Upload
hoangtuong
View
241
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Kawalan Versi
Versi Komen dan nota
1.0 Versi Rasmi.
1.1 Pembetulan dengan mengambil kira komen dari Unit Pengurusan Maklumat
1.2 Penambahbaikan dan mengambil kira komen mesyuarat Pengurusan PAK
1.4 Pembetulan dengan mengambil kira komen dari Unit Pengurusan Maklumat
1.5 Penambaikan dan penstrukturan keutamaan pelan pelaksanaan
1.6 Penstrukturan Kos Pelaksanaan
1.7 Penambahbaikan mengambil kira maklum balas MoT
1.8 Penstrukturan Anggaran Kos
PAK ISP-FINAL-2013-05-27-v1.8.docx PSTM 2013 - 2017 Kandungan i
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
SINGKATAN
ASIS Assets Spatial Information System
BI Business Intelligence
CoTS Commercial of the Shelfs
eSPKB Sistem Perancangan dan Kawalan Belanjawan Elektronik
GIS Geogspatial Information System
GoTS Government of the Shelves
HRMIS Human Resource Management Information System
ICT Information Communication Technology
ICU Implementation Coordination Unit
ISP ICT Strategic Plan
iSPAAA Integrated Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
JPPH Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
JUPEM Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
KTMB Keretapi Tanah Melayu Berhad
MoF Ministry of Finance
MoT Ministry of Transport
NGO Non-Government Organisations
NKRA National Key Result Areas
PAK Perbadanan Aset Keretapi
PUU Pegawai Undang-Undang
RAC Railway Assets Corporation
RAMS Railway Assets Managemet System
PSTM 2013 - 2017 Kandungan ii
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILS Railway Assets Intelligence System
SAGA Standard Accounting Systems for Government Agencies
SOP Standard Operating Procedure
SPA Sistem Pengurusan Aset
SPAD Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
SPS Sistem Pengurusan Stor
TOT Training of Trainer
OSHA Occupational Safety and Health Standard PSTM 2013 - 2017 Kandungan iii
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
PAK Perbadanan Aset Keretapi, diterajui oleh Pengarah Unit Teknologi Maklumat telah
mengambil inisiatif untuk membangun Pelan Strategik ICT (ISP) Perbadanan Aset Keretapi bagi membentuk
hala tuju ICT PAK untuk tempoh lima (5) tahun 2013 – 2017. Tujuan utama ISP adalah untuk
mengkaji semula fungsi dan teras perniagaan semasa PAK (core business) dan juga untuk
mengenal pasti jurang dari segi keperluan ICT dan perkara-perkara yang berkaitan supaya dapat
menghasilkan ISP PAK 2013 – 2017 yang lebih berkesan, mantap, relevan terhadap keperluan
semasa PAK dan juga dapat membentuk hala tuju ICT PAK yang seiring dengan hala tuju
strategik PAK.
Projek pembangunan ISP PAK 2013 – 2017 dibantu oleh Perunding, Odax Synergie yang
dijalankan selama tempoh lima (5) bulan bermula pada 27 Ogos 2012. Proses pembangunan ISP
PAK 2013 – 2017 mendapat sokongan padu dari seluruh warga PAK terutamanya daripada pihak
pengurusan. Adalah besar harapan warga PAK untuk mendapat nilai keberhasilan dari
pelaksanaan ISP PAK 2013 – 2017 bagi menambah produktiviti dan menambah baik sistem
penyampaian PAK yang lebih mesra pelanggan, secara online dan lebih bersepadu.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 2
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
METODOLOGI PEMBENTUKAN HALA TUJU ICT PAK
PELAN STRATEGIK PAK
KEPERLUAN PIHAK KEPERLUAN PENGURUSAN PAK
BERKEPENTINGAN & PELANGGAN PAK
INISIATIF KERAJAAN KEPERLUAN OPERASI PAK
YANG BERKAITAN
