Peta Topografi pelbagai skala (Terhad dan

Tidak Terhad). Manakala bagi penyediaan Peta Utiliti adalah sebanyak 50

lembar setahun bagi kawasan Lembah Klang (termasuk Putrajaya).

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran di dalam menyediakan perkhidmatan pemetaan ialah:

1) kekangan kewangan dalam usaha memantapkan proses pemetaan

untuk mendapatkan teknologi-teknologi terbaru yang lebih efisien;

Page 135: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

134  

2) pembangunan pesat dan strategik yang memerlukan pengemaskinian

peta-peta secara berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan;

3) kesukaran mendapatkan data bagi kawasan tertentu kerana kegagalan

melakukan proses penawanan data disebabkan oleh faktor cuaca;

4) masalah bagi mendapatkan data-data utiliti daripada pihak-pihak

penyedia atau pemilik tertentu;

5) permintaan yang tinggi terhadap peta utiliti daripada pelanggan; dan

6) kekurangan sumber tenaga kerja bagi menyiapkan peta.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan yang kritikal adalah peningkatan keupayaan dan kekerapan

penawanan dan pengumpulan maklumat geospatial yang berkualiti untuk

menghasilkan peta-peta terkini mengikut arus pembangunan negara.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Penyediaan serta unjuran perkhidmatan pemetaan bagi tahun 2010-2015

adalah seperti jadual berikut:

Jadual 29:

Pencapaian dan Unjuran Penerbitan Peta Topografi dan Peta Utiliti 2010-2015

UKURAN 2010* 2011* 2012* 2013* 2014** 2015**

Penerbitan Peta Topografi (Bilangan Lembar)

400 438 413 405 350 350

Penyediaan Peta Utiliti (Bilangan Lembar)

36 35 37 50 50 50

* - Pencapaian sebenar bagi penerbitan peta topografi pelbagai skala ** - Penerbitan Peta Topografi siri baru iaitu Peta 1 Versi MY502/512A (tidak terhad)

sebanyak 110 Lembar dan Peta Topografi Pelbagai Skala adalah 240 lembar

Page 136: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

135  

g. Pelan Tindakan

Antara faktor yang dapat membantu pencapaian pelaksanaan strategi ini adalah:

1) Penyediaan Data Cetak Peta Topografi;

2) Percetakan Peta Topografi;

3) Penyediaan dan pengemaskinian Pangkalan Data Topografi;

4) Pengesanan data utiliti di lapangan;

6) Penyediaan Peta Utiliti; dan

7) Perolehan data untuk Pangkalan Data Utiliti (PADU)

3. Strategi Pelaksanaan 3

Menentu, menanda, mengukur dan menyenggara persempadanan darat

antarabangsa dan negeri.

a. Latar Belakang

1) Sempadan Antarabangsa

Penentuan, penandaan, pengukuran dan penyenggaraan sempadan

darat antarabangsa adalah penting dalam memastikan kedaulatan dan

keselamatan Negara sentiasa terjamin.

Penentuan sempadan di antara Malaysia-Thailand adalah berasaskan

kepada perjanjian bertarikh 10 Mac 1909 yang ditandatangani di antara

Great Britain dan Siam. Persetujuan untuk menanda dan mengukur

Page 137: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

136  

sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand telah dibuat dengan

menandatangani Memorandum Persefahaman di Bangkok, Thailand

pada 8 September 1972. Sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 543

km telah siap diukur pada 1985. Namun, dari jumlah keseluruhan

sempadan, sepanjang 105.3 km masih belum ditandatangani

Memorandum Persefahaman (MOU).

Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia pula berasaskan kepada

Perjanjian dan Konvensyen di antara pihak British dan Belanda iaitu :

a. The Boundary Convention ditandatangani di London pada 20

Jun 1891;

b. The Boundary Agreement ditandatangani di London pada 28

September 1915; dan

c. The Boundary Convention ditandatangani di The Hague pada

26 Mac 1928.

MOU bagi menanda dan mengukur sempadan antara Malaysia-

Indonesia telah ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia pada 26

November 1973 di Jakarta, Indonesia. Kerja-kerja penandaan dan

pengukuran sempadan antarabangsa sepanjang 2,040.0 km telah

selesai pada tahun 1994 bagi sektor Sabah-Kalimantan Timur dan

tahun 2001 bagi sektor Sarawak-Kalimantan Barat. Namun, bagi jarak

sepanjang 216 km, MOU masih belum ditandatangani lagi.

Di samping mendapatkan persetujuan supaya MOU ditandatangani

masing-masing oleh Thailand dan Indonesia, JUPEM juga harus

memastikan tanda-tanda sempadan di sempadan Malaysia-Thailand

dan Malaysia-Indonesia berada di dalam kedudukan yang baik.

Justeru, kerja-kerja ukuran siasatan, tanam pastian dan

penyenggaraan dilaksanakan secara bersama negara jiran yang

berkenaan hingga ke hari ini.

Page 138: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

137  

Bagi sempadan Malaysia-Brunei Darussalam yang berjumlah 528 km,

kedua-dua buah negara telah menandatangani Exchange of Letters

mengenai penyelesaian isu persempadanan Malaysia-Brunei

Darussalam pada 16 Mac 2009. Exchange of Letters bertarikh 16 Mac

2009 tersebut antara lain melibatkan perkara-perkara yang berkaitan

dengan sempadan perairan dan sempadan darat antara Malaysia dan

Brunei Darussalam. Bagi menjalankan kerja-kerja penandaan dan

pengukuran sempadan satu Memorandum of Understanding on the

Process for the Joint Demarcation and Survey of the Land Boundary

dan Terms of Reference telah ditandatangani pada 19 Mac 2012 di

Johor Baharu.

2) Sempadan Antara Negeri di Semenanjung Malaysia

Sempadan di antara negeri di Semenanjung Malaysia yang

dianggarkan berjumlah 2,532 km perlu dilaksanakan penentuan,

penandaan dan pengukuran sempadan berdasarkan kepada triti-triti,

perjanjian-perjanjian, MOU antara negeri, watershed, jajaran lot, warta-

warta dan lain-lain faktor yang boleh dijadikan rujukan untuk penentuan

sempadan antara negeri. JUPEM sedang berusaha mendapatkan

persetujuan / persefahaman di antara negeri-negeri yang terlibat untuk

menyiapkan baki jarak sempadan yang belum diukur iaitu lebih kurang

1189 km.

b. Matlamat

Menjalankan kerja ukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei

sepanjang 43.0 km, pengukuran dan penyenggaraan sempadan darat

antarabangsa sepanjang 280.36 km (Malaysia-Thailand dan Malaysia-

Indonesia) dan pengukuran sempadan di antara negeri di Semenanjung

Malaysia sepanjang 287.6 km menjelang tahun 2015.

Page 139: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

138  

c. Status Terkini

1) Ukuran Sempadan Darat Antarabangsa:

Jadual 30 :

Jarak Sempadan Darat Antarabangsa di Antara Malaysia Dengan Negara Jiran

SIAP DIUKUR

(km)

BELUMSIAP

(km)

CATATAN

Malaysia – Thailand 656.8 0 Jarak 113.8 km belum ditandatangani MOU iaitu:

i)Bukit Jeli - 8.5 km; dan

ii)Sg. Golok, Kelantan - 105.3km

(Jarak keseluruhan sempadan Malaysia-Thailand ialah 656.8 km)

Malaysia - Indonesia 2,040.0 0 Jarak 216.4 km belum ditandatangani MOU

Malaysia - Brunei 0 528 Jarak 243 km (dengan perjanjian) dan jarak 285 km tanpa perjanjian.

2) Ukuran Sempadan Negeri

 

Jadual 31 : Jarak Sempadan Antara Negeri-Negeri di Semenanjung Malaysia

BIL.  NEGERI  JUMLAH JARAK 

(km) 

TELAH DIUKUR 

(km) 

BELUM DIUKUR 

(km) 

1 Perlis – Kedah 41.54 36.24 5.30

2 Kedah – P.Pinang 83.10 50.80 32.30

3 Kedah – Perak 166.00 - 166.00

4 Perak – P. Pinang 11.00 - 11.00

5 Perak – Kelantan 205.00 - 205.00

6 Perak - Pahang 162.70 162.70 -

7 Perak – Selangor 217.50 - 217.50

8 Selangor – Pahang 99.55 99.55 -

9 Selangor – N. Sembilan

106.10 45.30 60.80

10 N. Sembilan - Melaka 86.42 64.32 22.10

11 N. Sembilan – Pahang 132.50 132.50 -

12 N. Sembilan – Johor 50.00 23.40 26.60

13 Melaka – Johor 87.20 87.20 -

14 Johor – Pahang 176.40 119.20 57.20

Page 140: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

139  

BIL.  NEGERI  JUMLAH JARAK

(km) 

TELAH DIUKUR 

(km) 

BELUM DIUKUR

(km) 

15 Pahang - Terengganu 300.40 300.40 -

16. Pahang – Kelantan 262.00 69.70 192.30

17. Kelantan – Terengganu

192.7 138.0 54.7

18. W.P. KL – Selangor 108.10 - 108.10

19. W.P. Putrajaya - Selangor

43.80 14.10 29.70

JUMLAH 2,532.01 1,343.41 1,188.60

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) kesukaran mendapatkan persetujuan bersama antara pihak-pihak yang

terlibat sebelum kerja-kerja pengukuran sempadan dijalankan;

2) penyediaan dokumen-dokumen berkaitan daripada kedua-kedua pihak

yang terlibat bagi menyokong perundingan dan seterusnya persetujuan

bersama dalam penentuan sempadan memakan masa yang lama; dan

3) faktor peruntukan kewangan bagi menjalankan aktiviti ukuran

sempadan kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) memastikan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja

ukuran dan penyenggaraan; dan

2) mengadakan sesi perbincangan dan perundingan melalui mesyuarat

bersama negeri atau Negara yang terlibat.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 32:

Page 141: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

140  

Pencapaian Kerja Ukuran Sempadan Darat Antarabangsa Malaysia dan Sempadan Antara Negeri di Semenanjung Malaysia

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Sempadan darat antarabangsa (km)

Brunei - - - - 13* 30.0*

Indonesia 7.96 19.3 24.3 23.8 16.2 27.0

Thailand 32.8 25.7 25.8 29.6 28.0 19.9

JUMLAH 40.76 45.0 50.1 53.4 57.2 76.9

Sempadan Negeri di Semenanjung Malaysia (km)

68.0 0** 40 79.6 55 45

* Tertakluk kepada persetujuan di antara Malaysia-Brunei ** MoU hanya ditandatangani pada 1 Disember 2011 dan sumbangan Kerajaan Negeri belum diterima.Justeru, kerja-kerja penandaan dan pengukuran tidak dijalankan pada tahun 2011.

g. Pelan Tindakan

1) Menentu, menanda, mengukur dan menyenggara persempadanan

darat antarabangsa (Indonesia, Thailand dan Brunei).

2) Menentu, menanda dan mengukur persempadanan di antara negeri-

negeri di Semenanjung Malaysia mengikut MOU yang telah

dimuktamadkan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 142: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

141  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

6 TANAH BTUP

INSTUN

A. LATAR BELAKANG

Wawasan ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi memerlukan

perkhidmatan awam yang cekap, efisien dan efektif sebagai tulang belakang

pelaksanaan dasar-dasar negara. Kakitangan awam perlu sentiasa fokus dan

komited dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Oleh yang demikian, sektor pentadbiran tanah yang memberi perkhidmatan

terus kepada rakyat perlu dilengkapi dengan kakitangan yang berkualiti serta

memiliki tahap kompetensi yang tinggi.

Menyedari kepentingan pembangunan modal insan yang unggul dalam sektor

pentadbiran tanah, Jemaah Menteri pada tarikh 9 Julai 1997 telah

mengarahkan supaya Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) ditubuhkan

bagi memberi latihan dalam bidang pengurusan tanah, ukur dan pemetaan

serta teknologi maklumat yang berkaitan.

Tanggungjawab INSTUN ditekankan lagi melalui mandat YAB Perdana

Menteri semasa Mesyuarat MTN ke-59 yang menegaskan supaya peranan

INSTUN dalam meningkatkan kemahiran pegawai dan kakitangan Pejabat

Tanah menerusi latihan agar mereka dapat melaksanakan kerja-kerja urusan

pentadbiran tanah dengan cekap, efisien, dan efektif.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH

SECARA EFEKTIF DAN EFISIEN

Page 143: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

142  

MATLAMAT UTAMA

2

MEMANTAPKAN FUNGSI, AKTIVITI DAN KHIDMAT UKUR,

PEMETAAN DAN PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL

C. STATUS MASA KINI

INSTUN merupakan core centre bagi latihan dalam bidang pengurusan tanah,

ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat yang berkaitan di kalangan

Institut-Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh Malaysia. INSTUN

bertanggungjawab sepenuhnya dalam melatih kakitangan yang terlibat di

dalam pentadbiran tanah seperti kakitangan Pejabat Tanah dan Galian,

Pejabat Daerah dan Tanah, JKPTG, JUPEM, Pihak Berkuasa Tempatan

(PBT) dan lain-lain jabatan/ agensi teknikal yang berkaitan.

Pada masa kini, kursus-kursus di INSTUN dibahagikan kepada 3 bidang

utama iaitu pengurusan tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi maklumat

yang berkaitan. Menurut statistik, pelaksanaan kursus INSTUN adalah di

tahap cemerlang dengan purata pencapaian 100% setahun. INSTUN juga

telah berjaya mencapai skor yang memuaskan bagi penilaian-penilaian

latihan yang dilaksanakan seperti penilaian tahap kefahaman dengan

pencapaian melebihi 75% keseluruhan dan impact analysis dengan skor 85%.

D. ISU DAN CABARAN

Latihan yang berkesan membawa kepada kecekapan dalam penyampaian

perkhidmatan. Oleh itu, pengurusan latihan INSTUN yang meliputi aspek

pembangunan modul, pengendalian dan penilaian latihan memerlukan

semakan dan penambahbaikan secara sistematik dan berterusan. INSTUN

perlu konsisten meningkatkan mutu pengurusan latihan bagi memastikan

kehendak stakeholder dan pelanggan sentiasa ditepati. Pengurusan latihan

yang cemerlang perlu disokong oleh infrastruktur dan prasarana yang

mantap. Kemudahan latihan perlu sentiasa berkeadaan baik dan sedia untuk

Page 144: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

143  

digunakan. Persekitaran pembelajaran pula perlu kondusif agar dapat

mengekalkan konsentrasi, minat serta semangat berkursus. Pembangunan

dan pengurusan fizikal INSTUN perlu selari dengan kehendak pelanggan dan

seiring dengan arus perubahan semasa.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam menyokong usaha NRE merealisasikan pencapaian matlamat ini,

terdapat 2 Strategi Pelaksanaan seperti berikut:

1) meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap program latihan INSTUN;

dan

2) meningkatkan kepuasan pelanggan / stakeholder terhadap kemudahan

INSTUN

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 1: MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAN

PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF DAN EFISIEN

F2. MATLAMAT UTAMA 2: MEMANTAPKAN FUNGSI, AKTIVITI DAN

KHIDMAT UKUR, PEMETAAN DAN PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL

1. Strategi Pelaksanaan 1

Meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap program latihan INSTUN

a. Latar Belakang

Program latihan adalah intervensi yang berkesan untuk meningkatkan

kemampuan sumber manusia bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.

Walau bagaimanapun, pelaburan dalam latihan tidak akan menghasilkan

Page 145: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

144  

faedah yang optimum sekiranya latihan yang dijalankan tidak selari dengan

keperluan pelanggan.

Oleh itu, perancangan yang teliti dan menyeluruh perlu dilakukan bagi

memastikan program latihan bidang pengurusan tanah, ukur dan pemetaan

serta teknologi maklumat yang berkaitan sentiasa relevan dan menepati

kehendak pelanggan. Untuk mencapai matlamat tersebut, INSTUN perlu

mengurus program latihan secara sistematik dan komprehensif.

b. Matlamat

Memperkasakan perancangan, pengendalian dan pemantauan program

latihan dalam bidang pentadbiran tanah, ukur dan pemetaan serta teknologi

maklumat yang berkaitan selari dengan keperluan dan kehendak pelanggan.

c. Status Masa Kini

Sehingga tahun 2012, jumlah kursus yang dilaksanakan oleh INSTUN adalah

melebihi 130 kursus setahun dengan jumlah peserta melebihi 4,000 peserta

setahun. Setiap program latihan yang dijalankan akan ditambahbaik dari

aspek modul / kurikulum dan pengendalian latihan secara sistematik dan

objektif. Keberkesanan program latihan pula dinilai dengan menggunapakai

Model Penilaian Kirkpatrick yang menilai tahap kepuasan pelanggan, tahap

kefahaman dan impact analysis.

INSTUN turut mengadakan program-program peningkatan kompetensi tenaga

pengajar seperti training for trainers, mentor mentee dan pelbagai lagi

program capacity building. Secara purata, INSTUN telah berjaya

melaksanakan lebih 40 program setahun dari tahun 2008 sehingga kini.

INSTUN turut dibantu dengan peruntukan Institut Latihan Awam (ILA)

daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Page 146: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

145  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:

1) kekurangan kakitangan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam

pengurusan tanah, ukur dan pemetaan mengakibatkan timbulnya

pelbagai isu-isu berkaitan penyampaian perkhidmatan di seluruh

negara. Program latihan yang dirancang perlu dipastikan komprehensif

dan dilaksanakan bagi membantu menyelesaikan cabaran ini.

2) perkembangan semasa dan perubahan Information Communication

Technology (ICT) seperti pengenalan kepada penggunaan aplikasi e-

Tanah, e-Kadaster dan geospatial memerlukan penambahbaikan

berterusan kepada kandungan modul / kurikulum sedia ada.

Penambahbaikan ini perlu dilakukan secara berterusan bagi

memastikan modul yang dibangunkan sentiasa relevan dan menepati

kehendak pelanggan dan keperluan semasa.

3) kompetensi kakitangan Jabatan selaku tenaga pengajar juga

merupakan faktor penting dalam pengurusan latihan yang berkesan.

Isu Pegawai tidak kompeten mengajar serta kehilangan tenaga

pengajar berpengalaman akibat pertukaran tempat kerja menjejaskan

perancangan dan pengurusan latihan INSTUN. Ini menyebabkan

kebergantungan kepada tenaga pengajar luar semakin kritikal.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Pelaksanaan strategi meliputi merancang dan melaksanakan program latihan

mengikut bidang-bidang utama serta kumpulan sasarannya. Tumpuan diberi

kepada impak yang diterima oleh pelanggan semasa dan selepas menyertai

progam latihan di INSTUN. Penilaian yang dijalankan perlu sistematik dan

mencakupi semua aspek dalam perancangan, pengendalian dan penilaian

progam latihan.

Page 147: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

146  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, petunjuk prestasi bagi pengukuran kepuasan

pelanggan adalah seperti berikut:

Jadual 33: Petunjuk Prestasi Untuk Pengukuran Kepuasan Pelanggan

Tahun 2011 2012 2013 2014 2015

Pelaksanaan Kursus

138 142 100% 100% 100%

Skor Penilaian Kefahaman

Kursus

KPI Baru

KPI Baru

85% 86% 87%

Skor Markah Kajian Impak

Kursus

KPI Baru

KPI Baru

85% 86% 87%

Tahap Profesionalisme

Tenaga Pengajar

80% 82% 87% 88% 89%

Pengukuran prestasi dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima

daripada pelanggan, jabatan pelanggan dan stakeholder. Soal selidik dan

kajian akan dilaksanakan dan hasil dapatan soal selidik dan kajian akan

dianalisis sebelum tindakan penambahbaikan akan dirangka dan

dilaksanakan.

g. Pelan Tindakan

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, tindakan-tindakan yang dirancang

adalah seperti berikut:

1) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat INSTUN;

Page 148: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

147  

2) merancang dan melaksanakan program latihan berdasarkan buku

program latihan;

3) melaksanakan penilaian latihan secara komprehensif;

4) membangun / menambahbaik kandungan modul / kurikulum; dan

5) melaksanakan program capacity building secara dalaman / luaran.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Meningkatkan kepuasan pelanggan / stakeholder terhadap kemudahan

INSTUN

a. Latar Belakang

Sesebuah institusi latihan perlu mempunyai infrastruktur dan prasarana yang

lengkap dan berkualiti bagi menyokong program latihan yang komprehensif.

Kemudahan-kemudahan latihan seperti kompleks pembelajaran, penginapan

dan sajian, sukan dan rekreasi serta pelbagai kemudahan-kemudahan lain

akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelanggan.

Pengurusan infrastruktur latihan (menyedia, menaik taraf, dan

menyelenggara) merupakan aspek penting bagi memastikan kemudahan-

kemudahan latihan adalah berkualiti dan membolehkan pelanggan mendapat

faedah yang optimum. Pengurusan infrastruktur perlu dilaksanakan selari

dengan keperluan pelanggan dan disokong oleh peruntukan yang mencukupi.

b. Matlamat

Membangun, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur dan prasarana

INSTUN agar dapat memberi kemudahan latihan yang berkualiti dan

persekitaran pembelajaran yang kondusif selari dengan kehendak pelanggan

dan stakeholder.

Page 149: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

148  

c. Status Masa Kini

INSTUN mula beroperasi di kampus tetap di Behrang Ulu, Perak pada awal

tahun 2002. Penyelenggaraan dan penaiktarafan infrastruktur adalah satu

keperluan memandangkan operasi di kompleks semasa sudah melebihi 10

tahun. Namun kawalan peruntukan yang ketat menyukarkan kerja-kerja

pembangunan, menaik taraf dan penyelenggaraan dijalankan. Aktiviti menaik

taraf sememangnya dilaksanakan dari semasa ke semasa namun

dilaksanakan dalam skala kecil sahaja.

Kemudahan sedia ada di INSTUN masih mampu untuk menampung jumlah

peserta serta mengekalkan tahap kepuasan pelanggan. Walau

bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan yang dikenalpasti memerlukan

pembaikan segera dan penjagaan yang konsisten. Selain itu, nilai tambah

(value added) kepada pengurusan fizikal INSTUN seperti keceriaan juga

kurang diberi penekanan.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:

1) kemudahan latihan memainkan peranan penting dalam penentuan

tahap keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran seterusnya

tahap kepuasan pelanggan. Walau bagaimanapun, keperluan

kemudahan latihan berubah mengikut peredaran zaman. Kos bagi

sebarang projek / aktiviti pembangunan dan naik taraf juga meningkat

seiring dengan peredaran zaman.

2) selain penyediaan infrastruktur dan prasarana berkualiti tinggi, nilai

tambah (value added) seperti keceriaan juga penting bagi mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang kondusif. Setiap kakitangan INSTUN

perlu memikul tanggungjawab menjaga kualiti persekitaran INSTUN

bagi meningkatkan imej INSTUN di mata pelanggan dan stakeholder.

Page 150: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

149  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi pembangunan,

menaik taraf, menyelenggara dan mengekalkan tahap kesediaan kemudahan

untuk digunakan oleh pelanggan. Penilaian kemudahan juga perlu

dilaksanakan dengan sistematik agar tahap sebenar kepuasan pelanggan

dapat ditentukan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, pengukuran dan petunjuk prestasi adalah

seperti berikut:

Jadual 34: Pengukuran dan Petunjuk Prestasi Bagi Tahun 2011-2015

Tahun 2011 2012 2013 2014 2015

Skor Markah Kemudahan

INSTUN

KPI Baru

KPI Baru 80 85 85

Soal selidik dan kajian akan dilakukan untuk menilai tahap kepuasan

pelanggan terhadap kemudahan INSTUN. Kemudahan yang dinilai meliputi

kemudahan akademik, penginapan dan sajian, rekreasi dan sukan serta lain-

lain kemudahan yang memberi high impact kepada pelanggan. Walau

bagaimanapun, usaha penambahbaikan yang akan dijalankan tertakluk

kepada peruntukan yang diterima.

g. Pelan Tindakan

Bagi merealisasikan matlamat tersebut, tindakan-tindakan yang dirancang

adalah seperti berikut:

Page 151: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

150  

1) menaik taraf keselesaan penginapan, bangunan pejabat, kompleks

latihan, kemudahan sukan / riadah, infrastruktur jalan, peralatan dan

ICT;

2) meningkatkan keceriaan landskap INSTUN; dan

3) meningkatkan tahap keselamatan INSTUN.

Page 152: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

151  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

7 GEOSPATIAL MaCGDI

A. LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan antara negara terawal yang telah mengambil inisiatif

membangunkan infrastruktur perkongsian maklumat geospatial. Sehingga

kini, lebih 100 buah negara telah mengambil inisiatif untuk membangunkan

infrastruktur perkongsian maklumat geospatial bagi negara mereka.

Pembangunan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI) pada masa

ini menumpukan kepada usaha menyelaras perkongsian maklumat geospatial

dalam sektor awam. Bagi tujuan ini MaCGDI perlu:

1) menyediakan mekanisme bagi memudahkan penggunaan dan

perkongsian maklumat geospatial di kalangan agensi pembekal data

dan pengguna;

2) menggalakkan penggunaan maklumat geospatial yang lebih meluas di

peringkat negeri dan nasional; dan

3) merangsang dan mempertingkatkan kesedaran terhadap nilai

maklumat geospatial dan teknologi berkaitan.

Antara faedah yang akan dinikmati melalui pelaksanaan MyGDI adalah

seperti berikut:

1) memudahkan capaian pelbagai maklumat geospatial yang amat

diperlukan dalam perancangan dan pembangunan;

2) mengelakkan pertindihan usaha pengumpulan maklumat geospatial

yang akan merugikan kerajaan;

Page 153: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

152  

3) pembangunan maklumat geospatial yang standard bagi memudahkan

perkongsian data khususnya penyeragaman penggunaan kod dan

atribut data berkaitan geospatial dan kod sempadan pentadbiran

tanah;

4) peningkatan penggunaan maklumat geospatial dan penghasilan lebih

banyak produk geospatial tambah nilai; dan

5) perkembangan industri geospatial tempatan yang lebih inovatif dan

penjanaan pendapatan negara daripada sumber berkaitan aktiviti

geospatial.

Pembangunan MyGDI dibahagikan kepada beberapa komponen utama

seperti berikut:

1) Pembangunan Geodata;

2) Pembangunan Standard;

3) Pembangunan Polisi dan Garis Panduan;

4) Pembangunan Infrastruktur Perkongsian;

5) Pembangunan Modal Insan; dan

6) Penyelidikan dan Pembangunan.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 MENGUKUHKAN PENGURUSAN PERKONGSIAN MAKLUMAT

GEOSPATIAL YANG BERKUALITI DAN BERINOVATIF

Page 154: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

153  

C. STATUS MASA KINI

Pada tahun 2012 tahap ketersediaan ialah pada tahap sederhana. Usaha

untuk menyelaraskan maklumat geospatial sedang dilaksanakan antara

pelbagai agensi. Maklumat mengenai ketersediaan data diperolehi dari

penerbitan metadata oleh pihak-pihak yang menyelenggarakan data tersebut.

Sehingga 2012, jumlah metadata yang telah diterbitkan dalam MyGDI

Explorer ialah 2653 metadata.

Tahap penggunaan maklumat geospatial dalam sektor awam termasuk badan

berkanun berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun terdapat

peningkatan yang ketara dari segi pembangunan projek-projek berasaskan

geospatial berdasarkan jumlah agensi yang mendapatkan khidmat nasihat

dari MaCGDI.

Jika dilihat kepada jumlah peratusan penggunaan GIS oleh Jabatan adalah

masih kecil dan berpotensi dipertingkatkan dengan usaha seperti berikut:

1) memperkukuhkan punca kuasa MaCGDI;

2) penghasilan data asas geospatial (fundamental dataset) yang

terselaras, lengkap dan berkualiti;

3) memantapkan kandungan katalog maklumat geospatial Malaysia;

4) membangunkan Pelan Strategik Geospatial Negara yang menetapkan

keperluan dan hala tuju aktiviti geospatial negara;

5) mempertingkatkan tahap perkongsian maklumat geospatial dan

kerjasama antara pembekal data dan pengguna melalui pewujudan

polisi perkongsian yang jelas;

6) menggalakkan penggunaan maklumat geospatial dari pelbagai sumber

yang sedia ada (pembekal data) dan mengelakkan pertindihan usaha

Page 155: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

154  

pengutipan data dalam merancang pembangunan aplikasi GIS yang

lebih khusus dan berkesan mengikut keperluan kementerian dan

sektor;

7) menggalakkan pembangunan pangkalan data bersepadu di peringkat

persekutuan, negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektoral

(contohnya sektor pengurusan sumber asli dan alam sekitar bagi

NRE);

8) memperkukuhkan modal insan dalam bidang GIS di pelbagai peringkat

yang mampu menjana penyelidikan, penerbitan, perundingan dan

perkhidmatan ke tahap yang lebih cemerlang; dan

9) melengkapkan prasarana rangkaian yang mampu menampung

capaian maklumat geospatial secara lebih efisien.

Hasil dari Kajian Impak Program MyGDI (KIPM) yang dijalankan pada tahun

2011, empat (4) strategik teras telah dicadang untuk dilaksanakan bagi

memantapkan pengurusan maklumat geospatial di Malaysia iaitu:

1) Teras Strategik 1: Pemantapan Tadbir Urus;

2) Teras Strategik 2: Pemantapan Pengurusan Maklumat Geospatial

Negara;

3) Teras Strategik 3: Pembudayaan Penggunaan Maklumat Geospatial di

Kalangan Pelbagai Sektor; dan

4) Teras Strategik 4: Pengkomersialan Maklumat Geospatial.

Antara cadangan penting KIPM ialah peranan MaCGDI diperluaskan sebagai

regulator aktiviti geospatial melalui penggubalan Rang Undang-undang

berkaitan, keperluan menghasilkan pelan induk/strategik geospatial

Page 156: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

155  

kebangsaan, dan pemantapan pengurusan pangkalan data melalui

information architecture (IA).

Pemindahan fungsi penyediaan dan penyelenggaraan fundamental dataset

Pusat Maklumat Geospatial (GDC) perlu dilaksanakan secara handholding

dengan agensi pembekal data (APD) supaya kepakaran dapat disalurkan

secara berperingkat dan menepati objektif perkongsian maklumat geospatial.

Dari aspek pengkomersilan, KIPM turut mencadangkan supaya

pelaksanaannya disokong dengan polisi penjualan data yang jelas dan bagi

menjamin kejayaannya dalam jangka masa panjang, satu model bisnes

maklumat geospatial perlu dihasilkan supaya ia dapat dimanfaatkan oleh

semua pihak.

D. ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam memastikan kejayaan

inisiatif perkongsian maklumat geospatial di peringkat nasional dan NRE

adalah seperti berikut:

1) Kekurangan Tenaga Mahir Bidang Maklumat Geospatial

Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengutipan, pemprosesan, penyimpanan

maklumat geospatial serta pembangunan dan penyelenggaraan

aplikasi GIS memerlukan pegawai yang kompeten dalam bidang

geoinformasi. Kekerapan pertukaran pegawai pelbagai skim yang

diberikan tanggungjawab dalam menyelenggara maklumat geospatial

memberi kesan kepada projek yang sedang dilaksanakan. Kemahiran

pegawai yang telah dilatih dalam bidang geospatial amat kritikal dan

sangat diperlukan bagi membantu perkembangan teknologi GIS di

semua peringkat pentadbiran iaitu tempatan, negeri dan persekutuan.

Page 157: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

156  

2) Masalah Institusi

Inisiatif membangunkan projek GIS didapati amat memberangsangkan

di peringkat agensi kerajaan pada masa ini. Walau bagaimanapun

pelaksanaan projek GIS masih sangat bergantung kepada pihak

pembekal dari segi kemahiran. Ini disebabkan kebanyakan agensi

tidak memikirkan pewujudan satu unit khas untuk menyelaras isu-isu

berkaitan seperti keperluan data, pengemaskinian data dan

penyelenggaraan aplikasi. Kejayaan pembangunan aplikasi GIS

sangat bergantung kepada kesediaan data yang lengkap, berkualiti

dan kemas kini.

Ketiadaan satu unit GIS khusus di agensi menyumbang kepada

pembangunan data geospatial dibuat secara berasingan (silo). Tiada

penyelarasan antara jabatan-jabatan, seksyen dan unit dalam

membangunkan satu pangkalan data berpusat mengikut agensi.

3) Perkongsian Data Pelbagai Sumber dan One Stop Centre

Terdapat produk-produk penting yang boleh dijadikan salah satu

sumber data bagi pengemaskinian maklumat geospatial. Di antara data

tersebut ialah pelan as-built bagi kerja-kerja kejuruteraan bagi

pembinaan jalan raya, pengurusan banjir dan pembangunan

bangunan.

Daripada perspektif teknikal, data ini telah disediakan dalam bentuk

digital tanpa pematuhan kepada standard yang ditetapkan. Selain itu,

penyerahan maklumat kepada agensi penyeliaan projek dibuat dalam

bentuk hardcopy. Seterusnya menyebabkan proses pengemaskinian

data akan menjadi rumit kerana perlu melalui banyak aktiviti selain

menjejaskan tahap kejituan data. Oleh itu satu mekanisme perlu

diwujudkan bagi membolehkan semua maklumat seperti pelan as-built

yang menunjukkan perubahan permukaan bumi dikongsi bagi tujuan

Page 158: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

157  

pengemaskinian data geospatial sentiasa dikemaskini ke dalam

pangkalan data GIS masing-masing.

4) Perundangan

Di negara maju khususnya Amerika Syarikat, kesungguhan

pelaksanaan infrastruktur data geospatial dapat dilihat melalui

pengisytiharan dekri President’s Executive Order 12906 pada 11 April

1994 yang menggariskan kepentingan pembangunan infrastruktur

tersebut serta tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada

sebuah badan penyelaras Federal Geographic Data Committee

(FGDC) bagi melaksanakan penyebaran dan perkongsian serta

pembangunan standard data geospatial di negara tersebut. Namun di

Malaysia, pembangunan MyGDI selaku infrastruktur bagi tujuan

perkongsian dan penyebaran maklumat geospatial dikuatkuasakan

melalui surat pekeliling. Justeru, terdapat beberapa halangan seperti

tiada pangkalan data yang bersepadu bagi menghubungkan pelbagai

data yang dikumpul dan disimpan secara berasingan di agensi masing-

masing serta kesukaran untuk memperoleh data digital dan kerjasama

antara agensi kerajaan untuk berkongsi pangkalan data geospatial.

5) Ketersediaan Seamless Fundamental Dataset

Secara umumnya dataset yang seamless, konsisten dan menyeluruh

untuk rujukan kepada pengguna GIS masih belum lengkap

sepenuhnya sama ada di peringkat kebangsaan atau negeri.

Kebanyakan data geospatial sedia ada adalah berasaskan kepada

produk (productbase). Oleh itu, proses pengemaskinian dan

pengurusan fundamental dataset sukar dilakukan dengan lebih efisien.

Selain daripada itu, bagi data geospatial yang tersedia dalam bentuk

berdigit, masih mempunyai masalah teknikal untuk diintegrasi dan

dikongsi. Ia disebabkan oleh aspek-aspek berikut:

Page 159: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

158  

a. penggunaan pelbagai Sistem Rujukan Koordinat (RSO, Cassini,

WGS84);

b. penggunaan skala dan ketepatan data yang berbeza

(1:100,000, 1:50,000, 1:25,000, 1:10,000 dan lain-lain);

c. penyimpanan dalam pelbagai format data (CAD, .tab, .shp, dan

lain-lain);

d. penggunaan kod berbeza (keseragaman kod);

e. Tiada metadata (maklumat mengenai tarikh, kaedah dan lain-

lain maklumat mengenai data yang dikutip);

f. Penggunaan struktur data yang tidak standard – fitur dan atribut;

g. Penggunaan kod warna dan simbol data berbeza;

h. Tiada polisi perkongsian data; dan

i. Tiada harga data digital.

6) Pengemaskinian Data Geospatial

Pada tahun 2004 melalui inisiatif program MyGDI hampir keseluruhan

PBT dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri telah

dibantu untuk mendigitalkan pelan-pelan sedia ada. Inisiatif ini adalah

kesinambungan kepada inisiatif yang telah diambil sejak projek NaLIS

pada tahun 1998 hingga 2003. PBT dan JPBD adalah antara agensi

pembekal data geospatial utama yang dikenal pasti semasa Kajian

Renong pada tahun 1995. Selain pembangunan data, bantuan juga

diberikan kepada pihak negeri dalam mewujudkan satu pusat data

negeri meliputi pembekalan peralatan ICT seperti perkakasan dan

Page 160: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

159  

perisian GIS. Namun, akibat daripada perkara di atas serta ditambah

dengan kekangan peruntukan, menyebabkan sebahagian besar Negeri

dan PBT, terutamanya PBT berskala kecil, tidak dapat melaksanakan

kerja-kerja pengemaskinian terhadap data geospatial yang telah

dibangunkan.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

1) Memantapkan infrastruktur perkongsian maklumat geospatial di

peringkat Kebangsaan, Negeri, Tempatan dan Sektoral iaitu NRE.

2) Menggalakkan dan mempertingkatkan pembangunan serta

penggunaan maklumat dan aplikasi berasaskan geospatial di kalangan

komuniti GIS di Malaysia.

3) Menjana pulangan ekonomi melalui mengkomersialkan dan eksploitasi

maklumat geospatial sedia ada dengan mempertingkatkan penghasilan

produk tambah nilai.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA : MENGUKUHKAN PENGURUSAN MAKLUMAT

GEOSPATIAL YANG BERKUALITI DAN INOVATIF

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memantapkan infrastruktur perkongsian maklumat geospatial di peringkat

Kebangsaan, Negeri, Tempatan dan Sektoral iaitu NRE.

Page 161: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

160  

a. Latar Belakang

Usaha ini adalah bagi menyediakan satu infrastruktur perkongsian dan

penyebaran maklumat geospatial yang mampu menggalak dan menjana

penggunaan maklumat geospatial yang berkesan ke arah mempertingkatkan

sistem penyampaian yang lebih efektif. Seterusnya pertindihan dalam

pengutipan, pemprosesan, penyelenggaraan, penyediaan dan penyebaran

maklumat geospatial oleh pelbagai agensi dapat dielakkan melalui

penyelarasan dan pengurusan yang menyeluruh oleh pihak MaCGDI. Bagi

memantapkan infrastruktur ini, perkara utama yang perlu ditangani adalah

dari aspek komponen utama spatial data infrastructure (SDI) iaitu komponen

data geospatial, teknologi dan prasarana infrastruktur ICT, perkongsian dan

penggunaan, pembangunan polisi dan standard berkaitan geospatial.

b. Matlamat

Menggalakkan perkongsian dan mengurangkan pertindihan usaha dalam

pengumpulan maklumat geospatial melalui penyediaan infrastruktur yang

mantap dan dinamik.

c. Status Masa Kini

Bagi menyediakan data geospatial asas yang terselaras dan berkualiti data

asas geospatial di peringkat nasional dan mengikut negeri telah dibangunkan

pada tahun 2009 hingga 2010. Ini kerana data geospatial asas yang berkualiti

dan terkini adalah penting dalam membuat keputusan yang lebih tepat.

Dianggarkan ketersediaan data geospatial yang dapat diselaras oleh MaCGDI

di peringkat nasional, negeri dan NRE masih pada tahap sederhana. Data

berkualiti, terkini dan boleh dianalisis serta menepati keperluan pihak

pengurusan dalam menangani isu semasa masih sukar diperolehi.

Antara inisiatif yang telah diambil tindakan dalam usaha memantapkan lagi

infrastruktur MyGDI adalah seperti berikut::

Page 162: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

161  

1) kerjasama dalam bidang pembangunan dan pelaksanaan program

MyGDI dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri;

2) membangunkan dokumen rujukan MyGDI Negeri-negeri Jilid 3 iaitu

Standard Operating Procedure (SOP) Pengurusan Data Geospatial

Negeri bagi Negeri Kedah dan Pahang;

3) bekerjasama dengan agensi tunjak dan Agensi Pembekal Data (APD)

dalam menyelaras keperluan data asas geospatial data centre (GDC)

bagi beberapa kategori;

4) kerjasama pembangunan Pangkalan Data Geospatial di Pejabat-

pejabat Tanah (PDGS) untuk penyediaan hak milik sementara dalam

bentuk spatial di empat (4) negeri terlibat dalam projek ini iaitu negeri

Pahang, Perlis, Perak dan Terengganu;

5) menjalankan program latihan/ pembangunan modal insan dalam

bidang GDI, GIS dan geoinformasi kepada pegawai-pegawai dari

agensi sektor awam. Sehingga 2012 seramai lebih 1,000 pegawai

telah diberi latihan asas berkaitan GDI dan teknologi berkaitan GIS;

6) menjalankan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan

(R&D&C) berkaitan penggunaan teknologi baru berkaitan geospatial.

Antara projek yang dijalankan dengan kerjasama agensi adalah

pembangunan prototaip 3D Putrajaya dan pembangunan aplikasi

Crime Mapping bersama PDRM di Pulau Pinang. Pada tahun 2012

satu MoU dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah

ditandatangani dalam bidang R&D&C;

7) sehingga kini lebih kurang empat (4) standard MyGDI telah diterima

pakai dan enam (6) garis panduan melalui surat pekeliling berkaitan

geospatial telah dihasilkan sebagai dokumen rujukan kepada agensi

dalam menjalankan aktiviti berkaitan geospatial. Dokumen Rujukan

Page 163: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

162  

MyGDI Negeri Jilid 1 dan 2 juga telah dihasilkan pada tahun 2012

melibatkan tadbir urus negeri dan infrastruktur ICT MyGDI;

8) pada tahun 2012, skim Jurugeospatial telah diwujudkan bagi

menyediakan tenaga kerja yang bersesuaian dalam bidang

geoinformasi.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan tahap

penggunaan dan perkongsian maklumat geospatial adalah seperti berikut:

1) data geospatial merupakan data yang dinamik dan tidak statik. Data

tersebut sentiasa berubah daripada masa ke masa. Untuk itu MaCGDI

perlu mengkaji kaedah terbaik bagi memastikan data yang telah

dibangunkan sentiasa dikemaskini melalui penghasilan standard

operating procedure (SOP) yang jelas antara agensi-agensi pembekal

data bagi mengelakkan pertindihan;

2) data geospatial yang berkualiti dan terkini merupakan data yang

diperlukan oleh semua pihak yang membangunkan projek GIS. Tanpa

polisi perkongsian yang jelas menyebabkan maklumat yang ada tidak

dapat dikongsi sama ada secara percuma atau berbayar;

3) pada masa ini R&D&C yang dijalankan oleh MaCGDI dilakukan sama

ada secara dalaman atau partial outsourcing disebabkan limitasi

peruntukan kewangan dan kepakaran di MaCGDI. Pada masa ini

masih tiada satu dasar insentif penyelidikan yang dapat menarik minat

penyelidik menjalankan kajian. Kaedah menyumbang untuk

mendapatkan geran penyelidikan menghasilkan produk tambah nilai

yang mempunyai nilai komersial perlu diwujudkan untuk mengatasi

perkara ini. Selain itu program kerjasama sedia ada boleh diperluaskan

dengan melibatkan pihak swasta dan IPT;

Page 164: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

163  

4) kedudukan MaCGDI selaku penyelaras infrastruktur perkongsian data

geospatial (MyGDI) pada masa ini didapati tidak begitu efektif

disebabkan kedudukan MaCGDI yang hanya merupakan satu

bahagian di bawah NRE. Oleh itu peranan MaCGDI perlu

diperkasakan agar penyelarasan aktiviti perkongsian maklumat

geospatial dapat dilakukan dengan lebih berkesan di semua

peringkat;dan

5) di antara faktor yang dikenal pasti menyumbang kepada cabaran

memastikan kemaskinian dan kekinian data yang ada serta berkualiti

adalah ketiadaan atau kekurangan kepakaran di MaCGDI dan agensi-

agensi terlibat. Hal ini ditambah lagi dengan ketiadaan satu pusat atau

unit GIS yang bertanggungjawab menyelaras sebarang aktiviti

berkaitan geospatial di peringkat jabatan. Untuk itu amatlah penting

bagi setiap agensi mewujudkan unit GIS di peringkat agensi dan negeri

masing-masing. MaCGDI perlu memainkan peranan dalam

memperkenalkan keperluan ini serta menyediakan garis panduan dan

framework data kepada agensi yang akan melaksanakan inisiatif ini.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi aspek penghasilan

pelanggan yang berdaya saing dalam industri geospatial. Tumpuan diberikan

dalam usaha mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber maklumat

geospatial yang ada secara lebih terselaras dan bernilai komersial. Secara

lebih jelas, strategi ini melibatkan tumpuan-tumpuan kepada isu-isu berkaitan

dengan kewangan di dalam perkara-perkara berikut:

1) penstrukturan semula urus tadbir MyGDI yang lebih berkesan;

2) pewujudan MaCGDI sebagai satu badan penyelaras geospatial

negara tersendiri;

Page 165: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

164  

3) penghasilan atau peningkatan sumber tenaga manusia harus melalui

latihan dan pengembangan penyelidikan, menyebar luas jaringan dan

hubungan kerjasama dan penempatan industri dalam aspek

pengurusan maklumat geospatial dan penghasilan produk yang

bernilai tinggi; dan

4) penghasilan produk tambah nilai mengikut keperluan pengguna

sasaran dan berdasarkan isu yang ditetapkan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2010-2015, MaCGDI menyasarkan pencapaian seperti berikut:

Jadual 35:

Sasaran Pencapaian MaCGDI 2011 – 2015

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan dokumen polisi/dasar yang dikeluarkan

0 - 1 1 1 1

Peningkatan peratus ketersediaan data asas geospatial (GDC)

45% 65% 70% 85% 90% 95%

Peningkatan peratus ketersediaan data geospatial NRE

60% 65% 70% 75% 80% 85%

Peningkatan penggunaan standard MyGDI

- - 5 5 5 5

Peningkatan penerbitan metadata 1100 2000 2250 2800 3000 3200

g. Pelan Tindakan

Bagi menggiatkan dan meningkatkan infrastruktur perkongsian maklumat

geospatial nasional dan NRE, maka tindakan-tindakan yang dirancang adalah

seperti berikut:

Page 166: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

165  

1) membangunkan Pelan Strategik Geospatial Negara meliputi

perancangan dan cadangan pelaksanaan SDI di semua peringkat

persekutuan, negeri dan tempatan;

2) membangunkan legal framework/ polisi berkaitan pengurusan dan

penyebaran maklumat geospatial;

3) meningkatkan ketersediaan data geospatial yang berkualiti di peringkat

nasional;

4) meningkatkan kandungan katalog metadata sebagai sumber rujukan

maklumat geospatial;

5) memantapkan infrastruktur perkongsian maklumat geospatial melalui

MyGDI;

6) membangun, memantap dan memantau penggunaan dan pelaksanaan

standard;

7) memantapkan R&D&C dalam bidang geospatial; dan

8) menubuhkan Kumpulan Penasihat Teknikal MyGDI yang dianggotai

oleh pakar GIS daripada sektor awam, akademik dan swasta bagi

membekalkan khidmat nasihat berkaitan arah tuju GDI Malaysia.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Menggalakkan dan mempertingkatkan pembangunan serta penggunaan

maklumat dan aplikasi berasaskan geospatial di kalangan komuniti geospatial

di Malaysia.

Page 167: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

166  

a. Latar Belakang

Usaha ini adalah bagi menggalakkan agensi kerajaan menggunakan

maklumat geospatial ke arah mempertingkatkan sistem penyampaian agensi.

Penggunaan maklumat geospatial dan aplikasi GIS akan membantu agensi

dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan

masing-masing.

b. Matlamat

Mempertingkatkan sistem penyampaian agensi dan penjimatan kos

penyediaan data geospatial.

c. Status Masa Kini

Salah satu kesan daripada pelaksanaan projek MyGDI telah menggalakkan

lebih banyak perkongsian data dan penggunaan maklumat geospatial berlaku

di kalangan agensi di pelbagai peringkat.

Sejak penubuhan MaCGDI, pelbagai usaha telah dijalankan ke arah

menggalakkan penggunaan maklumat geospatial khususnya dikalangan

agensi-agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu secara lebih berkesan.

Antara inisiatif berkenaan adalah seperti berikut:

1) menggerakkan sesi latihan dan bengkel menggalakkan agensi untuk

menerbitkan maklumat dan aktiviti geospatial ke dalam katalog

maklumat geospatial Malaysia;

2) membangunkan beberapa aplikasi sektoral sebagai contoh

penggunaan maklumat geospatial dalam membantu pihak pengurusan

dan agensi dalam membuat keputusan. Antara aplikasi yang telah

dibangunkan adalah aplikasi GIS untuk NRE (G4NRE), aplikasi GIS

bersama negeri Kedah, Pahang dan Negeri Sembilan (G4E),

Page 168: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

167  

pembangunan prototaip 3D Putrajaya dan pembangunan aplikasi

Crime Mapping bersama PDRM di Pulau Pinang;

3) memberi khidmat nasihat kepada agensi-agensi yang bercadang

membangunkan projek-projek GIS; dan

4) penghasilan peta analisis mengikut isu seperti peta hazard banjir, peta

Integrated River Basin Management (IRBM) Sungai Muar dan peta

River of Life (ROL) Sg. Kelang bersama Jabatan Pengairan dan

Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Bahagian Sumber Air

dan Sumber Hidrologi (BSASH).

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan penggunaan

dan perkongsian maklumat geospatial adalah seperti berikut:

1) ketersediaan pegawai yang kompeten dalam bidang geospatial;

2) ketersediaan data geospatial yang berkualiti, terkini dan menepati

keperluan pihak pengurusan;

3) ketiadaan organisasi khusus bagi menyelaras semua aktiviti berkaitan

penggunaan, pengemaskinian, penyelenggaraan, perkongsian data

geospatial dan pembangunan aplikasi GIS dan unit GIS di peringkat

agensi terlibat. Akibatnya, pembangunan data geospatial dan aplikasi

GIS dibuat secara berasingan berdasarkan keperluan bahagian/unit

masing-masing; dan

4) komitmen dan sokongan pihak pengurusan agensi dalam pengurusan

maklumat geospatial masih di peringkat sederhana.

Page 169: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

168  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama adalah aspek pembangunan keupayaan yang mengintegrasikan

modal insan berkemahiran serta teknologi seperti berikut:

1) penyediaan Pelan Pembangunan GIS adalah perlu di setiap peringkat

Jabatan, Negeri dan PBT di mana faktor keperluan sumber kewangan

dan modal insan dirancang dan dimohon dalam Belanjawan Mengurus

dan Pembangunan setiap agensi;

2) agensi digalakkan mendapatkan khidmat nasihat dari MaCGDI atau

merujuk kepada inisiatif yang telah dibangunkan di bawah program

MyGDI dalam merancang pembangunan projek berkaitan GIS dan

memastikan ianya tidak bertindih dengan usaha yang telah dijalankan

oleh pihak lain. Pangkalan data yang dibangunkan juga hendaklah

menepati keperluan, polisi dan standard yang telah ditetapkan bagi

memastikan ianya dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh lebih banyak

pihak;

3) aktiviti pengurusan perubahan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan

kesedaran pihak pengurusan dan pengguna sasaran mengenai

kepentingan maklumat geospatial; dan

4) agensi perlu memastikan maklumat geospatial yang dimiliki, disedia

dan dikemaskini menepati standard yang ditetapkan dalam program

MyGDI serta diselenggara metadata setiap kali ianya di kemas kini.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Dari tahun 2010 - 2015, MaCGDI menyasarkan peningkatan bagi ukuran

berikut hasil dari pelaksanaan strategi kedua seperti berikut:

Page 170: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

169  

Jadual 36: Sasaran Pencapaian MaCGDI 2011-2015

UKURAN

2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan projek GIS kerjasama dengan agensi NRE dan luar NRE

29 10 10 5 5 5

Bilangan penghasilan produk pemetaan berasaskan geospatial

- - 9 5 5 5

g. Pelan Tindakan

Bagi menggalakkan dan meningkatkan penggunaan maklumat dan aplikasi

berasaskan geospatial di kalangan komuniti geospatial di Malaysia khususnya

NRE dan agensi-agensi di bawahnya. Beberapa pelan tindakan yang

bersesuaian telah digariskan seperti berikut::

1) merangka Pelan Pengurusan Perubahan dan melaksanakannya bagi

mewujudkan kesedaran akan kepentingan SDI dan maklumat

geospatial khususnya pihak pengurusan di peringkat persekutuan,

negeri dan tempatan;

2) memantapkan portal perkongsian maklumat geospatial (MyGeoportal);

3) meningkatkan pengetahuan dan kesedaran personel sektor awam

dalam bidang geospatial;

4) menubuhkan Pasukan Kerja Khas untuk NRE mengikut teras dan isu

yang diberi keutamaan (isu REDD, perlombongan pasir, sumber air,

sumber marin dan lain-lain);

5) membangunkan kepakaran dalaman MaCGDI yang mampu

berperanan memberi khidmat nasihat dalam hal-hal berkaitan

Page 171: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

170  

pembangunan projek GIS, pembangunan aplikasi dan pengurusan

data geospatial di peringkat agensi; dan

6) menggerakkan kumpulan kerja MyGDI peringkat persekutuan dan

negeri yang memantau dan memberi khidmat nasihat dalam

menggerakkan serta menggalakkan penggunaan dan perkongsian di

peringkat nasional, negeri dan PBT.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Menjana pulangan ekonomi melalui pengkomersialan dan eksploitasi

maklumat geospatial sedia ada dengan mempertingkatkan penghasilan

produk tambah nilai.

a. Latar Belakang

Dalam tempoh dua (2) tahun terakhir RMK-9, fokus MaCGDI untuk

menghasilkan GDC di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan telah

berjaya meningkatkan jumlah ketersediaan data geospatial mengikut standard

MyGDI. Data-data ini merupakan data asas yang diperlukan oleh semua

pihak yang bercadang untuk membangunkan sebarang aktiviti berkaitan

geospatial sama ada membangunkan aplikasi GIS atau membuat analisis

bagi sesuatu isu. Data asas ini diharap dapat digunakan sebagai base map

bagi memudahkan penambahan feature dan atribut secara lebih terselaras

oleh agensi.

b. Matlamat

Menjana ekonomi melalui penghasilan produk geospatial yang telah ditambah

nilai.

c. Status Masa Kini

1) Kebanyakan agensi telah mempunyai data geospatial dalam format

digital. Walau bagaimanapun pihak agensi masih belum jelas dari segi

Page 172: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

171  

polisi perkongsian dan penjualan data khususnya melibatkan pihak

swasta dan individu. Ini menyebabkan data yang ada tidak dapat dijual

dan dimanfaatkan oleh pihak yang memerlukan. Kesukaran untuk

mendapatkan maklumat sumber data geospatial menyebabkan masih

berlaku pertindihan usaha dalam proses penyediaan data geospatial di

agensi;

2) Pembangunan aplikasi Location Based Services telah dimasukkan di

dalam agenda Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bab

13: Communicatons Content and Infrastructure. Jadual pelaksanaan

dan cadangan makmal tersebut telah dikemukakan kepada pihak

pengurusan tertinggi NRE untuk dipertimbangkan; dan

3) Pembangunan modul aplikasi e-commerce MyGDI/MyGDI Exchange

adalah dalam fasa kajian kemungkinan (feasibility study) dengan

menggunakan modul e-commerce e-KL sebagai model perbandingan.

Ini membolehkan MaCGDI menyediakan satu medium perkongsian

data secara percuma dan berbayar bagi agensi dan pengguna.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam mengkomersialkan produk

geospatial bagi menjana pulangan ekonomi adalah seperti berikut:

1) kekurangan kuasa/ mandat MaCGDI untuk menyelaras aktiviti

perkongsian data geospatial di peringkat nasional;

2) ketersediaan data geospatial berkualiti termasuk dari aspek polisi

perkongsian bagi tujuan komersial;

3) ketersediaan harga data bagi produk yang dihasilkan bagi tujuan

komersial; dan

Page 173: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

172  

4) ketersediaan polisi perkongsian data digital yang jelas oleh agensi

pembekal data.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi aspek berikut:

1) penghasilan produk nilai tambah geospatial sama ada data, aplikasi

dan lain-lain yang berkualiti dan bernilai komersial;

2) kerjasama antara MaCGDI dan pihak swasta perlu ditingkatkan dalam

memasarkan produk-produk geospatial yang dibangunkan melalui

kerjasama pembangunan aplikasi sektoral dan pembangunan aplikasi

MyGDI Exchange;

3) usaha perlu digiatkan dalam mengumpul senarai produk-produk yang

boleh dikomersialkan dan produk tambah nilai yang boleh dihasilkan;

dan

4) polisi perkongsian dan penentuan harga data perlu disediakan oleh

setiap agensi pembekal data.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 37:

Pembangunan polisi dan penyelarasan harga data geospatial Bilangan dokumen polisi/dasar yang dikeluarkan

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan dokumen polisi dikeluarkan

0 0 0 0 1 1

Page 174: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

173  

g. Pelan Tindakan

Bagi menjana pulangan ekonomi melalui pengkomersialan produk geospatial,

beberapa pelan tindakan yang bersesuaian digariskan seperti berikut:

1) Menyediakan garis panduan harga dan polisi pengkomersialan data;

2) Menerbitkan data-data asas GDC yang berkualiti sebagai basemap;

3) Melaksanakan kajian pembangunan aplikasi Location Based Services

seperti yang dinyatakan dalam dokumen ETP; dan

4) Membangunkan aplikasi MyGDI Exchange.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 175: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

174  

 

 

 

 

 

TERAS 2

PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN PERHUTANAN

BIDANG UTAMA

ALAM SEKITAR

BIODIVERSITI DAN PERHUTANAN

 

 

Page 176: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

175  

I. LATAR BELAKANG

Malaysia telah mengalami pembangunan yang pesat sejak kemerdekaan.

Oleh kerana negara telah menyasarkan untuk menjadi sebuah negara maju

menjelang tahun 2020 maka penjagaan alam sekitar perlu diberi tumpuan dan

perhatian oleh kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan sentiasa sedar akan

kepentingan untuk mengimbangi pembangunan fizikal, ekonomi,

pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber air negara untuk

kesejahteraan hidup rakyat pada masa akan datang. Selain daripada itu, kos

pemulihan dan kerosakan yang perlu ditanggung adalah jauh lebih tinggi

akibat daripada kemusnahan alam sekitar yang tidak dikawal.

Dasar Alam Sekitar Negara dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan

asas kepada pengurusan alam sekitar di negara kita. JAS menguatkuasakan

Akta Kualiti Alam Sekeliling sementara BPASPI bertanggungjawab ke atas

polisi yang berkaitan dengan alam sekitar dan perubahan iklim.

Memandangkan pengurusan alam sekitar, biodiversiti dan perhutanan

merupakan isu penting kepada kesejahteraan negara, maka pelbagai

program telah dirangka supaya alam sekitar diurus secara lestari. Program

yang dirancang bertujuan untuk meningkatkan kualiti alam biodiversiti dan

perhutanan melalui pemantapan akta sedia ada dan peningkatan kesedaran

di setiap lapisan masyarakat. Bagi melaksanakan projek alam sekitar yang

dapat memberi faedah kepada alam sekitar global secara berkesan, NRE

akan turut mengoptimumkan sumber kewangan antarabangsa. Selain

daripada itu, NRE akan memastikan obligasi-obligasi negara dalam pelbagai

konvensyen alam sekitar antarabangsa dipenuhi bagi memelihara imej baik

negara.

II. MATLAMAT UTAMA

Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan memfokuskan usaha-

usaha ke arah mencapai matlamat-matlamat berikut :

Page 177: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

176  

MATLAMAT UTAMA

1

PENGURANGAN PELEPASAN GAS-GAS RUMAH KACA (GHG)

2

MEMBENTUK INDEKS PRESTASI ALAM SEKITAR (EPI)

MALAYSIA

3

MEMANFAATKAN DANA GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY

(GEF) BAGI FAEDAH ALAM SEKITAR GLOBAL

4

MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI ALAM SEKITAR DAN

PERUBAHAN IKLIM

5

MEMANTAPKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

6

MEMANTAPKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

7

MEMBENTUK RANGKAIAN PENGAWASAN KUALITI ALAM

SEKITAR YANG BERKESAN

8

MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON

9 KAWALAN PENCEMARAN MARIN

Page 178: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

177  

MATLAMAT UTAMA

10

PENGURANGAN PENCEMARAN DARI BAHAN BERBAHAYA

DAN BUANGAN TERJADUAL

11

PENINGKATAN KESEDARAN DAN KOMITMEN ALAM SEKITAR

12

MEMASTIKAN KAWASAN PESISIRAN PANTAI NEGARA

SELAMAT DARI BENCANA TSUNAMI MELALUI PENGEKALAN

DAN PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT

13

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN HUTAN

PAYA GAMBUT

14

MENINGKATKAN USAHA-USAHA BAGI MEWUJUDKAN

RANGKAIAN KORIDOR EKOLOGI BIODIVERSITI

15

MEMPERKUKUHKAN MEKANISME PERUNDANGAN

BERKAITAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN

PERKONGSIAN FAEDAH (ACCESS AND BENEFITS SHARING -

ABS)

16

MEMASTIKAN EKOPELANCONGAN MENYUMBANG

SEKURANG-KURANGNYA 5% DARIPADA KELUARAN DALAM

NEGARA KASAR (KDNK) PELANCONGAN NEGARA PADA 2015

Page 179: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

178  

MATLAMAT UTAMA

17

MENGURUS DAN MENGGUNA SECARA BERKEKALAN

SUMBER-SUMBER BIODIVERSITI (FLORA, FAUNA DAN MARIN)

BAGI MEMASTIKAN OBLIGASI DI PERINGKAT

ANTARABANGSA DIPENUHI

18

MENINGKATKAN KESEDARAN AWAM DAN KEBERKESANAN

SISTEM PENYAMPAIAN BERKAITAN ISU-ISU BIODIVERSITI

19

MENDAPAT DAN MENGEKALKAN PENGIKTIRAFAN

PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MENGIKUT STANDARD

MALAYSIA CRITERIA & INDICATORS - MC&I (NATURAL

FOREST) UNTUK LAPAN (8) FOREST MANAGEMENT UNIT

(FMU)

20

MENINGKATKAN PENJANAAN ILMU, PEWUJUDAN

TEKNOLOGI BARU, PENGHASILAN KEKAYAAN (WEALTH

CREATION), DAN PENGURANGAN PEMBAZIRAN DAN

KEROSAKAN MENERUSI RESEARCH, DEVELOPMENT &

COMMERCIALIZATION (R&D&C) DAN INOVASI

21

MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN KEBERKESANAN

PENGUATKUASAAN

Page 180: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

179  

MATLAMAT UTAMA

22

MENINGKATKAN USAHA-USAHA KONSERVASI SPESIES

HIDUPAN LIAR TERANCAM DAN PEMULIHARAAN HABITAT

23

PENGURUSAN TAMAN LAUT SECARA BERKEKALAN

24

PELAKSANAAN SECARA BERKESAN AKTA BIOKESELAMATAN

2007

III. BIDANG UTAMA

Bidang-bidang utama di bawah Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan

dipertanggungjawabkan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi seperti

berikut:

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

1 ALAM SEKITAR BPASPI

JAS

2 BIODIVERSITI & PERHUTANAN

BPP

JPSM

FRIM

PERHILITAN

JLTM

JBK

Page 181: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

180  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

1 ALAM SEKITAR BPASPI

A. LATAR BELAKANG

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan dalam sistem iklim dunia akibat

penambahan kepekatan Gas Rumah Kaca (GHG) oleh aktiviti manusia yang

menyebabkan lebih banyak haba diperangkap dan seterusnya meningkatkan

suhu bumi.

Tindakan perlu diambil untuk menangani perubahan iklim supaya kehidupan

manusia tidak tergugat dan pembangunan negara tidak terjejas.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

PENGURANGAN PELEPASAN GAS-GAS RUMAH KACA (GHG)

C. STATUS MASA KINI

Persiapan dan tindakan NRE bagi menangani isu pemanasan global dan

perubahan iklim dan impak daripadanya terbahagi kepada dua pendekatan

iaitu mitigasi dan adaptasi. Pendekatan mitigasi adalah langkah-langkah yang

diambil bagi mengurangkan pelepasan GHG seperti karbon dioksida (CO2)

dan metana (CH4) manakala pendekatan adaptasi ialah langkah-langkah

yang diambil bagi mengurangkan kesan pemanasan global dan perubahan

iklim kepada manusia dan alam sekitar.

Page 182: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

181  

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa langkah

mitigasi telah diambil untuk menangani isu perubahan iklim dan akan

diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

D. ISU DAN CABARAN

Isu utama dalam menangani perubahan iklim adalah sifatnya yang cross-

sectoral. Walaupun NRE merupakan focal point kepada isu perubahan iklim,

namun Kementerian ini tidak mempunyai kuasa serta kaedah untuk

menanganinya secara langsung.

Dalam hubungan ini, NRE menggunakan Majlis Teknologi Hijau dan

Perubahan Iklim yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri sebagai

platform utama untuk menangani isu perubahan iklim.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Dalam menyokong usaha NRE merealisasikan pencapaian matlamat ini,

terdapat 2 Strategi Pelaksanaan seperti berikut :

1) Mengenal pasti pengurangan intensiti GHG sebanyak 40% menjelang

2020 melalui aktiviti-aktiviti low hanging fruit; dan

2) Pembentukan long term roadmap bagi mengurangkan pelepasan

GHG.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 1: PENGURANGAN PELEPASAN GAS-GAS RUMAH

KACA (GHG)

1. Strategi Pelaksanaan 1

Page 183: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

182  

Mengenal pasti pengurangan intensiti GHG sebanyak 40% menjelang 2020

melalui aktiviti-aktiviti low hanging fruit.

a. Latar Belakang

Semasa menghadiri Persidangan Ke-15 United Nation Framework

Convention on Climate Change (UNFCCC) di Copenhagen, Denmark, pada

16 hingga 18 Disember 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan

kesanggupan Malaysia untuk mengurangkan pelepasan GHG secara

sukarela berdasarkan intensiti karbon sehingga 40% menjelang tahun 2020

berbanding tahun 2005 sebagai sumbangan negara di peringkat global dalam

menangani isu perubahan iklim tertakluk kepada bantuan kewangan dan

pemindahan teknologi dari negara-negara maju.

b. Matlamat

Mengenal pasti pengurangan intensiti GHG sebanyak 40% menjelang 2020

melalui aktiviti-aktiviti low hanging fruit merupakan inisiatif yang diambil oleh

pihak NRE bagi mengenal pasti aktiviti-aktiviti sukarela yang telah diambil

oleh syarikat-syarikat swasta, agensi-agensi kerajaan dan organisasi-

organisasi dalam mengurangkan pelepasan GHG.

Pencapaian untuk mengelakkan pelepasan GHG menerusi aktiviti-aktiviti

sukarela ini akan dipantau melalui bajet pencapaian indikator pengurangan

pelepasan GHG. Kajian akan dilakukan bagi mengenal pasti kesemua aktiviti-

aktiviti di dalam empat sektor iaitu kecekapan tenaga (EE), tenaga boleh

diperbaharui (RE), pengurusan sisa pepejal (solid waste management) serta

aktiviti penanaman pokok yang berkeupayaan menambah kepada

pencapaian tersebut.

c. Status Masa Kini

Tinjauan NRE mendapati bahawa pengurangan GHG melalui aktiviti-aktiviti

low hanging fruit pada masa kini telah mencapai 28.3 juta tan CO2 (29.47%

Page 184: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

183  

ke arah 40%). Pencapaian ini adalah berdasarkan pecahan seperti 19 juta tan

melalui aktiviti RE, 1.7 juta tan melalui aktiviti EE yang terdiri dari

pengurangan penggunaan tenaga secara sukarela oleh agensi-agensi

kerajaan dan syarikat-syarikat swasta, dan 6.3 juta tan dari pengurusan sisa

pepejal. Sementara itu, 1.3 juta tan pula adalah melalui penanaman pokok.

d. Isu dan Cabaran

Sebagai focal point kepada isu perubahan iklim, NRE mempunyai kepakaran

dan memahami bagaimana sasaran ini perlu dicapai. Komitmen dan

kerjasama semua Jabatan dan Agensi merupakan penentu kejayaan dalam

mencapai sasaran pengurangan pelepasan GHG secara sukarela ini.

Dengan adanya rangkaian (networking) yang baik di antara NRE dan Agensi

serta kesedaran yang semakin meningkat dalam isu perubahan iklim

menyebabkan banyak Kementerian/ Agensi sedang dan akan mengambil

tindakan dalam mengurangkan pelepasan GHG dan kesediaan mereka untuk

melaporkannya kepada NRE.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini melibatkan proses learning

growth di mana data yang telah dikumpul dapat digunakan untuk

penambahbaikan matlamat di masa hadapan. Pada masa ini, aktiviti Feed-in

Tariff (FIT), penggunaan biomass sebagai bahanapi, dan penggunaan

kenderaan hybrid sedang dipantau.

f. Pengukuran dan KPI

Pada tahun 2011 hingga 2015, sasaran peratusan pengurangan intensiti GHG

adalah seperti berikut :

Page 185: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

184  

Jadual 38: Peratus Pengurangan Intensiti GHG

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus (juta tan)

pencapaian

pengurangan GHG

25.26%

(24)

27.37%

(26)

29.47%

(28)

31.58%

(30)

33.68%

(32)

35.79%

(34)

g. Pelan Tindakan

Pada tahun 2011, NRE akan menjalankan aktiviti lain bagi menyokong aktiviti

low hanging fruit seperti di bawah :

1) Sektor pembinaan bangunan hijau;

2) Pengurusan sisa pepejal yang merangkumi kategori seperti kayu,

kertas dan buangan organik;

3) Pelaksanaan Feed-in Tariff (FIT), dan

4) Penggunaan kenderaan hybrid.

Untuk tahun berikutnya, NRE bercadang untuk melaksanakan menjejaki

kategori-kategori aktiviti seperti pengurangan gas metana dalam sektor

pembetungan, sektor pengangkutan, pertanian dan lain-lain.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Pembentukan Peta Laluan Jangka Panjang (long term roadmap) bagi

mengurangkan pelepasan GHG.

Page 186: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

185  

a. Latar Belakang

Isu perubahan iklim merupakan isu yang dipandang serius oleh kerajaan dan

ini diperlihatkan melalui komitmen bagi pengurangan secara sukarela

pelepasan karbon atau GHG sehingga 40% daripada Keluaran Dalam Negara

Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap pada tahun 2005.

Komitmen itu disuarakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib

bin Tun Abdul Razak, ketika berucap pada sesi pleno Persidangan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim (COP15) di

Copenhagen, Denmark tahun lalu.

Berikutan itu, NRE diberi tanggungjawab menyediakan peta laluan (roadmap)

yang komprehensif dan terperinci bagi melaksanakannya. Perkara ini

membabitkan sektor seperti pengangkutan, proses industri, pertanian dan

perhutanan.

Susulan daripada itu, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Disember 2009

telah bersetuju supaya NRE menyediakan blueprint atau roadmap mengenai

pelaksanaan pengurangan secara sukarela tersebut dengan diperjelaskan

agensi-agensi yang bertanggungjawab serta kos yang terlibat.

b. Matlamat

Bagi mengurangkan intensiti GHG sebanyak 40% menjelang 2020, Malaysia

memerlukan satu roadmap yang komprehensif dan melibatkan semua sektor.

Pembentukan roadmap ini akan membantu negara mencapai pembangunan

sosioekonomi yang mapan dan pembangunan secara lestari tanpa

menjejaskan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat selaras dengan Wawasan

2020. Ia akan dijadikan panduan dan rujukan kepada sektor-sektor berkaitan

di samping membantu Kementerian dan Agensi Kerajaan membentuk hala

tuju masing-masing bagi mengurangkan pelepasan GHG di Malaysia.

Page 187: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

186  

Roadmap ini akan mengenal pasti kos bagi pelbagai alternatif dan halangan,

mengenal pasti keutamaan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat

rendah karbon, dan mencadangkan dasar secara khusus dan inisiatif kawal

selia bagi membolehkan usaha mencapai matlamat pembangunan lestari.

c. Status Masa Kini

Dalam menyediakan roadmap yang terperinci seperti yang telah dinyatakan,

pihak NRE pada masa kini sedang menyediakan satu kajian inception bagi

membantu mengenal pasti langkah-langkah lain yang boleh diambil oleh

kerajaan bagi mencapai sasaran pengurangan 40% intensiti karbon.

Maklumat yang diperlukan daripada pelbagai kementerian dan agensi

dikumpul dan dikaji bagi membentuk roadmap terperinci yang menyeluruh

dan merentas sektor.

Roadmap ini telah pun disiapkan pada 24 April 2013. Untuk tindakan

seterusnya pihak NRE akan mengadakan satu bengkel pihak berkepentingan

(stakeholder) bagi memberikan penerangan mengenai roadmap ini. Di

samping itu, pihak NRE juga akan menyediakan kertas pertimbangan

mengenai perkara ini untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Teknologi

Hijau dan Perubahan Iklim.

d. Isu dan Cabaran

Kejayaan penyediaan roadmap ini bergantung kepada bajet yang mencukupi.

Memandangkan pihak NRE akan melantik perunding untuk menjayakan

penyediaan roadmap ini, maka kerjasama pihak perunding adalah penting

dalam menepati jadual kerja seperti yang akan ditetapkan.

Penyediaan roadmap ini memerlukan kerjasama daripada pelbagai agensi

memandangkan sifatnya yang cross-sectoral. Kesediaan dan kualiti data yang

diperolehi akan turut membantu dalam menyediakan satu roadmap yang

komprehensif dan boleh dilaksanakan.

Page 188: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

187  

e. Bidang- Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam merancang dan menyediakan roadmap ini meliputi

perspektif peranan proses dalaman (internal business process) yang memberi

tumpuan kepada peranan kerajaan dalam menterjemah dasar bagi

mengurangkan pelepasan GHG di Malaysia.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, sasaran peratusan pengurangan intensiti

GHG adalah seperti berikut:

Jadual 39: Peratus Penghasilan Long Term Roadmap

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus penghasilan long term

roadmap 66% 80% 100% - -

g. Pelan Tindakan

Dalam menyediakan roadmap, tindakan-tindakan yang telah dilaksanakan

adalah seperti berikut :

1) Menyediakan skop dan terma rujukan (Term Of Reference) (TOR)

kajian;

2) Pelantikan perunding;

3) Mengadakan bengkel stakeholder;

4) Penerbitan inception report; dan

5) Penyediaan roa

Page 189: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

188  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

2 ALAM SEKITAR BPASPI

A. LATAR BELAKANG

Pengukuran prestasi secara kuantitatif (Quantitative Performance

Measurement - QPM) telah terbukti penting di dalam bidang seperti ekonomi,

pengurusan penjagaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya di mana ia

memberi panduan pembentukan polisi yang berkesan melalui indikator-

indikator ukuran di dalam pengukuran prestasi secara kuantitatif. Dalam

bidang alam sekitar, QPM merupakan satu metodologi baharu yang

diperkenalkan untuk membantu pembuat dasar alam sekitar merangka dasar

yang berkesan.

Menyedari hakikat ini, pada tahun 2006, sekumpulan pakar dari Yale

University (Yale Center for Environmental Law and Policy) dan Columbia

University (Center for International Earth Science Information Network)

dengan kerjasama World Economic Forum mengambil inisiatif untuk

membentuk satu instrumen di peringkat global iaitu Environmental

Performance Index (EPI). EPI memberi penilaian yang seimbang di antara

kesihatan alam sekitar (environmental health) dan kebugaran ekosistem

(ecosystem vitality).

Kedudukan Malaysia dalam EPI Global 2006 adalah di tangga ke-9

berbanding 133 buah negara dengan skor 83.3%. Manakala dalam EPI

Global 2008 pula, kedudukan Malaysia adalah di tangga ke-26 dengan skor

84.0% berbanding 149 buah negara pada EPI 2008 dan di tangga ke-54 (skor

65.0) daripada 163 buah negara dalam EPI 2010. Namun begitu, kedudukan

Malaysia meningkat ke tangga 25 (skor 62.5) daripada 132 buah negara

dalam EPI 2012.

Page 190: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

189  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

PELAKSANAAN PROGRAM SERANTA INDEKS PRESTASI ALAM

SEKITAR (EPI) MALAYSIA

C. STATUS MASA KINI

Penggunaan EPI adalah amat penting kerana instrumen ini telah diterima di

peringkat global sebagai penanda aras kelestarian sesebuah negara. Ia dapat

mengukur secara berkesan pencapaian negara berbanding negara lain.

EPI Malaysia telah siap dibangunkan pada tahun 2012 dan kerangka EPI

yang dibentuk ini merangkumi tiga objektif utama iaitu Kesihatan Alam Sekitar

(Environmental Health), Kebugaran Ekosistem (Ecosystem Vitality) dan

Kelestarian Sosioekonomi (Socioeconomic Sustainability).

Berbanding dengan EPI global, Kelestarian Sosioekonomi merupakan objektif

tambahan yang memberikan penekanan kepada Kecekapan Penggunaan

Sumber, Kesedaran dan Perlakuan Alam Sekitar dan Tadbir Urus Alam

Sekitar.

D. ISU DAN CABARAN

Matlamat untuk memperbaiki kedudukan negara dalam EPI Global telah

menjadi satu prioriti NRE dalam tempoh pelaksanaan pelan strategik ini

seiring dengan sasaran RMK-10. Sejajar dengan itu, pembentukan Indeks

Prestasi Alam Sekitar Malaysia (Malaysia Environmental Performance Index -

EPI Malaysia) adalah amat penting dan bergantung pada tahap kualiti data

alam sekitar yang disimpan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Kerangka EPI Malaysia yang telah dibangunkan perlulah diterimapakai oleh

Page 191: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

190  

pihak berkepentingan dan kerajaan negeri secara holistik bagi memastikan

keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat diselaraskan

dengan keperluan pembangunan sosioekonomi negara sebagai negara

membangun.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi memastikan kerangka EPI Malaysia yang telah dibangunkan dapat

diterimapakai oleh pihak berkepentingan, Program Seranta yang berbentuk

penyebaran maklumat dan peningkatan kefahaman terhadap Indeks Prestasi

Alam Sekitar Malaysia akan dijalankan melalui pelaksanaan bengkel dan

perbincangan berkumpulan bersama-sama agensi dan pihak berkepentingan

yang berkaitan.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 2: PELAKSANAAN PROGRAM SERANTA INDEKS

PRESTASI ALAM SEKITAR (EPI) MALAYSIA

1. Strategi Pelaksanaan

Pelaksanaan Program Seranta EPI Malaysia.

a. Latar Belakang

Indeks Prestasi Alam Sekitar Malaysia (EPI Malaysia) merupakan instrumen

untuk menilai pencapaian alam sekitar di setiap negeri di samping

meningkatkan pencapaian Malaysia dalam EPI Global. Indeks ini memberi

penilaian yang seimbang terhadap tiga aspek alam sekitar yang utama iaitu

Kesihatan Alam Sekitaran (Environmental Health), Kebugaran Ekosistem

(Ecosystem Vitality) dan Kelestarian Sosioekonomi (Socioeconomic

Sustainability). EPI membantu memudahkan pembuat dan pelaksana dasar

Page 192: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

191  

memberi fokus kepada aspek-aspek pengurusan alam sekitar yang strategik

kepada sesebuah negara.

Penggunaan EPI sangat penting kerana instrumen ini telah diterima di

peringkat global sebagai penanda aras kelestarian sesebuah negara. Ia dapat

mengukur secara berkesan pencapaian negara berbanding negara lain.

Selain daripada itu, EPI juga bersifat holistik dengan analisis merentasi

pelbagai sektor yang dapat membantu menilai keberkesanan pelaksanaan

dasar dan perbelanjaan kerajaan. Hasil daripada EPI boleh diguna dalam

menetapkan prioriti serta kajian semula dasar dan program yang lemah atau

tidak mencapai matlamat penggubalannya.

Nilai kuantitatif EPI dibentuk berasaskan penilaian terhadap 34 penunjuk

(indicators) yang merangkumi 14 kategori polisi alam sekitar yang penting

seperti berikut:

1) Beban Penyakit Alam Sekitar;

2) Kesan Air Kepada Manusia;

3) Kesan Pencemaran Udara Kepada Manusia;

4) Sisa Buangan;

5) Kesan Pencemaran Udara Kepada Manusia;

6) Kesan Air Kepada Ekosistem;

7) Biodiversity dan Habitat;

8) Hutan dan Kawasan Hijau di Bandar;

9) Perikanan;

Page 193: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

192  

10) Pertanian dan Guna Tanah;

11) Perubahan Iklim;

12) Kecekapan Penggunaan Sumber;

13) Kesedaran & Perlakuan Alam Sekitar; dan

14) Tadbir Urus Alam Sekitar.

b. Matlamat

Penggunaan EPI bermatlamatkan untuk memperkasa aspek pengurusan

alam sekitar dengan memberi gambaran yang jelas tentang ancaman

terhadap persekitaran, magnitud dan trend pencemaran dan penggunaan

sumber semula jadi serta keberkesanan dasar sedia ada.

Justeru, pelaksanaan program seranta EPI Malaysia juga bermatlamat untuk :

1) Memberi kefahaman kepada agensi dan pihak berkepentingan

mengenai kepentingan EPI Malaysia sebagai instrumen untuk menilai

kualiti alam sekitar negara secara holistik selari dengan keperluan

pembangunan sosioekonomi negara;

2) Menerangkan kerangka EPI Malaysia yang telah dibangunkan dari segi

konsep dan metodologi;

3) Membincangkan data-data daripada hasil kajian Pembangunan EPI

Malaysia bersama agensi dan pihak berkepentingan;

4) Mendapatkan data-data terkini dari agensi dan pihak berkepentingan

yang berkaitan; dan

Page 194: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

193  

5) Bertukar-tukar pendapat bersama-sama agensi dan pihak

berkepentingan untuk menambahbaik pelaksanaan EPI Malaysia.

c. Status Masa Kini (strategi)

EPI Malaysia yang mengandungi penilaian terhadap penunjuk-penunjuk

penting alam sekitar negara telah pun dibentuk. Tujuan jangka pendek

pembentukan EPI Malaysia adalah untuk memperkemaskan penunjuk

kelestarian negara dan dalam jangka masa panjang untuk meningkatkan

kedudukan negara dalam EPI Global.

d. Isu dan Cabaran

Isu dan cabaran yang akan dihadapi adalah penerimaan pihak kerajaan

negeri terhadap kerangka EPI Malaysia. Sekiranya terdapat kerajaan negeri

yang tidak bersetuju dengan kerangka ini, maka penilaian hanya dapat

dilaksanakan terhadap negeri-negeri yang bersetuju. Justeru, komitmen dan

kerjasama semua jabatan dan agensi terutamanya kerajaan negeri adalah

penentu kejayaan usaha ini.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama pelaksanaan Program Seranta EPI Malaysia adalah

memberikan kefahaman tentang kerangka EPI yang telah dibentuk ini supaya

ia dapat diterimapakai oleh pihak berkepentingan khususnya kerajaan negeri.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran untuk strategi ini adalah kadar/ peratusan Pelaksanaan Program

Seranta EPI Malaysia bersama pihak berkepentingan. Ini merangkumi

penyediaan input untuk dokemen projek, penganjuran bengkel pertama DOE-

NRE, penganjuran bengkel bersama kerajaan negeri terpilih dan juga

penyediaan laporan akhir.

Page 195: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

194  

Jadual 40: KPI Sasaran Sukuan Tahun

KPI

Sasaran Sukuan Tahun

Pertama Kedua Ketiga Keempat (Sasaran

2013)

Pelaksanaan

EPI Malaysia

bersama pihak

berkepentingan

Menyediakan

input untuk

dokumen

projek (20%)

Bengkel

pertama

DOE-

NRE

(20%)

Bengkel

bersama

Kerajaan

Negeri

terpilih

(25%)

Laporan

Akhir

(35%)

g. Pelan Tindakan

Menyediakan input untuk dokumen projek, penganjuran bengkel pertama

DOE-NRE, penganjuran bengkel bersama kerajaan negeri terpilih dan

menyediakan laporan akhir.

Page 196: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

195  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

3 ALAM SEKITAR BPASPI

A. LATAR BELAKANG

Global Environment Facility (GEF) merupakan organisasi kewangan

antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1991 untuk menyediakan dana

kepada negara-negara membangun dan negara-negara dalam peralihan

ekonomi bertujuan untuk melaksanakan projek-projek yang berkaitan dengan

biodiversiti, perubahan iklim dan kemerosotan tanah bagi menangani isu alam

sekitar secara global. Malaysia merupakan salah satu daripada 182 buah

negara yang telah menjadi ahli GEF semenjak 4 Mei 1994 dan NRE

merupakan operational focal point kepada organisasi ini.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MEMANFAATKAN DANA GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY

(GEF) BAGI FAEDAH ALAM SEKITAR GLOBAL

C. STATUS MASA KINI

Di bawah fasa kelima (2011-2014), Malaysia telah diperuntukkan oleh GEF

sebanyak USD30.31 juta. Peruntukan tersebut bertujuan untuk membiayai

projek-projek bagi tiga bidang utama iaitu biodiversiti (USD14.66 juta),

perubahan iklim (USD14.24 juta) dan kemerosotan tanah (USD1.41 juta).

Dana yang diperuntukkan perlu dibelanjakan mengikut bidang-bidang

keutamaan yang telah ditetapkan oleh GEF. Hanya projek-projek yang

memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan dipertimbangkan.

Page 197: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

196  

D. ISU DAN CABARAN

Isu berkaitan alam sekitar merupakan masalah yang sering dihadapi oleh

negara-negara membangun. Keperluan pembangunan yang seimbang

dengan pemuliharaan alam sekitar merupakan satu cabaran kepada negara

membangun seperti Malaysia. Seiring dengan pembangunan pesat yang

dialami oleh negara, kos dan keperluan untuk melaksanakan projek-projek

yang dapat memberi faedah kepada alam sekitar global juga semakin

meningkat. Sumber kewangan yang terhad menyukarkan negara untuk

memenuhi obligasi-obligasi di bawah konvensyen alam sekitar antarabangsa.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Mengenal pasti projek-projek yang dapat memberi faedah kepada alam

sekitar global.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 3: MEMANFAATKAN DANA GLOBAL

ENVIRONMENT FACILITY (GEF) BAGI FAEDAH ALAM SEKITAR

GLOBAL

1. Strategi Pelaksanaan

Mengenal pasti projek-projek yang dapat memberi faedah kepada alam

sekitar global.

a. Latar Belakang

Malaysia telah menerima dana sebanyak USD 26.50 juta daripada GEF

semasa GEF4 dan bagi GEF5 yang bermula pada tahun 2011, Malaysia telah

diperuntukkan USD 30.31 juta. Sebagai operational focal point kepada dana

ini, NRE perlu menyelaraskan semua permohonan daripada Malaysia bagi

Page 198: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

197  

memastikan permohonan tersebut adalah memenuhi keutamaan negara dan

telah melalui perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan serta

memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh GEF. Sehubungan

dengan itu, adalah amat penting untuk mengadakan sesi konsultasi dengan

semua pihak yang berkepentingan sebelum membangunkan dokumen projek.

Ini adalah untuk memastikan cadangan projek-projek yang dikemukakan

kepada GEF akan mendapat pertimbangan dan kelulusan dana untuk

dilaksanakan.

b. Matlamat

Memanfaatkan dana GEF5 bagi faedah alam sekitar global. Melalui bantuan

kewangan yang diperoleh daripada dana tersebut, projek-projek yang

diluluskan untuk dilaksanakan dijangka akan dapat memberi impak dan

faedah kepada alam sekitar global.

c. Status Masa Kini

Malaysia telah diperuntukkan dana sebanyak 30.31 juta USD oleh GEF bagi

tempoh empat tahun mulai pertengahan tahun 2010 untuk melaksanakan

projek-projek dalam tiga bidang utama iaitu biodiversiti, perubahan iklim dan

kemerosotan tanah. Dana dalam bentuk wang tunai ini akan diluluskan untuk

melaksanakan projek-projek yang dapat memberi impak global kepada alam

sekitar. Semua agensi kerajaan adalah dipelawa untuk mengemukakan

kertas cadangan melalui NRE untuk mendapatkan bantuan kewangan

tersebut.

d. Isu dan Cabaran

Pada masa kini, kos untuk pengurusan alam sekitar semakin meningkat dan

mencabar. Jumlah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan melalui RMK-

10 dan program-program lain adalah tidak mencukupi untuk menampung

keperluan yang semakin meningkat. Agensi kerajaan perlu berusaha untuk

mencari sumber kewangan yang lain terutama sumber atau dana

Page 199: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

198  

antarabangsa. Dana GEF merupakan salah satu sumber kewangan alternatif

yang boleh dieksploitasi bagi membantu agensi-agensi kerajaan dalam

pelaksanaan projek-projek pemuliharaan alam sekitar. Walau bagaimanapun

masih terdapat banyak agensi kerajaan yang tidak begitu mahir dengan

keperluan dalam permohonan dana tersebut disebabkan kerumitan dalam

penyediaan dokumen-dokumen berkaitan. Oleh yang demikian, peranan NRE

sebagai operational focal point kepada GEF amatlah penting dalam

membantu agensi-agensi yang terbabit bagi mendapatkan dana tersebut.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah berkaitan dengan proses

dalaman yang memberi penekanan kepada peningkatan tahap perkhidmatan

melalui pembangunan projek-projek yang dapat memberi impak kepada alam

sekitar global. Ini adalah sejajar dengan matlamat utama dana GEF5. Melalui

penyelarasan dan konsultasi dengan semua stakeholder, projek-projek yang

berpotensi dan memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam tiga bidang

utama iaitu biodiversiti, perubahan iklim dan kemerosotan tanah akan dapat

dikenal pasti. Ini bagi memastikan semua projek yang di cadang untuk

dilaksanakan adalah mengikut keperluan negara dan akan diluluskan oleh

pihak GEF.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran untuk strategi ini adalah peratus (%) kelulusan dana GEF5 untuk

pelaksanaan projek. Proses permohonan kelulusan dana GEF5 untuk

melaksanakan projek mengambil masa yang agak panjang. Bagi projek

berskala besar (full scale project), tempoh masa minima yang diperlukan ialah

selama 12 ke 18 bulan. Sehubungan dengan itu, bagi tahun pertama (2011),

tumpuan akan diberi kepada penyediaan penganjuran bengkel bagi tujuan

mengenal pasti projek-projek dan pembangunan kapasiti bagi agensi-agensi

yang terlibat. Ini diikuti dengan penyediaan Project Identification Forms (PIF)

dan penyediaan dokumen projek yang lengkap. Pada tahun kedua (2012),

dijangkakan sebanyak 40% peruntukan dana GEF5 diluluskan

Page 200: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

199  

memandangkan projek-projek yang dicadangkan akan dikemukakan kepada

pihak GEF5 secara berperingkat. Pada tahun ketiga (2013), dijangkakan

sebanyak 30% dana GEF5 yang diperuntukkan kepada Malaysia akan

diluluskan untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Pada tahun

keempat (2014), dijangkakan sebanyak 30% lagi peruntukan akan dapat

diluluskan.

Jadual 42: Peratus Kelulusan Dana GEF5 Untuk Pelaksanaan Projek

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus kelulusan dana GEF5

untuk pelaksanaan projek - 0 40 30 30 -

g. Pelan Tindakan

1) Mengadakan konsultasi dengan semua stakeholder bagi mengenal

pasti projek-projek yang dapat memberi impak kepada alam sekitar

global supaya dana GEF5 yang diperuntukkan dapat dibelanjakan dan

dimanfaatkan dengan pelaksanaan projek-projek yang diluluskan oleh

GEF;

2) Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal (Technical Working Group -TWG)

dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan (National Steering

Committee -NSC) bagi meneliti dan mempersetujui projek-projek yang

memberi faedah kepada alam sekitar global berdasarkan kepada

keutamaan Negara; dan

3) Memberikan khidmat nasihat mengenai prosedur permohonan dana

GEF.

 

 

 

 

Page 201: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

200  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

4

ALAM SEKITAR

JAS

A. LATAR BELAKANG

Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebuah agensi di bawah NRE telah ditubuhkan

pada September 1975 dan merupakan Agensi Kerajaan yang

bertanggungjawab terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

JAS telah diberi mandat untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974 dan menggubal peraturan-peraturan di bawahnya.

Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Dasar Alam Sekitar

Negara merupakan teras dalam meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan

budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi

kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari.

Bagi merealisasikan hasrat kerajaan, Pelan Strategik ini dirangka bagi

menangani masalah dan isu-isu semasa mengenai pencemaran dan

kemusnahan alam sekitar melalui pelan tindakan dan program-program

jangka pendek dan panjang untuk berdepan dengan pelbagai cabaran akan

datang. JAS juga berperanan sebagai penyebar maklumat, kemahiran dan

idea-idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghayatan

alam sekitar secara berterusan.

Sektor alam sekitar kini telah memasuki era baru yang lebih mencabar dan

memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak. Dengan itu, Pelan

Strategik NRE 2011-2015 yang telah disediakan akan dapat

mempertingkatkan daya usaha, kreativiti dan inovasi seluruh warga NRE

untuk mengoptimumkan mutu dan hasil kerja dalam memenuhi kepercayaan

dan keyakinan stakeholders terhadap NRE. Komitmen yang tinggi daripada

semua pihak terutamanya di kalangan warga NRE amat kritikal untuk

memacu pelaksanaan kesemua tujuh (7) matlamat utama bersama dengan

Page 202: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

201  

42 strategi pelaksanaan yang digariskan dalam Pelan Strategik NRE 2011-

2015. Pelan ini menjadi garis panduan serta inspirasi warga NRE dan

Jabatan / Agensi di bawahnya dalam merancang dan melaksanakan program

serta aktiviti masing-masing dengan berfokuskan kepada indeks indikator

prestasi yang mampu membawa manfaat yang berjangkauan jauh kepada

masyarakat dan negara bagi menjamin pengurusan alam sekitar yang lestari.

B. MATLAMAT

Terdapat tujuh (7) matlamat di bawah bidang utama Penguatkuasaan Akta

Kualiti Alam Sekeliling iaitu:

MATLAMAT UTAMA

1

MEMANTAPKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

2

MEMANTAPKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

3

MEMBENTUK RANGKAIAN PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR YANG BERKESAN

4

MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON

5 KAWALAN PENCEMARAN MARIN

6 PENGURANGAN PENCEMARAN DARI BAHAN BERBAHAYA DAN BUANGAN TERJADUAL

7

PENINGKATAN KESEDARAN DAN KOMITMEN ALAM SEKITAR

Page 203: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

202  

C. STATUS MASA KINI

Program penguatkuasaan dilaksanakan selaras dengan peruntukan di bawah

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan tumpuan diberikan ke atas punca-

punca yang berpotensi mencemarkan alam sekitar. Penguatkuasaan

dilaksanakan bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain terutamanya

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, JAS juga telah mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti

kerja-kerja penguatkuasaan dan pendakwaan di kalangan Pegawai Penyiasat

dan Pegawai Pendakwa supaya tindakan yang lebih tepat dan tegas dapat

diambil kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan-

peraturan yang telah ditetapkan serta meningkatkan pendekatan bagi

pematuhan sepenuhnya Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dan semua

peraturan-peraturan di bawahnya.

D. ISU DAN CABARAN

Pengurusan alam sekitar seperti pengurusan udara, air, marin, sungai dan

lain-lain menghadapi pelbagai cabaran terutamanya dari segi

penguatkuasaan. Ia merupakan satu bidang multi-disiplin yang luas yang

memerlukan pelbagai usaha dan tindakan bersepadu daripada pelbagai pihak

sama ada pihak kerajaan atau pun swasta. Cabaran yang sering dihadapi

oleh pegawai-pegawai alam sekitar pada masa kini adalah disebabkan

peningkatan jenis-jenis risiko pencemaran dan impak alam sekitar yang baru.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi menyokong pelaksanaan matlamat tersebut sebanyak 42 Strategi

Pelaksanaan telah dikenalpasti iaitu:

1) menggubal peraturan baru berkaitan Kawalan Punca Pencemaran

Pepejal Terampai;

Page 204: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

203  

2) menggubal peraturan baru berkaitan juruaudit alam sekitar;

3) menggubal peraturan baru berkaitan Penilaian Kesan Kepada Alam

Sekeliling (EIA);

4) mengkaji semula Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang

Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987;

5) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang

Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 diwartakan;

6) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1974;

7) menggubal draf Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (E-waste Take Back

Scheme / Extended Producer Responsibility)1974;

8) Perintah (Pembayaran SES Buangan) 1974;

9) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974;

10) pematuhan kepada peraturan Buangan Terjadual;

11) penggubalan peraturan baru punca bukan industri;

12) pelaksanaan ‘One NRE Enforcement Team’;

13) pelaksanaan self regulation;

14) meningkatkan pematuhan industri Premis Yang Bukan Ditetapkan

(PYBDT);

15) meningkatkan kompetensi pegawai jabatan;

16) meningkatkan kompetensi personel industri dan jururunding;

Page 205: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

204  

17) meningkatkan amalan industri hijau di kalangan IKS;

18) pemodenan Prosedur dan Budaya Kerja JAS menggunapakai ICT;

19) membudayakan penggunan GIS dalam kerja JAS;

20) meningkatkan bilangan sungai bersih;

21) meningkatkan rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai;

22) melengkapkan inventori punca-punca pencemaran air sungai;

23) meningkatkan stesen pengawasan kualiti air marin;

24) peningkatan rangkaian air bawah tanah;

25) Kualiti udara bersih;

26) standard kualiti bahan api EURO 4M;

27) pencegahan kejadian jerebu melalui pencegahan kebakaran dan

pengurusan tanah gambut yang mudah terbakar;

28) Pelan Pengurusan Penghapusan CFC (HPMP);

29) rancangan kontigensi kebangsaan kawalan tumpahan minyak;

30) meningkatkan kawalan pencemaran marin di perairan Malaysia dan

ZEE;

31) melengkapkan inventori punca-punca pencemaran marin;

32) membentuk peta indeks kawasan sensitif alam sekitar (ESI);

Page 206: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

205  

33) 'Environmentally Sound Management' (ESM) ke atas buangan

terjadual dipantau berdasarkan kepada kadar tahunan;

34) pengurusan data buangan terjadual yang kemas;

35) mengemaskini polisi pengurusan buangan terjadual;

36) pengurusan pengkalan data bahan berbahaya (EHS) yang

komprehensif;

37) pengurusan tanah tercemar;

38) kemudahan pemerolehan kembali e-waste beroperasi memenuhi

standard antarabangsa;

39) melaksanakan pilot project bagi household e-waste collection system;

40) meningkatkan kesedaran pembudayaan alam sekitar di kalangan

masyarakat;

41) mengendalikan dan menguruskan program kesedaran di peringkat

antarabangsa / dua hala / serantau; dan

42) membangun Indeks Kesedaran dan Komitmen Alam Sekitar;

Page 207: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

206  

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 4: MEMANTAPKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974

1. Strategi Pelaksanaan 1

Menggubal peraturan baru berkaitan kawalan punca pencemaran pepejal

terampai.

a. Latar Belakang

Peraturan-peraturan yang sedia ada seperti Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Perindustrian) 2009 hanya mengawal pencemaran daripada punca-punca

kumbahan dan industri sahaja. Justeru, peraturan baru untuk mengawal punca-

punca lain perlu diwujudkan seperti peraturan mengawal pencemaran daripada

aktiviti pembukaan tapak-tapak pembangunan.