HALA TUJU TEKNOLOGI KEPERLUAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
TERKINI
HALA TUJU ICT SEKTOR AWAM PELAN STRATEGIK SEKTOR AWAM
PELAN STRATEGIK
TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSTM) PAK
Rajah di atas merupakan metodologi yang digunakan dalam membentuk Pelan Strategik
Teknologi Maklumat (PSTM) PAK. Metodologi tersebut mengambil kira semua aspek dari sudut
keperluan pihak pengurusan dan operasi PAK, Pihak Berkepentingan dan Pelanggan PAK, Pelan
Strategik Sektor Awam, Hala tuju Strategik ICT Sektor Awam dan juga hala tuju teknologi
terkini dan juga inisiatif kerajaan yang berkaitan.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 3
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PELANGGAN PAK
Kontraktor, Pembekal atau bakal pembekal
KTMB dan Orang Awam
Agensi Keretapi
dan NGO
Swasta
Jabatan dan Pelanggan Pemajak atau
Agensi
PAK Penyewa
Kerajaan
Rajah di atas merupakan rumusan Pelanggan PAK yang dijadikan panduan di dalam
pembentukan PSTM PAK. Pelanggan PAK terdiri daripada Jabatan dan Agensi Kerajaan, KTMB
dan Agensi Keretapi Swasta, Kontraktor, Pembekal atau bakal pembekal, Orang Awam dan
NGO, dan Pemajak atau Penyewa.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 4
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PIHAK BERKEPENTINGAN PAK
Menteri Pengangkutan
Pihak
Berkepentingan
PAK
Pihak KSU
Pengurusan Kementerian
PAK Pengangkutan Pihak Berkepentingan PAK terdiri daripada Menteri Pengangkutan, KSU Kementerian Pengangkutan dan Pihak Pengurusan PAK. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 5
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
VISI & MISI ICT PAK
Visi
“Penggunaan dan Pembudayaan Teknologi IT yang responsif dan
inovatif sebagai agen pemacu kecemerlangan PAK ”.
Misi “Menjadikan ICT sebagai pemangkin inovasi.”
KERANGKA ICT PAK
VISI VISI & MISI PAK
KOMUNITI PENGGUNA PIHAK BERKEPENTINGAN & PELANGGAN PAK
SALURAN AKSES SMS WAP WEB MOBILE COUNTER PHONE EMAIL
KNOWLEDGE PORTAL PAK
BUSINESS INTELLIGENCE (BI)
ICT
APLIKASI APLIKASI CORE BUSINESS
APLIKASI ORGANISATION CATALYST
UR
U
S
TA
DB
I
R
APLIKASI e-G APLIKASI GOVERNMENT CLOUD
SERVICES
PENGURUSAN PANGKALAN DATA BERPUSAT
PENGETAHUAN
INFRASTRUKTUR INFRASTRUKTUR ICT
PEMBOLEH-DAYA • KEPIMPINAN & KORDINASI
• SUMBER MANUSIA & PEMBUDAYAAN • PEMBANGUNAN DAN
PERSEKITARAN • POLISI & PERUNDANGAN • INFRASTRUKTUR DAN PIAWAIAN INOVASI
• HARTA INTELEKTUAL • PENGURUSAN PERUBAHAN
PE
NG
UR
US
AN
PE
RU
BA
HA
N
Elemen utama ICT yang diperlukan untuk menyokong Kerangka ICT PAK adalah seperti berikut:
[1] Mengenal pasti keperluan Pihak Berkepentingan PAK (Stakeholders).
[2] Memberi kemudahan saluran akses yang pelbagai untuk memenuhi
keperluan Pihak Berkepentingan PAK.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 6
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
[3] Memberi penyelesaian Aplikasi dan Sistem kepada pengguna dalaman PAK
dan juga kepada Pihak Berkepentingan PAK.
[4] Mempunyai Pangkalan Data Berpusat untuk membantu PAK di dalam
aspek perkongsian data dan maklumat, untuk kegunaan dalaman dan juga
membina jaringan kolaborasi dengan pelbagai Agensi Kerajaan dan Swasta
bagi memperkasakan kemampuan PAK dalam usaha menangani rasuah.
[5] Mempunyai Infrastruktur ICT yang berkemampuan untuk menyokong
aplikasi sedia ada dan aplikasi yang akan dibangunkan dalam pelaksanaan
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) PAK.
[6] Mempunyai enabling environment bagi memaksimumkan keberkesanan
dan penggunaan ICT di dalam semua aspek pengurusan dan operasi PAK.
Kerangka ICT PAK mempunyai komponen-komponen seperti berikut:
[1] Visi & Misi PAK – Menjadi driver kepada penyelesaian ICT.
[2] Komuniti Pengguna – Menjadi “viewpoints” kepada pembentukan
penyelesaian ICT.
[3] Saluran Akses – Merupakan medium capaian ICT.
[4] Aplikasi (Portal PAK) – Menjadi Pintu Utama untuk mencapai aplikasi PAK.
[5] Aplikasi (Business Intelligence) – Merupakan aplikasi yang menganalisa
data dan juga memberi kaedah paparan yang pelbagai seperti time series,
trending, pengukuran dan pencapaian KPI, forecasting dan sebagainya.
[6] Aplikasi (Core Business) – Merupakan kumpulan aplikasi utama yang
menyokong keperluan Teras Bisnes PAK.
[7] Aplikasi (Organisation Catalysts) – Merupakan kumpulan aplikasi yang
memberi penekanan terhadap menambah kecekapan dan produktiviti
organisasi, aplikasi sokongan untuk keperluan organisasi dan juga aplikasi
untuk memacu kecemerlangan organisasi.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 7
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
[8] Aplikasi (Electronic Government) – Merupakan aplikasi perdana yang
digunakan secara keseluruhan oleh semua Agensi Kerajaan seperti HRMIS
dan SPP II.
[9] Aplikasi (Government Cloud Services) – Ini merupakan inisiatif terbaru dari
pihak Kerajaan yang diterajui oleh pihak MAMPU iaitu memberi
perkhidmatan aplikasi dalam bentuk “cloud” di mana pengguna dari agensi
hanya perlu menyediakan saluran akses sahaja dan segala peralatan lain
akan dibekalkan secara berpusat oleh pihak MAMPU.
[10] Pangkalan Data Berpusat – Merupakan lokasi, kaedah, teknik, strategi dan
servis untuk mewujudkan centralised database untuk kesemua data dan
maklumat PAK secara bersepadu bagi memudahkan membuat analisa data
bagi tujuan untuk membuat keputusan.
[11] Infrastruktur ICT - Ianya merupakan segala bentuk perkakasan, peralatan,
operating system, platform, rangkaian, pusat data dan sebagainya bagi
tujuan menyokong segala keperluan yang disebut di atas.
[12] Pemboleh Daya Persekitaran – Merupakan suasana, budaya dan
persekitaran organisai yang memberi pengaruh terhadap kejayaan dan juga
kegagalan pelaksanaan projek ICT.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 8
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
TERAS STRATEGIK ICT PAK
Teras Strategik ICT PAK adalah seperti berikut:
[1] Program ICT yang Responsif & Inovatif.
[2] Pembangunan Keupayaan dan Kapasiti.
[3] Pembudayaan Pengunaan ICT.
[4] Servis Elektronik Bersepadu.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 9
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
KERANGKA ISP PAK
VISI & MISI PAK
PIHAK BERKEPENTINGAN & PELANGGAN PAK
SMS eMel Mobile Web Kaunter Telefon Fax
KNOWLEDGE PORTAL PAK
BUSINESS INTELLIGENCE (BI)
APLIKASI CORE APLIKASI APLIKASI
ORGANISATION APLIKASI e-G GOVERNMENT CLOUD
BUSINESS
CATALYST SERVICES
PANGKALAN DATA BERPUSAT
INFRASTRUKTUR ICT
KE
SE
LAM
AT
AN
ICT
Komponen utama yang diperlukan untuk menyokong Kerangka RAMS adalah seperti berikut:
[1] Mengenal pasti keperluan PAK, Stakeholders dan Pelanggan PAK.
[2] Mengenal pasti data dan maklumat yang diperlukan oleh PAK,
Stakeholders dan Pelanggan PAK.
[3] Memberi saluran akses yang bersesuaian dan menepati keperluan PAK.
[4] Pelaksanaan PSTM melalui pelaksanaan Projek ISP PAK yang
membangunkan aplikasi yang memenuhi keperluan PAK, Stakeholders dan
Pelanggan PAK.