Peraturan ini digubal bertujuan untuk mengawal pelepasan pencemar pepejal

terampai daripada aktiviti pembukaan tanah dan kerja-kerja tanah. Pepejal

terampai telah dikenalpasti sebagai pencemar utama yang menyebabkan

kemerosotan kualiti air sungai.

b. Matlamat

Menyediakan satu peraturan baru khusus untuk mengawal pencemaran pepejal

terampai yang berpunca daripada aktiviti pembersihan tapak dan kerja-kerja

tanah.

Page 208: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

207  

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2012 pengawasan yang telah dijalankan ke atas 464 sungai

menunjukkan 278 (59%) dikategorikan sebagai bersih, 161 (34%) sebagai agak

tercemar, manakala 34 (7%) sebagai tercemar. Sebagaimana tahun-tahun

sebelumnya, pepejal terampai merupakan antara penyumbang utama kepada

kemerosotan kualiti sungai. Punca utama pepejal terampai adalah daripada

kerja-kerja tanah dan aktiviti pembersihan tapak yang dilaksanakan tanpa

langkah-langkah kawalan hakisan dan kelodakan yang sempurna.

d. Isu dan Cabaran

Pencemaran sungai bukan sahaja berpunca daripada sumber-sumber yang

dikawal di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) tetapi juga

daripada punca lain seperti aktiviti pembersihan tapak atau penyediaan tapak

pembangunan sama ada bagi tujuan pembangunan perumahan, industri, aktiviti

pertanian dan sebagainya.

Isu kemerosotan kualiti sungai akibat pencemaran pepejal terampai disebabkan

oleh aktiviti pembersihan tapak dan kerja tanah kini menjadi satu isu yang sukar

dibendung disebabkan tiada peraturan khas mengenainya.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah melalui instrumen

perundangan yang mantap serta perspektif penguatkuasaan yang berkesan

terhadap aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pelepasan pencemaran

pepejal terampai.

Page 209: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

208  

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 43: Peratus Penyediaan Peraturan

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Tarikh perwartaan

Penyediaan draf Peraturan

Konsultasi dengan pihak berkepentingan

Semakan dengan PUU dan AGC

Draf Peraturan dimuktamadkan

Peraturan diwartakan

g. Pelan Tindakan

Mengadakan konsultansi dengan pakar berkaitan, agensi-agensi teknikal, dan

pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan input serta maklumbalas

penerimaan terhadap draf peraturan yang disediakan.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Menggubal peraturan baru berkaitan juruaudit alam sekeliling.

a. Latar belakang

Audit alam sekeliling telah mula diperkenalkan dalam undang-undang alam

sekitar Malaysia melalui Seksyen 33A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)

1996. Pelaksanaannya adalah bertujuan membantu meningkatkan tahap

pematuhan kepada undang-undang alam sekitar di samping mengawasi tahap

keberkesanan polisi-polisi alam sekitar yang sedang dilaksanakan. Ianya juga

merupakan salah satu elemen kawalselia kendiri (self regulation).

Bagi maksud ini, audit alam sekeliling telah dibahagikan kepada tiga kategori

iaitu Audit Pematuhan (Compliance Audits), Audit Sistem Pengurusan Alam

Sekitar (EMS Audits) dan Audit Risiko Alam Sekitar (Environmental Risks

Audits). Untuk permulaan, program audit alam sekeliling akan ditumpukan

Page 210: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

209  

kepada audit pematuhan bagi aktiviti-aktiviti atau premis-premis yang telah diberi

lesen atau kelulusan untuk beroperasi.

Program audit alam sekeliling dapat memberi pelbagai faedah kepada

organisasi-organisasi terlibat. Antaranya ia dapat meminimumkan kos melalui

penjimatan sumber, meningkatkan produktiviti, membantu meningkatkan

pematuhan kepada AKAS 1974 serta menaikkan imej organisasi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada peraturan-peraturan yang

khusus merujuk kepada pemakaian Seksyen 33A, AKAS 1974 ini.

b. Matlamat

Membolehkan pelaksanaan program audit alam sekeliling dijalankan secara

mandatori serta dapat meningkatkan status kualti alam sekitar dengan wujudnya

mekanisma semakan pematuhan melalui proses audit alam sekeliling.

c. Status Masa Kini

Pada masa kini program audit alam sekitar dijalankan oleh pihak industri bagi

Sistem Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Systems) secara

sukarela terutamanya bagi syarikat-syarikat multinasional bagi tujuan mendapat

pengiktirafan ISO 14001, yang mana audit ini bukanlah audit pematuhan

terhadap AKAS 1974. Dalam hal ini, keperluan menjalankan audit alam

sekeliling telah dimasukkan sebagai salah satu syarat di dalam syarat-syarat

kelulusan laporan EIA ataupun melalui Notifikasi Bertulis daripada JAS.

Seiring dengan pelaksanaan audit alam sekeliling, satu skim pendaftaran

juruaudit alam sekeliling juga telah diperkenalkan semenjak tahun 2009 bagi

mendaftarkan individu-individu yang layak. JAS juga telah menyediakan modul

latihan serta penilaian bagi memastikan individu-individu yang berdaftar

Page 211: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

210  

mempunyai tahap pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi bagi

memastikan audit alam.

d. Isu dan Cabaran

Kurang komitmen menjalankan audit pematuhan alam sekeliling disebabkan

wujudnya persepsi negatif terhadap pelaksanaan audit alam sekeliling seperti

audit merupakan fault finding exercise yang mendedahkan organisasi kepada

penalti disamping melibatkan pertambahan kos. Selain itu, terdapat juga audit

alam sekeliling yang dijalankan tidak menyeluruh dan tidak mengikut Garis

panduan / Manual Audit Alam Sekeliling, serta juru audit alam sekeliling yang

mengemukakan maklumat yang tidak tepat semasa pelaporan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi keperluan mandatori untuk

menjalankan audit alam sekeliling dan elemen integriti juruaudit alam sekeliling.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 44:

Peratus Penyediaan Peraturan

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

(i) Tarikh

perwartaan

Penyediaan

draf

Peraturan

Konsultansi

dengan pihak

berkepentingan

Semakan

dengan

PUU dan

AGC.

Draf Peraturan

dimuktamadkan.

Peraturan

diwartakan.

Page 212: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

211  

g. Pelan Tindakan

Mengadakan konsultansi dengan pakar berkaitan, agensi-agensi teknikal dan

pihak yang berkepentingan bagi mendapatkan input serta maklumbalas

penerimaan terhadap draf peraturan yang disediakan.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Menggubal Peraturan Baru berkaitan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling

(EIA).

a. Latar Belakang

Aktiviti penguatkuasaan EIA adalah penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS

terhadap projek-projek yang dikategorikan sebagai Aktiviti Yang Ditetapkan di

bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian

Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987. Di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974,

Laporan EIA hendaklah dikemukakan oleh pemaju projek kepada JAS untuk

kelulusan. Laporan EIA ini hendaklah disediakan oleh Jururunding EIA yang

berdaftar dengan JAS. Penguatkuasaan EIA adalah berdasarkan kepada

semakan terhadap pematuhan syarat-syarat kelulusan EIA yang telah

dikeluarkan oleh JAS.

b. Matlamat

Memperkasakan penguatkuasaan EIA dan memastikan pendaftaran bagi

Jururunding EIA dikawalselia di bawah undang-undang dengan penggubalan

Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling)

1974.

Page 213: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

212  

c. Status Masa Kini

Penguatkuasaan EIA dilaksanakan di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974

manakala keperluan Juruperunding EIA untuk berdaftar dengan JAS bagi

menjalankan kajian EIA serta penyelenggaraan senarai Juruperunding EIA

adalah merupakan keperluan undang-undang di bawah pindaan terkini AKAS,

1974 yang berkuatkuasa pada 2 Januari 2013.

d. Isu dan Cabaran

Kes-kes berkaitan penguatkuasaan EIA hanya boleh diambil tindakan

mahkamah sahaja di bawah Seksyen 34A, AKAS 1974 memandangkan tiada

peruntukan undang-undang bagi tindakan yang segera contohnya seperti

kompaun. Ini menyebabkan syarat-syarat kelulusan EIA yang dikeluarkan oleh

JAS tidak diberi perhatian yang serius oleh pemaju projek, kontraktor dan sub

kontraktor terutama dalam aspek pematuhan.

Bagi kesalahan berkenaan Juruperunding EIA contohnya penyediaan Laporan

EIA yang tidak mematuhi garis panduan JAS, tindakan secara pentadbiran

sahaja yang boleh dilaksanakan seperti penggantungan pendaftaran.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi adalah melibatkan penggubalan

peraturan yang membolehkan setiap tindakan yang diambil berkenaan

penguatkuasaan EIA dan Juruperunding EIA adalah bersandarkan undang-

undang.

Page 214: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

213  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 45: Jadual Pelaksanaan Pewartaan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) 1974

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Tarikh perwartaan

Penyediaan draf Peraturan

Konsultansi dengan stakeholders

Penyediaan draf Peraturan

Konsultansi dengan stakeholders

Penyediaan draf Peraturan

Semakan dengan PUU dan AGC

Draf Peraturan dimuktamadkan

Peraturan diwartakan

g. Pelan Tindakan

Mengadakan perbincangan dan rundingan dengan stakeholders seperti Agensi

Kerajaan, pihak swasta dan NGO serta seranta awam bagi mendapatkan input

dan maklumbalas terhadap draf peraturan yang disediakan.

4. Strategi Pelaksanaan 4

Mengkaji semula Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)

(Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987

a. Latar Belakang

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan

Kepada Alam Sekeliling) 1987 mengandungi senarai Aktiviti Yang Ditetapkan

yang memerlukan penyediaan Laporan EIA. Walaubagaimanapun Perintah ini

hendaklah dipinda berdasarkan kepada perkembangan dan keperluan semasa

bagi memastikan ia sentiasa terkini.

Page 215: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

214  

b. Matlamat

Penggubalan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) 1974

berdasarkan kepada pindaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang

Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987.

c. Status Masa Kini

Penyediaan Laporan EIA bagi sesuatu cadangan projek adalah berdasarkan

kepada senarai Aktiviti Yang Ditetapkan dalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling

(Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 yang

membolehkan kajian kesan sesuatu pembangunan kepada kawasan yang

menerima impak serta menggariskan langkah-langkah kawalan yang

bersesuaian.

d. Isu dan Cabaran

Memandangkan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)

(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987 belum dipinda sejak tahun 1987,

maka terdapat keperluan mendesak untuk pindaan ini disebabkan oleh beberapa

perkara seperti berikut :

1) mengelakkan ambiguity;

2) fokus kepada aktiviti yang mempunyai impak yang besar kepada alam

sekitar, pembangunan berskala besar dan pembangunan di Kawasan

Sensitif Alam Sekitar;

3) pertindihan bidang kuasa dengan agensi lain dalam pengurusan alam

sekitar;

Page 216: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

215  

4) sindrom 999 di mana bagi mengelakkan penyediaan Laporan EIA,

terdapat pemaju projek yang telah memecah kecil kawasan

pembangunan;

5) terdapat pelbagai terminologi EIA yang digunakan seperti Detailed EIA,

Preliminary EIA, Makro EIA dan sebagainya yang menimbulkan kekeliruan

kepada semua pihak dan dengan penggubalan perintah baru ini, hanya

satu terminologi yang akan digunakan iaitu EIA; dan

6) kawalan melalui pelan kerja tanah dan Erosion and Sedimentation Control

Plan bagi aktiviti di bukan Kawasan Sensitif Alam Sekitar.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan ini adalah kepada senarai Aktiviti Yang

Ditetapkan serta penetapan prosedur bagi senarai Aktiviti Yang Ditetapkan yang

memerlukan dan tidak memerlukan pameran awam.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 46:

Jadual Pelaksanaan Pewartaan Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) 1974

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Tarikh perwartaan

Pindaan Perintah

Konsultasi dengan stakeholders

Penyediaan draf Perintah

Konsultasi dengan stakeholders

Draf Perintah dimuktamadkan. Semakan dengan PUU dan AGC

Perintah diwartakan

-

Page 217: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

216  

g. Pelan Tindakan

Mengadakan perbincangan dan rundingan dengan stakeholders seperti agensi

kerajaan, pihak swasta dan NGO serta seranta awam bagi mendapatkan input

dan maklumbalas terhadap draf peraturan yang disediakan.

5. Strategi Pelaksanaan 5

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan)

(Buangan Terjadual) 1974 diwartakan.

a. Latar Belakang

Pergerakan dan pengangkutan buangan terjadual dari lokasi premis pengeluar

buangan ke premis penerima buangan yang merupakan Premis Yang Ditetapkan

(PYDT) hendaklah menggunakan kenderaan yang dilesenkan oleh JAS.

Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut buangan hendaklah sesuai dan

dilengkapi dengan peralatan-peralatan dan maklumat berkaitan bagi tujuan

sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti tumpahan, kebakaran dan

sebagainya.

Bagi mempertingkatkan pengawalan kepada aktiviti pengangkutan buangan

terjadual, satu peraturan khusus iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 akan disediakan dan

dikuatkuasakan. Peraturan ini akan terpakai kepada semua kontraktor

pengangkut buangan terjadual dan memperincikan tanggungjawab masing-

masing serta ciri-ciri kenderaan pengangkut bagi tujuan pengenalpastian

kenderaan yang digunakan.

Page 218: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

217  

b. Matlamat

Matlamat penyediaan dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 adalah untuk

mempertingkatkan pengawalan dan penguatkuasaan JAS ke atas lori, kapal dan

lain-lain kenderaan yang digunakan bagi pergerakan, pemindahan atau

pengangkutan buangan terjadual.

c. Status Masa Kini

Draf pertama bagi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang

Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 telah disediakan oleh Bahagian Bahan

Berbahaya, JAS dan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara

melalui Penasihat Undang-Undang JAS pada tahun 2008. Beberapa sesi

perbincangan dengan JPN telah diadakan bagi menambahbaik draf peraturan

tersebut dan draf terakhir telah dikemukakan pada 26 Mac 2013.

d. Isu dan Cabaran

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan)

(Buangan Terjadual) 1974 terpakai kepada semua kontraktor pengangkut

buangan terjadual yang kini telah pun dilesenkan oleh JAS untuk mengangkut

buangan terjadual. Oleh yang demikian, peraturan baru ini hendaklah praktikal

dan mengambil kira pelaksanaan sedia ada bagi mengelakkan berlakunya

kesukaran dari segi penguatkuasaan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini ialah peruntukan undang-undang

dan polisi JAS berkaitan pengurusan buangan terjadual yang telah dilaksanakan

Page 219: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

218  

dan juga pengurusan buangan berbahaya yang telah dilaksanakan / digunapakai

/ dipraktikkan di negara lain sebagai perbandingan dan rujukan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 47:

Perancangan Kerja Pewartaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974

Bil. Strategik Tahun

2012 2013 2014 2015

1. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974

Draf peraturan

Draf peraturan

Draf peraturan

dimuktamad

Peraturan diwartakan

g. Pelan Tindakan

Tindakan susulan yang akan diambil bagi mencapai sasaran untuk

menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang

Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 adalah seperti berikut:

1) mengemaskini draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 selaras dengan

ulasan dari Penasihat Undang-Undang JAS dan / atau Jabatan Peguam

Negara;

2) membuat susulan ke atas status draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 dengan

Jabatan Peguam Negara melalui Penasihat Undang-Undang JAS; dan

3) memberikan penerangan mengenai Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan) (Buangan Terjadual) 1974 kepada

pejabat JAS Negeri dan industri apabila Peraturan tersebut

Page 220: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

219  

dikuatkuasakan melalui seminar, road show, mesyuarat dan sebagainya

bagi tujuan penyebaran maklumat.

6. Strategi Pelaksanaan 6

Pindaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual)

Pindaan 1974.

a. Latar Belakang

Pengurusan buangan terjadual atau juga dikenali sebagai buangan toksik dan

berbahaya di negara ini bermula secara rasminya pada tahun 1989 apabila

peruntukan perundangan iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) 1989 digubal. Penguatkuasaan peraturan ini telah

meletakkan asas yang kukuh bagi Kerajaan untuk menguruskan buangan

terjadual berdasarkan prinsip 'dari buaian ke liang lahad’ (cradle to grave).

Peraturan-Peraturan ini kemudiannya telah dikaji semula dan digantikan dengan

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005

mengambilkira perkembangan dan keperluan semasa mengendalikan sisa

buangan terjadual. Pelbagai garis panduan mengenai pengurusan buangan

terjadual telah juga dibangunkan untuk menyokong perlaksanaan Peraturan-

Peraturan yang sedia ada ini. Kewujudan undang-undang ini telah juga memberi

keyakinan kepada pelabur tempatan dan asing untuk menubuhkan kemudahan

rawatan, pelupusan dan pemerolehan kembali buangan terjadual bagi

menyokong pelaksanaan sistem pengurusan buangan terjadual di Malaysia.

Pada 7 November 1998, pembukaan kemudahan bersepadu pengurusan

buangan terjadual state of the art yang pertama di rantau ini dirasmikan. Ini

merupakan satu penanda aras yang penting dalam usaha untuk menggalakkan

pengurusan alam sekitar yang baik bagi sisa toksik dan berbahaya di Malaysia.

Page 221: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

220  

Malaysia boleh berbangga kerana berada di kalangan negara-negara

membangun yang mempunyai keupayaan mengurus sisa toksik dan buangan

terjadual dengan kemudahan rawatan dan pelupusan yang bersepadu

sepenuhnya. Kemudahan yang hampir sama juga telah diwujudkan di Sarawak

bagi mengendalikan buangan yang dihasilkan oleh industri di Sabah dan

Sarawak iaitu Trinekens (Sarawak) Sdn Bhd.

Pengurusan buangan terjadual telah melalui satu evolusi baru yang telah

mengalih strategi pengurusan buangan terjadual dari berteraskan prinsip ‘dari

buaian ke liang lahad’ kepada ‘dari buaian ke buaian’ (cradle to grave to cradle to

cradle). Pendekatan pencegahan penghasilan buangan, pengurangan dan kitar

semula sisa buangan telah membolehkan pengurusan dan penggunaan bahan

mentah dengan lebih effektif dan menjimatkan penggunaan sumber alam.

Perubahan ini juga telah menuntut supaya JAS sebagai agensi peneraju yang

bertanggungjawab, memastikan pengurusan alam sekitar yang baik ke atas

buangan terjadual melakukan tranformasi di dalam pendekatan yang diambil

agar dapat memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk menggalakkan

buangan terjadual dikurangkan, diguna semula dan diperoleh kembali. Ia juga

sekali gus membantu membangunkan potensi industri pemerolehan kembali

bahan sebagai salah satu daripada sektor ekonomi baru yang berdaya saing dan

boleh menjana sumber pendapatan baru kepada ekonomi Malaysia selaras

dengan pelan transformasi negara.

b. Matlamat

Matlamat penyediaan dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) Pindaan 1974 adalah seperti di bawah:

1) Mengkaji semula perundangan sedia ada bagi menggalakkan lagi aktiviti

kitar semula buangan terjadual di kalangan industri dan pada masa yang

Page 222: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

221  

sama ianya tidak akan menjejaskan kualiti alam sekitar atau

memudaratkan kesihatan awam; dan

2) Menambahbaik peraturan buangan terjadual sedia ada bagi

mempertingkatkan lagi pengurusan buangan terjadual di Malaysia.

c. Status Masa Kini

Draf pertama bagi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) Pindaan 1974 telah disediakan oleh Bahagian Bahan Berbahaya, JAS

berdasarkan beberapa perbincangan dalaman JAS dan ulasan / komen /

maklumbalas dari JAS sendiri dan pihak industri terhadap perundangan sedia

ada iaitu Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) Pindaan

1974 tersebut adalah masih di peringkat pengemaskinian oleh JAS.

d. Isu dan Cabaran

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) Pindaan 1974

disediakan bagi menambah baik peraturan buangan terjadual sedia ada yang

terpakai kepada semua pengeluar buangan terjadual termasuk kontraktor

pengangkut buangan terjadual dan premis yang menjalankan aktiviti

pemerolehan kembali dan pelupusan buangan terjadual. Oleh yang demikian,

peraturan baru ini hendaklah praktikal dan mengambil kira pelaksanaan sedia

ada bagi mengelakkan berlakunya percanggahan dengan polisi yang telah

diamalkan atau kesukaran dari segi penguatkuasaan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini iaiah peruntukan undang-undang

dan polisi JAS berkaitan buangan terjadual yang telah dilaksanakan dan juga

Page 223: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

222  

pengurusan buangan berbahaya yang telah dilaksanakan / digunapakai /

dipraktikkan di negara lain sebagai perbandingan dan rujukan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 48: Strategik Peraturan-Peraturan 2012-2016

Strategik Tahun

2012 2013 2014 2015 2016

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) Pindaan 1974

Draf peraturan

Draf peraturan

Draf peraturan

Draf peraturan

dimuktamad

Peraturan diwartakan

g. Pelan Tindakan (Inisiatif)

Berikut adalah tindakan susulan yang akan diambil bagi mencapai sasaran iaitu

penyediaan dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) (Pindaan) 1974:

1) Mengemaskini draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) (Pindaan) 1974 selaras dengan ulasan / komen / maklumbalas

dari semua pihak termasuk dari JAS sendiri, pihak industri, Penasihat

Undang-Undang JAS, Jabatan Peguam Negara, agensi kerajaan dan lain-

lain pihak;

2) Mengemukakan draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) (Pindaan) 1974 kepada Mesyuarat Majlis Kualiti

Alam Sekeliling untuk kelulusan dasar;

3) Menyediakan explanatory note bagi memperincikan maksud peraturan

agar ianya lebih terperinci dan lebih mudah difahami;

Page 224: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

223  

4) Mengemukakan draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Buangan Terjadual) (Pindaan) 1974 kepada Penasihat Undang-Undang

JAS dan Jabatan Peguam Negara untuk semakan;

5) Membuat susulan ke atas status draf Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) (Pindaan) 1974 dengan Jabatan Peguam

Negara melalui Penasihat Undang-Undang JAS; dan

6) Memberikan penerangan mengenai Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) (Pindaan) 1974 kepada pejabat JAS

Negeri dan industri apabila Peraturan tersebut dikuatkuasakan melalui

seminar, road show, mesyuarat dan sebagainya bagi tujuan penyebaran

maklumat.

7. Strategi Pelaksanaan 7

Menggubal draf Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (E-waste Take Back Scheme /

Extended Producer Responsibility) 1974.

a. Latar Belakang

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah serius dalam memastikan buangan

terjadual daripada e-waste sektor isi rumah diuruskan secara selamat dan

berkesan. Pembuangan e-waste secara tidak terkawal dan tidak diurus dengan

baik boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekitar.

b. Matlamat

Pendekatan yang diambil merangkumi penguatkuasaan undang-undang dan

peraturan termasuk mengawal pengimportan e-waste secara haram,

Page 225: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

224  

penggalakan aktiviti pemerolehan kembali buangan e-waste dan meningkatkan

kesedaran masyarakat.

c. Status Masa Kini

Menyediakan draf peraturan berdasarkan prinsip take back policy khusus untuk

menggalakan semua pengeluar atau pengimport barangan elektrik dan

elektronik mengambil balik barangan elektrik dan elektronik yang telah

luput untuk dikitar semula atau dilupuskan secara selamat.

d. Isu dan Cabaran

Cabaran kepada JAS untuk memastikan e-waste yang terhasil akan dikutip,

dikumpul dan tidak dibuang di tapak pelupusan sampah atau dibuang di

kawasan yang tidak sepatutnya. Ini adalah bertujuan mengelakkan kesan

pencemaran jangka panjang akibat dari kandungan logam-logam berat yang

terkandung di dalam e-waste.

e. Bidang-Bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama adalah dengan menumpukan kepada kaedah dan mekanisma ‘E-

waste Take Back Scheme-Extended Producer Responsibility’ daripada isi rumah

(household).

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2009 hingga 2012, jumlah penjanaan buangan terjadual dari jenis e-

waste yang terhasil daripada industri adalah direkodkan seperti berikut :

Page 226: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

225  

Jadual 49: Jumlah penjanaan e-waste yang dijana dari sektor industri

UKURAN 2009 2010 2012 2013 2014 2015

Jumlah penjanaan e-waste (MT)

134,035.70163,339.80152,722.04161,863.71 100,000.0 90,000.00

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini:

1) Mendraf dan menggubal Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (E-waste Take

Back Scheme / Extended Producer Responsibility (EPR)) 1974. dengan

mengetengahkan penjanaan buangan e-waste dari isi rumah dan prinsip

EPR; dan

2) Menyediakan keperluan bajet yang signifikan bagi penganjuran program

kesedaran alam sekitar khusunya bagi pengurusan buangan terjadual dari

jenis e-waste.

8. Strategi Pelaksanaan 8

Menggubal Perintah (Pembayaran SES Buangan) 1974

a. Latar Belakang

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 telah memasukkan peruntukan di

bawah Seksyen 36A hingga 36E bagi membolehkan pemungutan ses dan

Kumpulan Wang Alam Sekeliling ditubuhkan.

Page 227: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

226  

b. Matlamat

Merangka gerak kerja bagi menubuhkan Kumpulan Wang Alam Sekeliling dan

mewujudkan mekanisma pemungutan ses dan caruman ke atas pengeluar dan

pengendali buangan terjadual dan bahan berbahaya.

c. Status Masa Kini

Suatu draf Surat Ikatan Amanah telah disediakan dan telah dibentangkan di

dalam Mesyuarat Majlis Kualiti Alam Sekeliling. Suatu Draf Perintah di bawah

subseksyen 36A(1) bagi menjalankan penguatkuasaan kutipan ses dari

pengeluar buangan terjadual seperti tersenarai di dalam Jadual Pertama,

Peraturan–Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 telah

disediakan dan akan dimajukan kepada Penasihat Undang-Undang Jabatan bagi

tujuan semakan.

d. Isu dan Cabaran

Memastikan draf Perintah di bawah subseksyen 36A(1) diterima pakai bagi

tujuan penguatkuasaan dalam pengenaan ses kepada pengeluar buangan

terjadual bagi memastikan pengurusan buangan terjadual lebih berkesan selari

dengan pembangunan negara.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam mendraf Perintah (Pembayaran SES Buangan) 1974 ini

meliputi perspektif dan prosedur-prosedur / mesyuarat di peringkat Kementerian.

Page 228: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

227  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 50: Kadar Ses bagi pengeluar buangan terjadual

Kuantiti buangan yang dihasilkan sebulanKadar ses (RM/Tan

Metrik/sebulan)

Lebih daripada 1 tan metrik atau sebahagian daripada suatu tan metrik dan kurang daripada 20 tan metrik ( ≥ 1 tan metrik < 20 tan metrik)

5

Lebih daripada 20 tan metrik (> 20 tan metrik)

10

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi melibatkan penggubalan dan

seterusya menguatkuasakan Perintah ini

9. Strategi Pelaksanaan 9

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974.

a. Latar Belakang

Di Malaysia terdapat banyak kawasan tanah yang terdedah kepada kontaminasi

bahan organik, bukan organik, racun perosak dan logam-logam berat seperti di

bekas tapak pelupusan sampah, bekas tapak industri dan bekas-bekas depo

minyak yang boleh menyebabkan pencemaran air tanah dan seterusnya

mencemari bekalan air awam serta mengganggu kesihatan orang ramai,

sekiranya langkah-langkah awal tidak diambil.

Kawasan tanah yang baik dan tidak tercemar untuk pembangunan semakin lama

semakin berkurangan, terutamanya di kawasan berhampiran dengan bandar.

Page 229: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

228  

Faktor-faktor seperti penambahan penduduk dan kekurangan tanah untuk aktiviti

ekonomi memerlukan tanah yang tercemar dibaikpulih untuk kegunaan

berfaedah yang bersesuaian. Untuk menjamin keselamatan orang ramai dan

mengelakkan kerosakan alam sekitar, adalah perlu untuk mewujudkan suatu

garis panduan dan peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan tanah

tercemar. Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, menyediakan

peruntukan berkaitan kawalan pencemaran tanah-tanih dan standard-standard

tertentu perlu digubal bagi menguatkuasakan peruntukan Seksyen 24 Akta ini.

b. Matlamat

Pembentukan ‘Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar)

1974’ untuk mengawal pencemaran tanah-tanih di bawah peruntukan Seksyen

24, dalam AKAS 1974.

c. Status Masa Kini

Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat sedang dalam tindakan memperincikan draf

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan masalah yang dikenalpasti bagi pembentukan peraturan ini ialah :

1) rangka Kerja Pengurusan Tanah Tercemar di Malaysia diterima oleh

semua stakeholders;

2) penetapkan Acceptable Risk Level:

a. 1:1,000,000 (1:10-6) - dipraktikkan dalam pelaporan Environmental

Impact Assessment (EIA); atau

Page 230: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

229  

b. 1:100,000 (1:10-5) - World Health Organization (WHO) dan Negara

New Zealand.

3) keupayaan makmal menganalisis sebanyak 659 parameter standard

tanah tercemar.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini ialah :

1) pelaksanaan / pemakaian Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling

(Tanah Tercemar) 1974; dan

2) kesedaran pihak yang berkaitan mengenai keperluan pematuhan kepada

peraturan ini dan kepentingan memelihara kualiti tanah yang selamat

untuk diduduki.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974 dijangka

dimuktamadkan dan diwartakan pada tahun 2015.

Jadual 51: Strategik Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 2011-2015

Strategik Tahun

2011 2012 2013 2014 2015

Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974

Draf peraturan

Draf peraturan

Draf peraturan

Draf peraturan

dimuktamad

Peraturan diwartakan

Page 231: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

230  

g. Pelan Tindakan

1) Pewartaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar)

1974; dan

2) Hebahan (roadshow) berkaitan pewartaan Peraturan-Peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 1974.

10. Strategik Pelaksanaan 10

Pematuhan kepada Peraturan Buangan Terjadual.

a. Latar Belakang

Sektor perindustrian, perubatan dan perdagangan menghasilkan pelbagai

buangan termasuk buangan yang dikategorikan sebagai buangan terjadual

dengan merujuk kepada Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Buangan terjadual perlu dikendali dan

dilupuskan dengan cara yang teratur dan sempurna bagi melindungi kesihatan

dan keselamatan awam, hidupan dan kesejahteraan alam sekitar. Buangan

terjadual perlulah diolah atau dilupuskan di kemudahan / premis yang dilesenkan

oleh JAS. Pada tahun 2012, sebanyak 396 kemudahan yang telah dilesenkan

oleh JAS untuk mengolah, merawat dan melupuskan buangan terjadual.

b. Matlamat

Matlamat pematuhan kepada Peraturan Buangan Terjadual ialah untuk

meningkatkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan oleh JAS.

Page 232: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

231  

c. Status Masa Kini

Status pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan

Terjadual) 2005 bagi Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) bagi tahun

2010 sehingga tahun 2012 adalah seperti berikut:

Jadual 52: Peratusan Pematuhan Tahun 2010-2012

TAHUN PERATUS PEMATUHAN (%)

2010 94

2011 92

2012 98.1

Bilangan kemudahan dan premis yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sektiar

untuk tahun 2010 sehingga tahun 2012 adalah seperti Jadual di bawah.

Jadual 53:

Lesen-Lesen Yang Dikeluarkan Bagi Kemudahan Pengolahan dan Pelupusan Buangan Terjadual, 2010 – 2012

BIL KEMUDAHAN 2010 2011 2012

1 Penstoran Luar Tapak - Pengangkutan / Off Site Storage-Transportion

299 343 369

Penstoran Luar Tapak / Off Site Storage 20 34 35

2 Pemerolehan Kembali Luar Tapak / Off Site Recovery

a. Pemerolehan Kembali Luar Tapak bukan e-Waste / Off Site Recovery none e-waste

139 159 164

b. Pemerolehan Kembali Luar Tapak Penuh e-Waste / Full Off Site Recovery e-Waste

20 23 24

c. Pemerolehan Kembali Separa e-Waste / Partial Recovery e-Waste

135 135 135

Page 233: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

232  

d. Isu dan Cabaran

Menggalakkan penggunaan best available technologies (BAT) yang mengambil

kira aspek alam sekitar dan keselamatan di dalam sistem operasi kilang di mana

teknologi yang digunakan hendaklah dapat memenuhi standard pelepasan yang

ditetapkan. Pada masa yang sama, pegawai-pegawai JAS hendaklah mahir

dalam menilai teknologi yang digunakan oleh pihak premis yang ditetapkan

supaya pematuhan oleh premis tersebut dapat dipantau dan seterusnya

dipertingkatkan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini ialah memberi keutamaan

kepada perkara berikut :

1) Peningkatan keberkesanan penguatkuasaan oleh pegawai-pegawai

Jabatan Alam Sekitar bagi premis-premis yang ditetapkan (buangan

terjadual); dan

2) Pengemaskinian perundangan, polisi dan garis panduan berkaitan dengan

pengendalian, perawatan dan pelupusan buangan terjadual sejajar

dengan perkembangan teknologi semasa.

3 Penunu Buangan Terjadual / Schedule Waste Incinerator

41 37 40

4 Pengolahan Di Tanah / Land Treatment Facilities

2 2 2

Pengolahan Luar Tapak / Off Site Treatment Facilities

4 4 4

5 Tapak Pelupusan Selamat / Secured Landfill 5 6 5

Bil. Lesen / No. of License 665 743 778 Bil. Premis / No. of Premises 354 395 396

Page 234: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

233  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2010 hingga 2013, JAS telah mensasarkan peratus pematuhan bagi

Premis Yang Ditetapkan (Buangan Terjadual) seperti yang berikut:

Jadual 54: Sasaran Peratus Pematuhan Premis yang Ditetapkan (Buangan Terjadual)

UKURAN 2010 2011 2012 2013

Peratus Pematuhan 95 93 94 94

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini ialah :

1) memperkenalkan kaedah baru penyiasatan; dan

2) menggunakan sistem penjejakan secara elektronik serta pelaporan

notifikasi dan inventori secara atas talian oleh semua pengeluar buangan

terjadual.

 

F2. MATLAMAT UTAMA 5 : MEMANTAPKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN

11. Strategi Pelaksanaan 11

Penggubalan peraturan baru punca bukan industri.

a. Latar Belakang

Peraturan-peraturan yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Kualiti Alam

Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling

Page 235: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

234  

(Perindustrian) 2009 hanya mengawal pencemaran daripada punca-punca

kumbahan dan industri sahaja. Justeru, peraturan baru perlu digubal untuk

mengawal punca-punca lain seperti dari aktiviti ternakan haiwan. Kawalan

pelepasan dari aktiviti ini memerlukan kerjasama yang erat dari agensi di bawah

NRE dan juga kementerian lain.

b. Matlamat

Menggubal peraturan baru berkaitan pengawalan pelepasan dari punca bukan

industri bagi aktiviti ternakan haiwan.

c. Status Masa Kini

Draf peraturan berkaitan kawalan pelepasan daripada ternakan haiwan telah

disediakan dan akan dibincangkan bersama semua setiausaha kerajaan (SUK)

negeri bagi mendapat persetujuan sebelum peraturan tersebut disemak oleh

Jabatan Peguam Negara.

d. Isu dan Cabaran

Pencemaran sungai adalah isu utama masa kini. Pencemaran ini bukan sahaja

berpunca daripada sumber-sumber yang dikawal di bawah Akta Kualiti Alam

Sekeliling tetapi juga daripada punca lain seperti aktiviti ternakan haiwan. Pada

masa ini tiada had pelepasan atau kawalan yang wujud, menyebabkan aktiviti

tersebut melepaskan pelbagai bahan pencemar ke alur air tanpa pengawalan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi prosedur-prosedur

penguatkuasaan yang berkesan bagi menetapkan had-had dan kaedah kawalan

pelepasan bahan-bahan pencemar demi merealisasikan hasrat Kerajaan untuk

Page 236: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

235  

menjamin kesejahteraan rakyat dan alam sekitar. Sebagai permulaan, satu

peraturan baru dicadangkan bagi mengawal punca pencemaran iaitu pelepasan

daripada ternakan haiwan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 55: Jadual Penyediaan Peraturan

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Peraturan

Berkaitan

Dengan

Kawalan

Pelepasan

Daripada

Ternakan

Haiwan ()

- Penyediaan

Draf

Peraturan

Memuktama

dkan Draf

Peraturan

Dan

Pewartaan

Penguat

kuasaan

(penyediaan

garispandua

n dan

kesedaran

ke atas

Peraturan)

Penguat

kuasaan

g. Pelan Tindakan

Pelaksanaan pelan tindakan untuk strategi ini merangkumi proses penggubalan

dan pewartaan Peraturan ini akan melibatkan konsultasi dengan pihak yang

berkepentingan (stakeholders) termasuk kerajaan negeri dan pihak industri yang

berkenaan.

12. Strategi Pelaksanaan 12

Pelaksanaan ‘One NRE EnforcementTeam’

Page 237: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

236  

a. Latar belakang

Penguatkuasaan akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan secara

bersepadu oleh semua agensi di bawah NRE dengan semangat ‘One NRE

Enforcement Team’. Keupayaan dan keberkesanan juga akan meningkat

menerusi latihan dan perolehan peralatan serta penggunaan teknologi terkini.

b. Matlamat

Memastikan pencemaran dikawal melalui penguatkuasaan bersepadu agensi-

agensi lain di bawah NRE.

c. Status Masa Kini

JAS sedang dalam penyediaaan perwakilan kuasa penguatkuasaan syarat-

syarat kawalan hakisan dan sedimen bagi projek EIA dan pegawai Jabatan

Pengairan dan Saliran di bawah Seksyen 34A - Laporan mengenai kesan

kepada alam sekeliling akibat aktiviti yang ditetapkan.

d. Isu dan Cabaran

Mengkaji semula kaedah penguatkuasaan bagi membolehkan penguatkuasaan

dilaksanakan oleh semua agensi di bawah NRE. Satu mekanisme seperti

penurunan kuasa menyiasat dan mendakwa adalah diperlukan sebelum

penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dilaksanakan oleh

agensi terbabit.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur-

prosedur penguatkuasaan termasuk penguatkuasaan secara bersepadu

Page 238: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

237  

bersama agensi lain serta pembangunan keupayaan pegawai yang terlibat

dalam tugas penguatkuasaan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 56: Peratus Pelaksanaan ‘One NRE Enforcement Team’

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Pelaksanaan

‘One NRE

Enforcement

Team’

Kertas Dasar

Dan Kaedah

Pelaksanaan

Penyediaa

n Kertas

Dasar

Pelaksa

naan

Pelaksa

naan

Pelaksa

naan

Pelaksa

naan

Bilangan

penguatkuasa

an bersepadu

dilaksanakan

- - 4 4 4

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi meningkatkan keupayaan dan keberkesanan

penguatkuasaan melalui kerjasama bersepadu semua agensi di bawah NRE

perlu diwujudkan dengan penyediaan satu kertas dasar oleh BPSM, NRE. Pelan

ini perlu menggariskan bidang kuasa setiap agensi di bawah NRE, penurunan

kuasa kepada agensi dan jenis-jenis penguatkuasaan yang boleh dilaksanakan

bersama, sektor-sektor alam sekeliling yang disasarkan dan Standard Operating

Procedure (SOP) yang diguna pakai. Setiap kakitangan agensi tersebut perlu

diberi latihan kaedah penguatkuasaan seperti kaedah siasatan dan pendakwaan,

perolehan peralatan dan kompetensi penggunaan teknologi terkini.

Page 239: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

238  

13. Strategi Pelaksanaan 13

Pelaksanaan self regulation.

a. Latar Belakang

Bagi mengatasi masalah kewangan dan kekangan kakitangan, pencegahan

pencemaran perlu dibuat melalui swakawal (self regulation). Pencemaran dapat

dikawal melalui penempatan industri mengikut kesesuaian guna tanah sekeliling

serta melaksanakan polisi ‘be selective on type of industry’, mengadakan sistem-

sistem kawalan pelepasan yang sesuai dan kefahaman pihak industri terhadap

kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

b. Matlamat

Meningkatkan kefahaman pihak industri terhadap AKAS 1974 dan pelaksanaan

swakawal demi kesejahteraan rakyat dan alam sekitar.

c. Status Masa Kini

Penguatkuasaan kini dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JAS bagi menentukan

pematuhan terhadap AKAS 1974. Disebabkan bilangan punca yang begitu

banyak berbanding dengan keupayaan JAS, banyak premis-premis yang tidak

dapat dilawat atau frekuensi lawatan pemeriksaan ke premis-premis amat kurang

bagi memastikan pematuhan terhadap AKAS 1974 berkekalan.

d. Isu dan Cabaran

Perkembangan industri yang pesat memerlukan pelaksanaan self regulation oleh

pihak kilang agar pematuhan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan

berkekalan. Peruntukan perundangan bagi melaksanakan self regulation perlu

Page 240: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

239  

dimantapkan untuk memastikan semua premis yang berkaitan melaksanakan

self regulation. Bagi merealisasikan strategi ini, pihak industri perlu didedahkan

kepada kefahaman kehendak perundangan serta langkah-langkah yang perlu

diambil seperti pelaksanaan performance monitoring, melahirkan pekerja-pekerja

yang kompeten bagi mengendalikan peralatan kawalan pelepasan dan

sebagainya.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur-

prosedur penguatkuasaan yang menjurus kepada promosi dan kesanggupan

pihak industri melaksanakan self regulation.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 56: Peratus Industri Yang Menjalankan Self Regulation

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus industri yang menjalankan

self regulation (efluen) (MDMR)

-

24%

(berdas

arkan

12, 132

premis

yang

mengha

silkan

efluen)

75% 80% 85%

Industri yang menjalankan self

regulation (udara) (pemasangan

CEMS di kilang kelapa sawit)

- 94% 100% - -

Page 241: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

240  

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan yang dimaksudkan di sini adalah untuk menggalakkan pihak

industri melaksanakan program swakawal (self regulation). Pelan ini termasuk

menyemak semula bilangan sebenar premis yang melepaskan efluen yang

tertakluk kepada AKAS 1974, menggubal peraturan sedia ada dan memasukkan

peruntukan bagi arahan melaksanakan program-program swakawal dan

pelaporan pematuhan terjadual dan peruntukan mengadakan personel terlatih

serta peralatan pengawasan yang sesuai.

14. Strategi Pelaksanaan 14

Meningkatkan Pematuhan Industri Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT).

a. Latar belakang

Bagi mengatasi masalah kewangan dan kekangan kakitangan, pencegahan

pencemaran perlu dibuat di awal pembangunan sesuatu premis / punca iaitu

ketika memproses permohonan untuk kelulusan. Pencemaran dapat dikawal

melalui penempatan industri mengikut kesesuaian guna tanah sekeliling serta

pemasangan alat kawalan yang bersesuaian.

b. Matlamat

Memastikan pematuhan terhadap standard efluen oleh premis yang bukan

ditetapkan.

c. Status Masa Kini

Penguatkuasaan dijalankan ke atas premis yang bukan ditetapkan terhadap

Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 Peratus

Page 242: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

241  

pematuhan premis yang bukan ditetapkan pada tahun 2011 ialah 93%

berdasarkan kepada premis PYBDT yang telah dilawat.

d. Isu dan Cabaran

Pematuhan PYBDT terhadap AKAS 1974 hanya ditentukan berdasarkan premis

yang dilawat sahaja. Penguatkuasaan dan pemeriksaan dirancang dan

dijalankan berdasarkan keutamaan mengikut kategori premis iaitu sangat

bermasalah dan kedudukannya mengikut lembangan sungai. Ini bertujuan untuk

meningkatkan pematuhan terhadap AKAS dan pelepasan efluen tidak

menyebabkan pencemaran ketara kepada segmen sungai terbabit.

Perkembangan industri yang pesat memerlukan prosedur penguatkuasaan yang

berkesan serta pegawai yang kompeten bagi memastikan premis tersebut

mematuhi standard yang ditetapkan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur

penguatkuasaan yang berkesan serta instrumen perundangan yang mantap.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 57: Peratus Pematuhan PYBDT

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Pematuhan industri PYBDT

terhadap Akta dan

Peraturan-peraturan

93% 94% 94% 96% 97%

Page 243: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

242  

g. Pelan Tindakan

1) Pelaksanaan pelan tindakan untuk strategi ini merangkumi tindakan untuk

mengenal pasti bilangan premis PYBDT yang sebenar wujud dan

mengemas kini maklumat tersebut dalam sistem inventori punca Jabatan;

dan

2) Meningkatkan bilangan lawatan pemeriksaan bagi memastikan semua

premis PYBDT disiasat bagi memastikan pematuhannya terhadap AKAS

1974.

15. Strategi Pelaksanaan 15

Meningkatkan kompetensi pegawai Jabatan.

a. Latar Belakang

Pengurusan Alam Sekitar yang diterajui oleh Jabatan Alam Sekitar adalah

selaras dengan mandat di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan

peraturan-peraturan di bawahnya. Bagi membolehkan JAS melaksanakan

mandat tersebut, JAS perlu membangunkan kompetensi dan kepakaran teknikal

yang sesuai dengan keperluan semasa.

b. Matlamat

Bagi meningkatkan kompetensi dan kepakaran, pegawai-pegawai JAS perlu

dilatih secara berterusan melalui program latihan yang mantap dan memenuhi

keperluan sebenar pegawai berlandaskan jurang kompetensi yang ujud. Perkara

ini dapat dicapai dengan melaksanakan Analisis Keperluan Latihan dan

seterusnya penyediaan Pelan Operasi Latihan yang menyeluruh termasuk

program latihan yang spesifik untuk membangunkan kepakaran.

Page 244: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

243  

c. Status Masa Kini

Pelan Operasi Latihan Tahunan yang telah disediakan perlu ditambahbaik

dengan bidang-bidang baru yang diperlukan seperti pengurusan perubahan

iklim, kaedah baru dalam teknik penguatkuasaan dan pengawasan kualiti alam

sekeliling.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dihadapi bagi strategi ini ialah kurangnya tenaga

pengajar yang terlatih disebabkan pertukaran pegawai yang telah dilatih serta

peruntukan kewangan.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama pembangunan kompetensi dan kepakaran adalah bagi bidang yang

merupakan mandat utama Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan adalah :

1) analisis keperluan latihan (TNA) disediakan secara tahunan;

2) Pelan Operasi Latihan (POL) disediakan berdasarkan POL dan %

pematuhan >90% atau 50 kursus/tahun (1000 orang/ tahun); dan

3) mengadakan program latihan khas untuk mewujudkan kumpulan pakar

dengan bilangan 18 orang setiap tahun.

Page 245: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

244  

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi ini dapat dilaksanakan, tindakan berikut diperlukan :

1) Program latihan direkabentuk berdasarkan jurang kompetensi yang

wujud; dan

2) Mengadakan program pembangunan jurulatih yang berterusan.

16. Strategi Pelaksanaan 16

Meningkatkan kompetensi personel Industri dan Jururunding.

a. Latar Belakang

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 2012 telah memperuntukkan keperluan

untuk Orang Yang Layak dan Orang Yang Berwibawa terlibat dalam

menjalankan kajian, pemantauan berkaitan pencemaran alam sekitar serta

mengoperasi sistem kawalan pencemaran. Program untuk mengiktirafkan

mereka perlu diwujudkan melalui latihan serta peperiksaan yang bersesuaian.

b. Matlamat

Pengiktirafan sebagai Orang Yang Layak dan Orang Yang Berwibawa

dilaksanakan melalui usaha berikut :

1) Mengadakan program latihan khusus termasuk elemen penilaian dan

peperiksaan; dan

2) Program latihan dibangunkan berasaskan penedekatan outcome base

dan behavioural change.

Page 246: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

245  

c. Status Masa Kini

Program latihan yang telah dibangunkan untuk jururunding dan personel Industri

diperluaskan kepada kumpulan sasaran lain seperti kontraktor alam sekitar

dengan bidang-bidang baru berasaskan keperluan di bawah AKAS 1974.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran ialah untuk meningkatkan respon pihak yang terlibat

dalam program pengiktirafan yang telah dibangunkan. Untuk tujuan ini usaha

mendekati kumpulan sasaran perlu dipergiatkan melalui taklimat, lawatan aktiviti

kesedaran dan kaedah komunikasi yang lain.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama pengiktirafan bagi Orang Yang Layak dan Orang Yang Berwibawa

ialah untuk meningkatkan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

(Pindaan 2012).

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Sasaran yang ditetapkan adalah :

1) pengiktirafan ‘Orang Yang Berwibawa’ melalui pelaksanaan 60 kursus

setiap tahun;

2) pengikitrafan ‘Orang Yang Layak’ melalui pelaksanaan 4 kursus

setahun; dan

3) program latihan berupaya melatih 1200 orang kakitangan industri dan

140 orang jururunding setahun.

Page 247: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

246  

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi ini dapat dilaksanakan, tindakan berikut diperlukan :

1) menganjurkan program latihan yang bersesuaian dan sesi hands-on untuk

memastikan tindakan susulan dilaksanakan dengan betul; dan

2) melaksanakan susulan supaya peserta kursus melengkapkan elemen-

elemen yang ditetapkan bagi tujuan pengiktirafan.

17. Strategi Pelaksanaan 17

Meningkatkan amalan industri hijau di kalangan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS)

a. Latar Belakang

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga dikenali sebagai Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi negara kerana jumlah

PKS adalah melebihi 95% daripada jumlah keseluruhan industri di Malaysia.

Selain menjana ekonomi negara, PKS juga dikenalpasti sebagai penyumbang

utama kepada pencemaran alam sekitar di Malaysia. Justeru itu, JAS sebagai

agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memelihara alam sekitar telah

mengambil inisiatif bagi meningkatkan keupayaan Perusahaan Kecil dan

Sederhana (PKS) dalam pengawalan dan pencegahan pencemaran alam

sekitar.

Selain meningkatkan pematuhan PKS terhadap peraturan-peraturan alam

sekitar, JAS akan memberi keutamaan bagi melaksanakan program - program

inisiatif industri hijau ke arah tranformasi PKS kepada status industri hijau

Page 248: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

247  

supaya Malaysia bersedia menghadapi cabaran yang lebih besar seperti green

economy, green procurement, green labeling dan sebagainya.

b. Matlamat

Matlamat utama ialah untuk meningkatkan pematuhan PKS kepada peraturan-

peraturan alam sekitar dan juga mengurangkan penghasilan gas CO2.

Seterusnya, mampu menangani masalah perubahan iklim di Malaysia. Ini adalah

selaras dengan komitmen Malaysia seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana

Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak semasa Persidangan Perubahan

Iklim (COP 15) di Copenhagen pada tahun 2009 bahawa Malaysia telah

menetapkan sasaran mengurangkan emisi karbon dioksida (CO2) kepada 40

peratus menjelang 2020 berbanding pelepasan CO2 pada tahun 2005.

c. Status Masa Kini

Program yang sedang dilaksanakan masa kini meliputi program outreach CP,

projek-projek demonstrasi CP dan bantuan audit CP. Program-program ini

menberi tumpuan kepada pendedahan mengenai kebaikan CP kepada PKS dan

juga sebagai rujukan kepada PKS untuk melaksanakan CP di premis mereka.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh JAS pada tahun 2009 / 2010, sebanyak

61% daripada PKS sedang dan telah melaksanakan CP di Malaysia samada

sebahagian atau sepenuhnya.

d. Isu dan Cabaran

Pada masa ini, masih banyak PKS yang tidak melaksanakan amalan industri

hijau di Malaysia. Antara halangan-halangan yang dikenalpasti ialah kurang

kesedaran mengenai kebaikan amalan industri hijau, kekangan kewangan dan

Page 249: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

248  

bantuan teknikal, serta ketiadaan teknologi terkini di pasaran bagi melaksanakan

amalan tersebut.

Cabaran utama JAS ialah untuk melaksanakan program outreach kesedaran

amalan industri hijau secara meluas dan berkesan. Kekangan dari segi

peruntukan kewangan dan tenaga kerja menjadi faktor utama. Selain itu, kurang

minat PKS dalam menyertai program-program kesedaran yang dianjurkan oleh

JAS seperti bantuan audit CP dan projek demonstrasi juga merupakan cabaran

kepada usaha JAS untuk meningkatkan amalan industri hijau di kalangan PKS.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama ialah memberi kefahaman dan kesedaran mengenai amalan

industri hijau seperti pengeluaran bersih kepada PKS terutama perusahaan kecil

yang mempunyai bilangan pekerja antara 5 hingga 50 orang. (Mengikut definasi

SME Corp Malaysia).

Mereka perlu diberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat untuk melaksanakan amalan

industri hijau melalui program outreach CP, projek-projek demonstrasi CP,

pembentukan garis panduan dan bantuan audit CP. Khidmat nasihat akan

diberikan oleh pegawai-pegawai JAS yang dilatih dalam CP dan juruaudit luar

yang berkelayakan dan berdaftar dengan JAS.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2010 hingga 2015, JAS telah menyasarkan bilangan PKS yang

dilaksanakan audit pengeluaran bersih di bawah strategi ini seperti berikut:

Page 250: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

249  

Jadual 58: Sasaran dan Premis PKS yang dijalankan Audit Pengeluaran Bersih

UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan PKS yang

disasarkan untuk

audit Pengeluaran

Bersih

25 25 10* 15* 15*

Bilangan PKS yang

dijalankan audit

Pengeluaran bersih

36 37 - - -

* Jumlah industri yang akan dijalankan audit adalah kurang berbanding tahun

sebelumnya kerana audit yang akan dijalankan adalah lebih terperinci dan

melibatkan aspek latihan kepada industri mengikut peruntukan yang diperolehi.

g. Pelan Tindakan

Tindakan-tindakan yang sedang dan akan diambil bagi memastikan strategi ini

dapat dilaksanakan ialah:

1) melaksanakan Program Bantuan Audit Pengeluaran Bersih kepada PKS,

2) melaksanakan Program Kompetensi Pengeluaran Bersih kepada

pegawai JAS dan Juruaudit luar, dan

3) melaksanakan Program Promosi dan Sebaran Maklumat Pengeluaran

Bersih kepada semua stakeholder.

Page 251: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

250  

18. Strategi Pelaksanaan 18

Pemodenan Prosedur dan Budaya Kerja JAS Mengguna pakai ICT

a. Latar Belakang

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah diberi tanggungjawab untuk

menyediakan infrastruktur, info-struktur dan perkhidmatan komunikasi dan

teknologi maklumat (ICT) yang menyokong visi, misi dan objektif JAS dan

memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin. BTM juga

menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT bagi memodenkan

prosedur kerja dan budaya kerja JAS serta membentuk personel yang mahir dan

kompeten dalam ICT.

b. Matlamat

Memperkasa penggunaan ICT untuk meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan sistem penyampaian JAS.

c. Status Masa Kini

1) JAS sentiasa dalam usaha menambah baik aplikasi Elektronik Kawalan

Alam Sekitar (E-KAS). E-KAS merupakan teras maklumat yang digunakan

oleh JAS untuk kerja-kerja pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan

Alam Sekitar. Penambahbaikan EKAS adalah berdasarkan keperluan

Jabatan dan prosedur kerja yang selari dengan teras perkhidmatan setiap

Bahagian dalam JAS. Kini terdapat 13 sistem utama dalam pengurusan

Alam Sekitar iaitu:

a. Sistem Elektronik Kawalan Alam Sekitar (EKAS);

Page 252: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

251  

b. Monthly Industrial Effluent Or Mixed Effluent Or Sewage Discharge

Online Monitoring System (MDMR);

c. Electronic Consignment Note (ECN);

d. Online Notification and Registration of Environmentally Hazardous

Substances (EHSNR);

e. Erosion and Sediment Control Online Reporting (ESC);

f. Continuous Emissions Monitoring System (CEMS);

g. Sistem Inventori Gas Rumah Hijau (GHG);

h. Indeks Pencemaran Udara (APIMS);

i. Mobile Enforcement System (MForce);

j. Malaysian Green Industry Database (MGID);

k. Cleaner Production Implementation Tool (CPIT);

l. Pangkalan Data Rakan Alam Sekitar (RAS); dan

m. Sistem Pengurusan Fail (SPF).

2) Perkhidmatan ICT merupakan salah satu medium yang membantu

Jabatan mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui pengiktirafan sijil

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) ISO/ IEC 27001:2005

yang diterima oleh JAS pada 22/02/2013. Sijil berkenaan bertarikh 22 Feb

2013 – 21 Februari 2016 dikeluarkan oleh SIRIM QAS International Sdn.

Page 253: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

252  

Bhd. mengiktiraf bahawa BTM telah mematuhi prosedur keselamatan bagi

pengurusan dan pemantauan pusat data JAS. Pengukuran KPI adalah

berdasarkan pematuhan kepada ISMS yang melayakkan menerima

pengiktirafan berkenaan;

3) Pembangunan Laman Web Rasmi JAS adalah bertujuan untuk membantu

menyalurkan maklumat kepada orang awam, kakitangan JAS dan juga

agensi-agensi lain sama ada kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.

Laman Web Rasmi JAS sentiasa dikemas kini dengan penambahbaikan

yang diperlukan selaras dengan kriteria-kriteria asas portal dengan hasrat

untuk memperoleh penarafan lima (5) bintang. Pengukuran KPI adalah

berdasarkan pematuhan kepada penarafan Portal dan Laman Web

Kerajaan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) dan

International E-Government Assessment oleh Brown University, United

States;

4) Pengurusan maklumat bersepadu penting di dalam memastikan semua

maklumat berkaitan sumber asli dan alam sekitar dapat dikumpulkan

secara berpusat. Kepelbagaian format penyimpanan maklumat yang tidak

selaras di JAS merupakan satu cabaran besar untuk merealisasikan

matlamat tersebut. Ini kerana kehendak pengguna dan stakeholder yang

mahukan maklumat terkini yang tepat pada setiap masa. Bagi menyokong

perkara ini, satu bentuk pengurusan maklumat yang bersepadu perlu

diwujudkan. Perpustakaan Digital JAS sedang disediakan sebagai satu

langkah awal sebagai pusat rujukan dan perkongsian maklumat untuk

warga JAS dan juga orang awam;

5) Pengurusan risiko dan keselamatan maklumat merupakan isu yang sering

menjadi alasan untuk tidak menerima sesuatu perubahan teknologi terkini.

Cabaran ini merupakan elemen terpenting bagi memujuk pelanggan untuk

menerima kebaikan sesuatu teknologi baru. Bagi mengatasi perkara ini,

Page 254: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

253  

satu Dasar Keselamatan ICT (DKICT) JAS telah diwujudkan sebagai

panduan dan rujukan kepada semua untuk menjamin kesinambungan

urusan penyampaian perkhidmatan pelanggan berasaskan teknologi

elektronik dengan meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

DKICT ini akan dikemaskini setiap tahun bagi memastikan ianya sentiasa

relevan untuk dipatuhi; dan

6) Pengurusan pusat data ICT yang bersepadu dan menyeluruh perlu

dilakukan bagi memastikan keupayaan dan keselamatannya adalah pada

tahap yang optimum. Pusat data ini penting kerana ia merupakan tulang

belakang kepada segala urusan penyimpanan maklumat dan data dalam

bentuk maya dan digital. Bagi memastikan data dan pengurusan

maklumat yang sentiasa terjamin maka satu Pusat Pengurusan Bencana

(Data Recovery Centre) akan diwujudkan di Petaling Jaya yang berfungsi

sebagai pusat data sokongan sekiranya sesuatu malapetaka yang tidak

dijangka berlaku kepada pusat data di Putrajaya. Ini juga selaras dengan

keperluan dan pematuhan persijilan ISMS yang telah diperoleh. Ia akan

memastikan segala keperluan sistem sokongan ICT seperti mel elektronik

masih lagi berfungsi dan boleh digunakan walaupun pusat data di

Putrajaya mengalami bencana.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) BTM menghadapi kekurangan tenaga kerja yang terlatih untuk

memberikan perkhidmatan yang berkualiti. Bilangan tenaga kerja tidak

dapat dikekalkan dan semakin berkurangan kerana pertukaran akibat

kenaikan pangkat dan sebagainya. Kekurangan pegawai dan kakitangan

yang berpengalaman dan berkemahiran terutamanya dalam bidang

pembangunan aplikasi dan sokongan teknikal seperti penyelenggaraan

Page 255: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

254  

peralatan ICT perlu diatasi segera supaya pelaksanaan projek ICT tidak

bergantung sepenuhnya kepada tenaga pakar dari luar yang melibatkan

kos yang tinggi;

2) kekangan peruntukan kewangan bagi menganjurkan latihan / bengkel ICT

pada tahun akan datang juga merencatkan keperluan latihan teknikal

yang perlu dihadiri oleh setiap kakitangan teknikal bagi menambahkan

pengetahuan teknikal yang diperlukan selaras dengan peredaran

teknologi semasa. Kekurangan peruntukan ini akan menyebabkan JAS

ketinggalan dalam memperoleh kemahiran dan pengetahuan teknikal

terkini bagi menjalankan tugas harian;

3) terdapat penggunaan peralatan, perisian, aplikasi dan kemudahan ICT

lain yang telah dibekalkan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta

pelaksanaan program-program tidak dapat dilakukan. Ini mungkin berlaku

akibat kurangnya penyelarasan dan pemantauan yang teliti bagi

mengurus keseluruhan kemudahan ICT di JAS. Bagi mengatasi isu ini,

buku Panduan Tadbir Urus ICT telah diwujudkan sebagai rujukan dan

dokumen sokongan pelaksanaan program-program ICT di Jabatan/

Agensi. Ia merupakan satu dokumen yang mengandungi garis panduan

umum berhubung pengurusan ICT yang perlu dipatuhi oleh semua pihak;

4) kemudahan rangkaian luas / Wide Area Network (WAN) bagi JAS pada

RMKe-9 telah diurus dan dipantau oleh BTM. Walau bagaimanapun, BTM

pada RMKe-10 tidak menerima sebarang peruntukan pembangunan bagi

projek menaik taraf dan penambahan talian rangkaian luas kerana telah

dipusatkan dan diuruskan oleh pihak agensi pusat iaitu MAMPU. Dengan

kekangan ini menyebabkan segala urusan perlu melalui MAMPU; dan

5) keperluan dan kehendak pelanggan pada masa ini memerlukan

kemudahan ICT yang pantas dan efisien bagi memenuhi hasrat semua

Page 256: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

255  

pelanggan. Kehendak dan jangkaan pelanggan yang tinggi ini menjadi

cabaran dan tanggungjawab BTM untuk menyediakan kemudahan

elektronik seperti pembangunan dan penambah baikkan aplikasi, mel

elektronik, portal dan perkakasan ICT untuk sentiasa tersedia 24 jam

sehari kepada semua pengguna.

e. Bidang - Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang - bidang tumpuan yang kritikal dalam perkhidmatan ICT di JAS

melibatkan 7 faktor utama iaitu:

1) penggunaan peralatan dan perisian lama yang telah ketinggalan dan tidak

lagi sesuai dengan teknologi semasa memerlukan penyelenggaraan dan

peningkatan dari semasa ke semasa yang melibatkan kos perolehan yang

tinggi;

2) berlaku peningkatan kos dari segi penyelenggaraan dan penyediaan

kemudahan rangkaian dan pusat data yang baru bagi menyokong Jabatan

sekiranya berlaku perpindahan lokasi pejabat seperti pejabat negeri atau

cawangan tanpa dirancang. Pertambahan kos juga dijangka bagi

perolehan peralatan ICT untuk kegunaan pegawai yang tidak dirancang

awal;

3) perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas serta melibatkan kos

boleh memberi impak kepada pelaksanaan ICT dalam Jabatan.

Perpindahan pengetahuan dan teknologi terpaksa dilakukan secara

dalaman sekiranya tiada peruntukan yang mencukupi untuk memastikan

sumber manusia teknikal sentiasa mempunyai pengetahuan dan

keupayaan terkini bagi memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang;

Page 257: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

256  

4) peningkatan dan konsolidasi server, pangkalan data dan aplikasi JAS

perlu dilaksanakan secara berterusan. Ini memandangkan pertambahan

aplikasi-aplikasi baru yang semakin diperlukan oleh Jabatan bagi

memudahkan pengurusan kerja-kerja. Penyelenggaraan dan pembaikan

sistem sokongan pengurusan pejabat termasuk pembaikan akibat

masalah pepijat, virus komputer dan pembaikan fungsi-fungsi atas

keperluan pengguna secara berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan

sistem berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan Jabatan;

5) pelaksanaan pembangunan dan penambahbaikan aplikasi- aplikasi dalam

JAS yang dimohon oleh Bahagian-Bahagian atau pengguna tanpa

perancangan awal dan kos boleh memberi impak kepada pelaksanaan

ICT dalam Jabatan. Malah pembangunan dan penambahbaikan aplikasi

juga perlu diselarikan dengan Akta Alam Sekeliling agar aplikasi tersebut

dapat digunakan secara sepenuhnya dan dikuatkuasakan

penggunaannya tanpa dipertikaikan oleh pelbagai pihak;

6) tahap keselamatan ICT juga merupakan tumpuan yang kritikal dalam

pengurusan ICT JAS. Perancangan dan pelaksanaan tahap keselamatan

ICT memerlukan peruntukan kos yang terancang bagi kerja-kerja

pemantau dan pemeriksaan tahap keselamatan sistem-sistem dan server-

server Jabatan agar terjamin selamat daripada serangan siber. Selain itu

juga ianya perlu memenuhi aspek keselamatan yang digariskan dalam

Security Posture Assessment (SPA) yang perlu dilaksanakan setiap

tahun; dan

7) keperluan dan permintaan penggunaan perkakasan berteknologi seperti

peralatan mudah alih geografi (GIS) untuk pemantauan dan

penguatkuasaan alam sekitar yang berdasarkan lokasi titik panas serta

penggunaan komputer tablet / palm yang lebih dikenali sebagai Mobile

Enforcement untuk kerja-kerja penguatkuasaan adalah amat diperlukan

Page 258: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

257  

serta memerlukan kos yang tinggi bagi perolehan perkakasan. Tanpa

penggunaan perkakasan ini maka pelaksanaan pemantauan dan

penguatkuasaan Alam Sekitar akan sukar dilakukan serta melambatkan

kerja-kerja di lapangan.

f. Pengukuran dan Petunjuk - Petunjuk Prestasi

Jadual 59: Pengukuran dan petunjuk – petunjuk prestasi bagi strategik pelaksanaan ini adalah

berdasarkan bilangan yang ditetapkan seperti dijadualkan berikut:

Sasaran Sebenar Sasaran Sebenar Sasaran

Bil. Ukuran 2011 2011 2012 2012 2013 2014 2015

1 Bil. Pejabat

JAS

dilengkapi

peralatan

Mobile

Enforcement

System

- - - - 5

Pejabat

5

Pejabat

5

Pejabat

2 Bil. peralatan

ICT yang

dibekalkan.

90

komputer

88

komputer

180

komputer

180

komputer

40

komputer

60

komputer

80

komputer

20

laptop

20

laptop

95

laptop

95

laptop

43

laptop

30

laptop

40

laptop

40

pencetak

40

pencetak

114

pencetak

114

pencetak

28

pencetak

25

pencetak

50

pencetak

3 Bil. premis

menukar

penggunaan

modem dial-

up kepada

- - - - 5 premis 5 premis 5 premis

Page 259: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

258  

penggunaan

Internet dalam

CEMS

4 Bil. kursus /

latihan /

bengkel ICT

8 kursus 8 kursus 8 kursus 8 kursus 9 kursus 9 kursus 9 kursus

5 Bil. Sistem

baru /

penambahbai

kkan

- - - - 10 sistem 10 sistem 10

sistem

6 Bil.

peningkatan

dan

konsolidasi

server-server

aplikasi

- - - - 1

peningkat

-an

- -

7 Bil.

pembaharuan

lesen ICT

- - - - 251 lesen 1700

lesen

1700

lesen

8 Bil. audit

pemantauan

keselamatan

ICT

- - - - 1 audit 2 audit 2 audit

Page 260: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

259  

g. Pelan Tindakan

Berikut adalah (8) inisiatif bagi melancarkan pelaksanaan strategik tersebut:

1) merancang dan membuat perolehan peralatan Sistem Penguatkuasaan

Mudah Alih (Mobile Enforcement System) untuk kerja-kerja

penguatkuasaan;

2) merancang dan membuat perolehan peralatan ICT untuk kegunaan warga

JAS;

3) memberi pendedahan dan kesedaran mengenai penjimatan dan

kesesuaian penggunaan Internet berbanding penggunaan modem dial-up

kepada premis-premis yang menggunakan CEMS. Merangka surat

arahan penukaran daripada penggunaan modem dial-up kepada

pengunaan Internet oleh premis-premis yang menggunakan CEMS. Surat

arahan yang dirangka akan diserahkan kepada Bahagian

Penguatkuasaan untuk diperkuatkuasakan;

4) merancang dan melaksanakan program latihan / kursus / bengkel ICT

untuk mempertingkatkan kemahiran warga JAS dalam penggunaan ICT;

5) merancang dan membangunkan sistem-sistem baru atau menambah baik

sistem-sistem JAS selaras dengan keperluan pengguna dan prosedur

kerja bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem

penyampaian JAS;

6) merancang dan melaksanakan peningkatan dan konsolidasi server-

server aplikasi JAS;

Page 261: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

260  

7) melakukan pembaharuan lesen-lesen perkakasan atau perisian ICT; dan

8) melaksanakan audit pemantauan keselamatan ICT seperti Information

security management System (ISMS) dan Security Assessment Posture

(SPA).

19. Strategi Pelaksanaan 19

Membudayakan penggunaan GIS dalam kerja JAS

a. Latar Belakang

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah diberi tanggungjawab untuk

menyediakan infrastruktur termasuk peralatan dan perisian GIS, serta

penyediaan data dan aplikasi GIS bagi menyokong visi, misi dan objektif JAS.

BTM juga menjadi perintis dalam menerap budaya penggunaan GIS dalam kerja

JAS serta membentuk personel yang mahir dan kompeten dalam penggunaan

GIS.

b. Matlamat

Membudayakan penggunaan GIS dalam kerja JAS untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian JAS.

c. Status Masa Kini

1) JAS sentiasa berusaha menambahbaik dan meningkatkan penggunaan

GIS di JAS dengan memastikan perkakasan, peralatan dan perisian GIS

yang hendak digunakan dalam keadaan optimum dan seiring dengan

perkembangan teknologi semasa. Bagi mencapai hasrat ini, setiap

pejabat JAS Negeri dan Bahagian telah dibekalkan dengan peralatan ICT

GIS iaitu 'high end' komputer, notebook, pencetak dan pengimbas yang

Page 262: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

261  

memenuhi spesifikasi dalam mengoptimumkan penggunaan GIS serta

perolehan 1 unit high end server yang mampu menampung keperluan

data dan aplikasi GIS yang tinggi;

2) Perisian GIS yang digunakan JAS juga telah dipastikan seiring dengan

perkembangan teknologi GIS. Dalam hal ini, JAS telah menggunakan

perisian GIS daripada ESRI iaitu ArcGIS Desktop Versi 9.3 untuk

kegunaan setiap JAS Negeri, manakala Seksyen GIS JAS Ibu pejabat

telah ditambahbaik perisian kepada ArcGIS Desktop 10.1 serta

menggunakan perisian ArcGIS Server 10.1 untuk server;

3) Dengan adanya perkakasan dan perisian GIS seperti dinyatakan di atas,

JAS telah dapat membuat banyak perubahan dan penambahbaikan

kepada sistem aplikasi GIS sediada. Dalam hal ini, maklumat GIS dalam

Portal GIS JAS telah dibuat pembaharuan dengan penyediaan Aplikasi

GIS yang lebih mesra pengguna serta lebih interaktif. Penambahbaikkan

Aplikasi ini adalah berdasarkan keperluan berterusan Jabatan bagi

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampian JAS;

4) Keperluan data GIS turut difokuskan dalam pembangunan GIS di JAS.

Pembangunan data GIS di JAS boleh dibahagikan kepada dua peringkat

iaitu perolehan data asas sedia ada dari agensi yang berkaitan seperti

sempadan pentadbiran, sungai, jalan, lot kadastral, guna tanah, imej

satelit dan lain-lain. Peringkat kedua, data GIS yang dibangunkan oleh

JAS adalah seperti stesen pemantauan kualiti air daratan, stesen

pemantauan kualiti air marin dan pulau-pulau, stesen pemantauan kualiti

udara, lokasi punca pencemaran khususnya projek pembangunan dan

premis – premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

seperti kilang kelapa sawit, kilang getah, premis buangan terjadual,

projek-projek EIA dan sebagainya. Selain itu, data titik panas (hotspot)

yang dikesan melalui satelit setiap hari telah direkodkan digunakan bagi

Page 263: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

262  

menghasilkan data kepadatan kawasan yang sering terbakar melalui

kaedah analisis GIS. Semua data spatial alam sekitar ini merupakan data

utama GIS yang digunakan dalam menyokong pengurusan alam sekitar

yang berkesan; dan

5) Pembangunan personel yang mahir dan terlatih turut diberi penekanan.

Kursus Modul GIS telah disediakan mengikut 3 tahap iaitu Tahap Asas,

Tahap Pertengahan dan Tahap Lanjutan bertujuan melatih pegawai JAS

dengan kemahiran penggunaan perisian GIS yang telah dibekalkan. Bagi

kakitangan JAS yang tidak berpeluang siri latihan hands on GIS telah

dijalankan sepanjang tahun bagi memberi pendedahan tentang

penggunaan GIS di JAS. Bagi memantapkan lagi kemahiran pegawai

JAS, bengkel dan mesyuarat telah diadakan bagi memastikan

penyelarasan maklumat GIS dapat diselaraskan dan dapat memenuhi

kehendak penguna dan stakeholder yang mahukan maklumat terkini yang

tepat pada setiap masa.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) keperluan melengkapkan dan menyediakan data dan aplikasi GIS yang

terkini memerlukan tenaga kerja yang terlatih dan sentiasa fokus terhadap

kerja-kerja GIS yang dijalankan. Bilangan tenaga kerja tidak dapat

dikekalkan dan semakin berkurangan kerana pertukaran akibat kenaikan

pangkat dan sebagainya merupakan cabaran yang dikenalpasti.

Kekurangan pegawai dan kakitangan yang berpengalaman dan

berkemahiran terutamanya dalam bidang pembangunan aplikasi dan

analisa GIS perlu diatasi segera supaya pelaksanaan pembangunan GIS

tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga pakar dari luar yang

melibatkan kos yang tinggi;

Page 264: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

263  

2) terdapat penggunaan peralatan, perisian, aplikasi dan kemudahan ICT

GIS lain yang telah dibekalkan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya di

serta pelaksanaan program-program tidak dapat dilakukan di peringkat

JAS Negeri. Ini mungkin berlaku akibat kurangnya penyelarasan dan

pemantauan yang teliti bagi menyelaraskan program yang dirancang dan

kemudahan GIS yang telah dibekalkan. Bagi mengatasi isu ini, pegawai

penyelaras GIS telah diselaraskan untuk dilantik disetiap JAS Negeri bagi

menyelaras program GIS yang dirancang dan pemantauan kemudahan

GIS yang telah dibekalkan;

3) kekangan melaksanakan latihan dan program pendedahan berterusan dan

menyeluruh kepada semua anggota kerja kerana bilangan tenaga kerja

yang tidak ramai di Seksyen GIS JAS Ibu Pejabat GIS. Bagi mengatasi isu

ini, pegawai teras GIS JAS telah diwujudkan dan dipilih dari mereka yang

telah dilatih dan kompeten dalam penggunaan GIS di JAS. Mereka ini

diminta untuk membantu bagi memastikan hasrat JAS bagi memberi

pendedahan kepada penggunaan GIS kepada semua anggota JAS

disetiap JAS Negeri dan Bahagian; dan

4) teknologi GIS yang semakin berkembang memerlukan perkakasan ICT

GIS sentiasa dalam keadaan optimum dan memenuhi spesifikasi semasa.

Kehendak bagi memastikan perkakasan ICT GIS sentiasa memenuhi

kehendak pelanggan (pegawai JAS) menjadi cabaran dan tanggungjawab

BTM untuk menyediakan kemudahan dan penambah baikkan aplikasi,

yang sentiasa tersedia 24 jam sehari kepada semua pengguna.

e. Bidang - Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang - bidang tumpuan yang kritikal dalam perkhidmatan ICT di JAS

melibatkan 7 faktor utama iaitu:

Page 265: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

264  

1) penggunaan peralatan dan perisian lama yang telah ketinggalan dan tidak

lagi sesuai dengan teknologi semasa memerlukan penyelenggaraan dan

peningkatan dari semasa ke semasa yang melibatkan kos perolehan yang

tinggi. Pertambahan kos juga dijangka bagi perolehan peralatan GIS ICT

untuk kegunaan pegawai yang tidak dirancang awal atau rosak;

2) perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas serta melibatkan kos

boleh memberi impak kepada pelaksanaan penggunaan GIS di Jabatan.

Perpindahan pengetahuan dan teknologi terpaksa dilakukan secara

dalaman sekiranya tiada peruntukan yang mencukupi untuk memastikan

sumber manusia teknikal sentiasa mempunyai pengetahuan dan

keupayaan terkini bagi memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang;

3) peningkatan dan konsolidasi server, pangkalan data dan aplikasi JAS

perlu dilaksanakan secara berterusan. Ini memandangkan pertambahan

aplikasi-aplikasi baru yang semakin diperlukan oleh Jabatan bagi

memudahkan pengurusan kerja-kerja. Penyelenggaraan dan pembaikan

sistem sokongan pengurusan pejabat termasuk pembaikan akibat

masalah pepijat, virus komputer dan pembaikan fungsi-fungsi atas

keperluan pengguna secara berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan

sistem berfungsi dengan baik dan memenuhi keperluan Jabatan;

4) pelaksanaan pembangunan dan penambahbaikan aplikasi – aplikasi

dalam JAS yang dimohon oleh JAS Negeri atau Bahagian tanpa

perancangan awal dan kos boleh memberi impak kepada pelaksanaan

pembangunan GIS dalam Jabatan. Malah pembangunan dan

penambahbaikan aplikasi juga perlu diselarikan dengan Akta Alam

Sekeliling, peraturan dan prosedur kerja yang berkaitan agar aplikasi

tersebut dapat digunakan secara sepenuhnya dan dikuatkuasakan

penggunaannya tanpa dipertikaikan oleh pelbagai pihak; dan

Page 266: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

265  

5) keperluan dan permintaan penggunaan perkakasan berteknologi seperti

peralatan mudah alih geografi (GIS) untuk penggunaan GIS bagi kerja-

kerja pemantauan dan penguatkuasaan alam sekitar semasa di lapangan

adalah diperlukan, serta memerlukan kos yang tinggi bagi perolehan

perkakasan. Dengan penggunaan perkakasan ini penggunaan GIS dapat

dipertingkatkan dan ini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

penyampaian Jabatan.

f. Pengukuran dan Petunjuk - Petunjuk Prestasi

Jadual 60: Pengukuran dan petunjuk – petunjuk prestasi bagi strategik pelaksanaan ini adalah

berdasarkan bilangan yang ditetapkan:

Sasaran Sebenar Sasaran Sebenar Sasaran

Ukuran 2011 2011 2012 2012 2013 2014 2015

Bil. Pejabat

JAS

dilengkapi

peralatan

Mobile GIS

- - - - 15

pejabat

15 pejabat

15 pejabat

Bil. peralatan

ICT dan GIS

yang

dibekalkan.

1

komputer

1

laptop,

2

komputer

2 laptop,

20

komputer

20 laptop,

20 komputer

20 laptop,

15

Rugged

PC

20 komputer

20 laptop,

15 Rugged

PC

20

komputer

20 laptop,

15 Rugged

PC

Bil. kursus /

latihan /

bengkel ICT &

GIS

5 kursus 5 kursus 5 kursus 5 kursus 5

kursus

5 kursus 5 kursus

Page 267: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

266  

Bil. Program

hands-on GIS

- - - - 15 hands-

on

15 hands-on 15 hands-

on

Bil. Aplikasi

Baru

4 aplikasi 4 aplikasi - - 1

aplikasi

(mobile)

1

aplikasi

1

aplikasi

Bil. sistem

aplikasi untuk

penambahbai

kkan

- - 2 aplikasi 2 aplikasi 2 aplikasi 2 aplikasi 2 aplikasi

Bil.

pembaharuan

lesen

(perisian GIS)

- - 20 lesen 20 lesen 20 lesen 35 lesen

20 lesen

Bil. program

penambahbai

kan data GIS

(data spatial

& data remote

sensing)

- - 2 data

spatial 1

program

data remote

3 data

spatial 2

program

data remote

2 data

spatial

2 program

data

remote

3 data

spatial 2

program data

remote

3 data

spatial 2

program

data remote

Page 268: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

267  

g. Pelan Tindakan

Berikut adalah sepuluh (8) inisiatif bagi melancarkan pelaksanaan strategik

tersebut:

1) merancang dan membuat perolehan peralatan mudah alih Sistem

Maklumat Geografi (Mobile GIS) bagi memudahkan kerja-kerja pemantau

dan penguatkuasaan pegawai JAS menggunakan GIS terus di lapangan;

2) merancang dan membuat perolehan peralatan ICT GIS untuk kegunaan

warga JAS;

3) merancang dan melaksanakan program latihan / kursus / bengkel GIS

untuk mempertingkatkan kemahiran warga JAS dalam penggunaan ICT;

4) merancang dan melaksanakan program hands-on GIS kepada warga JAS

bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan peralatan dan aplikasi

GIS JAS;

5) merancang dan membangunkan aplikasi GIS baru selaras dengan

keperluan pengguna dan prosedur kerja untuk meningkatkan kecekapan

dan keberkesanan sistem penyampaian JAS;

6) melaksana dan menambah baik aplikasi GIS sedia ada selaras dengan

keperluan pengguna;

7) melakukan pembaharuan lesen-lesen perkakasan atau perisian GIS; dan

8) merancang, membuat perolehan dan menambahbaik data GIS (data

spatial dan data remote sensing) sedia ada supaya lebih terkini untuk

meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian JAS.

Page 269: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

268  

F3. MATLAMAT UTAMA 6: MEMBENTUK RANGKAIAN PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR YANG BERKESAN

20. Strategi Pelaksanaan 20

Meningkatkan bilangan sungai bersih. a. Latar Belakang

Pencemaran sungai sering berlaku berpunca daripada pelepasan efluen industri,

kumbahan dan pelepasan dari premis-premis perniagaan. Pencemaran juga

terhasil daripada pembukaan dan pembersihan tanah atau tapak-tapak baru

untuk pembangunan terutamanya dari segi kelodakan dan enapan.

b. Matlamat

Memastikan pematuhan terhadap standard efluen oleh punca yang ditetapkan

(PYDT) iaitu kilang kelapa sawit dan kilang getah.

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2010 pengawasan yang telah dijalankan ke atas 464 batang sungai

mendapati 275 batang sungai dikategorikan sebagai bersih, 150 sederhana

tercemar dan 39 dikategorikan sebagai tercemar.

d. Isu dan Cabaran

Pencemaran sungai sering berlaku disebabkan pelepasan effluen industri ke alur

air secara sengaja atau tidak disengajakan kerana kecuaian pihak industri

menyelenggara sistem pengolahan efluen. Pencemaran juga berpunca daripada

pelepasan effluen dari premis perniagaan seperti restoran, hotel, pusat

penyembelihan haiwan dan juga pelepasan dari loji kumbahan yang melebihi

Page 270: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

269  

standard. Walaubagaimanpun, sebahagian dari punca tersebut adalah di luar

bidang kuasa AKAS 1974.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini dengan meningkatkan pematuhan

Punca Yang Ditetapkan (PYDT) iaitu kilang kelapa sawit dan kilang getah yang

melibatkan pelepasan efluen bagi meningkatkan bilangan sungai bersih.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 61: Pematuhan PYDT (Kilang Kelapa Sawit dan Kilang Getah)

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratus pematuhan - 95% 96% 97% 98% 100%

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi strategi ini melibatkan penguatkuasaan mengikut lembangan

sungai, pemetaan spatial punca-punca pencemaran mengikut lembangan

sungai, pemantauan dan pelaporan status kualiti air sungai, mengkaji semula

rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai dan menggunakan aplikasi river

modelling bagi menentukan river carrying capacity dalam perancangan

pembangunan.

21. Strategi Pelaksanaan 21 Meningkatkan rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai. a. Latar Belakang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti

Air Sungai sejak tahun 1978 untuk menentukan status terkini dan mengesan

perubahan kualiti air sungai dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti punca

Page 271: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

270  

pencemaran dan merancang strategi penguatkuasaan. Program pengawasan air

sungai telah diswastakan pada tahun 1995 dan akan tamat pada 2015.

b. Matlamat

Memperkukuhkan program pengawasan serta mempertingkatkan rangkaian

stesen pengawasan kualiti air sungai.

c. Status Terkini

Rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai ketika ini terdiri daripada 831

stesen yang mengawasi 477 batang sungai seluruh negara.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah seperti kekangan sumber

kewangan bagi tujuan penambahan stesen pengawasan dan frekuensi

persampelan kualiti air sungai, kekurangan tenaga kerja yang tidak mencukupi

bagi menjalankan kerja-kerja pengawasan di lapangan, tiada kemudahan

makmal sendiri untuk tujuan menganalisis sampel air kerana hanya bergantung

kepada Jabatan Kimia sahaja menyebabkan kelewatan penerimaan keputusan

analisis makmal, kekangan logistik untuk membuat percontohan dan

menjalankan aktiviti penguatkuasaan bagi tujuan persampelan dan menghadapi

kesukaran untuk mengesan pihak sebenar yang melakukan pencemaran di

kawasan sungai.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam perlaksanaan strategi ini adalah melalui peningkatan kepada

rangkaian stesen pengawasan bagi air sungai di seluruh negara. Antara bidang-

bidang tumpuan yang diperlukan adalah kepakaran dari segi sains forensik bagi

memastikan pencemar sebenar dapat dikenalpasti sumber dan puncanya

berdasarkan analisa forensik (finger printing), menyediakan tenaga pakar yang

Page 272: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

271  

cukup bagi bidang-bidang seperti kualiti air sungai dan melatih kepakaran

sumber manusia bagi kerja-kerja persampelan berdasarkan protokol dan

prosedur yang diiktiraf oleh antarabangsa. Ini kerana air sungai digunakan

sebagai sumber air minuman utama, perindustrian, pertanian dan perikanan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 62: Ukuran Pengawasan Kualiti Air Sungai

UKURAN

SEMASA (2010)

2011 2012 2013 2014 2015

Penambahan stesen

pengawasan kualiti air

sungai yang berkesan

250 110 110

Pelaporan data kualiti air

sungai (berdasarkan kos

untuk pembelian pakej

statistik dan latihan

kakitangan)

50%

dibelanja

kan

100%

dibelanja

kan

g. Pelan Tindakan

Menswastakan program pengawasan kualiti air sungai agar pemerolehan data-

data pengawasan air sungai akan lebih cepat, berkualiti dan efisien kerana

analisis akan dijalankan oleh pihak makmal swasta yang diiktiraf dan tidak

bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Kimia Malaysia, mengoptimumkan

rangkaian pengawasan kualiti air sungai agar data-data yang diperolehi akan

dapat mengambarkan keadaan kualiti air sungai yang lebih realistik dan

menyeluruh dan membina kepakaran di dalam bidang forensik alam sekitar

supaya punca-punca pencemaran dapat dikenalpasti pihak-pihak atau sumber-

sumber yang menyebabkan pencemaran tersebut.

Page 273: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

272  

22. Strategi Pelaksanaan 22 Melengkapkan inventori punca-punca pencemaran air sungai.

a. Latar belakang

Peranan seksyen inventori ialah mengenalpasti dan menyediakan inventori

punca-punca pencemaran yang lengkap di setiap lembangan sungai. Punca-

punca pencemaran terbahagi kepada dua kategori iaitu punca tetap dan punca

tidak tetap. Punca tetap terdiri daripada premis industri, loji kumbahan, hospital,

restoran, ladang ternakan, hotel, pasar basah, institusi-institusi pendidikan dan

pengajian tinggi. Punca tidak tetap adalah terdiri daripada air larian permukaan

kawasan pertanian, penternakan, hakisan tanah, perbandaran, perhutanan dan

sebagainya.

b. Matlamat

1) Melengkapkan inventori punca-punca pencemaran air; dan

2) Menganggar beban pencemaran air secara saintifik.

c. Status Terkini

Bahagian ini juga sedang dalam usaha melengkapkan inventori 10 kategori

punca-punca pencemaran air. Punca-punca tersebut adalah industri berasaskan

pertanian, industri pembuatan, loji kumbahan, hospital, restoran, ladang

ternakan, hotel, pasar basah, institusi-institusi pendidikan dan pengajian tinggi.

Page 274: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

273  

d. Isu dan Cabaran

1) Peningkatan punca pencemaran tidak tetap (NPS) yang tidak direkodkan

secara sempurna dan kebanyakannya diluar bidang kuasa JAS. Contoh:

aktiviti kerja-kerja tanah, pertanian dan perlombongan pasir;

2) Kesukaran mendapatkan data dan maklumat daripada agensi-agensi

yang berkaitan; dan

3) Kesukaran mendapatkan beban pencemaran NPS ketika hari

hujan/musim hujan (highflow).

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) Pengiraan beban pencemaran mengikut lembangan sungai;

2) Mendapatkan data-data inventori daripada agensi lain; dan

3) Pengiraan beban pencemaran daripada punca-punca tidak tetap (NPS)

disebabkan oleh kekurangan data yang direkodkan agensi-agensi

berkaitan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 63:

Ukuran Punca-Punca Pencemaran

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Inventori punca-punca

pencemaran yang lengkap

mengikut lembangan

mengikut sektor industri

5 5 5

Page 275: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

274  

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Pengiraan beban

pencemaran air sungai

daripada sektor industri

5 5 5

Peta geospatial punca-punca

pencemaran bagi sektor

industri

5 5 5

g. Pelan Tindakan

1) Mewujudkan kumpulan pakar dalam pengiraan beban pencemaran dan

permodelan kualiti air sungai; dan

2) Membina kepakaran dalam bidang geospatial data management yang

berkaitan dengan alam sekitar

23. Strategi Pelaksanaan 23 Meningkatkan stesen pengawasan kualiti air marin.

a. Latar Belakang

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Program Pengawasan Kualiti

Air Marin sejak tahun 1978 untuk menentukan status terkini dan mengesan

perubahan kualiti air marin dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti punca

pencemaran dan merancang strategi penguatkuasaan.

b. Matlamat

Mempertingkat dan memperkukuhkan program pengawasan kualiti air marin.

Page 276: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

275  

c. Status Terkini

Ketika ini terdapat 293 rangkaian stesen pengawasan kualiti air marin di perairan

Malaysia.

d. Isu dan Cabaran

1) Kekangan kewangan bagi penambahan stesen pengawasan dan

frekuensi persampelan;

2) Tenaga kerja yang tidak mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja

pengawasan;

3) Tiada kemudahan makmal sendiri untuk menganalisis sampel air kerana

hanya bergantung kepada Jabatan Kimia sahaja;

4) Kelewatan menerima keputusan analisis makmal; dan

5) Kekangan logistik untuk membuat persampelan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Kerja-kerja pengawasan di kawasan muara sungai yang dipengaruhi oleh air

pasang surut.

Page 277: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

276  

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 64: Frekuensi persampelan hendaklah mengikut pasang surut air

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Penambahan bilangan

stesen kualiti air marin

yang efisien dan berkesan

8 8 9

Bilangan Unit Indeks

Kualiti Air Marin

1 1 1

g. Pelan Tindakan

1) Mengoptimumkan rangkaian pengawasan kualiti air marin; dan

2) Menswastakan program pengawasan kualiti air marin.

24. Strategi Pelaksanaan 24

Peningkatan rangkaian air bawah tanah.

a. Latar Belakang

Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air tanah kebangsaan

bagi Jabatan Alam Sekitar bermula pada akhir tahun 1996. Memandangkan akan

wujudnya keperluan air tanah sebagai salah satu sumber/punca air minuman

pada masa akan datang, maka Jabatan Alam Sekitar telah mewujudkan Program

Pengawasan Air Tanah Kebangsaan pada tahun 1997 untuk menjalankan kerja-

Page 278: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

277  

kerja pengawasan dan pemantauan kualiti air tanah. Frekuensi persampelan

yang dilakukan adalah kurang-kurangnya 4 kali setahun.Program Pemantauan

Kualiti Air Tanah Kebangsaan telah dimulakan di Semenanjung Malaysia dan

diperkembangkan pula ke Sabah dan Sarawak pada tahun 2002. Stesen-stesen

air tanah ini dibina di dua belas (12) kategori guna tanah. Di antara kategori-

kategori guna tanah tersebut adalah pertanian, perindustrian, padang golf, tapak

pelupusan sampah, tapak pelupusan bangkai haiwan, kawasan bekalan air,

bekas tapak perlombongan, perbandaran dan luar bandar di seluruh Malaysia.

Pengukuran parameter-parameter fizikal kualiti air tanah dibuat secara in-situ

manakala parameter kimia dan biologi dianalisis di makmal. Parameter in-situ

yang diukur adalah suhu, pH, konduktiviti, turbiditi, saliniti (kemasinan) dan

oksigen terlarut. Parameter yang dianalisis di makmal pula ialah bahan kimia

organik meruap (VOC), hidrokarbon, racun perosak, logam berat, anion,

bakteria, sebatian berfenol, radioaktif, jumlah keliatan dan jumlah pepejal

terlarut. Peralatan yang digunakan termasuklah pam ‘hydrolift”, tiub hdpe, alat

ukur kedalaman air, generator, botol persampelan/ larutan pengawetan-alat

ujian, kotak kedap ais dan multiprob.

b. Matlamat Stesen-stesen pemantauan kualiti air tanah diwujudkan adalah untuk:

1) menilai status kualiti air tanah secara berkala di kawasan terpilih dengan

minimum empat frekuensi setahun;

2) menilai kesan aktiviti guna tanah terhadap air tanah sekitarannya;

3) membangunkan rangkaian pemantauan kualiti air tanah yang

komprehensif; dan

Page 279: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

278  

4) mengenalpasti lokasi bagi air tanah yang mempunyai risiko tinggi kepada

pencemaran oleh aktiviti manusia.

Kriteria asas pemilihan rangkaian stesen adalah;

1) pengumpulan maklumat dan data kajian semasa kerja-kerja awal

pembinaan;

2) serakan pemilihan tapak adalah mengikut kategori jenis gunatanah dan

pencemaran yang berlaku;

3) mengikut darjah dan tahap pencemaran sesuatu tapak kepada orang

awam, alam sekitar dan penggunanya; dan

4) terletak di dalam kedudukan dan jajaran terbesar akuifer di keseluruhan

kawasan di Malaysia.

Mengukuh dan mempertingkatkan lagi bilangan rangkaian telaga air tanah

kebangsaan.

Memastikan keseluruhan stesen dapat berfungsi dengan kapasiti yang maksima

dan dapat bertahan untuk satu tempoh yang lebih lama.

c. Status Terkini Pada masa sekarang, program pengawasan air tanah yang melibatkan 107

stesen di seluruh Malaysia dijalankan sendiri oleh Unit Pengawasan Jabatan

Alam Sekitar Negeri. Terdapat pengurangan sebanyak 21 stesen telaga

pemantauan air tanah kebangsaan yang telah ditutup akibat pembangunan

tanah disekelilingnya, keadaan sekeliling stesen yang merbahaya, kekeringan air

serta tersumbat dan juga jenis gunatanah yang tidak releven lagi untuk dipantau.

Page 280: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

279  

d. Isu dan Cabaran Isu 1) Kekangan kewangan bagi penyelenggaraan dalaman stesen telaga

pengawasan sedia ada

a. Tahap keupayaan pemantauan telaga air tanah tidak dapat

dipertingkatkan prestasi secara maksima.

b. Adanya keraguan mengenai ketidakpatuhan parameter yang

berlaku itu yang boleh difahami datangnya dari enapan/bahan

asing yang terbentuk di dasar telaga dan bukannya dari aliran

akuifer.

c. Ketiadaan program penyelenggaraan dalaman telaga ini akan

memendekkan lagi usia telaga yang mana akan menambahkan kos

pembaikan dan pembinaan telaga baru pada masa akan datang

yang disumbangkan oleh masalah telaga yang kekeringan air dan

tersumbat pada dasar telaga.

2) Kekangan kewangan bagi penambahan stesen pengawasan dan

frekuensi persampelan;

3) Kekangan perkongsian data dan maklumat daripada agensi yang

berkaitan;

4) Tenaga kerja yang tidak mencukupi untuk menjalankan kerja-kerja

pengawasan;

5) Tiada kemudahan makmal sendiri untuk menganalisis sampel air kerana

hanya bergantung kepada Jabatan Kimia sahaja; dan

Page 281: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

280  

6) Kelewatan menerima keputusan analisis makmal.

Cabaran 1) Peruntukan kewangan yang tidak mencukupi bagi meningkatkan

rangkaian pengawasan;

2) Meningkatkan kepakaran untuk mengenalpasti punca pencemaran;

3) Mendapatkan maklumat punca-punca lain selain daripada punca-punca di

bawah bidang kuasa JAS;

4) Rangkaian stesen-stesen pengawasan yang representatif bagi

menggambarkan kualiti air tanah di sesuatu kawasan.

a. Untuk mengkaji kesesuaian telaga air tanah sedia ada kerana

sebahagiannya sudah tidak sesuai lagi kerana adanya perubahan

dari segi guna tanah. Tapak-tapak baru yang lebih sesuai perlu

dikenalpasti dan telaga-telaga baru dibangunkan / dibina atau pun

menutup telaga-telaga yang sudah tidak sesuai lagi, bagi

memenuhi objektif pengawasan air tanah.

b. Untuk melihat / mengkaji semula parameter-parameter air tanah

dan menentukan jenis-jenis parameter yang perlu di analisis

mengikut jenis guna tanah supaya lebih praktikal dan

menggambarkan keadaan guna tanah.