[5] Pelaksanaan Pangkalan Data PAK berpusat yang dapat membantu Warga
PAK dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih efisien, cekap, cepat,
tepat dan dapat dicapai dalam pelbagai kaedah, tempat dan situasi.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 10
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
[6] Memberi maklumat segera, terkini, tepat dan dalam bentuk yang mudah
diasimilasi dan menarik kepada warga PAK, Stakeholders dan Pelanggan
PAK.
[7] Memberi komitmen dan mempunyai enabling environment bagi
menjayakan Projek RAMS.
[8] Penerapan projek ISP PAK dalam menyokong dan menjayakan Visi dan Misi
PAK.
ARKITEKTUR ISP PAK
Arkitektur ISP PAK dibina bagi menyokong Pelan Strategik PAK bagi membolehkan PAK
mencapai Visi dan Misi PAK yang telah ditetapkan. PSTM ini merupakan titik permulaan untuk
bergerak dengan cara yang lebih menyeluruh, strategik dan realistik dengan menggunakan
pendekatan Teknologi dan kepakaran Modal Insan untuk menjadikan PAK Peneraju Pengurusan
Aset Keretapi Secara Holistik Menjelang 2015.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 11
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Peluang-peluang ICT yang dikenal pasti mengikut Arkitektur ISP PAK adalah seperti berikut:
[1] Pengguna (Users).
[2] Saluran Akses (Access Channel).
[3] Knowledge Portal PAK.
[4] Business Intelligence (BI).
[5] Aplikasi Core Business.
[6] Aplikasi Organisation Catalyst.
[7] Aplikasi Kerajaan Elektronik.
[8] Aplikasi Government Cloud Services.
[9] Pangkalan Data Berpusat (Central Database) & Data Warehouse.
[10] Infrastruktur ICT (ICT Infrastructure).
[11] Keselamatan ICT (ICT Security).
INISIATIF PSTM PAK Berikut merupakan inisiatif PSTM PAK untuk tempoh lima (5) tahun pelaksanaan:
[1] Railway Assets Intelligence System (RAILS).
[2] Naik Taraf Infrastruktur ICT PAK
[3] Business Intelligence (BI).
[4] 1Gov*Net.
[5] MyMesyuarat.
[6] 1Gov*UC.
[7] Professional Services.
[8] Sistem Penyenggaraan Aset.
[9] PAK Knowledge Portal.
[10] Corporate Branding Solution.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 12
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILWAY ASSETS INTELLIGENCE SYSTEM (RAILS) Railway Assets Intelligence System (RAILS) merupakan aplikasi bersepadu bagi tujuan
pengurusan hartanah, pembangunan hartanah, pengurusan kewangan hartanah dan
pentadbiran pengguna RAILS. Sistem RAILS mempunyai empat (4) modul utama seperti
berikut:
[1] Modul Pengurusan Hartanah.
[2] Modul Pembangunan Hartanah.
[3] Modul Pengurusan Kewangan Hartanah.
[4] Modul Pentadbiran Pengguna. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 13
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILS - Modul Pengurusan Hartanah Modul Pengurusan Hartanah merekod segala urusniaga dan proses yang berkaitan dengan
pengurusan hartanah termasuklah penyewaan, pajakan, tumpang lalu, pelepasan/penyerahan
balik, perolehan (aset alih dan aset tak alih), pelupusan aset (aset alih dan aset tak alih) dan
penguatkuasaan. Modul ini juga menyimpan maklumat Profil Hartanah.
Rajah berikut memberi gambaran Modul Pengurusan Hartanah yang mempunyai sub-modul
seperti berikut:
[1] Profil Aset
[2] Penyewaan, Pemajakan dan Tumpang Lalu
[3] Pengurusan Pelupusan
[4] Pemantauan & Naziran
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 14
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Rajah berikut memberi gambaran aliran proses kerja akan datang pada tahap tinggi yang melibatkan urusan sewa, pajakan dan tumpang lalu. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 15
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Rajah berikut memberi gambaran aliran proses kerja akan datang pada tahap tinggi yang melibatkan urusan naziran berkenaan pencerobohan tanah. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 16
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILS - Modul Pembangunan Hartanah Modul Pembangunan Hartanah merupakan aplikasi yang memberi fokus bagi tujuan perihal
pembangunan hartanah. Sebagai contoh, maklumat profil tanah seperti lokasi dan juga status
tanah yang telah dimasukkan ke dalam pangkalan data melalui Modul Pengurusan Hartanah
akan dijadikan maklumat baseline kepada Modul Pembangunan Hartanah. Manakala Modul
Pembangunan Hartanah akan digunakan oleh pegawai PAK untuk memasukkan data
berkenaan proses pembangunan hartanah tersebut.
Rajah berikut memberi gambaran mengenai Modul Pembangunan Hartanah yang mempunyai
tiga (3) sub modul seperti berikut:
[1] Profil Projek Pembangunan Hartanah
[2] Pengurusan Projek
[3] Pelaporan Projek PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 17
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Rajah berikut memberi gambaran proses aliran kerja akan datang pada tahap tinggi bagi tujuan pengurusan pembangunan projek hartanah untuk fasa reka bentuk. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 18
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Rajah berikut memberi gambaran proses aliran kerja akan datang pada tahap tinggi bagi tujuan pengurusan pembangunan projek hartanah untuk fasa pembinaan. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 19
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
Rajah berikut memberi gambaran proses aliran kerja akan datang pada tahap tinggi bagi tujuan pengurusan pembangunan projek hartanah untuk fasa pentauliahan. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 20
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILS - Modul Pengurusan Kewangan Hartanah Modul Pengurusan Kewangan Hartanah adalah aplikasi yang menyokong keperluan Modul
Pengurusan Hartanah, Modul Pembangunan Hartanah dan Sistem Penyenggaraan Aset bagi
tujuan aspek kewangan. Modul Pengurusan Kewangan akan berinteraksi dan berintegrasi
dengan Sistem Kewangan SAGA.
Rajah berikut memberi gambaran tentang Modul Pengurusan Kewangan Hartanah serta
interaksi modul tersebut dengan modul-modul RAILS yang lain dan aplikasi yang berkaitan.
Modul Pengurusan Kewangan Hartanah mempunyai empat sub modul seperti berikut:
[1] Profil Kewangan Kontraktor/Perunding/Pembekal
[2] Transaksi Pembayaran
[3] Transaksi Penerimaan
[4] Laporan Kewangan PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 21
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
RAILS - Modul Pentadbiran Pengguna Modul Pentadbiran Pengguna merupakan satu aplikasi perlu ada (“wajib”) bagi menyokong
kesemua keperluan modul-modul yang lain. Modul ini mengandungi profil pengguna sistem,
akses dan ciri-ciri keselamatan sistem, maklumat human workflow dan authorisation level dan
sebagainya.
Rajah berikut memberi gambaran Modul Pentadbiran Pengguna yang mempunyai sub modul
seperti berikut:
[1] Profil Pengguna Dalaman
[2] Profil Pelanggan PAK (Kategori Penerimaan)
[3] Profil Pelanggan PAK (Kategori Pembayaran/Service Provider)
[4] Profil Pelanggan PAK (Agensi Kerajaan)
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 22
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
SISTEM PENYENGGARAAN ASET/ASSET MAINTENANCE SYSTEM (AMS) Sistem Penyenggaraan Aset bertujuan untuk membantu PAK dalam pengurusan
penyenggaraan (maintenance) aset PAK, sama ada aset berkaitan tanah PAK mahupun aset
yang dibangunkan oleh PAK seperti terowong, jalan atau medan letak kereta bertingkat dan
sebagainya.
Rajah berikut memberi gambaran tentang fungsi dan ciri-ciri utama Sistem Penyengaraan Aset. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 23
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
BUSINESS INTELLIGENCE (BI) BI akan memberi keupayaan kepada PAK untuk mengakses dan menganalisa data yang
diperolehi daripada pangkalan data. BI akan digunakan untuk menyediakan laporan data dalam
cara yang konsisten, kebolehpercayaan dan tepat pada masanya. Penyelesaian BI akan
menyediakan pandangan menyeluruh maklumat organisasi dalam bentuk kolaboratif.