5) Meningkatkan kepakaran penganalisaan dan interpretasi data.

Untuk menilai semula kesesuaian telaga-telaga sedia ada, peralatan

yang diperlukan untuk persampelan, kaedah penganalisaan sampel

dan data kualiti air tanah yang diperolehi.

Page 282: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

281  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) Sumber air tanah juga merupakan sumber air alternatif dan berpotensi

untuk diterokai pada masa hadapan;

2) Masyarakat umum dapat menentupastikan lokasi-lokasi sumber air telaga

yang sesuai untuk dijadikan bekalan minuman (air bersih). Masyarakat

umum juga dapat mengambil air bawah tanah sebagai punca alternatif

bagi sumber air dan tidak hanya bergantung kepada air sungai, yang

kebanyakannya sudah tercemar; dan

3) Dengan bertambahnya sumber air alternatif dan mencukupi, maka ini

akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di negara ini di mana

secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan ekonomi

negara.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 65:

Sumber Air Tanah Di antara 2010-2015

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan stesen yang

effisien dan berkesan 20

SOP Persampelan 1

Perolehan pakej dan

latihan statistik yang

berkaitan

50%

dibelanj

akan (1)

100%

dibelanja

kan (1)

Page 283: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

282  

g. Pelan Tindakan

1) Menswastakan program kualiti air tanah;

a. Pengurusan dan pengendalian data air tanah dapat dilaksanakan

dengan lebih baik dan sistematik.

b. Perolehan data kualiti air tanah yang lebih cepat, tepat dan boleh

dipercayai (reliable) dan memenuhi kehendak semasa.

c. Teknologi terkini dapat di gunapakai dalam pengurusan

pengawasan air tanah, contohnya penggunaan peralatan

persampelan, penstoran data, penganalisaan data dan pelaporan.

2) Mengoptimumkan rangkaian stesen pengawasan kualiti air tanah dengan

mewujudkan satu rangkaian yang lebih luas yang mencakupi jenis

gunatanah baru dan juga pemantauan yang lebih di kawasan padat

penduduk dan juga ekonomi setempat;

a. Memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi bagi memastikan

pengemaskinian rangkaian pengawasan pada lokasi yang strategik

dapat dilaksanakan.

3) Perkongsian pintar dengan jabatan/agensi kerajaan lain bagi

mendapatkan data yang komprehensif;

a. Perlu mengadakan mesyuarat konsultatif dengan agensi-agensi

yang berkaitan.

4) Mewujudkan kumpulan pakar dalam bidang forensik dan permodelan

kualiti air tanah; dan

Page 284: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

283  

a. Memerlukan pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam bidang

pengawasan kualiti air permukaan dan sub-permukaan dan juga

bidang sains geologi.

5) Mewujudkan dokumen-dokumen yang standard mengenai kriteria reka

bentuk telaga, kaedah penetapan lokasi stesen dan SOP aktiviti

persampelan dijadikan sebagai bahan rujukan utama program

pengawasan kualiti air tanah diperingkat kebangsaan dan luar negara.

25. Strategi Pelaksanaan 25

Kualiti Udara Bersih.

a. Latar belakang

Kualiti udara di Malaysia diukur dalam bentuk Indeks Pencemar Udara (IPU).

IPU merupakan petunjuk status kualiti udara dan telah dibangunkan berdasarkan

penilaian saintifik bagi menggambarkan secara mudah kehadiran pencemar-

pencemar udara dan kesannya kepada kesihatan manusia. Sistem IPU di

Malaysia adalah berpandukan kepada sistem yang diguna pakai oleh Agensi

Perlindungan Alam Sekitar, Amerika Syarikat (USEPA). Skala dan petunjuk

status kualiti udara adalah seperti berikut:

Page 285: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

284  

Jadual 66: Skala dan Petunjuk Status Kualiti Udara

SKALA IPU KUALITI UDARA

0 – 50 Baik

51 – 100 Sederhana

101 – 200 Tidak Sihat

201 – 300 Sangat Tidak Sihat

301 dan ke atas Berbahaya

Stesen kualiti udara automatik (Continuous Air Quality Monitoring, CAQM)

mengukur kepekatan lima jenis pencemar dalam udara ambien iaitu habuk halus

di bawah saiz 10 mikron (PM10), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2),

karbon monoksida (CO) dan ozon di permukaan bumi (O3). Pencemar-pencemar

ini diukur secara berterusan pada setiap jam. Nilai kepekatan pencemar

dipuratakan selama 24 jam (bagi SO2 dan PM10), 8 jam (bagi CO) manakala O3

dan NO2 pula dikira pada setiap jam. Sub-indeks setiap jam bagi setiap

pencemar seterusnya ditentukan, di mana sub-indeks pencemar yang tertinggi

akan dikira sebagai IPU pada jam tersebut.

Secara amnya, dalam keadaan cuaca biasa, julat IPU bagi stesen-stesen yang

ditempatkan di kawasan industri adalah di antara 60 hingga 75 (sederhana),

kawasan perumahan di antara 45 hingga 55 (baik ke sederhana), stesen di

kawasan trafik di antara 50 – 60 (sederhana), manakala stesen ‘background’ di

antara 30 hingga 40 (baik). Stesen ‘background’ di Batu Embun, Jerantut,

Pahang merupakan stesen rujukan dimana tiada punca pencemaran terdapat di

kawasan tersebut.

Page 286: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

285  

b. Matlamat

Memastikan peningkatan bilangan hari udara bersih dalam setahun kecuali

apabila berlaku kejadian jerebu merentasi sempadan.

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2012, sebanyak 364 hari bersih telah direkodkan melalui 52 buah

stesen automatik pengawasan udara di seluruh negara.

d. Isu dan Cabaran

Pengukuran bagi bilangan hari udara bersih dalam setahun dilaksanakan

mengikut asas-asas berikut:

1) Asas 1 : Bacaan jam 5.00 petang

Bacaan IPU yang direkodkan pada jam 5.00 petang dipilih kerana

pada waktu ini adalah yang terbaik untuk menggambarkan status

kualiti udara dari aktiviti yang berlaku sepanjang hari termasuk

pengaruh punca-punca pencemar udara seperti pelepasan dari

kenderaan bermotor, pelepasan dari cerobong-cerobong industri

dan sebarang aktiviti pembakaran terbuka.

2) Asas 2 : Parameter yang diambil kira

Bilangan hari yang tidak sihat (IPU melebihi 100) adalah

berdasarkan parameter PM10 sahaja (pencemar-pencemar lain

termasuk ozon tidak diambil kira) dan tidak mengambil kira jerebu

merentasi sempadan. Frekuensi berlakunya insiden kualiti udara

Page 287: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

286  

tidak sihat (IPU melebihi 100) bagi setiap stesen di Malaysia

ditetapkan supaya tidak boleh melebihi 3 hari dalam setahun

mengikut piawaian WHO 2005. Ini bermaksud, bagi sesuatu stesen

pengawasan yang mencatatkan frekuensi berlakunya insiden kualiti

udara tidak sihat (IPU melebihi 100) sebanyak 4 hari atau lebih,

stesen tersebut akan diambil kira sebagai stesen yang

mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

3) Asas 3: Pengecualian 3 hari tidak sihat dalam setahun

Had sebanyak 3 hari tidak sihat ini tidak bermakna bahawa

keadaan kualiti udara tidak sihat berlaku secara berturutan atau

sekali gus selama tempoh tersebut, tetapi ia boleh berlaku secara

‘intermittent’ sepanjang 365 hari dalam setahun.

4) Asas 4 : Hari tidak sihat berpunca daripada pencemaran jerebu

merentasi sempadan

Stesen pengawasan yang mengalami bacaan IPU tidak sihat pada

jam 5.00 petang bagi sesuatu hari dianggap sebagai berpunca

daripada jerebu merentasi sempadan apabila terdapat bilangan

hotspot yang tinggi di Sumatera (bagi Semenanjung Malaysia) atau

Kalimantan (bagi Sabah dan Sarawak) serta disokong oleh

‘prevailing wind’ yang bertiup ke arah stesen–stesen berkenaan.

Dalam situasi ini juga, rekod menunjukkan tiada hotspot atau

pembakaran terbuka punca tempatan berlaku di sekitar kawasan

stesen–stesen berkenaan.

Page 288: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

287  

5) Asas 5 : Pengiraan % Hari Udara Bersih dalam setahun

BA

CBABersihUdaraHari

%100

%

Nota :

A – Bilangan hari dalam setahun

B – Bilangan hari jerebu merentasi sempadan

C – Bilangan hari ‘tidak sihat’ (punca tempatan)

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur

penguatkuasaan yang berkesan serta instrumen perundangan yang mantap.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 67: Bilangan Hari Udara Bersih

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan hari udara bersih 363 363 363 364 364 365

g. Pelan Tindakan

Pelaksanaan pelan tindakan untuk strategi ini merangkumi tindakan untuk

memastikan pertambahan bilangan hari udara bersih dengan mensasarkan

pematuhan pelepasan ke udara dari Premis Yang Ditetapkan (industri am),

pelaksanaan Program Pencegahan Kebakaran dan Pengurusan Tanah Gambut

Yang Mudah Terbakar serta memantapkan penguatkuasaan pelepasan asap

hitam dari kenderaan bermotor. Semua tindakan ini termaktub di dalam Pelan

Tindakan Udara Bersih JAS.

Page 289: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

288  

26 Strategi Pelaksanaan 26

Standard Kualiti Bahan Api EURO 4M

a. Latar belakang

Kualiti minyak petrol dan diesel yang digunakan sebagai bahan api untuk

kenderaan bermotor serta perkilangan adalah berkait rapat dengan tahap atau

beban pencemaran udara yang dilepaskan dari punca-punca berkenaan.

Mengurangkan pelepasan pencemaran dari kenderaan bermotor dan industri

adalah seiring dengan sasaran pelaksanaan Pelan Tindakan Udara Bersih yang

termaktub dalam dokumen RMK-10, tahun 2011-2015, bagi mengurangkan

pelepasan karbon untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

b. Matlamat

Meningkatkan kualiti bahan api daripada EURO 2M kepada EURO 4M.

c. Status Masa Kini

Di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan

Petrol dan Diesel) 2007, kualiti minyak petrol dan diesel mengikut spesifikasi

EURO 2M telah mula berkuat kuasa pada 1 April 2007. Kualiti minyak petrol dan

diesel mengikut spesifikasi EURO 2M yang dipasarkan di negara ini adalah

dengan kandungan sulfur bagi kedua-dua minyak petrol dan diesel pada paras

500 ppm.

d. Isu dan Cabaran

1) Kualiti bahan api minyak petrol dan diesel yang sedang dipasarkan di

Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan kualiti minyak yang

Page 290: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

289  

dipasarkan di negara jiran di rantau ini seperti Singapura dan Thailand;

dan

2) Pelaksanaan kualiti minyak petrol dan diesel yang mematuhi spesifikasi

EURO 4M memerlukan tempoh masa (lead time) pematuhan oleh

syarikat-syarikat pengeluar minyak. Tempoh masa diperlukan adalah

disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

a. peningkatan kualiti minyak memerlukan perubahan fizikal dan

infrastruktur yang mengakibatkan masalah ruang bagi

menempatkan kemudahan-kemudahan tambahan atau kemudahan

baru di loji penapisan sedia ada; dan

b. kesan ekonomi terhadap syarikat pengeluar minyak ekoran

pertambahan kos ketika kelembapan ekonomi dengan mengambil

kira ‘cost recovery’, ‘Automatic Pricing Mechanism’ (APM), ‘Capital

Expenditure’ (CAPEX), ‘Operational Expenditure’ (OPEX), polisi

subsidi dan sebagainya;

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur-

prosedur penguatkuasaan yang berkesan demi merealisasikan hasrat Kerajaan

untuk menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan alam sekitar.

Page 291: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

290  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 68: Pelaksanaan Standard Bahan Api

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Pelaksanaan

standard kualiti

bahan api

EURO 4M

Kualiti bahanapi EURO 2M

Penyediaan draf kualiti bahanapi EURO 4M

Memuktamadkan draf kualiti bahanapi EURO 4M

Pewartaan kualiti bahanapi EURO 4M

Penyediaan penguatkuasaan kualiti bahanapi EURO 4M

Penguatkuasaan kualiti bahanapi EURO4M

Pelaksanaan

standard

pelepasan

kenderaan

bermotor

Penyediaan draf standard pelepasan EURO 4

Memukta-madkan draf standard pelepasan EURO 4

Konsultasi dgn stakeholder dan penyediaan draf akhir

Memukta-madkan draf standard pelepasan EURO 4

Pewarta-an standard pelepasan EURO 4

Penyediaan penguatkuasaan standard pelepasan EURO 4

g. Pelan Tindakan

1) Pelan Tindakan bagi melaksanakan standard kualiti bahan api kepada

EURO 4M; dan

2) Pelan Tindakan bagi menetapkan standard pelepasan baru terhadap

kenderaan bermotor merangkumi standard pelepasan bagi karbon

monoksida, hidrokarbon, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida seperti

yang termaktub di dalam Pelan Tindakan Udara Bersih.

27 Strategi Pelaksanaan 27

Pencegahan Kejadian Jerebu Melalui Program Pencegahan Kebakaran Dan

Pengurusan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar.

Page 292: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

291  

a. Latar Belakang

Kekerapan kebakaran yang berlaku di tanah gambut perlu diatasi. Keadaan

tanah gambut yang mempunyai bahan organik yang tinggi akan

menyebabkannya mudah terbakar, sama ada secara semula jadi atau

disebabkan oleh aktiviti manusia. Kebakaran tanah gambut yang berlanjutan

menyebabkan berlakunya jerebu dan boleh menjejaskan kualiti udara serta

memberi kesan terhadap kesihatan orang ramai.

Pembinaan saliran sekatan dilaksanakan bagi meninggikan paras saliran di

kawasan tanah gambut dan sekali gus dapat melembabkan kawasan berkenaan

serta mengurangkan kejadian pembakaran. Telaga air tanah dibina di kawasan-

kawasan yang sesuai bagi mendapatkan sumber air bagi kerja-kerja

pemadaman api di kawasan tanah gambut yang mudah terbakar. Menara tinjau

dibina bagi memantau serta mengesan di peringkat awal sebarang aktiviti

pembakaran terbuka untuk mengelakkan kebakaran boleh merebak di tanah

gambut.

b. Matlamat

Membina sekatan saliran, telaga air tanah dan menara tinjau sebagai langkah

kawalan bagi mengelakkan kejadian jerebu disebabkan oleh pembakaran tanah

gambut.

c. Status Masa Kini

Tindakan pencegahan bagi mengawal kebakaran di tanah gambut telah pun

dilaksanakan dengan pembinaan 118 sekatan saliran dan 31 telaga air tanah di

beberapa kawasan tanah gambut yang mudah terbakar di enam buah negeri

iaitu Selangor, Johor, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Page 293: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

292  

d. Isu dan Cabaran

Kebakaran di kawasan fire prone areas seperti di kawasan tanah gambut perlu

dikawal daripada berlaku kerana kebakaran di tanah gambut mengambil masa

yang lama untuk dipadamkan kerana kandungan bahan organik yang tinggi.

Pembinaan sekatan saliran dan telaga air tanah memerlukan penyelenggaraan

berkala bagi memastikan keberkesanan struktur yang dibina. Pemantauan tanah

gambut melalui menara tinjau juga perlu diadakan secara berkala terutama

semasa musim panas dan kering.

Penentuan lokasi dan struktur sekatan saliran yang sesuai adalah perlu bagi

memastikan sekatan saliran yang dibina bersesuaian serta bertahan lama dan

berfungsi dengan baik.

Kerjasama antara agensi-agensi lain seperti JPS, JMG dan JPSM diperlukan

bagi memastikan program pengurusan tanah gambut yang mudah terbakar

dapat dilaksanakan dengan berkesan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur

pengawalan yang berkesan bagi mencegah dan mengawal kebakaran di tanah

gambut.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengawalan kejadian jerebu dilaksanakan dengan memastikan pembinaan

sekatan saliran dan telaga air tanah adalah seperti berikut:

Page 294: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

293  

Jadual 69: Bilangan sekatan saliran, telaga air tanah dan menara tinjau

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bilangan sekatan saliran

87 102 118 135 150 Penyelenggaran dan operasi.

Bilangan telaga air tanah

17 31 31 40 41

Bilangan menara tinjau

2 3 3 3 3 Penyelenggaraan dan operasi

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan pengurusan tanah gambut perlu dilaksanakan bagi memastikan

pengurusan tanah gambut yang lebih berkesan. Pelan tindakan tersebut

merangkumi peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab melaksanakan

program pengurusan tanah gambut. Prosedur Tetap Operasi (Standard

Operating Procedure) bagi Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut

perlu dilaksanakan dan dikemaskini dari masa ke semasa mengikut keperluan.

F4. MATLAMAT UTAMA 7: MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN OZON

28. Strategi Pelaksanaan 28

Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP)

a. Latar Belakang

Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal (PM) diwujudkan bertujuan untuk

melindungi lapisan ozon stratosferik akibat daripada penggunaan bahan

Page 295: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

294  

pemusnah ozon (BPO) (ozone depleting substances, ODS). Lapisan ozon

adalah penting untuk dipelihara kerana ia berfungsi menapis sinaran ultraungu

(UV) dari Matahari ke bumi. Pendedahan terus kepada sinaran UV boleh

membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia dan makhluk hidup di muka

bumi. PM digubal dan dikuatkuasakan agar penggunaan bahan-bahan kimia

yang menipiskan lapisan ozon di beberapa sektor utama seperti penyaman

udara kenderaan, bangunan, peti sejuk, pembuatan busa (foam), pelarut dan

aerosol dapat dikurangkan serta dihapuskan. Bahan-bahan BPO ini adalah

termasuk klorofluorokarbon (CFCs), hidro klorofluorokarbon (HCFCs), karbon

tetraklorida (CTC), metil bromida, metil kloroform dan halon. Malaysia telah

meratifikasi PM mulai tahun 1989 dan NRE melalui keputusan keputusan

Jemaah Menteri telah dilantik menjadi focal point kepada PM.

Sebagai focal point kepada PM, NRE bertanggungjawab dalam memastikan

negara mematuhi jadual penghapusan bahan pemusnah lapisan ozon yang telah

ditetapkan. Sehingga kini, Malaysia telah berjaya menghapuskan penggunaan

BPO bagi mematuhi PM di mana Malaysia telah menghentikan pengimportan

CFC, halon dan CTC mulai pada 1 Januari 2010. Bagi fasa seterusnya yang

bermula pada tahun 2010, Malaysia perlu menghapuskan penggunaan HCFC

secara berperingkat sehingga 2030. Oleh yang demikian, NRE dengan sokongan

utama daripada Unit Ozon, JAS perlu merancang dan melaksanakan strategi-

strategi yang berkesan bagi menghapuskan penggunaan HCFC dalam negara.

Malaysia turut menerima bantuan kewangan dari Tabung Multilateral

Pelaksanaan Protokol Montreal (Multilateral Fund, MLF) dan bantuan teknikal

bagi membantu negara mencapai sasaran penghapusan HCFC yang telah

ditetapkan.

b. Matlamat

Objektif strategi ini adalah bagi menyediakan Pelan Pengurusan Penghapusan

HCFC (HCFC Phase-Out Management Plan, HPMP) komprehensif yang

memuatkan strategi dan pelan tindakan Malaysia bagi mematuhi sasaran

Page 296: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

295  

kawalan 2013/2015 MP telah dikemukakan ke Mesyuarat Executive Committee

of the Multilateral Fund (EXCOM) pada Julai 2011 bagi mendapatkan bantuan

dana kewangan. Sasaran kawalan yang ditetapkan adalah pembekuan import

HCFC pada tahun 2013 dan pengurangan import HCFC sebanyak 10% daripada

baseline data (purata jumlah import 2009 dan 2010).

c. Status Masa Kini

Sehingga April 2013, pelaksanaan aktiviti HPMP sedang djalankan dan

kemajuan projek telah dibentangkan untuk perakuan Mesyuarat Jawatankuasa

Pemandu Kebangsaan (National Steering Committee, NSC) dan akan

dibentangkan kepada Project Steering Committee (PSC) yang akan memantau

kemajuan projek dengan lebih teliti. Memorandum of Agreement (MoA) antara

Kerajaan dan 17 industri penerima dana MLF bagi HPMP Peringkat 1 telah

ditandatangani sepenuhnya dan dalam pelaksanaan oleh industri-industri

tersebut. Aktiviti lain yang berkaitan HPMP Peringkat 1 seperti latihan pegawai

penguatkuasa dan pegawai Jabatan Kastam telah dilaksanakan dan akan

diteruskan setiap tahun hingga tamat projek manakala sistem kuota import dan

Approval Permit melalui e-Permit telah dilaksanakan pada awal tahun 2013.

d. Isu dan Cabaran

1) Sebagai negara ahli, Malaysia telah mendapat manfaat daripada PM dari

segi bantuan kewangan dalam merancang dan menyediakan HPMP.

Untuk tujuan ini, pihak United Nations Development Programme (UNDP)

bertindak sebagai agensi pelaksana Penyediaan HPMP (Stage-1).

Penyediaan HPMP (Stage-1) ini diselia dan dikoordinasi oleh Unit Ozon,

JAS yang diterajui oleh pegawai profesional dan berpengalaman. Bagi

pengurusan penghapusan CFC pula, ianya telah selesai mulai 1 Januari

2010. Penyelarasan ini dimantapkan lagi dengan penubuhan HPMP

Coordination Group (HCG). HPMP yang telah disediakan perlu

dibentangkan dan diperakui oleh NSC yang terdiri daripada pelbagai

Page 297: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

296  

Kementerian, Agensi kerajaan dan swasta, badan-badan bukan kerajaan

(NGO) dan wakil industri yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha

NRE; dan

2) Dari segi pelaksanaan HPMP pula, NSC juga bertindak sebagai pemantau

projek-projek HPMP yang melibatkan pihak industri yang berkaitan.

Komitmen pihak Industri dalam melaksanakan HPMP adalah amat

penting. Cabaran utama yang perlu dihadapi oleh pihak industri adalah

dari segi implikasi kewangan untuk pertukaran teknologi sedia ada kepada

teknologi gantian. Selain itu, persaingan pasaran global terhadap produk

baru yang menggunakan bahan gantian HCFC juga menjadi kekhuatiran

pihak industri. Dalam hal ini, bantuan dana kewangan MLF perlu

dimanfaatkan bagi membantu pihak industri melaksanakan projek-projek

HPMP. Penyertaan Malaysia dalam rundingan di peringkat antarabangsa

berkaitan PM dapat digunakan untuk mengetengahkan isu-isu berbangkit

berkenaan pelaksanaan HPMP dan pada masa yang sama dapat

mempertahankan pendirian negara berkaitan isu-isu yang timbul

sepanjang pelaksanaan HPMP di peringkat nasional. Penubuhan PSC

mulai April 2013 dapat memantau kemajuan pelaksanaan Projek HPMP

dari segi kemajuan kerja oleh industri penerima dana iaitu dari sektor busa

dan industri sokongan (system house) bagi pengeluaran polyol untuk

industri sektor busa.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam merancang dan melaksanakan HPMP ini meliputi perspektif

peranan proses dalaman (internal business process) yang memberi tumpuan

kepada peranan Kerajaan dalam menterjemah dasar untuk mematuhi ketetapan

PM. Selain itu, tumpuan strategi ini juga bertujuan memenuhi kehendak sektor-

sektor industri yang merupakan pelanggan kepada dasar baru ini. Dalam usaha

melaksanakan dasar ini, perspektif pelanggan (customer) turut dititikberatkan di

Page 298: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

297  

mana sebagai menyokong kepuasan pelanggan terhadap dasar ini, peluang

pasaran baru yang menggunakan teknologi berasaskan bahan gantian HCFC

(substitute) turut diteroka bersama bagi menggantikan pasaran semasa.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual Pelan Penghapusan Bahan

Pemusnah Ozon PM, Malaysia sebagai negara membangun perlu membekukan

import HCFC kepada baseline (purata jumlah import 2009 dan 2010) pada tahun

2013 dan mengurangkan jumlah import HCFC kepada 10% pada 2015

Jadual 70: Pelan Penghapusan Bahan Pemusnah Ozon PM

UKURAN 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Kuantiti

Penghapu

san HCFC

494.2

ODP

Ton

537.5

ODP

Ton

Memukta

mad

kan

Pelan

HPMP

Pelaksan

aan

Pelan

HPMP

Pembekua

n Import

tidak

melebihi

515.8 ODP

Ton

(berdasark

an purata

2010/2009)

Pelaksana

an Pelan

HPMP

464.2

ODP

Ton

g. Pelan Tindakan

Dalam menyediakan HPMP yang baik, tindakan-tindakan yang dilaksanakan

adalah seperti berikut:

Page 299: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

298  

1) penubuhan HCG yang terdiri daripada stakeholder Kerajaan dan industri

bertujuan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dalam menyediakan HPMP;

2) berinteraksi dengan pihak industri (pembekal bahan kimia dan peralatan/

pengimport dan/atau wakil industri yang relevan) bagi mengenal pasti

pengilang semasa yang menggunakan produk berasaskan HCFC;

3) mengadakan konsultasi dengan pihak industri bagi mengenal pasti dan

memilih teknologi alternatif, perpindahan teknologi dan kos-kos tambahan

yang terlibat; dan

4) mendapatkan perakuan NSC tentang strategi dan pelan tindakan yang

disediakan di dalam HPMP.

Manakala dari segi pelaksanaan HPMP pula, tindakan-tindakan yang akan

dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) mengukuhkan peranan institusi (institutional measures) yang melibatkan

pembuatan dasar/ strategi untuk memaklumkan dasar yang akan

dilaksanakan dalam menggalakkan penggunaan bahan gantian HCFC

(substitute) melalui Jawatankuasa sedia ada iaitu NSC (1985) dan

Jawatankuasa Teknikal ODS (1986);

2) merancang langkah-langkah pengawalseliaan melalui penambahbaikan

peraturan dan undang-undang sedia ada;

3) menubuhkan PSC yang terdiri daripada JAS , UNDP dan agensi utama

berkaitan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Unit Perancang Ekonomi

(Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa), Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perangkaan dan Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Page 300: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

299  

F5. MATLAMAT UTAMA 8: KAWALAN PENCEMARAN MARIN

29. Strategi Pelaksanaan 29

Rancangan kontingensi kebangsaan kawalan tumpahan minyak.

a. Latar Belakang

Berdasarkan kes tumpahan minyak sebanyak 54,000 barel dari kapal MT Showa

Maru yang menyebabkan impak ke atas pesisiran pantai di Selat Melaka pada

tahun 1975, Pelan Kontingensi Kebangsaan Tumpahan Minyak Selat Melaka

telah diwujudkan bagi menangani kes-kes tumpahan minyak di Selat Melaka.

Pada tahun 1989, Pelan Kontingensi Kebangsaan Laut China Selatan pula

diwujudkan berdasarkan pembangunan carigali minyak dan laluan perkapalan

yang pesat di Laut China Selatan. Seterusnya kedua –dua pelan ini digabungkan

membentuk Pelan Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan

Minyak (RKKKTM) dan digunapakai sehingga kini.

Malaysia telah menandatangani International Convention on Oil Pollution

Preparedness, Response and Co-operation (OPRC), 1990 pada 30 Oktober

1997 dan di bawah Artikel 6 konvensyen tersebut, Malaysia perlu menyediakan

latihan dan satu sistem tindak balas bagi menangani kejadian tumpahan minyak.

Di samping itu juga JAS turut terlibat sebagai focal point bagi Revolving Fund

Committee yang melibatkan tiga (3) negara iaitu Malaysia, Singapura dan

Indonesia serta Standard Operating Procedure For Joint Oil Spill Combat In The

South China Sea Including Brunei Bay For Brunei-Malaysia (SOP Brunei Bay) di

antara Malaysia dan Brunei Darussalam.

b. Matlamat

Matlamat utama Rancangan Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan

Minyak (RKKKTM) adalah untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-

Page 301: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

300  

merta yang diselaraskan bagi menghadapi sebarang kejadian tumpahan minyak,

mempertingkatkan kemampuan sumber dari segi kesediaan peralatan dan

kemampuan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak serta

mengelakkan kesan-kesan buruk ke atas persekitaran dengan melaksanakan

kaedah mengawal pengaliran tumpahan minyak yang berkesan.

c. Status Terkini

Rancangan Kontigensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM)

telah dibentuk dan dilaksanakan pada tahun 1976, merupakan pelan tindak balas

dalam menangani kejadian tumpahan minyak yang berlaku di seluruh perairan

Malaysia dan Zon Ekonomi Eksklusif. Latihan melawan tumpahan minyak

peringkat kebangsaan dilaksanakan pada setiap 2 tahun sekali. Disamping itu

penguatkuasaan marin turut dilaksanakan dengan kerjasama Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Malaysia.

d. Isu dan Cabaran

JAS yang bertindak sebagai agensi peneraju kepada Rancangan Kontigensi

Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) memainkan peranan besar

dalam memastikan lapan belas (18) jabatan/agensi di bawah RKKKTM yang

melangkaui beberapa Kementerian termasuk pihak swasta untuk memberikan

tindak balas yang cepat dan berkesan semasa kejadian tumpahan minyak.

Kekangan dari segi tenaga kerja, kepakaran, komunikasi dan logistik

menyebabkan JAS bergantung kepada jabatan/agensi lain dalam usaha

menangani kejadian tumpahan minyak.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bagi perlaksanaan strategi ini, tumpuan utama diberikan kepada perkongsian

kepakaran di antara agensi-agensi di bawah Rancangan Kontigensi Kebangsaan

Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) bagi menangani kejadian tumpahan

Page 302: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

301  

minyak melalui latihan-latihan yang dilaksanakan. Di samping mewujudkan satu

platform kerjasama pelbagai hala untuk menangani isu kejadian tumpahan

minyak dan juga meningkatkan komunikasi serta sistem tindak balas.

f. Pengukuran Dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 71: Latihan Kawalan Tumpahan Minyak

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Latihan kawalan

tumpahan minyak 1 1

g. Pelan Tindakan

Mengemaskini dari semasa ke semasa Pelan Rancangan Kontigensi

Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) dan meningkatkan

kerjasama antara agensi di bawah RKKKTM. Selain itu, hubungan kerjasama

turut diperluaskan di antara JAS dan negara-negara jiran.

30. Strategi Pelaksanaan 30

Meningkatkan kawalan pencemaran marin di perairan Malaysia dan ZEE.

a. Latar Belakang

Di bawah Seksyen 27 & 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyatakan

bahawa melepaskan buangan minyak atau campuran minyak ke dalam perairan

Malaysia merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih

daripada lima ratus ribu Ringgit Malaysia atau penjara tidak lebih daripada lima

tahun atau kedua-duanya sekali. Disamping itu di bawah Akta Zon Ekonomi

Page 303: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

302  

Eksklusif 1984 juga terdapat peruntukan dalam mengawal pencemaran marin di

sekitar perairan Malaysia.

JAS merupakan agensi peneraju yang dipertanggungjawabkan untuk mengawal

pencemaran marin yang berpunca daripada minyak dan buangan campuran

minyak.

b. Matlamat

Pembentukan Peraturan bagi mengawal pencemaran minyak di perairan

Malaysia di bawah peruntukan Seksyen 27 & 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling

1974.

Melaksanakan latihan kepada Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia bagi

tujuan meningkatkan kompentensi pegawai APMM dalam menguatkuasakan

AKAS, 1974.

c. Status Terkini

JAS sedang menyediakan deraf Peraturan yang berkaitan dengan Seksyen 27 &

29, AKAS 1974.

JAS telah mengadakan latihan kepada pegawai APMM sebanyak 3 kali

sepanjang tahun 2012. Bagi tahun 2013 JAS juga merancang untuk

mengadakan latihan kepada pegawai APMM sebanyak 2 kali.

d. Isu dan Cabaran

Kekangan logistik untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan di marin.

Page 304: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

303  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam penyediaan peraturan ini adalah untuk mengenalpasti

premis-premis yang tertakluk di bawah peraturan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 72:

Satu Peraturan dan Satu SOP

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Satu Peraturan dan satu

SOP

1 1

Latihan penguatkuasaan

3 3 2 2

g. Pelan Tindakan

Membentuk deraf peraturan merujuk kepada peraturan sedia ada negara lain.

Mengadakan perbincangan dan rundingan dengan stakeholders seperti agensi

kerajaan, pihak swasta dan NGO serta orang awam bagi mendapatkan input dan

maklum balas terhadap deraf peraturan yang disediakan.

31. Strategi Pelaksanaan 31

Melengkapkan inventori punca-punca pencemaran marin.

Page 305: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

304  

a. Latar belakang

Kepelbagaian khazanah marin di persisiran pantai dan perairan Negara perlu

dilindungi dari sebarang ancaman pencemaran. Kepesatan pembangunan

dipersisiran pantai dan juga peningkatan jumlah penggunaan perairan negara

sebagai laluan perkapalan boleh mendatangkan kesan negatif kepada

ekosistem marin.

Pencemaran ekosistem marin akan berlaku kesan daripada kemasukan bahan-

bahan pencemar dari aktiviti di lautan (sea based) dan juga dari aktiviti di daratan

(land-based). Punca-punca yang berpotensi menghasilkan dan menyebabkan

berlaku pencemaran marin perlu dikenalpasti dan dikemaskini dari masa ke

semasa supaya ianya terkawal.

JAS telah dipertanggungjawabkan dalam menangani sebarang ancaman

pencemaran samaada berpunca dari aktiviti di daratan atau di lautan selaras

dengan peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Akta Zon Ekonomi

Eksklusif, 1984.

Selain ancaman daripada aktiviti perkapalan, antara program-program dan fokus

utama berkaitan kawalan pencemaran marin pada masa kini adalah

“Implementation of the Global Programme of Action for the Protection of the

Marine Environment from Land-based Activities”.

Dalam meningkatkan kerjasama peringkat global dan serantau, Malaysia telah

terlibat secara aktif di dalam beberapa organisasi dan badan serantau yang

berkaitan kawalan pencemaran marin seperti Coordinating Body on the Seas of

East Asia (COBSEA) di bawah United Nation on Environmental Protection

(UNEP), Bay of Bengal Large Marine Ecosystem (BOBLME) dan ASEAN

Working Group Coastal Marine Environment (AWGCME).

Page 306: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

305  

b. Matlamat

Menyenarai dan melengkapkan maklumat semua punca-punca yang berpotensi

menyebabkan pencemaran marin.

c. Status Terkini

JAS sedang mengumpul maklumat sedia ada di agensi bagi melengkapkan dan

meningkatkan penggunaan aplikasi peta geospartial (GIS). Satu kajian lanjut

akan dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan

lengkap.

d. Isu dan Cabaran

Isu kekurangan maklumat sedia ada di agensi berikutan kekangan perkongsian

data dan maklumat daripada agensi yang berkaitan. Kos pengumpulan data

yang tinggi kerana melibatkan kerja lapangan dan perlu kepada pelantikan pakar

yang berkelayakan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Punca-punca yang berpotensi menghasilkan dan menyebabkan berlaku

pencemaran marin perlu dikenalpasti dan dikemaskini dari masa ke semasa.

Antara punca yang perlu diberi keutamaan adalah pelepasan dari premis

perindustrian, air sisa kumbahan dan air basuhan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Page 307: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

306  

Jadual 73: Punca-Punca Pencemaran

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Inventori punca-punca

pencemaran yang

lengkap mengikut

perairan dalam setahun

1

(satu

templa

te

kajian

invento

ri)

1

(Satu

kajian)

1

(Satu

peta

geospa

tial)

Pengiraan dan ramalan

beban pencemaran marin 1

Peta geospatial punca-

punca pencemaran 1

g. Pelan Tindakan

Satu pemetaan geospatial maklumat inventori punca-punca pencemaran marin

yang komprehensif diwujudkan untuk rujukan semua pihak.

32 Strategi Pelaksanaan 32

Membentuk peta indeks kawasan sensitif alam sekitar (ESI).

a. Latar Belakang

Malaysia merupakan sebuah negara maritim yang mana kaya dengan khazanah

dan sumber-sumber semulajadi seperti terumbu karang, perikanan, dan paya

bakau yang menjadi penyumbang kepada rantaian makanan. Persisiran pantai

Page 308: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

307  

dan marin Malaysia juga terkenal sebagai lokasi eko-pelancongan yang menarik

ramai pelancong dalam dan luar negara.

Selain kepesatan industri dan aktiviti carigali minyak, khazanah negara ini turut

terdedah dengan ancaman kejadian pencemaran marin berikutan pertambahan

kapal yang melalui perairan negara yang mana merupakan salah satu laluan

laut tersibuk di dunia.

Maklumat yang terkini berhubung kawasan-kawasan sensitif alam sekitar di

perairan dan persisiran pantai Malaysia amat perlu dikenalpasti dalam mengawal

khazanah negara ini dari ancaman pencemaran. Semasa kecemasan/ bencana

(tumpahan minyak), keutamaan (priority) dalam bertindak dapat dikenalpasti

berdasarkan rujukan Environmental Sensitivity Indexs (ESI) yang diwujudkan.

Maklumat ini amat berguna untuk mengurangkan risiko pencemaran kepada

kawasan sensitif dan ianya juga berguna semasa proses tuntutan kos daripada

pihak pencemar berhubung kerosakan alam sekitar serta kos kerja-kerja

pembersihan.

b. Matlamat

Menghasilkan satu peta maklumat kawasan sensitif alam sekitar marin yang

senang untuk dirujuk semasa menangani kejadian Tumpahan Minyak dan juga

penilaian projek-projek pembangunan.

c. Status Terkini

Pada masa kini, hanya perairan tertentu sahaja yang telah direkodkan maklumat

kawasan sensitif. Kebanyakan kajian yang lepas dijalankan oleh pihak industri

berdasarkan kepentingan mereka dan tidak melibatkan agensi kerajaan.

Page 309: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

308  

d. Isu dan Cabaran

Kos pengumpulan data yang tinggi kerana memerlukan kerja lapangan dan

tenaga pakar daripada pelbagai bidang kajian seperti biologis, geofizik dan lain-

lain bidang sains.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Mendapatkan maklumat kawasan-kawasan sensitif alam sekitar marin di

lapangan yang sering diancam pencemaran tumpahan minyak.

f. Pengukuran Dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 74: Peta Geospatial Indeks

UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Peta geospatial indeks

kawasan sensitif alam

sekitar

1

g. Pelan Tindakan

Menerima pakai kajian sedia ada dan mengemaskini maklumat dari masa ke

semasa serta menjalankan kajian baru bagi lokasi sensitif yang masih belum ada

rekod.

F6. MATLAMAT UTAMA 9: PENGURANGAN PENCEMARAN DARI BAHAN BERBAHAYA DAN BUANGAN TERJADUAL

33. Strategi Pelaksanaan 33

Page 310: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

309  

Environmentally Sound Management (ESM) ke atas buangan terjadual dipantau

berdasarkan kepada kadar tahunan.

a. Latar Belakang

Bagi membantu negara-negara yang menjadi ahli kepada Konvensyen Basel

untuk menguruskan dan mengendalikan buangan terjadual dengan lebih

sistematik dan berkesan untuk mengurangkan risiko, pihak secretariat

Konvensyen Basel telah menyediakan garis panduan teknikal iaitu

Environmentally Sound Management of Hazardous Wastes.

Environmentally Sound Management of Hazardous Wastes mengikut

Konvensyen Basel adalah mengambil semua langkah yang praktikal untuk

memastikan buangan terjadual diuruskan mengikut cara yang dapat melindungi

kesihatan manusia dan juga alam sekitar dari kesan kemudaratan buangan

terjadual tersebut.

Kriteria yang digunakan bagi menilai environmentally sound managemen’

buangan terjadual termasuklah:

1) wujudnya sistem perundangan dan penguatkuasaan bagi memastikan

pematuhan terhadap undang-undang yang berkaitan;

2) tapak atau kemudahan yang dibenarkan yang mempunyai teknologi dan

alat kawalan untuk mengendalikan buangan terjadual;

3) pengendali kemudahan buangan terjadual untuk memantau kesan dari

buangan terjdual yang dikendalikan di kemudahan tersebut;

Page 311: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

310  

4) mengambil tindakan yang bersesuaian dalam keadaan di mana

pemantauan menunjukkan berlakunya pelepasan buangan terjadual yang

tidak dapat diterima; dan

5) orang-orang yang menguruskan dan mengendalikan buangan terjadual

adalah berkelayakan dan terlatih.

6) negara-negara hendaklah mengambil tindakan untuk mengelak atau

mengurangkan pengeluaran buangan terjadual juga memastikan adanya

cukup kemudahan untuk buangan terjadual yang dihasilkan bagi

melindungi kesihatan awam dan alam sekitar.

b. Matlamat

Objektif ESM ke atas buangan terjadual adalah bagi memastikan bahawa jumlah

buangan terjadual yang semakin meningkat dari tahun ke tahun ini akan dapat

dikawal dan diuruskan dengan baik dan berkesan iaitu dengan memastikan

bahawa buangan tersebut dapat dikurangkan, diperoleh kembali, dikitar semula

dan akhir sekali dilupuskan. Objektif ini akan dicapai dengan memantau status

berikut:

1) peningkatan peratusan buangan yang diperoleh kembali dan diguna

semula; dan

2) penurunan peratusan buangan yang dilupuskan, berdasarkan aras asas

2010. c. Status Masa Kini

1) Jumlah buangan terjadual yang dihasilkan di Malaysia antara tahun 2009

hingga 2011 dan kaedah pengurusannya sama ada diuruskan oleh

kemudahan yang dilesenkan olehJAS, melalui pengurusan khas buangan

terjadual atau dieksport setelah mendapat kelulusan JAS.

Page 312: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

311  

Jadual 75: Jumlah Buangan Terjadual Di Hasilkan (Metrik Tan)

Tahun Jumlah Buangan Terjadual dihasilkan

(Metrik Tan)

Kemudahan 2009 2010 2011

Pemerolehan Kembali Luar

Tapak (Local Off-site Recovery

Facilities)

686,011.92 875,972.38 937,769.83

Pengolahan Buangan Terjadual

di Tapak (On-site Treatment) 520,751.65 805,365.94 340,460.16

Pengurusan Khas Buangan

Terjadual 293,782.21 1,206,568.31 1,659,537.67

Kualiti Alam Sdn. Bhd 126,288.00 133,674.17 119,684.03

Penstoran Buangan Terjadual

di Tapak (On-site Storage) 47,039.37 35,456.96 189,861.05

Loji Penunuan Buangan

Klinikal Luar Tapak (Off-site

Clinical Waste Incinerators)

16,558.99 16,781.08 17,795.47

Trinekens (Sarawak) Sdn. Bhd. 12,043.00 12,161.00 14,500.00

Foreign Facilities (Export) 2,833.00 1,517.00 1,961.00

Jumlah 1,705,308.14 3,087,496.84 3,281,569.21

2) Bilangan Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak yang dilesenkan

oleh JAS antara tahun 2009 hingga 2011.

Page 313: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

312  

Jadual 76: Bilangan Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak

Tahun Bilangan Kemudahan Pemerolehan

Kembali Luar Tapak

Kategori Buangan 2009 2010 2011

Electronic and Electrical Wastes 138 153 158

Dross / Ash / Slag / Catalyst 39 50 50

Oil / Mineral Sludge / Spent Coolant 34 38 38

Used Container / Contaminated

Waste / Ink / Paint / Lacquer 29 37 28

Heavy Metal Sludge / Rubber 28 30 30

Acid / Alkaline 31 28 37

Solvent 22 23 23

Phenol / Adhesive / Resin 10 15 10

Photographic 9 10 15

Gypsum 7 8 7

Battery 4 7 8

Jumlah 351 399 404

d. Isu dan Cabaran

Pengurusan buangan terjadual adalah satu perjalanan yang berterusan.

Perkembangan teknologi, perubahan gaya hidup, kemajuan perindustrian,

pembangunan perbandaran, kekurangan tanah dan faktor-faktor lain akan terus

mewujudkan cabaran baru kepada JAS dalam menguruskan buangan toksik dan

berbahaya. Antara cabaran-cabaran baru tersebut termasuklah pengurusan e-

sisa dan lain-lain buangan baru yang merupakan tambahan kepada komponen

buangan yang menarik perhatian seluruh dunia masa kini.

Evolusi baru pengurusan buangan terjadual dari berteraskan prinsip dari buaian

ke liang lahad kepada dari buaian ke buaian (cradle to grave to cradle to cradle),

Page 314: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

313  

pendekatan pencegahan penghasilan buangan, pengurangan dan kitar semula

sisa buangan, kewujudan sumber alam dan semula jadi yang terhad dan tanah

tercemar umpamanya juga menuntut jabatan untuk menggunakan pendekatan

baru di samping memperkemaskan pendekatan sedia ada.

Perubahan ini perlu dilakukan bagi memastikan bahawa JAS akan terus

memainkan peranan yang relevan dan efektif dalam pengurusan alam sekitar

yang baik ke atas bahan buangan terjadual, di samping terus memangkinkan

pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai negara yang sedang membangun, cabaran-cabaran baru akan terus

muncul. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan untuk sentiasa bersiap siaga

dan membina keupayaan mengatasi cabaran-cabaran ini bagi memastikan

bahawa kesihatan awam dan alam sekitar kita sentiasa terpelihara.

e. Bidang-Bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan kepada

perkara berikut, iaitu:

1) mewujudkan sistem pengumpulan, pengasingan dan pengolahan buangan

elektrik dan elektronik dari rumah kediaman; dan

2) pengemaskinian perundangan, polisi dan garis panduan berkaitan bahan

berbahaya dan buangan terjadual sejajar dengan perkembangan teknologi

dan keupayaan negara semasa bagi menggalakkan buangan terjadual

yang dihasilkan dapat dikurangkan, diguna semula dan diperoleh kembali,

di samping membangunkan potensi industri pemerolehan kembali bahan

sebagai salah satu dari sektor ekonomi baru yang berdaya saing dan boleh

menjana sumber pendapatan baru kepada ekonomi Malaysia.

Page 315: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

314  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, tindakan yang disasarkan di bawah strategi ini

mengikut kepentingan proses pelaksanaan adalah seperti berikut:

Jadual 77:

Peratusan buangan terjadual yang dikitar semula atau diperolehi kembali

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Peratusan buangan

terjadual yang dikitar

semula atau

diperolehi kembali

5 10 20 30 40 50

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini adalah:

1) menjalankan kajian bagi membangunkan sistem mengurangkan buangan

terjadual yang sistematik dan berkesan di Malaysia serta melahirkan

material cycle society di mana orang awam, sektor swasta dan pihak

kerajaan mengamalkan aktiviti mengurangkan buangan terjadual

menggunakan sistem yang dibangunkan dan menjadikannya sebagai

amalan seharian; dan

2) menggubal polisi serta garis panduan yang berkesan yang dapat

menggalakan buangan terjadual untuk dikurangkan dan diguna semula

atau diperoleh kembali sebelum dilupuskan.

34. Strategi Pelaksanaan 34

Pengurusan data buangan terjadual yang kemas

Page 316: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

315  

a. Latar Belakang

Pengurusan buangan terjadual di Malaysia akan lebih terancang, sistematik dan

terarah dengan adanya data-data buangan terjadual yang kemas dan betul.

Data-data yang betul bukan sahaja dapat memberi gambaran sebenar senario

pengurusan buangan terjadual di Malaysia tetapi ianya juga akan membantu

JAS untuk merangka program penguatkuasaannya agar lebih terarah kepada

punca atau faktor penyebab jika berlaku sebarang ketidakpatuhan. Melalui data

yang dijana juga akan dapat membantu JAS mengeluarkan polisi yang berkaitan

bagi memastikan pihak yang terlibat dalam pengendalian buangan terjadual

sentiasa mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.

b. Matlamat

Matlamat utama dalam pengurusan data buangan terjadual yang kemas ialah

memastikan semua pengeluar buangan terjadual mengguna pakai sistem

elektronik consignment note (e-CN) untuk melaporkan data-data inventori,

notifikasi dan consignment note kepada JAS.

c. Status Masa Kini

Sehingga kini status penggunaan sistem e-CN bagi premis yang ditetapkan

(Buangan Terjadual) ialah 100%. Walau bagaimanapun status penggunaan e-

CN bagi pengeluar buangan terjadual adalah masih rendah iaitu 40% sahaja.

d. Isu dan Cabaran

Memastikan semua pengeluar buangan terjadual menggunakan sepenuhnya

sistem e-CN termasuklah bengkel-bengkel dan klinik-klinik persendirian yang

bilangannya semakin bertambah di seluruh negara. Pegawai-pegawai JAS perlu

dilatih supaya mahir menggunakan sistem e-CN dan seterusnya dapat

membantu pihak industri menggunakan sistem ini melalui bengkel/latihan hands-

Page 317: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

316  

on yang diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran dan

penggunaan sistem e-CN ini.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi tumpuan kepada

perkara-perkara berikut:

1) melaksanakan program kesedaran di JAS Negeri yang mempunyai

peratus penggunaan e-CN dibawah 30%; dan

2) mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan sistem e-CN.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2012 dan 2013, Bahagian Bahan Berbahaya telah menyasarkan

penggunaan sistem e-CN seperti jadual berikut:

Jadual 78: Sasaran Penggunaan Sistem e-CN oleh Pengeluar Buangan Terjadual

UKURAN 2012 2013

Peratus penggunaan e-CN oleh Pengeluar Buangan

Terjadual 80% 80%

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini:

1) Mewajibkan semua premis yang ditetapkan (buangan terjadual) dan

pengeluar buangan terjadual menggunakan aplikasi e-CN;

Page 318: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

317  

2) Mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan e-CN bagi membantu

analisis data dan penyemakan pematuhan;

3) Menyediakan laporan status kemajuan penggunaan aplikasi sistem e-CN;

dan

4) Melaksanakan program kesedaran kepada JAS negeri/industri.

35. Strategi Pelaksanaan 35

Mengemaskini polisi pengurusan buangan terjadual

a. Latar Belakang

Pengurusan buangan berbahaya yang semakin meningkat dan kompleks

memerlukan polisi serta strategi yang berkesan bagi meminimumkan risiko

kepada masalah alam sekitar dan kesihatan yang berkaitan dengannya.

Penggubalan polisi serta strategi bagi buangan terjadual akan dapat membantu

membangunkan infrastruktur baru yang diperlukan untuk memastikan kapasiti

yang mencukupi untuk mengendalikan kuantiti buangan terjadual yang semakin

meningkat dan juga menggalakan lebih banyak buangan terjadual untuk diguna

semula, diperoleh kembali serta jumlah untuk dilupuskan dikurangkan.

b. Matlamat

Dengan adanya polisi pengurusan buangan terjadual ini, objektif utama untuk

memastikan buangan terjadual dapat diuruskan secara environmentally sound

manner dan lebih banyak buangan terjdual dapat diguna semula, diperoleh

kembali serta jumlah untuk dilupuskan dikurangkan mengikut sasaran akan

dapat dicapai.

Page 319: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

318  

c. Status Masa Kini

Pada masa ini, buangan terjadual yang hendak diguna semula atau diperoleh

kembali di premis atau kemudahan selain dari di premis yang ditetapkan (PYDT)

atau kemudahan pengolahan atau pemerolehan kembali di tapak (onsite facility)

boleh dibuat dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Ketua

Pengarah Alam Sekitar.

Buangan terjadual yang hendak diekspot bagi tujuan pemerolehan kembali dan

bukan tujuan pelupusan dibuat melalui pror informed consent di bawah

Konvensyen Basel.

Beberapa garis panduan dan juga dokumen telah diterbitkan bagi memberi

panduan mengenai ketetapan serta cara pengendalian dan pengurusan buangan

terjadual yang dapat meminimakan risiko kepada kesihatan manusia dan alam

sekitar iaitu:

1) Guidelines for Site Selection and Design of Storage of Scheduled Wastes;

2) Garispanduan Pensampelan Buangan Terjadual;

3) Guidelines on Standard and Specification Waste Oil;

4) Garispanduan Pelaksanaan Co-processing di Kilang Simen; dan

5) Dokumen Implementation of the Basel Convention in Malaysia.

d. Isu dan Cabaran

Di antara isu dan cabaran yang dihadapi adalah:

Page 320: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

319  

1) Ketiadaan satu Pelan Tindakan dan Strategi untuk Pengurangan Buangan

Terjadual;

2) Ketiadaan garis panduan bagi meminimakan buangan terjadual untuk

kegunaan industri, orang awam dan pihak berkuasa;

3) Ketiadaan garis panduan audit khusus untuk buangan terjadual;

4) Keperluan untuk meningkatkan keupayaan dan membina kapasiti kepada

JAS dan juga industri mengenai pengurusan pengurangan buangan

terjadual;

5) Mengkaji undang-undang sedia ada dan mencadangkan elemen undang-

undang bagi menyokong dan memastikan waste minimisation dapat

dijalankan dengan sistematik dan berkesan;

6) Mengkaji teknologi yang digunakan bagi pengurangan buangan terjadual

termasuk teknologi bersih dan teknologi pemerolehan kembali buangan

terjadual untuk mencapai pengurangan buangan terjadual yang dihasilkan

sepertimana yang ditetapkan dan membuat benchmarking teknologi

tersebut; dan

7) Menyarankan sistem pengurangan buangan terjadual yang mapan

dengan market system di mana semua pihak mengamalkan prinsip

recycle, reuse dan reduce (3Rs).

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Dengan tamatnya tempoh hak ekslusif bagi mengumpul, merawat dan

melupuskan buangan terjadual yang diberikan kepada syarikat Kualiti Alam Sdn.

Bhd. (KASB) pada Februari 2015, maka satu ketetapan hendaklah dibuat

Page 321: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

320  

berhubung cara pengendalian dan pengurusan buangan terjadual di masa akan

datang dengan mengambil kira kapasiti infrastuktur sedia ada yang telah dibina

yang akan menjangkau tempoh hayat masing-masing dan juga keperluan untuk

membina kemudahan infrastuktur baru sebagai persediaan untuk mengendalikan

buangan terjadual yang semakin meningkat dan yang selari dengan tren

pengurusan buangan terjadual di seluruh dunia.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, tindakan yang disasarkan di bawah strategi ini

mengikut kepentingan proses pelaksanaan adalah seperti berikut:

Jadual 79:

Dokumen Yang Akan Disediakan

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Kertas polisi halatuju

dan kedudukan

eksklusif KASB

- - -

Deraf

kertas

polisi

Kertas

polisi

final

Kertas

polisi

final

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini:

1) Menyediakan kertas polisi hala tuju dan kedudukan eksklusif KASB;

2) Menerbitkan garis panduan pengurusan khas buangan terjadual; dan

3) Menerbitkan dokumen Perlaksanaan Konvensyen Basel di Malaysia

berkaitan pergerakan buangan merentasi sempadan.

Page 322: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

321  

36. Strategi Pelaksanaan 36

Pengurusan pangkalan data bahan berbahaya (environmentally hazardous

substances, EHS) yang komprehensif.

a. Latar Belakang

Selaras dengan pembangunan industri yang pesat di Malaysia pada masa ini,

jumlah EHS yang dihasilkan dan diimport adalah jauh melebihi dari jenis-jenis

bahan berbahaya yang digunakan dalam pelbagai produk pengguna dan juga

peratusan bahan kimia yang tidak dinilai masih tinggi. Kerajaan Malaysia amat

menitik beratkan mengenai kesan yang bakal dihadapi oleh manusia dan alam

sekeliling akibat daripada pendedahan keatas bahanbahan toksik dan bahan

berbahaya yang tidak dikawal yang kini banyak digunakan di dalam pelbagai

produk berasaskan kimia. Di samping itu bahanbahan berbahaya yang

menyebabkan kesan yang berkekalan dan accumulate yang memberi kesan

kepada ekosistem dan manusia juga harus diberi perhatian. Bahan-bahan

berbahaya yang diklasifikasikan sebagai carcinogen , mutagen dan juga

reproductive toxicity juga adalah di antara bahan-bahan yang dikhuatiri akan

memusnahkan manusia dan alam sekeliling.

Berasaskan kepada kesan-kesan tersebut, Kerajaan merasai perlunya ada satu

persetujuan mengenai Rancangan Strategi dan Pelan Tindakan bagi pengurusan

bahan berbahaya di Malaysia dan juga meningkatkan kapasiti dan kesedaran

tentang isu-isu berkaitan pengurusan bahan berbahaya di kalangan

stakeholders. Maklumat mengenai penggunaan bahan berbahaya di Malaysia

dan implimentasi metodologi untuk penilaian risiko kepada manusia dan alam

sekitar adalah salah satu pelan yang telah dirangka di bawah Rancangan

Strategi tersebut. Kerajaan juga telah mengenalpasti bahawa perlunya

peningkatan kapasiti untuk latihan dan juga penggunaan penilaian risiko sebagai

tool untuk penilaian risiko.

Page 323: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

322  

Bagi mencapai segala keperluan tersebut, skim Notifikasi dan Pendaftaran

Bahan-Bahan Berbahaya (Environmentally Hazardous Substances Notification

and Registration, EHSNR) telah dibangunkan bagi membolehkan satu

pengurusan pangkalan data EHS yang komprehensif diadakan.

b. Matlamat

1) Membolehkan semua maklumat mengenai bahan berbahaya termasuk

kuantitinya serta sifat-sifat fizikal, kimia dan toksiknya dapat dikumpulkan

bagi membolehkan Kerajaan untuk membuat satu keputusan bagi

mengawal dan menguruskan EHS terutama yang sangat toksik dan

memberi kesan mudarat kepada kesihatan dan alam persekitaran;

2) Membolehkan keupayaan agensi-agensi yang terlibat di dalam

pengurusan bahan EHS dipertingkatkan terutamanya dari segi

pengetahuan mereka dalam hal berkaitan dengan pengkelasan,

memahami ciri-ciri bahan berbahaya serta analisa risiko ke atas bahan-

bahan kimia;

3) Membolehkan JAS untuk membuat senarai keutamaan dan

mencadangkan bahan berbahaya untuk dibuat penilaian risiko;

4) Memastikan satu penilaian dan pelaporan pengurusan bahan berbahaya

yang berterusan dilaksanakan; dan

5) Membolehkan kerajaan mengadakan peraturan bagi mengawal bahan

berbahaya di Malaysia.

c. Status Masa Kini

Page 324: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

323  

1) Maklumat pendaftaran sistem EHSNR

Jadual 80: Sistem EHSNR

Bil. Maklumat Jumlah

1. Bil. Syarikat yang dikenalpasti sebagai pengimport atau

pengeluar EHS

1365

2. Bil. Syarikat yang telah mendaftar didalam sistem EHSNR 395

3. Bil. EHS yang telah didaftarkan 1916

2) Cadangan roadmap bagi impementasi:

2009 – 2013 - Tempoh pendaftaran secara sukarela

Aktiviti kesedaran dan latihan diadakan

2014 – 2015 - Membangunkan kepakaran dalam penilaian

risiko

Pengumpulan baseline data

Menilai dan menganalisa penilaian risiko

Mengenalpasti keperluan

2016 – 2017 - Cadangan peraturan bagi mengawal EHS

2018 – seterusnya - Penguatkuasan

Advocacy

Page 325: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

324  

d. Isu dan Cabaran

1) Menangani isu-isu yang berkaitan dengan Confidential Business

Information (CBI) yang dibangkitkan oleh pihak industri;

2) Merealisasikan cadangan untuk mengabungkan sistem EHSNR JAS dan

sistem CIMS JKKP bagi memenuhi permintaan dari pihak industri untuk

membolehkan maklumat pendaftaran dikongsi bersama oleh kedua-dua

agensi; dan

3) Mewajibkan pendaftaran dan notifikasi dibuat oleh pihak industri tanpa

adanya peraturan yang berkaitan. Penggunaan Seksyen 37 di bawah

AKAS 1974 hanya membolehkan maklumat diperolehi sekiranya

dirasakan perlu.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan kepada

perkara berikut, iaitu:

1) Mewujudkan satu peraturan baru untuk skim notifikasi dan pendaftaran

EHS agar skim ini dapat diwajibkan;

2) Penguatkuasaan oleh pegawai-pegawai JAS ke atas pengimport dan

pengilang EHS yang tidak membuat pendaftaran dan notifikasi;

3) Seminar kesedaran dan latihan kepada pegawai-pegawai JAS Negeri

mengenai skim EHSNR ini bagi membolehkan maklumat-maklumat dapat

disampaikan kepada pihak industri dengan jelas;

4) Mempertingkatkan kepakaran pegawai dalam bidang penilaian risiko; dan

Page 326: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

325  

5) Memperluaskan unit yang sedia ada bagi membolehkan pemantauan

serta kerja-kerja berkaitan dipertingkatkan.

Page 327: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

326  

e. Pengukuran dan Petunjuk-Petunjuk Prestasi

Jadual 81: Transformasi Yang Dicadangkan

NO. TRANSFORMASI YANG DICADANGKAN

TINDAKAN / KOMEN

PENAMBAIKAN (P) /

TRANSFORMASI (T)

TARIKH

SASARAN

ANGGARAN

KOS (RM)

1. Mengabungkan sistem EHS JAS dengan system CIMS JKKP

bagi memudahkan notifikasi dan pendaftaran EHS

T 2013

2. Mempertingkatkan advocacy mengenai keperluan notifikasi

EHS di kalangan golongan sasar selepas sistem bersama

dibangunkan

T 2013

3. Mewujudkan kepakaran dalam bidang penilaian risiko kepada

pegawai-pegawai JAS

T 2014 -

2015

4. Menubuhkan pusat maklumat (repository centre) mengenai

EHS

T 2014 -

2015

5. Mewujudkan peraturan bagi mengawal EHS T

2016 -

2017

Page 328: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

327  

g. Pelan Tindakan (Inisiatif)

Bagi mencapai hasrat untuk mencapai pengurusan alam sekitar yang baik ke

atas EHS, pelan tindakan berikut adalah dirancang dan dilaksanakan, iaitu:

1) Mewujudkan satu sistem gabungan diantara sistem CIMS JKKP dan

EHSNR JAS;

2) Mewujudkan rangka kerja perundangan bagi mencegah dan mengawal

kesan mudarat EHS;

3) Mewujudkan strategi pengurangan risiko dan langkah-langkah

termasuk penilaian risiko dan pengurusan risiko;

4) Mengadakan program advocacy melalui seminar bersama JAS negeri;

dan

5) Menyertai kerjasama antarabangsa dan serantau yang berkaitan

dengan EHS.

37. Strategi Pelaksanaan 37

Pengurusan Tanah Tercemar.

a. Latar Belakang

Revolusi perindustrian Malaysia yang dianggap masih muda bermula dalam

Rancangan Malaysia Kedua (1971–1975) berkembang ke arah negara

membangun menghasilkan tapak yang berpotensi sebagai tanah yang

tercemar. Kawasan tanah yang tercemar di Malaysia ketika ini kekal

tersembunyi atau tidak diketahui kedudukannya seperti bekas tapak

pelupusan sampah, bekas depot minyak dan sebagainya pada masa lalu

yang kini sekiranya langkah-langkah awal tidak diambil, tanah tercemar ini

boleh mencemarkan tanah, air tanah dan seterusnya mencemari bekalan air

Page 329: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

328  

awam menjadi penyebab kepada pencemaran alam sekitar dan mengganggu

kesihatan orang ramai.

Menyedari kepentingan pencegahan pencemaran alam sekitar dan kesihatan

awam berpunca dari tanah yang tercemar ini, selari dengan keperluan

mengggubal peraturan bagi membolehkan penguatkuasaan peruntukan

Seksyen 24, sekatan mengenai pencemaran tanahtanih, AKAS 1974, satu

Kajian Tanah Tercemar dan Pembentukan Kriteria dan Standard Tanah

Tercemar telah dilaksanakan di bawah peruntukan Program Pembangunan

Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK9). Kajian ini telah dijalankan oleh

JAS pada Julai 2007 hingga Jun 2009.

Melalui kajian ini, rangka kerja bagi penilaian dan pengurusan tanah tercemar

di seluruh negara yang akan dapat digunakan sebagai satu piawaian bagi

tujuan penilaian dan pengurusan tanah tercemar di Malaysia dibentuk. Tiga

(3) siri garis panduan yang berkaitan untuk mengenalpasti, menilai dan

membaikpulih tanah yang tercemar telah diterbitkan bagi membantu semua

pihak yang terlibat termasuk agensi kerajaan, perunding dan lain-lain pihak

yang berkaitan. Tiga (3) siri garis panduan yang berkaitan tersebut adalah:

1) Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 1:

Malaysian Recommended Site Screening Levels for Contaminated

Land;

2) Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 2:

Assessing and Reporting Contaminated Sites; dan

3) Contaminated Land Management and Control Guidelines No. 3:

Remediation of Contaminated Sites.

Page 330: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

329  

b. Matlamat

Matlamat Strategik ini adalah:

1) pengurusan tanah tercemar di Malaysia dilaksanakan dengan lebih

sistematik mengikut kriteria dan standard pengurusan tanah tercemar

yang telah dibangunkan; dan

2) tanah yang tercemar dibaik pulih untuk membolehkan tanah tersebut

selamat diduduki atau dimanfaatkan bagi kegunaan berfaedah yang

bersesuaian.

c. Status Masa Kini

Status masa kini berkaitan pengurusan tanah tercemar yang dimaklumkan

secara sukarela oleh pihak yang berkaitan dan kerja-kerja pengurusan tanah

tercemar tersebut dipantau JAS antara tahun 2010 hingga 2012, adalah:

Jadual 82: Kerja-Kerja Pengurusan Tanah Tercemar Dipantau JAS Tahun 2010-2012

Bil. Penilaian Tahun

2010 2011 2012

1. Bilangan kawasan tanah tercemar yang

dilaporkan (notify) 2 11 13

2. Bilangan tanah tercemar yang dipulihkan 0 2 5

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti bagi pengurusan tanah tercemar di

Malaysia adalah:

Page 331: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

330  

1) rangka Kerja Pengurusan Tanah Tercemar di Malaysia yang diterima

pakai oleh semua stakeholders;

2) kemampuan makmal-makmal Malaysia menganalisa 659 parameter

Site Screening Levels (SSLs) dan kemampuan stakeholders mematuhi

SSLs ini dalam pengurusan dan kawalan tanah tercemar; dan

3) ketersediaan tenaga pakar atau orang yang berkelayakan

mengendalikan kerja-kerja penilaian, pengurusan tanah tercemar dan

keupayaan membaik pulih tanah yang tercemar.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan

kepada perkara berikut, iaitu:

1) pengemaskinian perundangan, polisi dan garis panduan berkaitan

pengurusan tanah tercemar sejajar dengan perkembangan teknologi

dan keupayaan negara semasa bagi menghentikan, menyuraikan dan

membasmi pencemaran tanah;

2) pegawai yang berpengetahuan dan terlatih yang dapat memberi

khidmat nasihat berkesan dalam hal ehwal pengurusan tanah

tercemar; dan

3) pengenalpastian bilangan kawasan tanah tercemar yang dilaporkan

(notify), bilangan tanah tercemar yang dikenalpasti, dan bilangan tanah

tercemar yang dipulihkan (remediation).

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, tindakan yang disasarkan di bawah strategi ini

mengikut kes berkaitan tanah tercemar yang dirujuk ke JAS adalah;

Page 332: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

331  

Jadual 82: Kes Berkaitan Tanah Tercemar Yang Dirujuk Ke JAS

Bil. Penilaian Tahun

2010 2011 2012 2013 2014 2015

1. Bilangan kawasan tanah

tercemar yang

dilaporkan

2 11 13 15 17 19

2. Bilangan tanah tercemar

yang dipulihkan 0 2 5 6 7 8

f. Pelan Tindakan

Kawasan tanah tercemar yang telah dikenalpasti akan dinilai tahap

pencemarannya, dibandingkan dengan standard yang telah dibangunkan dan

menjalankan langkah membaik pulih tanah tersebut mengikut kesesuaian di

samping memantau kesan/risiko pencemaran kepada kesihatan orang ramai

dan alam sekitar.

Kajian ini merupakan yang pertama kali dibuat di negara ini akan dapat

memberi pengalaman, pengetahuan serta kemahiran kepada kakitangan

Jabatan seterusnya meningkatkan keupayaan Jabatan untuk menghadapi

masalah tanah tercemar di masa hadapan.

38. Strategi Pelaksanaan 38

Kemudahan Pemerolehan Kembali e-waste beroperasi memenuhi standard

antarabangsa.

a. Latar Belakang

Program pengurusan buangan berbahaya telah bermula sejak dari tahun

1989. Pengurusan bahan buangan berbahaya menjadi semakin kompleks

Page 333: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

332  

dan rumit dengan pengeluaran pelbagai produk dan bahan akibat dari aktiviti

perindustrian dan pembangunan yang semakin pesat. Pengurusan buangan

berbahaya yang kompleks ini memerlukan polisi serta strategi yang berkesan

bagi meminimumkan risiko kepada masalah alam sekitar dan kesihatan yang

berkaitan dengannya.

Buangan elektronik (e-waste) merupakan buangan terjadual yang telah mula

dikuatkuasakan semenjak tahun 2005 di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti

Alam Sekeliling (Buangan terjadual) 2005. Sehingga akhir Februari 2013,

sebanyak 18 kemudahan pemerolehan kembali e-waste (penuh) dan 128

kemudahan pemerolehan kembali e-waste (separa) telah dilesenkan bagi

menjalankan proses pemerolehan kembali logam-logam berharga seperti

aluminium, kuprum, emas dan sebagainya. Pada masa yang sama,

kemudahan ini juga diharapkan akan menangani elemen-elemen berbahaya

yang terdapat di dalam e-waste seperti logam berat (kadmium, plumbum,

merkuri dan sebagainya), plastik, gelas dan lain-lain bahan daripada terus

mencemari alam sekitar dan kesihatan manusia.

b. Matlamat

Matlamat meningkatkan Kemudahan Pemerolehan Kembali e-waste untuk

beroperasi memenuhi standard antarabangsa adalah seperti berikut:

1) mempromosikan amalan ESM kepada kemudahan pemerolehan

kembali e-waste;

2) membangunkan kriteria ESM bagi kemudahan pemerolehan kembali

e-waste di Malaysia;

3) mewujudkan penanda aras dan piawai minimum kepada teknologi

yang digunakan oleh kemudahan pemerolehan kembali di Malaysia

bagi memastikan pengurusan alam sekitar yang baik ke atas buangan

terjadual;

Page 334: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

333  

4) membangunkan polisi dan perundangan yang berkaitan bagi mencapai

pelaksanaan ESM dalam mengendalikan pemerolehan kembali e-

waste.

c. Status dan Masa Kini

Jumlah penghasilan e-waste adalah pada kadar 10-15% dari jumlah

keseluruhan buangan terjadual semenjak tahun 2008 sehigga kini. Jumlah ini

dijangka akan terus meningkat apabila pelaksanaan dilakukan ke atas e-

waste dari rumah kediaman.Permohonan untuk mengimport dan mengeksport

e-waste juga semakin meningkat dan pertimbangan hanya akan dibuat

sekiranya tiada teknologi yang berkaitan di Malaysia.Hampir kesemua kes-

kes illegal shipment semenjak tahun 2009 sehingga kini melibatkan import

atau eksport e-waste.

d. Isu dan cabaran

Pengurusan buangan terjadual adalah satu perjalanan yang berterusan.

Perkembangan teknologi, perubahan gaya hidup, kemajuan perindustrian,

pembangunan perbandaran, kekurangan tanah dan faktor-faktor lain akan

terus mewujudkan cabaran baru kepada JAS dalam menguruskan buangan

toksik dan berbahaya. Antara cabaran-cabaran baru tersebut termasuklah

pengurusan e-sisa dan lain-lain buangan baru yang merupakan tambahan

kepada komponen buangan yang menarik perhatian seluruh dunia masa kini.

Evolusi baru pengurusan buangan terjadual dari berteraskan prinsip dari

buaian ke liang lahad kepada dari buaian ke buaian (‘cradle to grave’ to

‘cradle to cradle’), pendekatan pencegahan penghasilan buangan,

penggurangan dan kitar semula sisa buangan, kewujudan sumber alam dan

semula jadi yang terhad dan tanah tercemar umpamanya juga menuntut

JAS untuk menggunakan pendekatan baru di samping memperkemaskan

pendekatan sedia ada.

Perubahan ini perlu dilakukan bagi memastikan bahawa JAS akan terus

memainkan peranan yang relevan dan efektif dalam pengurusan alam sekitar

Page 335: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

334  

yang baik ke atas bahan buangan terjadual, disamping terus memangkinkan

pertumbuhan ekonomi negara.

Sebagai negara yang sedang membangun, cabaran-cabaran baru akan terus

muncul. Adalah menjadi tanggungjawab JAS untuk sentiasa bersiap siaga

dan membina keupayaan mengatasi cabaran-cabaran ini bagi memastikan

bahawa kesihatan awam dan alam sekitar kita sentiasa terpelihara.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini adalah memberi keutamaan

kepada perkara berikut, iaitu:

1) Pengemaskinian perundangan, polisi dan garispanduan berkaitan

bahan berbahaya dan buangan terjadual terutamanya e-waste sejajar

dengan perkembangan teknologi dan keupayaan negara semasa bagi

menggalakkan buangan terjadual yang dihasilkan dapat dikurangkan,

diguna semula dan diperoleh kembali, di samping membangunkan

potensi industri pemerolehan kembali bahan sebagai salah satu dari

sektor ekonomi baru yang berdaya saing dan boleh menjana sumber

pendapatan baru kepada ekonomi Malaysia.

f. Pengukuran dan Petunjuk-petunjuk Prestasi

1) Jumlah buangan terjadual yang dihasilkan di Malaysia antara tahun

2009 hingga 2011 dan kaedah pengurusannya sama ada diuruskan

oleh kemudahan yang dilesenkan oleh JAS, melalui pengurusan khas

buangan terjadual atau dieksport setelah mendapat kelulusan JAS.

Page 336: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

335  

Jadual 83: Jumlah terjadual yang dihasilkan di malaysia antara tahun 2009-2011

Tahun Jumlah Buangan Terjadual dihasilkan

(Metrik Tan)

Kemudahan 2009 2010 2011

Pemerolehan Kembali Luar Tapak

(Local Off-site Recovery

Facilities)

686,011.92 875,972.38 937,769.83

Pengolahan Buangan Terjadual di

Tapak (On-site Treatment) 520,751.65 805,365.94 340,460.16

Pengurusan Khas Buangan

Terjadual 293,782.21 1,206,568.31 1,659,537.67

Kualiti Alam Sdn. Bhd 126,288.00 133,674.17 119,684.03

Penstoran Buangan Terjadual di

Tapak (On-site Storage) 47,039.37 35,456.96 189,861.05

Loji Penunuan Buangan Klinikal

Luar Tapak (Off-site Clinical

Waste Incinerators)

16,558.99 16,781.08 17,795.47

Trinekens (Sarawak) Sdn. Bhd. 12,043.00 12,161.00 14,500.00

Foreign Facilities (Export) 2,833.00 1,517.00 1,961.00

Jumlah 1,705,308.14 3,087,496.84 3,281,569.21

2) Bilangan Kemudahan Pemerolehan Kembali Luar Tapak yang

dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar antara tahun 2009 hingga 2011.

Jadual 84: Bilangan kemudahan perolehan kembali luar tapak antara 2009-2011

Tahun Bilangan Kemudahan Pemerolehan

Kembali Luar Tapak

Kategori Buangan 2009 2010 2011

Electronic and Electrical Wastes 138 153 158

Page 337: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

336  

Dross / Ash / Slag / Catalyst 39 50 50

Oil / Mineral Sludge / Spent Coolant 34 38 38

Used Container / Contaminated Waste /

Ink / Paint / Lacquer 29 37 28

Heavy Metal Sludge / Rubber 28 30 30

Acid / Alkaline 31 28 37

Solvent 22 23 23

Phenol / Adhesive / Resin 10 15 10

Photographic 9 10 15

Gypsum 7 8 7

Battery 4 7 8

Jumlah 351 399 404 g. Pelan Tindakan ( Inisiatif)

Memantau kemudahan pemerolehan kembali e-sisa beroperasi memenuhi

standard antarabangsa dengan berpandukan kepada ESM kriteria yang akan

dibentuk.

39. Strategi Pelaksanaan 39

Melaksanakan pilot projek Household E-Waste Collection System.

a. Latar Belakang

Susulan daripada Projek Perintis daripada Kajian ‘The Project for Model

Development for e-waste Collection, Segregation and Transportation from

Households for Recycling’ suatu sistem model pengurusan e-waste bagi

tujuan pengutipan, pengasingan dan pengangkutan e- waste dari isi rumah

bagi tujuan kitar semula telah dibangunkan di Pulau Pinang. Projek Perintis

ini dibiayai sepenuhnya oleh Japan International Cooperation Agency (JICA).

Page 338: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

337  

Selain itu, kajian ini dapat membantu Jabatan untuk memperbaiki dan

memperhalusi polisi pengurusan buangan terjadual sedia ada.

Jabatan telah mengambil langkah untuk menyelaras pengurusan e-waste

dengan menubuhkan ‘E-waste Alam Alliance’ bagi menguruskan e-waste dari

isi rumah di beberapa negeri yang terpilih. Projek ini bertujuan untuk

membangunkan sistem pengumpulan e-waste dari isi rumah yang

bersesuaian, berkesan dan cekap.

b. Matlamat

Menubuhkan ‘E-waste Alam Alliance’ di beberapa negeri yang terpilih secara

berperingkat. Antaranya adalah negeri Kuala Lumpur, Selangor, Negeri

Sembilan, Melaka dan Johor.

c. Status Masa Kini

Merangka gerak kerja bagi penubuhan ‘E-waste Alam Alliance’ di negeri

seperti di atas.

d. Isu dan Cabaran

Kos pembiayaan (sekiranya ada) bagi mengurus, mentadbir dan mengawal

selia penubuhan ‘E-waste Alam Alliance’ di negeri seperti di atas. Selain

cabaran untuk mengubah cara pemikiran masyarakat dalam menguruskan

buangan e-waste dari isi rumah ke arah yang lebih baik.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah mengenalpasti

kumpulan sasaran yang perlu terlibat dalam penubuhan ‘E-waste Alam

Alliance’ (target group/stakeholder).

Page 339: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

338  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi:

Jadual 85: Sasaran Penubuhan ‘E-waste Alam Alliance’ bagi negeri di Malaysia

UKURAN 2013 2014 2015 2016 2017

Penubuhan

E-waste

Alam

Alliance’

3 negeri 6 negeri Seluruh

Semenanjung

Sabah

Sarawak

Seluruh

Malaysia

g. Pelan Tindakan

Dua pelan tindakan disediakan bagi memastikan strategi ini dapat

dilaksanakan iaitu:

1) Menubuhkan ‘E-waste Alam Alliance’ di negeri-negeri di Malaysia; dan

2) Menyediakan keperluan bajet yang signifikan bagi penganjuran

program road show bagi perkongsian maklumat berkenaan

pengurusan e-waste dari isi rumah bersama pihak industri, masyarakat

setempat dan pihak-pihak berkuasa tempatan.

F7. MATLAMAT UTAMA 10: PENINGKATAN KESEDARAN DAN KOMITMEN

ALAM SEKITAR

40. Strategi Pelaksanaan 40

Meningkatkan kesedaran pembudayaan alam sekitar di kalangan masyarakat.

a. Latar Belakang

Isu-isu pencemaran alam sekitar di negara ini tidak dapat ditangani melalui

penguatkuasaan sahaja kerana bilangan anggota penguatkuasaan serta

Page 340: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

339  

kelengkapan yang terhad tidak dapat menangani setiap punca pencemaran di

negara ini dengan berkesan. Pendekatan melalui pelaksanaan program

Rakan Alam Sekitar (RAS) dan program kesedaran alam sekitar yang

bertujuan membudayakan alam sekitar di dalam kehidupan seharian

masyarakat adalah satu usaha dalam menangani isu ini.

Program-program yang dilaksanakan direka bentuk supaya mempunyai

unsur-unsur penghayatan, pemantauan, pelaksanaan dan maklum balas

yang bertujuan membantu agensi-agensi kerajaan dalam membenteras

kegiatan-kegiatan yang mencemar dan merosakkan alam sekitar.

b. Matlamat

Objektif Program RAS dan kesedaran alam sekitar ini adalah meningkatkan

kesedaran alam sekitar dan membudayakan kesedaran alam sekitar di dalam

kehidupan seharian masyarakat; menanam rasa tanggungjawab di kalangan

masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagaian dalam usaha

pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar; dan menyediakan saluran yang

tepat untuk membuat aduan/pandangan mengenai alam sekitar kepada

agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

c. Status Masa Kini

Penganjuran Program RAS dan kesedaran alam sekitar ini diadakan di

seluruh negara dengan menggalakkan setiap lapisan masyarakat menjadi ahli

RAS. Hal ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada ahli

masyarakat menymbang ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar dengan memainkan peranan sebagai ‘mata dan telinga’ kepada

agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta menjadi sukarelawan

dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Page 341: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

340  

d. Isu dan Cabaran

Isu-isu pencemaran alam sekitar serta usaha pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar meliputi pelbagai aspek alam sekitar dan ekonomi yang

merentasi pelbagai sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan

(NGO). Sehubungan itu, adalah penting agar jalinan kerjasama yang

berkesan dengan semua peringkat sektor awam, swasta dan pertubuhan

bukan kerajaan (NGO) diperkasa dalam pelaksanaan Program RAS dan

kesedaran alam sekitar di seluruh negara. Namun kerjasama strategik antara

pelbagai pihak ini masih kurang mendapat sambutan kerana kekangan

daripada aspek kakitangan dan peruntukan yang terhad.

e. Bidang-Bidang Tumpuan yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif pelanggan

yang memberi tumpuan kepada bilangan anggota masyarakat yang sedar

akan kepentingan usaha menangani pencemaran, usaha pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar serta peranan masayarakat dalam membantu

agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam memastikan kualiti

alam sekitar sentiasa terpeliharan untuk kesejahteraan rakyat.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, NRE menyasarkan beberapa tindakan di

bawah strategi ini mengikut kepentingan proses pelaksanaan seperti berikut:

Jadual 86: Bilangan ahli Rakan Alam Sekitar (RAS)

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Jumlah ahli RAS 21,360 50,266 100,420 150,000 200,000 250,000

Page 342: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

341  

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini:

1) melaksanakan Program RAS dan kesedaran alam sekitar di setiap

kawasan parlimen di seluruh negara dengan kerjasama strategik

pelbagai sektor; dan

2) menyediakan keperluan bajet yang signifikan bagi penganjuran

Program RAS dan kesedaran alam sekitar berimpak tinggi.

41. Strategi Pelaksanaan 41

Mengendali dan menguruskan program kesedaran di peringkat

antarabangsa/dua hala/ serantau.

a. Latar Belakang

Malaysia telah mempunyai jaringan dan kerjasama yang erat secara dua

hala/serantau/antarabangsa dalam usaha meningkatkan promosi kesedaran

dan pendidikan alam sekitar. Antara jaringan yang telah dianggotai adalah:

1) Mesyuarat Kumpulan Kerja Jawatankuasa Bersama Malaysia -

Singapura mengenai Alam Sekitar (Dua hala);

2) Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Bandar Lestari Alam

Sekitar; dan

3) Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Pendidikan Alam

Sekitar.

Sehubungan itu, penyertaan Malaysia yang aktif dalam jaringan dan

kerjasama perlu berterusan bagi membincangkan isu-isu alam sekitar yang

Page 343: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

342  

melibatkan kepentingan negara serta menganjurkan mesyuarat seperti yang

dijadualkan agar dapat meningkatkan imej negara.

b. Matlamat

Mesyuarat di peringkat antarabangsa/ dua hala/ serantau perlu dihadiri

kerana merupakan tanggungjawab Malaysia dan menunjukkan komitmen

negara dengan penyertaan secara aktif dalam memberi input serta bertukar

pendapat mengenai isu-isu alam sekitar dengan negara-negara lain demi

kepentingan negara. Selain itu, penganjuran mesyuarat di peringkat

antarabangsa dapat meningkatkan imej negara sebagai penganjur yang

berjaya.

c. Status Masa Kini

Menghadiri dan menganjurkan mesyuarat seperti yang dijadual.

d. Isu dan Cabaran

Memastikan hasil perbincangan atau keputusan-keputusan yang diambil

dalam mesyuarat tidak bercanggah dengan kehendak dan dasar

pembangunan negara demi kepentingan imej negara.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif prosedur-

prosedur dalam penyertaan atau penganjuran mesyuarat di peringkat

antarabangsa/ dua hala/ serantau demi kepentingan imej negara.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, NRE menyasarkan beberapa tindakan di

bawah strategi ini mengikut kepentingan proses pelaksanaan seperti berikut:

Page 344: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

343  

Jadual 87: Bilangan Mesyuarat dianggotai/dianjurkan secara giliran

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Jumlah bilangan

mesyuarat

3 3 3 3 3 3

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan bagi melaksanakan strategi ini:

1) Menganggotai/menganjurkan mesyuarat seperti yang dijadual

42. Strategi Pelaksanaan 42

Pembangunan Indeks Kesedaran dan Komitmen Alam Sekitar

a. Latar Belakang

Program promosi kesedaran dan pendidikan alam sekitar dilaksanakan

secara bersepadu dengan melibatkan pelbagai agensi dan NGO serta

pelbagai golongan masyarakat termasuk pelajar sekolah dan orang awam.

Program ini telah dilaksanakan begitu lama namun tiada indeks untuk

mengukur tahap kesedaran ini. Bagi menentukan hasil program ini dapat

dinilai, satu indeks perlu diwujudkan agar sasaran yang sebenar dapat

ditentukan bagi meningkatkan kesedaran dan komitmen rakyat Malaysia

terhadap alam sekitar secara menyeluruh. Indeks ini dijadikan salah satu

polisi di bawah Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) Malaysia.

b. Matlamat

Indeks kesedaran dan komitmen alam sekitar perlu diwujudkan bagi menilai

tahap kesedaran rakyat Malaysia terhadap penghayatan alam sekitar yang

Page 345: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

344  

bersih dan secara langsung dapat mentransformasikan ?? (menganjak/

mengubah) pemikiran dan sikap prihatin rakyat dalam pemeliharaan dan

pemuliharaan alam sekitar.

c. Status Masa Kini

Program yang sedang dilaksanakan masa kini meliputi program Rakan Alam

Sekitar yang menumpu kepada pengukuhan peranan kerjasama di antara

agensi kerajaan, sektor swasta, NGO dan pemimpin masyarakat dalam

melindungi dan menguruskan alam sekitar.

d. Isu dan Cabaran

Bagi mentadbir dan menguatkuasakan perundangan pencegahan dan

pengawalan pencemaran alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling telah

digubal berserta peraturan-peraturan di bawahnya. Namun begitu

pencemaran tetap juga berlaku kerana tiada (kurang?) kesedaran dan

keprihatinan rakyat terhadap tanggungjawab pemuliharaan dan pemeliharaan

alam sekitar. Ini disebabkan kekangan daripada aspek kakitangan dan

peruntukan yang terhad daripada kerajaan dalam menjaga kawasan di

seluruh negara.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif pelanggan

yang memberi tumpuan kepada penjelasan bilangan rakyat yang sedar dan

komited kepada kepentingan alam sekitar. Bagi mencapai sasaran bilangan

rakyat yang mempunyai kesedaran alam sekitar bertahap tinggi, strategi ini

juga perlu memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan bina upaya

penduduk setempat untuk lebih prihatin kepada alam sekitar.

Page 346: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

345  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, NRE menyasarkan beberapa tindakan di

bawah strategi ini mengikut kepentingan proses pelaksanaan seperti berikut:

Jadual 88: Sasaran Pembangunan Indeks Kesedaran dan Komitmen Alam Sekitar

UKURAN 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Pembentukan

dokumen indeks

kesedaran dan

komitmen alam

sekitar

- Kerja-kerja

persediaan

Penyediaan

draf

Indeks

ditetapkan

Indeks

digunapakai

Indeks

digunapakai

g. Pelan Tindakan

Dua pelan tindakan disediakan bagi memastikan strategi ini dapat

dilaksanakan iaitu:

1) Pelan tindakan bagi mewujudkan indeks kesedaran dan komitmen

rakyat terhadap alam sekitar; dan

2) Pelan tindakan bagi menilai tahap kesedaran rakyat terhadap

kepentingan alam sekitar yang sejahtera mengikut sasaran tahap

kesedaran yang dikehendaki.

 

 

 

 

 

 

Page 347: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

346  

BIDANG UTAMA

BAHAGIAN

BERTANGGUNGJAWAB

5 PENGURUSAN BIODIVERSITI

BBP

A. LATAR BELAKANG

NRE bertanggungjawab memastikan pengurusan biodiversiti dan sumber

hutan Negara diurus, dipelihara serta dibangunkan ke arah

mengarusperdanakan pengurusan biodiversiti dalam pembangunan negara

dan mencapai objektif pengurusan hutan secara berkekalan. Selaras dengan

tanggungjawab tersebut, Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan

(BBP) telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar, menyelaras dan

memantau aktiviti-aktiviti berkaitan dengan pengurusan, pemuliharaan dan

penggunaan biodiversiti dan sumber perhutanan secara berkekalan.

BBP melalui Jabatan dan Agensi di bawahnya iaitu Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM),

Jabatan Biokeselamatan (JBK) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

(FRIM) telah menggalas peranan utama di dalam mentadbir urus sektor

perhutanan; pemeliharaan hidupan liar; pengurusan taman laut dan marin;

mengawal selia aktiviti-aktiviti berkaitan biokeselamatan dan melaksanakan

aktiviti penyelidikan dan pembangunan perhutanan.

Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 12 negara mega

kepelbagaian biologi di dunia. Kekayaan biodiversiti ini perlu diurus dan

digunakan secara berkekalan untuk manfaat generasi sekarang dan masa

akan datang. Selain daripada menyediakan perkhidmatan ekosistem, sumber

biodiversiti juga telah dikenal pasti sebagai salah satu sumber penjana

Page 348: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

347  

kekayaan baru kepada Negara menerusi aktiviti-aktiviti seperti bioteknologi

dan eko-pelancongan.

Malaysia komited untuk melaksanakan segala keputusan dan ketetapan yang

telah dipersetujui di bawah pelbagai konvensyen dan persidangan di

peringkat serantau dan antarabangsa. Semasa Sidang Kemuncak Bumi di

Rio de Jeneiro pada tahun 1992, Malaysia telah menyatakan komitmennya

untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah

Negara supaya dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan, dengan syarat

Negara maju mengekalkan 30% daripada keluasan tanah Negara mereka

sebagai kawasan berhutan. Ini secara tidak langsung menyumbang kepada

pemeliharaan khazanah sumber biodiversiti Negara yang tidak ternilai

harganya.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MEMASTIKAN KAWASAN PESISIRAN PANTAI NEGARA SELAMAT

DARI BENCANA TSUNAMI MELALUI PENGEKALAN DAN

PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT

2 MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGURUSAN HUTAN PAYA

GAMBUT

3 MENINGKATKAN USAHA-USAHA BAGI MEWUJUDKAN RANGKAIAN

KORIDOR EKOLOGI BIODIVERSITI

4

MEMPERKUKUHKAN MEKANISME PERUNDANGAN BERKAITAN

AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH

[ACCESS TO BIOLOGICAL RESOURCES AND BENEFITS SHARING

(ABS)]

5

MEMASTIKAN EKOPELANCONGAN MENYUMBANG SEKURANG-

KURANGNYA 5% DARIPADA KELUARAN DALAM NEGARA KASAR

(KDNK) PELANCONGAN NEGARA PADA 2015

Page 349: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

348  

MATLAMAT UTAMA

6

MENGURUS DAN MENGGUNA SECARA BERKEKALAN SUMBER-

SUMBER BIODIVERSITI (FLORA, FAUNA DAN MARIN) BAGI

MEMASTIKAN OBLIGASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA DIPENUHI

7 MENINGKATKAN KESEDARAN AWAM DAN KEBERKESANAN

SISTEM PENYAMPAIAN BERKAITAN ISU-ISU BIODIVERSITI

C. STATUS MASA KINI

Melalui pendekatan pembangunan lestari (sustainable development),

Malaysia masih mengekalkan 56.4% daripada keluasan tanah Negara

sebagai kawasan berhutan selaras dengan komitmen Negara untuk

mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah Negara

dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan. Daripada jumlah tersebut, 27.4%

daripadanya merupakan kawasan yang dilindungi sepenuhnya.

Selaras dengan perkembangan semasa, beberapa pendekatan pemuliharaan

dan pengurusan biodiversiti telah dan sedang dikaji semula bagi tujuan

penambahbaikan. Di antaranya ialah pewartaan Akta Pemuliharaan Hidupan

Liar 2010 [Akta 716] pada 28 Disember 2010 bagi memperkukuhkan lagi

aktiviti perundangan dan penguatkuasaan hidupan liar. Selain itu, NRE

sedang meminda Akta Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] dan Akta

Lembaga Penyelidikan Perhutanan Malaysia 1985 [Akta 315] serta dalam

proses menggubal Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan

Perkongsian Faedah atau Access to Biological Resources and Benefit

Sharing ( ABS) Bill.

Selain itu, NRE juga sedang melaksanakan usaha-usaha memulihara

kepelbagaian biologi dan pada masa yang sama juga meningkatkan

penggunaan sumber-sumber asli Negara secara berkekalan. Sejajar dengan

usaha untuk melengkapi Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan, NRE

sedang berusaha untuk menerapkan Visi Bersama mengenai Biodiversiti

(Common Vision on Biodiversity) yang mengutamakan keperluan untuk

Page 350: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

349  

mengarusperdanakan biodiversiti dalam perancangan dan pembangunan

Negara. NRE juga sedang proses untuk mengkaji semula Dasar

Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 1998 untuk memastikan ianya selaras

dengan Pelan Strategik Biodiversiti Konvensyen Kepelbagaian Biologi 2011-

2020 dan Sasaran Aichi.

Program-program berbentuk pendidikan dan peningkatan kesedaran di

kalangan masyarat mengenai kepentingan memulihara biodiversiti terus diberi

perhatian dan diadakan secara berterusan. Sambutan hari-hari utama

antaranya Hari Hutan Antarabangsa, Hari Biodiversiti Antarabangsa, Hari

Tanah Lembap Sedunia dianjurkan dengan penyertaan daripada pelbagai

pihak berkepentingan termasuk masyarakat dan pelajar bagi memastikan

penghayatan kepentingan biodiversiti sampai ke pelbagai lapisan kehidupan.

D. ISU DAN CABARAN

Laporan Second Global Biodiversity Outlook 2006 telah menyatakan bahawa

dunia tidak akan mencapai sasaran mengurangkan kehilangan biodiversiti

malah trend kehilangan biodiversiti tersebut semakin meningkat. Antara lain,

laporan ini mengutarakan bahawa hampir 35% tanah lembap dunia telah

dimusnahkan dalam masa dua dekad yang lepas. Bilangan spesies juga

semakin berkurangan dan hampir 30% diancam kepupusan.

Selain itu, keprihatinan dan sensitiviti masyarakat tempatan dan

antarabangsa khususnya dalam usaha pemeliharaan sumber biodiversiti telah

menjadikan pengurusan sumber asli pada masa kini menjadi semakin

kompleks dan mencabar. Misalnya tekanan terhadap Sustainable Forest

Management (SFM) semakin meningkat dari semasa ke semasa dan

membawa tanggungjawab yang amat berat kepada NRE untuk memastikan

supaya semua kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) mengamalkan SFM.

Cabaran yang lebih berat lagi adalah untuk memastikan kriteria-kriteria

minimum dalam pengusahasilan hutan diambil kira oleh Kerajaan Negeri

khususnya di Tanah Kerajaan dan Tanah Beri Milik. Selain itu, nilai

biodiversiti juga kurang diketengahkan untuk menggambarkan sumbangan

Page 351: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

350  

biodiversiti kepada perkhidmatan ekosistem dan kesejahteraan hidup di mana

kurangnya (apa?) . Salah satu isu penting yang menjadi cabaran kepada

usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti adalah isu bidang kuasa

Kerajaan Persekutuan-Negeri berhubung pengurusan sumber biologi dan

perhutanan serta kurangnya input saintifik dalam menyokong proses

pembuatan dasar dan keputusan. Oleh itu, proses konsultasi yang berterusan

bagi memastikan pandangan dan kepentingan semua pihak berkaitan dapat

diambil kira di dalam usaha mengurus khazanah biodiversiti Negara secara

efektif.

Dalam isu pembalakan haram, Malaysia pernah dituduh sebagai ‘laundering

centre’ bagi kayu balak haram yang diimport daripada Negara jiran.

Sehubungan dengan ini, Malaysia menghadapi cabaran untuk membanteras

aktiviti pembalakan haram di dalam negeri dan menangkis tohmahan yang

mengatakan Malaysia terlibat dengan masalah pembalakan haram di

Indonesia. Ini penting bagi memelihara kredibiliti Malaysia di pasaran

antarabangsa.

Dengan meningkatnya kesedaran masyarakat terhadap kepentingan

pemuliharaan biodiversiti hutan, NRE perlu melangkah ke peringkat

seterusnya iaitu mendapatkan maklumat saintifik yang lengkap tentang

sumber biodiversiti yang terdapat di Negara ini. Untuk tujuan tersebut,

kepakaran serta peruntukan kewangan diperlukan untuk melaksanakan

aktiviti-aktiviti saintifik asas termasuk pengumpulan data dan inventori.

Pasaran global kini menghendaki produk-produk kayu dihasilkan daripada

sumber yang diuruskan secara lestari dan mensyaratkan pensijilan hutan.

Malaysia sudah mempunyai skim pensijilan Majlis Pensijilan Kayu Malaysia

(MTCC). Pendirian NGOs yang menyokong dan mengiktiraf hanya skim

pensijilan yang dikendalikan oleh Forest Stewardship Council (FSC) telah

membawa kesan negatif kepada perdagangan kayu Malaysia. Sehubungan

itu, Negara menghadapi cabaran untuk menentukan keluaran kayu Negara ini

mendapat tempat di pasaran peringkat antarabangsa, di samping membuat

Page 352: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

351  

persediaan untuk memenuhi kriteria-kriteria baru yang lebih stringent pada

masa akan datang.