Penyelesaian BI memberi kebolehan analisis yang membolehkan pengguna melaksanakan
pelbagai analisis dan analisis ramalan yang terperinci, menghasilkan laporan dan menjana
kandungan interaktif serta keupayaan untuk melihat keputusan agregat serta mengesan
keupayaan. BI juga membolehkan keupayaan pandangan pelbagai dimensi kepada data.
Contoh aplikasi BI akan membolehkan PAK untuk membuat analisa bagi tujuan analisa
pengurusan organisasi termasuk analisa KPI PAK, pengurusan hartanah, pembangunan
hartanah, penyenggaraan hartanah, kedudukan kewangan, analisa statistik aduan dan analisa
statistik IT untuk paparan Online Statsitics di dalam PAK Knowledge Portal dan juga PAK Management Dashboards seperti gambaran di dalam rajah berikut. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 24
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PAK KNOWLEDGE PORTAL (PKP) PAK Knowledge Portal (PKP) merupakan aplikasi bersepadu yang menggabungkan fungsi Portal, Knowledge Management System, Document Records dan Imaging Management System. Tujuan utama disarankan supaya PAK menggunakan aplikasi bersepadu tersebut supaya semua
komunikasi melalui Portal, dokumentasi baik di dalam bentuk original source seperti Microsoft
Office ataupun di dalam bentuk scanned documents di dalam format PDF, kesemuanya dapat
dijejak, dicari dan dikawal versi. Malah kebolehan workflow dapat membantu menyalurkan dan
memantau tindakan untuk sesuatu isu atau dokumen kepada pegawai PAK. Portal juga
bertindak sebagai Pintu Gerbang Akses Utama berciri single-sign-on untuk mencapai segala
aplikasi PAK.
Modul dan ciri-ciri utama PAK Knowledge Portal adalah seperti di dalam rajah berikut. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 25
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
INFRASTRUKTUR ICT Infrastruktur ICT sedia ada PAK memerlukan penambahbaikan dari aspek strategi dan
perolehan perkakasan, perisian peranti, peralatan keselamatan dan rangkaian. Infrastruktur ICT
yang bersesuaian adalah kritikal bagi menyokong keperluan aplikasi pelaksanaan ISP PAK yang
akan beroperasi 24/7 (24 jam setiap hari) memandang aplikasi dan servis ICT PAK akan
digunakan oleh pengguna dalaman dan pengguna luar yang melibatkan masyarakat dan
syarikat swasta.
Pada masa ISP ini disediakan, pihak MAMPU sedang giat merancang hala tuju Government
Shared Services (GSS) dimana pihak MAMPU sebagai central agency akan membekalkan Infrastructure as a Service (IaaS) dan Platform as a Service (PaaS). Namun adalah dijangkakan
proses perancangan dan penyediaan servis tersebut akan mengambil masa dan kedudukan
PAK sebagai sebuah Perbadanan memungkinkan PAK akan terlibat dalam fasa-fasa yang
terakhir. Untuk pelaksanaan ISP PAK dalam tempoh terdekat masih memerlukan penyediaan
Infrastruktur ICT berpusat di PAK. Namun, adalah disarankan Disaster Recovery Center (DRC) PAK hendaklah menggunakan Pusat Data Sektor Awam (PDSA) pada fasa berikutnya.
Rajah berikut memberi gambaran pada tahap tinggi tentang topologi rangkaian dan pelan
Infrastruktur ICT PAK dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 26
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 27
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
STRATEGI PELAKSANAAN Strategi Pelaksanaan projek ISP dicadangkan mengikut tiga (3) peringkat seperti berikut.
Keperluan Teras Penambahan Servis
Keupayaan & Elektronik
“Quick Win”
Kapasi Bersepadu
Rasional strategi pelaksanaan tersebut adalah seperti berikut:
[1] Peringkat 1: Keperluan Teras & “Quick Win”
Keperluan Teras merupakan keperluan asas Teras Bisnes PAK bagi
menyokong keperluan strategik dan keperluan kritikal operasi
PAK bagi memenuhi keperluan pelanggan dan Pihak
Berkepentingan PAK.