G. STRATEGI PELAKSANAAN

Bagi mencapai matlamat ini, BBP bertanggungjawab dan berusaha bagi

memastikan strategi-strategi berikut dapat dilaksanakan:

1) Melaksanakan program konservasi dan pengurusan secara berkekalan

di pesisiran pantai Negara yang berisiko tsunami secara bersepadu;

2) Melaksanakan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan;

3) Meningkatkan kerjasama dalam usaha mewujudkan rangkaian koridor

ekologi Central Forest Spine (CFS) di Semenanjung Malaysia dan

Heart of Borneo di Sabah dan Sarawak;

4) Mewujudkan undang-undang bagi memastikan akses kepada sumber

biodiversiti Negara terkawal dan faedahnya dikongsi secara saksama;

5) Membangunkan Skim Akreditasi Malaysian Mega Biodiversity Hub

(MMBH) yang diiktiraf dunia;

6) Menaiktarafkan produk-produk ekopelancongan ke arah pensijilan;

7) Mewujudkan mekanisme bagi melaksanakan pensijilan di bawah

MMBH bagi produk-produk ekopelancongan di Malaysia;

8) Memantau dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah

Multilateral Environmental Agreements (MEAs) dan mesyuarat-

mesyuarat di peringkat antarabangsa dan serantau; dan

9) Meningkatkan keberkesanan program CEPA dan pembangunan

kapasiti berhubung isu-isu biodiversiti kepada stakeholder dan

Page 353: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

352  

pelanggan (NGOs dan orang awam) dan juga pegawai-pegawai di

bawah Agensi/ Kementerian.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 5: MEMASTIKAN KAWASAN PESISIRAN PANTAI

NEGARA SELAMAT DARI BENCANA TSUNAMI MELALUI PENGEKALAN

DAN PEMULIHARAAN HUTAN PAYA LAUT

1. Strategi Pelaksanaan 1

Melaksanakan program konservasi dan pengurusan secara berkekalan di

pesisiran pantai Negara yang berisiko tsunami secara bersepadu.

a. Latar Belakang

Hutan Paya Laut (HPL) memainkan peranan penting kepada kestabilan

ekosistem kawasan pesisiran pantai, termasuklah sebagai benteng untuk

memecah, menahan dan mengurangkan daya kekuatan pukulan ombak ke

pantai. Selain daripada itu, HPL juga menjadi habitat kepada pelbagai flora

dan fauna. Tragedi tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 telah

membuktikan peranan HPL sebagai pemecah ombak dan penstabil bagi

kawasan pesisiran pantai. Kawasan yang mempunyai HPL yang luas kurang

mengalami kemusnahan dan kerosakan. Menyedari betapa pentingnya HPL

kepada kestabilan ekosistem kawasan pesisiran pantai, maka langkah-

langkah pemeliharaan dan pemuliharaan yang sewajarnya perlu diambil bagi

memastikan HPL ini terus wujud.

Kerajaan Malaysia sangat komited dalam menguruskan HPL ini secara

berkekalan. Selain berfungsi sebagai pelindung fizikal secara semula jadi, zon

pesisiran pantai adalah satu ekosistem unik yang bukan sahaja penting

kepada pelbagai flora dan fauna, bahkan menyumbang kepada

pembangunan sosioekonomi rakyat.

Page 354: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

353  

Majlis Biodiversiti-Bioteknologi Negara (MBBN) Ke-4 pada 13 Januari 2005

memutuskan agar Kerajaan-Kerajaan Negeri dan NRE mengambil inisiatif

untuk memelihara dan memulihara ekosistem HPL.

b. Matlamat

Memastikan kawasan pesisiran pantai Negara selamat dari bencana tsunami

melalui pengekalan dan pemuliharaan HPL.

c. Status Masa Kini

NRE telah menubuhkan ‘Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi

Menanam Pokok-pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai di

Pesisiran Pantai Negara’ pada 7 Februari 2005. Pasukan Petugas yang

dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, NRE berfungsi untuk mengawal selia

dan menyelaras program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang

sesuai di pesisiran pantai Negara. Objektif program ini adalah untuk

memulihara pesisiran pantai; mewujudkan zon penampan; memelihara dan

memulihara habitat pesisiran pantai; dan meningkatkan kualiti alam sekitar

dan nilai estetika.

Dua Jawatankuasa Teknikal telah dibentuk di bawah Pasukan Petugas

tersebut iaitu Jawatankuasa Teknikal Mengenai Perancangan dan

Pelaksanaan (JTPP) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JPSM dan

Jawatankuasa Teknikal Mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (JTR&D)

yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah FRIM. Terkini, satu Jawatankuasa

Teknikal Pemantauan yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian BBP

telah ditubuhkan untuk membuat penilaian dan pemantauan keseluruhan

pencapaian pelaksanaan program.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe9), sejumlah RM39 juta

telah disediakan untuk melaksanakan program ini. Peruntukan tersebut

diagihkan kepada JPSM, FRIM, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hutan

Sarawak dan NGO bagi melaksanakan program ini. Sejumlah 2,010 hektar

Page 355: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

354  

kawasan pesisiran pantai di Malaysia yang sesuai telah disasarkan untuk

program ini di mana iaitu seluas 1,235 hektar di Semenanjung Malaysia, 545

hektar di Sabah dan 230 hektar di Sarawak. Program ini akan diteruskan lagi

di bawah RMKe10.

Dari tahun 2005 hingga 2012, seluas 2,383.06 hektar kawasan telah ditanam

dengan 6.26 juta pokok di mana 6,100,197 pokok ditanam oleh Jabatan

Perhutanan, manakala 149,264 pokok pula ditanam oleh NGOs dan

masyarakat tempatan seperti berikut:

Jadual 90: Bilangan Pokok Ditanam oleh

Jabatan Perhutanan, NGOs dan Masyarakat Tempatan (2005-2012)

ORGANISASI BILANGAN POKOK

Penanaman oleh Jabatan Perhutanan 6,100,197

NGOs dan Masyarakat Tempatan 149,264

Penanaman semasa Kempen Kesedaran 10,965

JUMLAH 6,260,426

Terdapat empat (4) komponen utama dalam aktiviti penyelidikan dan

pembangunan (R&D) yang dilaksanakan iaitu:

1) teknik penghasilan bahan tanaman spesies bakau yang mampu

menampung permintaan Negara;

2) teknik inovatif penanaman spesies bakau dan spesies bukan bakau di

pesisiran pantai;

3) pengawalan agen-agen perosak pokok bakau dan bukan bakau yang

ditanam di pesisiran pantai; dan

4) penilaian dan pemantauan kawasan.

Page 356: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

355  

Di antara pencapaian aktiviti R&D setakat ini adalah:

1) kajian mengenai fenologi pokok-pokok bakau dan spesies-spesies

pantai telah dilaksanakan. Maklumat kajian ini penting untuk

merancang program penanaman;

2) kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti kaedah penanaman yang

sesuai terutama di kawasan yang berisiko tinggi. Hasil kajian

menunjukkan teknik Comp-Mat dan Comp-Pillow berpotensi untuk

diguna pakai di lapangan. Satu garis panduan telah diterbitkan;

3) kajian juga telah dijalankan untuk mengenal pasti agen perosak dan

penyakit yang boleh mengakibatkan kematian pokok. Ini termasuklah

penyelesaian masalah serangan teritip dan serangga;

4) kajian masalah sosioekonomi dan langkah penyelesaian yang

berkaitan pokok Bakau dan Rhu di Semenanjung Malaysia turut

dijalankan;

5) khidmat nasihat teknikal mengenai kesesuaian spesies, teknik

penanaman yang sesuai dan praktikal bagi kawasan-kawasan yang

telah dikenal pasti sesuai untuk ditanam; dan

6) penerbitan berkaitan laporan tahunan, buku dan garis panduan

mengenai teknik penanaman inovatif, fenologi, masalah perosak dan

lain-lain.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam konservasi dan pengurusan

berkekalan kawasan pesisiran pantai di Malaysia adalah seperti berikut:

1) usaha pemeliharaan dan pemuliharaan zon pesisiran pantai Negara

merupakan satu tanggungjawab yang mencabar dan berhadapan

Page 357: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

356  

dengan persekitaran yang dinamik dan berisiko tinggi yang

memerlukan perancangan yang rapi, peruntukan kewangan yang

besar, teknologi yang bersesuaian serta kesedaran di kalangan

masyarakat;

2) tanggungjawab ini masih memerlukan pemantapan komitmen dan

kesungguhan yang lebih tinggi serta berterusan oleh semua pihak

termasuk Kerajaan Negeri, Jabatan/ Agensi Kerajaan, institusi-institusi

penyelidikan, universiti-universiti, NGOs dan masyarakat tempatan

yang terlibat secara langsung dalam pemeliharaan dan pemuliharaan

zon pesisiran pantai Negara;

3) kempen kesedaran yang lebih meluas dan berkesan serta penyebaran

maklumat yang lebih efektif perlu diterokai dan dilaksanakan supaya

maklumat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan zon

pesisiran pantai Negara sampai kepada kumpulan sasaran; dan

4) aktiviti-aktiviti R&D perlu dipergiatkan dengan pendekatan bersepadu

dengan penglibatan kepelbagaian disiplin R&D (integrated and

multidisciplinary R&D approach) yang bersesuaian dengan keadaan

zon pesisiran pantai yang unik, mencabar, fragile dan dinamik. Hasil

R&D adalah penting untuk dijadikan asas dalam membuat penilaian

pengukuran outcome secara kuantitatif yang menggambarkan

pencapaian keseluruhan objektif program.

Rumusannya dalam architecture strategy, strategi ini terletak dalam perspektif

internal process di bawah architecture regulatory and environmental

processes.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif

meningkatkan kerjasama semua pihak berkepentingan seperti

KerajaanNegeri, Kementerian dan Jabatan berkaitan serta NGO. Di peringkat

Page 358: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

357  

NRE pula, komitmen dan penggemblengan kepakaran di JPSM, FRIM, JPS

dan NAHRIM amat diperlukan bagi mencapai matlamat pemeliharaan dan

pemuliharaan kawasan pesisiran pantai. Di samping itu, hasil penemuan R&D

dan inovasi dalam teknik penanaman amat kritikal bagi memastikan kawasan

yang ditanam mencapai pertumbuhan melebihi kadar 85%.

Walau bagaimanapun, kawasan yang telah ditanam dengan spesies bakau

berpeluang untuk regenerasi. Pokok yang hidup (survived) mampu berbunga

dan menghasilkan buah secara semulajadi. Buah-buah yang dihasilkan

penting untuk proses regenerasi semulajadi. Berdasarkan faktor tersebut,

peratus kehidupan pokok pada kadar minimum 50% mampu memulihkan

kawasan yang ditanam kerana pokok yang masih hidup akan menjadi pokok

ibu.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Program penanaman pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai di

pesisiran pantai Negara telah dimulakan semenjak 2005. Sehingga

penghujung 2009, kawasan seluas lebih kurang 1,828 hektar melibatkan

4,931,168 pokok telah berjaya ditanam di 290 lokasi dengan jumlah

perbelanjaan sebanyak RM30.15 juta. Daripada jumlah keluasan tersebut,

seluas 633 hektar melibatkan 2,574,312 pokok telah ditanam di 52 lokasi di

lima (5) buah negeri yang terjejas akibat tsunami.

Program ini secara langsung telah dapat menyumbang ke arah menstabilkan

zon penampan pesisiran pantai bagi menahan pukulan ombak yang kuat dan

hakisan. Selain itu, program ini dapat memberikan faedah yang signifikan

kepada pembangunan sosioekonomi dan perlindungan kepada kira-kira 60

perkampungan yang mana melibatkan 2,460 buah rumah daripada sejumlah

12,600 orang penduduk pesisir pantai yang pernah dilanda tsunami pada

tahun 2004. Dalam konteks ini juga, penduduk digalakkan untuk terus terlibat

secara aktif dalam aktiviti penanaman pokok supaya objektif pemeliharaan

dan pemuliharaan kawasan pesisiran pantai Negara dapat dilaksanakan

secara berkesan.

Page 359: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

358  

Di bawah RMKe10, NRE mensasarkan tambahan seluas 1,520 hektar

kawasan di seluruh Negara untuk program penanaman pokok bakau dan

spesies lain yang sesuai di pesisiran pantai Negara seperti jadual berikut:

Jadual 91: Luas Kawasan Dikenal pasti Di Bawah RMK-10 (Tahun 2011 – 2015)

NEGERI/ LOKASI

LUAS KAWASAN MENGIKUT TAHUN

(HEKTAR) JUMLAH

(HEKTAR) 2011 2012 2013 2014 2015

Johor 30 30 30 30 30 150

Kedah 40 40 40 40 40 200

Kelantan 10 10 10 10 10 50

Melaka 2 2 2 2 2 10

Negeri Sembilan 7 7 7 7 7 35

Pahang 12 12 12 12 12 60

Perak 50 50 50 50 50 250

Perlis 2 2 2 2 2 10

Pulau Pinang 10 10 10 10 10 50

Selangor 20 20 20 20 20 100

Terengganu 11 11 11 11 11 55

Jumlah Kecil 194 194 194 194 194 970

Sabah 60 60 60 60 60 300

Sarawak 50 50 50 50 50 250

Jumlah Keseluruhan 304 304 304 304 304 1,520

*Nota: Keluasan kawasan yang ditanam adalah berdasarkan kepada jumlah peruntukan yang

diterima pada tahun semasa.

Page 360: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

359  

Jadual 92: Sasaran Prestasi

TINDAKAN UKURAN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Meningkatkan

kerjasama

bersepadu

Mesyuarat

Pasukan Petugas

Khas

Jawatankuasa

Operasi

Menanam Pokok-

Pokok Bakau dan

Spesies-Spesies

Yang Sesuai Di

Pesisiran Pantai

Negara

1 1 1 1 1 1

Mengintegrasikan

kepakaran dan

kerjasama semua

Jabatan/ Agensi

Mesyuarat

Jawatankuasa

Penanaman dan

Jawatankuasa

R & D

3 3 3 3 3 3

Meningkatkan

aspek

penguatkuasaan

dan pemantauan

pelaksanaan

program

Mesyuarat

Jawatankuasa

Teknikal

Pemantauan

(JTP) Operasi

Menanam Pokok-

Pokok Bakau dan

Spesies-Spesies

Yang Sesuai Di

Pesisiran Pantai

Negara

3 3 3 3 3 3

Lawatan berkala

ke kawasan yang

bermasalah

7 3 3 3 3 3

Page 361: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

360  

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai matlamat konservasi dan pengurusan secara berkekalan

pesisiran pantai Negara yang berisiko tsunami, NRE akan meneruskan usaha

menyelaras dan memantau pelaksanaan program di peringkat kebangsaan

melalui:

1) Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Operasi Menanam

Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran

Pantai Negara;

2) Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemantauan (JTP) Operasi

Menanam Pokok-Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di

Pesisiran Pantai Negara; dan

3) Lawatan berkala ke kawasan yang bermasalah.

Mesyuarat-mesyuarat dan lawatan tersebut akan membincang, meneliti dan

memantau tindakan-tindakan yang perlu diambil seperti berikut:

1) mengintegrasikan kepakaran dan kerjasama bersepadu semua

Jabatan/Agensi di bawah NRE yang terlibat secara langsung dalam

pengurusan kawasan pesisiran pantai seperti JPSM, JPS, NAHRIM

dan FRIM;

2) meneliti skop dan hala tuju ‘Program Penanaman Pokok Bakau dan

Spesies-spesies yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara’ tidak

dihadkan kepada aspek penanaman pokok sahaja. Program akan

diperluaskan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan pesisiran

pantai Negara yang berisiko tsunami dan implikasi kepada

sosioekonomi masyarakat setempat. Perluasan tersebut adalah kerana

program ini perlu:

Page 362: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

361  

a. mengambil kira usaha mengurus, memelihara dan melindungi

kawasan HPL yang sedia ada di seluruh Negara;

b. memfokuskan kepada kawasan pesisiran pantai Negara yang

berisiko tsunami (sama ada kawasan yang telah atau berpotensi

dilanda tsunami) di mana terdapatnya weightage untuk

mendapatkan sokongan fizikal dan kewangan adalah lebih baik;

dan

c. mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh dan saintifik

untuk menangani risiko tsunami.

3) Mengoptimumkan kepakaran yang ada di kalangan Agensi/NGO/

Universiti yang terlibat dalam program penanaman pokok bakau.

Aktiviti-aktiviti R&D perlu dipergiatkan dengan pendekatan bersepadu

melalui penglibatan pelbagai disiplin R&D yang bersesuaian dengan

keadaan zon pesisiran pantai. Hasil R&D adalah penting untuk

dijadikan asas dalam membuat perancangan dan pelaksanaan

program berjalan dengan lancar. Di samping itu, hasil R&D dapat

dijadikan sebagai panduan dan rujukan dalam pembangunan dan

perlindungan pesisiran pantai Negara seperti pembinaan struktur

pemecah ombak (contoh: geotiub);

4) Menganjurkan kempen serta aktiviti kesedaran awam yang lebih

meluas dan berkesan perlu dilaksanakan supaya maklumat tentang

kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan zon pesisiran pantai

Negara sampai kepada kumpulan sasaran;

5) Meningkatkan aspek penguatkuasaan dan pemantauan pelaksanaan

program di mana masih terdapat isu-isu seperti vandalisme dan

kecurian bakau. Dalam hubungan ini, satu rancangan pengurusan dan

penguatkuasaan HPL akan dibentuk untuk dijadikan modul kepada

usaha pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan bakau; dan

Page 363: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

362  

6) Meneroka sumber kewangan lain dan dana tambahan bagi

pelaksanaan program di masa hadapan, antara lainmelalui ses

pembangunan hutan di negeri-negeri, tabung wang levi dan melalui

kerjasama dengan organisasi/ institusi dalam dan luar Negara.

F2. MATLAMAT UTAMA 6: MENINGKATKAN KEBERKESANAN

PENGURUSAN HUTAN PAYA GAMBUT

2. Strategi Pelaksanaan 2

Melaksanakan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan

a. Latar Belakang

Tanah gambut merupakan tinggalan reputan pepohon yang terhimpun lebih

kurang 6,000 tahun yang lalu. Gambut terjadi apabila terdapat lebihan

lembapan. Di Asia Tenggara, tanah gambut terbentuk apabila terdapat

takungan air yang menghalang reputan tumbuh-tumbuhan terus berlaku.

Tanah gambut atau Histosols (USDA Soil Taxonomy System) juga boleh

ditakrifkan sebagai tanah organik yang mempunyai keluasan melebihi 1

hektar dan kedalaman melebihi 0.5 meter serta mempunyai kandungan

mineral kurang daripada 35% (Second International Congress of Soil Science,

Russia, 1930). Dalam keadaan semula jadi, paras air di kawasan tanah

gambut sering berada di permukaan atau hampir dengan permukaan tanah.

Sebanyak 8% daripada kawasan tanah di Malaysia merupakan kawasan

tanah gambut dengan taburannya terdapat di negeri Johor, Pahang,

Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. Lebih daripada 50% kawasan tanah

gambut tersebut terletak dalam kawasan hutan simpan.

Menyedari akan kepentingan tanah gambut dan peranannya dalam

mengimbangi kitaran alam sekitar, pada Jun 2002 Mesyuarat Ke-9 Menteri-

Menteri ASEAN Mengenai Jerebu telah mengarahkan Pegawai-Pegawai

Kanan ASEAN Mengenai Alam Sekitar – Pasukan Petugas Teknikal

Page 364: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

363  

Berkaitan Jerebu untuk memantapkan lagi kerjasama serantau dalam

memperkukuh dan memperkasa pengurusan berkekalan hutan tanah gambut.

Susulan daripada itu, jalinan kerjasama di kalangan Negara-negara ASEAN

melalui ASEAN Peatland Management Initiative (APMI) telah diwujudkan dan

disokong oleh Negara-negara ASEAN pada Oktober 2003 di Bogor,

Indonesia.

Penyediaan NAP Peatland ini adalah selaras dengan ASEAN APMI dan

ASEAN Peatland Management Strategy (APMS) yang diterima pakai oleh

Negara-negara ASEAN pada tahun 2006.

Matlamat utama APMI adalah ke arah usaha pengurusan, pemuliharaan dan

pengekalan tanah-tanah gambut di Asia Tenggara di samping mengurangkan

risiko jerebu kesan daripada pembakaran tanah gambut. APMI telah

merangka beberapa strategi dan melaksanakan beberapa inisiatif penting

bagi mencapai objektif penubuhannya. Antara inisiatif penting APMI ialah

merangka Pelan Tindakan Pengurusan Tanah Gambut bersama-sama

dengan sokongan Negara-negara ASEAN. Negara-negara ASEAN juga

digalakkan untuk menggubal Pelan Tindakan Pengurusan Tanah Gambut

Kebangsaan masing-masing.

Proses rundingan bagi menyediakan NAP Peatland telah bermula sejak tahun

2005 melalui perbincangan yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan

iaitu Kementerian, Jabatan-jabatan Persekutuan dan Negeri, Institusi-Institusi

Penyelidikan dan Badan Bukan Kerajaan dan seterusnya dimuktamadkan

pada Ogos 2010

.

b. Matlamat

Memantau pelaksanaan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan bagi

mengurus, memulihara dan menggalakkan penggunaan berkekalan tanah

gambut.

Page 365: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

364  

c. Status Masa Kini

Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan telah diluluskan oleh Jemaah

Menteri pada 5 Januari 2011. Tapak projek perintis telah dikenal pasti di

Hutan Simpan Raja Musa Untuk menjalankan projek ini, Malaysia telah

memperoleh peruntukan daripada Tabung Alam Sekitar Sedunia dan

International Fund for Agriculture Development (IFAD).

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti di dalam usaha mengurus tanah

gambut adalah seperti berikut:

1) kerajaan sentiasa memberi perhatian serius ke atas usaha memelihara

hutan paya gambut di seluruh Negara. Usaha Kerajaan ini disokong

oleh pelbagai pihak menggunakan kepakaran dan sumber yang ada

untuk menguruskan hutan paya gambut secara berkesan;

2) walau bagaimanapun, tukar guna tanah hutan paya gambut kepada

aktiviti lain telah menjejaskan fungsi dan peranan asal paya gambut

seterusnya mengakibatkan pengurangan paras air tanah gambut

berlaku dengan ketara;

3) kekeringan hutan paya gambut menyebabkan kawasan ini terdedah

kepada risiko kebakaran terutamanya semasa keadaan cuaca ekstrim

yang berpanjangan seperti kemarau dan cuaca panas yang

menyumbang kepada berlakunya masalah jerebu. Tanah gambut yang

kering atau pun telah terbakar akan kehilangan fungsinya untuk

menyimpan air dan mengakibatkan banjir apabila berlaku hujan lebat;

4) amalan membakar bagi tujuan pembersihan kawasan pertanian oleh

sesetengah pihak juga adalah antara cabaran dalam pengurusan

kawasan paya gambut. Keadaan ini berlaku disebabkan kurangnya

Page 366: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

365  

pemahaman mengenai sifat ekologi dan fungsi kawasan tanah gambut;

dan

5) oleh yang demikian, adalah wajar Pelan Tindakan Tanah Gambut

Kebangsaan yang telah dipersetujui dilaksanakan sepenuhnya di

peringkat negeri dan usaha-usaha bagi memastikan ianya

dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh dapat dilakukan. Ini

adalah penting bagi memastikan hutan paya gambut dapat diuruskan

dengan cara yang lebih berkesan dan menyeluruh.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif good

neighbour yang memberi tumpuan kepada Pelaksanaan Pelan Tindakan

Tanah Gambut Kebangsaan oleh agensi-agensi terlibat. Pelan Tindakan

Tanah Gambut Kebangsaan menggariskan beberapa bidang tumpuan seperti

inventori dan penilaian, penyelidikan, perkongsian maklumat, memperkasa

penguatkuasaan undang-undang, pemuliharaan dan pengurusan tanah

gambut serta pencegahan kebakaran tanah gambut. Pelaksanaan pelan ini

melibatkan kerjasama banyak agensi dan oleh itu adalah penting mekanisme

pemantauan diwujudkan untuk memastikan pelan tindakan ini dilaksanakan

Page 367: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

366  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 93: Penubuhan Jawatankuasa dan Bilangan Mesyuarat Pelan Tindakan Paya

Gambut sepanjang 2011 – 2015

UKURAN (2010) 2011 2012

SEMAS

A

2013

2014 2015

Penubuhan

Jawatankuasa

Pemandu Pelan

Tindakan Tanah

Gambut

Kebangsaan

0 1  

- - -

Bilangan

mesyuarat

0 1 1 1 1 1

g. Pelan Tindakan

Bagi memantau dan memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Tanah

Gambut Kebangsaan, tindakan-tindakan yang dirancang adalah dengan

menubuhkan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Tanah

Gambut Kebangsaan untuk memantau pelaksanaan pelan tindakan

sepertimana yang digariskan antaranya seperti berikut:

1) memastikan pemuliharaan dan pengurusan tanah gambut dijalankan

secara berkekalan;

2) mewujudkan inventori tanah gambut di Malaysia; dan

3) membuat penilaian mengenai status pengurusan tanah gambut di

Malaysia.

Page 368: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

367  

F3. MATLAMAT UTAMA 7: MENINGKATKAN USAHA-USAHA BAGI

MEWUJUDKAN RANGKAIAN KORIDOR EKOLOGI BIODIVERSITI

3. Strategi Pelaksanaan 3

Terdapat satu strategi yang akan dijalankan bagi mencapai matlamat ini iaitu

meningkatkan usaha-usaha kerjasama dengan pelbagai agensi bagi

mewujudkan rangkaian koridor ekologi CFS di Semenanjung Malaysia dan

Heart of Borneo (HoB) di Sabah dan Sarawak.

a. Latar Belakang

Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah

Menteri pada 26 April 2005 telah mengenal pasti fragmentasi hutan sebagai

ancaman kepada pemeliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti. Tidak

dinafikan pembukaan hutan diperlukan bagi memenuhi keperluan

pembangunan sosioekonomi Negara, tetapi dengan perancangan dan

pengurusan yang lebih baik secara langsung akan dapat meminimumkan

kadar kehilangan hutan dan mengelakkan fragmentasi hutan yang tinggal.

Salah satu dasar yang ditekankan dalam RFN adalah Dasar RFN19 yang

menyatakan keperluan mewujudkan kawasan CFS bagi membentuk tulang

belakang jaringan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Kawasan CFS

diwujudkan bertujuan mengekalkan kawasan berhutan untuk pemeliharaan

dan pemuliharaan biodiversiti menerusi penyambungan empat (4) kompleks

hutan utama di Semenanjung Malaysia iaitu:

1) Banjaran Titiwangsa-Banjaran Bintang-Banjaran Nakawan;

2) Taman Negara-Banjaran Timur;

3) Tanah Lembap Pahang Tenggara,Tasik Chini dan Tasik Bera; dan

4) Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.

Page 369: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

368  

RFN menganggarkan seluas 5.3 juta hektar atau 40% keluasan Semenanjung

Malaysia sebagai kawasan CFS. Daripada jumlah tersebut, 80% merupakan

kawasan HSK. Cabutan keputusan Jemaah Menteri pada Mesyuarat Jemaah

Menteri 1 April 2011 bersetuju dengan:

1) Pelan Induk Koridor Ekologi CFS akan melibatkan pewujudan 37

koridor ekologi di Semenanjung Malaysia, dan

2) Pelaksanaan koridor ekologi di Gerik, Perak yang melibatkan Hutan

Simpan Belum, Hutan Simpan Banding dan Hutan Simpan Temenggor.

Pelan Induk Koridor Ekologi CFS yang diluluskan di bawah Majlis Perancang

Fizikal Negara (MPFN) akan dipantau pelaksanaan perancangan program

oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa (JPBD). Manakala pelaksanaan program

koridor ekologi CFS adalah oleh NRE serta agensi-agensi di bawahnya

terutamanya JPSM, PERHILITAN dan FRIM. Status kemajuan pelaksanaan

program koridor ekologi CFS akan dilapor kepada Majlis Tanah Negara

(MTN), Majlis Biodiversiti Negara (MBN) dan Majlis Sumber Air Negara

(MSAN) bila perlu.

Pelaksanaan CFS dilakukan dengan menggunakan pendekatan

pembangunan seimbang selaras dengan Prinsip Sustainable Development

dan pengurusan hutan secara berkekalan. NRE melalui JPSM dan

PERHILITAN dengan kerjasama Kerajaan Negeri berkaitan sedang

melaksanakan projek perintis CFS termasuklah Pelan Tindakan

Pemuliharaan Harimau Kebangsaan di dalam kawasan CFS. Projek-projek ini

mula dilaksanakan di bawah Kajian Separuh Penggal RMKe9 dan diteruskan

di dalam RMKe10.

b. Matlamat

Meningkatkan kerjasama dalam usaha mewujudkan rangkaian koridor ekologi

CFS di Semenanjung Malaysia dan HoB di Sabah dan Sarawak.

Page 370: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

369  

c. Status Masa Kini

1) Projek Perintis CFS

Pelaksanaan koridor ekologi di Gerik, Perak yang melibatkan Hutan

Simpan Belum, Hutan Simpan Banding dan Hutan Simpan Temenggor

(2012-2015).

2) Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan

Pelan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Biodiversiti dan

Bioteknologi Negara Ke-5 pada 4 November 2009. Matlamat utamanya

ialah untuk meningkatkan populasi harimau belang sehingga 1,000

ekor di dalam hutan Semenanjung Malaysia pada tahun 2020. Berapa

kawasan dalam CFS telah dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan

koridor untuk harimau belang iaitu:

a. Kawasan koridor PL1: Hutan Simpan Tanum - Hutan Simpan

Sg. Yu, Pahang;

b. Kawasan koridor PL2: Hutan Simpan Temenggor - Hutan

Simpan Royal Belum, Perak; dan

c. Kawasan koridor PL1: Hutan Simpan Labis Timur - Hutan

Simpan Lenggor Tengah, Johor.

3) Aktiviti-aktiviti di bawah HoB

Bagi projek HoB pula, terdapat beberapa aktiviti yang sedang

dilaksanakan di negeri Sabah dan Sarawak. Antaranya adalah aktiviti

yang meliputi pengukuhan pengurusan di Kawasan Terlindung

Sepenuhnya dan kawasan tadahan air, penubuhan kawasan-kawasan

koridor bagi hidupan liar melalui aktiviti restorasi dan pemulihan semula

Page 371: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

370  

hutan (rehabilitation) dan pengumpulan data (database) bagi sumber

dan kepelbagaian biologi yang terdapat di kawasan HoB.

Sabah dan Sarawak telah pun menyiapkan projek dokumen yang

merangkumi pelan operasi dan strategi bagi pelaksanaan Inisiatif HoB.

Di bawah RMKe10, Jabatan Perhutanan Sabah meneruskan usaha

untuk menyediakan inventori biodiversiti hutan, mewujudkan kawasan-

kawasan hutan perlindungan dan meningkatkan kemudahan

ekopelancongan di kawasan yang terlibat dengan Inisiatif HoB.

Manakala, projek-projek yang telah dijalankan di bawah RMKe-9 di

Sarawak ialah penggunaan teknologi hyperspectral dalam

pengumpulan data biodiversiti dalam kawasan HoB, Ekspedisi Saintifik

ke kawasan-kawasan HoB antaranya Lanjak Entimau, Batu Lawi dan

Paya Maga.

Di samping itu, bagi mempromosikan inisiatif HoB di Sabah dan

Sarawak, persidangan dan seminar mengenai HoB di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa turut dilaksanakan pada setiap tahun.

4) Usaha-usaha terkini

Pelaksanaan program koridor ekologi CFS ini dipantau di tiga (3)

peringkat iaitu:

a. Jawatankuasa Pemandu Nasional Pelaksanaan Central Forest

Spine (JPNP-CFS)

Pengerusi: Ketua Setiausaha NRE

Objektif: Menyelaras pelaksanaan rangkaian ekologi CFS

dengan kerjasama agensi-agensi di peringkat persekutuan dan

negeri di Semenanjung Malaysia.

b. Jawatankuasa Teknikal Nasional Pelaksanaan Central Forest

Spine (JTNP-CFS)

Pengerusi: Ketua Pengarah JPSM

Page 372: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

371  

Objektif: Menyelaras perkara-perkara teknikal berkaitan

pelaksanaan rangkaian ekologi CFS dengan kerjasama agensi-

agensi di peringkat persekutuan dan negeri di Semenanjung

Malaysia

c. Jawatankuasa Kerja Teknikal Negeri Pelaksanaan Central

Forest Spine (JKTNP-CFS)

Pengerusi: Setiausaha Kerajaan Negeri/Pengarah UPEN

Objektif: Menyelaraskan pembangunan rangkaian ekologi

(ecological linkages) CFS dengan kerjasama agensi-agensi di

peringkat negeri.

Satu lagi Jawatankuasa Kerja Koridor Ekologi CFS Gerik, Perak juga

telah ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan projek perintis Projek

Koridor Ekologi CFS Gerik, Perak. Jawatankuasa ini dipengerusikan

oleh Ketua Pengarah JPSM.

Bagi inisiatif HoB pula, sebanyak enam (6) mesyuarat trilateral telah

diadakan dan mesyuarat terakhir telah dipengerusikan oleh Malaysia

pada tahun 2012 di Kuching, Sarawak. Di mesyuarat tersebut, ketiga-

tiga buah Negara telah membentangkan kemajuan terkini pelaksanaan

Inisiatif HoB.

Di peringkat kebangsaan, sebanyak lapan (8) Mesyuarat Kumpulan

Kerja Pakar yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha NRE telah

diadakan. Mesyuarat terakhir telah diadakan pada 10 September 2013

di Wisma Sumber Asli, Putrajaya bagi membincangkan kemajuan

pelaksanaan Inisiatif HoB di Negeri Sabah dan Sarawak dan

perancangan penganjuran mesyuarat trilateral di Kuching, Sarawak.

Page 373: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

372  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan usaha-usaha

kerjasama dengan pelbagai agensi bagi mewujudkan rangkaian koridor

ekologi CFS di Semenanjung Malaysia dan HoB di Sabah dan Sarawak

adalah seperti berikut:

1) kekurangan penyelarasan di dalam usaha-usaha pembangunan guna

tanah antara agensi yang terlibat telah menyebabkan fragmentasi

habitat hidupan liar. Ini telah menyumbang kepada berlakunya konflik

manusia - hidupan liar di kawasan-kawasan yang terbabit;

2) dengan meningkatnya kesedaran masyarakat berkaitan isu-isu alam

sekitar serta sokongan daripada Kerajaan Negeri ianya akan

merealisasikan cadangan penubuhan koridor ekologi ini. Malah

terdapat kesedaran di peringkat Kerajaan Negeri akan kepentingan

koridor ini dari segi pemuliharaan biodiversiti dan pengurangan konflik

manusia – hidupan liar. Kepakaran yang sedia ada di dalam agensi-

agensi yang mengurus kawasan perlindungan yang dikenal pasti

sebagai sebahagian daripada CFS akan memudahkan pencapaian

hasrat ini;

3) malah Pelan Induk Koridor Ekologi CFS telah disediakan untuk

pelaksanaannya. Kawasan perlindungan yang telah sedia wujud HSK,

Taman Negara, rezab-rezab hidupan liar dan koridor ekologi akan

menyambungkan kepada peluasan habitat dan ianya berupaya untuk

menampung kepelbagaian spesies yang tinggi. Ini dibantu dengan

wujudnya kerjasama dan persefahaman antara agensi-agensi yang

menguruskan kawasan perlindungan yang akan disambungkan oleh

koridor ekologi ini nanti;

4) kejayaan pengwujudan koridor ekologi ini akan dipengaruhi oleh

peruntukan dana untuk mengambil alih kawasan yang telah dikenal

pasti sebagai koridor dan kesediaan Kerajaan Negeri untuk

Page 374: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

373  

mewartakan kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai

koridor ekologi;

5) pelaksanaan inisiatif HoB memerlukan komitmen yang tinggi daripada

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Cabaran utama

pelaksanaan aktiviti di bawah inisiatif ini melibatkan kos yang tinggi

oleh kerana keadaan geografi yang sukar untuk dicapai (accessibility)

dan keperluan pembangunan sosio ekonomi masyarakat setempat;

dan

6) usaha-usaha menyebar luas tentang kepentingan pemuliharaan dan

konservasi kawasan CFS dan HoB perlu dipertingkatkan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif good

neighbour yang memberi tumpuan kepada mewujudkan pemahaman dan

penerimaan di kalangan stakeholder mengenai konsep koridor ekologi. Ini

akan dijalankan melalui beberapa siri mesyuarat bersama stakeholder.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2011 hingga 2015, NRE mensasarkan beberapa usaha seperti

berikut:

Jadual 94: Bilangan Konsultasi bagi Tahun 2011 – 2015

TINDAKAN UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Meningkatkan usaha-

usaha rundingan

dengan Kerajaan

Negeri dan pihak-

pihak berkepentingan

Bilangan

konsultasi

bersama

stakeholder di

peringkat

negeri

1 1 1 1 1

Page 375: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

374  

Meningkatkan usaha

bagi mewujudkan

rangkaian koridor

ekologi bagi

menyambung

kawasan hutan yang

telah terpencil

(fragmented)

Bilangan

konsultasi

bersama

stakeholder di

peringkat

negeri

1 1 1 1 1

Mewujudkan green

infrastructure bypass

& viaduct) bagi

menyediakan laluan

bagi hidupan liar

Bilangan green

infrastructure

bypass &

viaduct yang

dibina

0 1 0 1 0

g. Pelan Tindakan

Bagi menggiatkan dan meningkatkan usaha-usaha kerjasama dengan

pelbagai agensi bagi mewujudkan rangkaian koridor ekologi, maka tindakan-

tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

1) Meningkatkan usaha-usaha rundingan dengan Kerajaan Negeri dan

pihak-pihak berkepentingan;

2) Meningkatkan usaha bagi mewujudkan rangkaian koridor ekologi bagi

menyambung kawasan hutan yang telah terpencil (fragmented); dan

3) Mewujudkan green infrastructure (bypass &viaduct) bagi menyediakan

laluan bagi hidupan liar.

F4. MATLAMAT UTAMA 8: MEMPERKUKUHKAN MEKANISME

PERUNDANGAN BERKAITAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN

PERKONGSIAN FAEDAH (ABS)

Page 376: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

375  

4. Strategi Pelaksanaan 4

Mewujudkan undang-undang bagi memastikan akses kepada sumber

biodiversiti Negara dikawalselia dan faedahnya dikongsi secara saksama

(ABS).

a. Latar Belakang

Malaysia adalah salah sebuah daripada 12 Negara yang telah diiktiraf

sebagai Negara mega kepelbagaian biologi di dunia. Negara-negara ini

merupakan Negara-negara yang amat kaya dengan kepelbagaian flora dan

fauna, habitat dan ekosistem yang merangkumi lebih daripada 60% daripada

spesies yang diketahui di dunia. Konvensyen Kepelbagaian Biologi telah

memberikan pengiktirafan bahawa sumber biologi merupakan hak (sovereign

right) sesebuah Negara. Oleh yang demikian, Negara yang memiliki sumber-

sumber tersebut mempunyai kuasa untuk mengawal akses kepada sumber-

sumber tersebut. Malaysia telah menjadi ahli kepada Konvensyen ini pada

tahun 1994.

Isu ABS amat penting kepada Malaysia untuk menjamin pulangan ke atas

sumber-sumber biologi Negara terutamanya apabila digunakan oleh pihak

luar untuk tujuan komersial. Ianya juga penting bagi Malaysia untuk

merealisasikan wawasan untuk menjana kekayaan baru dari sumber-sumber

biologi sepertimana yang digariskan dalam Dasar Kepelbagaian Biologi

Kebangsaan 1998, Dasar Bioteknologi Negara 2005 dan Model Baru

Ekonomi 2010.

b. Matlamat

Mewujudkan undang-undang bagi memastikan akses kepada sumber

biodiversiti Negara terkawal dan faedahnya dikongsi secara saksama (ABS).

Page 377: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

376  

c. Status Masa Kini

Pada masa ini, hanya Sabah dan Sarawak telah mempunyai perundangan

berkaitan ABS masing-masing. Walau bagaimanapun, Malaysia masih belum

mempunyai undang-undang peringkat kebangsaan untuk ABS. Oleh yang

demikian, sebarang permohonan untuk menjalankan kajian yang mempunyai

elemen bioprospecting oleh penyelidik luar perlu dilakukan mengikut garis

panduan yang diuruskan di Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana

Menteri.

Draf Rang Undang-undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian

Faedah telah pun disediakan. Draf ini telah diedarkan kepada stakeholder

melalui sesi konsultasi yang diadakan. Kini, draf RUU ABS tersebut adalah

dalam peringkat pengemaskinian sebelum dibentang kepada Kabinet untuk

pertimbangan.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti di dalam usaha untuk mewujudkan

undang-undang ABS ini adalah seperti berikut:

1) sebagai sebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian biologi yang

tinggi, Malaysia mempunyai potensi untuk menjana sumber kekayaan

Negara daripada sumber biologi terutama di dalam bidang

bioteknologi. Namun begitu, ketiadaan undang-undang ABS pada

masa ini menyebabkan Negara tidak mempunyai kawalan ke atas

sumber biologi terutama apabila ia melibatkan aktiviti-aktiviti

bioprospecting. Sumber biologi dibawa keluar dan dipatenkan tanpa

melibatkan sebarang perkongsian faedah dan menyebabkan Negara

mengalami kerugian;

2) pada masa ini hanya negeri Sabah dan Sarawak mempunyai undang-

undang berkaitan ABS. Oleh itu, perlu ada undang-undang di peringkat

Page 378: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

377  

Persekutuan untuk memastikan perundangan ABS di Malaysia dapat

diselaraskan;

3) selaku ahli kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Malaysia

mempunyai obligasi untuk membangunkan dasar dan undang-undang

berkaitan ABS untuk pelaksanaan sewajarnya. Oleh yang demikian,

adalah wajar satu undang-undang ABS dibangunkan di Malaysia bagi

memastikan Negara mematuhi obligasi di peringkat antarabangsa di

samping menjamin Negara mendapat pulangan sewajarnya daripada

penggunaan dan pengkomersilan sumber-sumber biologi Negara

terutama oleh pihak luar;

4) selain itu, adalah didapati bahawa Negara tidak mempunyai ramai

pakar-pakar yang memahami isu ABS secara mendalam dan ini

menyukarkan proses perbincangan dan dialog dilakukan yang

seterusnya menyumbang kepada kurangnya kesedaran di kalangan

banyak pihak terutama orang awam mengenai isu ini. Oleh yang

demikian, dalam usaha menghasilkan Rang Undang-Undang (RUU)

ABS, aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung akan

menyumbang kepada peningkatan kepada pemahaman dan

kesedaran semua pihak berhubung isu ini; dan

5) salah satu isu penting yang menjadi ancaman kepada usaha

mewujudkan undang-undang mengenai ABS ini adalah isu bidang

kuasa Kerajaan Persekutuan-Negeri berhubung pengurusan sumber

biologi. Oleh itu, proses konsultasi yang berterusan perlu diadakan

bagi melibatkan pihak-pihak berkenaan bagi memastikan pandangan

dan kepentingan semua pihak berkaitan dapat diambil kira dalam

usaha mewujudkan satu RUU mengenai ABS yang komprehensif dan

dapat dilaksanakan dengan efektif.

Page 379: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

378  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif good

neighbour yang memberi tumpuan kepada pewujudan perundangan

mengenai ABS dan meningkatkan pemahaman serta penerimaan di kalangan

stakeholder mengenainya. Untuk mencapai objektif ini, beberapa siri

mesyuarat perlu diadakan dengan stakeholder bagi mendapatkan input dan

pandangan mereka mengenai RUU ABS ini agar kepentingan semua pihak

dapat diambil kira. Selain itu, seminar dan bengkel juga akan diadakan bagi

memberi lebih pendedahan mengenai isu ABS kepada stakeholder untuk

meningkatkan kapasiti serta pemahaman berkenaan pewujudan dan

pelaksanaan RUU ini.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 95: Petunjuk Prestasi Sasaran Penggubalan dan Penguatkuasaan Akta ABS

TINDAKAN UKURAN 2011 2012 2013 2014 2015

Membangunkan Akta

Kebangsaan ABS

1 Akta

dikuatkuasa

1RUU

ABS

RUU ABS

melalui

proses

konsultasi

RUU ABS

dikemaskini

RUU

ABS

dibentang

kepada

Kabinet

dan

Parlimen

-

Penggubalan dan

penguatkuasaan

Peraturan ABS

Bilangan

Peraturan

dikuatkuasa

-

Draf

peraturan

dibentuk.

Draf

peraturan

dikemaskini

-

-

Page 380: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

379  

 

Merangka dan

melaksanakan blueprint

bagi rangka kerja institusi

bagi melaksanakan

undang-undang ABS

1 blueprint

dihasilkan

1 draf

blueprint

Dirangka

1 blueprint

digunapakai

dalam

merangka

struktur

kawalselia

ABS

- - -

Meratifikasi Nagoya

Protocol on Access and

Benefit Sharing

Nagoya

Protokol

diratifikasi

1 sesi

konsultas

i

diadakan

- - - -

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai sasaran untuk mewujudkan undang-undang dan peraturan-

peraturan ABS, maka tindakan-tindakan yang dirancang dilaksanakan adalah

seperti berikut:

1) Membangunkan Undang-undang Kebangsaan ABS;

2) Penggubalan dan penguatkuasaan Peraturan ABS;

3) Merangka dan melaksanakan blue print bagi rangka kerja institusi bagi

melaksanakan undang-undang ABS; dan

4) Meningkatkan pemahaman mengenai Nagoya Protocol on Access and

Benefit Sharing.

F5. MATLAMAT UTAMA 9: MEMASTIKAN EKOPELANCONGAN

MENYUMBANG SEKURANG-KURANGNYA 5% DARIPADA KELUARAN

DALAM NEGARA KASAR (KDNK) PELANCONGAN NEGARA PADA

TAHUN 2015

Page 381: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

380  

5. Strategi Pelaksanaan 5, 6 & 7

5. Membangunkan Skim Pensijilan Malaysian Mega Biodiversiti Hub

(MMBH) yang diiktiraf dunia.

6. Menaik taraf produk-produk ekopelancongan ke arah pensijilan.

7. Mewujudkan mekanisme bagi melaksanakan pensijilan di bawah

MMBH bagi produk-produk ekopelancongan di Malaysia.

a. Latar Belakang

Ekopelancongan merupakan aktiviti yang berpotensi besar untuk

dibangunkan bagi menjana pendapatan Negara. Pembangunan produk-

produk ekopelancongan dilaksanakan adalah bagi menyahut aspirasi

Kerajaan untuk mempergiatkan aktiviti yang boleh menjana kekayaan baru

Negara selaras dengan Model Ekonomi Baru (New Economic Model) yang

diperkenalkan oleh YAB. Perdana Menteri.

Kerajaan telah mengadakan brainstorming atau makmal bagi mengenal pasti

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pada bulan Jun hingga Ogos 2010

dan sebanyak 12 Entry Point Project (EPP) telah dicadangkan dalam usaha

untuk menjadikan sektor pelancongan ini sebagai salah satu daripada sektor

ekonomi berpendapatan tinggi. Salah satu daripada EPP tersebut iaitu EPP

yang keempat adalah cadangan penubuhan MMBH. NRE telah dilantik

sebagai agensi utama bagi pelaksanaan MMBH ini bersama-sama

Kementerian Pelancongan Malaysia dan Unit Pengurusan Prestasi dan

Pelaksanaan (PEMANDU).

b. Matlamat

Ekopelancongan menyumbang sekurang-kurangnya 5% daripada Keluaran

Dalam Negara Kasar (KDNK) pelancongan Negara pada tahun 2015.

Page 382: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

381  

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2012, pendapatan daripada industri pelancongan adalah

sebanyak RM60.6 bilion berbanding RM58.3 bilion pada tahun lalu dan

mencatat ketibaan seramai 25.03 juta pelancong berbanding 24.71 juta

pelancong pada tahun 2011.

Berdasarkan kajian pelepasan pelawat (departing visitors survey) oleh

Tourism Malaysia, pada tahun 2009, aktiviti eko (eco) merupakan salah satu

daripada lima aktiviti paling popular di kalangan pelancong asing yang datang

ke Malaysia dengan peratusan 46.3% melibatkan diri dalam aktiviti ini.

MMBH akan menjadi satu rangkaian antarabangsa yang akan memantau

perkembangan dan pembangunan produk-produk ekopelancongan melalui

pensijilan (accreditation) bagi memastikan produk-produk ekopelancongan di

dalam Negara ini setanding dengan produk-produk ekopelancongan di

peringkat antarabangsa. MMBH ini dicadang akan diuruskan oleh satu

Lembaga Pengurusan (Board of Management) yang terdiri daripada wakil

pelbagai sektor termasuklah pihak kerajaan, swasta, NGO, wakil rural

community dan ahli akademik. MMBH turut mencadangkan penubuhan

Malaysian Marine Discovery Center dan Malaysian Rainforest Discovery

Center di masa hadapan.

Sebagai langkah permulaan, NRE bersama PEMANDU telah menubuhkan

Lembaga Pengurusan Interim MMBH yang akan menjadi tunggak utama bagi

menggerak dan membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan

MMBH. Sebagai langkah permulaan, Lembaga Pengurusan Interim MMBH

telah mengenalpasti tujuh (7) buah live sites untuk dinaiktaraf sehingga tahun

2012 seperti berikut:

1) Taman Negeri Royal Belum, Perak;

2) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang;

Page 383: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

382  

3) Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sabah;

4) Taman Negara Kuala Tahan, Pahang;

5) Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Pahang;

6) Taman Kinabalu, Sabah; dan

7) Taman Negara Mulu, Sarawak

Kekayaan warisan alam semula jadi yang boleh dinikmati di hutan-hutan lipur,

taman-taman Negara dan taman-taman laut adalah diuruskan oleh Jabatan/

Agensi NRE seperti JPSM, PERHILITAN, JTLM dan FRIM sebagaimana

berikut:

Hutan Lipur dan Taman Negeri

Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri semakin dikenali sebagai aset penting

dalam pembangunan sumber ekopelancongan Negara. Ini dapat dilihat dari

jumlah ketibaan pengunjung yang telah meningkat kepada sekitar 5.3 juta

pengunjung setahun. Setakat ini, JPSM telah membangunkan sebanyak 124

kawasan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri di Semenanjung Malaysia

dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk keselesaan

pengunjung menikmati persekitaran alam semula jadi dan bersantai, serta

menjalankan berbagai aktiviti seperti berkelah, berkhemah, menjelajah gua,

menjelajah denai hutan, mendaki gunung, menyusuri sungai dan jeram,

berkayak, memancing, memerhati burung dan hidupan liar.

Taman Negara

Terdapat empat (4) buah Taman Negara iaitu Taman Negara Pahang,

Taman Negara Kelantan, Taman Negara Terengganu dan Taman Negara

Pulau Pinang. Taman-taman Negara ini terletak di bawah pengurusan

Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan PERHILITAN. Pada kebiasaannya,

Page 384: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

383  

pelawat/ pelancong di Taman Negara akan menjalankan dua perkara utama

iaitu “memasuki Taman Negara” dan “menjalankan aktiviti di Taman Negara”.

Pada masa sekarang, pelawat yang ingin memasuki Taman Negara perlu

mendaftarkan diri bagi mendapatkan permit masuk dan menjalankan aktiviti-

aktiviti seperti berkhemah, memancing, mengambil foto dan menaiki bot.

Taman Laut

Malaysia mempunyai 882 buah pulau secara relatifnya dan daripada jumlah

tersebut 42 buah pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut. Kawasan

Taman Laut adalah kawasan perairan laut 1 atau 2 batu nautika dari tikas air

surut di pulau-pulau (bergantung kepada saiz dan lokasi pulau) yang telah

diwartakan di bawah Akta Perikanan 1985. Di Malaysia, terdapat sebanyak 53

kawasan MPA di mana 42 daripada jumlah ini adalah Taman-taman Laut iaitu

di Terengganu (13 kawasan pulau), Pahang (9), Johor (13), Kedah (4) dan

Wilayah Persekutuan (3) dengan keluasan perairan yang diwartakan

berjumlah 2,357km2 iaitu sekitar 0.37% daripada keseluruhan perairan

Malaysia (614,000 km2).

Dari sudut biodiversiti marin, Malaysia terletak di dalam kawasan segitiga

terumbu karang dunia (coral triangle) iaitu satu kawasan yang terkaya dengan

biodiversitinya. Sebanyak 83% spesies karang di dunia terdapat di Malaysia.

Rekod menunjukkan terdapat sejumlah 1,394 spesies ikan karang dan 405

spesies karang di kawasan-kawasan terumbu karang di Malaysia. Kekayaan

biodiversiti ini dapat menghasilkan pulangan ekonomi yang tinggi, memberi

peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Kekayaan biodiversiti marin dan keindahan persekitaran pulau-pulau Taman

Laut telah menggamit kedatangan pengunjung dari dalam dan luar negara,

sekaligus merupakan salah satu penyumbang utama kepada pembangunan

sektor pelancongan negara. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh

Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) pada tahun

2008, nilai rekreasi bagi Taman-taman Laut di Semenanjung Malaysia adalah

dianggarkan berjumlah RM 1.25 bilion setahun.

Page 385: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

384  

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

FRIM telah menjadi salah satu kawasan ekopelancongan di Lembah Kelang

yang semakin mendapat tempat dan perhatian di kalangan pencinta alam.

Ekosistem dan topografi kawasan membolehkan FRIM mengetengahkan

beberapa lokasi di dalamnya sebagai produk ekopelancongan. Antara lokasi

yang sering menjadi tumpuan orang ramai adalah titian kanopi, denai-denai

alam, Arboratum Dipterokarp tertua di dunia, dan Kepong Botanical Garden.

Kemudahsampaian di samping persekitaran alam semula jadinya yang

dilengkapi dengan infrastruktur dan produk-produk ekopelancongan mampu

memenuhi keperluan segenap lapisan umur pengunjung.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam menarik minat pelancong

untuk berkunjung ke lokasi-lokasi ekopelancongan di Malaysia adalah seperti

berikut:

1) sebagai salah sebuah daripada 12 Negara mega diversiti di dunia,

Malaysia memiliki keunikan dan keindahan sumber biodiversiti yang

menjadi faktor utama dalam menggalakkan pelancong datang ke

lokasi-lokasi ekopelancongan di Malaysia. Ini dapat diperhatikan

melalui kehadiran ramai pelawat yang mengunjungi destinasi-destinasi

ekopelancongan Negara;

2) dalam hubungan ini, adalah juga didapati bahawa pada masa ini, tahap

kesedaran dan kepentingan memelihara khazanah sumber biodiversiti

ini di kalangan semua pihak terutama pelancong-pelancong adalah

masih rendah. Oleh itu, usaha-usaha perlu ditumpukan bagi

meningkatkan lagi tahap kesedaran mereka berhubung aspek ini agar

sumber-sumber ini dapat digunakan secara berterusan, bukan sahaja

generasi masa ini, tetapi juga generasi akan datang;

Page 386: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

385  

3) namun demikian, keupayaan Malaysia untuk menarik lebih ramai

pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke Negara ini

boleh dipertingkatkan lagi dengan penyediaan prasarana yang baik

dan pengurusan yang sistematik di destinasi-destinasi ekopelancongan

yang berpotensi. Dalam hubungan ini, berdasarkan pemerhatian

adalah didapati bahawa pada masa ini tahap kemudahan dan

perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di lokasi-lokasi

ekopelancongan sedia ada perlu dipertingkatkan; dan

4) sehubungan itu, langkah-langkah menaik taraf yang melibatkan usaha-

usaha, antara lain, penambahbaikan (termasuk value-added) serta

penyelenggaraan perlu dilaksanakan seperti berikut:

a. memastikan aktiviti ekopelancongan dijalankan secara

berkekalan melalui penetapan daya tampung dan penggunaan

teknologi mesra alam. Dalam hubungan ini, kajian daya

tampung perlu dilaksanakan di setiap lokasi ekopelancongan

utama;

b. memastikan produk ekopelancongan yang ditawarkan di

Malaysia mencapai taraf dunia dengan memperkenalkan

konsep MMBH yang menghendaki suatu proses pensijilan

diadakan bagi menilai lokasi/tapak ekopelancongan. Dalam

hubungan ini, NRE akan berhadapan dengan cabaran berikut:

i. satu kriteria dan petunjuk perlu di sedia dan dibangunkan

terlebih dahulu sebelum tapak-tapak ekopelancongan

boleh dinilai;

ii. perlu diwujud dan dikenal pasti national governing body

dan certification body; dan

Page 387: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

386  

iii. seterusnya ialah usaha mengekalkan secara berterusan

kualiti lokasi ekopelancongan yang telah diiktiraf

pensijilan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif kewangan

yang memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf serta membangunkan

prasarana ekopelancongan. Sebagai permulaan, bagi Rolling Plan Ke-2

(RP2) 2012-2013, Kerajaan telah menyediakan siling peruntukan sebanyak

RM19.5 juta bagi menaik taraf live sites. Walau bagaimanapun, belum ada

peruntukan diberikan sebagai usaha penaiktarafan lokasi ekopelancongan

lain bagi tempoh 2014-2015.

Pada masa yang sama, satu skim pensijilan akan dibangunkan untuk menilai

dan mengakreditasi produk-produk ekopelancongan di dalam Negara ini. Di

samping itu, Kementerian akan mengenal pasti mekanisme yang

bersesuaian dalam melaksanakan proses pensijilan bagi produk-produk

ekopelancongan di dalam Negara ini.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2009, aktiviti eko merupakan salah satu daripada lima aktiviti

paling popular di kalangan pelancong asing yang datang ke Malaysia dengan

peratusan 46.3% melibatkan diri dalam aktiviti ini. Berdasarkan peratusan

tersebut, boleh dirumuskan bahawa aktiviti-aktiviti berkaitan ekopelancongan

berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu daripada sumber pendapatan

ekonomi Negara. Berdasarkan hasil Makmal NKEA/ MMBH, sasaran bagi

sumbangan ekopelancongan kepada KDNK adalah sebanyak RM1.5 bilion

menjelang 2020 dengan membuka 3,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Dalam usaha untuk memastikan agar produk-produk ekopelancongan akan

dapat menepati skim akreditasi yang dicadangkan, adalah perlu produk-

produk ekopelancongan yang terpilih dinaiktarafkan ke satu tahap/ standard

Page 388: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

387  

yang setanding dengan lain-lain produk ekopelancongan di peringkat

antarabangsa. NRE mensasarkan usaha menaik taraf produk-produk

ekopelancongan sebagaimana berikut:

Jadual 96: Sasaran Bilangan Tapak Dinaiktaraf 2011 – 2015

UKURAN KPI

2011 2012 2013* 2014* 2015*

Jumlah tapak

yang dinaiktaraf

3 lokasi dinaik

taraf dan 2

dalam

pelaksanaan

2 lokasi

dinaik

taraf

2 lokasi siap

dinaiktaraf

Tertakluk

kepada

peruntukan

yang ada

Tertakluk

kepada

peruntukan

yang ada

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan Malaysia dapat mewujudkan skim akreditasi ini, maka

usaha-usaha bagi mempersiapkan produk-produk ekopelancongan perlu

dijalankan supaya ianya memenuhi kriteria dan petunjuk yang akan

diwujudkan melalui usaha-usaha seperti penyelenggaraan dan penaik taraf

tujuh (7) lokasi live sites yang telah dikenal pasti. Sehubungan itu, pelan-

pelan tindakan berikut akan dilaksanakan:

1) menubuhkan satu kumpulan teknikal untuk menjalankan kerja-kerja

penilaian dan mengenal pasti bentuk prasarana yang boleh ditambah

baik dan dinaiktaraf di tujuh (7) buah live sites;

2) menyediakan kriteria dan petunjuk bagi Skim Pensijilan MMBH serta

melaksanakan akreditasi dan pensijilan terhadap produk-produk

ekopelancongan di Malaysia;

3) cadangan supaya Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan untuk

menaik taraf lokasi ekopelancongan lain serta mengenal pasti alternatif

kewangan lain; dan

Page 389: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

388  

4) meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

dan Tourism Malaysia bagi mempromosikan lokasi ekopelancongan

Malaysia.

F6. MATLAMAT UTAMA 10: MENGURUS DAN MENGGUNA SECARA

BERKEKALAN SUMBER-SUMBER BIODIVERSITI (FLORA, FAUNA DAN

MARIN) BAGI MEMASTIKAN OBLIGASI DI PERINGKAT

ANTARABANGSA DIPENUHI

6. Strategi Pelaksanaan 8

Memantau dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah

Multilateral Environmental Agreements (MEAs) dan mesyuarat-mesyuarat di

peringkat antarabangsa dan serantau.

a. Latar belakang

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 Negara mega diversiti di dunia

dan mempunyai pelbagai sumber biologi yang boleh digunakan secara

berkekalan ke arah penjanaan ekonomi selaras dengan saranan Model Baru

Ekonomi. Dalam hal ini, Malaysia telah menjadi ahli kepada beberapa

perjanjian alam sekitar pelbagai hala MEAs. NRE melalui keputusan-

keputusan Jemaah Menteri telah dilantik menjadi focal point kepada 20

MEAs. Sebagai ahli kepada MEAs, Malaysia mempunyai tanggungjawab

untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan yang berkaitan MEAs

berkenaan. Di samping melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ahli,

Malaysia juga berpeluang mendapat bantuan kewangan, teknikal dan

teknologi. Setiap MEAs ini akan mengadakan persidangannya secara berkala

sama ada setiap tahun, dua tahun sekali ataupun tiga tahun sekali.

Di antara MEAs penting di mana BBP menjadi focal point adalah seperti

berikut;

Page 390: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

389  

1) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD)

CBD adalah salah satu konvensyen alam sekitar yang diterima pakai

oleh masyarakat dunia sempena Sidang Kemuncak Dunia Mengenai

Alam Sekitar di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Konvensyen

ini bertujuan untuk memulihara, menggalakkan penggunaan

berkekalan kepelbagaian biologi serta menggalakkan perkongsian

faedah hasil daripada penggunaan sumber-sumber biologi. Malaysia

telah menjadi ahli kepada Konvensyen ini sejak tahun 1994.

Conference of Parties (COP) bagi CBD diadakan pada setiap 2 tahun

sekali bagi memastikan komitmen yang terdapat dalam Konvensyen ini

dilaksanakan mengikut keputusan yang telah dibuat oleh ahli-ahli. COP

juga akan memberi arah tuju untuk dipatuhi oleh setiap Negara ahli.

2) United Nations Forum on Forests (UNFF)

UNFF merupakan satu forum bagi membincangkan pembangunan

dasar dan dialog secara berterusan di antara Kerajaan dan organisasi

antarabangsa serta lain-lain pertubuhan berkepentingan. UNFF telah

ditubuhkan di bawah Resolusi 2000/35 United Nations Economic and

Social Council (ECOSOC) pada 18 Oktober 2000. Fokus utama UNFF

ialah pelaksanaan pengurusan hutan secara berkekalan (sustainable

forest management – SFM). Forum ini bertujuan untuk memantau dan

menilai pelaksanaan Intergovernmental Panel on Forests (IPF)/

Intergovernmental Forum on Forest (IFF) Proposals for Action (PfA).

Di dalam Multi-Year Programme of Work 2007-2015 (MYPOW) yang

telah diterima pakai pada UNFF-7 pada tahun 2007, The High Level

Ministerial Segment akan diadakan masing-masing pada tahun 2011

(UNFF-9) dan UNFF-10. Mesyuarat High Level Ministerial Segment

seterusnya akan diadakan pada tahun 2015 (UNFF-11). Isu-isu yang

akan dibangkitkan semasa The High Level Ministerial Segment adalah

isu-isu penting di peringkat global yang akan memberikan kesan

Page 391: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

390  

kepada hutan dan SFM terutamanya dalam mencapai Global

Objectives on Forests yang telah dipersetujui semasa UNFF-6 (2006).

3) Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES)

CITES adalah perjanjian antarabangsa yang dianggotai oleh sebanyak

178 negara yang bertujuan untuk memastikan perdagangan

antarabangsa yang melibatkan spesies fauna dan flora liar tidak

diancam kepupusan akibat aktiviti perdagangan antarabangsa.

Konvensyen CITES memastikan perdagangan spesies terancam

terlibat dikawal dan sekali gus menjamin kemandirian spesies fauna

dan flora agar sumber alam ini akan terus dinikmati oleh generasi

masa hadapan. Malaysia telah mendepositkan surat caranya pada 3

Mac 1973 dan berkuat kuasa mulai 18 Januari 1978. Bagi memenuhi

sebahagian daripada obligasi Negara keahlian selaras dengan Artikel

VIII Konvensyen CITES, Malaysia telah menggubal perundangan

tempatan khusus mengenai CITES bagi melaksanakan keperluan-

keperluan di bawah Konvensyen serta mengambil tindakan yang

sewajarnya untuk mengawal perdagangan spesies fauna dan flora

yang terancam melalui Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai

Spesies Terancam 2008 [Akta 686].

Selain itu juga, Bahagian ini menjadi focal point untuk mesyuarat-

mesyuarat peringkat ASEAN berkaitan biodiversiti dan perhutanan

seperti Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Pertanian dan

Perhutanan (ASEAN Ministers on Agriculture and Forestry – AMAF),

Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN Mengenai Perhutanan

atau ASEAN Senior Officials on Forestry (ASOF) dan ASEAN Working

Group on Nature Conservation and Biodiversity (AWGNCB). Selain

daripada menghadiri dan menganjurkan mesyuarat-mesyuarat

peringkat serantau, Bahagian ini turut menjadi focal point di dalam

kerjasama peringkat serantau, di antaranya ialah kerjasama tiga hala

Page 392: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

391  

yang dikenali sebagai Inisiatif HoB dengan Negara-Negara Brunei

Darussalam dan Indonesia.

b. Matlamat

Memantau dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah

Multilateral Environmental Agreements (MEAs) dan mesyuarat-mesyuarat di

peringkat antarabangsa dan serantau di mana Malaysia adalah merupakan

ahli.

c. Status Masa Kini

1) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD)

Persidangan Kesepuluh kepada CBD atau COP 10 telah diadakan di

Nagoya, Jepun dari 18 hingga 29 Oktober 2010. Salah satu keputusan

utama semasa persidangan ini adalah menerima pakai pelan strategik

Convention on Biological Diversity (CBD) atau dikenali sebagai “Aichi

Target”. Ahli-ahli peserta telah bersetuju untuk menterjemahkan Aichi

Target ini ke dalam strategi dan pelan tindakan biodiversiti Negara

masing-masing di dalam masa 2 tahun. Ini antara lain, memerlukan

Malaysia untuk mengkaji semula Dasar Kepelbagaian Biologi

Kebangsaan 1998 selaras dengan sasaran-sasaran baru.

2) United Nations Forum on Forests (UNFF)

UNFF-10 telah diadakan dari 8 April 2013 hingga 10 April 2013

bertempat di Istanbul, Turki dengan bertemakan Forests and economic

development. Perkara-perkara yang telah dibincangkan menyentuh,

antara lain, isu-isu seperti memperkukuhkan kerjasama antarabangsa

antara institusi dan organisasi yang berkait rapat dengan sektor

perhutanan dalam melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan

(Sustainable Forest Management), pembangunan pasca bagi tahun

2015 (post-2015 development agenda) dan hasil persidangan Rio+20.

Page 393: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

392  

Malaysia akan menekankan pendirian bahawa kemajuan pengurusan

hutan secara berkekalan di Negara membangun hanya boleh

dilaksanakan secara berkesan jika isu kekurangan sumber seperti isu

kewangan, pemindahan teknologi kepada Negara membangun dan

peningkatan keupayaan pelaksanaan di Negara membangun tercapai.

Malaysia akan menekankan bahawa SFM adalah penyumbang yang

signifikan kepada pembangunan secara berkekalan dan pembasmian

kemiskinan. Di samping itu, Negara mengalu-alukan pelaksanaan Non-

legally Binding Instrument (NLBI) bagi semua jenis hutan di dunia.

Untuk menangani isu-isu kewangan di dalam pelaksanaan SFM,

Malaysia menyokong ke arah penubuhan satu tabung hutan sejagat,

Global Forest Fund (GFF) di dalam kerangka Pertubuhan Bangsa-

bangsa Bersatu. Cadangan GFF ini adalah salah satu strategi yang

sedang dianalisa oleh The Intergovernmental Ad-Hoc Expert Group

yang telah ditubuhkan oleh UNFF-8. Pendirian untuk menyokong GFF

ini telah dipersetujui sebagai pendirian Kumpulan G77 dan China di

peringkat pegawai untuk dijadikan deklarasi Menteri-menteri

Perhutanan UNFF-9. Malaysia akan turut menekankan kepentingan

hutan di dalam menangani masalah-masalah perubahan iklim di

samping kepentingan fungsi-fungsi hutan dari segi penjanaan ekonomi,

konservasi biodiversiti, kesejahteraan sosial dan kesinambungan

budaya masyarakat.

3) Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

Fauna dan Flora Liar Terancam (CITES)

Malaysia telah menggubal Akta Perdagangan Antarabangsa Spesies

Terancam 2008 [Akta 686] yang mula berkuat kuasa pada 28

Disember 2009 bagi memenuhi obligasi Konvensyen tersebut. 

Conference of the Parties (CoP) adalah forum peringkat tertinggi di

dalam mekanisma CITES yang dihadiri dan melibatkan kesemua

negara-negara ahli dan organisasi pemerhati dan berfungsi untuk

mengubal resolusi dan keputusan dasar serta teknikal yang akan

Page 394: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

393  

memandu perlaksanaan komitmen dan obligasi di bawah Konvensyen

tersebut untuk dilaksanakan oleh negara-negara ahli. Persidangan ini

diadakan setiap tiga (3) tahun sekali dan turut mempertimbangkan

rekomendasi serta cadangan teknikal yang dibincangkan di dalam tiga

(3) mekanisma forum kerja Konvensyen iaitu Standing Committee,

Animal Committee dan Plant Committee.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti di dalam usaha untuk memantau

dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah Multilateral

Environmental Agreements (MEAs) adalah seperti berikut:

1) kerajaan Malaysia sentiasa memandang serius penglibatan Negara di

dalam MEAs dan ini terbukti dengan penglibatan aktif delegasi

Malaysia di dalam mesyuarat-mesyuarat MEAs yang telah dihadiri

sebelum ini dalam usaha untuk memastikan pendirian Negara dapat

dipertahankan dan kepentingan-kepentingan Negara dalam pelbagai

isu alam sekitar dapat diutarakan;

2) walau bagaimanapun, pada masa ini, selaras dengan perkembangan

semasa terdapat pelbagai isu yang lebih kompleks dan mencabar

seperti pelaksanaan Nagoya Protocol on Access and Benefit Sharing

dan pelaksanaan dan penguatkuasaan Akta 686 di mana Malaysia

tidak mempunyai kapasiti dan kepakaran yang mencukupi untuk

memastikan isu-isu ini dapat ditangani sewajarnya;

3) kekangan kepada keberkesanan penglibatan Negara secara aktif di

dalam pelbagai forum rundingan, kumpulan kerja, dialog dan

mesyuarat dipengaruhi oleh faktor kewangan yang terhad dan

kepakaran. Oleh yang demikian, tumpuan perlu diberikan terhadap

usaha untuk meningkatkan kapasiti dan kepakaran serta peruntukan

kewangan berkaitan; dan

Page 395: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

394  

4) tambahan pula, wujud juga kekangan di peringkat domestik bagi

melaksanakan obligasi dan keputusan-keputusan yang telah dicapai di

dalam mesyuarat MEAs. Antara lain, kekangan ini termasuklah

keperluan meningkatkan tahap komunikasi dan koordinasi di antara

agensi bagi melaksanakan keputusan-keputusan tersebut. Oleh yang

demikian, tumpuan harus diberikan untuk merangka dan menyelaras

tindakan-tindakan susulan ini supaya obligasi Negara dapat dipenuhi.

Selain itu, usaha juga harus ditingkatkan bagi mengenal pasti dan

mengatasi isu-isu yang timbul yang boleh menyukarkan proses

pelaksanaan tindakan-tindakan yang telah dipersetujui.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif usaha untuk

melaksanakan komitmen-komitmen Negara terhadap konvensyen-

konvensyen yang telah ditandatangani dan diratifikasi seperti berikut:

1) CBD - merupakan satu Konvensyen yang bersifat legally binding dan

Malaysia telah menandatangani CBD pada 12 Jun 1992 serta

meratifikasi Konvensyen ini pada 24 Jun 1994;

2) CITES – Malaysia telah menandatangani Konvensyen CITES pada 3

Mac 1973 dan berkuat kuasa  sebagai Negara ahli pada 18 Januari

1978; dan

3) UNFF – merupakan satu forum yang bersifat non-legally binding dan

telah dipersetujui pada tahun 2007.

Di samping itu, pelaksanaan semua ketetapan dan keputusan adalah untuk

memastikan bahawa usaha pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti

Negara dapat dipertingkatkan dan seterusnya menyumbang kepada

peningkatan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Page 396: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

395  

g. Pengukuran Dan Petunjuk Prestasi

Jadual 97: Bilangan Mesyuarat Pemantauan

TINDAKAN UKURAN Semasa

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Membuat penilaian

semula Polisi

Kepelbagaian Biologi

Kebangsaan agar

selaras dengan Pelan

Strategik CBD 2011-

2020

Bilangan polisi

yang dinilai

semula

- 1 - - - -

Merangka pendirian

Negara dan

mengambil tindakan

susulan berhubung

isu-isu perhutanan

dan biodiversiti di

bawah Konvensyen

CITES dan CBD,

mesyuarat UNFF dan

mesyuarat –

mesyuarat berkaitan

di peringkat ASEAN

Bilangan

mesyuarat/

bengkel

penyelarasan

3 3 3 3 3 3

Meningkatkan

keupayaan Negara

melalui program-

program kolaborasi

kemahiran dan

kepakaran di

peringkat serantau

dan antarabangsa

Bilangan

program

kolaborasi

1 1 1 1 1 1

Page 397: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

396  

Meningkatkan keupayaan Negara melalui program-program kolaborasi kemahiran dan

kepakaran di peringkat serantau dan antarabangsa

h. Pelan Tindakan

Untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah

Multilateral Environmental Agreements (MEAs) dan mesyuarat-mesyuarat di

peringkat antarabangsa dan serantau, maka tindakan-tindakan yang

dirancang untuk dilaksanakan adalah seperti berikut:

1) membuat penilaian semula Polisi Kepelbagaian Biologi Kebangsaan

agar selaras dengan Pelan Strategik CBD 2011-2020;

2) merangka pendirian Negara dan mengambil tindakan susulan

berhubung isu-isu perhutanan dan biodiversiti di bawah Konvensyen

CITES dan CBD, mesyuarat UNFF dan mesyuarat –mesyuarat

berkaitan di peringkat ASEAN; dan

3) meningkatkan keupayaan Negara melalui program-program kolaborasi

kemahiran dan kepakaran di peringkat serantau dan antarabangsa.

F7. MATLAMAT UTAMA 11: MENINGKATKAN KESEDARAN AWAM DAN

KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN BERKAITAN ISU-ISU

BIODIVERSITI

7. Strategi Pelaksanaan 9

Meningkatkan keberkesanan program CEPA dan pembangunan kapasiti

berhubung isu-isu biodiversiti kepada stakeholder dan pelanggan (NGOs dan

orang awam) dan juga pegawai-pegawai di bawah Kementerian/ Agensi.

Page 398: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

397  

a. Latar Belakang

Program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (communication,

education and public awareness, CEPA) yang dikendalikan secara formal dan

tidak formal telah dianjurkan oleh pelbagai pihak merangkumi Agensi

Kerajaan, swasta, NGOs dan komuniti setempat.

Pendidikan mengenai biodiversiti merupakan satu proses pembelajaran di

mana individu dan kumpulan tertentu memperoleh kesedaran dan

pengetahuan mengenai biodiversiti secara menyeluruh, seterusnya menjana

perubahan sikap dan kelakuan ke arah pemuliharaan dan pengurusan

biodiversiti secara lestari. Proses pendidikan ini merentasi semua bidang dan

mempunyai hubung kait secara langsung dengan semua sektor, peringkat,

pendekatan dan metodologi pendidikan formal dan tidak formal. Dalam

proses pelaksanaan pendidikan biodiversiti, ia melibatkan pelbagai kumpulan

masyarakat termasuklah Kerajaan, perniagaan dan industri, akademik,

NGOs, masyarakat serta unit-unit keluarga.

Program CEPA merupakan wadah maklumat terpenting untuk menyampaikan

maklumat, pendidikan dan kesedaran kepada golongan sasar mengenai

kepentingan alam sekitar. Pelbagai program telah dijalankan seperti

penerbitan brosur, booklet, kempen, program-program outreach,

pertandingan, video/ trailer, buletin dan sebagainya.

Malaysia perlu berdiri setaraf dengan dunia dalam usaha-usaha konservasi

alam sekitar. Melalui program-program kesedaran awam, kerjasama pelbagai

pihak berkepentingan dalam pendidikan konservasi alam sekitar mampu

untuk digembleng bagi meningkatkan keberkesanan program dan

memanfaatkan kemahiran, sumber tenaga dan kewangan.

Bagi menyokong program-program CEPA dan menggalakkan perkongsian

serta penyebaran maklumat, portal mengenai sumber biodiversiti

dibangunkan. Selain itu, pangkalan-pangkalan data sedia ada seperti

Page 399: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

398  

Clearing House Mechanism (CHM) dan Biosafety Clearing House Mechanism

(BCH) akan ditambah baik melalui pengemaskinian data-data.

b. Matlamat

1) Menyemai sikap bertanggungjawab terhadap biodiversiti dan

penggunaan sumber asli secara lestari;

2) Penubuhan jaringan Malaysia Communication, Education and Public

Awareness on Environment (MyCEPA) yang bertindak sebagai

platform untuk berkongsi maklumat, kepakaran dan amalan terbaik

dalam melaksanakan program-program CEPA;

3) Mewujud dan melaksanakan Pelan Tindakan Kebangsaan CEPA; dan

4) Menyebarkan maklumat sumber biodiversiti menerusi pangkalan data.

c. Status Masa Kini

Satu jaringan komunikasi, pendidikan dan kesedaran alam sekitar [Malaysia

Communication, Education and Public Awareness on Environment

(MyCEPA)] telah ditubuhkan yang dianggotai oleh pelbagai pihak

berkepentingan dari agensi Kerajaan dan NGOs. Keanggotaan ini akan

diperluaskan untuk turut melibatkan agensi Kerajaan Negeri, pihak swasta

dan komuniti tempatan.

Pada masa yang sama, Pelan Tindakan Kebangsaan CEPA sedang dirangka

yang akan menjadi garis panduan kepada pihak berkepentingan berkaitan

dalam pelaksanaan program CEPA ke arah penggunaan sumber biodiversiti

secara lestari.

Page 400: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

399  

d. Isu dan Cabaran

Pelaksanaan program CEPA menghadapi beberapa cabaran dalam usaha

untuk menjayakannya. Beberapa cabaran utama yang telah dikenal pasti

sepanjang pelaksanaan program CEPA seperti berikut : -

1) Peruntukan dana yang tidak mencukupi bagi pelaksanaan program

CEPA;

2) Penyelarasan ke atas program-program perlu dibuat bagi mengelakkan

pertindihan pelaksanaan program;

3) Kekangan dari segi sumber manusia; dan

4) Ketersediaan (availablity) maklumat biodiversiti perlu dipastikan agar ia

reliable dan sahih.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perkara-perkara

seperti berikut :-

1) Mewujudkan Pelan Tindakan Kebangsaan CEPA dan memantau serta

menilai pelaksanaan Pelan tersebut;

2) Meningkatkan kerjasama dan pelaksanaan program komunikasi,

pendidikan dan kesedaran awam yang berkaitan dengan biodiversiti

dan alam sekitar secara bersepadu dan efektif;

3) Menambah baik pangkalan data untuk perkongsian maklumat

biodiversiti yang efektif; dan

4) Memastikan ketersediaan (availablity) maklumat mengenai biodiversiti

yang reliable dan sahih.

Page 401: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

400  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 98: Bilangan Mesyuarat Pemantauan

TINDAKAN UKURAN 2011 2012 2013* 2014* 2015*

Mewujudkan

Pelan

Tindakan

CEPA

Kebangsaan

Bilangan

pelan

Tindakan

CEPA

Kebangsaan

1 Pelan

Tindakan

CEPA

Kebangsaan

diwujudkan

- - - -

Melaksanakan

aktiviti CEPA

secara

bersepadu

Program

CEPA yang

bersepadu

(consolidated

)

-

3 program

CEPA

bersepadu

4 program

CEPA

bersepadu

5 program

CEPA

bersepadu

6 program

CEPA

bersepadu

1 Portal

CEPA

1 portal

CEPA

dibangunkan

- - - -

Penganjuran

Bengkel dan

Seminar

MyCEPA

2 bengkel

dan 1

seminar

MyCEPA

1 Seminar

MyCEPA

1 Seminar

MyCEPA

1 Seminar

MyCEPA

1 Seminar

MyCEPA

Mengaktifkan

semula

International

Biodiversity

dan Forestry

Resource

Group

Penganjuran

mesyuarat

dan bengkel

2 kali

mesyuarat

dan 1

bengkel

2 kali

mesyuarat

dan 1

bengkel

2 kali

mesyuarat

dan 1

bengkel

2 kali

mesyuarat

dan 1

bengkel

2 kali

mesyuarat

dan 1

bengkel

Page 402: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

401  

Nota: * Tertakluk kepada peruntukan yang akan diterima.

g. Pelan Tindakan

Bagi mencapai sasaran untuk meningkatkan keberkesanan program CEPA

dan pembangunan kapasiti berhubung isu-isu biodiversiti kepada stakeholder

dan pelanggan (NGOs dan orang awam) dan juga pegawai-pegawai di bawah

Kementerian/ Agensi, maka tindakan-tindakan yang dirancang dilaksanakan

adalah seperti berikut:

1) Mewujudkan Pelan Tindakan CEPA Kebangsaan

2) Melaksanakan aktiviti CEPA secara bersepadu

3) Mengaktifkan semula International Biodiversity and Forestry Resource

Group  

 

Page 403: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

402  

BIDANG UTAMA

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB

6 PENGURUSAN BIODIVERSITI

JPSM

A. LATAR BELAKANG

Malaysia merupakan pengeluar utama produk kayu-kayan tropika menyedari

pentingnya sektor perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi Negara,

pengekalan kestabilan alam sekitar dan pemeliharaan kekayaan biodiversiti.

Dengan itu, Malaysia telah membuat komitmen untuk melaksanakan

pengurusan hutan secara berkekalan selaras dengan Deklarasi Rio pada Jun

1992.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu

jabatan di bawah NRE yang telah diberi mandat dan tanggungjawab dalam

pengurusan hutan dan pembangunan sektor perhutanan secara berkekalan.

JPSM terdiri daripada Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung

Malaysia, 12 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di

seluruh Semenanjung Malaysia. JPSM diketuai oleh Ketua Pengarah

Perhutanan Semenanjung Malaysia dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua

Pengarah Perhutanan.

JPSM bertanggungjawab dalam pengurusan, perancangan, perlindungan dan

pembangunan sumber hutan khususnya kawasan Hutan Simpanan Kekal

(HSK) selaras dengan Dasar Perhutanan Negara (DPN) 1978 dan Akta

Perhutanan Negara (APN) 1984.

Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berperanan untuk

menggubal dasar-dasar perhutanan, memberi nasihat dan khidmat teknikal

kepada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri dalam aspek perancangan,

pengurusan dan pembangunan hutan, pengusahasilan hutan dan industri

berasas kayu, kajian operasi hutan serta latihan dan pembangunan sumber

manusia.

Page 404: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

403  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MENDAPAT DAN MENGEKALKAN PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN

PENGURUSAN HUTAN MENGIKUT STANDARD MALAYSIA CRITERIA

& INDICATORS [MC&I(NATURAL FOREST)] UNTUK 8 FOREST

MANAGEMENT UNIT (FMU)

C. STATUS MASA KINI

Sebagaimana 2011, kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia ialah

seluas 5,807,005 hektar iaitu 44 % daripada keluasan kawasan tanah seluas

13,184,633 hektar. Seluas 4,794,407 hektar kawasan berhutan tersebut telah

diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan diurus berdasarkan

Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM) di bawah amalan urus tadbir

hutan terbaik (good forest governance). Hutan Simpanan Kekal terdiri dari

tiga jenis hutan utama iaitu Hutan Darat, Hutan Paya Gambut dan Hutan

Paya Laut.

Kriteria dan Petunjuk untuk Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia (atau

singkatannya MC&I) merupakan standard yang digunakan untuk menilai

aktiviti pengurusan dan pembangunan hutan di peringkat Unit Pengurusan

Hutan (FMU) untuk tujuan pensijilan. Pensijilan pengurusan hutan mengikut

standard MC&I telah mula dilaksanakan pada 1994 berdasarkan ITTO Criteria

and Indicators For Sustainable Forest Management. Setelah kajian semula

dibuat, dokumen bertajuk Malaysian Criteria, Indicators, Activities and

Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification

(Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia atau lebih dikenali

sebagai MC&I (2001) telah dihasilkan. Mulai tahun 2004, Malaysian Criteria

and Indicators for Forest Management Certification atau ringkasnya MC&I

(2002) yang berdasarkan Prinsip dan Kriteria Forest Stewardship Council

(FSC) telah digunapakai untuk penilaian pensijilan pengurusan hutan.

Page 405: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

404  

Standard ini diperlengkapkan dengan memberi pertimbangan yang lebih

munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar,

ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi. Standard MC&I (2002) ini

dikemaskini hasil daripada maklumbalas dan pengalaman pelaksanaannya di

lapangan dan telah digantikan dengan Standard MC&I (Natural Forest) untuk

penilaian mulai tahun 2012. Ianya terus menjadi alat pengukur kepada

pencapaian matlamat pengurusan hutan secara berkekalan. Kriteria dan

Petunjuk Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia [MC&I(Natural Forest)]

hanya dilaksanakan di dalam hutan darat sahaja (tidak termasuk ladang

hutan).

Semua lapan (8) FMU yang terlibat dengan pensijilan pengurusan hutan telah

menjalani Audit Pensijilan Semula dan Audit Pemantauan MC&I seperti yang

dirancangkan. Kelapan-lapan FMU iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri

Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah berjaya

mengekalkan Sijil Pengurusan Hutan masing-masing melalui pengauditan

oleh Badan Pensijilan Bebas SIRIM QAS International Sdn Bhd dan SGS

(Malaysia) Sdn Bhd.

Kriteria dan Petunjuk Pensijilan Pengurusan Hutan Malaysia [MC&I(Forest

Plantation)] telah diperkenalkan sejak tahun 2008, namun belum ada pihak

yang mengambil inisiatif untuk menjalankan Pensijilan Pengurusan Hutan

MC&I (Forest Plantation). JPSM telah mengambil inisiatif pada tahun 2013

untuk menjalankan pengauditan secara trial run di Ladang Hutan Kemasul,

Negeri Pahang sebagai perintis untuk memperluaskan skop pengauditan

MC&I.

Kriteria dan Petunjuk (MC&I) yang telah diterimapakai setakat ini bukannya

satu perkara yang “tetap (rigid)”. Sebaliknya ia merupakan sesuatu standard

yang amat dinamik (evolve), sentiasa berubah (flexible) selaras dengan

perubahan permintaan dan tuntutan masyarakat semasa dalam pengurusan,

pembangunan dan penggunaan sumber hutan serta pengekalan kestabilan

alam sekitar dan tahap pemeliharaan serta pemuliharan kepelbagaian biologi

hutan. JPSM akur dengan perubahan persekitaran ini dan perlu mampu

Page 406: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

405  

menyesuaikan dengan keperluan perubahan tersebut supaya ianya terus

menjamin keutuhan amalan pengurusan hutan secara berkekalan di negara

ini.

Walaupun Pensijilan Pengurusan Hutan yang dilaksanakan kini lebih

menjurus untuk memenuhi tuntutan dan kehendak Pasaran Pengguna

Antarabangsa (International Consumer Demand) dan penyertaan JPSM

dalam pensijilan pengurusan hutan adalah secara sukarela, namun

penyertaan JPSM dan semua Jabatan Perhutanan Negeri dalam konteks ini

adalah bertujuan untuk menzahirkan komitmen murni terhadap kepentingan

pengekalan peranan dan sumbangan sumber hutan negara, terutamanya

kawasan-kawasan HSK di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara

Berkekalan untuk dimanfaatkan oleh generasi masa kini dan masa hadapan.

D. ISU DAN CABARAN

Hutan merupakan salah satu komponen terpenting di dalam sistem biofizikal

negara. Selain daripada fungsi tradisi membekalkan kayu dan hasil hutan

yang lain, hutan juga memainkan peranan yang strategik dalam mewujudkan

alam sekitar yang berkualiti terutamanya perlindungan sumber air,

pencegahan hakisan tanah dan nutrien, penstabilan iklim serta pemeliharaan

sumber kepelbagaian biologi negara. Justeru, sumber hutan yang ada perlu

dirancang, diurus, dipelihara dan dibangunkan secara profesional, sistematik,

cekap dan berkesan supaya pelbagai hasil dan perkhidmatan yang diperolehi

daripadanya dapat dinikmati secara berterusan.

Perkembangan pesat dalam pembangunan sosio-ekonomi negara sedikit

sebanyak telah memberi kesan kepada sumber hutan negara dan telah

menarik perhatian banyak pihak, sama ada di peringkat tempatan mahupun di

peringkat antarabangsa. Ditambah pula dengan kesedaran orang ramai

terhadap kepentingan hutan yang semakin meningkat, serta kaitannya

dengan pemeliharaan alam sekitar telah menyebabkan banyak pihak yang

begitu prihatin dan menuntut supaya sumber hutan terus dikekalkan,

dilindungi, dipelihara dan diurus bagi kesejahteraan masyarakat.

Page 407: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

406  

Hakikatnya, Malaysia adalah komited untuk memastikan sumber aslinya

sentiasa kekal dan terpelihara dengan menandatangani konvensyen

antarabangsa seperti Deklarasi Rio dalam Persidangan Bangsa-Bangsa

Bersatu Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan (UNCED), Konvensyen

Mengenai Kepelbagaian Biologi (CBD), Kerangka Konvensyen Mengenai

Perubahan Iklim (UNFCCC), Konvensyen Perdagangan Spesies Terancam di

Peringkat Antarabangsa (CITES), Konvensyen Ramsar Mengenai Tanah

Lembab (RAMSAR), Forum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai

Hutan (UNFF) dan Perjanjian Antarabangsa Kayu-Kayan Tropika (ITTA).

E. STRATEGI PELAKSANAAN

1) Menguruskan kawasan sumber asli khususnya Hutan Simpanan Kekal

(HSK) secara berkekalan; dan

2) Memperkasakan operasi penguatkuasaan hutan bagi memastikan

sumber hutan terpelihara.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 12: MENDAPAT DAN MENGEKALKAN

PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN PENGURUSAN HUTAN MENGIKUT

STANDARD MALAYSIA CRITERIA & INDICATORS [MC&I(NATURAL

FOREST)] UNTUK 8 FOREST MANAGEMENT UNIT (FMU)

1. Strategi Pelaksanaan 1

Menguruskan kawasan sumber asli khususnya Hutan Simpanan Kekal (HSK)

secara berkekalan.

Page 408: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

407  

a. Latar Belakang

1) Sebagaimana 2011,keluasan keseluruhan kawasan berhutan di

Malaysia adalah seluas 18.48 juta hektar. Daripada jumlah keluasan

tersebut 4.8 juta hektar adalah keluasan HSK di Semenanjung

Malaysia.

2) Kawasan HSK tersebut diurus dengan menggunakan amalan

pengurusan hutan secara berkekalan. Ini bermakna pengeluaran

produk dan perkhidmatan perhutanan dapat diperoleh dan dinikmati

secara berterusan oleh generasi masa kini dan masa depan. Dalam

konteks ini, pihak JPSM telah menguruskan sumber asli bernilai tinggi

ini dengan baik dan lestari selaras dengan matlamat yang termaktub

dalam visi JPSM iaitu untuk menjadi agensi terunggul dalam

pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Peranan ini penting

kerana JPSM bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengurus

khazanah hutan Negara bagi Semenanjung Malaysia.

3) Pelaksanaan pensijilan pengurusan hutan membolehkan tahap

pencapaian pengurusan hutan secara berkekalan dalam HSK dinilai

secara objektifnya melalui pengauditan oleh Badan Audit Bebas

(Certification Bodies) dan Audit Dalam (Internal Audit) untuk

memastikan pematuhan kepada standard pensijilan pengurusan hutan

MC&I.

b. Matlamat

Matlamat bagi strategi ini adalah mendapat dan mengekalkan pengiktirafan

pensijilan pengurusan hutan mengikut Standard MC&I (Natural Forest) untuk

8 FMU bagi memastikan kelestarian pengurusan hutan dan sumbangannya

kepada kestabilan alam sekitar dan sosio-ekonomi negara dicapai

sepenuhnya.

Page 409: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

408  

c. Status Masa Kini

1) Pada masa kini, 8 FMU telah mengekalkan sijil pengurusan hutan iaitu

Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak,

Selangor dan Terengganu setelah pelaksanaan Audit Pensijilan

Semula dan Audit Pemantauan didapati kesemua FMU tidak menerima

ketidakakuran major.

2) JPSM telah menubuhkan Seksyen Pensijilan Hutan di peringkat Ibu

Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia semasa penstrukturan

semula organisasi pada tahun 2005. Seksyen tersebut dianggotai oleh

4 orang pegawai dan seorang pegawai berpakaian seragam. Tugas

utama seksyen ini adalah seperti berikut:

a. menyelaras dan memantau pelaksanaan penilaian pengurusan

hutan oleh penilai bebas melalui audit pematuhan standard

pensijilan hutan;

b. merancang, mengelola dan mengawal perbelanjaan bagi aktiviti

pensijilan pengurusan hutan;

c. menyelaras penyediaan maklum balas terhadap Laporan

Penilaian Pengurusan Hutan oleh badan pensijilan;

d. menyelaras dan memantau pelaksanaan audit dalam bagi

pematuhan kepada standard pensijilan hutan; dan

e. mengadakan latihan yang berkaitan dengan MC&I.

3) Di peringkat negeri, seorang pegawai pensijilan dilantik untuk

memastikan pengurusan hutan dilaksanakan sepenuhnya mengikut

standard MC&I yang ditetapkan.

Page 410: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

409  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam menguruskan kawasan

sumber asli khususnya HSK secara berkekalan adalah seperti berikut:

1) sokongan dan kesedaran masyarakat mengenai alam sekitar perlu

dimanfaatkan dalam usaha memastikan pengekalan keluasan sumber

asli. "Best forest practices” perlu diamalkan dalam pengurusan dan

pembangunan sumber tersebut. Sumber hutan yang diklasifikasikan

sebagai hutan pengeluaran perlu diurus dan diusahasilkan untuk

kepentingan ekonomi, sosial dan alam sekitar; dan

2) masyarakat masa kini memandang pengusahasilan sebagai aktiviti

yang menyebabkan ketidakstabilan alam sekitar. Mereka berpendapat

bahawa setiap kali penebangan pokok dikesan di sesuatu tempat ia

dianggap sebagai pencerobohan hutan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif proses

dalaman (internal process) yang memberi tumpuan kepada perhubungan

yang baik serta mengadakan peraturan yang efektif dan mesra alam. Strategi

ini melibatkan pelaksanaan konsep good governance dalam menguruskan

sumber hutan negara khususnya kawasan HSK secara berkekalan dan

memerlukan komitmen dan keyakinan bagi mengekalkan keluasan HSK

sebagai sumber biodiversiti yang bernilai tinggi. Perkara ini selaras dengan

komitmen Malaysia untuk melaksanakan segala keputusan dan ketetapan

yang telah dipersetujui di bawah pelbagai konvensyen dan persidangan di

peringkat serantau dan antarabangsa. Semasa Sidang Kemuncak Bumi di

Rio de Jeneiro pada tahun 1992, Malaysia telah menyatakan komitmennya

untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah

negara dilitupi pokok-pokok dan kawasan berhutan.

Page 411: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

410  

Dalam hal ini, tumpuan diberikan kepada usaha oleh semua pihak di

peringkat Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Negeri

supaya Standard MC&I dilaksanakan dengan teratur dan baik bagi

memastikan pensijilan pengurusan hutan dikekalkan apabila kawasan HSK

diaudit oleh Badan Pensijilan Bebas.

Strategi ini juga memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:

1) Menambahkan peruntukan untuk latihan, pemantauan serta penilaian

pensijilan pengurusan hutan;

2) Menyediakan kemudahan logistik yang lengkap;

3) Meningkatkan kefahaman dan komitmen pegawai serta pegawai

penguatkuasa terhadap keperluan pematuhan kepada Standard

Pensijilan Pengurusan Hutan MC&I di lapangan; dan

4) Meningkatkan pemantauan kawasan HSK.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengekalan 8 sijil pengurusan hutan MC&I(Natural Forest) Pengurusan Hutan

Secara Berkekalan di bawah Programme for The Endorsement of Forest

Certification Schemes (PEFC) melalui Malaysian Timber Certification Scheme

(MTCS) bagi 8 FMU iaitu FMU Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan,

Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.

Pengukuran strategi ini adalah bilangan FMU yang mengekalkan

pengiktirafan pematuhan terhadap Standard MC&I (Natural Forest). KPI untuk

strategi ini adalah seperti berikut:

Page 412: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

411  

Jadual 99: Sasaran Bilangan FMU 2011 – 2015

TAHUN SEMASA

(2010) 2011 2012 2013 2014 2015

Bil. pengurusan hutan MC&I (Natural Forest)/ FMU

7 7 8 8 8 8

g. Pelan Tindakan

Bagi mengekalkan pengiktirafan sijil pengurusan hutan untuk 8 FMU yang

disasarkan, tindakan-tindakan yang dirancang untuk dilaksanakan adalah

seperti berikut:

1) menjalankan pengauditan dalaman di lapangan dengan menumpukan

kepada tahap ketakakuran (compliancy) ke atas Standard MC&I

(Natural Forest) sekurang-kurangnya sekali setahun;

2) menjalankan pengauditan pematuhan pengekalan pengiktirafan 8 Sijil

Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di bawah Programme for The

Endorsement of Forest Certification Schemes (PEFC) melalui

Malaysian Timber Certification Scheme (MTCS);

3) elemen pematuhan MC&I di masukkan dalam pemantauan kawasan

lesen yang dilaporkan secara bulanan;

4) menilai tahap kompetensi kakitangan kerja luar bagi Standard MC&I

(Natural Forest) sekurang-kurangnya sekali setahun;

5) menjalankan semakan ke atas Standard MC&I(Natural Forest)

piawaian bagi pensijilan pengurusan hutan setiap 5 tahun;

Page 413: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

412  

6) menjalankan latihan tidak kurang dari 80% kepada pegawai di Jabatan

serta kontraktor mengenai pengenalan kefahaman, prinsip dan

pelaksanaan MC&I (Natural Forest); dan

7) mewujudkan 250 petak kajian pengamatan dan penilaian sumber

hutan Semenanjung Malaysia.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Memperkasakan operasi penguatkuasaan hutan bagi memastikan sumber

hutan terpelihara.

a. Latar Belakang

Malaysia masih mengekalkan keluasan kawasan berhutan (area under forest

cover) seluas 18.48 juta hektar atau 56.4 peratus daripada keluasan tanah

negara. Daripada jumlah kawasan berhutan ini, seluas 79.1 peratus (iaitu

14.61 juta hektar) adalah Hutan Simpanan Kekal manakala bakinya seluas

20.9 peratus (iaitu 3.87 juta hektar) adalah kawasan hutan di luar Hutan

Simpanan Kekal. Sumber hutan yang bernilai tinggi ini perlu dipelihara dan

dijaga bagi mengekalkan peranannya kepada kepelbagaian biodiversiti, kualiti

hutan dan alam sekitar.

Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (SFM) akan terhalang sekiranya

aktiviti pencerobohan hutan dan pembalakan haram tidak dikawal. Akta

Perhutanan Negara 1984 (APN) merupakan akta yang diguna pakai dalam

menguatkuasakan undang-undang berkaitan perhutanan di Semenanjung

Malaysia. Usaha-usaha telah dilakukan untuk mengenal pasti faktor

penyebab masih berlakunya jenayah perhutanan tersebut. Salah satunya

ialah dengan menyemak semula keberkesanan peruntukan dalam APN 1984.

Pada tahun 1993 ianya telah dipinda bagi memberatkan hukuman ke atas

pesalah-pesalah perhutanan dan terkini pada tahun 2010 cadangan

pindaannya telah dibincangkan dalam Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara

(MTN) pada 1 Disember 2010.

Page 414: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

413  

Kerajaan memandang berat kegiatan pembalakan haram kerana kesan

negatifnya terhadap biodiversiti, kualiti hutan dan alam sekitar. Bagi

membanteras kegiatan ini, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

melalui JPSM memperkukuhkan aspek perundangan dengan mengkaji serta

meminda APN 1984 dari semasa ke semasa bagi memastikan keberkesanan

aktiviti penguatkuasaan. Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan

sebelum ini telah menunjukkan hasil yang positif dalam menangani isu

pembalakan haram. Berdasarkan rekod, kes pembalakan haram dalam Hutan

Simpanan Kekal mencatatkan trend menurun iaitu 118 kes pada tahun 2006

kepada 58 kes pada tahun 2011.

b. Matlamat

Untuk memantapkan dan memperkasakan lagi usaha membanteras

pembalakan haram dengan mempertingkatkan bilangan operasi secara

bersepadu bersama agensi lain di bawah Blue Ocean Strategy seperti Polis

DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Darat, Agensi Maritim Malaysia,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebagainya serta aktiviti

penguatkuasaan dijalankan menerusi pendekatan Visible Enforcement

Concept di mana semua aktiviti penguatkuasaan akan dilakukan secara

terang-terangan dan dihebahkan kepada umum melalui media cetak dan

media elektronik bagi memberi keyakinan kepada pihak awam akan

kesungguhan JPSM dalam usaha membanteras aktiviti pencerobohan hutan

dan pembalakan haram.

c. Status Masa Kini

1) Pada 31 Disember 2011, jumlah bilangan pegawai JPSM pada

keseluruhannya ialah seramai 5,302 orang yang terdiri dari pelbagai

gred jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional hinggalah ke

Kumpulan Sokongan. Daripada jumlah ini, hanya seramai 218 orang

sahaja yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas

penguatkuasaan hutan di Semenanjung Malaysia;

Page 415: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

414  

2) Pada tahun 2011, bilangan rondaan yang telah dilaksanakan adalah

sebanyak 8,771 rondaan manakala pada tahun 2012 sebanyak 11,653

rondaan telah dilaksanakan. Bilangan pendakwaan yang telah dibawa

ke mahkamah pada tahun 2011 ialah sebanyak 5 kes dan bilangan

yang sama juga telah dibawa ke mahkamah pada tahun 2012;

3) Bahagian Penguatkuasaan Hutan, JPSM telah memperoleh

peruntukan Pembangunan di bawah RMK-10 sebanyak RM345,000

pada tahun 2011, RM 1 juta pada tahun 2012 dan RM780,000 pada

tahun 2013;

4) Dalam penguatkuasaan hutan, usaha untuk memastikan kegiatan

menyalahi undang-undang dan peraturan hutan telah dilaksanakan

sepenuhnya. Di antara usaha dan inisiatif JPSM dalam

memperkasakan operasi penguatkuasaan dan pemantauan ialah:

a. Menubuhkan Seksyen Perundangan dan Pendakwaan serta

pengukuhan Seksyen Penguatkuasaan Hutan sedia ada dengan

penambahan 62 perjawatan baru bagi memantapkan

keberkesanan aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan kes

kesalahan hutan;

b. Menubuhkan Pasukan Penguatkuasaan Hutan atau Flying

Squad di peringkat Ibu Pejabat Perhutanan;

c. Mengenalpasti kawasan berisiko tinggi berlaku kegiatan

pembalakan haram (hot spot) dan Pasukan Penguatkuasaan

Negeri-negeri meningkatkan rondaan, pemantauan dan

mengadakan sekatan jalanraya di kawasan-kawasan hot spot

berkenaan dari masa ke semasa;

d. Menjalankan sekatan jalanraya dari masa ke semasa bagi

mengawal pergerakan kayu balak;

Page 416: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

415  

e. Menggunakan teknologi penderian jauh (remote sensing) dan

Sistem Maklumat Geografi untuk mengesan dan memantau

aktiviti pencerobohan hutan melalui sistem Forest Monitoring

Using Remote Sensing (FMRS);

f. Meningkatkan Sistem Balai Pemeriksaan Hutan;

g. Menggalakkan masyarakat awam membuat aduan mengenai

kegiatan pencerobohan hutan dengan menyediakan talian

bebas tol 1-800-88-5776; dan

h. Memastikan sempadan kawasan HSK berada dalam keadaan

bersih serta ditanda dengan jelas dan terang di lapangan serta

dipantau.

d. Isu dan Cabaran

Kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia pada tahun 2011 ialah seluas

5.81 juta hektar daripada keluasan kawasan tanah seluas 13.18 juta hektar.

Seluas 4.8 juta hektar kawasan berhutan tersebut telah diwartakan sebagai

Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan diurus berdasarkan Pengurusan Hutan

Secara Berkekalan (SFM) di bawah amalan urustadbir hutan terbaik (good

forest governance).

Penguatkuasaan hutan merupakan elemen kritikal dalam pengawalan sumber

hutan yang mempunyai keluasan 44% dari luas tanah Semenanjung

Malaysia. Di antara isu dan cabaran bagi memastikan amalan-amalan baik

pengurusan dan pembangunan hutan dapat dilaksanakan dalam pengurusan

hutan tropika secara berkekalan adalah :

1) perlaksanaan Pensijilan Hutan (MC&I) untuk menjamin pasaran produk

kayu-kayan di peringkat antarabangsa;

Page 417: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

416  

2) kekangan kakitangan JPSM dalam membuat persediaan menerima

tanggungjawab melaksanakan Forest Law Enforcement Governance

and Trade (FLEGT) melalui Voluntary Partnership Agreement

mengenai urusniaga kayu-kayan daripada sumber kawasan

pengeluaran yang sah;

3) melaksanakan tanggungjawab sebagai Scientific Body dalam

penguatkuasaan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

Terancam 2008 (International Trade in Endangered Species Act 2008

– INTESA) yang dibentuk untuk mengawal perdagangan sumber

kepelbagaian biologi terutama flora dan fauna dipintu-pintu masuk

negara; dan

4) pelaksanaan pengauditan dan penguatkuasaan Timber Legality

Assurance System (TLAS) bagi menjamin kayu yang didagangkan

secara sah mematuhi rantaian pembekal (supply chain).

Beberapa mekanisma penambahbaikan ke atas aktiviti pengurusan hutan

telah dikenalpasti dan diperkemaskan dalam usaha mengekang dan menutup

ruang dan peluang berlakunya kegiatan yang menyalahi undang-undang

terutamanya pembalakan haram. Di antaranya ialah:

1) menyelaras dan mengatur strategi penguatkuasaan hutan dengan

mewujudkan Pelan Tindakan Penguatkuasaan Hutan iaitu suatu

perancangan strategik penguatkuasaan jangkamasa panjang ke arah

pembalakan haram sifar;

2) penggunaan Borang Pas Memindah yang baru bercirikan keselamatan

untuk mengelak penggunaan Pas Memindah palsu;

3) melaksanakan dengan lebih tegas kaedah pembatalan pas bagi

memindah hasil hutan (Borang 8) di kilang-kilang kerja kayu;

Page 418: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

417  

4) melaksanakan pendaftaran gergaji berantai yang digunakan dalam

aktiviti pengusahasilan;

5) pemantauan bersepadu melalui projek kerjasama dengan Pusat

Remote Sensing Negara bagi meningkatkan penggunaan data remote

sensing dalam sektor perhutanan untuk mengesan aktiviti pembalakan

haram; dan

6) mendaftar maklumat terperinci berserta gambar kontraktor dan

penyelia pekerja pengusahasilan di dalam dokumen Lesen Mengambil

Hasil Hutan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif proses

dalaman (internal process) bagi mencapai kecemerlangan operasi yang

merangkumi proses-proses operasi dan logistik (operations and logistics

processes). Dalam hubungan ini, tumpuan diberikan kepada usaha oleh

semua pihak di peringkat Ibu Pejabat dan Negeri supaya langkah-langkah

penguatkuasaan hutan dilaksanakan dengan teratur dan lebih berkesan serta

memberi impak yang berat ke atas pesalah hutan dan seterusnya dapat

menjamin keberkekalan sumber hutan yang bernilai tinggi.

Di antara strategi masa depan dalam memantapkan operasi penguatkuasaan

hutan ialah:

1) Mengukuhkan peruntukan sedia ada dalam APN 1984 dengan

meminda beberapa peruntukan seperti berikut:

a. Memindahkan prinsip beban pembuktian strict liability semasa

perbicaraan di mahkamah bagi kes-kes kesalahan hutan

daripada pihak pendakwaan kepada pihak yang didapati

memiliki hasil balak secara tidak sah;

Page 419: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

418  

b. Mewartakan Pegawai-pegawai Perhutanan yang bertugas di

peringkat Persekutuan di negeri untuk membolehkan mereka

membantu kerja-kerja penguatkuasaan dan pendakwaan di

peringkat negeri;

c. Menambah peruntukan baru dalam APN 1984 mengenai:

I. Penggunaan senjata api bukan sahaja untuk tujuan

keselamatan tetapi juga untuk tujuan penguatkuasaan;

II. Pemalsuan dan pemilikan dokumen-dokumen palsu; dan

III. Kesalahan pensubahatan

d. Menambah prosedur-prosedur yang lebih terperinci di dalam

Bahagian VIII Bab 1: Kuasa Menangkap, Mengeledah, Menyita

dan Menyiasat; dan

e. Memperuntukkan penalti dan hukuman yang lebih tinggi

berbanding dengan yang sedia ada.

2) Menjalankan kajian dan membuat penambahbaikan ke atas

garispanduan-garispanduan, tatacara dan peraturan operasi

perhutanan sedia ada dengan mengambilkira ciri tadbir urus terbaik

terutamanya aspek kebertanggungjawaban (accountability) dan

semakan balas (check and balance);

3) Memperkemas dan menyeragamkan tindakan penguatkuasaan hutan

di antara Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri supaya lebih mantap dan

tidak mudah dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kemasan tersebut akan dibuat melalui penyediaan SOP yang

berasaskan perundangan terutamanya Kanun Prosedur Jenayah bagi

membolehkan pegawai penguatkuasaan, pegawai penyiasat dan

Page 420: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

419  

pegawai pendakwa membuat rujukan sebelum melaksanakan sesuatu

operasi dan tindakan;

4) Mengekalkan tahap integriti, moral dan etika pegawai serta kakitangan

JPSM. Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dan

Pelan Integriti Nasional (PIN) merupakan forum untuk membincangkan

serta meningkatkan tahap integriti kakitangan JPSM; dan

5) Mempromosi dan menggalakkan program pencegahan serta

pemahaman perundangan hutan dilaksanakan di semua peringkat iaitu

peringkat jabatan, pembalak, pengilang kayu, orang asli, penduduk

yang bergantung pada hutan, penyelidik, badan-badan bukan kerajaan

(NGO’s), agensi penguatkuasa yang lain, pelajar dan lain-lain

peringkat masyarakat melalui kempen-kempen pengembangan,

ceramah, dialog, seminar dan pameran.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran strategi ini adalah kekerapan rondaan dan bilangan

pendakwaan. Petunjuk prestasi untuk strategi ini adalah seperti berikut:

Jadual 100:

Jadual Pencapaian dan Unjuran Penguatkuasaan Hutan JPSM

2010-2015

UKURAN TAHUN

(2010) 2011 2012 SEMASA

(2013) 2014 2015

Kekerapan Rondaan

8,000 8,000 10,000 10,000 14,000 14,000

Bilangan Pendakwaan

5 7 9 10 12 12

Bilangan Panduan Prosedur Penguatkuasaan (SOP)

2 3 0 2 2 2

Menyediakan Ulasan Teknikal IBK

10 10 10 10 10 10

Page 421: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

420  

g. Pelan Tindakan

Bagi memperkasa operasi penguatkuasaan hutan, beberapa tindakan

pragmatik telah dirancang seperti berikut:

1) menyediakan Model Operasi Bersepadu bersama agensi

penguatkuasaan lain berdasarkan konsep Blue Ocean Strategy (BOS);

2) penubuhan Pasukan Penguatkuasaan Flying Squad bermotorsikal;

3) meningkatkan aktiviti rondaan darat berkala dan bersepadu melalui

1NRE Enforcement;

4) meningkatkan bilangan pendakwaan kes pembalakan haram ke

mahkamah;

5) menyediakan Standard Operation Prosedur (SOP) seperti berikut :

a. garis Panduan Penguatkuasaan Hutan dan Garis Panduan

Penguatkuasan Industri Berasas Kayu;

b. panduan Pengendalian Kertas Siasatan;

c. garis Panduan Pelesenan Pengusahasilan Dan Pemprosesan

Kayu Karas/ Gaharu Di Semenanjung Malaysia;

d. prosedur Pengeluaran Kayu Hutan Berkuantiti Kecil dan Kayu

Pokok Tanaman Buah-buahan/ Pertanian Dari Kawasan Tanah

Bermilik dan Kayu Dari Pokok Tepo Jalan/ Lebuhraya dan

Dalam Kawasan Taman; dan

e. garis Panduan Tatacara Pendaftaran Penggunaan Gergaji

Berantai Dalam Kawasan Lesen Pengusahasilan Hutan.

Page 422: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

421  

6) melaksanakan rondaan udara dan laut (hutan paya laut) secara

bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain dari semasa ke

semasa;

7) mengenal pasti kawasan yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan

pembalakan haram (hotspot) dan meningkatkan penguatkuasaan di

kawasan-kawasan tersebut;

8) mengukur, menanda dan menyelenggara sempadan luar HSK;

9) menjalankan latihan dan kursus berkaitan penguatkuasaan;

10) menggunakan Sistem Forest Monitoring Using Remote Sensing

(FMRS) untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan landskap

kawasan berhutan untuk pemantauan penguatkuasaan; dan

11) bekerjasama dengan orang awam untuk mengwujudkan jaringan

sumber maklumat megenai aktiviti kesalahan hutan atau pembalakan

haram.

Page 423: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

422  

BIDANG UTAMA

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB

7 PENGURUSAN BIODIVERSITI FRIM

A. LATAR BELAKANG

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah pusat penyelidikan

perhutanan tropika yang unggul di dunia dan mempunyai lebih dari 100 tahun

sejarah dalam penyelidikan perhutanan serta keluaran hutan. Semenjak ianya

menjadi sebuah badan berkanun pada tahun 1985, penyelidikan dalam

bidang bioteknologi perhutanan dan hasilan semulajadi juga dipakari. Banyak

ilmu serta maklumat telah dikumpul dan dijana dalam bidang-bidang ini. Hasil

penyelidikan diterjemahkan atau dipamerkan dalam bentuk penerbitan,

koleksi spesimen dan bahan kimia/ ekstrak/ mikrob, panduan, kaedah, model,

teknologi, harta intelek (Intelectual Property –IP), prototaip dan produk-

produk yang dibangunkan serta ditambah baik

Antara fungsi utama FRIM ialah merancang dan melaksanakan penyelidikan

sepertimana yang diperlukan oleh pemegang taruh (stakeholders) bagi

pembangunan sektor perhutanan, dan pemuliharaan sumber hutan. Selain itu

adalah menjadi tanggungjawab FRIM untuk memperoleh dan menyebarkan

maklumat hasil penyelidikan yang dapat menambah baik usaha pengurusan

dan penggunaan hasil hutan disamping membantu pelanggan dan menjalin

hubungan kerjasama penyelidikan dengan badan-badan penyelidikan serta

usahawan-usahawan dari dalam dan luar negara. FRIM turut menyediakan

pelbagai jenis khidmat termasuk ujian (seperti tanah, perabot dan pintu

rintangan api), khidmat perundingan, sewaan kemudahan (teknikal dan

rekreasi), bekalan bahan tanaman dan latihan (contohnya pengenalan kayu,

pengenalan pokok dan landskap). FRIM dalam usaha untuk menjadi badan

pensijilan bagi beberapa produk hasil kayu. Buat masa ini FRIM

diakreditasikan sebagai badan ujian perabot, panel papan lapis, panel

berasaskan kayu bersaiz besar dan pembebasan formaldehid.

Page 424: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

423  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

MENINGKATKAN PENJANAAN ILMU, PEWUJUDAN TEKNOLOGI

BARU, PENGHASILAN KEKAYAAN (WEALTH CREATION), DAN

PENGURANGAN PEMBAZIRAN DAN KEROSAKAN MENERUSI

PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN KOMERSIALISASI

(R&D&C) DAN INOVASI

C. STATUS MASA KINI

FRIM memberi tumpuan kepada usaha-usaha berinovasi menerusi aktiviti-

aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (Research,

Development and Commercialisation - R&D&C) yang mampu menghasilkan

kekayaan, mengurangkan pembaziran dan kerosakan selain daripada

penjanaan ilmu serta pewujudan kaedah baharu. Ini semua dilakukan demi

mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli, hutan

dan biodiversiti serta alam sekitar yang terpelihara di peringkat serantau pada

tahun 2015.

Ukuran pencapaian FRIM adalah melalui pelaksanaan projek-projek R&D&C;

bilangan-bilangan penerbitan termasuk jurnal; pendedahan reka cipta dan

pemfailan paten; penghasilan prototaip; jalinan kerjasama pintar; perundingan

serta perbincangan (negotiations) dengan pihak swasta; pelaburan dalam

pembangunan produk; pusat-pusat kecemerlangan dan usaha-usaha lain ke

arah penyebaran maklumat, pemindahan teknologi dan pengkomersialan.

Pencapaian juga diukur berdasarkan pengiktirafan yang diberi dan bilangan

perkhidmatan yang menepati piawai kebangsaan dan antarabangsa. Hasil

kajian impak ke atas usaha-usaha R&D&C yang dilaksanakan juga dijadikan

sebagai penanda aras kecemerlangan pencapaian.

Page 425: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

424  

D. ISU DAN CABARAN

Sebilangan besar penyelidik di NRE adalah dari FRIM, iaitu lebih kurang 230

orang walaubagaimanapun hanya purata 100 projek R&D&C dijalankan. Ini

adalah kerana jumlah dana yang diperoleh untuk aktiviti penyelidikan adalah

rendah. Geran penyelidikan diperolehi dari penaja geran melalui proses

permohonan dan penilaian yang amat kompetitif. Sebagai contoh, geran

penyelidikan yang diperolehi oleh FRIM dari Kementerian Sains, Teknologi

dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA) bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 hanya berjumlah RM6.2 juta; RM3.1

juta dan RM1.6 juta sahaja. Oleh yang demikian, usaha-usaha berterusan

untuk menambah dana adalah perlu bagi meningkatkan aktiviti penyelidikan

dari semasa ke semasa.

Perubahan senario ekonomi dunia dan pertambahan isu-isu global seperti

perubahan iklim dan pelepasan gas karbon dioksida (CO2) amat perlu

ditangani. Banyak produk yang dihasilkan untuk eksport kini memerlukan

pensijilan yang semakin ketat syarat-syaratnya. Ini berkaitan dengan

penekanan yang diberikan ke arah pengurusan sumber asli yang mampan

dan proses pengeluaran dan produk yang mesra alam.

Kepakaran dalam bidang-bidang tertentu adalah berkurangan dan bilangan

pakar-pakar yang akan bersara dalam masa lima (5) tahun (2018) juga

semakin membimbangkan. Maka organisasi penyelidikan sebegini perlulah

diperkukuhkan supaya permasalahan serta pertambahan bidang khusus

dapat ditangani dengan sewajarnya pada kadar segera.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Menjana ilmu, menghasilkan kekayaan, mengurangkan pembaziran serta

kerosakan dan mewujudkan kaedah baru menerusi R&D&C dan inovasi bagi

mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli, hutan,

biodiversiti dan alam sekitar di peringkat serantau pada tahun 2015.

Page 426: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

425  

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 15: MENINGKATKAN PENJANAAN ILMU,

PEWUJUDAN TEKNOLOGI BARU, PENGHASILAN KEKAYAAN (WEALTH

CREATION), DAN PENGURANGAN PEMBAZIRAN DAN KEROSAKAN

MENERUSI PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN KOMERSIALISASI

(R&D&C) DAN INOVASI

1. Strategi Pelaksanaan

Menjana ilmu, menghasilkan kekayaan, mengurangkan pembaziran dan

kerosakan serta mewujudkan kaedah baru menerusi R&D&C dan inovasi bagi

mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli, hutan,

biodiversiti dan alam sekitar di peringkat serantau pada tahun 2015.

a. Latar Belakang

Penyelidikan boleh dijadikan nadi utama dalam membina sesebuah

Kementerian. Kemantapan dan kemasyhuran NRE boleh dihubungkaitkan

dengan kegiatan dan penemuan penyelidikan yang memanfaatkan

masyarakat. Bagi merealisasikan hasrat ini, projek-projek R&D&C yang

dijalankan mestilah berpandukan keperluan ekonomi/ pasaran (economic/

market driven) dan seterusnya berupaya membuahkan hasil yang berimpak

tinggi. Sehubungan dengan itu, penglibatan aktif NRE adalah satu tuntutan

sebagai perakuan bahawa R&D&C adalah salah satu komponen penting

dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber asli dan alam sekitar.

Pada masa kini, sejumlah besar bilangan penyelidik di bawah NRE terdapat

di FRIM iaitu lebih kurang 230 orang. Walau bagaimanapun, jumlah dana

yang diperoleh untuk penyelidikan adalah rendah. Pada tahun 2010, 2011

dan 2012 FRIM memperoleh hanya RM6.2 juta; RM3.1 juta dan RM1.6 juta

sahaja untuk projek-projek R&D&C baharu. Usaha-usaha berterusan adalah

Page 427: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

426  

perlu bagi memastikan dana penyelidikan mencukupi supaya usaha projek

dan hasil penyelidikan dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Pengurusan sumber asli, alam sekitar, biodiversiti dan hutan terpelihara

secara lestari adalah antara fungsi utama NRE. Penepatan kepada usaha

yang dijalankan mampu memacu NRE menjadi Kementerian yang cemerlang

dalam pengurusan sumber asli, alam sekitar, biodiversiti dan hutan di

peringkat serantau dan global. Untuk lebih proaktif dalam suasana semasa

yang sentiasa berubah, NRE perlu lebih inovatif dalam membangun dan

mempelbagaikan program penyelidikan, usaha pengkomersilan dan

pembangunan pusat-pusat kecemerlangan selaras dengan keperluan

pelanggan masa kini. Sehubungan itu, usaha giat adalah perlu bagi

memantapkan sistem kualiti supaya makmal dan bengkel diakreditasi serta

mendapat pengiktirafan bersifat autoritatif.

Hasil penemuan daripada R&D&C perlu didokumentasi dan disebarkan

melalui penerbitan artikel, jurnal, buku dan garis panduan untuk

dimanfaatkan. Penyebaran hasil R&D&C seharusnya dijadikan satu platform

perkongsian ilmu dengan masyarakat sejagat. Selain itu, penyebaran artikel

dalam jurnal dan buku-buku di peringkat antarabangsa akan menjadi satu

petunjuk kritikal tentang kekuatan dan daya saing NRE.

Di samping itu, hasil R&D&C yang dikomersialkan dan digunapakai dalam

pengurusan mampan serta mampu menjadi sumber penting penjanaan dan

penjimatan kewangan negara. Ilmu dan kepakaran yang ada perlu dijuruskan

kepada beberapa pusat kecemerlangan yang mampu melonjakkan

keupayaan NRE dalam mengurus serta memulihara sumber asli dan

biodiversiti. Dengan keadaan ekonomi semasa, serta tenaga kerja dan dana

yang terhad, adalah wajar kerjasama pintar dijalinkan dengan pelbagai pihak

bagi memastikan usaha yang dirancang boleh dilaksanakan tanpa banyak

halangan dan penambahan kos.

Page 428: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

427  

b. Matlamat

Meningkatkan penjanaan ilmu, pewujudan teknologi baru, penghasilan

kekayaan (wealth creation) dan pengurangan pembaziran dan kerosakan

menerusi R&D&C dan inovasi.

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2010, 2011 dan 2012 FRIM telah melaksanakan sebanyak 181,

188 dan 174 projek R&D&C termasuk 25, 26 dan 19 projek baru melibatkan

dana sebanyak RM27.1 juta, RM10.9 juta dan RM10.6 juta masing-masing.

Sebanyak 18, 18 dan 14 (output penyelidikan yang berdaya komersial) telah

berjaya dihasilkan bagi tahun-tahun tersebut. Pada masa yang sama,

sebanyak 571, 624 dan 682 bahan penulisan saintifik (termasuk 95, 97 dan

104 penulisan jurnal), teknikal dan bukan teknikal telah diterbitkan.

Manakala, sebanyak 6, 35 dan 30 pendedahan reka cipta juga telah

dikemukakan, 8, 10 dan 11 pemfailan paten telah dibuat dan 5, 7 dan 6 hasil

R&D&C dikomersialkan melalui persetujuan perlesenan teknologi atau

seumpamanya.

Pada tahun-tahun tersebut, sejumlah 4, 8 dan 10 pusat kecemerlangan sedia

ada terlibat dalam memperkasa usaha R&D&C di FRIM iaitu: Pusat

Pengurusan Hutan Mampan, Pusat Biodiversiti Tropika (TFBC), Pusat

Penemuan Ubatan (DDC), Pusat Teknologi Herba (HTC), Pusat Teknologi

Kayu Kayan (TTC), Pusat Inkubator FRIM/MTDC (FMTC), Pusat Lamscant,

Pusat Biousahawan, Pusat Ujian Perabut dan California Air Resources Board

(CARB). Maklumat-maklumat yang dikumpul serta ujian-ujian yang dijalankan

oleh pusat-pusat ini diguna pakai dalam perancangan dan pengurusan

sumber asli, biodiversiti dan industri perkayuan.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, FRIM menjalankan

fungsi mengurus, memantau dan menilai projek-projek R&D&C, termasuk

output penerbitan, manakala Bahagian Inovasi dan Komersialisasi, FRIM

bertanggungjawab menentukan pendedahan reka cipta dibuat bagi produk

Page 429: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

428  

R&D&C, pemfailan paten dan mengadakan perbincangan dan perundingan

dengan pihak swasta atau pelabur bagi mengkomersialkan hasil R&D&C.

Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Korporat, FRIM juga adalah

sekretariat kepada usaha penilaian dan pemantauan projek kerjasama

penyelidikan yang melibatkan MoU atau perjanjian. Pada tahun 2010, 2011

dan 2012 sebanyak 26, 21 dan 21 cadangan projek baru telah dinilai dan 19,

17 dan 22 projek kerjasama R&D&C telah dimeterai.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam usaha untuk meningkatkan

inovasi menerusi R&D&C termasuk:

1) Usaha R&D&C semasa berjaya menghasilkan bilangan output yang

menggalakkan iaitu pendedahan rekacipta dan paten, tetapi

memerlukan minat dan sokongan daripada individu/syarikat yang

mampu mengkomersialkannya hingga berjaya;

2) Usaha menumpukan sebilangan besar R&D&C kepada keperluan

ruang saintifik (scientific space) dengan kurang mengambil kira

keperluan ruang pasaran (market space) iaitu komersialisasi hasil

R&D&C;

3) Bilangan pendedahan rekacipta yang dikemukakan oleh penyelidik

masih boleh dipertingkatkan bersesuaian dengan jumlah penyelidikan

yang dijalankan dan/ atau jumlah penyelidik;

4) Bilangan pemfailan paten yang masih boleh dipertingkatkan (FRIM <20

setahun) untuk setanding dengan negara-negara maju atau pun

institusi terkemuka dunia;

5) Kurang ketersediaan atau keyakinan industri untuk mengambil risiko

atau untuk mengambil-pakai hasil-hasil R&D&C. Sebahagian besar

Page 430: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

429  

industri masih berpendirian bahawa hasil R&D&C dari agensi

penyelidikan masih memerlukan banyak penambahbaikan sekiranya

hendak diterjemahkan ke skala industri;

6) NRE masih belum ada roadmap untuk R&D&C dan skim latihan yang

sistematik bagi membangunkan kumpulan modal insan yang pakar

dalam pelbagai bidang berkaitan sumber asli dan biodiversiti;

7) Dana yang terhad bagi menyokong usaha-usaha melaksanakan

penyelidikan dan seterusnya usaha mempertingkatkan hasil R&D&C

ke tahap yang boleh dikomersialkan dengan jayanya (pra

komersialisasi);

8) Meyakinkan penyelidik-penyelidik bahawa peralihan tumpuan yang

diminta daripada menghasilkan output R&D&C yang 100% saintifik

(purely scientific) kepada menghasilkan sesuatu yang boleh terus

diguna pakai oleh industri dan membantu perkembangan ekonomi

bukanlah satu langkah ke belakang. Sebaliknya, penghasilan output

yang boleh dimanfaatkan oleh industri mampu memartabatkan seorang

penyelidik sebagai perekacipta;

9) Meyakinkan penyelidik-penyelidik bahawa kerajaan turut mengambil

kira sumbangan mereka dalam usaha menghasilkan penemuan-

penemuan baharu yang berjaya menjana aktiviti ekonomi. Ke arah ini,

cabaran adalah untuk memastikan semua skim insentif berbentuk

imbuhan kewangan yang dirangka oleh kerajaan dapat dilaksanakan

dan penyelidik/ perekacipta dapat menikmatinya dalam jangka masa

yang munasabah serta mereka turut diberikan pengiktirafan yang

sewajarnya;

10) Jabatan/ agensi di bawah NRE khususnya berkaitan penyelidikan

mempunyai ramai pakar dalam pelbagai bidang sains dan teknologi

berkaitan sumber asli, selain daripada kemudahan sokongan teknologi

maklumat yang baik. Cabaran adalah untuk menggembleng segala

Page 431: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

430  

infrastruktur dan kemudahan yang tersedia sehingga membolehkan

peningkatan aktiviti R&D&C serta latihan ke arah melonjakkan

keupayaan agensi-agensi penyelidikan NRE dalam menghasilkan

output R&D&C yang berdaya komersial tinggi;

11) Agensi-agensi penyelidikan di bawah NRE mempunyai reputasi dan

imej yang baik. Mereka juga mempunyai jaringan perhubungan yang

baik lagi kukuh dengan pihak industri dan agensi-agensi di dalam dan

luar negara. Cabaran adalah untuk membina hubungan baik ini bagi

menjalinkan lebih banyak kerjasama pintar dengan matlamat untuk

menghasilkan penemuan atau inovasi baru yang boleh menyumbang

kepada perkembangan ekonomi negara;

12) Agensi-agensi penyelidikan di bawah NRE menghadapi cabaran

mengisi kekosongan jawatan yang masih belum dapat disempurnakan

disebabkan kekangan kewangan semasa. Ini sedikit sebanyak

memberi kesan ke atas keupayaan agensi menjalankan kajian dalam

bidang-bidang tertentu dengan lebih berkesan;

13) NRE perlu juga menggembeleng segala kekuatan dan kelebihan

R&D&C yang ada di bawah kawalannya ke arah menghasilkan

teknologi-teknologi atau pun produk-produk hijau (green technologies

& products) yang berpotensi dihasilkan daripada kekayaan khazanah

sumber-sumber biodiversiti negara yang begitu meluas yang masih

belum lagi dikaji dan diterokai serta dimanfaatkan secara lestari;

14) NRE perlu mengikis persepsi umum bahawa sebarang teknologi hijau

akan melibatkan kos yang tinggi kerana ia akan menjejaskan

ketersediaan pengguna untuk mengguna pakai teknologi atau pun

produk yang telah dihasilkan melalui R&D&C; dan

15) NRE perlu juga berhadapan dengan faktor luaran seperti gerakan hijau

(green movement) yang boleh menjadi ancaman kerana usaha mereka

untuk menjatuhkan maruah negara di arena antarabangsa;

Page 432: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

431  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif proses

dalaman (internal process) yang memberi tumpuan kepada inovasi,

kerjasama dan kepakaran, selain daripada perspektif kewangan yang

diperlukan bagi melaksanakan projek-projek R&D&C ke arah menjana ilmu

serta hasil R&D&C yang berdaya komersial.

Strategi ini memberi tumpuan kepada perkara-perkara berikut:

1) Memperoleh peruntukan bagi menjalankan projek-projek R&D&C dan

pusat kecemerlangan;

2) Mendapatkan peruntukan skim insentif bagi Dasar Pengkomersialan

Harta Intelek Untuk Projek-Projek Penyelidikan dan Pembangunan

(R&D) yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia (2009);

3) Meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang-bidang baru dan isu-isu

terkini;

4) Memperkukuhkan kerjasama pintar antara agensi terkemuka ke arah

meningkatkan hasil R&D&C dan inovasi; dan

5) Meningkatkan kapasiti pengendalian ujian teknikal ke atas hasil industri

/hasil hutan untuk memenuhi piawaian dan pensijilan antarabangsa

supaya mendapat penerimaan yang lebih meluas di pasaran global.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran bagi strategi yang disasarkan oleh Jabatan ini adalah seperti

berikut:

1) Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C)

Page 433: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

432  

a. Memastikan bilangan projek penyelidikan, pembangunan dan

komersialisasi (R&D&C) yang aktif dijalankan setiap tahun

adalah melebihi 100.

b. Mengemukakan sebanyak 40 dokumen cadangan penyelidikan

(DCP) berimpak yang telah disaring kepada penaja setiap tahun

bagi mendapatkan projek-projek baharu untuk menggantikan

projek-projek yang tamat.

2) Teknologi baru dan pemindahan teknologi

a. Menjalankan pemindahan teknologi melalui penganjuran

sekurang-kurangnya 45 seminar, latihan, bengkel dan pameran

setahun.

b. Mengenalpasti 10 teknologi hasil R&D&C yang berpotensi untuk

ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai

setahun.

c. Memeterai sekurang-kurangnya 2 perjanjian perlesenan

setahun.

3) Penerbitan hasil daripada R&D&C

a. Menghasilkan sekurang-kurangnya 80 kertas kerja yang

diterbitkan dalam jurnal saintifik setahun.

b. Menyebarkan maklumat melalui penerbitan sekurang-kurangnya

40 rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C yang diterbitkan

di media massa setahun.

4) Perlaksanaan usaha inovasi

a. Membuat 15-20 pendedahan rekacipta atas hasil daripada

projek-projek R&D&C setahun.

b. Membuat 5 pemfailan paten setahun atas reka cipta/inovasi

yang dikenal pasti bernilai komersial.

Page 434: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

433  

5) Badan autoritatif dan akreditasi

a. Meningkatkan kapasiti dan kepakaran usahawan/ pegawai

pusat kecemerlangan dengan melatih 8-40 usahawan/pegawai

setahun.

b. Memastikan 14 makmal mendapat atau mengekalkan

pengiktirafan antara bangsa dan kebangsaan (Akreditasi

ISO/IEC 17025/ CARB/ ift/ FIRA dan CE Marking/ GMP/ SOM/

HALAL/ BIONEXUS/ IKM dan sebagainya) setiap tahun.

c. Mendapatkan 2 pengktirafan Malaysia Book of Record daripada

hasil R&D&C atau menghasilkan Standard (Malaysian Standard

- MS) yang diperakui oleh Jabatan Standard.

6) Kajian impak dan keberkesanan inisiatif R&D&C kepada pelanggan,

pihak berkepentingan dan negara

a. Menjalankan 2 kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C

kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara.

b. Menjalankan 1 kajian impak dan keberkesanan projek

perundingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan

negara.

c. Menjalankan 2 kajian impak dan keberkesanan perkhidmatan

teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara.

Page 435: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

434  

Jadual 101: Pengukuran dan Petunjuk Prestasi Bagi Tempoh 2011 – 2015 (seperti di Lampiran I)

Ukuran Pencapaian

2010 2011

2012 Sasaran Pelan Tindakan

Sasaran

Pencapaian Sasaran Pencapaian 2013 2014 2015

1. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C)

1. 1 Bilangan projek penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C)

181

100 188

100 174

100 100 100 1. 1 Memastikan bilangan projek penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C) yang aktif dijalankan

1.2 Bilangan dokumen cadangan penyelidikan (DCP) dikemukakan kepada penaja

37

40 47

40 67

40 40 40 1.2 Mengemukakan dokumen cadangan penyelidikan (DCP) berimpak yang telah disaring kepada penaja bagi mendapatkan projek-projek baharu untuk menggantikan projek-projek yang tamat

2. Teknologi baharu dan pemindahan teknologi

2.1 Bilangan seminar, latihan, bengkel dan pameran

52

55 72

55 72

50 45 45 2.1 Menjalankan pemindahan teknologi melalui seminar, latihan, bengkel dan pameran

2.2 Bilangan teknologi yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai

18

14 18

14 20

10 10 10 2.2 Mengenalpasti teknologi hasil R&D&C yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai

2.3 Bilangan perjanjian perlesenan dimeterai

5 3

7

3

6

4 2 2 2.3 Meterai perjanjian perlesenan

3. Penerbitan hasil daripada R&D&C

3.1 Bilangan kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik

95

90 97

90 104

90 80 80 3.1 Menghasilkan kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik

3.2 Bilangan rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

228

120 133

120 189

120 40 40 3.2 Menyebarkan maklumat melalui penerbitan rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

4. Perlaksanaan usaha inovasi

4.1 Bilangan pendedahan rekacipta

16 20 35 25 30 15 20 15 4.1 Membuat pendedahan rekacipta atas hasil daripada projek-projek

Page 436: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

435  

atas hasil penyelidikan

R&D&C

4.2 Bilangan pemfailan paten atas reka cipta/inovasi

18

4 10

4 11

5 5 5 4.2 Membuat pemfailan paten atas reka cipta/inovasi yang dikenal pasti bernilai komersial

5. Badan autoritatif dan akreditasi

5.1 Bilangan usahawan/pegawai pusat kecemerlangan yang dilatih

-

16 16

8 9

8 40 8 5.1 Meningkatkan kapasiti dan kepakaran usahawan/pegawai pusat kecemerlangan menerusi latihan

5.2 Bilangan makmal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kebangsaan

- - - - 24

14 14 14 5.2 Memastikan bilangan makmal yang mendapat atau mengekalkan pengiktirafan antara bangsa dan kebangsaan (Akreditasi ISO/ IEC 17025/ CARB/ ift/ FIRA dan CE Marking/ GMP/ SOM/ HALAL/ BIONEXUS/ IKM dan sebagainya)

5.3 Bilangan pengktirafan Malaysia Book of Record; Standard (MS) dihasilkan

- - - - - 2 2 2 5.3 Mendapatkan pengktirafan Malaysia Book of Record daripada hasil R&D&C dan menghasilkan Standard (MS) yang diperakui oleh Jabatan Standard

6. Kajian impak dan keberkesanan inisiatif R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

6.1 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 1 1 6.1 Menjalankan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

6.2 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek perundingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 1 0 6.2 Menjalankan kajian impak dan keberkesanan projek perundingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

6.3 Bilangan kajian impak dan keberkesanan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 0 1 6.3 Menjalankan kajian impak dan keberkesanan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

g. Pelan Tindakan

1) Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C)

Page 437: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

436  

a. Mewujudkan tabung baharu khusus untuk R&D&C di NRE bagi

meningkatkan pembiayaan projek-projek R&D&C.

b. Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan mengemukakan

sekurang-kurangnya 10 dokumen cadangan projek (DCP)

R&D&C dan 1 cadangan projek pra komersialisasi setiap tahun.

c. Mengemukakan DCP berimpak yang telah disaring kepada

penaja untuk mendapatkan projek-projek R&D&C baharu bagi

menggantikan projek-projek yang tamat.

2) Teknologi baharu dan pemindahan teknologi

a. Menjalankan saringan potensi komersialisasi atas hasil-hasil

projek R&D&C.

b. Melakukan pemindahan teknologi melalui penganjuran seminar,

latihan, bengkel dan pameran.

c. Menjalankan pemindahan teknologi yang berpotensi untuk

ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai.

d. Mengadakan perundingan dengan syarikat/ individu yang

menunjuk minat terhadap teknologi hasil R&D&C.

e. Mendapatkan persetujuan terma dengan syarikat/individu yang

berunding.

f. Meteraikan perjanjian perlesenan dengan syarikat/individu.

g. Menjalin hubungan dan berbincang dengan bakal rakan

kerjasama bagi projek R&D&C baharu.

h. Membangunkan dan menilai kertas cadangan projek kerjasama

projek R&D&C baharu.

i. Meterai perjanjian bersama rakan kerjasama (kerjasama

R&D&C pintar) baharu.

Page 438: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

437  

j. Melaksanakan dan memantau projek kerjasama yang

dijalankan.

k. Menjalankan latihan, bimbingan dan penilaian usahawan yang

berpotensi mengkomersialkan hasil R&D&C.

3) Penerbitan hasil daripada R&D&C

a. Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan menulis di

kalangan ketua projek dan penyelidik menerusi kursus dan

bengkel.

b. Mewajibkan setiap ketua projek dan ahli kumpulan R&D&C

mengeluarkan bahan penerbitan.

c. Mewajibkan pegawai penyelidik yang bukan ketua projek

supaya menulis.

d. Menggalakkan penerbitan kertas kerja di dalam jurnal saintifik.

e. Menggalakkan penerbitan kertas kerja di dalam jurnal yang

mempunyai faktor impak.

f. Menerbitkan rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C di

media massa.

4) Perlaksanaan usaha inovasi

a. Mewajibkan setiap DCP memaklumkan hasil carian paten yang

ada hubung kait dengan kajian yang hendak dijalankan.

b. Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan untuk mengemukakan

pendedahan reka cipta yang dijangka daripada projek R&D&C.

c. Membuat pendedahan rekacipta atas hasil R&D&C.

Page 439: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

438  

d. Memberikan insentif tunai yang diperuntukkan bagi pendedahan

reka cipta oleh kerajaan dalam tahun semasa.

e. Menjalankan saringan ke atas semua pendedahan reka cipta

yang diterima.

f. Membuat pemfailan paten atas reka cipta/inovasi yang dikenal

pasti bernilai komersial.

g Memberikan insentif tunai yang diperuntukkan bagi pemfailan

paten oleh kerajaan dalam tahun semasa.

5) Badan autoritatif dan akreditasi

a. Membuat perancangan awal penubuhan pusat kecemerlangan

baharu dan memulakan aktiviti inkubator MTDC-FRIM.

b. Meningkatkan kapasiti dan kepakaran usahawan/pegawai pusat

kecemerlangan menerusi latihan.

c. Mengekalkan dan menambah bilangan makmal yang mendapat

pengiktirafan antara bangsa dan kebangsaan (Akreditasi ISO/

IEC 17025/ CARB/ ift/ FIRA dan CE Marking/ GMP/ SOM/

HALAL/ BIONEXUS/ IKM dan sebagainya)

d. Mendapatkan pengktirafan Malaysia Book of Record atau

menghasilkan Standard (MS) yang diperakui oleh Jabatan

Standard.

6) Kajian impak dan keberkesanan inisiatif R&D&C kepada pelanggan,

pihak berkepentingan dan negara

a. Menjalankan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C,

projek perundingan dan perkhidmatan teknikal kepada

pelanggan, pihak berkepentingan dan negara.

Page 440: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

439  

BIDANG UTAMA

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB

8 PENGURUSAN BIODIVERSITI PERHILITAN

A. LATAR BELAKANG

Pada tahun 1896, undang-undang pertama mengenai hidupan liar telah

diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang pertama iaitu Rezab

Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu

agensi pusat bagi menyelaras aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies

hidupan liar telah bermula pada tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R.

Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri Pahang,

sebagai Ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

Pada tahun 1955, satu perundangan baru, The Wild Animals and Wild Birds

Protection Ordinance telah diwujudkan untuk menyelaras penguatkuasaan

terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh Semenanjung Malaysia. Walau

bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-Kerajaan

Negeri yang berkaitan. Dalam tahun 1972 sehingga 1976, Kerajaan

Persekutuan telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua

Negeri di Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta

Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, [Akta 76]. Jabatan Mergastua

kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN KEBERKESANAN PENGUATKUASAAN

Page 441: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

440  

MATLAMAT UTAMA

2 MENINGKATKAN USAHA-USAHA KONSERVASI SPESIES HIDUPAN LIAR TERANCAM DAN PEMULIHARAAN HABITAT

C. STATUS MASA KINI

Pada masa kini, isu-isu berkaitan hidupan liar menjadi isu yang penting sama

ada di peringkat nasional atau di peringkat global kerana semakin banyak

hidupan liar yang diancam kepupusan. Kehilangan habitat akibat

pembangunan guna tanah untuk pelbagai tujuan merupakan ancaman utama

terhadap kemandirian hidupan liar ini.

Pemburuan dan perdagangan haram hidupan liar juga merupakan salah satu

ancaman terhadap hidupan liar di negara ini. Aktiviti penyeludupan masih

berlaku apabila Malaysia telah dijadikan transit untuk perdagangan haram

dari negara asal ke negara yang ketiga. Hidupan liar yang diseludup sering

digunakan untuk tujuan perubatan Cina tradisional, produk hidupan liar atau

dihidangkan di restoran-restoran eksotik.

Sehubungan itu, Jabatan PERHILITAN sentiasa prihatin terhadap kehendak

dan keperluan semasa dalam pengurusan lestari sumber biodiversiti negara.

Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam konservasi

habitat dan spesies hidupan liar negara, pihak Jabatan akan sentiasa

berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Untuk tujuan ini, Jabatan PERHILITAN telah mewujudkan Pelan Strategik

2010 - 2015 yang menyeluruh dan pelaksanaannya memerlukan kerjasama

daripada pelbagai pihak.

Page 442: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

441  

D. ISU DAN CABARAN

Umum sedia maklum bahawa Akta 76 adalah suatu akta yang berusia lebih

35 tahun dan mempunyai beberapa kelemahan terutamanya dari segi jenis

hukuman dan denda. Justeru, bermula 28 Disember 2010, Akta Pemuliharaan

Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah mula berkuat kuasa bagi menggantikan

Akta 76 sebagaimana yang telah disiarkan di dalam warta P.U. (B) 545

bertarikh 27 Disember 2010. Akta baru ini melambangkan komitmen Kerajaan

dalam melindung dan memulihara hidupan liar di negara ini.

Pemburuan haram hidupan liar khususnya bagi kegunaan perubatan

tradisional dan sumber makanan masih berleluasa kerana nilai komersialnya

yang tinggi. Bagi memastikan hidupan liar ini selamat dipulihara, langkah dari

segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas dan berat ke

atas pemburu-pemburu haram perlu diambil. Pegawai-pegawai

penguatkuasaan juga ditambah agar kawalan aktiviti pemburuan haram dapat

dijalankan dengan lebih berkesan.

Selain daripada itu, isu pengecilan habitat yang sesuai bagi hidupan liar juga

perlu diambil kira. Habitat-habitat ini sering “dipisahkan” akibat daripada

pembangunan guna tanah seperti pembukaan kawasan pertanian dan

pembinaan jalan raya. Ini telah menimbulkan konflik antara manusia dan

hidupan liar di kawasan-kawasan tersebut.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

1) Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan;

2) Meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies hidupan liar terancam

dan pemuliharaan habitat; dan

3) Meningkatkan keupayaan dalam pengurusan konflik hidupan liar.

Page 443: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

442  

F. STRATEGI-STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 13: MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM

PENGUATKUASAAN DAN PERLINDUNGAN HABITAT  1. Strategi Pelaksanaan 1

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan.

a. Latar Belakang

NRE melalui agensi di bawahnya iaitu Jabatan PERHILITAN telah berusaha

gigih dalam merancang dan mengurus konservasi biodiversiti negara.

Pelbagai kaedah dan tindakan dijalankan untuk mencapai misi menerajui

integrasi dan perlaksanaan program konservasi dan pengurusan lestari

biodiversiti negara secara cekap dan berkesan.

Dalam memberi fokus kepada pengurusan dan konservasi hidupan liar,

Jabatan PERHILITAN telah merangka perancangan strategik sejak tahun

2010. Akta 716 yang diwartakan pada 28 Disember 2010 telah

memperkukuhkan lagi aktiviti perundangan dan penguatkuasaan di negara

ini. Bagi memberi panduan yang lebih jelas dalam pelaksanaan akta ini,

sebanyak enam Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar telah diwujudkan.

Dari masa ke semasa, Jabatan PERHILITAN juga berusaha meningkatkan

penguatkuasaan bagi membantu membanteras perdagangan haram hidupan

liar terutamanya aktiviti penyeludupan. Antara usaha-usaha yang telah dibuat

adalah memperkukuhkan skuad penguatkuasaan yang ditugaskan untuk

menjalankan risikan dan penguatkuasaan, pewujudan 14 pos kawalan di pintu

keluar / masuk negara dan peningkatan kerjasama penguatkuasaan hidupan

liar yang telah diwujudkan bersama agensi-agensi berkaitan seperti Angkatan

Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan dan

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Page 444: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

443  

Pengawalan habitat semula jadi hidupan liar seperti Taman Negara dan

Rezab Hidupan Liar juga diberikan keutamaan. Program rondaan dan

kawalan akan diteruskan setelah perancangan 226 rondaan kawalan bagi

tahun 2012 berjaya dilaksanakan. Melalui rondaan yang dijalankan tersebut,

sebanyak 546 kesan pencerobohan telah direkodkan di Taman Negara dan

hotspot pencerobohan turut dikenal pasti.

Akta 716 membenarkan beberapa aktiviti yang berkaitan hidupan liar

dijalankan secara lestari dan ianya dipantau melalui pengeluaran lesen,

permit dan permit khas. Antara aktiviti berkaitan hidupan liar yang dikawal

oleh Jabatan PERHILITAN adalah pemilikan hidupan liar, perniagaan

berasaskan hidupan liar, pembiakbakaan komersil hidupan liar, import dan

eksport hidupan liar serta operasi zoo dan pameran. Jabatan PERHILITAN

menjalankan pemeriksaan pematuhan Akta 716 dan Peraturan-Peraturan

Pemuliharaan Hidupan Liar yang berkuatkuasa terhadap pemegang-

pemegang lesen, permit dan permit khas ini secara berterusan. Pemeriksaan

mengejut juga dijalankan terhadap kedai menjual hidupan liar peliharaan (pet

shop), restoran makanan eksotik, kedai ubat tradisonal, rumah kediaman,

premis dan zoo sama ada yang berdaftar dengan Jabatan PERHILITAN atau

yang beroperasi tanpa kebenaran bagi mencegah aktiviti perdagangan haram

hidupan liar.

b. Matlamat

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan melalui:

1) Pengurangan peratusan kes-kes pencerobohan di Taman Negara; dan

2) Pengurangan peratusan kes-kes pelanggaran Akta 716 dan Akta

Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta

686] berbanding tahun sebelumnya;

Page 445: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

444  

c. Status Masa Kini

Jabatan PERHILITAN telah menjalankan beberapa usaha bagi meningkatkan

keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan di negara ini. Antara langkah-

langkah tersebut ialah:

1) Pengukuhan Kapasiti Penguatkuasaan di mana pada 1 Oktober 2012,

pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), melalui Waran Perjawatan

Bil. E94/2012, telah meluluskan sebanyak 66 jawatan baru. Daripada

jumlah tersebut 43 jawatan adalah untuk Bahagian Penguatkuasaan.

Ia meliputi pewujudan empat zon Unit Perisikan (pertambahan 14

jawatan), empat zon bagi memperkukuhkan Wildlife Crime Unit (WCU)

sedia ada (pertambahan 15 jawatan), pengukuhan Unit Penyiasatan

(pertambahan 2 jawatan), pengukuhan Unit Permit (pertambahan 1

jawatan) dan penubuhan Unit Penguatkuasaan Kawasan Perlindungan

(10 jawatan);

2) Pengukuhan penguatkuasaan di pintu masuk Lapangan Terbang

Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana sebanyak 13 perjawatan

baru telah diluluskan pada 1 Oktober 2013 melalui Waran Perjawatan

Bil. E45/2013. Ini terutamanya bagi memenuhi keperluan pembukaan

kompleks baru di KLIA 2 yang dijangkakan mula beroperasi pada Mei

2014;

3) Menjalankan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain

dalam menguatkuasakan perundangan hidupan liar, antaranya Kastam

Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Malaysian

Quarantine and Inspection Services, Polis Diraja Malaysia, Angkatan

Tentera Diraja Malaysia, Unit Pencegahan Penyeludupan dan Ikatan

Relawan Rakyat Malaysia (RELA);

 

4) Menjalankan aktiviti kawalan sepenuh masa di Taman Negara mulai

tahun 2012 menerusi Program Kawalan MIST (Management

Information System). Hasilnya sebanyak 546 cerapan pencerobohan

Page 446: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

445  

yang meliputi tapak perkhemahan haram, kesan takikan dan tandaan

pada pokok serta kesan tinggalan makanan telah direkodkan. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak 167 cerapan telah diklasifikasikan sebagai

kawasan tapak perkhemahan haram. Analisis yang dibuat

menggunakan Geographical Information System (GIS), mendapati

sebanyak 142 plot telah merekodkan kesan pencerobohan berbanding

keseluruhan 4,792 plot di dalam Taman Negara;dan

5) Di peringkat serantau pula, Jabatan mewujudkan kerjasama dua hala

dengan negara jiran seperti Thailand dan juga ASEAN-Wildlife

Enforcement Network (ASEAN-WEN), dalam pencegahan

penyeludupan hidupan liar di sempadan negara termasuk

mempertingkatkan aktiviti pertukaran maklumat risikan dan capacity

building dalam aktiviti penguatkuasaan. Bagi mengawal perdagangan

antarabangsa spesies terancam pula, Kerajaan telah mewartakan Akta

686 pada 14 Februari 2008 dan dikuatkuasakan mulai tahun 2010.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan keupayaan

dan keberkesanan penguatkuasaan ialah:

1) Pada masa kini, Jabatan PERHILITAN mempunyai 1,520 perjawatan

dan lebih kurang 45%daripada jumlah ini menjalankan kerja-kerja

penguatkuasaan. Jumlah ini masih tidak mencukupi bagi

melaksanakan penguatkuasaan Akta 716 dan Akta 686 sepenuhnya;

2) Dalam usaha Kerajaan menjamin habitat hidupan liar terpelihara,

sejumlah 35 buah kawasan yang meliputi keluasan 7,142.5 km persegi

telah diwartakan sebagai Taman Negara atau rezab hidupan liar.

Namun kebanyakan kawasan ini adalah berhampiran dengan

penempatan penduduk dan ini telah meningkatkan ancaman ke atas

hidupan liar di kawasan tersebut;

Page 447: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

446  

3) Pesisiran pantai Semenanjung Malaysia yang panjang dan wujudnya

banyak pintu masuk haram telah memberi peluang kepada aktiviti

penyeludupan hidupan liar berlaku dan menyukarkan penguatkuasaan

dijalankan; dan

4) Kemajuan sains dan teknologi telah digunakan sepenuhnya oleh

penyeludup bagi mempelbagaikan modus operandi aktiviti

penyeludupan mereka. Ini telah memberikan cabaran kepada Jabatan

PERHILITAN bagi melaksanakan penguatkuasaan perundangan sedia

ada.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi keberkesanan hasil

tindakan dalam meningkatkan keupayaan dan keberkesanan

penguatkuasaan yang dijalankan. Secara lebih jelas, strategi ini melibatkan

tumpuan terhadap perkara-perkara berikut:

1) Menguatkuasakan peraturan-peraturan Akta 716 iaitu:

a. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar

(Pengkompaunan Kesalahan) 2011;

b. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Fi Lesen,

Permit Dan Permit Khas) 2013;

c. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar

(Pembiakbakaan Dalam Kurungan Komersial) 2013;

d. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pengendalian

Zoo) (Pindaan) 2013;

e. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pelupusan)

2013; dan

Page 448: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

447  

f. Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pameran)

2013

2) Mewujudkan perintah-perintah yang berkaitan iaitu:

a. Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Masa Dan

Kaedah Perburuan);

b. Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Kawasan Dibenarkan

Memburu); dan

c. Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Kuota Lesen)

3) Memberi tumpuan kepada membanteras perdagangan haram hidupan

liar terutamanya aktiviti penyeludupan melalui skuad Wildlife Crime

Unit (WCU) yang telah diperkukuhkan. Empat skuad WCU Jabatan

PERHILITAN iaitu di Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon

Timur akan saling bekerjasama bagi mengawal dan mencegah aktiviti

yang melanggar Akta 716 di seluruh Semenanjung Malaysia.

4) Pengawalan habitat hidupan liar seperti Taman Negara dan rezab

hidupan liar daripada pencerobohan, pemburuan haram dan semua

aktiviti yang bercanggah dengan Akta 716 dan lain-lain perundangan

yang wujud. Rondaan sepenuh masa untuk pengawalan habitat akan

dijalankan sepanjang tahun dan melibatkan operasi bersama pegawai

dari pelbagai negeri.

f. Pengukuran Dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2013 hingga 2015, Jabatan mensasarkan beberapa tindakan

seperti berikut:

Page 449: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

448  

Jadual 102: Pengukuran Dalam Meningkatkan Keupayaan

dan Keberkesanan Penguatkuasaan Bagi Tahun 2013 – 2015

UKURAN 2013 2014 2015

Peratusan pengurangan intensiti

pencerobohan di Taman Negara 2% 2% 2%

Peratusan pengurangan kes-kes

pelanggaran Akta 716 dan Akta 686

berbanding tahun sebelumnya

10% 10% 10%

g. Pelan Tindakan

Bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan dalam

meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan maka

tindakan-tindakan yang dirancang dalam tempoh 2013 hingga 2015 adalah

seperti berikut:

1) Menguatkuasakan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Akta

716;

2) Menyediakan perintah-perintah yang berkaitan dengan Akta 716;

3) Meningkatkan usaha-usaha menangani perdagangan haram hidupan

liar dengan menjalankan operasi penguatkuasaan ke arah

pengurangan peratusan kes-kes pelanggaran Akta 716 dan Akta 686;

dan

4) Meningkatkan kawalan sepenuh masa di kawasan perlindungan dan

sekitarnya terutama di Taman Negara dan Rezab Hidupan Liar.

Page 450: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

449  

F2. MATLAMAT UTAMA 14: MENINGKATKAN KEUPAYAAN KONSERVASI SPESIES TERANCAM DAN PENGURUSAN KONFLIK HIDUPAN LIAR

2. Strategi Pelaksanaan 2

1) Meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies hidupan liar terancam

dan pemuliharaan habitat; dan

2) Meningkatkan keupayaan dalam pengurusan konflik hidupan liar

a. Latar Belakang

Ancaman kepupusan spesies hidupan liar merupakan masalah di peringkat

antarabangsa. Adalah menjadi tanggungjawab NRE menerusi Jabatan

PERHILITAN memainkan peranan dalam memulihara spesies hidupan liar

dan habitatnya melalui program-program konservasi yang berkaitan.

Antara usaha-usaha konservasi yang dijalankan ialah menerusi Program

Inventori Biodiversiti terutamanya di kawasan perlindungan yang dijalankan

pada setiap tahun. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat-

maklumat hidupan liar menerusi pelbagai teknik pencerapan. Sejak tahun

2006 sebanyak 15 Kawasan Perlindungan telah dijalankan inventori

biodiversiti meliputi Taman Negara dan rezab-rezab hidupan liar. Hasil

daripada program yang dijalankan, penyebaran maklumat inventori turut

dijalankan melalui penganjuran Seminar Biodiversiti serta penerbitan bahan-

bahan seperti prosiding, penulisan saintifik dalam jurnal, poster dan fact-

sheet.

Usaha-usaha konservasi juga berkait rapat dengan status ancaman spesies

yang berkenaan. Untuk itu pelan konservasi spesies-spesies tertentu telah

disediakan seperti National Elephant Conservation Action Plan (NECAP) dan

Pelan Tindakan Konservasi Harimau Kebangsaan. Menerusi pelaksanaan

pelan ini, perancangan akan dibuat mengikut time frame yang tertentu bagi

mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 451: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

450  

Konflik manusia-hidupan liar selalunya wujud apabila habitat hidupan liar

sedia ada telah diambil alih oleh pembangunan perbandaran dan pertanian.

Ia perlu dihadapi dan ditangani dengan berhemah bagi memastikan

kesejahteraan penduduk dan hidupan liar yang terbabit dipulihara.

Persaingan bagi mendapatkan ruang dan makanan adalah punca utama

berlakunya konflik manusia-hidupan liar.

Namun begitu, konflik manusia-hidupan liar ini jika diuruskan dengan cara

yang sistematik akan dapat mengawal tahap keseriusan konflik dan menjamin

pemuliharaan spesies hidupan liar tersebut. Antara spesies hidupan liar

utama yang terlibat dalam konflik manusia-hidupan liar ialah kera, gajah,

harimau, musang dan babi hutan.

Berdasarkan rekod Jabatan PERHILITAN, anggaran kerugian ekonomi yang

disebabkan oleh konflik hidupan liar (terutamanya gajah) dalam tempoh 2008

hingga 2012 ialah sebanyak RM15.7 juta. Bagi konflik manusia-gajah ia

melibatkan enam buah negeri iaitu Perak, Kedah, Johor, Pahang,

Terengganu dan Kelantan. Negeri yang paling banyak mengalami kerugian

ekonomi ialah Johor dan Pahang dengan purata kerugian sebanyak

RM700,000 setahun.

Bagi mengatasi konflik manusia-hidupan liar, Jabatan PERHILITAN telah

menjalankan pelbagai kaedah pengurusan. Kaedah utama yang dijalankan

ialah menangkap dan memindahkan hidupan liar tersebut ke habitat yang

lebih sesuai, menghalau hidupan liar tersebut jauh ke dalam hutan

berhampiran melalui teknik tembak-halau dan membina sistem pagar elektrik

di kawasan perkampungan dan pertanian yang berhampiran dengan habitat

utama gajah.

Pengurusan konflik manusia dan hidupan liar merupakan salah satu aktiviti

teras Jabatan PERHILITAN sejak dahulu lagi. Malah aktiviti ini akan terus

relevan selari dengan pembangunan negara.

Page 452: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

451  

b. Matlamat Meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies hidupan liar terancam dan

pemuliharaan habitat melalui:

1) Pelaksanaan Pelan Tindakan Konservasi Harimau Kebangsaan; dan

2) Pelaksanaan Program Inventori Biodiversiti.

Meningkatkan keupayaan dalam pengurusan konflik hidupan liar melalui:

1) Pembinaan sistem pagar elektrik di kawasan utama konflik manusia-

gajah; dan

2) Menangkap dan memindahkan gajah-gajah yang menimbulkan konflik ke

habitat yang lebih sesuai.

c. Status Masa Kini

1) Usaha-usaha konservasi spesies hidupan liar terancam dan

pemuliharaan habitat:

a. Pada tahun 2012, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan

kajian populasi Harimau Belang di Taman Negara yang meliputi

460 km persegi menggunakan kaedah perangkap kamera.

Kajian ini akan diteruskan sehingga mencapai sasaran 1,000 km

persegi kawasan kajian dalam tahun 2015.

b. Dalam tahun 2012, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan

Program Inventori Biodiversiti yang meliputi kawasan seluas 413

km persegi atau 9.64% daripada keluasan Taman Negara.

Sejumlah 1,644 cerapan hidupan liar telah diperolehi di mana

sebanyak 36 spesies hidupan liar telah direkodkan. Spesies

yang terbanyak dicerapkan adalah gajah, babi hutan, tapir,

Page 453: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

452  

kijang dan rusa sambar. Program Inventori Biodiversiti juga

telah turut dijalankan di Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan,

Melaka. Selain itu, Seminar Biodiversiti 2012 juga telah berjaya

dianjurkan dengan penglibatan penyelidik-penyelidik daripada

institusi penyelidikan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

c. Pihak Jabatan PERHILITAN juga telah turut memperkukuhkan

struktur organisasi Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan

di Rezab Hidupan Liar Sungkai, Perak. Ini bagi menampung

keperluan menempatkan spesies-spesies hidupan liar terancam

yang dirampas dalam operasi penguatkuasaan serta hidupan

liar yang diselamatkan. Untuk itu, sebanyak 29 jawatan baru

telah diluluskan oleh pihak JPA melalui Waran Perjawatan Bil.

E157/2013 berkuatkuasa pada 1 Disember 2013.

2) Usaha-usaha dalam meningkatkan keupayaan dalam pengurusan

konflik hidupan liar:

a. Pada tahun 2012, sebanyak dua projek pagar elektrik telah

berjaya dibina iaitu di Hulu Terengganu, Terengganu (Fasa 1)

sepanjang 17.5 km dan di Sungai Siput, Perak (Fasa 1)

sepanjang 18.0 km. Semua projek ini dibiayai menerusi

peruntukan pembangunan RMKe-10.

b. Sepanjang tahun 2012 sebanyak 30 ekor gajah di kawasan

konflik telah berjaya ditangkap dan sebahagian besarnya

dipindahkan ke lokasi pelepasan yang sesuai seperti di Santuari

Gajah Sungai Ketiar, Hulu Terengganu, Taman Negara

Terengganu, Hutan Simpan Belum dan Taman Negara Endau-

Rompin.

c. Pemantauan pelaksanaan dan pencapaian Pelan Tindakan

Pengurusan Konflik Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia

2010 – 2015 telah dijalankan menerusi Mesyuarat

Page 454: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

453  

Jawatankuasa Aduan Gangguan Hidupan Liar Jabatan

PERHILITAN dan Mesyuarat Petugas Khas Pengurusan Konflik

Hidupan Liar Jabatan PERHILITAN yang dijalankan secara

berkala sebanyak 4 kali setahun.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan keupayaan

konservasi spesies terancam dan pengurusan konflik hidupan liar adalah

seperti berikut:

1) kekurangan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti

herpetofauna, serangga dan mamalia kecil. Ini adalah kerana

penumpuan kepada hidupan liar yang diklasifikasikan sebagai key-

species seperti Gajah, Harimau Belang, Seladang, Tapir dan Badak

Sumatera.

2) keluasan keseluruhan Kawasan Perlindungan di bawah pengurusan

Jabatan PERHILITAN merangkumi 7,142.5 km persegi menyebabkan

tumpuan tidak dapat diberikan sepenuhnya dengan keupayaan

pegawai sedia ada. Jumlah pegawai teknikal yang terlibat dalam

pengurusan dan pengawalan Kawasan Perlindungan ialah 205 orang

atau 14% daripada jumlah keseluruhan pegawai Jabatan

PERHILITAN.

3) kekurangan sumber maklumat biodiversiti di dalam Kawasan

Perlindungan memerlukan pengeksplorasian yang berterusan dan ini

akan melibatkan perbelanjaan yang besar.

4) Jabatan PERHILITAN mempunyai kepakaran dan pegawai yang

terlatih dalam pengurusan konflik manusia - hidupan liar. Contohnya

Unit Tangkapan Gajah yang ditubuhkan pada tahun 1974 telah berjaya

menangkap lebih 700 ekor gajah. Walau bagaimanapun, bilangan

Page 455: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

454  

pegawai yang terlatih perlu ditambah dari masa ke masa bagi

menggantikan pegawai yang telah berumur dan akan bersara;

5) ketiadaan penyelarasan dengan agensi-agensi pembangunan tanah

menyebabkan kos-kos pengurusan konflik hidupan liar yang terlibat

perlu ditanggung oleh pihak Jabatan. Ini menyebabkan masalah konflik

ini sukar untuk diselesaikan secara menyeluruh;

6) kesedaran awam di kalangan pihak-pihak yang terlibat dalam

pembangunan kawasan hutan perlu dipertingkatkan agar konflik

manusia-hidupan liar ini dapat dikurangkan; dan

7) dengan pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine

(CFS) adalah diharapkan isu-isu konflik manusia - hidupan liar akan

dapat dikurangkan. Namun, ia memerlukan komitmen dan

penyelarasan bersama oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan

Kerajaan Negeri terutamanya dalam isu pembangunan guna tanah di

negeri-negeri yang berkenaan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi perspektif operational

excellence yang akan memberi tumpuan kepada keberkesanan peningkatan

keupayaan konservasi spesies terancam dan pengurusan konflik hidupan liar

yang dijalankan. Secara lebih jelas, strategi ini melibatkan tumpuan-tumpuan

kepada proses-proses dalam perkara-perkara berikut:

1) membekalkan kenderaan dan peralatan yang mencukupi bagi tujuan

program konservasi spesies hidupan liar terancam dan pengurusan

konflik manusia-hidupan liar. Dengan adanya kenderaan dan peralatan

yang sesuai, tindakan yang cepat akan dapat dijalankan dengan lebih

berkesan dan menjimatkan; dan

Page 456: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

455  

2) menambah projek-projek pagar elektrik di lokasi yang telah dikenal

pasti akan dapat mengurangkan kadar kemusnahan tanaman dan

harta benda orang ramai. Ini seterusnya akan dapat mengurangkan

aduan dan kos kerugian yang dialami kesan daripada konflik gajah di

kawasan tersebut.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2013 hingga 2015, Jabatan mensasarkan peningkatan

keupayaan konservasi spesies terancam dan pengurusan konflik hidupan liar

adalah seperti berikut:

Jadual 103: Pengukuran Peningkatan Keupayaan Konservasi Spesies Terancam

dan Pengurusan Konflik Hidupan Liar Bagi Tahun 2013 – 2015

UKURAN 2013 2014 2015

Peratus peningkatan keluasan

kawasan plot kajian yang

dijalankan.

60% 80% 100%

Penyebaran maklumat

biodiversiti di Kawasan

Perlindungan

1 4 3

Peratus pengurangan aduan

gangguan gajah 5% 10% 15%

g. Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan keupayaan dalam konservasi spesies terancam dan

pengurusan konflik hidupan liar, maka tindakan-tindakan yang dirancang

dalam tahun 2013 hingga 2015 adalah seperti berikut:

1) Menjalankan Kajian Populasi Harimau Belang di Taman Negara

dengan sasaran 1,000 km persegi kawasan kajian;

Page 457: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

456  

2) Menjalankan lapan program Inventori Biodiversiti di Kawasan

Perlindungan seperti di Rezab Hidupan Liar (RHL) Krau, RHL Sungkai,

RHL Sungai Dusun dan di Taman Negara; dan

3) Membina sebanyak 11 sistem pagar elektrik gajah yang akan dibina

pada tahun 2013 (6 projek), 2014 (3 projek) dan 2015 (2 projek).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

Page 458: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

457  

BIDANG UTAMA

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB

9 PENGURUSAN BIODIVERSITI JTLM

A. LATAR BELAKANG

Pada tahun 1983 YAB Perdana Menteri telah mengarahkan penubuhan

kawasan perlindungan marin bagi memulihara sumber laut di perairan

Malaysia. Untuk tujuan itu, pada tahun 1985 sejumlah 22 buah pulau telah

diwartakan di bawah Akta Perikanan 1985 sebagai Kawasan Perlindungan

Marin. Pada tahun 1994 dan 1998, Kawasan Taman Laut dan Rizab Laut

telah diwartakan semula sebagai Taman Laut Malaysia melalui perintah

Penubuhan Taman Laut Malaysia [Warta No. P.U (A) 401/94, P.U.(A)

121/98]. Pada tahun tersebut, 40 buah pulau telah diwartakan iaitu di negeri

Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pada

tahun 2004, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Cawangan Taman

Laut, Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(MOA) dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

Pada 16 Julai 2007, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Jabatan

Taman Laut Malaysia (JTLM) yang dipertanggungjawabkan mengurus dan

mentadbir kawasan perlindungan marin Negara. Sehingga kini, sebanyak 42

buah pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut. JTLM mempunyai visi

sebagai Agensi Peneraju dalam Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti

Marin Taman Laut yang berkekalan di Asia Tenggara pada 2015. Selaras

dengan itu, misi utama JTLM adalah untuk memulihara dan mengurus

sumber marin di taman laut secara saintifik untuk kesejahteraan rakyat dan

Negara.

Page 459: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

458  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1 PENGURUSAN TAMAN LAUT SECARA BERKEKALAN

C. STATUS MASA KINI

Pada masa ini, JTLM mempunyai sejumlah 42 buah pulau di seluruh Negara.

Mengikut statistik tahun 2012 sejumlah 626,605 pelancong telah mengunjungi

pulau-pulau Taman Laut Malaysia di mana 45% pelancong adalah terdiri

daripada pelancong luar Negara. Kira-kira RM2 juta dianggarkan telah

disumbangkan kepada kerajaan melalui kutipan fi yang dikenakan kepada

pengunjung Taman Laut.

D. ISU DAN CABARAN

Penjanaan ekonomi dari sumber marin Negara dianggarkan bernilai RM635

juta setahun. World Ocean Summit dalam persidangannya pada tahun 2012

telah menyatakan bahawa kadar kehilangan habitat adalah 0.2% - 7%

setahun. Kehilangan habitat semulajadi dan eksploitasi berlebihan juga telah

menyebabkan kemerosotan sumber perikanan Negara. Kepadatan ikan

Negara telah berkurangan sebanyak 92% dari tahun 1972-1997 iaitu dalam

tempoh 29 tahun. Malaysia sebagai salah sebuah negara ahli kepada

Konvensyen Kepelbagaian Biologi juga mempunyai obligasi di bawah Aichi

Biodiversity Targets yang telah dipersetujui oleh negara-negara ahli iaitu

memastikan pemuliharaan 10% perairan Negara menjelang tahun 2020. Pada

masa kini, negara hanya mewartakan sebanyak 1.1% perairan negara.

Kehilangan dan kepupusan sesuatu spesies dan habitat marin juga

disebabkan oleh pembangunan darat yang tidak terkawal. Antaranya adalah

pembangunan resort serta industri hiliran yang lain, pengurusan sistem

pelupusan sisa pepejal dan sisa kumbahan yang tidak mesra alam, aktiviti

Page 460: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

459  

ekopelancongan yang tidak terkawal serta ancaman disebabkan faktor luar

kawal seperti perubahan iklim dan kelunturan karang. Ancaman lain seperti

pencerobohan nelayan di taman laut serta eksploitasi berlebihan juga telah

menyebabkan kemusnahan ekosistem marin Negara. Negara juga

menghadapi krisis kepupusan sumber marin eksotik seperti penyu, kima

gergasi dan dugong. Oleh yang demikian, usaha-usaha pemuliharaan

spesies-spesies yang terancam ini perlu diberikan perhatian khusus.

Dengan perubahan persekitaran serta cabaran-cabaran baru yang akan

dihadapi, maka langkah-langkah memperkasakan organisasi JTLM harus

dipertingkatkan. JTLM juga harus meningkatkan keberkesanan pengurusan

taman laut sedia ada. Selain itu, sokongan berterusan dari pihak

berkepentingan terutamanya pembuat dasar, penduduk tempatan, pelancong,

nelayan serta pelajar-pelajar harus ditingkatkan dan diberikan perhatian.

Konsep pemuliharaan dan penggunaan sumber marin secara lestari perlu

diterapkan dalam perancangan pembangunan tempatan serta oleh

pengusaha-pengusaha ekopelancongan dalam aktiviti seharian mereka.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Di dalam menyokong usaha untuk merealisasikan pelaksanaan matlamat ini,

terdapat 2 strategi pelaksanaan sepertimana berikut:

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut ke Tahap Empat

dalam penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan

Management Effectiveness Assesment Tool (MEAT) yang

dibangunkan oleh Coral Triangle Initiative (CTI) menjelang tahun 2015

; dan

2. Pelaksanaan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti marin

di Taman Laut Malaysia.

Page 461: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

460  

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 16: MELAKSANAKAN PENGURUSAN TAMAN LAUT

MAMPAN

1. Strategi Pelaksanaan 1

1) Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut ke Tahap Empat

dalam penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan

MEAT yang dibangunkan oleh CTI menjelang tahun 2015 .

a. Latar Belakang

Taman Laut yang umumnya merupakan ekosistem terumbu karang adalah

kawasan yang produktif dan kaya dengan biodiversiti marin. Ia juga

merupakan khazanah dan aset Negara yang tidak ternilai harganya.

Ekosistem ini merupakan penyumbang utama kepada penyediaan sumber

makanan iaitu sumber protein dan pengekalan kekayaan biodiversiti menerusi

pengayaan dan pembesaran bank genetik (genetic bank) dalam

menghasilkan baka-baka makanan laut yang baru dan lebih efisien. Ini akan

dapat menjamin bekalan makanan Negara (food security) yang mencukupi

dan dapat mengurangkan kebergantungan Negara kepada bahan import dan

mengurangkan aliran wang keluar Negara.

Taman Laut juga merupakan kawasan nurseri dan pembiakan yang penting

bagi lebih kurang 25% daripada semua hidupan marin. Ia juga merupakan

habitat kepada satu per tiga (1/3) spesies ikan yang dijumpai di dunia. Pada

masa ini, penggunaan sumber marin khususnya sumber perikanan telah

menjangkau tahap yang maksimum. Oleh itu, kawasan Taman Laut ini

memberi limpahan kepada sumber perikanan yang secara berterusan

menyumbang kepada pembangunan industri perikanan Negara.

Page 462: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

461  

Taman Laut turut menyumbang kepada sektor pelancongan. Biodiversiti dan

ekosistem marin yang terpelihara di kawasan ini dapat menjadi daya tarikan

kepada pelancong dan ia menyumbang kepada peningkatan taraf hidup

penduduk tempatan melalui pewujudan peluang pekerjaan dan sumber

pendapatan alternatif yang berkait dengan pelancongan.

Di Malaysia, pengurusan taman laut dilaksanakan melalui pendekatan

pengawalan kemusnahan karang oleh aktiviti manusia, pengawalseliaan dan

penguatkuasaan, pengawalan haiwan pemangsa, pemuliharaan habitat,

pembersihan pantai dan karang serta kawalan pelancong.

Selain itu, aspek polisi dan pelan pengurusan merupakan dua elemen penting

dalam pengurusan Taman Laut. Pada masa ini, JTLM mengguna pakai Dasar

Kepelbagaian Biologi Kebangsaan (1998) dalam menguruskan Taman Laut

dan memulihara biodiversiti marin di dalamnya.

Penyelidikan adalah penting sebagai pembekal maklumat kepada

perancangan dan pengurusan biodiversiti marin. Dalam hal ini, penyelidikan

yang telah dijalankan oleh JTLM masih terhad disebabkan ianya adalah

sebuah jabatan baru dengan kapasiti dan keupayaan yang minimum. Untuk

mengatasi kekangan ini, aktiviti penyelidikan telah dan sedang dilaksanakan

secara kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan dan beberapa pihak

lain.

Untuk memastikan keberkesanan usaha-usaha pengurusan dan

pemuliharaan biodiversiti marin termasuklah mengurangkan kes-kes

pencerobohan, pelanggaran peraturan dan kemusnahan terumbu karang,

masyarakat pelbagai kumpulan perlu terus diberi pendidikan dan kesedaran.

Program kesedaran awam perlu diteruskan dan dirancang secara sistematik

dengan memberi fokus kepada beberapa kumpulan sasar khususnya nelayan

dan pelancong dalam membentuk sikap yang bertanggungjawab dan

penggunaan sumber marin secara lestari.

Page 463: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

462  

Kejayaan pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin juga bergantung

kepada penyertaan komuniti (community participation). Pada masa ini,

Jabatan telah mewujudkan Rakan Park dan Park Rangers yang merupakan

perantara untuk merapatkan hubungan antara JTLM dan masyarakat

tempatan. Ahli-ahli Rakan Park dan Park Rangers merupakan wakil

masyarakat tempatan dari setiap kampung atau komuniti di setiap pulau

Taman Laut. Rakan Park dan Park Rangers merupakan sebuah program

yang bersifat community oriented consultative management dan smart

partnership melalui pendekatan yang jelas, mudah, bersepadu dan

berterusan. Pembabitan masyarakat tempatan menerusi ahli-ahli Rakan Park

dan Park Rangers ini adalah sebagai ‛mata dan telinga’ kepada jabatan di

samping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua belah pihak

melalui siri perbincangan, aktiviti latihan, bengkel, kursus dan lain-lain.

b. Matlamat

1) Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut ke Tahap Empat

dalam penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan

MEAT yang dibangunkan oleh CTI menjelang tahun 2015.

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2013 dianggarkan keberkesanan pengurusan Taman Laut berada

pada Tahap 3 dan Tahap 4 mengikut kepulauan. Angka ini adalah hasil

penilaian yang telah dibuat oleh JTLM berasaskan kepada beberapa indikator

keberkesanan pengurusan yang disediakan oleh CTI.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti dalam usaha untuk meningkatkan

keberkesanan pengurusan Taman Laut adalah seperti berikut:

1) keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut boleh ditingkatkan

menerusi satu rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin yang

Page 464: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

463  

kukuh. Pada masa ini, beberapa badan pembuat dasar dan

jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan telah ditubuhkan tetapi

koordinasi dan keahlian masih belum mantap dan boleh

dipertingkatkan contohnya, Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut

dan Rizab Laut. Di antaranya terdapat juga pertindihan peranan di

kalangan agensi, ketidakseragaman kaedah dan sistem pengurusan

sumber biodiversiti;

2) kawasan Taman Laut yang diwujudkan perlu diurus secara efektif dan

ianya memerlukan elemen perundangan dan penguatkuasaan, dasar

dan pelan pengurusan yang baik. Pada masa ini, terdapat kelemahan

dalam aspek-aspek ini. Di antaranya termasuklah ketiadaan

perundangan khusus untuk perlindungan biodiversiti marin,

perundangan sedia ada yang tidak menyeluruh serta pertindihan

bidang kuasa antara kerajaan dan agensi yang berkaitan. Dasar

Kepelbagaian Biologi Kebangsaan sedia ada yang kurang memberikan

penekanan kepada pemuliharaan biodiversiti marin perlu dikemaskini

dan dimantapkan untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Pada

masa ini, pengurusan Taman Laut menggunapakai Bahagian IX Akta

Perikanan 1985;

3) maklumat mengenai biodiversiti marin terutama spesies, status

populasi, ancaman dan pengurusan adalah terhad. Ini akan

menjejaskan pengurusan Taman Laut secara berkesan. Isu

kekurangan maklumat ini juga dikaitkan dengan kurangnya

perkongsian dan jaringan kerjasama antara Jabatan dengan para

penyelidik dan pelbagai pihak lain yang berkaitan termasuk agensi dan

pertubuhan tertentu di luar Negara;

4) sebagai sebuah Jabatan yang baru ditubuhkan pada tahun 2007 dan

satu-satunya agensi peringkat Persekutuan yang

dipertanggungjawabkan untuk pemuliharaan biodiversiti marin, tahap

kapasiti modal insan masih lemah dan perlu diperkasakan. Sebagai

contoh, kekurangan kakitangan adalah ketara di mana sejumlah 244

Page 465: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

464  

kakitangan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

perlu melindungi dan mengurus kawasan Taman Laut seluas 2,357

km2, iaitu pada nisbah keupayaan 9.7 km2 bagi setiap orang. Selain itu,

Jabatan juga amat memerlukan pegawai kompeten yang mempunyai

pengetahuan dan kemahiran di dalam aspek pemuliharaan biodiversiti

serta mempunyai sikap positif dan proaktif dalam menghadapi isu-isu

pemuliharaan biodiversiti marin;

5) pada masa sekarang, aspek perancangan dan pengurusan kawasan

Taman Laut adalah dilakukan oleh pihak kerajaan dan penglibatan

komuniti serta stakeholders adalah sangat minimum. Model

pengurusan kawasan Taman Laut yang berjaya di dunia banyak

memberi penekanan kepada penglibatan dan penyertaan komuniti

serta stakeholders. Model ini juga boleh diterima pakai dengan

mengambil kira kesesuaian di dalam persekitaran Malaysia;

6) kerjasama pelbagai pihak perlu diperkukuh bagi meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut.

Kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri boleh

melicinkan lagi usaha-usaha pengurusan kawasan Taman laut. Pihak

Badan Bukan Kerajaan (NGOs) tertentu terutamanya yang mempunyai

rangkaian antarabangsa amat peka mengenai isu pemuliharaan

biodiversiti serta memiliki kapasiti kewangan dan kepakaran. Pihak-

pihak ini boleh juga membantu mempercepatkan usaha-usaha

pengurusan kawasan Taman Laut;

7) tahap kesedaran serta pemahaman oleh pembuat dasar dan juga

orang ramai mengenai aspek biodiversiti marin dan kepentingan

pemuliharaannya masih perlu ditingkatkan. Kekurangan kesedaran

boleh menimbulkan konflik kepentingan antara pelbagai pihak dan

boleh mengganggu usaha dan pelaksanaan ke arah pemuliharaan

biodiversiti marin; dan

Page 466: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

465  

8) secara umumnya, aspek pemuliharaan biodiversiti termasuklah

pengurusan kawasan Taman Laut masih menerima peruntukan

kewangan dan sokongan yang rendah daripada Kerajaan Pusat

berbanding dengan sektor pembangunan, perindustrian dan lain-lain.

Peruntukan kewangan ini boleh ditingkatkan menerusi peningkatan

kesedaran kepada pembuat dasar dan ahli politik mengenai

kepentingan dan manfaat melindungi serta memulihara Taman Laut

yang merupakan khazanah dan aset Negara yang tidak ternilai. Usaha

perlu dibuat untuk mencari sumber kewangan alternatif bagi

menyokong pengurusan kawasan Taman Laut yang telah diwujudkan.

Peruntukan kewangan yang mencukupi adalah amat penting untuk

memastikan kejayaan usaha-usaha murni Jabatan. Ini kerana menurut

laporan rasmi Konvensyen Kepelbagaian Biologi kos pemuliharaan

habitat marin adalah antara kos yang tertinggi berbanding dengan kos

pemuliharaan habitat yang lain.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah penekanan kepada

memperkasa dan memaksimumkan kapasiti sedia ada. Secara lebih jelas,

strategi ini melibatkan tumpuan kepada isu-isu peningkatan keberkesanan

pengurusan taman laut, antara lainnya, perkara-perkara berikut adalah yang

diberikan keutamaan:

1) memperkasa atau merangka institusi bagi pengurusan biodiversiti

marin yang kukuh. Usaha dalam aspek koordinasi dan penyeragaman

kaedah dan sistem pengurusan sumber biodiversiti perlu ditingkatkan;

2) memantapkan perundangan melalui semakan dan kajian semula

perundangan sedia ada perlu dibuat untuk menilai kelemahan dan

kekurangan seterusnya membuat penambahbaikan yang bersesuaian;

3) peningkatan kemahiran, keupayaan dan kecekapan pegawai melalui

usaha-usaha seperti pengemaskinian berkala road map latihan,

Page 467: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

466  

pelaksanaan latihan strategik, penglibatan di dalam bengkel, seminar

dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta

penyertaan dalam program latihan on the job adalah di antara tindakan

yang perlu diambil;

4) memantapkan penghasilan maklumat dan pengetahuan melalui

peningkatan kapasiti untuk melaksanakan penyelidikan, pembangunan

sistem pengurusan maklumat, perkongsian maklumat dan kerjasama

pelbagai pihak berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

5) memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin, pembangunan dan

peningkatan infrastruktur fizikal;

6) meningkat dan mengukuhkan penglibatan komuniti di dalam

perancangan dan pengurusan kawasan Taman Laut;

7) menggalakkan kerjasama dan usahasama pelbagai pihak di peringkat

kebangsaan dan antarabangsa bagi tujuan pengurusan Taman Laut

menerusi beberapa kaedah seperti memperkemaskan rangka institusi,

menyediakan mekanisme insentif, mengarus perdanakan usaha

pemuliharaan biodiversiti marin, menerapkan Strategi Lautan Biru

dalam pengurusan seharian terutama dalam bidang pengawalseliaan,

mewujudkan perkongsian manfaat, serta menggalakkan penyertaan

swasta dan NGO dalam usaha-usaha JTLM;

8) meningkatkan tahap kesedaran dalam aspek biodiversiti marin dan

kepentingan pemuliharaannya, usaha dan inisiatif Komunikasi,

Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) perlu ditumpukan kepada

semua pihak termasuk pembuat dasar dan ahli politik. Peningkatan

kesedaran awam hendaklah dibuat secara sistematik dengan pelbagai

pendekatan secara kreatif dan efektif. Penggunaan Pelan Komunikasi

Jabatan harus ditingkatkan; dan

Page 468: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

467  

9) memantapkan mekanisme pembiayaan Fi Pemuliharaan, usaha-usaha

yang perlu dibuat termasuklah mengkaji mekanisme pembiayaan sedia

ada dan membuat penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada

peningkatan dana dari sumber bukan kerajaan dan juga sistem kutipan

yang lebih berkesan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2013 sehingga 2015, petunjuk prestasi dan pengukuran yang

digunakan adalah seperti berikut:

Jadual 104: Pengukuran(INDIKATOR)

g. Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan perlindungan marin

Taman Laut dan menggiatkan usaha-usaha ke arah ini, usaha untuk

mewujud, memperkemas dan melaksanakan perundangan, dasar, pelan

tindakan dan garis panduan pengurusan Taman Laut perlu dipergiatkan.

Antara pelan tindakan spesifik adalah seperti berikut:

PENGUKURAN (INDIKATOR)

SASARAN

2013 2014 2015

Pelaksanaan penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan kaedah MEAT. Nota: sasaran adalah peratus pulau yang mencapai Tahap 4

peratus pulau yang mencapai Tahap 4

30% 50% 70%

Pengurangan ketidakpatuhan perundangan/pencerobohan taman laut nota: sasaran adalah peratus kadar pencerobohan

peratus kadar pencerobohan

2% 1.5% 1%

Page 469: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

468  

1) memperkukuhkan rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin;

2) memperkemaskan perundangan dan penguatkuasaan;

3) menerapkan Strategi Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) dalam

pengurusan Taman Laut untuk memaksimakan penggunaan sumber

manusia, peruntukan kewangan dan infrastruktur sedia ada.

4) menerokai peluang-peluang untuk membangunkan kapasiti modal

insan organisasi sama ada di dalam mahupun di luar negara;

5) memantapkan penghasilan maklumat dan pengetahuan menerusi

penyelidikan, perkongsian maklumat dan kerjasama pelbagai pihak

berkaitan;

6) membangunkan pusat-pusat kecemerlangan pengurusan dan

pemuliharaan dalam biodiversiti marin;

7) meningkatkan penglibatan dan penyertaan komuniti serta pihak

berkepentingan;

8) menggalakkan kerjasama dan usahasama di peringkat kebangsaan

dan antarabangsa;

9) meningkatkan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran (CEPA)

institusi dan awam; dan

10) memantapkan mekanisme pembiayaan.

Page 470: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

469  

2. Strategi Pelaksanaan 2

1) Pelaksanaan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti marin

di Taman Laut Malaysia.

a. Latar Belakang

Taman Laut yang umumnya merupakan ekosistem terumbu karang adalah

kawasan yang produktif dan kaya dengan biodiversiti marinnya. Ia juga

merupakan khazanah dan aset Negara yang tidak ternilai harganya.

Ekosistem ini merupakan penyumbang utama kepada penyediaan sumber

makanan iaitu sumber protein dan pengekalan kekayaan biodiversiti menerusi

pengayaan dan pembesaran bank genetik (genetic bank) dalam

menghasilkan baka-baka makanan laut yang baru dan lebih efisien. Ini akan

dapat menjamin bekalan makanan negara (food security) yang mencukupi

dan dapat mengurangkan kebergantungan negara kepada bahan import dan

mengurangkan aliran wang keluar negara.

Taman Laut juga merupakan kawasan nurseri dan pembiakan yang penting

bagi lebih kurang 25% daripada semua hidupan marin. Ia juga merupakan

habitat kepada satu per tiga (1/3) spesies ikan yang dijumpai di dunia. Pada

masa ini, penggunaan sumber marin khususnya sumber perikanan telah

menjangkau tahap yang maksimum. Oleh itu, kawasan Taman Laut ini

memberi limpahan kepada sumber perikanan yang secara berterusan

menyumbang kepada pembangunan industri perikanan Negara.

Taman Laut turut menyumbang kepada sektor pelancongan. Biodiversiti dan

ekosistem marin yang terpelihara di kawasan ini dapat menjadi daya tarikan

kepada pelancong dan ia menyumbang kepada peningkatan taraf hidup

penduduk tempatan melalui pewujudan peluang pekerjaan dan sumber

pendapatan alternatif.Pengurusan Taman Laut telah dan sedang

dilaksanakan oleh JTLM menerusi beberapa pendekatan yang telah

dihuraikan dalam matlamat Strategi 1. Di antaranya termasuklah kawalan,

Page 471: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

470  

perundangan dan penguatkuasaan, kesedaran awam, penyertaan komuniti

dan disokong oleh penyelidikan dan pemantauan.

Selain itu, aspek pembangunan dan penggunaan lestari sumber biodiversiti

marin merupakan satu lagi elemen penting dalam pengurusan Taman Laut.

Ianya termasuklah mengenalpasti dan menggalakkan penggunaan secara

lestari komponen biodiversiti marin, memastikan pengagihan faedah yang adil

kepada Negara dan masyarakat tempatan serta mengambil langkah bagi

mengurangkan ancaman dan kesan buruk aktiviti manusia terhadap

biodiversiti marin.

b. Matlamat

Pelaksanaan pemuliharaan dan penggunaan lestari biodiversiti marin di

Taman Laut Malaysia.

c. Status Masa Kini

Kawasan Taman Laut dengan ekosistem terumbu karang yang terpelihara

baik boleh menjadi daya tarikan dan menyumbang kepada sektor

pelancongan, meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan melalui

kewujudan peluang pekerjaan dan sumber pendapatan alternatif. Data-data

kehadiran pelancong ke Taman Laut di Semenanjung Malaysia menunjukkan

peningkatan, iaitu daripada sejumlah 423,229 orang pada tahun 2000 kepada

626,605 orang pada tahun 2012. Sejumlah 55% daripada pelancong yang

melawat Taman Laut adalah pelancong tempatan dan selebihnya adalah

pelancong dari luar Negara. Populariti kawasan Taman Laut sebagai tarikan

pelancongan boleh merangsang pertumbuhan aktiviti pembangunan seperti

hotel, resort, chalet dan industri hiliran berkaitan. Keadaan ini boleh memberi

kesan negatif kepada ekosistem terumbu karang jika ianya tidak dikawal

dengan baik atau diurus secara lestari. Pada masa ini, taburan litupan karang

di Taman Laut adalah sebanyak 46% iaitu dikategorikan sebagai Fair iaitu

litupannya berada dalam lingkungan (26%-50%).

Page 472: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

471  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti berkait secara langsung dengan

penggunaan biodiversiti marin di Taman Laut adalah seperti berikut:

1) ancaman kemusnahan terumbu karang di Malaysia. Statistik daripada

Reef at Risk Revisited 2011 telah menunjukkan bahawa 85% kawasan

terumbu karang di Malaysia diancam kemusnahan akibat aktiviti

manusia. Ini termasuk penangkapan ikan menggunakan peralatan

yang memusnahkan seperti pukat tunda, bom dan racun;

pembangunan kawasan persisiran pantai tanpa kawalan yang

menyebabkan pemendapan sedimen ke perairan; aktiviti rekreasi yang

tidak beretika; serta pengaliran bahan pencemar seperti sisa pepejal

dan sisa kumbahan dari daratan ke laut;

2) tahap penerimaan umum masih rendah terhadap pemuliharaan

biodiversiti marin serta konsep close area untuk memulihkan sumber-

sumber marin yang telah musnah serta memberikan perlindungan

kepada sumber-sumber yang berfungsi sebagai induk dan

penyumbang kepada pertambahan sumber marin;

3) Taman Laut yang diwujudkan perlu diurus secara efektif dan ianya

memerlukan elemen perundangan dan penguatkuasaan, dasar dan

pelan pengurusan yang baik mengambil kira elemen pembangunan

dan penggunaan lestari. Pada masa ini, terdapat kelemahan dalam

aspek-aspek ini antara lain ketiadaan perundangan khusus, dasar

yang jelas, peraturan yang kemas dan pelan pengurusan yang

memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan penggunaan

lestari terutama berhubung kait dengan sektor industri pelancongan di

Taman Laut;

4) pembangunan industri pelancongan di Taman Laut serta

perkembangan industri-industri hiliran boleh menjejaskan kawasan

terumbu karang sekiranya tidak dikawal dan dipulihara sumber

Page 473: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

472  

biodiversiti di kawasan tersebut. Risiko kemusnahan habitat terumbu

karang akibat pembangunan pesat adalah kemerosotan industri ini

dalam jangka masa panjang kerana kehilangan daya tarikan. Sehingga

kini terdapat lebih daripada 120 pengusaha pelancong, 60 pengusaha

selam SCUBA, dan 340 pengusaha bot yang beroperasi di Taman

Laut. Sekiranya kemusnahan terumbu karang berlaku di Taman Laut

maka mata pencarian pengusaha-pengusaha ini serta pekerja-pekerja

mereka akan terjejas;

5) pewartaan taman laut juga telah menyebabkan rasa tidak puas hati di

kalangan penduduk tempatan yang sebelum ini mata pencarian

mereka bergantung kepada pengambilan dan penggunaan sumber

marin seperti aktiviti perikanan. Kaedah berkesan dalam pengurusan

taman laut harus mengambil kira kepentingan penduduk tempatan

untuk memperoleh sokongan tidak berbelah bagi serta meningkatkan

tahap pemahaman mereka terhadap hasrat Jabatan untuk kepentingan

mereka serta generasi akan datang;

6) faktor fenomena semula jadi seperti perubahan iklim juga menjadi

ancaman kepada kelangsungan hidup terumbu karang. Risiko

kemusnahan menjadi lebih tinggi sekiranya faktor aktiviti manusia tidak

dikawal; dan

7) konsep penggunaan biodiversiti marin secara lestari dan tidak

memusnahkan perlu diterapkan lagi dalam kehidupan masyarakat di

Pulau Taman Laut serta masyarakat lain secara umum yang juga

menggunakan sumber-sumber yang sama.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini meliputi pelaksanaan Pelan

Pengurusan Taman Laut yang telah dibentuk semasa Rancangan Malaysia

Ke-9 dan Rancangan Malaysia Ke-10. Secara lebih jelas, strategi ini

melibatkan tumpuan-tumpuan di dalam perkara-perkara berikut:

Page 474: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

473  

1) meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut

termasuk pengurusan penggunaan dan pembangunan supaya ianya

adalah lestari, pemantapan perundangan khusus berkaitan dengan

pembentukan garis panduan dan pewujudan kawasan penampan (di

luar kawasan yang diwartakan) bagi aktiviti manusia yang bertujuan

mengurangkan tekanan kepada kawasan Taman Laut perlu dibuat;

2) memulihkan kerosakan yang telah berlaku kepada eksosistem di

kawasan Taman Laut akibat ancaman manusia dan alam semula jadi,

program dan aktiviti baik pulih ekosistem seperti pembinaan peranti

pemuliharaan biodiversiti marin dan pemuliharaan spesies terancam

perlu dipertingkatkan pelaksanaannya;

3) memastikan kejayaan dalam pengurusan kawasan Taman Laut selaras

dengan panduan IUCN yang memberi penekanan kepada penglibatan

komuniti di dalam perancangan dan pengurusan, maka usaha perlu

dibuat untuk memasukkan elemen ini di peringkat perancangan dan

pengurusan kawasan Taman Laut;

4) menggalakkan kerjasama pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan

antarabangsa bagi tujuan merealisasikan pengurusan penggunaan

secara lestari, usaha-usaha perlu dibuat menerusi beberapa kaedah di

antaranya termasuklah pengiktirafan resort dan hotel yang

mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam aktiviti seharian

mereka;

5) meningkatkan kesedaran institusi, usaha dan inisiatif perlu ditumpukan

kepada semua pihak termasuk pembuat dasar dan ahli politik supaya

memahami aspek biodiversiti marin dan kepentingan pemuliharaannya.