Inisiatif Quick Win yang dicadangkan merupakan pelaksanaan dan
penggunaan aplikasi dan inisiatif perdana yang disediakan oleh
Agensi Pusat yang diterajui oleh MAMPU yang boleh
mempercepatkan pembudayaan IT di PAK dan juga menambah
kecekapan operasi.
[2] Peringkat 2: Penambahan Keupayaan & Kapasiti
Pelaksanaan asas yang dibangunkan di dalam RAMS Fasa 1 akan
menyediakan keperluan pre-requisite untuk PAK mengorak langkah
untuk usaha Penambahan Keupayaan dan Kapasiti.
[3] Peringkat 3: Ke arah Servis Elektronik Bersepadu
Setelah keperluan asas IT PAK dan penambahan keupayaan dan
kapasiti telah dilaksanakan dengan jayanya, maka PAK akan
bersedia untuk bergerak ke peringkat seterusnya iaitu mencapai
Servis Elektronik Bersepadu. PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 28
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PELAN PELAKSANAAN ISP PAK
2013 2014 2015 2016 2017
PELAKSANAAN ISP PAK FASA #1
PELAKSANAAN ISP PAK PELAKSANAAN ISP PAK PELAKSANAAN ISP PAK
FASA #2
FASA #3 FASA #4
Kemas kini Railways Asset Intelligence System (RAILS) PAK Knowledge Portal Corporate Branding
Solution (CBS) -
GIS
- Package #1
- Package #4
Package #6
Koordinas/ Sistem Penyenggaraan Aset Business Intelligence (BI)
Kelulusan - Package #2 - Package #5
Penambahbaikan Infrasruktur ICT & Technology Refresh
Infrastruktur Infrastruktur ICT Infrastruktur ICT &
ICT - Part of Technology Refresh
- Package #3 Package#4 - Package#7
Perunding IT Perunding IT
(Penyediaan Spesifikasi & Tender DokumenPMO/
– Fasa #2
Pengurusan Projek) – Fasa #1
Warranty & Maintenance Period
INISIATIF “GOVERNMEN
T SHARED SERVICES”
1GOV*NET Disaster Recovery
Centre (DRC)
MyMesyuarat
1GOV*UC Pusat Data Sektor
Other Government Shared Services
Awam (PDSA)
Pelaksanaan ISP PAK akan dilakukan didalam empat (4) fasa seperti berikut:
[1] Fasa #1 – Memberi fokus kepada keperluan Teras & membina keupayaan Pegawai
ICT PAK.
Kemaskini GIS
Package #1 – RAILS (Railway Asset Intelligence System)
Package #2 – AMS (Asset Management System)
Package #3 – Infrastruktur ICT (Peringkat #1)
Khidmat Perunding ICT (Rekabentuk, penyediaan Tender Dokumen dan
Pengurusan Projek)
Inisiatif Central Agency (MAMPU)
o 1Gov*NET
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 29
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
o
MyMesyuarat o 1Gov*UC
[2] Fasa #2 – Penambahan Keupayaan & Kapasiti
Package #4 – PKP (PAK Knowledge Portal & Infrastruktur ICT Peringkat #2)
Package #5 – BI (Business Intelligence)
Pelaksanaan Disaster Recovery Centre (DRC) Pusat Data Sektor Awam
(PDSA)
Khidmat Perunding ICT (Rekabentuk, penyediaan Tender Dokumen dan
Pengurusan Projek)
[3] Fasa #3 – Penambahbaikan Sistem Penyampaian dan PAK Corporate
Branding Package #6– CBS (Corporate Branding Solutions)
[4] Fasa #4 – Penambahbaikan Infrastruktur & Technology Refresh
Package #7 - Penambahbaikan Infrastruktur ICT Peringkat 3 & Technology
Refresh
Pelaksanaan ISP PAK Fasa 1 akan dilaksanakan di dalam tempoh dua tahun (2013 – 2014),
manakala Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan di dalam tempoh satu tahun (2015, 2016,
2017).
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 30
Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTMK) PAK 2013 – 2017
PSTM PAK 2013 - 2017 Ringkasan Eksekutif 31