Peningkatan kesedaran awam hendaklah dibuat secara sistematik

dengan pelbagai pendekatan dan kaedah melibatkan kumpulan

sasaran yang bersesuaian di dalam aspek CEPA dengan memberi

Page 475: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

474  

juga penekanan kepada penggunaan sumber biodiversiti marin secara

lestari;

6) meningkatkan keberkesanan pengurusan kawasan Taman Laut,

rangka institusi bagi pengurusan biodiversiti marin diperkasakan.

Usaha dalam aspek koordinasi dan penyeragaman kaedah dan sistem

pengurusan sumber biodiversiti perlu dipertingkatkan;

7) memantapkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan

pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin, pembangunan dan

peningkatan kapasiti fizikal perlu diberi penekanan; dan

8) Untuk memantapkan mekanisme pembiayaan, usaha-usaha yang

perlu dibuat termasuklah mengkaji mekanisme pembiayaan sedia ada

dan membuat penambahbaikan dengan memberi tumpuan kepada

peningkatan dana dari sumber bukan kerajaan dan juga sistem kutipan

Fi yang lebih efisien.

f. Pengukuran dan petunjuk prestasi

Pada tahun 2013 sehingga 2015, petunjuk prestasi dan pengukuran yang

digunakan adalah seperti berikut:

Jadual 105:

Pelaksanaan Pemuliharaan & Penggunaan Lestari Biodiversiti Marin di Taman Laut Malaysia.

PENGUKURAN (INDIKATOR)

SASARAN 2013 2014 2015

Pengekalan indeks litupan karang hidup pada tahap fair (26%-50%) (Reef Check)

nota: tahap 1 (poor - 0%-25%), tahap 2 (fair - 26%-50%), tahap 3 (good - 51%-75%), tahap 4 (excellent 76%-100%)

taburan litupan karang Tahap 2 (fair)

Tahap 2 (fair)

Tahap 2 (fair)

Page 476: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

475  

g. Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut dan memastikan

penggunaan biodiversiti marin adalah lestari maka Jabatan perlu

melaksanakan Pelan Pengurusan Taman Laut yang telah dibentuk dalam

tempoh Rancangan Malaysia ke-9 dan Rancangan Malaysia ke-10. Selain itu,

garis panduan yang menyokong Pelan Pengurusan perlu dibentuk agar

pelaksanaan Pelan Pengurusan Jabatan adalah menyeluruh dan sistematik.

Antara pelan tindakan spesifik adalah seperti berikut:

1) Pembangunan garis panduan penggunaan biodiversiti marin secara

lestari;

2) Pembangunan Garis Panduan Pengurusan Taman Laut;

3) Penyediaan Garis Panduan Pensijilan Hijau (Eco-certification) untuk

operator resort di Taman Laut;

4) Pewujudan Zon Penampan (Buffer zone);

5) Program membaikpulih ekosistem;

6) Pemuliharaan spesies marin terancam;

7) Pemantauan secara berterusan tahap kesihatan, ekosistem terumbu

karang di Taman Laut; dan

8) Memantapkan lagi program alternative livelihood.

 

Page 477: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

476  

BIDANG UTAMA

JABATAN BERTANGGUNGJAWAB

10 PENGURUSAN BIOKESELAMATAN

JBK

A. LATAR BELAKANG

Isu biokeselamatan telah mendapat perhatian masyarakat dunia dengan

perkembangan dan kemajuan dalam teknologi kejuruteraan genetik. Bidang

teknologi kejuruteraan genetik atau dikenali sebagai bioteknologi moden

membolehkan gen dari satu organisma dipindahkan ke organisma yang lain.

Organisma yang menerima gen asing ini dikenali sebagai organisma

diubahsuai yang hidup [Living Modified Organism (LMO)]. Dalam memastikan

risiko yang mungkin terhasil daripada aplikasi bioteknologi moden ini

dikurangkan atau dihapuskan, biokeselamatan memainkan peranan yang

amat penting.

Lantaran itu, Akta Biokeselamatan 2007 diwujudkan bertujuan untuk

memastikan penggunaan aplikasi bioteknologi moden secara selamat supaya

ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia, tumbuh-

tumbuhan, haiwan, alam sekitar dan kepelbagaian biologi negara. Kerajaan

telah pun mengenal pasti bidang bioteknologi sebagai antara sektor yang

boleh menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK) pada masa hadapan. Justeru, adalah dijangkakan lebih banyak LMO

akan dibawa masuk ke dalam negara bagi tujuan penyelidikan dan

pembangunan (R&D). Sehubungan dengan itu, bidang biokeselamatan perlu

diberi perhatian yang serius bagi menjamin pembangunan sihat industri

bioteknologi di negara ini.

Page 478: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

477  

B. MATLAMAT

MATLAMAT UTAMA

1

PELAKSANAAN SECARA BERKESAN AKTA BIOKESELAMATAN 2007.

C. STATUS MASA KINI

Akta Biokeselamatan 2007 telah berkuatkuasa semenjak 1 Disember 2009.

Untuk melaksanakan akta tersebut, Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan

(LBK) telah ditubuhkan pada 15 Mac 2010 disusuli dengan penubuhan

Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian Genetik (GMAC) pada 25 Mei

2010. Jabatan Biokeselamatan selaku agensi pelaksana Akta Biokeselamatan

2007 telah ditubuhkan pada 24 Mei 2010 secara tukar ganti dengan Pasukan

Teras Biokeselamatan. Di samping itu, Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan

dan Pemberitahuan) 2010 juga telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 1

November 2010.

D. ISU DAN CABARAN

Dengan tumpuan yang diberikan kepada sektor bioteknologi, bidang

biokeselamatan menjadi perkara yang semakin penting dan harus diberi

perhatian khusus. Dalam melaksanakan Akta pula, ada pihak-pihak tertentu

yang bersedia untuk mematuhi Akta ini dan menuntut supaya Jabatan

menuruti prosedur yang ditetapkan khususnya dalam aspek tempoh masa

pemprosesan yang dijanjikan. Ada pula sesetengah pihak yang lain belum

bersedia untuk mematuhi Akta dan meminta supaya tempoh peralihan yang

lebih panjang diberikan di samping memberi lebih tumpuan terhadap

pelaksanaan program modal insan. Di samping itu juga, masih kurang

kesedaran dan kefahaman di kalangan masyarakat awam tentang isu

Page 479: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

478  

biokeselamatan dan jika tidak ditangani sewajarnya boleh mengganggu

pertumbuhan industri bioteknologi negara.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

1) Melaksanakan Akta Biokeselamatan 2007;

2) Memantapkan penguatkuasaan dan perundangan biokeselamatan;

3) Meningkatkan kepakaran dan kesedaran awam tentang

biokeselamatan; dan

4) Memantapkan organisasi Jabatan Biokeselamatan.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 17 : PELAKSANAAN SECARA BERKESAN AKTA

BIOKESELAMATAN 2007

1. Strategi Perlaksanaan Utama

Melaksanakan Akta Biokeselamatan 2007.

a. Latar Belakang

Masyarakat dunia termasuk Malaysia bimbang mengenai risiko yang boleh

terhasil daripada aplikasi bioteknologi moden terhadap kesihatan manusia. Ini

termasuk kemungkinan LMO boleh memudaratkan alam sekitar dan

kepelbagaian biologi negara. Selaras dengan dasar kerajaan untuk

memajukan industri bioteknologi, adalah dijangka lebih banyak LMO dibawa

masuk ke dalam negara bagi maksud R&D dan ujikaji lapangan. Semasa

Mesyuarat Biotechnology International Advisory Panel (IAP) yang

dipengerusikan oleh YAB. Perdana Menteri pada 16 November 2009, adalah

Page 480: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

479  

dijangkakan bahawa syarikat-syarikat berstatus BioNexus akan terus

meningkat. Syarikat-syarikat ini dijangka dapat menyumbang 2.5% kepada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Berdasarkan statistik semasa,

terdapat 207 syarikat yang berstatus BioNexus dengan nilai pelaburan yang

diluluskan berjumlah RM2.118 bilion. Di samping itu, kerajaan turut

memperkenalkan Inisiatif Bioekonomi Malaysia (BIM) iaitu salah satu bidang

baru yang diperkenalkan di bawah National Key Economic Area (NKEA) dalam

menggalakkan pengenalan inisiatif-inisiatif baru yang boleh menjana ekonomi

negara. Kedua-dua program ini menjadi pemangkin untuk kemajuan bidang

bioteknologi moden di negara ini.

Tanpa pelaksanaan Akta Biokeselamatan yang berkesan, kemasukan LMO

ke dalam negara ini menjadi sukar dikawal dan boleh menjadikan Malaysia

sebagai dumping ground bagi LMO yang tidak diluluskan.

b. Matlamat

Strategi ini mempunyai matlamat seperti berikut :

1) Memastikan semua permohonan untuk pelepasan LMO serta

pemberitahuan untuk kegunaan terkawal LMO diselesaikan

berdasarkan Piagam Pelanggan Jabatan;

2) Memastikan institusi/organisasi yang menjalankan aktiviti penyelidikan

melibatkan LMO menubuhkan serta mendaftarkan Institutional

Biosafety Committee (IBC) mereka; dan

3) Memastikan IBC yang telah berdaftar menghantar laporan tahunan

aktiviti berkaitan LMO yang dijalankan sepanjang tahun.

c. Status Masa Kini

Keperluan untuk penubuhan IBC adalah termaktub di bawah Peraturan

Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010. Meskipun demikian,

Page 481: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

480  

masih terdapat institusi/organisasi yang terlibat dalam aktiviti R&D melibatkan

LMO tidak sedar tentang keperluan untuk menubuhkan IBC. Penubuhan IBC

ini adalah penting kerana ia dapat membantu aspek pematuhan terhadap

keperluan Akta oleh institusi/organisasi menerusi mekanisme kawalan

dalaman dan pengurusan risiko mereka sendiri. IBC juga membantu

memudahkan aspek pemantauan serta penilaian risiko yang perlu dilakukan

oleh GMAC. Pendekatan sebegini juga dikenali sebagai guided self regulatory

mechanism. Pada masa yang sama, IBC yang telah berdaftar perlu

menghantar laporan tahunan bagi memantau aktiviti-aktiviti melibatkan LMO

yang sedang dijalankan.

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang

akan dihadapi seperti berikut :

1) Isu biokeselamatan semakin mendapat perhatian masyarakat dunia

disebabkan kebimbangan teknologi kejuruteraan genetik boleh

membawa kemudaratan kepada manusia, alam sekitar dan

kepelbagaian biologi;

2) Masyarakat banyak menerima maklumat yang kurang tepat tentang

sesuatu penyelidikan LMO yang menyebabkan mereka mempunyai

persepsi yang negatif terhadap produk LMO;

3) Penyelidikan dalam bidang bioteknologi moden semakin diberi

penekanan oleh kerajaan terutamanya dari segi keperluan bajet dan

berikutan itu, fungsi Jabatan menjadi semakin penting;

4) Ada pihak-pihak tertentu yang bersedia untuk mematuhi Akta dan

akan mendesak Jabatan menuruti prosedur yang ditetapkan

khususnya dalam aspek tempoh masa pemprosesan yang dijanjikan;

Page 482: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

481  

5) Ada sesetengah pihak pula yang belum bersedia untuk mematuhi Akta

dan meminta supaya tempoh peralihan yang lebih panjang diberikan di

samping memberi lebih tumpuan terhadap pelaksanaan program

pembinaan kapasiti;

6) Kesedaran dan kefahaman di kalangan institusi/organisasi

penyelidikan tentang keperluan untuk menubuhkan IBC dan

penghantaran laporan tahunan masih perlu diberi penekanan dan

perhatian supaya kawalan aktiviti LMO menjadi lebih terkawal dan

berkesan;

7) Kekangan dari segi bilangan pegawai yang mencukupi dan

berkemahiran untuk melaksanakan Akta; dan

8) Sumber kewangan yang terhad untuk menyokong aktiviti berkaitan

dengan pelaksanaan Akta.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan kritikal di bawah strategi ini adalah menguruskan

permohonan untuk kelulusan dan pemberitahuan serta pendaftaran IBC oleh

institusi/ organisasi yang terlibat dalam penyelidikan LMO dan pemantauan

penghantaran laporan tahunan oleh IBC.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran untuk strategi ini adalah peratusan permohonan/ pemberitahuan

yang diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan dan bilangan IBC yang

didaftarkan di bawah LBK serta menghantar laporan tahunan.

Page 483: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

482  

Jadual 106: Peratusan Permohonan/ Pemberitahuan Yang Selesai Pada Tahun 2011 – 2015

UKURAN KPI

2010 2011 2012 2013 2014 2015

AS

AS

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

Peratusan permohonan/ pemberitahuan yang diselesaikan mengikut Piagam Pelanggan

- 90% 100% 90% 100% 90% 90% 90%

Bil. IBC yang berdaftar

- 10 20 5 6 4 2 2

Bil. IBC yang mengemukakan laporan tahunan

BARU BARU BARU BARU 23 20 20 20

g. Pelan Tindakan

Untuk melaksanakan strategi ini, pelan pelaksanaan Akta akan merangkumi

perkara-perkara berikut bagi mencapai sasaran di atas :

1) Memproses permohonan untuk pelepasan LMO;

2) Memproses pemberitahuan untuk kegunaan terkawal LMO;

3) Menyelaras Mesyuarat Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan;

4) Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pengubahsuaian

Genetik;

5) Mendaftar IBC yang memenuhi kriteria yang ditetapkan; dan

Page 484: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

483  

6) Memantau penghantaran laporan tahunan oleh IBC.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Memantapkan penguatkuasaan dan perundangan biokeselamatan.

a. Latar Belakang

Akta Biokeselamatan 2007 dikuatkuasakan untuk melindungi alam sekitar dan

kesihatan manusia supaya tidak terdedah kepada ancaman di samping

memastikan industri bioteknologi moden berkembang dengan sihat. Selaras

dengan perkembangan dalam industri tersebut, perundangan sedia ada perlu

dikaji dari semasa ke semasa supaya ia terus relevan. Terdapat beberapa

perkembangan atau keputusan di peringkat antarabangsa yang memerlukan

undang-undang sedia ada dikaji atau diteliti. Antaranya, semasa mesyuarat

Parti ke-5 Cartagena Protocol on Biosafety di Nagoya, Jepun pada tahun

2010, satu Protokol Tambahan yang dikenali sebagai Nagoya – Kuala

Lumpur Supplementary Protocol on Liability and Redress telah dipersetujui

bertujuan untuk menyediakan perundangan yang jelas berkaitan tanggungan

dan ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan akibat pelepasan sesuatu LMO

yang dibawa masuk dari negara luar. Akta Biokeselamatan tidak mempunyai

peruntukan mengenai perkara ini, justeru kajian harus dilakukan untuk

menentukan sama ada Akta sedia ada perlu dipinda ataupun menggubal Akta

yang baru. Penyediaan undang-undang domestik yang berkaitan amat

penting sebelum Malaysia boleh membuat keputusan untuk menjadi parti

Protokol Tambahan ini kelak.

Bagi menentukan penguatkuasaan yang efektif pula, pegawai yang terlibat

dengan penguatkuasaan daripada pelbagai agensi akan didedahkan dengan

pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Ini termasuklah latihan bagi

pegawai-pegawai penguatkuasaan mengenai pengurusan data dan

pertukaran maklumat untuk pemantauan jangka panjang. Malaysia sebagai

negara mega biodiversiti dan antara pengeluar utama minyak kelapa sawit,

getah dan koko di dunia, perlu mempunyai satu sistem kawal selia LMO yang

Page 485: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

484  

rapi dengan penguatkuasaan yang efektif untuk menghalang pencemaran

genetik dan kemasukan LMO yang invasive yang boleh membawa

kemudaratan kepada khazanah negara dan kesan negatif terhadap

perdagangan komoditi utama.

b. Matlamat

Strategi ini mempunyai matlamat seperti berikut :

1) Membangunkan rangka kerja aktiviti penguatkuasaan secara

bersepadu yang melibatkan beberapa agensi kerajaan yang lain;

2) Menggubal peraturan baru bagi menyokong pelaksanaan Akta;

3) Menyediakan garis panduan yang berkaitan sebagai rujukan kepada

para penyelidik dan pegawai penguatkuasa; dan

4) Pembangunan rangka perundangan domestik Liability & Redress

c. Status Masa Kini

Walaupun kerajaan memberi penekanan kepada pertumbuhan industri

bioteknologi, kejayaan bioteknologi moden memerlukan sokongan kuat

daripada sistem kawal selia biokeselamatan yang boleh memberi keyakinan

kepada masyarakat antarabangsa bahawa sesuatu keluaran LMO dari

Malaysia adalah selamat. Daripada aspek pengimportan, dikhuatiri LMO yang

belum diluluskan di negara ini dibawa masuk secara senyap atau tidak sah

(illegal). Memandangkan risiko LMO berkenaan tidak diketahui, ia boleh

mendatangkan ancaman kepada kesihatan manusia serta kepelbagaian

biologi negara.

Setakat ini, dua garis panduan telah dibangunkan iaitu Garis Panduan

Penubuhan IBC dan Garis Panduan Penyelidikan LMO Untuk Kegunaan

Terkawal. Peraturan Biokeselamatan (Kelulusan dan Pemberitahuan) 2010

Page 486: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

485  

telah diwartakan pada 1 November 2010 setelah melalui proses konsultasi

yang agak panjang. Terdapat beberapa peraturan dan garis panduan baru

perlu dibangunkan untuk terus menyokong pelaksanaan Akta.

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang

akan dihadapi: Antaranya;

1) isu biokeselamatan semakin mendapat perhatian masyarakat dunia

disebabkan kebimbangan teknologi kejuruteraan genetik boleh

membawa kemudaratan kepada manusia, alam sekitar dan

kepelbagaian biologi;

2) masyarakat banyak menerima maklumat yang kurang tepat tentang

sesuatu penyelidikan LMO yang menyebabkan mereka mempunyai

persepsi yang negatif terhadap produk LMO;

3) penyelidikan dalam bidang bioteknologi moden semakin diberi

penekanan oleh kerajaan terutamanya dari segi keperluan bajet dan

berikutan itu fungsi Jabatan menjadi semakin penting;

4) ada pihak-pihak tertentu yang bersedia untuk mematuhi Akta dan akan

mendesak Jabatan menuruti prosedur yang ditetapkan khususnya

dalam aspek tempoh masa pemprosesan yang dijanjikan;

5) ada sesetengah pihak yang belum bersedia untuk mematuhi Akta dan

meminta supaya tempoh peralihan yang lebih panjang diberikan di

samping memberi lebih tumpuan terhadap pelaksanaan program

modal insan;

6) kekangan dari segi bilangan pegawai yang mencukupi dan

berkemahiran untuk menjalankan aktiviti penguatkuasaan;

Page 487: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

486  

7) kesukaran dalam mendapatkan kerjasama agensi-agensi tertentu

dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan; dan

8) sumber kewangan yang terhad untuk menyokong aktiviti berkaitan

dengan pelaksanaan Akta.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan kritikal di bawah strategi ini ialah berkaitan dengan

pemantapan proses dalaman melalui pembangunan rangka kerja aktiviti

penguatkuasaan secara bersepadu, penggubalan peraturan baharu serta

penyediaan garis panduan biokeselamatan.

f. Pengukuran dan Petunjuk prestasi

Pengukuran untuk strategi ini adalah penyediaan rangka kerja aktiviti

penguatkuasaan bersepadu, bilangan garis panduan berkaitan

biokeselamatan dibangunkan serta peraturan baharu yang digubal untuk

menyokong pelaksanaan Akta.

Page 488: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

487  

Jadual 107: Rangka Kerja Penguatkuasaan Tahun 2011 – 2015

UKURAN KPI

2010 2011 2012 2013 2014 2015

AS

AS

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

Penyediaan rangka kerja aktiviti penguatkuasaan yang bersepadu

-

Rundingan

&

D

raf

Rundingan

&

D

raf

Draf di

mukta

mad

kan

Draf di

mukta

mad

kan

Rangka kerja

dilaksanakan

Rangka kerja

dilaksanakan

Rangka kerja

dikaji

Pembangunan rangka perundangan domestik liability and redress

Baru Baru Baru Baru Baru Kajian awal

Akta/ P

eraturan

digubal

Akta/ P

eraturan

dimu

ktam

adkan

Bil. garis panduan dibangunkan

2 1 1 1 1 1 1 1

g. Pelan Tindakan

Melalui pelan penguatkuasaan secara bersepadu, perkara-perkara berikut

akan dilaksanakan :

1) membangunkan peraturan baharu atau pindaan pada peraturan sedia

ada;

2) pembangunan rangka Perundangan Domestik Liability & Redress;

3) membentuk rangka kerja aktiviti penguatkuasaan secara bersepadu;

4) menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan;

Page 489: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

488  

5) “User Guide” untuk Akta Biokeselamatan 2007 dibangunkan;

6) membangunkan garis panduan untuk ujikaji LMO di lapangan;

7) membangunkan garis panduan penilaian risiko alam sekitar untuk

penyelidikan LMO;

8) membangunkan garis panduan penilaian risiko untuk penyelidikan

melibatkan mikroorganisma yang diubahsuai secara genetik;

9) membangunkan garis panduan untuk pensampelan; dan

10) menubuhkan Jawatankuasa Tetap (Standing Committees)

Biokeselamatan.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Meningkatkan kepakaran dan kesedaran awam tentang biokeselamatan.

a. Latar Belakang

Pembangunan modal insan berkaitan bidang biokeselamatan perlu dibuat

secara berterusan agar seiring dengan pembangunan bioteknologi moden.

Ketika ini tidak ramai tenaga pakar dalam bidang biokeselamatan di Malaysia

kerana bidang ini masih agak baru serta unik di samping masa yang lama

perlu diambil untuk menguasai bidang tersebut. Pegawai-pegawai Jabatan

juga belum mahir sepenuhnya dan memerlukan masa untuk mencapai tahap

kepakaran yang perlu dimiliki. Pada masa yang sama juga, khidmat pakar-

pakar biokeselamatan amat diperlukan oleh sektor swasta. Justeru,

pembinaan kapasiti perlu tertumpu kepada aspek penilaian, pengurusan risiko

dan membangunkan pakar-pakar tempatan dalam pelbagai bidang.

Latihan serta bengkel akan disediakan untuk saintis dan penyelidik tempatan

untuk meningkatkan kapasiti mereka dalam penilaian dan pengurusan risiko

Page 490: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

489  

termasuk dalam aspek pengesanan LMO, impak pelepasan LMO ke alam

sekitar, impak sosioekonomi, pengukuran kuantitatif LMO, prosedur penilaian

risiko bagi LMO tempatan, penyediaan dossiers, penambahbaikan prosedur

penilaian dan pengurusan risiko sedia ada. Strategi ini juga lebih kepada

pendidikan pengguna dan kesedaran awam untuk semua pihak

berkepentingan (stakeholder), latihan mengenai komunikasi risiko dan juga

melatih pakar IT untuk mengenal pasti maklumat yang perlu dimasukkan ke

dalam laman web Biosafety Clearing House (BCH). Melalui pembangunan

indeks pula, impak daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dapat

diketahui. Tahap kesedaran awam yang tinggi dijangka mampu

mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan Akta.

b. Matlamat

Pembangunan modal insan ahli-ahli LBK, GMAC, pegawai-pegawai Jabatan

serta agensi kerajaan lain yang berkaitan dan para penyelidik tempatan di

samping meningkatkan tahap kesedaran awam tentang biokeselamatan.

c. Status Masa Kini

Malaysia ketika ini adalah negara pengimport LMO dan setakat ini belum

terdapat LMO tempatan yang dikomersialkan. Apabila usaha-usaha R&D

tempatan mencapai peringkat pemasaran, aspek-aspek risiko perlu diberi

perhatian yang serius. Maka pemaju-pemaju bioteknologi moden perlu

melengkapkan diri dengan pengetahuan teknikal analisis risiko. Kerajaan

sebagai badan kawal selia pula perlu memiliki kepakaran yang lebih tinggi

daripada pemaju-pemaju untuk membolehkan kawal selia yang efektif. Ini

juga boleh memberi keyakinan kepada negara-negara luar bahawa sesuatu

keluaran LMO dari Malaysia adalah selamat untuk digunakan. Berhubung

dengan aspek kesedaran awam, kebimbangan masyarakat tentang

kemungkinan risiko aplikasi bioteknologi moden masih berada pada tahap

yang agak tinggi. Terdapat juga sektor swasta yang masih kurang kefahaman

tentang Akta Biokeselamatan dan menganggap perundangan tersebut

membantutkan perkembangan bidang bioteknologi.

Page 491: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

490  

JBK menerusi peruntukan Global Environment Facility (GEF) telah

mengadakan beberapa bengkel teknikal kepada para penyelidik. Meskipun

seminar kesedaran giat diadakan, kajian mengenai tahap kesedaran orang

awam mengenai biokeselamatan perlu dibuat secara berterusan.

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang

akan dihadapi, antaranya :

1) isu biokeselamatan semakin mendapat perhatian masyarakat dunia

disebabkan kebimbangan teknologi kejuruteraan genetik boleh

membawa kemudaratan kepada manusia, alam sekitar dan

kepelbagaian biologi;

2) masyarakat pula banyak menerima maklumat yang kurang tepat tentang

sesuatu penyelidikan LMO yang menyebabkan mereka mempunyai

persepsi yang negatif terhadap produk LMO;

3) penyelidikan dalam bidang bioteknologi moden semakin diberi

penekanan oleh kerajaan terutamanya dari segi keperluan bajet dan

berikutan itu fungsi Jabatan menjadi semakin penting;

4) masih kurang kesedaran dan kefahaman di kalangan

institusi/organisasi penyelidikan tentang keperluan perundangan untuk

menjalankan penyelidikan LMO; dan

5) sumber kewangan yang terhad untuk menyokong aktiviti berkaitan

dengan pelaksanaan Akta.

Page 492: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

491  

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan kritikal di bawah strategi ini selari dengan usaha-usaha untuk

meningkatkan nilai perkhidmatan melalui penganjuran bengkel dan seminar

kesedaran kepada kumpulan sasaran serta membuat kajian terhadap tahap

kesedaran awam tentang biokeselamatan.

f. Pengukuran dan Petunjuk-petunjuk Prestasi

Pengukuran dibuat berdasarkan bilangan seminar/ bengkel yang diadakan

setiap tahun kepada kumpulan sasaran. Satu indeks akan dibangunkan

menjelang tahun 2015 untuk mengukur tahap kesedaran orang awam

mengenai biokeselamatan.

Jadual 108: Bilangan Seminar Tahun 2010 – 2015

UKURAN KPI

2010 2011 2012 2013 2014 2015

AS

AS

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

Bil. bengkel/ seminar diadakan

8 5 11 5 11 5 5 5

Bilangan aktiviti kesedaran awam yang dilaksanakan

7 Baru 7 Baru 5 3 3 3

Tahap kesedaran

- - -

Kajian

awal

Laporan kajian aw

al

- -

Indeks dibangun

kan

Page 493: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

492  

g. Pelan Tindakan

Melalui program pembinaan kapasiti biokeselamatan, perkara-perkara berikut

akan dilaksanakan :

1) mengadakan bengkel berkaitan aspek penilaian/pengurusan risiko

kepada penyelidik/ saintis tempatan, ahli GMAC dan pegawai JBK;

2) mengadakan bengkel berkaitan aspek komunikasi risiko kepada

penyelidik/ saintis tempatan, ahli GMAC dan pegawai JBK;

3) mengadakan bengkel tentang keperluan untuk menubuhkan

Institutional Biosafety Committee (IBC) serta penghantaran laporan

tahunan;

4) mengadakan bengkel/seminar berkaitan aspek penguatkuasaan dan

pemantauan LMO khusus kepada pegawai yang terlibat dengan aktiviti

penguatkuasaan;

5) mengadakan bengkel/seminar tentang penggunaan Biosafety Clearing

House (BCH);

6) mengadakan seminar kesedaran kepada orang awam (public

awareness);

7) penerbitan bahan-bahan promosi elektronik dan bukan elektronik

tentang biokeselamatan (contoh: video, Newsletter dan sebagainya);

dan

8) membuat kajian tahap kesedaran orang awam tentang biokeselamatan

melalui kerjasama dengan universiti tempatan yang berminat.

Page 494: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

493  

4. Strategi Pelaksanaan 4

Memantapkan organisasi Jabatan Biokeselamatan.

a. Latar Belakang

Jawatankuasa Khas Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) yang

bermesyuarat pada 28 Jun 2010 telah bersetuju dengan penubuhan Jabatan

dan 25 jawatan pelbagai gred dan skim diwujudkan secara tukar ganti dengan

jawatan sedia ada di Pasukan Teras Biokeselamatan. Mengikut Waran

Perjawatan Bil. E 83 Tahun 2010, penubuhan JBK berkuatkuasa mulai 24 Mei

2010. Dengan kapasiti sedia ada, didapati adalah amat sukar untuk Jabatan

melaksanakan Akta Biokeselamatan dengan lebih berkesan dan dikhuatiri

boleh memberi implikasi negatif jika dibiarkan bagi tempoh jangka panjang.

Jabatan memerlukan lebih ramai pegawai di samping mempunyai struktur

organisasi yang lebih mantap sekiranya pelaksanaan Akta dan aspek

penguatkuasaan ingin diperkukuhkan. Ini juga selaras dengan fungsi Jabatan

yang semakin relevan serta usaha untuk memperkukuhkan keupayaan

negara dalam aspek penilaian dan pengurusan risiko serta penguatkuasaan.

b. Matlamat

Membuat pengukuhan terhadap keupayaan Jabatan dengan pertambahan

jawatan-jawatan baru.

c. Status Masa Kini

Jabatan diluluskan dengan 25 perjawatan dan lebih 90% telah pun diisi.

Bilangan perjawatan yang diluluskan ini hanyalah bersifat interim dan

perancangan untuk permohonan pertambahan jawatan sedang dibuat.

Page 495: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

494  

d. Isu dan Cabaran

Dalam melaksanakan strategi ini, terdapat beberapa isu dan cabaran yang

dihadapi iaitu seperti berikut :

1) taraf jawatan yang diwujudkan tidak menarik minat pegawai-pegawai

muda yang mempunyai kepakaran berkaitan untuk bekerja di Jabatan;

2) struktur organisasi sedia ada menimbulkan masalah dari aspek

pemilikan ilmu biokeselamatan (Jabatan hanya akan dijadikan

‘stepping stone’ kepada pegawai);

3) kelewatan dalam pengisian jawatan-jawatan kader;

4) penyelidikan dalam bidang bioteknologi moden semakin diberi

penekanan oleh kerajaan terutamanya dari segi keperluan bajet dan

berikutan itu fungsi Jabatan menjadi semakin penting; dan

5) sumber kewangan yang terhad untuk menyokong aktiviti berkaitan

dengan pelaksanaan Akta.

e. Bidang-bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang tumpuan yang kritikal untuk strategi ini adalah peningkatan keupayaan

Jabatan dengan permohonan pertambahan jawatan baru.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Strategi ini akan diukur berdasarkan pertambahan jawatan yang diluluskan

dan sasaran yang ditetapkan dengan sasaran akhir bilangan perjawatan

meningkat kepada 50 menjelang 2015.

Page 496: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

495  

Jadual 109: Keperluan Perjawatan Untuk Tahun 2011 – 2015

UKURAN KPI

2010 2011 2012 2013 2014 2015

AS

AS

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SE

BE

NA

R

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

SA

SA

RA

N

Bil perjawatan dimantapkan sehingga 50 menjelang 2015

25 25 25 25 25 25/50 50 50

g. Pelan Tindakan

Melalui program pembinaan kapasiti biokeselamatan, perkara-perkara berikut

akan dilaksanakan :

1) menyediakan draf kertas cadangan untuk penstrukturan semula

organisasi yang akan juga melibatkan pertambahan jawatan baru; dan

2) mengadakan rundingan dengan agensi pusat berkenaan cadangan

pertambahan jawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 497: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

496  

 

TERAS 3

PENGURUSAN AM

BIDANG UTAMA

PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PENGURUSAN MAKLUMAT

PEMBANGUNAN

KOMUNIKASI KORPORAT

AUDIT DALAM

UNDANG-UNDANG

 

 

Page 498: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

497  

I. LATAR BELAKANG

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPKN) bertanggungjawab

menentukan keperluan kewangan bagi menyokong aktiviti-aktiviti di bawah

Kementeriaan/ Jabatan/ Agensi di bawahnya, di samping peruntukan

kewangan tersebut akan diagih dan dibelanjakan mengikut keperluan

program dan aktiviti. BPKN juga menentukan proses pengurusan belanjawan,

perolehan, pra-pembayaran dan rekod perakaunan diurus dengan telus,

cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras

dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) bertanggungjawab

memastikan NRE, Jabatan dan Agensi di bawahnya mempunyai struktur

organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam

mencapai objektif yang ditetapkan, memastikan semua urusan perkhidmatan

dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan

dan membangunkan sumber manusia yang cemerlang melalui latihan yang

berterusan. Selain itu, BPSM juga bertanggungjawab memastikan supaya

warga NRE dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan

potensi diri secara positif melalui perkhidmatan psikologi.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah diberi tanggungjawab untuk

menyediakan infrastruktur, infrastruktur dan perkhidmatan Information and

Communications Technology (ICT) yang menyokong visi, misi dan objektif

NRE dan memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin.

Selain menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT serta

menerapkannya dalam budaya kerja NRE serta membentuk personel yang

mahir dan kompeten.

Bahagian Pembangunan (BP) telah dipertanggungjawabkan untuk

memastikan penyediaan perancangan projek-projek pembangunan NRE di

bawah Rancangan Lima Tahun dan Bajet Tahunan dilaksanakan dengan

cekap dan sejajar dengan dasar Kerajaan memastikan pemantauan dan

penilaian yang konsisten dilakukan terhadap pelaksanaan projek

Page 499: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

498  

pembangunan sama ada dari segi kemajuan kewangan dan fizikal.

Sehubungan itu, Sistem Pemantauan Projek (SPP II) digunakan sepenuhnya

sebagai satu kaedah untuk perancangan, pemantauan dan penilaian projek

pembangunan.

Key Performance Indicators (KPI) bertanggungjawab memantau prestasi dan

pencapaian Y.B. Menteri dan pengurusan tertinggi selari dengan bidang

tanggungjawab dan keutamaan strategik NRE (berfokuskan kesejahteraan

rakyat) selaras dengan Gagasan 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Unit Komunikasi Korporat (UKK) bertanggungjawab memastikan

keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung

publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan

aktiviti serta majlis rasmi NRE melalui bahan promosi, media elektronik dan

media cetak. Selain itu, ia mewujudkan perhubungan baik antara NRE

dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat

perkhidmatan NRE yang berkesan demi mencapai objektif NRE secara

keseluruhan.

Unit Audit Dalam (UAD), NRE telah ditubuhkan pada Mac 2004 selaras

dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. UAD

bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha NRE. UAD

bertanggungjawab membantu pihak pengurusan dalam menilai dan

menentukan tahap keberkesanan kawalan dalaman, pematuhan terhadap

undang-undang, peraturan dan prosedur kewangan, sumber digunakan

secara ekonomi, cekap dan berkesan serta program/ aktiviti yang

dilaksanakan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Penasihat Undang-undang (PUU) kepada Kerajaan khususnya Y.B. Menteri

Sumber Asli dan Alam Sekitar dilaksanakan oleh Unit Undang-undang (UUU)

bagi pihak Peguam Negara selaras dengan Perkara 145(2) Perlembagaan

Persekutuan yang memperuntukkan suatu kewajipan ke atas Peguam Negara

untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri dan mana-mana

Page 500: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

499  

menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang. UUU berfungsi memberi

nasihat perundangan kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi berkaitan

perkara-perkara di bawah bidang kuasa NRE berdasarkan peruntukan

Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain dengan mengambil kira

dasar Kerajaan dan kepentingan awam supaya operasi Kementerian/

Jabatan/ Agensi bertepatan dengan undang-undang.

II. MATLAMAT UTAMA

Pengurusan Am Kementerian memfokuskan usaha-usaha ke arah mencapai

matlamat-matlamat berikut:

MATLAMAT UTAMA

1 PENGURUSAN TADBIR URUS DAN KEWANGAN YANG CEMERLANG

2 MEMANTAPKAN MODAL INSAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

YANG BERIMPAK TINGGI

3 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

4 PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG HOLISTIK DAN

BERKESAN

5 PENGURUSAN FUNGSI KOMUNIKASI KORPORAT YANG EFISIEN

DAN EFEKTIF

6 PENGURUSAN PENGAUDITAN YANG CEMERLANG.

7 PENGURUSAN ASPEK PERUNDANGAN YANG BERKUALITI,

PROFESIONAL DAN MENJAMIN KEPENTINGAN KERAJAAN

Page 501: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

500  

III. STRATEGI MENGIKUT BIDANG UTAMA

Bidang-bidang utama di bawah Pengurusan Am Kementerian

dipertanggungjawabkan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi seperti

berikut:

BIDANG UTAMA BAHAGIAN / UNIT

BERTANGGUNGJAWAB

1 PENTADBIRAN DAN KEWANGAN BPKN

2 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BPSM

3 PENGURUSAN MAKLUMAT BPM

4 PEMBANGUNAN BP

KPI

5 KOMUNIKASI KORPORAT UKK

6 AUDIT DALAM UAD

7 UNDANG-UNDANG UUU

Page 502: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

501  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

1

PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

BPKN (PENTADBIRAN)

A. LATAR BELAKANG

Ke arah mencapai matlamat pengurusan tadbir urus dan kewangan yang

cemerlang, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPKN) telah

dipertanggungjawabkan dalam memastikan perkhidmatan pengurusan

pentadbiran dan kewangan Kementerian berjalan dengan lancar dan

berkesan. BPKN diletakkan di bawah Sektor Khidmat Pengurusan yang

diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan).

BPKN melaksanakan perkhidmatan pengurusan pentadbiran dan kewangan

seperti berikut:

1) Pengurusan Pentadbiran Am;

2) Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Majlis;

3) Pengurusan dan Penyelenggaraan Bangunan;

4) Pengurusan Aset dan Stor;

5) Pengurusan Perpustakaan;

6) Pengurusan Penyelarasan dan Keurusetiaan Parlimen;

7) Pengurusan Kertas dan Ulasan Jemaah Menteri;

8) Pengurusan Rancangan Kerja Tahunan Kementerian;

Page 503: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

502  

9) Pengurusan Mesyuarat-Mesyuarat Utama Kementerian;

10) Pengurusan Bajet;

11) Pengurusan Pra-Pembayaran;

12) Pengurusan Perolehan; dan

13) Pengurusan Perakaunan.

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1 PENGURUSAN TADBIR URUS DAN KEWANGAN YANG CEMERLANG

C. STATUS MASA KINI

Secara umumnya, perkhidmatan pengurusan pentadbiran dan kewangan

Kementerian boleh digambarkan melalui pencapaian dalam Penilaian Sistem

Penarafan Bintang (SSR) MAMPU dan penarafan Pengurusan Kewangan

Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (IA) Jabatan Audit Negara.

Pada tahun 2010, NRE telah mencapai penarafan 4 bintang dalam SSR

MAMPU dan penarafan tertinggi (4 bintang) dalam IA bagi tahun kewangan

2011. Penilaian SSR dan penarafan IA bagi tahun 2012 telah pun

dilaksanakan dan keputusannya masih belum dikeluarkan.

Page 504: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

503  

D. ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam pengurusan pentadbiran

dan kewangan Kementerian dalam meningkatkan pencapaian penarafan

bintang bagi SSR dan IA adalah seperti berikut:

1) Penilaian Sistem Penarafan Bintang (SSR) MAMPU

a. Masih terdapat beberapa komponen/ kriteria yang diberikan

penilaian Kurang Memuaskan dan Memuaskan iaitu markah di

bawah 80%;

b. Pertukaran dan penggantian pegawai yang bertanggungjawab

melaksanakan pelaksanaan SSR MAMPU ini juga

menyebabkan kesukaran setiap Bahagian untuk memperoleh

markah yang maksimum semasa penilaian dijalankan oleh pihak

SSR MAMPU; dan

c. Penilaian terhadap Komponen B Perkhidmatan Teras

mendapati masih terdapat kriteria yang tidak dipenuhi seperti

tidak melengkapkan pusingan PDCA.

2) Pengauditan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks

Akauntabiliti (IA)

a. Peruntukan Bahagian / Jabatan / Agensi di bawah seliaan

Kementerian tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya berdasarkan

unjuran aliran tunai yang disediakan mengikut purata bulanan

sahaja tetapi tidak berdasarkan aktiviti dan program yang

dirancang;

b. Ketidakpatuhan tatacara perolehan selalunya disebabkan oleh

masalah kekurangan pegawai yang berpengalaman dan

berkemahiran, kerja berdasarkan amalan dan kurang

Page 505: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

504  

pemahaman terhadap pekeliling-pekeliling berkaitan tatacara

perolehan;

c. Prestasi pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 14 hari

tidak mencapai tahap 100% kerana kurang pemantauan

terhadap proses pembayaran bil dan tuntutan serta terdapat

juga isu kecuaian kakitangan yang menyediakan baucar;

d. Prestasi pembayaran bil dan tuntutan dalam tempoh 3 hari dan

7 hari dimasukkan dalam kriteria pengauditan sedangkan

kriteria ini tidak diperuntukkan dalam mana-mana pekeliling atau

Arahan Perbendaharaan; dan

e. Masalah pengurusan aset berkaitan ketidakpatuhan kepada

peraturan aset semasa. Keadaan ini berpunca daripada

ketiadaan kakitangan atau kekurangan kakitangan yang mahir

dalam pengurusan aset.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Di dalam menyokong usaha Kementerian untuk merealisasikan pelaksanaan

matlamat utama ini, strategi pelaksanaan telah dirangka seperti berikut:-

1) Pencapaian tertinggi dalam Sistem Penarafan Bintang MAMPU; dan

2) Pencapaian Tertinggi dalam Pegurusan Kewangan Berdasarkan

Indeks Akauntabiiti Jabatan Audit Negara.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA: PENGURUSAN TADBIR URUS DAN KEWANGAN

YANG CEMERLANG

Page 506: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

505  

1. Strategi Pelaksanaan

Pencapaian tertinggi dalam Sistem Penarafan Bintang MAMPU

a. Latar Belakang

SSR telah disarankan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada 1 Disember 2006 di

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan

Kerajaan (JKKMKPK). Mesyuarat Panel Pentadbiran Awam (PANEL) pada 8

Februari 2007, memutuskan supaya Star Rating dilaksanakan bagi penarafan

tahap prestasi agensi-agensi Sektor Awam. Antara objektif SSR dilaksanakan

terhadap agensi-agensi Sektor Awam adalah:

1) Menilai dan mengukur prestasi Agensi-agensi Kerajaan bagi

memastikan penyampaian perkhidmatan sektor awam berada di tahap

yang cemerlang;

2) Memberi pengiktirafan kepada Agensi-agensi yang telah menunjukkan

tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti

perkhidmatan yang unggul;

3) Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi, pengurusan

kualiti serta amalan terbaik yang telah membawa kejayaan kepada

organisasi; dan

4) Menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan sektor awam dalam

mengamalkan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan

yang lebih berkesan.

b. Matlamat

Memperoleh penarafan 5 bintang dalam SSR MAMPU.

Page 507: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

506  

c. Status Masa Kini

Setiap dua tahun, pihak MAMPU akan menjalankan Lawatan Inspektorat SSR

MAMPU bagi menilai prestasi pengurusan Kementerian. Laporan inspektorat

tersebut dibentangkan di dalam Mesyuarat Panel Pemantauan Penyampaian

Perkhidmatan (Panel 3P) dan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan

Ketua Perkhidmatan bagi memberikan penarafan bintang. Peratusan markah

penilaian pencapaian yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU adalah seperti

berikut:

Jadual 110: Penarafan Bintang Berdasarkan Peratusan Markah Penilaian

PERATUS MARKAH PENILAIAN

PENARAFAN BINTANG

90.0% - 100.0% 5 Bintang

80.0% - 89.9% 4 Bintang

70.0% - 79.9% 3 Bintang

60.0% - 69.9% 2 Bintang

50.0% - 59.9% 1 Bintang

≤ 49.9% Tiada Bintang

Sumber : Laporan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Ke Atas Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) Pada 12 hingga 16 Julai 2010.

Prestasi SSR bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi tahun

2006 sehingga tahun 2010 adalah seperti berikut:

Page 508: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

507  

Jadual 111: Prestasi Penarafan Bintang

TAHUN

PENARAFAN

BINTANG PERATUSAN

2007

(6 hingga 7 Ogos 2007) 4 bintang 80.53%

2008

(18 hingga 21 Ogos 2008) 3 bintang 77.58%

2010

(12 hingga 16 Julai 2010) 4 bintang 86.33%

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam aspek pematuhan,

pemantauan dan pelaksanaan program / aktiviti berdasarkan komponen dan

kriteria yang telah ditetapkan oleh MAMPU adalah seperti berikut:

1) Terdapat beberapa perkara dan kriteria yang masih tidak menepati

kehendak penilaian SSR MAMPU. Berdasarkan Laporan Penilaian

SSR ke atas Kementerian pada 12 hingga 16 Julai 2010 oleh MAMPU,

terdapat beberapa kriteria yang boleh ditambah baik serta ditingkatkan

daripada kategori BAIK atau MEMUASKAN ke kategori

CEMERLANG. Antara kriteria yang telah dikenal pasti adalah seperti

berikut:

a. Komponen Pengurusan

I. BAIK bagi kriteria Pengurusan Projek Pembangunan

(89.63%) dan kriteria Pengurusan Sumber Manusia

(85.27%); dan

II. MEMUASKAN bagi kriteria Pengurusan Organisasi

(79.68%)

Page 509: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

508  

b. Komponen Perkhidmatan Teras

I. BAIK bagi kriteria Pelaksanaan Dasar / Program

(88.89%);

II. MEMUASKAN bagi kriteria Keberkesanan

Dasar/Program (72.50%); dan

III. KURANG MEMUASKAN bagi kriteria Pemantauan

Dasar/ Program (62.50%).

c. Pengurusan Pelanggan

I. BAIK bagi kriteria Pernyataan Pengurusan Pelanggan

(85.00%) dan kriteria Piagam Pelanggan (80.83%); dan

II. MEMUASKAN bagi kriteria Kepuasan Pelanggan

(79.00%).

2) Masih terdapat beberapa Bahagian/ Unit yang kurang memahami

kaedah penilaian SSR MAMPU terutamanya skop penilaian yang

telah ditetapkan. Berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan,

ianya terlalu bersifat umum dan tidak diperincikan kehendak sebenar

yang diperlukan oleh pihak MAMPU;

3) Pertukaran pegawai yang berpengalaman dan berpengetahuan

berkaitan SSR MAMPU. Pertukaran pegawai yang bertanggungjawab

serta menguruskan SSR akan menyebabkan kelancaran pelaksanaan

Star Rating terganggu;

4) Dokumen sokongan yang tidak lengkap serta tidak memenuhi

kehendak pihak MAMPU. Walaupun Kementerian telah mengambil

inisiatif untuk memfailkan semua dokumen sokongan yang berkaitan

Page 510: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

509  

Star Rating di dalam ‘ring file’, namun masih tidak mencukupi untuk

membantu meningkatkan prestasi penarafan bintang Kementerian.

5) Masih terdapat kelemahan dan ruang penambahbaikan yang boleh

ditambah baik oleh Kementerian bagi memastikan Kementerian ke

tahap yang lebih cemerlang. Ini adalah berdasarkan Laporan Penilaian

SSR ke atas Kementerian pada 12 hingga 16 Julai 2010 di mana

MAMPU menyarankan Kementerian untuk mengambil beberapa

langkah untuk penambahbaikan. Antara cadangan oleh pihak MAMPU

bagi meningkatkan prestasi Kementerian adalah seperti berikut:

a. Memperluaskan skop program perekayasaan proses kerja/

Business Process Reengineering (BPR) merangkumi

keseluruhan proses utama perkhidmatan teras dan

meningkatkan usaha promosi ke atas proses kerja yang telah

direkayasa serta melaksanakan penilaian keberkesanan;

b. Memperluaskan skop pensijilan MS ISO 9001:2008 kepada

semua proses utama:

I. berusaha mendapatkan pengiktirafan berbentuk

pertandingan dan bukan berbentuk pertandingan di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa;

II. memperluaskan liputan kajian kepuasan pekerja (Staff

Satisfaction Survey atau SSS) kepada semua warga

Kementerian bagi memastikan hasil kajian adalah

menyeluruh;

III. mewujudkan sistem pemantauan pelaksanaan

keputusan/ arahan penting stakeholders menggunakan

aplikasi ICT seperti myMeeting;

Page 511: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

510  

IV. melaksanakan kajian keberkesanan terhadap program

mentoring yang telah dilaksanakan;

V. program transformasi/ pembangunan kepimpinan

diperluaskan bagi jawatan-jawatan strategik yang dikenal

pasti dan pencapaian serta keberkesanan program

tersebut hendaklah dinilai sebagaimana yang ditetapkan

dalam Pekeliling Perkhidmatan bilangan 3 Tahun 2006;

VI. menjalankan kajian keberkesanan terhadap program-

program di dalam Pelan Integriti Organisasi (PIO) yang

telah dilaksanakan;

VII. memperbanyakkan program-program kesedaran dan

pencegahan bagi meningkatkan keutuhan pengurusan

sejajar dengan arahan dan panduan sedia ada;

VIII. menggunakan aplikasi ICT serta myPrestasi dalam

memantau pelaksanaan perkhidmatan teras secara lebih

menyeluruh dan bersepadu;

IX. melaksanakan kajian impak terhadap program-program

utama yang dikenal pasti berimpak tinggi dan Value for

Money dengan tempoh pelaksanaan melebihi dua (2)

tahun;

X. melaksanakan Pemulihan Penyampaian Perkhidmatan

(service recovery) secara proaktif sebagaimana yang

ditetapkan dalam Pekeliling Pentadbiran Awam Bilangan

1 Tahun 2008; dan

XI. melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan yang

diperoleh hasil daripada kajian kepuasan pelanggan.

Page 512: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

511  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah bagi memastikan

setiap Bahagian/ Jawatankuasa mematuhi komponen/ kriteria yang telah

ditetapkan jadual di bawah oleh pihak MAMPU di samping mempunyai

program/ aktiviti berkaitannya bagi memperoleh markah yang maksimum.

Antara komponen/ kriteria yang diperlukan untuk diberikan penekanan

adalah:

1) Komponen Pengurusan yang meliputi 6 kriteria dan 216 sub kriteria,

2) Komponen Perkhidmatan Teras yang meliputi 2 kriteria serta 14 sub

kriteria; dan

3) Komponen Pengurusan Pelanggan yang meliputi 4 kriteria dan 35

subkriteria.

Jadual 112: Skop Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) MAMPU

BIL KRITERIA

A KOMPONEN PENGURUSAN

A1 PENGURUSAN ORGANISASI

A1.1 Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja (PPPK)

A1.2 Pembudayaan Organisasi Cemerlang

A1.3 Hubungan Harmoni Majikan dan Anggota Organisasi

A1.4 Organisasi Pembelajaran

A1.5 Pengurusan Risiko

A1.6 Pemantauan Keputusan Pengurusan

A2 PENGURUSAN KEWANGAN

A2.1 Tempoh Bayaran Bil

A2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

A2.3 Pengurusan Aset

A2.4 Tindakan ke Atas Laporan Audit

Page 513: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

512  

BIL KRITERIA

A2.5 Pemeriksaan Mengejut

A2.6 Perolehan

A2.7 Prestasi Perbelanjaan

A2.8 Inisiatif Mengurangkan Pembaziran

A3 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

A3.1 Dasar/Strategi Pengurusan Sumber Manusia

A3.2 Pengurusan Panel Pembangunan Sumber Manusia

A3.3 Pelan Penggantian

A3.4 Pengiktirafan/Penghargaan

A3.5 Pengurusan Nilai dan Etika

A3.6 Program Kaunseling

A3.7 Maklumat Sumber Manusia

A4 PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN

A4.1 Perancangan Projek Pembangunan

A4.2 Pemantauan Projek Pembangunan

A4.3 Penggunaan Sistem Pemantauan Projek

A5 PENGURUSAN ICT

A5.1 Tadbir Urus ICT

A5.2 Pengurusan Projek ICT

A5.3 Pembangunan dan Pelaksanaan Sistem ICT

A5.4 Pengurusan dan Pentadbiran Info-Struktur ICT

A5.5 Pengurusan Keselamatan ICT

A6 PENGURUSAN REKOD

A6.1 Komitmen Agensi

A6.2 Pelaksanaan Program dan Aktiviti Pengurusan Rekod

A6.3 Pelupusan Rekod

B KOMPONEN PERKHIDMATAN TERAS

B1 Pengurusan Strategik

B2 Dasar/Program/Aktiviti Utama

C. KOMPONEN PENGURUSAN PELANGGAN

C1 Strategi Tumpuan Pelanggan

C2 Interaksi Dengan Pelanggan

C3 Prestasi Pengurusan Pelanggan

Page 514: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

513  

BIL KRITERIA

C4 Promosi Perkhidmatan Pelanggan

Sumber : Laporan Penilaian Penarafan Bintang (Star Rating) Ke Atas Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Pada 11 hingga 14 Jun 2012.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pematuhan arahan dalaman dan pemantauan secara berkala boleh

membantu meningkatkan prestasi Kementerian. Pada tahun 2011 sehingga

2016, Kementerian mensasarkan prestasi penilaian SSR MAMPU seperti

berikut:

Jadual 113: Sasaran Prestasi SSR MAMPU 2011-2016

TAHUN PENARAFAN BINTANG PERATUSAN MARKAH

PENILAIAN

2012

5 bintang

90.0% - 100%

2014 5 bintang 90.0% - 100%

2016 5 bintang 90.0% - 100%

g. Pelan Tindakan

Bagi meningkatkan prestasi SSR MAMPU di Kementerian bagi tahun 2014,

tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

1) Mengadakan Mesyuarat Berkala

Mesyuarat Jawatankuasa Induk SSR Kementerian, Mesyuarat

Jawatankuasa Kerja SSR Kementerian dan Mesyuarat Jawatankuasa

Pemantauan Pelaksanaan sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun

bagi memantau segala pelaksanaan oleh setiap Bahagian/Unit

berdasarkan komponen serta kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak

Page 515: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

514  

MAMPU. Mesyuarat-mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha

Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) Kementerian dan dianggotai

oleh setiap wakil daripada Bahagian/ Unit di bawah Kementerian.

Agenda serta isu yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat ini

adalah seperti berikut:

a. pembentangan laporan prestasi oleh setiap Jawatankuasa yang

telah ditubuhkan;

b. laporan penambahbaikan oleh setiap Jawatankuasa/ Bahagian

berdasarkan laporan penilaian SSR ke atas Kementerian pada

11 hingga 14 Jun 2012;

c. analisis kelemahan pelaksanaan SSR di Kementerian mengikut

komponen dan kriteria yang telah ditetapkan;

d. cadangan penambahbaikan oleh setiap Jawatankuasa/

Bahagian bagi meningkatkan prestasi Kementerian ke tahap

yang lebih cemerlang; dan

e. Cadangan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan

Pelaksanaan SSR Kementerian adalah seperti berikut:

Jadual 114: Cadangan Tarikh Mesyuarat Pemantauan Star Rating

BIL. NAMA MESYUARAT TARIKH CATATAN

1 Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan SSR Bil. 1

April Bagi tempoh

Jan – April

2 Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan SSR Bil. 2

Ogos

Bagi tempoh

April – Ogos

3 Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan SSR Bil. 3

Disember

Bagi tempoh

Ogos – Disember

Page 516: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

515  

2) Menubuhkan Jawatankuasa bagi setiap Komponen

Jawatankuasa bagi setiap Komponen berdasarkan penilaian SSR

ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan dan penambahbaikan dalam

program/ aktiviti yang melibatkan penilaian SSR. Penubuhan

Jawatankuasa ini adalah bagi memastikan setiap cadangan

penambahbaikan dan pelaksanaan mengikut kriteria yang ditetapkan

oleh MAMPU dilaksanakan dengan sebaiknya. Jawatankuasa yang

dilantik ini akan diketuai oleh Setiausaha Bahagian (SUB) setiap

Bahagian yang dilantik dan dianggotai oleh setiap Bahagian yang

terlibat. Senarai Jawatankuasa yang dilantik bagi pelaksanaan SSR

Kementerian adalah seperti berikut:

Jadual 115: Senarai Jawatankuasa Komponen Star Rating

BIL KRITERIA BAHAGIAN

1 Jawatankuasa Pengurusan Strategik dan Piagam pelanggan BPKN

2 Jawatankuasa Pengurusan Organisasi BPKN

3 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan BPKN

4 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia BPSM

5 Jawatankuasa Pengurusan Projek Pembangunan BP

6 Jawatankuasa Pengurusan ICT BPM

7 Jawatankuasa Pengurusan Dasar BPASPI

8 Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan UKK

9 Jawatankuasa Pengurusan Risiko BPKN

10 Jawatankuasa Inovasi dan Kreativiti BPKN

Selain itu, Jawatankuasa ini perlu mengadakan mesyuarat sekurang-

kurangnya tiga (3) kali setahun bagi memantau segala pelaksanaan oleh

setiap Jawatankuasa yang dilantik mengikut tugas/fungsi Bahagian

berdasarkan komponen serta kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak

Page 517: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

516  

MAMPU. Cadangan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa tersebut adalah seperti

berikut:

Jadual 116: Cadangan tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Star Rating

BIL JAWATANKUASA TARIKH CADANGAN

MESYUARAT

1 Jawatankuasa Pengurusan Strategik dan Piagam pelanggan

Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

2 Jawatankuasa Pengurusan Organisasi Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

3 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

4 Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia

Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

5 Jawatankuasa Pengurusan Projek Pembangunan

Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

6 Jawatankuasa Pengurusan ICT Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

7 Jawatankuasa Pengurusan Dasar Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

8 Jawatankuasa Pengurusan Pelanggan Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

9 Jawatankuasa Pengurusan Risiko Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

10 Jawatankuasa Inovasi dan Kreativiti Mesyuarat Bil. 1 : April

Mesyuarat Bil. 2 : Ogos

Mesyuarat Bil. 3 : Disember

Page 518: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

517  

3) Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan penilaian SSR ke

dalam ring file

Menyediakan dan merekodkan dokumen-dokumen yang berkaitan

penilaian SSR ke dalam ring file bagi tujuan memudahkan semakan,

pemantauan dan rujukan. Rekod-rekod tersebut perlu disusun

mengikut komponen dan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi

memantapkan penyediaan rekod tersebut, setiap Jawatankuasa/

Bahagian perlu menyediakan ringkasan eksekutif berkenaan penilaian

tersebut. Ringkasan eksekutif tersebut perlu menerangkan kejayaan

dan pencapaian yang telah dilaksanakan di samping perancangan

yang akan dilaksanakan untuk mencapai misi, visi serta objektif

Kementerian.

4) Melaksanakan Pra-Audit Dalaman Kementerian

Melaksanakan Pra-Audit Dalaman Kementerian bagi penilaian SSR

oleh Pasukan Audit Dalam Kementerian yang dilantik di kalangan

pegawai-pegawai di Kementerian sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

Pasukan Pra-Audit Dalaman Kementerian ini adalah dilantik daripada

wakil setiap Bahagian/ Unit bagi membuat penilaian berdasarkan

kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAMPU. Pasukan tersebut

akan membentangkan laporan penilaian di dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan SSR MAMPU. Selain itu,

pasukan ini juga akan memberikan penarafan bintang berdasarkan

laporan yang telah dinilai di samping memberikan pendapat serta

cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi Kementerian.

Lawatan Pasukan Pra-Audit Dalaman Kementerian akan

melaksanakan lawatan penilaian seperti tarikh di bawah:

Page 519: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

518  

Jadual 117: Tentatif Lawatan Audit

BIL. PERKARA TARIKH

1 Lawatan Pasukan Pra-Audit Dalaman Kementerian bagi

penilaian SSR Bil. 1

Jun

2 Lawatan Pasukan Pra-Audit Dalaman Kementerian bagi

penilaian SSR Bil. 2

November

5) Menyediakan takwim bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa yang

ditubuhkan

Menyediakan takwim bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa yang

ditubuhkan dan memastikan setiap Bahagian/ Jawatankuasa yang

telah dilantik mengadakan mesyuarat seperti yang dirancang

sepertimana di Pelan Tindakan 1 hingga 4. Selain itu, kesemua

jawatankuasa ini akan dipantau oleh pihak urus setia dan laporan

setiap jawatankuasa akan dibentangkan dan dibincangkan melalui

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan SSR yang merupakan

Jawatankuasa Induk.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Pencapaian Tertinggi dalam Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks

Akauntabiiti Jabatan Audit Negara.

a. Latar Belakang

Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan

kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti mulai tahun 2007. Pengauditan

dilaksanakan kepada semua NRE termasuk Kementerian pada setiap tahun.

Pengauditan pengurusan kewangan berteraskan pada 2 prinsip utama iaitu

legality dan akauntabiliti. Tujuan pengauditan dilaksanakan bagi mengetahui

tahap pengurusan kewangan dengan menentukan sama ada:

Page 520: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

519  

1) Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan;

2) Rekod-rekod berkaitan diselenggara dengan lengkap dan kemas kini;

dan

3) Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan

yang ditetapkan.

Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan terhadap pungutan hasil

perbelanjaan, amanah, kontrak, aset dan stor. Elemen pengauditan

Pengurusan Kewangan dinilai seperti berikut;

1) Kawalan Pengurusan

2) Kawalan Bajet

3) Kawalan Terimaan

4) Kawalan Perbelanjaan

5) Pengurusan Akaun Amanah, Kumpulan Wang Amanah dan Deposit

6) Pengurusan Aset dan Stor

Penarafan diberi berdasarkan markah keseluruhan bagi 6 elemen

pengurusan kewangan seperti jadual di bawah:

Page 521: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

520  

Jadual 118: Penarafan Bintang Berdasarkan Peratusan Markah Penilaian

MARKAH KESELURUHAN

PENARAFAN TAHAP

90% - 100% 4 Bintang Sangat Baik

70% - 89% 3 Bintang Baik

50% - 69% 2 Bintang Memuaskan

≤ 49.9% 1 Bintang Tidak Memuaskan

b. Matlamat

Matlamat bagi strategi ini adalah seperti berikut:

1) Memastikan prestasi perbelanjaan peruntukan mengurus Kementerian

mencapai 100% menjelang tahun 2015;

2) Pematuhan kaedah dan tatacara perolehan berdasarkan peraturan

yang ditetapkan bagi memastikan pencapaian sifar teguran audit

menjelang tahun 2015;

3) Bagi mencapai prestasi pembayaran bil dan tuntutan 100% dalam

tempoh 14 hari;

4) Pematuhan kaedah dan tatacara pengurusan aset berdasarkan

peraturan yang ditetapkan bagi memastikan pencapaian sifar teguran

audit menjelang tahun 2015; dan

5) Memastikan penyediaan Sijil Pengesahan Baki/ Penyata Penyesuaian

Hasil/ Amanah dan Deposit mencapai tahap peratusan maksimum.

Page 522: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

521  

c. Status Masa Kini

Setiap tahun, Kementerian menganjurkan Bengkel Penyediaan Bajet tahunan

yang memfokuskan kepada penyediaan perjanjian program iaitu persetujuan

antara Kementerian dan Kementerian Kewangan terhadap peruntukan yang

boleh dibelanjakan bagi tahun berkenaan.

Bagi memastikan prestasi perbelanjaan mencapai paras maksima,

Kementerian telah mengadakan mesyuarat semakan bajet mengikut

keperluan. Bagi tahun 2013, sebanyak enam (6) mesyuarat semakan bajet

mengurus akan diadakan. Berdasarkan semakan yang telah dilaksanakan,

terdapat Bahagian/ Jabatan/ Agensi yang tidak dapat menyalurkan lebihan

peruntukan pada peringkat sepuluh (10) bulan pertama, yang menyebabkan

Bahagian/Jabatan/Agensi yang mengalami kekurangan peruntukan tidak

boleh membuat perancangan program dan aktiviti yang diperlukan.

Pengurusan bajet Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan Kementerian

boleh dirumuskan dalam prestasi perbelanjaan Kementerian.

Mesyuarat semakan bajet akan membincangkan prestasi perbelanjaan

berdasarkan unjuran aliran tunai yang telah dibuat. Pada kebiasaannya,

unjuran tersebut disediakan berdasarkan unjuran purata bulanan dan

bukannya berdasarkan keperluan program dan aktiviti masing-masing.

Unjuran yang tepat boleh membantu meningkatkan prestasi perbelanjaan

Kementerian seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 119: Prestasi Perbelanjaan Kementerian

TAHUN PRESTASI PERBELANJAAN

(PERATUS)

2011 99%

2012 100%

Page 523: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

522  

Kaedah dan tatacara perolehan di Kementerian dilaksanakan mengikut

pekeliling dan peraturan semasa yang dikeluarkan. Walau bagaimanapun,

masih terdapat beberapa ketidakpatuhan yang ditemui dalam pengauditan

Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM). Bilangan teguran audit yang ditemui

seperti jadual berikut:

Jadual 120: Bilangan Teguran Audit

TAHUN

BILANGAN TEGURAN AUDIT

2011 4

2012 8

Antara langkah pematuhan tatacara perolehan yang diambil oleh pihak

Kementerian termasuklah:

1) Mengadakan Mesyuarat Semakan Pengeluaran Pesanan Tempatan

(Local Order -LO);

2) Mengeluarkan arahan dalaman mengenai pematuhan pengeluaran LO;

3) Menganjurkan Bengkel Pemahaman Kertas Perakuan Tender; dan

4) Menganjurkan Taklimat Pengurusan Perolehan.

Kementerian telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Bil, Bengkel

Pembayaran Bil 14 Hari, Kursus eSPKB, Kursus Tatacara Bayaran, Bengkel

Tuntutan Perjalanan, Kursus Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan serta Taklimat

Peranan dan Tanggungjawab Pegawai Peraku 1 dan 2 mengikut zon.

Prestasi pembayaran bil dan tuntutan dalam tahun 2012 bagi tempoh 14 hari

telah mencapai 100%. Prestasi bayaran bulanan tahun 2012 bagi bil dan

tuntutan di Kementerian adalah seperti berikut:

Page 524: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

523  

Jadual 121: Prestasi Pembayaran Bil dan Tuntutan 2012

BULAN JUMLAH PRESTASI BAYARAN

(%) BIL RM

Januari 122 7,601,240.19 100

Februari 463 508,514.43 100

Mac 713 30,068,237.20 100

April 709 13,146,027.88 100

Mei 696 2,426,401.10 100

Jun 660 4,208,332.93 100

Julai 735 10,436,335.50 100

Ogos 717 4,463,486.97 100

Sept 474 30,267,947.96 100

Okt 617 14,358,016.98 100

Nov 766 3,030,119.61 100

Dis 993 14,873,890.78 100

JUMLAH 7655 135,388,551.53 100

Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Arahan

Perbendaharaan berkaitan pengurusan aset alih Kerajaan, Kementerian telah

melaksanakan beberapa tindakan pematuhan kepada arahan-arahan yang

berkuat kuasa bagi memastikan pengurusan aset dilaksanakan secara

menyeluruh dan berkesan. Antara tindakan yang telah diambil adalah seperti

berikut:

1) mewujudkan Unit Pengurusan Aset di peringkat Kementerian sebagai

organisasi yang memantau pengurusan aset di Kementerian dan di

Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian;

2) menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) di

peringkat Kementerian dan Jabatan/ Agensi bagi membincangkan

prestasi pengurusan aset dan isu/masalah yang berkaitan pengurusan

aset;

Page 525: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

524  

3) melantik Pegawai Aset di setiap cawangan merangkumi Kementerian /

Jabatan/ Agensi/ Negeri;

4) mengadakan latihan dan kursus kepada pegawai yang melaksanakan

pengurusan aset;

5) membuat naziran di peringkat Jabatan/PTJ bagi memastikan setiap

arahan dipatuhi; dan

6) menyediakan Standard Operating Procedure (SOP) dalam

pelaksanaan pengurusan aset.

Pelaksanaan ini turut dan diperluaskan kepada semua cawangan di bawah

Jabatan/ Agensi dalam seliaan Kementerian bagi memastikan peraturan dan

arahan berkaitan pengurusan aset dilaksanakan sepenuhnya.

Kementerian telah menganjurkan mesyuarat penyelarasan bagi pengurusan

perakaunan pada awal tahun 2012. Beberapa siri latihan/ kursus berhubung

dengan pengurusan akaun-akaun ini juga telah dijalankan kepada pegawai-

pegawai daripada Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian yang datang

secara terus ke Kementerian untuk mendapatkan bimbingan dalam

penyediaan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan

Deposit. Namun, mesyuarat penyelarasan, latihan, kursus dan bimbingan

secara hands-on ini lebih tertumpu kepada pegawai daripada ibu pejabat

Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Walau bagaimanapun, penglibatan

pegawai di peringkat Negeri, Daerah dan PTJ juga ada tetapi masih belum

secara menyeluruh.

Secara umum, prestasi pencapaian penyediaan Sijil Pengesahan Baki,

Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan Deposit dalam tempoh masa 14

hari selepas tarikh terima flimsi dari pejabat perakaunan adalah tidak

mencapai tahap 100%. Rekod dan laporan yang diterima daripada

Page 526: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

525  

Jabatan/Agensi di bawah Kementerian mencatatkan purata pencapaian

prestasi sebanyak 99%.

Isu dan cabaran yang dikenal pasti dihadapi pada masa kini ialah kekurangan

pegawai kewangan dari kalangan Skim Perkhidmatan Kewangan (W), kadar

pusing ganti pegawai yang tinggi (melibatkan pegawai sambilan), kekurangan

latihan dan pemantauan, rekod perakaunan lama yang tidak lengkap,

kesukaran pegawai untuk merujuk sesuatu permasalahan di samping untuk

mendapatkan bimbingan secara terus daripada pegawai di ibu pejabat

Jabatan/ Agensi masing-masing.

Antara langkah yang diambil oleh Kementerian termasuklah:

1) Mengadakan Mesyuarat Pengurusan Perakaunan bersama

Jabatan/Agensi secara berkala;

2) Memberi latihan dan Kursus Pengurusan Akaun Hasil, Amanah dan

Deposit kepada pegawai di Jabatan/ Agensi/PTJ;

3) Mengemukakan senarai pendeposit yang tiada maklumat lengkap ke

JANM untuk penyelarasan;

4) Mengadakan Mesyuarat Kelulusan Permohonan Hapus kira Akaun

Belum Terima (ABT);

5) Membuat pewartaan deposit-deposit yang tidak dituntut selepas

tempoh 12 bulan;

6) Memantau penyediaan Laporan-laporan Pengesahan Baki/ Penyata

Penyesuaian Hasil, Amanah dan Deposit; dan

7) Memantau pelaksanaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa

Kumpulan Wang Amanah yang perlu diadakan sekurang-kurangnya

dua (2) kali setahun.

Page 527: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

526  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam aspek penyemakan bajet

adalah seperti berikut:

1) Bahagian/ Jabatan/ Agensi di bawah seliaan Kementerian yang

membuat unjuran aliran tunai yang tidak tepat akan mengalami lebihan

atau kurangan peruntukan pada akhir tahun. Kebiasaannya, Bahagian/

Jabatan/ Agensi di bawah seliaan Kementerian yang mempunyai

lebihan peruntukan hanya akan menyalurkan peruntukan kepada

Seksyen Kewangan Kementerian dalam tempoh sukuan yang

keempat. Keadaan ini akan menjadi bebanan kepada BPKN yang akan

memproses pindah peruntukan kepada Bahagian/ Jabatan/ Agensi lain

yang masih memerlukan peruntukan tambahan tersebut. Walau

bagaimanapun, sebahagian Bahagian/ Jabatan/ Agensi yang

menerima peruntukan tersebut tidak dapat menggunakannya dalam

tahun tersebut; dan

2) Peruntukan perbelanjaan tahunan yang telah diluluskan adalah

berdasarkan program dan aktiviti yang telah ditetapkan dalam setahun.

Sehubungan itu, unjuran aliran tunai hendaklah disediakan

berdasarkan program yang telah ditetapkan itu. Walau bagaimanapun,

terdapat sebahagian program dan aktiviti yang dilaksanakan akan

berubah mengikut keperluan semasa. Proses ini menyebabkan unjuran

aliran tunai tidak dapat disediakan dengan tepat dan seterusnya akan

memberi kesan kepada prestasi perbelanjaan tahunan.

3) Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam pematuhan tatacara

perolehan seperti berikut:

a. masalah ketiadaan pegawai yang berpengalaman dan

berkemahiran mengenai kaedah dan tatacara perolehan

menyebabkan terdapat beberapa peraturan perolehan yang

Page 528: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

527  

tidak dipatuhi. Keadaan ini didorong oleh faktor perpindahan

keluar pegawai yang mahir ke tempat lain, justeru pegawai baru

yang ditugaskan mengambil masa untuk mempelajari semua

aspek tatacara perolehan semasa;

b. masih terdapat kakitangan lama dalam perkhidmatan yang

mengamalkan peraturan kerja berdasarkan amalan dan tidak

peka terhadap peraturan baru dalam tatacara perolehan. Isu ini

menyebabkan ketidakpatuhan terhadap pekeliling semasa yang

dikeluarkan dan secara tidak langsung memberi kesan

kelewatan dalam membuat perolehan; dan

c. selaras dengan visi Kerajaan untuk memperkasa pengurusan

kewangan negara, Kerajaan sentiasa mengemas kini peraturan-

peraturan perolehan supaya sejajar dengan matlamat

pengurusan kewangan yang holistik dan efisien. Kewujudan

banyak pekeliling yang perlu dipatuhi memerlukan pegawai

yang ditugaskan tertumpu kepada kerja-kerja perolehan dan

tidak boleh terlibat dengan urusan kewangan lain.

d. antara isu dan cabaran yang dikenal pasti bagi mencapai

pembayaran 100% bil dan tuntutan dalam 14 hari adalah seperti

berikut:

i. kurang pemantauan terhadap proses pembayaran bil dan

tuntutan yang menyebabkan masih terdapat pembayaran

bil dan tuntutan dalam tempoh melebihi 14 hari. Isu ini

berlaku kepada sesetengah PTJ yang mengalami

kekurangan kakitangan khususnya penyelia untuk

membuat pemantauan; dan

ii. walaupun Bengkel Pembayaran Bil dan Tuntutan 14 Hari

telah diadakan, namun faktor kecuaian kakitangan yang

Page 529: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

528  

menyediakan baucar masih berlaku menyebabkan bil dan

tuntutan tidak dapat dibayar dalam tempoh ditetapkan.

e. Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam aspek

pengurusan aset adalah seperti berikut:

i. kekurangan kakitangan yang boleh melaksanakan

pengurusan aset secara berfokus dan menyeluruh di

peringkat Jabatan dan Cawangan Negeri. Unit

Pengurusan Aset (UPA) masih belum diwujudkan di

kebanyakan Cawangan Negeri sebagaimana ditetapkan

dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.

Sebaliknya kakitangan sedia ada yang melaksanakan

pengurusan aset merupakan kakitangan sedia ada di

Jabatan yang turut melaksanakan fungsi-fungsi

pentadbiran yang lain;

ii. kakitangan yang ditugaskan untuk menguruskan aset

kurang berkemahiran atau kurang peka kepada peraturan

semasa berkaitan pengurusan aset. Selain itu,

kakitangan pelaksana ini ada kalanya keliru dengan

tatacara pengurusan aset kerana terdapat lebih daripada

satu pekeliling berkaitan tatacara pengurusan aset yang

saling berkait antara satu sama lain dan dilihat seperti

bertindih dan mengelirukan; dan

iii. aset milik Kerajaan yang tidak diuruskan dengan baik dan

efisien boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan

dan penyelewengan. Selain itu kawalan terhadap

pengurusan dan penyelenggaraan aset mestilah

dititikberatkan bagi mengelakkan pembaziran wang

Kerajaan dan memastikan pengurusan aset adalah cost-

effective.

Page 530: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

529  

a. Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti penyediaan Sijil

Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan

Deposit adalah seperti berikut:

i) kurang pegawai berkemahiran dalam penyediaan Sijil

Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah

dan Deposit;

ii) rekod perakaunan lama yang tidak lengkap; dan

iii) Jabatan/ Agensi/ PTJ tiada kemudahan untuk

menyalurkan sebarang permasalahan kepada ibu pejabat

Jabatan/ Agensi masing-masing.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama dalam pelaksanaan strategi ini meliputi;

1) Perspektif kewangan yang memberi tumpuan kepada

mengoptimumkan sumber-sumber kewangan sedia ada. Secara lebih

jelas, strategi ini melibatkan tumpuan-tumpuan kepada isu-isu

berkaitan dengan kewangan dalam perkara-perkara berikut:

a. perbelanjaan tetapi tidak dapat dilaksanakan yang boleh

menyebabkan lebihan peruntukan yang tidak dapat digunakan;

b. Terdapat juga sebahagian aktiviti yang tidak diunjurkan dalam

perbelanjaan tetapi perlu dilaksanakan dalam tahun tersebut

yang boleh menyebabkan kekurangan peruntukan; dan

c. Lebihan dan kekurangan peruntukan tersebut menyebabkan

tinggi atau rendahnya pencapaian prestasi perbelanjaan

Kementerian.

Page 531: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

530  

2) Tatacara perolehan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan

berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling

Perbendaharaan (PP) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP).

Namun begitu, masih terdapat ketidakpatuhan dalam melaksanakan

perolehan Kerajaan.

3) Setiap pembekal yang telah memberi perkhidmatan menerima bayaran

dalam tempoh 14 hari daripada bil dan tuntutan yang lengkap

dikemukakan kepada Seksyen Kewangan selaras Arahan

Perbendaharaan 103 (a) dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.

7/2006 serta peraturan lain yang berkaitan dengan proses

pembayaran.

4) Perspektif kewangan yang memberi tumpuan kepada

mengoptimumkan sumber-sumber kewangan sedia ada bagi

memastikan latihan diberikan kepada setiap pegawai yang

melaksanakan tugasan berkaitan pengurusan kewangan.

5) Memberi tumpuan kepada keberkesanan tadbir urus yang memberi

tumpuan kepada pematuhan tatacara pengurusan aset Kerajaan

merangkumi aspek-aspek seperti berikut:

a) Pendaftaran aset milik Kerajaan

Setiap aset yang dibeli mestilah didaftarkan segera bagi

memastikan proses-proses pengurusan aset yang seterusnya

dapat dilaksanakan. Selain itu rekod-rekod aset ini perlu

dilaporkan kepada Perbendaharaan Malaysia setiap tahun bagi

memantau pengurusan aset Kerajaan;

Page 532: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

531  

b) Penempatan, penyimpanan dan pemeriksaan aset

Setiap aset milik Kerajaan haruslah dikendalikan dengan baik

dan selamat serta digunakan dengan tujuan yang betul agar

tidak berlaku penyalahgunaan aset;

c) Penyelenggaraan aset

Program penyelenggaraan aset hendaklah dirancang dan

dijalankan dengan efisien bagi memastikan jangka hayat aset

tersebut dapat dipanjangkan seterusnya memastikan aset

Kementerian / Jabatan sentiasa dalam fungsi yang baik.

d) Pelupusan dan Hapus kira bagi Kehilangan aset

Aset yang hendak dilupuskan atau hilang hendaklah

dikendalikan mengikut tatacara yang betul selaras dengan

pekeliling semasa yang berkuat kuasa. Setiap aset yang hendak

dilupuskan perlu memberi hasil pulangan yang paling

menguntungkan Kerajaan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Unjuran aliran tunai yang tepat boleh membantu meningkatkan prestasi

perbelanjaan Kementerian. Pada tahun 2011 sehingga 2015, Kementerian

menyasarkan prestasi perbelanjaan seperti berikut:

Page 533: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

532  

Jadual 122: Sasaran Prestasi Perbelanjaan Kementerian 2011-2015

TAHUN

PRESTASI PERBELANJAAN

(PERATUS)

2011 99%

2012 99%

2013 100%

2014 100%

2015 100%

Jangkaan teguran audit dalam pematuhan kaedah dan tatacara perolehan

ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 122: Sasaran Bilangan Teguran Audit

TAHUN BILANGAN TEGURAN AUDIT

2011 2

2012 2

2013 1

2014 1

2015 0

Prestasi bayaran bagi bil dan tuntutan di Kementerian adalah dijangka seperti

berikut:

Page 534: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

533  

Jadual 123: Sasaran Prestasi Bil dan Tuntutan

TAHUN

PRESTASI

PERBELANJAAN

(PERATUS)

2010 99.89%

2011 100%

2012 100%

2013 100%

2014 100%

2015 100%

Jangkaan teguran audit dalam pematuhan kepada kaedah dan tatacara pengurusan

aset ditunjukkan dalam jadual berikut:

Jadual 124: Bilangan Teguran Audit

TAHUN BILANGAN TEGURAN

AUDIT

2011 5

2012 5

2013 4

2014 4

2015 3

Unjuran prestasi pencapaian penyediaan Sijil Pengesahan Baki, Penyata

Penyesuaian Hasil, Amanah dan Deposit Kementerian untuk tempoh RMK-

10 adalah seperti berikut:

Page 535: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

534  

Jadual 125: Prestasi Penyediaan Bulanan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil,

Amanah dan Deposit

TAHUN

PRESTASI PENYEDIAAN BULANAN

(PERATUS)

2011 100%

2012 100%

2013 100%

2014 100%

2015 100%

g. Pelan Tindakan

Bagi merealisasikan pencapaian tertinggi dalam Pegurusan Kewangan

Berdasarkan Indeks Akauntabiiti Jabatan Audit Negara, 5 pelan tindakan

telah dirangka seperti berikut:

1) Perbelanjaan mengikut unjuran aliran tunai berdasarkan program-

program dan aktiviti-aktiviti

Kementerian menerima peruntukan tahunan belanja mengurus

daripada Kementerian Kewangan berdasarkan kepada batas

perbelanjaan yang telah ditetapkan terlebih dahulu oleh Kementerian

Kewangan. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, Kementerian

telah menyediakan unjuran aliran tunai bagi memastikan prestasi

perbelanjaan mencapai 100%. Walau bagaimanapun, prestasi belanja

mengurus Kementerian belum pernah mencapai 100% disebabkan

unjuran aliran tunai yang disediakan tidak berdasarkan program dan

aktiviti yang dirancang sebaliknya unjuran dibuat berdasarkan purata

bulanan sahaja.

Page 536: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

535  

Kementerian akan menganjurkan Bengkel Penyediaan Bajet tahun

berikutnya pada awal bulan suku tahun pertama.

a. Setiap tahun, Bengkel Penyediaan Bajet akan diadakan bagi

penyediaan dokumen perjanjian program bagi bajet belanja

mengurus di bawah dasar sedia ada, dasar baru dan one off

bagi sesuatu aktiviti dalam satu-satu program. Setiap Jabatan

hendaklah memastikan penyediaan anggaran terutamanya yang

melibatkan dasar baru dan one off selaras dengan keperluan

pelan strategik tahunan yang dirangka bagi mencapai objektif

pelan strategik Jabatan masing-masing; dan

b. Berdasarkan justifikasi yang lengkap bagi menyokong

permohonan dasar baru atau one off, Jabatan hendaklah

meyakinkan akan keperluan dasar baru atau one off yang

dipohon semasa pemeriksaan bajet bersama Kementerian

Kewangan supaya permohonan dapat dipertimbangkan.

Mengadakan mesyuarat dengan semua PTJ pada suku tahun keempat

tahun semasa untuk menyediakan bajet dan membuat unjuran aliran

tunai berdasarkan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bagi tahun

hadapan.

a. Unjuran aliran tunai tahun berikutnya akan disediakan pada

sukuan tahun keempat tahun sebelumnya. Unjuran aliran tunai

ini hendaklah disediakan dengan merujuk semula kepada

aktiviti-aktiviti yang disediakan berdasarkan kepada perjanjian

program. Aktiviti-aktiviti ini boleh dimuktamadkan lagi dengan

mengambil kira keperluan tahun semasa.

b. Mengadakan mesyuarat setiap sukuan tahun dan setiap bulan

bagi suku tahun terakhir bagi mencapai prestasi perbelanjaan

mengurus di tahap sekurang-kurangnya 99%.

Page 537: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

536  

Setiap Jabatan hendaklah menganjurkan mesyuarat semakan bajet seperti

berikut:

Jadual 126: Mesyuarat Semakan Bajet

NAMA MESYUARAT

TARIKH CATATAN

Mesyuarat Semakan Pertama April Bagi tempoh

Jan - Mac

Mesyuarat Semakan Kedua Julai Bagi tempoh

Apr - Jun

Mesyuarat Semakan Ketiga Oktober Bagi tempoh

Jul - Sept

Mesyuarat Semakan Keempat November Bagi tempoh

Oktober

Mesyuarat Semakan Kelima Disember

(minggu pertama)

Bagi tempoh

November

Mesyuarat Semakan Keenam Disember

(minggu ketiga)

Bagi tempoh

Disember

Semasa Mesyuarat Semakan Bajet, semakan keperluan peruntukan boleh

dibuat berdasarkan kepada keperluan mengikut keutamaan dalam sesuatu

aktiviti dan tidak sepatutnya membelanjakan peruntukan berdasarkan baki

peruntukan yang ada. Lebih awal Jabatan mengenal pasti lebihan

peruntukannya adalah lebih baik kerana lebihan ini boleh diserahkan kepada

Jabatan lain yang lebih memerlukan dan seterusnya membuat perancangan

bagi menggunakan peruntukan tersebut. Sebanyak enam (6) kali setahun

dianggarkan mesyuarat semakan diadakan bagi memastikan setiap Jabatan

dapat memaksimumkan prestasi perbelanjaan di samping boleh membantu

mana-mana Jabatan yang memerlukan tambahan peruntukan melalui proses

agihan semula peruntukan sedia ada.

Page 538: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

537  

2) Pematuhan kaedah dan tatacara perolehan berdasarkan peraturan

yang ditetapkan

Kaedah dan tatacara perolehan yang dilaksanakan hendaklah

mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan seperti berikut:

a. Akauntabiliti Awam

Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan

secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan

peraturan yang ditetapkan;

b. Diuruskan Secara Telus

Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang

dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum

serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan;

c. Nilai Faedah Yang Terbaik

Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang

terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan;

d. Saingan Terbuka

Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada

semua pihak yang layak bersaing; dan

 

e. Adil dan Saksama

Sesuatu perolehan itu dipelawa, diproses dan dipertimbangkan

dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang

ditetapkan. 

Page 539: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

538  

Bagi meningkatkan pematuhan kepada tatacara perolehan, maka tindakan-

tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

1) Menganjurkan Kursus Pemahaman Tatacara Perolehan secara

tahunan. Setiap tahun kursus yang berkaitan dengan perolehan

Kerajaan akan dianjurkan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan

yang menguruskan perolehan. Pada tahun 2013, ditetapkan akan

dianjurkan tiga (3) kursus seperti berikut:

Jadual 127: Tentatif Kursus Kewangan (Perolehan)

BIL. NAMA KURSUS TARIKH

1. Kursus Tatacara Perolehan Februari

2. Kursus Pengurusan Kontrak April

3. Kursus Pelaksanaan ePerolehan (eP) Jun

2) Mengeluarkan notis arahan untuk memberitahu tarikh akhir tahun

semasa bagi pengeluaran Pesanan Tempatan perolehan bekalan dan

perkhidmatan. Kementerian dan Jabatan hendaklah mengeluarkan

notis arahan yang ditetapkan dalam bulan Mei tahun semasa untuk

memberitahu pengeluaran pesanan tempatan perolehan bekalan dan

perkhidmatan tahun semasa pada 31 Oktober tahun semasa. Pesanan

tempatan bagi bekalan dan perkhidmatan pada bulan November dan

Disember boleh dipohon sebelum 31 Oktober tahun semasa.

3) Pembayaran bil dan tuntutan 100% dalam tempoh empat belas(14)

hari;

Selaras dengan Arahan Perbendaharaan 103(a) dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 7/2006, semua bil dan tuntutan yang lengkap

mestilah dijelaskan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terimaan.

Page 540: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

539  

Semua Jabatan dan Agensi di bawah seliaan Kementerian perlu

memastikan pematuhan terhadap peraturan ini.

Bagi mencapai pembayaran 100% bil dan tuntutan dalam tempoh

empat belas (14) hari, maka tindakan-tindakan yang dirancang oleh

Kementerian adalah seperti berikut:

a. Menganjurkan Kursus Pembayaran Bil Dan Tuntutan 14 Hari

secara tahunan berbanding penganjuran kursus sebelum ini

yang berdasarkan keperluan. Kursus ini diadakan setiap tahun

bagi memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam

pemprosesan baucar bayaran mendapat pengetahuan dan

kemahiran yang diperlukan bagi memastikan pencapaian 100%

dalam pembayaran bil dan tuntutan;

b. Sentiasa membuat pemantauan prestasi pembayaran bil dan

tuntutan selaras dengan AP 103 (a); dan

c. Menambah bilangan Pegawai Peraku 1 dan 2 di setiap PTJ

yang mengalami masalah kekurangan Pegawai Peraku.

4) Pematuhan kepada kaedah dan tatacara pengurusan aset

Setiap tahun Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar

kepada Agensi Kerajaan termasuk NRE bagi membeli aset untuk

kegunaan dan kemudahan semua pegawai dan kakitangan di NRE

seperti aset ICT, perabot, perkakasan pejabat dan sebagainya.

Beberapa pekeliling dan peraturan yang berkaitan dengan pengurusan

aset yang dikeluarkan bagi memastikan pengurusan aset sentiasa di

tahap yang baik iaitu Pekeliling Perbendaharaan, Surat Arahan

Perbendaharaan, Akta Perwakilan Kuasa dan Pekeliling Am.

Page 541: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

540  

Bagi memastikan pematuhan kepada kaedah dan tatacara pengurusan

aset di Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian, maka

tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

a. Membuat pemantauan berkala yang dilaksanakan menerusi

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset (JKPAK). Prestasi

pengurusan aset dan maklumat pegangan aset dilaporkan

dalam mesyuarat JKPAK. Selain itu, mesyuarat JKPAK juga

membincangkan masalah-masalah dalam pengurusan aset di

Kementerian dan Jabatan/ Agensi/ PTJ di bawah Kementerian.

Mesyuarat JKPAK ini dilaksanakan tiga (3) bulan sekali yang

akan membentangkan laporan pengurusan aset setiap suku

tahun. Secara amnya, tentatif bagi mesyuarat tersebut setiap

tahun adalah seperti berikut:

Jadual 128: Tentatif Mesyuarat JKPAK

BIL.

MESYUARAT

TENTATIF

TARIKH PENGERUSI

LAPORAN SUKU

TAHUN YANG

DIBINCANGKAN

Satu Bulan April tahun

semasa

Setiausaha Bahagian

Kanan (Khidmat

Pengurusan)

Suku Tahun

Pertama (Jan –

Mac)

Dua Bulan Julai tahun

semasa

Setiausaha Bahagian

Kanan (Khidmat

Pengurusan)

Suku Tahun Kedua

(April – Jun)

Tiga Bulan Oktober

tahun semasa

Setiausaha Bahagian

Kanan (Khidmat

Pengurusan)

Suku Tahun Ketiga

(Julai – September)

Empat Bulan Januari

tahun berikutnya

Setiausaha Bahagian

Kanan (Khidmat

Pengurusan)

Suku Tahun

Keempat (Oktober

– Disember)

Page 542: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

541  

b. Membuat peluasan penggunaan Sistem Pengurusan Aset

(SPA) ke semua Jabatan/ Cawangan Negeri/ PTJ di bawah

seliaan Kementerian bagi memastikan aset yang dibeli oleh

Jabatan didaftarkan 100%. Ini adalah kerana rekod pendaftaran

aset merupakan asas yang paling penting bagi proses-proses

seterusnya dalam pengurusan aset seperti pemeriksaan,

penyelenggaraan dan pelupusan aset. Selain itu, rekod-rekod

pendaftaran aset secara sistem atas talian ini boleh dijadikan

rujukan semasa membuat pemantauan dan bagi menjana

laporan untuk dikemukakan kepada pengurusan atasan dan

Kementerian Kewangan Malaysia; dan

c. Menyediakan latihan dan bengkel bagi meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran kepada semua pegawai dan

kakitangan Kementerian dan Jabatan/ Agensi di bawah

Kementerian yang menjalankan fungsi pengurusan aset.

5) Prestasi penyediaan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian

Hasil, Amanah dan Deposit Kementerian dalam tempoh 14 hari

Penyediaan Sijil Pengesahan Baki/Penyata Penyesuaian Hasil/

Amanah dan Deposit dalam tempoh masa empat belas (14) hari

daripada tarikh terima flimsi merupakan aktiviti utama dalam

pengurusan perakaunan setiap bulan untuk memastikan bahawa

semua akaun dapat dipastikan bakinya dengan tepat. Ia juga

merupakan alat kawalan dan pemantauan dalam pengurusan akaun-

akaun tersebut. Aktiviti penyediaan sijil/ penyata ini adalah selaras

dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 143 (b). Semua Jabatan/

Agensi/ PTJ perlu memastikan sijil/ penyata ini dikemukakan kepada

pejabat perakaunan masing-masing setiap bulan.

Page 543: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

542  

Tindakan-tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

a) Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan

Penyediaan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil,

Amanah dan Deposit empat ( 4) kali setahun mengikut sukuan

tahun. Mesyuarat ini diadakan sebelum Mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ PTJ di bawah Kementerian. Ini

bagi membolehkan pemantauan secara rapi dibuat dan

dilaporkan prestasinya dalam Mesyuarat JPKA.

Jadual 129: Bilangan Mesyuarat Pemantauan

NAMA MESYUARAT

TARIKH CATATAN

Mesyuarat Penyelarasan dan

Pemantauan 1 April

Bagi tempoh

Jan - Mac

Mesyuarat Penyelarasan dan

Pemantauan 2 Julai

Bagi tempoh

Apr - Jun

Mesyuarat Penyelarasan dan

Pemantauan 3 Oktober

Bagi tempoh

Jul - Sept

Mesyuarat Penyelarasan dan

Pemantauan 4 Februari

Bagi tempoh

Okt - Dis

b) Melaksanakan naziran pengurusan kewangan sekali setahun

secara cross checking antara jabatan dibawah Kementerian;

dan

c) Menjalankan aktiviti pemeriksaan mengejut sekurang-kurangnya

sekali kali dalam setahun ke atas PTJ terpilih di bawah

Kementerian / Jabatan/ Agensi masing-masing.

Page 544: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

543  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

2

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

BPSM

A. LATAR BELAKANG

Selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju

dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, beberapa inisiatif dirangka

bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan khususnya

menerusi transformasi pengurusan sumber manusia dan pengukuhan sektor

awam. Ianya digariskan secara jelas dalam Misi Nasional iaitu meningkatkan

keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘Minda

Kelas Pertama dan mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.

Penubuhan NRE pada tahun 2004 dengan visinya untuk menerajui

pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar secara lestari

menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam mengaplikasikan konsep lestari

dalam pembangunan negara.

Bagi memastikan visi NRE dapat dicapai, Bahagian Pengurusan Sumber

Manusia (BPSM) NRE terus memainkan peranan penting ke arah

ppeningkatan kemahiran dan pengetahuan melalui latihan secara sistematik

dan berkesan.

Dalam memainkan peranan selaku ‘Mini JPA’, BPSM melaksanakan

sebahagian besar fungsi Agensi Pusat berkenaan meliputi urusan

perkhidmatan, pengurusan prestasi, latihan dan penamatan/ persaraan.

Sebagai pelengkap kepada Pelan Strategik Kementerian, BPSM turut

membangunkan Pelan Strategik Pengurusan Sumber Manusia (PSPSM)

sebagai rujukan dan panduan dalam membangun dan menguruskan sumber

manusia di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi. Penghasilan PSPSM

NRE ini berpandukan kepada Kerangka Hala Tuju Strategik Pengurusan

Page 545: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

544  

Sumber Manusia Perkhidmatan Awam yang dihasilkan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Selain itu, pembudayaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang digariskan

dalam PSPSM ini, merupakan salah satu kriteria utama penilaian

perkhidmatan yang berimpak tinggi ke arah transformasi Perkhidmatan

Awam. Namun demikian, bagi mencapai matlamat tersebut, cabaran utama

yang terpaksa dihadapi ialah untuk menyediakan latihan yang dapat

mentransformasikan minda mereka agar selari dengan hala tuju negara dan

perubahan persekitaran.

Pada masa ini, BPSM diterajui oleh Setiausaha Bahagian berjawatan PTD

Gred M54 dan dibantu oleh satu (1) orang PTD Gred M52 serta enam (6)

orang PTD Gred M48, manakala bilangan perjawatan di BPSM setakat 31

Mac 2013 berjumlah tujuh puluh lapan (78) jawatan.

Manakala fungsi dan tugas sedia ada masih dikekalkan iaitu :

1) Perkhidmatan iaitu merangkumi urusan perkhidmatan, pengambilan,

pertukaran dan penempatan;

2) Pembangunan Organisasi iaitu merangkumi urusan perjawatan,

urusan pelantikan peminjaman, pertukaran sementara / tetap,

pelantikan kontrak dan Pekerja Sambilan Harian (PSH) dan urusan

waran perjawatan serta kajian elaun, insentif dan skim perkhidmatan;

3) Pengurusan Prestasi iaitu merangkumi urusan pemangkuan dan

kenaikan pangkat, pengurusan tatatertib dan pengurusan prestasi;

4) Pengurusan Latihan dan Kompetensi iaitu merangkumi kesemua

urusan berkaitan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, kursus

penambahbaikan, Program Kampus NRE, Program Islam Hadhari dan

peperiksaan perkhidmatan;

Page 546: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

545  

5) Perkhidmatan Psikologi iaitu merangkumi urusan pengendalian sesi

kaunseling, pembangunan personel, pelaksanaan AKRAB,

pelaksanaan Pementoran NRE dan Sistem Pengurusan Audit Nilai

(SPAN); dan

6) Pentadbiran dan HRMIS iaitu meliputi urusan strategik pengurusan

sumber manusia, pentadbiran dan kewangan BPSM, pelaksanaan

HRMIS dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1

MEMANTAPKAN MODAL INSAN DAN PENGURUSAN

ORGANISASI YANG BERIMPAK TINGGI

Matlamat peningkatan daya saing daripada sudut pengurusan sumber

manusia ialah untuk memantapkan modal insan dan pengurusan organisasi.

Justeru, setiap warga Kementerian / Jabatan/ Agensi perlu diterapkan dengan

sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang

bersesuaian menerusi pembangunan sumber manusia yang terancang serta

berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

Matlamat ini juga seharusnya berupaya menjadi pencetus/pemangkin

(catalyst) agar NRE berupaya melaksanakan fungsinya pada tahap yang

paling optimum.

Bagi mencapai matlamat ini, BPSM perlu bertindak secara proaktif untuk

memastikan agar pengurusan sumber manusia dapat menjangka perubahan

dan cabaran serta mengurus isu-isu strategik dengan cekap dan berkesan.

Dalam hal ini, struktur organisasi dan lain-lain aspek yang membolehkan

fungsi-fungsi BPSM perlu dikemaskinikan melalui strategi dan mekanisme

perancangan yang dapat disesuaikan dengan kehendak semasa.

Page 547: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

546  

C. STATUS MASA KINI

BPSM sentiasa berusaha melaksanakan pembaharuan di pelbagai peringkat

pengurusan dengan memfokuskan kepada pendekatan proaktif dan responsif.

Ia adalah selari dengan keperluan semasa, yang menghendaki BPSM bukan

sahaja berperanan merancang, malahan turut melaksanakan program

pembangunan sumber manusia secara lebih menyeluruh. Status terkini

urusan di bawah bidang tugas BPSM, berkaitan struktur organisasi dan

bilangan perjawatan adalah seperti berikut:

1) Struktur organisasi

NRE terdiri daripada sepuluh (10) Bahagian dan tiga (3) Unit di

peringkat Kementerian serta dua belas (12) Jabatan/ Agensi seperti

berikut:

a. Bahagian :

I. Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

(BPASPI);

II. Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan

(BBP);

III. Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi (BSASH);

IV. Bahagian Tanah, Ukur dan Pemetaan (BTUP);

V. Bahagian Mineral dan Geosains (BMG);

VI. Bahagian Pembangunan (BP);

VII. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM);

Page 548: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

547  

VIII. Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (BPKN);

IX. Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM);dan

X. Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI).

b. Unit :

I. Unit Komunikasi Korporat (UKK);

II. Unit Undang-undang (UUU); dan

III. Unit Audit Dalam (UAD).

c. Jabatan/ Agensi :

I. Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia(JPS);

II. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM);

III. Jabatan Mineral dan Geosains (JMG);

IV. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM);

V. Jabatan Alam Sekitar (JAS);

VI. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(PERHILITAN);

VII. Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG);

VIII. Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM);

IX. Jabatan Biokeselamatan (JBK);

Page 549: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

548  

X. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM);

XI. Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM); dan

XII. Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN).

2) Perjawatan Selaras dengan matlamat mewujudkan perkhidmatan awam yang

kejat, pihak JPA telah melaksanakan beberapa kajian semula

perjawatan meliputi pemansuhan dan penjajaran fungsi skim

perkhidmatan. Setakat 8 Julai 2013, bilangan perjawatan di NRE

berjumlah 13,978 meliputi jawatan bukan guna sama dan jawatan guna

sama yang mewakili 121 Skim Perkhidmatan. Pecahan bilangan

perjawatan mengikut Kementerian / Jabatan / Agensi adalah seperti

berikut:

Jadual 130: Pecahan Bilangan Perjawatan NRE / Jabatan / Agensi

BIL.

JABATAN/ AGENSI BAHAGIAN/ UNIT

BILANGAN

1 NRE (Bahagian & Unit) 542

2 INSTUN 168

3 JAS 1606

4 JKPTG 1562

5 JPS 1479

6 JPSM 573

7 PERHILITAN 1491

8 JUPEM 5046

9 NAHRIM 156

10 JTLM 244

11 JBK 25

Page 550: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

549  

12 JMG 1086

JUMLAH KESELURUHAN

13,978

D. ISU DAN CABARAN

Bagi mewujudkan sebuah organisasi yang cemerlang, NRE berhadapan

dengan cabaran untuk memastikan sumber manusia dapat melaksanakan

kepelbagaian fungsi dan strategi NRE dengan berkesan. Dalam hal ini,

cabaran dalaman dan luaran yang dikenalpasti dan perlu ditangani adalah

seperti berikut :

1) Keperluan Mewujudkan Struktur Organisasi Yang Relevan

Struktur fungsi dan perjawatan merupakan elemen penting dalam

memastikan keberkesanan sesebuah organisasi. Dalam konteks ini,

BPSM perlu sentiasa peka dan bersifat proaktif apabila berhadapan

dengan segala perubahan dan keperluan pihak berkepentingan

(stakeholders) sama ada menerusi arahan Jemaah Menteri, Dasar

Negara, di samping tuntutan masyarakat dan persekitaran yang

dinamik. Penelitian ke atas segala dasar / polisi yang berkaitan bagi

meningkatkan mutu sistem penyampaian perkhidmatan kepada

masyarakat serta kefahaman yang jitu mengenai atur cara perjawatan,

merupakan asas utama kepada pembentukan sebuah struktur

organisasi yang relevan dengan kehendak semasa.

Seperti juga perkembangan skop tanggungjawab NRE dari semasa ke

semasa, struktur organisasi turut diubahsuai secara selari bagi

menepati suatu keperluan tenaga kerja yang optimum. Dengan

mengambil kira aspek kewangan dan guna tenaga penuh, struktur

organisasi yang dinamik dan fleksibel perlu diwujudkan dan dikaji dari

semasa ke semasa bagi memastikan ia kekal relevan dengan pelbagai

perubahan melalui pengkayaan tugas dan perekayasaan (re-

engineering) fungsi sedia ada.

Page 551: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

550  

2) Keperluan pembangunan sumber manusia NRE

NRE berhasrat menjadi organisasi yang cemerlang selaras dengan

hala tuju strategik yang memfokuskan kepada aspek pembangunan

sumber manusia. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, BPSM perlu

meningkatkan peranan utama dalam meningkatkan kompetensi,

integriti dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan warga NRE.

BPSM juga telah mengenal pasti keperluan mempelbagaikan

kemahiran dan kepakaran bagi menghadapi cabaran pengurusan

sumber manusia di masa hadapan. Oleh itu, cabaran yang perlu

ditangani oleh NRE adalah untuk menyediakan barisan pelapis-

kepimpinan melalui program pembangunan kepimpinan dan

perancangan Pelan Penggantian yang sistematik.

Pada masa yang sama, pegawai-pegawai yang mempunyai kepakaran

dan kebolehan yang tinggi wajar diberikan pengiktirafan untuk

memastikan mereka terus kekal berkhidmat di NRE bagi menjamin

keberkesanan pelaksanaan fungsi-fungsi utama (core functions) yang

kritikal di NRE.

3) Keperluan mewujudkan organisasi berasaskan pengetahuan dan

inovasi

Bagi mewujudkan sebuah organisasi yang cemerlang dan mampu

untuk terus relevan di era globalisasi, NRE perlu menyediakan sumber

manusia yang mampu bertindak secara lebih proaktif, responsif dan

inovatif yang berupaya menghasilkan idea-idea baru ke arah

kecemerlangan dan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan.

Bagi memenuhi cabaran tersebut, pengurusan sumber manusia harus

berupaya menyediakan program-program latihan yang menumpukan

kepada aspek kemahiran berfikir secara strategik, kreatif dan inovatif.

Page 552: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

551  

4) Keperluan mewujudkan budaya organisasi (organisational

culture) yang cemerlang

NRE dalam usaha mewujudkan budaya organisasi (organisational

culture) yang cemerlang serta boleh dibanggakan menerusi

penghayatan nilai-nilai bersama (shared values) di kalangan warganya.

Oleh itu, penekanan perlu diberi kepada pembentukan budaya

organisasi yang dapat meningkatkan imej yang positif demi

kegemilangan NRE.

5) Keperluan mewujudkan sumber manusia yang bermotivasi dan

mempunyai moral serta semangat kekitaan (esprit de corps) yang

tinggi

Bagi menghadapi cabaran tersebut, strategi pengurusan sumber

manusia haruslah memberi fokus terhadap program-program latihan

pembangunan pasukan (team building), mewujudkan peluang

kemajuan kerjaya yang baik, meningkatkan kebajikan pegawai,

menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, mendapat dorongan

dan sokongan daripada pihak pengurusan atasan serta meningkatkan

penglibatan pegawai-pegawai dari pelbagai peringkat pengurusan

dalam proses membuat keputusan. Ia bagi membentuk keyakinan dan

motivasi diri di samping mengasah kemahiran dan bakat kepimpinan di

kalangan pegawai.

6) Keperluan meningkatkan kecekapan sistem penyampaian

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem

penyampaiannya, NRE turut menyedari bahawa memenuhi harapan

pelanggan dan stakeholders adalah merupakan cabaran yang paling

utama dan kritikal. Justeru, usaha yang lebih serius haruslah diberikan

penekanan untuk meningkatkan kapasiti sumber manusianya bagi

membolehkan kualiti sistem penyampaian NRE dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, program pembangunan dan latihan NRE harus memberi fokus

Page 553: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

552  

kepada peningkatan kualiti perkhidmatan pelanggan, mengurangkan

pengaduan awam serta memperkemaskan prosedur kerja sedia ada

supaya lebih telus, cekap dan berkesan.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Di dalam menyokong usaha untuk memantapkan modal insan dan

pengurusan organisasi, terdapat tiga (3) strategi pelaksanaan seperti berikut :

1) menyediakan struktur organisasi yang mantap;

2) menyediakan sumber manusia yang optimum dan menepati keperluan

bidang teras utama NRE; dan

3) membangun dan memperkasa kompetensi serta profesionalisme

modal insan menerusi pelaksanaan program latihan yang

komprehensif, sistematik dan berkualiti dalam bidang berkaitan.

Ketiga-tiga strategi pelaksanaan ini dicambahkan dan terhasil menerusi

kaedah penyesuaian atau pemadanan (matching) empat aspek utama yang

terkandung di dalam alat pengukur pengurusan SWOT/ TOWS, iaitu kekuatan

(strength), kelemahan (weakness), peluang (opportunity) dan ancaman

(threat). Seterusnya adalah proses mengenal pasti objektif strategik di mana

kemudiannya dibangunkan pula strategi pelaksanaan dan pelan tindakan

yang bersesuaian.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT MEMANTAPKAN MODAL INSAN DAN PENGURUSAN

ORGANISASI YANG BERIMPAK TINGGI

Page 554: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

553  

1. Strategi Pelaksanaan 1

Menyediakan struktur organisasi yang mantap.

a. Latar Belakang

Struktur organisasi merupakan elemen penting meliputi aspek fungsi dan

perjawatan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan semasa berdasarkan

kepada perubahan-perubahan persekitaran, cabaran dan isu-isu strategik

yang berlaku dari semasa ke semasa.

b. Matlamat

Penelitian ke atas segala dasar/ peraturan yang berkaitan bagi meningkatkan

mutu sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat serta

kefahaman mengenai atur cara perjawatan merupakan asas utama

pembentukan struktur organisasi yang relevan dengan kehendak semasa.

Struktur organisasi yang mantap juga amat penting dalam usaha

mempertingkatkan kapasiti dan kebolehupayaan (capability) sesebuah

organisasi.

c. Status Masa Kini

Usaha-usaha ke arah menyediakan struktur organisasi yang mantap oleh

BPSM pada masa kini dilaksanakan secara berterusan melalui mekanisme

berikut :

1) Memastikan Laporan Pengisian Jawatan diterima daripada Jabatan/

Agensi pada setiap 2 minggu;

2) Membuat tindakan susulan dengan JPA / Suruhanjaya Perkhidmatan

Awam (SPA) / Jabatan Pembekal Kader supaya pengisian kekosongan

dapat disegerakan;

Page 555: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

554  

3) Kajian semula syarat lantikan dalam skim-skim perkhidmatan yang

berkaitan dengan NRE; dan

4) Semakan semula / penjajaran fungsi dan jawatan juga perlu

dilaksanakan ke arah mewujudkan perkhidmatan awam yang kejat

(lean civil service).

d. Isu dan Cabaran

Struktur organisasi turut diubahsuai secara selari bagi menepati keperluan

tenaga kerja yang optimum dengan mengambil kira aspek kewangan dan

guna tenaga penuh, struktur organisasi yang dinamik dan fleksibel perlu

diwujud dan dikaji dari semasa ke semasa.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang-bidang tumpuan yang kritikal ialah seperti berikut :

1) Memastikan urusan perjawatan dilaksanakan secara betul dan

pelaksanaannya sehingga ke peringkat Pengeluaran Waran

Perjawatan daripada Perbendaharaan;

2) Membuat pindaan perjawatan berdasarkan Waran Perjawatan yang

diterima dari semasa ke semasa;

3) Melaksanakan kajian semula terhadap struktur organisasi berdasarkan

kepada perubahan persekitaran, visi, misi dan fungsi utama NRE; dan

4) Mengoptimumkan penggunaan teknologi ICT dalam urusan sumber

manusia ke arah mempermudah dan mempercepatkan lagi

penyelesaian urusan berkaitan.

Page 556: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

555  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 131: Sasaran Pematuhan Perjawatan, Kajian Semula Perjawatan / Skim dan

Peningkatan Urusan Sumber Manusia Melalui Sistem ICT Bagi Tahun 2012-2015

UKURAN 2012 2013 2014 2015

Peratus pematuhan perjawatan

99.97% 99.9% 99.9% 99.9%

Semakan semula struktur organisasi bagi pelaksanaan sama ada penstrukturan semula (restructuring) atau penugasan semula (redeployment) (siri)

2 4 4 4

Peratus peningkatan urusan sumber manusia melalui sistem ICT

Baru 80% 85% 85%

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan yang dirangka di bawah strategi ini ialah :

1) Memastikan urusan perjawatan dilaksanakan secara betul dan

pelaksanaannya sehingga ke peringkat pengeluaran Waran

Perjawatan daripada Perbendaharaan dengan melaksanakan audit

perjawatan secara berterusan di Jabatan/ Agensi di bawah NRE;

2) Penstrukturan semula organisasi Jabatan / Agensi melalui kajian

penyusunan semula / penjenamaan semula;

3) Melaksanakan kajian semula terhadap struktur organisasi berdasarkan

kepada perubahan persekitaran, visi, misi dan fungsi utama NRE

melalui pelaksanaan naziran / lawatan kerja di Jabatan / Agensi di

bawah NRE;

Page 557: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

556  

4) Mengukuhkan perjawatan melalui pemantapan struktur organisasi dan

pemeriksaan berdasarkan keupayaan kewangan semasa serta

melaksanakan pindah butiran perjawatan mengikut keperluan;

5) Memastikan semua peringkat pegawai di NRE menggunakan

sepenuhnya Sistem HRMIS ke arah memantapkan pengurusan

sumber manusia yang lebih menyeluruh;

6) Melaksanakan kajian skim perkhidmatan berdasarkan keperluan

semasa di samping turut meneliti aspek huraian tugas (job

descriptions) seseorang pegawai/ kakitangan agar bersesuaian

dengan aspek pengkadaran kerja (rate for the job); dan

7) Melonjakkan penggunaan teknologi menerusi penggunaan intranet

yang optimum serta memperkenalkan aplikasi baru dalam urusan

sumber manusia di pelbagai peringkat organisasi.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Menyediakan sumber manusia yang optimum dan menepati keperluan dalam

bidang teras utama NRE.

a. Latar Belakang

BPSM perlu memastikan urusan-urusan perkhidmatan bagi warga

Kementerian / Jabatan / Agensi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan ke

arah memenuhi ekspektasi pelanggan dan stakeholders.

b. Matlamat

1) Memantapkan proses pengisian dan penempatan pegawai baru di

NRE;

Page 558: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

557  

2) Memantapkan rancangan Pelan Penggantian pegawai bagi

memastikan kesinambungan kepakaran NRE; dan

3) Menambahbaik sistem dan prosedur dalam semua urusan

perkhidmatan yang melibatkan pelbagai urusan permohonan

diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

c. Status Masa Kini

Pengurusan Sumber Manusia pada masa kini dilaksanakan berpandu kepada

strategi dan mekanisme yang telah ditetapkan sebelum ini meliputi

mekanisme berikut :

1) Memperkemaskan sistem dan kaedah pengambilan pegawai baru

mengikut keperluan semasa;

2) Memastikan Pelan Penggantian disediakan dan dilaksanakan

sepenuhnya di peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi; dan

3) Menyediakan senarai lengkap pengisian jawatan berserta penyandang

secara berkala.

d. Isu dan Cabaran

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan sistem

penyampaiannya, NRE juga telah mengenal pasti bahawa memenuhi

harapan pelanggan dan stakeholders merupakan cabaran utama. Oleh itu,

usaha yang lebih serius harus diberikan penekanan untuk meningkatkan

kapasiti sumber manusianya bagi membolehkan sistem penyampaian NRE

dipertingkatkan lagi.

Isu utama yang dikenal pasti di peringkat Jabatan / Agensi NRE ialah

perancangan bagi menghadapi persaraan Pegawai Pengurusan Tertinggi /

Pegawai Kanan pada tahun 2014 hingga 2016. Sehubungan itu, keperluan

Page 559: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

558  

penyediaan Pelan Penggantian yang strategik dan komprehensif merupakan

satu keperluan mendesak sebagai satu proses mengenal pasti pelapis

kepimpinan yang berkaliber dan seterusnya menyediakan platform latihan

serta pendedahan yang bersesuaian untuk menerajui organisasi kelak.

Justeru, program pembangunan dan latihan NRE juga harus fokus kepada

peningkatan kualiti perkhidmatan pelanggan, mengurangkan pengaduan

awam serta mempercepatkan proses kerja dan memperkemaskan prosedur

kerja supaya lebih telus, cekap dan berkesan.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang-bidang tumpuan yang kritikal adalah seperti berikut :

1) pemantapan program penempatan pegawai berdasarkan keperluan

pengisian perjawatan, kemahiran dan kepimpinan serta Pelan

Penggantian organisasi;

2) penempatan pegawai baru di NRE di Kementerian / Jabatan / Agensi

yang tepat dan bersesuaian dengan kelayakan, bakat dan kompetensi

yang dimiliki oleh pegawai berkenaan;

3) penyediaan Pelan Penggantian pegawai NRE yang komprehensif bagi

memastikan kesinambungan kepakaran dan seterusnya pengekalan

tenaga pakar di NRE; dan

4) pengukuhan dan pelaksanaan Pelan Penggantian yang strategik,

komprehensif, jelas dan sistematik melalui Jawatankuasa Search

Committee berdasarkan bilangan jawatan-jawatan strategik yang

dikenalpasti terutamanya di peringkat Jabatan / Agensi NRE.

Page 560: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

559  

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 132: Sasaran Penyelesaian Urusan Sumber Manusia

UKURAN 2012 2013 2014 2015

Peratus bilangan jawatan-

jawatan strategik NRE yang

telah mempunyai barisan

pelapis

95.00

%

95.00

%

95.00

%

95.00

%

Tempoh urusan penempatan

kepada pegawai baru dalam

tempoh 3 hari bekerja

100% 98.00

%

98.00

%

98.00

%

Peratus penyelesaian urusan

permohonan pertukaran

pegawai dalam tempoh 3 hari

bekerja

100% 98.00

%

98.00

%

98.00

%

Peratus penyelesaian urusan

perkhidmatan pegawai di

NRE mengikut tempoh masa

ditetapkan

100% 99.00

%

99.00

%

99.00

%

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan yang telah dirangka di bawah strategi ini adalah seperti berikut

1) Melaksanakan urusan penempatan pegawai baru meliputi Pegawai

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gunasama), Kumpulan

Sokongan (Gunasama), Kuasa Melantik KSU dan jawatan kader

mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan;

2) Melaksanakan urusan pertukaran bagi jawatan Kumpulan Pengurusan

dan Profesional (Gunasama), Kumpulan Sokongan (Gunasama) dan

Page 561: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

560  

Kuasa Melantik KSU mengikut tempoh masa pemprosesan yang

ditetapkan; dan

3) Menyelesaikan sepenuhnya permohonan (yang lengkap) urusan-

urusan perkhidmatan di peringkat NRE mengikut tempoh masa yang

ditetapkan.

3. Strategi Pelaksanaan 3

Membangun dan memperkasa kompetensi serta profesionalisme modal

insan.

a. Latar Belakang

Melalui pembelajaran yang berterusan, nilai tambah dapat diwujudkan dari

segi sikap, kemahiran dan pengetahuan serta memperkukuhkan lagi daya

saing pegawai-pegawai NRE melalui kaedah pelaksanaan kursus/program

latihan termasuk kaedah perkongsian ilmu, program pementoran dan

pendekatan bersepadu (blended approach).

b. Matlamat

1) Membangunkan sumber manusia yang mantap dan mengamalkan

budaya prestasi kerja yang cemerlang;

2) Mewujudkan organisasi berasaskan pengetahuan dan inovasi; dan

3) Mewujudkan sumber manusia yang bermotivasi dan mempunyai moral

serta semangat kekitaan yang tinggi melalui aspek pengiktirafan,

penghargaan dan ganjaran kepada pegawai NRE.

Page 562: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

561  

c. Status Masa Kini

Pada masa kini, NRE melaksanakan usaha-usaha pembangunan modal

insan yang mantap berasaskan kepada Dasar Latihan Sumber Manusia

Sektor Awam dengan mematuhi dua (2) perkara berikut :

1) Memastikan semua peringkat pegawai dan kakitangan menghadiri

kursus sekurang-kurangnya 7 hari setahun; dan

2) Menyediakan peruntukan untuk latihan tahunan yang bersamaan

dengan sekurang-kurangnya 1% daripada peruntukan emolumen

tahunan.

Kepelbagaian program latihan dilaksanakan dengan menggunakan

metodologi yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran yang telah dikenal

pasti. Sebagai contoh, melalui pengisian slot di bawah program Kampus

NRE. Selain program latihan, kesinambungan kepakaran, pengkayaan ilmu

turut diterjemahkan melalui program mentor-mentee dan juga Program Cross

Fertilization (PCF) yang melibatkan penempatan silang pegawai dari NRE ke

Jabatan / Agensi dan sebaliknya.

Selain itu, aspek pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran turut dilaksanakan

di NRE sebagai satu medium untuk mendorong pegawai mempamerkan

prestasi kerja yang cemerlang. Selain pengiktirafan sedia ada seperti

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), turut diperkenalkan di NRE ialah

Anugerah Lama Berkhidmat (ALB) dan Anugerah Kecemerlangan NRE

(AKN). Pegawai dan kakitangan juga dihargai dengan pencalonan untuk

anugerah pingat/ bintang sempena Hari Keputeraan Sultan / Raja negeri-

negeri berkenaan.

Page 563: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

562  

d. Isu dan cabaran

Isu dan cabaran yang telah dikenal pasi adalah seperti berikut :

1) Melaksanakan Training Needs Analysis (TNA) secara tahunan dengan

memantapkan perancangan awal dan kajian impak bagi mengkaji

keberkesanan TNA tersebut;

2) Menyediakan barisan pelapis pemimpin melalui program

pembangunan kepimpinan dan perancangan pelan penggantian yang

sistematik;

3) Penyediaan sumber manusia yang mampu bertindak lebih proaktif,

responsif dan inovatif ke arah kecemerlangan dan penambahbaikan

berterusan; dan

4) Menerapkan budaya organisasi cemerlang yang boleh dibanggakan

bagi mencerminkan keunggulan NRE.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Bidang-bidang tumpuan yang kritikal adalah seperti berikut :

1) Mengenal pasti dan membangunkan kepemimpinan strategik dan

berpotensi melalui pelan latihan dan pembangunan yang sistematik;

2) Melaksanakan matriks kompetensi pegawai dengan mengenal pasti

jurang kompetensi yang wujud;

3) Menyediakan peluang melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih

tinggi kepada pegawai yang cemerlang seperti pencalonan Hadiah

Latihan Persekutuan (HLP) JPA;

Page 564: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

563  

4) Melaksanakan program-program menggunakan kaedah blended

approach dalam memenuhi keperluan Dasar Latihan Sumber Manusia

Sektor Awam iaitu menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari berkursus

dalam setahun; dan

5) Penggunaan Sistem NRE* Log Latihan dan Buku Log Latihan bagi

tujuan merekodkan program-program latihan yang dihadiri.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Jadual 133:

Sasaran Pelaksanaan Program Kompetensi dan Profesionalisme 2012-2015

UKURAN 2012 2013 2014 2015

Peratus pematuhan pelaksanaan

Pelan Operasi Latihan (POL) 85.00% 85.00% 85.00% 85.00%

Peratus keberkesanan kursus/

program

93.00% 95.00% 95.00% 95.00%

Bilangan pegawai yang

melanjutkan pelajaran di

peringkat Sarjana dan PhD bagi

tujuan meningkatkan kepakaran

pegawai NRE (Orang)

45

40

40

40

g. Pelan Tindakan

Pelan tindakan di bawah strategi ini adalah seperti berikut :

1) Pemantauan berterusan pelaksanaan Dasar Latihan Sumber Manusia

Sektor Awam serta Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam

Page 565: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

564  

melalui Jawatankuasa Dasar Latihan (JKDL) dan Jawatankuasa

Pemantauan Latihan (JKPL);

2) Melaksanakan program berkaitan pembelajaran berterusan bagi

meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai NRE;

3) Membudayakan program/ aktiviti pengurusan ilmu bagi

memperkayakan kompetensi pegawai-pegawai NRE dan

memantapkan institutional memory menerusi Program Kampus NRE

dan Wadi Ilmu NRE;

4) Membangunkan program pengukuhan kompetensi kepimpinan kepada

pegawai-pegawai NRE yang dikenalpasti bagi melahirkan pelapis yang

berkepimpinan tinggi menerusi Program School Of Leadership (SOL);

5) Menyelaras pelaksanaan kursus-kursus generik yang ditawarkan oleh

institut latihan di bawah NRE bagi mengoptimumkan penggunaan

sumber-sumber; dan

6) Melaksanakan pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran

kepada pegawai melalui Panel Pembangunan Sumber Manusia

(PPSM) NRE.

 

 

Page 566: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

565  

A. LATAR BELAKANG Program transformasi Malaysia kepada sebuah negara maju, berdaya saing

dan berpendapatan tinggi boleh direalisasikan melalui komitmen padu semua

pihak dalam menjayakan pelbagai inisiatif Kerajaan terutamanya pelaksanaan

program kepada 6 bidang keberhasilan negara.

Perkhidmatan teknologi adalah nadi utama untuk memacu NRE ke arah

menjadi agensi yang lebih terbilang. Dalam persekitaran dunia yang

kompetitif dan sentiasa berubah, BPM adalah satu Bahagian yang berfungsi

menjadikan ICT sebagai pemacu di dalam meningkatkan sistem

penyampaian perkhidmatan di NRE. BPM diterajui oleh seorang Setiausaha

Bahagian Gred F54 dan dibantu oleh tiga (3) orang Ketua Penolong

Setiausaha (KPSU) Gred F52, F48 dan M48. Terdapat tiga (3) seksyen di

BPM iaitu Seksyen Khidmat Teknikal dan Operasi (SKTO), Seksyen

Pembangunan Sistem (SPS) dan Seksyen Perancangan dan Pengurusan

(SPP).

Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) diwujudkan pada Januari 1992. Waran

Perjawatan Bil. 229 bertarikh 4 Disember 1993 dan berkuat kuasa mulai 4

Disember 1993. Manakala penstrukturan organisasi BTM telah diluluskan

pada 31 Disember 2003 dengan waran perjawatan Bil. E43 Tahun 2004 yang

berkuat kuasa pada 2 Jun 2004. BTM kemudiannya telah ditukar nama

kepada BPM selaras dengan hasrat dan tanggungjawab terkini yang lebih

luas dan menyeluruh.

BPM mempunyai objektif menyediakan infrastruktur, infostruktur dan

perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Kementerian.

Memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin sebagai perintis

dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

8

TEKNOLOGI

BPM

Page 567: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

566  

budaya kerja Kementerian. Di samping itu juga dapat membentuk personel IT

yang mahir dan kompeten.

Mewujudkan suasana ICT intensif dengan mengadakan knowledge

management di dalam bidang pentadbiran di dalam membantu proses

membuat keputusan. Menjadikan ICT enable bagi meningkatkan kecekapan

pengguna dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan awam Malaysia.

Merancang, menyelaras, memantau dan memacu serta membudayakan

penggunaan teknologi maklumat dalam perkhidmatan awam, seterusnya

meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada orang awam dan

sektor perniagaan dengan lebih cekap dan berkualiti secara elektronik.

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

12

KECEMERLANGAN SISTEM PENYAMPAIAN BERASASKAN TEKNOLOGI BAGI PENGURUSAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR.

C. STATUS MASA KINI

1. Perkhidmatan ICT merupakan salah satu medium yang membantu

bidang sumber asli dan alam sekitar menjadi lebih terbilang. Melalui

pengiktirafan sijil Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

ISO/ IEC 27001:2005 yang diterima oleh BPM pada 3 September

2010. Sijil berkenaan bertarikh 16 Julai 2010 dikeluarkan oleh SIRIM

QAS International Sdn. Bhd. mengiktiraf bahawa BPM telah mematuhi

prosedur keselamatan merangkumi pusat data, rangkaian, mel

elektronik dan pengurusan sistem. Pengukuran KPI adalah

berdasarkan pematuhan kepada ISMS yang melayakkan menerima

pengiktirafan berkenaan; dan

Page 568: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

567  

2. Pembangunan portal rasmi NRE adalah bertujuan untuk membantu

semua Jabatan/ Agensi di NRE menguruskan perkongsian maklumat

secara sistematik. Portal ini akan menghubungkan pengguna dengan

aplikasi-aplikasi dan maklumat asas berkaitan NRE yang diperlukan

dengan mudah. Portal rasmi NRE sentiasa dikemas kini dengan

penambahbaikan yang diperlukan selaras dengan kriteria-kriteria asas

portal dengan hasrat untuk mencapai penarafan lima (5) bintang.

Pengukuran KPI adalah berdasarkan pematuhan kepada penarafan

Portal dan Laman Web Kerajaan oleh Multimedia Development

Corporation (MDeC) dan International E-Government Assessment,

Brown University.

D. ISU DAN HARAPAN

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1. BPM mempunyai ramai tenaga teknikal yang terlatih dan mampu

memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik. Keupayaan

tenaga teknikal ini turut dibantu dengan kemudahan serba lengkap

serta pimpinan dalam bidang pengurusan yang pragmatik. Walau

bagaimanapun, bilangan tenaga teknikal berkualiti ini tidak dapat

dikekalkan dan semakin berkurangan kerana pertukaran akibat

kenaikan pangkat dan sebagainya. Kekurangan pegawai dan

kakitangan yang berpengalaman dan berkemahiran terutamanya

dalam bidang teknikal dan aplikasi perlu diatasi segera supaya

pelaksanaan projek ICT tidak bergantung sepenuhnya kepada tenaga

pakar dari luar yang melibatkan kos yang tinggi;

2. Dasar-dasar ICT yang masih kabur dan tidak jelas di peringkat

nasional menjejaskan pelaksanaan pembangunan dan pengembangan

ICT di NRE mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sebagai

contoh, sehingga kini pihak MAMPU masih belum mengeluarkan garis

panduan bagi pelaksanaan kemudahan WiFi dan ini menjejaskan

Page 569: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

568  

produktiviti Kementerian memandangkan kemudahan ini adalah satu

keperluan.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Menyediakan infrastruktur dan infostruktur teknologi pengurusan maklumat

yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan mudah lentur (flexible).

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 12: KECEMERLANGAN SISTEM PENYAMPAIAN

BERASASKAN TEKNOLOGI BAGI PENGURUSAN SUMBER ASLI DAN

ALAM SEKITAR

1. Strategi Pelaksanaan

Menyediakan infrastruktur dan infostruktur teknologi pengurusan maklumat

yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan mudah lentur (flexible).

a. Latar Belakang

Infrastruktur dan inforstruktur teknologi pengurusan maklumat di NRE

merupakan satu keperluan asas ICT yang perlu ada dalam menghasilkan

aktiviti perkongsian maklumat secara maya. Dengan kewujudan infrastruktur

teknologi ini semua maklumat atau data dapat disimpan dengan selamat dan

berintegriti yang mana ia boleh dikeluarkan semula untuk kegunaan/ rujukan

pada masa hadapan. Ini secara tidak langsung dapat membantu

mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

b. Matlamat

Page 570: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

569  

Objektif adalah untuk memastikan infrastruktur dan infostruktur teknologi

pengurusan maklumat yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan

mudah lentur (flexible) pada 95% setiap tahun sehingga 2015.

c. Status Masa Kini

Pada masa ini, ketersediaan infrastruktur dan infostruktur teknologi

pengurusan maklumat yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan

mudah lentur (flexible) adalah pada tahap 95%.

d. Isu Dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

1) Terdapat penggunaan peralatan, perisian, aplikasi dan kemudahan ICT

lain yang telah dibekalkan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta

pelaksanaan program-program tidak dapat dilakukan. Ini mungkin

berlaku akibat kurangnya penyelarasan dan pemantauan yang teliti

bagi mengurus keseluruhan kemudahan ICT di Jabatan/Agensi NRE.

Selain itu, seringkali juga terdapat ketidakpatuhan terhadap peraturan-

peraturan dalam Tadbir Urus ICT oleh Bahagian / jabatan di NRE yang

melibatkan perolehan dalam peralatan ICT. Sehubungan itu, bagi

mengatasi isu ini, buku Panduan Tadbir Urus ICT telah diwujudkan

sebagai rujukan dan dokumen sokongan pelaksanaan program-

program ICT di Jabatan/ Agensi. Ia merupakan satu dokumen yang

mengandungi garis panduan umum berhubung pengurusan ICT yang

perlu dipatuhi oleh semua pihak;

2) Kemudahan rangkaian luas/ Wide Area Network (WAN) bagi

Kementerian/ Jabatan/ Agensi NRE pada RMK-9 telah diurus dan

dipantau oleh BPM. Dengan pengurusan dan pemantauan secara

dekat ini telah menjadikan pengurusan WAN di NRE adalah di antara

yang terbaik. Walau bagaimanapun, BPM pada RMK-10 tidak

Page 571: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

570  

menerima sebarang peruntukan pembangunan bagi projek menaik

taraf dan penambahan talian rangkaian luas kerana telah dipusatkan

dan diuruskan oleh pihak agensi pusat iaitu MAMPU. Dengan

kekangan ini menyebabkan segala urusan perlu melalui MAMPU;

3) Keperluan dan kehendak pelanggan pada masa ini memerlukan

kemudahan komunikasi dan penghantaran maklumat yang pantas dan

efisien bagi memenuhi hasrat semua pelanggan. Kehendak dan

jangkaan pelanggan yang tinggi ini menjadi cabaran dan

tanggungjawab BPM untuk menyediakan kemudahan komunikasi

elektronik seperti mel elektronik dan portal untuk sentiasa tersedia 24

jam sehari kepada semua pengguna;

4) Pengurusan maklumat bersepadu penting di dalam memastikan semua

maklumat berkaitan sumber asli dan alam sekitar dapat dikumpulkan

secara berpusat. Kepelbagaian format penyimpanan maklumat yang

tidak selaras di dalam Jabatan/ Agensi NRE merupakan satu cabaran

besar untuk merealisasikan matlamat tersebut. Ini kerana kehendak

pengguna dan stakeholder yang mahukan maklumat terkini yang tepat

pada setiap masa. Bagi menyokong perkara ini, satu bentuk

pengurusan maklumat yang bersepadu perlu diwujudkan. Portal NRE

telah diwujudkan sebagai satu langkah awal untuk dijadikan pusat

rujukan dan perkongsian maklumat. Segala maklumat, dasar dan

perancangan terkini yang telah, sedang atau akan dilaksanakan perlu

dimasukkan di dalam portal ini untuk rujukan semua. Langkah

seterusnya adalah pelaksanaan Gedung 1NRE1Maklumat yang

dijangka bermula pada tahun 2014 yang akan menjadi pelengkap

kepada pelaksanaan pengurusan maklumat yang bersepadu di NRE.;

5) Pengurusan risiko dan keselamatan maklumat penting adalah

merupakan isu yang sering menjadi alasan untuk tidak menerima

sesuatu perubahan teknologi terkini. Cabaran ini merupakan elemen

terpenting bagi memujuk pelanggan untuk menerima kebaikan sesuatu

teknologi baru. Bagi mengatasi perkara ini, satu Dasar Keselamatan

Page 572: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

571  

ICT (DKICT) telah diwujudkan sebagai panduan dan rujukan kepada

semua untuk menjamin kesinambungan urusan penyampaian

perkhidmatan pelanggan berasaskan teknologi elektronik dengan

meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. DKICT ini akan di

kemas kini setiap tahun bagi memastikan ianya sentiasa relevan untuk

dipatuhi;

6) Kekurangan kakitangan teknikal bagi membantu urusan harian dan

penyelenggaraan peralatan ICT di NRE juga merupakan isu dan

cabaran semasa. Kerosakan/ masalah berkaitan ICT boleh dikatakan

berlaku pada setiap hari dan perlu diambil tindakan segera bagi

membaikinya. Sehubungan itu, beberapa kaedah dan pendekatan

telah diambil dan dicadangkan seperti mewujudkan sistem aduan dan

pinjaman peralatan ICT secara atas talian dan juga cadangan untuk

mengadakan kelas/ bengkel asas teknikal bagi memberikan

pengetahuan asas ICT dan teknikal kepada semua pengguna. Ia

diharap dapat menjadikan pengguna lebih berdikari dan tidak terlalu

bergantung berkaitan masalah ICT; dan

7) Pengurusan pusat data ICT yang bersepadu dan menyeluruh perlu

dilakukan bagi memastikan keupayaan dan keselamatannya adalah

pada tahap yang optimum. Pusat data ini penting kerana ia merupakan

tulang belakang kepada segala urusan penyimpanan maklumat dan

data dalam bentuk maya dan digital. Bagi tujuan ini, keupayaan

keselamatan pusat data perlu dipertingkatkan dengan menaik taraf

sistem penyejuk yang lebih sesuai serta sistem pencegah kebakaran

yang dipertingkatkan bagi memberikan tindak balas yang cepat dan

tepat. Bagi memastikan data dan pengurusan maklumat yang sentiasa

terjamin maka satu Pusat Pengurusan Bencana (Data Recovery

Centre) telah diwujudkan di INSTUN yang berfungsi sebagai pusat

data sokongan sekiranya sesuatu malapetaka yang tidak dijangka

berlaku kepada pusat data di Putrajaya. Ini juga selaras dengan

keperluan dan pematuhan persijilan ISMS yang telah diperoleh. Ia

akan memastikan segala keperluan sistem sokongan ICT seperti mel

Page 573: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

572  

elektronik masih lagi berfungsi dan boleh digunakan walaupun pusat

data di Putrajaya mengalami bencana.

8) Perubahan teknologi yang pantas perlu menjadi satu keutamaan BPM

bagi memastikan peralatan, perisian, aplikasi dan kemudahan ICT

adalah yang terkini dan memenuhi spesifikasi piawaian yang telah

ditetapkan hingga ke peringkat antarabangsa. Pegawai dan kakitangan

BPM juga perlu sentiasa mendapat pendedahan dan latihan yang

diperlukan bagi memastikan pengetahuan dan kompetensi yang

dimiliki seiring dengan perubahan teknologi semasa.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Penggunaan peralatan dan perisian lama yang telah absolete dan tidak lagi

sesuai dengan teknologi semasa memerlukan penyelenggaraan dan

peningkatan dari semasa ke semasa yang melibatkan kos perolehan yang

tinggi.

1) Berlaku peningkatan kos dari segi penyelenggaraan dan penyediaan

kemudahan rangkaian dan pusat data yang baru bagi menyokong

Jabatan/ Agensi terbabit sekiranya berlaku perpindahan lokasi pejabat

tanpa dirancang. Pertambahan kos juga dijangka bagi perolehan

peralatan ICT untuk kegunaan pegawai atau kakitangan kontrak yang

pengambilannya tidak dirancang awal; dan

2) Perubahan teknologi yang berlaku dengan pantas boleh memberi

impak kepada pelaksanaan ini kerana melibatkan kos. Perpindahan

pengetahuan dan teknologi terpaksa dilakukan secara dalaman

sekiranya tiada peruntukan yang mencukupi untuk memastikan sumber

manusia teknikal sentiasa mempunyai pengetahuan dan keupayaan

terkini bagi memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Page 574: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

573  

f. Pengukuran Dan Petunjuk Prestasi

Pengukuran dan petunjuk prestasi adalah berdasarkan ketersediaan infrastruktur ICT.

Jadual: Petunjuk Prestasi ICT Tahun 2011-2015

TAHUN

PENGUKURAN

SASARAN

2011

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat Sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Mengekalkan penarafan bintang bagi portal NRE

1 sijil

5 bintang

2012

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat Sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Mengekalkan penarafan bintang bagi portal NRE

1 sijil

5 bintang

2013

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat Sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Mengekalkan penarafan bintang bagi portal NRE

1 sijil

5 bintang

2014

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat Sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Mengekalkan penarafan bintang bagi portal NRE

1 sijil

5 bintang

2015

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat Sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Mengekalkan penarafan bintang bagi portal NRE

1 sijil

5 bintang

g. Pelan Tindakan

Bagi menggiatkan dan meningkatkan infrastruktur dan infostruktur teknologi

pengurusan maklumat yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan

mudah lentur (flexible), maka tindakan yang dirancang adalah seperti berikut:

Page 575: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

574  

1) Pemantapan tadbir urus ICT. Bagi memantapkan tadbir urus ICT di

NRE, pengemaskinian berterusan setiap tahun perlu dilakukan pada

Pelan Strategik ICT/ICT Strategic Plan (ISP) Tahun 2011 - 2015, Buku

Panduan Tadbir Urus ICT dan juga DKICT supaya sentiasa relevan

dengan keperluan dan kehendak semasa;

2) Pemantapan pengurusan pusat data ICT NRE. Penambahbaikan

pengurusan pusat data ICT di NRE perlu dilakukan bagi memastikan

sijil ISMS yang diterima oleh BPM pada 3 September 2010 akan terus

diperoleh setiap tahun. Ini juga selaras dengan hasrat ISP untuk

mewujudkan pusat data ICT bersepadu di NRE yang pada masa ini

telah diwujudkan di INSTUN;

3) Pembangunan dan pelaksanaan rangkaian bersepadu. Mulai tahun

2011, MAMPU telah diberikan mandat untuk menguruskan semua

perkhidmatan WAN bagi semua Kementerian. Namun begitu, NRE

masih perlu untuk menyelaras dan membuat pemantauan secara dekat

berhubung keperluan sebenar WAN di setiap lokasi Jabatan/ Agensi

NRE. Ini kerana BPM masih lagi perlu memantau keperluan

perkhidmatan rangkaian setempat supaya selari dengan perkhidmatan

rangkaian luas yang akan disediakan;

4) Pemantapan integrasi sistem penyampaian. Perkhidmatan komunikasi

elektronik seperti mel elektronik merupakan perkhidmatan utama NRE

di mana NRE sangat bergantung rapat dengan perkhidmatan ini bagi

meningkatkan produktiviti kerja dan penyebaran maklumat. Pada masa

sekarang NRE dan Jabatan/ Agensi di bawahnya mempunyai sistem

mel elektronik masing-masing dengan infrastruktur berbeza. Dengan

pemantapan pengurusan kemudahan mel elektronik yang bersepadu

ini dijangka dapat mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan

yang menguntungkan kerajaan dalam jangka masa panjang;

5) Perancangan, pembangunan dan pelaksanaan pengurusan maklumat

(knowledge management) yang seragam, selaras dan bersepadu.

Page 576: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

575  

Pada masa ini maklumat berkaitan sumber asli dan alam sekitar diurus

secara berasingan di setiap Jabatan/Agensi NRE. Satu bentuk

pengurusan maklumat perlu diwujudkan bagi memastikan maklumat

tersebut dapat diperoleh dengan cepat dan membantu pengurusan

atasan NRE membuat keputusan. Portal NRE adalah merupakan satu

langkah awal ke arah itu dan masih banyak tindakan yang perlu

dilaksanakan bagi menjayakan hasrat NRE;

6) Pemantapan pengurusan risiko dan keselamatan maklumat. Bagi

mengatasi perkara ini satu DKICT telah diwujudkan di mana ia juga

merupakan salah satu perkara yang dititikberatkan dalam pengiktirafan

ISMS. Ia akan ditambah baik dengan mewujudkan prosedur khusus

yang perlu dipatuhi sekiranya ditimpa sesuatu bencana;

7) Pemantapan pengurusan program khidmat pengguna ICT. Peralatan

sokongan pengguna seperti komputer dan pencetak perlu ditingkatkan

daripada masa ke semasa supaya relevan dan boleh digunakan

selaras dengan peningkatan aplikasi semasa yang memerlukan

peralatan ICT yang berkeupayaan lebih tinggi. NRE juga mempunyai

banyak aplikasi automasi pejabat yang perlu diuruskan seperti

NRE*Rekod yang perlu diselaraskan bagi memastikan perkongsian

maklumat dan sumber rujukan berkenaan berjalan lancar; dan

8) Pengukuhan dan pemantapan Portal NRE. Portal NRE merupakan

satu aplikasi yang sangat kritikal bagi NRE. Ia merupakan gerbang

kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada NRE yang juga

merupakan pusat rujukan maklumat berkaitan sumber asli dan alam

sekitar. Oleh yang demikian, sekurang-kurangnya tahap ketersediaan

pada 95% dipastikan oleh Portal NRE untuk menjaga imej

perkhidmatan awam dan juga memudahkan capaian setiap masa.

Page 577: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

576  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

3

PEMBANGUNAN

BP

A. LATAR BELAKANG

Bagi membolehkan semua pihak menguruskan projek pembangunan dengan

cekap serta membuat perancangan yang realistik, Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) telah mengeluarkan Garis Panduan

Pertama dan Kedua RMKe-10 dengan pelaksanaan projek-projek dalam

RMKe-10 adalah secara Rolling Plan dua (2) tahun.

BP, NRE bertindak sebagai moderator antara EPU, JPM dan NRE. Selaras

dengan visi Bahagian ini untuk menerajui pengurusan projek-projek

pembangunan Kementerian dengan cemerlang, Bahagian ini perlu

memastikan penyediaan perancangan projek-projek pembangunan NRE di

bawah Rancangan Lima Tahun (RMLT) secara Rolling Plan dua (2) tahun

dan Bajet Tahunan dilaksanakan dengan cekap dan sejajar dengan dasar

Kerajaan dan teras Kementerian, termasuk memastikan pemantauan dan

penilaian yang konsisten dilakukan terhadap pelaksanaan projek

pembangunan sama ada dari segi kemajuan kewangan dan fizikal. SPP II

pula digunakan secara optimum dalam membantu merancang, memantau

dan menilai projek-projek pembangunan.

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1 PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG HOLISTIK DAN BERKESAN

Page 578: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

577  

C. STATUS MASA KINI

Dari sudut perancangan, permohonan projek bagi tahun 2013 dan 2014,

taklimat permohonan projek telah diadakan pada Februari 2012 (bagi projek

bermula tahun 2013) dan Jun 2012 (bagi projek bermula tahun 2014) bagi

memberi pendedahan kepada Jabatan/ Agensi/ Bahagian berkenaan dengan

strategi permohonan projek pembangunan. Kemuncak kepada aktiviti

perancangan permohonan projek ini ialah permohonan projek dilaksanakan

melalui SPP II kepada EPU, JPM pada 30 Mac 2012 (bagi projek bermula

tahun 2013) dan 30 Jun 2012 (bagi projek bermula tahun 2014).

Pada tahun 2013, pihak EPU, JPM telah memberi ruang kepada Kementerian

untuk meneliti semula permohonan projek pada tahun 2014. Satu sesi

taklimat permohonan telah diadakan pada 6 Mac 2013 kepada Jabatan/

Agensi/ Bahagian bagi memberi penerangan berkenaan dengan strategi

permohonan projek baru mengikut keutamaan Jabatan/ Agensi/ Bahagian.

Permohonan projek tahun 2014 juga telah dilaksanakan melalui SPP II

kepada EPU, JPM pada 30 Mac 2013. Bagi permohonan projek tahun 2015,

satu sesi taklimat permohonan projek akan diadakan pada bulan Mei 2013.

Tarikh tutup permohonan bagi projek tahun 2015 melalui SPP II ialah pada

30 Jun 2013.

Dari sudut pemantauan projek pula, sebanyak 12 mesyuarat pemantauan

melibatkan pihak pengurusan tertinggi NRE telah diadakan sepanjang tahun

2012. Aktiviti pemantauan juga dilaksanakan melalui medium SPP II, lawatan

ke tapak projek terutamanya bagi projek yang bermasalah dan sesi data

cleaning yang dilaksanakan sepanjang tahun berdasarkan keperluan 

Manakala dari sudut penilaian pula, sebanyak 60 projek RMKe-9 dan RMKe-

10 yang telah siap sepenuhnya akan dibuat laporan penilaian outcome

melalui tiga buah bengkel yang diadakan pada setiap tahun. Bagi tahun

2012, sebanyak 66 buah projek telah dilaksanakan penilaian outcome. Selain

itu, setiap laporan penilaian outcome yang telah dibentangkan dan

Page 579: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

578  

dikemaskini selepas penambahan perlu dimuatnaik ke dalam Modul Penilaian

Outcome (MPO), SPP II.

D. ISU DAN CABARAN

Antara cabaran yang dihadapi oleh BP selaku penyelaras kepada

Bahagian/Jabatan/ Agensi ialah kesukaran mendapatkan kerjasama semasa

proses pengumpulan maklumat dan status semasa mengikut tempoh yang

ditetapkan oleh EPU, JPM. BP juga perlu menyelaras dan memantau

program/ projek pembangunan Bahagian/Jabatan/ Agensi bagi memastikan

ia menyokong kepada hala tuju NRE dan juga rancangan-rancangan yang

direncanakan oleh Kerajaan di dalam RMKe-10.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

1) Memantapkan pengurusan kewangan dan fizikal projek pembangunan

RMKe-10 melalui perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan

penilaian berkesan.

F. STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN

MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA : PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG

HOLISTIK DAN BERKESAN

1. Strategi Pelaksanaan

Memantapkan pengurusan kewangan dan fizikal projek pembangunan

RMKe-10 melalui perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian

berkesan.

Page 580: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

579  

a. Latar Belakang

Pengurusan projek pembangunan merupakan aspek yang penting dalam

memastikan pelaksanaan sesuatu projek berjalan lancar. Dua aspek utama

yang perlu ditekankan dalam pengurusan projek pembangunan adalah

prestasi kewangan dan prestasi fizikal. Objektif pengurusan projek pada

dasarnya adalah untuk memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual,

spesifikasi yang ditetapkan dengan peruntukan munasabah.

Sehubungan dengan itu, pengurusan kewangan projek pembangunan perlu

dilaksanakan dengan baik supaya dana yang telah diperuntukkan dapat

dibelanjakan sepenuhnya berteraskan konsep value for money dalam

melaksana dan menyiapkan sesuatu projek pembangunan. Prestasi fizikal

projek pembangunan pula perlu dipantau agar ia mengikut perancangan yang

dijadualkan bagi memastikan projek disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan

dan outcome dapat dinikmati oleh kumpulan sasar.

Bagi memastikan pengurusan projek pembangunan berjalan lancar, prestasi

kewangan projek pembangunan dipantau setiap minggu melalui pelaporan

yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan ICU,

JPM manakala prestasi fizikal dipantau melalui SPP II selaras dengan hasrat

ke arah kerajaan elektronik yang beraspirasikan teknologi multimedia.

Seterusnya, penglibatan pihak pengurusan atasan atau stakeholders dalam

pengurusan projek pembangunan turut membawa impak yang besar dalam

kemajuan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan. Justeru itu,

penglibatan pihak pengurusan atasan, kaedah pengurusan yang cekap dan

berkesan turut menjadi faktor pendorong kepada kejayaan pelaksanaan

sesuatu projek.

Page 581: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

580  

b. Matlamat

Objektif strategi ini ialah kawalan pengurusan projek dari segi kewangan dan

fizikal dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan Bahagian/Jabatan/

Agensi untuk berbelanja melalui mekanisme-mekanisme seperti berikut:

1) Mempertingkatkan penglibatan pihak pengurusan atasan dalam

pemantauan projek pembangunan melalui mesyuarat pemantauan dan

lawatan tapak projek

2) Mengoptimumkan penggunaan medium ICT di dalam pengurusan

projek pembangunan dengan memperkasakan maklumat atau data

projek.

c. Status Masa Kini

Pada tahun 2013, NRE menyasarkan untuk berada di kelompok sepuluh (10)

tertinggi di antara semua Kementerian bagi perbelanjaan siling RP3 dan

mencapai 95% bagi perbelanjaan peruntukan tahunan. Berdasarkan

rekod-rekod tahun sebelumnya, NRE sentiasa berjaya berada di kedudukan

10 terbaik dan berbelanja melebihi paras purata nasional.

Antara langkah diambil oleh NRE ke arah meningkatkan prestasi

perbelanjaan siling dan peruntukan tahunan ialah dengan mengadakan

mesyuarat bersama Bahagian/Jabatan/ Agensi berkaitan penyelarasan siling

dan peruntukan melibatkan agensi yang mengalami masalah kekurangan dan

lebihan peruntukan. Mesyuarat ini diadakan dari semasa ke semasa mengikut

keperluan. Selain itu, penyelarasan permohonan siling dan peruntukan

tambahan bagi projek-projek kritikal dan mendesak yang memerlukan

pembiayaan segera turut akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Hubungan dan kerjasama erat dengan Agensi Pusat juga akan diteruskan

dalam usaha memudahkan permohonan peruntukan dan meningkatkan

perbelanjaan projek pembangunan NRE.

Page 582: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

581  

Pihak pengurusan atasan turut menitikberatkan prestasi fizikal projek

pembangunan dan telah memainkan peranan yang proaktif dalam

pengurusan projek pembangunan sepanjang tahun 2012 melalui penglibatan

dalam mesyuarat pemantauan projek pembangunan seperti Mesyuarat

Jawatankuasa Tindakan Pembangunan NRE (JTPK) yang telah diadakan

sebanyak dua belas (12) kali. Malah, mesyuarat pemantauan khas projek

pembangunan yang melibatkan pihak pengurusan atasan atas inisiatif Ketua

Setiausaha NRE turut diadakan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Selain daripada mesyuarat projek, pihak pengurusan atasan NRE juga aktif

melaksanakan lawatan tapak projek bagi memastikan projek-projek

pembangunan berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual. Pada tahun

2012, sebanyak 68 kali lawatan projek yang melibatkan YB. Menteri dan

Ketua Setiausaha telah diadakan iaitu melepasi sasaran sebanyak 48 kali

setahun oleh pengurusan atasan NRE.

Bermula seawal tahun 2010, selaras dengan hasrat untuk mengaplikasikan

medium ICT di dalam pengurusan projek pembangunan, NRE telah

menggunakan SPP II sepenuhnya dalam mengurus projek-projek

pembangunan terutamanya dari aspek status kemajuan fizikal. Sehingga

akhir tahun 2012, NRE berjaya menjadikan SPPII sebagai medium utama

untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan projek-projek pembangunan.

Ini berhasil atas usaha NRE membuat pengemaskinian data dalam SPPII

dengan mengadakan sesi data cleaning dari masa ke semasa pada setiap

tahun mengikut keperluan.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh BP dalam menguruskan kewangan

dan fizikal projek pembangunan RMKe-10 ialah seperti berikut:

1) Membantu Bahagian/Jabatan/Agensi berhubung strategi dan

perancangan permohonan peruntukan tahunan;

2) Menyelaras pelaksanakan pindah siling dan pindah peruntukan dengan

mengambil kira keperluan dan kemampuan Bahagian/Jabatan/ Agensi;

Page 583: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

582  

3) Pemantauan projek-projek yang menerima perubahan atau

pertambahan siling dan perubahan peruntukan;

4) Penyelarasan skop projek dengan siling RMKe-10;

5) Penyediaan dan pengemaskinian unjuran perbelanjaan;

6) Urus setia mesyuarat pemantauan projek pembangunan iaitu

Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian

(JTPK) pada setiap bulan;

7) Mengadakan mesyuarat pemantauan khas projek pembangunan;

8) Mengadakan lawatan pemantauan mikro dan menyelaras lawatan

tapak projek setiap bulan untuk pihak pengurusan atasan;

9) Menyelaras pengemaskinian maklumat kewangan dan fizikal dalam

SPPII ;dan

10) Memastikan penyediaan laporan penilaian outcome disediakan bagi

projek-projek yang telah siap bagi menilai pelaksanaan projek.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan kecekapan

pengurusan kewangan dan fizikal projek pembangunan adalah seperti

berikut:

1) NRE mempunyai hubungan yang kukuh dengan Bahagian/Jabatan/

Agensi dan Agensi Pusat. Situasi ini memudahkan penyelarasan siling

dan peruntukan jika terdapat keperluan tambahan oleh

Bahagian/Jabatan/ Agensi. Hal ini dapat memastikan prestasi

perbelanjaan berada pada tahap yang baik dan mengelakkan

berlakunya shortfall pada penghujung tahun. Imej NRE yang positif

Page 584: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

583  

berdasarkan prestasi perbelanjaan peruntukan yang baik sepanjang

tahun 2011 dan 2012 boleh dijadikan sebagai penyumbang kepada

kepercayaan Agensi Pusat untuk memberikan peruntukan tambahan

bagi projek pembangunan yang memerlukan pembiayaan segera;

2) Komitmen Kerajaan dalam Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan

Pencapaian Diutamakan perlu dilihat oleh NRE sebagai faktor

penyokong dalam permohonan peruntukan bagi projek pembangunan

yang berkaitan keperluan dan kepentingan rakyat. Dalam masa yang

sama juga, NRE perlu menyerap gagasan tersebut sebagai suatu

platform ke arah peningkatan prestasi operasi dan perkhidmatan,

termasuk dalam usaha-usaha meningkatkan prestasi perbelanjaan

siling dan peruntukan tahunan;

3) Kelewatan pelaksanaan projek disebabkan oleh kegagalan pihak

kontraktor merupakan antara isu yang sering dihadapi oleh

Bahagian/Jabatan/ Agensi di bawah NRE. Sehubungan itu, pelantikan

kontraktor yang sesuai dan berkemampuan dalam melaksanakan

projek-projek pembangunan yang diluluskan perlu ditekankan bagi

memastikan projek-projek dapat dijalankan dengan lancar dan

disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan; dan

4) Maklumat kewangan dan fizikal yang tidak tepat dan terkini dalam

SPPII dengan maklumat di tapak projek. BP perlu sentiasa memberi

peringatan kepada pegawai bertanggungjawab bagi setiap

Bahagian/Jabatan/ Agensi bagi memastikan maklumat – maklumat di

dalam SPPII sentiasa tepat dan terkini agar boleh digunakan pada bila-

bila masa sekiranya diperlukan.

Page 585: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

584  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini ialah seperti berikut:

1) menguruskan siling peruntukan dan bajet tahunan RMKe-10 bagi

mencapai prestasi kewangan yang baik; dan

2) memantau prestasi fizikal projek-projek RMKe-10 agar dilaksanakan

mengikut spesifikasi dan jadual ditetapkan.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Bagi RMKe-10, NRE menyasarkan pencapaian prestasi kewangan dan fizikal

projek-projek pembangunan seperti berikut:

Jadual 134:

Sasaran Prestasi Pelaksanaan Projek, Kedudukan Perbelanjaan Siling dan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Projek RMKe-10

TAHUN PRESTASI

PELAKSANAAN PROJEK

KEDUDUKAN PERBELANJAAN

SILING

PRESTASI PERBELANJAAN

PERUNTUKAN

2012 95% daripada

keseluruhan

jumlah projek

dilaksanakan

mengikut jadual

Berada di kedudukan

sepuluh (10) tertinggi

di antara Kementerian

Perbelanjaan melebihi

95% daripada

peruntukan diberikan

2013

2014

2015

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi pengurusan kewangan projek pembangunan

RMKe-10 direalisasikan, pelan-pelan tindakan yang dirancang adalah seperti

berikut:

1) bersedia untuk melaksanakan pindah siling dan pindah peruntukan

dengan mengambil kira keperluan dan kemampuan Bahagian/

Jabatan/ Agensi untuk berbelanja berdasarkan keperluan;

Page 586: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

585  

2) melaksanakan pemantauan projek-projek yang telah dilakukan

perubahan siling dan peruntukan;

3) membuat penyelarasan skop projek dengan siling projek yang

diluluskan dalam tempoh RMKe-10;

4) menyedia dan mengemaskini unjuran perbelanjaan yang realistik;

5) menyediakan takwim mesyuarat pemantauan projek pada awal tahun;

6) memastikan pihak pengurusan atas melaksanakan lawatan tapak

projek setiap bulan selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh

Agensi Pusat;

7) menyediakan takwim pelaksanaan Sesi Data Cleaning bagi

mengemaskini maklumat-maklumat kewangan dan fizikal dalam SPPII

mengikut keperluan; dan

8) menyediakan takwim perancangan bengkel-bengkel Penilaian

Outcome. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 587: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

586  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

4

KOMUNIKASI KORPORAT

UKK

A. LATAR BELAKANG

Unit Komunikasi Korporat (UKK), NRE ditubuhkan pada 1 April 2009 atas

arahan Jabatan Perkhidmatan Awam. UKK NRE diketuai oleh Ketua Unit

Gred 54 (Terbuka). Selaras dengan itu, semua perjawatan Seksyen

Perhubungan Awam yang diletakkan di bawah Bahagian Perancangan

Korporat telah dipindahkan ke Unit Komunikasi Korporat.

UKK bertanggungjawab untuk :

1) merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti publisiti dan

promosi bagi setiap dasar;

2) menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang

strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media;

3) mendokumentasikan bahan program, aktiviti serta majlis rasmi

Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan bagi tujuan edaran

dan rujukan pihak awam dan media; dan

4) memantau dan mengurus maklum balas bagi aduan dan menguruskan

maklum balas kepuasan pelanggan.

Page 588: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

587  

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1

PENGURUSAN FUNGSI KOMUNIKASI KORPORAT YANG EFISIEN

DAN EFEKTIF

C. STATUS MASA KINI

Berdasarkan kepada fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab UKK,

pencapaian bagi tahun 2012 boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama

seperti berikut:

1) Bagi komponen perhubungan awam dan media, UKK telah

melaksanakan pelbagai aktiviti “Smart Partnership” yang strategik

antara Media dan Pengamal Perhubungan Awam di peringkat

Kementerian beserta Jabatan/Agensi di bawahnya. Antara aktiviti yang

dijalankan adalah Program Kembara Bersama Media Lapan (8 siri),

Lawatan Mesra ke Pertubuhan Media (RTM dan Bernama), Liputan

Khas Projek Panda, Liputan Khas Lawatan Kerja YB Menteri, Liputan

Media bagi majlis rasmi Kementerian (60 kali) dan liputan foto bagi

semua majlis rasmi Kementerian serta lawatan rasmi pengurusan

tertinggi (165 kali) juga telah berjaya dilaksanakan pada tahun

tersebut.

2) Selain itu, bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme dalam bidang

perhubungan Awam, UKK juga turut menganjurkan program-program

latihan. Antaranya ialah Bengkel Fotografi, Bengkel Pengurusan Acara,

Bengkel Penulisan Organisasi dan Bengkel Etika dan Penampilan Diri.

3) Bagi komponen Pengurusan Aduan, pihak UKK melaksanakan

pengurusan aduan melalui penyelarasan maklumbalas daripada

Page 589: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

588  

Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Bagi tahun 2012,

jumlah pencapaian bagi penyelesaian aduan secara keseluruhan

adalah sebanyak 98.6%. Prestasi ini dicapai melalui inisiatif Mesyuarat

Jawatankuasa Pengurusan Aduan yang telah diadakan sebanyak tiga

kali setahun, komitmen melalui penetapan Key Performance Indicators

Ketua Komunikasi Korporat sebanyak 95% untuk penyelesaian aduan

dalam tempoh 15 hari, Laporan bulanan kepada Panel Pemantauan

Perkhidmatan Awam, Biro Pengaduan Awam dan pembentangan

prestasi aduan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan serta

penyelarasan melalui Mesyuarat Task Force Pengurusan Aduan.

Manakala, dalam usaha meningkatkan kemahiran Pegawai

Perhubungan Aduan, Bengkel Pengurusan Aduan dan Ekspektasi

Pelanggan juga telah turut dilaksanakan.

4) Bagi komponen Pengurusan Ekspektasi Pelanggan, UKK telah

melaksanakan kajian untuk mendapatkan maklum balas daripada

pelanggan melalui Customer Satisfaction Survey (CSS). CSS

dilaksanakan secara manual dan atas talian melalui portal NRE.

Laporan maklum balas ini dilaporkan dan dibentangkan dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan. Selain itu, sebagai

usaha untuk menambahbaik hubungan dengan stakeholder, UKK turut

menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan sebanyak enam (6)

kali dan menjalankan Kajian Maklumbalas sebanyak tiga (3) kali bagi

mendapatkan maklum balas pelanggan Satu Bengkel Petugas Barisan

Hadapan juga telah dianjurkan.

Page 590: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

589  

D. ISU DAN CABARAN

Antara isu dan cabaran yang dapat dikenalpasti dalam melaksanakan

tugasan UKK adalah seperti berikut :

1) Komponen Pengurusan Media

Terdapat keperluan untuk meningkatkan imej Kementerian dan Jabatan

di media cetak dan elektronik melalui penerbitan artikel, advertorial dan

sebagainya. Pelaporan positif mengenai kejayaan dan usaha yang telah

dijalankan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi di bawahnya bakal

menyumbang kepada imej organisasi yang lebih baik.

2) Komponen Pengurusan Aduan

Ekspektasi yang semakin meningkat di kalangan orang awam terhadap

keperluan untuk menjawab aduan atau memberikan maklum balas

dengan kadar segera. Ini sejajar dengan ruang yang terbuka begitu luas

dalam mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan, cadangan

mahupun kritikan dan keterbukaan yang bersesuaian dengan konsep

”No Wrong Door Policy”.

3) Komponen Pengurusan Ekspektasi Pelanggan

Cabaran untuk mendapatkan maklumat dan maklumbalas yang telus

daripada pelanggan dalam sample untuk penyediaan Kajian Kepuasan

Pelanggan bagi menghasilkan laporan yang lengkap untuk

penambahbaikan dalam meningkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan di NRE.

Page 591: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

590  

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Strategi pelaksanaan terbahagi kepada tiga iaitu mengurus dan

memantapkan perhubungan media, aduan dan pelanggan di peringkat

Kementerian dan Jabatan/Agensi secara strategik.

1. Strategi pertama : Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak

media melalui penerbitan artikel dan liputan khas yang positif melalui

pelaksanaan dalam Pelan Perancangan Komunikasi Strategik dan

Media.

2. Strategi kedua : Meningkatkan dan menambahbaik prestasi

pengurusan aduan di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

beserta Jabatan dan Agensi.

3. Strategi ketiga : Merancang dan mengenalpasti mekanisme

pengurusan pelanggan dengan peningkatan secara tahunan serta

melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan berdasarkan

maklumbalas yang diterima

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 8: PENGURUSAN FUNGSI KOMUNIKASI KORPORAT

YANG EFISIEN DAN EFEKTIF

1. Strategi Pelaksanaan 1

Meningkatkan kerjasama strategik dengan pihak media melalui penerbitan

artikel dan liputan khas yang positif berdasarkan Pelan Perancangan

Komunikasi Strategik dan Media.

Page 592: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

591  

a. Latar Belakang

UKK, NRE bertanggungjawab merancang, melaksanakan, memantau dan

menilai usaha-usaha hebahan dan promosi berhubung program dan aktiviti di

NRE. Justeru itu, usaha promosi dan publisiti perlu dirancang dengan baik

supaya pelaksanaan aktiviti-aktiviti akan memberikan impak yang positif

terhadap imej NRE.

b. Matlamat

NRE mendapat liputan positif di media dengan penerbitan artikel atau

rencana penting berhubung pengurusan sumber asli dan alam sekitar.

c. Status Masa Kini

1) Hubungan strategik dengan media, kerajaan dan Pertubuhan Bukan

Kerajaan amat penting dalam usaha untuk mendapatkan liputan positif

mengenai program dan aktiviti NRE. Menerusi jaringan smart

partnership ini, manfaat boleh diperolehi oleh kedua-dua belah pihak

dan seterusnya menyumbang kepada liputan berita yang positif.

2) Pada tahun 2012, sebanyak tiga (3) aktiviti yang dirancang telah

dilaksanakan bagi mengeratkan jaringan kerjasama antara NRE dan

pihak media. Aktiviti tersebut ialah Lawatan ke Pertubuhan Media

(Bernama dan Radio Televsiyen Malaysia), Program Kembara

Bersama Media dan penerbitan 40 artikel mengenai majlis dan isu

kementerian.

Berdasarkan kepada sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012,

sebanyak 60 Nota kepada pengarang telah diedarkan kepada media

bagi tujuan liputan media. Pencapaian KPI bagi nota kepada

pengarang menunjukkan kadar peningkatan hampir 30%.

Page 593: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

592  

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

1) imej yang baik adalah amat penting bagi sesebuah organisasi dalam

konteks ini, terutamanya pemaparan berita-berita negatif boleh

menjejaskan imej NRE. Justeru, adalah penting program dan aktiviti

NRE mendapat liputan positif kerana liputan berita dapat membantu

dari segi pembinaan imej yang baik dan berkredibiliti; dan

2) antara faktor yang menyukarkan usaha-usaha untuk mendapatkan

liputan positif adalah kekangan peruntukan. Ini berikutan setiap usaha

promosi melibatkan kos yang tinggi. Kekurangan peruntukan akan

menghadkan usaha untuk mendapatkan liputan luas terutamanya di

media elektronik.

Secara umumnya, sehingga kini aktiviti yang berbentuk kerjasama

strategik bersama media adalah amat kurang berikutan sumber yang

terhad termasuk kekurangan tenaga kerja dalam melaksanakan

aktiviti.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

1) Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini ialah proses dalaman

yang memberi tumpuan kepada penyediaan bahan dan maklumat yang

menjadi asas kepada usaha untuk mendapat liputan yang positif; dan

2) Keperluan untuk peruntukan yang mencukupi bagi menjalin hubungan

strategik dengan media dan aktiviti-aktiviti hebahan dan promosi.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2012 hingga 2015, UKK menyasarkan jumlah penerbitan berita

positif mengenai Kementerian berserta Jabatan dan Agensi adalah seperti

berikut:

Page 594: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

593  

Jadual 135: Sasaran jumlah Penerbitan Artikel Berita Positif NRE 2012-2015

g. Pelan Tindakan

Bagi mendapatkan liputan yang positif, maka pelan tindakan media yang

dirancang adalah seperti berikut:

1) menyediakan peruntukan untuk aktiviti bersama media dan hebahan

promosi yang mencukupi;

2) merancang penambahan aktiviti-aktiviti yang dapat merapatkan

hubungan mesra dengan pihak media; dan

3) menyediakan artikel untuk penerbitan media.

2. Strategi Pelaksanaan 2

Meningkatkan dan menambahbaik prestasi pengurusan aduan di

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar beserta Jabatan dan Agensi.

a. Latar Belakang

Sejajar dengan PKPA Bil. 1/2009: Penambahbaikan dalam Pengurusan

Aduan, tempoh pengurusan aduan telah dipendekkan daripada 41 hari

kepada 15 hari bekerja. Justeru itu, tempoh penyelesaian aduan perlu ditepati

asalkan tidak melibatkan aduan yang melibatkan kes-kes yang memerlukan

siasatan lanjut.

TAHUN JUMLAH SASARAN

2012 24

2013 36

2014 48

2015 60

Page 595: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

594  

b. Matlamat

Mencapai tahap penyelesaian melepasi 95% peratus ke atas bagi tempoh

penyelesaian aduan dalam tempoh 15 hari bekerja.

c. Status Masa Kini

Merujuk kepada pencapaian jumlah aduan yang berjaya diselesaikan dalam

tempoh 15 hari berdasarkan kepada Laporan Mesyuarat Panel Pemantauan

Perkhidmatan (3P) NRE bagi tahun 2012 adalah sebanyak 99.8%. Manakala

Laporan Biro Pengaduan Awam 2012 melaporkan jumlah penyelesaian

aduan Kementerian/ Jabatan/ Agensi adalah sebanyak 98.9%.

d. Isu dan Cabaran

Antara isu dan cabaran yang dikenal pasti adalah seperti berikut :

1) penerimaan maklum balas aduan yang lewat terutamanya bagi aduan-

aduan yang melibatkan isu-isu yang terletak di bawah bidang

pentadbiran kuasa negeri;

2) tempoh penyelesaian aduan yang singkat bagi aduan kompleks

merupakan cabaran dalam pengurusan aduan;

3) ekspektasi stakeholder dan pengadu semakin meningkat dan desakan

supaya penyelesaian aduan dilaksanakan dengan kadar segera; dan

4) kemunculan dan perkembangan laman sosial dan media-media baru

telah membuka ruang bagi penyaluran aduan menerusi pelbagai

saluran yang memerlukan tindakan segera daripada Pegawai-pegawai

Perhubungan Aduan di peringkat Kementerian beserta Jabatan dan

Agensi di bawahnya.

Page 596: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

595  

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini ialah untuk meningkatkan

kepuasan pelanggan dengan memberi tumpuan kepada tempoh penyelesaian

aduan dalam tempoh 15 hari.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2012 hingga 2015, UKK menyasarkan jumlah kadar pencapaian

penyelesaian aduan dalam tempoh 15 hari seperti berikut:

Jadual 136: Sasaran Pencapaian Penyelesaian Aduan

Dalam Tempoh 15 Hari Bagi Tahun 2012 -2015

*Penjelasan:

Penetapan sasaran 95% bagi tahun 2012 adalah berdasarkan penetapan prestasi

Key Performance Indicators Ketua Komunikasi Korporat.

g. Pelan Tindakan

Bagi mendapatkan kadar penyelesaian aduan dalam tempoh yang ditetapkan,

maka pelan tindakan yang dirancang adalah seperti berikut :

1) memastikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan NRE

beserta Jabatan serta Agensi yang dipengerusikan oleh Pegawai

Pemantau Aduan yang dilantik oleh Ketua Setiausaha dilaksanakan

TAHUN

JUMLAH SASARAN

2012 95 %

2013 96%

2014 97%

2015 98%

Page 597: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

596  

sebanyak tiga kali setahun berdasarkan takwim yang disediakan

secara tahunan;

2) memastikan isu-isu terpilih yang mendapat perhatian serta mendapat

arahan daripada YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan dibincangkan

dalam Mesyuarat Task Force Pengurusan Aduan yang diadakan

mengikut keperluan semasa;

3) Pematuhan Pegawai Pemantau Aduan dan Pegawai Perhubungan

Aduan di Kementerian, jabatan dan agensi mengikut Pekeliling

Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2012 :

Penambahbaikan dalam Pengurusan Aduan Awam dan Garis Panduan

Penyelesaian Aduan NRE Bagi Menangani Isu-Isu Aduan di Media

diluluskan oleh Ketua Setiausaha NRE bertarikh 31 Oktober 2012;

4) penyediaan laporan aduan secara berkala kepada Laporan Mesyuarat

Panel Pemantauan Perkhidmatan (3P), Biro Pengaduan Awam dan

Laporan Sukuan Key Performance Indicators prestasi penyelesaian

aduan Ketua Komunikasi Korporat serta pembentangan prestasi aduan

dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan dan Pengurusan mengikut

takwim mesyuarat;

5) meningkatkan kompetensi dan profesionalisme pegawai yang

bertanggungjawab dalam pengurusan aduan melalui penganjuran

Bengkel Pengurusan Aduan dan Ekspektasi Pelanggan.

6) mempromosikan penggunaan Sistem Pemantauan Aduan Agensi

Awam (I-SPAAA) sebagai saluran utama penerimaan aduan di

Kementerian bagi versi aduan atas talian sejajar dengan PKPA Bil.

1/2008, Pengurusan Pelanggan yang berkesan amatlah diberi

penekanan dan perhatian yang sewajarnya, terutamanya kepada

usaha untuk memenuhi ekspektasi pelanggan dan delighting the

customer.

Page 598: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

597  

3. Strategi Pelaksanaan 3

Merancang dan mengenalpasti mekanisme pengurusan pelanggan dengan

peningkatan sebanyak dua (2)% secara tahunan serta melaksanakan usaha-

usaha penambahbaikan berdasarkan maklumbalas yang diterima.

a. Latar Belakang

Sejajar dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun

2008 : Pengurusan Perhubungan Pelanggan, komponen ini diberi keutamaan

dan perhatian yang sewajarnya terutamanya dalam merealisasikan hasrat

kerajaan untuk “merakyatkan perkhidmatan awam”. Justeru, pelbagai inisiatif

telah dirancang dan dilaksanakan oleh NRE bagi memastikan pengurusan

pelanggan di Kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan semakin bertambah

baik antaranya ialah Penilaian Penarafan Bintang Mampu, Pemantauan

Piagam Pelanggan, Persijilan MS ISO 9001/2008, Program Hari Bertemu

Pelanggan dan pelaksanaan Kajian Kepuasan Pelanggan.

b. Matlamat

Mencapai ekspektasi pelanggan melalui peningkatan kadar kepuasan

pelanggan dan maklumbalas yang positif dari pelanggan.

c. Status Masa Kini

Berdasarkan kepada Kajian Kepuasan Pelanggan yang telah dilaksanakan

pada tahun 2012, tahap pencapaian yang dicapai oleh NRE bagi kepuasan

pelanggan ialah sebanyak 85% pelanggan menyatakan rasa berpuas hati dan

memberi maklum balas untuk tindakan penambahbaikan boleh dilaksanakan.

d. Isu dan Cabaran

Berdasarkan maklum balas yang dijalankan pada tahun 2012, didapati

pelanggan memberi maklum balas penambahbaikan seperti berikut :

Page 599: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

598  

1) keperluan untuk menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan di

Kementerian, jabatan dan agensi berikutan ekspektasi stakeholder dan

pelanggan yang semakin meningkat;

2) isu pemahaman bidang kuasa agensi kerajaan di kalangan pelanggan;

dan

3) kesukaran untuk mendapatkan maklumbalas yang dapat meningkatkan

penyampaian perkhidmatan di Kementerian.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini ialah memberi tumpuan

kepada pengurusan perhubungan pelanggan terhadap mutu perkhidmatan

yang disediakan serta menambah baik tahap pengurusan pelanggan di

Kementerian.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Pada tahun 2012 hingga 2015, UKK menyasarkan jumlah kadar peningkatan

Kajian Kepuasan Pelanggan seperti berikut :

Jadual 137:

Sasaran Peningkatan Kajian Kepuasan Pelanggan 2012-2015

TAHUN

JUMLAH SASARAN

2012 85%

2013 87%

2014 89 %

2015 90%

Page 600: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

599  

*Penjelasan :

Penetapan sasaran 85% bagi tahun 2012 adalah berdasarkan kepada

prestasi Laporan Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar.

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan pencapaian peningkatan kadar kepuasan pelanggan, pelan

tindakan yang dirancang adalah seperti berikut :

1) memperluaskan sampel Kajian Kepuasan Pelanggan melalui pelbagai

saluran seperti portal, facebook dan twitter untuk mendapatkan

maklumbalas yang dapat membantu ke arah peningkatan imej

Kementerian; dan

2) melaksanakan program Hari Bertemu Pelanggan dan kajian Maklum

balas Pelaksanaan Hari Bertemu Pelanggan untuk penambahbaikan

dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 601: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

600  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

6

AUDIT DALAM

UAD

A. LATAR BELAKANG

Unit Audit Dalam

Unit Audit Dalam (UAD), NRE telah ditubuhkan pada Mac 2004 selaras

dengan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. UAD

bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha NRE.

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1

PENGURUSAN PENGAUDITAN YANG CEMERLANG.

C. STATUS MASA KINI

Pengauditan yang dilaksanakan adalah berdasarkan Rancangan Kerja

Tahunan (RKT) yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha NRE dan dihantar ke

Kementerian Kewangan sebelum 31 Januari setiap tahun selaras dengan

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9 Tahun 2004. Pengauditan yang

dijalankan merangkumi Pengauditan Pengurusan Kewangan, Penampilan

Audit / Pemeriksaan Mengejut, Pengauditan Prestasi, Pengauditan ICT dan

Pengauditan Susulan.

Page 602: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

601  

D. ISU DAN CABARAN

UAD telah mengenal pasti antara isu dan cabaran dalam mencapai matlamat

yang ditetapkan seperti berikut :

1) Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi

serta Rancangan Malaysia yang kesepuluh (RMK10) dan Kesebelas

(RMK11) menuntut usaha yang lebih gigih daripada semua pihak iaitu

kerajaan, swasta dan rakyat bagi membangunkan negara ke arah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, progresif, adil,

berdaya tahan dan berdaya saing. UAD berperanan untuk memastikan

pelaksanaan program dan aktiviti serta pengurusan wang awam

dilakukan dengan cekap, berkesan, berhemah di samping

meningkatkan akauntabiliti dan integriti sektor awam;

2) Sistem Penarafan Indeks Akauntabiliti (AI) dapat meningkatkan budaya

akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam dan mengubah

persepsi umum tentang ketidakcekapan Jabatan/ Agensi menguruskan

wang awam dengan mengambil tindakan proaktif untuk memperbaiki

kualiti pengurusan mereka dari segi pematuhan kepada segala

peraturan dan prosedur kewangan; dan

3) Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan

program dan projek Kerajaan yang telah diluluskan dalam bajet di

bawah RMK-10 dapat melaksanakannya dengan secara berhemah,

mendapat value for money dan menghasilkan outcome dan impak yang

positif kepada golongan sasaran.

Page 603: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

602  

E. STRATEGI PELAKSANAAN

UAD telah mengenal pasti antara isu dan cabaran dalam mencapai matlamat

yang ditetapkan iaitu seperti berikut :

1) Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi

serta Rancangan Malaysia yang kesepuluh (RMK10) dan Kesebelas

(RMK11) menuntut usaha yang lebih gigih daripada semua pihak iaitu

kerajaan, swasta dan rakyat bagi membangunkan negara ke arah

menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, progresif adil,

berdaya tahan dan berdaya saing. UAD berperanan untuk memastikan

pelaksanaan program dan aktiviti serta pengurusan wang awam

dilakukan dengan cekap, berkesan dan berhemah di samping

meningkatkan akauntabiliti dan integriti sektor awam;

2) Sistem Penarafan Indeks Akauntabiliti (AI) dapat meningkatkan budaya

akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam dan mengubah

persepsi umum tentang ketidakcekapan Jabatan/Agensi menguruskan

wang awam dengan mengambil tindakan proaktif untuk memperbaiki

kualiti pengurusan mereka dari segi pematuhan terhadap segala

peraturan dan prosedur kewangan; dan

3) Pegawai Pengawal dan Ketua Jabatan/Agensi yang terlibat dengan

program dan projek Kerajaan yang telah diluluskan dalam bajet di

bawah RMK-10 dapat melaksanakannya dengan secara berhemah,

mendapat value for money dan menghasilkan outcome dan impak yang

positif kepada golongan sasaran.

Page 604: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

603  

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG

PENCAPAIAN MATLAMAT UTAMA

F1. MATLAMAT UTAMA 6: MEMBANTU PIHAK PENGURUSAN DALAM

MENILAI DAN MENENTUKAN TAHAP KEBERKESANAN KAWALAN

DALAMAN, PEMATUHAN TERHADAP UNDANG-UNDANG, PERATURAN

DAN PROSEDUR KEWANGAN, SUMBER DIGUNAKAN SECARA

EKONOMI, CEKAP DAN BERKESAN SERTA PROGRAM / AKTIVITI YANG

DILAKSANAKAN MENCAPAI MATLAMAT YANG DITETAPKAN

1. Strategi Pelaksanaan 1

Memantapkan keberkesanan pengauditan secara profesional dan bebas serta

menjadi pemangkin kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan kewangan

NRE dan semua Jabatan di bawah NRE selaras dengan Global

Transformation Programme (GTP).

a. Latar Belakang

Kerajaan telah memperkenalkan GTP bagi memacu transformasi ke arah

mencapai Wawasan 2020 dan menunaikan hasrat rakyat untuk mempunyai

Kerajaan yang memperjuangkan prinsip ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan’. GTP diwujudkan bagi mempertingkatkan

kemudahan perkhidmatan awam bagi manfaat rakyat Malaysia tidak kira

bangsa, agama dan latar belakang untuk merealisasikan konsep 1Malaysia.

Satu aspek penting dalam GTP adalah pengurusan prestasi penjawat awam

iaitu Menteri dan Pegawai Kerajaan dengan mengenal pasti bidang

keberhasilan utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan

seterusnya NKRA (peringkat Negara), MKRA (peringkat NRE), NKPI dan

MKPI yang telah menetapkan sasaran dan pelan tindakan yang akan

dilaporkan secara berkala.

Selaras dengan langkah yang diperkenalkan bagi GTP terutama di bawah

RMK-10 iaitu pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) dan 8 inisiatif

Page 605: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

604  

pembaharuan strategik memberi satu peranan yang lebih besar kepada UAD

di NRE. UAD mempunyai peranan yang amat penting untuk memberi maklum

balas yang timely, tepat dan saksama kepada stakeholders iaitu Kerajaan,

Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, pihak media dan rakyat jelata

mengenai sejauh mana kejayaan atau sebaliknya sesuatu perbelanjaan

Kerajaan telah dilakukan secara berhemah, mendapat value for money dan

menghasilkan outcome dan impak yang positif kepada golongan sasaran..

b. Matlamat

Mencapai kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan kewangan NRE dan

semua Jabatan di bawah NRE sekurang-kurang 3 bintang dalam penarafan

Indeks Akauntabiliti dan memastikan perbelanjaan diurus dengan cekap,

berhemah dan mencapai objektif yang ditetapkan.

c. Status Masa Kini

Rancangan Kerja Tahunan UAD 2012 telah dapat dilaksanakan seperti

berikut:

1) Pengauditan Pengurusan Kewangan telah berjaya dilaksanakan di 8

buah Jabatan/Agensi iaitu di Ibu Pejabat JMG, INSTUN, JUPEM,

Jabatan Taman Laut, Jabatan Alam Sekitar Johor, Jabatan Perhutanan

Kedah, Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan PERHILITAN

Terengganu;

2) empat (4) Program Pengauditan Prestasi telah dilaksanakan iaitu

Kajian Audit Terhadap Program Satu Negeri Satu Sungai di Jabatan

Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Kajian Audit Terhadap

Pengurusan Perlombongan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

(JMG), Kajian Audit Terhadap Pengurusan Perolehan Peralatan Bagi

Tujuan Kawalan Pelepasan dari Kenderaan Bermotor di Jabatan Alam

Sekitar Malaysia (JAS) dan Pengauditan Terhadap Sistem Pengurusan

Page 606: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

605  

Aset (SPA) di Jabatan – Jabatan Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar;

3) Program Penampilan Audit telah dilaksanakan melibatkan sebanyak 26

PTJ di 9 buah Negeri iaitu Negeri Sarawak, Perlis, Kedah,Labuan,

Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka serta Perak dan meliputi 7

buah Jabatan/Agensi iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM),

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Ketua

Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Mineral dan

Geosains (JMG) yang ada di Negeri berkenaan;

4) Program Pengauditan ICT yang telah dilaksanakan iaitu Pengauditan

Terhadap Sistem MINGEOSIS di Jabatan Mineral dan Geosains

Malaysia; dan

5) selain itu, sebanyak 2 program pengauditan susulan juga telah

dilaksanakan iaitu di Ibu Pejabat JPSM dan Bahagian Pentadbiran dan

Kewangan, NRE.

d. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah Pengauditan

Pengurusan Kewangan, Penampilan Audit, Pengauditan Prestasi

Pengauditan Susulan dan Pengauditan ICT dan dengan pemilihan tajuk yang

menjurus kepada objektif untuk mempertingkatkan kecekapan dan

keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan, pematuhan

Piagam Pelanggan/Norma Kerja dan juga bagi memastikan Jabatan/ Agensi

yang melaksanakan projek pembangunan mencapai objektif yang ditetapkan.

Page 607: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

606  

e. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Bagi tahun 2011 hingga 2015, UAD menyasarkan beberapa tindakan seperti

berikut :

Jadual 138: Sasaran Pencapaian Perancangan Audit 2011-2015

UKURAN

2011 2012 2013 2014 2015

Penyediaan Rancangan Kerja Tahunan dan

melaksanakan program/aktiviti utama iaitu

Pengauditan Pengurusan Kewangan,

Penampilan Audit/Pemeriksaan Mengejut di

PTJ/Pusat Kos, Pengauditan Prestasi/ ICT/

Siasatan Khas/ Pengauditan Susulan dan

Pra Pengauditan Al NRE

100%

100%

100%

100%

100%

f. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi untuk mempertingkatkan kecekapan dan

keberkesanan Sistem Penyampaian Kerajaan, pematuhan Piagam

Pelanggan/Norma Kerja dan juga untuk memastikan Jabatan/ Agensi yang

melaksanakan projek pembangunan mencapai objektif yang ditetapkan maka

pelan tindakan yang dirancang dalam tempoh 2011 hingga 2015 adalah

seperti berikut:

1) menyediakan perancangan kerja yang rapi melalui Rancangan Kerja

Tahunan yang disediakan meliputi pelaksanaan program pengauditan

utama iaitu meliputi pengauditan Pengurusan Kewangan, Penampilan

Audit/ Pemeriksaan Mengejut, Pengauditan Prestasi, Pengauditan

Susulan dan Pengauditan ICT/Siasatan dan;

Page 608: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

607  

2) melaksanakan Pra-Audit di Kementerian/Jabatan/Agensi supaya

mencapai sekurang-kurangnya penarafan 3 bintang dalam Penarafan

Indeks Akauntabiliti;

3) menjalankan Penampilan Audit/Pemeriksaan Mengejut di Pusat

Tanggungjawab (PTJ) di Jabatan/Agensi di peringkat Negeri yang

dipilih;

4) menjalankan Pengauditan Prestasi terhadap program/aktiviti yang

dipilih di Kementerian/Jabatan/Agensi; dan

5) menjalankan Pengauditan ICT/Siasatan terhadap program/ aktiviti

yang dipilih di Kementerian/Jabatan/Agensi

Page 609: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

608  

BIDANG UTAMA JABATAN

BERTANGGUNGJAWAB

7 UNDANG-UNDANG UUU

A. LATAR BELAKANG

Unit Undang-undang

Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan suatu kewajipan

ke atas Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah

Menteri dan mana-mana menteri mengenai apa-apa hal perundangan. Tugas

sebagai Penasihat Undang-undang kepada Kerajaan khususnya Yang

Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dilaksanakan oleh Unit

Undang-undang (UUU) NRE bagi pihak Peguam Negara.

B. MATLAMAT UTAMA

MATLAMAT UTAMA

1

PENGURUSAN ASPEK PERUNDANGAN YANG BERKUALITI,

PROFESIONAL DAN MENJAMIN KEPENTINGAN KERAJAAN

C. STATUS MASA KINI

Pada tahun 2012, UUU telah mengendalikan pelbagai perkara yang melibatkan

aspek perundangan termasuklah memberi pandangan/nasihat perundangan,

menyemak Perundangan Utama / Perundangan Subsidiari dan menyemak

perjanjian/ Memorandum Persefahaman.

Page 610: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

609  

D. ISU DAN CABARAN

UUU telah mengenal pasti antara isu dan cabaran dalam mencapai strategi

untuk memantapkan keberkesanan sistem penyampaian adalah seperti berikut:

1) mendapatkan maklumat serta dokumen yang lengkap sebelum

memberikan nasihat perundangan dalam masa yang ditetapkan;

2) menangani isu percanggahan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri;

3) masalah perubahan polisi yang melambatkan proses penggubalan

perundangan; dan

4) kesukaran memperoleh maklumat yang tepat daripada pihak-pihak yang

terlibat bagi tujuan siasatan kes secara berkesan sama ada sivil atau

jenayah seterusnya menjejaskan pembuktian di Mahkamah.

E. STRATEGI PELAKSANAAN

Memberi pandangan/nasihat perundangan dalam tempoh masa yang ditetapkan

selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat

kuasa.

F. STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN BAGI MENYOKONG PENCAPAIAN

MATLAMAT UTAMA

F2. MATLAMAT UTAMA 7: PENGURUSAN ASPEK PERUNDANGAN YANG

BERKUALITI, PROFESIONAL DAN MENJAMIN KEPENTINGAN KERAJAAN

Page 611: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

610  

1. Strategi Pelaksanaan 2

Memberi pandangan/ nasihat perundangan dalam tempoh masa yang ditetapkan

selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat

kuasa.

a. Latar belakang

Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan suatu kewajipan

ke atas Peguam Negara untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah

Menteri dan mana-mana menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang.

Tugas sebagai Penasihat Undang-undang kepada Kerajaan khususnya YB.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dilaksanakan oleh UUU bagi pihak

Peguam Negara.

Objektif UUU ialah memberi nasihat perundangan kepada Kementerian/Jabatan/

Agensi berkaitan perkara-perkara di bawah bidang kuasa NRE berdasarkan

peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang lain dengan

mengambil kira dasar Kerajaan/Kementerian/Jabatan/ Agensi dan kepentingan

awam supaya operasi Kementerian/Jabatan/ Agensi bertepatan dengan undang-

undang.

Peranan dan tugas UUU boleh dihuraikan seperti berikut :

1) memberi nasihat perundangan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi

selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang

berkaitan supaya operasi Kementerian/Jabatan/Agensi bertepatan dengan

undang-undang;

2) memberi nasihat mengenai perkara yang baginya NRE berhasrat untuk

mengawal selia dan menyediakan draf rang undang-undang mengenai

Page 612: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

611  

perkara tersebut (jika ada) untuk mencerminkan keputusan dasar yang

dibuat oleh Kerajaan/NRE dan mengemukakan draf rang undang-undang

kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk mendapatkan

kelulusannya;

3) membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki Menteri;

4) menggubal atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis

perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang dalamnya

Kerajaan merupakan suatu pihak bagi memastikan kepentingan Kerajaan

dilindungi;

5) membuat penyelidikan mengenai isu-isu semasa dan isu-isu yang

berkemungkinan akan timbul pada masa hadapan serta membuat

pembaharuan kepada mana-mana undang-undang yang sedia ada di

bawah NRE sekiranya perlu;

6) menjalankan pendakwaan bagi kesalahan di bawah perundangan NRE;

7) memberi ulasan terhadap Memorandum Jemaah Menteri yang

dikemukakan oleh NRE yang menyentuh peruntukan undang-undang di

bawah NRE; dan

8) menjadi ahli Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan dan Kumpulan

Pengurusan dan Professional Kementerian/Jabatan/Agensi.

b. Matlamat

Menyediakan pandangan/nasihat perundangan yang berkualiti tinggi, profesional

dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang, dasar-dasar

Page 613: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

612  

Negara/ Kementerian/ Jabatan/Agensi bagi menjamin kepentingan Kementerian

khususnya dan Negara amnya.

c. Status Masa Kini

Pencapaian KPI UUU bagi tahun 2012 adalah seperti berikut :

1) nasihat perundangan bertulis yang telah dikeluarkan oleh UUU dalam

tempoh 21 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat yang

diberikan lengkap adalah sebanyak 100%;

2) Perjanjian/Memorandum Persefahaman yang telah disemak oleh UUU

dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat

yang diberikan lengkap adalah sebanyak 87%; dan

3) Rang Undang-undang/Deraf Peraturan yang telah disemak oleh UUU

dalam tempoh 28 hari bekerja dengan syarat isu dasar dan polisi telah

diselesaikan di peringkat Kementerian/Jabatan/ Agensi adalah sebanyak

100%.

d. Isu dan Cabaran

UUU telah mengenal pasti antara isu dan cabaran dalam mencapai strategi

untuk memantapkan keberkesanan sistem penyampaian seperti berikut :

1) mendapatkan maklumat serta dokumen yang lengkap sebelum

memberikan nasihat perundangan dalam masa yang ditetapkan;

2) menangani isu percanggahan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri;

Page 614: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

613  

3) masalah perubahan polisi yang melambatkan proses penggubalan

perundangan; dan

4) kesukaran memperoleh maklumat yang tepat daripada pihak-pihak yang

terlibat bagi tujuan siasatan kes secara berkesan sama ada sivil atau

jenayah yang seterusnya menjejaskan pembuktian di Mahkamah.

e. Bidang-Bidang Tumpuan Yang Kritikal

Fokus utama di dalam pelaksanaan strategi ini adalah seperti berikut :

1) keperluan mendapatkan maklumat serta dokumen yang lengkap daripada

Kementerian/Jabatan/Agensi dengan kadar segera;

2) keperluan mencari jalan terbaik bagi tujuan keselarasan perundangan

antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Secara umumnya,

Kerajaan Negeri masih mempunyai kuasa sama ada untuk menerima pakai

cadangan Kerajaan Persekutuan atau tidak bagi perkara-perkara yang

dinyatakan di dalam Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan

Persekutuan;

3) keperluan mendapatkan polisi yang telah dimuktamadkan sebelum proses

penggubalan perundangan dibuat;

4) keperluan mendapatkan bukti yang kukuh bagi tujuan pengendalian sivil

atau jenayah.

f. Pengukuran dan Petunjuk Prestasi

Bagi tahun 2011 hingga 2015, UUU menyasarkan beberapa tindakan seperti

berikut :

Page 615: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

614  

Jadual 139: Sasaran Petunjuk Prestasi Utama 2011-2015

UKURAN

2011 2012 2013 2014 2015

Peratus nasihat perundangan bertulis

yang dikeluarkan dalam tempoh 21 hari

bekerja dengan syarat dokumen dan

maklumat yang diberikan adalah lengkap

82% 90% 90% 90% 90%

Peratus Perundangan Utama/

Perundangan Subsidiari yang disemak

dalam tempoh 28 hari bekerja dengan

syarat semua isu dasar dan teknikal telah

selesai

82% 88% 90% 90% 90%

Peratus perjanjian/ memorandum

persefahaman yang disemak dalam

tempoh 14 hari bekerja dengan syarat

dokumen dan maklumat yang diberikan

adalah lengkap

82% 88% 90% 90% 90%

g. Pelan Tindakan

Bagi memastikan strategi ini dicapai, berikut adalah beberapa pelan tindakan

yang digariskan :

1) mengadakan Mesyuarat Seliaan Penasihat Undang-Undang Kementerian

dan Jabatan di bawah seliaan NRE secara berkala iaitu 5 kali setahun;

Page 616: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

 

615  

2) mengadakan Mesyuarat Pelaporan Status Perundangan Utama/

Perundangan Subsidiari bersama Bahagian dan Jabatan di bawah seliaan

NRE secara berkala 4 kali setahun; dan

3) memantapkan sistem pemantauan rekod perjanjian memorandum

persefahaman untuk mengenalpasti status semakan oleh Penasihat

Undang-Undang.

 

Page 617: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEMASA (2010) SASARAN 2011

PENCAPAIAN SEBENAR 2011 2012 PENCAPAIAN SEBENAR

2012 2013 2014 2015

Pengurangan bilangan penduduk yang terjejas akibat banjir 390,000 200,000 324,061 / 34 Projek 350,000 330, 550 / 18 Projek 330,000 200,000 200,000

KPI BARU Bilangan sistem amaran banjir yang dibangunkan/ Bilangan pemasangan peralatan amaran banjir

0 0 0 0 0 15 18 20

KPI BARU Bilangan Peta Hazard Banjir yang dibangunkan 0 0 0 0 0 1 3 10

Penggubalan Dasar Sumber Air Negara disiapkan 0 0 0 1 1 0 0 0

1 1

Draf Awal RUU Sumber Air Negara

Bentang Parlimen

SEMASA (2010) 2011 PENCAPAIAN SEBENAR 2011 2012 PENCAPAIAN SEBENAR

2012 2013 2014 2015

(i) Bilangan kerjasama di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. 1 2 18 2 18 6 16 16

(ii) Bilangan kerjasama antara kementerian 0 1 3 1 3 4 1 1

(iii) Bilangan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam pengurusan sumber air

1 1 3 2 8 1 2 2

(iv) Bilangan kerjasama dengan IPT/NGO/badan korporat. 2 4 7 4 10 4 3 2

Bilangan maklumat asas sumber air di atas talian 8 2 22 2 30 2 2 2

PENGURUSAN AIR: BSASH, JPS, NAHRIM,

MATLAMAT 1: MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR DILAKSANAKAN SECARA LESTARI.

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA (PELAN STRATEGIK) STRATEGI UKURAN

KPI

PENGURUSAN AIR, GEOLOGI DAN TANAH

MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR DILAKSANAKAN SECARA LESTARI

Memperkukuhkan perhubungan dan kerjasama dalam forum nasional dan antarabangsa berkaitan sumber air.

(OK1 -1)

13 13 10 10 0 13

Draf Akhir RUU SAN

1Penggubalan Undang-undang Sumber Air Negara 0 0 0 0

14

PENGURUSAN AIR: BSASH, JPS, NAHRIM, MATLAMAT 1: MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR DILAKSANAKAN SECARA LESTARI.

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

KPI

PENGURUSAN AIR, GEOLOGI DAN TANAH

MEMASTIKAN TADBIR URUS PENGURUSAN SUMBER AIR DILAKSANAKAN SECARA LESTARI

Meningkatkan pengurusan banjir (OK1-1)

Memperkukuhkan pengurusan sumber air

(OK 1- 2)

Bilangan sungai terpilih yang meningkat kualiti airnya menggunakan pendekatan

Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM)

13

Page 618: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

KPI BARU Bilangan Peta Geospatial bagi sub lembangan sungai/ empangan terpilih 0 0 0

2 (Sg. Ayer

Kuning & Sg. Terap, Johor)

80% 3 4 4

Penetapan Keperluan Maklumat Pengurusan Sumber Air

(OK1 -1)

Page 619: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEMASA (2010) 2011 PENCAPAIAN SEBENAR 2011 2012 PENCAPAIAN SEBENAR

2012 2013 2014 2015

Bilangan hasil R&D yang dilaksanakan 1 3 3 NAHRIM 3 3 NAHRIM 3 (NAHRIM) 3 (NAHRIM) 3 (NAHRIM)

Bilangan penerbitan 82 6 NAHRIM (83 Artikel - 4 kategori) 6 NAHRIM (72 Artikel - 6

kategori) 6 (NAHRIM) 6 (NAHRIM) 6 (NAHRIM)

Bilangan Paten 0 1 1 (H-Block) 12 NAHRIM (Tropical

Rainforest Cloud Juice& Perisian Hidronamik)

3 (NAHRIM) 4 (NAHRIM) 4 (NAHRIM)

3 (NAHRIM) &

5 (JPS)

3 (NAHRIM) & 7 (JPS)

3 (NAHRIM) & 6 (JPS)

PENGURUSAN AIR, GEOLOGI DAN TANAH

PELAKSANAAN R&D BERKAITAN SUMBER AIR , MENINGKATKAN USAHA INOVASI DAN

PENCIPTAAN PRODUK SERTA PERKOMERSILAN

Melaksanakan R&D dan meningkatkan kolaborasi dan koordinasi dengan pihak

berkepentingan (OK1 -3)

Bilangan R&D yang dilaksanakan 26 3 22 - JPS (9) & NAHRIM (13) 3 9 - JPS (5)

& NAHRIM (4)

KPIPROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA (PELAN STRATEGIK) STRATEGI UKURAN

MATLAMAT 2 : PELAKSANAAN R&D BERKAITAN SUMBER AIR , MENINGKATKAN USAHA INOVASI DAN PENCIPTAAN PRODUK SERTA PERKOMERSILANPENGURUSAN AIR: BSASH, JPS, NAHRIM,

Page 620: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

Pelaksanaan projek-projek tebatan banjir melalui pendekatan Pengurusan Banjir Bersepadu (Integrated Flood Management -IFM). KajianNational Register of River Basins (JPS, 2003) menunjukkan kawasan mudah banjir (flood prone area ) di Malaysia adalah seluas 29,800 kmpersegi iaitu 9% daripada jumlah keluasan negara serta melibatkan seramai 5.7 juta penduduk dengan anggaran purata nilai kerosakanadalah RM1 bilion setahun.

Perangkaan Penduduk 2003 : 25.32 juta orang berdasarkan Unjuran penduduk berasaskan kepada Banci Penduduk dan Perumahan 2000.Banci Penduduk dan perumahan 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan meningkat sebanyak 10 juta (35.0%)kepada 38.6 juta pada 2040.(Sumber Jabatan Perangkaan Malaysia)

Pemasangan peralatan amaran Banjir bagi projek:2013 : Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sg. Segamat : Supply, Upgrade, Install, Testing and Commisioning Of Telemetry, Flood Surveillance, Flow Measurement And Siren System (8) & Lembangan Sungai Linggi (7)2014 : Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sg. Kerian/Sg. Kurau (Lembangan Sungai Linggi) -Pemasangan peralatan amaran banjir bagi projek Supply, Install, Testing & Commissioning Of Flood Monitoring And Warning System (18) 2015 : Menaiktaraf Sistem Amaran Dan Bahaya Banjir Untuk Negeri Pahang, Sabah & Sarawak (20)

Pelaksanaan Kajian Penyediaan Peta Hazard Banjir melalui pendekatan bukan struktur2013 : Peta Hazard Lembangan Sg. Pahang (Pahang)2014 : Peta Hazard Lembangan Sg. Langat (Selangor), Peta Hazard Lembangan Sg. Terengganu (Terengganu), Peta Hazard Lembangan Sg. Linggi (N. Sembilan)2015 : Lembangan Sungai Kuantan (Pahang), Lembangan Sungai Bernam (Selangor), Lembangan Sungai Perak (Perak), Lembangan Sungai Duyong (Melaka), Lembangan Sungai Juru (Pulau Pinang), Lembangan Sungai Larut (Perak), Lembangan Sungai Besut (Terengganu), Lembangan Sungai Kelantan (Kelantan), Lembangan Sungai Sarawak (Sarawak) & Lembangan Sungai Bandau,Kota Marudu (Sabah)

Pelaksanaan hasil Kajian Semula Kajian Sumber Air Negara (2000-2020) dan Formulasi Dasar Sumber Air Negara

Pelaksanaan IWRM melalui pendekatan IRBM2013 : IRBM Sungai Muar Johor, Negeri Sembilan, Melaka & Pahang2014 -2015 : IRBM Sungai Muar Sg. Terap, Johor & Sg. Air Kuning2014 & 2015 : Program 1N1S - 14 Negeri/ Wilayah Persekutuan

Pelaksanaan IWRM melalui pendekatan IRBM(2013: Kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam mengurusetiakan Majlis Sumber Air Negara (MSAN), Peningkatan Kualiti Air Tasik Taman Botani Perdana – Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar (KWPKB)/ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Komitmen Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) membantu Kerajaan Negeri secara percuma dalam Ujian kualiti Air (Jabatan Kimia Malaysia) dan Urusan Pemetaan dan Pemantauan Kawasan Tadahan Air (Agensi Remote Sensing Malaysia –ARSM)

Pelaksanaan IWRM melalui pendekatan IRBM (2013 :JV Malaysia & Singapore : Joint Ministerial Committee Meeting (JMC), Environmental Work Group Meeting (EWG), Technical Advisory Group Meeting (TAG) & Capasity Building Program for Malaysian Officials; dan Joint Technical Work Group Meeting (JTWG) Muara Sungai Golok)

Pelaksanaan IWRM melalui pendekatan IRBM (2013 : Kerjasama dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi:1) menghasilkan satu pelan strategik yang dapat membantu Kerajaan dalam memantapkan lagi pengurusan lembangan sungai di Malaysia; dan2) Menjalankan satu kajian bertajuk Study on the Current Status and Needs Assessment of Water Resources Research Malaysia bagi mengenal pasti jurang yang wujud dalam kajian sumber air dan keperluannya)2014 : DBKL, NGO dan ASM2015 : DBKL & NGO

Sistem Maklumat Asas (SMA8NRE)

INISIATIF (PDCA)

Pelaksanaan hasil Kajian Semula Kajian Sumber Air Negara (2000-2020) dan Formulasi Dasar Sumber Air Negara

INISIATIF (PDCA)

Pelaksanaan Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) di 13 buah negeri: Perlis (Sg. Perlis), Kedah (Sg. Petani), P.Pinang (Sg. Pinang), Perak (Sg. Kinta), Selangor & WPKL (Sg. Penchala), N. Sembilan (Sg. Temiang), Melaka (Sg. Melaka), Johor (Sg. Skudai), Pahang (Sg. Galing), Terengganu (Sg. Hiliran), Kelantan (Sg. Pengkalan Chepa), Sabah (Sg. Papar), Sarawak (Sg. Miri)

Page 621: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

Sistem Geoinformation for NRE (G4NRE)2012 : Sub Lembangan Sg Muar : Sg Terap, Johor & Sg. Ayer Kuning, Negeri Sembilan 2013 : Sub Lembangan Sg. Muar - Sg. Serom & Sg. Pagoh (Johor) 2013-2015 : Projek River of Life 2013-2015 : Empangan JPS 2014-2015 : Sg. Sepang Loi, Johor

Page 622: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

i) Mengenal pasti R&D yang boleh dilaksanakan 20131. Monitoring Of MSMA Eco-Hydrology At HTCKL 1 Laporan teknikal2. Upscaling Of MSMA Eco-Hydrology At Catchment Level (Sg. Langat)3. Erosion Risk Categorization Potential at Sg. Langat4. Monitoring Rainwater Harvesting Effectiveness in Pulau Perhentian5. Remediation of Pollution From Large Point Sources for Sg. Hiliran - MUWAREC

2013-20141. Impact on Reservoir Sediment & Water Quality at Sembrong Dam & Study on Agricultural Non Point Source Pollution in River

2014-2015 1. Pembinaan Upscaling of MSMA Stormwater Management Ecohydrology at Basin Level (Sungai Langat)2. Decision Support System (DSS) for MSMA Stormwater Management Ecohydrology (SME) at HTCKL and Upscaling MSMA-SME Langat River Basin3. Artificial Bio-Macropore for Enhancing Soil Infiltrability for Urban catchment at HTCKL and Langat River Basin 4. Rural River Rejuvenation (R3) Project at Sungai Jenderam, Sepang.5. Study on Performance of Gross Pollutant Trap (GPT) Trapping Devices versus Life Cycle Cost and Gross Pollutant Management Strategies Knowledge Portal Case Study Putrajaya6. Monitoring Performance of Demonstration Wastewater Treatment Plants at Sungai Hiliran and Perhentian Island, Terengganu

i) Mengaplikasikan hasil R&D untuk penambahbaikan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber air negara.- Future Hydro climate Database- Teknologi Meningkatkan Kualiti air tasik.- Sistem hidro informatik lembangan sungai

i) Meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan dan penyebaran hasil R&D- Laporan teknikal- Kertas kerja seminar/konferen- Jurnal- prosiding-droplets

i) Meningkatkan bilangan paten dan usaha pengkomersilan hasil R&D- Produk H-block dipatenkan- Produk H-block dikomersialkan- tropical rainforest cloud juice- warb core- SMARDRAT

INISIATIF (PDCA)

Page 623: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SASARAN SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR

2010 2013 2014 2015

Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan

Pengurangan pelepasan gas-gas Rumah Kaca (GHG)

Pembentukan long term roadmap bagi mengurangkan pelepasan

GHG

Menyediakan satu Laporan Interim

TB Inception Report

Inception Report (100%)

Final Report Deraf Final Report (90%)

Final Report TB TB

Membangunkan dokumen panduan dan rujukan yang mengenalpasti dan

menyenaraikan aktiviti-aktiviti pengurangan pelepasan GHG yang dapat menyumbang

kepada pencapaian masyarakat rendah karbon dalam jangka masa panjang

laporan akhir long term roadmap

Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan

Pengurangan pelepasan gas-gas Rumah Kaca (GHG)

Mengenal pasti pengurangan intensiti GHG sebanyak 40%

menjelang 2020 melalui aktiviti-aktiviti low hanging fruit  

25.26% 27.37% 27.37% 29.47% 29.47% 31.58% 33.68% 35.79%

Menjejaki kategori-kategori lain Low Hanging Fruit : 1. � Sektor Kecekapan Penggunaan Tenaga dalam Pembinaan Bangunan. 2. � Pengurusan Sisa Pepejal yang merangkumi kategori seperti kayu. kertas dan buangan

organik 3. � Sektor Tenaga Boleh Diperbaharui (FIT). 4. � Sektor

Pengangkutan (Kenderaan Hybrid).

Mengenal pasti pengurangkan

pelepasan GHG mengikut peratusan

sasaran tahunan

Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan

Pembangunan kerangka EPI Malaysia

PASPIPenyediaan Indeks Prestasi Alam

Sekitar MalaysiaTB TB TB

Penyediaan kerangka EPI Malaysia dan Laporan EPI

100%4 sesi

program seranta

TB TB

Penyediaan kerangka EPI Malaysia dan penganjuran program seranta

Laporan EPI Malaysia

Pengurusan Alam Sekitar, Biodiversiti dan Perhutanan

Memanfaatkan dana Global Environment Facility (GEF)

bagi faedah alam sekitar global

Mengenal pasti projek-projek yang dapat memberi faedah kepada alam sekitar global melalui dana yang diperuntukkan oleh GEF

kepada Negara

Peratusan dana GEF5 yang telah diluluskan oleh Sekretariat GEF bagi pelaksanaan projek yang

terpilih

TB 0% 41% 0% 61% 75% 100% TB

(1) Mewujudkan Jawatankuasa Teknikal danJawatankuasa Pemandu bagi mengenalpastiprojek-projek yang memberi faedah kepadaalam sekitar global berdasarkan kepadakeutamaan Negara. (2) Memberikan khidmatnasihat mengenai prosedur permohonandana GEF

Peratusan dana yang telah diluluskan oleh

GEF

MATLAMAT UTAMA 11: MASYARAKAT PRIHATIN

ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM 

Program peningkatan kesedaran alam sekita? NRE

Goes Green-Green Tips

Penerbitan buletin mengenai pengurusan alam sekitar dan

perubahan iklim

Bilangan Program yang dilaksanakan

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%

Menerbitkan buletin mengenai pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim: 1. �

Penubuhan Jawatankuasa Penerbitan bagi membuat perancangan awal penerbitan

buletin. 2. � Mengadakan mesyuarat editorial secara berkala. 3. � Mencetak dan

mengedarkan buletin kepada golongan sasaran. Melaksanakan Program Pendidikan Perubahan Iklim (CCLP): 1. � Menyediakan takwim CCLP. 2. � Menyediakan anggaran

bajet. 3. � Menetapkan topik

Pelaksanaan Program Pendidikan Perubahan

Iklim

KPI

SASARAN

PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN PERHUTANAN

BAHAGIAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (BPASPI)

KPI

2011 2012

MATLAMAT UTAMA 

PELAN STRATEGIKSTRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

Program Kementerian 

(PK)INISIATIF

Page 624: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR

Outcome Kementerian 

(OK)MATLAMAT UTAMA  STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN 2010 2013 2014 2015 INISIATIF

MATLAMAT UTAMA 4:MEMANTAPKAN AKTA KUALITI ALAM SEKELILING

1. Menggubal Peraturan Baru berkaitan Kawalan Punca Pencemaran Pepejal Terampai-OK2-5

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

2. Menggubal Peraturan Baru berkaitan juruaudit alam sekitar-OK2-5

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

3. Menggubal Peraturan Baru berkaitan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA)-OK2-5

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf perintah

4. Mengkaji semula Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 1987-OK2-5

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

5. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Pembawa Yang Ditetapkan)(Buangan Terjadual)201X di gazet

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

6. Pindaan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) Pindaan 201X

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf perintah

7. Menggubal deraf Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (E-waste Take Back Scheme/Extended Producer Responsibility) 201X

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

8. Perintah (Pembayaran SES Buangan) 201X

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf peraturan

9. Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Tanah Tercemar) 201X

(i) Tarikh perwartaan

- - 1 1 Memuktamadkan draf perintah

10. Pematuhan kepada peraturan Buangan Terjadual

94% 94% 94%

11. Penggubalan peraturan baru punca bukan industri - OK2-5

Draf peraturan kawalan pencemaran daripada aktiiti ternakan digubal

- - - - - - 1 - 1. Draf Peraturan dibentang ke Majlis Kualiti Alam Sekeliling2. Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Peraturan dijalankan3. Draf Peraturan dihantar ke AGC

12. Pelaksanaan ‘One NRE Enforcement Team ’ -OK2-5

Pembentukan One NRE Enforcement Team (1NET)

- - - - - - - -

Pelan Pembentukan 1NET

Bilangan premis menghasilkan effluen mengemukakan MDMR

- - - - 24% (berdasarkan

12, 132 premis yang

menghasilkan efluen)

75% 80% 85%

Peratus premis memasang CEMS di kilang kelapa sawit - - - - 94% 100% - -

14. Meningkatkan Pematuhan Industri Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) -OK2-5-(Baru)

Peratusan Pematuhan PYBDT - 93% 93% 95% 98% 94% 96% 97% 1. Mengenal pasti bilangan premis PYBDT yang sebenar wujud2. Mengemas kini maklumat tersebut dalam sistem inventori punca Jabatan3. Meningkatkan bilangan lawatan pemeriksaan bagi memastikan semua premis PYBDT

15. Meningkatkan kompetensi pegawai jabatan OK2-5-(Baru)

Analisis Keperluan Latihan (TNA)Pelan Operasi Latihan (POL)Bilangan kursus dilaksanakanBilangan personel JAS dilatihBilangan pakar pengurusan alam sekitar

1150

100018

1150

100018

1150

100018

1. Menyediakan POL Tahunan berasaskan TNA2. Melaksanakan kursus berdasarkan POL3. Mewujudkan kumpulan pakar dalam bidang pengurusan alam sekitar

16. Meningkatkan kompetensi personel industri dan jururunding OK2-5-(Baru)

Bilangan kursus untuk industri dilaksanakanBilangan personel industri dilatihBilangan kursus untuk jururundingBilangan jururunding yang dilatih

601200

4140

601200

4140

601200

4140

1. Membudayakan Amalan Kawalan Kendiri (self regulation)a. Orang Yang Berwibawa (Competent Person) dan Orang Yang Layak (Qualified)b. Melaksanakan kursus kompetensi untuk industric. Melaksanakan kursus kompetensi untuk jururunding

17. Meningkatkan amalan industri hijau di kalangan IKS

Bilangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah dilaksanakan audit Pengeluaran Bersih

27 25 36 25 36 10 10 10 1. Melaksanakan projek Bantuan Audit Pengeluaran Bersih kepada PKS2. Melaksanakan program kompetensi Pengeluran Bersih kepada pegawai JAS dan Juruaudit luar.3. Melaksanakan program promosi dan sebaran maklumat Pengeluaran Bersih.

Alam Sekitar (Pemantapan 

Pengurusan Alam Sekitar 

Terpelihara dan Biokeselamatan)

MATLAMAT UTAMA 5: MEMANTAPKAN AKTIVITI

PENGUATKUASAAN

13.Pelaksanaan self regulation-OK2-5

1. Menyemak semula bilangan sebenar premis yang melepaskan effluen yang tertakluk kepada AKAS 19742. Menggalakkan pihak industri melaksanakan program swakawal (self regulation).3. Menggubal peraturan sedia ada dan memasukkan peruntukan bagi arahan melaksanakan program-program swakawal 4.Pelaporan pematuhan terjadual dan peruntukan mengadakan personel terlatih serta peralatan pengawasan yang sesuai.

2011

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

SASARAN

2012

PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN PERHUTANANJABATAN ALAM SEKITAR (JAS)

Page 625: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

18.Pemodenan Prosedur dan Budaya Kerja JAS menggunapakai ICT Bilangan pejabat JAS dilengkapi peralatan Mobile GIS

Bilangan premis menukar kepada penggunaan Internet dalam CEMSBilangan pejabat JAS dilengkapi peralatan Mobile Enforcement SystemBilangan peralatan ICT dan GIS

Bilangan pembaharuan lesen (ICT & GIS)Bilangan kursus/latihan/bengkel ICT & GISBilangan program hands-on GISBilangan sistem untuk penambahbaikanBilangan audit pemantauan keselamatan ICTBil. peningkatan dan konsolidasi server di Ibu Pejabat

-'-

'-

227 komputer, 107 Printer

'-6 kursus

-'-

'-

90 komputer, 20 Laptop,40 Printer

'-11 kursus

-'-

'-

88 komputer, 20 Laptop,40 Printer

'-13 kursus

-'-

'-

180 komputer, 95 Laptop,113 Printer

'-13 kursus

-'-

'-

180 komputer, 95 Laptop,113 Printer

'-13 kursus

15 pejabat5 premis

5 pejabat

40 komputer, 43 Laptop, 28 Printer, 30 Rugged Mobile251 lesen12 kursus15 hands-on10 sistem1 audit1 peningkatan

15 pejabat5 premis

5 pejabat

60 komputer, 30 Laptop, 25 Printer, 15 Rugged Mobile

1700 lesen12 kursus15 hands-0n10 sistem2 audit-

15 pejabat5 premis

5 pejabat

80 komputer, 40 Laptop, 50 Printer, 15 Rugged Mobile

1700 lesen12 kursus15 hands-on10 sistem2 audit-

1. Merancang dan membuat perolehan peralatan Mobile GIS.2. Mengeluarkan surat arahan penukaran kepada internet.3. Merancang dan membuat perolehan peralatan Mobile Enforcement System4. Merancang dan membuat perolehan peralatan ICT dan GIS.5. Merancang dan melaksanakan program latihan/kursus/bengkel.6. Melaksanakan penambahbaikan selaras keperluan pengguna.7. Merancang dan melaksanakan program hands-on GIS.8. Melaksanakan audit pemantauan keselamatan ICT.9. Merancang dan melaksanakan peningkatan & konsolidasi server di HQ.10. Melakukan pembaharuan lesen ICT & GIS.

19.Membudayakan penggunaan GIS dalam kerja JAS

Bil pejabat JAS dilengkapi peralatan Mobile GISBil perkakasan GIS Bil kursus/latihan/bengkel ICT & GISBil program hands-on GIS Bil sistem aplikasi GIS baru Bil sistem aplikasi GIS ditambahbaik

Bil. pembaharuan lesen Bil program penambahbaikan data GIS

-,20 Desktop GIS, 20 Notebook GIS, 5 kursus,-, -, 2 aplikasi ditambah baik, . 20 lesen, 2 data spatial, 1 data RS

-,20 Desktop GIS, 20 Notebook GIS, 5 kursus,-, -, 2 aplikasi ditambah baik, . 20 lesen, 3 data spatial, 2 data RS

15 pejabat,15 Rugged Mobile, 5 kursus,15 hands-on, 1 aplikasi baru, 1 aplikasi ditambah baik, . 20 lesen, 2 data spatial, 2 data RS

15 pejabat,15 Rugged Mobile, 20 Desktop GIS, 20 Notebook GIS, 5 kursus,15 hands-on, 1 aplikasi baru, 1 aplikasi ditambah baik, . 35 lesen, 2 data spatial, 2 data RS

15 pejabat,15 Rugged Mobile, 20 Desktop GIS, 20 Notebook GIS, 5 kursus,15 hands-on, 1 aplikasi baru, 1 aplikasi ditambah baik, . 20 lesen, 2 data spatial, 2 data RS

1. Merancang dan membuat perolehan peralatan Mobile GIS.2. Merancang dan membuat perolehan perkakasan ICT GIS.3. Merancang dan melaksanakan program latihan/kursus/bengkel.4. Merancang dan melaksanakan program hands-on GIS.5. Merancang dan membangun apllikasi GIS baru 6. Melaksana penambahbaikan aplikasi GIS sediada 7. Melakukan pembaharuan lesen GIS. 8. Merancang, membuat perolehan dan menambahbaik data GIS (spatial & remote sensing)

20. Meningkatkan bilangan sungai bersih OK2-5-(Baru)

Meningkatkan Kualiti Air Sungai melalui peningkatan pematuhan Punca Yang Ditetapkan (PYDT) (Kilang kelapa sawit & Kilang Getah)

95% 96% 96% 97% 98% 100% 1. Penguatkuasaan Mengikut Lembangan Sungai.2. Pemetaan Spatial punca-punca pencemaran mengikut Lembangan Sungai.

3. Pemantauan dan pelaporan status kualiti air sungai

4. Kajian semula rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai.

5. Penggunaan Aplikasi River Modelling bagi menentukan River Carrying Capacity dalam perancangan pembangunan

Penambahan bilangan stesen kualiti air sungai yang efisien dan berkesan - - - - - 250 110 110

Peningkatan rangkaian stesen kualiti air sungai yang berkesan daripada 808 stesen (2010kepada 1300 stesen (2015)

Pelaporan data kualiti air sungai (berdasarkan kos untuk pembelian pakej statistik dan latihan kakitangan) - - - - - - 50%

dibelanjakan100%

dibelanjakan

Pembelian pakej dan latihan

Inventori punca-punca pencemaran yang lengkap mengikut bilangan lembangan sungai dalam setahun - - - - - 5 5 5

Pembentukan inventori punca-punca pencemaran mengikut lembangan sungai

Pengiraan dan ramalan beban pencemaran air sungai - - - - - 5 5 5

Pengiraan beban pencemaran air sungai

Peta geospatial punca-punca pencemaran - - - - - - 1 1

Penambahan bilangan stesen yang efisien dan berkesan - - - - - 8 8 9

Peningkatan bilangan stesen air marin kepada

Bilangan Unit Indeks Kualiti Air Marin - - - - - 1 1 1

Pembentukan Indeks Kualiti Air Marin

Pembentukan peta kawasan sensitif marin 1 1

Peta kawasan sensitif alam sekitar marin

Bilangan stesen yang effisien dan berkesan

- - - - - - 10 20

Peningkatan stesen air bawah tanah yang effisien dan efektif

Satu SOP Persampelan

- - - - - - 50% dibelanjakan

100% dibelanjakan

Pembelian pakej dan latihan

MATLAMAT UTAMA 6:MEMBENTUK

RANGKAIAN PENGAWASAN KUALITI ALAM SEKITAR YANG

BERKESAN (Nota: Matlamat ini adalah

gabungan tajuk matlamat utama 6,7 dan 8. Cadangan

ini dibuat untuk menggambarkan dengan

lebih menyeluruh.) 21. Meningkatkan rangkaian stesen pengawasan kualiti air sungai OK2-5-(Baru)

22. Melengkapkan inventori punca-punca pencemaran air sungai

23. Meningkatkan stesen pengawasan kualiti air marin -OK2-5 (Baru)

24. Peningkatan rangkaian air bawah tanah

Page 626: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

25. Kualiti Udara Bersih Bilangan hari 364 355 358 364 364 365 364 365

26. Standard kualiti bahan api EURO 4M - - - - - - EURO 4M - EURO 4M

27. Pencegahan Kejadian JerebuMelalui Pencegahan Kebakarandan Pengurusan Tanah GambutYang Mudah Terbakar

Bilangan: a) sekatan saliran b) telaga tiub c) menara tinjau.

87 17 2

102 31 3

102 31 3

118 31 3

118 31 3

135 40 3

150 41 3

Penyelenggaraan dan operasi

29. Rancangan kontigensi kebangsaan kawalan tumpahan minyak

Latihan kawalan tumpahan minyak 1 1 1

Satu Peraturan dan satu SOP- - - - - - - 1

Peraturan dan SOP dibentuk

Latihan penguatkuasaan3 3 3 2 2

Latihan penguatkuasaan marin

Inventori punca-punca pencemaran yang lengkap mengikut perairan dalam setahun - - - - - 1 1 1

Pembentukan inventori punca-punca pencemaran mengikut perairan

Pengiraan dan ramalan beban pencemaran marin - - - - - - - 1Pengiraan beban pencemaran marin

Peta geospatial punca-punca pencemaran - - - - - - - 1

32. Membentuk peta indeks kawasan sensitif alam sekitar (ESI)

peta geospatial indeks kawasan sensitif alam sekitar

1

Kajian pembentukan indeks alam sekitar

33. 'Environmentally Sound Management' (ESM) ke atas buangan terjadual dipantau berdasarkan kepada kadar tahunan

(i) peningkatan peratusan buangan yang diperolehkembali dan diguna semula; (ii) penurunan peratusan buangan yang dilupuskan, berdasarkan aras asas 2010.

(i) 50% (ii) 5%

34. Pengurusan data buangan terjadual yang kemas.

Penggunaan e-CN (i) PYDT BT :100%

'(ii) W G : 80%

(i) PYDT BT :100%

'(ii) W G : 90%

(i) PYDT BT :100% '(ii)

W G 100%

35. Mengemaskini polisi pengurusan buangan terjadual

Penerbitan garispanduan/dokumen pengurusan buangan terjadual

3 dokumen / garis panduan

/ SOP

3 dokumen / garis

panduan / SOP

3 dokumen / garis panduan /

SOP

3 dokumen / garis panduan /

SOP

36. Pengurusan pengkalan data bahan berbahaya (EHS) yang komprehensif

Peningkatan notifikasi di dalam sistem EHS

37. Pengurusan Tanah Tercemar Memantau projek/kerja-kerja perlaksanaan pembersihan tapak melibatkan kes-kes tanah tercemar

Menyelesaikan semua kes yang dirujuk

Menyelesaikan semua kes yang dirujuk

Menyelesaikan semua kes yang dirujuk

38. Kemudahan pemerolehan kembali e-waste beroperasi memenuhi standard antarabangsa

Bilangan kemudahan yang mematuhi piawai (benchmarking ) yang ditetapkan

50% 60% 75%

39. Melaksanakan pilot projek household ewaste collection system

Bilangan pilot projek 5 projek 5 projek 6 projek

40. Meningkatkan Kesedaran Pembudayaan Alam Sekitar di kalangan masyarakat

Bilangan Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) 21360 50000 50266 100000 100420 150000 200000 250000 Transformasi pemikiran dan sikap prihatin rakyat dalam pemeliharaan dan pemuliharaan melalui program berikut:i) Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) ii) World Environment Day (WED) iii) Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)iv) Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar v) Bahan terbitan alam sekitar vi) Progam Green Partnership antara JAS dengan pihak stakeholders/pelanggan vii) Sebaran maklumat melalui media dan perpustakaan viii) Anugerah Langkawiix) Projek Wira Alamx) Kem Kesedaran Alam Sekitarxi) Pameran Alam Sekitarxii) Pertandingan Debat Alam Sekitar antara IPTxiii) Enviro-Knowledge Management Centre (E-KMC)

41. Mengendalikan dan menguruskan program kesedaran di peringkat Antarabangsa / Duahala/ Serantau

Bilangan mesyuarat yang dihadiri & dianjurkan secara giliran

3 3 3 3 3 3 3 3 Mesyuarat yang dihadiri/dan/atau/dianjurkan sekali setahun adalah seperti berikut:i) Malaysia-Singapura Joint Committee on Environment Working Group (MSJCE WG)ii) ASEAN Working Group on Environmental Education (AWGEE)iii) ASEAN Working Group on Environmentally Sustainable Cities (AWGESC)

42. Membangun Indeks Kesedaran dan Komitmen Alam Sekitar

Tarikh kuatkuasa penggunaan Indeks - - - - - - 1 1 Mengukur kesedaran alam sekitar dan perilaku alam sekitar dalam kalangan rakyat Malaysia.

MATLAMAT UTAMA 9:PENGURANGAN

PENCEMARAN DARI BAHAN BERBAHAYA DAN

BUANGAN TERJADUAL (Nota: matlamat utama yang

baru dimasukkan untuk bahan berbahaya)

MATLAMAT UTAMA 10:PENINGKATAN KESEDARAN DAN KOMITMEN ALAM

SEKITAR (NOTA: tajuk matlamat utama 10 yang asal ditukar mengikut kesesuaian

tajuk strategi yang dipersetujui dalam

perbincangan dalaman JAS.)

Melaksanakan Pelan HPMP 515.8

Penghapusan penggunaan HCFC mengikut tempoh sasaran pengurangan yang telah ditetapkan oleh Protokol Montreal

MATLAMAT UTAMA 8: KAWALAN PENCEMARAN

MARIN (Nota: Matlamat baru dimasukkan)

30. Meningkatkan kawalan pencemaran marin di perairan Malaysia dan ZEE

31. Melengkapkan inventori punca-punca pencemaran marin

Memuktamadkan Pelan HPMP

Memuktamadkan Pelan

HPMP

Melaksanakan Pelan HPMP

Pelaksanaan Pelan HPMP 464.2

MATLAMAT UTAMA 7:MENGURANGKAN PENIPISAN LAPISAN

OZON

28. Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC (HPMP)

ODP Ton 537.5

1. Meningkatkan pematuhan terhadap standard pelepasan dari kenderaan bermotor 2. Meningkatkan pematuhan terhadap standard pelepasan pencemar udara dari industri3. Mengurangkan risiko pembakaran terbuka di kawasan mudah terbakar (fire prone area) seperti tanah gambut dan tapak pelupusan sampah 4. Pemantauan dan pelaporan status kualiti udara5. Kajian semula rangkaian stesen pengawasan kualiti udara

Page 627: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

2010 2013 2014 2015SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SASARAN SASARAN

Liputan eksplorasi mineral berlogam (km²) 1,583 350 188 500 306 250 500 500 km2 Menjalankan program eksplorasi mineral berlogam

Liputan penilaian mineral perindustrian (km²) 527 160 83 200 217 200 300 300 km2 Menjalankan penilaian sumber mineral

perindustrian

Liputan eksplorasi mineral tenaga (arang batu) (km2) 33 11 55 25 50 50 km2 Menjalankan program eksplorasi mineral

tenaga

Bilangan laporan komoditi mineral diterbitkan 5 5 5 5 5 5 5 5 bilangan

Menjalankan analisis pasaran, dagangan, penggantian import dan ramalan komoditi mineral

Bilangan seminar/persidangan dianjurkan 3 3 3 3 3 3 3 3 bilangan Menganjurkan seminar/ persidangan

Pelaksanaan Pelan-pelan Induk di bawah DMN2 25 40 50 % Melaksanakan Pelan-pelan Induk di bawah

DMN2

Aduan yang dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan 100 100 100 % Menyelesaikan aduan yang diterima dalam

tempoh ditetapkan

Bilangan Permit Eksport Mineral yang diluluskan (BMG) 3717 3767 4160 3300 3400 3450 bilangan

Memastikan pengeksportan mineral dan bahan batuan tidak menjejaskan bekalan dan keperluan dalam negara

Bilangan hasil R&D yang didaftar atau dipaten _ _ _ 2 2 1 1 1 bilangan Memberikan perkhidmatan kepakaran

dalam bidang R&D

Bilangan kolaborasi dengan institusi luar 8 11 11 9 9 8 8 8 bilangan Mempertingkatkan kolaborasi dengan pihak swasta dan institusi pengajian tinggi

Bilangan penyelidikan 14 14 14 19 19 21 21 14 bilangan

Meningkatkan bilangan penyelidikan bagi menambah nilai, kepelbagaian penggunaan dan penggantian import dan pemuliharaan alam sekitar

Bilangan kolaborasi 5 5 5 5 5 5 5 5 bilangan Menjalinkan kerjasama dengan pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa

Bilangan pembentangan kertas kerja/kertas cadangan yang diterima bilangan Membentangkan kertas kerja/kertas

cadangan di forum serantau/antarabangsa

Bilangan dasar, akta dan peraturan digubal/ semak/pinda 3 5 0 2 0 2 2 2 bilangan Menggubal dasar, akta, dan peraturan

Bilangan kajian penambahbaikan dasar (BMG) 0 0 0 1 1 1 1 1 bilangan

Melaksanakan Kajian Insentif Peningkatan Pelaburan Industri Mineral dan Dasar Aktiviti Hiliran Industri Mineral

TERAS I: PENGURUSAN AIR, GEOLOGI DAN TANAHMINERAL: BMG & JMG

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN PEMBANGUNAN SUMBER MINERAL UNTUK MEMACU EKONOMI NEGARA

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

KPIUNIT INISIATIF (PDCA)

2011 2012

PK1:PENGURUSAN AIR , GEOLOGI DAN

TANAH

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN

PEMBANGUNAN SUMBER MINERAL UNTUK

MEMACU EKONOMI NEGARA

Memperkembangkan sektor industri berasaskan mineral melalui penyediaan maklumat mineral yang komprehensif dan promosi yang efektif. (OK1-3)

Memastikan pembangunan dan penggunaan sumber mineral secara lestari (OK1-3)

Memperkukuhkan RD&C bidang mineral untuk memajukan industri mineral negara (OK1-3).

Memantapkan dasar, perundangan, peraturan dan garispanduan berkaitan mineral dan geosains

Meningkatkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa (OK1-3)

Page 628: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

INISIATIF (PDCA)

2010 2013 2014 2015

SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SASARAN SASARAN

i. Luas liputan di Semenanjung Malaysia 86.4 86.44 86.40 86.44 86.40 86.4 86.4 86.4 % Meningkatkan kawasan liputan pemetaan geologi

ii. Luas liputan di Sabah 27.90 28.0 27.9 28.0 27.9 28.5 29.0 29.5 % Meningkatkan kawasan liputan pemetaan geologi

iii. Luas liputan di Sarawak 29.80 30.0 29.8 30.0 29.8 30.5 31.0 31.5 % Meningkatkan kawasan liputan pemetaan geologi

i. Luas liputan pemetaan geologi terain 312 100 224 470 492 300 300 300 km2 Menjalankan program pemetaan geologi terain

ii. Luas liputan pemetaan geologi kawasan gambut 247 40 25 30 0 250 250 km2 Menjalankan program pemetaan geologi

kawasan gambut

iii. Bilangan pemetaan geologi cerun berisiko tinggi 20 12 2 5 2 5 10 bilangan tapak Menjalankan program pemetaan geologi

cerun berisiko tinggi

iv. Bilangan kawasan yang dipantau oleh Unit Tindakan Pantas Geobencana (BMG) - - - - - - 2 3 bilangan tapak Menjalankan operasi pemantauan di cerun

yang berisiko/telah runtuh

i. Bilangan telaga air bawah tanah dibangunkan di kawasan water stressed 20 6 3 4 8 8 10 10 Bilangan Membangunkan sumber air bawah tanah di

kawasan water stressed

iv. Bilangan telaga dibina di kawasan tanah gambut 13 2 8 11 9 0 0 Bilangan Membangunkan telaga air bawah tanah di

kawasan tanah gambut

i. Bilangan geotapak dicirikan 9 5 0 5 0 2 5 10 Bilangan Menjalankan pencirian geotapak

ii. Bilangan geopark kebangsaan yang diperaku (BMG) - - - - - 1 2 1 Bilangan Memperaku geopark kebangsaan melalui

Jawatankuasa Geopark Kebangsaan

Mengenalpasti dan mempromosi sumber tenaga diperbaharui bagi mempelbagaikan sumber tenaga negara (OK1-4)

i.Bilangan lokasi sumber geoterma yang dikenalpasti 2 1 0 1 0 0 1 1 Bilangan Menjalankan kajian potensi sumber

geoterma

Mengenalpasti dan memulihara sumber warisan geologi untuk meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat melalui aktiviti pelancongan (OK1-4)

TERAS I: SUMBER ASLI YANG BERNILAI TINGGI

GEOSAINS: BMG & JMG

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN GEOSAINS BAGI MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAN PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

UKURAN

KPI

UNITPROGRAM KEMENTERIAN

MATLAMAT UTAMA (PELAN STRATEGIK)

STRATEGI PELAKSANAAN (PELAN STRATEGIK) 2011 2012

PK1:PENGURUSAN AIR , GEOLOGI DAN

TANAH

Memperkasakan pengumpulan, pembekalan dan penggunaan maklumat geosains bagi perancangan pembangunan (OK1-4)

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN GEOSAINS BAGI MENINGKATKAN

KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT DAN

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR

Mempertingkatkan penggunaan maklumat dan perkhidmatan geosains dalam pengurusan geobencana dan pemeliharaan alam sekitar (OK1-4)

Membangunkan sumber air bawah tanah sebagai sumber air konjuntif dan strategi menangani bencana (OK1-4)

Page 629: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

2010 2011 2012 2013 2014 2015

MATLAMAT UTAMA 8: MEMPERKUKUHKAN MEKANISME

PERUNDANGAN BERKAITAN AKSES KEPADA SUMBER BIOLOGI DAN PERKONGSIAN FAEDAH (ABS) 

Mewujudkan undang-undang bagi memastikan akses kepada sumber

biodiversiti Negara terkawal dan faedahnya dikongsi secara saksama -

OK2-1

Bilangan rangka kerja kebangsaan mengenai ABS

disediakan (Draf RUU ABS dan Rangka Kerja Institusi untuk

melaksanakan ABS)

− − − 1 - Membangunkan Rangka Kerja Kebangsaan mengenai ABS. (BARU)

Membangunkan Skim Pensijilan Malaysian Mega Biodiversiti Hub

(MMBH) yang diiktiraf dunia. -OK2-1

Bilangan draf Skim Pensijilan MMBH disediakan − − − − 1

Menyediakan Skim Pensijilan MMBH agar produk-produk ekopelancongan diiktiraf dunia.

Mewujudkan mekanisme bagi melaksanakan pensijilan di bawah

MMBH bagi produk-produk ekopelancongan di Malaysia - OK2-1

Bilangan live sites yang dilaksanakan pilot test pra

persijilan− − 1 live site 2 live site 2 live site Melaksanakan pilot test pra- pensijilan

bagi live sites terpilih.

MATLAMAT UTAMA 10: MEMENUHI OBLIGASI ANTARABANGSA DALAM

MENGURUS DAN MENGGUNA SECARA BERKEKALAN SUMBER-SUMBER

BIODIVERSITI - TERESTRIAL DAN MARIN

Memantau dan menyelaras pelaksanaan obligasi Negara di bawah Multilateral Environmental Agreements (MEAs) dan mesyuarat-mesyuarat di peringkat antarabangsa dan serantau -OK2-1

Bilangan draf dokumen penilaiandasar selaras dengan Pelan Strategik CBD 2011-2020

dihasilkan

− − − − 1

Membuat penilaian semula DasarKepelbagaian Biologi Kebangsaan agar selaras dengan Pelan Strategik Biodiversiti CBD 2011-2020 (BARU)

MATLAMAT UTAMA 11: MASYARAKAT PRIHATIN BIODIVERSITI

Meningkatkan keberkesanan program CEPA dan pembangunan kapasiti berhubung isu-isu biodiversiti kepada stakeholder dan pelanggan (NGOs dan orang awam) dan juga pegawai-pegawai di bawah Kementerian/ Agensi-OK2-1

Biangan Pelan Tindakan CEPA Kebangsaan dihasilkan − − − 1 −

Mewujudkan pelan tindakan CEPA Kebangsaan (Communication,

Education and Public Awareness).

INISIATIFUKURAN

PENCAPAIAN SEBENAR SASARAN

PK2: ALAM SEKITAR,

BIODIVERSITI DAN HUTAN

TERPELIHARA

MATLAMAT UTAMA 9: SEKTOR EKOPELANCONGAN MENYUMBANG

SEKURANG-KURANGNYA 5% DARIPADA KELUARAN DALAM NEGARA KASAR

(KDNK) PELANCONGAN NEGARA PADA TAHUN 2015 

Teras 2

Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan (BBP)

OK2: Alam Sekitar, Biodiversiti dan Hutan Terpelihara 

Program 

Kementerian (PK)MATLAMAT UTAMA PELAN STRATEGIK STRATEGIK

KPI

Page 630: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEBENAR (2010)

SASARAN (2011)

SEBENAR (2011)

SASARAN (2012)

SEMASA (2012) 2013 2014 2015

Bilangan Lawatan Eksekutif KPTG Persekutuan, 4 4 4 4 1 4 4 4 Bil

Bilangan Mesyuarat Pentadbir Tanah Malaysia 3 3 3 3 3 3 3 3 Bil

Bilangan Mesyuarat TKPTG Persekutuan dengan TPTG Negeri 3 3 3 3 3 3 3 3 Bil

Bilangan Persidangan Pentadbiran Tanah Malaysia 0 1 1 1 1 1 1 1 Bil

Bilangan Mesyuarat Pasukan Petugas Pencegah Fraud ke Atas Urusniaga dan Pendaftaran Hakmilik Tanah Bersama Pentadbiran Tanah, PDRM dan SPRM

3 3 6 6 6 6 6 6 Bil

Bilangan Mesyuarat Pemantauan Tanah Persekutuan bersama KJP 2 2 2 2 2 2 2 2 Bil

Bilangan penyelesaian pengeluaran Hak Milik Strata bagi bangunan lama 52.40% 90% 100% 60% 100% - - Peratus

Engagement Jalinan Kerjasama Strategik - Mesyuarat bersama DBKL dan PTG Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bilangan Lawatan Pengauditan 1 2 2 2 2 2 2 2 Bil.

Bilangan Lawatan Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah di Pejabat Tanah dan Daerah Semenanjung Malaysia

x x x x x 24 Bil

Peratusan Pejabat Tanah yang mencapai lebih atau sama 70% pematuhan kriteria SSR Pentadbiran Tanah

x x x x x 60% 80% 100% Peratus

Peratusan penyelesaian tunggakan pemberimilikan tanah 92.21% 96% 100% 91.39% 100% - - Peratus Penempatan Pasukan Petugas Khas

Peratusan penyelesaian tunggakan penukaran Hak Milik Sementara (QT) kepada Hak Milik Tetap (FT)

88.04% 96% 100% 88.94% 100% - - Peratus Penempatan Pasukan Petugas Khas

Peratusan penyelesaian pendaftaran Hak Milik Tanah dalam masa 1 hari. 96.59% 100% 100% 100% 98.41% 100% 100% 100% Peratus

Penempatan Pasukan Petugas Khas- Pemantauan prestasi pendaftaran pindah milik tanah dalam masa 1 hari di pentadbiran tanah.

Peratusan siap perluasan Projek e-Tanah di Negeri Sembilan dan Melaka 84% 100% 73% 100% 79% 100% - - Peratus Melaksanakan pengaturan dan pengujian aplikasi

sistem e-Tanah di Negeri Sembilan dan Melaka.

Bilangan Permohonan harta pusaka secara atas talian 600 Bil

Bilangan Program bersama waris / Kg.Angkat / Seminar / Dialog 64 Bil

Penyelesaian permohonan baru pembahagian pusaka kecil dalam tempoh 5 setengah bulan (2010-2012) dan 4 setengah bulan mulai tahun 2013.

47% 60% 63% 64% 74% 80% 80% 80% Peratus Penambahbaikan proses kerja dalam pembahagian pusaka kecil.

Peratusan penyelesaian tunggakan Pembahagian Pusaka Kecil di Semenanjung Malaysia melibatkan permohonan yang diterima (termasuk permohonan yang melibatkan rujukan dan rayuan ke mahkamah)

90% 90% 92% 92% 91.40% 92% 92% 92% Peratus Penempatan Pasukan Petugas Khas

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan urusan tanah (OK1-

5)

UNIT INISIATIF (PDCA)

PK1:PENGURUSAN AIR , GEOLOGI DAN TANAH

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH

YANG EFEKTIF DAN EFISIEN

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PERLAKSANAAN

Meningkatkan penyampaian perkhidmatan Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil (OK1-5)

UKURANKPI

TERAS I: SUMBER ASLI YANG BERNILAI TINGGITANAH: INSTUN, JKPTG & BTUP

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF DAN EFISIEN

Melaksanakan program outreach untuk meningkatkan kesedaran orang awam

Engagement Jalinan Kerjasama Strategik Urusan Pentadbiran Tanah di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan KJP

Lawatan pengauditan dilaksanakan di seluruh negeri.

Page 631: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEBENAR (2010)

SASARAN (2011)

SEBENAR (2011)

SASARAN (2012)

SEMASA (2012) 2013 2014 2015 UNIT INISIATIF (PDCA)PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

KPI

Pengemaskinian Data Tanah Persekutuan Mengikut Sukuan 80% 100% 100% 100.00% 100% 100% 100% Peratus

Penyediaan senarai lengkap tanah milik PTP/ Tanah Rizab PTP.Pencerakinan mengikut tanah kosong/ceroboh/pajak/sewa berserta imej.Penyemakan senarai lengkap tanah PTP dengan KJP.Laporan semasa pengemaskinian data JKPTG Negeri (merangkumi bearing, jarak, peta lokasi tanah Persekutuan bagi tanah milik, tanah rizab, tanah pengambilan (borang K) serta perbincangan bersama MacGDI)

Peratus pengurangan tunggakan ABT. 15% 15% 20%

40% (Sewaan) 54.89%

(Pajakan)

25% 30% 35% Peratus

Program Ketuk Pintu, Mesyuarat Penyelarasan, Pemantauan kutipan hasil secara berkala, tindakan penamatan penyewaan dan mengeluarkan notis penamatan penyewaan.

Semakan perundangan dan perundangan tanah (OK1-5) Bilangan draf rang undang-undang. 1 1 1 1 1 1 1 1 Bil. Mesyuarat penyelarasan pindaan undang-undang

tanah.

Meningkatkan kutipan hasil tanah Persekutuan (OK1-5)

Page 632: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR 2013 2014 2015

MATLAMAT UTAMA 5: MEMASTIKAN KAWASAN

PESISIRAN PANTAI NEGARA SELAMAT DARI

BENCANA TSUNAMI

Melaksanakan program konservasi dan pengurusan

secara berkekalan di pesisiran pantai Negara yang

berisiko tsunami secara bersepadu. ‐ OK2‐1

Program Tanaman Pokok Bakau Dan Spesis-spesis Yang Sesuai Di Persisisr Pantai Negara

85.28ha 85.26ha 40.1ha 40.1ha 120 ha 120 ha 120 ha Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia Terpelihara dan Berupaya Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Hutan Secara Berkekalan

Peningkatan keluasan kawasan pesisir pantai yang ditanam dengan pokok bakau dan spesies-spesies yang sesuai.

Kawasan pesisir pantai berupaya mengatasi ancaman tsunami dan hakisan pantai serta meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat/penduduk tempatan

i. Peningkatan keluasan kawasan persisir pantai yang dihutan semula ii. Meningkatkan habitat semulajadi akuatik.

MATLAMAT UTAMA 6: MEMENUHI OBLIGASI

ANTARABANGSA DALAM PENGURUSAN HUTAN

PAYA GAMBUT

Melaksanakan Pelan Tindakan Tanah Gambut

Kebangsaan-OK2-1

Memantau Perlaksanaan Pelan Tindakan Tanah Gambut Kebangsaan di bawah pembiayaan IFAD telah diluluskan Jemaah Menteri pada 5 Januari 2011

80% 82.6 100% 100.00% Pengurusan Hutan Paya Gambut secara lestari bagi memenuhi obligasi antarabangsa

PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI

DAN PERHUTANAN

MATLAMAT UTAMA 7: MEWUJUDKAN

RANGKAIAN KORIDOR EKOLOGI BIODIVERSITI

meningkatkan usaha-usaha kerjasama dengan pelbagai

agensi bagi mewujudkan rangkaian koridor ekologi

CFS di Semenanjung Malaysia dan Heart of

Borneo (HoB) di Sabah dan Sarawak - OK2-1

Pembangunan Projek Ecological Lingkages - Grik bagi Membangunankan Lingkages di PL2 Temenggor Belum.

5% 10% 60% 100% Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia Terpelihara dan Berupaya Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Hutan Secara Berkekalan

i. Rangkaian Koridor Ekologi Grik PL2 - Temenggor Belum. ii. Pengekalan dan Pemuliharaan Habitat Flora dan Fauna di Rangkaian Koridor Ekologi Grik PL2 - Temenggor Belum

Peningkatan keluasan kawasan rayau untuk hidupan liar

i. Wujudnya Rangkaian Koridor Ekologi Grik PL2- Temenggor Belum. ii. Pengekalan dan Pemuliharaan Habitat Flora dan Fauna di Koridor Ekologi Grik PL2 - Temenggor Belum.

Membangunkan Skim Akreditasi Malaysian Mega Biodiversiti Hub (MMBH) yang diiktiraf dunia. ‐OK2‐

Mewujudkan mekanisme bagimelaksanakan pensijilan di bawah MMBH bagi produk-produk ekopelancongan di

Malaysia (Menaik taraf produk-produk

ekopelancongan ke arah pensijilan. OK 2-3)

Mewujudkan dan meningkatkan hutan lipur / Hutan Taman Negeri sebagai produk eko-pelancongan negara

Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia Terpelihara dan Berupaya Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Hutan Secara Berkekalan

i. Rancangan Pengurusan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri ii. Pangkalan Data pokok merbahaya di kawasan Hutan Lipur dan Taman Negeri.

Masyarakat boleh menikmati kawasan riadah dan produk pelancongan semulajadi yang lebih kondusif dan selamat

i. Rancangan Pengurusan Hutan Lipur dan Hutan Taman Negeri ii. Pangkalan Data pokok merbahaya di kawasan Hutan Lipur dan Taman Negeri.

Menguruskan kawasan sumber asli khususnya Hutan

Simpanan Kekal (HSK) secara berkekalan - OK2-3

Sumber hutan diurus secara berkekalan

8 FMU        1 sijil         

250 petak

8 FMU       1 sijil         

250 petak

8 FMU 1 sijil

250 petak

Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia Terpelihara dan Berupaya Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Hutan Secara Berkekalan

i. Pengekalan Pensijilan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di bawah skim MTCS. ii. Pengekalan Pensijilan MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Dalam Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal. iii. Petak Kajian Pengamatan dan Penilaian Sumber Hutan Semenanjung Malaysia.

Kelestarian pengurusan hutan dan sumbangannya kepada kestabilan alam sekitar dan sosio ekonomi negara

i. Pengekalan 8 Sijil Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di bawah skim MTCS. ii. Pengekalan Pensijilan MS ISO 9001:2008 Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Dalam Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal. iii. Petak Kajian Pengamatan dan Penilaian Sumber Hutan Semenanjung Malaysia. iv. Kakitangan yang terlatih dan mahir dalam pengurusan hutan tropika

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)OK2: Alam Sekitar, Biodiversiti dan Hutan Terpelihara

PROGRAM KEMENTERIAN (PK)

STRATEGI PERLAKSANAAN KPI OUTCOME MENGIKUT

OBBMATLAMAT UTAMA OUTCOME PROJEK OUTPUT PROJEK2011 2012

MATLAMAT UTAMA 9: SEKTOR

EKOPELANCONGAN MENYUMBANG

SEKURANG-KURANGNYA 5% DARIPADA KELUARAN DALAM NEGARA KASAR (KDNK) PELANCONGAN NEGARA PADA TAHUN

2015 

MATLAMAT UTAMA 12: MENGEKALKAN PENGIKTIRAFAN PENSIJILAN PENGURUSANHUTAN MENGIKUT STANDARD MALAYSIA CRITERIA & INDICATORS (MC&I) UNTUK 8 FOREST MANAGEMENT UNIT (FMU) PADA TAHUN 2015. 

OUTPUT MENGIKUT OBB

Page 633: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

Memperkasakan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan hutan

khasnya di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK )‐ OK2‐

3

Pengurangan kes pembalakan haram

6,000 Operasi 

pemantauan dan 

pencegahan

11,142 operasi 

pemantauan dan 

pencegahandilaksanakan

12,000 Operasi 

Pemantauan dan 

Pencegahan

14,000 setahun     10/tahun     2 SOP        

10 ulasan setahun

14,000 setahun 10/tahun

2 SOP 10 ulasan setahun

Kawasan Hutan Semenanjung Malaysia Terkawal dan Menyumbang Ke Arah Perkembangan Industri Perhutanan

i. Peningkatan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan undang-undang. ii. Penyediaan kertas siasatan yang lengkap. iii. Penyediaan Standard Operation Prosedur (SOP) Garis Panduan Penguatkuasaan Hutan. iv. Menyediakan ulasan Teknikal kepada Jabatan Perhutanan Negeri terhadap permohonan berkaitan Industri Berasaskan Kayu (IBK). v. Penyediaan Standard Operational Prosedur (SOP) Garis Panduan Penguatkuasaan Industri Hutan.

Sumber hutan diurus secara lestari dengan pematuhan undang-undang berkuatkuasa

i. Model operasi penguatkuasaan hutan bagi Semenanjung Malaysia ii. Pasukan Penguatkuasaan bermotor JPSM. iii. Peningkatan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan undang-undang. iv. pendakwaan kes pembalakan haram ke mahkamah meningkat v. Standard Operation Prosedur (SOP) Garis Panduan Penguatkuasaan Hutan. vi. Standard Operational Prosedur (SOP) Garis Panduan Penguatkuasaan Industri Hutan.

MATLAMAT UTAMA 15: MENINGKATKAN USAHA

INOVASI MENERUSI RESEARCH,

DEVELOPMENT & COMMERCIALIZATION

(R,D&C) KE ARAH PENGHASILAN KEKAYAAN

(WEALTH CREATION ), PENJANAAN ILMU DAN

PEWUJUDAN TEKNOLOGI BARU 

Menghasilkan kekayaan, menjana ilmu dan

mewujudkan kaedah baru bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam

pengurusan sumber asli dan biodiversiti di peringkat global

pada tahun 2015 - OK2-4

Page 634: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEMASA (2010)

SASARAN (2011)

SEBENAR ( 2011)

SASARAN (2012)

SEBENAR ( 2012)

SASARAN (2013)

SASARAN (2014)

SASARAN (2015)

Ukuran Hakmilik Tanah supaya memenuhi sasaran tahunan yang ditetapkan

Meyelesaikan permohonan ukur dalam tempoh kurang 2 bulan (e-Kadaster)

Menyemak kerja ukuran hak milik yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen.

Penyediaan dan Pengemaskinian Pangkalan Data Ukur Kadaster (NDCDB)

Semakan kerja Ukuran Hak Milik Strata 87381 67650 80001 68000 74069 68000 69000 70000 Bil. Petak Semakan kerja Ukuran Hak Milik Strata yangdijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen

Penyediaan Data Cetak Peta Topografi

Percetakan Peta Topografi

Penyediaan dan Pengemaskinian Pangkalan Data Topografi

Pengesanan Data Utiliti di Lapangan

Penyediaan Peta Utiliti

Perolehan data untuk Pangkalan Data Utiliti (PADU)

Sempadan darat antarabangsa 37.4 32.8 45.0 49.3 50.1 53.4 54.1 76.9 kilometerMenentu, menanda, mengukur dan menyenggara persempadanan darat antarabangsa (Indonesia, Thailand dan Brunei).

Sempadan negeri 68.0 25.6 - 25.6 40.0 45.0 45.0 45.0 kilometerMenentu, menanda dan mengukur persempadanan di antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia mengikut MOU yang telah dimuktamadkan

Peratus15.0 30.0 30.0 40.0 40.0 50.0 70.0 100.0

Bil. Lembar

Menentu, menanda, mengukur dan menyenggara persempadanan darat antarabangsa dan negeri. (OK1-7)

39 46 46 46

350 350 Bil. Lembar

36 35 37 37

400 438 400 413 350PK1:PENGURUSAN AIR , GEOLOGI DAN TANAH

MEMANTAPKAN FUNGSI, AKTIVITI DAN KHIDMAT UKUR, PEMETAAN DAN

PENGURUSAN DATA GEOSPATIAL

Memberi khidmat ukuran hak milik yang lebih efisien. (OK1-7)

Memberikan khidmat pemetaan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. (OK1-7)

Penerbitan Peta Topografi 400

Menyiapkan kerja-kerja ukuran hak milik dalam tempoh kurang 2 bulan

Penerbitan Peta Utiliti (Lembah Klang)

PK1:PENGURUSAN AIR , GEOLOGI DAN TANAH

UKUR DAN PEMETAAN : JUPEM & BTUP

OK 1 - 7 : Peningkatan dan ketersediaan maklumat geospatial yang berkualiti dan terkini untuk tujuan perancangan, pembangunan, keselamatan dan kedaulatan negara

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PELAKSANAAN UKURANKPI

UNIT INISIATIF (PDCA)

Page 635: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEMASA (2010)

SASARAN (2011)

SEBENAR (2011)

SASARAN (2012)

SEBENAR (2012) 2013 2014 2015

Menubuhkan Jawatankuasa Penasihat INSTUN

Merancang dan melaksanakan program latihan berdasarkan buku program latihan

Skor Penilaian Kefahaman Kursus KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru 85 86 87 Peratus Melaksanakan penilaian latihan secara komprehensif

Skor Markah Kajian Impak Kursus KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru 85 86 87 PeratusMembangun / menyemak / menambahbaik kandungan modul / kurikulum

Tahap profesionalisme tenaga pengajar 80.3 80 86 82 87.4 87 88 89 Peratus Melaksanakan program capacity building

dalaman / kerjasama

Menaiktaraf keselesaan penginapan, bangunan pejabat, kompleks latihan, kemudahan Sukan/Riadah, infrastruktur jalan, peralatan dan ICT

Meningkatkan keceriaan landskap INSTUN

Meningkatkan tahap keselamatan INSTUN

80 85 85

Meningkatkan kepuasan pelanggan terhadap

program latihan INSTUN

Meningkatkan Kepuasan Pelanggan /Stakeholder Terhadap Kemudahan

INSTUN

Skor Markah Kemudahan INSTUN KPI Baru KPI Baru

138-(154)

INISIATIF (PDCA)

100 - (142)

PeratusKPI Baru KPI Baru KPI Baru

Peratus100100

TERAS I: SUMBER ASLI YANG BERNILAI TINGGITANAH: INSTUN, JKPTG & BTUP

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TANAH YANG EFEKTIF DAN EFISIEN KPI

UNIT

142-(139)

STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

Pelaksanaan Kursus

Page 636: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

BIODIVERSITI: FRIM MENINGKATKAN PENJANAAN ILMU, PEWUJUDAN TEKNOLOGI BARU, PENGHASILAN KEKAYAAN (WEALTH CREATION) DAN PENGURANGAN 

PEMBAZIRAN DAN KEROSAKAN MENERUSI RESEARCH, DEVELOPMENT & COMMERCIALIZATION (R&D&C) DAN INOVASI Strategi Ukuran Pencapaian

2010 2011

2012 Sasaran Pelan Tindakan

Sasaran

Pencapaian Sasaran Pencapaian 2013 2014 2015

Menjana ilmu, menghasilkan kekayaan, mengurangkan pembaziran serta kerosakan dan mewujudkan kaedah baru menerusi R&D&C dan inovasi bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli, hutan, biodiversiti dan alam sekitar di peringkat serantau pada tahun 2015- OK2-4

1. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C) 1. 1 Bilangan projek penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C)

181

100 188

100 174

100 100 100 1.1 Mewujudkan tabung baharu khusus untuk R&D&C di NRE 1.2 Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 dokumen cadangan projek (DCP) R&D dan 1 cadangan (mengikut bahagian) projek pra-komersialisasi setiap tahun 1.3 Mengemukakan DCP berimpak yang telah disaring kepada penaja.

1.2 Bilangan dokumen cadangan penyelidikan (DCP) dikemukakan kepada penaja

37

40 47

40 67

40 40 40

2. Teknologi baharu dan pemindahan teknologi 2.1 Bilangan seminar, latihan, bengkel dan pameran

52

55 72

55 72

50 45 45 2.1 Saringan komersialisasi atas hasil-hasil projek 2.2 Pemindahan teknologi melalui seminar, latihan, bengkel dan pameran 2.3 Pemindahan teknologi yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai 2.4 Adakan perundingan dengan syarikat/individu yang menunjuk minat 2.5 Dapatkan persetujuan terma 2.6 Meteraikan perjanjian perlesenan 2.7 Menjalin hubungan dan berbincang dengan bakal rakan kerjasama 2.8 Menilai kertas cadangan projek kerjasama baharu 2.9 Meterai perjanjian (Kerjasama R&D&C pintar (baru)) 2.10 Perlaksanaan dan pemantauan projek kerjasama 2.11 Latihan, bimbingan dan penilaian usahawan

2.2 Bilangan teknologi yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai

18

14 18

14 20

10 10 10

2.3 Bilangan perjanjian perlesenan dimeterai

5 3

7

3

6

4 2 2

3. Penerbitan hasil daripada R&D&C 3.1 Bilangan kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik

95

90 97

90 104

90 80 80 3.1 Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan menulis menerusi kursus dan bengkel 3.2 Mewajibkan setiap ketua projek dan ahli kumpulan R&D&C mengeluarkan bahan penerbitan 3.3 Mewajibkan pegawai penyelidik yang bukan ketua projek supaya menulis 3.4 Kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik 3.5 Kertas kerja diterbitkan di dalam jurnal yang

3.2 Bilangan rencana atau artikel berkaitan

228

120 133

120 189

120 40 40

Page 637: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

mempunyai faktor impak 3.6 Rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

4. Perlaksanaan usaha inovasi 4.1 Bilangan pendedahan rekacipta atas hasil penyelidikan

16

20 35

25 30

15 20 15 4.1 Mewajibkan setiap DCP memaklumkan hasil carian paten yang ada hubung kait dengan kajian yang hendak dijalankan 4.2 Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan untuk mengemukakan pendedahan reka cipta yang dijangka 4.3 Membuat pendedahan rekacipta atas hasil penyelidikan 4.4 Tunaikan insentif yang diperuntukkan bagi pendedahan reka cipta oleh kerajaan dalam tahun semasa 4.5 Saringan ke atas semua pendedahan reka cipta yang diterima 4.6 Membuat pemfailan paten atas reka cipta/inovasi yang dikenal pasti bernilai komersial 4.7 Tunaikan insentif yang diperuntukkan bagi pemfailan paten oleh kerajaan dalam tahun semasa

4.2 Bilangan pemfailan paten atas reka cipta/inovasi

18

4 10

4 11

5 5 5

5. Badan autoritatif dan akreditasi 5.1 Bilangan usahawan/pegawai pusat kecemerlangan yang dilatih

-

16 16

8 9

8 40 8 5.1 Perancangan awal penubuhan pusat kecemerlangan baharu dan memulakan aktiviti inkubator MTDC- FRIM 5.2 Meningkatkan kapasiti dan kepakaran usahawan/pegawai pusat kecemerlangan menerusi latihan 5.3 Makmal yang mendapat pengiktirafan antara bangsa dan kebangsaan (Akreditasi ISO/IEC 17025/ CARB/ ift/ FIRA dan CE Marking/GMP/ SOM/HALAL/BIONEXUS/IKM dan sebagainya) 5.4 Pengktirafan Malaysia Book of Record; Standard (MS) dihasilkan diperakui oleh Jabatan Standard

5.2 Bilangan makmal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kebangsaan

- - - - 24

14 14 14

5.3 Bilangan pengktirafan Malaysia Book of Record; Standard (MS) dihasilkan

- - - - - 2 2 2

6. Kajian impak dan keberkesanan inisiatif R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara 6.1 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan

- - - - - - 1 1 6.1 Menjalankan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C, projek perundingan dan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan Negara

Page 638: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

dan negara 6.2 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek perundingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 1 0

6.3 Bilangan kajian impak dan keberkesanan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 0 1

 

Page 639: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SEMASA (2010) 2011 SEBENAR 2012 SEBENAR 2013 2014 2015

Bilangan dokumen polisi/dasar yang dikeluarkan 0 0 0 1 1 1 1 1 Bil. polisi Pembangunan polisi berdasarkan keperluan

semasa

Peratus peningkatan ketersediaan data peringkat nasional (GDC) 55% 65% 65% 70% 75% 85% 90% 95% % peningkatan

Pembangunan dan pengemaskinian fundamental dataset GDC mengikut standard * ketersediaan dan kekemaskinian data tahunan yang diselaraskan dengan APD

Peratus ketersediaan data geospatial NRE 60% 65% 65% 70% 70% 75% 80% 85% % peningkatan Pembangunan pangkalan data bersepadu NRE

mengikut teras

Pematuhan penggunaan standard - - - 5 5 5 5 Bil. agensi Pemantauan dan penyelarasan penggunaan standard

Bilangan metadata diterbitkan 1100 1500 2424 1900 2653 2800 3000 3200 Bil. metadata Penyelarasan perkongsian maklumat geospatial

Bilangan projek GIS kerjasama dengan agensi NRE dan luar NRE 29 10 10 10 10 5 5 5 Bil. projek/ agensi Penyelarasan projek geospatial kerjasama

dengan agensi

Bilangan penghasilan produk pemetaan berasaskan geospatial - - - - 9 5 5 5 Bil. produk Penghasilan prroduk pemetaan yang berkualiti

Menjana Pulangan Ekonomi Melalui Komersialisasi Atau Eksploitasi Maklumat Geospatial Sedia Ada Dengan Mempertingkatkan Penghasilan Produk Tambah Nilai (OK1-7)

Pembangunan dan penyelarasan polisi, harga data dan mekanisma perkongsian/jualan

- - - - - - 1 1 Bil. polisi Pembangunan polisi harga dan penyebaran data geospatial GDC

TERAS I: SUMBER ASLI YANG BERNILAI TINGGI TANAH (PENGURUSAN MAKLUMAT GEOSPATIAL): MACGDI

Mengukuhkan Pengurusan Maklumat Geospatial yang Berkualiti dan Inovatif ke arah Sistem Penyampaian yang Lebih Berkesan

INISIATIF (PDCA)

PK 1: Pengurusan Air, Geologi dan Tanah

Mengukuhkan Pengurusan Maklumat Geospatial yang

Berkualiti dan Inovatif ke arah Sistem Penyampaian yang

Lebih Berkesan

Memantapkan Infrastruktur Perkongsian Maklumat Geospatial di peringkat

Kebangsaan, Negeri, Tempatan dan Sektoral (OK1-7)

Menggalakkan dan Mempertingkatkan Pembangunan dan Penggunaan Maklumat dan Aplikasi Berasaskan Geospatial di Kalangan Komuniti Geospatial di Malaysia (OK1-7)

PROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA STRATEGI PERLAKSANAAN UKURAN

KPIUNIT

Page 640: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN PERHUTANAN 

JABATAN PERHILITAN 

 MATLAMAT UTAMA 

STRATEGI PERLAKSANAAN

KPI 

PROGRAM KEMENTERIAN (PK) 

UKURAN SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN INISIATIF

      2010 2011 2012 2013  2014  2015 

PK2: ALAM SEKITAR,

BIODIVERSITI DAN HUTAN

TERPELIHARA

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROGRAM PENGUATKUASAAN DAN PERLINDUNGAN HABITAT 

Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan penguatkuasaan

Peratusan pengurangan intensiti pencerobohan di Taman Negara.

- - - - 546 kesan pencerobo

han 2% 2% 2%

i. Menjalankan rondaan berkala sepanjang tahun khusus untuk kawalan habitat di Taman Negara, ii. Menjalankan operasi bersepadu dengan pihak Angkatan Tentera Malaysia

Peratusan pengurangan kes-kes pelanggaran Akta 716 dan Akta 686 berbanding tahun sebelumnya

- - - - 39 kes kesalahan 10% 10% 10%

i. Menjalankan pemeriksaan berkala ke atas pet-shops, restoran, kedai kulit/butik dan kedai TCM, ii. Memperkukuhkan Wildlife Crime Unit (WCU) dalam pembenterasan perdagangan haram hidupan liar.

MENINGKATKAN KEUPAYAAN KONSERVASI SPESIES TERANCAM DAN PENGURUSAN KONFLIK HIDUPAN LIAR

Meningkatkan usaha-usaha konservasi spesies hidupan liar terancam dan pemuliharaan habitat

Peratus peningkatan keluasan kawasan plot kajian yang dijalankan.

- 10% 100 km persegi 46% 460 km

persegi 60% 80% 100%

Menjalankan kajian populasi harimau belang di Taman Negara sekurang-kurangnya 1,000 km persegi.

Penyebaran maklumat biodiversiti di Kawasan Perlindungan.

- - - 4 4 1 4 3

i. Menjalankan Program Inventori Biodiversiti di Kawasan Perlindungan. Ii. Menganjurkan Seminar Biodiversiti

Meningkatkan keupayaan dalam pengurusan konflik hidupan liar

Peratus pengurangan aduan gangguan gajah.

- - 754 aduan - 549 aduan 5% 10% 15%

i. Membina sistem pagar elektrik gajah di kawasan yang telah dikenalpasti, ii. Menangkap dan memindah gajah di kawasan yang mengalami konflik manusia gajah.

 

Page 641: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN

2012 2013 2014 2015

Meningkatkan keberkesanan pengurusan Taman Laut ke Tahap

Empat dalam penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan Management Effecfiveness Assesment Tool -MEAT- yang dibangunkan oleh

Coral Triangle Initiative-CTI pada 2015 OK-2-1

1. Pelaksanaan penilaian keberkesanan pengurusan taman laut menggunakan kaedah MEAT. Nota: sasaran adalah peratus pulau yang mencapai Tahap 4

2. Pengurangan ketidakpatuhan perundangan/pencerobohan taman lautnota: sasaran adalah peratus kadar pencerobohan

30%

2%

50%

1.5%

70%

1.0%

1. Mengwujud, memperkemas dan melaksanakan perundangan, dasar, pelan tindakan dan garis panduan pengurusan Taman Laut.

contoh:i. Pelan Komunikasi JTLMii. Pelan Strategik ICTiii. Garis Panduan Pengurusan Harian PTLiv. Garis Panduan Pemantauan COTv. Garis Panduan Pelabuhan Tukun Tiruanvi. Garis Panduan Reef Care Programme

Pelaksanaan Pemuliharaan & Penggunaan Lestari Biodiversiti

Marin Di Taman Laut Malaysia. OK2-1

1. Pengekalan indeks litupan karang hidup pada tahap fair (26%-50%) (Reef Check)nota: tahap 1 (poor - 0%-25%), tahap 2 (fair - 26%-50%), tahap 3 (good - 51%-75%), tahap 4 (excellent 76%-100%)

Tahap 2 (fair) Tahap 2 (fair) Tahap 2 (fair) 1. Melaksanakan Pelan Pengurusan Taman Laut

TERAS 2 : PENGURUSAN ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN PERHUTANANJABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA (JTLM)

2010 SASARAN

2011

PENGURUSAN TAMAN LAUT SECARA BERKEKALAN

PK2: PENGURUSAN ALAM SEKITAR,

BIODIVERSITI DAN PERHUTANAN

MATLAMAT UTAMA 16: MELAKSANAKAN

PENGURUSAN TAMAN LAUT MAMPAN

PROGRAM 

KEMENTERIAN (PK)MATLAMAT UTAMA  STRATEGI PERLAKSANAAN

KPI

INISIATIF

UKURAN

Page 642: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

2010 2013 2014 2015ASAS SASARAN SEBENAR SASARAN SEBENAR SASARAN SASARAN SASARAN

Peratus pematuhan terhadap ketetapan Akta dan Peraturan - 90% 100% 90% 100% 90% 90% 90% %

Bilangan IBC baru yang berdaftar - 10 20 5 6 4 2 2 Bilangan

Bilangan IBC yang mengemukakan laporan tahunan KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru 23 20 20 20 Bilangan

Penyediaan rangka kerja aktiviti penguatkuasaan yang bersepadu

- Rundingan & Draf

Rundingan & Draf

Draf di-mukmatad

Draf di-mukmatad

Rangka kerja dilaksana

Rangka kerja dilaksana

Rangka kerja dikaji Masa

Pembangunan rangka perundangan domestik liability & redress

KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru KPI Baru Kajian awalAkta/

Peraturan digubal

Akta/ Peraturan di-

muktamadMasa

Bilangan garis panduan baru dibangunkan 2 1 1 1 1 1 1 1 Bilangan

Bilangan latihan/bengkel berkaitan biokeselamatan diadakan

8 5 11 5 11 5 5 5 Bilangan

Bilangan aktiviti kesedaran awam yang dilaksanakan 7 KPI Baru 7 KPI Baru 5 3 3 3 Bilangan

Penilaian tahap kesedaran awam - - - Kajian awal Laporan

kajian awal - - Indeks dibangun-kan Masa

Memantapkan Organisasi Jabatan Biokeselamatan

Bilangan perjawatan dimantapkan sehingga 50 sehingga 2015

25 25 25 25 25 25/50 50 50 Bilangan

Pengukuhan dan keupayaan kakitangan dimantapkan

UKURANKPI

INISIATIF (PDCA)2011 2012

UNITPROGRAM KEMENTERIAN MATLAMAT UTAMA

PELAKSANAAN SECARA BERKESAN AKTA

BIOKESELAMATAN 2007

PK2: PENGURUSAN ALAM SEKITAR,

BIODIVERSITI DAN HUTAN

Memantapkan Penguatkuasaan dan Perundangan Biokeselamatan

Meningkatkan Kepakaran dan Kesedaran Awam Tentang

Biokeselamatan

STRATEGI PERLAKSANAAN

OK2: ALAM SEKITAR, BIODIVERSITI DAN HUTAN TERPELIHARAJABATAN BIOKESELAMATAN

PELAKSANAAN SECARA BERKESAN AKTA BIOKESELAMATAN 2007

1) Penganjuran bengkel dan seminar bagi meningkatkan kepakaran dan kesedaran awam tentang aspek biokeselamatan. 2) Keberkesanan program kesedaran diukur menerusi kajian yang akan dijalankan.

1) Penyediaan dan perlaksanaan rangka kerja aktiviti penguatkuasaan yang bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.2) Peraturan/Garis panduan baru digubal dan dibangunkan serta dilaksanakan seiring dengan keperluan semasa.

1) Permohonan/ Pemberitahuan di selesaikan mengikut Piagam Pelanggan yang ditetapkan.2) Pendaftaran 30 IBC menjelang tahun 2015. 3) Pemantauan aktiviti IBC menerusi laporan tahunan.

Melaksanakan Akta Biokeselamatan 2007

Page 643: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

Sebenar Sasaran Sebenar Sasaran Sebenar

2010 2013 2014 2015

Peratusan pelaksanaan projek mengikut jadual mencapai 95% 100.00% 95% 98.66% 95% 100.00% 95% 95% 95%

Perbelanjaan siling peruntukan pembangunan RMK-10 berada pada kedudukan sepuluh (10) tertinggi di antara Kementerian.

TiadaKedudukan 

ke‐10 tertinggi

Kedudukan 

ke‐5

Kedudukan 

ke‐10 tertinggi

Kedudukan 

ke‐3

Kedudukan 

ke‐10 tertinggi

Kedudukan 

ke‐10 tertinggi

Kedudukan 

ke‐10 tertinggi

Perbelanjaan siling peruntukan tahunan pembangunan melebihi 95% daripada peruntukan yang diberi

99.30% ≥95% 99.80% ≥95% 99.30% ≥95% ≥95% ≥95%

PENGURUSAN PENGAUDITAN YANG CEMERLANG

Pengauditan dilaksanakan secara profesional dan bebas di NRE dan semua jabatan/ agensi di bawahnya. (OK3-1, OK3-2)

Peratus inisiatif audit dilaksanakan100 100 100

Inisiatif Audit:1.Pengauditan Prestasi bagi 4 program/ aktiviti2.Pengauditan dalam pengurusan kewangan minimum 8 PTJ3. Penampilan Audit/Pemeriksaan Mengejut minimum 20 kali4.Pengauditan prestasi ICT/Khas/siasatan minimum 1 kajian5.Mesyuarat Jawatankuasan Audit 4 kali setahun6. Pra Pengauditan AI NRE dan pemantauan pembetulan ke atas teguran

Peratusan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan NRE

1.Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan NRE berdasarkan kepada kepada pelanggan sasaran

Peratusan jumlah aduan yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 15 hari

1.Merancang dan mempertingkatkan penggunaan sistem pengurusan aduan yang bersepadu melibatkan peringkat NRE beserta Jabatan dan Agensi.

Peratus pelaksanaan Pelan Komunikasi Media

1.Memastikan semua program / aktiviti dalam pelan komunikasi media dilaksanakan2.Kajian semula ke atas Pelan Komunikasi Media

MENINGKATKAN TAHAP PRESTASI PERKHIDMATAN DAN

KEBERKESANAN SISTEM PENYAMPAIAN MELALUI

AMALAN BUDAYA KPI

Membudayakan penggunaan KPI di kalangan pengurusan tertinggi serta pengurusan atasan NRE dan semua pegawai gred 48 ke atas(OK3-1)

Peratusan bilangan dokumen KPI NRE iaitu KPI YB Menteri, YB Timbalan Menteri, KSU, TKSU (SA) dan (AS), SUBK (KP), Ketua Jabatan di bawah NRE, Setiausaha Bahagian/ Pengarah dan Ketua Unit NRE serta pegawai gred 48 ke atas disediakan

100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%

Menyelaras penyediaan dokumen, memantau kemajuan pelaksanaan, menyelaras penilaian dan pelaporan KPI YB Menteri, YB Timbalan Menteri, KSU, TKSU (SA) dan (AS), SUBK (KP), Ketua Jabatan di bawah NRE, Setiausaha Bahagian/ Pengarah dan Ketua Unit NRE serta pegawai gred 48 ke atas

1. Pencapaian tertinggi dalam sistem penarafan bintang MAMPU(OK3-1)

Pengekalan Penarafan Bintang 4 ‐ ‐ 5 5 ‐ 5 ‐

1) Mengadakan Mesyuarat Berkala 2) Menubuhkan Jawatankuasa bagi setiap Komponen3) Menyediakan dokumen-dokumen berkaitan penilaian SSR ke dalam ring file4) Melaksanakan Pra-Audit Dalaman NRE 5) Menyediakan takwim bagi setiap Mesyuarat Jawatankuasa yang ditubuhkan

2. Pencapaian tertinggi dalam pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabilitit Jabatan Audit Negara, (OK3-2) Pengekalan Penarafan Bintang 4 4 4 4 4 4 4 4

1. Perbelanjaan mengikut unjuran aliran tunai berdasarkan program-program dan aktiviti-aktiviti2.Pematuhan kaedah dan tatacara perolehan berdasarkan peraturan yang ditetapkan3. Pembayaran bil dan tuntutan 100% dalam tempoh 14 hari4. Pematuhan kepada kaedah dan tatacara pengurusan aset 5. Prestasi penyediaan Sijil Pengesahan Baki, Penyata Penyesuaian Hasil, Amanah dan Deposit Kementerian dalam tempoh 14 hari

Peratus bilangan jawatan-jawatan strategik NRE yang telah mempunyai barisan pelapis

‐ ‐ ‐ ‐ 100% 100% 100% 100%

Penyediaan Pelan Penggantian yang strategik, komprehensif 

dan sistematik melalui Jawatankuasa Search Committee NRE

Tempoh urusan penempatan kepada pegawai baru dalam tempoh 3 hari bekerja ‐ ‐ ‐ ‐ 100% 98% 98% 98%

Melaksanakan penempatan pegawai baru meliputi Pegawai 

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gunasama), 

Kumpulan Sokongan (Gunasama), Kuasa Melantik KSU dan 

jawatan kader

Peratus penyelesaian urusan permohonan pertukaran pegawai dalam tempoh 3 hari bekerja

‐ ‐ ‐ ‐ 100% 98% 98% 98%

Melaksanakan penempatan pegawai baru meliputi Pegawai 

Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gunasama), 

Kumpulan Sokongan (Gunasama) dan Kuasa Melantik KSU

Peratus penyelesaian urusan perkhidmatan pegawai di NRE mengikut tempoh yang ditetapkan

‐ ‐ ‐ ‐ 100% 99% 99% 99%

Menguruskan permohonan yang meliputi pelbagai aspek 

perkhidmatan sumber manusia

Peratus pematuhan pelaksanaan Pelan Operasi Latihan (POL) ‐ ‐ ‐ ‐ 85% 85% 85% 85%

Pematuhan Pelaksanaan Pelan Operasi latihan (POL) melalui 

pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar latihan (JKDL) 

dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Latihan (JKPL)

Peratus keberkesanan kursus /program ‐ ‐ ‐ ‐ 93% 95% 95% 95%Pelaksanaan kursus generik dan fungsian NRE

Bilangan pegawai yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan PhD bagi tujuan meningkatkan kepakaran pegawai NRE (orang)

‐ ‐ ‐ ‐ 45 48 50 50

Pencalonan pegawai bagi melanjutkan pelajaran setelah 

diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia 

(PPSM)

1. Mesyuarat Pemantauan secara berkala2. Lawatan pemantauan ke tapak projek secara berkala3. Mesyuarat Khas Penyelesaian Projek Bermasalah4. Penggunaan SPPII sepenuhnya sebagai medium pemantauan

PENGURUSAN KOMUNIKASI KORPORAT YANG CEKAP DAN

BERKESAN

Mengurus dan memantapkan perhubungan media, aduan dan

pelanggan di peringkat Kementerian dan Jabatan /

Agensi secara strategik.(OK3-1)

TERAS 3: PENGURUSAN AM

KHIDMAT PENGURUSAN

Matlamat Utama Strategi Pelaksanaan

KPI

Sasaran

Inisiatif2011 2012

PK3 : PENGURUSAN AM

PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN YANG HOLISTIK DAN BERKESAN (Memantapkan

pengurusan kewangan dan fizikal projek pembangunan RMK-10 melalui aspek perancangan,

pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berkesan.

(OK3-1, OK3-2))

Memantapkan pengurusan kewangan dan fizikal projek pembangunan RMK-10 melalui aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian berkesan. (OK3-1, OK3-2)

Program Kementerian 

(PK)Ukuran

PENGURUSAN TADBIR URUS DAN KEWANGAN YANG

CEMERLANG

PEMANTAPAN MODAL INSAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

YANG BERIMPAK TINGGI;

1. Menyediakan sumber manusia yang optimum dan menepati

keperluan bidang teras utama NRE

2. Membangun dan memperkasa kompetensi serta profesionalisme

modal insan menerusi pelaksanaan program latihan yang komprehensif,

sistematik dan berkualiti dalam bidang berkaitan. (OK3-3)

Page 644: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

Peratus pematuhan perjawatan ‐ ‐ ‐ ‐ 99.97% 99.99% 99.99% 99.99% 1. Pelaksanaan audit perjawatan secara berterusan 2. 

Peratus penyelesaian pindaan terhadap waran

Semakan semula struktur organisasi bagi pelaksanaan sama ada penstrukturan semula (restructuring ) atau penugasan semula (redeployment )

‐ ‐ ‐ ‐ 2 4 4 4

Kajian semula atruktur organisasi berdasarkan perubahan 

persekitaran, visi, misi dan fungsi utama NRE.

Peratus peningkatan urusan sumber manusia melalui penggunaan sistem ICT Baru 80% 80% 80%

1. Pemantauan penggunaan modul/submodul HRMIS

2. Pemantauan penggunaan sistem bagi urusan sumber 

manusia (Sistem Permohonan ke Luar Negara /NRE Log 

Latihan dll)

Mengekalkan pengiktirafan standard bagi infrastruktur pengurusan maklumat 1 sijil 1 sijil 1 sijil 1 sijil 1 sijil 1 sijil 1 sijil 1 sijil

1. Pematuhan kepada sijil ISMS ISO/IEC 27001:2005 Information Security Management System (ISMS)2. Ketersediaan infrastruktur dan infostruktur ICT

Mengekalkan penarafan bintang bagi Portal NRE 5 bintang 5 bintang 5 bintang 5 bintang 5 bintang 5 bintang 5 bintang 5 bintang

1. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Portal secara berkala2. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Portal secara berkala

Peratus pandangan/nasihat perundangan yang dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat yang diberikan adalah lengkap.

83% 82% 94% 90% 100% 90% 90% 90%1. Mesyuarat Seliaan PUU NRE untuk membincangkan isu‐

isu yang terlibat dalam penyediaan pandangan undang‐

undang

Peratus Perundangan Utama/Perundangan Subsidiari yang disemak dalam tempoh 28 hari bekerja dengan syarat semua isu dasar dan teknikal telah selesai.

83% 82% 92% 88% 100% 90% 90% 90% 1. Mesyuarat Pelaporan Status Perundangan 

Utama/Perundangan Subsidiari bersama Jabatan/Bahagian 

di bawah NRE

Peratusan perjanjian/memorandum persefahaman yang disemak dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat dokumen dan maklumat yang adalah lengkap

86% 82% 89% 85% 87% 90% 90% 90%

1. Pelaksanaan Sistem Pemantauan Rekod 

perjanjian/memorandum persefahaman untuk 

mengenalpasti status perjanjian/memorandum 

persefahaman dan PUU yang bertanggungjawab

PENGURUSAN ASPEK PERUNDANGAN YANG

BERKUALITI , PROFESIONAL DAN MENJAMIN KEPENTINGAN

KERAJAAN

Memberi pandangan/nasihat perundangan dalam tempoh masa yang ditetapkan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa(OK3-1)

3. Menyediakan struktur organisasi yang mantap.

KECEMERLANGAN SISTEM PENYAMPAIAN BERASASKAN

TEKNOLOGI BAGI PENGURUSAN SUMBER ASLI DAN ALAM

SEKITAR.

Menyediakan infrastruktur dan infostruktur teknologi pengurusan maklumat yang bersepadu, berintegriti, tahan lasak, selamat dan mudah lentur (flexible).(OK3-1)

Page 645: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

BIODIVERSITI: FRIM MENINGKATKAN PENJANAAN ILMU, PEWUJUDAN TEKNOLOGI BARU, PENGHASILAN KEKAYAAN (WEALTH CREATION) DAN PENGURANGAN 

PEMBAZIRAN DAN KEROSAKAN MENERUSI RESEARCH, DEVELOPMENT & COMMERCIALIZATION (R&D&C) DAN INOVASI Strategi Ukuran Pencapaian

2010 2011

2012 Sasaran Pelan Tindakan

Sasaran

Pencapaian Sasaran Pencapaian 2013 2014 2015

Menjana ilmu, menghasilkan kekayaan, mengurangkan pembaziran serta kerosakan dan mewujudkan kaedah baru menerusi R&D&C dan inovasi bagi mencapai matlamat kecemerlangan dalam pengurusan sumber asli, hutan, biodiversiti dan alam sekitar di peringkat serantau pada tahun 2015- OK2-4

1. Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan komersialisasi (R&D&C) 1. 1 Bilangan projek penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C)

181

100 188

100 174

100 100 100 1.1 Mewujudkan tabung baharu khusus untuk R&D&C di NRE 1.2 Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 dokumen cadangan projek (DCP) R&D dan 1 cadangan (mengikut bahagian) projek pra-komersialisasi setiap tahun 1.3 Mengemukakan DCP berimpak yang telah disaring kepada penaja.

1.2 Bilangan dokumen cadangan penyelidikan (DCP) dikemukakan kepada penaja

37

40 47

40 67

40 40 40

2. Teknologi baharu dan pemindahan teknologi 2.1 Bilangan seminar, latihan, bengkel dan pameran

52

55 72

55 72

50 50 50 2.1 Saringan komersialisasi atas hasil-hasil projek 2.2 Pemindahan teknologi melalui seminar, latihan, bengkel dan pameran 2.3 Pemindahan teknologi yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai 2.4 Adakan perundingan dengan syarikat/individu yang menunjuk minat 2.5 Dapatkan persetujuan terma 2.6 Meteraikan perjanjian perlesenan 2.7 Menjalin hubungan dan berbincang dengan bakal rakan kerjasama 2.8 Menilai kertas cadangan projek kerjasama baharu 2.9 Meterai perjanjian (Kerjasama R&D&C pintar (baru)) 2.10 Perlaksanaan dan pemantauan projek kerjasama 2.11 Latihan, bimbingan dan penilaian usahawan

2.2 Bilangan teknologi yang berpotensi untuk ditingkat skala, diperintis, dikomersial atau diterima pakai

18

14 18

14 20

10 10 10

2.3 Bilangan perjanjian perlesenan dimeterai

5 3

7

3

6

4 4 4

3. Penerbitan hasil daripada R&D&C 3.1 Bilangan kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik

95

90 97

90 104

90 95 100 3.1 Meningkatkan keupayaan dan keberkesanan menulis menerusi kursus dan bengkel 3.2 Mewajibkan setiap ketua projek dan ahli kumpulan R&D&C mengeluarkan bahan penerbitan 3.3 Mewajibkan pegawai penyelidik yang bukan ketua projek supaya menulis 3.4 Kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal saintifik 3.5 Kertas kerja diterbitkan di dalam jurnal yang

3.2 Bilangan rencana atau artikel berkaitan

228

120 133

120 189

120 120 120

Page 646: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

mempunyai faktor impak 3.6 Rencana atau artikel berkaitan hasil R&D&C yang diterbitkan di media massa

4. Perlaksanaan usaha inovasi 4.1 Bilangan pendedahan rekacipta atas hasil penyelidikan

16

20 35

25 30

15 15 15 4.1 Mewajibkan setiap DCP memaklumkan hasil carian paten yang ada hubung kait dengan kajian yang hendak dijalankan 4.2 Mewajibkan setiap bahagian penyelidikan untuk mengemukakan pendedahan reka cipta yang dijangka 4.3 Membuat pendedahan rekacipta atas hasil penyelidikan 4.4 Tunaikan insentif yang diperuntukkan bagi pendedahan reka cipta oleh kerajaan dalam tahun semasa 4.5 Saringan ke atas semua pendedahan reka cipta yang diterima 4.6 Membuat pemfailan paten atas reka cipta/inovasi yang dikenal pasti bernilai komersial 4.7 Tunaikan insentif yang diperuntukkan bagi pemfailan paten oleh kerajaan dalam tahun semasa

4.2 Bilangan pemfailan paten atas reka cipta/inovasi

18

4 10

4 11

5 5 5

5. Badan autoritatif dan akreditasi 5.1 Bilangan usahawan/pegawai pusat kecemerlangan yang dilatih

-

16 16

8 9

8 8 8 5.1 Perancangan awal penubuhan pusat kecemerlangan baharu dan memulakan aktiviti inkubator MTDC- FRIM 5.2 Meningkatkan kapasiti dan kepakaran usahawan/pegawai pusat kecemerlangan menerusi latihan 5.3 Makmal yang mendapat pengiktirafan antara bangsa dan kebangsaan (Akreditasi ISO/IEC 17025/ CARB/ ift/ FIRA dan CE Marking/GMP/ SOM/HALAL/BIONEXUS/IKM dan sebagainya) 5.4 Pengktirafan Malaysia Book of Record; Standard (MS) dihasilkan diperakui oleh Jabatan Standard

5.2 Bilangan makmal yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan kebangsaan

- - - - 24

23 23 23

5.3 Bilangan pengktirafan Malaysia Book of Record; Standard (MS) dihasilkan

- - - - - 2 2 2

6. Kajian impak dan keberkesanan inisiatif R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara 6.1 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C kepada pelanggan, pihak berkepentingan

- - - - - - 1 1 6.1 Menjalankan kajian impak dan keberkesanan projek R&D&C, projek perundingan dan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan Negara

Page 647: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)

dan negara 6.2 Bilangan kajian impak dan keberkesanan projek perundingan kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 1 1

6.3 Bilangan kajian impak dan keberkesanan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan, pihak berkepentingan dan negara

- - - - - - 1 1

 

Page 648: Pelan Strategik NRE 2011-2015 (Kajian Semula)